tadabburkalamullah | Unsorted

Telegram-канал tadabburkalamullah - Tadabbur Kalamullah

13574

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

Subscribe to a channel

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 6 Jamadil Akhir 1444H☆

قَالَ أَنظِرۡنِیۤ إِلَىٰ یَوۡمِ یُبۡعَثُونَ

Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)" [Surah al-A`raf 14]

#Setelah Iblis dihalau keluar daripada syurga, Iblis membuat permohonan kepada Allah agar dipanjangkan usianya. Iblis meminta tempoh supaya ia tidak dimatikan sehinggalah ke hari kebangkitan yakni kiamat.

#Iblis mohon pada Allah swt supaya tidak dimatikan lagi dan jangan disegerakam azab ke atas dirinya. Hal ini adalah supaya dia diberi kuasa atau kebebasan untuk menyesat dan menjahanamkan iman manusia.

#Walaupun Iblis sombong, menderhaka dan menentang perintah Allah agar sujud kepada Adam, Iblis tetap memohon dan meminta kepada Allah ‎swt juga. Iblis sedar bahawa hanya Allah swt sahaja yang boleh menunaikan permohonannya, menguasai segala makhlukNya dan memiliki kuasa yang tiada tandingan.

#Amatlah malang manusia pada hari ini yang sombong, menderhaka bahkan memaki serta mencaci Allah swt. Mereka merasakan mereka lebih hebat daripada Allah swt. Mereka tidak memohon sesuatu kepada Allah kerana mereka tidak mempercayai kewujudan dan kekuasaan Allah. Mereka hidup tanpa bertuhan (Atheis/Freethinker). Betapa jahat dan sesatnya mereka seumpama Iblis laknatullah.

#Lihatlah permintaan Iblis, luar biasa jahat dan dendamnya kepada manusia. Ia minta dilanjutkan usia sehingga hari Kiamat demi untuk menggoda, menghasut dan memperdaya manusia agar bersama-sama menderhakai Allah dan bersama-sama dihumban ke dalam neraka.

قَالَ رَبِّ بِمَاۤ أَغۡوَیۡتَنِی لَأُزَیِّنَنَّ لَهُمۡ فِی ٱلۡأَرۡضِ وَلَأُغۡوِیَنَّهُمۡ أَجۡمَعِینَ

Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya" [Surah al-Hijr 39]

قَالَ فَبِعِزَّتِكَ لَأُغۡوِیَنَّهُمۡ أَجۡمَعِینَ

Iblis berkata: "Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya" [Surah Sad 82]

#Bahkan Allah swt menyatakan di dalam firmanNya bahawa ramai di kalangan manusia yang termakan hasutan Iblis ini:

وَلَقَدۡ صَدَّقَ عَلَیۡهِمۡ إِبۡلِیسُ ظَنَّهُۥ فَٱتَّبَعُوهُ إِلَّا فَرِیقࣰا مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ

"Dan sesungguhnya Iblis telah dapati sangkaannya tepat terhadap mereka, iaitu mereka menurutnya, kecuali sebahagian dari orang-orang yang beriman (yang tidak terpedaya kepada hasutannya)" [Surah Saba’ 20]

#Pengajaran yang boleh kita fahami daripada kisah ini bahawa tidak ada guna jika dipanjangkan umur namun dihabiskan dalam kejahatan dan kekesatan. Ini kerana tidak ada apa-apa kebaikan pun yang boleh menyelamatkannya daripada azab Allah swt.

♡Jangan jadi seperti Iblis, meminta sesuatu yang tiada bermanfaat bahkan memohon demi untuk membalas dendam. Hal ini mengajar kita bahawa umur yang panjang, jika dihabiskan dengan kemaksiatan, kemungkaran dan kederhakaan, langsung tiada sebarang kelebihan dari sudut agama. Sebab itu, Allah swt tunaikan permintaan Iblis agar umurnya panjang. Jika umur kita panjang tetapi mati membawa dosa yang menggunung, tersangatlah bahaya dan beroleh azab yang tersangat teruk di dalam neraka. Mintalah umur yang panjang dalam kebaikan dan ketaatan, serta dimatikan dalam keadaan beriman dan bertaqwa♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 4 Jamadil Akhir 1444H☆

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسۡجُدَ إِذۡ أَمَرۡتُكَۖ قَالَ أَنَا۠ خَیۡرࣱ مِّنۡهُ خَلَقۡتَنِی مِن نَّارࣲ وَخَلَقۡتَهُۥ مِن طِینࣲ

Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah" [Surah Al-A`raf 12]

#Iblis tidak mahu sujud pada Nabi Adam dengan alasan penciptaannya lebih baik daripada Adam.

#Allah menjadikan Iblis daripada api, sedangkan Adam daripada tanah. Pada pandangan Iblis, api lebih hebat daripada tanah. Ini adalah fahaman yang dipegang oleh Iblis dan merasakan pemikirannya benar, sedangkan analoginya adalah salah.

#Ketahuilah, sesungguhnya tabiat tanah liat itu kuat, sabar, tenang, dan kukuh. Tanah merupakan tempat bagi tumbuhan, pengembangan, penambahan, dan pembaikan; sedangkan api mempunyai watak membakar, liar, dan cepat. Tidaklah hebat api berbanding tanah. Sebagai contoh, api tidak boleh membakar tanah, tetapi tanah boleh memadamkan api!! Jika api dikenakan kepada tanah, tanah itu pula yang menjadi tembikar, dan bukankah ia menunjukkan tanah mampu menjadi lebih kuat, kukuh dan hebat?

#Isu utama Iblis ialah SOMBONG yakni rasa hebat, rasa besar dan rasa mulia. Iblis tidak menolak kewujudan dan kehebatan Allah swt. Ia tidak mentaati Allah tatkala diperintahkan untuk menerima kemuliaan manusia. Dia tidak dapat menerima perkara tersebut kerana kedudukannya setaraf para malaikat serta ia telah lama berada di dalam syurga sedangkan Adam baru diciptakan (juniornya).

#Begitulah dunia hari ini, ada manusia yang tidak dapat menerima kedudukan para Rasul, kedudukan para ulamak yang memiliki kedudukan lebih tinggi daripada kedudukan mereka. Mereka tidak dapat menerima ada orang yang lebih alim, lebih bijak dan lebih soleh daripada mereka. Mereka tidak mahu menerima pandangan orang lain serta merasakan mereka sentiasa benar. Ini adalah perangai Iblis.

#Ada yang menolak wahyu, al-Quran dan hadis, kononnya akal mereka mampu mengetahui segala-galanya. Ada yang anti hadis, dengan merasakan mereka boleh mendapat hidayah daripada al-Quran secara langsung. Sedangkan Allah ‎swt memerintahkan kita belajar dengan para Rasul dan para pewaris mereka (alim ulamak).

#Jauh lebih dahsyat, ada yang merasakan mereka tidak perlu kepada Allah swt. Mereka boleh hidup tanpa Tuhan dan tanpa agama. Mereka merasakan mereka hebat dan boleh menguruskan dunia ini dengan kepandaian yang mereka miliki. Mereka sombong dan menolak untuk menerima kebenaran dalam agama.

#Kesimpulannya, Allah ‎swt ingin memaklumkan kepada kita bahawa akal kita tidak boleh mendahului arahan Allah ‎swt. Dalam kisah ini, Allah ‎swt mengajar kita bahawa mana-mana manusia yang menggunakan akal dahulu dan kemudian baru mencari wahyu Allah untuk menyokong pendapatnya, maka itu adalah perangai Iblis.

♡Berhati-hatilah dengan sifat sombong. Jangan kita merasakan kita lebih hebat daripada orang lain. Walaupun kita pandai agama, kuat ibadat, bijak, hafaz al-Quran, memiliki dua tiga PHD, menghafaz ribuan hadis, dan sentiasa taat kepada Allah ‎swt, namun jika ada sedikit sahaja perasaan sombong dalam diri kita maka diharamkan syurga untuk kita bahkan dihumban kita ke dalam neraka bersama-sama Iblis laknatullah. Sedarlah bahawa apa sahaja kebaikan yang kita ada, itu adalah daripada Allah ‎swt. Kalau bukan Allah ‎yang mendorong kita menjadi baik dan mulia, kita tidak mungkin akan menjadi baik dan mulia bahkan menjadi insan yang hina seumpama Iblis laknatullah. Maka taatlah pada Allah tanpa sebarang komen dan bangkangan!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 2 Jamadil Akhir 1444H☆

وَلَقَدۡ خَلَقۡنَـٰكُمۡ ثُمَّ صَوَّرۡنَـٰكُمۡ ثُمَّ قُلۡنَا لِلۡمَلَـٰۤىِٕكَةِ ٱسۡجُدُوا۟ لِـَٔادَمَ فَسَجَدُوۤا۟ إِلَّاۤ إِبۡلِیسَ لَمۡ یَكُن مِّنَ ٱلسَّـٰجِدِینَ

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud" [Surah al-A`raf 11]

#Allah swt mengingatkan kita semua bahawa Dia telah mencipta manusia bermula dengan penciptaan Nabi Adam Alaihissalam dengan sebaik-baik kejadian dan penuh dengan kesempurnaan.

لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِیۤ أَحۡسَنِ تَقۡوِیمࣲ

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)" [Surah at-Tin 4]

##Dan penciptaan manusia pertama iaitu Nabi Adam penuh dengan keindahan, kesempurnaan dan penuh dengan ketampanan. Sabda Rasulullah saw:

خَلَقَ اللَّهُ آدَمَ عَلَى صُورَتِهِ

"Allah menciptakan Nabi Adam dengan rupa sama seperti wajahNya (wajah yang indah)" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Dan diciptakan manusia seterusnya dengan pelbagai bentuk rupa paras, warna kulit dan beragam. Ada yang tinggi, rendah, kecil, besar, sederhana, comel, lawa, cantik, putih, hitam, coklat, cerah, gelap dan pelbagai rupa bentuk.

#Firman Allah swt:

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰۤىِٕكَةِ إِنِّی خَـٰلِقُۢ بَشَرࣰا مِّن صَلۡصَـٰلࣲ مِّنۡ حَمَإࣲ مَّسۡنُونࣲ

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya"

فَإِذَا سَوَّیۡتُهُۥ وَنَفَخۡتُ فِیهِ مِن رُّوحِی فَقَعُوا۟ لَهُۥ سَـٰجِدِینَ

"Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya" [Surah al-Hijr 28-29]

#Sewaktu penciptaan Nabi Adam, Allah swt telah pun memaklumkan awal-awal kepada para malaikat bahawa mereka nanti akan diperintahkan untuk sujud kepada Nabi Adam Alaihissalam.

#Setelah sempurna ciptaan Nabi Adam Alaihissalam dengan tiupan roh, maka Allah ‎swt telah menitahkan para malaikat untuk sujud penghormatan kepada Nabi Adam Alaihissalam. Semua malaikat bersujud pada Nabi Adam kecuali...

...Bersambung...

♡Allah swt mengisahkan kepada kita tentang asal usul kejadian manusia dan peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan penciptaan manusia yang melibatkan para malaikat dan juga Iblis♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 29 Jamadil Awwal 1444H☆

فَلَنَقُصَّنَّ عَلَیۡهِم بِعِلۡمࣲۖ وَمَا كُنَّا غَاۤىِٕبِینَ

"Kemudian sesungguhnya Kami akan ceritakan kepada mereka (Rasul-rasul dan umat-umatnya), dengan (berdasarkan) pengetahuan (yang meliputi akan apa yang mereka lakukan), dan sememangnya Kami tidak sekali-kali ghaib (bahkan sentiasa Mendengar, Melihat dan Mengetahui akan hal ehwal mereka)" [Surah al-Araf 7]

#
Dalam ayat sebelum ini, Allah swt mengatakan bahawa Allah akan menyoal umat manusia samada mereka menerima dakwah para rasul atau menolaknya. Juga disoal para rasulNya samada menyampaikan dakwah ataupun tidak.

#
Dalam ayat diatas, Allah swt mengatakan bahawa Allah swt sendiri yang akan memaklumkan kepada para rasul dan umat mereka tentang perjalanan hidup mereka sewaktu didunia dahulu berkaitan keimanan dan kederhakaan mereka tentang risalah wahyuNya.

#
Ini menunjukkan bahawa bukanlah Allah tidak tahu apa yang berlaku didunia dahulu. Allah ‎swt Maha Mengetahui.
Allah ‎mengatakan yang Dia akan menceritakan amal-amal manusia semasa di dunia beserta dalil dan bukti kerana Allah ‎swt Tuhan Yang Maha Mengetahui segala yang mereka telah lakukan dengan terperinci sekali.

