13574
Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
26. Israel kehilangan satu generasi muda dalam perang sia-sia
27. Israel kehilangan kesabaran masyarakat antarabangsa terhadapnya
28. Israel kehilangan sisa-sisa sifat kemanusiaannya
29. Israel telah kehilangan segalanya dan akan terus kehilangan segalanya, InsyaAllah!
♡Ya Allah, bantulah saudara-saudara kami para mujahidin di Negeri Syam dan di mana jua mereka berada. Binasakanlah Yahudi Zionis serta sekutu-sekutunya. Aamiiin♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
*SEDEKAH JUMAAT: SUMBANGAN WAQAF PEMBINAAN BANGUNAN 1 TINGKAT MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL-ABRAR, BENTONG, PAHANG*
Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/WAQAF-BANGUNAN-DAR-AL-ABRAR
Assalamualaikum wbt...
Maahad Tahfiz al-Quran Dar al-Abrar telah memulakan pembinaan sebuah bangunan 1 tingkat bermula tahun 2022 yang bakal menempatkan:
1. Asrama pelajar lelaki
2. Dewan tertutup pelbagai guna
3. 2 bilik tetamu
4. Kelas tambahan
Namun projek ini tergendala selama hampir 2 tahun akibat kekangan dana kewangan.
Kos pembinaan keseluruhan bangunan sekitar *RM1.2 juta*. Untuk menyiapkan baki yang tergendala, diperlukan lagi *RM400 ribu*.
Untuk makluman semua, struktur utama konkrit 1 tingkat, bumbung dan dinding asas bata telah siap sepenuhnya.
*Antara kerja-kerja penting yang belum siap ialah:*
1. Plaster dinding luar dan dalam - RM100 ribu
2. Pendawaian elektrik dan pemasangan lampu, kipas - RM60 ribu
3. Siling, lantai mozek - RM100 ribu
4. Cat luar dan dalam - RM50 ribu
5. Tingkap, pintu dan grill keselamatan - RM20 ribu
5. Paip air, tandas dan bilik air - RM20 ribu
6. Perabot, katil dan peralatan asrama - RM30 ribu
7. Kerja luar, longkang, laluan simen, saliran dan pagar keselamatan - RM20 ribu
*DIPERLUKAN LAGI: RM400 RIBU*
Oleh yang demikian, sangatlah diharapkan agar para penyumbang dapat sama-sama berkongsi rezeki sebagai saham waqaf kita sekeluarga bagi menyiapkan pembinaan bangunan ini demi kelangsungan pendidikan Islam yang berkualiti dan persekitaran yang kondusif untuk para pelajar dan warga MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL-ABRAR.
Moga dengan infaq waqaf ini menjadi payung yang dapat menaungi kita di Mahsyar kelak dan menjadi istana indah untuk kediaman kita di syurga kelak. Aamiiin.
======
*Salurkan sumbangan dengan klik dan sumbang:*
https://toyyibpay.com/WAQAF-BANGUNAN-DAR-AL-ABRAR
*Atau terus ke akaun:*
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: WAQAF SIAPKAN BANGUNAN DAR AL-ABRAR
*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*
📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/WaqafSiapkanBangunanDarAlAbrar
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/WaqafSiapkanBangunanDarAlAbrar
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/WaqafSiapkanBangunanDarAlAbrar
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/WaqafSiapkanBangunanDarAlAbrar
*ANDA HULUR, KAMI SALUR*
☆Tadabbur Kalamullah 7 Jamadil Awwal 1447H☆
بَلِ ٱلسَّاعَةُ مَوۡعِدُهُمۡ وَٱلسَّاعَةُ أَدۡهَىٰ وَأَمَرُّ
"(Bukan kekalahan itu sahaja) bahkan hari kiamat ialah hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan yang sepenuh-penuhnya) dan (azab seksa) hari kiamat itu amat dahsyat dan amat pahit" [Surah al-Qamar 46]
#Kepada para penentang agama Allah, para penentang risalah yang dibawa Nabi saw, mereka yang kafir lagi memusuhi Allah dan RasulNya, maka Allah telah memberi janji bahawa mereka itu akan diazab. Azab kekalahan penuh hina didunia dan azab neraka yang paling dahsyat di mahsyar kelak.
#Walaupun sebahagian besar mereka selamat di dunia, namun mereka tidak akan selamat di Akhirat daripada azab Allah swt. Mereka akan menerima azab yang tidak tertanggung sengsaranya dan ingatlah azab neraka lebih dahsyat berkali-kali ganda daripada azab dunia.
#Kalimah أَمَرُّ bermaksud ‘lebih pahit’, lebih teruk lagi. Azab Neraka itu lebih pahit dan lebih teruk lagi dari azab dunia. Maka kita kena takut akan azab neraka. Kalau terlepas di dunia, belum tentu selamat di akhirat nanti. Kita kena sentiasa berhati-hati dalam segala perbuatan kita. Kalau silap langkah, kita akan terjerumus ke dalam lembah kehinaan di Akhirat kelak.
#Kemudian Allah swt mengatakan bahawa golongan penentang agama itu ialah orang yang berdosa dan sentiasa berada dalam kesesatan. Nanti di akhirat mereka akan dihumban ke dalam azab Allah swt yang tersangat mengerikan. Firman Allah swt:
إِنَّ ٱلۡمُجۡرِمِینَ فِی ضَلَـٰلࣲ وَسُعُرࣲ
"Sesungguhnya orang-orang yang berdosa berada dalam keadaan sesat (di dunia), dan (di akhirat pula mereka berada dalam) api Neraka" [Surah al-Qamar 47]
#Kemudian mereka yang tidak beriman itu akan di seret ke neraka dengan penuh kehinaan.
یَوۡمَ یُسۡحَبُونَ فِی ٱلنَّارِ عَلَىٰ وُجُوهِهِمۡ ذُوقُوا۟ مَسَّ سَقَرَ
"Semasa mereka diseret di dalam Neraka (dengan tertiarap) atas muka mereka, (serta dikatakan kepada mereka): Rasalah kamu bakaran api Neraka" [Surah al-Qamar 48]
#Mulanya mereka akan kena ikat, kemudian kena seret pula. Mereka kena seret kerana tidak mahu pergi ke neraka sendiri. Mereka ingin lari jauh, tetapi mereka akan kena tangkap, diikat, kemudian diseret.
#Alangkah hinanya, alangkah sakitnya. Mereka dipegang di kaki dan muka mereka terseret di tanah. Kalau kena seret belakang badan pun sudah sakit, apatah lagi kalau diseret di atas muka!
♡Inilah balasan bagi orang-orang sombong lagi degil untuk menerima dakwah baginda saw. Maka, sesiapa yang menentang kebenaran, kesudahannya adalah kebinasaan dan kesengsaraan♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 5 Jamadil Awwal 1447H☆
وَإِذَا قِیلَ لَهُمۡ لَا تُفۡسِدُوا۟ فِی ٱلۡأَرۡضِ قَالُوۤا۟ إِنَّمَا نَحۡنُ مُصۡلِحُونَ
"Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan" [Surah al-Baqarah 11-12]
#Antara perangai pelik dan buruk golongan munafik ialah perangai mereka tidak sama dengan orang Islam yang lain. Mereka sentiasa melakukan kerosakan pada agama dengan menentang Nabi saw dan ajaran Islam. Mereka lebih mesra dan wala’ kepada orang kafir dan memusuhi dengan orang Islam, sedangkan sepatutnya mereka lebih rapat dan wala’ dengan umat Islam.
#Orang munafik lebih suka berkawan dengan golongan penentang Nabi serta para pendeta Yahudi yang mereka jadikan sumber rujukan walaupun setelah Nabi Muhammad saw berada dalam kalangan mereka dan mereka pun mengaku telah beragama Islam.
#Mereka masih tidak percaya sepenuhnya kepada Nabi Muhammad saw. Mereka tidak sepenuhnya berada dalam Islam. Mereka merasa tidak bersalah dan berdosa menjadikan orang kafir teman rapat mereka serta merancang menyekat dakwah Nabi saw. Ini menyebabkan kekeliruan kepada orang lain. Ini menunjukkan mereka merosakkan agama dari dalam. Ini adalah kerosakan berat yang mereka lakukan.
#Ini terjadi kerana mereka tidak ada pegangan agama yang kuat. Mereka tidak faham agama dengan sebenarnya, kerana mereka tidak belajar dengan betul. Mereka tiada pendirian, sekejap ke sana dan sekejap ke sini.
#Sebenarnya orang Islam tidak boleh begitu, kerana ajaran Islam yang suci tidak boleh campur aduk dengan yang tercemar. Islam ada prinsipnya yang penuh disiplin. Mereka sepatutnya sudah tidak boleh merujuk lagi kepada pendeta-pendeta Yahudi itu setelah memeluk Islam.
#Maka kerosakan yang dilakukan oleh golongan Munafik adalah melemahkan Islam dari dalam. Selain itu, banyak lagi kerosakan lain dalam perkara agama yang dilakukan oleh golongan Munafik itu, iaitu kepercayaan yang bertentangan dengan wahyu. Mereka melakukan kemungkaran dan maksiat sedangkan mereka juga hadir solat berjemaah dan berpura-pura hadir majlis Nabi saw. Perbuatan mereka itu diikuti pula oleh orang lain. Ini adalah kerana perbuatan buruk selalunya diikuti oleh orang lain. Maka ini bukannya kerosakan fizikal seperti menebang pokok dan tarah bukit tetapi kerosakan pada agama.
#Selepas ditegur, golongan munafik itu menjawab seperti yang disebut dalam surah ini, dalam nada membantah. Maka ini adalah sikap orang Munafik, apabila ditegur, mereka membantah dan menolak teguran orang terhadap mereka. Mereka tidak boleh terima teguran tetapi menunjukkan sifat melawan mereka kepada orang Islam yang menegur mereka. Kita boleh lihat balasan mereka itu adalah dengan hujah-hujah yang mengarut. Mereka sahaja nampak ia sebagai alasan yang betul, tetapi sebenarnya tidak.
#Dalam ayat ini, Allah swt mengajar kita cara bagaimana untuk mengenali golongan Munafik. Bukan untuk kita melabel atau menuduh mereka tetapi untuk kita bandingkan dengan diri kita. Entah kita pun ada sifat mereka. Kalau kita nampak pada orang lain, maka kita boleh berhati-hati dengan mereka supaya tidak terpengaruh dengan kata-kata mereka. Ini kerana mereka itu pandai berkata-kata dan kalau kita tidak berhati-hati, kita boleh termakan dengan kata-kata mereka.
♡Ketahuilah, orang-orang Munafik itu sebenarnya berbuat kerosakan pada agama kerana mereka telah menjadikan kebenaran kelihatan samar. Sepatutnya kebenaran itu sudah jelas. Dek kerana mereka jahil, mereka tidak sedar mereka salah dan sesat. Berwaspadalah!!♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 3 Jamadil Awwal 1447H☆
إِنَّا مُنزِلُونَ عَلَىٰۤ أَهۡلِ هَـٰذِهِ ٱلۡقَرۡیَةِ رِجۡزࣰا مِّنَ ٱلسَّمَاۤءِ بِمَا كَانُوا۟ یَفۡسُقُونَ
"Sesungguhnya kami (diutuskan) untuk menurunkan atas penduduk bandar ini azab dari langit, disebabkan mereka melakukan kejahatan (kufur dan maksiat)" [Surah al-ʿAnkabūt 34]
#Allah swt telah mengutuskan para tenteranya berupa malaikat untuk memusnahkan kaum nabi Luth. Para malaikat telah menghujani kaum itu dengan azab dari langit. Mereka telah ditimpakan dengan batu-batu Sijjil.
#Kemudian Malaikat Jibril telah mengangkat kota tempat tinggal mereka dari bawah tanah, lalu mengangkatnya ke udara, setelah itu diterbalikkan dan ditelangkupkan ke bumi, sedangkan mereka berada di bawahnya.
#Lalu Allah swt mengirimkan hujan batu dari sijjil (tanah liat yang dibakar), masing-masing batu telah diberi tanda (setiap batu sudah ada nama siapa yang akan kena azab Allah swt).
#Allah swt mengatakan bahawa mereka dikenakan azab yang dahsyat itu kerana mereka itu kufur lagi fasik iaitu sentiasa menentang Allah swt dan RasulNya serta melakukan maksiat yang belum pernah dilakukan oleh kaum sebelum mereka. Maka bukanlah Allah zalim terhadap mereka. Allah swt kenakan azab kepada mereka kerana memang layak di azab atas kejahatan, kederhakaan, kemaksiatan dan kekufuran yang mereka telah lakukan.
#Antara maksiat yang mereka lakukan ialah perbuatan syirik kepada Allah swt serta mereka disebut sebagai pelaku pertama perlakuan homoseksual di kalangan lelaki mahupun wanita. Ini sepertimana disebut oleh Imam al-Qurtubi yang menukilkan riwayat daripada Ibn Abbas r.huma berkenaan maksiat-maksiat yang mereka lakukan. (Lihat: al-Jami' li Ahkam al-Quran)
#Mereka juga adalah kaum yang banyak melakukan perbuatan keji, menyamun orang-orang yang dalam perjalanan ke kampung mereka serta mempermain-mainkan mereka. (Lihat: Tarikh al-Umam wa al-Muluk)
#Ibn Kathir dalam kitabnya al-Bidayah wan Nihayah menyebut: "Mereka melakukan dosa yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun dari bani Adam, iaitu seorang lelaki menggauli lelaki dan enggan berkahwin dengan wanita yang Allah jadikan untuk orang-orang soleh".
