tadabburkalamullah | Unsorted

Telegram-канал tadabburkalamullah - Tadabbur Kalamullah

13574

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

Subscribe to a channel

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 17 Rabiul Awwal 1446H☆

مُّحَمَّدࣱ رَّسُولُ ٱللَّهِۚ

"Nabi Muhammad saw ialah Rasulullah" [Surah al-Fatḥ 29]

#Baginda Nabi Muhammad saw dilahirkan dalam keadaan yatim kerana bapanya Abdullah bin Abdul Mutalib meninggal dunia di Madinah ketika baginda baru dua bulan dalam kandungan ibunya, Aminah bt Wahab.

#Ketika berusia 6 tahun ibunya membawa baginda menziarahi kubur bapanya, namun ibunya sakit ketika dalam perjalanan pulang lalu meninggal dunia di Abwa’, iaitu tempat yang terletak antara Mekah dengan Madinah.

#Baginda saw menjadi yatim piatu ketika masih kecil, namun Allah swt menghadirkan manusia mulia dalam kehidupan baginda. Meskipun Rasulullah saw anak tunggal, namun baginda mempunyai ramai saudara susuan lantaran ramai orang yang menjaga dan mengasuh baginda sejak dari bayi.

#Selain Sayyidah Aminah bt Wahab, ibu susuan baginda termasuklah Suwaibah as-Aslamiyyah dan Halimah as-Saa‘diyyah. Selain itu, baginda saw pernah dijaga oleh Ummu Aiman dan saudara susuannya iaitu Syaima’. Saudara susuan baginda pula Abu Salamah, Abdullah, Hamzah (yang juga bapa saudaranya), Abdullah dan Syaima’ (anak Halimah) dan Abu Sufian (yang juga sepupu baginda).

#Menurut Imam al-Jauzi, Sayidina Hamzah bin Abdul Mutallib (bapa saudara baginda) bertemu saudara susuan bersama Rasulullah saw daripada dua cabang yang sama iaitu Suwaibah dan Halimah al-Saa‘diyyah (Lihat: Zadul Ma‘ad).

#Selepas kewafatan bondanya pada usia 6 tahun, tanggungjawab menjaga nabi saw diambil alih oleh datuknya, Abdul Muttalib. Namun selepas dua tahun dalam jagaan datuknya, Abdul Mutallib meninggal dunia sehingga baginda dijaga pula oleh bapa saudaranya iaitu Abu Talib. Allahu...

#Sejak kecil lagi baginda saw diuji dengan pelbagai peristiwa besar, untuk menjadikan jiwa baginda sentiasa kental, tabah, sabar dan menjiwai apa yang baginda lalui untuk persiapan jiwa kerana suatu hari nanti baginda akan berhadapan dengan pelbagai ujian dan dugaan dalam kehidupan.

#Peristiwa kematian orang tersayang ini juga menyebabkan Rasulullah saw hidup semasa kecilnya tanpa mendapat kasih sayang dari ibu dan jagaan serta perhatian yang sewajarnya dari bapa. Beginilah arus hikmah Ilahi yang mahukan Rasulullah saw hidup dalam keadaan yatim piatu. Hanya arahan dan jagaan Ilahi sahaja dapat menjauhkan tangan-tangan yang suka memanjanya, menjauh wang, harta kekayaan dan yang cuba memewahkan kehidupannya. Ini berlaku supaya jangan timbul di jiwanya semangat kebendaan atau gilakan pangkat.

#Jika Rasulullah saw yang dijanjikan syurga oleh Allah swt pun ditimpa pelbagai ujian di masa kanak-kanak dan pernah kehilangan enam orang anak semasa hayatnya (kecuali Fatimah r.ha) yang meninggal selepas baginda wafat. Adakah kita harus berputus asa dengan setiap ujian yang mendatang terutama bab kehilangan insan tersayang?

♡Jika kita sering berasa susah hati dengan setiap ujian yang menimpa hingga mengalami kemurungan, tahukah bahawa kekasih Allah, Rasulullah saw tidak lari diuji biarpun diri Baginda adalah kekasih Allah dan pemberi syafaat kepada kita di hari akhirat kelak. Bersabar dan bertabahlah dengan setiap ujian yang datang!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 16 Rabiul Awwal 1446H☆

مُّحَمَّدࣱ رَّسُولُ ٱللَّهِۚ

"Nabi Muhammad saw ialah Rasulullah" [Surah al-Fatḥ 29]

#Nabi Muhammad adalah Rasulullah yakni utusan Allah. Allah swt telah menegaskan di dalam al-Quran bahawa perkhabaran mengenai kebangkitan Nabi Muhammad telah termaktub di dalam kitab Taurat dan Injil. Ini adalah sesuatu yang menunjukkan kesinambungan risalah Allah swt kepada baginda saw. Sebagaimana ahli kitab terdahulu beriman kepada Nabi Musa dan Nabi Isa Alaihissalam, maka menjadi satu kewajipan kepada mereka untuk beriman kepada Nabi Muhammad. Walaupun begitu, terdapat beberapa golongan daripada kalangan ahli kitab yang mengingkari perkhabaran tersebut dengan berdalilkan bahawa tiada perkataan Ahmad disebutkan di dalam kedua kitab tersebut. Firman Allah swt:

ٱلَّذِينَ يَتَّبِعُونَ ٱلرَّسُولَ ٱلنَّبِىَّ ٱلْأُمِّىَّ ٱلَّذِى يَجِدُونَهُۥ مَكْتُوبًا عِندَهُمْ فِى ٱلتَّوْرَىٰةِ وَٱلْإِنجِيلِ

"Mereka ialah orang yang mengikut Rasulullah; seorang Nabi yang buta huruf yang mereka dapati nama dan sifat-sifatnya tertulis dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka..." [Surah al-A’raf 157]

#Para ulamak Islam menjelaskan bahawa Allah telah memberitahu di dalam al-Quran mengenai penyelewengan yang dibuat oleh golongan ahli kitab terhadap kitab mereka. Antara penyelewengan yang berlaku adalah perkhabaran mengenai Nabi Muhammad. Mereka menyembunyikannya, bahkan memadamnya dari kitab-kitab mereka. Walaupun sedemikian, masih terdapat isyarat terhadap Baginda Nabi dan risalah suci yang dibawa. Namun golongan ahli kitab enggan menerima isyarat-isyarat ini, bahkan mentafsirkannya dengan tafsiran yang selari dengan hawa nafsu mereka.

ٱلَّذِینَ ءَاتَیۡنَـٰهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ یَعۡرِفُونَهُۥ كَمَا یَعۡرِفُونَ أَبۡنَاۤءَهُمۡۖ وَإِنَّ فَرِیقࣰا مِّنۡهُمۡ لَیَكۡتُمُونَ ٱلۡحَقَّ وَهُمۡ یَعۡلَمُونَ

"Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian)" [Surah al-Baqarah 146]

#Didalam sebuah riwayat, Sayidatina Safiyyah r.ha, isteri Nabi saw menceritakan saat ketibaan Nabi di Madinah. Ayah beliau Huyai bin Akhtab bersama pakciknya Abu Yasir menunggu kedatangan Nabi ke Madinah dengan perasaan yang berkecamuk. Bilamana Nabi telah sampai di Quba’, mereka berdua bergegas untuk melihat Baginda saw. Lalu apabila mereka telah melihat baginda, mereka pulang dengan penuh hampa. Sayidatina Safiyyah mendengar bicara kedua ayah dan pakciknya itu; Abu Yasir bertanya: "Adakah dia orangnya". Huyai menjawab: ‘Ya’. Abu Yasir bertanya lagi: "Adakah kamu mengenalinya dan kamu yakin tentang dirinya". Huyai menjawab: ‘Ya’. Abu Yasir bertanya lagi: "Maka apakah pendirian kamu terhadap dirinya". Huyai menjawab: "Aku akan memusuhinya selagi mana aku hidup". Kisah ini menunjukkan bahawa golongan Yahudi pada ketika itu sedia maklum tentang kebenaran Nabi Muhammad dan risalah yang dibawanya, dan pengetahuan tentang perkara ini semestinya dirakamkan di dalam kitab mereka. (Tafsir al-Bayan)

#Semua mengetahui bahawa Nabi saw adalah utusan Allah pembawa kebenaran. Namun, disebabkan keangkuhan dan kesombongan mereka lebih memilih kesesatan dan menyembunyikan kebenaran bahawa Nabi Muhammad nabi akhir zaman sebagaimana rasul-rasul sebelumnya.

♡Golongan Yahudi dan Nasrani telah merugikan diri mereka sendiri kerana tidak mahu mempercayai kerasulan nabi Muhammad serta beriman dengan risalah yang dibawanya, bahkan mengingkarinya dengan permusuhan. Mereka mengingkari apa yang mereka ketahui, bahkan lebih rela hidup dalam kesesatan. Pastikan perangai mereka tidak berjangkit pada kita semua. Ini kerana ramai umat akhir zaman yang dijangkiti virus bebal ini iaitu mereka mengingkari kebenaran yang mereka ketahui dan menyelisihi hukum hakam yang telah ditetapkan syariat♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 14 Rabiul Awwal 1446H☆

مُّحَمَّدࣱ رَّسُولُ ٱللَّهِۚ

"Nabi Muhammad (saw) ialah Rasulullah.." [Surah al-Fatḥ 29]

#Imam Ibn ‘Asakir menyebut di dalam kitabnya daripada riwayat Sayidina Ibnu Abbas r.a bahawa:

لما ولد النبي صلى الله عليه وسلم عق عنه عبد المطلب بكبش وسماه محمدا فقيل له يا أبا الحارث ما حملك على أن تسميه محمدا ولم تسمه باسم آبائه قال أردت أن يحمده الله عز وجل في السماء ويحمده الناس في الأرض

"Apabila Nabi saw dilahirkan, Abdul Muttalib telah melakukan akikah ke atas baginda dengan menyembelih kibasy dan menamakannya Muhammad. Ditanyakan kepadanya: "Wahai Abu al-Harith apakah yang menyebabkan engkau memberinya nama Muhammad dan bukan dengan nama nenek moyangnya?" Jawabnya: "Aku ingin agar Allah swt memujinya di langit dan juga manusia memujinya di bumi" (Lihat: Tarikh Dimashq)

#Imam Ibn Hajar al-Asqalani menukilkan daripada Imam al-Baihaqi bahawa:

أَنَّ عَبْدَ الْمُطَّلِبِ لَمَّا وُلِدَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَمِلَ لَهُ مَأْدُبَةً فَلَمَّا أَكَلُوا سَأَلُوا ماسميته قَالَ مُحَمَّدًا قَالُوا فَمَا رَغِبْتَ بِهِ عَنْ أَسْمَاءِ أَهْلِ بَيْتِهِ قَالَ أَرَدْتُ أَنْ يَحْمَدَهُ اللَّهُ فِي السَّمَاءِ وَخَلْقُهُ فِي الْأَرْضِ

"Apabila Nabi saw dilahirkan (ke dunia), Abdul Muttalib telah mengadakan jamuan untuknya. Ketika sedang makan, para hadirin telah bertanya kepadanya: "Apakah yang telah engkau namakannya?" Jawabnya: "Muhammad". Mereka bertanya lagi: "Apakah yang menghalang engkau daripada menamakannya dengan nama-nama ahli keluarganya?" Jawabnya: "Aku ingin (berhasrat) agar Allah swt memujinya di langit dan juga menusia memujinya di bumi" (Lihat: Fathul Bari)

#Sesungguhnya Allah swt telah menyebut di dalam al-Quran dua nama daripada nama-nama Nabi saw iaitu Ahmad dan Muhammad. Imam Ibn Hajar al-Asqalani menyebutkan seolah-olah ia merupakan isyarat bahawa kedua-dua nama ini adalah yang paling masyhur antara nama-namanya yang lain dan nama Muhammad adalah yang paling masyhur antara kedua-dua nama ini. (Lihat: Fathul Bari)

#Imam as-Suyuti turut menyatakan bahawa Muhammad adalah merupakan nama baginda yang paling masyhur.

#Kata Imam as-Suyuti: "Kedua nama ini iaitu Muhammad dan Ahmad termasuk salah satu tanda kebesaran Allah swt dan keistimewaan bagi baginda. Allah swt telah menjaga kedua nama tersebut daripada digunakan oleh seorang pun sebelum zamannya (kelahiran baginda). Sebelum baginda lahir, tidak ada seorang pun bangsa Arab mahupun bangsa lain yang menggunakan nama tersebut melainkan setelah tersebar khabar berita bahawa nabi yang akan diutuskan ini namanya Muhammad. Oleh itu, sebahagian kecil bangsa Arab telah menamakan anak-anak mereka dengan nama tersebut dengan harapan merekalah orang yang dimaksudkan. Dan Allah swt Maha Mengetahui kepada siapa yang akan diberikan risalahNya" (Lihat: al-Nahjah al-Sawiyyah fi al-Asma’ al-Nabawiyyah)

♡Semoga kita semua sentiasa beroleh rahmat Allah swt dan syafaat daripada baginda Rasulullah saw di mahsyar kelak. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 12 Rabiul Awwal 1446H☆

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِی رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةࣱ لِّمَن كَانَ یَرۡجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلۡیَوۡمَ ٱلۡـَٔاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِیرࣰا

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Surah al-Aḥzāb 21]

#Dengan kedatangan 12 Rabiul Awwal, ramai di kalangan umat Islam mengingati peristiwa Maulidur Rasul saw walaupun sesetengahnya berpendapat Rasulullah dilahirkan pada tarikh yang lain. Sambutan diadakan bagi menzahirkan rasa syukur dengan kelahiran insan agung yang mulia ini yang menjadi penyambung risalah Ilahi kepada manusia sejagat.