أَلَاۤ إِنَّ لِلَّهِ مَا فِی ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِۖ قَدۡ یَعۡلَمُ مَاۤ أَنتُمۡ عَلَیۡهِ وَیَوۡمَ یُرۡجَعُونَ إِلَیۡهِ فَیُنَبِّئُهُم بِمَا عَمِلُوا۟ۗ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَیۡءٍ عَلِیمُۢ

"
Ketahuilah! Sesungguhnya Allah jualah yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi. Sesungguhnya Ia mengetahui keadaan yang kamu berada padanya (wahai umat manusia); dan pada hari umat manusia itu kembali kepadaNya, maka Ia akan menerangkan kepada mereka segala yang mereka kerjakan, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap tiap sesuatu" [Surah an-Nur 64]

#
Allah swt akan menceritakan satu persatu berkaitan keimanan dan juga penentangan mereka dengan sejelas-jelasnya tanpa ada sebarang penambahan atau pengurangan.

#Didalam ayat berikutnya Allah menyatakan tentang hisab yang detail, firmanNya:

وَٱلۡوَزۡنُ یَوۡمَىِٕذٍ ٱلۡحَقُّۚ فَمَن ثَقُلَتۡ مَوَ ٰ⁠زِینُهُۥ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ

"Dan timbangan amal pada hari itu adalah benar; maka sesiapa yang berat timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang berjaya"

وَمَنۡ خَفَّتۡ مَوَ ٰ⁠زِینُهُۥ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ ٱلَّذِینَ خَسِرُوۤا۟ أَنفُسَهُم بِمَا كَانُوا۟ بِـَٔایَـٰتِنَا یَظۡلِمُونَ

"Dan sesiapa yang ringan timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, dengan sebab mereka berlaku zalim terhadap ayat-ayat Kami (dengan meletakkannya pada bukan tempatnya)" [Surah al-Araf 8-9]

#Juga dijelaskan melalui firmanNya dalam surah al-Anbiya':

وَنَضَعُ ٱلۡمَوَ ٰ⁠زِینَ ٱلۡقِسۡطَ لِیَوۡمِ ٱلۡقِیَـٰمَةِ فَلَا تُظۡلَمُ نَفۡسࣱ شَیۡـࣰٔاۖ وَإِن كَانَ مِثۡقَالَ حَبَّةࣲ مِّنۡ خَرۡدَلٍ أَتَیۡنَا بِهَاۗ وَكَفَىٰ بِنَا حَـٰسِبِینَ

"Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun; dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung); dan cukuplah Kami sebagai Penghitung" [Surah al-Anbiya’ 47]

#Di penghujung ayat, Allah memaklumkan kepada kita bahawa Allah sentiasa ada dan tidak pernah menghilangkan diri daripada menghitung amalan yang dilakukan hambaNya di dunia walaupun mereka tidak melihatNya. Tidak ada satu pun perbuatan kita yang tidak diketahui Allah atau tercicir daripada penilaian Allah serta terlepas daripada catatan malaikatNya.

♡Ini mengajar kita untuk sentiasa berhati-hati dengan segala tindakan kita didunia ini. Jagalah iman kita sebaik-baiknya, jangan calarkan dengan kesyirikan dan kederhakaan. Ikutilah wahyu yang diturunkan serta berimanlah dengan apa yang disampaikan oleh baginda Rasulullah saw♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 29 Jamadil Awwal 1444H☆

فَلَنَسۡـَٔلَنَّ ٱلَّذِینَ أُرۡسِلَ إِلَیۡهِمۡ وَلَنَسۡـَٔلَنَّ ٱلۡمُرۡسَلِینَ

"Maka sesungguhnya Kami (Allah) akan menyoal umat-umat yang telah diutuskan (Rasul-rasul) kepada mereka, dan sesungguhnya Kami akan menyoal juga Rasul-rasul itu" [Surah al-A`raf 6]

#Sambung bicara Tadabbur Kalamullah semalam.

#Di penghujung ayat, Allah memaklumkan bahawa bukan umat sahaja yang disoal, tetapi pertanyaan itu turut ditujukan kepada para rasul yang telah ditugaskan menyampaikan wahyu.

#Para rasul ditanya sama ada mereka telah menyampaikan wahyu ataupun tidak? Sedangkan Allah swt sudah pun mengetahui. Pertanyaan ini penting bagi membuktikan bahawa para rasul telah pun menyampaikan wahyu Allah kepada mereka, namun mereka tetap berdegil tidak mahu beriman, maka tidak ada maaf lagi bagi mereka. Mereka akan diazab didalam neraka jahannam dengan sedahsyat-dahsyatnya dan penuh dengan kengerian.

وَإِذَا قِیلَ لَهُ ٱتَّقِ ٱللَّهَ أَخَذَتۡهُ ٱلۡعِزَّةُ بِٱلۡإِثۡمِۚ فَحَسۡبُهُۥ جَهَنَّمُۖ وَلَبِئۡسَ ٱلۡمِهَادُ

Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertaqwalah engkau kepada Allah" timbulah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). Oleh itu padanlah ia (menerima balasan azab) neraka jahannam dan demi sesungguhnya, (neraka jahannam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal" [Surah al-Baqarah 206]

#Namun, jika wahyu tidak sampai kepada mereka, maka mereka tidak akan diazab.

وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولًا

“Tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sehingga Kami mengutuskan seorang rasul” [Surah al-Israk 15]

#Para ulamak bersepakat dengan prinsip yang ditegaskan oleh al-Quran iaitu Allah tidak akan mengazab seseorang melainkan setelah diutuskan rasul menyampaikan risalah. Sesiapa yang tidak sampai kepadanya ajaran yang benar dari seorang rasul, tidak ditegakkan hujah yang teguh sehingga tiada alasan untuk ragu dan syak, maka dia tidak akan diazabkan oleh Allah.

#Syeikh Al-Sa’di dalam tafsirnya mengatakan: “Allah itu Maha Adil, Dia tidak akan mengazab seseorang melainkan ditegakkan hujah dengan pengutusan rasul tapi dia menolaknya. Adapun sesiapa yang tidak sampai kepadanya hujah Allah, maka sesungguhnya dia tidak diazab”.

#Ini menunjukkan betapa pentingnya para Rasul menyampaikan risalah wahyu kepada umat mereka. Ini adalah tugas yang perlu mereka jalankan dan merupakan perintah daripada Allah swt. Ini adalah kewajipan, bukannya disampaikan atas dasar suka-suka, bukan sebagai hobi, bukan sebagai pengisi masa lapang, bukan untuk mencari populariti, bukan demi like dan followers. Para rasul mesti menyampaikan risalah wahyu kerana mereka juga akan ditanya. Dan sudah terbukti bahawa mereka telah pun sampaikan walaupun ramai yang menentang.

یَوۡمَ یَجۡمَعُ ٱللَّهُ ٱلرُّسُلَ فَیَقُولُ مَاذَاۤ أُجِبۡتُمۡۖ قَالُوا۟ لَا عِلۡمَ لَنَاۤۖ إِنَّكَ أَنتَ عَلَّـٰمُ ٱلۡغُیُوبِ

"(Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) Allah menghimpunkan Rasul-rasulNya lalu bertanya: "Apakah penerimaan yang diberikan kepada kamu (oleh umat-umat kamu dahulu, ketika kamu menyampaikan seruan ugama Allah)?" Rasul-rasul itu menjawab: "Tidak ada bagi kami pengetahuan yang sah tentang itu, (pengetahuan yang tepat adalah tertentu bagiMu), kerana sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Mengetahui akan segala perkara yang ghaib" [Surah al-Ma'idah 109]

♡Berimanlah kepada Allah swt dan ikutilah risalah wahyu yang disampaikan oleh rasulNya moga tidak menyusahkan hisab kita di Mahsyar kelak♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 26 Jamadil Awwal 1444H☆

فَمَا كَانَ دَعۡوَىٰهُمۡ إِذۡ جَاۤءَهُم بَأۡسُنَاۤ إِلَّاۤ أَن قَالُوۤا۟ إِنَّا كُنَّا ظَـٰلِمِینَ

"Maka tidak ada yang mereka katakan ketika datangnya azab Kami kepada mereka, melainkan mereka (mengakui dengan) berkata: "Sebenarnya kami adalah orang-orang yang zalim" [Surah al-A`raf 5]

#Dalam ayat ini Allah swt menyatakan keluhan atau kata-kata golongan yang ditimpa azab. Yakni mereka mengakui akan kezaliman mereka. Mereka mengakui akan kesyirikan mereka. Mereka mengakui akan kederhakaan mereka. Mereka mengakui kejahatan mereka menentang Allah dan RasulNya yang mengakibatkan mereka ditimpa azab. Mereka mengakui memang mereka zalim iaitu melakukan kezaliman yang besar (syirik).

وَإِذۡ قَالَ لُقۡمَـٰنُ لِٱبۡنِهِۦ وَهُوَ یَعِظُهُۥ یَـٰبُنَیَّ لَا تُشۡرِكۡ بِٱللَّهِۖ إِنَّ ٱلشِّرۡكَ لَظُلۡمٌ عَظِیمࣱ

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar" [Surah Luqman 13]

#Dalam ayat yang lain, Allah swt mengatakan bahawa telah dibinasakan golongan yang zalim lagi derhaka padaNya.

وَكَمۡ قَصَمۡنَا مِن قَرۡیَةࣲ كَانَتۡ ظَالِمَةࣰ وَأَنشَأۡنَا بَعۡدَهَا قَوۡمًا ءَاخَرِینَ

"Dan berapa banyak Kami telah pecah-belahkan dan binasakan penduduk negeri yang melakukan kezaliman, dan Kami telah menjadikan sesudah mereka, kaum yang lain sebagai gantinya" [Surah al-Anbiya’ 11]

#Inilah sikap orang kafir, tatkala mereka diazab barulah mereka mengaku yang mereka telah melakukan syirik semasa hidup di dunia. Diceritakan oleh Ibnu Humaid kepada kami, telah menceritakan kepada kami Jarir, dari Abu Sinan, dari Abdul Malik ibnu Maisarah Az-Zarrad yang mengatakan bahawa Sayidina Abdullah Ibnu Mas'ud r.a pernah mengatakan bahawa Rasulullah saw telah bersabda:

مَا هَلَكَ قَوْمٌ حَتَّى يُعْذِروا مِنْ أَنْفُسِهِمْ

"Tidaklah suatu kaum dibinasakan sebelum mereka mengakui kesalahan diri mereka sendiri"

#Ini jelas menunjukkan sikap orang yang bersalah itu akan mengaku juga kezaliman yang mereka lakukan apabila ditimpa dengan azab. Perlu diingatkan bahawa sikap ini bukanlah sikap orang yang beriman.

#Sikap orang beriman ialah sentiasa mengaku kesalahan yang dilakukan lalu segera bertaubat dan memohon keampunan. Bukannya menunggu dikenakan azab baru mengaku kesalahan yang dilakukan.

إِنَّمَا ٱلتَّوۡبَةُ عَلَى ٱللَّهِ لِلَّذِینَ یَعۡمَلُونَ ٱلسُّوۤءَ بِجَهَـٰلَةࣲ ثُمَّ یَتُوبُونَ مِن قَرِیبࣲ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ یَتُوبُ ٱللَّهُ عَلَیۡهِمۡۗ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلِیمًا حَكِیمࣰا

"Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana" [Surah an-Nisa' 17]

♡Janganlah kita bersikap seperti orang kafir yang hanya mengaku salah selepas ditimpa azab. Mengakulah kesalahan dan bertaubatlah setiap kali melakukan kesalahan. Pastikan kita sentiasa beristighfar dan bertaubat kepada Allah swt♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 24 Jamadil Awwal 1444H☆

فَإِن تَوَلَّوۡا۟ فَقَدۡ أَبۡلَغۡتُكُم مَّاۤ أُرۡسِلۡتُ بِهِۦۤ إِلَیۡكُمۡۚ وَیَسۡتَخۡلِفُ رَبِّی قَوۡمًا غَیۡرَكُمۡ وَلَا تَضُرُّونَهُۥ شَیۡـًٔاۚ إِنَّ رَبِّی عَلَىٰ كُلِّ شَیۡءٍ حَفِیظࣱ * وَلَمَّا جَاۤءَ أَمۡرُنَا نَجَّیۡنَا هُودࣰا وَٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ مَعَهُۥ بِرَحۡمَةࣲ مِّنَّا وَنَجَّیۡنَـٰهُم مِّنۡ عَذَابٍ غَلِیظࣲ

"Dalam pada itu, jika kamu membelakangkan juga seruanku, maka tidaklah menjadi hal kepadaku kerana aku telah sampaikan kepada kamu apa yang telah diutus oleh Allah untuk menyampaikannya, dan Tuhanku akan menggantikan kamu dengan suatu kaum yang lain (setelah kamu dibinasakan); dan kamu pula tidak akan dapat membahayakanNya sedikitpun. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengawal dan Pemulihara tiap-tiap sesuatu. Dan apabila datang azab Kami, Kami selamatkan Nabi Hud beserta dengan umatnya yang beriman, dengan rahmat dari Kami; dan Kami selamatkan mereka dari azab yang keras" [Surah Hud 57-58]

#Allah swt menyebut tentang kebinasaan yang ditimpakan kepada golongan yang engkar dan menentang risalahNya. Mereka dimusnahkan Allah dengan azab berupa banjir besar, ditenggelam ke dalam bumi, dipanah halilintar, ditenggelam ke dalam laut dan sebagainya.

#Rasulullah saw mengingatkan kita semua di dalam sabdaannya tentang beberapa perkara yang dilakukan oleh umat terdahulu yang menyebabkan mereka dibinasakan. Antaranya ialah:

#Bertelagah dengan risalah yang dibawa Nabi mereka. Apabila Nabi mereka menyatakan kebenaran, mereka membantah, mempersoalkan malah bertelagah dengan kebenaran tersebut. Sabda Nabi saw:

فإنَّما أَهْلَكَ الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ، كَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ، وَاخْتِلَافُهُمْ علَى أَنْبِيَائِهِمْ

“Sesungguhnya telah binasalah umat sebelum kamu kerana banyak mempersoalkan (ajaran Nabi mereka) dan mereka berbantah (bercanggah) dengan arahan Nabi mereka (iaitu pemimpin mereka ketika itu)" (HR Muslim)

#Selain itu, mereka binasa disebabkan sikap pilih kasih, mengutamakan kroni dan mereka tidak berlaku adil kepada rakyat marhaen. Sabda Rasulullah saw:

إنَّما أَهْلَكَ الَّذِينَ قَبْلَكُمْ أنَّهُمْ كَانُوا إذَا سَرَقَ فِيهِمِ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ، وإذَا سَرَقَ فِيهِمِ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عليه الحَدَّ

“Sesungguhnya telah binasa umat sebelum kamu kerana apabila yang mencuri itu orang yang mulia (orang yang mempunyai kedudukan), tidak kenakan hukuman ke atas mereka, tetapi apabila rakyat yang lemah melakukan kesalahan, mereka dihukum” (HR al-Bukhari)

#Selain itu juga, sifat tamak, menipu dan zalim juga menjadi penyebab mereka dimusnahkan. Sabda Rasulullah saw:

إياكم والشحَّ فإنه أهلك من كان قبلكم أمرهم بالكذبِ فكذبوا وأمرهم بالظلمِ فظلمُوا

“Jauhilah sifat kedekut, kerana sesungguhnya umat terdahulu telah binasa kerana sifat ini membawa mereka menipu, lalu mereka menipu. Sifat ini membimbing mereka untuk melakukan kezaliman, lalu mereka bersifat zalim".

#Begitu juga sifat cintakan dunia sehingga melupakan Allah, melupai akhirat, melupai kematian menjadi sebab kebinasaan. Mereka ditendang ke sana sini, dihina dan dilunyaikan oleh orang kafir kerana sikap terlalu cintakan dunia. Sabda Rasulullah saw:

“Hampir saja para kaum (orang kafir) akan mengerumuni kamu dari berbagai penjuru, sebagaimana mereka berkumpul menghadapi makanan dalam piring”. Kemudian seseorang bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah kerana bilangan kita sedikit?” Rasulullah berkata: Bahkan kamu ketika itu sangat ramai! Akan tetapi kalian seumpama sampah yang dibawa oleh air hujan. Allah akan menghilangkan rasa takut pada hati musuh kalian dan akan menimpakan dalam hati kalian ’Wahn’. Kemudian seseorang bertanya: "Apa itu wahn?” Rasulullah berkata: "Cinta dunia dan takut mati.” (HR Abu Daud)

♡Inilah punca dan penyebab kebinasaan dan kemusnahan yang menimpa umat terdahulu. Maka, jadikan iktibar dan pengajaran agar kita tidak dibinasakan sebagaimana golongan terdahulu♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 22 Jamadil Awwal 1444h☆

قُلۡ یَـٰقَوۡمِ ٱعۡمَلُوا۟ عَلَىٰ مَكَانَتِكُمۡ إِنِّی عَامِلࣱۖ فَسَوۡفَ تَعۡلَمُونَ مَن تَكُونُ لَهُۥ عَـٰقِبَةُ ٱلدَّارِۚ إِنَّهُۥ لَا یُفۡلِحُ ٱلظَّـٰلِمُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai kaumku (yang masih kafir), buatlah sedaya upaya kamu (untuk menentang Islam), sesungguhnya aku juga tetap beramal (berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan Islam); kemudian kamu akan ketahui siapakah yang akan beroleh kebaikan dan kejayaan di dunia ini. Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya" [Surah al-An`am 135]

#Allah swt memberi amaran bahawa semua manusia akan mengetahui kesan daripada perbuatan mereka itu apabila sudah mati kelak. Kalau didunia sibuk berbuat amalan baik, akan dibalas baik. Namun kalau sibuk berbuat amalan yang salah, yang kufur, yang syirik dan sesat, maka nasib malang bakal diharungi. Saat itu, kita tidak dapat berbuat apa-apa lagi kerana pintu taubat sudah tertutup.

#Allah swt juga mengingatkan orang-orang yang menentang Islam bahawa kebenaran sesuatu perkara itu kadang-kadang tidak nampak di dunia ini. Ia hanya akan sedar dan ketahui saat sakaratulmaut dan ketika berada di mahsyar kelak.

وَلَوۡ تَرَىٰۤ إِذِ ٱلۡمُجۡرِمُونَ نَاكِسُوا۟ رُءُوسِهِمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ رَبَّنَاۤ أَبۡصَرۡنَا وَسَمِعۡنَا فَٱرۡجِعۡنَا نَعۡمَلۡ صَـٰلِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ

"Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin" [Surah as-Sajdah 12]

#Ada sebahagian manusia yang tidak dibalas kejahatannya di dunia ini tetapi Allah ‎swt tangguhkan untuk balas dengan dahsyatnya di akhirat kelak. Hal ini kerana, dunia ini bukanlah tempat untuk ditunjukkan akibat kepada sesuatu. Jika dibalas sekalipun adalah untuk diinsafi.

وَلَوۡ یُؤَاخِذُ ٱللَّهُ ٱلنَّاسَ بِظُلۡمِهِم مَّا تَرَكَ عَلَیۡهَا مِن دَاۤبَّةࣲ وَلَـٰكِن یُؤَخِّرُهُمۡ إِلَىٰۤ أَجَلࣲ مُّسَمࣰّىۖ فَإِذَا جَاۤءَ أَجَلُهُمۡ لَا یَسۡتَـٔۡخِرُونَ سَاعَةࣰ وَلَا یَسۡتَقۡدِمُونَ

"Dan kalaulah Allah menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka, tentulah Ia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaatpun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan" [Surah an-Nahl 61]

#Di penghujung ayat, Allah swt mengatakan bahawa orang yang zalim tidak akan mendapat kemenangan samada didunia ataupun di akhirat. Sewaktu Nabi saw masih hidup, kita telah melihat Islam telah menang di dan kemusyrikan telah dihapuskan.

قُل لِّلَّذِینَ كَفَرُوا۟ سَتُغۡلَبُونَ وَتُحۡشَرُونَ إِلَىٰ جَهَنَّمَۖ وَبِئۡسَ ٱلۡمِهَادُ

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir itu: "Kamu akan dikalahkan (di dunia ini) dan akan dihimpunkan (pada hari kiamat) ke dalam neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat yang disediakan" [Surah Aali Imran 12]

#Bagi para pejuang kebenaran, ingatlah bahawa kejayaan menanti di akhirat kelak. Sekalipun mungkin kita melihat kumpulan pejuang Islam sedikit tetapi yakinlah bahawa mereka akan mendapat kemenangan di akhirat kelak dan itulah kemenangan yang paling utama.

♡Kejayaan sesuatu perjuangan itu bukanlah dilihat dengan ramainya orang yang mengikutinya. Kejayaan yang sebenar ialah dengan mengikuti perjuangan yang telah diperjuangkan oleh baginda Rasulullah saw dan para sahabatnya dalam menegakkan kebenaran walaupun ahlinya sedikit. Islam pasti menang. Kebatilan akan kecundang!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 6 Ramadhan 1442H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa" [Surah al-Baqarah 183]

#Bulan Ramadhan kita diwajibkan berpuasa. Puasa merupakan amalan yang agung dan tersangat istimewa. Terdapat pelbagai keistimewaan dalam pelaksanaan ibadah puasa, antaranya ialah:

1. Puasa merupakan ibadah yang tiada tandingannya.

Rasulullah saw bersabda kepada Sayidina Abu Umamah al-Bahili r.a:

عليك بالهجرةِ فإنَّه لا مثلَ لها ، عليك بالصَّومِ فإنَّه لا مثلَ له ، عليك بالسُّجودِ ، فإنَّك لا تسجُدُ للهِ سجدةً إلا رفعك اللهُ بها درجةً ، وحطَّ عنك بها خطيئةً

“Hendaknya engkau hijrah, kerana ia ibadah yang tidak ada tandingannya, hendaknya engkau berpuasa kerana puasa itu ibadah yang tidak ada tandingannya, hendaknya engkau bersujud kerana tidaklah engkau sujud sekali melainkan Allah tinggikan darjatmu satu darjat dan menghapus satu dosamu” (HR an-Nasaie)

2. Puasa disandarkan pada Allah swt

Rasulullah saw bersabda:

يقولُ اللهُ عزَّ وجلَّ كلُّ عمَلِ ابنِ آدمَ له إلا الصيامَ فهو لِي وأنا أجزِي بِهِ

Allah ‘Azza wa Jalla berfirman: "Setiap amalan manusia itu bagi dirinya, kecuali puasa. Kerana puasa itu untukKu dan Aku yang akan membalas pahalanya” (HR al-Bukhari dan Muslim)

3. Puasa penyebab dimasukkan ke dalam syurga

Rasulullah saw bersabda:

في الجنة ثمانيةُ أبْوابٍ ، فيها بابٌ يُسَمَّى الرَّيَّانَ ، لا يدخلُهُ إلا الصَّائِمُونَ

“Di syurga ada lapan pintu, di antaranya ada pintu yang dinamakan ar-Rayyan. Tidak ada yang dapat memasukinya kecuali orang-orang yang berpuasa” (HR al-Bukhari)

4. Bau mulut orang yang berpuasa wangi di sisi Allah dan beroleh dua kebahagiaan

Rasulullah saw bersabda:

والذي نفسُ محمدٍ بيدهِ لَخَلوفِ فمِ الصائمِ أطيبُ عندَ اللهِ من ريحِِ المسكِ ,للصائمِ فَرْحتانِ يفرَحْهُما إذا أَفطرَ فَرِحَ ، وإذا لقي ربَّه فَرِحَ بصومِهِ

“Demi Zat yang jiwaku berada di tanganNya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa di sisi Allah itu lebih wangi daripada misk. Bagi orang yang berpuasa ada dua kebahagiaan. Kebahagiaan ketika ia berbuka dan kebahagiaan ketika ia bertemu RabbNya” (HR al-Bukhari dan Muslim)

5. Orang yang berpuasa akan diganjari dengan ampunan dan pahala yang besar (Rujuk Surah al-Ahzab 35)

♡Inilah antara keistimewaan dan kelebihan bagi orang yang berpuasa. Oleh itu, berpuasalah dengan penuh ketaatan dan kesempurnaan agar kita beroleh kesemua ganjaran yang dijanjikan. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 4 Ramadhan 1442H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ قُوۤا۟ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِیكُمۡ نَارࣰا

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka..." [Surah at-Tahrim 6]

#Imam Ibnu Kathir menukilkan pandangan Qatadah, seorang tokoh ahli tafsir terhadap ayat diatas. Beliau berkata:

تأمرهم بطاعة الله وتنهاهم عن معصية الله وأن تقوم عليهم بأمر الله وتأمرهم به وتساعدهم عليه فإذا رأيت لله معصية ردعتهم عَنْهَا وَزَجَرْتَهُمْ عَنْهَا،

“Kamu memerintahkan mereka untuk taat kepada Allah dan melarang mereka daripada melakukan maksiat kepada Allah. Kamu perlu jalankan tanggungjawab terhadap mereka berdasarkan perintah Allah dan membantu mereka untuk menjalankan perintah Allah. Jika kamu lihat mereka melakukan maksiat kepada Allah, maka halang dan cegah mereka daripadanya.”

#Di antara tanggungjawab seorang ayah di bulan Ramadhan ini ialah memerintahkan dan memastikan seluruh ahli keluarganya berpuasa dan menggandakan ketaatan.

#Disamping itu, melatih anak-anak kecil dan yang belum baligh untuk berpuasa. Amalan melatih anak kecil berpuasa telah pun diamalkan oleh golongan para salafussaleh sejak dahulu lagi.

عَنِ الرُّبَيِّعِ بِنْتِ مُعَوِّذٍ قَالَتْ أَرْسَلَ النَّبِىُّ صلى الله عليه وسلم غَدَاةَ عَاشُورَاءَ إِلَى قُرَى الأَنْصَارِ: مَنْ أَصْبَحَ مُفْطِرًا فَلْيُتِمَّ بَقِيَّةَ يَوْمِهِ، وَمَنْ أَصْبَحَ صَائِمًا فَلْيَصُمْ. قَالَتْ فَكُنَّا نَصُومُهُ بَعْدُ، وَنُصَوِّمُ صِبْيَانَنَا، وَنَجْعَلُ لَهُمُ اللُّعْبَةَ مِنَ الْعِهْنِ، فَإِذَا بَكَى أَحَدُهُمْ عَلَى الطَّعَامِ أَعْطَيْنَاهُ ذَاكَ، حَتَّى يَكُونَ عِنْدَ الإِفْطَارِ

Daripada Ar Rubayyi’ binti Mu’awwidz, ia berkata, Nabi saw pernah mengutus seseorang ke salah satu suku Ansar di pagi hari Asyura. Baginda bersabda: “Siapa yang di pagi hari dalam keadaan tidak berpuasa, hendaklah ia berpuasa. Siapa yang di pagi harinya berpuasa, hendaklah teruskan berpuasa”. Ar-Rubayyi’ mengatakan: “Kami berpuasa setelah itu. Lalu anak-anak kami pun turut berpuasa. Kami pun membuatkan mereka barang mainan dari bulu. Jika salah seorang dari mereka menangis, merengek-rengek minta makan, kami akan memberi mainan padanya. Akhirnya pun mereka dapat turut berpuasa hingga waktu berbuka." (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Imam Ibnu Batthal menjelaskan bahawa para ulamak sepakat, ibadah dan kewajiban hanya dikenakan ketika telah baligh (dewasa). Namun kebanyakan ulamak sudah menganjurkan untuk mendidik anak untuk berpuasa sejak kecil, begitu juga untuk ibadah lainnya. Hal ini untuk keberkahannya dan agar membuat mereka terbiasa sejak kecil, sehingga semakin mudah mereka lakukan ketika telah diwajibkan.

#Imam an-Nawawi rahimahullah mengatakan: “Hadis di atas menunjukkan perintah untuk melatih anak dalam melakukan ketaatan dan mendidik mereka untuk beribadah. Akan tetapi, mereka tetap masih belum dibebani syariat atau belum mukallaf".

♡Latihlah anak-anak berpuasa dan melaksanakan perintah Allah. Semoga Allah menjadikan anak-anak kita, anak yang soleh. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 2 Ramadhan 1442H☆

وَٱسۡتَغۡفِرِ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ غَفُورࣰا رَّحِیمࣰا

"Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah; kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Surah an-Nisa' 106]

#Bulan Ramadhan bulan keampunan. Allah swt Tuhan Yang Maha Pengampun. Banyakkan memohon keampunan Allah. Hendaklah kita berharap dan berusaha melakukan amal ibadah sebaik mungkin agar dosa-dosa kita diampunkan Allah terutama disepanjang Ramadhan ini.

#Antara amalan penghapus dosa dibulan Ramadhan:

1. Puasa

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa yang berpuasa kerana iman dan ingin mendapatkan pahala, maka diampuni semua dosanya yang telah lalu” (HR al-Bukhari dan Muslim)

2. Solat Malam

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa melaksanakan solat malam pada bulan Ramadhan kerana iman dan ingin mendapatkan pahala, maka diampuni semua dosanya yang telah lalu" (HR Muslim)

3. Sedekah

أَلاَ أَدُلُّكَ عَلَى أَبْوَابِ الْخَيْرِ الصَّوْمُ جُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ وَصَلاَةُ الرَّجُلِ مِنْ جَوْفِ اللَّيْلِ

“Mahukah aku tunjukkan kepadamu pintu-pintu kebaikan? Puasa adalah perisai. Bersedekah itu menghapus kesalahan (dosa) sebagaimana air memadamkan api. Dan solat seseorang di kegelapan (pertengahan) malam" (HR at-Tirmizi)

4. Solat di Malam al-Qadar

مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa yang berdiri (menunaikan solat) pada malam Lailatul Qadar dengan (penuh) keimanan dan pengharapan (pahala), maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni" (HR al-Bukhari dan Muslim)

5. Zakat Fitrah

Sayidina Ibnu Abbas r.a berkata:

فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِينِ

“Rasulullah saw mewajibkan zakat fitrah, sebagai penyuci orang yang berpuasa dari perbuatan yang menggugurkan pahala puasa serta dari perbuatan atau ucapan lagha, juga sebagai makanan bagi orang miskin” (HR Abu Daud)

♡Bulan Ramadhan adalah medan untuk menyucikan dosa.
Mulai dari solat, puasa, sedekah, ibadah Lailatul Qadar sehinggalah zakat fitrah menjadi penyuci dosa bagi kita yang berpuasa. Semoga kita diampuni disepanjang Ramadhan ini. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 29 Sya'ban 1442H☆

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّـهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ

"Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya" [Surah al-Bayyinah 5]

#Berkata asy-Syahid Syed Qutb rahimahullah: "Ibadat kepada Allah Yang Maha Esa mengkihlaskan ketaatan kepadaNya, menjauhi syirik dan pendokongnya. Seterusnya ibadat yang tulus ikhlas kepada Allah itu adalah juru bahasa yang menterjemahkan akidah itu". (Lihat: Fi Zilalil Quran)

#InsyaAllah, esok kita akan memasuki bulan Ramadhan, bulan pesta ibadah. Di bulan Ramadhan, manusia berlumba-lumba melakukan pelbagai amal ibadah dan kebaikan. Ini adalah suatu yang baik dan sangat menggembirakan semua umat Islam.

#Namun perlu diingatkan bahawa sebanyak manapun amalan yang kita lakukan perlu dipastikan amalan tersebut dilakukan dengan penuh keikhlasan dan hanya kerana Allah swt semata-mata.

#Ini kerana hanya amalan yang ikhlas kerana Allah sahaja yang diterima. Amalan yang dilakukan bukan kerana Allah atau kerana selain Allah maka sia-sia dan tidak diterima oleh Allah swt.

#Daripada Sayidina Sahl bin Sa’ad bahawa Nabi saw bersabda:

نِيَّةُ الْمُؤْمِنِ خَيْرٌ مِنْ عَمَلِهِ

“Niat seorang mukmin lebih baik daripada amalannya” (HR at-Thabarani)

#Ketahuilah bahawa niat merupakan perkara yang amat penting kerana ia yang akan menentukan tujuan amalan tersebut. Niat juga menjadi kayu ukur bagi penerimaan sesuatu amalan.

#Daripada Sayidina Jundub r.a, bahawa Nabi saw bersabda:

مَنْ سَمَّعَ سَمَّعَ اللَّهُ بِهِ، وَمَنْ يُرَائِي يُرَائِي اللَّهُ بِهِ

“Barangsiapa yang beramal kerana sum’ah (membuat sesuatu agar orang mendengarnya) maka Allah swt akan menjadikannya (amalan) sebagai sum’ah dan barangsiapa yang beramal kerana riyak (membuat sesuatu amalan agar orang bercakap mengenainya) maka Allah swt menjadikannya (amalan) sebagai riyak” (HR al-Bukhari)

#Hayatilah sabda Nabi saw ini:

إِنَّ اللَّهَ لا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ

“Sesungguhnya Allah swt tidak melihat kepada rupa dan harta kamu. Akan tetapi Allah swt melihat kepada hati dan amalan kamu” (HR Muslim)

♡Sucikanlah niat dan amalan kita daripada sifat-sifat yang boleh menyebabkan amalan tertolak serta menjauhkan kita daripada sifat riyak, ujub, sum’ah dan lain-lain lagi. Betulkan niat kita, beribadahlah hanya kerana Allah demi memperoleh keredhaanNya♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 27 Sya'ban 1442H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ تُوبُوۤا۟ إِلَى ٱللَّهِ تَوۡبَةࣰ نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمۡ أَن یُكَفِّرَ عَنكُمۡ سَیِّـَٔاتِكُمۡ وَیُدۡخِلَكُمۡ جَنَّـٰتࣲ تَجۡرِی مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai..." [Surah at-Tahrim 8]

#Di antara persiapan utama untuk menyambut kedatangan Ramadhan al-Mubarak ialah taubat yang menyucikan jiwa daripada bebanan dosa dan maksiat. Hal ini kerana dosa akan memberatkan dan menyulitkan kita untuk melakukan amal ibadah.

#Sebahagian salafussoleh terdahulu, apabila masuknya Ramadhan mereka akan menyambutnya dengan menyebut:

" Selamat datang bulan yang menyucikan dosa" (Imam Ibnu al-Jauzi).

#Berkata Dr. Sayyid al-Affani: “Kita mendapati golongan salaf yang terdahulu menyambut Ramadhan dengan taubat nasuha kepada Allah swt dan kembali kepadaNya dengan mengerjakan ketaatan, memperbaiki diri sama ada dalaman dan luaran, bersedia dengan bersungguh-sungguh untuk melakukan ibadah puasa, solat, membaca al-Quran, berzikir dan semua jenis ibadat.”

#Diriwayatkan bahawa ramai di kalangan salafussoleh berdoa untuk mendapatkan Ramadhan supaya diisi dengan pelbagai amalan yang soleh. Antara doa mereka ialah:

اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا

“Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu)" (HR at-Tabarani dan Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya’)

♡Marilah kita semua bertaubat kepada Allah swt atas segala dosa dan salah silap yang kita lakukan. Semoga kita memasuki Ramadhan dalam keadaan bersih daripada dosa. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 25 Sya'ban 1442H☆

وَٱللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنۢ بُیُوتِكُمۡ سَكَنࣰا وَجَعَلَ لَكُم مِّن جُلُودِ ٱلۡأَنۡعَـٰمِ بُیُوتࣰا تَسۡتَخِفُّونَهَا یَوۡمَ ظَعۡنِكُمۡ وَیَوۡمَ إِقَامَتِكُمۡ وَمِنۡ أَصۡوَافِهَا وَأَوۡبَارِهَا وَأَشۡعَارِهَاۤ أَثَـٰثࣰا وَمَتَـٰعًا إِلَىٰ حِینࣲ

"Dan Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah (yang kamu dirikan itu) tempat tinggal; dan Ia menjadikan bagi kamu dari kulit binatang-binatang ternak: khemah-khemah (tempat berteduh), yang kamu mendapatinya ringan (di bawa ke mana-mana) semasa kamu merantau dan semasa kamu berhenti; dan (Ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, berbagai barang perkakas rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa" [Surah an-Nahl 80]

#Menurut Imam Ibnu Katsir rahimahullah: “Allah mengingatkan akan kesempurnaan nikmat yang Dia curahkan atas para hambaNya, berupa rumah tempat tinggal yang berfungsi untuk memberikan ketenangan bagi mereka. Mereka dapat berteduh (dari panas dan hujan) dan berlindung (dari segala macam bahaya) di dalamnya.  Juga dapat mendapatkan sekian banyak manfaat lainnya”.

#Rumah adalah salah satu nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita, yang terkadang bahkan sering dilupakan oleh manusia untuk disyukuri. Padahal dengan adanya rumah, manusia dapat pelbagai manfaat, kemudahan, kebahagiaan dan kesenangan dalam kehidupan.

#Oleh yang demikian, sewajarnya rumah kita dihiasi dengan amalan ketaatan kepada Allah swt dan menjauhkan segala bentuk kemaksiatan kepadaNya.

#Hiasilah rumah kita dengan lantunan ayat-ayat al-Quran. Sabda Nabi saw:

لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنْ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ


"Janganlah kalian jadikan rumah-rumah kalian sebagai kuburan, sesungguhnya syaitan itu akan lari dari rumah yang di dalamnya dibacakan surah al-Baqarah" (HR Muslim)

#Juga dengan ibadah solat. Nabi saw bersabda:

اجْعَلُوا فِي بُيُوتِكُمْ مِنْ صَلَاتِكُمْ وَلَا تَتَّخِذُوهَا قُبُورًا

"Jadikanlah rumah-rumah kalian sebagai tempat mengerjakan solat (sunat), dan janganlah kalian jadikannya sebagai kuburan" (HR Abu Daud)

#Ini bermaksud janganlah kita menjadikan rumah kita seperti kubur, yang kelihatan sunyi sepi dan menyeramkan kerana dikubur tidak dilaksanakan ibadah solat dan bacaan al-Quran.

#Sabda Nabi saw lagi:

أفضل صلاة المرء في بيته إلا المكتوبة

“Solat yang afdhal bagi seseorang adalah di rumahnya, kecuali solat-solat wajib” (HR al-Bukhari)

#Selain itu amalkan doa ini setiap kali masuk rumah. Sabda Nabi saw:

إِذَا وَلَجَ الرَّجُلُ بَيْتَهُ ، فَلْيَقُلْ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَ الْمَوْلَجِ وَخَيْرَ الْمَخْرَجِ ، بِسْمِ اللَّهِ وَلَجْنَا وَبِسْمِ اللَّهِ خَرَجْنَا وَعَلَى اللَّهِ رَبِّنَا تَوَكَّلْنَا، ثُمَّ لِيُسَلِّمْ عَلَى أَهْلِهِ

"Jika seseorang masuk ke rumahnya, hendaknya ia mengucapkan: "Ya Allah aku memohon kepadamu sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik tempat keluar. Dengan nama Allah, kami masuk, dan dengan nama Allah kami keluar. Dan kepada Allah jugalah, wahai Rabb kami, kami bertawakkal. Lalu setelah itu barulah mengucapkan salam kepada penghuninya” (HR Abu Daud, at-Thabrani dan al-Baihaqi)

♡Bersyukurlah dengan nikmat tempat tinggal (rumah) yang dikurniakan Allah. Jadikanlah rumah kita sentiasa bercahaya dengan ibadah solat, lantunan zikir, doa dan selawat, amalan di waktu malam, juga lantunan ayat-ayat al-Quran serta majlis ilmu dan kebajikan. Moga berkat, Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 23 Sya'ban 1442H☆

إِنَّهُۥ مَن یَتَّقِ وَیَصۡبِرۡ فَإِنَّ ٱللَّهَ لَا یُضِیعُ أَجۡرَ ٱلۡمُحۡسِنِینَ

"Sebenarnya sesiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan" [Surah Yusuf 90]

#Allah swt mengaitkan sifat sabar dengan keimanan, ketaqwaan dan ganjaran agung bagi hamba-hambaNya. Hal ini kerana sifat sabar merupakan satu anugerah yang sangat istimewa bagi sesiapa yang memilikinya.

#Berkata Sayidina Abu Said al-Khudri r.a:

مَا أُعْطِيَ أَحَدٌ شَيْئًا أَفْضَلَ مِنَ الصَّبْرِ

“Tidaklah seseorang dianugerahi (oleh Allah) sesuatu yang lebih utama daripada sifat sabar” (Riwayat Abu Ya’la)

#Imam Sufyan bin ‘Uyainah rahimahullah berkata: “Tidaklah para hambaNya dianugerahi sesuatu yang lebih utama daripada kesabaran kerana dengan sabar  itulah  mereka masuk syurga” (Abu Nu’aim dalam al-Hilyah)

#Dalam misi pengembangan dakwah dan perjuangan mendaulatkan kebenaran serta segala gerak kerja kebaikan atau kebajikan yang di lakukan khususnya di akhir zaman ini, nescaya ada cabaran, halangan, tentangan, rintangan, ugutan dan ujian. Maka ubat dan penawar mujarab dalam mendepani suasana ini ialah hadapi dengan penuh ketabahan dan kesabaran. Hal ini bertepatan dengan sabdaan Nabi saw:

يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ الصَّابِرُ فِيْهِمْ عَلَى دِينِهِ كَالْقَابِضِ عَلَى الجَمْرِ

“Kelak akan datang suatu masa kepada manusia, saat orang yang bersabar (berpegang teguh) dengan agamanya di tengah-tengah masyarakat, bagaikan orang yang memegang (menggenggam) bara api” (HR at-Tirmizi dan Ibnu Asakir)

#Oleh itu, hadapilah segala kesulitan itu dengan kesabaran dan memohon pertolongan Allah swt:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱسۡتَعِینُوا۟ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِینَ

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar" [Surah al-Baqarah 153]

♡Berusahalah untuk menjadi insan yang sabar. Ini kerana sabar menjana pahala yang berlipat kali ganda. Dengan sabar juga menjadikan kita hambaNya yang bertaqwa. Taqwa akan mendekatkan kita kepada Allah. Semoga dengan sabar kita layak mendiami syurgaNya yang tertinggi. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 5 Jamadil Akhir 1444H☆

قَالَ فَٱهۡبِطۡ مِنۡهَا فَمَا یَكُونُ لَكَ أَن تَتَكَبَّرَ فِیهَا فَٱخۡرُجۡ إِنَّكَ مِنَ ٱلصَّـٰغِرِینَ

Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina" [Surah al-A'raf 13]

#
Disebabkan kesombongan dan membantah perintah Allah untuk sujud kepada Adam, akhirnya Iblis dihalau keluar daripada Syurga. 

قَالَ فَٱخۡرُجۡ مِنۡهَا فَإِنَّكَ رَجِیمࣱ

Allah berfirman: "Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau adalah makhluk yang diusir" [Surah Sad 77]

#
Persoalan yang perlu diberi perhatian ialah berkaitan sebab Iblis dihalau daripada Syurga.

#Iblis dihalau disebabkan sikap sombongnya yang merasakan ia lebih hebat daripada Adam. Hal ini memberi pengajaran besar kepada kita bahawa tidak ada sesiapa pun yang layak untuk menjadi sombong.

#Jika kita bijak dan cerdik sehebat mana pun, dimuliakan oleh manusia seluruh dunia sekali pun, hendaklah kita ingat bahawa kita tidak layak untuk sombong. Orang yang sombong tiada tempatnya di dalam syurga bahkan diharamkan masuk syurga.

#Tidak kira samada seseorang itu sombong kerana dia hebat, dia bijak, dia cantik, dia daripada keturunan yang baik-baik dan bangsawan, dia kaya melana, dia berjawatan tinggi, dia selebriti, dia ilmuwan hebat, dia penceramah terkenal, dia banyak followers, dia pakar formula, dia menang pilihanraya, dia berjaya jadi wakil rakyat, dia memiliki rumah mewah dan banyak, dia memiliki ramai pengikut, dia mempunyai ramai isteri, dia mempunyai ramai anak, dan seumpamanya, asalkan ada sifat sombong walau sebesar zarrah dalam hatinya, maka dia diharamkan syurga dan tidak boleh mendiami syurga. Sombong adalah sifat Iblis. Tidak layak masuk syurga. Jika sudah berada di dalam syurga, maka akan dihalau keluar daripada syurga.

#Sabda Nabi saw:

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ

"Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sebesar zarrah perasaan sombong" (HR Muslim)

#Dipenghujung ayat, Allah swt menyatakan bahawa Iblis dihalau dengan penuh penghinaan serta dilaknat oleh Allah swt selama-lamanya.

وَإِنَّ عَلَیۡكَ لَعۡنَتِیۤ إِلَىٰ یَوۡمِ ٱلدِّینِ

"Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknatku terus menerus hingga ke hari kiamat!" [Surah Sad 78]

#Tatkala Iblis merasakan dia mulia dan memiliki kedudukan yang tinggi, maka Allah swt mengubah kedudukannya menjadi sangat hina dan serendah-rendahnya. Dia berkehendakkan kedudukan yang tinggi, maka Allah ‎swt menjatuhkannya.

#Begitulah kita, jika merasakan diri sangat mulia melebihi semua orang, maka Allah boleh tukar kita menjadi sehina-hinanya disisi seluruh makhluknya.

وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ كَثِیرࣰا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِۖ لَهُمۡ قُلُوبࣱ لَّا یَفۡقَهُونَ بِهَا وَلَهُمۡ أَعۡیُنࣱ لَّا یُبۡصِرُونَ بِهَا وَلَهُمۡ ءَاذَانࣱ لَّا یَسۡمَعُونَ بِهَاۤۚ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ كَٱلۡأَنۡعَـٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّۚ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡغَـٰفِلُونَ

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai" [Surah al-A'raf 179]

♡Maka, jangan sesekali merasa sombong dan takabbur. Jaga hati dan kita perlu ingat bahawa apa sahaja kelebihan yang kita ada, ia bukanlah kerana diri kita, tetapi itu adalah pemberian Allah swt untuk disyukuri dan diinsafi dengan penuh tawadhuk (merendah diri) atas kurniaanNya. Jangan sombong!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 3 Jamadil Akhir 1444H☆

وَلَقَدۡ خَلَقۡنَـٰكُمۡ ثُمَّ صَوَّرۡنَـٰكُمۡ ثُمَّ قُلۡنَا لِلۡمَلَـٰۤىِٕكَةِ ٱسۡجُدُوا۟ لِـَٔادَمَ فَسَجَدُوۤا۟ إِلَّاۤ إِبۡلِیسَ لَمۡ یَكُن مِّنَ ٱلسَّـٰجِدِینَ

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud" [Surah al-Araf 11]

#
Allah swt mengatakan, setelah sempurna ciptaan Nabi Adam Alaihissalam dengan tiupan roh, maka Allah ‎swt telah menitahkan para malaikat untuk sujud penghormatan kepada Nabi Adam Alaihissalam. Semua malaikat bersujud pada Nabi Adam kecuali Iblis laknatullah.

#
Dalam ayat diatas, disebutkan bahawa Allah swt telah memerintahkan kepada para malaikat untuk sujud dan tidak disebut Iblis. Namun, Allah mengatakan malaikat sujud tetapi iblis tidak sujud. Kenapa Iblis terlibat dalam isu ini sedangkan Iblis bukanlah tergolong dalam kalangan malaikat?. Iblis dijadikan daripada api manakala malaikat pula diciptakan daripada cahaya.

#
Berkata mufassirin, disebabkan Iblis berada di dalam kalangan malaikat, maka Iblis termasuk dalam arahan Allah agar sujud kepada Nabi Adam Alaihissalam. Pandangan lain mengatakan, kerana Iblis telah banyak beribadah, maka kedudukannya telah dinaikkan supaya berada bersama-sama dengan para malaikat. Maka dia juga termasuk dalam perintah sujud tersebut.

#
Namun Iblis tidak mahu sujud pada Nabi Adam Alaihissalam. Alasannya ialah:

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسۡجُدَ إِذۡ أَمَرۡتُكَۖ قَالَ أَنَا۠ خَیۡرࣱ مِّنۡهُ خَلَقۡتَنِی مِن نَّارࣲ وَخَلَقۡتَهُۥ مِن طِینࣲ

Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah" [Surah al-Araf 12]

#Iblis dengan penuh kesombongan dan bongkak menjawab pertanyaan Allah swt dengan mengatakan bahawa dia lebih baik daripada Adam Alaihissalam. Dia merasakan penciptaannya lebih baik dan sempurna daripada Adam. Iblis merasakan dia lebih hebat daripada Adam. Iblis merasakan dia lebih bijak daripada Adam.

#Iblis menjawab mengikut pandangan akalnya sahaja. Dia merasakan akalnya lebih bagus daripada arahan Allah swt. Kesudahannya adalah kebinasaan dan kesesatan.

...Bersambung...

♡Malaikat makhluk Allah yang taat. Sentiasa patuh dan mengikuti segala perintah Allah swt tanpa bantahan. Ini berbeza dengan Iblis laknatullah yang degil dan menentang perintah Allah serta merasakan dia lebih baik daripada nabi Adam. Walaupun arahan Allah sangat jelas, namun bila menggunakan akal untuk menilai arahan Allah maka bahayanya adalah kecundang dalam kesesatan dan terpalit dengan kefahaman yang salah♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 1 Jamadil Akhir 1444H☆

وَلَقَدۡ مَكَّنَّـٰكُمۡ فِی ٱلۡأَرۡضِ وَجَعَلۡنَا لَكُمۡ فِیهَا مَعَـٰیِشَۗ قَلِیلࣰا مَّا تَشۡكُرُونَ

"Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur" [Surah al-A`raf 10]

#Allah swt mengingatkan kita semua bahawa pelbagai nikmat telah dikurniakan kepada kita diatas muka bumi ini.

هُوَ ٱلَّذِی خَلَقَ لَكُم مَّا فِی ٱلۡأَرۡضِ جَمِیعࣰا ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰۤ إِلَى ٱلسَّمَاۤءِ فَسَوَّىٰهُنَّ سَبۡعَ سَمَـٰوَ ٰ⁠تࣲۚ وَهُوَ بِكُلِّ شَیۡءٍ عَلِیمࣱ

"Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu" [Surah al-Baqarah 29]

#Allah swt telah memberi kedudukan yang baik kepada kita dengan menjadikan kita sebagai khalifah. Dikurniakan kedudukan kepada manusia.

#Allah swt juga telah menjadikan bukit bukau, gunung ganang, air terjun, sungai, lembah, lautan, tasik, tanah terhampar indah dan sebagainya sebagai tempat kita tinggal di bumi yang damai ini.

#Allah juga telah menyediakan segala sumber kehidupan untuk kita, termasuklah pakaian, makanan, tempat tinggal, pelbagai sumber kehidupan dan kekayaan. Allah ‎swt mengurniakan kehidupan yang senang kepada kita. Allah ‎swt bukan sahaja mengurniakan kehidupan kepada kita, tetapi mengurniakan kehidupan yang bagus dan mewah.

هُوَ ٱلَّذِی جَعَلَ لَكُمُ ٱلۡأَرۡضَ ذَلُولࣰا فَٱمۡشُوا۟ فِی مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا۟ مِن رِّزۡقِهِۦۖ وَإِلَیۡهِ ٱلنُّشُورُ

"Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)" [Surah al-Mulk 15]

#Jika ingin dihitung segala nikmat itu, nescaya tidak akan mampu menghitungnya. Pun begitu, ramai dikalangan manusia tetap tidak mensyukuri setiap nikmat yang dikurniakan. Firman Allah swt:

وَءَاتَىٰكُم مِّن كُلِّ مَا سَأَلۡتُمُوهُۚ وَإِن تَعُدُّوا۟ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ لَا تُحۡصُوهَاۤۗ إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَظَلُومࣱ كَفَّارࣱ

"Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya" [Surah Ibrahim 34]

#Bersyukur bukan hanya dengan menyebut Alhamdulillah sahaja, namun wajib taat dan melakukan ibadah kepada Allah swt.

#Allah menyatakan hanya sedikit sahaja manusia yang bersyukur. Apa yang Allah perintahkan, mereka tidak lakukan. Hanya gunakan nikmat Allah, tetapi segala suruhanNya diabaikan.

♡Allah ‎swt mengingatkan kita tentang jasaNya yang telah memberikan kehidupan kepada kita. Maka bersyukurlah dengan mentaatiNya dan sentiasa sujud padaNya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

Ralat 28 Jamadil Awwal bukan 29 Jamadil Awwal

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 27 Jamadil Awwal 1444H☆

فَلَنَسۡـَٔلَنَّ ٱلَّذِینَ أُرۡسِلَ إِلَیۡهِمۡ وَلَنَسۡـَٔلَنَّ ٱلۡمُرۡسَلِینَ

"Maka sesungguhnya Kami (Allah) akan menyoal umat-umat yang telah diutuskan (Rasul-rasul) kepada mereka, dan sesungguhnya Kami akan menyoal juga Rasul-rasul itu" [Surah al-A`raf 6]

#Ayat ini berkaitan hisab atau soal siasat di mahsyar kelak. Setiap manusia yang diutus para rasul kepada mereka maka mereka akan disoal oleh Allah swt. Ini antara suasana yang menakutkan dan menggerunkan kerana Allah swt sendiri yang akan menyoal dan bertanya.

#Manusia akan ditanya adakah sampai risalah Allah (wahyu) kepada mereka ataupun tidak. Inilah soalan yang akan ditanya kepada umat yang derhaka dan mereka akan ditanya dengan keras.

#Mereka bukan sahaja ditanya tentang sampai atau tidak seruan wahyu, tetapi ditanya juga tentang penerimaan mereka terhadap wahyu tersebut. Adakah di terima dan diikuti? Atau ditolak dan dimusuhi?

تَكَادُ تَمَیَّزُ مِنَ ٱلۡغَیۡظِۖ كُلَّمَاۤ أُلۡقِیَ فِیهَا فَوۡجࣱ سَأَلَهُمۡ خَزَنَتُهَاۤ أَلَمۡ یَأۡتِكُمۡ نَذِیرࣱ

"Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: "Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?"

قَالُوا۟ بَلَىٰ قَدۡ جَاۤءَنَا نَذِیرࣱ فَكَذَّبۡنَا وَقُلۡنَا مَا نَزَّلَ ٱللَّهُ مِن شَیۡءٍ إِنۡ أَنتُمۡ إِلَّا فِی ضَلَـٰلࣲ كَبِیرࣲ

Mereka menjawab: "Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar!" [Surah al-Mulk 8-9]

#Ada di antara manusia yang cuba menipu Allah swt dengan mengatakan bahawa risalah wahyu tidak sampai kepada mereka. Tiada nabi yang datang berdakwah kepada mereka. Namun cubaan untuk menipu itu tidak berjaya dan hanya sekadar cubaan kosong semata-mata. Para malaikat dan umat Islam akan menjadi saksi bahawa para Rasul mereka sudah menyampaikan ajaran wahyu namun mereka menentangnya. Cubaan menipu mereka gagal.

رُّسُلࣰا مُّبَشِّرِینَ وَمُنذِرِینَ لِئَلَّا یَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَى ٱللَّهِ حُجَّةُۢ بَعۡدَ ٱلرُّسُلِۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَزِیزًا حَكِیمࣰا

"Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"

لَّـٰكِنِ ٱللَّهُ یَشۡهَدُ بِمَاۤ أَنزَلَ إِلَیۡكَۖ أَنزَلَهُۥ بِعِلۡمِهِۦۖ وَٱلۡمَلَـٰۤىِٕكَةُ یَشۡهَدُونَۚ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ شَهِیدًا

"(Orang-orang kafir itu tidak mahu mengakui apa yang telah diturunkan Allah kepadamu wahai Muhammad), tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran yang telah diturunkanNya kepadamu. Allah menurunkannya dengan ilmuNya, dan malaikat juga turut menjadi saksi. Dan cukuplah Allah menjadi saksi (akan kebenaran Al-Quran ini)" [Surah an-Nisa' 165-166]

#Dipenghujung ayat, Allah memaklumkan bahawa bukan umat sahaja yang disoal, tetapi pertanyaan itu turut ditujukan kepada para rasul yang telah ditugaskan menyampaikan wahyu.

...Bersambung...

♡Ikutlah ajaran yang telah disampaikan oleh Nabi Muhammad saw. Moga kita selamat didunia dan di akhirat. Ingatlah bahawa kita semua akan disoal oleh Allah mengenai wahyuNya dan dakwah yang telah disampaikan oleh NabiNya. Berwaspadalah!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 25 Jamadil Awwal 1444H☆

وَكَم مِّن قَرۡیَةٍ أَهۡلَكۡنَـٰهَا فَجَاۤءَهَا بَأۡسُنَا بَیَـٰتًا أَوۡ هُمۡ قَاۤىِٕلُونَ

"Dan berapa banyak negeri yang Kami binasakan, iaitu datang azab seksa Kami menimpa penduduknya pada malam hari, atau ketika mereka berehat pada tengah hari" [Surah al-Araf 4]

#
Dalam ayat ini, Allah ‎swt memberitahu dan mengingatkan kita bahawa terlalu banyak daerah, negeri dan kawasan yang telah dibinasakan. Kisah-kisah kebinasaan ini banyak disebut di dalam al-Quran, akan tetapi lebih banyak yang tidak disebut kisahnya di dalam al-Quran.

#
Semua kisah kemusnahan dan kebinasaan ini adalah untuk dijadikan pengajaran dan keinsafan kepada kita yang mahu memikirkan. Allah ‎swt mengingatkan kita bahawa sejak di dunia lagi Allah ‎swt boleh datangkan azab yang dahsyat, tidak perlu tunggu di hari akhirat.

#
Allah ‎swt menceritakan bagaimana keadaan azab itu datang menimpa mereka iaitu ketika mereka sedang nyenyak tidur di malam hari atau ketika mereka sedang beristirehat di siang hari.

#
Keadaan ini menakutkan kita semua kerana ini menunjukkan azab itu datang ketika manusia tidak bersedia dan tidak sempat bersedia. Azab datang dalam keadaan manusia tidak sempat bersedia untuk bertaubat atau memohon keampunan. Ketika manusia sedang leka dengan kerehatan, tengah leka berwasap, leka bertiktok, sibuk melayan Youtube, tengah sibuk mengupdate facebook dan tengah asyik bersantai, tatkala itu azab datang. Tiada sebarang kesempatan untuk menginsafi diri.

#
Inilah ancaman yang menakutkan. Azab datang secara tiba-tiba dan mengejut. Apabila sedar sudah tidak bernyawa atau sudah berada di alam barzakh.

أَفَأَمِنَ أَهۡلُ ٱلۡقُرَىٰۤ أَن یَأۡتِیَهُم بَأۡسُنَا بَیَـٰتࣰا وَهُمۡ نَاۤىِٕمُونَ

"Patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?"

أَوَأَمِنَ أَهۡلُ ٱلۡقُرَىٰۤ أَن یَأۡتِیَهُم بَأۡسُنَا ضُحࣰى وَهُمۡ یَلۡعَبُونَ

"Atau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main?"

أَفَأَمِنُوا۟ مَكۡرَ ٱللَّهِۚ فَلَا یَأۡمَنُ مَكۡرَ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلۡقَوۡمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ

"Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi" [Surah al-Araf 97-99]

♡Sentiasalah mentaati Allah swt. Jangan sesekali melakukan kejahatan dan menderhakaiNya. Berwaspadalah dengan kedatangan azabNya yang boleh muncul tanpa petanda dan secara tidak disangka-sangka♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 23 Jamadil Awwal 1444h☆

فَإِن كَذَّبُوكَ فَقُل رَّبُّكُمۡ ذُو رَحۡمَةࣲ وَ ٰ⁠سِعَةࣲ وَلَا یُرَدُّ بَأۡسُهُۥ عَنِ ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡمُجۡرِمِینَ

Kemudian jika mereka mendustakanmu (wahai Muhammad) maka katakanlah: "Tuhan kamu mempunyai rahmat yang luas melimpah-ruah, dan azab seksaNya tidak dapat ditolak dari kaum yang berdosa" [Surah al-An`am 147]

#Allah swt menceritakan tentang kedegilan dan kebebalan golongan Musyrikin Mekah yang tetap mendustakan risalah yang disampaikan Nabi saw walaupun telah diberi dalil dan hujah-hujah yang bernas. Mereka kekal berdegil dan menolak kebenaran walaupun mereka tidak ada hujah balas. Bahkan mereka mencemuh dan mencaci nabi saw.

وَقَالُوا۟ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِی نُزِّلَ عَلَیۡهِ ٱلذِّكۡرُ إِنَّكَ لَمَجۡنُونࣱ *

Dan mereka yang ingkar berkata (kepada Nabi Muhammad): "Wahai orang yang kepadanya diturunkan Al-Quran, sesungguhnya engkau adalah orang gila".

لَّوۡ مَا تَأۡتِینَا بِٱلۡمَلَـٰۤىِٕكَةِ إِن كُنتَ مِنَ ٱلصَّـٰدِقِینَ

"Sepatutnya engkau membawakan malaikat kepada kami (untuk menjadi saksi tentang kerasulanmu), jika betul engkau dari orang-orang yang benar!" [Surah al-Hijr 6-7]

#Maka, ayat diatas adalah sebagai satu pujukan kepada Nabi saw yang terpaksa berdepan dengan mereka yang masih berdegil itu. Tatkala baginda rasa resah dan gelisah dengan kedegilan dan penentangan kaum musyrikin tersebut, Allah swt memaklumkan kepada Nabi saw bahawa Allah mengetahui apa yang sedang dihadapi baginda. Maka rahmat, pertolongan dan bantuan Allah sentiasa bersama baginda saw.

وَمَا جَعَلَهُ ٱللَّهُ إِلَّا بُشۡرَىٰ لَكُمۡ وَلِتَطۡمَىِٕنَّ قُلُوبُكُم بِهِۦۗ وَمَا ٱلنَّصۡرُ إِلَّا مِنۡ عِندِ ٱللَّهِ ٱلۡعَزِیزِ ٱلۡحَكِیمِ

"Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana" [Surah Ali Imran 126]

وَوَهَبۡنَا لَهُم مِّن رَّحۡمَتِنَا وَجَعَلۡنَا لَهُمۡ لِسَانَ صِدۡقٍ عَلِیࣰّا

"Dan Kami kurniakan kepada mereka dari rahmat Kami, dan Kami jadikan bagi mereka sebutan dan pujian yang tinggi dalam kalangan umat manusia" [Surah Maryam 50]

#Zaman kita saat ini juga terdapat golongan yang degil. Walaupun telah disampaikan berbagai dalil yang sahih daripada al-Quran, hadis, pandangan para ulamak, namun masih ramai lagi yang menolak hujah yang sahih, ajaran yang benar dan perjuangan mendaulat kebenaran. Mereka hanya mahu mengikut nafsu serakah dan pandangan sendiri walaupun bertentangan kehendak Allah dan RasulNya.

#Mereka beranggapan semua agama sama, boleh mengamalkan ajaran agama lain atas dasar keharmonian kaum dan sebagainya. Inilah fahaman liberal, sekular dan pluralisme. Mereka menentang kebenaran yang dibawa para ulamak.

#Katakan kepada golongan yang menolak kebenaran bahawa rahmat Allah ‎swt itu meliputi segala sesuatu.

وَرَحْمَتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ ۚ

“…Dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu… ” [Surah al-A'raf 156]

#Banyak rahmat yang dilimpahkan kepada mereka yang mahu beriman. Rahmat itu diberikan di dunia dan lebih-lebih lagi di hari akhirat kelak.

#Berkata Hasan al-Basri dan Qatadah:

وسعت في الدنيا البَرَّ والفاجر، وهي يوم القيامة للذين اتَّقوا خاصَّةً

“Rahmat Allah luas ketika di dunia yang meliputi orang yang baik dan berdosa. Pada hari Kiamat, rahmat Allah adalah khusus untuk orang yang bertakwa”

♡Maka kejarlah rahmat Allah dengan melakukan ketaatan dan ketaqwaan kepadaNya. Jangan dihiraukan penentangan golongan kuffar dan munafiq, kerana azab Allah sedang menanti untuk membinasakan mereka♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk JOIN    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 7 Ramadhan 1442H☆

وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدۡعُونِیۤ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡۚ إِنَّ ٱلَّذِینَ یَسۡتَكۡبِرُونَ عَنۡ عِبَادَتِی سَیَدۡخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِینَ

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu" [Surah Ghafir 60]

#Bulan Ramadhan bulan dimakbulkan doa. Maka sewajarnya kita memperbanyakkan berdoa merebut peluang yang dikurniakan Allah ini.

#Daripada Sayidina Jabir bin Abdillah r.a, Rasulullah saw bersabda:

إِنَّ لِلّهِ فِى كُلِّ يَوْمٍ عِتْقَاءَ مِنَ النَّارِ فِى شَهْرِ رَمَضَانَ ,وَإِنَّ لِكُلِّ مُسْلِمٍ دَعْوَةً يَدْعُوْ بِهَا فَيَسْتَجِيْبُ لَهُ

”Sesungguhnya Allah swt membebaskan beberapa orang daripada api neraka pada setiap hari di bulan Ramadhan dan setiap muslim apabila dia memanjatkan doa maka pasti dikabulkan" (HR al-Bazzar)

#Bagi orang yang berpuasa, dijanjikan Allah bahawa doa mereka tidak akan ditolak.

#Nabi saw bersabda:

ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَالإِمَامُ الْعَادِلُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

“Tiga orang yang doanya tidak ditolak:

1. Orang yang berpuasa sampai ia berbuka
2. Pemimpin yang adil dan
3. Doa orang yang dizalimi” (HR at-Tirmizi)  

#Imam an-Nawawi rahimahullah menjelaskan: “Hadis ini menunjukkan bahawa disunnahkan bagi orang yang berpuasa untuk berdoa dari awal ia berpuasa hingga akhirnya kerana ia dinamakan orang yang berpuasa ketika itu.”

#Berkata Imam an-Nawawi rahimahullah lagi: “Disunnahkan bagi orang yang berpuasa ketika ia dalam keadaan berpuasa untuk berdoa demi keperluan akhirat dan dunianya, juga pada perkara yang ia sukai serta jangan lupa pula untuk mendoakan kaum muslimin lainnya”.

♡Jom berdoa dan bermunajat memohon hajat dan keampunanNya♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 5 Ramadhan 1442H☆

أَلَمۡ أَعۡهَدۡ إِلَیۡكُمۡ یَـٰبَنِیۤ ءَادَمَ أَن لَّا تَعۡبُدُوا۟ ٱلشَّیۡطَـٰنَۖ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوࣱّ مُّبِینࣱ

"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!" [Surah Ya-Seen 60]

#Syaitan adalah musuh yang nyata lagi jelas. Jangan sesekali terpedaya dengan bisikan dan hasutannya. Jangan sesekali menyembahnya dan menjadi pengikutnya. Inilah peringatan besar yang dipesan Allah swt kepada kita semua.

#Bersempena kita berada di bulan Ramadhan ini, marilah kita fokus dalam meningkatkan amal ibadah kerana kita bebas daripada gangguan syaitan yang jahat lagi ganas.

#Kelebihan puasa juga mempersempitkan jalan-jalan atau ruang gerak syaitan, iaitu tempat peredaran darah.

#Daripada Sayidina Sofiyyah binti Huyay r.ha, Rasulullah saw bersabda:

إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنْ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ

"Sesungguhnya  syaitan itu bergerak di dalam diri anak-anak Adam melalui saluran darah” (HR al-Bukhari)

#Daripada Sayidina Ibn Abbas r.huma, Nabi saw bersabda:

الشَّيْطَانُ جَاثِمٌ عَلَى قَلْبِ ابْنِ آدَمَ ، فَإِذَا ذَكَرَ اللهَ خَنَسَ وَإِذَا غَفَلَ وَسْوَسَ

“Syaitan itu duduk bercangkung di atas hati manusia, apabila manusia menyebut nama Allah, dia (syaitan) akan mengundurkan diri dan apabila manusia lalai, dia (syaitan) akan membisikkan kejahatan" (HR al-Bukhari)

#Dalam hadis yang lain menyebut:

إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ صُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ، وَمَرَدَةُ الْجِنِّ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ ، فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ، وَفُتِحَتْ أَبْوَابُ الْجِنَانِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ، وَنَادَى مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ، وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ ، وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ 

"Apabila tiba malam pertama di Bulan Ramadhan, maka akan diikatlah sekalian syaitan dan jin-jin yang jahat, ditutup pintu-pintu neraka tanpa dibukakan satu pun, dan dibuka pintu-pintu syurga tanpa ditutup satu pun, dan akan ada penyeru yang menyeru pada setiap malam: “Wahai orang yang inginkan kebaikan, marilah, dan wahai orang yang ingin melakukan keburukan, hentikanlah”, dan bagi Allah akan ada golongan yang dimerdekakan dari api neraka" (HR at-Tirmizi)

#Ibn Hajar al-‘Asqalani menukilkan dari al-Hulaimi yang menyatakan maksud dibelenggu itu mengandungi makna para syaitan tidak dapat sampai memberi ujian/godaan kepada umat Islam sepertimana di luar bulan Ramadhan disebabkan umat Islam menyibukkan diri dengan berpuasa yang berperanan melemahkan syahwat, demikian juga mereka sibuk dengan membaca al-Quran dan berzikir. (Lihat: Fathul Bari)

♡Berdasarkan riwayat-riwayat ini, seharusnya memberikan semangat kepada kita dalam menunaikan ketaatan di sepanjang bulan Ramadhan ini kerana segala perbuatan kita tidak lagi diganggu oleh bisikan dan hasutan syaitan. Tatkala syaitan lemah, sepatutnya kita menjadi kuat dalam beramal. Jom gandakan amal!!♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 3 Ramadhan 1442H☆

إِن تَجْتَنِبُوا كَبَائِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَنُدْخِلْكُم مُّدْخَلًا كَرِيمًا

"Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga)" [Surah an-Nisa’ 31]

#Berkata Sayidina Ibnu Abbas r.huma:

الكَبِيْرَةُ كُلُّ ذَنْبٍ خَتَمَهُ اللهُ بِنَارٍ، أَوْ غَضَبٍ، أَوْ لَعْنَةٍ، أَوْ عَذَابٍ

“Dosa besar adalah yang Allah akhiri dengan ancaman neraka, atau kemurkaan, atau laknat atau azab seksa” (Tafsir al-Quran al-‘Azim)

#Perbanyakkan melakukan amal soleh, amal ibadah dan perkara-perkara kebaikan di sepanjang Ramadhan yang mulia ini. Hal ini kerana setiap kebaikan yang kita lakukan akan digandakan pahala dan kebaikannya.

#Namun perlu diingatkan bahawa hendaklah berhati-hati jangan sesekali melakukan dosa dan maksiat di bulan Ramadhan kerana dosanya juga dilipatgandakan sebagaimana pahala yang dilipatgandakan di bulan Ramadhan.

#Disebutkan oleh Syeikh Musthafa bin Saad al-Hambali dalam kitab Mathalib Ulin Nuha bahawa kebaikan dan dosa dilipatgandakan pada waktu dan tempat yang mulia. Beliau berkata:

وتضاعف الحسنة والسيئة بمكان فاضل كمكة والمدينة وبيت المقدس وفي المساجد, وبزمان فاضل كيوم الجمعة, والأشهر الحرم ورمضان

“Kebaikan dan keburukan (dosa) dilipatgandakan pada tempat yang mulia seperti di Mekkah, Madinah, Baitul Maqdis dan di masjid. Pada waktu yang mulia seperti hari Jumaat, bulan-bulan haram dan Ramadhan".

#Dijelaskan lagi oleh Syeikh Musthafa bin Saad Al-Hambali:

قول ابن عباس وابن مسعود في تضعيف السيئات : إنما أرادوا مضاعفتها في الكيفية دون الكمية

Berdasarkan perkataan Ibnu Abbas dan Ibnu Mas’ud berkaitan dengan dilipatgandakan dosa: "Maksudnya adalah dilipatgandakan kualitinya bukan kuantitinya (dosa dan azab menjadi besar bukan menjadi banyak jumlahnya dengan dilipatgandakan)”.

♡Lipat gandakan kebaikan di bukan Ramadhan dan jauhi dosa serta maksiat di bulan yang mulia ini. Jangan sesekali menempah azab dan kemurkaan Allah swt. Semoga Allah swt menjaga kita dari berbagai dosa dan maksiat di bulan Ramadhan. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 1 Ramadhan 1442H☆

شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِیۤ أُنزِلَ فِیهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدࣰى لِّلنَّاسِ وَبَیِّنَـٰتࣲ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهۡرَ فَلۡیَصُمۡهُۖ

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu..." [Surah al-Baqarah 185]

#Imam Ibnu Katsir rahimahullah ketika menafsirkan ayat yang mulia ini mengatakan: "Dalam ayat ini, Allah swt memuji bulan puasa iaitu bulan Ramadhan dari bulan-bulan lainnya. Allah memuji demikian kerana bulan ini telah Allah pilih sebagai bulan diturunkannya al-Quran dari bulan-bulan lainnya. Sebagaimana pula pada bulan Ramadhan ini Allah telah menurunkan kitab ilahiyah lainnya pada para Nabi ’Alaihimussalam".

#Hari ini kita mula melangkah ke dalam bulan Ramadhan 1442H, marilah kita jadikan roh penurunan al-Quran di bulan Ramadhan sebagai satu semangat untuk kita hidupkan Ramadhan dengan bacaan al-Quran, tadarrus al-Quran, memahami maksud ayat-ayatnya, memahami tafsirnya dan berusaha untuk mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

#Dalam Lathaif al-Ma’arif, Ibnu Rajab rahimahullah menjelaskan:“Kebiasaan orang-orang terdahulu di bulan Ramadhan ialah membaca al-Quran dalam solat dan selainnya".

#Daripada Sayidina Abdullah bin ‘Amr r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: “Puasa dan al-Quran akan datang pada hari kiamat untuk mensyafaati hamba. Puasa berkata: "Wahai Rabbku, aku telah mencegahnya dari makan dan minum di siang hari, oleh kerana itu izinkanlah aku memberinya syafaat". Al-Quran berkata: "Wahai Rabbku, aku telah mencegahnya tidur malam, oleh sebab itu berilah aku izin untuk memberinya syafaat". Maka keduanya pun memberi syafaat” (HR Ahmad, Ibnu Abid Dunya, At-Thabrani dan al-Hakim)

#Al-Quran merupakan mukjizat Nabi Muhammad saw yang teragung dan akan terus nampak keagungan dan kemuliaannya hingga akhir zaman. Keberkahannya terus mengalir dan mengalir tanpa henti dan tidak akan pernah terputus. Al-Quran merupakan kitab suci yang akan sentiasa membimbing pendampingnya menuju kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Orang yang menjadikannya imam, akan selamat dengan izin Allah, namun siapa yang tidak menghiraukannya, tidak mempedulikannya maka cepat atau lambat kebinasaan dan kecelakaan akan menghampirinya.

#Al-Quran merupakan pedoman hidup seorang muslim, ubat dari segala penyakit badan dan hati, dan banyak lagi keistimewaan-keistimewaan lainnya.

وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِ مَا هُوَ شِفَاۤءࣱ وَرَحۡمَةࣱ لِّلۡمُؤۡمِنِینَ وَلَا یَزِیدُ ٱلظَّـٰلِمِینَ إِلَّا خَسَارࣰا

"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua" [Surah al-Isra' 82]

♡Manfaatkanlah peluang dapat bertemu Ramadhan tahun ini dengan memperbanyakkan masa untuk bersama al-Quran dan mengkaji isi kandungannya. Jom baca Quran!!♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 28 Sya'ban 1442H☆

ضُرِبَتۡ عَلَیۡهِمُ ٱلذِّلَّةُ أَیۡنَ مَا ثُقِفُوۤا۟ إِلَّا بِحَبۡلࣲ مِّنَ ٱللَّهِ وَحَبۡلࣲ مِّنَ ٱلنَّاسِ

"Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya hubungan dengan Allah dan adanya hubungan sesama manusia..." [Surah Aali Imran 112]

#Semalam kita bicarakan tentang persiapan utama yang perlu ada dalam menyambut kedatangan Ramadhan iaitu hubungan dengan Allah dengan bertaubat.

#Tadabbur kalamullah hari ini akan menyentuh mengenai persiapan seterusnya yang perlu kita lakukan sebelum melangkah ke bulan Ramadhan iaitu hubungan sesama manusia dengan bermaaf-maafan jika kita ada salah, silap, memutuskan silaturrahim, bermasam muka, menzalimi dan menyakiti orang lain. Pastikan kita memasuki Ramadhan dalam suasana tiada lagi dosa sesama manusia.

#Meminta maaf itu disyariatkan dalam Islam. Rasulullah saw
bersabda:

من كانت له مظلمة لأخيه من عرضه أو شيء فليتحلله منه اليوم قبل أن لا يكون دينار ولا درهم إن كان له عمل صالح أخذ منه بقدر مظلمته وإن لم تكن له حسنات أخذ من سيئات صاحبه فحمل عليه

“Orang yang pernah menzalimi saudaranya dalam hal apapun, maka hari ini (didunia) ia wajib meminta perbuatannya tersebut dihalalkan oleh saudaranya, sebelum datang hari dimana tidak ada ada dinar dan dirham (akhirat). Ini kerana jika orang tersebut memiliki amal soleh, , amalnya tersebut akan dikurangi untuk melunasi kezalimannya. Namun jika ia tidak memiliki amal soleh, maka ditambahkan kepadanya dosa-dosa dari orang yang ia zaliminya” (HR al-Bukhari)

#Daripada hadis ini jelas bahawa Islam mengajarkan kita untuk meminta maaf jika kita ada berbuat kesalahan kepada orang lain. Meminta maaf dan menyambung silaturrahim bukannya hanya khusus perlu dilakukan ketika menjelang Ramadhan, tetapi perlu dilakukan setiap kali kita melakukan kesalahan kepada orang lain.

#Kenapa perlu memasuki Ramadhan tanpa dosa???

#Tidak dinafikan bahawa antara perkara yang mengikat dan menghalang seseorang itu dari bangun malam (Qiyamullail) adalah disebabkan dosa-dosanya sendiri.

#Imam Sufyan Al-Tsauri berkata: ‘’Aku ini terhalang dari melakukan qiyamullail selama lima bulan disebabkan satu dosa yang aku lakukan’’.

#Imam al-Ghazali rahimahullah dalam mengulas isu ini berkata: ‘’Dosa-dosa itu kesemuanya mewariskan kekerasan pada jantung hati seseorang serta menghalangnya dari melakukan qiyamullail’’. (Rujuk Ihya’ Ulum Al-Din).

#Demikian juga terdapat sebuah riwayat bahawa seorang lelaki bertanyakan kepada Imam Hasan Aal-Basri: ‘’Wahai Abu Sa’id, sesungguhnya aku ini tidur dalam keadaan sejahtera, aku cintakan qiyamullail, dan aku juga telah bersiap sedia dengan wudhuk aku, namun mengapakah aku masih tidak bangun?’’ Maka dijawab Imam Hasan al-Basri:

 ذُنُوبُكَ قَيَّدَتْكَ

"Dosa-dosa kamu mengikat kamu (dari mengerjakan qiyamullail).

♡Perbaikilah hubungan kita dengan Allah dengan bertaubat dan hubungan kita sesama manusia dengan sentiasa bermaaf-maafan dan bersilaturrahim agar kita memasuki Ramadhan dengan penuh kesucian jiwa dan dipermudahkan untuk beramal soleh♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 26 Sya'ban 1442H☆

وَٱلَّذِینَ جَـٰهَدُوا۟ فِینَا لَنَهۡدِیَنَّهُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِینَ

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya" [Surah al-Ankabut 69]

#Setiap amalan dan pekerjaan yang dilakukan mestilah dengan penuh kesungguhan dan pengorbanan. InsyaAllah akan terlakar kejayaan dan kemanisan dalam kehidupan bagi orang yang benar-benar bersungguh.

#Hayatilah kisah di bawah ini untuk ditelani kesungguhan mereka.

1. Abu Hatim ar-Razi rahimahullah berkata: “Aku pergi ke Mesir. Tatkala aku melihat banyaknya ilmu di sana, aku memiliki keinginan kuat untuk menetap di sana. Aku menyewa seseorang untuk menyalin kitab ‘Imam as-Syafi’i.’ Selama di Mesir aku juga telah membeli dua helai baju yang akan aku jahit sendiri apabila nanti kembali ke negeriku. Ketika aku sangat ingin menyalin kitab Imam as-Syafi’i, aku kehabisan wang. Maka aku menjual dua helai bajuku itu seharga 60 dirham. Aku gunakan 10 dirham untuk membeli kertas dan bakinya untuk diberikan kepada orang yang menyalin kitab Imam as-Syafi’i untukku"

#Imam al-Munziri rahimahullah berkata: “Al-Hafiz as-Silafi rahimahullah adalah orang yang sangat gemar mengumpulkan kitab. Setiap kali memiliki wang, beliau akan menggunakannya untuk membeli kitab. Beliau memiliki koleksi kitab yang tidak akan habis-habis apabila dipandang".

#Imam az-Zahabi rahimahullah, berkata dalam biografi Al-Qadhi Abdurrahim bin Ali Al-Lukhai rahimahullah: "Telah sampai berita kepada kami bahawa beliau memiliki kitab sampai 100000 jilid. Beliau mengumpulkannya dari seluruh pelusuk negeri".

#Inilah kisah kesungguhan dan pengorbanan yang dilakukan oleh para ulamak dulu. Maka, Allah swt mengurniakan kejayaan dan kemanisan dalam kehidupan mereka.

♡Siapa yang bersungguh-sungguh, ia akan meraih kejayaan dan cita-citanya. Bersungguh-sungguhlah!!♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 24 Sya'ban 1442H☆

سَمَّـٰعُونَ لِلۡكَذِبِ أَكَّـٰلُونَ لِلسُّحۡتِۚ

"Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya)" [Surah al-Ma'idah 42]

#Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan: "Yang dimaksud dengan 'as-suht' السحت adalah harta haram, iaitu rasuah, sebagaimana penjelasan Sayidina Ibnu Mas’ud r.a". (Tafsir Ibnu Katsir)

#Dalam Tafsir Jalalain menyebut bahawa yang dimaksud dengan (السحت) adalah harta haram, iaitu risywah (wang suap atau wang sogok)".

#Imam al-Baghawi menjelaskan ayat ini dengan mengatakan: “(Ayat) ini turun berkenaan para hakim Yahudi, Ka’ab al-Asyraf dan yang sepertinya. Mereka menerima rasuah dan memutuskan hukum untuk memenangkan orang yang merasuah mereka.”

#Ar-Risywah merupakan sesuatu yang diberikan untuk membatalkan kebenaran atau untuk menegakkan kebatilan. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah) 

#Menurut Dr Yusuf al-Qaradhawi hafizahullah: "Termasuk memakan harta orang lain dengan cara yang batil ialah menerima rasuah. Iaitu wang yang diberikan kepada penguasa atau pegawai, supaya penguasa atau pegawai tersebut menjatuhkan hukuman yang menguntungkannya, atau hukum yang merugikan lawannya menurut kemahuannya, atau supaya didahulukan urusannya atau ditunda kerana ada suatu kepentingan dan sebagainya" (Lihat: al-Halal wa al-Haram fil Islam)

#Jangan sesekali terlibat dengan rasuah samada menjadi pemberi atau penerima rasuah kerana Allah melaknat perbuatan keji ini. Diriwayatkan daripada Sayidina Abdullah bin ‘Amr r.huma, bahawa Rasulullah saw bersabda:

لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي

“Laknat Allah kepada pemberi rasuah dan penerima rasuah" (HR Ahmad dan Ibnu Majah)

♡Jauhi rasuah dan makan harta haram. Budaya rasuah ini asalnya pengamalan turun temurun golongan Yahudi terutama dalam hal memutuskan keputusan kehakiman. Kita mengutuk fan mengeji bangsa Yahudi, namun amalan keji (rasuah) yang diamalkan mereka kita ikuti dan mendarah daging dalam kehidupan kita, tanpa kita sedari. Insafilah dan bertaubatlah!!♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 22 Sya'ban 1442H☆

وَذَرُوا۟ ظَـٰهِرَ ٱلۡإِثۡمِ وَبَاطِنَهُۥۤۚ إِنَّ ٱلَّذِینَ یَكۡسِبُونَ ٱلۡإِثۡمَ سَیُجۡزَوۡنَ بِمَا كَانُوا۟ یَقۡتَرِفُونَ

"Dan tinggalkanlah kamu dosa yang nyata dan yang tersembunyi. Kerana sesungguhnya orang-orang yang berusaha melakukan dosa, mereka akan dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan" [Surah al-An'am 120]

#Sambungan bicara semalam tentang dosa zahir dan batin, nyata dan tersembunyi.

#Dosa batin jauh lebih sukar diinsafi berbanding dosa zahir. Dosa zahir seperti zina, minum arak, mencuri, biasanya para pelakunya atau orang yang melihatnya mudah mengetahui bahawa itu adalah dosa dan kemaksiatan. Banyak pelaku dosa zahir yang sedar bahawa dirinya bersalah, demikian juga orang yang melihatnya, tahu orang itu bermaksiat. Bahkan pelakunya sedar dirinya berdosa dan akan lebih mudah diharapkan bertaubat dari dosa tersebut. Lihatlah kisah Nabi Adam tatkala bersalah melakukan kesilapan zahir makan buah terlarang, akhirnya mudah memohon keampunan Allah dan diterima taubatnya.

#Berbeza dengan dosa batin, sukar bertaubat. Lihatlah kisah Iblis laknatullah yang melakukan dosa batin iaitu sombong tidak mahu taat perintah sujud kepada Nabi Adam. Bahkan dengan angkuh merasakan dirinya lebih mulia daripada Adam kerana dicipta dari api, akhirnya dimurkai Allah, enggan bertaubat dan digolongkan Iblis dalam kalangan mereka yang kafir.

#Dosa-dosa batin bukanlah dosa yang ringan bahkan dosanya lebih haram daripada berzina dan minum arak.

#Berkata Imam Ibnul Qayyim rahimahullah: “Dosa-dosa besar (dosa batin) seperti riyak (mempamer ketaatan), ujub (bangga/takjub terhadap amal), kibr (sombong), fakhr (membanggakan amal), khuyala` (angkuh), putus asa, tidak mengharap rahmat Allah, merasa aman dari kemurkaan Allah, riang gembira atas penderitaan kaum Muslimin, senang atas musibah yang menimpa mereka, senang dengan tersebarnya maksiat di tengah-tengah mereka, dengki terhadap anugerah Allah kepada mereka, berangan-angan anugerah tersebut hilang dari mereka, dan hal-hal yang mengikuti dosa-dosa ini yang statusnya lebih haram dari zina, meminum minuman keras, dan dosa-dosa besar yang zahir selain keduanya” (Madarij as-Salikin)

♡Berusahalah untuk tidak melakukan segala dosa samada dosa zahir mahupun dosa batin. Marilah kita bertaubat dengan sebenar-benar taubat kerana kita memang memiliki pelbagai jenis dosa. Semoga Allah memelihara kita daripada dosa dan maksiat yang mengundang bala dan malapetaka. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…
Subscribe to a channel