#Ingatlah, sesiapa yang melakukan perbuatan syirik, kemaksiatan yang melampaui batasan serta menentang para Nabi dan Rasul akan dimusnahkan oleh Allah swt. Zaman sekarang tidak ada Rasul lagi, tetapi ada para alim ulamak, para pejuang Islam dan penyebar dakwah. Maka kalaulah ada yang menentang para ulamak, pejuang Islam dan penyebar dakwah serta hidup bergelumang maksiat, mereka akan mengalami nasib yang sama.
♡Ya Allah, jadikanlah kami dalam kalangan hamba yang mentaati perintahMu serta jauhilah kami dan ahli keluarga kami daripada kejahatan dan kemaksiatan. Aamiiin♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
*SEDEKAH JUMAAT: BANTUAN BINA SEMULA KEHIDUPAN PENDUDUK GAZA*
Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/TABUNG-GAZA-PALESTIN
Gaza hampir musnah sepenuhnya selepas lebih 700 hari pengeboman berturut-turut oleh rejim Israel, dengan 90 peratus infrastruktur wilayah itu dimusnahkan dan kerugian dianggarkan melebihi USD68 bilion (RM320 bilion), menurut laporan rasmi Pejabat Media Kerajaan Gaza (GMO).
Dalam satu kenyataan, GMO menyatakan bahawa serangan berterusan Israel sejak Oktober 2023 telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 76,600 penduduk Palestin terbunuh, manakala 9,500 lagi dilaporkan hilang di bawah runtuhan bangunan.
Daripada jumlah korban itu, lebih 20,000 merupakan kanak-kanak, 12,500 wanita, serta 2,700 keluarga telah terhapus sepenuhnya daripada daftar penduduk. Selain itu, 1,670 petugas kesihatan, 248 wartawan, 139 anggota pertahanan awam, dan 173 pekerja majlis perbandaran turut menjadi korban.
Lebih 162,000 lagi dilaporkan cedera, termasuk ramai yang mengalami kecederaan kekal seperti kehilangan anggota badan, lumpuh, dan buta akibat serangan udara dan peluru berpandu yang tidak henti-henti.
Pejabat Media Gaza turut melaporkan bahawa 38 hospital, 833 masjid dan 163 institusi pendidikan telah dimusnahkan sepenuhnya, di samping ribuan kemudahan awam yang rosak teruk. (Sumber: Anadolu Ajansi, Middle East Eye)
Genosid di Gaza telah menyebabkan kerosakan besar-besaran di wilayah Palestin itu.
Gencatan senjata yang berjaya dicapai memberi sinar baru kepada penduduk Gaza. Bantuan kemanusiaan telah mula dibenarkan masuk dan penduduk dibenarkan pulang ke kawasan kediaman mereka walaupun kebanyakan rumah telah pun musnah.
Kita telah menyaksikan genosid selama lebih 700 hari tanpa henti. Kita juga sudah kehabisan air mata menangisi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza. Kini, genosid telah berjaya dihentikan. Sudah tiba masa untuk kita membantu membina semula kehidupan penduduk Gaza.
Jom, bantu Bina Semula Kehidupan Penduduk Gaza! Moga ada sinar indah untuk mereka!!
Setiap ringgit anda, adalah secubit kenyang buat mereka. Setiap infaq anda, adalah cahaya dalam gelita.
Sama-samalah kita berdoa disamping menghulurkan bantuan sumbangan untuk saudara kita di bumi Palestin.
"..Ya Allah, Inilah Jihadku untuk AgamaMu Ya Rabb.."
==========
Salurkan Sumbangan dengan klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/TABUNG-GAZA-PALESTIN
*Atau terus ke akaun:*
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Tabung Gaza Palestin
SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:
📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/Tabung Gaza Palestin
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/Tabung Gaza Palestin
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/Tabung Gaza Palestin
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/Tabung Gaza Palestin
"ANDA HULUR, KAMI SALUR"
☆Tadabbur Kalamullah 30 Rabiul Akhir 1447H☆
لَا تَحۡزَنۡ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَنَاۖ
"Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita" [Surah at-Tawbah 40]
#Ringkas namun sangat mendalam maksudnya. Jika Penguasa Alam ini memberikan jaminan bahawa dia sentiasa berada bersama kita, apa lagi yang perlu kita risaukan? Apa lagi yang perlu kita takutkan?
#Saat kita menghadapi ujian, mustahil untuk kita langsung tidak berasa sedih atau risau. Namun mungkin bermula daripada saat ini, kita sematkan ayat ini didalam hati dan hayati dengan sebaiknya dengan mengembalikan segalanya kepada Allah swt kerana apa yang terjadi adalah ketetapan daripadanya. Maka kita hendaklah banyakkan bersabar dan tabah dengan segala ketentuanNya.
وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَیۡءࣲ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصࣲ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَ ٰلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَ ٰتِۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِینَ
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar"
ٱلَّذِینَ إِذَاۤ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِیبَةࣱ قَالُوۤا۟ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّاۤ إِلَیۡهِ رَ ٰجِعُونَ
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali" [Surah al-Baqarah 155-156]
#Sabar merupakan satu sifat terpuji yang tidak ada pada diri setiap insan. Saat ditimpa ujian, ramai diantara kita yang segera menyalahkan diri sendiri, mereka di sekeliling dan juga takdir. Tidak ramai sebenarnya yang dapat berlapang dada saat menerima ujian ini kerana kita semua merupakan insan biasa.
#Namun, apa kata jika selepas ini kita cuba untuk bersifat dengan sifat orang yang beriman pula dengan berusaha untuk bersabar di atas segala ujian dan menyerahkan segala urusan kepadanya serta sentiasa memohon pertolongan dan bantuanNya. Jangan sesekali berputus asa dengan rahmat Allah swt.
وَلَا تَا۟یۡـَٔسُوا۟ مِن رَّوۡحِ ٱللَّهِۖ إِنَّهُۥ لَا یَا۟یۡـَٔسُ مِن رَّوۡحِ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلۡقَوۡمُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ
"Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir" [Surah Yūsuf 87]
#Ketahuilah bahawa setiap apa yang kita pinta daripadaNya, pasti akan diberikan. Jika bukan sekarang, pasti akan diberikan suatu hari nanti pada masa dimana kita sangat memerlukannya. Jika bukan di dunia, di akhirat nanti pastinya akan diberikan jua.
#Sebab itulah, apa sahaja yang berlaku terhadap kita ini, cubalah untuk tidak berputus asa dan berusaha dengan sehabis baik. Usaha, doa dan tawakal kepadaNya. Pasti akan ada sinar di kemudian hari untuk kita.
وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرۡغَب
"Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)" [Surah ash-Sharḥ 8]
♡Bacalah al-Quran dan hayatilah maksudnya kerana semua yang berlaku sudah diberikan jawapan dan jaminan daripada Allah swt bahawa pasti akan ada hikmah, penyelesaian dan ganjaran di sebaliknya♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 28 Rabiul Akhir 1447H☆
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
"Dialah (Allah swt) yang telah menciptakan adanya kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya" [Surah al-Mulk 2]
#Antara tujuan Allah swt memberikan ujian kepada hamba-hambaNya adalah untuk melihat siapakah di antara mereka yang sabar dan baik amalannya. Tambahan pula, setiap ujian yang ditimpakan oleh Allah swt ini, berbeza-beza melihat kepada kemampuan setiap hambaNya.
لَا يُكَلِّفُ اللَّـهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
"Allah swt tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya" [Surah al-Baqarah 286]
#Saat kita menghadapi ujian, musibah dan kehilangan sesuatu yang sangat disayangi serta bernilai di hati kita, mustahil untuk kita langsung tidak berasa sedih atau risau. Para ulamak dulu juga bersedih dan merasai kesengsaraan kehilangan perkara yang sangat berharga dalam hidupnya.
#Jom kita hayati kisah kesedihan al-Hafiz Ibnu al-Mulaqqin tatkala terbakar maktabahnya (perpustakaannya).
#Al-Hafiz Ibnu al-Mulaqqin merupakan salah seorang guru al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah.
#Beliau terkenal sebagai seorang yang mempunyai banyak penulisan. Kata al-Hafiz al-Sayuti dalam Tadrib al-Rawi: "Empat orang yang sezaman: Al-Siraj al-Bulqini, al-Siraj Ibnu al-Mulaqqin, al-Zain al-'Iraqi dan al-Nur al-Haithami. Yang paling alim di antara mereka dalam fiqh adalah al-Bulqini, yang paling alim dalam hadith dan matan-matannya adalah al-'Iraqi, yang paling banyak penulisannya adalah Ibnu al-Mulaqqin dan yang paling banyak menghafal matan hadith adalah al-Haithami.
#Beliau menghasilkan kitab takhrij hadith antara yang terbesar dalam sejarah Islam iaitu kitab al-Badr al-Munir yang mentakhrijkan hadith-hadith dalam kitab al-Syarh al-Kabir karangan Imam al-Rafi'ie.
#Beliau gemar menghimpunkan kitab dan mempunyai sebuah maktabah yang besar yang menghimpunkan kitab-kitab yang langka. Dikatakan bahawa koleksi buku beliau lebih banyak daripada al-Hafiz al-'Iraqi. Kata al-Hafiz Ibnu Hajar: "Aku tidak pernah melihat sesiapa pun di Kaherah ini yang lebih banyak kitab daripadanya".
#Ketika penghujung usia beliau, maktabah beliau terbakar sehingga sebahagian besar penulisan beliau turut terbakar. Terbakarnya maktabah beliau ini menyebabkan beliau bersedih yang bersangatan sehingga menyebabkan akal fikiran beliau berubah. Anaknya mengambil keputusan mengurung beliau di dalam rumah dan menghalang orang ramai bertemu dengannya.
#Kata Syeikh Ahmad Ma'bad Abdul Karim: "Kita ini kalau semua terbakar tapi dapur selamat tak ada masalah lagi. Selama mana sandwic ada, yang lain nak pergi jahanam pun tak apa".
♡Ulamak dulu sedih kerana tulisan ilmunya hangus dijilat api. Kita pada hari ini sedih apabila kehilangan harta atau sesuatu tentang dunia. Moga Allah mengampuni dan merahmati kita semua. Aamiiin♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 26 Rabiul Akhir 1447H☆
ٱلَّذِی عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ * عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ یَعۡلَمۡ
"Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya" [Surah al-ʿAlaq 4-5]
#Ayat ini menyebut pena sebagai alat mengajar, menekankan pentingnya menulis sebagai kaedah untuk menyebarkan dan mengabadikan ilmu.
#Ini juga menunjukkan bahawa dengan belajar menulis dan membaca, manusia akan memperoleh ilmu yang tidak pernah diketahuinya sebelumnya.
#Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, bahawa beliau berkata:
مَا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْه وَسَلَّم أَحَدٌ أَكْثَرَ حَدِيْثًا عَنْهُ مِنِّي، إِلَّا مَا كَانَ مِنْ عبدِ اللَّهِ بنِ عَمْرٍو، فَإِنَّهُ كَانَ يَكْتُبُ وَلَا أَكْتُبُ
"Tidak ada daripada sahabat-sahabat Nabi saw yang lebih banyak meriwayatkan hadis daripadaku kecuali Abdullah bin Amr. Sesungguhnya dia lebih banyak daripadaku disebabkan dia menulis dan aku pula tidak menulis" (HR al-Bukhari)
#Ini memahamkan kita bahawa menulis adalah sangat penting dan dituntut dalam menuntut ilmu. Ini kerana, daya ingatan dan hafalan manusia adalah berbeza antara satu sama lain. Untuk itu, apabila kita terlupa maka kita boleh merujuknya semula pada bila-bila masa yang kita perlukan.
#Disebut sebuah kisah menarik berkaitan tajuk ini melibatkan 2 imam besar iaitu Imam Ibnu Hibban dan Imam Ibnu Khuzaimah. Jom hayati:
Al-Imam Ibnu Hibban merupakan pengarang kitab al-Anwa' Wa al-Taqasim yang juga dikenali sebagai Sahih Ibnu Hibban. Beliau merupakan murid kanan kepada al-Imam Ibnu Khuzaimah yang merupakan pengarang kitab Sahih Ibnu Khuzaimah.
Imam Ibnu Hibban sentiasa mendampingi gurunya itu sama ada ketika bermukim mahupun ketika bermusafir. Beliau akan bertanya dan mencatit apa sahaja yang diucapkan oleh Imam Ibnu Khuzaimah. Sikap Imam Ibnu Hibban ini kadangkala menyebabkan gurunya itu berasa rimas.
Yaqut al-Hamawi dalam kitab Mu'jam al-Buldan, meriwayatkan daripada Abi Hamid Ahmad bin Muhammad bin Sa'id al-Naisaburi, beliau berkata:
"Kami bersama-sama dengan Abi Bakar Muhammad bin Ishaq bin Khuzaimah ketika dalam perjalanan dari Naisabur (Iran). Bersama-sama kami juga ada Abu Hatim al-Busti (Ibnu Hibban). Beliau banyak bertanya kepada Imam Ibnu Khuzaimah sehingga menyebabkan Imam Ibnu Khuzaimah berasa rimas.
Lalu Imam Ibnu Khuzaimah berkata kepadanya: "Wahai si dungu, pergi jauh daripadaku. Jangan menggangguku"
Lantas Imam Ibnu Hibban menulis kata-kata Imam Ibnu Khuzaimah tersebut. Lalu ditanya kepada Ibnu Hibban: "Ini pun engkau nak tulis?"
Imam Ibnu Hibban menjawab: "Ya. Aku tulis semua yang Imam Ibnu Khuzaimah cakap.
#Sedarilah, kita sebagai manusia yang sentiasa lupa dan lemah ingatan perlulah menulis atau mencatat segala yang kita pelajari supaya ia tidak hilang dari ingatan kita.