#Berkata Imam Abu Syamah rahimahullah: "Termasuk perkara baru atau bid’ah yang dilakukan pada masa kita iaitu sambutan setiap tahun pada hari kelahiran Baginda saw dengan bersedekah, melakukan yang ma’ruf, menzahirkan perhiasan dan kegembiraan. Maka sesungguhnya disamping itu, melakukan ihsan kepada golongan fakir miskin adalah tanda kecintaan dan memuliakan Rasulullah saw dalam hati orang yang menyambutnya. Begitu juga merupakan tanda kesyukuran kepada Allah kerana diutusNya Rasulullah saw sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam.

#Imam Ibn Hajar al-Asqalani ketika ditanya tentang hukum perayaan Maulidur Rasul menjawab: Asal dalam amalan sambutan peringatan Maulid adalah bid’ah yang tidak diriwayatkan dari ulamak Salafus Soleh. Akan tetapi Maulid tersebut mengandungi banyak kebaikannya. Maka barangsiapa yang berusaha meraih kebaikan dalam Maulid dan menjauhi yang buruk, maka termasuk bid’ah yang baik (hasanah). Jika tidak, maka tidak disebut bid’ah hasanah" (Lihat: Al-Haawi Lil Fataawa oleh Imam Jalaluddin as-Suyuti)

#Sayidina Al-Abbas r.a bersyair sebagai tanda memuliakan baginda Rasulullah saw: "Di kala dikau dilahirkan, bumi bersinar terang hingga jelas pasak bumi tidak mampu untuk menanggung cahayamu dan kami dapat terus melangkah lantaran kerana terangnya cahaya dan jalan yang terpimpin" (Lihat: al-Mustadrak ala as-Sahihain)

#Oleh itu, sebagai tanda cinta, kasih, sayang dan tanda mengagungkan Rasulullah saw, maka hendaklah disemai dan dibajai dengan cinta kepada sunnahnya, cara hidupnya, perjuangannya, pengorbanannya dan risalah yang ditinggalkannya. Ikutilah Nabi saw dalam segenap aspek kehidupannya. Firman Allah swt:

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّـهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّـهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّـهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Surah Aali 'Imran 31]

#Berkata Imam Abu al-Hasan an-Nadwi:

1. Jika anda seorang pemuda, maka teladan yang paling elok dan paling cantik bagimu adalah Nabi Muhammad saw.
2. Jika anda telah mencapai umur tua, maka Baginda saw adalah contoh anda.
3. Jika anda fakir dan miskin, maka Baginda saw adalah teladan dan contoh bagi anda.
4. Jika anda kaya, maka Baginda saw imam anda.
5. Jika anda berangkat untuk berperang, maka Baginda saw juga turut serta berperang.
6. Jika kamu menginginkan perdamaian, maka Baginda saw akan memberikan kedamaian sebelum kamu memintanya.
7. Jika anda redha, maka Baginda saw pun redha.
8. Jika anda marah (tidak menerima sesuatu), maka Baginda saw pun demikian halnya. (Lihat: Garis Masa Hayat al-Rasul saw)

♡Rasulullah saw merupakan insan yang Allah swt menjadikannya sebagai qudwah (teladan) dan uswah (contoh) kepada kita semua untuk mencontohinya dalam segenap kehidupan kita. Ianya bukan sekadar dalam urusan amal ibadah sahaja, bahkan dalam seluruh jalan kehidupan kita. SALAM MAULIDUR RASUL SAW♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 10 Rabiul Awwal 1446H☆

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ * ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِینَ * ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ * مَـٰلِكِ یَوۡمِ ٱلدِّینِ * إِیَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِیَّاكَ نَسۡتَعِینُ * ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَ ٰ⁠طَ ٱلۡمُسۡتَقِیمَ * صِرَ ٰ⁠طَ ٱلَّذِینَ أَنۡعَمۡتَ عَلَیۡهِمۡ غَیۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَیۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّاۤلِّینَ

[Surah al-Fātihah 1-7]

#Surah al-Fatihah bermaksud surah pembukaan dan ia adalah surah makkiyah. Ia mempunyai tujuh ayat dan surah kelima yang diturunkan setelah penurunan permulaan surah al-Alaq, al-Qalam, al-Muzzammil dan permulaan surah al-Muddaththir. Nama panggilan bagi surah al-Fatihah adalah Ummul Quran dan Ummul Kitab.

#Surah al-Fatihah memiliki banyak kelebihan dan keistimewaannya, antaranya ialah:

1. Ia adalah cahaya. Belum pernah dianugerahkan kepada mana-mana Nabi sebelum baginda satu surah yang seumpama al-Fatihah. Sayidina Ibn 'Abbas r.a berkata: 

بينما جبريلُ قاعدٌ عند النبيِّ صلَّى الله عليه وسلَّم، سمِع نقيضًا من فوقه؛ فرفَع رأسَه، فقال: هذا بابٌ من السَّماء فُتِح اليوم، لم يُفتح قطُّ إلَّا اليوم، فنزل منه مَلَك، فقال: هذا ملَكٌ نزل إلى الأرض، لم ينزلْ قطُّ إلَّا اليوم، فسلَّم، وقال: أبشِرْ بنورَينِ أوتيتَهما، لم يُؤتَهما نبيٌّ قبلك: فاتحة الكتاب، وخواتيم سورة البقرة، لن تَقرأ بحرفٍ منهما إلَّا أُعطيتَه

"Satu ketika, Jibril duduk di sisi Nabi saw, beliau mendengar bunyi sesuatu dari arah atas lalu Jibril segera mendongak ke atas dan berkata: "Bunyi itu adalah bunyi satu pintu dari pintu-pintu langit yang dibuka pada hari ini. Ia tidak pernah dibuka sama sekali sebelum dari hari ini. Turun darinya satu malaikat." Kata Jibril lagi: "Malaikat ini turun ke bumi dan dia tidak pernah turun ke bumi sama sekali melainkan pada hari ini, dan dia memberi salam kepadamu dan berkata: "Terimalah khabar gembira dengan pemberian dua cahaya yang dianugerahkan kepada kamu (wahai Muhammad), di mana tidak pernah dianugerahkan keduanya kepada seorang nabipun sebelum kamu, iaitulah al-Fatihah dan beberapa ayat penutup surah al-Baqarah. Tidak kamu membaca satu huruf dari keduanya melainkan kamu akan dikurniakan cahayanya" (HR Muslim)

2. Dengan membaca surah al-Fatihah, terhasillah munajat antara seorang hamba dengan tuhannya. Nabi saw bersabda: 

"Sesiapa yang menunaikan satu solat dan dia tidak membaca di dalam solatnya Ummu al-Quran, maka solatnya itu tidak sempurna (baginda menyebutnya tiga kali)". Lalu ditanya kepada Abu Hurairah r.a: "Jika kami di belakang imam?" Jawab Abu Hurairah: "Bacalah ia di dalam diri kamu. Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: "Allah saw berfirman: "Aku telah bahagikan solat (surah al-Fatihah) antaraKu dengan hambaku dua bahagian. Untuk hambaKu apa-apa yang dipohonkannya. Maka apabila hamba ku berkata: "Alhamdulillahi rabbil alamin". Allah Taala akan berfirman: "HambaKu telah memujiKu." Apabila hamba itu membaca: "Arrahmanir rahim." Allah taala berfirman: "Hamba telah memuja-Ku." Apabila hamba itu membaca: "Malikiyaumiddin." Allah berfirman: "HambaKu telah mengagungkanKu." (dalam riwayat lain, Allah berfirman: "HambaKu telah menyerahkan (urusannya) kepadaKu") Apabila hamba itu membaca: "Iyyaka na'budu wa iyyaka" Allah Taala berfirman: "Di sini antaraKu dan hambaKu. Dan untuk hamba-Ku apa-apa yang dia pinta. Apabila hamba itu membaca: "Ihdinas siratal mustaqim, siratal ladzina an'amta 'alaihim, ghairil maghdubi 'alaihim waladh dhallin." Allah berfirman: "Permintaan ini  untuk hamba-Ku dan untuk hamba-Ku dia akan perolehi apa-apa yang dia pohon" (HR Muslim)  

3. Surah al-Fatihah adalah ayat jampi/ruqyah yang dapat memberi kesan kesembuhan dengan izin Allah swt. Imam an-Nawawi berkata:

"Sunat membaca kepada orang yang sakit dengan al-Fatihah berdasarkan hadis Nabi saw:

وَمَا أَدْرَاكَ أَنَّهَا رُقْيَةٌ ؟

"Tidakkah kamu ketahui surah al-Fatihah bersifat ruqyah"
(HR al-Bukhari dan Muslim)"

♡Semoga diberi kefahaman agar kita dapat memahami dan mengamalkan surah al-Fatihah ini dalam seluruh kehidupan kita. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 9 Rabiul Awwal 1446H☆

وَمِنَ ٱلَّیۡلِ فَتَهَجَّدۡ بِهِۦ نَافِلَةࣰ لَّكَ عَسَىٰۤ أَن یَبۡعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامࣰا مَّحۡمُودࣰا

"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji" [Surah al-Isrāʾ 79]

#Allah swt memuliakan hambaNya yang mendekatkan diri kepadaNya dan membina hubungan yang akrab melalui solat. Kemuliaan ini akan melahirkan sifat yang terpuji dan ketinggian iman kepada seseorang. Allah swt menggesa hambaNya agar melakukan solat malam dalam erti kata untuk membangunkan ketinggian rohani serta ketinggian maqam disisiNya.

#Solat malam mesti dijadikan amalan keutamaan seluruh umat Islam apatah lagi pendakwah dan para pemimpin Islam. Kekuatan dan kejituan fikrah diperolehi melalui solat malam ini. Melaluinya dosa dapat diampunkan dan ketinggian maqam tercapai.

#Sabda Rasulullah saw:

عَلَيْكُمْ بِقِيَامِ اللَّيْلِ فَإِنَّهُ دَأَبُ الصَّالِحِينَ قَبْلَكُمْ وَهُوَ قُرْبَةٌ إِلَى رَبِّكُمْ وَمَكْفَرَةٌ لِلسَّيِّئَاتِ وَمَنْهَاةٌ لِلْإِثْمِ

"Hendaklah kamu berqiamullail kerana ia adalah amalan kebiasaan para solehin sebelum kamu. Ia mendekatkan kamu dengan Tuhan, menghapus segala kejahatan dan mencegah daripada segala dosa" (HR at-Tirmizi)

#Antara sahabat Nabi saw yang wajar dicontohi sebagai ikon solat malam ialah Sayidina Abdullah bin Umar r.huma. Nabi saw bersabda kepadanya:

نعم الرجل عبد الله، لو كان يصلي من الليل

"Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah, jika ia menunaikan solat pada malam hari (qiyamullail)" (HR al-Bukhari)

#Apabila sabda Nabi ini disampaikan kepada beliau, Sayidina Abdullah bin Umar r.huma sentiasa bangun solat malam dan tidak pernah meninggalkannya sehinggalah beliau meninggal dunia.

#Seorang bekas hambanya bernama Nafi’ (نافع) berkata: "Setiap malam beliau akan bertanya: أسحرنا apakah telah masuk waktu sahur?. Jika dijawab oleh bekas hambanya itu: "Belum". Beliau akan menyambung solatnya sehinggalah apabila masuk waktu sahur beliau akan duduk, beristighfar dan berdoa sehingga masuk Subuh" (Lihat: Hilyah al-Awliyaa’ oleh Abi Nu’aim al-Asfahani).

*Demikianlah jadual malam beliau sehinggalah meninggal dunia.

#Kata Habib bin as-Syahid rahimahullah: "Pernah ditanya kepada Nafi’ (bekas hamba Ibn Umar): "Apa yang dilakukan oleh Ibn Umar di rumahnya?". Beliau menjawab: "Kamu tidak akan mampu melakukannya iaitulah berwudhuk bagi setiap kali hendak menunaikan solat dan sentiasa bersama mushaf al-Quran ketika waktu antara solat" (Lihat: al-Tabaqat al-Kubra oleh Ibn Sa’ad)

♡Sama-samalah kita berusaha dan berazam untuk menjadikan solat tahajjud sebagai salah satu rutin harian dalam kehidupan kita. Jom solat malam!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 7 Rabiul Awwal 1446H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُوا۟ مِمَّا فِی ٱلۡأَرۡضِ حَلَـٰلࣰا طَیِّبࣰا وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَ ٰ⁠تِ ٱلشَّیۡطَـٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوࣱّ مُّبِینٌ

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu" [Surah al-Baqarah 168]

#Disebutkan oleh Imam Ibnul Qayyim rahimahullah dalam Badai’ al-Fawaid: "Ada beberapa langkah syaitan dalam menyesatkan manusia, jika langkah pertama tidak berjaya, maka akan beralih pada langkah selanjutnya dan seterusnya. Antara langkah syaitan ialah:

1. Diajak pada kekafiran, kesyirikan serta memusuhi Allah dan RasulNya.
2. Diajak pada amalan yang tiada tuntunan syarak (bid'ah).
3. Diajak pada dosa besar (al-kabair). Contoh: makanan haram.
4. Diajak dalam dosa kecil (ash-shaghair).
5. Disibukkan dengan perkara mubah (yang sifatnya boleh, tidak ada pahala dan tidak ada dosa di dalamnya) hingga berlebihan.
6. Disibukkan dengan amalan yang kurang afdal, padahal ada amalan yang lebih afdal.
 
#Kita wajib pastikan dengan teliti bahawa makanan yang kita makan adalah benar-benar halal. Ini kerana makanan haram menyebabkan seseorang itu dihumban dalam azab neraka Jahannam.

