tadabburkalamullah | Unsorted

Telegram-канал tadabburkalamullah - Tadabbur Kalamullah

13574

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

Subscribe to a channel

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 3 Sya'ban 1442H☆

فَلۡیَحۡذَرِ ٱلَّذِینَ یُخَالِفُونَ عَنۡ أَمۡرِهِۦۤ أَن تُصِیبَهُمۡ فِتۡنَةٌ أَوۡ یُصِیبَهُمۡ عَذَابٌ أَلِیمٌ

"Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya (Rasul), beringat serta berjaga-jaga jangan sampai mereka ditimpa fitnah atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya" [Surah an-Nur 63]

#Yang dimaksudkan dengan fitnah pada ayat di atas adalah menganggap perkara yang baik sebagai buruk dan menganggap perkara yang buruk sebagai baik. Maka itulah yang sememangnya terjadi pada orang-orang yang menyelisihi sunnah Rasulullah saw. Perkara yang tidak disyariatkan mereka anggap disyariatkan dan mereka pertahankan, sementara perkara yang disyariatkan tidak mereka pedulikan.

#Selain itu, mereka juga berhadapan dengan azab atau bala bencana daripada Allah disebabkan perselisihan mereka dengan perintah Rasul.

وَمَن یَعۡصِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَیَتَعَدَّ حُدُودَهُۥ یُدۡخِلۡهُ نَارًا خَـٰلِدࣰا فِیهَا وَلَهُۥ عَذَابࣱ مُّهِینࣱ

"Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina" [Surah an-Nisa' 14]

#Ingatlah, jangan sesekali menentang ajaran yang dibawa para Rasul kerana kesudahannya adalah kebinasaan dan kesengsaraan.

وَمَن یُشَاقِقِ ٱلرَّسُولَ مِنۢ بَعۡدِ مَا تَبَیَّنَ لَهُ ٱلۡهُدَىٰ وَیَتَّبِعۡ غَیۡرَ سَبِیلِ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ نُوَلِّهِۦ مَا تَوَلَّىٰ وَنُصۡلِهِۦ جَهَنَّمَۖ وَسَاۤءَتۡ مَصِیرًا

"Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali" [Surah an-Nisa' 115]

♡Untuk beroleh keselamatan didunia dan dijauhkan azab di akhirat, maka ikutilah jalan para Rasul dan berpegang teguhlah dengan panduan yang dibawa oleh mereka. Jangan sesekali memusuhi sunnah dan ajaran yang dibawa para Rasul!!♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 1 Sya'ban 1442H☆

قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ * ٱلَّذِینَ هُمۡ فِی صَلَاتِهِمۡ خَـٰشِعُونَ

"Sesungguhnya berjayalah (beruntunglah) orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya" [Surah al-Mu'minun 1-2]

#Dalam ayat ini, Allah swt memuji orang-orang yang khusyuk dalam solat mereka. Mereka tergolong di kalangan orang beriman yang beruntung.

#Syaikh as-Sa’di rahimahullah menafsirkan ayat di atas dengan mengatakan: “Khusyuk dalam solat adalah hadirnya hati (seorang hamba) di hadapan Allah swt, menghayati tentang dekat denganNya hingga tenteram hati kerananya, tenang jiwa dan gerakannya, tidak banyak mengingat sesuatu di luar urusan solat, beradab di hadapan Rabbnya, menghayati seluruh apa yang ia ucapkan dan lakukan dalam solatnya dari awal hingga selesai solatnya, sehingga hilang was-was (bisikan syaitan) dan berbagai pikiran yang buruk. Inilah ruh dan maksud solat. Solat yang seperti inilah yang ditulis pahalanya bagi seorang hamba. Jadi solat yang tidak ada kekhusyukan dan tidak ada pula kehadiran hati walaupun solat seperti itu sah dan diberi pahala (pelakunya) namun sesungguhnya pahala solat itu sesuai dengan kehadiran hati ketika mengerjakannya” (Tafsir as-Sa’di)

#Suatu ketika seorang imam Tabien, Syeikh Sa’id bin Musayyib rahimahullah melihat ada seseorang yang berbuat sesuatu yang sia-sia dalam solatnya (banyak bergerak), lalu beliau berkata:

لو خشع قلب هذا لخشعت جوارحه

“Kalau seandainya hati orang ini khusyuk, tentulah akan khusyuk juga anggota tubuh badannya”.

♡Sesungguhnya kita sangat memerlukan khusyuk dalam semua solat kita kerana ia merupakan ruh dan maksud sebenar solat serta tanda kita beroleh kejayaan disisi Allah swt. Jom solat dengan jiwa yang khusyuk!!♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 29 Rejab 1442H☆

لِلَّهِ مُلۡكُ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا فِیهِنَّۚ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَیۡءࣲ قَدِیرُۢ

"Allah jualah yang menguasai alam langit dan bumi serta segala yang ada padanya; dan Dia lah jua yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu" [Surah al-Ma'idah 120]

#Allah swt Tuhan yang Maha Berkuasa. Berkuasa melakukan apa sahaja. Allah swt mampu melakukan sesuatu kejadian yang mampu kita fikir asbab musababnya dan juga diluar kemampuan pemikiran kita.

#Contohnya kejadian Nabi Ibrahim Alaihissalam yang langsung tidak terkesan tatkala dihumban ke dalam api yang marak membakar. Begitu juga peristiwa Nabi Musa Alaihissalam membelah laut. Juga peristiwa Nabi Muhammad saw membelah bulan dan pelbagai lagi kisah-kisah pelik tetapi benar. Semuanya terjadi di bawah kekuasaan dan kehendak Allah swt.

#Begitu juga peristiwa besar yang berlaku dalam hidup baginda Nabi saw yang diragui oleh sebahagian manusia ketika Israk Mikraj iaitu peristiwa pembedahan dada baginda saw. Tidak ada yang mustahil kerana Allah swt berkuasa atas segala-galanya.

#Disebutkan dalam riwayat bahawa pembedahan dada Nabi saw berlaku:

1. Kali pertama ketika kecil dalam usia 4 tahun. Datang Jibril dan merebahkannya serta membedah dadanya. Ini seperti riwayat Muslim dalam Sahihnya daripada Anas bin Malik.

2. Ketika dibangkitkan menjadi Rasul seperti riwayat Abu Nuaim dalam ad-Dala’il.

3. Ketika Israk dan Mikraj dan ini thabit dalam Sahih Bukhari dan Muslim dan lain lagi seperti riwayat Anas bin Malik daripada Malik bin Sa’sa’ah dan lainnya.

♡Yakinilah bahawa Allah swt berkuasa atas tiap sesuatu. Tiada yang mustahil bagiNya. Bergantunglah dan mohonlah pertolongan hanya kepada Allah swt♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 27 Rejab 1442H☆

وَمَا جَعَلْنَا ٱلرُّءْيَا ٱلَّتِىٓ أَرَيْنَـٰكَ إِلَّا فِتْنَةً لِّلنَّاسِ وَٱلشَّجَرَةَ ٱلْمَلْعُونَةَ فِى ٱلْقُرْءَانِ ۚ وَنُخَوِّفُهُمْ فَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا طُغْيَـٰنًا كَبِيرًا

"Dan tiadalah Kami menjadikan pandangan (pada malam Mikraj) yang telah kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia; dan (demikian juga Kami jadikan) pokok yang dilaknat di dalam Al-Quran; dan Kami beri mereka takut (dengan berbagai-bagai amaran) maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan kekufuran yang melampau" [Surah al-Isra’ 60]

#Peristiwa Israk Mikraj merupakan satu ujian kepada orang yang mengaku beriman kepada Nabi saw, sama ada mereka benar-benar beriman ataupun tidak.

#Sheikh Amin as-Syanqiti rahimahullah menyebut bahawa Allah menjadikan apa yang diperlihatkan kepada Nabi saw daripada perkara dan peristiwa yang pelik dan ajaib pada malam Israk dan Mikraj adalah sebagai satu ujian kepada orang ramai. Ini kerana ada di antara yang tidak langsung mempercayai apa yang dikhabarkan oleh Nabi saw. Ada yang mengatakan bahawa ianya tidak mungkin berlaku. Mereka mengatakan juga bagaimana mungkin Baginda solat di Baitul Maqdis dan pergi ke tujuh tingkatan langit serta melihat keseluruhannya pada satu malam sahaja kemudian pada waktu pagi berada di Mekah. Inilah satu ujian kepada mereka yang ragu-ragu. (Lihat: Adwa’ al-Bayan)

#Sheikh Amin as-Syanqiti juga menyebut bahawa peristiwa berkenaan Israk dan Mikraj adalah kisah yang mutawatir.

#Ini menunjukkan bahawa sesiapa yang tidak mempercayai dan menolak kesahihan peristiwa Israk Mikraj, dia termasuk di dalam golongan orang yang kufur.

#Allah swt menempelak golongan yang menafikan peristiwa Israk Mikraj ini di dalam firmanNya:

أَفَتُمَـٰرُونَهُۥ عَلَىٰ مَا يَرَىٰ

“Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu?” [Surah an-Najm 12]

♡Peristiwa Israk Mikraj bukannya cerita dongeng atau kisah penglipur lara, jauh sekali jika mengatakan ia peristiwa yang palsu dan direka-reka. Ianya disebutkan dan dikisahkan di dalam al-Quran dan hadis yang sahih. Kajilah dan ambillah pengajaran serta pengiktibaran daripada kisah hebat ini♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 25 Rejab 1442H☆

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ * صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ

"Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka..." [Surah al-Fatihah 6-7]

#Dalam sehari puluhan kali kita berdoa agar ditunjuki jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang dikurniakan nikmat.

#Persoalannya, apakah nikmat istimewa yang dikurniakan Allah swt itu?

#Berkata Imam Ibnu al-Qayyim rahimahullah: "Nikmat itu ada dua:

1. Nikmat muthlaqah
2. Nikmat muqayyadah

Nikmat muthlaqah adalah nikmat yang membawa kepada kebahagiaan yang abadi, iaitu nikmat Islam dan sunnah. Nikmat inilah yang diperintahkan oleh Allah kepada kita untuk memintanya dalam doa kita, agar Allah menunjukkan kepada kita jalan orang-orang yang Allah kurniakan nikmat itu padanya".

#Jelas bahawa nikmat Allah yang teristimewa itu tidak lain dan tidak bukan adalah ketika Allah swt memberikan hidayah kepada kita sehingga kita dapat mengenal Islam dan sunnah serta mengamalkannya. Kita dapat mengenal tauhid, kemudian mengamalkannya dan dapat membezakan dari lawannya, iaitu syirik, untuk menjauhinya. Kita dapat mengenal dan mengikuti sunnah-sunnah Rasulullah saw dan dapat membezakan dan menjauhi lawannya, iaitu bidaah. Dapat mengenal dan membezakan mana yang termasuk ketaatan kepada Allah dan RasulNya, dan manakah yang berupa maksiat.