#Pepatah arab ada yang mengatakan:
العِلْمُ صَيْدٌ وَالْكِتَابَةُ قَيْدُهُ
"Ilmu seperti haiwan buruan dan tulisan adalah yang akan mengikatnya (ilmu)"
♡Marilah sama-sama kita membudayakan amalan menulis ini sebagaimana yang telah dilakukan oleh para salafussoleh. Untuk itu, sudah menjadi tanggungjawab seorang penuntut ilmu untuk menulis setiap apa yang mereka pelajari dan dengari♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
*SEDEKAH JUMAAT: WAKAF 4x4 UNTUK MISI GERAK KERJA MISI BANTUAN BANJIR DAN KEBAJIKAN (RM50 RIBU)*
Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/WAQAF-KENDERAAN-JAM-BALING
Assalamualaikum wbt...
*RM38 RIBU TELAH BERJAYA DIKUMPUL. HANYA BERBAKI RM12 RIBU SAHAJA LAGI*
(Diperlukan sekitar 400 orang sahaja yang menyumbang rm30, InsyaAllah akan selesai misi sumbangan ini)
InsyaAllah hari ini sekali lagi pihak Geng Talaqqi membuka ruang dan peluang kepada semua para penyumbang untuk sama-sama membantu menyumbang dana bagi menjayakan projek mulia ini agar memudahkan pihak sukarelawan Jabatan Amal Baling melaksanakan misi bantuan banjir serta misi kebajikan dengan lebih memberansangkan dengan adanya kenderaan yang lebih selesa dan lasak.
Buat masa sekarang mereka hanya menggunakan Toyota Unser yang agak kecil untuk membawa peralatan dan barang-barang terutama pada musim banjir dan misi-misi kebajikan.
*DIPERLUKAN LAGI: RM12 RIBU*
___
Wakaf kenderaan 4x4 ini adalah satu inisiatif untuk membantu pihak jabatan amal menyediakan sebuah kenderaan yang akan digunakan dan memberi manfaat kepada gerak kerja kebajikan terutama untuk misi bantuan golongan yang memerlukan dan membawa peralatan dimusim banjir dan bencana.
InsyaAllah moga setiap golekan tayarnya menjana pahala yang berganda dan berpanjangan setiap kali kerja kebajikan dijalankan..
Mudah-mudahan dengan infak, sedekah, wakaf tunai atau zakat yang di hulurkan bagi mencukupkan dana bagi pembelian 4x4 ini menjadi asbab dibuka salah satu dari pintu syurga untuk kita dan dilepaskan dari azab Allah swt kelak.
Sumbangan anda sangat-sangat dihargai dan didahulukan dengan ucapan jazakumullahu khairan kathira. Semoga Allah memberi rahmat ke atas para penyumbang sekeluarga. Aamiiin
===========
*Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Toyyip Pay:*
https://toyyibpay.com/WAQAF-KENDERAAN-JAM-BALING
*Atau terus ke akaun:*
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Waqaf Kenderaan JAM Baling
*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*
📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/WaqafKenderaanJAMBaling
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/WaqafKenderaanJAMBaling
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/WaqafKenderaanJAMBaling
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/WaqafKenderaanJAMBaling
*ANDA HULUR, KAMI SALUR*
☆Tadabbur Kalamullah 23 Rabiul Akhir 1447H☆
وَإِسۡمَـٰعِیلَ وَإِدۡرِیسَ وَذَا ٱلۡكِفۡلِۖ كُلࣱّ مِّنَ ٱلصَّـٰبِرِینَ * وَأَدۡخَلۡنَـٰهُمۡ فِی رَحۡمَتِنَاۤۖ إِنَّهُم مِّنَ ٱلصَّـٰلِحِینَ
"Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta Zul-Kifli; semuanya adalah dari orang-orang yang sabar. Dan Kami masukkan mereka dalam (kumpulan yang dilimpahi) rahmat Kami: sesungguhnya mereka adalah dari orang-orang yang soleh" [Surah al-Anbiyāʾ 85-86]
#Dalam ayat ini Allah swt menyebut berkaitan Nabi Idris Alaihissalam. Jom kita kenali siapa nabi Idris Alaihissalam.
#Nabi Idris bin Yard bin Mahlayil bin Qainan bin Yanish bin Syith bin Adam. Nama baginda dalam bahasa Ibrani ialah Khanukh atau Akhnukh. Baginda sempat bertemu dengan nabi Adam ketika nabi Adam berusia 308 tahun. Nama Nabi Idris telah disebutkan sebanyak dua kali dalam al-Quran. Pertama: Surah al-Anbiya’, ayat 85-86 dan Surah Maryam, ayat 56-57.
#Baginda Nabi Idris dilahirkan di Babylon (Iraq) dan tinggal di Mesir. Baginda dilantik menjadi nabi selepas nabi Syith Alaihissalam. Al-Quran mensifatkan baginda sebagai seorang yang benar (tutur katanya dan keimanannya). Baginda menyeru kepada kebenaran dan melawan kemungkaran serta mengimarahkan bumi. Baginda sangat mengambil berat untuk membina tamadun dan bandar-bandar baru. Dikatakan telah dibina sebanyak 188 bandar-bandar baru sewaktu zaman baginda.
#Baginda adalah orang yang pertama menulis dengan pena. Baginda juga adalah orang yang pertama yang menjahit dan memakai pakaian berjahit. Sebelum itu manusia memakai pakaian daripada kulit. Baginda adalah orang yang pertama menyusun ilmu berkaitan bintang (nujum) dan matematik dan baginda terkenal sebagai seorang yang mempunyai kebijaksanaan.
#Terdapat perbezaan pendapat tentang zaman diutuskan nabi Idris Alaihissalam. Jumhur ulamak berpendapat bahawa baginda diutuskan selepas nabi Adam dan sebelum nabi Nuh.
#Syeikh Solah Abdul Fattah al-Khalidi berpendapat bahawa baginda diutuskan agak terkemudian dan baginda tergolong daripada nabi-nabi yang diutuskan kepada Bani Israel serta berkemungkinan selepas nabi Daud dan nabi Sulaiman.
#Imam Ibnu al-‘Arabi al-Maliki juga antara yang berpendapat nabi Idris diutuskan di zaman terkemudian dan bukan sebelum nabi Nuh Alaihissalam.
#Menurut Syeikh Dr Muhammad Bakar Ismail, al-Quran mensifatkan baginda sebagai seorang yang sabar. Ini menunjukkan bahawa dakwah baginda juga menghadapi tentangan daripada kaumnya lalu baginda menghadapinya dengan sifat syukur dan reda. Menurut beliau lagi, berkemungkinan nabi Idris tidaklah berumur panjang dan baginda tidak mempunyai syariat tersendiri yang mengandungi hukum-hakam yang banyak. Kisah baginda juga tidak terdapat banyak pengajaran sebagaimana kisah-kisah nabi yang lain. Oleh kerana itu Allah tidak menyebutkannya.
#Para ulamak juga berbeza pendapat sama ada nabi Idris masih hidup ataupun sudah wafat. Ketika menafsirkan ayat 57 daripada surah Maryam, ‘dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya’, Mujahid berpendapat bahawa baginda tidak wafat dan diangkat sebagaimana diangkat nabi Isa dan baginda berada di langit ke-4.
#Ibnu ‘Abbas dan ad-Dhahhak pula berpendapat baginda diangkat ke langit ke-6 dan wafat di sana.
#Namun pendapat yang menyatakan bahawa baginda berada di langit ke-4 lebih kuat berdasarkan hadis Israk dan Mikraj yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Cuma tidak dapat dipastikan sama ada baginda sudah wafat atau tidak.
#Syeikh Solah Abdul Fattah al-Khalidi cenderung mengatakan bahawa nabi Idris tidaklah diangkat secara hakiki dengan ruh dan jasad sebagaimana nabi Isa. Sebaliknya nabi Idris diangkat secara maknawi iaitu diangkat kedudukan dan darjat baginda. Menurut beliau, nabi Idris wafat di bumi sebagaimana kewafatan para nabi yang lain.
♡Ya Allah, himpunkanlah kami bersama para nabi dan RasulMu di syurga kelak. Aamiiin♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 21 Rabiul Akhir 1447H☆
وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِیمࣲ
"Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia" [Surah al-Qalam 4]
#Dalam ayat ini, Allah swt memuji Nabi Muhammad saw kerana baginda mempunyai akhlak yang baik. Sebelum baginda saw dilantik menjadi Rasul lagi pun baginda sudah memiliki akhlak yang mulia. Baginda seorang insan yang jujur dan memiliki akhlak yang sememangnya hebat.
#Akhlak adalah cara kita berurusan dengan makhluk. Ia ada kena mengena dengan kalimah ‘makhluk’. Maksudnya orang yang ada akhlak baik, itu adalah makhluk yang terbaik. Oleh kerana akhlak baginda yang mulialah yang baginda layak mendapat wahyu dan menyebarkabnya kepada umat Islam agar semuanya berakhlak dengan akhlak Baginda saw.
#Allah swt menyebut tentang akhlak, tapi malangnya ramai di kalangan kita Muslim lupa tentang akhlak yang mulia.
#Syeikh Abdullah al-Talidi mengisahkan dalam autobiografi beliau, Zikrayat Min Hayati, antara nikmat yang Allah kurniakan kepada beliau adalah kurniaan untuk berakhlak dan beradab dengan mushaf al-Quran, kitab-kitab tafsir, hadis, fiqh dan seluruh kitab-kitab agama.
#Beliau tidak akan meletakkan kitab-kitab lain di atas al-Quran, bahkan akan menyusun kitab-kitab tersebut berdasarkan tingkatannya. Kitab-kitab ilmu alat, sastera, dan sejarah akan berada di bawah sekali, kemudian di atasnya kitab-kitab fiqh, seterusnya kitab-kitab hadis Nabawi, lalu kitab-kitab tafsir dan al-Quran akan berada di atas sekali.
#Menurut beliau, tidak diketahui di kalangan ahli ilmu zaman semasa yang mampu untuk mengikut adab ini kecuali mereka yang dirahmati oleh Allah untuk berbuat demikian. Beliau pernah melihat ada di kalangan ahli ilmu yang meletakkan ganggang telefon, cawan teh dan barang-barang lain di atas kitab-kitab yang mengandungi ayat-ayat al-Quran, hadis, hukum syarak dan nama Allah.
#Sesiapa yang tidak mengambil berat akan akhlak dan adab ini maka dia adalah di kalangan orang yang rapuh agamanya, tidak menghormati sesuatu yang disucikan dan dimuliakan oleh Allah.
#Sebahagian guru beliau pernah menceritakan kepadanya bahawa dia pernah bertemu dengan rakannya yang merupakan daripada kalangan ulamak. Dia mendapati di hadapan rakannya itu terdapat bungkusan yang mengandungi pelbagai kitab dan di atasnya terdapat dulang, teko dan cawan-cawan teh. Apabila rakannya tersebut meninggal dunia, dia melihat rakannya itu di dalam mimpi dan mendapati keadaannya tidak elok.
#Syeikh Abdullah al-Talidi merupakan ulamak hadis yang berasal dari Maghribi. Beliau dilahirkan pada tahun 1926. Beliau merupakan murid utama kepada keluarga al-Ghumari. Antara guru beliau ialah Syeikh Ahmad al-Ghumari, Syeikh Abdullah al-Ghumari, Syeikh Abdul Aziz al-Ghumari, Syeikh Abdul Hayy al-Ghumari, Syeikh Muhammad al-Zamzami al-Ghumari dan lain-lain. Beliau menulis beberapa penulisan seperti Tahzib Jami' al-Tirmizi (ringkasan Sunan al-Tirmizi), Tahzib Khasais al-Kubra (ringkasan Khasais al-Kubra karangan al-Sayuthi, Tahzib al-Syifa karangan al-Qadhi 'Iyadh dan lain-lain.
#Beliau meninggal dunia pada 5 Ogos 2017. Semoga Allah merahmati beliau. Aamiiin
♡Berusahalah untuk memiliki akhlak dan adab yang terbaik sebagaimana yang ditunjukkan baginda saw dan para pewaris baginda. Moga kita semua beroleh keberkatan dariNya. Aamiiin♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆
هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا لَیۡسَ لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱۚ وَٱللَّهُ یَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
"Ingatlah! Kamu ini orang-orang (bodoh), kamu telah memajukan bantahan tentang perkara yang kamu ada pengetahuan mengenainya (yang diterangkan perihalnya dalam Kitab Taurat), maka mengapa kamu membuat bantahan tentang perkara yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan pun bersabit dengannya? Dan (ingatlah), Allah mengetahui (hakikat yang sebenarnya) sedang kamu tidak mengetahuinya" [Surah Āli-ʿImrān 66]
#Allah swt menempelak golongan ahli kitab iaitu mereka yang memiliki pengetahuan tetapi membantah tentang kebenaran. Allah mengatakan mereka golongan yang bodoh lagi bebal. Mereka berhujah membantah pada perkara yang mereka tahu dan yang mereka tidak tahu. Perkara yang patut mereka tahu (sebab sudah ada dalam kitab kamu) pun mereka bantah. Apatah lagi perkara yang mereka tidak tahu.
#Ini mengajar kita supaya apabila nak berhujah, kena ada dalil, kena pada perkara yang kita ada ilmu tentangnya. Tetapi memang golongan Ahli Kitab itu suka berbantah. Yang mereka tahu pun mereka berbantah sesama sendiri, ditambah pula dengan perkara yang mereka tidak ada ilmu tentangnya.