#Daripada Sayidina Abu Bakar as-Shiddiq r.a berkata:

مَنْ نَبَتَ لَحْمُهُ مِنَ السُّحْتِ فَالنَّارُ أَوْلَى بِهِ

"Siapa yang dagingnya tumbuh dari pekerjaan yang tidak halal, maka neraka lebih layak untuknya" (HR Ibnu Hibban dan al-Hakim)

#Makanan halal menjanjikan keberkatan. Makanan halal menjanjikan kehancuran.

وَالْقَلِيلُ مِنْ الْحَلَالِ يُبَارَكُ فِيهِ وَالْحَرَامُ الْكَثِيرُ يَذْهَبُ وَيَمْحَقُهُ اللَّهُ تَعَالَى

"Sedikit dari yang halal itu lebih membawa berkah di dalamnya. Sedangkan yang haram yang jumlahnya banyak hanya cepat hilang dan Allah akan menghancurkannya" (Majmu’ah al-Fatawa)

#Orang yang gemar makanan haram dan tidak peduli makanan halal maka mereka mewarisi sifat buruk orang-orang yahudi. Firman Allah swt:

وَتَرَىٰ كَثِیرࣰا مِّنۡهُمۡ یُسَـٰرِعُونَ فِی ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَ ٰ⁠نِ وَأَكۡلِهِمُ ٱلسُّحۡتَۚ لَبِئۡسَ مَا كَانُوا۟ یَعۡمَلُونَ

"Dan engkau lihat kebanyakan dari mereka (orang Yahudi) berlumba-lumba pada melakukan dosa dan pencerobohan serta memakan yang haram. Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan"

لَوۡلَا یَنۡهَىٰهُمُ ٱلرَّبَّـٰنِیُّونَ وَٱلۡأَحۡبَارُ عَن قَوۡلِهِمُ ٱلۡإِثۡمَ وَأَكۡلِهِمُ ٱلسُّحۡتَۚ لَبِئۡسَ مَا كَانُوا۟ یَصۡنَعُونَ

"Alangkah baiknya kalau ketua-ketua ugama dan pendita-pendita mereka melarang mereka dari mengeluarkan perkataan-perkataan yang dusta dan dari memakan yang haram? Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan" [Surah al-Māʾidah 62-63]

#Jom amalkan doa yang diajar oleh baginda Rasulullah saw agar dijauhkan kita dengan rezeki yang haram.

اللَّهُمَّ اكْفِني بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

"Ya Allah cukupkanlah aku dengan yang halal dan jauhkanlah aku dari yang haram, dan cukupkanlah aku dengan kurniaanMu dari bergantung pada selainMu" (HR at-Tirmidzi, Ahmad dan al-Hakim)

♡Semoga Allah swt mengurniakan kepada kita rezeki yang halal lagi barakah. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 5 Rabiul Awwal 1446H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُوا۟ مِمَّا فِی ٱلۡأَرۡضِ حَلَـٰلࣰا طَیِّبࣰا وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَ ٰ⁠تِ ٱلشَّیۡطَـٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوࣱّ مُّبِینٌ

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu" [Surah al-Baqarah 168]

#Allah swt menyatakan dengan jelas bahawa salah satu daripada etika dan peraturan berkaitan makan minum ialah makan makanan dari sumber yang halal lagi baik.

#Memakan makanan yang halal dan suci mempunyai hubungan yang erat dengan amalan kebaikan, sebaliknya memakan makanan yang haram dan kotor tidak mendatangkan keberkatan sekaligus menjauhkan seseorang itu daripada rahmat Allah swt.

#Berkata Imam Sahl bin 'Abdullah rahimahullah: "Keselamatan itu terletak pada tiga perkara iaitu makan makanan yang halal, melaksanakan perkara fardu atau wajib dan mencontohi Nabi saw".

#Seorang Tabi’in yang masyhur, Imam Yusuf ibn Asbat rahimahullah pernah memberikan perumpamaan yang menarik berkenaan penjagaan makanan. Kata beliau:

إذا تعبد الشاب يقول إبليس: انظروا من أين مطعمه؟ فإن كان مطعمه مطعم سوء، قال: دَعُوه، لا تَشتغلوا به، دَعُوه يجتهد ويَنْصَب، فقد كفاكم نفسَه

"Sekiranya seorang pemuda sibuk beribadah, maka Iblis akan berkata:" Cuba perhatikan apa yang dia makan? Sekiranya dia makan dari makanan yang jahat (kotor), maka tidak perlu kita ganggu dia. Biarlah dia beribadah (dan dalam badannya penuh dengan makanan kotor), kerana makanan yang kotor itu telah memadai buat kita" (Lihat: al-Bayhaqi, al-Zuhd al-Kabir)

#Imam al-Ghazali rahimahullah pernah menukilkan pandangan daripada Imam Ahmad rahimahullah yang menyatakan bahawa isu pemakanan adalah sebahagian dari urusan agama. Ini kerana Allah mengaitkan makanan yang halal dengan urusan ibadah. Kata Imam Ahmad:

أما علمت أن الأكل من الدين قدمه الله تعالى على العمل الصالح فقال: "كلوا من الطيبات واعملوا صالحاً

"Tidakkah kamu ketahui bahawa urusan makanan ini adalah sebahagian dari agama. Dalam al-Quran, Allah menyebut urusan makanan dahulu sebelum amal soleh. Firman Allah: "Dan makanlah makanan yang baik kemudian lakukanlah amal soleh" (Ihya Ulumuddin)

#Oleh yang demikian, pedulilah berkaitan apa yang kita makan samada halal atau haram. Hal ini kerana di akhir zaman, kebanyakan manusia tidak peduli berkaitan apa yang disuap ke dalam mulutnya atau mulut ahli keluarganya samada halal atau haram. Yang penting makan.

#Rasulullah saw pernah mengingatkan kita mengenai sebuah fenomena yang akan melanda pada umat ini iaitu mereka tidak lagi mempedulikan perkara halal atau haram. Sabda baginda saw:

يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ، لاَ يُبَالِي المَرْءُ مَا أَخَذَ مِنْهُ، أَمِنَ الحَلاَلِ أَمْ مِنَ الحَرَامِ

"Akan datang satu zaman nanti, seorang lelaki tidak mempedulikan dari mana sumber (makanan/pendapatan) yang diambil, apakah dari halal atau perkara yang haram" (HR al-Bukhari)

♡Islam amat menitikberatkan serta mengambil perhatian berkaitan isu makanan halal. Jangan anggap remeh kerana isu halal haram berkait rapat dengan masa depan kita di akhirat samada bahagia atau binasa♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 3 Rabiul Awwal 1446H☆

وَإِلَىٰ ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا ۗ قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُ ۖ قَدْ جَاءَتْكُم بَيِّنَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ ۖ هَٰذِهِ نَاقَةُ اللَّهِ لَكُمْ آيَةً ۖ فَذَرُوهَا تَأْكُلْ فِي أَرْضِ اللَّهِ ۖ وَلَا تَمَسُّوهَا بِسُوءٍ فَيَأْخُذَكُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

"Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata (mukjizat) dari Tuhan kamu; ini adalah seekor unta betina (dari) Allah sebagai keterangan bagi kamu (membuktikan kebenaranku). Oleh itu, biarkanlah unta itu mencari makan di bumi Allah, dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (kalau kamu menyentuhnya) maka kamu akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya" [Surah al-A’raf 73]

#Menurut Imam Ibnu Kathir rahimahullah: "Kaum Nabi Soleh digelar sebagai kaum Thamud yang diambil dari nama nenek moyang mereka iaitu Thamud saudara kepada Jadis. Mereka berdua merupakan anak kepada ‘Abir bin Iram bin Sam bin Nuh berbangsa arab asli dan menetap di al-Hijr yang terletak di antara Hijaz dan Tabuk, juga dikatakan terletak di antara kota Madinah dan Tabuk.

#Al-Hijr atau dikenali sebagai Madain Soleh merupakan perkampungan kaum Nabi Soleh yang terletak berhampiran dengan al-‘Ula. Penduduk kaum Nabi Soleh dianugerahkan umur yang panjang, dan mereka tinggal di kawasan bukit-bukit batu dengan menebuk dan membina rumah di dalamnya.

#Kaum Thamud merupakan kaum yang dimurka dan diazab oleh Allah swt atas pendustaan mereka terhadap rasul yang diutuskan. Kisah mereka meminta bukti tentang kebenaran agama yang disampaikan oleh Nabi Soleh Alaihissalam. Lalu Allah swt memperkenankan doa Baginda dan permintaan kaumnya dengan mengeluarkan seekor unta betina daripada batu besar sebagai bukti kepada mereka.

#Setelah kejadian itu, Nabi Soleh memerintahkan kaumnya supaya memelihara dan menjaga unta tersebut serta anaknya dengan baik. Namun atas sikap kufur dan ingkar, unta tersebut dan anaknya dibunuh lantas Allah swt menurunkan azab ke atas mereka kerana pendustaan dan pelanggaran yang mereka lakukan.

#Nabi saw berpesan supaya kita tidak masuk ke kawasan yang pernah diturunkan azab oleh Allah swt, malahan apabila Baginda saw melalui kawasan tersebut, Baginda saw berjalan laju serta menutupi kepala dan bersegera meninggalkan kawasan tersebut.

#Diriwayatkan oleh Sayidina Ibn Umar r.huma katanya: "Ketika Nabi saw lalu di kawasan al-Hijr, Baginda bersabda:" Janganlah kamu masuk ke kawasan orang-orang yang mezalimi dirinya sendiri, kerana sesungguhnya dibimbangi kalian akan ditimpa musibah seperti mana musibah yang menimpa mereka, melainkan kalian masuk dalam keadaan bersedih". Lalu Baginda menutup kepalanya dan cepat berlalu pergi sehingga menyeberangi lembah tersebut" (HR al-Bukhari)

#Kebanyakan ulamak dalam kalangan mazhab Syafi’i, Maliki dan Hanbali menyatakan bahawa makruh memasuki kawasan yang diazab oleh Allah swt melainkan masuk dengan perasaan takut ke atas azab Allah swt di samping mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku serta tidak berlama-lama berada di tempat tersebut.

#Menurut Ibn Battal sekiranya berkunjung ke tempat yang diazab oleh Allah dalam keadaan gembira dan seumpamanya, maka dikhuatiri akan ditimpa azab sebagaimana mereka sebelum ini.

♡Ambillah iktibar terhadap umat-umat terdahulu yang dibinasakan, sebagai pedoman dan panduan dalam hidup agar kita tidak dibinasakan seperti mereka kerana engkar perintah Allah swt♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 2 Rabiul Awwal 1446H☆

فِی قُلُوبِهِم مَّرَضࣱ فَزَادَهُمُ ٱللَّهُ مَرَضࣰاۖ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِیمُۢ بِمَا كَانُوا۟ یَكۡذِبُونَ

"Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran)" [Surah al-Baqarah 10]

#Antara tanda seseorang itu tergolong dalam kalangan orang  munafik ialah mereka yang di dalam hatinya terdapat perasaan hasad dengki.

#Perasaan hasad dengki merupakan satu sifat yang terlarang dalam Islam, dan Allah swt mengarahkan agar kita meminta perlindungan kepada Allah dari kejahatan sifat dengki.

وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

"Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya" [Surah al-Falaq 5]

#Sabda Baginda Nabi saw:

إِيَّاكُمْ وَالْحَسَدَ فَإِنَّ الْحَسَدَ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ الْحَطَبَ

"Hendaklah kalian menjauhi sifat hasad dengki, kerana ia menghapuskan kebaikan, sepertimana api menghanguskan kayu" (Sunan Abi Dawud)

#Antara perkara yang diharamkan oleh Nabi saw ialah at-Tanafus التنافس iaitu:

"Persaingan hendakkan terkenal lebih dari kawan-kawannya, berbesar diri (takabbur) terhadap mereka, bersaing untuk mengetuai mereka, berlaku zalim terhadap mereka dan hasad (berharap hilangnya kelebihan dari orang lain) terhadap kurniaan Allah kepada mereka" (Ibn 'Abdil Barr di dalam at-Tamhid)

#Oleh itu, tersangatlah beruntung sesiapa yang hatinya tidak mengandungi hasad dengki dan kebencian. Dia seolah-olah tengah berjalan di atas jalan pintas ke syurga.

#Ahli Zuhud di Damsyik, Syeikh Qasim bin 'Uthman al-Ju'i berkata:

وأقصر طرق الجنة ‌سلامة ‌الصدر

"Jalan paling pendek ke syurga adalah (memiliki) hati yang sihat" (Lihat: Tarikh Dimashq)

♡Bersihkan hati kita daripada hasad dengki dan penuhkan hati kita dengan iman dan kasih sayang♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 30 Safar 1446H☆
 
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia suka kepada perkara-perkara yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan" [Surah Aali Imran 14]

#Allah swf mencipta setiap makhluk itu secara berpasang-pasangan seperti lelaki dan wanita, siang dan malam, langit dan bumi, sejuk dan panas dan sebagainya. Akan tetapi, Allah swt telah memilih manusia sebagai makhluk yang paling istimewa kerana dikurniakan akal fikiran.

#Antara tujuan lain Allah swt menciptakan manusia adalah untuk menguji mereka dengan ditimpa ujian-ujian supaya Allah swt mengetahui siapakah di antara mereka yang paling baik amalannya. Di samping itu juga, Allah swt menjadikan wanita sebagai salah satu ujian atau fitnah buat kaum lelaki. Sabda Nabi saw:
 
مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ

"Tidak aku tinggalkan selepas daripadaku yang lebih berbahaya ke atas kaum lelaki daripada wanita" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Dalam riwayat daripada Sayidina Abu Sa’id al-Khudri r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
 
فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاءَ فَإِنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِي إِسْرَائِيلَ كَانَتْ فِي النِّسَاءِ

"Berhati-hatilah dengan dunia dan berhati-hatilah dengan (fitnah) wanita. Sesungguhnya fitnah terawal yang berlaku pada golongan Bani Israil adalah pada wanita" (HR Muslim)

#Tercatat dalam sejarah bahawa terbunuhnya Sayidina Ali bin Abi Talib r.a disebabkan wanita. Wallahua'lam.

