tadabburkalamullah | Unsorted

Telegram-канал tadabburkalamullah - Tadabbur Kalamullah

13574

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

Subscribe to a channel

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 3 Rejab 1442H☆

قُلۡ یَـٰۤأَهۡلَ ٱلۡكِتَـٰبِ تَعَالَوۡا۟ إِلَىٰ كَلِمَةࣲ سَوَاۤءِۭ بَیۡنَنَا وَبَیۡنَكُمۡ أَلَّا نَعۡبُدَ إِلَّا ٱللَّهَ وَلَا نُشۡرِكَ بِهِۦ شَیۡـࣰٔا وَلَا یَتَّخِذَ بَعۡضُنَا بَعۡضًا أَرۡبَابࣰا مِّن دُونِ ٱللَّهِۚ فَإِن تَوَلَّوۡا۟ فَقُولُوا۟ ٱشۡهَدُوا۟ بِأَنَّا مُسۡلِمُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam" [Surah Aali Imran 64]

#Dalam ayat ini Allah swt perintahkan kita untuk mengajak golongan Ahli Kitab mentauhidkan Allah dan menjauhkan diri daripada perkara kesyirikan. Namun jika mereka enggan dan menolak seruan kebenaran, maka biarkan mereka, dan tetaplah berbangga menjadi seorang muslim dan istiqamah berpegang teguh dengan akidah Islam.

#Sesungguhnya kaum muslimin adalah kaum yang tinggi dan mulia. Maka seharusnya kita bangga menjadi seorang muslim, bukannya sibuk mengikut ajaran, cara hidup dan budaya kaum yang lain.

وَلَا تَهِنُوا۟ وَلَا تَحۡزَنُوا۟ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِینَ

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman" [Surah Aali Imran 139]

#Tidak diragui lagi bahawa Islam ini adalah agama yang sempurna. Sempurna dalam aspek akidah, ibadah, akhlak, dan muamalah. Dalam semua aspek kehidupan, terdapat tuntunan dan bimbingan yang lengkap dalam agama Islam. Mulai dari bangun tidur hingga tidur kembali, semua sudah ada tuntunan dan bimbingan yang paling sempurna. Mulai dari awal bulan hingga akhir bulan, mulai dari awal tahun hingga akhir tahun, semua sudah ada tuntunan dan bimbingan yang paling sempurna.

♡Berbanggalah menjadi seorang Muslim, beramallah dengan ajarannya dan ajaklah orang lain kepada Islam. Semoga Allah swt memberikan hidayah dan taufik kepada kita semua untuk terus berada di atas jalan kebenaran. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 1 Rejab 1442H☆

إنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّـهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّـهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ

“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa” [Surah at-Taubah 36]

#Di antara kelebihan yang terdapat di dalam bulan Haram ini ada disebutkan oleh al-Hafiz Imam Ibnu Kathir di dalam tafsirnya telah menukilkan pendapat Ibn Abbas yang menyatakan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain. (Tafsir Ibn Kathir)

#Bulan Haram terdiri daripada empat buah bulan di dalam Islam iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Maka bulan Rejab merupakan salah satu bulan yang mulia dan ia termasuk di dalam bulan-bulan Haram sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah di dalam hadis sahih dan juga sebagaimana firman Allah swt diatas.

#Antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Rejab ini adalah amalan-amalan ini bersifat umam seperti:

1. Berpuasa
2. Memperbanyakkan bersedekah
3. Memperbanyakkan membaca al-Quran
4. Memperbanyakkan berzikir
5. Memperbanyakkan solat-solat sunat.

#Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah mengatakan bahawa jumhur ulamak daripada mazhab al-Hanafiyyah, al-Malikiyyah dan al-Syafieyyah mengatakan sunat berpuasa pada bulan-bulan Haram.

#Diriwayatkan dari Mujibah al-Bahiliyyah dari bapanya atau bapa saudaranya yang menceritakan bahawa dia telah datang kepada Rasulullah s.a.w., kemudian ia pulang. Setelah setahun berlalu ia datang semula bertemu Rasulullah, namun keadaan tubuh-badannya telah banyak berubah (terlalu kurus sehingga Rasulullah tidak mengecamnya).

Lalu ia bertanya Rasulullah; “Tidakkah kamu mengenali saya?”.

Jawab baginda; “Siapakah kamu?”.

Dia menjawab; “Saya adalah al-Bahili yang datang bertemu denganmu setahun yang lalu”.

Lalu baginda berkata kepadanya; “Apa yang telah mengubahmu sedangkan kamu dulunya seorang yang elok tubuh-badan/rupa-parasnya”.

Jawabnya; “Saya tidak menikmati makanan semenjak selepas saya berpisah dengan kamu (setahun yang lalu) kecuali di waktu malam sahaja”.

Lalu Rasulullah berkata kepadanya; “Engkau telah menyeksa diri engkau”. Kemudian baginda berkata; “Berpuasalah pada bulan sabar (yakni bulan Ramadhan) dan satu hari pada setiap bulan”.

Ia menjawab; “Tambahkanlah kepadaku ya Rasulullah kerana aku sesungguhnya memiliki kemampuan”.

Baginda berkata; “Puasalah dua hari (setiap bulan)”. Ia menjawab lagi; “Tambahkan lagi kepadaku”.

Baginda berkata; “Puasalah tiga hari”.

Ia menjawab lagi; “Tambahkanlah lagi”.

Kemudian baginda bersabda kepadanya; “Puasalah pada (beberapa hari dari) BULAN-BULAN HARAM dan tinggalkanlah (beberapa hari yang lain jangan berpuasa)….(baginda menyebutnya 3 kali)”.

Baginda bersabda demikian sambil ia menunjukkan tiga jarinya, kemudian ia menggenggamnya dan kemudian melepaskannya kembali” (HR Abu Daud)

♡Gandakan amal soleh di bulan-bulan Haram dan jauhilah perbuatan dosa dan maksiat♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 29 Jamadil Akhir 1442H☆

وَوَهَبۡنَا لِدَاوُۥدَ سُلَیۡمَـٰنَۚ نِعۡمَ ٱلۡعَبۡدُ إِنَّهُۥۤ أَوَّابٌ

"Dan Kami telah kurniakan kepada Nabi Daud (seorang anak bernama) Sulaiman ia adalah sebaik-baik hamba (yang kuat beribadat), lagi sentiasa rujuk kembali (bertaubat)" [Surah Sad 30]

#Nabi Sulaiman Alaihissalam dikurniakan Allah kekayaan dan kerajaan. Memiliki segalanya didunia ini. Namun, baginda tidak sombong, bangga dan terpedaya dengan segala nikmat yang dikurniakan. Bahkan Allah menyatakan bahawa Nabi Sulaiman seorang hamba yang kuat beribadah dan tinggi ketaatannya kepada Allah swt.

#Inilah contoh manusia zuhud yang wajar kita contohi dan teladani. Walaupun dunia berada ditangannya namun hatinya sentiasa bersama Allah. Dijadikan dunia untuk mendekatkan diri kepada Allah.

#Berkata Imam Ibnu Rajab al-Hambali rahimahullah: "Maksud zuhud di dunia adalah mengosongkan hati dari menyibukkan diri dengan dunia, sehingga orang itu dapat menumpukan perhatian untuk mencari (redha) Allah, mengenalNya, dekat kepadaNya, merasa tenang denganNya, dan rindu mengadapNya”.

#Imam al-Junaid berkata:

فالزاهد لا يفرح من الدنيا بموجود ولا يأسف منها على مفقود

"Orang yang zuhud tidak menjadi bangga kerana memiliki dunia dan tidak menjadi sedih kerana kehilangan dunia" (Lihat: Madarij as-Salikin).

#Daripada Abu Abbas Sahl bin Sa’ad as-Sa’idi r.a berkata: "Seorang lelaki mendatangi Rasulullah saw, maka beliau berkata: “Wahai Rasulullah, tunjukkan kepadaku satu amalan yang jika aku kerjakan, Allah dan manusia akan mencintaiku. Baginda bersabda:

ازْهَدْ فِي الدُّنْيَا يُحِبَّك اللهُ، وَازْهَدْ فِيمَا عِنْدَ النَّاسِ يُحِبَّك النَّاسُ

“Zuhudlah terhadap dunia maka engkau akan dicintai Allah, dan zuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia maka engkau akan dicintai manusia" (HR Ibnu Majah)

#Berkata Abu Sulaiman rahimahullah: "Orang yang zuhud bukanlah orang yang meninggalkan kelelahan-kelelahan dunia dan beristirehat darinya. Tetapi orang yang zuhud adalah orang yang meninggalkan dunia, dan bersusah-payah di dunia untuk akhirat" (Lihat: Jami’ul ‘Ulum Wal Hikam)

♡Zuhudlah dengan dunia. Pastikan dunia tidak menguasai hati dan jiwa kita. Gunakan dunia hingga lunyai untuk mencari redha dan ganjaran akhirat sebanyak-banyaknya♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 27 Jamadil Akhir 1442H☆

وَأَیُّوبَ إِذۡ نَادَىٰ رَبَّهُۥۤ أَنِّی مَسَّنِیَ ٱلضُّرُّ وَأَنتَ أَرۡحَمُ ٱلرَّ ٰ⁠حِمِینَ

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani" [Surah al-Anbiya' 83]

#Diingatkan kepada sekelian manusia yang sedang diuji Allah dengan sakit, hendaklah tetap bersabar serta redha dengan takdir Allah swt dan terus berdoa memohon kesembuhan hanya kepadaNya. Hal ini sebagaimana kisah Nabi Ayyub yang juga diuji Allah dengan sakit yang teruk namun baginda bersabar di samping menggandakan doa serta puji-pujian kepada Allah swt.

إِنَّا وَجَدۡنَـٰهُ صَابِرࣰاۚ نِّعۡمَ ٱلۡعَبۡدُ إِنَّهُۥۤ أَوَّابࣱ

"Sesungguhnya Kami mendapati Nabi Ayub itu seorang yang sabar; ia adalah sebaik-baik hamba; sesungguhnya ia sentiasa rujuk kembali (kepada Kami dengan ibadatnya)" [Surah Sad 44]

#Ketika tertimpa penyakit adalah dengan jalan bersabar dan menahan diri berkeluh kesah, atau berkata-kata yang menunjukkan protes terhadap takdir Allah Ta’ala atas dirinya. Jangan sesekali mencela penyakit yang diuji itu.

#Diriwayatkan daripada Sayidina Jabir bin Abdillah r.a, Rasulullah saw menziarahi Ummu as-Saaib atau Ummul Musayyib. Rasulullah saw berkata kepadanya:

مَا لَكِ؟ يَا أُمَّ السَّائِبِ أَوْ يَا أُمَّ الْمُسَيِّبِ تُزَفْزِفِينَ؟

“Ada apa denganmu, Ummu As-Saib atau Ummul Musayyib, badanmu bergetar (kerana demam).” Ummu As-Saib berkata:

الْحُمَّى، لَا بَارَكَ اللهُ فِيهَا

“(Ini kerana) demam, semoga Allah tidak memberikan keberkahan kepadanya.”