#Maka kita jangan jadi bodoh macam ahli kitab. Nabi saw dan para alim ulamak menyampaikan kebenaran dan segala hal ehwal berkaitan akidah, syariah, adab dan kehidupan namun ramai di kalangan orang Islam yang membantah, mempertikai, mencela, mengingkari dan mengkritik kebenaran yang disampaikan. Inilah orang bodoh.
#Sebahagian ahli hikmah berkata: Orang bodoh dapat dikenali melalui enam ciri:
1) Marah tanpa sebab.
2) Memberi kepada yang tidak berhak.
3) Bercakap tanpa faedah.
4) Terlalu mudah mempercayai semua orang.
5) Mendedahkan rahsia.
6) Tidak dapat membezakan antara kawan dan lawan.
7) Dia juga bercakap apa sahaja yang terlintas di hatinya.
8) Menyangka dirinya adalah orang yang paling bijak
#Sebahagian ahli hikmah juga berkata: Antara sifat-sifat kebodohan ialah:
1)Tergesa-gesa
2) Semberono
3) Kasar
4) Angkuh
5) Tidak bermoral
6) Bodoh
7) Jahil
8) Malas
9) Khianat
10) Zalim
11) Membazir
12) Lalai
13) Gembira berlebihan
14) Sombong
15) Jahat
16) Licik
17) Jika dia kaya, dia akan berlagak.
18) Jika miskin, dia akan berputus asa.
19) Jika gembira, dia akan melampaui batas.
20) Jika bercakap, dia akan bercakap kotor.
21) Jika diminta, dia akan kedekut.
22) Jika meminta, dia akan mendesak.
23) Jika berkata-kata, tidak elok tutur katanya.
24) Jika dikatakan kepadanya, dia tidak faham.
25) Jika ketawa, dia meringkik seperti keldai.
26) Jika menangis, dia menguak seperti lembu. (Lihat: Akhbar al-Hamqa Wa al-Mughaffalin oleh Ibnu al-Jauzi)
♡Jadilah orang yang bijak dengan mengikuti segala petunjuk agama dan jangan sesekali bertindak bodoh membantah segala hal sehingga tergolong dalam kalangan orang-orang bodoh♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
*SEDEKAH JUMAAT: WAQAF ENJIN BOT DAN BOT FIBER UNTUK KEGUNAAN PENDUDUK MANIK URAI, KELANTAN*
Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/WAQAF-BOT-DAN-ENJIN
Assalamualaikum wbt..
Bot merupakan antara aset penting dalam urusan mengendalikan misi Banjir di Pantai Timur.
Geng Talaqqi menerima permohonan daripada Jabatan Amal Malaysia Kuala Krai yang memerlukan sebuah bot fiber 15 kaki dan satu unit Enjin Yamaha 15hp untuk kegunaan misi banjir.
1. BOT FIBER 15 KAKI : RM3500
2. ENJIN YAMAHA 15HP : RM6850
*KOS DIPERLUKAN: RM10,350*
Sumbangan bot dan enjin ini untuk kemudahan dan kebajikan team Jabatan Amal dan orang kampung memindahkan mangsa banjir yang berlaku hampir setiap tahun dan kerap kali dilanda banjir yang besar.
Moga dengan infaq waqaf bot dan enjin ini akan dapat memudahkan team Jawatankuasa Banjir bertindak dengan lebih cepat memberi bantuan menyelamat penduduk kampung yang terkepung banjir.
Jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada para penyumbang. Moga Allah swt mempermudahkan segala urusan para penyumbang dunia akhirat.. Aamiiin
========
*Sumbangan boleh disalurkan ke akaun toyyib pay:*
https://toyyibpay.com/WAQAF-BOT-DAN-ENJIN
*Atau terus ke akaun:*
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: WAQAF BOT DAN ENJIN
*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*
📲Ust naim: http://www.wasap.my/60196023803/WaqafBotDanEnjin
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/WaqafBotDanEnjin
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/WaqafBotDanEnjin
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/WaqafBotDanEnjin
*ANDA HULUR, KAMI SALUR*
☆Tadabbur Kalamullah 16 Rabiul Akhir 1447H☆
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya" [Surah al-Maidah 90]
#Arak merupakan ibu segala maksiat kerana mengundang bahaya seperti perlakuan jenayah, kerosakan masyarakat, kelalaian, perpecahan dan keganasan rumah tangga serta kemalangan di jalanraya. Sesiapa terlibat dengan arak maka ia terlibat dalam dosa besar dan ianya satu jenayah dalam Islam.
#Bukan sahaja arak itu haram pada zatnya, bahkan Rasulullah menegah umat Islam daripada terlibat dengan apa sahaja yang menyumbang kepada arak. Ini berdasarkan hadis Nabi saw:
لَعَنَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الخَمْرِ عَشَرَةً: عَاصِرَهَا، وَمُعْتَصِرَهَا، وَشَارِبَهَا، وَحَامِلَهَا، وَالمَحْمُولَةُ إِلَيْهِ، وَسَاقِيَهَا، وَبَائِعَهَا، وَآكِلَ ثَمَنِهَا، وَالمُشْتَرِي لَهَا، وَالمُشْتَرَاةُ لَهُ
"Rasulullah saw melaknat sepuluh orang yang berkaitan dengan arak. Yang memerah, yang meminta perah, yang minum, yang membawa, yang dibawa kepadanya, yang menuangkan arak, yang menjual, yang memakan hasil jualan arak, yang membeli dan yang dijual untuknya" (HR at-Tirmizi)
#Laknat itu menyeluruh dengan menunjukkan betapa seriusnya Islam dalam membanteras bahaya arak. Impaknya bukan sahaja dirasai oleh peminumnya sahaja, tetapi juga individu yang membawa dan menuangkannya turut terpalit sama.
#Malang dan tersangat malang bahawa secara realiti dalam sebuah negara yang majoritinya Muslim, arak tetap mudah diakses, malah dipamerkan sebagai lambang kekayaan dan kemegahan. Lebih mendukacitakan apabila ia disimpan dengan rapi seolah-olah bahan eksklusif, dipamer dan dihargai seperti barang kemas, sedangkan di sisi agama, ia ialah najis yang merosakkan akal dan jiwa.
Sabda Rasulullah: "Setiap yang memabukkan adalah arak dan setiap arak adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu mati dalam keadaan masih meminumnya, dia tidak akan meminumnya di akhirat" (HR Muslim)
#Lihat betapa besar azab yang dijanjikan bagi mereka yang terus bergelumang dengan arak. Minuman keras itu tidak sekadar merosakkan individu, tetapi melibatkan kerosakan pada masyarakat dan negara.
#Masyarakat tidak boleh lagi memandang ringan terhadap isu arak. Mahu atau tidak, kita perlu kembali kepada panduan al-Quran dan as-Sunnah.
Benar, penguatkuasaan undang-undang sangat penting, namun banyak kelemahan dan kelekaan dalam mengurusnya, tetapi paling utama ialah kesedaran dalam sanubari umat.
#Pihak berkuasa perlu bertindak tegas dan telus. Mereka yang bersekongkol dengan pengedaran, penyimpanan arak atau penghasilan barang larangan itu secara tidak sah, juga yang terlibat menganjurkan majlis yang dihidangkan arak atau bergembira dengan semburan arak dalam meraikan suatu kemenangan perlu dikenakan hukuman setimpal tanpa mengira status atau darjat.
#Sesungguhnya, arak bukan sekadar isu hukum, ia juga membabitkan bab akidah, sosial dan isu negara. Jangan sampai kita menjadi masyarakat yang celik ekonomi, bijak serba serbi tetapi buta hati.
#Usah kita megah dengan gudang arak, kilang arak, pameran arak, majlis dihiasi arak sedangkan kita miskin dalam iman dan taqwa.
#Ingatlah, dalam Islam, kemewahan sebenar bukan terletak pada rak arak yang berjuta atau berbilion pendapatan negara melalui arak tetapi pada hati yang takutkan Allah swt dan jiwa yang gentar dengan ancaman azab Allah swt.
♡Kami umat Islam membantah dan menentang sekeras-kerasnya pembudayaan hidangan minuman arak dalam semua majlis dan cara meraikan kemenangan dengan siraman arak pada pemenang. Ini semua budaya Jahiliyah yang jauh bertentangan dengan syarak♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 9 Jamadil Awwal 1447H☆
أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُوا۟ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا یَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِینَ خَلَوۡا۟ مِن قَبۡلِكُمۖ مَّسَّتۡهُمُ ٱلۡبَأۡسَاۤءُ وَٱلضَّرَّاۤءُ وَزُلۡزِلُوا۟ حَتَّىٰ یَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ مَعَهُۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِۗ أَلَاۤ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِیبࣱ
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)" [Surah al-Baqarah 214]
#Dalam ayat ini Allah swt memberitahu bahawa syurga itu tidak diberikan secara percuma. Syurga itu mahal dan mestilah berkorban untuk mendapatkannya. Mereka yang mahukan syurga akan diuji semasa di dunia. Oleh itu, jihad hendaklah dijalankan kerana ia adalah salah satu daripada jalan untuk masuk syurga dan ia merupakan ujian yang amat besar.
أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُوا۟ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا یَعۡلَمِ ٱللَّهُ ٱلَّذِینَ جَـٰهَدُوا۟ مِنكُمۡ وَیَعۡلَمَ ٱلصَّـٰبِرِینَ
"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?" [Surah Āli-ʿImrān 142]
#Allah beritahu bahawa pertolonganNya akan pasti tiba dan tidak lama lagi. Pertolongan Allah itu tersangatlah dekat. Mereka cuma perlu bersabar sedikit sahaja lagi. Kesabaran mereka menunggu pertolongan itu akan dibalas dengan pahala dan syurga yang tentunya lebih tinggi nilainya daripada susah payah dan penat jerih manusia yang berdakwah untuk menegakkan agamaNya.
يَـٰٓأَيُّہَا الَّذينَ ءآمَنوا إِن تَنصُرُوا اللهَ يَنصُركُم وَيُثَبِّت أَقدامَكُم
"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kakimu (pendirianmu)" [Surah Muhammad 7]
#Lihatlah saat ini, pejuang Islam di Gaza semakin hebat dan Israel Zionis semakin lemah dan bakal lenyap binasa. Buktinya:
1. Israel kehilangan 7,000 askar yang terbunuh di Gaza
2. Israel kehilangan 25,000 askar yang cacat
3. Israel kehilangan 150 bilion dolar
4. Israel kehilangan normalisasi hubungan dengan negara Arab
5. Israel gagal menghapuskan isu Palestin
6. Israel kehilangan reputasi antarabangsa
7. Israel kehilangan aura mitos kehebatannya
8. Israel kehilangan hubungan dan urus niaga luar negaranya
9. Israel kehilangan ratusan kereta kebal dan peluru
10. Israel kehilangan kepercayaan masyarakat Yahudi terhadap kerajaan Netanyahu
11. Israel gagal dalam rancangan menawan Gaza
12. Israel kehilangan ribuan rumah yang musnah di wilayahnya sendiri
13. Israel kehilangan persahabatan dengan Mesir dan Jordan
14. Israel kehilangan kewibawaan di mata masyarakat dunia
15. Israel kehilangan sokongan pendapat awam Barat
16. Israel kehilangan keselamatan dan kestabilan dalam negara
17. Israel kehilangan kesatuan dan keteguhan barisan dalaman
18. Israel kehilangan jeneral dan komander elit tenteranya
19. Israel kehilangan imej sebagai tentera yang tidak dapat dikalahkan
20. Israel kehilangan teknologi yang selama ini dibanggakan.
21. Israel kehilangan kemampuan untuk menakutkan dan menguasai rantau ini
22. Israel kehilangan pakatan rahsia dengan beberapa negara Arab
23. Israel kehilangan masa depannya dalam politik serantau
24. Israel hilang kewarasan di hadapan keteguhan Gaza
25. Israel kehilangan kredibiliti medianya di mata rakyat dan dunia
☆Tadabbur Kalamullah 8 Jamadil Awwal 1447H☆
فَأَلۡهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقۡوَىٰهَا
"Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa" [Surah ash-Shams 8]
#Ilham adalah sesuatu perasaan dan pengetahuan yang Allah swt telah letakkan dalam hati manusia, adakalanya ianya lebih kuat lagi dari fakta. Sesetengah orang mungkin menggelarnya naluri hati. Memang naluri hati ini kadangkala lebih kuat rasanya dari fakta.
#Allah swt mengilhamkan kepada insan yang berakal untuk mengenal jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan jalan yang membawanya kepada taqwa. Maka manusia sebenarnya telah kenal kebenaran. Telah ada dalam diri manusia perasaan tidak sedap hati kalau dia melakukan kesalahan atau dosa kerana dia sendiri sudah tahu yang perbuatannya itu berdosa.
#Nabi saw bersabda:
الْبِرُّ مَا اطْمَأَنَّتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي النَّفْسِ وَتَرَدَّدَ فِي الصَّدْرِ
"Kebaikan ialah apa yang membuatkan jiwa tenang. Manakala dosa adalah yang membuat jiwamu gelisah dan ragu-ragu di hatimu" (HR Ahmad)
#Pun begitu, jangan tersalah faham berkaitan ayat ini. Bukanlah Allah swt ilhamkan manusia untuk melakukan kejahatan, tetapi Allah swt ilhamkan bahawa sesuatu perbuatan itu jahat. Allah swt ilhamkan manusia kenal mana satu perbuatan yang jahat.
#Diriwayatkan daripada Sayidina Nawwas bin Sam’an r.a, Nabi saw bersabda:
الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَالإِثْمُ مَا حَاكَ فِى صَدْرِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ
"Kebaikan adalah dengan berakhlak yang mulia. Sedangkan dosa adalah sesuatu yang menggelisahkan hatimu. (Ketika dosa tersebut dilakukan), tentu engkau tidak suka hal itu nampak di tengah-tengah manusia" (HR Muslim)
#Ilham ini adalah hadiah dari Allah swt untuk kita semua.