#Nikmat ini hanya Allah swt berikan khusus kepada hamba-hambaNya yang dicintaiNya. Dengan nikmat inilah kita dapat meraih syurga beserta segala kemewahan di dalamnya.

♡Teruskan berdoa memohon petunjuk Allah disamping menggandakan amal soleh dan sentiasa berusaha menambahkan ilmu pengetahuan agar kita sentiasa berada dijalan yang lurus dan benar. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 23 Rejab 1442H☆

وَلَنَجۡزِیَنَّ ٱلَّذِینَ صَبَرُوۤا۟ أَجۡرَهُم بِأَحۡسَنِ مَا كَانُوا۟ یَعۡمَلُونَ

"Dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan" [Surah an-Nahl 96]

#Sabar merupakan salah satu ciri akhlak terpuji yang seharusnya dimiliki oleh setiap muslim. Sabar adalah kemampuan seseorang dalam menahan diri dari sesuatu ujian yang menimpanya kerana semata-mata mengharapkan keredhaan Allah swt.

#Orang yang sabar dalam menghadapi musibah yang menimpanya memiliki kedudukan yang istimewa pada pandangan Allah swt dan dijanjikan ganjaran yang besar disisi Allah swt.

إِلَّا ٱلَّذِینَ صَبَرُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ لَهُم مَّغۡفِرَةࣱ وَأَجۡرࣱ كَبِیرࣱ

"Kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar" [Surah Hud 11]

#Ketahuilah, bagi seorang mukmin yang sabar, musibah itu adalah kebaikan dan ladang pahala untuknya. Nabi saw bersabda:

وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

“Apabila menimpa padanya kesulitan maka dia pun bersabar, maka hal itu baik baginya” (HR. Muslim)

#Bahkan orang yang sabar akan memperoleh kejayaan didunia dan jaminan kebahagiaan di negeri akhirat.

فَٱصۡبِرۡۖ إِنَّ ٱلۡعَـٰقِبَةَ لِلۡمُتَّقِینَ

"Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertaqwa" [Surah Hud 49]

♡Musibah menjadi ladang pahala bagi orang yang sabar menghadapinya. Musibah juga mengingatkan manusia akan dosa-dosa yang telah dilakukan kerana tidaklah turun bala dan malapetaka kecuali disebabkan dosa-dosa umat manusia. Bersabarlah, semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita semua. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 21 Rejab 1442H☆

وَلِسَانࣰا وَشَفَتَیۡنِ

"Dan lidah serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)?" [Surah al-Balad 9]

#Allah swt mengurniakan pelbagai nikmat kepada kita dan tersangat banyak tidak terhingga. Di antara nikmat yang hendaknya kita renungkan adalah nikmat lidah yang dengannya kita dapat berbicara.

#Maka sewajarnya kita mensyukurinya dan menggunakan nikmat ini dalam ketaatan dan perkara-perkara yang diredhaiNya.

#Di antara bentuk mensyukuri nikmat lidah adalah sentiasa menggunakannya dalam ketaatan kepada Allah dan menjaganya dari perkara-perkara yang Allah murkai.

#Berkata Yunus bin Ubaid rahimahullah: 

ما رأيت أحداً لسانه منه على بال إلا رأيت ذلك صلاحاً في سائر عمله

“Tidaklah aku menjumpai seseorang yang memperhatikan (menjaga) lidahnya, melainkan hal tersebut memberi pengaruh yang baik terhadap seluruh aktivitinya” (Jaami’ul ‘Ulum wal Hikam)

#Berkata Yahya bin Abi Katsir rahimahullah:

ما صلَحَ منطقُ رجل إلاَّ عرفتَ ذلك في سائر عمله ، ولا فسدَ منطقُ رجلٍ قطُّ إلاَّ عرفتَ ذلك في سائر عمله 

“Tidaklah seseorang yang baik ucapannya, kecuali akan nampak kebaikan pada seluruh aktivitinya. Dan tidaklah seseorang yang buruk ucapannya, kecuali akan jelas pula keburukan pada semua aktivitinya" (Hilyatul Auliya’)

#Diriwayatkan daripada Sayidina ‘Uqbah bin ‘Amir r.a berkata, “ Wahai Rasulullah, apakah keselamatan itu? Nabi saw menjawab:

أَمْسِكْ عَلَيْكَ لِسَانَكَ، وَلْيَسَعْكَ بَيْتُكَ، وَابْكِ عَلَى خَطِيئَتِكَ 

“Jaga lidahmu, tetaplah tinggal di rumahmu dan tangisilah dosa-dosamu" (HR at-Tirmizi)

♡Gunalah nikmat lidah untuk memuji Allah, membaca al-Quran, berzikir, berselawat, berdakwah dan ucaplah perkara yang mendatangkan pahala. Jauhilah ucapan yang mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 19 Rejab 1442H☆

وَمَن یَرۡتَدِدۡ مِنكُمۡ عَن دِینِهِۦ فَیَمُتۡ وَهُوَ كَافِرࣱ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ حَبِطَتۡ أَعۡمَـٰلُهُمۡ فِی ٱلدُّنۡیَا وَٱلۡـَٔاخِرَةِۖ وَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمۡ فِیهَا خَـٰلِدُونَ

"Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya)" [Surah al-Baqarah 217]

#Tadabbur kalamullah semalam membicarakan beberapa perkara tentang murtad dan cara untuk kembali semula kepada Islam.

#Perbahasan kali ini akan memperkatakan mengenai punca seseorang itu murtad. Antara punca murtad ialah:

1. Kejahilan dan kedangkalan mengenai agama Islam.
2. Pengaruh sahabat dan rakan taulan.
3. Media massa termasuk capaian internet dan maklumat yang dicurahkan sama ada bersifat audio atau video menjadi penyumbang ke arah gejala murtad.
4. Kesempitan hidup yang membelenggu terutama krisis ekonomi dan kewangan sehingga terpaksa memohon bantuan daripada badan-badan bukan Islam.
5. Terpengaruh untuk bersama dan berkahwin dengan pasangan bukan Islam juga menyebabkan berlakunya murtad.
6. Kes perceraian akan turut berlaku kes murtad atau percubaan murtad oleh saudara baru yang tidak kuat pegangan agama.
7. Nipisnya keimanan dan surut dari semasa ke semasa sehingga hilang cahaya iman dalam diri.
8. Golongan muallaf yang baru berjinak dan cuba memahami Islam tetapi diabaikan sehingga terumbang ambing dan murtad.
9. Tawaran, habuan dunia dan kewangan sehingga mengaburi akan hakikat kebenaran Islam.

#Ketahuilah bahawa azab yang pedih, perit, ngeri dan menggerunkan bakal membaham golongan yang murtad dan kufur kepada Allah swt. Bertaubatlah selagi nyawa belum sampai ke kerongkong.

مَن كَفَرَ بِٱللَّهِ مِنۢ بَعۡدِ إِیمَـٰنِهِۦۤ إِلَّا مَنۡ أُكۡرِهَ وَقَلۡبُهُۥ مُطۡمَىِٕنُّۢ بِٱلۡإِیمَـٰنِ وَلَـٰكِن مَّن شَرَحَ بِٱلۡكُفۡرِ صَدۡرࣰا فَعَلَیۡهِمۡ غَضَبࣱ مِّنَ ٱللَّهِ وَلَهُمۡ عَذَابٌ عَظِیمࣱ

"Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar" [Surah an-Nahl 106]

♡Semoga Allah memelihara iman kita dan menjadikan kita sentiasa berada di atas jalan kebenaran. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 17 Rejab 1442H☆

لَهُۥ مُعَقِّبَـٰتࣱ مِّنۢ بَیۡنِ یَدَیۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ یَحۡفَظُونَهُۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا یُغَیِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ یُغَیِّرُوا۟ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ وَإِذَاۤ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمࣲ سُوۤءࣰا فَلَا مَرَدَّ لَهُۥۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya" [Surah ar-Ra'd 11]

#Berkata Sayidina Ibnu Abbas r.huma:

هم الملائكة يحفظونه بأمر الله، فإذا جاء القدر خلَّوا عنه

“Mereka adalah para malaikat yang menjaga manusia dengan perintah Allah swt. Jika ada takdir yang akan menimpanya maka malaikat ini akan menjauhkan darinya”.

#Penjagaan Allah swt bagi hambaNya meliputi dua perkara:

1. Menjaganya dalam hal ehwal urusan dunia. Allah akan menjaga hamba tersebut dalam kebaikan urusan dunianya, seperti menjaga tubuhnya, anak-anaknya, keluarganya, dan kekayaannya.

2. Menjaganya dalam hal ehwal urusan agama. Ini merupakan bentuk penjagaan yang paling mulia iaitu penjagaan Allah dalam perkara agama dan imannya. Allah menjaga kehidupannya dari berbagai macam pemikiran sesat dan dari syahwat yang haram. Allah menjaga agamanya sehingga orang tersebut meninggal dunia dalam keadaan beriman dan taat kepada Allah swt.

#Allah swt berjanji bahawa sesiapa yang sentiasa menjaga Allah, maka Allah juga akan menjaganya. Sabda Nabi saw:

احْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ

"Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu" (HR at-Tirmizi)

#Ini menunjukkan bahawa barangsiapa yang menjaga batasan-batasan Allah dan memenuhi hak-hakNya, maka Allah pasti akan sentiasa menjaganya kerana sesungguhnya balasan akan setimpal dengan amalan.

#Marilah kita berdoa sebagaimana doa yang dibaca dan diajar oleh baginda saw:

اللَّهُمَّ احْفَظْنِي بِالْإِسْلَامِ قَائِمًا، وَاحْفَظْنِي بِالْإِسْلَامِ قَاعِدًا، وَاحْفَظْنِي بِالْإِسْلَامِ رَاقِدًا، وَلَا تُشْمِتْ بِي عَدُوًّا حَاسِدًا، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ كُلِّ خَيْرٍ خَزَائِنُهُ بِيَدِكَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ كُلِّ شَرٍّ خَزَائِنُهُ بِيَدِكَ

"Ya Allah, peliharalah daku dengan Islam ketika dalam keadaan berdiri, peliharalah daku dengan Islam ketika dalam keadaan duduk, peliharalah daku dengan Islam ketika dalam keadaan baring dan jangan Engkau gembirakan musuhku yang hasad terhadapku. Ya Allah, sesungguhnya daku memohon kepadaMu semua kebaikan yang di dalam kekuasaanMu dan daku berlindung denganMu daripada semua keburukan yang di dalam kekuasaanMu" (HR al-Hakim)

♡Jagalah perintah dan larangan Allah, agar iman dan Islam kita sentiasa dijaga oleh Allah. Semoga kita sentiasa dalam perlindungan dan pemeliharaan Allah. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 15 Rejab 1442H☆

وَلَا تَكُونُوا۟ كَٱلَّذِینَ قَالُوا۟ سَمِعۡنَا وَهُمۡ لَا یَسۡمَعُونَ

"Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (kafir dan munafik) yang berkata: "Kami dengar", padahal mereka tidak mendengar (tidak mahu menerima dan mematuhinya)" [Surah al-Anfal 21]

#Allah swt mendedahkan perangai jahat golongan munafik yang sentiasa mengaku bahawa mereka peduli tentang hal ehwal perintah dan larangan Allah. Mereka mengaku menerima, mematuhi dan mengikuti kehendak agama Allah, hukum Allah, perintah Allah dan juga kehendak syariat.

