tadabburkalamullah | Unsorted

Telegram-канал tadabburkalamullah - Tadabbur Kalamullah

13574

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

Subscribe to a channel

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 4 Ramadhan 1442H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ قُوۤا۟ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِیكُمۡ نَارࣰا

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka..." [Surah at-Tahrim 6]

#Imam Ibnu Kathir menukilkan pandangan Qatadah, seorang tokoh ahli tafsir terhadap ayat diatas. Beliau berkata:

تأمرهم بطاعة الله وتنهاهم عن معصية الله وأن تقوم عليهم بأمر الله وتأمرهم به وتساعدهم عليه فإذا رأيت لله معصية ردعتهم عَنْهَا وَزَجَرْتَهُمْ عَنْهَا،

“Kamu memerintahkan mereka untuk taat kepada Allah dan melarang mereka daripada melakukan maksiat kepada Allah. Kamu perlu jalankan tanggungjawab terhadap mereka berdasarkan perintah Allah dan membantu mereka untuk menjalankan perintah Allah. Jika kamu lihat mereka melakukan maksiat kepada Allah, maka halang dan cegah mereka daripadanya.”

#Di antara tanggungjawab seorang ayah di bulan Ramadhan ini ialah memerintahkan dan memastikan seluruh ahli keluarganya berpuasa dan menggandakan ketaatan.

#Disamping itu, melatih anak-anak kecil dan yang belum baligh untuk berpuasa. Amalan melatih anak kecil berpuasa telah pun diamalkan oleh golongan para salafussaleh sejak dahulu lagi.

عَنِ الرُّبَيِّعِ بِنْتِ مُعَوِّذٍ قَالَتْ أَرْسَلَ النَّبِىُّ صلى الله عليه وسلم غَدَاةَ عَاشُورَاءَ إِلَى قُرَى الأَنْصَارِ: مَنْ أَصْبَحَ مُفْطِرًا فَلْيُتِمَّ بَقِيَّةَ يَوْمِهِ، وَمَنْ أَصْبَحَ صَائِمًا فَلْيَصُمْ. قَالَتْ فَكُنَّا نَصُومُهُ بَعْدُ، وَنُصَوِّمُ صِبْيَانَنَا، وَنَجْعَلُ لَهُمُ اللُّعْبَةَ مِنَ الْعِهْنِ، فَإِذَا بَكَى أَحَدُهُمْ عَلَى الطَّعَامِ أَعْطَيْنَاهُ ذَاكَ، حَتَّى يَكُونَ عِنْدَ الإِفْطَارِ

Daripada Ar Rubayyi’ binti Mu’awwidz, ia berkata, Nabi saw pernah mengutus seseorang ke salah satu suku Ansar di pagi hari Asyura. Baginda bersabda: “Siapa yang di pagi hari dalam keadaan tidak berpuasa, hendaklah ia berpuasa. Siapa yang di pagi harinya berpuasa, hendaklah teruskan berpuasa”. Ar-Rubayyi’ mengatakan: “Kami berpuasa setelah itu. Lalu anak-anak kami pun turut berpuasa. Kami pun membuatkan mereka barang mainan dari bulu. Jika salah seorang dari mereka menangis, merengek-rengek minta makan, kami akan memberi mainan padanya. Akhirnya pun mereka dapat turut berpuasa hingga waktu berbuka." (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Imam Ibnu Batthal menjelaskan bahawa para ulamak sepakat, ibadah dan kewajiban hanya dikenakan ketika telah baligh (dewasa). Namun kebanyakan ulamak sudah menganjurkan untuk mendidik anak untuk berpuasa sejak kecil, begitu juga untuk ibadah lainnya. Hal ini untuk keberkahannya dan agar membuat mereka terbiasa sejak kecil, sehingga semakin mudah mereka lakukan ketika telah diwajibkan.

#Imam an-Nawawi rahimahullah mengatakan: “Hadis di atas menunjukkan perintah untuk melatih anak dalam melakukan ketaatan dan mendidik mereka untuk beribadah. Akan tetapi, mereka tetap masih belum dibebani syariat atau belum mukallaf".

♡Latihlah anak-anak berpuasa dan melaksanakan perintah Allah. Semoga Allah menjadikan anak-anak kita, anak yang soleh. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 2 Ramadhan 1442H☆

وَٱسۡتَغۡفِرِ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ غَفُورࣰا رَّحِیمࣰا

"Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah; kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Surah an-Nisa' 106]

#Bulan Ramadhan bulan keampunan. Allah swt Tuhan Yang Maha Pengampun. Banyakkan memohon keampunan Allah. Hendaklah kita berharap dan berusaha melakukan amal ibadah sebaik mungkin agar dosa-dosa kita diampunkan Allah terutama disepanjang Ramadhan ini.

#Antara amalan penghapus dosa dibulan Ramadhan:

1. Puasa

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa yang berpuasa kerana iman dan ingin mendapatkan pahala, maka diampuni semua dosanya yang telah lalu” (HR al-Bukhari dan Muslim)

2. Solat Malam

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa melaksanakan solat malam pada bulan Ramadhan kerana iman dan ingin mendapatkan pahala, maka diampuni semua dosanya yang telah lalu" (HR Muslim)

3. Sedekah

أَلاَ أَدُلُّكَ عَلَى أَبْوَابِ الْخَيْرِ الصَّوْمُ جُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ وَصَلاَةُ الرَّجُلِ مِنْ جَوْفِ اللَّيْلِ

“Mahukah aku tunjukkan kepadamu pintu-pintu kebaikan? Puasa adalah perisai. Bersedekah itu menghapus kesalahan (dosa) sebagaimana air memadamkan api. Dan solat seseorang di kegelapan (pertengahan) malam" (HR at-Tirmizi)

4. Solat di Malam al-Qadar

مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa yang berdiri (menunaikan solat) pada malam Lailatul Qadar dengan (penuh) keimanan dan pengharapan (pahala), maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni" (HR al-Bukhari dan Muslim)

5. Zakat Fitrah

Sayidina Ibnu Abbas r.a berkata:

فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِينِ

“Rasulullah saw mewajibkan zakat fitrah, sebagai penyuci orang yang berpuasa dari perbuatan yang menggugurkan pahala puasa serta dari perbuatan atau ucapan lagha, juga sebagai makanan bagi orang miskin” (HR Abu Daud)

♡Bulan Ramadhan adalah medan untuk menyucikan dosa.
Mulai dari solat, puasa, sedekah, ibadah Lailatul Qadar sehinggalah zakat fitrah menjadi penyuci dosa bagi kita yang berpuasa. Semoga kita diampuni disepanjang Ramadhan ini. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 29 Sya'ban 1442H☆

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّـهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ

"Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya" [Surah al-Bayyinah 5]

#Berkata asy-Syahid Syed Qutb rahimahullah: "Ibadat kepada Allah Yang Maha Esa mengkihlaskan ketaatan kepadaNya, menjauhi syirik dan pendokongnya. Seterusnya ibadat yang tulus ikhlas kepada Allah itu adalah juru bahasa yang menterjemahkan akidah itu". (Lihat: Fi Zilalil Quran)

#InsyaAllah, esok kita akan memasuki bulan Ramadhan, bulan pesta ibadah. Di bulan Ramadhan, manusia berlumba-lumba melakukan pelbagai amal ibadah dan kebaikan. Ini adalah suatu yang baik dan sangat menggembirakan semua umat Islam.

#Namun perlu diingatkan bahawa sebanyak manapun amalan yang kita lakukan perlu dipastikan amalan tersebut dilakukan dengan penuh keikhlasan dan hanya kerana Allah swt semata-mata.

#Ini kerana hanya amalan yang ikhlas kerana Allah sahaja yang diterima. Amalan yang dilakukan bukan kerana Allah atau kerana selain Allah maka sia-sia dan tidak diterima oleh Allah swt.

#Daripada Sayidina Sahl bin Sa’ad bahawa Nabi saw bersabda:

نِيَّةُ الْمُؤْمِنِ خَيْرٌ مِنْ عَمَلِهِ

“Niat seorang mukmin lebih baik daripada amalannya” (HR at-Thabarani)

#Ketahuilah bahawa niat merupakan perkara yang amat penting kerana ia yang akan menentukan tujuan amalan tersebut. Niat juga menjadi kayu ukur bagi penerimaan sesuatu amalan.

#Daripada Sayidina Jundub r.a, bahawa Nabi saw bersabda:

مَنْ سَمَّعَ سَمَّعَ اللَّهُ بِهِ، وَمَنْ يُرَائِي يُرَائِي اللَّهُ بِهِ

“Barangsiapa yang beramal kerana sum’ah (membuat sesuatu agar orang mendengarnya) maka Allah swt akan menjadikannya (amalan) sebagai sum’ah dan barangsiapa yang beramal kerana riyak (membuat sesuatu amalan agar orang bercakap mengenainya) maka Allah swt menjadikannya (amalan) sebagai riyak” (HR al-Bukhari)

#Hayatilah sabda Nabi saw ini:

إِنَّ اللَّهَ لا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ

“Sesungguhnya Allah swt tidak melihat kepada rupa dan harta kamu. Akan tetapi Allah swt melihat kepada hati dan amalan kamu” (HR Muslim)

♡Sucikanlah niat dan amalan kita daripada sifat-sifat yang boleh menyebabkan amalan tertolak serta menjauhkan kita daripada sifat riyak, ujub, sum’ah dan lain-lain lagi. Betulkan niat kita, beribadahlah hanya kerana Allah demi memperoleh keredhaanNya♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 27 Sya'ban 1442H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ تُوبُوۤا۟ إِلَى ٱللَّهِ تَوۡبَةࣰ نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمۡ أَن یُكَفِّرَ عَنكُمۡ سَیِّـَٔاتِكُمۡ وَیُدۡخِلَكُمۡ جَنَّـٰتࣲ تَجۡرِی مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai..." [Surah at-Tahrim 8]

#Di antara persiapan utama untuk menyambut kedatangan Ramadhan al-Mubarak ialah taubat yang menyucikan jiwa daripada bebanan dosa dan maksiat. Hal ini kerana dosa akan memberatkan dan menyulitkan kita untuk melakukan amal ibadah.

#Sebahagian salafussoleh terdahulu, apabila masuknya Ramadhan mereka akan menyambutnya dengan menyebut:

" Selamat datang bulan yang menyucikan dosa" (Imam Ibnu al-Jauzi).