#Diriwayatkan bahawa Imam an-Nawawi rahimahullah, sejak kecil lagi beliau rajin menuntut ilmu, menghafaz al-Quran dan seumpamanya.
Seorang wali Allah, Syeikh Yasin bin Yusuf al-Murrakusyi berkata: "Aku melihat beliau (an-Nawawi) ketika umurnya 10 tahun di Nawa. Kanak-kanak lain memaksa beliau untuk bermain bersama-sama. Namun beliau lari daripada mereka dan menangis dengan paksaan mereka. Sebaliknya, beliau membaca al-Quran ketika itu. Maka timbul di hatiku perasaan kasihkannya. Bapanya menyuruhnya menjaga kedai. Namun Aktiviti jual beli itu tetap tidak melalaikan dirinya daripada membaca al-Quran".
Kata Syeikh Yasin lagi: Aku kemudian pergi berjumpa dengan guru al-Qurannya dan berpesan supaya mengambil berat hal dirinya dan aku menyebut: "Sesungguhnya dia akan menjadi orang yang paling alim dan zuhud pada zamannya, serta akan memberi manfaat kepada ramai manusia".
Maka gurunya bertanya: "Adakah tuan ahli nujum?".
Aku menjawab: "Tidak, sebaliknya ia adalah ilham daripada Allah".
Perkara tersebut kemudian diceritakan kepada bapanya, lalu bapanya memberi perhatian yang tinggi terhadap pelajaran dan hafazannya sehingga beliau berjaya khatam al-Quran sebelum usia baligh. Firasat Syeikh Yasin itu akhirnya benar-benar menjadi kenyataan. (Lihat: Imam al-Nawawi oleh Syeikh ‘Abd al-Ghani al-Daqqar dan Min A’lam al-Salaf Oleh Ahmad Farid)
#Benarlah firasat (naluri hati) orang yang beriman, lebih-lebih lagi orang yang soleh dan alim. Allah swt mengilhamkan sesuatu yang baik di hati mereka dan di lisan mereka.
♡Moga kita sentiasa diilhamkan perasan untuk merasai kemanisan, kegembiraan dan ketenangan untuk melakukan kebaikan dan amal soleh serta membenci perbuatan keji dan dosa. Aamiiin♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 6 Jamadil Awwal 1447H☆
كَذَّبَتۡ عَادࣱ فَكَیۡفَ كَانَ عَذَابِی وَنُذُرِ
"(Demikian juga) kaum Aad telah mendustakan Rasulnya (lalu mereka dibinasakan); maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabku dan kesan amaran-amaranKu!" [Surah al-Qamar 18]
#Ayat ini adalah berkaitan tentang pendustaan kaum Aad iaitu kaum Nabi Hud Alaihissalam. Kaum Aad ini adalah kaum yang ada selepas peristiwa banjir besar di zaman Nabi Nuh Alaihissalam. Selepas banjir itu, semua manusia yang ada adalah beriman belaka. Melalui merekalah keturunan manusia bercambah membiak. Akan tetapi lama-kelamaan, manusia kembali melakukan syirik. Jadi Kaum Aad ini adalah antara kaum yang awal menolak tauhid.
#Kaum Aad tinggal di Ahqaf (bukit-bukit pasir). Kaum Aad tinggal di daerah Ahqaf. Ia terletak antara kawasan Yaman dan Hadramaut. Tempat itu dinamakan begitu kerana ada bukit-bukit pasir yang tinggi. Menurut Ikrimah, Al-Ahqaf bermaksid bukit-bukit dan gua-gua.
#Mereka (kaum Aad) telah mendustakan Rasul mereka, iaitu Nabi Hud Alaihissalam.
Perkataan ‘mendustakan’ itu bermaksud ‘menolak’. Ini kerana apabila mereka tidak menerima apa yang dibawa oleh Rasul, maka dalam ertikata lain, mereka berkata bahawa apa yang dibawa oleh para Rasul itu adalah dusta sahaja.
#Iaitu mereka kata apa yang Rasul bawa kepada mereka itu adalah dusta. Kerana mereka tidak mahu terima ajakan tauhid itu, mereka kata Nabi mereka berbohong dengan membawa ajaran yang salah. Ini sama sahaja apabila masyarakat menolak ajaran yang disampaikan oleh para alim ulamak kerana mereka sangka pendakwah di kalangan para alim ulamak itu membawa ajaran salah kerana bertentangan dengan kehendak nafsu serakah mereka.
#Penolakan mereka terhadap dakwah Nabi Hud tidak dibiarkan begitu sahaja. Mereka dibalas semasa mereka di dunia lagi. Ayat ini pertama sekali dibacakan kepada Musyrikin Mekah. Ianya sebagai amaran kepada mereka. Mereka diingatkan kepada apa yang terjadi kepada kaum Aad kerana mereka kenal kaum Aad itu dan tahu apakah yang terjadi kepada kaum Aad.
#Mereka kerap melalui kawasan penempatan kaum Aad ketika dalam musafir mereka. Jadi Allah cuma ingatkan sahaja kepada mereka. Dan sekarang, kita pula membaca ayat ini, maka ayat ini menjadi peringatan kepada kita juga. Kenanglah apa yang terjadi kepada kaum Aad itu yang menolak ajakan tauhid itu dan apakah yang terjadi kepada mereka. Jangan kita jadi seperti mereka.
إِنَّاۤ أَرۡسَلۡنَا عَلَیۡهِمۡ رِیحࣰا صَرۡصَرࣰا فِی یَوۡمِ نَحۡسࣲ مُّسۡتَمِرࣲّ
"Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang, pada hari nahas yang berlanjutan"
تَنزِعُ ٱلنَّاسَ كَأَنَّهُمۡ أَعۡجَازُ نَخۡلࣲ مُّنقَعِرࣲ
"Yang menumbangkan manusia gugur bergelimpangan, seolah-olah mereka batang-batang pohon kurma yang terbongkar"
فَكَیۡفَ كَانَ عَذَابِی وَنُذُرِ
"Maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu!" [Surah al-Qamar 19-21]
تُدَمِّرُ كُلَّ شَیۡءِۭ بِأَمۡرِ رَبِّهَا فَأَصۡبَحُوا۟ لَا یُرَىٰۤ إِلَّا مَسَـٰكِنُهُمۡۚ كَذَ ٰلِكَ نَجۡزِی ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡمُجۡرِمِینَ
"Yang menghancur leburkan segala-galanya dengan izin Tuhannya". (Setelah azab itu menimpa mereka) maka menjadilah mereka (punah ranah) - tidak ada yang kelihatan melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Demikianlah Kami membalas kaum yang berdosa" [Surah al-Aḥqāf 25]
♡Jangan sesekali menentang ajaran Allah swt yang disampaikan melalui RasulNya. Ini kerana kesudahan bagi penentang ialah kebinasaan dan kesengsaraan♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 4 Jamadil Awwal 1447H☆
إِنَّ ٱلۡمُنَـٰفِقِینَ یُخَـٰدِعُونَ ٱللَّهَ وَهُوَ خَـٰدِعُهُمۡ
"Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik)" [Surah an-Nisāʾ 142]
#Ini adalah sifat utama orang munafik iaitu menipu. Malah dengan Allah swt pun mereka cuba hendak tipu. Namun bolehkah mereka hendak menipu Allah swt??
#Orang-orang munafik, mereka kononnya hendak memperdayakan Allah swt kerana mereka tidak mempercayai keagungan Dan kehebatan kekuasaan Allah swt. Mereka cuba untuk menipu Allah, tetapi sudah tentu mereka tidak sesekali boleh menipu Allah swt. Jika mereka mempercayai Allah swt dengan sebenar-benar percaya, tentu mereka sedar yang Allah swt tidak boleh ditipu kerana Allah swt Tuhan Yang Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati manusia.
#Maka mereka sama sekali tidak boleh dan tidak berjaya menipu Allah swt. Syarat utama hendak berjaya dalam penipuan adalah orang yang ditipu itu tidak tahu dia ditipu. Sedangkan Allah swt mengetahui segala-galanya apa yang ada di dalam hati mereka dengan sejelas-jelasnya. Tetapi, kerana mereka ini jenis munafik jahil, mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang perkara ini.
#Imam Ibn Asyur rahimahullah mengatakan mereka tidak sedar bahawa Allah swt mengetahui tipu daya mereka kerana mereka tidak memiliki kecerdasan berfikir disebabkan mereka orang dungu. Maknanya Allah swt kutuk mereka kerana kebodohan mereka.
یُخَـٰدِعُونَ ٱللَّهَ وَٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَمَا یَخۡدَعُونَ إِلَّاۤ أَنفُسَهُمۡ وَمَا یَشۡعُرُونَ
"Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya" [Surah al-Baqarah 9]
#Jika mereka tidak dapat menipu Allah swt, maka mereka cuba untuk menipu wakil Allah swt, iaitu Nabi Muhammad saw. Itu pun mereka tidak berjaya kerana Allah swt sentiasa memelihara baginda saw daripada tipu daya mereka. Nabi saw sentiasa diwahyukan Allah mengenai tindak tanduk jahat mereka yang kuat berpura-pura lagi menipu ini.
#Nanti di akhirat mereka akan cuba berdalih dengan Allah swt dengan mengatakan mereka berada di atas jalan yang lurus. Ini sebagaimana yang disebutkan dalam firmanNya:
یَوۡمَ یَبۡعَثُهُمُ ٱللَّهُ جَمِیعࣰا فَیَحۡلِفُونَ لَهُۥ كَمَا یَحۡلِفُونَ لَكُمۡ وَیَحۡسَبُونَ أَنَّهُمۡ عَلَىٰ شَیۡءٍۚ أَلَاۤ إِنَّهُمۡ هُمُ ٱلۡكَـٰذِبُونَ
"Ketika mereka semuanya dibangkitkan oleh Allah (pada hari kiamat), maka mereka bersumpah kepadaNya (bahawa mereka adalah orang-orang mukmin) sebagaimana biasanya mereka bersumpah kepada kamu; dan mereka menyangka bahawa (dengan berbuat demikian) mereka akan mendapat sesuatu (yang berfaedah kepada mereka). Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya merekalah golongan pendusta" [Surah al-Mujādilah 18]
#Di penghujung ayat, Allah swt mengatakan bahawa Allah akan membalas tipu daya mereka. Allah swt yang akan memperdayakan mereka. Mereka tertipu kerana mereka tidak belajar bersungguh-sungguh tentang agama kerana itu mereka jahil terutama tentang akidah.
Allah swt membiarkan mereka berbuat apa yang mereka inginkan, sehinggakan mereka menyangka yang mereka telah berjaya menipu semua orang, dan menipu Allah swt tetapi sebenarnya mereka yang tertipu. Itulah maknanya, Allah swt memperdayakan mereka. Setiap hari mereka hidup dalam keadaan menipu diri sendiri. Akhirnya menjadi bahan bakaran api neraka.
♡Jangan sesekali menjadi seperti orang munafik, sentiasa berpura-pura beriman sedangkan hati tersangat jahat dan sentiasa bersungguh-sungguh ingin menipu Allah swt sedangkan merekalah yang tertipu dan hidup dalam kesesatan yang nyata♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 2 Jamadil Awwal 1447H☆
فَمَا كَانَ جَوَابَ قَوۡمِهِۦۤ إِلَّاۤ أَن قَالُوا۟ ٱقۡتُلُوهُ أَوۡ حَرِّقُوهُ فَأَنجَىٰهُ ٱللَّهُ مِنَ ٱلنَّارِۚ إِنَّ فِی ذَ ٰلِكَ لَـَٔایَـٰتࣲ لِّقَوۡمࣲ یُؤۡمِنُونَ
"Kemudian, seruan Nabi Ibrahim tidak dijawab oleh kaumnya melainkan dengan kata-kata (tentangan yang keras): "Bunuhlah dia atau bakarlah dia". Maka Allah selamatkan Nabi Ibrahim dari api (yang disediakan oleh kaumnya). Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang (mahu) beriman" [Surah al-ʿAnkabūt 24]
#Respon kaum kafir dizaman Nabi Ibrahim Alaihissalam kepada dakwah Nabi Ibrahim itu adalah untuk membunuh baginda ataupun membakar baginda. Begitu keras sekali tindakan yang mereka hendak kenakan kepada baginda Nabi Ibrahim.
#Ini menunjukkan para pejuang agama seperti Nabi Ibrahim Alaihissalam itu kena berhadapan dengan dugaan dan tentangan yang besar lagi hebat. Apabila kalah berhujah dan sudah tidak berjaya menyekat kemaraan dakwah, maka bunuh adalah jawapan yang difikirkan penyelesaian terakhir.
#Tatkala mereka sudah tidak ada hujah lagi untuk mengalahkan hujah Nabi Ibrahim Alaihissalam, sampai kepada satu tahap, mereka rasa mereka kena bunuh sahaja. Ini kerana mereka rasa apa yang baginda sampaikan itu akan menggugat agama mereka, mengganggu industri berhala mereka dan mengacau cara hidup mereka.
#Maka mereka sepakat ramai-ramai untuk membunuh Nabi Ibrahim Alaihissalam. Ini adalah untuk jadikan baginda sebagai teladan kepada pendakwah yang lain bahawa jangan ada lagi yang memandai membawa ajaran yang berlawanan dengan fahaman mereka. Maka ia akan dimusuhi dan dibunuh.