#Hakikatnya mereka menipu. Mereka langsung tidak mahu mendengar tentang agama Allah. Menentang perintah Allah. Melanggari larangan Allah. Bahkan tidak menerima hukum hakam yang ditetapkan Allah swt serta menghalang manusia daripada melakukan ketaatan. Ini bertepatan dengan firman Allah swt:

أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِینَ یَزۡعُمُونَ أَنَّهُمۡ ءَامَنُوا۟ بِمَاۤ أُنزِلَ إِلَیۡكَ وَمَاۤ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ یُرِیدُونَ أَن یَتَحَاكَمُوۤا۟ إِلَى ٱلطَّـٰغُوتِ وَقَدۡ أُمِرُوۤا۟ أَن یَكۡفُرُوا۟ بِهِۦۖ وَیُرِیدُ ٱلشَّیۡطَـٰنُ أَن یُضِلَّهُمۡ ضَلَـٰلَۢا بَعِیدࣰا *

"Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh"

وَإِذَا قِیلَ لَهُمۡ تَعَالَوۡا۟ إِلَىٰ مَاۤ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَإِلَى ٱلرَّسُولِ رَأَیۡتَ ٱلۡمُنَـٰفِقِینَ یَصُدُّونَ عَنكَ صُدُودࣰا

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu" [Surah an-Nisa' 60-61]

#Rasulullah saw bersabda: “Ada dua sifat yang tidak akan pernah tergabung dalam hati orang munafik: Perilaku luhur dan pemahaman dalam agama” (HR at-Tirmizi)

♡Pastikan kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang dengar dan taat serta patuh arahan Allah swt. Jangan sesekali berperangai seperti perangai orang munafik yang kuat mengkhianati agama♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 13 Rejab 1442H☆

بَشِّرِ ٱلۡمُنَـٰفِقِینَ بِأَنَّ لَهُمۡ عَذَابًا أَلِیمًا

"Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya" [Surah an-Nisa' 138]

#Allah swt menyatakan dengan tegas bahawa tempat kediaman orang munafik di hari kiamat kelak ialah di neraka. Dilengkapi neraka itu dengan seksaan dan azab yang teramat dahsyat lagi ngeri untuk mereka. Bahkan mereka akan di ditempatkan di dasar neraka dan tiada sesiapa pun yang dapat menolong mereka.

إِنَّ ٱلۡمُنَـٰفِقِینَ فِی ٱلدَّرۡكِ ٱلۡأَسۡفَلِ مِنَ ٱلنَّارِ وَلَن تَجِدَ لَهُمۡ نَصِیرًا

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka" [Surah an-Nisa' 145]

#Siapakah yang dikatakan munafik itu?

#Berkata Imam Ibnu Katsir rahimahullah: "Nifak adalah menampakkan kebaikan dan menyembunyikan keburukan.

#Berkata Imam Ibnu Juraij: “Orang munafik ialah orang yang percakapannya menyelisihi tindak-tanduknya, batinnya menyelisihi lahiriahnya, tempat masuknya menyelisihi tempat keluarnya, dan kehadirannya menyelisihi ketidakadaannya” (‘Umdah at-Tafsir)

إِنَّ ٱلۡمُنَـٰفِقِینَ یُخَـٰدِعُونَ ٱللَّهَ وَهُوَ خَـٰدِعُهُمۡ

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik)" [Surah an-Nisa' 142]

وَلَا تَكُونُوا۟ كَٱلَّذِینَ قَالُوا۟ سَمِعۡنَا وَهُمۡ لَا یَسۡمَعُونَ

"Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (kafir dan munafik) yang berkata: "Kami dengar", padahal mereka tidak mendengar (tidak mahu menerima dan mematuhinya)" [Surah al-Anfal 21]

#Disebabkan sifat kepura-puraan orang munafik dalam bab keimanan kepada Allah, zahir menampakkan beriman tetapi hakikatnya kufur bahkan sentiasa mengingkari perintah dan larangan Allah, maka mereka dilaknat dan dihumban ke dalam neraka Jahanam.

وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلۡمُنَـٰفِقِینَ وَٱلۡمُنَـٰفِقَـٰتِ وَٱلۡكُفَّارَ نَارَ جَهَنَّمَ خَـٰلِدِینَ فِیهَاۚ هِیَ حَسۡبُهُمۡۚ وَلَعَنَهُمُ ٱللَّهُۖ وَلَهُمۡ عَذَابࣱ مُّقِیمࣱ

"Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan serta orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu menjadi balasan mereka; dan Allah melaknatkan mereka, dan bagi mereka azab seksa yang kekal" [Surah at-Tawbah 68]

♡Mudah-mudahan Allah swt menjauhkan kita semua daripada sifat munafik dan kerosakan iman. Semoga kita dimatikan dalam keadaan benar-benar beriman kepadaNya. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 11 Rejab 1442H☆

مِن بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِي بِهَا أَوْ دَيْنٍ

"...(Pembahagian pusaka itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya..." [Surah an-Nisa' 11]

#Dalam ayat ini Allah swt menyatakan bahawa orang yang meninggal dalam keadaan memiliki hutang, maka wajib disegerakan pembayaran hutang tersebut dari harta si mati.

#Harta peninggalan si mati wajib digunakan untuk membayar hutang-hutangnya terlebih dahulu sebelum dibahagikan kepada ahli waris.

#Berkata Imam al-Bahuti rahimahullah:

ويجب أن يسارع في قضاء دينه، وما فيه إبراء ذمته؛ من إخراج كفارة، وحج نذر، وغير ذلك

“Wajib menyegerakan pelunasan hutang si mati dan semua yang terkait pembebasan tanggungan si mati, seperti membayar kafarah, haji, nazar dan yang lainnya”.

#Berkata Syaikh Muhammad Mukhtar asy-Syinqithi rahimahullah:

فإذا مات الوالد أو القريب وقد ترك مالاً أو ترك بيتاً ، وعليه دين : فيجب على الورثة أن يبيعوا البيت لسداد دينه ، وهم يستأجرون

“Jika seorang anak meninggal atau seorang kerabat meninggal, dan ia meninggalkan harta atau rumah, sedangkan ia mempunyai hutang, maka wajib bagi ahli waris untuk menjual rumahnya untuk melunasi hutangnya, walaupun mereka sedang menyewakannya".

#Ini menunjukkan jika hartanya sudah habis dan hutangnya masih ada, maka wajib menjual aset-aset milik si mati untuk membayar segala hutangnya hingga selesai.

#Jika harta yang ditinggalkan si mati tidak mencukupi untuk melangsaikan hutangnya maka sunat kepada warisnya atau kerabatnya atau sesiapa sahaja untuk membantu menyelesaikannya.

#Imam al-Bahuti mengatakan:

فإن تعذر إيفاء دينه في الحال، لغيبة المال ونحوها استُحب لوارثه ، أو غيره: أن يتكفل به عنه

“Jika hutang si mati tidak dapat dilunasi ketika ia meninggal, disebabkan tidak adanya harta padanya, atau kerana sebab lain, maka dianjurkan (disunatkan) bagi ahli waris untuk melunasinya. Juga dianjurkan bagi orang lain untuk melunasinya".

♡Utamakan penyelesaian hutang si mati daripada pembahagian harta pusaka. Jangan tamakkan harta si mati sehinggakan diabaikan hutangnya dan didahulukan pembahagian pusaka. Dahulukanlah perintah Allah!!♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 9 Rejab 1442H☆

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّـهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّـهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَـٰئِكَ أَن يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ

"Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk" [Surah at-Taubah 18]

#Masjid yang dipenuhi dengan majlis ilmu termasuk dalam makna dan maksud memakmurkan atau menghidupkan masjid-masjid Allah.

#Kaedah pengajaran dan pembelajaran agama dilakukan di masjid adalah amalan salafussoleh terdahulu. Rasulullah saw dan para sahabatnya serta tabi’in, begitu juga para imam yang empat dan tokoh-tokoh ulamak terkemuka sejak sekian lama menjadikan masjid sebagai salah satu medan ilmu yang telah diterima ramai oleh umat Islam dan satu bentuk pengimarahan rumah Allah.

#Nabi saw bersabda:

وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ فِيمَا بَيْنَهُمْ؛ إلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمْ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمْ الرَّحْمَةُ، وَ حَفَّتهُمُ المَلاَئِكَة، وَذَكَرَهُمْ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ،

"Sesiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya satu jalan ke syurga. Tidaklah satu kaum berkumpul di satu rumah (masjid) dari rumah-rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan mempelajarinya bersamasama, kecuali ketenangan akan turun kepada mereka, rahmat akan meliputi mereka dan malaikat mengelilingi mereka dan Allah memuji mereka di hadapan para malaikat-Nya" (HR Muslim)

#Majlis zikir adalah majlis yang di dalamnya ada kegiatan mengingati Allah dan hari akhirat. Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah menjelaskan:

“Yang dimaksudkan dengan majlis-majlis zikir mencakupi majlis-majlis yang berisi zikrullah, dengan bermacam-macam zikir yang ada berupa tasbih, takbir, dan lainnya. Juga yang berisi bacaan Kitab Allah dan berisi doa kebaikan dunia dan akhirat. Menghadiri majlis pembacaan hadis Nabi, mempelajari ilmu agama, mengulang-ulanginya, berkumpul melakukan solat nafilah (sunat) di dalam majlis-majlis zikir adalah suatu matlamat dan keutamaan. Yang lebih nyata, majlis-majlis zikir adalah lebih khusus pada majlis-majlis tasbih, takbir dan lainnya, juga qiraatul Quran saja. Walau bagaimanapun, pembacaan hadis, mempelajari dan berdiskusi ilmu (agama) termasuk perkara yang masuk di bawah istilah zikrullah" (Fathul Bari)

#Semoga Allah swt menjadikan kita hambaNya yang mencintai masjid dan juga cintakan majlis ilmu. Semoga dengan itu layaklah kita memperolehi syurgaNya yang teristimewa. Aamiiin.  

♡Berusahalah untuk memakmurkan masjid dan surau dengan majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir. Semoga kita tergolong di kalangan hamba yang benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 7 Rejab 1442H☆

فَمَن كَانَ یَرۡجُوا۟ لِقَاۤءَ رَبِّهِۦ فَلۡیَعۡمَلۡ عَمَلࣰا صَـٰلِحࣰا وَلَا یُشۡرِكۡ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦۤ أَحَدَۢا

"Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya" [Surah al-Kahf 110]

#Imam Ibnu Kathir rahimahullah menerangkan bahawa amal soleh ialah amalan yang sesuai dengan syariat Allah, sedangkan tidak mempersekutukan Allah maksudnya adalah amalan yang diniatkan untuk mencari wajah Allah (ikhlas). Inilah dua rukun amal yang akan diterima di sisiNya" (Lihat: Tafsir al-Quran al-Azhim)

#Ini memahamkan kita bahawa hakikat amal soleh itu adalah yang dilakukan dengan ikhlas dan sesuai dengan tuntunan Nabi saw.

#Berkata Imam Fudhail bin Iyadh rahimahullah: “Sesungguhnya amalan jika ikhlas namun tidak benar maka tidak akan diterima. Demikian pula apabila amalan itu benar tapi tidak ikhlas juga tidak diterima sampai ia ikhlas dan benar. Ikhlas itu jika diperuntukkan bagi Allah, sedangkan benar jika berada di atas sunnah”.

#Syaikh as-Sa’di rahimahullah berkata: “Barangsiapa mengikhlaskan amal-amalnya untuk Allah serta dalam beramal itu dia mengikuti tuntunan Rasulullah saw maka inilah orang yang amalnya diterima. Barangsiapa yang kehilangan dua perkara ini -ikhlas dan mengikuti tuntunan- atau salah satunya maka amalnya tertolak".

وَقَدِمۡنَاۤ إِلَىٰ مَا عَمِلُوا۟ مِنۡ عَمَلࣲ فَجَعَلۡنَـٰهُ هَبَاۤءࣰ مَّنثُورًا

"Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan ia bagaikan debu-debu yang berterbangan" [Surah al-Furqan 23]

♡Pastikan setiap amal dan perbuatan yang kita lakukan tepat berpandukan petunjuk Rasulullah saw dan dengan hati yang ikhlas. Jangan sibuk dengan pujian dan cercaan orang ramai, yang paling utama ialah jaga hati, pastikan benar-benar ikhlas. Hati.. sukar dijaga, namun tetap wajib dijaga sebaik-baiknya!!♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 5 Rejab 1442H☆

وَإِمَّا یَنزَغَنَّكَ مِنَ ٱلشَّیۡطَـٰنِ نَزۡغࣱ فَٱسۡتَعِذۡ بِٱللَّهِۖ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡعَلِیمُ

"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui" [Surah Fussilat 36]

#Syaitan sentiasa berusaha sehabis daya untuk menghasut dan menggoda manusia agar bersamanya dalam kejahatan dan kesesatan. Dan inilah kerja syaitan. Ia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamatnya.

#Oleh itu, sebagai manusia yang membaca al-Quran, maka sewajibnya kita sentiasa memohon pertolongan dan perlindungan Allah agar dihindari kita daripada hasutan syaitan. Dan inilah perintah Allah di dalam al-Quran dan juga perintah Nabi di dalam hadisnya.

#Daripada Sayidina Abdullah bin Mas’ud r.a berkata:

عَنِ النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ كَانَ يَتَعَوَّذُ مِنَ الشَّيْطَانِ مِنْ هَمْزِهِ وَنَفْثِهِ وَنَفْخِهِ

“Daripada Nabi saw, baginda sentiasa meminta perlindungan kepada Allah dari kegilaan syaitan, syair syaitan dan sifat sombongnya syaitan” (HR Ahmad)

#Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata, Rasulullah saw setelah takbir membaca:

أَعُوذُ بِاللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ مِنْ هَمْزِهِ وَنَفْخِهِ وَنَفْثِهِ

“Aku berlindung kepada Allah Yang Maha mendengar lagi Maha mengetahui dari gangguan syaitan yang terkutuk, dari kegilaannya, kesombongannya dan nyanyiannya yang tercela” (HR Abu Daud dan at-Tirmizi)

#Nabi saw juga memerintahkan kita meminta perlindungan kepada Allah ketika mendengar suara anjing menyalak dan suara keldai.

#Nabi saw bersabda:

إِذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الدِّيَكَةِ فَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ، فَإِنَّهَا رَأَتْ مَلَكًا، وَإِذَا سَمِعْتُمْ نَهِيقَ الْحِمَارِ فَتَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ، فَإِنَّهُ رَأَى شَيْطَانًا

“Jika kalian mendengar suara ayam jantan berkokok, mintalah kurniaan (berdoa) kepada Allah kerana ayam jantan tersebut melihat malaikat. Jika kalian mendengar suara keldai, mintalah perlindungan kepada Allah dari syaitan kerana keldai tersebut melihat syaitan” (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Daripada Sayidina Jabir bin Abdullah r.a, Rasulullah saw bersabda:

إِذَا سَمِعْتُمْ نُبَاحَ الْكِلاَبِ وَنَهِيقَ الْحُمُرِ بِاللَّيْلِ فَتَعَوَّذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّهُنَّ يَرَيْنَ مَا لاَ تَرَوْنَ

“Jika kalian mendengar suara salakan anjing dan suara keldai pada malam hari, maka mintalah perlindungan kepada Allah kerana anjing dan keldai tersebut melihat apa yang kalian tidak nampak” (HR Abu Daud)

♡Syaitan sentiasa menggangu kita agar dekat dengannya dan jauh dengan Allah swt. Berusahalah mendekatkan diri kepada Allah dengan banyakkan berzikir, membaca al-Quran, mendirikan solat, melakukan kebaikan dan sentiasalah memohon perlindungan Allah daripada gangguan syaitan♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 2 Sya'ban 1442H☆

قُلۡ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَمَاۤ أُنزِلَ عَلَیۡنَا وَمَاۤ أُنزِلَ عَلَىٰۤ إِبۡرَ ٰ⁠هِیمَ وَإِسۡمَـٰعِیلَ وَإِسۡحَـٰقَ وَیَعۡقُوبَ وَٱلۡأَسۡبَاطِ وَمَاۤ أُوتِیَ مُوسَىٰ وَعِیسَىٰ وَٱلنَّبِیُّونَ مِن رَّبِّهِمۡ لَا نُفَرِّقُ بَیۡنَ أَحَدࣲ مِّنۡهُمۡ وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub, dan keturunannya, dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa, dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri (Islam)" [Surah Aali Imran 84]

#Beriman kepada para Nabi dan Rasul merupakan landasan keimanan dan salah satu daripada rukun Iman. Orang yang tidak beriman dengan para Nabi dan Rasul, maka ia tersesat sangat jauh dari jalan yang lurus.

وَمَن یَكۡفُرۡ بِٱللَّهِ وَمَلَـٰۤىِٕكَتِهِۦ وَكُتُبِهِۦ وَرُسُلِهِۦ وَٱلۡیَوۡمِ ٱلۡـَٔاخِرِ فَقَدۡ ضَلَّ ضَلَـٰلَۢا بَعِیدًا

"Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh" [Surah an-Nisa' 136]

#Disebutkan dalam riwayat mengenai bilangan para Nabi dan Rasul yang sangat ramai.

#Daripada Sayidina Abu Zar r.a berkata:

قلتُ: يا رسولَ اللهِ! أيُّ الأنبياءِ كان أولُ؟! قال: آدمُ، قلتُ: يا رسولَ اللهِ! ونبيٌّ كان؟! قال: نعم نبيٌّ مُكلَّمٌ، قلتُ: يا رسولَ اللهِ: كم المرسلونَ؟ ! قال: ثلاثُ مئةٍ وبضعةَ عشرَ ؛ جمًّا غفيرًا

Aku bertanya: "Wahai Rasulullah, siapa Nabi yang pertama?" Rasulullah menjawab: Adam. Aku bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah beliau (Adam) seorang Nabi?" Rasulullah menjawab: "Benar, ia seorang Nabi yang diajak bicara oleh Allah". Aku bertanya: "Wahai Rasulullah, ada berapa jumlah para Rasul?" Rasulullah menjawab: "300 sekian belas, mereka sangat banyak” (HR Ahmad, al-Hakim dan al-Baihaqi)

#Daripada Sayidina Abu Umamah r.a berkata:

قُلتُ: يا رسولَ اللهِ، كم وَفَّى عِدَّةُ الأنبياءِ؟ قال: مِئةُ ألْفٍ وأربعةٌ وعشرونَ ألْفًا، الرُّسُلُ مِن ذلك ثلاثُ مِئةٍ وخَمسةَ عَشَرَ جَمًّا غَفيرًا

Aku berkata: "Wahai Rasulullah, ada berapa jumlah Nabi? Rasulullah menjawab: Nabi ada 124000 orang dan di antara mereka ada para Rasul sebanyak 315 orang, mereka sangat banyak” (HR Ahmad. Dhaif)

#Yang perlu kita fokus ialah para Nabi dan Rasul tersebut kesemuanya menyeru agar seluruh manusia hanya menyembah dan beribadah kepada Allah Tuhan yang satu serta menjauhi perkara syirik.

وَمَاۤ أَرۡسَلۡنَا مِن قَبۡلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِیۤ إِلَیۡهِ أَنَّهُۥ لَاۤ إِلَـٰهَ إِلَّاۤ أَنَا۠ فَٱعۡبُدُونِ

"Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu" [Surah Al-Anbiya' 25].

♡Para Nabi dan Rasul pembawa cahaya kebenaran dan menjamin keselamatan dunia akhirat. Ikutilah mereka, sembahlah Allah, taatilah perintahNya dan teruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh mereka. Ikutilah Nabi dan Rasul!!♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 30 Rejab 1442H☆

ٱتۡلُ مَاۤ أُوحِیَ إِلَیۡكَ مِنَ ٱلۡكِتَـٰبِ وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَاۤءِ وَٱلۡمُنكَرِۗ وَلَذِكۡرُ ٱللَّهِ أَكۡبَرُۗ وَٱللَّهُ یَعۡلَمُ مَا تَصۡنَعُونَ

"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan" [Surah al-Ankabut 45]

#Allah swt mengkhabarkan kepada kita bahawa solat yang dilakukan dengan baik dan sempurna dapat mencegah pelakunya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.

#Solat adalah keperluan yang sangat mendasar bagi seorang hamba dan sama sekali bukan sebagai bebanan yang memberatkannya, bahkan solat merupakan aktiviti yang sangat menyenangkan hati seorang hamba.

جعلت قُرَّة عَيْني فِي الصَّلَاة

"Dijadikan sesuatu yang paling menyenangkan hatiku ada pada saat mengerjakan solat" (HR an-Nasaie dan Ahmad)

#Solat dapat membuahkan nilai ketaqwaan kerana solat mendorong pelakunya untuk sentiasa ingat akan Allah dari waktu ke waktu, di tengah-tengah kesibukannya dengan dunia dan di tengah-tengah kelalaian serta kegersangan hatinya. Dengan ketaqwaan tersebut, menjadikan seseorang itu sibuk dengan amal kebaikan dan pendinding daripada melakukan kemaksiatan dan mungkar.