#Diriwayatkan bahawa orang yang membunuh Sayidina Ali bin Abi Talib r.a ialah Abdul Rahman bin Amr yang terkenal sebagai Ibn Muljam atau Abdul Rahman bin Muljam. Dialah yang membunuh Sayidina Ali bin Abi Talib r.a. Disebut dalam kitab-kitab sejarah, Ibn Kathir dalam al-Bidayah wan Nihayah ada menyebut bahawa Abdul Rahman bin Muljam meminang seorang wanita anak kepada seorang khawarij yang telah dibunuh oleh Sayidina Ali dalam peperangan menghadapi golongan khawarijLalu anak perempuan itu menaruh dendam.

Apabila Abdul Rahman bin Muljam masuk meminang, wanita itu meletakkan salah satu mahar perkahwinannya ialah membunuh balas ke atas Sayidina Ali yang telah membunuh ayahnya. Wanita yang dimaksudkan ini, dikatakan namanya Qitham (قطام), dia juga seorang wanita yang amat cantik dan terkenal dengan kecantikannya. Lalu Abdul Rahman bin Muljam memenuhi permintaan wanita ini, membunuh Sayidina Ali bin Abi Talib r.a.

Selain itu, dia juga meminta lebih kurang tiga ribu dirham, seorang hamba dan ada permintaan lain lagi sebagai mahar perkahwinannya dan semuanya dipenuhi oleh Abdul Rahman bin Muljam.

#Lihatlah, betapa bahayanya fitnah wanita, disebabkan kerana cinta sehingga sanggup membunuh seorang khalifah, menantu Nabi saw dan juga seorang yang dijamin syurga.

♡Dahsyatnya fitnah wanita. Maka berwaspada dan sentiasa berdoa agar Allah menjadikan wanita yang berada disamping kita adalah insan solehah dan bertaqwa yang dijauhi daripada sebarang fitnah. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 28 Safar 1446H☆

وَكَانَ أَمۡرُ ٱللَّهِ قَدَرࣰا مَّقۡدُورًا

"Dan adalah ketetapan Allah itu suatu ketetapan yang pasti berlaku" [Surah al-Aḥzāb 38]

#Kita hanya mampu merancang dan berimpian, namun Allah swt yang menentukan dan menetapkan kejadian sesuatu perkara. Dan ketetapan Allah pasti berlaku mengikut kehendakNya.

#Jom hayati kisah dibawah ini, memahami bagaimana perancangan manusia dan juga ketentuan Allah swt!!...

#Berkata Sayidatina Ummu Salamah r.ha kepada suaminya Sayidina Abu Salamah r.a:

"Telah sampai kepadaku bahawa tiada seorang perempuan yang kematian suaminya, suaminya itu pula dari kalangan ahli syurga, lalu perempuan itu tidak berkahwin lagi selepas kematian suaminya tersebut, maka pasti Allah akan menghimpunkan mereka berdua di dalam syurga"

Sambung Ummu Salamah: "Mari wahai suamiku, kita berjanji bahawa kamu tidak akan berkahwin lagi selepas kematianku. Aku juga tidak akan berkahwin lagi selepas kematianmu".

Jawab Sayidina Abu Salamah kepada isterinya:"Apakah kamu taat kepadaku?" Jawab Ummu Salamah: "Ya"

Suaminya, Abu Salamah menyambung: "Jika aku yang meninggal dahulu, kamu berkahwinlah (dengan orang-orang lain)." Seterusnya Abu Salamah berdoa:

اللَّهُمَّ ارْزُقْ أُمَّ سَلَمَةَ بَعْدِي رَجُلًا خَيْرًا مِنِّي ، لَا يُحْزِنُهَا وَلَا يُؤْذِيهَا

"Ya Allah, rezekikanlah kepada isteriku Ummu Salamah selepas kematianku seorang suami yang lebih baik dariku, yang tidak mendatangkan kesedihan kepadanya dan tidak menyakitinya".

Cerita Ummu Salamah lagi: "Apabila Abu Salamah meninggal dunia, aku berkata: "Siapakah lelaki yang lebih baik daripada Abu Salamah?"

Selang beberapa hari, tiba-tiba datang Rasulullah saw, berdiri di hadapan pintu, menyatakan pinangan baginda kepada Ummu Salamah melalui anak saudara atau anak Ummu Salamah. Kata Ummu Salamah: "Apakah aku perlu menolak pinangan Rasulullah atau aku bawa keluargaku (anak-anakku) bersama baginda." Kemudian baginda datang pada keesokan harinya meminang (Ummu Salamah dan dijadikan isteri baginda)" (Lihat: Siyar A'lam an-Nubalaa')

♡Kita merancang, Allah menentukan berdasarkan ketentuanNya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 26 Safar 1446H☆

وَلَوۡ یُعَجِّلُ ٱللَّهُ لِلنَّاسِ ٱلشَّرَّ ٱسۡتِعۡجَالَهُم بِٱلۡخَیۡرِ لَقُضِیَ إِلَیۡهِمۡ أَجَلُهُمۡۖ فَنَذَرُ ٱلَّذِینَ لَا یَرۡجُونَ لِقَاۤءَنَا فِی طُغۡیَـٰنِهِمۡ یَعۡمَهُونَ

"Dan kalau Allah menyegerakan bagi manusia azab sengsara yang mereka minta disegerakan, sebagaimana mereka minta disegerakan nikmat kesenangan, nescaya binasalah mereka dan selesailah ajal mereka. Oleh itu, (Kami tidak menyegerakan azab yang dimintanya), Kami biarkan orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami itu meraba-raba dalam kesesatannya" [Surah Yūnus 11]

#Allah swt memaklumkan kepada kita bahawa sesiapa yang berdoa memohon keburukan samada untuk dirinya atau orang lain yang dilakukan dalam keadaan dipengaruhi perasaan marah, tidak akan dimustajabkan permohonannya.

#Imam Ibnu Kathir ketika menafsirkan ayat ini berkata: "Allah mengkhabarkan berkaitan kesantunan dan kehalusanNya terhadap para hamba, bahawa Dia tidak akan memustajabkan untuk mereka apabila mereka berdoa keburukan untuk diri, harta atau anak-anak ketika dalam keadaan tertekan dan marah. Dia Maha Mengetahui, mereka tidak bermaksud mahu diperkenankan apa yang dipinta tersebut. Kerana itu Dia tidak akan memustajabkan untuk mereka dalam keadaan tersebut, kerana sifat kehalusan dan belasNya, sepertimana Dia memustajabkan untuk mereka apabila berdoa kebaikan, keberkatan yang melimpah untuk diri, harta dan anak-anak. Kerana itu Allah berfirman: "Dan kalau Allah menyegerakan bagi manusia azab sengsara yang mereka minta disegerakan, sebagaimana mereka minta disegerakan nikmat kesenangan, nescaya binasalah mereka.. Iaitulah jika Allah memustajabkan untuk mereka setiap yang mereka minta (sekalipun keburukan), sudah tentu perkara itu akan membinasakan mereka. Sekalipun begitu, (kita) tidak sepatutnya banyak membuat permintaan seperti itu.."

#Oleh itu, kita dianjurkan agar memperbanyakkan beristighfar memohon keampunan dan permohonan agar sentiasa dilindungi dan dijauhkan daripada sebarang keburukan, bala bencana, kecelakaan dan kebinasaan di samping memohon dilimpahkan kebaikan dan kurniaan yang banyak.

#Contohilah doa nabi saw dalam memohon. Baginda sentiasa memohon agar dikurniakan kebaikan walaupun doa yang diungkap adalah celaan yang berlaku ketika baginda marah. Sabda Nabi saw:

اَللَّهُمَّ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ فَأَيُّ الْمُسْلِمِيْنَ لَعَنْتُهُ، أَوْ سَبَبْتُهُ فَاجْعَلْهُ لَهُ زَكَاةً وَأَجْراً

"Ya Allah, daku ini hanyalah seorang manusia. Maka mana-mana dari kalangan orang Islam yang daku melaknat dan mencelanya, jadikanlah untuknya pembersihan dosa dan pahala" (HR Muslim)

#Diterangkan doa diatas dalam riwayat Muslim yang lain, Sayidatina Aisyah r.ha menceritakan: "Ada dua orang lelaki masuk menemui Rasulullah saw, mereka berdua berbicara dengan baginda berkaitan satu perkara yang daku tidak tahu apa perkara tersebut. Mereka berdua telah menjadikan baginda marah, maka baginda memaki dan mencela dan mencerca mereka berdua".

#Celaan dan cercaan baginda kepada mereka berdua disebabkan keduanya melakukan perkara yang dimurkai oleh Allah swt. Sayidatina 'Aisyah menceritakan: "Tidak pernah baginda marah kerana mempertahankan diri baginda sama sekali, melainkan baginda akan marah jika membabitkan kemuliaan Allah, maka baginda marah kerana Allah" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Hadis ini menunjukkan sekalipun celaan dan cercaan baginda tersebut tidak dimakbulkan, kerana baginda mengungkapkannya dalam keadaan marah, namun baginda tetap mengharapkan ia ditukar kepada penghapusan dosa, pahala dan rahmat.

#Itulah kemuliaan Rasulullah saw yang sentiasa mengharapkan kebaikan kepada semua umatnya sekalipun dalam keadaan baginda marah.

♡Berdoalah memohon perkara yang baik-baik untuk diri, keluarga, harta benda, masa depan dan untuk orang lain. Semoga sentiasa dimakbulkan. Janganlah sesekali memohon keburukan samada ketika tenang mahupun ketika marah. Jom berdoa kebaikan!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 25 Safar 1446H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِذَا نُودِیَ لِلصَّلَوٰةِ مِن یَوۡمِ ٱلۡجُمُعَةِ فَٱسۡعَوۡا۟ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَذَرُوا۟ ٱلۡبَیۡعَۚ ذَ ٰ⁠لِكُمۡ خَیۡرࣱ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)" [Surah al-Jumuʿah 9]

#Hari Jumaat adalah hari yang mulia lagi agung. Penghulu segala hari dan hari diwajibkan umat Islam berhimpun bagi menunaikan kewajipan solat fardhu Jumaat pada setiap minggu. Yang afdhalnya ialah datang awal ke masjid atau bersegera menghadiri solat Jumaat.

قال عبد اللّه: سارعوا إلى الجمُعةِ، فإن اللّه عز وجل يَبْرُز لأهلِ الجنة في كل جُمعَة في كَثِيبٍ مِنْ كافور فيكونون منه في القُرب على قدر تسارعهم إلى الجمعة

"Telah berkata Sayidina Abdullah ibn Masud: Wahai orang beriman! bersegeralah kamu menghadiri masjid untuk solat Jumaat, kerana sesungguhnya Allah swt akan menampakkan wajahNya untuk ahli Syurga pada setiap Jumaat di atas satu bukit pasir, maka kedudukan seseorang pada waktu itu bergantung sejauh mana segeranya dia dalam menghadiri solat Jumaat di dunia" (Riwayat at-Tabrani dalam al-Kabir)

#Hari Jumaat menjanjikan pelbagai kelebihan dan ganjaran, antaranya ialah:

1. Hari Penghapus Dosa

Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi saw bersabda:

الصَّلَاةُ الْخَمْسُ، وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ، كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ، مَا لَمْ تُغْشَ الْكَبَائِرُ

"Solat lima waktu, Jumaat kepada Jumaat berikutnya merupakan kaffarah (penghapus dosa) di antara keduanya selagimana tidak melakukan dosa besar" (HR Muslim)

#Imam an-Nawawi menyatakan setiap yang disebut di dalam hadith tersebut boleh menghapuskan dosa sekiranya terdapat dosa kecil untuk dihapuskan. Sekiranya tidak terdapat dosa kecil atau besar maka akan dicatat baginya kebaikan dan diangkat darjatnya. Sekiranya terdapat dosa besar dan tidak terdapat dosa kecil, mudah-mudahan perkara tersebut dapat meringankan dosa besar yang dilakukan. (Lihat: al-Minhaj)

2. Permohonan tidak akan ditolak.

عن مجاهد عن بن عباس قال : اجتمع أبو هريرة وكعب فقال أبو هريرة : إن في يوم الجمعة لساعة لا يوافقها رجل مسلم يسأل الله تعالى فيها خيراً الا آتاه إياه

Daripada Mujahid bahawa Sayidina Ibnu Abbas r.a berkata: "Pada satu hari Sayidina Abu Hurairah telah bertemu Sayidina Kaab lalu Sayidina Abu Hurairah berkata: Pada hari Jumaat ini adanya satu masa dimana tidaklah seorang muslim itu memohon apa sahaja perkara kebaikan melainkan Allah akan menyempurnakan permintaan tersebut" (Athar yang diriwayatkan dalam Musannaf Abdur Razzaq)

3. Sedekah pada semulia-mulia hari

أن للصدقة فيه مزية عليها في سائر الأيام، والصدقة فيه بالنسبة إلى سائر أيام الأسبوع ، كالصدقة في شهر رمضان بالنسبة إلى سائر الشهور.