#Begitulah juga yang dialami oleh baginda Nabi Muhammad saw ketika berdakwah di Mekah. Pada asalnya, Musyrikin Mekah melihat sahaja apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw. Mereka pada mulanya tidak rasa ianya membahayakan lagi kerana baginda seorang sahaja dan hanya diikuti oleh beberapa orang yang lemah dan miskin.
#Tetapi apabila mereka nampak pengaruh baginda saw semakin kuat dan semakin ramai yang masuk ke dalam agama Islam, maka mereka mula risau. Pada peringkat permulaan, mereka hanya menuduh dan membuat tohmahan sahaja kepada baginda. Dan ramai dari pengikut baginda ditindas, sampai ada yang diseksa dan dibunuh.
#Namun, lama kelamaan, usaha mereka untuk menjatuhkan agama Islam tidak berjaya. Maka mereka akhirnya membuat keputusan untuk membunuh sahaja baginda saw. Mereka nampak itulah sahaja jalan penyelesaian kerana pada mereka, dengan matinya Nabi Muhammad, maka matilah ajaran Baginda. Namun, terjadi sebaliknya. Islam pesat berkembang sehingga berjaya menggugat kuasa besar dunia.
♡Begitulah hal di zaman kini, ulamak, pendakwah, penegak kebenaran, para pejuang Islam dimusuhi, ditentang, difitnah, diugut, ditarik tauliah mengajar, dibunuh karektor, dipenjarakan dan dibunuh demi menyekat dakwah dan gerak kerja menyebarkan Islam. Namun, yakinlah bahawa Islam akan terus berkembang dan kebatilan akan lenyap dan kalah penuh kehinaan♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 1 Jamadil Awwal 1447H☆
یُرِیدُونَ أَن یُطۡفِـُٔوا۟ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَ ٰهِهِمۡ وَیَأۡبَى ٱللَّهُ إِلَّاۤ أَن یُتِمَّ نُورَهُۥ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡكَـٰفِرُونَ
"Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)" [Surah at-Tawbah 32]
#Cahaya yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah Islam, agama yang menjadi petunjuk Allah swt dan ajaranNya yang dianuti oleh para RasulNya sejak Nabi Adam Alaihissalam sehingga berakhir dengan Nabi Muhammad saw.
#Sesungguhnya pertembungan diantara kebenaran dan kebatilan tidak pernah selesai sejak zaman lampau sehinggalah ke hari ini dan akan berterusan sehingga kiamat. Kebenaran ini telah dilakarkan oleh Allah swt dengan barisan ayat yang paling jelas sebagaimana di atas.
#Sesiapa pun tidak mempunyai kemampuan untuk melawan Allah Tuhan semesta alam bagi menguasai peredaran alam seperti matahari, bulan, bintang, dan cakerawala atau memadamkan cahayaNya. Begitu jugalah, tiada sesiapa pun yang berkuasa menghapuskan Islam semenjak zaman para Rasul dahulu sehinggalah zaman kini.
#Semua kuasa besar dunia yang mencabar Islam telah kecundang dan hanya tinggal namanya dalam lipatan sejarah. Kesan keruntuhan kuasa besar itu ditinggalkan untuk menjadi kenangan generasi kemudian, manakala semua manusia yang membinanya telah dibinasakan oleh Allah swt apabila mereka ditelan bumi.
#Betapa pun ampuh kekuatan musuh untuk memadamkan seruan Islam dari terus bersinar, mereka tidak akan mampu untuk mengatasi ketentuan Allah swt. Anugerah kejayaan dan kemenangan yang sebenar hanya akan dapat dirasai dan dinikmati oleh golongan yang mendokong kebenaran dan mereka yang meletakkan iman yang sejati kepada Allah swt. Realiti ini telah pun dibuktikan dari kenyataan sejarah dan telah pun tercatit di dalam al-Quranul Karim.
وَلَقَدۡ سَبَقَتۡ كَلِمَتُنَا لِعِبَادِنَا ٱلۡمُرۡسَلِینَ
"Dan demi sesungguhnya! Telah ada semenjak dahulu lagi, ketetapan Kami, bagi hamba-hamba Kami yang diutus menjadi Rasul"
إِنَّهُمۡ لَهُمُ ٱلۡمَنصُورُونَ
"Bahawa sesungguhnya merekalah orang-orang yang diberikan pertolongan mencapai kemenangan"
وَإِنَّ جُندَنَا لَهُمُ ٱلۡغَـٰلِبُونَ
"Dan bahawasanya tentera Kami (pengikut-pengikut Rasul), merekalah orang-orang yang mengalahkan (golongan yang menentang kebenaran)" [Surah aṣ-Ṣāffāt 171-173]
#Ini menunjukkan bahawa telah ditetapkan di dalam Kitab yang pertama (Lauh Mahfuz), bahawa kesudahan yang baik itu bagi para rasul dan orang-orang yang mengikutinya di dunia dan di akhirat.
كَتَبَ ٱللَّهُ لَأَغۡلِبَنَّ أَنَا۠ وَرُسُلِیۤۚ إِنَّ ٱللَّهَ قَوِیٌّ عَزِیزࣱ
Allah telah menetapkan: "Sesungguhnya Aku dan Rasul-rasulKu tetap mengalahkan (golongan yang menentang) ". Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha kuasa" [Surah Al-Mujādilah 21]
#Kini, kita menyaksikan Islam terus berkembang dan masih ada orang yang menerimanya ketika ajaran yang lain mengalami kegagalan, malah ada yang telah tersungkur negaranya dan ada pula yang sedang menunjukkan tanda-tanda kejatuhannya. Islam tetap terus berkembang, termasuk dalam negara yang paling bermusuh terhadapnya dan paling kejam kepada penganutnya.
♡Yakinilah bahawa Islam pasti menang dan musuh Islam pasti akan dikalahkan serta dimusnahkan. Masa depan untuk Islam sedang menuju sinarnya!!♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 29 Rabiul Akhir 1447H☆
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ
"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang" [Surah al-Fātihah 1]
#Dalam setiap ayat pembuka al-Quran, Allah swt memperkenalkan diriNya sebagai Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ini menunjukkan sifat kasih sayangNya kepada seluruh makhluknya. Maka kita semua perlu menjadi insan penyayang.
#Sifat penyayang adalah antara ciri peribadi Muslim sejati. Islam menekankan sikap itu bukan saja sesama manusia tetapi terhadap makhluk Allah yang lain. Makhluk selain manusia di dunia dijadikan Allah swt bukannya sia-sia atau sekadar penghias alam tetapi Allah swt menyediakannya untuk manfaat kehidupan manusia juga. Tidak dapat masukkan duit ke dalam tabung masjid tetapi memberi makan kepada haiwan pun merupakan suatu perkara yang baik dan dapat pahala, kerana itu sifat penyayang kepada makhlukNya yang dianjurkan Islam.
#Terdapat kisah yang boleh dihayati bersama berkaitan sifat penyayang dan simpati Sayyid Abdul Aziz al-Siddiq al-Ghumari yang agak luar biasa. Ini sebagaimana yang beliau kisahkan sendiri dalam kitab Ta'rif al-Mu'tasi:
"Allah menjadikan dalam hatiku sifat penyayang dan simpati kepada setiap sesuatu yang mempunyai ruh. Aku tidak mampu untuk melihat haiwan disiksa.
Aku juga tidak sampai hati untuk memukul haiwan ketika menunggangnya dan aku tidak akan membiarkan sesiapa pun yang akan memukulnya, bahkan aku membiarkannya berjalan bebas.
Aku tidak mampu melihat haiwan disembelih apatah lagi aku sendiri hendak menyembelihnya.
Aku mempunyai seekor kucing di rumah. Aku sangat berbuat baik terhadapnya sehinggakan aku mengutamakan untuknya daging melebihi diriku sendiri jika ia datang ketika aku sedang makan. Sehinggakan ahli keluargaku merungut akan perbuatanku itu". (Lihat: Abdul Aziz al-Siddiq al-Ghumari, Ta'rif al-Mu'tasi Bi Ahwal Nafsi)
#Sesiapa yang tidak mempunyai sifat penyayang atau lemah lembut terhadap orang lain akan dijauhkan dari rahmat Allah swt.
#Saling menyayangi dan mengasihi adalah tanda kesempurnaan iman. Rasul saw bersabda:
لاَ تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلاَ تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا
"Kalian tidak masuk syurga hingga kalian beriman dan belum sempurna keimanan kalian hingga kalian saling mencintai" (HR Muslim)
♡Jom kita suburkan sifat rahmah dengan berlemah lembut dan penyayang terhadap semua makhluk dengan mengikuti wahyu Allah swt dan mencontohi akhlak Baginda Nabi saw♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 27 Rabiul Akhir 1447H☆
وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ
"Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat), maka sudah tentu kamu jijik kepadanya" [Surah al-Hujurat 12]
#Syeikh al-Maraghi di dalam tafsirnya menyatakan ghibah (mengumpat) diumpamakan seperti memakan daging kerana mengumpat itu bererti menyiat-nyiat kehormatan seperti memakan dan menyiat-nyiat daging. Perumpamaan seperti ini sesuai dengan cara orang Arab berkomunikasi. (Lihat: Tafsir al-Maraghi)
#Ayat ini menjelaskan agar setiap Muslim menjauhi perbuatan ghibah kerana ia adalah perbuatan yang teramat keji dan mungkar, begitu juga tercelanya orang yang melakukan ghibah.
#Terdapat sebuah kisah berkaitan tanda kewarakan al-Imam al-Bukhari iaitu beliau jarang-jarang untuk mensifatkan seseorang perawi itu sebagai pendusta atau pemalsu hadis. Bahkan beliau akan gunakan istilah yang lain seperti فيه النظر (padanya ada pertikaian), سكتوا عنه (ahli hadith mendiamkan diri daripadanya), منكر الحديث (mungkar hadisnya) yang lafaz-lafaz ini membawa maksud kritikan berat di sisi beliau.
#Al-Imam al-Bukhari pernah berkata: "Aku berharap aku bertemu dengan Allah dan tidaklah aku dihisab bahawa aku pernah mengumpat seorang pun"
#Berkata al-Hafiz az-Zahabi: "Apa yang Al-Imam al-Bukhari kata itu benar. Sesiapa yang melihat kalam beliau berkenaan al-jarh wa al-ta’dil (kritikan dan pujian kepada perawi hadis) akan mengetahui kewarakan beliau ketika berbicara tentang manusia dan keserhanaan beliau pada perawi yang beliau daifkan. Beliau kerap kali gunakan istilah منكر الحديث, سكتوا عنه, فيه النظر dan yang seumpama dengannya. Jarang sekali beliau akan kata: Si fulan itu pendusta atau memalsukan hadis.
Sehinggakan beliau berkata: Jika aku kata si fulan itu ada pertikaian pada hadisnya, maka dia adalah perawi yang dituduh (berdusta/memalsukan hadith) dan sangat daif. Inilah maksud perkataan beliau ‘tidaklah aku dihisab bahawa aku pernah mengumpat seorang pun’. Ini, demi Allah adalah setinggi-tinggi sifat warak".
#Sifat warak Imam al-Bukhari juga sebenarnya diwarisi daripada ayahnya. Ahmad bin Hafs berkata: “Aku bertemu dengan Abu al-Hasan, yakni Ismail (ayah al-Imam al-Bukhari) ketika beliau hampir wafat. Beliau berkata: Tidaklah aku tahu bahawa ada sedirham pun daripada hartaku bersumber daripada perkara haram dan sedirham pun daripada perkara syubhah" (Lihat: Siyar A’lam al-Nubala’ karangan al-Hafiz al-Zahabi)
♡Basahkan lidah dengan zikrullah. Jauhi mengumpat dan salah guna mulut yang dikurniakan Allah swt. Jadilah insan yang tawadhuk♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 25 Rabiul Akhir 1447H☆
بَلِ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ فِی عِزَّةࣲ وَشِقَاقࣲ
"Sebenarnya mereka yang kafir itu bersifat sombong angkuh dan suka menentang kebenaran" [Surah Ṣād 2]
#Salah satu ciri orang kafir adalah bersifat sombong, ingkar, dan menolak terhadap suatu kebenaran yang disampaikan oleh baginda Rasulullah saw. Bahkan bertindak ganas dan kejam terhadap umat Islam. Hal ini berlaku sejak zaman awal Islam lagi. Mereka menolak dakwah Nabi saw bahkan memusuhi serta menyeksa sahabat Nabi saw yang memeluk Islam.
#Antara sahabat Nabi saw yang diseksa oleh golongan yang sombong lagi ingkar ini ialah Sayyidatina Zinnirah r.ha.
#Nama beliau ialah Zinnirah (زِنِّيرَة) al-Rumiyyah. Sebahagian ulamak menyebutkan nama beliau sebagai Zinnirah (زِنِيرَة), tanpa sabdu pada huruf nun. Gelaran al-Rumiyyah kerana beliau berasal dari negara Rom. Beliau merupakan hamba kepada Bani Makhzum dan ada ulamak yang berpendapat bahawa beliau ialah hamba kepada Bani Abdul Dar.
#Beliau antara yang terawal memeluk agama Islam di zaman permulaan Islam. Disebabkan itu beliau telah diseksa oleh golongan musyrikun, antaranya oleh Abu Jahal. Sayyidina Hassan bin Thabit r.a berkata:
"Aku melakukan haji dan (ketika itu) Nabi saw sedang menyeru orang ramai kepada Islam sementara sahabat-sahabat baginda sedang diseksa. Aku juga mendapati bahawa Amru (Abu Jahal) sedang mendera seorang hamba perempuan milik Bani Amru bin al-Muammal. Kemudian dia menerpa ke arah Zinnirah dan melakukan sedemikian juga".