♡Ayuh, pertingkatkan kualiti dan kesempurnaan solat. Semoga solat kita dapat mencegah kita daripada melakukan kekejian dan kederhakaan♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 28 Rejab 1442H☆

مَا يُرِيدُ ٱللَّـهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍ

“Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan)” [Surah al-Maidah 6]

#Allah swt menyatakan bahawa agama ini dijadikan mudah untuk diamalkan dan tidak diberatkan.

وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِى ٱلدِّينِ مِنْ حَرَجٍ

“Dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama" [Surah al-Hajj 78]

#Dalam peristiwa Israk Mikraj, Allah swt memfardhukan solat sebanyak 50 waktu. Atas nasihat Nabi Musa Alaihissalam, maka Nabi saw memohon dikurangkan sehinggalah menjadi 5 waktu sahaja. Ini menunjukkan hikmah daripada Allah swt bahawa pengurangan solat sehingga 5 waktu menjadikan agama ini mudah untuk diamalkan. Ini bertepatan dengan apa yang telah Allah swt jelaskan di dalam ayat diatas.

#Kata Sayidina Anas Bin Malik r.a bahawa ketika Nabi saw menceritakan tentang peristiwa Israk dan Mikraj, Baginda bersabda:

“Kemudian diwajibkan ke atas Aku 50 kali solat setiap waktu. Maka aku kembali dan melepasi Musa. Maka Nabi Musa bertanya apa yang telah diperintahkan terhadap engkau? Nabi saw menjawab: Aku diperintahkan dengan 50 kali solat pada setiap hari. Kata Nabi Musa: Sesungguhnya umat engkau tidak akan mampu untuk melakukan 50 kali solat pada setiap hari. Aku telah cuba pada orang sebelum engkau dan aku telah cuba dengan semaksimum mungkin pada  Bani Israil. Kembalilah semula pada Allah dan minta keringanan daripadaNya untuk umatmu. Kata Nabi saw : Maka aku kembali lalu Allah kurangkan sepuluh daripada jumlah yang diberikan. Nabi saw menyebut: Lalu aku kembali kepada Nabi Musa dan Baginda sebut perkara yang sama. Lalu aku kembali kepada Allah dan Dia mengurangkan sepuluh lagi. Lalu aku kembali kepada Nabi Musa dan Baginda menyebutkan lagi perkara yang sama. Lalu aku kembali lagi kepada Allah dan Dia mengurangkan lagi sepuluh. Aku kembali kepada Nabi Musa dan Baginda menyebutkan perkara yang sama. Lalu aku kembali semula kepada Allah dan aku diperintahkan dengan 10 kali solat setiap hari. Aku kembali lagi dan Nabi Musa menyebut perkara yang sama. Aku kembali menemui Allah dan aku diperintahkan dengan solat 5 kali pada setiap hari. Maka aku kembali kepada Nabi Musa. Nabi Musa berkata: Wahai Muhammad, engkau diperintahkan dengan apa?. Kata Nabi saw: Aku diperintahkan dengan solat 5 kali setiap hari. Nabi Musa berkata: Sesungguhnya umat engkau tidak akan mampu untuk melakukan 5 kali solat setiap hari. Aku telah cuba pada orang sebelum engkau dan aku telah cuba untuk melakukannya pada Bani Israil semaksimum mungkin. Kembalilah kepada Allah dan mintalah keringanan daripadaNya untuk umatmu. Nabi saw bersabda: "Aku telah minta sehingga aku menjadi malu untuk meminta kurang akan tetapi aku redha dan aku berserah". Apabila aku berlalu ada suara yang menyeru: "Aku telah jalankan kewajipanku dan Aku telah kurangkan bebanan hambaKu" (HR al-Bukhari)

#Apa yang dilakukan oleh Nabi saw ini menzahirkan sifat rahmat dan belas kasihan Nabi kerana tidak mahu melihat umat Baginda terbeban. Bahkan Baginda saw merujuk kepada Nabi Musa adalah disebabkan perintah solat juga turun secara khusus kepada Bani Israil. Ini juga antara hikmah yang Allah swt ingin tonjolkan iaitu menjadikan agama ini mudah untuk diamalkan dan tidak membebankan.

♡Ketahuilah bahawa sifat agama ini sentiasa menyenangkan dan tidak membebankan. Oleh itu, tidak ada alasan lagi untuk tidak melaksanakan perintah solat dan perintah-perintah yang lain♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 26 Rejab 1442H☆

سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِیۤ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَیۡلࣰا مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِی بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُۥ لِنُرِیَهُۥ مِنۡ ءَایَـٰتِنَاۤۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡبَصِیرُ

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat" [Surah al-Isra' 1]

#Sheikh Tohir bin ‘Asyur rahimahullah menyebut bahawa perjalanan Israk dan Mikraj adalah merupakan peristiwa yang mencarik adat (satu mukjizat) yang mana perjalanannya dari awal sehinggalah akhir hanya memakan masa sebahagian malam.

#Imam at-Tabari rahimahullah memilih pandangan bahawa Israk dan Mikraj berlaku dengan jasad dan roh Nabi saw. Beliau berkata, sesungguhnya Allah swt memperjalankan hambanya iaitu Nabi Muhammad saw daripada Masjidil Haram menuju ke Masjidil Aqsa seperti mana yang telah diberitahu oleh Allah dan apa yang zahir yang telah disebutkan oleh Nabi saw. Allah swt memperjalankan Nabi dengan menyediakan Buraq dan solat di mana tempat para Nabi dan Rasul terdahulu solat. Baginda saw juga melihat beberapa tanda-tanda kebesaran. Oleh kerana itu, tidak benar jika ada yang mengatakan bahawa perjalanan Israk dan Mi’raj hanya berlaku degan roh. Bahkan yang benar perjalanan tersebut berlaku dengan roh dan juga jasad. Jika perjalanan tersebut hanya berlaku dengan roh sahaja sudah pasti ianya tidak akan menjadi dalil akan kenabian dan kerasulan Nabi saw. Bahkan tidak mungkin menjadi hujah bagi risalah yang dibawa oleh Baginda saw".

#Di antara perkara penting yang berlaku dalam peristiwa Israk dan Mikraj ialah perintah solat secara khusus. Kisah ini diceritakan di dalam hadis sahih berkenaan Israk Mikraj yang panjang.

#Ini menunjukkan peristiwa Israk dan Mikraj mempunyai hubung kait dengan perintah menunaikan ibadat solat. Ibadah ini diperintahkan oleh Allah swt, dengan menjemput Rasulullah saw sendiri datang mengadapNya, bukan dengan mengutuskan malaikat Jibril Alaihissalam untuk menyampaikannya, seperti mana perintah menunaikan ibadah puasa, zakat dan haji.

#Kedudukan ibadah solat disisi Allah swt adalah perkara utama dalam ibadah. Dengan berdirinya solat, maka tegaklah agama. Namun apabila diabaikan perintah solat, maka runtuhlah agama.

#Teramatlah malang bagi kita pada hari ini yang memandang remeh dan ringan mengenai ibadah solat. Ada yang solat namun tidak cukup lima waktu. Ada yang hanya solat Jumaat semata-mata. Ada yang hanya solat hari raya sahaja. Ada yang solat di akhir waktu. Ada yang solat bila rasa rajin. Ada yang solat tatkala ditimpa musibah. Ada yang solat apabila ingin memohon sesuatu kepada Allah. Ada yang langsung tidak solat dan langsung tidak rasa berdosa kerana meninggalkan solat. Sedangkan perkara pertama yang akan disoal, ditanya, disiasat di mahsyar kelak ialah berkaitan solat.

إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلَاتُهُ، فَإِنْ صَلَحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ

“Sesungguhnya perkara pertama yang akan dihisab pada diri seseorang pada hari akhirat daripada sekalian amalnya ialah solatnya. Jika solatnya benar (sempurna), maka dia akan berjaya dan menang, dan jika solatnya kurang (iaitu tidak benar, tidak sempurna) maka dia akan rugi dan menyesal” (HR at-Tirmizi, Ahmad dan Ibnu Majah)

♡Hayatilah peristiwa Israk Mikraj. Ambillah pengajaran daripadanya. Antaranya ialah berkaitan kepentingan ibadah solat. Marilah kita menjaga solat fardhu pada setiap hari dengan menepati waktunya, menjaga segala rukun, syarat dan sunatnya. Perbaikilah setiap bacaan dan doa dalam solat kita agar kita menjadi orang yang berjaya dan beruntung pada hari Akhirat kelak♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 24 Rejab 1442H☆

فَآمِنُوا بِاللَّـهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّـهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

“Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kalimah-kalimahNya (kitab-kitabNya) dan ikutilah dia (Rasulullah saw) supaya kamu beroleh hidayah petunjuk" [Surah al-‘Araf 158]

#Di dalam ayat di ini, Allah swt memerintahkan kita agar beriman dengan apa yang terkandung di dalam al-Quran dan juga beriman dengan setiap yang dibawa oleh Rasulullah saw samada dari sudut perkataan, perbuatan dan sebagainya.

#Di dalam al-Quran banyak ayat yang menceritakan kebersamaan lafaz Allah iaitu mewakili al-Quran dan Rasul mewakili sunnah Nabi saw.

 فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّـهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ

"Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu kembali kepada (kitab) Allah (al-Qur’an) dan (sunnah) rasul-Nya jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan juga hari akhirat” [Surah an-Nisa’ 59]

#Maka dengan itu, jelaslah kepada kita bahawa al-Quran dan hadis Nabi saw sememangnya tidak boleh dipisahkan sama sekali kerana keduanya saling memerlukan.

#Terdapat beberapa perkara penting berkaitan kedudukan dan kepentingan hadis Nabi saw di sisi al-Quran, antaranya:

1. Hadis menguatkan lagi apa yang disebut di dalam al-Quran.
2. Hadis menghuraikan secara terperinci apa yang disebut di dalam al-Quran.
3. Hadis menyatakan hukum-hukum yang tidak dinyatakan di dalam al-Quran.
4. Hadis mengkhususkan apa yang umum di dalam al-Quran. 

#Para sahabat Nabi menganggap hadis Nabi saw sebagai hadiah yang terbaik dan teristimewa.

#Imam al-Bukhari meriwayatkan hadis melalui jalur ‘Abdur Rahman bin Abi Laila rahimahullah. Ia mengatakan:

لَقِيَنِيْ كَعْبُ بْنُ عُجْرَةٍ فَقَالَ: أَلَا أُهْدِيْ لَكَ هَدِيَّةً سَمِعْتُهَا مِنَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم. فَقُلْتُ: بَلَى فَأَهْدِهَا إِلَيَّ. فَقَالَ :سَأَلْنَا رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم فَقُلْنَا: يَا رَسُوْلَ اللهِ كَيْفَ الصَّلَاةُ عَلَيْكَمْ أَهْلَ الْبَيْتِ؟ فَإِنَ الله َ عَلَّمَنَا كَيْفَ نُسَلِّمُ

Sayidina Ka’ab bin ‘Ujrah r.a menjumpaiku, lalu ia berkata: "Mahukah kamu aku beri hadiah yang aku dengar dari Nabi saw. Maka aku menjawab, “Ya. Hadiahkanlah itu kepadaku”. Kemudian ia berkata: “Kami bertanya Rasulullah saw. Kami mengatakan: ‘Wahai Rasulullah, bagaimanakah mengucapkan selawat kepada engkau wahai Ahlil Bait? (Kerana) sesungguhnya Allah swt telah mengajarkan kepada kami untuk mengucapkan salam kepada (engkau)’. Baginda saw bersabda: “Ucapkanlah oleh kalian:

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ، اَللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

#Dalam hadis di atas, kisah dialog menarik antara ‘Abdur Rahman bin Abi Laila rahimahullah dari generasi Tabi’in dan Ka’ab bin ‘Ujrah r.a seorang sahabat Nabi saw. Dialog yang berisi tawaran hadiah oleh Ka’ab r.a kepada ‘Abdur Rahman bin Abi Laila rahimahullah. Akan tetapi, hadiah yang dimaksud bukanlah hadiah berupa kesenangan duniawi, namun berupa sebuah hadis dari Nabi saw.

♡Ini menunjukkan bahawa al-Quran dan hadis Rasulullah saw adalah panduan utama dan penyelamat kita didunia dan di akhirat. Mengetahui ilmu al-Quran dan hadis nabi saw serta beramal dengannya merupakan perkara paling penting dan paling disukai oleh para sahabat dan wajib kita mencontohi serta meneladani mereka generasi awal Islam♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 22 Rejab 1442H☆

وَٱلَّذِینَ إِذَاۤ أَنفَقُوا۟ لَمۡ یُسۡرِفُوا۟ وَلَمۡ یَقۡتُرُوا۟ وَكَانَ بَیۡنَ ذَ ٰ⁠لِكَ قَوَامࣰا

"Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu" [Surah al-Furqan 67]

#Ayat ini memaklumkan kepada kita bahawasannya sifat pertengahan dalam menggunakan harta merupakan sifat yang mulia. Mereka tidak kedekut dan juga tidak membazir (berlebihan) dalam berbelanja, baik keperluan yang wajib mahupun keperluan tambahan.

#Inilah sifat yang perlu ada dalam diri setiap muslim. Hendaknya memilih jalan pertengahan dalam setiap perkara, tidak berlebihan dan tidak kedekut. Baik dalam masalah berbelanja atau permasaahan yang lain. Baik dalam masalah agama atau masalah dunia.

#Daripada Ka’ab bin Farruh, dari Qatadah, dari Mutarrif bin Abdullah, dia mengatakan:

خير هذه الأمور أوساطها، وألحسنه بين السيئتين

“(Umumnya) perkara yang terbaik adalah yang pertengahan, dan kebaikan itu di antara dua keburukan”. Ka’ab bin Farruh bertanya kepada Qatadah:

ما الحَسَنَةُ بينَ السيِّئَتَين؟

“Apa yang dimaksudkan dengan kebaikan itu di antara dua keburukan?”. Qatadah menjawab dengan membacakan dalil:

وَٱلَّذِينَ إِذَآ أَنفَقُواْ لَمۡ يُسۡرِفُواْ وَلَمۡ يَقۡتُرُواْ

“Mereka yang membelanjakan harta dengan tidak berlebihan dan tidak kedekut” (Riwayat Imam at-Thabari dalam tafsirnya)

#Ingatlah bahawa setiap nikmat yang kita gunakan akan diminta pertanggungjawapannya di akhirat kelak.

#Sabda Nabi saw:

لَا تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَومَ القِيَامَةِ حَتَّى يُسأَلَ عَنْ عُمُرِهِ فِيْمَ أَفْنَاهُ، وَعَنْ عِلمِهِ فيم فعل، وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ، وَفِيْمَ أَنْفَقَهُ، وَعَنْ جَسْمِهِ فِيْمَ أَبْلاَهُ

“Tidak bergerak dua telapak kaki seseorang pada hari kiamat hingga dia ditanya tentang empat perkara, iaitu:
1. Tentang umurnya untuk apa dia habiskan.
2. Tentang ilmunya untuk apa dia amalkan.
3. Tentang hartanya dari mana dia dapatkan dan dalam perkara apa dia belanjakan.
4. Tentang tubuh badannya untuk apa dia gunakan” (HR at-Tirmizi)

#Berkata Imam Sufyan at-Thawri rahimahullah:

سئلوا حتى عَنِ التبسم؟ فقيل: فيم تبسمت يَوْم كذا وكذا؟

"Mereka akan dipersoalkan semuanya di akhirat. Termasuk sebuah senyuman. Seseorang akan ditanya: "Mengapa engkau tersenyum pada hari ini dan hari ini?".

♡Salah satu sifat terpuji yang dimiliki seorang hamba Allah adalah bersikap pertengahan dalam masalah membelanjakan harta dan permasalahan yang lain. Wallahua'lam♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 20 Rejab 1442H☆

وَإِنَّ اللَّهَ لَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

“Dan sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki" [Surah al-Hajj 58]

#Allah memberitahu di dalam ayat ini bahawa Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki. Tidak ada yang lebih baik daripada Allah dalam hal kurniaan rezeki dan nikmat.

#Allah swt mengurniakan rezeki kepada seluruh makhluk yang berjalan di muka bumi ini tanpa kecuali. Betapa Maha Kaya dan Maha pemurahnya Allah swt.

وَمَا مِن دَاۤبَّةࣲ فِی ٱلۡأَرۡضِ إِلَّا عَلَى ٱللَّهِ رِزۡقُهَا

"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya..." [Surah Hud 6]

#Selain itu, perlu kita ketahui dan imani adalah bahawa Allah swt melebihkan dan melapangkan rezeki bagi sebahagian daripada hamba-hambaNya dan menyempitkannya bagi sebahagian yang lain. Dalam hal ini, hikmahnya hanya Allah yang mengetahuinya.

#Firman Allah swt:

وَاللَّهُ فَضَّلَ بَعْضَكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ فِي الرِّزْقِ

"Dan Allah telah melebihkan sebahagian dari kamu atas sebahagian yang lain dalam hal rezeki yang dikurniakanNya" [Surah an-Nahl 71]

#Firman swt lagi:

اللَّهُ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

"Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dia juga yang menyempitkan (rezeki itu) baginya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu" [Surah al-Ankabut 62]

#Berkata Syaikh Abdur Rahman as-Sa’di rahimahullah: "Ini merupakan kebijaksanaan dariNya dan sesuai dengan ilmuNya tentang apa yang bermanfaat dan yang layak bagi hamba-hambaNya".

#Oleh yang demikian, samada rezeki kita dimewahkan atau disempitkan pastikan rezeki yang kita usahakan itu adalah rezeki yang halal. Sabda Rasulullah saw:

أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا اللَّهَ وَأَجْمِلُوا فِى الطَّلَبِ فَإِنَّ نَفْسًا لَنْ تَمُوتَ حَتَّى تَسْتَوْفِىَ رِزْقَهَا وَإِنْ أَبْطَأَ عَنْهَا فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَجْمِلُوا فِى الطَّلَبِ خُذُوا مَا حَلَّ وَدَعُوا مَا حَرُمَ

“Wahai manusia bertaqwalah kepada Allah dan pilihlah cara yang baik dalam mencari rezeki, kerana tidaklah suatu jiwa akan mati hingga dicukupkan rezekinya, walau lambat rezeki tersebut sampai kepadanya, maka bertaqwalah kepada Allah dan pilihlah cara yang baik dalam mencari rezeki, ambillah rezeki yang halal dan tinggalkanlah rezeki yang haram” (HR Ibnu Majah)

♡Segala kenikmatan dan kesempitan rezeki yang Allah berikan hanyalah sebagai ujian semata, bukan sebagai penghormatan atau penghinaan. Dengan ujian itu, akan jelas siapa yang bersyukur dan siapa yang bersabar atau sebaliknya. Moga dengan kesabaran atas sedikitnya rezeki didunia menjadi asbab beroleh rezeki yang istimewa di syurga kelak. Bersyukur dan bersabar serta redhalah akan ketentuan rezeki yang dikurniakannya♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 18 Rejab 1442H☆

وَمَن یَرۡتَدِدۡ مِنكُمۡ عَن دِینِهِۦ فَیَمُتۡ وَهُوَ كَافِرࣱ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ حَبِطَتۡ أَعۡمَـٰلُهُمۡ فِی ٱلدُّنۡیَا وَٱلۡـَٔاخِرَةِۖ وَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمۡ فِیهَا خَـٰلِدُونَ

"Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya)" [Surah al-Baqarah 217]

#Menurut istilah undang-undang Islam, murtad ialah beralih daripada memeluk Islam kepada memeluk agama lain atau anutan lain.

#Pengertian murtad menurut mazhab as-Syafie: “Iaitu memutuskan Islam dengan niat atau ucapan kufur atau dengan perbuatan sama ada perkataannya secara mengejek, ingkar atau dengan iktikadnya” (Lihat Mughni al-Muhtaj)

#Dinukilkan daripada kitab Uqubah al-I’dam menyebut: "Murtad ialah seseorang Islam secara pilihan dengan Islamnya telah memutuskan untuk keluar sama ada dengan ucapan, perbuatan atau iktikad atau meragui apa yang telah dimaklumi dalam agama secara darurat".

#Bergurau atau sengaja dalam melafazkan “Aku bukan Islam”, "Aku keluar Islam" dan seumpamanya merupakan diantara perkara mempersendakan agama, berdosa besar, boleh membawa kepada batalnya Islam bahkan dijanjikan dengan azab yang amat perit.

والحاصل أن من تكلم بكلمة الكفر هازلا أو لاعبا كفر

“Dan rumusannya, sesiapa yang mengungkap dengan perkataan kufur secara sengaja atau bermain-main maka ia telah jatuh kufur” (Lihat: al-Bahru al-Raiq Syarah Kanzi al-Daqaaiq)

#Firman Allah swt :

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ أُبْسِلُوا بِمَا كَسَبُوا ۖ لَهُمْ شَرَابٌ مِّنْ حَمِيمٍ وَعَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْفُرُونَ

"Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya)" [Surah al-An’am 70]

#Kepada sesiapa yang melalui situasi begini maka perlu melafazkan syahadah semula, beristighfar kepada Allah swt supaya dosa yang dilakukan diampunkan. Ketahuilah, Allah swt maha pengasih lagi maha pengampun, maka pohonlah keampunan atas dosa yang telah dilakukan dengan bertaubat secara bersungguh-sungguh.

♡Semoga Allah swt memelihara kita semua daripada terjerumus ke lembah kemurtadan yang akhirnya membinasakan segala amal kita serta dihumban ke dalam azabNya yang sangat dahsyat. Ya Allah, peliharalah kami, iman kami, Islam kami dan kurniakanlah kami petunjukMu. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 16 Rejab 1442H☆

وَاتَّقُوا اللَّـهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا

"Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu" [Surah an-Nisaa’ 1]

#Kalimah silaturrahim diambil daripada dua perkataan Arab iaitu “صلة”  yang bermaksud hubungan dan “الرحم” bererti kaum kerabat yang terdekat. Ia membawa maksud memelihara dan menyambung hubungan dengan kaum kerabat yang terdekat.

#Rasulullah saw bersabda:

لَيْسَ الوَاصِلُ بِالمُكَافِئ، وَلكِنَّ الوَاصِلَ الَّذِي إِذَا قَطَعَتْ رَحِمُهُ وَصَلَهَا

"Bukanlah orang yang menyambung (silaturrahim) itu adalah orang yang membalas kebaikan orang lain setimpal sepertimana yang dilakukan kepadanya, akan tetapi penyambung itu adalah orang yang jika ada yang memutuskan hubungan dengannya, dia bertindak menyambungnya" (HR al-Bukhari)

#Memutuskan silaturrahim adalah termasuk antara dosa-dosa besar secara ijmak ulamak.

#Diriwayatkan daripada daripada Sayidina Jubair bin Muth'im r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

لاَ يَدْخُلُ الجَنَّةَ قَاطِعٌ

“ Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim” (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Bahkan pemutus silaturrahim akan berdepan dengan azab di dunia lagi sebelum tibanya hari akhirat. Rasulullah saw bersabda:

مَا مِنْ ذَنْبٍ أَجْدَرُ أَنْ يُعَجِّلَ اللَّهُ تَعَالَى لِصَاحِبِهِ الْعُقُوبَةَ فِي الدُّنْيَا مَعَ مَا يَدَّخِرُ لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِثْلُ الْبَغْيِ وَقَطِيعَةِ الرَّحِمِ

“Tidaklah sebuah dosa yang lebih pantas untuk disegerakan balasannya di dunia dan juga disamping yang sedang menantinya di hari akhirat dibanding dengan dosa menzalimi manusia dan dosa memutuskan silaturrahim” (HR Abu Dawud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah)

#Sabda Rasulullah saw lagi:

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُمِدَّ اللَّهُ لَهُ فِي عُمُرِهِ وَيُوَسِّعَ لَهُ فِي رِزْقِهِ وَيَدْفَعَ عَنْهُ مَيْتَةَ السُّوءِ فَلْيَتَّقِ اللَّهَ وَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

“Sesiapa yang ingin umurnya panjang, mendapat rezeki yang luas, dan menolak sesuatu yang buruk (bencana/musibah) maka hendaklah dia bertaqwa kepada Allah dan menghubungkan silaturrahim” (HR Ahmad dan al-Tabarani)

♡Menjaga dan menghubungkan silaturrahim merupakan perkara yang dituntut di dalam agama. Memutus dan merosakkan silaturrahim adalah antara dosa besar yang mengundang malapetaka dan celaka. Insafilah!!♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 14 Rejab 1442H☆

وَلَیَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَلَیَعۡلَمَنَّ ٱلۡمُنَـٰفِقِینَ

"Dan sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang yang beriman, dan sesungguhnya Ia mengetahui akan orang-orang yang munafik" [Surah al-Ankabut 11]

#Tadabbur Kalamullah semalam membincangkan mengenai hukuman yang dikenakan kepada orang munafik dan juga ciri-ciri orang munafik.

#Samada kita tahu berkaitan munafik atau tidak ambil tahu atau kita merasakan kita bukanlah orang munafik, namun dalam ayat diatas Allah menegaskan bahawa Allah mengetahui siapa yang benar-benar beriman dan siapa yang munafik.

#Orang beriman sentiasa istiqamah mengajak kepada kebaikan, namun orang munafik sentiasa menghalang dan membenci kebaikan serta melanggari batasan syarak.

ٱلۡمُنَـٰفِقُونَ وَٱلۡمُنَـٰفِقَـٰتُ بَعۡضُهُم مِّنۢ بَعۡضࣲۚ یَأۡمُرُونَ بِٱلۡمُنكَرِ وَیَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمَعۡرُوفِ وَیَقۡبِضُونَ أَیۡدِیَهُمۡۚ نَسُوا۟ ٱللَّهَ فَنَسِیَهُمۡۚ إِنَّ ٱلۡمُنَـٰفِقِینَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ

"Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik" [Surah At-Tawbah 67]

#Ini menunjukkan kita wajib mengetahui hal ehwal dan selok belok tentang munafik agar kita tidak tergolong dikalangan munafik yang bakal dihumban ke dalam neraka.

#Para sahabat Nabi saw dan orang-orang soleh sangat bimbang dijangkiti virus munafik ini.

1. Diriwayatkan Sayidina Abu Darda’ r.a setiap kali selesai solat sentiasa memohon perlindungan kepada Allah dari sifat munafik.

2. Dikisahkan bahawa sebahagian sahabat Nabi saw selalu berdoa: “Ya Allah, sesungguhnya hamba memohon perlindungan dari khusyuknya nifak”. Ada yang bertanya: “Apa yang dimaksudkan khusyuk nifak?” Jawabnya: “Tubuh yang terlihat khusyuk namun ternyata hatinya tidak (yakni melupakan Allah)”.

3. Ibnu Abi Malikah pernah mengatakan: “Aku telah menjumpai tiga puluh orang sahabat Nabi saw, seluruhnya takut akan virus nifak. Tidak ada seorang pun di antara mereka yang mengatakan bahawa dirinya memiliki iman seperti imannya Jibril dan Mikail.

3. Berkata Imam Hasan al-Basri rahimahullah: "Tidak ada orang yang merasa aman dari sifat nifak kecuali orang munafik dan tidak ada orang yang merasa bimbang terhadap sifat nifak kecuali orang mukmin”.

♡Belajarlah ilmu berkaitan munafik agar kita dapat mengawasi diri daripada tergolong dalam kalangan mereka. Berdoalah agar Allah menyelamatkan kita daripada sifat munafik♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 12 Rejab 1442H☆

وَمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

"Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka" [Surah al-Baqarah 201]

#Dalam tafsir Ibnu Kathir menyebut bahawa doa ini meliputi:

1. Pelbagai kebaikan di dunia dan menjauhkan segala kejahatan.

2. Mencakupi permintaan yg bersifat duniawi seperti kesihatan, rumah yang luas, isteri yang cantik, rezeki yang melimpah, ilmu yang bermanfaat, amal soleh, kenderaan yang baik dan pujian.

3. Kebaikan di akhirat mencakupi permohonan syurga, ketenangan jiwa, kemudahan hisab, keselamatan daripada api neraka, perlindungan daripada segala dosa dan larangan, terhindar daripada pelbagai syubhat dan perkara haram.

#Doa ini adalah doa kemuncak untuk memperolehi kebahagiaan. Kebahagiaan yang sempurna. Kebahagiaan yang lengkap meliputi dua negeri iaitu negeri dunia dan juga negeri akhirat. Kebahagiaan yang bersandarkan taqwa.

#Berkata Imam al-Ghazali rahimahullah: "Bahagia ialah ketika mana manusia berada dalam satu puncak ketakwaan. Ia merupakan kenikmatan daripada Allah swt"

#Ibn Tufail menyebut kebahagiaan yang hakiki ialah kebahagiaan di akhirat saat bertemu dengan Allah dan melihat wajahNya.

#Oleh itu, hiasilah kehidupan dengan amalan ketaatan dan sifat taqwa. Manfaatkanlah dunia ini untuk digunakan semaksimumnya demi meraih kedudukan tertinggi di akhirat.

#Pesanan kebahagiaan dari Syaikh Muhammad at-Tamimi, katanya:

إذا أعطى شكر، وإذا ابتلي صبر، وإذ أذنب استغفر، فإن هؤلاء الثلاث عنوان السعادة

1. Jika diberi kenikmatan maka ia bersyukur
2. Jika diuji dengan ditimpa musibah ia bersabar
3. Dan jika melakukan dosa ia beristighfar (bertaubat).

Tiga perkara ini adalah tanda kebahagiaan”[Matan Qawa’idul Arba’,

♡Berdoa dan beramal solehlah, agar kita berjaya meraih kebahagiaan dunia dan akhirat♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 10 Rejab 1442H☆

فَمَا تَنفَعُهُمۡ شَفَـٰعَةُ ٱلشَّـٰفِعِینَ

"Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu" [Surah al-Muddaththir 48]

#Di dalam ayat sebelum ayat diatas, Allah swt menyatakan tentang empat golongan manusia yang menghuni neraka saqar iaitu:

1. Mereka yang tidak solat
2. Mereka yang tidak memberi makan orang miskin
3. Mereka yang membuang masa berbicara hal yang salah/syirik dan bersama golongan yang sesat.
4. Mereka yang tidak percaya kepada hari kiamat/akhirat.

#Allah menyebut dalam ayat diatas bahawa empat watak jahat di atas, tidak berguna lagi bagi mereka syafaat dari para malaikat, para nabi, orang mukmin, al-Quran dan sebagainya. Bahasa mudahnya, tiada sebarang syafaat untuk mereka.

#Ini kerana syafaat hanya diberikan Allah kepada orang yang diredhaiNya dan yang diizinkan untuk memperolehinya.

وَلَا یَشۡفَعُونَ إِلَّا لِمَنِ ٱرۡتَضَىٰ

"Mereka tidak akan memberi syafaat kecuali bagi orang yang diredhaiNya" [Surah al-Anbiya' 28]

#Berkata Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya: "Iaitu orang yang mempunyai sifat demikian, tiada manfaat baginya syafaat dari orang-orang yang memberi syafaat di hari kiamat nanti, kerana sesungguhnya syafaat itu hanya berhasil dilakukan terhadap orang yang berhak menerimanya. Adapun jika orang yang mati dalam keadaan kafir, maka kelak di hari kiamat baginya hanyalah neraka, tiada jalan lain baginya dan ia kekal di dalamnya untuk selama-lamanya.

#Berkaitan syafaat Nabi saw kepada Abu Talib adalah pengecualian dari firman Allah swt diatas. Syafaat nabi saw kepada Abu Talib itu bukan untuk mengeluarkan Abu Talib dari neraka. Namun hanya untuk meringankan azab di neraka. Sebagaimana disebutkan dalam hadis Sayidina Abu Said al-Khudhri r.a, dia mendengar Rasulullah saw yang ketika pakcik baginda, Abu Thalib, sedang diperbincangkan, baginda saw bersabda:

لَعَلَّهُ تَنْفَعُهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ القِيَامَةِ، فَيُجْعَلُ فِي ضَحْضَاحٍ مِنَ النَّارِ يَبْلُغُ كَعْبَيْهِ، يَغْلِي مِنْهُ أُمُّ دِمَاغِهِ

“Semoga syafaatku berguna baginya pada hari kiamat, sehingga dia tidak diletakkan dalam neraka yang dalam dimana apinya hanya mencapai kedua mata kakinya, namun itu pun menjadikan ubun-ubun kepalanya mendidih” (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Tidak semua orang layak mendapat syafaat. Hanya orang yang memenuhi syarat yang berjaya mendapatkan syafaat di akhirat. Jangan sesekali mengingkari perintah Allah swt dan tergolong di kalangan hambaNya yang kufur kerana tiada syafaat bagi mereka yang kufur lagi engkar.

♡Jadilah kaki solat, istiqamah membantu orang miskin, sentiasa berbicara tentang kebenaran dan yakin akan adanya kiamat. Semoga Allah swt memberi kemudahan kepada kita untuk mendapatkan syafaat di hari kiamat nanti. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 8 Rejab 1442H☆

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)" [Surah al-Isra’ 32]

#Berkata Imam Ibnu Kathir: "Bahawa Allah melarang para hambaNya daripada melakukan zina dan juga perkara yang membawa dekat kepada zina seperti sebab-sebab dan seruan-seruannya". (Rujuk: Tafsir al-Azim)

#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, bersabda Rasulullah saw:

إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا، أَدْرَكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ، فَزِنَا العَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا اللِّسَانِ المَنْطِقُ، والقلب تَمَنَّى وَتَشْتَهِي، وَالفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ كُلَّهُ وَيُكَذِّبُهُ

“Sesungguhnya Allah telah menetapkan bahagian zina untuk setiap anak Adam, dia akan mendapatkannya dan tidak boleh dihindari, maka zina mata dengan melihat, zina lidah dengan ucapan, zina hati dengan membayangkan dan merasakan syahwat, sedangkan kemaluan membenarkan semua itu atau mendustakannya" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Jelas maksud “jangan mendekati” dalam al-Quran menunjukkan bahawa semua perkara yang membawa kepada zina seperti pandangan mata, sentuhan dan berkhalwat adalah haram dan dijauhi, walaupun dikira sebagai dosa-dosa kecil".

#Satu perkara lagi yang disebut oleh baginda saw tentang zina ialah berkaitan wangian yang dipakai oleh wanita. Sabda Nabi saw:

أيُّما امرأةٍ استعطرتْ ثُمَّ خَرَجَتْ ، فمرَّتْ علَى قومٍ ليجِدُوا ريَحها فهِيَ زانيةٌ ، وكُلُّ عينٍ زانيةٌ

“Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian lalu dia keluar dan melintasi para lelaki sehingga tercium sebahagian dari wangiannya tersebut, maka ia adalah seorang penzina. Dan setiap mata yang melihatnya juga penzina” (HR Abu Daud dan at-Tirmizi)

#Para ulamak menjelaskan, perkataan 'maka ia adalah seorang penzina', maksudnya ia menyebabkan terjadinya zina, baik zina mata mahupun zina yang sebenarnya. Sedangkan perkataan 'setiap mata yang melihatnya juga penzina', maksudnya zina mata" (Syarah Hadis Mausu’ah Durarus Saniyyah)

#Ini menunjukkan perbuatan tersebut sangat tercela dan merupakan kerosakan yang besar.

#Diriwayatkan daripada Yahya bin Ju’dah mengatakan:

أن عمر بن الخطاب خرجت امرأة في عهده متطيبة, فوجد ريحها فعلاها بالدرة , ثم قال : تخرجن متطيبات فيجد الرجال ريحكن , وإنما قلوب الرجال عند أنوفهم , اخرجن تفلات

“Ada seorang wanita keluar rumah dengan memakai wangi-wangian di masa khalifah Umar bin al-Khatthab r.a. Lalu wangiannya tersebut tercium oleh Sayidina Umar. Maka Sayidina Umar pun memukulnya dengan tongkat. Sayidina Umar berkata: "Kalian keluar rumah menggunakan wangi-wangian sehingga para lelaki dapat menciumnya?. Sesungguhnya hati para lelaki terfitnah dengan wangian kalian. Keluarlah dalam keadaan tanpa berdandan dan tanpa wangi-wangian” (HR Abdurrazzaq dalam Al Mushannaf)

#Maka tidak boleh wanita keluar rumah memakai wangian sehingga membuat lelaki tertarik dan tergoda bahkan dikatakan perempuan penzina. Dibenarkan wangian hanya sekadar menghilangkan bau badan bukannya untuk menyebarkan wangian ke seluruh hidung orang di sekitarnya.

♡Berhati-hatilah kaum wanita sekelian, jangan sampai tergolong dalam kalangan penzina tanpa disedari. Berwangi-wangianlah di rumahmu, di depan suami dan juga para mahram selama tidak menimbulkan fitnah. Bahkan berwangian di hadapan suami termasuk perkara yang dianjurkan dalam syariat dan berpahala. Berwaspadalah!!♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 6 Rejab 1442H☆

فَلَمَّا رَءَا قَمِیصَهُۥ قُدَّ مِن دُبُرࣲ قَالَ إِنَّهُۥ مِن كَیۡدِكُنَّۖ إِنَّ كَیۡدَكُنَّ عَظِیمࣱ

Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, berkatalah ia: "Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu (wanita) amatlah besar pengaruhnya" [Surah Yusuf 28]

#Tadabbur Kalamullah semalam membicarakan tentang godaan dan hasutan syaitan yang sentiasa datang tanpa henti untuk menyesat dan memesongkan manusia daripada jalan kebenaran.

#Dalam ayat diatas menyebut tentang tipudaya atau godaan wanita tersangat besar pengaruhnya bahkah dikatakan godaan wanita lebih dahsyat daripada godaan syaitan.

#Seorang ulamak besar, as-Syaikh Muhammad al-Amin asy-Syinqithi rahimahullah menjelaskan bahawa boleh jadi godaan (tipu daya) wanita itu lebih besar daripada godaan atau tipu daya syaitan. Ini berpandukan firman Allah swt:

إِنَّ كَیۡدَ ٱلشَّیۡطَـٰنِ كَانَ ضَعِیفًا

"Sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah" [Surah an-Nisa' 76]

إِنَّ كَیۡدَكُنَّ عَظِیمࣱ

"Sesungguhnya tipu daya kamu (wanita) amatlah besar pengaruhnya" [Surah Yusuf 28]

#Berkata Syeikh asy-Syinqithi lagi:

هَذِهِ الْآيَةُ الْكَرِيمَةُ إِذَا ضُمَّتْ لَهَا آيَةٌ أُخْرَى حَصَلَ بِذَلِكَ بَيَانُ أَنَّ كَيْدَ النِّسَاءِ أَعْظَمُ مِنْ كَيْدِ الشَّيْطَانِ

“Ayat yang mulia ini (Surah an-Nisa' 76), apabila dipadukan dengan ayat yang lain (Surah Yusuf 28), akan menghasilkan penjelasan bahawa tipu daya (godaan) wanita lebih dahsyat dibandingkan tipu daya (godaan) syaitan” (Lihat: Adhw’aul Bayan)

#Sabda Rasulullah saw:

مَا تَرَكْتُ بَعْدِى فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ

“Tidaklah aku tinggalkan sepeninggalanku fitnah (cubaan) yang lebih berbahaya bagi kaum lelaki, iaitu (fitnah) wanita” (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Berkata Said bin Musayyib rahimahullah:

ما يئس الشيطان من شيء ؛ إلا أتاه من قبل النساء

“Tidaklah syaitan berputus asa (untuk menakluki manusia), kecuali dia akan datang memperdaya (menaklukkannya) dengan wanita” (Siyar A’lam an-Nubala’)

♡Perbahasan ini bukanlah untuk meremehkan godaan dan tipu daya syaitan sama sekali. Akan tetapi menunjukkan bahawa begitu besarnya godaan dan fitnah wanita bagi kaum lelaki. Selain itu, berhati-hatilah dengan kedua-dua godaan ini iaitu godaan wanita dan syaitan, kerana apabila kedua bergabung, nescaya godaan itu menjahanamkan segalanya. Berwaspada dan sentiasalah memohon perlindungan kepada Allah swt♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 4 Rejab 1442H☆

إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ كَانَتۡ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِینَ كِتَـٰبࣰا مَّوۡقُوتࣰا

"Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya" [Surah an-Nisa' 103]

#Solat merupakan rukun Islam dan perkara yang sangat utama bagi seorang muslim. Mendirikan solat lima waktu sehari semalam adalah kewajipan bagi setiap muslim yang telah mencapai usia baligh dan berakal.

#Solat menduduki tempat utama dalam hidup seorang muslim dan perlu diberi keutamaan. Hal ini disebutkan oleh baginda saw bahawa solat merupakan amalan yang pertama kali dihisab pada hari kiamat.

أَوّلُ مَا يُـحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الصَّلَاةُ، فَإِنْ صَلُحَتْ صَلُحَ لَهُ سَائِرُ عَمَلِهِ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَسَدَ سَائِرُ عَمَلِهِ

“Perkara yang pertama kali dihisab dari seorang hamba pada hari kiamat adalah solat. Apabila solatnya baik, maka seluruh amalnya pun baik. Apabila solatnya buruk, maka seluruh amalnya pun buruk” (HR at-Thabrani)

#Solat juga menjadi penyejuk mata dan penyejuk hati bagi pelakunya. Daripada Sayidina Anas bin Malik r.a, Nabi saw bersabda:

إِنَّمَا حُبِّبَ إِلَـيَّ مِنْ دُنْيَاكُمْ: اَلنِّسَاءُ وَالطِّيْبُ، وَجُعِلَتْ قُرَّةُ عَيْنِـيْ فِـي الصَّلَاةِ

“Sesungguhnya apa yang aku cintai di antara kesenangan dunia kalian adalah wanita dan wangi-wangian. Dan dijadikan penyejuk mata bagiku terletak di dalam solat” (HR Ahmad)

#Rasulullah saw bersabda lagi:

يَا بِلَالُ ! أَرِحْنـــَا بِالصَّلَاة

“Wahai Bilal, istirehatkanlah (penenang dan penyejuk jiwa) kami dengan solat” (HR Ahmad dan Abu Dawud)

♡Solat adalah kewajipan yang perlu diutamakan dan diberi perhatian penting di sepanjang kehidupan. Dengan solat seseorang itu diberikan ketenangan dan kebahagiaan pada jiwa dan juga kehidupan dunia dan akhirat. Jom solat!!♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…
Subscribe to a channel