#Berkata Dr. Sayyid al-Affani: “Kita mendapati golongan salaf yang terdahulu menyambut Ramadhan dengan taubat nasuha kepada Allah swt dan kembali kepadaNya dengan mengerjakan ketaatan, memperbaiki diri sama ada dalaman dan luaran, bersedia dengan bersungguh-sungguh untuk melakukan ibadah puasa, solat, membaca al-Quran, berzikir dan semua jenis ibadat.”

#Diriwayatkan bahawa ramai di kalangan salafussoleh berdoa untuk mendapatkan Ramadhan supaya diisi dengan pelbagai amalan yang soleh. Antara doa mereka ialah:

اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا

“Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu)" (HR at-Tabarani dan Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya’)

♡Marilah kita semua bertaubat kepada Allah swt atas segala dosa dan salah silap yang kita lakukan. Semoga kita memasuki Ramadhan dalam keadaan bersih daripada dosa. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 25 Sya'ban 1442H☆

وَٱللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنۢ بُیُوتِكُمۡ سَكَنࣰا وَجَعَلَ لَكُم مِّن جُلُودِ ٱلۡأَنۡعَـٰمِ بُیُوتࣰا تَسۡتَخِفُّونَهَا یَوۡمَ ظَعۡنِكُمۡ وَیَوۡمَ إِقَامَتِكُمۡ وَمِنۡ أَصۡوَافِهَا وَأَوۡبَارِهَا وَأَشۡعَارِهَاۤ أَثَـٰثࣰا وَمَتَـٰعًا إِلَىٰ حِینࣲ

"Dan Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah (yang kamu dirikan itu) tempat tinggal; dan Ia menjadikan bagi kamu dari kulit binatang-binatang ternak: khemah-khemah (tempat berteduh), yang kamu mendapatinya ringan (di bawa ke mana-mana) semasa kamu merantau dan semasa kamu berhenti; dan (Ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, berbagai barang perkakas rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa" [Surah an-Nahl 80]

#Menurut Imam Ibnu Katsir rahimahullah: “Allah mengingatkan akan kesempurnaan nikmat yang Dia curahkan atas para hambaNya, berupa rumah tempat tinggal yang berfungsi untuk memberikan ketenangan bagi mereka. Mereka dapat berteduh (dari panas dan hujan) dan berlindung (dari segala macam bahaya) di dalamnya.  Juga dapat mendapatkan sekian banyak manfaat lainnya”.

#Rumah adalah salah satu nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita, yang terkadang bahkan sering dilupakan oleh manusia untuk disyukuri. Padahal dengan adanya rumah, manusia dapat pelbagai manfaat, kemudahan, kebahagiaan dan kesenangan dalam kehidupan.

#Oleh yang demikian, sewajarnya rumah kita dihiasi dengan amalan ketaatan kepada Allah swt dan menjauhkan segala bentuk kemaksiatan kepadaNya.

#Hiasilah rumah kita dengan lantunan ayat-ayat al-Quran. Sabda Nabi saw:

لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنْ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ


"Janganlah kalian jadikan rumah-rumah kalian sebagai kuburan, sesungguhnya syaitan itu akan lari dari rumah yang di dalamnya dibacakan surah al-Baqarah" (HR Muslim)

#Juga dengan ibadah solat. Nabi saw bersabda:

اجْعَلُوا فِي بُيُوتِكُمْ مِنْ صَلَاتِكُمْ وَلَا تَتَّخِذُوهَا قُبُورًا

"Jadikanlah rumah-rumah kalian sebagai tempat mengerjakan solat (sunat), dan janganlah kalian jadikannya sebagai kuburan" (HR Abu Daud)

#Ini bermaksud janganlah kita menjadikan rumah kita seperti kubur, yang kelihatan sunyi sepi dan menyeramkan kerana dikubur tidak dilaksanakan ibadah solat dan bacaan al-Quran.

#Sabda Nabi saw lagi:

أفضل صلاة المرء في بيته إلا المكتوبة

“Solat yang afdhal bagi seseorang adalah di rumahnya, kecuali solat-solat wajib” (HR al-Bukhari)

#Selain itu amalkan doa ini setiap kali masuk rumah. Sabda Nabi saw:

إِذَا وَلَجَ الرَّجُلُ بَيْتَهُ ، فَلْيَقُلْ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَ الْمَوْلَجِ وَخَيْرَ الْمَخْرَجِ ، بِسْمِ اللَّهِ وَلَجْنَا وَبِسْمِ اللَّهِ خَرَجْنَا وَعَلَى اللَّهِ رَبِّنَا تَوَكَّلْنَا، ثُمَّ لِيُسَلِّمْ عَلَى أَهْلِهِ

"Jika seseorang masuk ke rumahnya, hendaknya ia mengucapkan: "Ya Allah aku memohon kepadamu sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik tempat keluar. Dengan nama Allah, kami masuk, dan dengan nama Allah kami keluar. Dan kepada Allah jugalah, wahai Rabb kami, kami bertawakkal. Lalu setelah itu barulah mengucapkan salam kepada penghuninya” (HR Abu Daud, at-Thabrani dan al-Baihaqi)

♡Bersyukurlah dengan nikmat tempat tinggal (rumah) yang dikurniakan Allah. Jadikanlah rumah kita sentiasa bercahaya dengan ibadah solat, lantunan zikir, doa dan selawat, amalan di waktu malam, juga lantunan ayat-ayat al-Quran serta majlis ilmu dan kebajikan. Moga berkat, Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 23 Sya'ban 1442H☆

إِنَّهُۥ مَن یَتَّقِ وَیَصۡبِرۡ فَإِنَّ ٱللَّهَ لَا یُضِیعُ أَجۡرَ ٱلۡمُحۡسِنِینَ

"Sebenarnya sesiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan" [Surah Yusuf 90]

#Allah swt mengaitkan sifat sabar dengan keimanan, ketaqwaan dan ganjaran agung bagi hamba-hambaNya. Hal ini kerana sifat sabar merupakan satu anugerah yang sangat istimewa bagi sesiapa yang memilikinya.

#Berkata Sayidina Abu Said al-Khudri r.a:

مَا أُعْطِيَ أَحَدٌ شَيْئًا أَفْضَلَ مِنَ الصَّبْرِ

“Tidaklah seseorang dianugerahi (oleh Allah) sesuatu yang lebih utama daripada sifat sabar” (Riwayat Abu Ya’la)

#Imam Sufyan bin ‘Uyainah rahimahullah berkata: “Tidaklah para hambaNya dianugerahi sesuatu yang lebih utama daripada kesabaran kerana dengan sabar  itulah  mereka masuk syurga” (Abu Nu’aim dalam al-Hilyah)

#Dalam misi pengembangan dakwah dan perjuangan mendaulatkan kebenaran serta segala gerak kerja kebaikan atau kebajikan yang di lakukan khususnya di akhir zaman ini, nescaya ada cabaran, halangan, tentangan, rintangan, ugutan dan ujian. Maka ubat dan penawar mujarab dalam mendepani suasana ini ialah hadapi dengan penuh ketabahan dan kesabaran. Hal ini bertepatan dengan sabdaan Nabi saw:

يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ الصَّابِرُ فِيْهِمْ عَلَى دِينِهِ كَالْقَابِضِ عَلَى الجَمْرِ

“Kelak akan datang suatu masa kepada manusia, saat orang yang bersabar (berpegang teguh) dengan agamanya di tengah-tengah masyarakat, bagaikan orang yang memegang (menggenggam) bara api” (HR at-Tirmizi dan Ibnu Asakir)

#Oleh itu, hadapilah segala kesulitan itu dengan kesabaran dan memohon pertolongan Allah swt:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱسۡتَعِینُوا۟ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِینَ

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar" [Surah al-Baqarah 153]

♡Berusahalah untuk menjadi insan yang sabar. Ini kerana sabar menjana pahala yang berlipat kali ganda. Dengan sabar juga menjadikan kita hambaNya yang bertaqwa. Taqwa akan mendekatkan kita kepada Allah. Semoga dengan sabar kita layak mendiami syurgaNya yang tertinggi. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 21 Sya'ban 1442H☆

وَذَرُوا۟ ظَـٰهِرَ ٱلۡإِثۡمِ وَبَاطِنَهُۥۤۚ إِنَّ ٱلَّذِینَ یَكۡسِبُونَ ٱلۡإِثۡمَ سَیُجۡزَوۡنَ بِمَا كَانُوا۟ یَقۡتَرِفُونَ

"Dan tinggalkanlah kamu dosa yang nyata dan yang tersembunyi. Kerana sesungguhnya orang-orang yang berusaha melakukan dosa, Mereka akan dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan" [Surah al-An'am 120]

#Dosa terbahagi kepada dua:

1. Dosa zahir (yang boleh dilihat atau didengar)

2. Dosa batin (hati).

#Di dalam ayat di atas Allah swt memerintahkan kita semua hambaNya agar sentiasa sensitif dengan dosa. Allah perintahkan supaya kita meninggalkan dosa samada dosa zahir mahupun dosa batin. Yang nyata atau yang tersembunyi.

#Para ulamak mengatakan dosa batin lebih berbahaya daripada dosa zahir. Berwaspadalah!!.

#Contoh dosa batin ialah tidak ikhlas, riyak, ujub, hasad, sombong, kurang tawakkal dan pergantungan pada Allah.

#Rasulullah saw bersabda :

ألا وإن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله، وإذا فسدت فسد الجسد كله، ألا وهي القلب

“…Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad ini ada segumpal daging, apabila ia baik, baiklah seluruh jasadnya dan apabila ia  rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah, segumpal daging tersebut adalah hati” (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Ingatlah bahawa sesiapa yang berusaha melakukan dosa, maka dia akan di balas berdasarkan apa yang dilakukan.

♡Jauhi dosa samada yang terang mahupun yang tersembunyi. Semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 19 Sya'ban 1442H☆

وَأَنَّا مِنَّا ٱلصَّـٰلِحُونَ وَمِنَّا دُونَ ذَ ٰ⁠لِكَۖ كُنَّا طَرَاۤىِٕقَ قِدَدࣰا

"Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita (Jin) golongan yang baik keadaannya (soleh), dan ada di antara kita yang lain dari itu (fasik); kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan" [Surah al-Jinn 11]

#Berkata Syeikh as-Sa'di rahimahullah: "Yang dimaksudkan dalam ayat ini bahawa ada di antara jin yang soleh, ada juga yang fasik, fajir (gemar melakukan dosa besar) dan ada pula yang kafir. Para jin itu ada beberapa golongan. Setiap golongan selalu bangga dengan golongan mereka masing-masing".

#Berkata Syeikh Said bin Al Musayyib rahimahullah: "Jin itu ada yang muslim, ada yang Yahudi, ada yang Nasrani dan ada yang Majusi" (Lihat Fathul Qadir)

#Berkata Syaikh Umar al-Asyqar rahimahullah: “Di antara jin itu ada yang istiqamah dan gemar melakukan amalan kebajikan dan ada yang tidak seperti itu. Ada yang tidak taat dan di antara mereka ada yang kafir. Yang kafir itulah yang lebih banyak".

#Bagi Jin yang beriman, tempatnya di Syurga. Dan bagi Jin yang kafir akan dihumban ke dalam neraka.

وَأَنَّا مِنَّا ٱلۡمُسۡلِمُونَ وَمِنَّا ٱلۡقَـٰسِطُونَۖ فَمَنۡ أَسۡلَمَ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ تَحَرَّوۡا۟ رَشَدࣰا *

"Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang berugama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar

وَأَمَّا ٱلۡقَـٰسِطُونَ فَكَانُوا۟ لِجَهَنَّمَ حَطَبࣰا

"Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam" [Surah al-Jinn 14-15]

♡Sebagaimana manusia, ada yang soleh, fasik, ahli maksiat, kafir, begitulah juga di kalangan jin. Oleh itu, berimanlah kita dengan keimanan yang sebenar dan taatilah segala perintah Allah nescaya kita akan ditempatkan ke dalam SyurgaNya. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 17 Sya'ban 1442H☆

وَأَنَّ ٱلۡمَسَـٰجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدۡعُوا۟ مَعَ ٱللَّهِ أَحَدࣰا

"Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah" [Surah al-Jinn 18]

#Menurut Imam Ibnu Jauzi rahimahullah, yang dimaksudkan dengan masjid dalam ayat ini ialah:

1.Masjid adalah tempat solat. Ketika Yahudi dan Nasrani masuk dalam tempat ibadah mereka, di dalamnya mereka berbuat syirik, maka Allah perintahkan kaum muslimin untuk memurnikan ibadah hanya untuk Allah ketika memasuki masjid. Demikian kata Qatadah.

2. Masjid yang dimaksudkan adalah anggota tubuh yang digunakan seseorang untuk sujud. Sehingga maknanya, janganlah sujud dengan anggota badan tersebut pada selain Allah. Pendapat kedua ini ialah pendapat Sa’id bin Jubair.

3. Maksud masjid adalah seluruh tempat di muka bumi sebagaimana kata Al-Hasan Al-Basri. Ertinya, seluruh muka bumi adalah tempat sujud, maka janganlah sujud di tempat tersebut kepada selain hanya pada Khaliq, Allah swt.

4. Masjid bererti sujud. Kerania itu, sujudlah pada Allah sahaja, jangan sujud pada selainNya. (Lihat: Zaadul Masiir)

#Masjid hanya tempat untuk beribadah kepada Allah swt. Tujukan segala amal ibadah hanya kepada Allah. Jangan sesekali menyembah selain Allah swt. Jangan syirik padaNya. Jangan menyembah kepada selain Allah.

♡Beribadahlah hanya kepada Allah swt. Hidupkan fungsi masjid dengan ibadah. Jauhi perkara yang mencemar kemurnian ibadah dan masjid. Selamat beribadah tanpa syirik!!♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 15 Sya'ban 1442H☆

ٱللَّهُ ٱلَّذِی خَلَقَكُم مِّن ضَعۡفࣲ ثُمَّ جَعَلَ مِنۢ بَعۡدِ ضَعۡفࣲ قُوَّةࣰ ثُمَّ جَعَلَ مِنۢ بَعۡدِ قُوَّةࣲ ضَعۡفࣰا وَشَیۡبَةࣰۚ یَخۡلُقُ مَا یَشَاۤءُۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِیمُ ٱلۡقَدِیرُ

"Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa" [Surah ar-Rum 54]

#Kita masih membicarakan tentang uban.

#Selain uban menunjukkan wibawa seseorang, uban juga menjadikan angan-angan panjang seseorang itu menjadi kosong dan pupus. Ketamakan dan kerakusannya terhadap kemilau harta dunia mulai berkurang dan tiada minat lagi dalam mengumpulnya.

#Seseorang itu akan lebih disibukkan oleh hal-hal yang pasti. Hari-harinya menjadi lebih produktif untuk mempersiapkan bekal akhirat. Tumpuan hidupnya untuk akhirat. Kerjanya untuk akhirat. Perjuangannya demi kebahagiaan akhirat. Segalanya untuk akhirat.

#☆Tadabbur Kalamullah 15 Sya'ban 1442H☆

ٱللَّهُ ٱلَّذِی خَلَقَكُم مِّن ضَعۡفࣲ ثُمَّ جَعَلَ مِنۢ بَعۡدِ ضَعۡفࣲ قُوَّةࣰ ثُمَّ جَعَلَ مِنۢ بَعۡدِ قُوَّةࣲ ضَعۡفࣰا وَشَیۡبَةࣰۚ یَخۡلُقُ مَا یَشَاۤءُۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِیمُ ٱلۡقَدِیرُ

"Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa" [Surah ar-Rum 54]

#Kita masih membicarakan tentang uban.

#Selain uban menunjukkan wibawa seseorang, uban juga menjadikan angan-angan panjang seseorang itu menjadi kosong dan pupus. Ketamakan dan kerakusannya terhadap kemilau harta dunia mulai berkurang dan tiada minat lagi dalam mengumpulnya.

#Seseorang itu akan lebih disibukkan oleh hal-hal yang pasti. Hari-harinya menjadi lebih produktif untuk mempersiapkan bekal akhirat. Tumpuan hidupnya untuk akhirat. Kerjanya untuk akhirat. Perjuangannya demi kebahagiaan akhirat. Segalanya untuk akhirat.

#Berkata al-Imam Sufyan as-Tsauri rahimahullah:

الزهد في الدنيا قصر الأمل، ليس بأكل الغليظ ولا لبس العباء

“Zuhud terhadap dunia akan melupuskan angan-angan kosong. Ia tidak lagi berlebihan dalam hal makanan dan pakaian".

♡Kurangkan angan-angan, banyakkan amalan dan persiapan untuk menuju ke alam yang abadi♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

♡Kurangkan angan-angan, banyakkan amalan dan persiapan untuk menuju ke alam yang abadi♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 13 Sya'ban 1442H☆

أَوَلَمۡ نُعَمِّرۡكُم مَّا یَتَذَكَّرُ فِیهِ مَن تَذَكَّرَ وَجَاۤءَكُمُ ٱلنَّذِیرُۖ

"Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir bagi yang mahu berfikir dan apakah tidak datang kepada kamu pemberi peringatan?" [Surah Fatir 37]

#Imam Ibnu Katsir rahimahullah menerangkan bahawa para ulamak tafsir seperti Ibnu Abbas, Ikrimah, Qatadah, Ibnu ‘Uyainah dan yang lainnya, menjelaskan bahawa maksud pemberi peringatan dalam ayat di atas adalah uban" (Tafsir Ibnu Katsir)

#Hal ini kerana kebiasaannya uban muncul di usia senja. Jadilah uban itu sebagai pengingat manusia bahawa ia berada dipenghujung kehidupan dunia, menanti tetamu yang pasti datang dan tidak disangka-sangka.

#Munculnya uban membuat seorang itu sedar, bahawa keberadaannya dunia ini tidaklah selamanya. Hanya sebentar bila dibandingkan kehidupan selanjutnya iaitu alam akhirat.

#Uban juga menyedarkan orang-orang yang berakal untuk lebih semangat dalam kebajikan dan bantuan kepada yang memerlukan. Waktunya ia habiskan untuk kebaikan. Ibadahnya menjadi lebih baik dan sempurna.

♡Uban mengingatkan seorang akan dekatnya ajal. Oleh itu, buatlah persiapan. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 11 Sya'ban 1442H☆

وَإِذَا حُیِّیتُم بِتَحِیَّةࣲ فَحَیُّوا۟ بِأَحۡسَنَ مِنۡهَاۤ أَوۡ رُدُّوهَاۤۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَیۡءٍ حَسِیبًا

"Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu" [Surah an-Nisa' 86]

#Apabila kita diperlakukan dengan perlakuan yang baik atau dilayan dengan penghormatan yang baik maka balaslah dengan lebih baik atau setaraf.

#Daripada Sayidina Jabir bin Abdillah al-Anshari r.a berkata, Nabi saw bersabda:

مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرْوُفٌ فَلْيُجْزِئْهُ، فَإِنْ لَمْ يُجْزِئْهُ فَلْيُثْنِ عَلَيْهِ؛ فَإِنَّهُ إِذَا أَثْنَى عَلَيْهِ فَقَدْ شَكَرَهُ، وَإِنْ كَتَمَهُ فَقَدْ كَفَرَهُ، وَمَنْ تَحَلَّى بَمَا لَمْ يُعْطَ، فَكَأَنَّمَا لَبِسَ ثَوْبَيْ زُوْرٍ

“Siapa yang memperoleh kebaikan dari orang lain, hendaknya dia membalasnya. Jika tidak menemukan sesuatu untuk membalasnya, hendaklah dia memuji orang tersebut, kerana jika dia memujinya maka dia telah mensyukurinya. Jika dia menyembunyikannya, bererti dia telah mengingkari kebaikannya. Seorang yang berhias terhadap suatu (kebaikan) yang tidak dia kerjakan atau miliki, seakan-akan ia memakai dua helai pakaian kepalsuan” (HR at-Tirmizi)

#Sabda Nabi saw lagi:

مَن صَنَعَ إِليكُم مَعرُوفًا فَكَافِئُوه ، فَإِن لَم تَجِدُوا مَا تُكَافِئُوا بِهِ فَادعُوا لَهُ حَتَّى تَرَوا أَنَّكُم قَد كَافَأتُمُوهُ

“Siapa yang memberikan kebaikan untuk kalian, maka balaslah. Jika engkau tidak mampu membalasnya, doakanlah ia sampai-sampai engkau yakin telah benar-benar membalasnya” (HR Abu Daud

#Terdapat beberapa contoh cara golongan salafussaleh membalas kebaikan para guru mereka.

1. Al-Harits bin Suraij berkata:

قال الحارث بن سريج: سمعت يحيى القطان يقول: أنا أدعو الله للشافعي، أخصه به

Aku mendengar Yahya al-Qatthan berkata: "Aku sentiasa berdoa kepada Allah untuk Imam as-Syafi’i, aku khususkan doa untuknya”.

2. Berkata Abu Bakar bin Khallad rahimahullah:

وقال أبو بكر بن خلاد: أنا أدعو الله في دبر صلاتي للشافعي

"Aku selalu berdoa pada Allah di akhir solatku untuk Imam as-Syafi’i”.

#Dikisahkan, suatu hari seorang hamba membawakan bunga yang indah untuk diberikan kepada Sayidina Hasan. Setelah menerima bunga ini, seketika beliau berkata kepada hamba wanita itu: “Engkau telah kubebaskan kerana Allah swt”.
Seorang yang berads disamping Sayidina Hasan terkejut dan bertanya: “Wahai cucunda Nabi, apakah hanya dengan bunga ini lantas engkau membebaskannya?”. Beliau pun menjawab: “Bukankah Allah telah mengajarkan kepada kita dalam FirmanNya:

وَإِذَا حُيِّيْتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّواْ بِأَحْسَنَ مِنْهَا

“Dan apabila kamu dihormati dengan suatu (salam) penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik.” [Surah an-Nisa’ 86]

Dan aku tidak menemukan yang lebih baik untuknya kecuali aku bebaskannya kerana Allah swt”.

♡Setiap kebaikan itu perlulah dibalas samada setaraf atau lebih baik daripada itu. Membalas kebaikan itu adalah tanda kesyukuran♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 9 Sya'ban 1442H☆

فَٱسۡتَبِقُوا۟ ٱلۡخَیۡرَ ٰ⁠تِۚ أَیۡنَ مَا تَكُونُوا۟ یَأۡتِ بِكُمُ ٱللَّهُ جَمِیعًاۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَیۡءࣲ قَدِیرࣱ

"Oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu" [Surah Al-Baqarah 148]

#Dalam hal melakukan kebaikan, Allah swt memerintahkan kita untuk berlumba-lumba dalam melaksanakannya. Ini memberi maksud hendaklah dilakukan kebaikan itu dengan bersemangat, pantas dan bersegera tanpa bertangguh, berdalih dan seribu satu kelambatan.

#Ketahuilah bahawa Islam memperjuangkan kebaikan dan segala perbuatan baik. Islam juga menggesa umatnya berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan. Kita dilarang sama sekali meremeh-remehkan amal kebaikan yang mungkin pada mata kasar kita amalan itu hanya kecil sahaja.

#Hal ini kerana orang yang sentiasa berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan dan ketaatan, dijanjikan Allah dengan ganjaran syurga.

سَابِقُوۤا۟ إِلَىٰ مَغۡفِرَةࣲ مِّن رَّبِّكُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا كَعَرۡضِ ٱلسَّمَاۤءِ وَٱلۡأَرۡضِ أُعِدَّتۡ لِلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرُسُلِهِۦۚ ذَ ٰ⁠لِكَ فَضۡلُ ٱللَّهِ یُؤۡتِیهِ مَن یَشَاۤءُۚ وَٱللَّهُ ذُو ٱلۡفَضۡلِ ٱلۡعَظِیمِ

"Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar" [Surah al-Hadid 21]

#Sabda Rasulullah saw:

خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain” (HR Ahmad, at-Thabrani dan ad-Daruqutni)

#Lihatlah orang di sekeliling kita, hulurkan bantuan sekiranya ada insan yang memerlukan. Bantuan bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit, tetapi rasa kebersamaan, memberi nasihat, memudahkan urusan, mengambil berat, menzahirkan simpati, memahami perasaan dan banyak lagi bentuk bantuan yang boleh meringankan beban orang lain.

#Ingatlah bahawa kita semua mempunyai dosa yang perlu ditebus dengan kebaikan. Maka, dengan melakukan kebaikan serta berlumba-lumba melakukannya, ia dapat menghapuskan dosa dan kesilapan kita yang lalu.

#Ingat pesanan golongan bijak pandai:

*Jangan tangguh buat kebaikan, takut esok tiada kesempatan.

*Usah beralasan untuk buat amal, kita tidak tahu bila nak meninggal.

*Hendak sedekah jangan nak tunggu kaya nanti, sebab hari ini atau esok mungkin kita dah mati.

♡Ingatlah bahawa mati itu sangat dekat dengan kita. Segerakan dalam melakukan kebaikan, ketaatan, perubahan dan keinsafan. Jangan ditangguh-tangguh lagi. Semoga kita tergolong di kalangan manusia yang terkehadapan dalam perkara kebaikan dan kebajikan. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 7 Sya'ban 1442H☆

یَـٰبُنَیَّ إِنَّهَاۤ إِن تَكُ مِثۡقَالَ حَبَّةࣲ مِّنۡ خَرۡدَلࣲ فَتَكُن فِی صَخۡرَةٍ أَوۡ فِی ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ أَوۡ فِی ٱلۡأَرۡضِ یَأۡتِ بِهَا ٱللَّهُۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَطِیفٌ خَبِیرࣱ

"(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi" [Surah Luqman 16]

#Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan: “Sesungguhnya kezaliman dan dosa walaupun sebesar biji sawi, kelak di hari Kiamat akan Allah hadirkan ketika menimbang amalan-amalan. Dan semua itu akan diganjarkan. Jika amalannya baik, maka ganjarannya baik. Jika amalannya buruk, maka ganjarannya buruk”.

#Jangan sesekali cuba melakukan kejahatan. Samada kejahatan itu sedikit atau banyak semuanya akan dihitung oleh Allah swt dan diberi balasan.

وَنَضَعُ ٱلۡمَوَ ٰ⁠زِینَ ٱلۡقِسۡطَ لِیَوۡمِ ٱلۡقِیَـٰمَةِ فَلَا تُظۡلَمُ نَفۡسࣱ شَیۡـࣰٔاۖ وَإِن كَانَ مِثۡقَالَ حَبَّةࣲ مِّنۡ خَرۡدَلٍ أَتَیۡنَا بِهَاۗ وَكَفَىٰ بِنَا حَـٰسِبِینَ

"Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun; dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung); dan cukuplah Kami sebagai Penghitung" [Surah al-Anbiya' 47]

#Samada kejahatan itu kita ingat atau kita sudah lupa, namun segalanya akan dibentang dan diingatkan semula di akhirat kelak.

یَوۡمَ یَبۡعَثُهُمُ ٱللَّهُ جَمِیعࣰا فَیُنَبِّئُهُم بِمَا عَمِلُوۤا۟ۚ أَحۡصَىٰهُ ٱللَّهُ وَنَسُوهُۚ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَیۡءࣲ شَهِیدٌ

"Semasa mereka semuanya dibangkitkan hidup semula oleh Allah (pada hari kiamat), lalu diterangkan kepada mereka segala yang mereka telah kerjakan. Allah telah menghitung amal-amal mereka itu satu persatu, sedang mereka telah melupakannya. Dan (ingatlah), Allah menjadi Saksi akan tiap-tiap sesuatu" [Surah al-Mujadilah 6]

♡Lakukanlah kebaikan sebanyak-banyaknya dengan penuh keikhlasan dan jauhlah sebarang bentuk kejahatan samada kecil atau besar kerana itu satu penderhakaan yang mengundang kecelakaan. Ingatlah, setiap perlakuan kita akan dihitung secara terperinci serta dibalas setimpal dengan kejahatan yang dilakukan. Insafilah!!♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 5 Sya'ban 1442H☆

وَٱسۡتَغۡفِرِ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ غَفُورࣰا رَّحِیمࣰا

"Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah; kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Surah an-Nisa' 106]

#Allah swt memerintahkan kita agar sentiasa memohon keampunan sebanyak-banyaknya kepadaNya. Dan Allah bersedia untuk mengampunkan.

#Di hari Jumaat yang penuh dengan barakah dan keampunan Allah, maka gandakan permohonan keampunan dengan istighfar, memperbanyakkan solat sunat terutama sebelum khatib memulakan khutbah dan beberapa amalan lain.

#Daripada Sayidina Salman al-Farisi r.a, Nabi saw bersabda:

لاَ يَغْتَسِلُ رَجُلٌ يَوْمَ الجُمُعَةِ، وَيَتَطَهَّرُ مَا اسْتَطَاعَ مِنْ طُهْرٍ، وَيَدَّهِنُ مِنْ دُهْنِهِ، أَوْ يَمَسُّ مِنْ طِيبِ بَيْتِهِ، ثُمَّ يَخْرُجُ فَلاَ يُفَرِّقُ بَيْنَ اثْنَيْنِ، ثُمَّ يُصَلِّي مَا كُتِبَ لَهُ، ثُمَّ يُنْصِتُ إِذَا تَكَلَّمَ الإِمَامُ، إِلَّا غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الجُمُعَةِ الأُخْرَى

“Tidaklah seorang lelaki mandi pada hari Jumaat, lalu bersuci semaksimum mungkin, memakai wangi-wangian miliknya atau minyak wangi keluarganya, lalu keluar rumah menuju ke masjid, dia tidak memisahkan dua orang pada tempat duduknya, lalu DIA SOLAT sebanyak yang dia mampu dan diam mendengarkan khutbah imam, kecuali dia akan diampuni dosa-dosanya yang ada antara Jumaat itu dan Jumaat yang berikutnya” (HR al-Bukhari)

#Juga diriwayatkan daripada Sayidina Abu Ayyub r.a, Nabi saw bersabda:

أَنَّ الْمُسْلِمَ إِذَا اغْتَسَلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ، ثُمَّ أَقْبَلَ إِلَى الْمَسْجِدِ، لَا يُؤْذِي أَحَدًا، فَإِنْ لَمْ يَجِدِ الْإِمَامَ خَرَجَ، صَلَّى مَا بَدَا لَهُ، وَإِنْ وَجَدَ الْإِمَامَ قَدْ خَرَجَ، جَلَسَ فَاسْتَمَعَ وَأَنْصَتَ، حَتَّى يَقْضِيَ الْإِمَامُ جُمُعَتَهُ وَكَلَامَهُ، إِنْ لَمْ يُغْفَرْ لَهُ فِي جُمُعَتِهِ تِلْكَ ذُنُوبُهُ كُلُّهَا، أَنْ تَكُونَ كَفَّارَةً لِلْجُمُعَةِ الَّتِي تَلِيهَا

“Ketika seorang muslim mandi di hari Jumaat, kemudian berangkat ke masjid, lalu dia tidak menyakiti (mengganggu) seorang pun, jika dia melihat imam solat Jumaat belum datang, lalu DIA PUN SOLAT sebanyak yang dia mampu. Adapun jika dia melihat imam sudah datang, maka dia pun duduk, mendengarkan khutbah dan diam, sehingga imam menyelesaikan solat Jumaat dan khutbahnya, jika dia tidak diampuni pada hari Jumaat tersebut seluruh dosa-dosanya, maka hal tersebut (amalan yang dilakukan sepanjang di masjid) itu adalah penggugur dosanya sehingga hari Jumaat berikutnya" (HR Ahmad, Ibnu Khuzaimah dan At-Thabrani)

♡Banyakkan memohon keampunanNya di hari Jumaat dan perbanyakkan solat sunat sebelum imam menyampaikan khutbah serta berzikir, berselawat dan berdoa, semoga segala dosa kita diampunkan. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 3 Ramadhan 1442H☆

إِن تَجْتَنِبُوا كَبَائِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَنُدْخِلْكُم مُّدْخَلًا كَرِيمًا

"Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga)" [Surah an-Nisa’ 31]

#Berkata Sayidina Ibnu Abbas r.huma:

الكَبِيْرَةُ كُلُّ ذَنْبٍ خَتَمَهُ اللهُ بِنَارٍ، أَوْ غَضَبٍ، أَوْ لَعْنَةٍ، أَوْ عَذَابٍ

“Dosa besar adalah yang Allah akhiri dengan ancaman neraka, atau kemurkaan, atau laknat atau azab seksa” (Tafsir al-Quran al-‘Azim)

#Perbanyakkan melakukan amal soleh, amal ibadah dan perkara-perkara kebaikan di sepanjang Ramadhan yang mulia ini. Hal ini kerana setiap kebaikan yang kita lakukan akan digandakan pahala dan kebaikannya.

#Namun perlu diingatkan bahawa hendaklah berhati-hati jangan sesekali melakukan dosa dan maksiat di bulan Ramadhan kerana dosanya juga dilipatgandakan sebagaimana pahala yang dilipatgandakan di bulan Ramadhan.

#Disebutkan oleh Syeikh Musthafa bin Saad al-Hambali dalam kitab Mathalib Ulin Nuha bahawa kebaikan dan dosa dilipatgandakan pada waktu dan tempat yang mulia. Beliau berkata:

وتضاعف الحسنة والسيئة بمكان فاضل كمكة والمدينة وبيت المقدس وفي المساجد, وبزمان فاضل كيوم الجمعة, والأشهر الحرم ورمضان

“Kebaikan dan keburukan (dosa) dilipatgandakan pada tempat yang mulia seperti di Mekkah, Madinah, Baitul Maqdis dan di masjid. Pada waktu yang mulia seperti hari Jumaat, bulan-bulan haram dan Ramadhan".

#Dijelaskan lagi oleh Syeikh Musthafa bin Saad Al-Hambali:

قول ابن عباس وابن مسعود في تضعيف السيئات : إنما أرادوا مضاعفتها في الكيفية دون الكمية

Berdasarkan perkataan Ibnu Abbas dan Ibnu Mas’ud berkaitan dengan dilipatgandakan dosa: "Maksudnya adalah dilipatgandakan kualitinya bukan kuantitinya (dosa dan azab menjadi besar bukan menjadi banyak jumlahnya dengan dilipatgandakan)”.

♡Lipat gandakan kebaikan di bukan Ramadhan dan jauhi dosa serta maksiat di bulan yang mulia ini. Jangan sesekali menempah azab dan kemurkaan Allah swt. Semoga Allah swt menjaga kita dari berbagai dosa dan maksiat di bulan Ramadhan. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 1 Ramadhan 1442H☆

شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِیۤ أُنزِلَ فِیهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدࣰى لِّلنَّاسِ وَبَیِّنَـٰتࣲ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهۡرَ فَلۡیَصُمۡهُۖ

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu..." [Surah al-Baqarah 185]

#Imam Ibnu Katsir rahimahullah ketika menafsirkan ayat yang mulia ini mengatakan: "Dalam ayat ini, Allah swt memuji bulan puasa iaitu bulan Ramadhan dari bulan-bulan lainnya. Allah memuji demikian kerana bulan ini telah Allah pilih sebagai bulan diturunkannya al-Quran dari bulan-bulan lainnya. Sebagaimana pula pada bulan Ramadhan ini Allah telah menurunkan kitab ilahiyah lainnya pada para Nabi ’Alaihimussalam".

#Hari ini kita mula melangkah ke dalam bulan Ramadhan 1442H, marilah kita jadikan roh penurunan al-Quran di bulan Ramadhan sebagai satu semangat untuk kita hidupkan Ramadhan dengan bacaan al-Quran, tadarrus al-Quran, memahami maksud ayat-ayatnya, memahami tafsirnya dan berusaha untuk mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

#Dalam Lathaif al-Ma’arif, Ibnu Rajab rahimahullah menjelaskan:“Kebiasaan orang-orang terdahulu di bulan Ramadhan ialah membaca al-Quran dalam solat dan selainnya".

#Daripada Sayidina Abdullah bin ‘Amr r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: “Puasa dan al-Quran akan datang pada hari kiamat untuk mensyafaati hamba. Puasa berkata: "Wahai Rabbku, aku telah mencegahnya dari makan dan minum di siang hari, oleh kerana itu izinkanlah aku memberinya syafaat". Al-Quran berkata: "Wahai Rabbku, aku telah mencegahnya tidur malam, oleh sebab itu berilah aku izin untuk memberinya syafaat". Maka keduanya pun memberi syafaat” (HR Ahmad, Ibnu Abid Dunya, At-Thabrani dan al-Hakim)

#Al-Quran merupakan mukjizat Nabi Muhammad saw yang teragung dan akan terus nampak keagungan dan kemuliaannya hingga akhir zaman. Keberkahannya terus mengalir dan mengalir tanpa henti dan tidak akan pernah terputus. Al-Quran merupakan kitab suci yang akan sentiasa membimbing pendampingnya menuju kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Orang yang menjadikannya imam, akan selamat dengan izin Allah, namun siapa yang tidak menghiraukannya, tidak mempedulikannya maka cepat atau lambat kebinasaan dan kecelakaan akan menghampirinya.

#Al-Quran merupakan pedoman hidup seorang muslim, ubat dari segala penyakit badan dan hati, dan banyak lagi keistimewaan-keistimewaan lainnya.

وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِ مَا هُوَ شِفَاۤءࣱ وَرَحۡمَةࣱ لِّلۡمُؤۡمِنِینَ وَلَا یَزِیدُ ٱلظَّـٰلِمِینَ إِلَّا خَسَارࣰا

"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua" [Surah al-Isra' 82]

♡Manfaatkanlah peluang dapat bertemu Ramadhan tahun ini dengan memperbanyakkan masa untuk bersama al-Quran dan mengkaji isi kandungannya. Jom baca Quran!!♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 28 Sya'ban 1442H☆

ضُرِبَتۡ عَلَیۡهِمُ ٱلذِّلَّةُ أَیۡنَ مَا ثُقِفُوۤا۟ إِلَّا بِحَبۡلࣲ مِّنَ ٱللَّهِ وَحَبۡلࣲ مِّنَ ٱلنَّاسِ

"Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya hubungan dengan Allah dan adanya hubungan sesama manusia..." [Surah Aali Imran 112]

#Semalam kita bicarakan tentang persiapan utama yang perlu ada dalam menyambut kedatangan Ramadhan iaitu hubungan dengan Allah dengan bertaubat.

#Tadabbur kalamullah hari ini akan menyentuh mengenai persiapan seterusnya yang perlu kita lakukan sebelum melangkah ke bulan Ramadhan iaitu hubungan sesama manusia dengan bermaaf-maafan jika kita ada salah, silap, memutuskan silaturrahim, bermasam muka, menzalimi dan menyakiti orang lain. Pastikan kita memasuki Ramadhan dalam suasana tiada lagi dosa sesama manusia.

#Meminta maaf itu disyariatkan dalam Islam. Rasulullah saw
bersabda:

من كانت له مظلمة لأخيه من عرضه أو شيء فليتحلله منه اليوم قبل أن لا يكون دينار ولا درهم إن كان له عمل صالح أخذ منه بقدر مظلمته وإن لم تكن له حسنات أخذ من سيئات صاحبه فحمل عليه

“Orang yang pernah menzalimi saudaranya dalam hal apapun, maka hari ini (didunia) ia wajib meminta perbuatannya tersebut dihalalkan oleh saudaranya, sebelum datang hari dimana tidak ada ada dinar dan dirham (akhirat). Ini kerana jika orang tersebut memiliki amal soleh, , amalnya tersebut akan dikurangi untuk melunasi kezalimannya. Namun jika ia tidak memiliki amal soleh, maka ditambahkan kepadanya dosa-dosa dari orang yang ia zaliminya” (HR al-Bukhari)

#Daripada hadis ini jelas bahawa Islam mengajarkan kita untuk meminta maaf jika kita ada berbuat kesalahan kepada orang lain. Meminta maaf dan menyambung silaturrahim bukannya hanya khusus perlu dilakukan ketika menjelang Ramadhan, tetapi perlu dilakukan setiap kali kita melakukan kesalahan kepada orang lain.

#Kenapa perlu memasuki Ramadhan tanpa dosa???

#Tidak dinafikan bahawa antara perkara yang mengikat dan menghalang seseorang itu dari bangun malam (Qiyamullail) adalah disebabkan dosa-dosanya sendiri.

#Imam Sufyan Al-Tsauri berkata: ‘’Aku ini terhalang dari melakukan qiyamullail selama lima bulan disebabkan satu dosa yang aku lakukan’’.

#Imam al-Ghazali rahimahullah dalam mengulas isu ini berkata: ‘’Dosa-dosa itu kesemuanya mewariskan kekerasan pada jantung hati seseorang serta menghalangnya dari melakukan qiyamullail’’. (Rujuk Ihya’ Ulum Al-Din).

#Demikian juga terdapat sebuah riwayat bahawa seorang lelaki bertanyakan kepada Imam Hasan Aal-Basri: ‘’Wahai Abu Sa’id, sesungguhnya aku ini tidur dalam keadaan sejahtera, aku cintakan qiyamullail, dan aku juga telah bersiap sedia dengan wudhuk aku, namun mengapakah aku masih tidak bangun?’’ Maka dijawab Imam Hasan al-Basri:

 ذُنُوبُكَ قَيَّدَتْكَ

"Dosa-dosa kamu mengikat kamu (dari mengerjakan qiyamullail).

♡Perbaikilah hubungan kita dengan Allah dengan bertaubat dan hubungan kita sesama manusia dengan sentiasa bermaaf-maafan dan bersilaturrahim agar kita memasuki Ramadhan dengan penuh kesucian jiwa dan dipermudahkan untuk beramal soleh♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 26 Sya'ban 1442H☆

وَٱلَّذِینَ جَـٰهَدُوا۟ فِینَا لَنَهۡدِیَنَّهُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِینَ

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya" [Surah al-Ankabut 69]

#Setiap amalan dan pekerjaan yang dilakukan mestilah dengan penuh kesungguhan dan pengorbanan. InsyaAllah akan terlakar kejayaan dan kemanisan dalam kehidupan bagi orang yang benar-benar bersungguh.

#Hayatilah kisah di bawah ini untuk ditelani kesungguhan mereka.

1. Abu Hatim ar-Razi rahimahullah berkata: “Aku pergi ke Mesir. Tatkala aku melihat banyaknya ilmu di sana, aku memiliki keinginan kuat untuk menetap di sana. Aku menyewa seseorang untuk menyalin kitab ‘Imam as-Syafi’i.’ Selama di Mesir aku juga telah membeli dua helai baju yang akan aku jahit sendiri apabila nanti kembali ke negeriku. Ketika aku sangat ingin menyalin kitab Imam as-Syafi’i, aku kehabisan wang. Maka aku menjual dua helai bajuku itu seharga 60 dirham. Aku gunakan 10 dirham untuk membeli kertas dan bakinya untuk diberikan kepada orang yang menyalin kitab Imam as-Syafi’i untukku"

#Imam al-Munziri rahimahullah berkata: “Al-Hafiz as-Silafi rahimahullah adalah orang yang sangat gemar mengumpulkan kitab. Setiap kali memiliki wang, beliau akan menggunakannya untuk membeli kitab. Beliau memiliki koleksi kitab yang tidak akan habis-habis apabila dipandang".

#Imam az-Zahabi rahimahullah, berkata dalam biografi Al-Qadhi Abdurrahim bin Ali Al-Lukhai rahimahullah: "Telah sampai berita kepada kami bahawa beliau memiliki kitab sampai 100000 jilid. Beliau mengumpulkannya dari seluruh pelusuk negeri".

#Inilah kisah kesungguhan dan pengorbanan yang dilakukan oleh para ulamak dulu. Maka, Allah swt mengurniakan kejayaan dan kemanisan dalam kehidupan mereka.

♡Siapa yang bersungguh-sungguh, ia akan meraih kejayaan dan cita-citanya. Bersungguh-sungguhlah!!♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 24 Sya'ban 1442H☆

سَمَّـٰعُونَ لِلۡكَذِبِ أَكَّـٰلُونَ لِلسُّحۡتِۚ

"Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya)" [Surah al-Ma'idah 42]

#Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan: "Yang dimaksud dengan 'as-suht' السحت adalah harta haram, iaitu rasuah, sebagaimana penjelasan Sayidina Ibnu Mas’ud r.a". (Tafsir Ibnu Katsir)

#Dalam Tafsir Jalalain menyebut bahawa yang dimaksud dengan (السحت) adalah harta haram, iaitu risywah (wang suap atau wang sogok)".

#Imam al-Baghawi menjelaskan ayat ini dengan mengatakan: “(Ayat) ini turun berkenaan para hakim Yahudi, Ka’ab al-Asyraf dan yang sepertinya. Mereka menerima rasuah dan memutuskan hukum untuk memenangkan orang yang merasuah mereka.”

#Ar-Risywah merupakan sesuatu yang diberikan untuk membatalkan kebenaran atau untuk menegakkan kebatilan. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah) 

#Menurut Dr Yusuf al-Qaradhawi hafizahullah: "Termasuk memakan harta orang lain dengan cara yang batil ialah menerima rasuah. Iaitu wang yang diberikan kepada penguasa atau pegawai, supaya penguasa atau pegawai tersebut menjatuhkan hukuman yang menguntungkannya, atau hukum yang merugikan lawannya menurut kemahuannya, atau supaya didahulukan urusannya atau ditunda kerana ada suatu kepentingan dan sebagainya" (Lihat: al-Halal wa al-Haram fil Islam)

#Jangan sesekali terlibat dengan rasuah samada menjadi pemberi atau penerima rasuah kerana Allah melaknat perbuatan keji ini. Diriwayatkan daripada Sayidina Abdullah bin ‘Amr r.huma, bahawa Rasulullah saw bersabda:

لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي

“Laknat Allah kepada pemberi rasuah dan penerima rasuah" (HR Ahmad dan Ibnu Majah)

♡Jauhi rasuah dan makan harta haram. Budaya rasuah ini asalnya pengamalan turun temurun golongan Yahudi terutama dalam hal memutuskan keputusan kehakiman. Kita mengutuk fan mengeji bangsa Yahudi, namun amalan keji (rasuah) yang diamalkan mereka kita ikuti dan mendarah daging dalam kehidupan kita, tanpa kita sedari. Insafilah dan bertaubatlah!!♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 22 Sya'ban 1442H☆

وَذَرُوا۟ ظَـٰهِرَ ٱلۡإِثۡمِ وَبَاطِنَهُۥۤۚ إِنَّ ٱلَّذِینَ یَكۡسِبُونَ ٱلۡإِثۡمَ سَیُجۡزَوۡنَ بِمَا كَانُوا۟ یَقۡتَرِفُونَ

"Dan tinggalkanlah kamu dosa yang nyata dan yang tersembunyi. Kerana sesungguhnya orang-orang yang berusaha melakukan dosa, mereka akan dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan" [Surah al-An'am 120]

#Sambungan bicara semalam tentang dosa zahir dan batin, nyata dan tersembunyi.

#Dosa batin jauh lebih sukar diinsafi berbanding dosa zahir. Dosa zahir seperti zina, minum arak, mencuri, biasanya para pelakunya atau orang yang melihatnya mudah mengetahui bahawa itu adalah dosa dan kemaksiatan. Banyak pelaku dosa zahir yang sedar bahawa dirinya bersalah, demikian juga orang yang melihatnya, tahu orang itu bermaksiat. Bahkan pelakunya sedar dirinya berdosa dan akan lebih mudah diharapkan bertaubat dari dosa tersebut. Lihatlah kisah Nabi Adam tatkala bersalah melakukan kesilapan zahir makan buah terlarang, akhirnya mudah memohon keampunan Allah dan diterima taubatnya.

#Berbeza dengan dosa batin, sukar bertaubat. Lihatlah kisah Iblis laknatullah yang melakukan dosa batin iaitu sombong tidak mahu taat perintah sujud kepada Nabi Adam. Bahkan dengan angkuh merasakan dirinya lebih mulia daripada Adam kerana dicipta dari api, akhirnya dimurkai Allah, enggan bertaubat dan digolongkan Iblis dalam kalangan mereka yang kafir.

#Dosa-dosa batin bukanlah dosa yang ringan bahkan dosanya lebih haram daripada berzina dan minum arak.

#Berkata Imam Ibnul Qayyim rahimahullah: “Dosa-dosa besar (dosa batin) seperti riyak (mempamer ketaatan), ujub (bangga/takjub terhadap amal), kibr (sombong), fakhr (membanggakan amal), khuyala` (angkuh), putus asa, tidak mengharap rahmat Allah, merasa aman dari kemurkaan Allah, riang gembira atas penderitaan kaum Muslimin, senang atas musibah yang menimpa mereka, senang dengan tersebarnya maksiat di tengah-tengah mereka, dengki terhadap anugerah Allah kepada mereka, berangan-angan anugerah tersebut hilang dari mereka, dan hal-hal yang mengikuti dosa-dosa ini yang statusnya lebih haram dari zina, meminum minuman keras, dan dosa-dosa besar yang zahir selain keduanya” (Madarij as-Salikin)

♡Berusahalah untuk tidak melakukan segala dosa samada dosa zahir mahupun dosa batin. Marilah kita bertaubat dengan sebenar-benar taubat kerana kita memang memiliki pelbagai jenis dosa. Semoga Allah memelihara kita daripada dosa dan maksiat yang mengundang bala dan malapetaka. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 20 Sya'ban 1442H☆

وَشَاوِرۡهُمۡ فِی ٱلۡأَمۡرِۖ

"Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu" [Surah Aali Imran 159]

#Sayidina Ibnu Abbas r.a yang dikenali sebagai pakar tafsir di kalangan para sahabat ketika menafsirkan ayat ini berkata:

"Bermusyawarahlah / bermesyuaratlah dengan Abu Bakar dan Umar r.huma".

Ketika ditanya mengapa demikian? Jawabnya kerana kedua sahabat tersebut adalah orang yang paling berilmu dan bertakwa di kalangan umat Rasulullah saw.

#Diriwayatkan ketika kaum Muslimin menawan beberapa tawanan perang, kemudian Rasulullah saw mengajak 2 orang sahabat yang terbaik bermusyawarah. Terbaik dari sisi ilmunya dan terbaik dari sisi amalnya, paling berilmu dan paling bertakwa. Siapa 2 orang tersebut? Mereka adalah: Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar r.huma.

#Imam al-Bukhari rahimahullah menyebut dalam sahihnya sebuah atsar: "Dan dahulu orang-orang yang diajak musyawarah bersama Umar r.a adalah Al-Qurra`, baik tua mahupun muda, dan mereka benar-benar berpegang teguh dengan Al-Quran".

#Berkata Imam Ibnu Hajar rahimahullah bahawa makna Al-Qurra' adalah ulamak ahli al-Quran dan as-Sunnah serta ahli ibadah.

♡Perbincangan ini menunjukkan tentang kedudukan tinggi para ulamak dan orang-orang yang berilmu di tengah masyarakat dan dalam bernegara. Jika setiap urusan umat ini dirujuk golongan ulamak, orang yang bertaqwa, ahli ilmu, ahli Quran, ahli hadis, ahli ibadah dan para ilmuwan maka InsyaAllah tercapailah kejayaan umat ini serta sentiasa beroleh petunjuk daripada Allah swt♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 18 Sya'ban 1442H☆

وَأَوۡحَىٰ رَبُّكَ إِلَى ٱلنَّحۡلِ أَنِ ٱتَّخِذِی مِنَ ٱلۡجِبَالِ بُیُوتࣰا وَمِنَ ٱلشَّجَرِ وَمِمَّا یَعۡرِشُونَ

"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia" [Surah an-Nahl 68]

#Berkata Syaikh as-Sa'di rahimahullah: “Pada penciptaan lebah yang kecil ini, Allah memberikan ilham berupa bimbingan yang ajaib. Allah memberi kemudahan bagi lebah untuk menuju padang rumput dan taman kemudian kembali ke rumah mereka yang telah mereka rancang demikian bagusnya dengan petunjuk Allah.”

#Dijelaskan dalam kitab tafsir Jalalain:

وَأَوْحَى رَبّك إلَى النَّحْل وَحْي إلْهَام

“Rabbmu mewahyukan kepada lebah berupa wahyu ilham”.

#Ini menunjukkan bahawa lebah adalah haiwan yang mendapat wahyu dari Allah berupa ilham.

#Tatkala lebah yang mendapat wahyu itu, mengikuti wahyu tersebut tanpa gagal maka ia sangat memberi manfaat bagi orang ramai iaitu dengan menghasilkan madu yang sangat bermanfaat dan berkualiti bahkan menjadi penawar yang terhebat.. Allahuakbar!!

♡Ini memahamkan kita bahawa jika kita mengikuti wahyu yang disampaikan oleh Rasulullah saw, InsyaAllah kita akan hidup penuh bahagia, sentiasa dipandu oleh Allah, selamat dan bermanfaat bagi insan yang lain♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 16 Sya'ban 1442H☆

ٱللَّهُ ٱلَّذِی خَلَقَكُم مِّن ضَعۡفࣲ ثُمَّ جَعَلَ مِنۢ بَعۡدِ ضَعۡفࣲ قُوَّةࣰ ثُمَّ جَعَلَ مِنۢ بَعۡدِ قُوَّةࣲ ضَعۡفࣰا وَشَیۡبَةࣰۚ یَخۡلُقُ مَا یَشَاۤءُۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِیمُ ٱلۡقَدِیرُ

"Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa" [Surah ar-Rum 54]

#Dalam tafsir al-Qurthubi disebutkan: “Bab tentang uban iaitu berkaitan tanda-tanda dekatnya ajal dan usia tua seperti:

1. Lemahnya pandangan (kabur)
2. Membongkoknya belakang
3. Berubannya rambut".

#Berkaitan uban di kepala, ada yang selesa dan ada yang tidak selesa. Ada yang membiarkan tumbuh di kepala dan ada yang cuba menghilangkannya dengan mencabut dan ada juga yang mengubahnya dengan mewarnakan rambut. Persoalannya apakah hukum mencabut uban dan mewarna rambut yang beruban??

#Sebahagian besar fuqaha' mengatakan makruh cabut uban dikepala. Dan terdapat ulamak yang mengharamkan cabut uban.

#Imam an-Nawawi rahimahullah berpendapat akan makruhnya perbuatan mencabut uban berdasarkan hadis Amru bin Shu’aib. Kata beliau: Para ashab kami (As-Syafieyyah) mengatakan bahawa ianya (perbuatan mencabut uban) adalah makruh. Ini disebutkan secara jelas oleh Imam Al-Ghazali, Imam Al-Baghawi, dan selainnya. Bahkan jika dikatakan haram sekalipun disebabkan larangan yang sarih (jelas) lagi sahih dalam hadis tersebut maka pendapat ini tidak jauh dari kebenaran". (Lihat Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab)

#Diriwayatkan daripada Saidina Anas Bin Malik r.a berkata:

يُكْرَهُ أَنْ يَنْتِفَ الرَّجُلُ، الشَّعْرَةَ الْبَيْضَاءَ مِنْ رَأْسِهِ وَلِحْيَتِهِ

"Dimakruhkan bagi seorang lelaki itu mencabut rambut yang putih daripada kepalanya dan juga janggutnya" (HR Muslim)

#Jelas dalam hadis di atas, bahawa hukum mencabut uban di sisi sahabat Rasulullah saw ini adalah makruh dan tidak sampai ke tahap haram. Imam an-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini berkata: Kata para ashab kami (As-Syafieyyah) dan juga para ashab Malik, hukumnya (mencabut uban) adalah makruh dan ia tidaklah haram. (Rujuk Syarah Sahih Muslim)

#Berkaitan mewarna rambut, maka tidaklah menjadi suatu kesalahan bagi sesiapa yang mempunyai uban yang banyak untuk mengubah kepada apa sahaja warna selain dari warna hitam.

#Sabda Nabi saw:

غَيِّرُوا هَذَا بِشَىْءٍ وَاجْتَنِبُوا السَّوَادَ

"Ubahlah ini (uban) dengan sesuatu dan jauhilah warna hitam" (HR Muslim)

#Hadis ini jelas menunjukkan keharusan mengubah warna putih uban kepada warna selain hitam dengan menggunakan inai dan perkara-perkara lain yang halal. Manakala hadis ini juga jelas menunjukkan keharaman mengubah warna uban kepada warna hitam dan inilah pendapat yang terpilih di dalam mazhab Imam as-Syafie sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam an-Nawawi rahimahullah. (Rujuk Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim)

♡Jelas bahawa hukum mencabut uban adalah makruh dan harus diwarnakan uban dengan warna selain hitam. Semoga kita tidak resah dengan kehadiran uban kerana hadirnya membawa pelbagai kebaikan♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 14 Sya'ban 1442H☆

ٱللَّهُ ٱلَّذِی خَلَقَكُم مِّن ضَعۡفࣲ ثُمَّ جَعَلَ مِنۢ بَعۡدِ ضَعۡفࣲ قُوَّةࣰ ثُمَّ جَعَلَ مِنۢ بَعۡدِ قُوَّةࣲ ضَعۡفࣰا وَشَیۡبَةࣰۚ یَخۡلُقُ مَا یَشَاۤءُۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِیمُ ٱلۡقَدِیرُ

"Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua BERUBAN. Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa" [Surah ar-Rum 54]

#Tadabbur kalamullah semalam membicarakan tentang uban mengingatkan seseorang akan dekatnya ajal dan menuju penghujung kehidupan.

#Di dalam ayat diatas, Allah swt menyebut tentang kitaran hidup manusia. Bermula lahir dalam keadaan lemah, kemudian berubah menjadi kuat. Di penghujung usia kembali lemah dan beruban, menunjukkan sudah tua dan menuju kematian.

#Selain ubah sebagai petanda dekatnya dengan kematian, uban juga menunjukkan wibawa seseorang.

#Dari Sa’id bin Musayyib rahimahullah berkata:

كام ابراهيم أول من ضيف الضيف وأول الناس كَانَ إِبْرَاهِيمُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوَّلَ النَّاسِ ضَيَّفَ الضَّيْفَ وَأَوَّلَ النَّاسِ اخْتَتَنَ وَأَوَّلَ النَّاسِ قَصَّ الشَّارِبَ وَأَوَّلَ النَّاسِ رَأَى الشَّيْبَ فَقَالَ يَا رَبِّ مَا هَذَا فَقَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى وَقَارٌ يَا إِبْرَاهِيمُ فَقَالَ يَا رَبِّ زِدْنِي وَقَارًا

“Nabi Ibrahim adalah orang pertama yang menjamu tetamu, orang pertama yang berkhatan, orang pertama yang memotong misai, dan orang pertama yang melihat uban lalu berkata: "Apakah ini wahai Tuhanku? Maka Allah berfirman: "Kewibawaan wahai Ibrahim. Nabi Ibrahim berkata: "Wahai Tuhanku, tambahkan aku kewibawaan itu” (HR al-Bukhari dalam al-Adabul Mufrad dan Imam Malik dalam al-Muwatta’)

#Oleh itu, kita wajib menghormati orang yang beruban kerana wibawanya, berusaha mendengar bicaranya dan mengambil faedah daripada liku-liku kehidupan yang pernah dilaluinya (pengalamannya).

#Daripada Abu Musa al-‘Asy’ari r.a berkata, Rasulullah saw bersabda:

إِنَّ مِنْ إِجْلَالِ اللهِ إِكْرَامَ ذِي الشَّيْبَةِ الْمُسْلِمِ

“Sesunguhnya termasuk dari pengagungan kepada Allah ialah menghormati orang muslim yang sudah beruban (orang tua)" (HR Abu Dawud. Hasan)

♡Uban bukan sahaja mengingatkan kita tentang kematian malah menyimpan pelbagai hikmah dan keistimewaan tanpa kita sedari. Hargailah uban dikepala!!♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 12 Sya'ban 1442H☆

وَٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَءَامَنُوا۟ بِمَا نُزِّلَ عَلَىٰ مُحَمَّدࣲ وَهُوَ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّهِمۡ كَفَّرَ عَنۡهُمۡ سَیِّـَٔاتِهِمۡ وَأَصۡلَحَ بَالَهُمۡ

Dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh serta beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (s.a.w) - yang ialah kebenaran dari Tuhan mereka, - Allah mengampunkan dosa-dosa mereka, dan menjayakan keadaan mereka (di dunia dan di akhirat)" [Surah Muhammad 2]

#Allah swt dengan jelas menyatakan ciri orang yang diampunkan dosa dan beroleh kejayaan didunia dan di akhirat. Mereka ialah:

1. Orang yang beriman
2. Mereka yang beramal soleh
3. Orang yang beriman dengan al-Quran dan meyakini kebenarannya.

#Ini merupakan satu keistimewaan yang dijanjikan Allah swt kepada tiga golongan ini.

#Orang yang suci daripada dosa layak untuk memasuki syurga Allah swt.

#Antara amalan yang dapat mensucikan dosa (diampuni) ialah:

أَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى مَا يَمْحُو اللهُ بِهِ الْخَطَايَا، وَيَرْفَعُ بِهِ الدَّرَجَاتِ؟ قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللهِ قَالَ: إِسْبَاغُ الْوُضُوءِ عَلَى الْمَكَارِهِ، وَكَثْرَةُ الْخُطَا إِلَى الْمَسَاجِدِ، وَانْتِظَارُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الصَّلَاةِ، فَذَلِكُمُ الرِّبَاطُ

“Mahukah kalian aku tunjukkan kepada kamu suatu amal yang dapat menghapus kesalahan (dosa) dan meninggikan darjat?” Para sahabat menjawab: "Ya, wahai Rasulullah.” Rasulullah bersabda:”(Iaitu) menyempurnakan wudhuk dalam keadaan sulit, banyaknya langkah menuju masjid, menunggu solat setelah mendirikan solat. Itulah kebaikan (yang banyak)” (HR. Muslim

♡Lakukanlah ketaatan dan amal soleh sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah saw. Semoga dosa kita diampuni dan beroleh rahmatNya. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 10 Sya'ban 1442H☆

ءَاخِذِینَ مَاۤ ءَاتَىٰهُمۡ رَبُّهُمۡۚ إِنَّهُمۡ كَانُوا۟ قَبۡلَ ذَ ٰ⁠لِكَ مُحۡسِنِینَ * كَانُوا۟ قَلِیلࣰا مِّنَ ٱلَّیۡلِ مَا یَهۡجَعُونَ * وَبِٱلۡأَسۡحَارِ هُمۡ یَسۡتَغۡفِرُونَ * وَفِیۤ أَمۡوَ ٰ⁠لِهِمۡ حَقࣱّ لِّلسَّاۤىِٕلِ وَٱلۡمَحۡرُومِ

(Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta)" [Surah az-Zhariyat 16-19]

#Dalam ayat ini Allah swt menyebut tentang ciri-ciri ahli syurga. Mereka terdiri daripada golongan yang melakukan kebaikan atau ketaatan untuk diri dan keluarganya serta kebaikan untuk orang lain.

#Allah menyebut ciri-ciri mereka iaitu:

1. Gemar melakukan kebaikan
2. Istiqamah solat malam/qiamullail
3. Beristighfar/munajat di waktu sahur
4. Berbuat baik/membantu fakir miskin

#Dengan gemar melakukan 4 jenis amalan ini, InsyaAllah akan di masukkan dalam kalangan ahli syurga dna beroleh pelbagai kenikmatan.

قُلۡ أَؤُنَبِّئُكُم بِخَیۡرࣲ مِّن ذَ ٰ⁠لِكُمۡۖ لِلَّذِینَ ٱتَّقَوۡا۟ عِندَ رَبِّهِمۡ جَنَّـٰتࣱ تَجۡرِی مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِینَ فِیهَا وَأَزۡوَ ٰ⁠جࣱ مُّطَهَّرَةࣱ وَرِضۡوَ ٰ⁠نࣱ مِّنَ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ بَصِیرُۢ بِٱلۡعِبَاد

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya" [Surah Aali Imran 15]

♡Jom kita berusaha untuk melakukan kebaikan sebagaimana yang telah disebut oleh Allah dalam ayat diatas. Semoga kita tergolong di kalangan hambaNya yang layak memasuki syurga. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 8 Sya'ban 1442H☆

یَـٰبُنَیَّ أَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ وَأۡمُرۡ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَٱنۡهَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَٱصۡبِرۡ عَلَىٰ مَاۤ أَصَابَكَۖ إِنَّ ذَ ٰ⁠لِكَ مِنۡ عَزۡمِ ٱلۡأُمُورِ

"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya" [Surah Luqman 17]

#Luqman al-Hakim berpesan kepada anaknya agar mendirikan solat. Yakni solat tepat pada waktunya. Sempurnakan rukun-rukunnya. Perelokkanlah bacaannya. Lakukan sunat-sunatnya dan pastikan wujud akan khusyuknya. Seperti inilah juga yang perlu kita dan keluarga kita lakukan.

#Dipesan lagi kepada anaknya agar jalankan kewajipan mengajak manusia kepada kebaikan dan melarang mereka daripada perkara kemungkaran agar dilakukan semampu yang boleh.

#Kemudian Luqman memperingatkan tatkala melakukan amar makruf nahi mungkar nescaya adanya gangguan, tentangan, kemarahan, ketidakpuasan hati dan seumpamanya. Oleh itu, dinasihatkan anaknya agar banyakkan bersabar dan tabah dalam berdakwah mengajak kepada kebenaran.

#Nabi saw bersabda:

المؤمنُ الذي يخالطُ الناسَ ويَصبرُ على أذاهم خيرٌ منَ الذي لا يُخالطُ الناسَ ولا يصبرُ على أذاهمْ

“Seorang mukmin yang bergaul di tengah masyarakat dan bersabar terhadap gangguan mereka, itu lebih baik daripada seorang mukmin yang tidak bergaul di tengah masyarakat dan tidak bersabar terhadap gangguan mereka” (HR at-Tirmizi)

#Sabar adalah akhlak yang nyata dan jelas diperkatakan di dalam al-Quran. Kita disuruh bersabar kerana di dalamnya mengandungi banyak kebaikannya, memiliki nilai tinggi dan utama di sisi agama dan budi pekerti.

وَلَىِٕن صَبَرۡتُمۡ لَهُوَ خَیۡرࣱ لِّلصَّـٰبِرِینَ * وَٱصۡبِرۡ وَمَا صَبۡرُكَ إِلَّا بِٱللَّهِۚ

"Dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar. Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah..." [Surah an-Nahl 126-127]

♡Utamakan solat dan bersegeralah melakukannya dengan sempurna, disamping itu jalankanlah kerja-kerja amar makruf nahi mungkar dengan penuh kesabaran. Ingatlah bahawa Allah swt sentiasa bersama hambaNya yang sabar♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 6 Sya'ban 1442H☆

وَأَنفِقُوا۟ مِن مَّا رَزَقۡنَـٰكُم مِّن قَبۡلِ أَن یَأۡتِیَ أَحَدَكُمُ ٱلۡمَوۡتُ فَیَقُولَ رَبِّ لَوۡلَاۤ أَخَّرۡتَنِیۤ إِلَىٰۤ أَجَلࣲ قَرِیبࣲ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ ٱلصَّـٰلِحِینَ

"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh " [Surah al-Munafiqun 10]

#Berkata Syeikh al-Maraghi: "Nafkahkanlah sebahagian kurniaan harta yang Kami berikan kepadamu sebagai tanda syukur terhadap nikmatNya dan kasih kepada hambaNya yang fakir. Simpanlah nafkah itu untuk hari perhitungan supaya kamu boleh memetik hasil daripada apa yang kamu telah amalkan. Janganlah kamu menyimpannya dalam peti-petimu kamu tinggalkan untuk ahli warismu. Ini disebabkan ahli warismu mungkin akan menghabiskannya pada jalan yang tidak akan mendatangkan kepujian dan sanjungan kepadamu, malah mendatangkan cacian dan makian kepadamu" (Lihat: Tafsir al-Maraghi)

#Buatlah persiapan untuk digunakan selepas mati dengan memperbanyakkan bersedekah atas nikmat harta yang dikurniakan Allah swt.

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَلۡتَنظُرۡ نَفۡسࣱ مَّا قَدَّمَتۡ لِغَدࣲۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِیرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan" [Surah al-Hashr 18]

#Jangan sesekali bertangguh-tangguh untuk melabur harta dalam saham akhirat, dibimbangi akan menjadi penyesalan terutama tatkala nyawa hampir diragut malaikat Izrail sebagaimana disebutkan di dalam ayat diatas (Surah al-Munafiqun).

#Sabda Nabi saw:

 الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ 

Daripada Abu Ya'la Syaddad bin Aus r.a, Nabi saw bersabda: "Orang yang cerdik (yang berakal) adalah orang yang mempersiapkan dirinya dan beramal untuk hari setelah kematian, sedangkan orang yang lemah (imannya) adalah orang yang jiwanya mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah (bahawa Allah akan mengampuninya)" (HR at-Tirmizi)

♡Selagi masih bernyawa banyakkan bersedekah, berderma, berwakaf, menabung untuk saham akhirat agar bermanfaat untuk kita selepas meninggal dunia. Jangan bertangguh-tangguh, bakhil dan berkira-kira dengan harta kurniaan Allah kepada kita. Jom melabur!!♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 4 Sya'ban 1442H☆

لِلْفُقَرَاءِ الَّذِينَ أُحْصِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ لَا يَسْتَطِيعُونَ ضَرْبًا فِي الْأَرْضِ يَحْسَبُهُمُ الْجَاهِلُ أَغْنِيَاءَ مِنَ التَّعَفُّفِ تَعْرِفُهُم بِسِيمَاهُمْ لَا يَسْأَلُونَ النَّاسَ إِلْحَافًا

“Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya - oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, MEREKA tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak" [Surah al-Baqarah 273]

#Berkata Syeikh al-Maraghi: "MEREKA yang dimaksudkan dalam ayat diatas ialah golongan yang tidak mahu meminta kepada orang lain dengan cara mendesak sebagaimana yang dilakukan oleh para pengemis. Atau dapat juga diertikan mereka tidak mahu meminta kepada orang lain seperti yang dilakukan oleh pengemis yang biasanya mendesak" (Lihat:Tafsir al-Maraghi)

#Ini menunjukkan, kita digalakkan untuk memberikan sedekah kepada golongan yang memerlukan dalam keadaan mereka yang tidak meminta-minta (tidak mendesak).

#Para ulamak ijmak (sepakat) bahawa meminta-minta itu dilarang jika bukan dalam keadaan darurat dan sangat memerlukan. Oleh yang demikian, orang yang fakir dalam suasana darurat dibolehkan meminta-minta sekadar untuk keluar dari suasana daruratnya.

#Diriwayatkan daripada Sahl Ibn Hanzaliyyah r.a menceritakan perbualan Nabi saw bersama sahabatnya:

مَن سأَل وعندَه ما يُغنيه فإنَّما يستكثِرُ مِن جمرِ جهنَّمَ. قال: يا رسولَ اللهِ وما يُغنيه؟ قال: ما يُغدِّيه ويُعشِّيه

"Barangsiapa yang meminta-meminta, padahal dia mempunyai sesuatu cukup untuk dirinya, maka beerti hanya memperbanyak bara api neraka Jahannam.” Lalu para sahabat bertanya: “Bagaimanakah yang dikatakan cukup baginya?” Baginda menjawab: “Sesuatu yang mencukupi untuk makan siang dan malam" (HR Abu Dawud)

#Nabi saw bersabda:

مَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَسْأَلُ النَّاسَ حَتَّى يَأْتِىَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَيْسَ فِى وَجْهِهِ مُزْعَةُ لَحْمٍ

“Seseorang yang selalu meminta-minta kepada orang lain, di hari kiamat ia akan menghadap Allah dalam keadaan tidak ada secebis daging pun di wajahnya” (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Rasulullah saw bersabda lagi:

مَنْ سَأَلَ مِنْ غَيْرِ فَقْرٍ، فَكَأَنَّمَا يَأْكُلُ الْجَمْرَ

“Barangsiapa yang meminta-minta padahal dia tidak fakir, maka seakan-seakan ia memakan bara api” (HR Ahmad)

♡Kita digalakkan untuk bersedekah dan menginfaqkan harta kepada golongan yang memerlukan, yang tidak meminta-minta bak pengemis. Meminta sedekah tanpa keperluan dan darurat adalah dilarang dalam agama. Sekiranya ada keperluan yang mendesak maka ianya dibolehkan. Suburkan amalan bersedekah dan jauhi amalan meminta-minta♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…
Subscribe to a channel