#Setelah Sayyidina Abu Bakar melihat Sayyidatina Zinnirah diseksa dengan teruk oleh golongan musyrikun, beliau membeli Zinnirah bersama enam orang lagi hamba lalu mereka dimerdekakan. Ketika Zinnirah dibebaskan mata beliau menjadi buta. Sayyidatina Ummu Hani’ binti Abi Talib r.a berkata:
"Sayidina Abu Bakar membebaskan Zinnirah lalu matanya menjadi buta ketika dibebaskan. Orang Quraisy berkata: Tidak ada yang menghilangkan penglihatannya melainkan al-Lata dan al-Uzza. Zinnirah lalu berkata:" Al-Lata dan al-Uzza itu tidak ada gunanya dan tidak memberi manfaat. Setelah itu Allah mengembalikan semula penglihatannya"
#Dalam kitab Usd al-Ghabah pula dicatatkan: "Apabila Zinnirah memeluk Islam, beliau menjadi buta. Maka orang Musyrikun berkata: Al-Lata dan al-Uzza telah membutakannya kerana dia tidak percaya kepada mereka. Zinnirah menjawab semula: Al-Lata dan al-Uzza tidak tahu siapa yang menyembahnya. Sesungguhnya ini adalah daripada langit (yakni Allah). Tuhanku berkuasa untuk mengembalikan semula penglihatanku. Keesokkan harinya apabila beliau bangun, Allah telah mengembalikan semula penglihatannya. Orang Quraisy lalu berkata: Ini adalah sihir Muhammad!"
♡Orang kafir, Yahudi dan Nasrani sangatlah sombong dan kuat menentang kebenaran. Bahkan mereka berusaha untuk menyesatkan serta menyakiti umat Islam. Mohonlah pertolongan Allah swt dalam menghadapi kezaliman mereka♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 24 Rabiul Akhir 1447H☆
إِنَّ مَثَلَ عِیسَىٰ عِندَ ٱللَّهِ كَمَثَلِ ءَادَمَۖ خَلَقَهُۥ مِن تُرَابࣲ ثُمَّ قَالَ لَهُۥ كُن فَیَكُونُ
"Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia" [Surah Ali-ʿImran 59]
#Nama Nabi Adam telah disebutkan sebanyak 25 kali di dalam al-Quran.
#Baginda adalah Abul Basyar (bapa manusia) dan makhluk pertama di alam manusia yang diciptakan oleh Allah dengan kekuasaanNya dan ditiupkan roh ke dalamnya. Baginda adalah nabi yang pertama yang Allah kisahkan di dalam al-Quran. Baginda juga adalah manusia pertama di atas muka bumi yang beribadat kepada Allah swt.
#Baginda telah diciptakan tanpa bapa atau ibu dan baginda tidak dilahirkan sebagaimana manusia biasa sebaliknya melalui beberapa peringkat:
1. Tanah.
2. Tanah liat
3. Dibentuk menjadi manusia yang sempurna, ditiupkan ruh lalu dihidupkan baginda. Tempoh masa setiap peringkat tersebut adalah selama 40 tahun. (120 tahun keseluruhannya)
#Tinggi Nabi Adam 64 hasta dan rambut baginda panjang.
#Berkata Ka’ab al-Ahbar: "Tidak ada seorang pun di dalam syurga yang mempunyai janggut kecuali Nabi Adam. Janggut baginda berwarna hitam yang panjangnya sehingga ke pusat. Tidak ada seorang pun di dalam syurga yang mempunyai kunyah (gelaran) kecuali Nabi Adam. Kunyah baginda di dunia ialah Abul Basyar dan di dalam syurga ialah Abu Muhammad"
#Selepas diciptakan Nabi Adam, Allah menyuruh malaikat supaya bersujud kepada Nabi Adam. Maka bersujudlah malaikat keseluruhannya kecuali Iblis, dia enggan untuk bersujud. Iblis adalah daripada golongan jin dan bukan daripada malaikat. Sujud yang dimaksudkan di sini adalah sujud penghormatan dan bukanlah sujud ibadat.
#Kemudian Allah menciptakan Sayidatina Hawa’ yang merupakan wanita yang pertama supaya menjadi isteri kepada Nabi Adam dan ibu kepada anak-anaknya.
#Allah menempatkan keduanya di dalam syurga, dapat makan dan menikmati segala apa yang terdapat di dalamnya. Syurga yang pernah didiami oleh Nabi Adam tersebut di sisi majoriti ulamak Islam ialah syurga al-Khuld.
#Pada masa yang sama, Allah memperingatkan mereka tentang syaitan yang merupakan musuh mereka. Ketika Nabi Adam dan Hawa’ tinggal di dalam syurga, Allah melarang mereka daripada memakan sejenis pohon yang terdapat di dalam syurga. Namun, Syaitan datang menghasut mereka dan dia bersumpah demi Allah bahawa dia adalah penasihat yang amanah. Menurut syaitan, jikalau mereka makan pohon tersebut mereka akan menjadi malaikat atau mereka dapat tinggal selamanya di dalam syurga.
#Nabi Adam tidak mengetahui bahawa ada makhluk yang sanggup berdusta apabila telah bersumpah dengan nama Allah. Mereka lalu memakan pohon terlarang tersebut. Selepas itu mereka bertaubat kepada Allah swt. Lalu Allah menyuruh mereka turun ke bumi untuk mengimarahkan bumi dan beribadat kepadaNya.
#Nabi Adam pernah tinggal di kebanyakan tempat di bumi dan memakmurkan bumi dengan zuriat-zuriatnya. Isterinya Hawa’ telah melahirkan 40 orang anak kembar lelaki dan perempuan (2 orang anak kembar lelaki dan perempuan setiap kali lahir). Sebahagian anak-anak baginda ada yang terlibat dengan kegiatan pertanian dan penternakan.
#Nabi Adam telah melakukan haji sebanyak 40 kali dari negara India ke Masjidil Haram dengan berjalan kaki.
#Nabi Adam hidup selama 950 tahun. Menurut pandangan yang lain dikatakan umur baginda hanya kurang sedikit daripada 1000 tahun. Begitu juga terdapat perbezaan pendapat tentang kubur baginda. Dikatakan kubur baginda di India (di tempat baginda diturunkan) dan dikatakan juga di Mekah (di Bukit Abi Qubais)
#Ketika meninggal dunia, Baginda dimandikan dan dimakamkan oleh malaikat. Selepas setahun, Sayidatina Hawa’ pula meninggal dunia.
♡Moga kita direzekikan bertemu baginda Nabi Adam Alaihissalam di syurga kelak. Aamiiin♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 22 Rabiul Akhir 1447H☆
وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ مِن صَلۡصَـٰلࣲ مِّنۡ حَمَإࣲ مَّسۡنُونࣲ * وَٱلۡجَاۤنَّ خَلَقۡنَـٰهُ مِن قَبۡلُ مِن نَّارِ ٱلسَّمُومِ
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma" [Surah al-Ḥijr 26-27]
#Inilah asal kejadian manusia, iaitu bagaimana Nabi Adam dijadikan. Bahan ramuan untuk menjadikan Nabi Adam disebut dalam al-Quran dan ini adalah salah satu daripada ayatnya. Untuk mendapat gambaran penuh kejadian manusia maka perlu mengkaji ayat al-Quran yang lain.
#Dalam ayat ini disebut yang pada satu peringkat, Nabi Adam Alaihissalam dalam bentuk tanah liat yang kering yang berasal daripada tanah lumpur hitam yang berbau. Maka inilah asal kejadian manusia iaitu Allah jadikan kita daripada bahan yang berasal daripada tanah bumi. Kita tidak patut bersikap sombong kerana asal kejadian kita bukan daripada emas perak, intan berlian tetapi daripada tanah kering yang berbau.
#Sedarlah kita ini adalah makhluk yang tidak ada apa-apa sebelum kita dijadikan. Oleh itu, jangan kita sombong kerana kita ini ada di dunia ini dan hidup pun kerana Allah swt yang buat keputusan untuk lahirkan kita.
#Ayat ini juga menjelaskan bahawa jin telah wujud sebelum Nabi Adam Alaihissalam.
#Telah ditanya kepada Syeikh Abdullah bin as-Siddiq al-Ghumari bagaimana jin/syaitan membiak?
#Jawapan syeikh Abdullah al-Ghumari:
Tidak terdapat nas yang sahih bahawa Iblis ketika diusir adalah tanpa isteri atau keturunan. Malah, yang zahirnya adalah dia telah mempunyai keturunan sebelum penciptaan Adam berdasarkan dalil (dalam surah al-Hijr ayat 26-27)
Telah disebutkan dalam beberapa athar bahawa mereka (Jin) adalah penduduk bumi. Maka apabila mereka melampaui batas, zalim dan berbuat kerosakan, Allah mengutuskan malaikat kepada mereka yang telah mengusir mereka ke gunung-ganang dan pulau-pulau, dan Iblis daripada kalangan mereka telah menyertai para malaikat dalam beribadah kepada Allah sehinggalah terjadi padanya apa yang telah terjadi (engkar arahan Allah - tidak mahu sujud pada Nabi Adam).
Adapun cara pembiakan mereka, tidak ada hadis sahih yang boleh dijadikan sandaran dalam menjelaskannya. Yang zahirnya adalah ia seperti cara pembiakan manusia, berdasarkan dalil bahawa ada manusia yang berkahwin dengan jin perempuan.
Sebahagian Tabi'in pernah berkata: "Ya Allah, kurniakanlah aku seorang jin perempuan untuk aku kahwin" (Tabi’in tersebut ialah Zaid bin al-Hawari al-‘Ami. Diriwayatkan bahawa beliau pernah berdoa sedemikian sebagaimana dalam kitab Masail Harb al-Kirmani)
Keadaan asal usul mereka yang daripada api tidak menghalang untuk jasad mereka menjadi seperti kita, sebagaimana manusia diciptakan daripada tanah liat. Akan tetapi, struktur tubuhnya pada masa kini tidak kelihatan padanya sebarang unsur tanah atau tanah liat. (Lihat: Al-Hawi Fi Fatawa Abdullah al-Ghumari)
#Jika manusia dijadikan daripada tanah, jin pula dijadikan daripada api yang membahang. Inilah asal kejadian mereka, iaitu bapa mereka al-Jan (seperti bapa kita adalah Nabi Adam). Sepertimana kita sekarang tidak lagi dijadikan daripada tanah, begitu juga jin-jin sekarang tidak dijadikan daripada api lagi.
#Menurut Imam Ibn Hajar dalam bukunya Fathul Bari, al-Khubusi adalah jamak daripada khabis bererti jin lelaki, manakala al-Khabais daripada al-Khabisah yang bererti jin perempuan. Jika jin berjenis kelamin lelaki dan perempuan atau jantan dan betina, tentu mereka juga berhubungan seks".
♡Jom ajak ahli keluarga kita untuk melazimi membaca al-Quran setiap hari serta mengamalkan zikir-zikir yang ma’thur seperti himpunan zikir al-Ma’thurat, Hisnul Muslim dan sebagainya. Mudah-mudahan ia dapat menjadi pelindung diri kita dan ahli keluarga kita daripada sebarang gangguan jin dan syaitan♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 20 Rabiul Akhir 1447H☆
قُلْ إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ اللَّـهَ مُخْلِصًا لَّهُ الدِّينَ
Katakanlah (wahai Muhammad saw): "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah swt dengan mengikhlaskan segala ibadah hanya kepada-Nya" [Surah az-Zumar 11]
#Ayat ini menjadi dalil bahawa wajibnya kita berniat dalam melaksanakan perkara-perkara berkaitan ibadah. Ini kerana, ikhlas merupakan amalan hati dan ia perlulah dilakukan semata-mata kerana Allah swt dan tidak pada selain daripadaNya. (Lihat: Tafsir al-Qurthubi)
#Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a bahawa Nabi saw bersabda:
إِنَّ اللَّهَ لا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ
"Sesungguhnya Allah swt tidak melihat kepada rupa dan harta kamu. Akan tetapi Allah swt melihat kepada hati dan amalan kamu" (HR Muslim)
#Syeikh Ahmad as-Siddiq al-Ghumari rahimahullah menyebutkan dalam autobiografinya, al-Bahr al-‘Amiq: "Antara nikmat yang Allah berikan kepada beliau ialah tidak pernah terdetik walaupun sesaat di sepanjang usia beliau, tidak kira sama ada sewaktu zaman menuntut ilmu atau setelahnya, untuk beliau menuntut ilmu bagi mendapatkan kemuliaan, pangkat mahupun untuk mencari rezeki dan menyara kehidupan. Bahkan beliau menuntut ilmu semata-mata untuk Allah dan untuk mengeluarkan dirinya dari belenggu kejahilan. Sejak kecil lagi beliau merasa hairan melihat ada orang yang menuntut ilmu bagi mendapatkan laba keduniaaan.
#Perkara yang sama turut dikongsi oleh muridnya, Syeikh Abdullah al-Talidi dalam autobiografinya, Zikrayat Min Hayati. Menurut beliau tidak pernah terlintas di hatinya untuk beliau menuntut ilmu bagi mendapatkan pekerjaan sebagaimana kebiasaan yang dilakukan oleh ramai orang dahulu dan kini.
#Sabda Rasulullah saw:
مَنْ طَلَبَ الْعِلْمَ لِيُجَارِيَ بِهِ الْعُلَمَاءَ أَوْ لِيُمَارِيَ بِهِ السُّفَهَاءَ أَوْ يصرف بِهِ وُجُوه النَّاس إِلَيْهِ أَدخل الله النَّار
"Sesiapa yang menuntut ilmu untuk menyaingi para ulamak, atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, atau untuk menarik perhatian orang ramai kepadanya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam neraka" (HR at-Tirmizi daripada Ka’ab bin Malik. Syeikh Abdullah al-Talidi menghasankan hadis ini)
#Oleh itu, sesiapa menuntut ilmu dengan niat untuk mendapatkan harta dan kemuliaan, dan untuk membuat orang awam menghadap kepadanya, dan menjadikan mereka seperti khadam baginya, atau menjadikan mereka memandangnya ketika dia berbicara, kagum dengan kata-katanya, berkumpul di sekelilingnya ketika dia duduk.