"Bersedekah pada hari Jumaat ini lebih mulia berbanding hari-hari lain, besarnya nilai gandaan ganjaran bersedekah pada hari Jumaat berbanding hari-hari lain adalah seperti besarnya pahala amalan pada bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lain" (Lihat: Zad al-Maad, Imam Ibnul Qayyim)

4. Terdapat amalan mulia untuk dilakukan.

ويسن كثرة الصدقة وفعل الخير في يومها وليلتها، ويكثر من الصلاة على رسول الله صلى الله عليه وسلم في يومها وليلتها

"Imam as-Syafie apabila berkata tentang hari Jumaat beliau menyebutkan: Disunatkan untuk perbanyakkan sedekah dan melakukan perkara kebaikan pada siang dan malam hari tersebut, juga digalakkan untuk perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah saw pada siang dan malamnya juga" (Dinaqal dalam kitab Tuhfah al-Habib ala Syarah al-Khati)

♡Ayuh, bersungguhlah kita memburu kelebihan dan ganjaran yang dijanjikan di hari Jumaat yang mulia lagi barakah ini♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 23 Safar 1446H☆

قُلۡ مَا یَعۡبَؤُا۟ بِكُمۡ رَبِّی لَوۡلَا دُعَاۤؤُكُمۡۖ فَقَدۡ كَذَّبۡتُمۡ فَسَوۡفَ یَكُونُ لِزَامَۢا

Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): "Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepadaNya; (apabila kamu telah mengetahui bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghargai seseorang pun melainkan kerana doa ibadatnya) maka sesungguhnya kamu telahpun menyalahi (ketetapan Tuhanku itu); dengan yang demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu" [Surah al-Furqān 77]

#Dalam ayat akhir Surah al-Furqan ini, Allah swt memaklumkan bahawa keselamatan kita di dunia dan akhirat terletak kepada doa dan ibadah kita.

#Berkata ulamak tafsir: "Allah menggunakan perkataan 'tidak menghargai' bagi menunjukkan Allah swt tidak memerlukan kepada kita atau ibadah kita sama sekali. Yang perlu adalah kita untuk memohon dan meminta hanya kepadanya untuk segala-galanya. Kejayaan dan keselamatan manusia itu apabila dia menyembah Tuhannya, bermunajat kepadaNya, memohon kepadaNya dan bergantung segala urusan kepadaNya.

#Doa adalah senjata yang ampuh bagi orang mukmin. Islam mengajar disamping kita berusaha sehabis daya, maka sebagai makhluk, kita serahkan segala keputusan kepada pemilik segalanya. Sebagai muslim yang beriman, kita percaya dan yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama dan sentiasa memberi perlindunganNya kepada kita.

#Doa adalah otak atau intipati kepada keseluruhan ibadah. Bahkan doa dan ibadah adalah penyelamat kita didunia dan akhirat.

#Rasulullah saw bersabda:

لا يَرُدُّ القَضَاءَ إلَاّ الدُّعاءُ

"Tidak ditolak satu-satu takdir ketentuan melainkan dengan doa" (HR at-Tirmizi)

#Hadis ini menyarankan untuk berdoa kerana hakikat kepada takdir Allah swt itu tidak diketahui. Dengan doa boleh merubah takdir jika diperkenankan Allah swt dan menyelamatkan masa depan akhirat kita.

#Nabi saw juga menyebut dalam sabdanya:

لَيْسَ شَيْءٌ أَكْرَمُ عَلَى اللهِ تَعَالَى مِنَ الدُّعَاءِ

"Tidak ada sesuatu yang paling mulia bagi Allah Ta’ala daripada doa" (HR Ahmad, al-Bukhari dalam Adabul Mufrad, at-Tirmidzi dan al-Hakim)

#Daripada Sayidina Ibn Umar r.a, Nabi saw bersabda:

إِنَّ الدُّعَاءَ يَنْفَعُ مِمَّا نَزَلَ وَمِمَّا لَمْ يَنْزِلْ، فَعَلَيْكُمْ عِبَادَ اللهِ بِالدُّعَاءِ

"Sesungguhnya doa bermanfaat terhadap apa yang telah diturunkan dan apa yang belum diturunkan. Hendaklah kamu berdoa wahai hamba Allah"
(HR at-Tirmizi)

#Orang yang enggan berdoa, maka dia tergolong dalam kalangan orang yang rugi dan binasa, bahkan dikategorikan mereka yang angkuh lagi sombong. Dan mereka bakal dihumban ke dalam neraka Jahannam. Firman Allah swt:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدۡعُونِیۤ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡۚ إِنَّ ٱلَّذِینَ یَسۡتَكۡبِرُونَ عَنۡ عِبَادَتِی سَیَدۡخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِینَ

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina" [Surah Ghāfir 60]

#Allah swt mengatakan orang yang tidak berdoa dan tidak melakukan ibadah kepada Allah bakal diazab di dalam nerakaNya dengan penuh kehinaan dan kesengsaraan.

♡Sentiasalah berdoa, kerana ia merupakan sifat seorang hamba dan menghindari dari sifat takabbur dan sombong. Ingatlah, kita adalah hamba yang lemah dan sentiasa berharap kepadaNya. Doa dan ibadah bakal menyelamatkan kita. Jom doa!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join telegram:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT: BAIK PULIH TERRANO SEBAGAI KENDERAAN AMAL GENG TALAQQI EHSAN INSAN BUDIMAN*

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/BAIK-PULIH-TERANO-GT

Assalamualaikum wbt..

*Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, seorang insan budiman telah mewaqafkan sebuah kenderaan berjenama Nissan Terrano untuk kegunaan Geng Talaqqi dalam gerak kerja dakwah dan kebajikan Geng Talaqqi*

Untuk makluman, kenderaan ini perlu dibaik pulih agar lebih memuaskan dalam gerak kerja kebajikan terutama untuk perjalanan jauh seluruh semenanjung Malaysia.

*KOS YANG DIPERLUKAN: RM15 RIBU*

*_Antara yang perlu diservis dan dibaik pulih ialah:_*

1. Servis enjin
2. Tukar 4 tayar
3. Ganti sparepart
4. Cat
5. Pemasangan sticker Geng Talaqqi
6. Pembayaran roadtax/insurance dll

Dengan ini, Geng Talaqqi merayu pada semua penyumbang agar sama-sama membantu untuk baik pulih kenderaan waqaf ini untuk kegunaan misi dakwah dan kebajikan Geng Talaqqi di seluruh semenanjung Malaysia, InsyaAllah.

*Semoga JARIAH kecil ini akan membawa satu HASILAN yang besar ketika kita bertemu denganNYA nanti*

JOM REBUT PELUANG KEEMASAN PAHALA BERGANDA DI HARI JUMAAT YANG MULIA INI. *Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Toyyib Pay:*

https://toyyibpay.com/BAIK-PULIH-TERANO-GT

*Atau terus ke akaun:*

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: BAIK PULIH TERRANO GT

*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*

📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/BaikPulihTerranoGT

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/BaikPulihTerranoGT

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/BaikPulihTerranoGT

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/BaikPulihTerranoGT

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 15 Rabiul Awwal 1446H☆

مُّحَمَّدࣱ رَّسُولُ ٱللَّهِۚ

"Nabi Muhammad (saw) ialah Rasulullah.." [Surah al-Fatḥ 29]

#Rasulullah saw adalah Rasul dan juga utusan Allah yang diutuskan untuk menyampaikan dakwah dan diikuti oleh manusia sama ada perintahnya mahupun akhlaknya bahkan sirahnya ditekuni untuk diamalkan dan diiktibar, begitu juga kehidupannya.

#Ini bertepatan dengan firman Allah swt:

لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ ‎

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik" [Surah al-Ahzab 21]

#Imam al-Sarkhasi rahimahullah ketika mentafsirkan firman Allah swt berkaitan tugasan Rasulullah saw:

لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ

"Supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka" [Surah an-Nahl 44]

#Katanya, adalah Rasulullah saw diperintahkan untuk menerangkan kepada manusia dan sesungguhnya kami mengetahui bahawa Rasulullah saw menerangkan semuanya (Lihat: Usul al-Sarkhasi)

#Rasulullah saw ditugaskan untuk membetulkan tauhid manusia dan beribadah dengan penuh keikhlasan.

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أَمَّةٍ رَّسُولاً أَنِ اعْبُدُوا اللهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan):" "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah thagut itu" [Surah an-Nahl 36]

#Rasulullah saw juga ditugaskan untuk menyampaikan berita gembira dan berita kesengsaraan kepada umatnya.

وَمَا نُرۡسِلُ ٱلۡمُرۡسَلِینَ إِلَّا مُبَشِّرِینَ وَمُنذِرِینَۖ فَمَنۡ ءَامَنَ وَأَصۡلَحَ فَلَا خَوۡفٌ عَلَیۡهِمۡ وَلَا هُمۡ یَحۡزَنُونَ

"Dan tiadalah Kami utuskan Rasul-rasul itu melainkan sebagai pembawa berita gembira dan pembawa amaran; kemudian sesiapa yang beramal soleh, maka tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka tidak akan berdukacita" [Surah al-Anʿām 48]

#Rasulullah saw juga adalah qadhi yang memutuskan pertelingkahan antara sesama Muslim dan menghukum. Hal ini terdapat dalam hadis riwayat al-Bukhari.

#Rasulullah saw telah diutuskan kepada manusia untuk menunjukkan agama yang benar dan jalan yang benar. Semua rasul membawa agama yang sama iaitu agama yang mentauhidkan Allah dan tidak menyembah selain dari Allah. Para rasul ditugaskan untuk memberi peringatan kepada manusia dan peringatan azab pada hari kiamat. Oleh itu, hendaklah kita mengikut agama yang benar, agama yang dibawa oleh para rasul Allah. Hendaklah kita mentauhidkan Allah serta beribadah hanya kepada-Nya dan jangan sembah selain dari-Nya. Hendaklah kita memberi peringatan kepada manusia mengenai azab pada hari kiamat.

♡Sejauh manakah diri kita, keluarga kita, rakan kita, pekerja kita, pelanggan kita, dan majikan kita mematuhi segala perintah Allah swt dan nasihat Rasulullah saw? Jom amalkan segala perintah Nabi saw♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 13 Rabiul Awwal 1446H☆

مُّحَمَّدࣱ رَّسُولُ ٱللَّهِۚ

"Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah.." [Surah al-Fatḥ 29]

#Masuk bulan Rabiulawal setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia memperingati kelahiran Rasulullah saw yang telah berjuang dan berkorban menyebarkan ajaran Islam kepada umat manusia yang ketika itu hidup dalam kegelapan dan disambung sebarannya oleh para pewarisnya pada setiap zaman.

#Jom kenali salasilah keturunan nabi kita, Nabi Muhammad saw.

#Nama baginda, Sayidina Muhammad bin Abdillah bin 'Abd al-Mutallib عَبْدِ المُطَّلِبِ (nama 'Abd al-Muttalib ialah Syaibah) bin Hashim هاشم (nama Hashim ialah 'Amr عمرو) bin 'Abd Manaf (nama 'Abd Manaf ialah al-Mughirah) bin Qusyai قصي (nama Qusyai ialah Zaid) bin Kilab كِلاَبِ bin Murrah مُرَّةَ bin Ka'ab كَعْبِ bin Luaiy لُؤَيِّ bin Ghalib غَالِبِ bin Fihrin فِهْرِ bin Malik bin al-Nadhar النضر bin Kinanah كنانة bin Khuzaimah خزيمة bin Mudrikah مدركة (nama Mudrikah ialah 'Amir عامر) bin Ilyas إِلْيَاسَ bin Mudhar مُضَرَ bin Nazar نزَارِ bin Ma'addin مَعَدِّ bin 'Adnan عدنان. 

#Adnan ini daripada Nabi Ismail bin Ibrahim Alaihissalam dengan sepakat semua para ulamak.

#Para ulamak berbeza pandangan antara Adnan dengan Nabi Ismail ada berapa nama. Ada di kalangan ulamak yang  mengatakan terdapat tujuh nama lagi, ada yang mengatakan sembilan, ada yang menyebut 15 nama, bahkan ada pandangan yang mengatakan ada 40 nama. Selain itu mereka juga berbeza dalam menentukan nama-nama tersebut

#Abu 'Umar Ibn 'Abd al-Barr berkata: "Berdasarkan para imam dalam bidang ini, beliau (nasab Adnan) ialah:

عَدْنانُ بْنُ أُدَدِ بْنِ مُقَوِّمِ بْنِ ناحُورَ بْنِ تَيْرَحِ بْنِ يَعْرُبَ بْنِ يَشْجُبَ بْنِ نابِتِ بْنِ إسْماعِيلَ بْنِ إبْراهِيمَ الخَلِيلِ بْنِ آزَرَ واسْمُهُ تارَحُ بْنُ ناحُورَ بْنِ سارُوغَ بْنِ راغُو بْنِ فالَخَ بْنِ عَيْبَرَ بن شالخ بن أَرْفَخْشَذ بن سام بن نُوحٍ -عَلَيْهِ السَّلامُ- بْنِ لَمَّكِ بْنِ مَتُّوشَلَخَ بن خنوخ، وهو إدريس -عليه السلام- بن يَرْدَ بْنِ مِهْلِيلَ بْنِ قَيْنَنَ بْنِ يانِشَ بْنِ شِيثَ بْنِ آدَمَ أبِي البَشَرِ -عَلَيْهِ السَّلامُ

'Adnan bin Udad bin Muqawwim bin Nahur bin Tairah bin Ya'rub bin Yasyjub bin Nabit bin Ismail bin Ibrahim al-Khalil bin Azar, namanya Tarah bin Nahur bin Sarugh bin Raghu bin Falakh bin 'Aibar bin Syalikh bin Arfakhsyaz bin Sam bin Nuh AS bin Lammak bin Mattusyalakh bin Khanukh, iaitulah Nabi Idris bin Bard bin Mihlil bin Qainan bin Yanisy bin Syith bin Adam, bapa manusia.  Inilah yang dipegang oleh Muhammad bin Ishak di dalam kitab sirahnya. Namun kata Ibn Sa'ad: "Sepatutnya kita diam (tidak membicarakan) nama siapa selepas 'Adnan sehingga ke Ismail." (Lihat al-Siyar oleh az-Zahabi)

#Kata Imam Ibn Hibban RH:

نسبة رسول الله صلى الله عليه وسلم تصح إلى عدنان، وما وراء عدنان فليس عندي فيه شيء صحيح أعتمد عليه

"Nasab Rasulullah saw sahih sehingga Adnan. Adapun selepas Adnan tiada di sisiku sesuatu yang sahih yang dapat aku berpegang kepadanya" (Lihat: al-Sirah al-Nabawiyyah Wa Akhbar al-Khulafa')

#Nasab keturunan Baginda saw merupakan nasab keturunan yang paling mulia dalam masyarakat ketika itu, datuk nenek Baginda terdiri daripada orang-orang yang menjaga kesucian diri dan keturunan Baginda berpindah daripada tulang-tulang sulbi mereka kepada rahim-rahim yang suci, dengan jalan perkahwinan serta tidak pernah dicemari dengan perbuatan kotor (zina).
 
#Allah swt telah memilih Nabi Muhammad sebagai pembawa petunjuk, dan Nabi Muhammad adalah daripada kalangan mereka yang paling tinggi kedudukannya, terhormat dan disegani dalam kalangan masyarakat ketika itu, iaitu kabilah Quraisy.

#Tempat kelahiran Baginda di bumi Mekah, iaitu di rumah Abu Talib yang terletak didalam perkampungan Bani Hashim. Baginda dilahirkan pada tahun Gajah, iaitu tahun ketika berlakunya pencerobohan tentera bergajah Abrahah al-Ashram terhadap Mekah.

♡Baginda saw adalah Rasulullah, insan terpilih dan sebaik-baik makhluk di alam ini. Jom selawat!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

Nota Tadabbur:
☆Tadabbur Kalamullah 11 Rabiul Awwal 1446H☆

قَالَتْ لَهُمْ رُسُلُهُمْ إِن نَّحْنُ إِلَّا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ وَلَـٰكِنَّ اللَّـهَ يَمُنُّ عَلَىٰ مَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ ۖ وَمَا كَانَ لَنَا أَن نَّأْتِيَكُم بِسُلْطَانٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّـهِ ۚ وَعَلَى اللَّـهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

"Rasul-rasul mereka berkata kepada mereka: "Kami ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu juga, tetapi Allah melimpahkan kurnia-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya; dan Kami tiadalah berkuasa membawa kepada kamu sebarang bukti (mukjizat) melainkan dengan izin Allah. dan dengan yang demikian maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri" [Surah Ibrahim 11]

#Dari segi aqidah, kita dijelaskan bahawa para nabi dan rasul adalah manusia biasa yang makan, berjalan ke pasar, berumah tangga dan beranak-pinak, pun begitu mereka adalah manusia-manusia istimewa yang dipilih Allah swt, dikurniakan wahyu dan disokong dengan mukjizat.

#Walaupun mereka adalah manusia biasa, para nabi seperti Rasulullah saw memiliki kelebihan yang tidak dimiliki oleh manusia lain, seumpama keturunan yang mulia, penghulu segala kejadian, kecantikan paras rupa, kekuatan rohani dan jasmani, keluhuran akhlak dan lain-lain sebagaimana yang termaktub dalam kitab-kitab sunnah dan sirah.

#Bersempena berada di bulan kelahiran baginda Rasulullah saw, amat wajar sekali kita memuhasabah diri, sejauh manakah kecintaan kita kepada Rasulullah saw. Sejauh mana kita mengenali dan mengagungkan Rasulullah saw berbanding tokoh-tokoh dunia yang lain.

#Kita boleh untuk mengagungkan Rasulullah saw semahunya, selagi mana ia tidak melampaui batas sehingga berdusta atas nama Baginda saw. Ini seperti mana kata-kata Imam al-Busiri dalam Burdahnya:

دع ما ادعته النصاري في نبيهم.. واحكم بما شئت مدحا فيه واحتكم
وانسب إلى ذاته ما شئت من شرف.. وانسب إلى قدرة ما شئت من عظم
فان فضل رسول الله ليس له.. حد فيعرب عنه ناطق بفم

"Tinggalkan cara orang Nasrani (Kristian) dalam menyanjung Nabi mereka (Nabi Isa). Selepas itu, terserahlah kepadamu untuk memuji Baginda saw sesuka hatimu. Kerana hakikatnya keagungan Rasulullah saw itu tiada had baginya, sehingga mampu lidah mengungkapkannya secara sempurna".

#Dalam menzahirkan kecintaan kita terhadap nabi kita Muhammad saw, kita perlu mengambil pendekatan mengutamakan penegakan risalah dan sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah saw berbanding sekadar mengagung-agungkan jasad dan keturunan Baginda saw sahaja. Firman Allah swt:

وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۖ إِنَّ اللَّـهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

"Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah saw kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksanya (bagi orang-orang yang melanggar perintahnya)" [Surah al-Hasyr 7]

#Begitu juga dengan firmanNya dalam surah al-A’raf 157:

فَالَّذِينَ آمَنُوا بِهِ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَاتَّبَعُوا النُّورَ الَّذِي أُنزِلَ مَعَهُ ۙ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

"Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya"

#Berkata al-Marhum Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya'rawi: "Apa yang penting dalam menyambut maulid adalah kita melaksanakan apa yang disukai oleh empunya maulid dan pencipta empunya maulid serta berpegang teguh kepada manhaj yang dibawa oleh Nabi saw" (Lihat: Fatawa al-Sya'rawi)

♡Cinta kepada Rasulullah saw hendaklah disemai dan dibajai dengan cinta kepada perjuangannya, sunnahnya dan sebar serta amalkan risalah yang dibawa oleh Nabi saw♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT: MISI DAKWAH DAN KEBAJIKAN 200 ASNAF PULAU LANGKAWI*

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/BANTUAN-ASNAF-PULAU-LANGKAWI

Assalamualaikum wbt..

InsyaAllah sukarelawan Geng Talaqqi akan *menyantuni Asnaf Pulau Langkawi dan Pulau Tuba, dalam Misi Dakwah dan Kebajikan pada 16/9/2024 dan 18/9/2024.*

InsyaAllah akan disampaikan sumbangan *food basket (Beras, Telur Sepapan, Ayam seekor, Bihun, Minyak masak, dll) untuk 150 asnaf di Pulau Langkawi dan 50 asnaf di Pulau Tuba*. Juga akan diadakan jamuan untuk asnaf di sana.

Disamping itu akan diadakan juga *Ceramah Maulidur Rasul di Masjid al-Wafa Pulau Tuba dan program serahan Pusat Pelupusan al-Quran kepada pihak Sekolah Kebangsaan Kg Selat*, Pulau Tuba.

*JUMLAH DANA YANG DIPERLUKAN SEKITAR: RM16,000*

Jom berkebajikan bersama kami. Moga setiap sen yang dihulurkan diganti oleh Allah swt dengan kebaikan yang melimpah ruah. Aamiiin

*SEDEKAH BUKANLAH sesuatu yang akan MERUGIKAN kita semua, ianya merupakan satu bentuk PENGORBANAN daripada kita untuk beroleh KEMULIAAN disisi ALLAH SWT dan KEBERKATAN pada REZEKI*

Jazakumullahu khairan kathira kepada semua penyumbang. Semoga Allah mengganjari tuan/puan semua dengan sebaik-baiknya ganjaran. Aamiiin
=============
*Sumbangan boleh disalurkan ke akaun toyyib pay:*

https://toyyibpay.com/BANTUAN-ASNAF-PULAU-LANGKAWI

*Atau terus ke akaun:*

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Remark: Kebajikan Asnaf Pulau Langkawi

*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*

📲Ust naim: http://www.wasap.my/60196023803/BantuanAsnafPulauLangkawi 

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/BantuanAsnafPulauLangkawi

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/BantuanAsnafPulauLangkawi

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/BantuanAsnafPulauLangkawi

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 8 Rabiul Awwal 1446H☆

وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ

"Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk" [Surah al-A’raf  157]

#Yang dimaksudkan dengan الطَّيِّبَاتِ (at-Thoyyibat) ialah lazat, enak, tidak membahayakan, bersih atau halal (Lihat: Fathul Bari, Ibnu Hajar]

#Sedangkan maksud الْخَبَائِثَ (al-Khabaits) ialah sesuatu yang menjijikan, berbahaya dan haram. Sesuatu yang menjijikan seperti barang-barang najis, kotoran atau haiwan-haiwan seperti ulat, kumbang, cengkerik, tikus, cicak, kalajengking, ular dan sebagainya sebagaimana pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam as-Syafi’i. (Lihat: al-Mughni, Ibnu Qudamah)

#Sesuatu yang membahayakan seperti racun, dadah beserta aneka jenisnya, rokok dan sebagainya. Adapun makanan haram seperti arak, babi, bangkai, darah, yang disembelih untuk selain Allah dan sebagainya.

وَقَدْ فَصَّلَ لَكُمْ مَا حَرَّمَ عَلَيْكُمْ إِلَّا مَا اضْطُرِرْتُمْ إِلَيْهِ

"Sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkanNya atasmu, kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya" [Surah al-An’am 119]

#Sebagaimana kita maklum bahawa makanan mempunyai pengaruh yang kuat bagi diri orang yang memakannya. Ini bererti makanan yang halal, bersih dan baik akan membentuk jiwa yang suci dan jasmani yang sihat. Sebaliknya, makanan yang haram akan membentuk jiwa yang keji dan kebinatangan. Oleh kerana itulah, Islam memerintahkan kepada kita semua untuk memilih makanan yang halal serta menjauhi makanan yang haram.

#Saat ini kita melihat sebahagian daripada manusia telah mengabaikan keprihatinan mereka terhadap status makanan dan minuman yang diambil, sama ada ia betul-betul halal atau sebaliknya. Malah yang mereka pentingkan ialah kelazatannya, tanpa mempedulikan tentang kesan-kesan yang akan dihadapinya.

#Sebab itulah kebelakangan ini timbul isu tentang logo halal. Ada yang mempertikaikan kewajarannya. Ada yang anggap ianya menyusahkan, membebankan dan pelbagai lagi alasan. Yang mempertikaikannya di kalangan orang bukan Islam, malah ada juga di kalangan orang Islam. Sedangkan mencari yang halal itu adalah fardhu bagi seluruh umat Islam.

#Sabda Rasulullah saw: "Mencari yang halal itu adalah wajib bagi setiap orang Islam" (HR Ibnu Abdil Barr)

#Sabda Rasulullah saw lagi: "Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas), dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubhah (yang tidak terang halal atau haramnya) yang tidak diketahui oleh manusia. Orang yang memelihara dirinya daripada perkara syubhah itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatannya dirinya" (HR al-Bukhari dan Muslim)

♡Ingatlah, Islam sangat menitikberatkan tentang soal halal dan haram dengan sangat teliti. Ia bukan sahaja berkaitan dengan pemakanan, malah soal pemakaian dan pekerjaan juga turut diambil kira. Ini penting dalam menjaga keselamatan umat Islam itu sendiri dan demi mendapat keredhaan Allah di atas setiap urusan kehidupan yang kita lakukan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 6 Rabiul Awwal 1446H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُوا۟ مِمَّا فِی ٱلۡأَرۡضِ حَلَـٰلࣰا طَیِّبࣰا وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَ ٰ⁠تِ ٱلشَّیۡطَـٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوࣱّ مُّبِینٌ

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu" [Surah al-Baqarah 168]

#Makanan, minuman dan hasil nafkah dari yang haram sangat berpengaruh dalam kehidupan seorang muslim, bahkan untuk kehidupan akhiratnya setelah kematian.

#Makanan halal berhubung kait dengan kemakbulan doa.

#Nabi saw berkata kepada Sayidina Sa’ad r.a:

أطب مطعمك تكن مستجاب الدعوة

"Perbaikilah makananmu, maka doamu akan mustajab" (HR at-Thabrani)

#Daripada Imam Wahb bin Munabbih rahimahullah berkata:

من سرَّه أنْ يستجيب الله دعوته، فليُطِب طُعمته

"Siapa yang bahagia doanya dikabulkan oleh Allah, maka perbaikilah makanannya".

#Beliau (Imam Wahb bin Munabbih) berkata lagi:

العملُ الصالحُ يبلغ الدعاء، ثم تلا قوله تعالى: إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُه

"Amalan soleh akan memudahkan tersampainya (terkabulnya) doa. Lalu beliau membaca firman Allah swt: "KepadaNyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh menaikkanNya" [Surah Fathir 10]

#Berkata Imam Sahl bin ‘Abdillah rahimahullah:

من أكل الحلال أربعين يوماً  أُجيبَت دعوتُه

"Barangsiapa memakan makanan halal selama 40 hari, maka doanya akan mudah dikabulkan".

#Imam Yusuf bin Asbath rahimahullah berkata:

بلغنا أنَّ دعاءَ العبد يحبس عن السماوات بسوءِ المطعم

"Telah sampai pada kami bahawa doa seorang hamba tertahan di langit kerana sebab makanan haram yang ia makan"

#Daripada Sayidina Umar r.a, ia berkata:

بالورع عما حرَّم الله يقبلُ الله الدعاء والتسبيحَ

"Dengan sikap warak (hati-hati) terhadap larangan Allah, Dia akan mudah mengabulkan doa dan memperkenankan tasbih (zikir subhanallah)".

#Sebahagian salaf berkata:

لا تستبطئ الإجابة، وقد سددتَ طرقها بالمعاص

“Janganlah engkau memperlambatkan terkabulnya doa dengan engkau menempuh jalan maksiat" (Lihat: Jaami’ul ‘Ulum wal Hikam, Ibnu Rajab al-Hambali)

♡Betapa pentingnya makanan halal dalam urusan ibadah seorang hamba kepada TuhanNya samada diterima atau ditolak. Begitu juga, betapa bahayanya makan makanan haram sehingga mempengaruhi doa dan amalan kebaikan bahkan di akhirat kelak beroleh seksaan yang dahsyat dan azab yang mengerikan. Pastikan segalanya halal dalam kehidupan kita!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 4 Rabiul Awwal 1446H☆

وَكُلࣰّا وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلۡحُسۡنَىٰۚ

"Semuanya Allah janjikan Syurga (balasan yang sebaik-baiknya)" [Surah al-Ḥadid 10]

#Maksudnya orang-orang yang masuk Islam, berperang dan berinfaq sebelum Fathul Makkah (pembukaan kota Mekah) mahupun selepasnya, semuanya Allah jamin akan dimasukkan ke dalam Syurga.

#Hal ini menunjukkan keutamaan para sahabat Nabi saw semuanya. Allah swt saksikan keimanan mereka dan Allah redha kepada mereka dengan jaminan syurga.

وَٱلسَّـٰبِقُونَ ٱلۡأَوَّلُونَ مِنَ ٱلۡمُهَـٰجِرِینَ وَٱلۡأَنصَارِ وَٱلَّذِینَ ٱتَّبَعُوهُم بِإِحۡسَـٰنࣲ رَّضِیَ ٱللَّهُ عَنۡهُمۡ وَرَضُوا۟ عَنۡهُ وَأَعَدَّ لَهُمۡ جَنَّـٰتࣲ تَجۡرِی تَحۡتَهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِینَ فِیهَاۤ أَبَدࣰاۚ ذَ ٰ⁠لِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِیمُ

"Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar" [Surah at-Tawbah 100]

#Rasulullah saw melarang keras umat Islam mencaci maki para Sahabat r.anhum. Sabda Nabi saw:

مَنْ سَبَّ أَصْحَابِي، فَعَلَيْهِ لَعْنَةُ اللهِ، وَالْمَلاَئِكَةِ، وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ.

"Barangsiapa mencaci-maki Sahabatku, maka baginya laknat Allah, Malaikat, dan manusia seluruhnya" (HR at-Thabrani. Hadis Hasan)

#Berkata Sayidina Abdullah bin Umar r.huma: "Janganlah kalian mencaci para Sahabat Nabi saw. Berdirinya mereka sesaat bersama Nabi saw lebih baik daripada ibadah seorang dari kamu sepanjang umurnya" (Riwayat Ahmad dalam Fadhailus Shahabah)

#Daripada Imam Malik bin Anas, katanya: "Dahulunya, Salaf akan mengajarkan anak-anak mereka cinta kepada Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar sepertimana mereka mengajarkan satu surah daripada al-Quran".

#Abdul Aziz bin Ja'far al-Lu'luie berkata: "Aku bertanya kepada al-Hasan: "Cinta kepada Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar itu Sunnah?" Beliau menjawab: "Tidak, (bahkan) satu kefardhuan" (Lihat Syarh I'tiqad Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah oleh Abu al-Qasim Hibah Allah Ibn al-Hasan bin Mansur al-Tabari)

♡Belajar dan dalamilah sirah tentang para sahabat, maka kita akan mengetahui dengan yakin, bahawa mereka para Sahabat adalah sebaik-baik manusia sesudah para Nabi, yang tidak pernah ada sebelumnya serta tidak akan ada lagi yang seperti mereka. Mereka adalah insan pilihan dari generasi umat ini dan sebaik-baik umat yang dimuliakan oleh Allah swt♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT: INFAQ PENGURUSAN DAN PRASARANA SRITI AS-SALAM MARAN, PAHANG*

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/SRITI-AS-SALAM-MARAN

Sabda Rasulullah saw:

"Sesiapa yang meringankan daripada seorang mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah swt akan meringankan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan di Hari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat..." (Riwayat Muslim)

*SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TERAS ISLAM (SRITI) AS-SALAM, MARAN, PAHANG merupakan sebuah sekolah rendah agama yang ditubuhkan bagi melahirkan anak-anak yang soleh, pintar, rabbani dan bertaqwa.*

SRITI AS-SALAM, MARAN ditubuhkan dengan niat untuk melahirkan generasi anak-anak Malaysia yang cemerlang secara syumul merangkumi aspek duniawi dan ukhrawi seterusnya menjadi seorang murabbi ummah yang professional.

*SRITI AS-SALAM, MARAN bertempat di 1-1, Jalan Dagangan 2/1, Bagunan Perdagangan Maran, 26500 Maran, Pahang Sekolah ini ditubuhkan untuk pembelajaran sesi 2025.*

_*DANA DIPERLUKAN SEBANYAK: RM30 RIBU*_

Pihak Geng Talaqqi membuka peluang kepada para penyumbang dan seluruh umat Islam yang bermurah hati untuk mewaqaf, berinfaq atau menderma bagi pengoperasian SRITI AS-SALAM ini sebagai saham terbesar akhirat kita.

Jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada semua penyumbang.. Semoga diberkati dan dimurahkan rezeki, sihat walafiat dan beroleh ganjaran syurgaNya... Aamiiin..
...........................
*SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN TOYYIB PAY:*

*Klik dan sumbang:*

https://toyyibpay.com/SRITI-AS-SALAM-MARAN

*Atau terus ke akaun:*

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: SRITI ASSALAM MARAN
.....................
*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*

📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/SritiAssalamMaran

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/SritiAssalamMaran

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/SritiAssalamMaran

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/SritiAssalamMaran

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 1 Rabiul Awwal 1446H☆

وَٱلسَّـٰبِقُونَ ٱلۡأَوَّلُونَ مِنَ ٱلۡمُهَـٰجِرِینَ وَٱلۡأَنصَارِ وَٱلَّذِینَ ٱتَّبَعُوهُم بِإِحۡسَـٰنࣲ رَّضِیَ ٱللَّهُ عَنۡهُمۡ وَرَضُوا۟ عَنۡهُ وَأَعَدَّ لَهُمۡ جَنَّـٰتࣲ تَجۡرِی تَحۡتَهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِینَ فِیهَاۤ أَبَدࣰاۚ ذَ ٰ⁠لِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِیمُ

"Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar" [Surah at-Tawbah 100]

#Berkata Buya Hamka: "Tafakkurlah kita memikirkan bahawa seorang muslim yang hebat, Sayidina Umar bin al-Khattab r.a, yakni redha Allah terlimpah kepadanya. Itu yang dimaksud "رضي الله عنه" semoga Allah meredhainya. Sebutan "semoga Allah meredhainya" itu bukanlah satu perkara yang belum pasti. Bahkan kita wajib menyakini Allah swt telah meredhai Sayidina Umar bin al-Khattab berdasarkan ayat al-Quran diatas.

#Ayat diatas menyebut: 'Orang-orang awal dari kalangan Muhajirin dan Ansar…'. Sayidina Umar bin al-Khattab secara pasti dan yakin bahawa beliau salah seorang dari kalangan muhajirin. Allah swt menyebut: "Allah redha kepada mereka". Maka wajib kita yakini bahawa Umar termasuk dalam kalangan orang yang diredhai oleh Allah swt.

#Berkata Buya Hamka lagi: "Sayidina Umar bin al-Khattab sentiasa bertanya kepada seorang sahabat lagi yang alim tentang penyakit-penyakit jiwa manusia (penyakit munafiq) iaitu Sayidina Huzaifah bin al-Yaman. (Kata Umar):" Beritahu kepadaku, mungkin pada diriku ada sifat-sifat munafik yang aku sendiri tidak sedar".

#Lihatlah, Sayidina Umar, seorang yang telah dijamin sebagai ahli syurga berkali-kali bertanya kepada Sayidina Huzaifah bin al-Yaman, wahai Huzaifah apakah pada diriku ini ada sifat munafik?

#Sedangkan kita hari ini, dalam diri kita, apa yang kita rasa? Pasti kita rasa kita tidak ada sifat munafik. Orang lain yang ada sifat munafik. Bila disebut tentang sifat munafik, kita hanya nampak orang lain, si fulan dan si fulan. Semua kita tunjuk kepada orang lain. Tetapi diri kita? Kita tidak pernah bimbangkan. Sedangkan kata para ulamak:

"Sesiapa yang berasa aman dari sifat munafik, maka ada kemunafikan pada dirinya"

#Hal ini kerana orang munafik itu, dosa besar yang dia lakukan, dia rasa seperti lalat yang hinggap di atas hidungnya. Dengan hanya kais sedikit sahaja, lalat itu akan lari. Maksudnya orang munafik dengan dosa besar yang dia lakukan, dirasakan kecil dan mudah sahaja untuk dihilangkan, dengan istighfar sahaja Allah akan ampun. Itu sifat orang munafik. Sifat itu ada pada diri kita, pada saya dan pada kita semua. Sedangkan sifat orang mukmin yang sebenarnya, tidak sedemikian.

#Berkata salah seorang Tabi’in: "Aku telah berjumpa dengan lebih 70 orang sahabat Nabi saw, tidak aku jumpa mereka, melainkan kesemua mereka bimbang ada nifak (sifat munafik) di dalam diri mereka".

#Ya Allah, sahabat Nabi saw sentiasa bimbangkan ada kemunafikan di dalam diri mereka, sedangkan kita sentiasa berasa aman dari sifat kemunafikan di dalam diri kita. Maka kita wajib perbaiki diri kita.

♡Ya Allah, kami memohon kepadaMu agar membimbing kami ke jalanMu yang lurus dan jauhi kami daripada sifat berasa aman dari dosa dan sifat munafik. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 29 Safar 1446H☆

وَإِذۡ قَالَ مُوسَىٰ لِفَتَىٰهُ لَاۤ أَبۡرَحُ حَتَّىٰۤ أَبۡلُغَ مَجۡمَعَ ٱلۡبَحۡرَیۡنِ أَوۡ أَمۡضِیَ حُقُبࣰا

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya (pembantunya): "Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun" [Surah al-Kahfi 60]

#Al-Quran menyebut kisah perjalanan rehlah ilmu Nabi Musa Alaihissalam bersama temannya menjejaki Nabi Khidhir Alaihissalam untuk Nabi Musa berguru dengannya. Di dalam surah al-Kahfi ini Allah swt tidak menyatakan nama teman Nabi Musa itu. Namun namanya disebut dalam hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim:

ثُمَّ انْطَلَقَ هُوَ وَفَتَاهُ يُوشَعُ بْنُ نُونٍ، حَتَّى إِذَا أَتَيَا الصَّخْرَةَ وَضَعَا رُءُوسَهُمَا

"Kemudian baginda (Nabi Musa) bergerak bersama dengan pemuda yang menyertai baginda bernama Yusya’ bin Nun, sehingga mereka berdua sampai ke satu batu dan meletakkan kepala di atasnya (berehat)".

#Jom kita kenali teman Nabi Musa tersebut. Beliau ialah Yusya’ bin Nun (يوشع بن نون) bin Afranim bin Yusuf bin Ya’qub bin Ishak bin Ibrahim Khalilullah.

#Setelah kewafatan Nabi Musa Alaihissalam, Allah swt memilih Yusya’ bin Nun sebagai seorang Nabi. Baginda memimpin Bani Israil dan membawa mereka masuk ke Baitul Maqdis.

#Imam Ahmad meriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda:

إِنَّ الشَّمْسَ لَمْ تُحْبَسْ لِبَشَرٍ إِلَّا لِيُوْشَعَ لَيَالِيَ سَارَ إِلَى بَيْتِ الْمَقْدِسِ

"Sesungguhnya matahari tidak pernah di tahan (dari terbenam) kepada seorang manusia sama sekali melainkan kepada Nabi Yusya’ pada malam-malam baginda bergerak memasuki Baitul Maqdis" (Lihat: Musnad Imam Ahmad, Ibn Kathir dalam al-Bidayah wan Nihayah dan Ibn Hajar dalam Fathul Bari)

#Maksud perkataan Nabi saw: “Matahari tidak pernah ditahan” iaitulah matahari tidak pernah dilewatkan dari pusingan dan pergerakannya sehingga tenggelam di ufuq. Manakala perkataan Nabi saw: "Pada malam-malam baginda bergerak memasuki Baitul Maqdis" iaitulah berlaku ketika baginda bergerak membebaskan Baitul Maqdis dari golongan al-Jabbarin. Peperangan tersebut berlaku pada hari Jumaat, ia berterusan sehingga hampir waktu tenggelam matahari. Nabi Yusya’ bin Nun bimbang apabila matahari tenggelam bermakna masuk hari Sabtu, sedangkan mereka dilarang berperang pada hari Sabtu. Lalu baginda Yusya’ Alaihissalam memandang ke arah matahari dan berkata:

إِنَّكِ مَأْمُورَةٌ وَأَنَا مَأْمُورٌ، اللَّهُمَّ احْبِسْهَا عَلَيَّ سَاعَةً، فَحُبِسَتْ لَهُ سَاعَةً حَتَّى فَتَحَ اللَّهُ عَلَيْهِ

"Sesungguhnya engkau (matahari) makhluk yang diberi perintah (oleh Allah swt), demikian juga denganku. Ya Allah tahanlah matahari ini beberapa ketika". Lalu Allah menghalang matahari beberapa ketika sehingga baginda berjaya menawan Baitul Maqdis" (Sahih Ibn Hibban)

#Seterusnya, setelah Baitul Maqdis dikuasai oleh Bani lsrail, Nabi Yusya' bin Nun tetap berada di tengah-tengah kaumnya untuk membimbing, mengarahkan dan memimpin mereka diatas jalan kebenaran sehingga baginda meninggal dunia.

#Al-Imam Ibn Kathir rahimahullah dalam kitabnya al-Bidayah wan Nihayah berkata:

ولما استقرت يد بني إسرائيل على القدس استمروا فيه وبين أظهرهم نبي الله يوشع يحكم بينهم بكتاب الله التوراة حتى قبضه الله إليه وهو ابن مائة وسبع وعشرين سنة، فكان مدة حياته بعد موسى سبعا وعشرين سنة

"Apabila Bani Israil berjaya mendapatkan al-Quds, mereka kekal berada di dalamnya. Dalam kalangan mereka terdapat seorang Nabi Allah iaitulah Nabi Yusya' bin Nun yang berhukum dengan kitab Allah, Taurat sehingga baginda diwafatkan oleh Allah ketika berumur 127 tahun. Tempoh hayat baginda selepas kewafatan Nabi Musa Alaihissalam ialah selama 27 tahun".

♡Nabi Yusya' bin Nun adalah teman dan juga pembantu Nabi Musa. Baginda juga pengganti Nabi Musa dalam memimpin Bani Israel berjihad menentang golongan Jabbarin sehingga berjaya menguasai Baitul Maqdis♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 27 Safar 1446H☆

وَمَن یُرِدِ ٱللَّهُ فِتۡنَتَهُۥ فَلَن تَمۡلِكَ لَهُۥ مِنَ ٱللَّهِ شَیۡـًٔاۚ

"Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya" [Surah al-Ma'idah 41]

#Ayat ini menceritakan mengenai kedegilan dan keengkaran golongan munafik dan orang yahudi yang mengetahui dan mendengar tentang kebenaran tetapi memilih untuk kufur kepada Allah swt.

#Bahkan mereka mengubah ayat-ayat Allah swt, mengubah kebenaran kepada kesesatan, berdusta dan mempengaruhi orang lain agar bersama menolak kebenaran yang disampaikan oleh Rasulullah saw.

#Allah swt hendak memberitahu kita kenapa mereka boleh jadi sampai seteruk begitu. Ini adalah kerana hati mereka telah rosak. Dan kerana itu Allah swt telah membuat keputusan untuk mengunci mati hati mereka daripada menerima hidayah. Dan sesiapa yang Allah swt telah membuat keputusan untuk sesatkan, maka tiada langsung sebarang kuasa untuk sesiapa memberikan hidayah kepada mereka. Maka hiduplah mereka dalam keadaan kekufuran.

#Pernah ditanya kepada Sayidina Huzaifah bin al-Yaman: "Bilakah seseorang itu ditimpa fitnah?"

Beliau menjawab:

إذا أحب أحدكم أن يعلم أصابته الفتنة أم لا ، فلينظر ؛ فإن كان رأى حلالا كان يراه حراما فقد أصابته الفتنة ، و إن كان يرى حراما كان يراه حلالا فقد أصابته

"Apabila seseorang kamu hendak tahu dia ditimpa fitnah atau tidak, maka perhatikanlah; jika dia melihat sesuatu sebagai halal (menurut nafsu semata-mata) apa yang dia anggap haram sebelumnya, maka dia telah ditimpa fitnah. Demikian juga apabila dia melihat sesuatu sebagai haram (menurut nafsu semata-mata) apa-apa yang dia anggapnya halal (sebelumnya). Maka dia telah ditimpa fitnah" (HR al-Hakim)

#Jangan memandai-mandai mengubah hukum Allah, kelak kamu akan dijauhi petunjuk Allah, lalu binasa dan sengsara di akhirat kelak selamanya.

وَلَا تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَذَا حَلَالٌ وَهَذَا حَرَامٌ لِتَفْتَرُوا عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ

"Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu:" Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah swt. Sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah swt tidak akan berjaya" [Surah an-Nahl 116]

♡Semoga kita terselamat daripada menjadi seperti mereka. Semoga ahli keluarga kita dan orang-orang yang berada di sekeliling kita sentiasa mengikuti kebenaran dan menyebarkan kebenaran. Kita wajib berusaha untuk menyampaikan ajaran yang benar kepada seluruh manusia♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT: INFAQ MISI DAKWAH DAN SANTUNI ASNAF ORANG ASLI SEKITAR BUMI PERAK DARUL RIDZUAN*

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/TABUNG-DAKWAH-ORANG-ASLI

Assalamualaikum wbt para penyumbang yang budiman..

InsyaAllah, sukarelawan GENG TALAQQI akan berkelana menyantuni asnaf di kalangan orang asli fakir miskin, dan golongan memerlukan sekitar negeri Perak dalam Misi Kembara Dakwah dan Kebajikan Asnaf Geng Talaqqi 2024.

*DIPERLUKAN SEKITAR RM14 RIBU*

InsyaAllah akan diadakan program dakwah, kebajikan, baik pulih kenderaan dakwah dan sumbangan makanan/Food Basket di samping keperluan-keperluan yang lain bersesuaian dengan keadaan kehidupan mereka. 

Jom berkebajikan bersama kami. Moga setiap sen yang dihulurkan diganti oleh Allah swt dengan kebaikan yang melimpah rumah dan syurgaNya yang tertinggi. Aamiiin

Jazakumullahu khairan kathira kepada semua penyumbang. Semoga Allah mengganjari tuan/puan semua dengan sebaik-baiknya ganjaran. Aamiiin
=============
*Sumbangan boleh disalurkan ke akaun toyyib pay:*

https://toyyibpay.com/TABUNG-DAKWAH-ORANG-ASLI

*Atau terus ke akaun:*

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Misi Kebajikan Orang Asli

*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*

📲Ust naim: http://www.wasap.my/60196023803/MisiKebajikanOrangAsli

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/MisiKebajikanOrangAsli

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/MisiKebajikanOrangAsli

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/MisiKebajikanOrangAsli

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 24 Safar 1446H☆

وَمَاۤ أَصَـٰبَكُم مِّن مُّصِیبَةࣲ فَبِمَا كَسَبَتۡ أَیۡدِیكُمۡ وَیَعۡفُوا۟ عَن كَثِیرࣲ

"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu" [Surah ash-Shūrā 30]

#Dosa penyebab turunnya azab, bala dan bencana kesusahan. Bala ini akan menimpa orang-orang yang engkar, degil, ahli maksiat bahkan pada semua manusia. Maka berhati-hatilah dalam mengharungi kehidupan agar tidak terpalit dengan dosa dan maksiat yang mengundang bala dan kemurkaan Allah swt.

وَٱتَّقُوا۟ فِتۡنَةࣰ لَّا تُصِیبَنَّ ٱلَّذِینَ ظَلَمُوا۟ مِنكُمۡ خَاۤصَّةࣰۖ وَٱعۡلَمُوۤا۟ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِیدُ ٱلۡعِقَابِ

"Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya" [Surah al-Anfal 25]

#Selain itu, dosa juga penyebab kepada tidak diterima segala amal ibadah. Imam Ibnul Qayyim berpesan di dalam kitab Madarij as-Salikin:

أما إذا تذكَّر الذنبَ ففرح وتلذَّذ فلم يُقبل، ولو مكث على ذلك أربعين سنة

"Adapun sekiranya seseorang itu (setelah melakukan ibadah) masih merasa seronok dengan dosa, ketahuilah bahawa ia adalah (tanda-tanda) amalan tidak diterima sekalipun dia melakukan amal kebajikan selama 40 tahun" (Ibn al-Qayyim, Madarij al-Salikin)

#Dosa juga penyebab terbukanya keaiban diri. Imam Ibn Hajar menyebut di dalam karyanya yang berjudul Fathul Bari. Kata Imam Ibn Hajar:

مَن قصد إظهار المعصية والمجاهرةَ، أغضب ربه فلم يستره

"Barangsiapa yang dengan sengaja menzahirkan maksiat yang dilakukan oleh dirinya sendiri, atau menceritakan dosa mereka kepada orang lain, Allah sangat marah kepada mereka sehingga (dengan sebab itu) Allah tidak menutup keaiban mereka (iaitu keaiban mereka didedahkan, malah didedahkan oleh diri mereka sendiri).” (Ibn Hajar, Fath al-Bari).

#Oleh itu, berusahalah untuk menjauhi dosa, agar dijauhi kita daripada bala bencana dan didatangkan rahmat dan kebaikan kepada kita.

#Berkata Abu Hazim rahimahullah:

قال أبو حَازِمٍ: عِنْدَ تَصْحِيحِ الضَّمَائِرِ تُغْفَرُ الْكَبَائِرُ، وَإِذَا عَزَمَ الْعَبْدُ عَلَى تَرْكِ الْآثَامِ أَتَتْهُ الْفُتُوحُ

"Ketika mana dia (mula) memperbaiki akhlaknya maka akan diampunkan dosa-dosa besarnya, ketika mana dia mula bertekad untuk meninggalkan maksiat ketika itu akan dibuka pintu-pintu kebaikan baginya" (Lihat: al-Ikhlas wa al-Niat oleh Ibnu Abi Dunya)

♡Marilah sama-sama kita merendah diri dan bertaubat kepada Allah swt dan memohon Allah swt jauhkan kita daripada musibah dunia akhirat. Ya Allah hanya padaMu kami memohon keampunan dan pertolongan. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 22 Safar 1446H☆

وَمَا هَـٰذِهِ ٱلۡحَیَوٰةُ ٱلدُّنۡیَاۤ إِلَّا لَهۡوࣱ وَلَعِبࣱۚ وَإِنَّ ٱلدَّارَ ٱلۡـَٔاخِرَةَ لَهِیَ ٱلۡحَیَوَانُۚ لَوۡ كَانُوا۟ یَعۡلَمُونَ

"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)" [Surah al-ʿAnkabūt 64]

#Mencintai kehidupan dunia bererti seseorang itu memiliki rasa cinta berlebihan terhadap dunia sehingga membuatnya terlena dan melupakan Allah swt serta melupakan kehidupan akhirat.

#Orang yang cintakan dunia biasanya gemar melakukan sesuatu hal yang kurang bermanfaat untuk kepentingan akhiratnya. Di dalam fikirannya hanyalah dunia dan dunia, bahkan lupa bahawa suatu saat nanti akan mati dan menghadapi negeri akhirat yang abadi.

#Berkata Malik bin Dinar rahimahullah:

إن البدن إذا سقم لا ينجع فيه طعام ولا شراب، وكذلك القلب إذا علق حب الدنيا لم ينجع فيه المواعظ

"Sesungguhnya apabila badan sakit, maka makanan dan minuman tidaklah enak baginya. Demikian pula hati apabila ia condong terhadap cinta dunia, maka nasihat-nasihat tidaklah berguna lagi baginya" (Lihat: Shifatus Shafwah)

#Untuk kita mengetahui tulusnya cinta seseorang samada kepada Allah atau dunia, maka hayatilah kalam al-Imam Sahl al-Tustari ini:

من علامات حب الله: حب القرآن وعلامة حب الله وحب القرآن وحب النبي صلّى الله عليه وسلم وعلامة حب النبي صلّى الله عليه وسلم: حب السنة، وعلامة حب السنة: حب الآخرة، ومن علامة حب الآخرة: بغض الدُّنْيَا، وعلامة بغض الدُّنْيَا أن لا يأخذ منها إلا زادًا يبلغه إِلَى الآخرة.

"Bukti cinta seseorang itu pada Allah adalah dengan dia mencintai al-Quran. Bukti cintanya seseorang pada Allah, al-Quran dan Nabi saw adalah dengan mencintai Sunnah. Bukti mencintai Sunnah adalah dengan mencintai akhirat. Bukti mencintai akhirat adalah dengan menolak dunia. Bukti menolak dunia ialah dengan tidak mengambil sebarang perkara di dunia melainkan ianya bekalan untuk akhirat" (Lihat: Majmu' Rasail oleh Ibnu Rejab)

#Sesiapa mendakwa dia cintakan dunia dan pada masa yang sama dia juga mencintai Allah maka itu cinta yang dusta.

قال الشافعي رحمه الله من ادعى أنه جمع بين حب الدنيا وحب خالقها في قلبه فقد كذب

#Berkata Imam as-Syafie rahimahullah: "Sesiapa yang mendakwa bahawa dia telah menghimpunkan cintanya pada dunia dan Penciptanya dalam hatinya maka dia telah berdusta" (Lihat: Ihya Ulumuddin)

#Sepatutnya kita hendaklah melihat dunia sebagai satu jambatan kita dalam menuju ke akhirat dan bukanlah menjadikan dunia sebagai matlamat utama hingga mengabaikan akhirat. Sedangkan akhirat adalah tempat tinggal kita selamanya.

#Disebabkan terlalu tebal cinta kita pada dunia, menyebabkan kita membenci kematian.

وقال رجل لأبي الدرداء رضي الله تعالى عنه: ما لنا نكره الموت؟ فقال: لأنكم أخربتم آخرتكم وعمرتم دنياكم فكرهتم أن تنتقلوا من العمران إلى الخراب.

"Telah datang seorang lelaki kepada Sayidina Abi Darda' r.a lalu bertanya: Kenapa kami takut akan kematian?. Lalu beliau menjawab: Kamu takutkan kematian kerana kamu telah menghancurkan (kehidupan) akhirat kamu kerana terlalu sibuk mencantikkan (kehidupan) dunia kamu maka kamu benci untuk berpindah daripada tempat yang cantik ke tempat yang telah hancur" (Lihat: Sabilal Rashad)

♡Jangan terpedaya dengan kehidupan dunia yang sementara. Siapkanlah bekalan amal untuk dibawa ke tempat yang kekal selamanya iaitu akhirat♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…
Subscribe to a channel