Maka Rasulullah saw mengatakan:

لَا تَسُبِّي الْحُمَّى، فَإِنَّهَا تُذْهِبُ خَطَايَا بَنِي آدَمَ، كَمَا يُذْهِبُ الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ

“Janganlah Engkau mencela demam. Kerana demam itu dapat menghilangkan kesalahan-kesalahan (dosa) manusia, sebagaimana kiir (alat yang dipakai untuk proses besi) dapat menghilangkan karat pada besi” (HR Muslim)

#Selain dilarang mencela, kita juga harus sentiasa bertawakkal kepada Allah dengan terus berusaha mencari kesembuhan melalui cara atau kaedah yang tidak bertentangan dengan syariat.

إن الله خلق الداء و الدواء، فتداووا، و لا تتداووا بحرام

”Sesungguhnya Allah menciptakan penyakit dan ubatnya. Maka berubatlah, dan jangan berubat dengan sesuatu yang haram” (HR at-Thabrani)

♡Jangan mencela penyakit dan mengingkari takdir Allah swt. Bersabar dan redhalah, semoga ada kebaikan dan penghapusan dosa dalam mengharungi ujian yang diberikan. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 25 Jamadil Akhir 1442H☆

وَلَا یُنفِقُونَ إِلَّا وَهُمۡ كَـٰرِهُونَ

"Dan mereka pula tidak mendermakan hartanya melainkan dengan perasaan benci" [Surah at-Tawbah 54]

#Allah swt menyebut sifat orang munafik iaitu mereka tergolong dalam golongan manusia yang enggan bersedekah, tersangat kedekut dan jika bersedekah pun dalam keadaan benci dan hati yang berat.

#Di dalam ayat yang lain, Allah swt menyebut sifat bakhil orang munafik ini dengan menyatakan mereka sentiasa menggenggam tangan yakni 'genggam tak tiris' (kedekut bakhil). Firman Allah swt:

وَیَقۡبِضُونَ أَیۡدِیَهُمۡۚ

"Dan mereka pula menggenggam tangannya (kedekut bakhil)" [Surah at-Tawbah 67]

#Ketahuilah bahawa di antara petanda kiamat ialah berleluasanya sifat bakhil. Pada saat ini, sebahagian daripada kita di uji dengan limpahan harta kekayaan dan rezeki yang berterusan namun dalam masa yang sama sifat kedekut dan bakhil menjadi penghalang utama untuk menggunakan harta kurniaan Allah swt pada jalan yang benar dan untuk membantu golongan yang memerlukan.

#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a berkata, Nabi saw bersabda: "Salah satu tanda kiamat ialah meluasnya sifat kedekut (bakhil)" (HR at-Thabrani)

#Jauhilah sifat bakhil kerana ia bukan hanya dibenci oleh Rasulullah saw dan orang beriman malah para malaikat juga membencinya. Sabda Rasulullah saw:

مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيْهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ فَيَقُوْلُ أَحَدُهُمَا: اَللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا، وَيَقُوْلُ اْلآخَرُ: اَللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا

"Tidak ada satu hari pun dimana seorang hamba berada padanya kecuali terdapat dua Malaikat turun kepadanya. Salah satu di antara keduanya berkata: "Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang bersedekah". Sedangkan yang lainnya berkata: "Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang bakhil" (HR al-Bukhari dan Muslim)

♡Jauhilah sifat bakhil kerana ia sifat orang munafik. Jadilah orang beriman yang pemurah, suka bersedekah dan istiqamah dalam menyantuni golongan yang berada dalam kesulitan♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 23 Jamadil Akhir 1442H☆

وَٱللَّهُ یُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِینَ

"Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang baik" [Surah Aali Imran 134]

#Membantu manusia lain yang memerlukan adalah satu kebaikan dan merupakan sunnah Rasulullah saw.

#Dalam al-Quran, Allah swt merakamkan kisah betapa Nabi Yusuf Alaihissalam walaupun berada di dalam penjara, baginda banyak berkhidmat kepada banduan lain sehingga digelar muhsin yakni orang yang suka berbuat baik. Begitu juga dengan para Nabi yang lain. Malahan para sahabat, tabi'in dan tabi’ tabiin, mereka juga berlumba-lumba untuk membantu orang lain (jika kita menyelusuri kisah-kisah hidup mereka).

#Orang yang berbuat baik disukai dan dikasihi Allah, malah diberikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

#Pada suatu hari, ada seorang hamba Allah mendapati satu dahan pokok yang menghalang laluan orang ramai. Dia pun bertekad: "Demi Allah, aku akan mengalihkannya supaya tidak menyakitkan (mengganggu) orang Islam lain. Hasilnya dia dimasukkan ke syurga kerana amalannya itu" (HR Muslim)

#Rasulullah saw bersabda: "Jangan kamu memandang remeh terhadap kebaikan sekalipun hanya dengan kamu menuang air baldi ke dalam bekas orang yang meminta minuman. Ataupun hanya ketika kamu bertemu rakan kamu, kamu tersenyum kepadanya" (HR Bukhari)

#Ketahuilah bahawa setiap orang mempunyai tanggungjawab untuk membantu orang lain yang berada dalam kesusahan dan sangat memerlukan bantuan. Sabda Rasulullah saw:

“Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.” (Hadis riwayat at-Tabrani)

♡Sibukkan diri dengan kebaikan dan kebajikan. Gembirakanlah insan-insan yang kesempitan, kesulitan dan memerlukan. Jom hidupkan sunnah ini!!♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 21 Jamadil Akhir 1442H☆

قَالَ فَبِمَاۤ أَغۡوَیۡتَنِی لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَ ٰ⁠طَكَ ٱلۡمُسۡتَقِیمَ * ثُمَّ لَـَٔاتِیَنَّهُم مِّنۢ بَیۡنِ أَیۡدِیهِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَیۡمَـٰنِهِمۡ وَعَن شَمَاۤىِٕلِهِمۡۖ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِینَ

Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus. "Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur" [Surah al-A'raf 16-17]

#Iblis, syaitan dan konco-konconya tidak akan pernah berhenti untuk menggoda manusia agar terjerumus ke lembah kesesatan hingga ke hari kiamat. Inilah misi besar Iblis syaitan dalam menjahanamkan kehidupan manusia. Semenjak dihalau keluar dari syurga, inilah sumpahnya iaitu memesongkan manusia daripada jalan yang lurus/kebenaran.

#Iblis akan menggunakan pelbagai cara dan kreativitinya untuk menyesatkan manusia agar mereka mensyirikkan Allah, leka dengan dunia, bersedap-sedap dengan perkara yang haram dan hidup dengan angan-angan kosong.

وَلَأُضِلَّنَّهُمۡ وَلَأُمَنِّیَنَّهُمۡ وَلَـَٔامُرَنَّهُمۡ فَلَیُبَتِّكُنَّ ءَاذَانَ ٱلۡأَنۡعَـٰمِ وَلَـَٔامُرَنَّهُمۡ فَلَیُغَیِّرُنَّ خَلۡقَ ٱللَّهِۚ وَمَن یَتَّخِذِ ٱلشَّیۡطَـٰنَ وَلِیࣰّا مِّن دُونِ ٱللَّهِ فَقَدۡ خَسِرَ خُسۡرَانࣰا مُّبِینࣰا * یَعِدُهُمۡ وَیُمَنِّیهِمۡۖ وَمَا یَعِدُهُمُ ٱلشَّیۡطَـٰنُ إِلَّا غُرُورًا

"Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata. Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata" [Surah an-Nisa' 119-120]

#Ketahuilah bahawa syaitan akan masuk ke dalam diri manusia melalui sepuluh pintu.

1. Tamak dan buruk sangka.
2. Cintakan kehidupan dunia dan panjang angan-angan.
3. Cintakan kerehatan dan kemewahan.
4. Kagum terhadap diri sendiri (`ujub). 
5. Memandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka.
6. Hasad (dengki).
7. Riya’ dan sukakan pujian orang ramai.
8. Bakhil (kedekut).
9. Takabbur (membesar diri).
10. Tamak haloba.

♡Berhati-hatilah dengan godaan dan tipu daya Iblis, syaitan dan bala tenteranya. Sentiasalah memohon perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan Syaitan♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 19 Jamadil Akhir 1442H☆

ٱدۡخُلُوا۟ ٱلۡجَنَّةَ أَنتُمۡ وَأَزۡوَ ٰ⁠جُكُمۡ تُحۡبَرُونَ

(Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): "Masuklah kamu ke dalam Syurga bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan" [Surah az-Zukhruf 70]

#Tadabbur Kalamullah semalam membincangkan bahawa orang yang beriman dan beramal soleh akan dimasukkan ke dalam syurga bersama isteri-isterinya.

#Namun timbul persoalan, jika suaminya meninggal lebih awal dan wanita tersebut berkahwin dengan lelaki lain atau memiliki beberapa orang suami (banyak kali berkahwin) selepas kematian suaminya maka dengan suami yang manakah beliau akan bersama di syurga kelak (apabila semua suaminya memasuki syurga)?.

#Terdapat beberapa pandangan ulamak dalam hal ini:

#Pandangan pertama: Mereka akan bersama dengan suaminya yang terakhir sewaktu didunia dahulu. Dalilnya:

1. Sayidatina Ummu Darda’ r.ha menolak lamaran Sayidina Mu’awiyah kerana ingin menjadi isteri Abu Darda’ di syurga. Ia berkata: “Aku mendengar Abu Darda’ (suaminya yang telah meninggal) berkata, Rasulullah saw bersabda:

الْمَرْأَةُ لِآخِرِ أَزْوَاجِهَا

“Seorang wanita bersama suaminya yang terakhir”. Dan aku tidak ingin pengganti bagi Abu Darda’” (HR as-Sahihah)

2. Sayidina Hudzaifah r.a pernah berkata kepada isterinya agar tidak berkahwin lagi setelah ia meninggal jika isterinya ingin bersanding dengannya di syurga. Katanya: "Jika engkau ingin menjadi isteriku di syurga, maka janganlah engkau berkahwin lagi setelah aku meninggal, kerana seorang wanita di syurga akan menjadi isteri bagi suaminya yang terakhir di dunia. Kerana itulah Allah mengharamkan isteri-isteri Nabi saw untuk menikah lagi setelah meninggalnya Nabi, kerana mereka adalah isteri-isteri Nabi di syurga” (HR as-Sahihah)

3. Rasulullah saw bersabda:

 أَيُّمَا امْرَأَةٍ تُوُفِّيَ عَنْهَا زَوْجُهَا فَتَزَوَّجَتْ بَعْدَهُ فَهِيَ لِآخِرِ أَزْوَاجِهَا

“Mana-mana wanita yang ditinggal mati suaminya, kemudian si wanita berkahwin lagi, maka dia menjadi isteri bagi suaminya yang terakhir” (HR at-Thabrani)

#Pandangan kedua: Mereka boleh memilih suami mana yang ingin bersama dengannya di syurga. Dalilnya:

1. Berkaitan Sayidatina Ummu Salamah r.ha mengenai bolehnya memilih suami di syurga:

يَا أُمَّ سَلَمَةَ إِنَّهَا تُخَيَّرُ فَتَخْتَارُ أَحْسَنَهُمْ خُلُقًا

“Wahai Ummu Salamah, dia akan diberi pilihan sehingga dia memilih yang paling baik di antara mereka” [HR at Thabrani)

2. Dalam kitab At-Tazkirah disebutkan:

وقيل : إنها تخير إذا كانت ذات زوج

“Pendapat lainnya adalah wanita tersebut dapat memilih apabila memiliki beberapa suami".

♡Pastikan kita layak untuk memasuki syurga dan masuklah bersama mana-mana suami pun kerana disyurga semuanya bahagia, indah, gembira dan tiada lagi kesedihan, cemburu dan penderitaan♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 17 Jamadil Akhir 1442H☆

یَطُوفُ عَلَیۡهِمۡ وِلۡدَ ٰ⁠نࣱ مُّخَلَّدُونَ

"Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka" [Surah al-Waqi'ah 17]

#Para penghuni syurga akan dilayan oleh pelayan yang terdiri daripada anak-anak muda yang indah rupa parasnya. Anak-anak muda ini kekal muda dan kekal tampan wajahnya bagaikan mutiara yang berguguran.

وَیَطُوفُ عَلَیۡهِمۡ وِلۡدَ ٰ⁠نࣱ مُّخَلَّدُونَ إِذَا رَأَیۡتَهُمۡ حَسِبۡتَهُمۡ لُؤۡلُؤࣰا مَّنثُورࣰا

"Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan" [Surah al-Insan 19]

#Disebut mukhalladun yang bermaksud tetap berusia anak-anak dan tidak akan dewasa. Imam Ibnu Katsir menjelaskan:

يطوف على أهل الجنة للخدمة ولدان من ولدان الجنة ، مخلدون : أي : على حالة واحدة ، مخلدون عليها لا يتغيرون عنها ؛ لا تزيد أعمارهم عن تلك السن

“Anak-anak mengelilingi penduduk syurga untuk berkhidmat kepada mereka. Maksud ‘mukhalladun’ adalah tetap pada keadaan yang satu iaitu tidak berubah dan tidak bertambah umur mereka dari usia tersebut".

#Terdapat pendapat mengatakan bahawa anak-anak itu adalah anak-anak yang meninggal sebelum baligh. Terdiri daripada anak-anak orang Islam dan bukan Islam.

#Diriwayatkan oleh Samurah bin Jundub r.a, menyebut sabda Rasulullah saw:

وَأَمَّا الرَّجُلُ الطَّوِيلُ الَّذِي فِي الرَّوْضَةِ فَإِنَّهُ إِبْرَاهِيمُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَمَّا الْوِلْدَانُ الَّذِينَ حَوْلَهُ فَكُلُّ مَوْلُودٍ مَاتَ عَلَى الْفِطْرَةِ قَالَ فَقَالَ بَعْضُ الْمُسْلِمِينَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَأَوْلَادُ الْمُشْرِكِينَ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَوْلَادُ الْمُشْرِكِينَ

“…Adapun lelaki yang tinggi di dalam Raudhah (taman syurga) itu, ialah Ibrahim saw. Adapun anak-anak yang ada di sekelilingnya adalah setiap anak-anak yang dilahirkan yang mati di atas fitrah (yakni Islam dan dimasukkan ke dalam syurga). Lalu sebahagian orang Islam bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah ianya termasuk kanak-kanak orang musyrikin?” Lalu Rasulullah saw menjawab: “Termasuk anak-anak orang musyrikin…”(HR al-Bukhari)

#Hadis ini juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang meninggal pada waktu kecil berada dalam penjagaan Nabi Ibrahim AS di dalam syurga.

#Pendapat lain mengatakan mereka adalah makhluk syurga yang Allah ciptakan dan berbeza dengan anak manusia yang pernah hidup di bumi. Mereka diciptakan sebagaimana bidadari yang merupakan makhluk syurga dan bukan penduduk bumi.

 الولدان الذين يطوفون على أهل الجنة خلق من خلق الجنة ; ليسوا بأبناء أهل الدنيا

“Anak-anak yang mengelilingi di sekitar penduduk syurga adalah sebahagian dari makhluk syurga. Mereka bukan anak-anak dari penduduk dunia" (Majmu' Fatawa)

♡Di syurga terdapat para pelayan yang ditugaskan melayan penghuninya dengan layanan terbaik. Mereka terdiri daripada anak-anak yang muda dan indah paras rupanya. Berusaha, beramal dan berdoalah dengan bersungguh-sungguh agar kita tergolong di kalangan penghuni Syurga. InsyaAllah, aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 15 Jamadil Akhir 1442H☆

إِلَّا مَنۡ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلۡبࣲ سَلِیمࣲ

"Kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera" [Surah ash-Shu'ara 89]

#Orang yang selamat dan berjaya di akhirat hanyalah orang yang bersih hatinya.

#Terdapat beberapa amalan agar hati sentiasa bersih, tenang, tenteram dan lembut iaitu:

1. Hidup dengan memahami al-Quran

ٱللَّهُ نَزَّلَ أَحۡسَنَ ٱلۡحَدِیثِ كِتَـٰبࣰا مُّتَشَـٰبِهࣰا مَّثَانِیَ تَقۡشَعِرُّ مِنۡهُ جُلُودُ ٱلَّذِینَ یَخۡشَوۡنَ رَبَّهُمۡ ثُمَّ تَلِینُ جُلُودُهُمۡ وَقُلُوبُهُمۡ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِۚ

"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah" [Surah az-Zumar 23]

2. Sentiasa berzikir

ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَتَطۡمَىِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِكۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَىِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia" [Surah ar-Ra'd 28]

3. Mengingati kematian dan membaca al-Quran.

"Sesungguhnya hati ini berkarat sebagaimana berkaratnya besi bila terkena air". Baginda ditanya: "Wahai Rasulullah saw, bagaimana cara membersihkannya?". Rasulullah bersabda: "Memperbanyak mengingati mati dan membaca al-Quran" (HR al-Baihaqi)

4. Menziarahi kubur

Daripada Sayidina Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

زِيَارَةِ الْقُبُورِ ثُمَّ بَدَا لِي أَنَّهَا تُرِقُّ الْقَلْبَ وَتُدْمِعُ الْعَيْنَ وَتُذَكِّرُ الْآخِرَةَ فَزُورُوهَا وَلَا تَقُولُوا هُجْرًا

“Menziarahi kubur itu ternyata bagiku dapat melembutkan hati, menitiskan air mata, dan mengingatkan kepada kehidupan akhirat. Maka ziarahlah kubur. Dan janganlah kamu berkata-kata dengan perkataan yang batil/keji" (HR Ahmad dan al-Hakim)

♡Peliharalah hati sebaik-baiknya. Suburkan dengan iman dan taqwa. Bersihkan hati daripada kesyirikan dan dosa. Semoga kita bertemu Allah dalam keadaan hati bersih dan sejahtera serta diredhai Allah. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 13 Jamadil Akhir 1442H☆

وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِذِكۡرِیۤ

"Dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku" [Surah Ta-Ha 14]

#Solat merupakan amalan ketaatan yang tersangat agung dan mulia. Dengan kita mendirikan solat akan menjadikan kita sentiasa mengingati Allah dan dekat kepadaNya.

#Fokus perbincangan kali ini berkaitan perintah solat jenazah. Solat jenazah merupakan salah satu fardhu kifayah ke atas diri seorang muslim terhadap saudaranya yang telah meninggal dunia.

#Solat jenazah boleh dilakukan bersendirian, namun berjemaah lebih afdhal. Imam an-Nawawi rahimahullah menyebut:

تَجُوزُ صَلَاةُ الْجِنَازَةِ فُرَادَى بِلَا خِلَافٍ وَالسُّنَّةُ أَنْ يُصَلَّى جَمَاعَةً

"Harus solat jenazah secara seorang diri tanpa khilaf (dalam kalangan para ulama) dan yang sunnahnya adalah ia didirikan secara berjamaah".

#Solat jenazah mempunyai ganjaran yang besar bagi sesiapa yang mengerjakannya.

مَنْ شَهِدَ الْجَنَازَةَ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا فَلَهُ قِيرَاطٌ، وَمَنْ شَهِدَهَا حَتَّى تُدْفَنَ فَلَهُ قِيرَاطَانِ. قِيلَ: وَمَا الْقِيرَاطَانِ؟ قَالَ: مِثْلُ الْجَبَلَيْنِ الْعَظِيمَيْنِ

"Sesiapa yang bersama-sama jenazah sehingga selesai disolatkan, maka dia mendapat satu qirat (قِيرَاطٌ) dan sesiapa yang bersama-samanya sehingga selesai dikebumikan, maka dia mendapat dua qirat. Lalu Baginda ditanya: "Apakah dua qirat itu?" Baginda menjawab: "Ganjaran pahalanya seumpama dua buah gunung yang besar" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Terdapat kaifiat atau cara pelaksanaannya. Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a bahawa: "Sesungguhnya Nabi saw bersedih atas kematian an-Najasyi pada hari kematiannya, lalu Baginda keluar ke tempat solat (musolla), membuat saf bersama-sama sahabat dan bertakbir sebanyak empat kali takbir” (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Sayidina Malik bin Hubayrah berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ فَيُصَلِّي عَلَيْهِ ثَلاَثَةُ صُفُوفٍ مِنَ الْمُسْلِمِينَ إِلاَّ أَوْجَبَ

"Tidaklah seorang muslim yang meninggal dunia lalu disolatkan ke atas jenazahnya itu tiga saf dari kalangan umat Islam melainkan wajib baginya (masuk ke dalam syurga)" (HR Abu Daud)

#Terdapat beberapa hadis menceritakan kelebihan kepada si mati jika ramai orang menyembahyangkan jenazahnya.

#Diriwayatkan daripada Sayidina Ibnu Abbas r. huma, bahawa Rasulullah saw bersabda:

 مَا مِنْ رَجُلٍ مُسْلِمٍ يَمُوتُ فَيَقُومُ عَلَى جَنَازَتِهِ أَرْبَعُونَ رَجُلاً لاَ يُشْرِكُونَ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلاَّ شَفَّعَهُمُ اللَّهُ فِيهِ

"Tidak ada seorang lelaki muslim yang meninggal dunia, kemudian terdapat empat puluh orang lelaki yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun mendirikan solat jenazah ke atasnya, melainkan Allah akan memberikan syafaat dari mereka buat dirinya (jenazah tersebut)" (HR Muslim)

#Sayidatina 'Aisyah r.ha berkata, Rasulullah saw bersabda:

 مَا مِنْ مَيِّتٍ يُصَلِّي عَلَيْهِ أُمَّةٌ مِنَ الْمُسْلِمِينَ يَبْلُغُونَ مِائَةً كُلُّهُمْ يَشْفَعُونَ لَهُ إِلاَّ شُفِّعُوا فِيهِ 

"Tidaklah seorang mayat yang disolatkan ke atas jenazahnya umat Islam yang mencecah 100 orang yang mana kesemuanya memberi syafaat kepadanya, melainkan akan diberikan syafaat mereka kepadanya (jenazah)" (HR Muslim)

♡Rebutlah pahala solat jenazah agar kita beroleh ganjarannya yang besar serta digolongkan kita dikalangan hamba yang sentiasa mengingatiNya dan mengingati kematian♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 11 Jamadil Akhir 1442H☆

وَأَنكِحُوا۟ ٱلۡأَیَـٰمَىٰ مِنكُمۡ وَٱلصَّـٰلِحِینَ مِنۡ عِبَادِكُمۡ وَإِمَاۤىِٕكُمۡۚ إِن یَكُونُوا۟ فُقَرَاۤءَ یُغۡنِهِمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦۗ وَٱللَّهُ وَ ٰ⁠سِعٌ عَلِیمࣱ

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui" [Surah an-Nur 32]

#Daripada ayat ini, Sayidina Ibnu Mas’ud r.a berkata:

اِلْتَمِسُوا الغِنَى فِي النِّكَاحِ

“Carilah kekayaan (hidup yang mencukupi) dengan menikah”  (Diriwayatkan dari Ibnu Jarir). Imam al-Baghawi menyatakan bahawa Sayidina ‘Umar menyatakan seperti ini juga. (Lihat Tafsir Al-Quran Al-‘Azhim)

#Apabila seseorang itu berkahwin maka ia wajib memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan kaum kerabat dibawah tanggungannya. Orang yang bersedekah maka rezekinya dijamin oleh Allah swt samada dalam bentuk nafkah dan seumpamanya. Sabda Nabi saw dalam hadis Qudsi:

قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَا ابْنَ آدَمَ أَنْفِقْ أُنْفِقْ عَلَيْكَ

Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman: "Wahai anak Adam, berinfaklah, Allah akan mengganti infakmu” (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Sesiapa yang memberi nafkah pada keluarga, pada kaum kerabat dan rajin mengeluarkan sedekah sunat, maka Allah akan menggantikan rezekinya serta memberkati rezeki tersebut dan para malaikat juga akan mendoakan supaya orang tersebut mendapatkan gantian rezeki yang lebih baik.

#Sabda Nabi saw:

مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا

“Ketika seorang hamba berada di setiap pagi, ada dua malaikat yang turun dan berdoa: “Ya Allah berikanlah ganti pada yang suka bersedekah (rajin memberi nafkah pada keluarga dan orang yang memerlukan)" (HR al-Bukhari dan Muslim)

♡Bertakwalah kepada Allah dalam urusan rumahtangga kita. Semoga kita dikurniakan keberkatan, kekayaan, keseronokan dan kebahagiaan dalam perkahwinan kita. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 9 Jamadil Akhir 1442H☆

كُلُوا۟ وَٱشۡرَبُوا۟ هَنِیۤـَٔۢا بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ

(Pada ketika itu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dan minumlah kamu dengan lazatnya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan" [Surah al-Mursalat 43]

#Allah swt menceritakan mengenai nikmat yang dikecapi oleh orang yang bertaqwa tatkala mereka berada di dalam Syurga. Mereka beroleh kelazatan makanan dan minuman yang tidak terhingga dan paling teristimewa. Semua ini dikecapi disebabkan ketaatan dan kebaikan yang dilakukan didunia dahulu.

#Berkata Imam al-Muzani rahimahullah: “Di syurga ada berbagai makanan, buah-buahan dan minuman, akan terus ada dan tidak ada habisnya, juga tidak fana. Begitu pula naungannya tidak fana dan tidak dihapus".

#Daripada Sayidina Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata, Nabi saw bersabda:

أَيُّمَا مُسْلِمٍ كَسَا مُسْلِمًا ثَوْبًا عَلَى عُرْىٍ كَسَاهُ اللَّهُ مِنْ خُضْرِ الْجَنَّةِ وَأَيُّمَا مُسْلِمٍ أَطْعَمَ مُسْلِمًا عَلَى جُوعٍ أَطْعَمَهُ اللَّهُ مِنْ ثِمَارِ الْجَنَّةِ وَأَيُّمَا مُسْلِمٍ سَقَى مُسْلِمًا عَلَى ظَمَإٍ سَقَاهُ اللَّهُ مِنَ الرَّحِيقِ الْمَخْتُومِ

“Mana-mana Muslim yang memberi pakaian kepada orang Islam lain yang tidak memiliki pakaian, nescaya Allah swt akan memberinya pakaian dari pakaian hijau syurga. Mana-mana Muslim yang memberi makan kepada orang Islam yang kelaparan, nescaya Allah swt akan memberinya makanan dari buah-buahan di syurga. Dan mana-mana Muslim yang memberi minum kepada orang yang kehausan, nescaya Allah akan memberinya minuman ar-Rahiq al-Makhtum (khamar yang lazat)” (HR Abu Daud dan at-Tirmizi)

#Dalam riwayat lain: "Orang yang gemar memberi makanan kepada orang lain disediakan baginya pintu khusus dalam syurga yang tidak ada yang boleh memasukinya selain dirinya dan yang sama dengannya" (HR at-Thabrani)

#Oleh yang demikian, banyakkanlah memberi makan dan minum kepada orang yang memerlukan agar kita beroleh minuman syurga yang terlazat.

#Dalam riwayat yang lain menyebut bahawa sedekah yang melibatkan air adalah sedekah yang afdhal dan bermanfaat untuk ganjaran akhirat.

#Daripada Sayidina Sa’ad bin ‘Ubadah r.a berkata:

يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أُمَّ سَعْدٍ مَاتَتْ فَأَىُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ قَالَ: الْمَاءُ. قَالَ فَحَفَرَ بِئْرًا وَقَالَ هَذِهِ لأُمِّ سَعْدٍ

“Wahai Rasulullah, bahawasanya Ummu Sa’ad (ibundaku) meninggal dunia. Sedekah apakah yang afdal untuknya?” Nabi saw menjawab: "Sedekah air.” Lantas Sayidina Sa’ad pun menggali perigi untuk (sedekah atas nama) ibunya, lalu ia mengatakan: “Ini perigi untuk Ummu Sa’ad (ibundaku)” (HR Abu Daud)

♡Lakukanlah ketaatan, amal soleh, banyakkan bersedekah, jamulah makan kepada orang yang lapar dan berilah minuman kepada mereka yang dahaga, semoga kita beroleh ganjaran nikmat makanan dan minuman Syurga seenak-enaknya. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 7 Jamadil Akhir 1442H☆

وَجَعَلۡنَا نَوۡمَكُمۡ سُبَاتࣰا

"Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?" [Surah an-Naba' 9]

#Sesungguhnya manusia itu lemah, maka dikurniakan tidur untuk berehat. Ketahuilah, tidur sesuatu yang menakjubkan. Ianya sebahagian dari kematian. Dengan tidur seluruh anggota badan akan terdiam, semua gerakan akan tenang. Tidur merupakan alat merehatkan jiwa, merehatkan akal, menyegarkan perut dan menyegarkan badan. Tidur adalah permainan yang menyenangkan, menyegarkan kesedihan, membebaskan rasa letih dan penat selepas bekerja seharian.

إِذۡ یُغَشِّیكُمُ ٱلنُّعَاسَ أَمَنَةࣰ مِّنۡهُ

"(Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu)" [Surah al-Anfal 11]

#Namun terdapat tidur yang dilarang dan dibenci iaitu tatkala mendengar khutbah Jumaat.

#Daripada Ibnu ‘Aun, daripada Ibnu Sirin berkata:

‎كانوا يكرهون النوم والإمام يخطب ويقولون فيه قولا شديدا.

“Mereka (para sahabat) membenci orang yang tidur ketika imam sedang berkhutbah. Mereka mencela dengan celaan yang keras".

#Ibnu ‘Aun mengatakan:

‎ثم لقيني بعد ذلك فقال: تدري ما يقولون؟ قال: يقولون مثلهم كمثل سرية أخفقوا

“Saya bertemu lagi dengan Ibnu Sirin. Beliau pun bertanya,: “Apa komentar sahabat tentang mereka?”. Ibnu Sirin mengatakan: “Mereka (para sahabat) berkata, orang semisal mereka (yang tidur ketika mendengarkan khutbah) seperti pasukan perang yang gagal, tidak menang dan tidak mendapatkan ghanimah (harta rampasan perang)” (Lihat Tafsir al-Qurthubi)

#Untuk mengelakkan mengantuk ketika mendengar khutbah, Nabi saw menyarankan agar berpindah tempat duduk. Daripara Sayidina Samurah bin Jundub r.a, Nabi saw bersabda:

‎إِذَا نَعَسَ أَحَدُكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فَلْيَتَحَوَّلْ إِلَى مَقْعَدِ صَاحِبِهِ وَيَتَحَوَّلْ صَاحِبُهُ إِلَى مَقْعَدِهِ

“Jika salah seorang di antara kalian mengantuk pada hari Jumaat (saat mendengar khutbah Jumaat), hendaklah ia berpindah tempat ke tempat temannya, dan temannya berpindah ke tempat duduknya” (HR al-Baihaqi)

♡Jadikan tidur kita tidur yang berpahala dan jangan tergolong dalam kalangan orang yang tidurnya dibenci agama♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 5 Jamadil Akhir 1442H☆

وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتُ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِیَاۤءُ بَعۡضࣲۚ یَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَیَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَیُقِیمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَیُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَیُطِیعُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥۤۚ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ سَیَرۡحَمُهُمُ ٱللَّهُۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِیزٌ حَكِیمࣱ

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana" [Surah at-Tawbah 71]

#Berkata al-Qadhi Abu Ya'la rahimahullah:

‎لَا يَأْمُرُ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَى عَنْ الْمُنْكَرِ إلَّا مَنْ كَانَ فَقِيهًا فِيمَا يَأْمُرُ بِهِ ؛ فَقِيهًا فِيمَا يَنْهَى عَنْهُ ؛ رَفِيقًا فِيمَا يَأْمُرُ بِهِ ؛ رَفِيقًا فِيمَا يَنْهَى عَنْهُ ؛ حَلِيمًا فِيمَا يَأْمُرُ بِهِ حَلِيمًا فِيمَا يَنْهَى عَنْهُ

“Tidaklah seseorang melakukan amar ma’ruf nahi mungkar, melainkan ia haruslah menjadi orang yang berilmu (faqih) pada apa yang ia perintahkan dan apa yang ia larang. Ia juga harus bersikap lemah lembut (rafiq) pada apa yang ia perintahkan dan ia larang. Dia juga harus bersikap sabar (halim) pada apa yang ia perintahkan dan yang ia larang".

#Dalam Majmu'ah al-Fatawa menyebutkan:

‎فَلَا بُدَّ مِنْ هَذِهِ الثَّلَاثَةِ : الْعِلْمُ ؛ وَالرِّفْقُ ؛ وَالصَّبْرُ ؛ الْعِلْمُ قَبْلَ الْأَمْرِ وَالنَّهْيُ ؛ وَالرِّفْقُ مَعَهُ وَالصَّبْرُ بَعْدَهُ

“Orang yang ingin beramar ma’ruf nahi mungkar semestinya memiliki tiga perkara iaitu:

1. Ilmu
2. Lemah lembut dan
3. Sabar.

Ilmu haruslah ada sebelum amar ma’ruf nahi mungkar (di awal). Lemah lembut harus ada ketika ingin beramar ma’ruf nahi mungkar (di tengah-tengah). Sikap sabar harus ada sesudah beramar ma’ruf nahi mungkar (di akhir)".

#Mengajak manusia kepada kebaikan dan melarang kemungkaran adalah tanggungjawab kita semua sebagai Muslim. Penuhilah dada dengan ilmu agar perjalanan kerja amar makruf nahi mungkar dilakukan dengan cara yang betul dan lebih berkesan.

♡Marilah kita bekerjasama mengajak seluruh manusia kepada kebaikan dan berusaha memerangi kemungkaran dan menutup segala pintu dan ruang kemaksiatan. Semoga pertolongan Allah sentiasa bersama kita semua. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 2 Rejab 1442H☆

قَالَ إِنَّمَاۤ أَشۡكُوا۟ بَثِّی وَحُزۡنِیۤ إِلَى ٱللَّهِ وَأَعۡلَمُ مِنَ ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ

(Nabi Yaakub) menjawab: "Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya" [Surah Yusuf 86]

#Satu perkara besar yang perlu kita ambil berat ialah tentang pengaduan atau keluhan kita tatkala di timpa masalah dan ujian. Kepada siapa kita mengadu?? Adakah kepada Allah swt atau kepada manusia.

#Lihatlah kisah Nabi Yaakub Alaihissalam sebagaimana ayat diatas, baginda mengadu hanya pada Allah swt. Inilah contoh terbaik yang perlu diikuti dan diteladani.

#Hal ini ditunjukkan juga oleh baginda Rasulullah saw.
Ketika ada masalah berat, baginda mengadu kepada Allah swt dengan mendirikan solat.

#Sayidina Huzaifah r.a berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا حَزَبَهُ أَمْرٌ صَلَّى

“Apabila ada masalah berat, Nabi saw mengerjakan solat” (HR Ahmad dan Sunan Abi Dawud)

#Orang yang segera kembali kepada Allah ketika ada masalah berat, maka hatinya akan kembali tenang.

♡Sentiasalah mengadu kepada Allah samada melibatkan masalah berat ataupun ringan atau apa sahaja masalahnya. Mengadu dan memohon hanya kepadaNya♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 30 Jamadil Akhir 1442H☆

وَلَأَجۡرُ ٱلۡـَٔاخِرَةِ خَیۡرࣱ لِّلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَكَانُوا۟ یَتَّقُونَ

"Dan sesungguhnya pahala hari akhirat lebih baik bagi orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa" [Surah Yusuf 57]

#Orang yang beriman dan bertaqwa dijanjikan ganjaran teristimewa untuk mereka di akhirat kelak iaitu ganjaran syurga dan segala kesenangannya.

وَٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَنُبَوِّئَنَّهُم مِّنَ ٱلۡجَنَّةِ غُرَفࣰا تَجۡرِی مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِینَ فِیهَاۚ نِعۡمَ أَجۡرُ ٱلۡعَـٰمِلِینَ

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh" [Surah al-Ankabut 58]

#Siapakah orang yang beriman dan bertaqwa itu??

#Berkata Imam al-Hasan al-Bashri rahimahullah: “Bukanlah iman itu dicapai semata-mata dengan menghiasi penampilan atau berangan-angan, akan tetapi iman adalah apa yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan” (Lihat: lihat Aqwal at-Tabi’in fi Masa’il al-Tauhid wa al-Iman)

#Berkata lagi Imam al-Hasan Bashri rahimahullah: “Orang-orang yang bertaqwa adalah orang-orang yang menjauhi perkara-perkara yang diharamkan Allah kepada mereka dan menunaikan kewajipan yang diperintahkan kepada mereka” (Lihat: Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam)

♡Burulah ganjaran akhirat dengan melakukan sebanyak-banyaknya amal soleh agar kita tergolong dalam kalangan orang yang beriman dan bertaqwa. Semoga mahligai disyurga menanti kita sebagai penghuninya. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 28 Jamadil Akhir 1442H☆

فَأَمَّا مَنۡ أَعۡطَىٰ وَٱتَّقَىٰ * وَصَدَّقَ بِٱلۡحُسۡنَىٰ * فَسَنُیَسِّرُهُۥ لِلۡیُسۡرَىٰ * وَأَمَّا مَنۢ بَخِلَ وَٱسۡتَغۡنَىٰ * وَكَذَّبَ بِٱلۡحُسۡنَىٰ * فَسَنُیَسِّرُهُۥ لِلۡعُسۡرَىٰ

"Jelasnya: adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya). Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga). Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya. Serta ia mendustakan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan" [Surah al-Layl 5-10]

#Berkata Imam Ibnu Kathir rahimahullah dalam tafsirnya:

 وقال بعض السلف: من ثواب الحسنة الحسنة بعدها، ومن جزاء السيئة السيئةُ بعدها

Sebahagian ulamak salaf (terdahulu dari generasi sahabat, tabi’en dan tabi’ut tabi’ien) berkata: “Termasuk dari ganjaran sebuah kebaikan adalah (mengerjakan) sebuah kebaikan setelahnya, dan termasuk dari balasan kesalahan/dosa adalah (mengerjakan) kesalahan/dosa setelahnya”.

 والآيات في هذا المعنى كثيرة دالة على أن الله، عز وجل، يُجازي من قصد الخير بالتوفيق له، ومن قصد الشر بالخذلان.

“Dan ayat-ayat di dalam makna ini sangat banyak, yang menunjukkan bahawa Allah swt memberikan ganjaran kepada siapa yang melakukan kebaikan iaitu dengan memberikan taufik kepadanya dan kepada siapa yang dengan mengerjakan keburukan iaitu dengan kehinaan” (Tafsir al-Quran al-Azhim)

#Dengan sentiasa melakukan kebaikan, akan menyebabkan seseorang itu menjadi ketagih untuk melakukan kebaikan demi kebaikan dan beroleh ganjaran pahala yang tidak putus-putus sehinggalah melayakkan dirinya mendiami syurga yang tertinggi.

#Berkata Syaddad bin Aus r.a:

كان شداد بن أوس رضي الله عنه يقول: “إذا رأيت الرجل يعمل بطاعة الله فاعلم أن لها عنده أخوات, وإذا رأيت الرجل يعمل بمعصية الله, فاعلم أن لها عنده أخوات, فإن الطاعة تدل على أختها وإن المعصية تدل على أختها (فَأَمَّا مَن أَعْطَى وَاتَّقَى وَصَدَّقَ بِالْحُسْنَى فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْيُسْرَى وَأَمَّا مَن بَخِلَ وَاسْتَغْنَى وَكَذَّبَ بِالْحُسْنَى فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْعُسْرَى)

"Jika kamu melihat seorang yang mengerjakan ketaatan kepada Allah, maka ketahuilah bahawa ketaatan tersebut mendatangkan saudara-saudara yang lain (ketaatan-ketaatan lain) baginya. Dan jika kamu melihat seorang yang mengerjakan maksiat kepada Allah, maka ketahuilah bahawa maksiat tersebut juga mendatangkan saudara-saudara yang lain (maksiat-maksiat lain) baginya, kerana sesungguhnya sebuah ketaatan menunjukkan kepada saudaranya (ketaatan lainnya) dan sebuah maksiat  menunjukkan kepada saudaranya (maksiat lainnya)".

♡Berusahalah untuk sentiasa melakukan kebaikan, kebajikan, ketaatan dan perkara yang bermanfaat agar Allah istiqamahkan kita dengan kebaikan-kebaikan yang berikutnya sehinggalah kita meninggal dunia ketika sibuk dengan urusan kebaikan. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 26 Jamadil Akhir 1442H☆

هُوَ ٱلَّذِیۤ أَنزَلَ ٱلسَّكِینَةَ فِی قُلُوبِ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ لِیَزۡدَادُوۤا۟ إِیمَـٰنࣰا مَّعَ إِیمَـٰنِهِمۡۗ

"Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada..." [Surah al-Fath 4]

#Hati dan jiwa yang sihat akan merasakan ketenangan dan manisnya iman, iaitu hati yang sentiasa ingatkan Allah, hati yang sentiasa bersama Allah. Yakni hati yang tenggelam dalam kelazatan ibadah dan perjuangan.

ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَتَطۡمَىِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِكۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَىِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia" [Surah ar-Ra'd 28]

#Allah swt menjanjikan orang yang banyak beribadah akan diberikan rasa kelapangan dada dan rasa kecukupan.

#Rasulullah saw bersabda:

إِنَّ اللهَ يقولُ يا ابنَ آدمَ : تَفَرَّغْ لعبادَتِي أملأْ صدركَ غِنًى وأسُدُّ فقرَكَ ، وإِنْ لَّا تفعلْ ملأتُ يديْكَ شُغْلًا ، ولم أسُدَّ فقْرَكَ

Allah swt berfirman: "Wahai manusia! Habiskan waktumu untuk beribadah kepadaKu, nescaya Aku penuhi dadamu dengan kecukupan dan akan Aku tutup kefaqiranmu. Jika engkau tidak melakukannya, maka akan Aku penuhi kedua tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak akan tutup kefaqiranmu" (HR at-Tirmizi)

♡Maka perbanyakkanlah ibadah, amal soleh dan ikhlaslah dalam beribadah, berjuang dan beramal, nescaya Allah akan berikan ketenangan, kecukupan dan kedamaian jiwa♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 24 Jamadil Akhir 1442H☆

یَعۡلَمُ خَاۤىِٕنَةَ ٱلۡأَعۡیُنِ وَمَا تُخۡفِی ٱلصُّدُورُ

"Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati" [Surah Ghafir 19]

#Sayidina Ibnu Abbas r.huma  menjelaskan maksud ayat ini: “Iaitu seorang lelaki yang sedang bersama dengan dengan teman-temannya. Kemudian berlalu seorang wanita di depan mereka. Lelaki tersebut berpura-pura menundukkan pandangan mata. Bila merasa teman-temannya tidak memperhatikannya, maka dia melirik wanita tadi (dengan ekor matanya) . Namun jika ia khuatir mereka melihatnya, maka ia pun kembali menundukkan mata. Sungguh Allah mengetahui keinginan hatinya untuk melihat aurat wanita tersebut” (Diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam al-Mushannaf)

#Allah hendak maklumkan bahawa Dia Mengetahui segala yang dilakukan oleh makhlukNya. Sesungguhnya Allah tahu tentang pengkhianatan mata manusia, kesalahan yang dilakukan oleh mata manusia. Ada orang yang lihat maksiat dengan hujung-hujung mata. Kepala tidak gerak, tetapi mata curi pandang. Sebagai contoh, mata orang lelaki yang nakal melihat kepada perempuan yang bukan mahramnya. Allah swt nak bagitahu kita bahawa perkara sekecil pandangan mata, lirikan mata, jelingan mata yang mencuri-curi tengok pun akan dibentangkan dan akan diadili, dihisab serta dibalas bahkan disebut pengkhianatan mata.

فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَیۡرࣰا یَرَهُۥ * وَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةࣲ شَرࣰّا یَرَهُۥ

"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!" [Surah az-Zalzalah 7-8]

#Kalau yang kecil pun kena bentang, kena hisab, apatah lagi kalau perkara yang besar-besar?. Ini antara mesej yang perlu kita pandang berat dan jangan sesekali dipandang remeh.

#Termasuk juga dalam perbincangan ini juga adalah melihat perkara yang kita tidak patut lihat terutama di media sosial, juga melihat surat-surat rahsia orang lain, fail-fail orang lain, melihat aurat yang terdedah atau sengaja melihatnya dan seumpamanya. Kita ingat tidak ada sesiapa yang tahu. Ingatlah bahawa Allah swt tahu. Oleh itu, berhati-hatilah dengan pandangan mata kita.

#Begitu juga Allah menyebut tentang apa yang ada di dalam hati kita juga diketahui oleh Allah. Kadang-kadang mulut kita kata lain, tetapi hati kata lain. Orang tidak tahu tetapi Allah tahu segalanya samada kita berpura-pura atau benar-benar ikhlas dan jujur.

إِنَّ ٱللَّهَ یَعۡلَمُ غَیۡبَ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِۚ وَٱللَّهُ بَصِیرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ

"Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan" [Surah al-Hujurat 18]

#Sebagai makhluk kadang-kadang kita lupa apa yang telah dilakukan kerana memang manusia bersifat pelupa. Tetapi Allah tahu segalanya yang telah dilakukan oleh hambaNya dan tidak pernah lupa untuk membalas pengkhianatan mata dan hati kita.

وَعِندَهُۥ مَفَاتِحُ ٱلۡغَیۡبِ لَا یَعۡلَمُهَاۤ إِلَّا هُوَۚ وَیَعۡلَمُ مَا فِی ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِۚ وَمَا تَسۡقُطُ مِن وَرَقَةٍ إِلَّا یَعۡلَمُهَا وَلَا حَبَّةࣲ فِی ظُلُمَـٰتِ ٱلۡأَرۡضِ وَلَا رَطۡبࣲ وَلَا یَابِسٍ إِلَّا فِی كِتَـٰبࣲ مُّبِینࣲ

"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata" [Surah Al-An'am 59]

♡Ujian besar kepada kita ialah dalam isu menjaga mata dan hati. Mata sentiasa condong pada dosa dan hati selalu berbolak balik. Berdoalah agar mata dan hati kita sentiasa dipelihara oleh Allah swt daripada dosa dan pengkhianatan♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 22 Jamadil Akhir 1442H☆

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

"Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)” [Surah an-Nur 19]

#Allah swt menyatakan dalam ayat ini berkaitan balasan bagi orang yang suka membuat fitnah.

#Imam Ibnu Kathir dalam menafsirkan ayat ini mengatakan: "Ayat ini membawa makna orang-orang yang mendengar berita buruk, kemudian menyampaikan dan menyebarkan berita tersebut". (Lihat: Tafsir al-Quran al-‘Azim)

#Nabi saw juga menyatakan ancaman bagi tukang finah di dalam sabda baginda saw:

هَلَكَ الْمُتَنَطِّعُونَ“.‏ قَالَهَا ثَلاَثًا ‌‏”

“Celakalah golongan-golongan pelampau. Baginda saw mengucapkannya sebanyak tiga kali” (HR Muslim)

#Imam an-Nawawi dalam mensyarahkan hadith ini menyebut golongan-golongan pelampau yang disebutkan di dalam hadith ialah golongan yang melampaui batas dalam pengucapan mereka".

#Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina Samurah Bin Jundub r.a, bahawa Nabi saw bersabda:

وَأَمَّا الرَّجُلُ الَّذِي أَتَيْتَ عَلَيْهِ يُشَرْشَرُ شِدْقُهُ إِلَى قَفَاهُ، وَمَنْخِرُهُ إِلَى قَفَاهُ، وَعَيْنُهُ إِلَى قَفَاهُ، فَإِنَّهُ الرَّجُلُ يَغْدُو مِنْ بَيْتِهِ فَيَكْذِبُ الْكَذْبَةَ تَبْلُغُ الآفَاقَ

Berkata malaikat yang mengiringi Rasulullah saw: "Adapun orang yang diseksa dengan penyangkut besi yang menembusi pipi sehingga ke belakang lehernya dan disangkut lubang hidung sehingga menembusi belakang lehernya dan disangkut mata sehingga menembusi batang lehernya ialah kerana kerjanya sejak pagi menyebarkan pembohongan ke sehingga seluruh ufuk penjuru dunia” (HR Ibn Hibban)

#Jauhkan diri daripada terlibat dengan fitnah dan sebaran maklumat tanpa kesahihannya. Pastikan sahih dan benar barulah disebarkan. Sabda Nabi saw:

كَفَى بِالْمَرْءِ إِثْمًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

“Cukuplah seseorang dikatakan pendusta apabila dia menyampaikan apa sahaja yang didengarinya” (HR Muslim)

#Jom banyakkan berdoa agar Allah swt melindungi kita daripada fitnah dan juga penyebar fitnah.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ فِعْلَ الخَيْرَاتِ ، وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ ، وَحُبَّ الْمَسَاكِينِ ، وَإِذَا أَرَدْتَ بِعِبَادِكَ فِتْنَةً فَاقْبِضْنِي إِلَيْكَ غَيْرَ مَفْتُونٍ

"Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu perbuatan kebaikan, meninggalkan kemungkaran, kasihkan orang miskin dan Engkau ampunkan dosaku, Engkau rahmatiku dan Engkau terima taubatku. Jika Engkau menghendaki dengan hamba-hamba-Mu fitnah, maka matikanlah aku tanpa sebarang fitnah" (HR at-Tirmizi)

اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ وَأَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ

"Ya Allah, dengan rahmat-Mu aku berharap. Janganlah Engkau biarkan urusanku pada diriku sendiri walau sekelip mata dan perbaikilah seluruh urusanku. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya selain Engkau" (HR Abu Daud)

♡Dalam mengelakkan diri daripada terlibat dalam sebarang kancah fitnah, sewajarnya kita mendekatkan diri kepada Allah dan sentiasa bermunajat kepadaNya serta sibukkan diri dengan perkara-perkara kebaikan♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 20 Jamadil Akhir 1442H☆

إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ

"Sesungguhnya sebaik-baik orang yang diambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah" [Surah al-Qasas 26]

#Menyentuh tentang pekerjaan, ia adalah sebahagian daripada kehidupan. Justeru, Islam meletakkan garis panduan dalam memilih pekerja iaitu pastikan mereka memiliki sifat kuat dan amanah.

#Selain itu pastikan juga bahawa pekerjaan yang dilakukan adalah benar-benar untuk mengabdikan diri kepada Allah, dilakukan kerana Allah.

#Hal ini disebabkan kerja menjadi ibadah apabila diniatkan semata-mata kerana Allah dengan penuh keikhlasan dan pengharapan daripadaNya.

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu" [Surah alz-Zariyat 56]

#Rasulullah saw bersabda:

مَنْ طَلَبَ الدُّنْيَا حَلَالَا اسْتِعْفَافًا عَنِ الْمَسْأَلَةِ ، وَسَعْيَا عَلَى أَهْلِهِ ، وَتَعَطُّفًا عَلَى جَارِهِ ، جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَوَجْهُهُ كَالْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ

"Barangsiapa mencari rezeki halal untuk menjaga diri daripada meminta-minta, dan dengan tujuan memenuhi nafkah keluarga, serta supaya dapat membantu tetangganya, nescaya dia akan datang pada hari Kiamat dengan wajahnya yang berseri-seri seperti bulan di malam purnama" (HR al-Baihaqi dan at-Thabrani)

#Tiga elemen penting ini perlu ada dalam diri kita sebagai pekerja iaitu kuat, amanah dan niat kerana Allah.

#Setiap pekerjaan yang dilakukan oleh seorang Mukmin dengan mengikuti garis panduan syarak maka ia menjadi ibadat. Jauhi sifat malas, khianat dan bekerja kerana mencari kemewahan dunia kerana ia bertentangan dengan kehendak agama.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّـهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)" [Surah al-Anfal 27]

#Bekerjalah dengan penuh semangat, bersungguh-sungguh dan cemerlang.

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُحِبُّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلًا أَنْ يُتْقِنَهُ

“Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla mencintai seseorang yang apabila dia mengerjakan sesuatu kerja, dia laksanakan dengan cemerlang" (HR at-Tabarani dan al-Baihaqi)

♡Semoga Allah merahmati pekerjaan yang kita lakukan dan memberkati rezeki yang kita perolehi. Bekerjalah kerana mencari keredhaan Allah swt dan rezeki yang halal!!♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 18 Jamadil Akhir 1442H☆

ٱدۡخُلُوا۟ ٱلۡجَنَّةَ أَنتُمۡ وَأَزۡوَ ٰ⁠جُكُمۡ تُحۡبَرُونَ

(Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): "Masuklah kamu ke dalam Syurga bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan" [Surah az-Zukhruf 70]

#Penghuni syurga akan dilayan dengan sebaik-baik layanan bahkan mereka akan dialu-alukan dan dijemput memasuki syurga bersama isteri-isteri mereka untuk hidup dengan penuh kebahagiaan dan menikmati kesenangan yang tiada tolak bandingnya.

#Mereka juga akan dihimpunkan di dalam syurga bersama ahli keluarga yang lain iaitu bersama anak-anak, ibu ayah, saudara-saudara Mara yang lain. Syaratnya semuanya mestilah beriman dan beramal soleh.

جَنَّـٰتُ عَدۡنࣲ یَدۡخُلُونَهَا وَمَن صَلَحَ مِنۡ ءَابَاۤىِٕهِمۡ وَأَزۡوَ ٰ⁠جِهِمۡ وَذُرِّیَّـٰتِهِمۡۖ وَٱلۡمَلَـٰۤىِٕكَةُ یَدۡخُلُونَ عَلَیۡهِم مِّن كُلِّ بَابࣲ

"Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu" [Surah ar-Ra'd 23]

#Berkata Imam Ibnu Kathir rahimahullah: "Allah mengumpulkan mereka dengan orang-orang yang mereka cintai di dalam syurga iaitu dengan orang tuanya, isteri dan anak keturunan mereka yang mukmin dan layak masuk syurga. Sehinggakan, Allah mengangkat darjat yang rendah menjadi tinggi tanpa mengurangi darjat keluarga yang tinggi (agar berkumpul di dalam syurga yang sama darjatnya)".

#Mereka juga dilayan dengan layanan teristimewa. Layanan ini akan dinikmati sepanjang masa, berkekalan selama-lamanya sampai bila-bila. Apa sahaja yang diinginkan dan dihajati akan diperolehi di dalam syurga dengan serta merta dan tiada sebarang bayaran. Firman Allah swt:

یُطَافُ عَلَیۡهِم بِصِحَافࣲ مِّن ذَهَبࣲ وَأَكۡوَابࣲۖ وَفِیهَا مَا تَشۡتَهِیهِ ٱلۡأَنفُسُ وَتَلَذُّ ٱلۡأَعۡیُنُۖ وَأَنتُمۡ فِیهَا خَـٰلِدُونَ

"Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): "Kamu adalah tetap kekal di dalamnya" [Surah az-Zukhruf 71]

نَحۡنُ أَوۡلِیَاۤؤُكُمۡ فِی ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَا وَفِی ٱلۡـَٔاخِرَةِۖ وَلَكُمۡ فِیهَا مَا تَشۡتَهِیۤ أَنفُسُكُمۡ وَلَكُمۡ فِیهَا مَا تَدَّعُونَ

"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatkannya" [Surah Fussilat 31]

#Ini menunjukkan semua kenikmatan dan kebahagiaan yang diinginkan oleh manusia akan dikurniakan segera di syurga.

#Semua kenikmatan yang dikecapi oleh ahli syurga adalah hasil daripada kesungguhan dan usaha yang maksimum dalam memperjuangkan agama Allah, melakukan ketaatan, mengorbankan harta benda, jiwa dan nyawa demi Islam serta istiqamah dalam amal soleh sewaktu didunia ini. Ayuh gandakan usaha kita dalam melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

وَتِلۡكَ ٱلۡجَنَّةُ ٱلَّتِیۤ أُورِثۡتُمُوهَا بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ

Dan (dikatakan lagi kepada mereka): "Inilah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan" [Surah az-Zukhruf 72]

♡Semoga kita semua diperkenankan untuk memasuki syurga bersama ahli keluarga yang kita cintai. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 16 Jamadil Akhir 1442H☆

كَذَ ٰ⁠لِكَ یَطۡبَعُ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِ ٱلَّذِینَ لَا یَعۡلَمُونَ

"Demikianlah Allah mengunci hati orang-orang yang tidak mahu menerima jalan mengetahui (kebenaran)" [Surah ar-Rum 59]

#Allah swt menyatakan bahawa kesudahan bagi golongan yang menolak kebenaran mereka akan terus hidup dalam kesesatan dan kegelapan dosa. Hati mereka dikunci oleh Allah swt. Hati mereka diselimuti oleh selain Allah iaitu diselimuti oleh hawa nafsu dan kesenangan duniawi. Hidup dalam kelalaian dan sentiasa menentang kebenaran dan kebaikan dengan pelbagai alasan.

#Hati mereka terhijab. Melihat kesesatan sebagai kebenaran bahkan mempertahankan kesesatan tersebut. Mereka juga akan mempertahankan kepercayaan mereka yang sesat itu dengan bersungguh-sungguh. Firman Allah swt:

وَقَالُوا۟ قُلُوبُنَا فِیۤ أَكِنَّةࣲ مِّمَّا تَدۡعُونَاۤ إِلَیۡهِ وَفِیۤ ءَاذَانِنَا وَقۡرࣱ وَمِنۢ بَیۡنِنَا وَبَیۡنِكَ حِجَابࣱ فَٱعۡمَلۡ إِنَّنَا عَـٰمِلُونَ

Dan mereka berkata: "Hati kami dalam tutupan yang berlapis-lapis (menghalang kami) daripada memahami apa yang engkau serukan kami kepadanya, dan pada telinga kami penyumbat (menjadikan kami tidak dapat mendengarnya), serta di antara kami denganmu ada sekatan (yang memisahkan fahaman kita); oleh itu, bekerjalah engkau (untuk ugamamu), sesungguhnya kami juga tetap bekerja (untuk mempertahankan kepercayaan kami)! " [Surah Fussilat 5]

#Selain dikunci hati mereka, Allah swt mengancam mereka dengan ancaman azab yang dahsyat.

خَتَمَ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ وَعَلَىٰ سَمۡعِهِمۡۖ وَعَلَىٰۤ أَبۡصَـٰرِهِمۡ غِشَـٰوَةࣱۖ وَلَهُمۡ عَذَابٌ عَظِیمࣱ

"(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mengunci hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar"
[Surah al-Baqarah 7]

♡Jangan sesekali menolak dan menentang kebenaran, padahnya dikunci hati menyebabkan selamanya dalam kesesatan dan kederhakaan. Berwaspadalah!!♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 14 Jamadil Akhir 1442H☆

وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ

"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak Adam" [Surah Al-Isra’ 70]

#Menurut Imam at-Thabari rahimahullah: "Ayat ini menjelaskan bahawa Allah swt memuliakan anak-anak Adam dari sudut menjadikan mereka (golongan manusia) sebagai makhluk yang menguasai ke atas makhluk-makhluk yang lain". (Rujuk Tafsir At-Thabari)

#Manusia bukan sahaja dimuliakan ketika hidup malah ketika mati pun wajib dihormati dan dimuliakan mayatnya apatah lagi dia sebagai seorang muslim. Menjaga kehormatan diri seorang muslim itu sesudah mati sama hukumnya seperti memelihara kehormatan dirinya semasa hayatnya.

#Rasulullah saw bersabda:

كَسْرُ عَظْمِ الْمَيِّتِ كَكَسْرِهِ حَيًّا

"Mematahkan tulang orang yang telah mati sama seperti mematahkannya ketika dia hidup" (HR Abu Dawud)

#Berkata Imam Ibn Hajar al-Asqalani: "Diambil faedah dari hadis ini, bahawa sesungguhnya kehormatan seorang mukmin kekal selepas matinya dia. Sebagaimana kehormatannya semasa hayatnya" (Lihat Fathul Bari)

#Sayidina Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:

 إِنَّ الْمُؤْمِنَ لاَ يَنْجُسُ

"Sesungguhnya seorang mukmin itu tidak najis" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Imam an-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini berkata: “Hadis ini merupakan suatu asas yang besar berkenaan dengan sucinya seorang muslim itu sama ada dalam keadaan dia hidup ataupun telah mati. Adapun sucinya seorang muslim dalam keadaan dia masih hidup, maka para ulama telah berijma’ (bersepakat) akan hal tersebut. Manakala kesucian mayat pula, para ulama berbeza pendapat dalam isu ini dan pendapat yang sahih adalah kesuciannya dan disebabkan itulah ia dimandikan”.

#Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-61 yang bersidang pada 27 Januari 2004 dalam membincangkan hukum bedah siasat mayat yang kematiannya bukan dikategorikan sebagai kes jenayah telah memutuskan: "Hukum asal pembedahan mayat adalah haram tetapi dibolehkan dalam keadaan darurat dan terdapat keperluan yang mendesak seperti membuat kajian terhadap penyakit, mengenalpasti punca kematian, serta penyelidikan dan pendidikan khususnya dalam bidang perubatan".

♡Islam merupakan satu agama yang amat menghormati dan memuliakan jasad atau batang tubuh seseorang manusia sama ada semasa hayatnya atau sesudah meninggal dunia. Oleh itu, muliakanlah diri kita dengan sifat taqwa♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 12 Jamadil Akhir 1442H☆

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu serta ahli keluarga kamu dari api neraka” [Surah at-Tahrim 6]

#Syeikh Muhammad Sayyid Thantawi dalam tafsirnya menyatakan makna ayat ini ditujukan kepada setiap insan yang mengaku beriman kepada Allah swt agar mereka menjauhi diri mereka daripada api neraka dengan melakukan perkara kebaikan serta menjauhi diri daripada melakukan perkara maksiat dan ahli keluarga mereka dengan cara menasihati mereka, menunjukkan jalan yang benar kepada mereka dan menyuruh mereka melakukan perkara yang ma’ruf serta mencegah diri daripada melakukan perkara munkar. Di samping itu, Imam al-Qurthubi menukilkan daripada pendapat Qatadah dan Mujahid bahawa maksud memelihara diri adalah memelihara diri dengan menjaga tingkahlaku dan memelihara ahli keluarga pula adalah dengan menasihati mereka" (Lihat: Tafsir al-Wasith)

#Oleh itu, merupakan satu dosa besar bagi sesiapa yang membiarkan dirinya dan ahli keluarganya melakukan kemungkaran dan perkara maksiat. Bahkan disebut dayyus bagi seorang lelaki iaitu yang tidak peduli dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh lelaki lain. Disebabkan itulah, Islam sangat menuntut rasa cemburu dalam diri seseorang agar dia dapat memelihara keluarganya daripada api neraka.

#Berkata Imam Ibnul Qayyim rahimahullah: “Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat atau kecemburuan (terhadap ahli keluarga). Sesiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya. Kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga menjauhkan daripada kejahatan dan perkara keji. Tanpanya hati akan mati. Maka matilah juga sensitiviti anggota (terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali" (al-Jawab al-Kafi)

♡Semoga Allah mengurniakan kepada kita kekuatan dan petunjuk dalam memimpin keluarga ke arah jalan yang diredhaiNya serta dapat menyelamatkan kita dan mereka daripada api neraka. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 10 Jamadil Akhir 1442H☆

وَأَلۡقَىٰ فِي ٱلۡأَرۡضِ رَوَٰسِيَ أَن تَمِيدَ بِكُمۡ وَأَنۡهَٰرٗا وَسُبُلٗا لَّعَلَّكُمۡ تَهۡتَدُونَ 

"Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju" [Surah an-Nahl 15]

#Allah swt menceritakan fungsi gunung dan bukit di dalam al-Quran. Sebenarnya kewujudan gunung-ganang dan bukit bukau di atas muka bumi ini adalah untuk memberi kestabilan kepadanya serta menjadi pasak bagi bumi tersebut.

وَٱلۡجِبَالَ أَوۡتَادٗا 

"Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?" [Surah an-Naba’ 7]

#Kewujudan gunung ganang juga sebagai tanda kebesaran dan menunjukkan kehebatan kekuasaan Allah swt.

قُلِ ٱللَّهُ خَٰلِقُ كُلِّ شَيۡءٖ وَهُوَ ٱلۡوَٰحِدُ ٱلۡقَهَّٰرُ 

Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa" [Surah ar-Ra’d 16]

#Daripada Sayidina Abdullah bin Umar r.huma:

كَانَ النَبِيُّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم وجيُوشُهُ إِذَا عَلَوُا الثَّنَايَا كَبَّرُوا، وَإذَا هَبَطُوا سَبَّحُوا

"Dahulu, ketika Nabi saw bersama tenteranya menaiki bukit, mereka bertakbir, dan apabila turun, mereka bertasbih" (HR Abu Daud)

#Diriwayatkan daripada Sayidina Jabir bin ‘Abdullah r.a:

كُنَّا إِذَا صَعِدْنَا كَبَّرْنَا، وَإِذَا نَزَلْنَا سَبَّحْنَا‏

"Adalah kami ketika mendaki (melalui kawasan berbukit) maka kami bertakbir dan jika sedang turun (dari kawasan berbukit) maka kami bertasbih" (HR al-Bukhari)

#Dalam Syarah Riyadhus Solihin: "Imam an-Nawawi rahimahullah meletakkan hadis ini di dalam kitabnya di bawah bab adab ketika bermusafir yang mana di antara adab ketika bermusafir itu adalah dengan bertakbir (sekali, dua kali atau tiga kali) ketika sedang mendaki sesuatu yang tinggi seperti bukit ataupun sedang terbang naik ke udara seperti di dalam kapal terbang dan ketika turun dari kawasan tinggi hendaklah bertasbih (sekali, dua kali atau tiga kali). Ini kerana manusia, jika berada di kedudukan yang tinggi akan merasakan dirinya yang paling agung dan hebat. Dengan bertakbir, ianya akan menolak jauh perasaan tersebut serta berasa kerdil dengan kebesaran Allah swt. Ianya bermaksud, jika kamu berasa tinggi terhadap diri kamu, maka sesungguhnya Allah swt adalah yang Maha Tinggi daripada kamu. Begitu juga ketika turun, maka hendaklah bertasbih kerana dengannya kita mensucikan Allah swt dari segala sifat yang tidak layak bagiNya”.

♡Setiap ciptaan dan kejadian Allah swt semuanya mengandungi hikmah dan kelebihannya. Maka ambillah manfaat daripada penciptaanNya dan banyakkan berzikir bagi mengingatiNya♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 8 Jamadil Akhir 1442H☆

ٱلَّذِیۤ أَطۡعَمَهُم مِّن جُوعࣲ

"Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan" [Surah Quraysh 4]

#Antara nikmat yang dikurniakan Allah ialah nikmat kehidupan yang damai dan menyelamatkan kita daripada kelaparan dan kebuluran.

#Kelaparan adalah satu ujian yang menguji dan meresahkan jiwa manusia.

وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَیۡءࣲ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصࣲ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَ ٰ⁠لِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَ ٰ⁠تِۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِینَ

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar" [Surah al-Baqarah 155]

#Ujian kelaparan menjadi antara ujian yang terbesar dalam kehidupan manusia. Di akhir zaman nanti, ketika datangnya Dajjal, kita juga akan diuji dengan keadaan lapar dan dahaga.

#Lihatlah di zaman kini, tersebar dan terdengar pelbagai berita yang menunjukkan betapa peritnya ujian kelaparan. Sehingga manusia sanggup mencuri, merompak kerana tidak ada makanan. Bahkan sanggup membunuh orang kerana inginkan sesuap nasi. Nauzubillah minzalik.

#Ketahuilah bahawa ujian kelaparan sangat menyakitkan. Bagi sesiapa yang mempunyai lebihan rezeki, tersangat perlu untuk membantu mereka yang dalam kelaparan. Janganlah hanya membazir dan terlalu mengumpulkan harta bertimbun-timbun sehingga kita terlupa ada orang yang sedang memerlukannya.

#Oleh itu, tatkala Allah kurniakan kita nikmat kehidupan dan menyelamatkan kita daripada kelaparan maka banyakkanlah bersyukur serta mentaati Allah agar kehidupan kita sentiasa diberkati dan dirahmatiNya.

وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَىِٕن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِیدَنَّكُمۡۖ وَلَىِٕن كَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِی لَشَدِیدࣱ

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras" [Surah Ibrahim 7]

#Jom berdoa dengan doa ini:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الجُوعِ ، فَإنَّهُ بِئْسَ الضَّجِيعُ

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kelaparan, kerana ia adalah sejelek-jelek teman tidur" (HR Abu Daud)

♡Bersyukurlah dengan nikmat kekenyangan dan kehidupan yang damai. Jangan sesekali mengkufurinya♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 6 Jamadil Akhir 1442H☆

فَقُل لَّهُمۡ قَوۡلࣰا مَّیۡسُورࣰا

"Maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati" [Surah al-Isra' 28]

#Qaulan Maysura bermaksud ucapan yang mudah, yakni mudah dicerna, mudah dipahami oleh pendengar. Maksud lain adalah kata-kata yang menyenangkan atau mengandungi perkara-perkara yang menggembirakan.

#Syeikh As-Sabuni dalam Safwah at-Tafasir menjelaskan: "Qaulan maysura ialah perkataan yang halus, mudah difahami, disertai dengan janji yang indah untuk mereka."

#Dari Sayidina Jabir bin Abdullah r.a berkata:

‎كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا خَطَبَ احْمَرَّتْ عَيْنَاهُ وَعَلَا صَوْتُهُ وَاشْتَدَّ غَضَبُهُ حَتَّى كَأَنَّهُ مُنْذِرُ جَيْشٍ يَقُولُ صَبَّحَكُمْ وَمَسَّاكُمْ

”Kebiasaan Rasulullah saw jika berkhutbah (berpidatio), kedua matanya merah, suaranya lantang dan tampak marah (tegas). Seolah-olah baginda memperingatkan pasukan tentera dengan mengatakan: "Musuh akan menyerang kamu pada waktu pagi, musuh akan menyerang kamu pada waktu petang" (HR Muslim)

#Ini menunjukkan kesungguhan baginda saw dalam menyampaikan sesuatu mesej agar jelas, tegas, mudah dihadam dan mudah difahami.

#‎Disebut dalam sebuah riwayat:

وَلَكِنَّهُ كَانَ يَتَكَلَّمُ بِكَلاَمٍ بَيِّنٍ فَصْلٍ, يَحْفَظُهُ مَنْ جَلَسَ إِلَيْهِ

“Tetapi baginda berbicara dengan pembicaraan yang terang dan jelas. Orang yang duduk mengadap baginda akan mudah menghafal perkataan baginda" (HR at-Tirmizi)

♡Pastikan ucapan kita ucapan yang menyenangkan atau berisi hal-hal yang menggembirakan. Jadikan ucapan kita mengandung nilai keredhaan bukan nilai kemurkaan♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 4 Jamadil Akhir 1442H☆

إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَابْنِ السَّبِيلِ ۖ فَرِيضَةً مِّنَ اللَّـهِ ۗ وَاللَّـهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

"Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana" [Surah at-Taubah 60]

#Dalam ayat ini, Allah swt telah menetapkan hanya lapan golongan sahaja yang layak menerima zakat. Salah satunya ialah asnaf al-Gharimin iaitu orang yang berhutang. Sebahagian ulamak mensyaratkan jenis hutang ini adalah yang bersifat darurat dan keperluan dan bukan untuk kemewahan atau berfoya-foya.

#Berkata Imam Mujahid rahimahullah: “Tiga golongan boleh dikategorikan sebagai al-gharimin iaitu:

1. Mereka yang hartanya dihanyut oleh banjir atau bah.
2. Mereka yang ditimpa kebakaran yang menyebabkan musnah hartanya
3. Mereka yang mempunyai tanggungan dan tiada baginya harta untuk di infakkan kepada tanggungannya.

#Daripada Sayidina Qabisah bin Mukhariq al-Hilali r.a berkata: "Aku telah menanggung bebanan yang banyak lantas aku pergi mengadu kepada Rasulullah saw. Maka Baginda bersabda: "Tetaplah kamu di sini sehingga datang kepada kami sedekah dan kami akan perintahkan supaya diberi kepadamu". Kata Qabisah: "Kemudian Baginda saw bersabda: "Hai Qabisah! Sesungguhnya meminta-minta tidak halal kecuali untuk tiga golongan sahaja.

1. Lelaki yang menanggung bebanan maka halallah baginya meminta sehingga menyelesaikannya kemudian menyimpannya.
2. Lelaki yang ditimpa bencana sehingga binasa hartanya maka halal baginya meminta sehingga mencukupi bagi dirinya dalam meneruskan sisa kehidupan atau menyelesaikan keperluannya.
3. Lelaki yang ditimpa kefakiran sehingga datang tiga orang lelaki yang berakal dan bermaruah daripada kaumnya mengiyakannya yang dia telah ditimpa kefakiran maka layaklah untuknya meminta sehingga menyelesaikan keperluan hidupnya.

"Hai Qabisah! Selain daripada itu, meminta-minta itu dianggap sebagai haram dan memakannya adalah haram" (Hadis Sahih)

#Berdasarkan kenyataan ini, golongan yang terkena mudharat,musibah atau bencana seperti banjir besar, puting beliung, tanah runtuh, gempa bumi dan lain-lain yang menyebabkan rumah mereka musnah, tanaman mereka binasa, dan tidak ada lagi apa-apa yang mereka miliki. Mereka boleh dikategorikan sebagai golongan al-gharimin yang berhak menerima zakat.

#Berkata Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi hafizahullah dalam kitab Fiqh az-Zakat: “Aku khususkan yang mengenai sifat al-gharimin bagi golongan yang terkena bencana alam sehingga binasa harta bendanya dan terpaksa kepada berhutang maka hukumnya dibolehkan (menerima zakat)".

♡Mangsa banjir dan mereka yang ditimpa bencana layak untuk diberikan zakat dan menerima zakat. Jom bantu saudara seIslam kita dengan zakat dan sedekah♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…
Subscribe to a channel