Semua ini bermaksud dia tidak mempelajarinya melainkan untuk riyak dan kemasyhuran, bukan kerana Allah.
#Menuntut ilmu adalah ibadah yang agung, maka wajib bagi penuntut ilmu untuk memurnikan niatnya dalam menuntut ilmu kerana Allah, bersungguh-sungguh melawan nafsunya, dan menangkis bisikan dan fikiran buruk.
#Janganlah belajar kerana harta, atau kerana dunia, atau kerana kemasyhuran, atau kerana jawatan. Semua perkara ini tidak sepatutnya ada dalam fikiran penuntut ilmu. Ilmu itu lebih mulia dan lebih tinggi daripada itu. Apa yang diberikan kepadanya berupa ganjaran dan lain-lain yang membantunya dalam menuntut ilmu dan menggalakkannya, maka janganlah dia mempunyai tujuan yang buruk.
♡Kewajiban ikhlas dalam menuntut ilmu adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan dan bahawa tujuannya adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah swt♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 18 Rabiul Akhir 1447H☆
فَقُلۡتُ ٱسۡتَغۡفِرُوا۟ رَبَّكُمۡ إِنَّهُۥ كَانَ غَفَّارࣰا
"Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun" [Surah Nūḥ 10]
#Beristighfar ialah mengucapkan perkataan: Astaghfirullahal Azim (Aku mohon keampunan daripada Allah yang Maha Agung) diikuti dengan meminta ampun dengan ucapan dan perbuatan.
#Dari segi perbuatan ialah meninggalkan kesalahan yang telah kita lakukan dengan keazaman tidak akan ulangi lagi. Maka Allah akan mengampunkan kesalahan kita sebagaimana firmannya diatas.
#Memperbanyak istighfar, memohon keampunan kepada Allah swt adalah salah satu cara untuk memperolehi rahmat dan diberi rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka. Ini dapat difahami dari ayat-ayat al-Quran dan juga Hadis Nabi saw:
"Barangsiapa tekun beristighfar, nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan serta diberi rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka" (HR Abu Dawud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim)
#Zunnun al-Misri rahimahullah berkata: "Istighfar itu menghimpunkan beberapa makna:
1. Penyesalan atas dosa yang telah lalu.
2. Keazaman untuk berhenti (daripada dosa).
3. Menunaikan kewajipan Allah yang telah engkau sia-siakan.
4. Memulangkan hak-hak yang dizalimi pada harta dan maruah dan berdamai (memohon kemaafan) mengenainya.
5. Meluluhkan setiap daging dan darah yang tumbuh daripada sumber yang haram.
6. Merasakan peritnya ketaatan sebagaimana engkau pernah merasai kemanisan maksiat".
#Dibawah ini sedikit kisah gambaran istighfar dan kesungguhan salafussoleh dalam memohon keampunan kepada Ilahi:
#Berkata Sayidina Al-Ahnaf bin Qais r.a: "Ya Allah, jika Engkau mengampuniku, maka Engkaulah yang selayaknya berbuat demikian dan jika Engkau mengazabku, maka akulah yang selayaknya (menerima azab) itu"
#Berkata Riyah al-Qaisi rahimahullah: "Aku mempunyai empat puluh lebih dosa dan aku telah memohon ampun bagi setiap dosa itu sebanyak seratus ribu kali"
#Berkata pula Rabi'ah al-Syamiyyah rahimahullah: "Aku memohon ampun kepada Allah atas kurangnya kejujuranku pada ucapanku: Aku memohon ampun kepada Allah" (Lihat: Siyar A’lam al-Nubala’; al-Hafiz az-Zahabi)
#Nabi Muhammad saw insan yang banyak beristighfar. Walaupun baginda saw tidak ada dosa kerana baginda maksum. Dan Nabi saw banyak mengajak umatnya untuk meminta ampun kepada Allah swt. Maka, perbanyakkan istighfar kepada Allah swt dengan hati yang penuh keinsafan.
#Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Zarr al-Ghifari r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
يَا عِبَادِي إِنَّكُمْ تُخْطِئُونَ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَأَنَا أَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا فَاسْتَغْفِرُونِي أَغْفِرْ لَكُمْ
"Hai hamba-hambaMu, sesungguhnya kamu melakukan kesilapan di malam dan siang hari. Sedangkan Aku mengampunkan dosa-dosa semuanya. Justeru, minta ampunlah kepadaKu, nescaya, Aku ampunkan kepadamu" (HR Muslim)
♡Bertaubatlah dengan memperbanyakkan beristighfar, pasti Allah swt menerima taubat kita sekalipun tersangat besar dosa yang dilakukan, bahkan jika kita beristighfar nescaya Allah membuka pintu taubat dan pintu rahmat dari langit♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 17 Rabiul Akhir 1447H☆
ذَ ٰلِكَۖ وَمَن یُعَظِّمۡ شَعَـٰۤىِٕرَ ٱللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقۡوَى ٱلۡقُلُوبِ
"Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati Syiar-syiar ugama Allah maka (dia lah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin" [Surah al-Ḥajj 32]
#Syiar dalam agama adalah perkara-perkara yang apabila kita lihat kepadanya, ianya akan mengingatkan kita kepada Allah dan dapat meningkatkan iman kita. Sebagai contoh apabila kita minum air Zam-Zam, kita akan teringat kepada pengorbanan Sayidatina Hajar yang mengikut arahan Allah untuk ditinggalkan di Mekah.
#Begitu juga, apabila kita solat di dalam Masjid Nabi, maka kita akan terkenang bagaimana Rasulullah juga pernah solat di tempat itu. Jadi air Zam-Zam dan Masjid Nabawi itu adalah sebahagian dari syiar Allah swt. Mereka yang membesarkan syiar-syiar Allah itu dengan pergi melawat kepadanya menunjukkan yang mereka ada taqwa di dalam hati mereka.
#Selain itu, azan adalah antara syiar (tanda kebesaran) Islam yang utama dan agung kerana ia berfungsi sebagai pengumuman masuknya waktu solat fardu dan juga seruan untuk mengingati Allah, di mana umat Islam diperintahkan untuk mendengarnya dan tidak mengabaikannya. Ia adalah tanda syariat yang sentiasa dilaungkan untuk memberitahu orang ramai tentang kewajipan solat dan membawa mesej kebesaran Islam kepada dunia.
#Berkata Imam Ibn Hajar al-Asqalani, berkata Imam al-Qurtubi: "Laungan azan sekalipun sedikit lafaznya, ia mengandungi persoalan-persoalan akidah. Dimulai dengan lafaz membesarkan Allah yang mengandungi pengakuan akan kewujudan dan kesempurnaanNya. Setelah itu mengulangi seruan tauhid dan menafikan kesyirikan, kemudian mengithbatkan kerasulan Nabi Muhammad saw. Kemudian seruan melakukan ketaatan yang khusus (solat) mengiringi penyaksian kerasulan baginda, kerana ketaatan tersebut (solat) tidak dapat diketahui pensyariatannya melainkan melalui perantaraan rasul. Kemudian seruan kepada al-Falah iaitulah kejayaan dan kemenangan yang kekal, yang terdapat padanya isyarat kepada hari kebangkitan. Setelah itu diulang membesarkan Allah dan tauhid kepadaNya sebagai penegasan. Terhasillah daripada seruan azan itu pemberitahuan masuknya waktu solat, seruan kesatuan dan menzahirkan syiar Islam"
#Hebatnya syiar azan ini sehingga Rasulullah saw menjanjikan beberapa kelebihan besar. Sabda Nabi saw: "Kalaulah orang ramai mengetahui pahala yang ada dalam azan dan pahala dalam saf pertama sembahyang, kemudian mereka tidak ada jalan selain membuat undian untuk mendapatnya, nescaya mereka akan masuk undian itu" (Muttafaq `Alaih)
#Rasulullah juga bersabda: "Jika kamu berada bersama-sama dengan kambing kamu atau di kebun kamu dan engkau meluangkan azan untuk sembahyang, hendaklah engkau angkatkan suara menyeru orang bersembahyang, sebab suara orang yang azan tidak didengar oleh jin atau manusia ataupun sesuatu kecuali dia akan datang menjadi saksi baginya pada Hari Akhirat" (HR al-Bukhari)
#Ketahuilah muazzin adalah da’i yang sebenarnya. Saat dia mengumandangkan azan, dia sedang mengajak orang melaksanakan solat. Betapa banyak orang yang terpanggil memenuhi seruannya. Padahal, setiap orang yang mengikuti ajakan kita berbuat baik, kita mendapatkan pahala yang sama. Jika sekali azan, ada 100 orang yang menyahut untuk melaksanakan solat, 5 kali solat sehari semalam, ada sekitar 500 orang yang mengikuti ajakannya. Padahal, seorang da’i yang berdiri di mimbar, belum tentu ada yang mengikuti ajakannya. Ini menunjukkan muazzin yang mengumandangkan azannya dengan ikhlas, peluang terhindar dari neraka jauh lebih besar dibandingkan orang lain.
♡Jom hidupkan syiar-syiar agama agar kita sentiasa berada dalam suasana mengingati Allah, beroleh rahmatNya, mengukuhkan iman dan sentiasa mengajak orang lain kepada kebaikan♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 15 Rabiul Akhir 1447H☆
إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ ۖ فَهَلْ أَنتُم مُّنتَهُونَ
"Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu, dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?" [Surah al-Ma’idah 91]
#Sabda Rasulullah saw:
اجْتَنِبُوْا الخَمْرَ فَإِنَّهَا مِفْتَاحُ كُلِّ شَرٍّ
"Hendaklah kamu menjauhi arak, sesungguhnya arak kunci segala kejahatan" (HR al-Hakim)
#Allah swt mengurniakan nikmat yang berbagai-bagai kepada manusia dan yang paling utama ialah nikmat akal yang membezakan manusia, bahkan memuliakannya berbanding dengan makhluk yang lain. Kestabilan hidup manusia sama ada sebagai individu atau sebagai anggota masyarakat bergantung kepada kesempurnaan dan kekuatan akal. Oleh itu, semua minuman yang memabukkan merosakkan akal dan menyebabkan manusia kehilangan banyak faedah dan kelebihannya. Hal ini mengakibatkan jiwa mereka menjadi lemah, dikuasai oleh hawa nafsu, timbul rasa benci-membenci dan persengketaan di kalangan orang Islam, sehingga putus hubungan persaudaraan dan hilang rasa kasih sayang. Lebih dahsyat lagi, kesan minum arak menghalang manusia mengingati Allah dan menjauhi mereka daripada rahmat, kurniaan dan ihsanNya.
#Pun begitu, Islam sekali-kali tidak memaksa mana-mana penganut agama untuk tunduk dan patuh serta memeluk Islam. Orang bukan Islam bebas untuk minum arak namun bukannya bebas minum di tempat awam, di majlis rasmi dan secara terbuka.
#Bagi orang Islam, dari sudut makan minum, Islam menjaga umatnya dari terlibat dengan majlis yang terdapat padanya arak. Ini berdasarkan riwayat Sayidina Umar bin al-Khattab r.a berkata: "Hai manusia, sesungguhnya aku mendengar Rasulullah saw bersabda: "Siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka jangan dia duduk di atas hidangan diedar padanya arak" (HR Ahmad, Abu Ya’la dan al-Baihaqi)
#Dalam riwayat lain, sabda Rasulullah saw:
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا يَشْرَبِ الْخَمْرَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا يَجْلِسْ عَلَى مَائِدَةٍ يُشْرَبُ عَلَيْهَا الْخَمْرُ
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan juga hari akhirat, janganlah dia meminum arak. Begitu juga sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, janganlah dia duduk pada hidangan yang diminum padanya arak" (HR al-Munziri, at-Tabarani & al-Dailami)
#Justeru, konteks hadis di atas jelas menunjukkan kepada larangan untuk kita berkompromi dengan majlis yang di dalamnya terdapat hidangan arak.
#Pihak berkuasa perlu mengambil pendekatan Sadd al-Zarai' iaitu menutup jalan yang boleh membawa kepada galakkan mendekati produk arak tersebut, penyerupaan budaya arak, tidak sensitif terhadap isu pengharaman arak dan sebagainya.
#Tambahan lagi, dalam kalangan ulamak ada menyebutkan beberapa perkara, yang mana orang kafir zimmi tidak boleh menzahirkannya kepada orang Islam. Ini adalah seperti mana yang dinyatakan oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami bahawa termasuk dalam perkara yang ditegah adalah menzahirkan kemungkaran dalam kalangan orang Islam seperti arak, babi dan loceng gereja. Menurut beliau lagi, di antara sebab perkara-perkara itu ditegah adalah kerana ia boleh membawa kepada pelbagai kemungkaran yang lain. Selain itu, perkara yang turut dilarang sama sekali dan tidak boleh dizahirkan ialah syiar atau lambang kekufuran dan kemungkaran. (Lihat: Tuhfah al-Muhtaj)
♡Ketahuilah, arak itu bukan sahaja diharamkan pada zatnya (yakni untuk diminum), bahkan juga terdapat hadis yang jelas melarang daripada sebarang penglibatan dan aktiviti berkaitan arak apatah lagi dihidang dalam majlis rasmi kerajaan♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah