Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
☆Tadabbur Kalamullah 18 Syaaban 1446H☆
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱصۡبِرُوا۟ وَصَابِرُوا۟ وَرَابِطُوا۟ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)" [Surah Āli-ʿImrān 200]
#Sabar ertinya tahan menempuh sesuatu yang sukar. Sabar yang terpuji adalah sabar atas mengerjakan taat kepada Allah swt, menjauhi segala maksiat yang dilarangNya dan sabar atas segala takdirNya. Tetapi di antara sifat sabar itu, terdapat sifat sabar kerana mengerjakan taat dan meninggalkan maksiat adalah sabar yang lebih utama, lebih utama dari sabar atas segala takdir yang amat susah dan menggelisahkan perasaan.
#Para ulamak dahulu sangat istiqamah dalam melakukan ketaatan. Hatta saat mereka diuji dengan kesakitan, sama sekali tidak melunturkan semangat mereka dalam menuntut ilmu dan beribadah.
#Imam as-Syaukani rahimahullah ketika menceritakan berkenaan Imam Najmuddin Ibn Al-Rif’ah as-Syafi’e rahimahullah, beliau berkata:
عرض لَهُ وجع المفاصل بِحَيْثُ كَانَ الثَّوْب إِذا لمس جسده ألمه وَمَعَ ذَلِك فَلَا يَخْلُو من كتاب مَعَه ينظر إِلَيْهِ وَرُبمَا انكب على وَجهه وَهُوَ يطالع
"Beliau (Ibn Al-Rif’ah) ditimpa penyakit pada sendi-sendi tubuhnya. Dari sudut, jika baju menyentuh badannya ia akan menyebabkan dirinya berasa sakit. Dalam keadaan sebegitu, beliau sama sekali tidak lekang dengan kitab bersamanya, yang dia melihat ke arahnya dengan teliti. Kadangkala, beliau menyungkur di atas mukanya dalam keadaan dia mentelaah kitab" (Lihat: Al-Badr Al-Tali')
#Sayidina Abdullah bin Mas’ud r.a berkata: "Pernah kami dapati ada lelaki yang dipapah oleh dua lelaki sehingga didirikan pada saf dek kerana sakit". Tetapi dia tetap pergi menunaikan solat berjemaah, sekalipun dalam keadaan sakit dan uzur.
#Begitulah ketika kaki kita terasa sakit disebabkan berdiri terlalu lama semasa solat tarawih sebanyak 20 rakaat, atau imam yang membaca satu malam 1 juzuk atau imam memanjangkan bacaan doa qunut, maka bersabarlah pada ketika itu. Ini kerana, ada orang lain yang dalam masa sama berdiri lama di jalan maksiat bahkan mereka boleh bertahan bagi mendapatkan kemahuan duniawi dan langsung tiada pahala atas berdiri itu.
#Maka, mari kita belajar dari ucapan Abu al-Haitham kepada Imam Ahmad bin Hanbal:
مكتوب في ديوان أمير المؤمنين أني ضربت ثمانية عشر ألف سوط بالتفاريق، وصبرت في ذلك على طاعة الشيطان لأجل الدنيا، فاصبر أنت في طاعة الرحمن
لأجل الدين
"Telah tertulis di dalam dewan Amirul Mu’minin bahawa aku ini telah dipukul sebanyak 18,000 kali sebatan secara berasingan, dan aku bersabar padanya (pukulan tersebut) atas ketaatan kepada syaitan semata-mata kerana (habuan) dunia. Maka bersabarlah kamu dalam ketaatan kepada ar-Rahman, untuk agama" (Lihat: Sifat al-Sofwah, Ibn al-Jauzi)
♡Insaflah, kita tatkala sakit hanya sedikit mulalah meninggalkan majlis ilmu, solat berjemaah dan kerja kebajikan. Bersabarlah atas segala ujian, demi amal ketaatan dan menunaikan perintah Ilahi. Bersabarlah!!♡
🐊Ust Naim
*Whatsapp Channel*
Klik link untuk join :
https://bit.ly/tadabburrkalamullah
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 16 Syaaban 1446H☆
فَلَمَّا نَسُوا۟ مَا ذُكِّرُوا۟ بِهِۦ فَتَحۡنَا عَلَیۡهِمۡ أَبۡوَ ٰبَ كُلِّ شَیۡءٍ حَتَّىٰۤ إِذَا فَرِحُوا۟ بِمَاۤ أُوتُوۤا۟ أَخَذۡنَـٰهُم بَغۡتَةࣰ فَإِذَا هُم مُّبۡلِسُونَ
"Ketika mereka mengabaikan apa yang telah diperingatkan kepada mereka, maka Kami bukakan ke atas mereka pintu-pintu (kenikmatan) bagi setiap sesuatu. Sehingga apabila mereka berasa gembira dengan apa yang telah dikurniakan kepada mereka, pada ketika itu Kami mengazab mereka secara mengejut, dan pada ketika itu mereka berputus asa" [Surah al-An’am 44]
#Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina Uqbah bin Amir r.a, Rasulullah saw bersabda:
إذا رأيْتَ اللهَ يُعْطي العبدَ مِنَ الدُّنيا على مَعاصيه ما يُحِبُّ، فإنَّما هو استِدراجٌ
"Sekiranya kamu melihat Allah swt memberikan kenikmatan dunia kepada seorang hamba dengan sesuatu yang dia sukai, dalam keadaan banyaknya maksiat yang dia lakukan, ketahuilah bahawa ia adalah istidraj". Kemudian Rasulullah saw membacakan firman Allah swt diatas, Surah al-An’am 44 (HR Ahmad)
#Istidraj merupakan nikmat yang diberikan kepada pelaku maksiat, dengan tujuan untuk menambahkan lagi kesesatan dan kebinasaan buat dirinya.
#Istidraj daripada Allah swt terhadap hamba difahami sebagai ‘hukuman’ yang diberikan sedikit demi sedikit dan tidak diberikan langsung. Allah swt membiarkan seseorang dan tidak disegerakan azabnya. FirmanNya:
سَنَسْتَدْرِجُهُم مِّنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ
"Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya" [Surah al-Qalam 44]
#Al-Hasan berkata: "Betapa ramai orang yang terkena fitnah dengan cara dipuji dan betapa ramai orang yang terpedaya dengan cara ditutupi aibnya" (Lihat: al-Jami’ li Ahkam al-Quran)
#Sahl bin Abdullah mentafsirkan ayat di atas dengan maksud: "Nikmat-nikmat yang diberikan akan menyebabkan mereka lupa bersyukur" (Lihat: al-Bahr al-Madid)
#Berkata Imam Abu Hazim Salamah bin Dinar rahimahullah:
كُلُّ نِعْمَةٍ لَاتُقَرِّبُ مِنَ اللهِ فَهِيَ بَلِيَّةٌ
"Setiap nikmat yang tidak mendekatkan seseorang itu kepada Allah, maka ia hakikatnya merupakan suatu bala" (Lihat: Hilyatul Awliya', Abu Nu’aim)
#Imam Ibnu ‘Athaillah as-Sakandari dalam kitab al-Hikam berkata bahawa hendaklah seseorang merasa takut jika dia selalu mendapat kurniaan dan kebaikan daripada Allah swt, sedangkan dia masih tetap melakukan maksiat kepadaNya.
♡Antara perkara yang kita perlu risaukan ialah, saat kita dikurniakan nikmat yang disangka kebaikan itu, tiba-tiba hakikatnya ia merupakan suatu istidraj yang membawa kebinasaan dan azab♡
🐊Ust Naim
*Whatsapp Channel*
Klik link untuk join :
https://bit.ly/tadabburrkalamullah
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 15 Syaaban 1446H☆
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا
Sehingga aku berkata (kepada mereka): "Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun" [Surah Nuh 10]
#Keampunan Allah swt itu amat luas. Kita semua adalah pendosa, maka jangan berputus asa dengan rahmat dan keampunanNya. Banyakkan beristighfar dan memohon keampunan atas segala dosa dan kesilapan yang pernah kita lakukan.
#Bersempena malam nisfu Sya’ban maka perbanyakkan berdoa dan memohon keampunan padaNya, moga segala dosa kita diampunkan.
#Daripada Sayidina Abu Musa al-Asy‘ari r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:
إِنَّ اللَّهَ لَيَطَّلِعُ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ
"Sesungguhnya Allah swt melihat pada malam nisfu Syaaban, kemudian mengampunkan semua makhlukNya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan" (HR Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Sahih)
#Daripada Sayidatina Aisyah r.ha, bahawa Rasulullah saw bersabda:
إنَّ اللهَ تعالى يَنْزِلُ ليلةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا ، فيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعْرِ غَنَمِ كلبٍ
"Sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia pada malam nisfu Syaaban, kemudian Dia mengampunkan sebanyak bilangan bulu kambing Bani Kalb" (HR at-Tirmizi. Dhaif)
#Daripada Sayidina Abu Tha‘labah r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:
إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ اطَّلَعَ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ فَيَغْفِرُ لِلْمُؤْمِنِ، وَيُمْلِي لِلْكَافِرِينَ، وَيَدَعُ أَهْلَ الْحِقْدِ بِحِقْدِهِمْ حَتَّى يَدَعُوهُ
"Apabila tiba malam nisfu Syaaban, Allah swt melihat kepada makhlukNya. Kemudian Allah swt mengampunkan orang yang beriman serta mengabaikan orang yang kufur dan membiarkan orang yang dengki dengan dengkinya sehinggalah mereka itu meninggalkannya" (HR al-Baihaqi)
#Daripada Sayidina Abdullah bin ‘Amr r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:
يَطَّلِعُ اللهُ عزَّ وجلَّ إلى خَلْقِهِ ليلَةَ النِّصفِ مِنْ شَعْبَانَ ، فيَغْفِرُ لِعبادِهِ إِلَّا لِاثْنَيْنِ مُشَاحِنٍ ، وقَاتِلِ نَفْسٍ
"Allah swt melihat pada malam nisfu Syaaban kemudian mengampunkan hambaNya kecuali dua golongan iaitu orang yang bermusuhan dan orang yang membunuh diri" (HR Ahmad. Ahmad Syakir mengatakan sanadnya sahih)
#Daripada Sayidina Mu‘az bin Jabal r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:
يَطَّلِعُ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ فِيْ لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيْعِ خَلْقِه إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ
"Allah swt melihat makhlukNya pada malam nisfu Syaaban, kemudian Dia mengampunkan semua makhlukNya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan" (HR Ibn Hibban)
#Rasulullah saw bersabda:
إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ يَغْفِرُ اللهُ لِعِبَادِهِ إِلَّا لمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ
"Apabila tiba malam nisfu Syaaban, Allah swt mengampunkan hambaNya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan" (Lihat: Majma‘ al-Zawaid. As-Sakhawi menyatakan perawi-perawinya tidak ada yang dipertikaikan)
#Kita dituntut pada malam ini untuk memperbanyakkan doa kepada Allah swt. Hal ini kerana, tidak dinafikan bahawa pada malam tersebut mempunyai kelebihan bila mana padanya terdapat keampunan serta penerimaan yang khusus bagi mereka yang memohon keampunan dan berdoa kepadaNya. Oleh sebab itu, Imam as-Syafi‘i memasukkan malam nisfu Syaaban sebagai salah satu daripada lima malam yang mustajab untuk berdoa di dalamnya. (Lihat: al-Umm)
♡Jangan lepaskan peluang istimewa ini dengan doa, munajat dan memohon keampunan padaNya♡
🐊Ust Naim
*Whatsapp Channel*
Klik link untuk join :
https://bit.ly/tadabburrkalamullah
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 13 Syaaban 1446H☆
بَلۡ تُؤۡثِرُونَ ٱلۡحَیَوٰةَ ٱلدُّنۡیَا * وَٱلۡـَٔاخِرَةُ خَیۡرࣱ وَأَبۡقَىٰۤ
"(Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia. Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal" [Surah al-Aʿlā 16-17]
#Hidup di dunia ini hanyalah sementara. Kehidupan sebenar adalah kehidupan di akhirat. Namun begitu, kebanyakan manusia lebih mengutamakan kehidupan dunia daripada akhirat. Mereka bersungguh-sungguh beramal untuk dunia, namun sambil lewa untuk hal ehwal akhirat.
#Olwh yang demikian, untuk mengurangkan keterkesanan kita dengan kehidupan dunia, saat kita melihat keindahan dunia dan merasai kenikmatannya, ucapkanlah:
اللَّهُمَّ لاَ عَيْشَ إِلاَّ عَيْشُ الآخِرَةِ
"Ya Allah, tidak ada kehidupan (yang sebenar) melainkan kehidupan akhirat.
#Berkata Faqih az-Zaman as-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Utsaimin rahimahullah: "Saat seseorang itu melihat sesuatu yang menakjubkan dari dunia ini, tenangkanlah dirinya dengan ucapan ini, kemudian hendaklah dia mengetahui: Kehidupan yang menakjubkan kamu ini, merupakan kehidupan yang akan berlalu pergi".
#Untuk menyelamatkan kita di akhirat, maka sentiasalah mengambil berat hal ehwal solat dan sangat-sangat menjaganya serta menjadikan solat adalah keutamaan dan tonggak kehidupan.
#Ketahuilah setiap manusia itu, dia berdiri di hadapan Tuhannya swt pada dua ketika. Jika dia memelihara yang pertama, maka dia akan dipelihara pada yang kedua.
#Berkata Imam Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah rahimahullah:
للعبد بين يدي الله موقفان، موقفٌ بين يديه في الصلاة، وموقفٌ بين يديه يوم لقائه. فمن قام بحق الموقف الأول هُوِّن عليه الموقف الآخر، ومن استهان بهذا الموقف ولم يُوفِّه حقَّه شُدِّد عليه ذلك الموقف
"Seseorang hamba itu mempunyai dua waktunya yang dia berdiri di hadapan Tuhannya. Pertama, ketika dia sedang solat. Kedua, ketika dia bertemu Tuhannya di akhirat. Sesiapa yang menunaikan hak solat, akan dipermudahkan urusannya di akhirat. Sesiapa yang meringan-ringankan urusan solat serta tidak melunaskan hak solat, nescaya akan diberatkan urusan dirinya di akhirat". (Lihat: Al-Fawa’id)
♡Ingatlah kehidupan akhiratlah kehidupan yang lebih baik dan lebih kekal. Beramallah didunia untuk masa depan di akhirat♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 11 Syaaban 1446H☆
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِی عَنِّی فَإِنِّی قَرِیبٌۖ أُجِیبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِۖ فَلۡیَسۡتَجِیبُوا۟ لِی وَلۡیُؤۡمِنُوا۟ بِی لَعَلَّهُمۡ یَرۡشُدُونَ
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul" [Surah al-Baqarah 186]
#Ayat ini begitu indah jika diamati dan dihayati dengan dalamnya. Betapa Allah swt kasih kepada hambaNya dan berjanji bahawa Dia akan memakbulkan setiap apa yang didoakan. Tugas kita sebagai seorang hamba pula haruslah mengenal Tuhan kita, Allah swt, agar dapat menanam rasa cinta kepada Allah swt. Umum kita ketahui, salah satu sifat Allah swt ialah sangat sayang kepada hambaNya melebihi kasih sayang ibu kepada anaknya.
#Oleh itu, hendaklah kita menghadirkan hati yang ikhlas sebagai syarat agar dikabulkan doa-doa kita dalam meminta kepadaNya dan merasakan diri sangat memerlukan kepada Allah swt. Sudah tentu pasti, Dia tidak akan mengecewakan harapan-harapan kita padaNya, jika kita sebagai hamba terus menerus bertaubat dan memohon keampunanNya. InsyaAllah, akan dimaqbulkan permohonan kita.
#Antara doa yang amat baik untuk kita lazimkan bacaannya ialah:
اللهم إني أسألُك بأني أَشهدُ أنك أنتَ اللهُ لا إلَه إلا أنتَ الأحدُ الصمدُ الذي لَم يلِدْ ولم يولدْ ولم يكُن له كُفُوًا أحد
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu, bahawa aku bersaksi Engkau adalah Allah, tiada Tuhan selainMu, Tuhan yang Maha Esa, as-Samad. Yang tidak melahirkan dan tidak pula dilahirkan. Dan tiada bagiNya suatu pun yang setanding denganNya"
#Suatu hari, Rasulullah saw mendengar seorang lelaki membaca doa ini. Lalu baginda berkata:
والذي نفسي بيدِه لقد سألَ اللهَ باسمِه الأعظمِ الذي إذا دُعيَ به أجابَ وإذا سُئِلَ به أعطى
"Demi Allah, sesungguhnya lelaki ini telah berdoa kepada Allah dengan namaNya yang paling agung. Yang mana apabila diseru dengannya (nama tersebut), Dia akan menjawab. Apabila diminta dengannya, Dia akan memberi" (HR at-Tirmizi)
#Namun begitu, diingatkan bahawa terdapat syarat agar doa dimaqbulkan. Antara cara mendapatkan kemustajaban doa ialah dengan berselawat ke atas Rasulullah saw pada permulaan dan penghujung doa.
#Imam Abu Sulaiman Al-Darani berkata: "Sesiapa yang ingin meminta hajatnya kepada Allah, hendaklah dia memulakannya dengan berselawat ke atas Nabi saw lalu dia meminta hajatnya, dan kemudian dia menutupnya dengan berselawat ke atas Nabi saw. Sesungguhnya Allah swt menerima selawat dan dia Maha Pemurah dari menolak permintaan yang berada di antara dua selawat" (Lihat: Al-Qaul Al-Badi')
#Berkata Sayiduna Umar bin Al-Khattab r.a:
إِنَّ الدُّعَاءَ مَوْقُوفٌ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ لاَ يَصْعَدُ مِنْهُ شَيْءٌ حَتَّى تُصَلِّيَ عَلَى نَبِيِّكَ صلى الله عليه وسلم
"Sesungguhnya doa itu terhenti di antara langit dan bumi, tidak naik darinya sedikitpun sehinggalah kamu berselawat ke atas Nabi kamu saw" (HR at-Tirmizi)
#Juga kata-kata Sayiduna Ali bin Abi Talib r.a: "Setiap doa itu terhijab, sehinggalah seseorang itu berselawat ke atas Nabi Muhammad dan ahli keluarga Baginda" (Lihat: Al-Mu’jam Al-Awsat)
♡Berdoalah dengan penuh keyakinan dan keikhlasan, moga segalanya dimaqbulkan, InsyaAllah. Aamiiin♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 10 Syaaban 1446H☆
إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلْإِسْلَـٰمُ ۗ
"Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam" [Surah Ali ‘Imran 19]
#Allah swt menyatakan bahawa hanya agama Islam agama yang benar dan yang diterima oleh Allah, manakala agama lain adalah sesat dan tertolak di sisiNya.
#Implikasinya, mereka yang menganut agama lain tidak diterima oleh Allah swt dan di akhirat kelak, mereka termasuk dalam golongan yang rugi dan menyesal. Firman Allah swt:
وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ ٱلْإِسْلَـٰمِ دِينًۭا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِى ٱلْـَٔاخِرَةِ مِنَ ٱلْخَـٰسِرِينَ
"Sesiapa yang mencari agama selain daripada Islam maka Allah tidak akan menerimanya dan di akhirat kelak dia tergolong dalam kalangan orang yang rugi" [Surah Ali ‘Imran 85]
#Ayat ini sekaligus menafikan dakwaan doktrin pluralisme agama yang mengatakan bahawa semua agama adalah sama dan tiada agama yang memiliki kebenaran mutlak kerana nas syarak jelas sejelasnya menunjukkan hanya agama Islam yang diterima Allah swt. Tambahan lagi, umat Islam perlu berkeyakinan teguh bahawa agama selain Islam adalah kufur.
#Kufur di sini bermaksud naqidh al-Iman iaitu lawan kepada iman. Oleh sebab itu, orang yang kufur digelar sebagai kafir. Itu adalah istilah yang diberikan al-Quran bagi membezakan seorang Muslim dengan bukan Muslim dan seharusnya bukan Muslim menghormati doktrin yang terkandung di dalam kitab suci umat Islam.
#Kafir menurut istilahnya ialah orang yang tidak beriman kepada Allah, para rasulNya, dan syariat-Nya. Ini sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Raghib al-Asfahani bahawa kafir secara mutlak dikenal pada mereka yang menolak keesaan Allah, atau kenabian, atau syariat, atau menolak ketiga-tiganya. (Lihat: al-Mufradat)
#Begitu juga Imam Ibnul Qayyim menyatakan bahawa kafir adalah orang yang menolak keesaan Allah dan mendustakan rasulNya, baik dengan keras kepala, kejahilan, atau meniru orang-orang yang keras hatinya. (Lihat: Tariq Hijratain)
#Ketahuilah, tiada titik pertemuan akan berlaku antara orang Islam dan orang kafir di akhirat kelak. Ini seperti yang sering dicanangkan oleh golongan pluralis bahawa kononnya manusia pelbagai agama sebenarnya bersatu pada titik metafiziknya. Hal ini adalah tidak benar sama sekali dan amat bertentangan dengan logik akal kerana hakikatnya, Islam dan kufur adalah amat bertentangan dan tiada titik pertemuan di akhirat kelak. (Lihat: Tafsir al-Bayan)
#Allah memaklumkan bahawa musuhNya yakni orang-orang kafir sentiasa melakukan perancangan jahat dan tipu daya terhadap orang-orang Islam. Maka, perkara ini perlu disedari dan diberi perhatian oleh umat Islam supaya mereka tidak ternoda dengan tipu daya musuh dan terjerat dengan tipu daya mereka yang berusaha sepanjang masa untuk meruntuhkan Islam dan melemahkan umatnya.
يُرِيدُونَ لِيُطۡفُِٔواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٰهِهِمۡ وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡكَٰفِرُونَ * هُوَ ٱلَّذِيٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡمُشۡرِكُونَ
"Mereka ingin memadamkan cahaya Allah (Islam) dengan mulut (perancangan dan tipu daya) mereka, tetapi Allah menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang kafir membencinya. Dialah yang mengutuskan Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya atas segala agama (dan ajaran yang lain) meskipun orang Musyrik membenci (terhadap Islam)" [Surah as-Saff 8-9]
#Cahaya yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah Islam.
♡Allah menuntut umat Islam supaya berlembut dan bersabar dengan musuh Islam serta redha dengan ketentuanNya. Petunjuk Allah ini perlu diikuti oleh umat Islam yang berjuang dan berdakwah sepanjang zaman dalam menyebarkan dan menegakkan agamaNya. Sebarkan Islam pada semua manusia kerana hanya Islam agama yang benar pembawa kebenaran, keadilan dan kesejahteraan dunia akhirat♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
*SEDEKAH JUMAAT: RAYUAN SUMBANGAN INFAQ PROGRAM BACK TO SCHOOL PELAJAR-PELAJAR ASNAF*
Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/BACK-TO-SCHOOL
Assalamualaikum wbt...
Berkata Pujangga: *"Pendidikan adalah senjata paling ampuh yang dapat kamu gunakan untuk mengubah dunia dan memperoleh kebahagiaan hidup di akhirat"*
Bersempena dengan pembukaan sekolah sesi 2025 sekitar 1 minggu lagi, dengan ini NGO Geng Talaqqi melancarkan tabung sumbangan untuk program Back To School bagi meraikan golongan asnaf yang terdiri daripada pelajar-pelajar fakir miskin, pelajar B40 dan golongan yang memerlukan berupa sumbangan beg sekolah, pakaian sekolah dan alat tulis bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh ahli keluarga mereka dalam meneruskan sesi persekolahan bagi tahun 2025.
Dengan ini pihak kami ingin memohon sumbangan seikhlas hati daripada pihak tuan/puan untuk menjayakan program ini.
*DANA YANG DIPERLUKAN SEKITAR RM20 RIBU*
*Semoga tangan yang menghulur bakal menjadi saksi untuk kita semua di akhirat kelak*
Jazakumullahu khairan kathira kepada semua penyumbang. Semoga diberkati rezeki dan dirahmati Allah serta beroleh syafaat daripada baginda Rasulullah saw di Mahsyar kelak. Aamiiin
===========
Daripada Sayidatina ‘Asma binti Abu Bakar as-Siddiq r.ha berkata, dia datang kepada Rasulullah saw lalu dia bertanya: "Ya nabi Allah! Aku tidak mempunyai apa-apa untuk disedekahkan selain yang diberikan Zubir (suamiku) kepadaku (untuk belanja rumahtangga). Berdosakah aku apabila wang belanja itu ku sedekahkan ala kadarnya?”Jawab Nabi saw:" Sedekahkanlah ala kadarnya sesuai dengan kemampuanmu dan jangan berkira-kira kerana Allah akan berkira-kira pula pemberianNya kepadamu dan akan kedekut kepadamu” (HR Muslim)
=========
*Salurkan sumbangan ke akaun TOYYIB PAY:*
https://toyyibpay.com/BACK-TO-SCHOOL
*Atau terus ke akaun:*
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Back To School
*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*
📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/BackToSchool
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/BackToSchool
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/BackToSchool
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/BackToSchool
*ANDA HULUR, KAMI SALUR*
☆Tadabbur Kalamullah 7 Syaaban 1446H☆
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا یَسۡخَرۡ قَوۡمࣱ مِّن قَوۡمٍ عَسَىٰۤ أَن یَكُونُوا۟ خَیۡرࣰا مِّنۡهُمۡ وَلَا نِسَاۤءࣱ مِّن نِّسَاۤءٍ عَسَىٰۤ أَن یَكُنَّ خَیۡرࣰا مِّنۡهُنَّۖ
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka..." [Surah al-Ḥujurat 11]
#Syeikh Muhammad Abdur Rauf al-Munawi rahimahullah berkata:
فينبغي للإنسان أن لا يحتقر أحدًا؛ فربما كان المحتقَر أطهرُ قلبًا، وأزكى عملًا، وأخلص نية، فإنَّ احتقار عباد الله يورث الخسران، ويورث الذُّل والهوان
"Sepatutnya seseorang itu tidak merendahkan sesiapapun, ini kerana boleh jadi orang yang dianggap rendah itu lebih bersih hatinya, lebih suci amalnya, dan lebih ikhlas niatnya, kerana sesungguhnya merendahkan hamba-hamba Allah akan mengakibatkan kerugian dan mewariskan kerendahan dan kehinaan" (Lihat: Faidhul Qadir)
#Oleh itu, jangan sesekali gemar atau memiliki perangai suka meremeh atau merendahkan orang lain. Jika kita suka merendahkan orang yang ada melakukan dosa, atau kita suka mentertawakan orang lain yang bersalah, maka peringatan Rasulullah saw dibawah ini wajar dijadikan renungan bersama.
Sayidina Muaz bin Jabal r.a berkata, Rasulullah saw bersabda:
#
عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ عَيَّرَ أَخَاهُ بِذَنْبٍ لَمْ يَمُتْ حَتَّى يَعْمَلَهُ
"Sesiapa yang memalukan saudaranya yang melakukan dosa, dia tidak mati sehingga dia juga melakukan dosa yang sama" (HR at-Tirmizi)
#Berkata Syeikh Mubarakfuri rahimahullah: "Orang yang suka mengejek orang lain yang melakukan dosa, dalam keadaan dia perasan dirinya bagus, maka dicabut hidayah daripada dirinya sehingga dia sendiri mahu melakukan maksiat tersebut" (Tuhfah al-Ahwazi)
#Hadis ini mendidik kita berkaitan adab sopan atau akhlak mulia iaitu seseorang itu boleh memberi nasihat tetapi jangan sekali-kali memiliki niat atau perasaan merendahkan orang lain.
#Diriwayatkan daripada Wathilah bin al-Asqa r.a:
لَا تُظْهِرْ الشَّمَاتَةَ لِأَخِيكَ فَيَرْحَمَهُ اللَّهُ وَيَبْتَلِيكَ
"Janganlah kamu berasa senang atas bencana yang menimpa saudaramu, kerana siapa tahu Allah swt kemudian hari memberinya rahmat dan sebaliknya menguji kamu" (Jami' Tirmizi)
#Jika kita melihat orang yang insaf dan ingin bertaubat kepada Allah, ketahuilah Allah sedang bersamanya. Allah swt bersama dengannya dengan syarat dia menyesal atau hatinya tersentuh untuk insaf. Sebesar manapun dosa seseorang, pintu rahmat Allah swt sentiasa terbuka selebar-lebarnya untuk dia bertaubat. Maka orang berdosa yang bertaubat dengan sebenar-benar taubat, jauh lebih mulia daripada orang beriman yang sombong dan berbangga dengan amalnya (riyak dan ujub).
♡Oleh itu, jangan sesekali sibuk mencari salah dan silap orang lain untuk menghina, meremeh dan memperlekehkannya. Lebih baik kita sedar diri masing-masing akan kekurangan kita lalu membaikinya dan bersifat tawadhuk serta mendoakan keampunan untuk saudara kita yang berdosa♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 5 Syaaban 1446H☆
وَٱلَّذِینَ جَاۤءُو مِنۢ بَعۡدِهِمۡ یَقُولُونَ رَبَّنَا ٱغۡفِرۡ لَنَا وَلِإِخۡوَ ٰنِنَا ٱلَّذِینَ سَبَقُونَا بِٱلۡإِیمَـٰنِ وَلَا تَجۡعَلۡ فِی قُلُوبِنَا غِلࣰّا لِّلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ رَبَّنَاۤ إِنَّكَ رَءُوفࣱ رَّحِیمٌ
Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu" [Surah al-Ḥashr 10]
#Di antara amalan ringan dan mudah yang sangat besar pahalanya ialah mendoakan keampunan buat seluruh umat Islam.
#Tersebut dalam sebuah hadis daripada Sayidina Ubadah bin as-Samit r.a, katanya, aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:
مَنِ اسْتَغْفَرَ لِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ بِكُلِّ مُؤْمِنٍ وَمُؤْمِنَةٍ حَسَنَةً
"Sesiapa yang memohon keampunan buat para lelaki dan perempuan yang beriman, Allah swt akan mencatat buat dirinya dengan setiap orang lelaki dan perempuan yang beriman, satu kebaikan" (HR at-Tabarani)
#Imam as-Syaukani rahimahullah berkata:
وَمن أَرَادَ الاستكثار من فضل الله من الْحَسَنَات فَلْيقل اللَّهُمَّ اغْفِر للْمُؤْمِنين وَالْمُؤْمِنَات فَإِنَّهُ يكْتب لَهُ من الْحَسَنَات مَا لَا يُحِيط بِهِ حصر وَلَا يتصوره فكر وَفضل الله وَاسع
"Sesiapa yang ingin untuk memperbanyakkan kurniaan Allah dari kebaikan-kebaikan, hendaklah dia mengucapkan:" Ya Allah, ampunkanlah golongan lelaki dan perempuan yang beriman", kerana sesungguhnya ditulis buat dirinya kebaikan-kebaikan yang tidak mampu dihitung serta tidak tergambar di fikiran, dan kurniaan Allah itu sangatlah luas" (Lihat: Tuhfat az-Zakirin, Imam as-Syaukani)
#Dalam ayat yang lain, Allah swt memerintahkan agar kita memohon keampunan untuk seluruh orang-orang yang beriman:
واسْتَغْفِرْ لِذنْبِكَ وَلِلْمُؤمِنِينَ والمؤْمِنَاتِ
"Dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi dosa orang-orang mukmin, lelaki dan perempuan" [Surah Muhammad 19]
#Antara doa lain untuk kaum muslimin muslimat yang disebut dalam firman Allah swt ialah:
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" [Surah Ibrahim 41]
#Terdapat kelebihan bagi orang yang mendoakan kebaikan dan keampunan kepada saudaranya yang lain. Sabda Nabi saw:
مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيْهِ بِظَهْرِ الغَيْبِ إِلاَّ قَالَ المَلَكُ: وَلَكَ بِمِثْلٍ
"Tidaklah seorang hamba muslim yang berdoa untuk saudaranya yang tidak ada di hadapannya, melainkan malaikat berkata:" Dan untukmu seperti doamu" (HR Muslim)
♡Jom sentiasa mendoakan keampunan, kesejahteraan dan kebaikan untuk seluruh saudara kita di kalangan muslimin dan muslimat, moga kita juga beroleh keampunan dariNya. Aamiiin♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 3 Syaaban 1446H☆
اللهُ نُورُ السَّمواتِ وَالأرْض
"Allahlah yang menerangi langit-langit dan juga bumi" [Surah an-Nur 35]
#Ayat sebelumnya Allah swt memerintahkan orang beriman untuk menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Kemudian selang beberapa ayat Allah swt menyambung dengan ayat diatas, Surah an-Nur 35.
#Ayat ini memaklumkan kepada kita bahawa sesiapa yang ingin diterangkan jantung hatinya dengan cahaya ilmu, hidayah, dan firasat, hendaklah dia menjaga pandangan matanya dari maksiat dan menjaga kemaluannya daripada dosa.
#Berkata Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah:
وسر هذا الخبر أن الجزاء من جنس العمل. فمن غض بصره عما حرم الله عليه عوضه الله تعالى من جنسه ما هو خير منه، فكما أمسك نور بصره عن المحرمات أطلق الله نور بصيرته وقلبه، فرأى به ما لم يره من أطلق بصره ولم يغضه عن محارم الله تعالى
"Rahsia ayat ini ialah, ganjaran yang diberikan kepada seseorang itu sesuai dengan amalan yang dia lakukan. Sesiapa yang menundukkan pandangan matanya dari perkara yang Allah swt haramkan, Allah akan menggantikannya dari sudut yang sama dengan sesuatu yang lebih baik darinya. Sebagaimana dia menahan cahaya penglihatannya dari perkara-perkara haram, maka Allah swt menyalakan cahaya basirah dan jantung hatinya. Maka dia dapat melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mereka yang tidak menjaga pandangannya serta tidak menundukkan pandangannya dari perkara yang Allah haramkan" (Lihat: Ighatsah Al-Lahafan)
#Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata lagi: "Jika hati sudah semakin gelap, maka amat sulit untuk mengenal petunjuk kebenaran" (Lihat: Ad Daa’ wad Dawaa’)
#Firman Allah swt:
كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
“Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka" [Surah al-Muthaffifin 14]
#Imam Hasan al-Bashri rahimahullah berkata: "Yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah dosa di atas tumpukan dosa sehingga dapat membuat hati itu gelap dan lama kelamaan pun mati" (Lihat: Tafsir al-Quran al-Azhim, Ibnu Katsir)
♡Untuk memastikan hati sentiasa bercahaya, tenang, damai dan baik, maka jauhi maksiat dan dosa. Banyakkan melakukan amal soleh dan perbuatan yang berpahala♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
*SEDEKAH JUMAAT: WAQAF P.A SYSTEM SURAU AL-LATHIF KG CHAROK SALANG, PARIT PANJANG, BALING, KEDAH*
Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/WAQAF-PA-SURAU-AL-LATIF
Assalamualaikum wbt sahabat2 dermawan sekelian.
*Sempena hari Jumaat yang mulia lagi barakah dan digandakan ganjaran pahala, Geng Talaqqi membuka peluang infaq dan wakaf P.A System untuk kegunaan Surau al-Lathif, Kg Charok Salang. Baling, Kedah.*
Untuk makluman semua, pembesar suara yang ada sudah sampai waktu untuk ditukar baru kepada yang lebih baik, lebih kondusif dan lebih padu agar lebih berkesan ketika dilaungkan azan, ketika penyampaian kuliah/ceramah dan kegunaan segala aktiviti/majlis-majlis melibatkan pengimarahan masjid.
*JUMLAH DANA DIPERLUKAN: RM9 RIBU*
Pihak Surau al-Lathif memohon jasa baik seluruh para penyumbang yang dermawan untuk sama-sama membantu dalam menjayakan projek wakaf yang menjanjikan ganjaran yang lumayan ini.
*INILAH MASA YANG SESUAI UNTUK BERWAKAF!! KITA HADIAHKAN GANJARAN PAHALA BERPANJANGAN DAN SENTIASA MENGALIR KEBAIKANNYA INI BUAT DIRI KITA SENDIRI, IBU DAN AYAH, SELURUH AHLI KELUARGA YANG SUDAH TIADA*
Jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada para penyumbang. Moga beroleh ganjaran syurgaNya yang teristimewa. Aamiiin
*Jom rebut peluang keemasan ini. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun TOYYIB PAY:*
https://toyyibpay.com/WAQAF-PA-SURAU-AL-LATIF
*Atau terus ke akaun:*
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: P.A System Surau al-Lathif
*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*
📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/PASystemSurauAlLathif
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/PASystemSurauAlLathif
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/PASystemSurauAlLathif
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/PASystemSurauAlLathif
*ANDA HULUR, KAMI SALUR*
☆Tadabbur Kalamullah 30 Rejab 1446H☆
إِنَّ ٱلَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَـٰبَ ٱللَّـهِ وَأَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنفَقُوا۟ مِمَّا رَزَقْنَـٰهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَـٰرَةً لَّن تَبُورَ
"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian" [Surah Fatir 29]
#Ini bermaksud orang yang membaca al-Quran tidak akan mengalami kerugian bahkan akan mendapat dan merasa keuntungan yang banyak.
#Daripada Sayidina Nukman Bin Basyir r.a Nabi saw bersabda:
أَفْضَلُ عِبَادَةِ أُمَّتِي قِرَاءَةُ الْقُرْآنِ
"Sebaik-baik ibadat umatku adalah membaca al-Quran" (Riwayat al-Baihaqi. Dhaif)
#Terdapat banyak kelebihan dan keistimewaan bagi sesiapa yang sentiasa membaca al-Quran, mengajarkannya dan mengamalkannya.
#Diriwayatkan setelah meninggal dunia, Imam Abu Mansur Al-Khayyath rahimahullah dilihat di dalam mimpi. Ditanyakan kepadanya: "Apa yang Allah telah lakukan kepadamu?". Beliau menjawab:
غفر لي بتعليمي الصبيان فاتحة الكتاب
"Allah swt telah mengampunkan aku disebabkan perbuatanku mengajarkan Surah al-Fatihah kepada kanak-kanak" (Lihat: Ma’rifat Al-Qurra’ Al-Kibar dan Siyar A’lam Al-Nubala’)
#Berkata Sayidina Abu Hurairah r.a:
إن الْبَيْتَ لَيَتَّسِعُ عَلَى أَهْلِهِ وَتَحْضُرُهُ الْمَلَائِكَةُ وَتَهْجُرُهُ الشَّيَاطِينُ، وَيَكْثُرُ خَيْرُهُ أَنْ يُقْرَأَ فِيهِ الْقُرْآنُ، وَإِنَّ الْبَيْتَ لَيَضِيقُ عَلَى أَهْلِهِ وَتَهْجُرُهُ الْمَلَائِكَةُ، وَتَحْضُرُهُ الشَّيَاطِينُ، وَيَقِلُّ خَيْرُهُ أَنْ لَا يُقْرَأَ فِيهِ الْقُرْآنُ
"Sesungguhnya sebuah rumah itu menjadi lapang buat penghuninya, dihadiri oleh malaikat, dijauhi oleh syaitan, serta banyak kebaikannya jika dibaca padanya al-Quran. Dan rumah itu menjadi sempit buat penghuninya, dijauhi oleh malaikat, dihadiri oleh syaitan, serta kurang kebaikannya jika tidak dibaca padanya al-Quran" (Lihat: Musnad ad-Darimi)
#Oleh itu, pastikan kita sentiasa membaca al-Quran dan mengkhatamnya sebanyak-banyaknya.
#Dikisahkan suatu hari guru kepada Imam Ahmad bin Hanbal bernama Abdullah bin Idris sedang berada dalam keadaan nazak. Lalu menangislah anak perempuannya. Berkata Imam Ibn Idris:
لاَ تَبْكِي يَا بُنَيَّة، فَقَدْ خَتَمْتُ القُرْآنَ فِي هَذَا البَيْتِ أَرْبَعَةَ آلاَفِ ختمَةٍ
"Jangan menangis wahai anakku. Sesungguhnya aku telah mengkhatamkan al-Quran di dalam rumah ini sebanyak 4000 kali" (Lihat: Siyar A’lam Al-Nubala')
♡Jom pastikan kita sentiasa membaca, mengajar dan mengamalkan al-Quran disepanjang hidup kita. Moga kita beroleh syafaat al-Quran♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
Follow the Tadabbur Kalamullah channel on WhatsApp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb30YXu6mYPSftfvWg1C
Читать полностью…☆Tadabbur Kalamullah 27 Rejab 1446H☆
اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ
"Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak... " [Surah al-Hadid 20]
#Permainan, hiburan, berbangga-bangga, berlumba-lumba membanyakkan harta dan anak merupakan hakikat kehidupan dunia sehingga membawa manusia kepada kelalaian serta lupa kepada Allah swt.
أَلۡهَىٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ * حَتَّىٰ زُرۡتُمُ ٱلۡمَقَابِرَ
"Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur" [Surah at-Takāthur 1-2]
#Sepatutnya kita menginsafi diri dan sedar diri bahawa tujuan Allah swt menciptakan kita adalah untuk mengabdikan diri (menghambakan diri) kepadaNya bukan untuk menjadi hamba kepada kelalaian dunia.
وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِیَعۡبُدُونِ
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu" [Surah az-Zhāriyāt 56]
#Oleh itu, di sepanjang hidup ini, alangkah baiknya jika kita dapat melaksanakan nasihat berharga daripada Imam az-Zahabi rahimahullah ini:
فرحم الله امرأً أقبل على شأنه وقصر من لسانه وأقبل على تلاوة قرآنه وبكى على زمانه وأدمن النظر في الصحيحين وعبد الله قبل أن يبغته الأجل. اللهم فوفق وارحم
"Semoga Allah merahmati seseorang yang memberi tumpuan kepada dirinya, mengurangkan percakapannya, memberi fokus kepada bacaan Al-Qurannya, menangis mengenangkan masanya yang telah berlalu, berterusan menekuni Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim, dan dia beribadah kepada Allah sebelum ajal datang menjemputnya. Ya Allah, berikanlah taufiq dan rahmatilah" (Lihat: Tazkirat Al-Huffaz)
#Hayatilah ayat dibawah ini dan insafilah:
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تُلۡهِكُمۡ أَمۡوَ ٰلُكُمۡ وَلَاۤ أَوۡلَـٰدُكُمۡ عَن ذِكۡرِ ٱللَّهِۚ وَمَن یَفۡعَلۡ ذَ ٰلِكَ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi" [Surah al-Munāfiqūn 9]
♡Betapa kita pada hari ini tersangat banyak memberi tumpuan tentang orang lain, banyak bercakap perkara tidak berfaedah, jarang membaca dan mentadabbur al-Quran, tidak banyak menangis, jarang menekuni hadis-hadis Nabi saw, serta kurang beribadah kepada Allah. Selamat bermuhasabah dan menyibukkan diri dengan amal ketaatan!!♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 25 Rejab 1446H☆
أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن یُتۡرَكُوۤا۟ أَن یَقُولُوۤا۟ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا یُفۡتَنُونَ
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [Surah al-ʿAnkabūt 2]
#Ujian itu sudah pasti bagi setiap manusia di atas muka bumi ini. Cuma yang berbeza jenis dan kadar ujian itu kecil atau besar bersesuaian dengan penerimanya. Ada yang diuji dengan kesusahan hidup, berantakan rumahtangga, kederhakaan anak isteri, ketakutan musuh, kehilangan harta benda, kematian orang tersayang, sakit kronik dan sebagainya.
#Dikisahkan bahawa para ulamak sentiasa memandang positif jika mereka bersabar dengan sesuatu kesukaran, Allah sst akan menghalang bala yang lebih berat ke atas diri mereka disebabkannya.
#Sebagai contoh, seorang ulamak besar bermazhab Maliki bernama Imam Abu Bakar Muhammad bin Muhammad Al-Labbad rahimahullah. Beliau seorang yang dikenali dengan zuhud dan wara’ serta seorang yang mustajab doanya. Beliau adalah guru kepada Imam Ibnu Abu Zaid al-Qairawani. Diceritakan bahawa beliau mempunyai seorang isteri yang bermulut lancang dan pedas kata-katanya. Selalu menyakiti dan mengguris hati Ibnu al-Labbad dengan kata-katanya.
Sehingga para sahabat beliau berkata kepadanya: "Ceraikanlah dia".
Imam Ibn Al-Labbad membalas:
أخشى إن طلقتها، أن يبتلي بها مسلم ولعل الله دفع عني بمقاساتها بلاءً عظيمًا
"Aku takut sekiranya aku ceraikan dia, orang lain pula yang akan diuji dengannya. Mudah-mudahan, dengan kesabaranku menanggung sikap buruknya ini, Allah swt akan menghalang bala yang lebih besar ke atas diriku.
Imam Ibn Al-Labbad berkata lagi:
بل حفظتها في والدها، فإني خطبت الى جماعة فردّوني، وزوجني هو لله تعالى. وكان يفعل معي جميلًا. أفتكون مكافأته طلاقها؟
"Bahkan aku menjaganya adalah disebabkan ayahnya. Dahulu aku ada meminang kepada ramai wali nikah, namun mereka semua menolakku. Ayahnya sahaja yang menerimaku dan mengahwinkan aku (dengan anak perempuannya) kerana Allah swt. Ayahnya baik kepadaku. Apakah cara aku membalas kebaikan tersebut dengan menceraikan anak perempuannya?
Beliau juga pernah berkata:
لكل مؤمن محنة، وهي محنتي
"Setiap orang beriman itu ada ujiannya. Ujian buat diriku adalah isteriku" (Lihat: Tartib al-Madarik, al-Qadi ‘Iyad)
♡Setiap dari kita akan diuji, itu pasti. Namun, hasil daripada ujian itu adalah yang penting samada kita semakin mendekatkan diri kepada Allah atau semakin jauh dariNya.
Itulah yang perlu dilalui bagi melihat darjat kesabaran dan keimanan seseorang samada berjaya atau gagal mendepani ujian tersebut♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 17 Syaaban 1446H☆
ٱلَّذِی عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ * عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ یَعۡلَمۡ
"Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya" [Surah Al-ʿAlaq 4-5]
#Dalam ayat ini, Allah swt menyebut tentang القَلَمِ (pen). Al-Qalam adalah makhluk pertama yang dicipta oleh Allah swt. Sabda Nabi saw dalam Hadis Qudsi:
إِنَّ أَوَّلَ مَا خَلَقَ اللَّهُ القَلَمَ، فَقَالَ: اكْتُبْ، فَقَالَ: مَا أَكْتُبُ؟ قَالَ: اكْتُبِ القَدَرَ مَا كَانَ وَمَا هُوَ كَائِنٌ إِلَى الأَبَدِ
"Yang pertama kali Allah ciptakan adalah al-Qalam (pena), lalu Allah berfirman: Tulislah!. Ia bertanya: "Wahai Rabbku apa yang harus aku tulis?". Allah berfirman: "Tulislah takdir segala sesuatu sampai terjadinya Kiamat" (HR Abu Dawud dan at-Tirmizi)
#Surah ini membicarakan berkenaan dengan ilmu pengetahuan. Allah swt menyebut kalimah Iqra' (bacalah) sebanyak dua kali dan kalimah عَلَّمَ (mengajar) juga sebanyak dua kali dalam surah al-Alaq. Ini sebagai isyarat tentang kepentingan ilmu pengetahuan.
#Berkata Imam az-Zahabi rahimahullah:
وَأَفْضَلُ الذِّكْرِ مَا يَتَعَدَّى إِلَى العبَادِ، وَهُوَ تَعَلِيْمُ العِلْمِ وَالسُّنَّةِ
"Zikir yang paling afdal adalah yang manfaatnya meliputi seluruh manusia. Iaitu mengajarkan ilmu dan juga sunnah" (Lihat: Siyar A’lam an-Nubala’)
#Kebanyakan ilmu pengetahuan yang disampaikan dari satu generasi ke generasi lainnya adalah disebabkan oleh penulisan manusia yang awal dan menyampaikannya kepada generasi selepasnya. Begitulah kaedah ilmu disampaikan kepada kita. Dengan cara penulisan ilmu itu dapat berkembang. Jika ilmu itu hanya disampaikan melalui lisan sahaja, lama kelamaan ia akan hilang begitu sahaja.
#Untuk menulis ilmu yang dapat disampaikan kepada manusia selepas kita, memerlukan القَلَمِ (pen/penulisan) dan kerana itulah Allah sebut al-Qalam dalam ayat ini sebagai satu isyarat kepada kepentingan menulis ilmu yang telah dipelajari atau telah didapati.
#Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, bahawa beliau berkata:
مَا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْه وَسَلَّم أَحَدٌ أَكْثَرَ حَدِيْثًا عَنْهُ مِنِّي، إِلَّا مَا كَانَ مِنْ عبدِ اللَّهِ بنِ عَمْرٍو، فَإِنَّهُ كَانَ يَكْتُبُ وَلَا أَكْتُبُ
"Tidak ada daripada sahabat-sahabat Nabi saw yang lebih banyak meriwayatkan hadis daripadaku kecuali Abdullah bin Amr. Sesungguhnya dia lebih banyak daripadaku disebabkan dia menulis dan aku pula tidak menulis" (HR al-Bukhari dan at-Tirmizi)
#Allah swt juga menyebut kepentingan القَلَمِ ini dalam ayat yang lain. Firman Allah swt:
نۤۚ وَٱلۡقَلَمِ وَمَا یَسۡطُرُونَ
"Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis" [Surah al-Qalam 1]
#Ini menunjukkan lagi kepentingan al-Qalam itu. Bukan sahaja manusia menulis dengan al-Qalam, tetapi para malaikat juga menulis dengan al-Qalam, cuma tidaklah kita mengetahui bagaimana pena/penulisan mereka.
#Benarlah pepatah arab yang mengatakan:
العِلْمُ صَيْدٌ وَالْكِتَابَةُ قَيْدُهُ
"Ilmu seperti haiwan buruan dan tulisan adalah yang akan mengikatnya (ilmu)".
♡Kita sebagai manusia yang sentiasa lupa dan lemah ingatan perlulah menulis atau mencatat segala yang kita pelajari supaya ia tidak hilang dari ingatan kita dan boleh dimanfaatkan kepada generasi berikutnya♡
🐊Ust Naim
*Whatsapp Channel*
Klik link untuk join :
https://bit.ly/tadabburrkalamullah
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
*SEDEKAH JUMAAT: BANTUAN RAWATAN ADIK SHAKIL MELAWAN KANSER NEUROBLASTOMA*
Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/RAWATAN-ADIK-SHAKIL
Assalamualaikum wbt..
Pihak Geng Talaqqi dengan rendah hati memohon bantuan daripada semua para penyumbang rakyat Malaysia untuk membantu adik Shakil, seorang bayi berusia 22 bulan, yang baru sahaja disahkan menghidap kanser neuroblastoma, sejenis kanser yang jarang berlaku.
*KOS DIPERLUKAN: RM250 RIBU*
Adik Shakil kini dirawat di HKL selepas diagnosis dibuat di Mawar Medical Centre, Seremban. Keadaan ini memberikan cabaran besar kepada keluarganya, terutamanya ibunya, Puan Amira, yang terpaksa berhenti kerja untuk menjaga adik Shakil sepenuh masa. Adik Shakil merupakan anak sulung dalam keluarga, dan malangnya perlindungan insurans tidak mencukupi untuk menampung kos rawatan yang amat tinggi.
Pihak Geng Talaqqi memohon ihsan dan belas kasihan semua penyumbang untuk meringankan bebanan yang ditanggung mereka sekeluarga. Setiap sumbangan anda, kecil atau besar, amatlah bermakna untuk membantu keluarga ini mendapatkan rawatan terbaik buat adik Shakil.
Mohon doakan agar adik Shakil diberi kekuatan dan kesembuhan segera. Jasa baik anda semua hanya Allah swt yang dapat membalasnya
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi:
016-7170477(Dr Mohd Zaqrul)
016-3439051 (Ijal Bapa Shakil)
010-6059506 (Mohd Nor - Atok Shakil)
Jom bersama kami menyumbang sedikit dari harta kita untuk membantu kesembuhan adik Shakil. Jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada semua penyumbang. Moga syurga milik kalian. Aamiin
==========
*Sumbangan boleh disalurkan ke akaun toyyib pay:*
https://toyyibpay.com/RAWATAN-ADIK-SHAKIL
*Atau terus ke akaun:*
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: RAWATAN ADIK SHAKIL
*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*
📲Ust naim: http://www.wasap.my/60196023803/RawatanAdikShakil
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/RawatanAdikShakil
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/RawatanAdikShakil
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/RawatanAdikShakil
*ANDA HULUR, KAMI SALUR*
☆Tadabbur Kalamullah 14 Syaaban 1446H☆
فَمَن تَابَ مِنۢ بَعۡدِ ظُلۡمِهِۦ وَأَصۡلَحَ فَإِنَّ ٱللَّهَ یَتُوبُ عَلَیۡهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورࣱ رَّحِیمٌ
"Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan dan memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Surah al-Māʾidah 39]
#Taubat adalah satu usaha untuk meninggalkan perbuatan dosa dengan diiringi keinginan kuat untuk tidak mengulanginya lagi serta bersungguh-sungguh memohon keampunan kepadaNya dengan diiringi amal yang soleh. Allah swt amat menyukai setiap hambaNya yang bertaubat.
#Hadis qudsi ada menyebut:
يا ابن آدمَ إنّكَ مادعوتَني ورجَوْتَني غفرتُ لك َعلى ما كانَ فيكَ ولا أُبَالِي
"Wahai anak Adam, sesungguhnya selama engkau berdoa dan berharap kepadaKu, Aku pasti akan ampunkan kamu atas apa keadaan kamu sekalipun dan Aku tidak peduli…" (HR at-Tirmizi)
#Dalam hadis qudsi yang lain menyebutkan:
يا عِبَادِي، إنَّكُمْ تُخْطِئُونَ باللَّيْلِ وَالنَّهَارِ، وَأَنَا أَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا، فَاسْتَغْفِرُونِي أَغْفِرْ لَكُمْ
" Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kamu semua berbuat dosa pada waktu malam dan juga siang, dan Aku mengampunkan seluruh dosa. Maka hendaklah kamu memohon ampun kepadaKu nescaya Aku ampunkan kamu" (HR Muslim)
#Bersempena nisfu Sya'ban, yakni satu malam yang mustajab doa, maka berkata Imam al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali rahimahullah:
فينبغي للمؤمن أن يتفرغ في تلك الليلة لذكر الله ودعائه بغفران الذنوب وستر العيوب وتفريج الكروب، وأن يقدم على ذلك التوبة فإن الله يتوب فيها على من يتوب
"Hendaklah seorang mukmin itu memenuhkan keseluruhan waktunya pada malam tersebut (malam nisfu Sya’ban) dengan berzikir kepada Allah, serta berdoa agar Allah swt mengampunkan dosa-dosanya, menutup segala aibnya, serta melapangkan segala kesulitannya. Hendaklah dia mendahulukan semuanya itu dengan bertaubat kepada Allah. Sesungguhnya Allah swt menerima taubat pada malam nisfu Sya’ban bagi mereka yang bertaubat".
#Kemudian beliau menambah:
ويتعين على المسلم أن يجتنب الذنوب التي تمنع من المغفرة وقبول الدعاء في تلك الليلة
"Menjadi satu tuntutan ke atas seorang muslim untuk menjauhi dosa-dosa yang menghalang keampunan serta kemustajaban doa pada malam tersebut (malam nisfu Sya’ban)" (Lihat: Lata’if al-Ma’arif)
♡Banyakkan berzikir, berdoa, berselawat, beristighfar dan memohon keampunan padaNya terutama di malam nisfu Sya'ban, moga segala dosa kita dihapuskan dan dilupuskan. Aamiiin♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 12 Syaaban 1446H☆
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِی عَنِّی فَإِنِّی قَرِیبٌۖ أُجِیبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِۖ فَلۡیَسۡتَجِیبُوا۟ لِی وَلۡیُؤۡمِنُوا۟ بِی لَعَلَّهُمۡ یَرۡشُدُونَ
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul" [Surah al-Baqarah 186]
#Berdoalah kerana Allah swt sentiasa dekat dengan hambaNya ketika hambaNya meminta kepadaNya. Yakni Allah sentiasa mendengar dan memaqbulkan segala permohonan hambaNya.
#Rasulullah saw bersabda:
وَالَّذِى تَدْعُونَهُ أَقْرَبُ إِلَى أَحَدِكُمْ مِنْ عُنُقِ رَاحِلَةِ أَحَدِكُمْ
“Yang kalian seru adalah Rabb yang lebih dekat pada salah seorang di antara kalian daripada urat leher unta tunggangan kalian" (HR Muslim)
#Kita tidak perlu bimbang tentang adakah Allah terima atau tidak doa kita itu. Doa sahaja. Allah itu lebih dekat dari manusia yang kita sangka boleh tolong kita. Janji kita minta sahaja kepada Allah dan Allah akan sahut.
#Dalam ayat diatas, Allah jawab sendiri pertanyaan itu. Allah tak tambah perkataan قُلْ (katakanlah) di awal jawapanNya itu. Jika ada perkataan قُلْ bermakna Allah suruh Nabi yang jawab. Ada ketikanya, Allah suruh Nabi yang jawab. Tetapi apabila Allah jawab sendiri, bermakna ianya lebih istimewa. Ini juga adalah isyarat bahawa ada talian terus dengan Allah dalam doa.
#Allah memberitahu kepada kita dalam ayat ini bahawa Dia sangat hampir dengan kita. Maksud ‘dekat’ itu adalah dari segi pengetahuan dan pendengaranNya. Bukanlah bermaksud Allah dekat dari segi fizikal dengan kita. Oleh itu, tidak perlu bercakap kuat dengan Allah. Tidak perlu doa dengan suara yang kuat. Tidak perlu nak jerit-jerit dalam doa dan zikir. Bersederhanalah.
#Berdoalah mohon umur yang berkat iaitu umur yang dipenuhi dengan kebaikan. Baginda Rasulullah saw pernah mengajarkan cucunya Sayidina Hasan r.a doa ini:
وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيتَ
"(Ya Allah), berkatilah aku terhadap apa yang telah Kau kurniakan (kepadaku)" ((+HR Abu Daud)
#Juga berdoa meminta kelangsungan umur, selama kehidupan itu lebih baik buat kita. Jom amalkan doa ini:
اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتِ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتِ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي
"Ya Allah, hidupkanlah aku selama kehidupan itu lebih baik buatku. Dan matikanlah aku sekiranya kematian itu lebih baik buatku" (HR Muslim)
♡Mintalah apa sahaja yang kita hendak minta. Selepas berdoa, hendaklah kita pohon supaya Allah perkenankan doa kita. Jangan sesekali putus asa dengan Allah swt. Kita hendaklah sentiasa yakin yang Allah akan terima doa kita. InsyaAllah. Aamiin♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
Kini boleh dapat perkongsian Tadabburkalamullah oleh Ustaz Muhamad Naim bin Hashim di Channel Whatsapp
Join di link ini
👇👇👇
https://whatsapp.com/channel/0029Vb30YXu6mYPSftfvWg1C
☆Tadabbur Kalamullah 9 Syaaban 1446H☆
لَّا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ ۚ
"Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka" [Surah al-Mujadalah 22]
#Syeikh Abd al-Rahman al-Sa’di berkata: "Tidaklah menyatu antara orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya dengan orang yang menentang Allah dan RasulNya. Tidaklah seorang hamba beriman kepada Allah dan hari Akhirat dengan sebenarnya, melainkan pasti melaksanakan tuntutan dan kewajipan iman, iaitu mencintai dan setia terhadap orang yang beriman, serta membenci orang yang tidak beriman dan yang memusuhinya meskipun terhadap orang yang dekat dengannya sekalipun. Inilah iman yang sebenarnya yang bermanfaat dan yang dimaksudkan" (Lihat: Tafsir al-Sa’di)
#Umat Islam perlu tahu berkaitan perbezaaan Pluralisme Agama dan Toleransi Agama. Ini kerana ramai orang terkeliru bahkan mungkin menyangkakan bahawa ia adalah toleransi agama. Sebenarnya ini dua hal yang berlainan. Toleransi agama adalah dibolehkan bahkan dalam kehidupan kita terdapatnya satu sistem kehidupan ketika kita berinteraksi dengan non-Muslim yang dikenali sebagai fiqh al-ta’ayush. Justeru, amat penting dibezakan antara kedua-duanya.
#Pluralisme agama bukan bermakna toleransi agama. Pluralisme satu ajaran yang menganggap semua agama adalah sama. Islam sememangnya adalah agama yang toleran dan mengajarkan toleransi kepada umatnya. Malah, Islam sama sekali tiada masalah dengan toleransi agama. Apa yang menjadi masalah dengan Islam adalah apabila ajaran toleransi Islam cuba dikaitkan dengan pluralisme agama, lalu disimpulkan bahawa Islam adalah agama yang mengajarkan persamaan semua agama.
#Sejak dahulu hingga sekarang, sesungguhnya musuh-musuh Islam selalu berniat melenyapkan Islam dan kaum Muslimin. Mereka menggunakan pelbagai cara bagi mencapai matlamat tersebut. Lantaran itu, Allah swt meminta kita agar berwaspada terhadap tipu daya mereka.
وَدُّوا۟ لَوْ تَكْفُرُونَ كَمَا كَفَرُوا۟ فَتَكُونُونَ سَوَآءًۭ ۖ
"Mereka suka dan menginginkan agar kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama seperti mereka" [Surah an-Nisa’ 89]
#Bagi menjayakan impian besar ini, mereka terus menerus tanpa rasa jemu dan berputus asa bekerja keras untuk memadamkan cahaya Allah swt dan memesongkan umat Islam daripada agama Islam. (rujuk Surah at-Taubah ayat 32)
#Ketika mereka merasa lemah menghadapi kaum Muslimin dengan peperangan, maka musuh-musuh itu cuba mencari cara lain, iaitu dengan menyebarkan propaganda pemikiran yang merosak dan menyesatkan dalam beberapa aspek. Di antaranya, menyebarkan pemikiran palsu seperti pemikiran yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama.
#Dalam erti kata lain, menurut mereka agama-agama ini hanya berbeza pada struktur luarannya dan zahirnya sahaja, sedangkan struktur dalamannya adalah sama. Sekiranya tidak diteliti dan diperhalusi dengan baik, kemungkinan ada pihak yang terpengaruh dengan pemikiran seperti ini (pluralisme). Ia sangat menyesatkan kerana melenyapkan hakikat dan kebenaran bahwa hanya agama Islam yang diterima oleh Allah, manakala agama lain adalah tertolak di sisiNya. Firman Allah swt:
إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلْإِسْلَـٰمُ ۗ
"Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam" [Surah Ali ‘Imran 19]
♡Sempadan yang perlu ada dalam bertoleransi agama adalah tidak boleh merasa cenderung hati dan kasih sayang kepada mereka sehingga redha dengan kesesatan dan kesyirikan agama mereka♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 8 Syaaban 1446H☆
رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَّحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ
"…Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka" [Surah Ghafir 7]
#Di antara tanda rahmat Allah ketika di dunia adalah membuka seluas-luasnya pintu taubat untuk para pendosa dan mereka tidak diazab walaupun hidup bergelumang dengan dosa.
#Ini tanda rahmat Allah yang paling besar ketika di dunia di samping memberikan kemudahan kepada makhlukNya untuk menjalani kehidupan seharian. Namun, ketika di akhirat, rahmat Allah hanya untuk orang yang beriman. Bagi pendosa mereka akan diazab dengan sedahsyat-dahsyatnya tanpa belas kasihan.
#Imam Fakhruddin ar-Razi berkata:
وَرَحْمَتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ هُوَ أَنَّ رَحْمَتَهُ فِي الدُّنْيَا عَمَّتِ الْكُلَّ، وَأَمَّا فِي الْآخِرَةِ فَهِيَ مُخْتَصَّةٌ بِالْمُؤْمِنِينَ
"Dan rahmatKu meliputi setiap sesuatu bermakna rahmat Allah meliputi semua makhluk secara umum ketika di dunia. Adapun di akhirat ianya dikhususkan untuk orang yang beriman" (Lihat: Fakhruddin Al-Razi, Muhammad Bin Umar, Mafatih Al-Ghaib)
#Pengkhususan sifat rahmat Allah untuk orang yang beriman ketika akhirat terlihat menerusi firman Allah selepas daripada ayat tersebut:
الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِيَّ الْأُمِّيَّ الَّذِي يَجِدُونَهُ مَكْتُوبًا عِندَهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنجِيلِ يَأْمُرُهُم بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَاهُمْ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ وَيَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَالْأَغْلَالَ الَّتِي كَانَتْ عَلَيْهِمْ فَالَّذِينَ آمَنُوا بِهِ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَاتَّبَعُوا النُّورَ الَّذِي أُنزِلَ مَعَهُ ۙ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
"Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya" (Surah al-‘Araf 157)
#Adapun orang yang tidak beriman akan diazab ketika di akhirat, ini bukan bermakna bahawa Allah tidak bersifat dengan sifat Rahmah akan tetapi itu menunjukkan bahawa Allah swt bersifat dengan sifat adil. Allah swt menjelaskan:
أَمْ حَسِبَ الَّذِينَ اجْتَرَحُوا السَّيِّئَاتِ أَنْ نَجْعَلَهُمْ كَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَوَاءً مَحْيَاهُمْ وَمَمَاتُهُمْ سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ
"Patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dengan menyamakan keadaan (mereka semua) semasa mereka hidup dan semasa mereka mati? Buruk sungguh apa yang mereka hukumkan itu" [Surah al-Jathiah 21]
#Firman Allah swt lagi:
أَفَنَجْعَلُ الْمُسْلِمِينَ كَالْمُجْرِمِينَ * مَا لَكُمْ كَيْفَ تَحْكُمُونَ
"Patutkah Kami (berlaku tidak adil, dengan) menjadikan orang-orang Islam (yang taat), sama seperti orang-orang yang berdosa (yang kufur ingkar). Apa sudah jadi kepada akal kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)?" [Surah al-Qalam 35-36]
#Imam Ibn Kathir rahimahullah berkata:
لَا يَسْتَوِي الْمُؤْمِنُونَ وَالْكَافِرُونَ
"Tidak sama orang yang beriman dengan yang tidak beriman" (Tafsir Ibnu Kathir)
♡Rahmat Allah meliputi segala-galanya. Jadilah insan yang beriman agar beroleh rahmat dan pertolongan Allah dunia akhirat♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 6 Syaaban 1446H☆
مَا كَانَ لِأَهۡلِ ٱلۡمَدِینَةِ وَمَنۡ حَوۡلَهُم مِّنَ ٱلۡأَعۡرَابِ أَن یَتَخَلَّفُوا۟ عَن رَّسُولِ ٱللَّهِ وَلَا یَرۡغَبُوا۟ بِأَنفُسِهِمۡ عَن نَّفۡسِهِۦۚ ذَ ٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ لَا یُصِیبُهُمۡ ظَمَأࣱ وَلَا نَصَبࣱ وَلَا مَخۡمَصَةࣱ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ وَلَا یَطَـُٔونَ مَوۡطِئࣰا یَغِیظُ ٱلۡكُفَّارَ وَلَا یَنَالُونَ مِنۡ عَدُوࣲّ نَّیۡلًا إِلَّا كُتِبَ لَهُم بِهِۦ عَمَلࣱ صَـٰلِحٌۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا یُضِیعُ أَجۡرَ ٱلۡمُحۡسِنِینَ
"Tidaklah patut bagi penduduk Madinah dan orang-orang yang di sekeliling mereka dari orang-orang "A'raab" ketinggalan daripada (turut berperang bersama) Rasulullah; dan tidaklah patut mereka mengasihi diri mereka sendiri dengan tidak menghiraukan Rasulullah. Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, dan merasai penat lelah, dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan Allah; dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir; dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh - melainkan semuanya itu ditulis bagi mereka: (pahala) amal yang soleh. Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya" [Surah at-Tawbah 120]
#Allah swt mengurniakan ganjaran pahala yang besar kepada hambaNya mengikut kadar kepayahan dan kesulitan yang ditempuhinya. Apabila seseorang itu ditimpa kesulitan ketika melaksanakan jihad, haji, amar ma’ruf nahi munkar, atau menuntut ilmu, maka perkara itu termasuk amalan yang dipuji dan diberi pahala yang besar mengikut seberapa besar pengorbanannya.
#Hal ini juga berdasarkan apa yang dimaklumkan Rasulullah saw kepada isterinya Sayidatina A’isyah r.ha:
إِنَّ لَكِ مِنَ الْأَجْرِ عَلَى قَدْرِ نَصَبِكِ وَنَفَقَتِكِ
"Sesungguhnya pahala yang kamu perolehi adalah mengikut kadar kepenatan dan kadar nafkah yang kamu berikan" (HR al-Hakim)
#Hadis ini merupakan salah satu sandaran bagi kaedah fekah yang menyebut :
الأجر على قدر المشقة
"Pahala (yang didapati oleh seseorang itu) bergantung kepada kadar kepayahan".
#Imam an-Nawawi rahimahullah dalam syarahan beliau ke atas hadis di atas, beliau berkata:
هَذَا ظَاهِرٌ فِي أَنَّ الثَّوَابَ وَالْفَضْلَ فِي الْعِبَادَةِ يَكْثُرُ بِكَثْرَةِ
النَّصَبِ وَالنَّفَقَةِ وَالْمُرَادُ النَّصَبُ الَّذِي لَا يَذُمُّهُ الشرع
"Hadis ini zahir menunjukkan bahawa pahala dan fadilat sesuatu ibadah itu menjadi banyak dengan banyaknya kepenatan dan juga belanja yang diberikan. Yang dimaksudkan dengan penat di sini ialah kepenatan yang tidak dicela oleh syarak" (Lihat: Syarah an-Nawawi ‘ala Muslim)
#Ini menunjukkan keredhaan Allah swt dan kecintaanNya bergantung pada kesungguhan ketaatan terhadap perintah dan keikhlasan seseorang dalam beramal. Oleh kerana itu, besarnya pahala itu bergantung pada tingkat manfaat, maslahat, dan faedah. Apabila syariat memerintahkan kita mengerjakan perkara yang berat dan sulit maka hal itu kerana ada manfaat dan maslahat yang besar di dalamnya, seperti jihad. Bersamaan dengan itu, Allah swt memberikan pahala atas kesulitan yang muncul darinya dengan ganjaran yang besar dan lumayan.
♡Dengan kita hadir secara fizikal ke majlis-majlis ilmu yang dijalankan sudah pasti perbuatan ini lebih berat, lebih penat, lebih susah dan lebih payah berbanding mengikutinya secara dalam talian atau hanya menonton di YouTube, Facebook, Tiktok dan TV. Justeru, atas faktor inilah, pahalanya juga lebih besar yang lumayan. Begitulah juga dengan perjuangan dibumi Palestin dan seumpamanya♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 4 Syaaban 1446H☆
إِنۡ أَحۡسَنتُمۡ أَحۡسَنتُمۡ لِأَنفُسِكُمۡۖ
"Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu... " [Surah Al-Isrāʾ 7]
#Kita diperintahkan untuk sentiasa melakukan kebaikan. Manfaat kebaikan itu adalah keuntungan atau kejayaan untuk diri kita sendiri samada didunia mahupun diakhirat.
#Salah satu amalan ringan yang mendatangkan pahala berterusan ialah sentiasa berniat untuk melakukan kebaikan dan berusaha melaksanakan apa yang diniatkan itu.
#Suatu hari, Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah ditanya oleh anaknya yang bernama Abdullah: "Wahai ayahku, berilah pesanan kepadaku". Lalu Imam Ahmad menjawab:
يَا بُنَيَّ انْوِ الْخَيْرَ فَإِنَّكَ لَا تَزَالُ بِخَيْرٍ مَا نَوَيْتَ الْخَيْرَ
"Wahai anakku, berniatlah kamu untuk melakukan kebaikan. Sesungguhnya kamu sentiasa berada dalam kebaikan selama mana kamu berniat untuk melakukan perbuatan yang baik".
#Imam Ibn Muflih rahimahullah mengulas wasiat ini dengan katanya:
وَهَذِهِ وَصِيَّةٌ عَظِيمَةٌ سَهْلَةٌ عَلَى الْمَسْئُولِ سَهْلَةُ الْفَهْمِ وَالِامْتِثَالِ عَلَى السَّائِلِ، وَفَاعِلُهَا ثَوَابُهُ دَائِمٌ مُسْتَمِرٌّ لِدَوَامِهَا وَاسْتِمْرَارهَا
"Ini merupakan suatu wasiat yang agung lagi mudah ke atas individu yang ditanya, serta mudah untuk difahami dan diamalkan oleh orang yang bertanya. Orang yang melakukannya akan mendapat pahala yang berpanjangan dan berterusan seiring dengan berterusannya niat dalam berbuat kebaikan".
#Katanya lagi:
وَأَنَّهَا يُثَابُ عَلَيْهَا وَلَمْ أَجِدْ فِي الثَّوَابِ عَلَيْهَا خِلَافًا
"Bahawasanya berniat untuk melakukan kebaikan diberikan ganjaran pahala ke atasnya. Aku tidak menjumpai sebarang khilaf ulamak pada isu mendapat pahala dengan berniat melakukan kebaikan.
#Kemudian Imam Ibn Muflih kongsikan pendapat gurunya Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah: Syaikh Taqiyyuddin berkata di dalam kitab Al-Iman: "Sesuatu yang seseorang itu ingin melakukannya dari perkataan dan juga perbuatan yang baik, maka ditulis baginya satu kebaikan. Sekiranya keinginannya itu berubah menjadi perkataan dan perbuatan (yang baik) maka ditulis baginya sepuluh sehingga 700 kebaikan. Hal ini berdalilkan sebuah hadis yang masyhur berkenaan dengan Al-Hamm (keinginan dan keazaman untuk melakukan sesuatu)" (Riwayat Muslim). (Lihat: Al-Adab as-Syar’iyyah)
♡Jom berusaha melakukan kebaikan dengan sebanyak-banyaknya selagi masih hidup. Pastikan diri kita sentiasa berniat untuk melakukan kebaikan. Meskipun pahala niat tidak sama dengan pahala melaksanakan, namun ia masih berlegar dalam kumpulan amalan yang mendatangkan pahala. Jom niat dan amal♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 2 Syaaban 1446H☆
وَرَحْمَتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ ۚ
"…Dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu" [Surah al-‘Araf 156]
#Menurut Imam at-Tabari: "Sebahagian ahli tafsir menyebut, yang dimaksudkan dengan rahmat itu (yang disebutkan oleh Allah dalam ayat tersebut) adalah ‘RahmatKu begitu luas bagi orang yang yang beriman dengan Aku dari kalangan umat Muhammad saw".
#Jom kita hayati sebuah kisah menarik yang berlaku di antara Imam Abu Bakr as-Syibli dengan seekor anak kucing yang menunjukkan luasnya rahmat Allah swt.
Setelah Imam Abu Bakr as-Syibli meninggal dunia, beliau dilihat di dalam mimpi. Ditanyakan kepadanya: Apakah yang telah Allah swt lakukan kepadamu?
Imam as-Syibli menjawab: Allah mendirikan aku di hadapanNya lalu berkata: Wahai Abu Bakr, tahukah kamu dengan amalan apakah Aku ampunkan kamu?
Aku menjawab: Dengan amalan solehku. Allah jawab: Bukan. Aku berkata lagi: Dengan keikhlasanku dalam beribadat. Allah jawab: Tidak. Aku berkata: Dengan haji, puasa, dan solatku. Allah membalas: Aku tidak ampunkan kamu disebabkan semua itu. Lalu aku berkata: Disebabkan hijrahku kepada para salihin dan berterusannya permusafiranku dalam menuntut ilmu. Allah membalas: Tidak. Lalu aku berkata: Wahai Tuhanku, semua ini adalah perkara yang menyelamatkan seseorang yang aku telah jadikan sebagai kelaziman dan aku menjaga akannya. Sangkaanku, dengan semuanya Engkau akan memaafkan dan merahmati diriku.
Lalu Allah berkata: Semuanya ini Aku tidak ampunkan kamu dengannya. Lalu aku bertanya: Jika begitu dengan amalan apa wahai Tuhanku? Lalu Allah menjawab :
: أتذكر حين كنت تمشي في دروب بغداد، فوجدت هرة صغيرة، قد أضعفها البرد، وهي تنزوي من جدار إلى جدار من شدة البرد والثلج، فأخذتها رحمة لها، فأدخلتها في فرو كان عليك وقاية لها من ألم البرد؟
فقلت: نعم. فقال: برحمتك لتلك الهرة رحمتك
"Ingatkah kamu ketika kamu sedang berjalan di jalanan kota Baghdad, lalu kamu menjumpai seekor anak kucing yang kecil. Ia dalam keadaan lemah dek kesejukan. Ia berpindah duduk dari satu dinding ke dinding yang lain disebabkan kesejukan melampau berserta salji, lalu kamu mengambilnya disebabkan kasihan kepadanya, dan kamu masukkan ia ke dalam baju kulit yang kau sedang pakai, dengan tujuan untuk melindunginya dari keperitan sejuk? Lalu aku berkata: Ya, aku ingat. Allah berkata: Disebabkan sifat rahmahmu kepada kucing tersebut, maka Aku merahmati dirimu" (Lihat: Hayat Al-Hayawan Al-Kubra, ad-Damiri)
#Sabda Nabi saw: "Allah menjadikan rahmat sebanyak 100 bahagian. Dia menyimpan 99 bahagian dan menurunkan satu bahagian ke dunia. Di antara bahagian tersebut adalah sifat saling mengasihi antara makhluk sehingga seekor binatang akan mengangkat tapak kakinya daripada anaknya takut-takut akan terpijak anaknya" (HR al-Bukhari dan Muslim)
♡Moga Allah swt merahmati kita dengan dengan setiap amalan yang kita lakukan. Aamiiin♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 1 Syaaban 1446H☆
شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah" [Surah al-Baqarah 185]
#Malam bertukar siang, hari berganti bulan, pejam celik kita sudah pun meninggalkan bulan Rejab dan berada di bulan Syaaban. Ini bermakna kurang lebih sebulan, umat Islam akan menyambut tetamu agung iaitu bulan Ramadhan.
#Maal bin Fadhl rahimahullah menceritakan dalam kitab Lataif al-Maarif mengenai orang-orang soleh pada zaman dahulu melakukan persediaan awal sebelum Ramadhan dengan berdoa. Mereka memohon kepada Allah swt enam bulan lebih awal supaya Allah sampaikan mereka ke dalam bulan Ramadan dalam keadaan yang paling terbaik dari segi rohani (iman) dan jasmani (kesihatan fizikal). Mereka turut meminta supaya Allah memberi pertolongan kepada mereka untuk melakukan ketaatan dan ibadah.
#Antara persediaan yang perlu dilakukan sebelum menyambut bulan Ramadhan ialah:
1. Berdoa. Lazimi dua doa ini:
اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا
"Ya Allah sejahterakanlah aku untuk Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan untukku, serta Kau ambillah Ramadhan dariku dengan amalan yang diterima"
اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ (وَبَلِّغْنَا) لَنَا فِي رَمَضَانَ
"Ya Allah, Kau berkatilah kami dalam bulan Rejab dan bulan Syaaban, dan Kau sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan"
2. Persediaan tubuh badan.
Ini dengan cara melazimkan puasa sunat sebelum Ramadhan lebih-lebih lagi pada bulan Syaaban. Sayidatina Aisyah r.anha berkata:
لَمْ يَكُنِ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ شَهْرًا أَكْثَرَ مِنْ شَعْبَانَ، فَإِنَّهُ كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ
"Rasulullah saw tidak berpuasa dalam sebulan lebih banyak berbanding bulan Syaaban. Sesungguhnya baginda berpuasa hampir keseluruhan hari dalam bulan Syaaban" (HR al-Bukhari)
3. Persiapan istighfar.
Sebelum memasuki Ramadhan, bersihkan diri kita terlebih dahulu daripada dosa dan noda maksiat. Antara caranya adalah dengan memperbanyakkan istighfar.
Sebahagian ulamak mengaitkan noktah ini dengan fadilat malam nisfu syaaban, yang mana Rasulullah saw bersabda :
إِنَّ اللَّهَ لَيَطَّلِعُ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلاَّ لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ
"Sesungguhnya Allah meneliti pada malam nisfu syaaban dan Dia mengampunkan dosa seluruh hambaNya kecuali orang yang musyrik atau orang yang kuat dalam permusuhan" (HR an-Nasa’ie)
4. Persiapan ilmu.
Ini merupakan persiapan paling penting agar segala ilmu yang berkaitan dengan hukum hakam ibadah di dalam bulan Ramadhan seperti puasa, solat tarawih, i’tikaf, zakat fitrah, dan sebagainya, telah pun dipelajari sebelum kita memasuki bulan Ramadhan.
♡Itu gambaran keadaan Rasulullah saw, para sahabat dan salafussoleh dalam melakukan kesiapsiagaan menghadapi bulan Ramadhan. Walaupun mereka sudah terkenal dengan orang yang kuat dan banyak beribadah, namun mereka tetap berdoa, puasa sunat, beristighfar, bertaubat, menuntut ilmu dan banyakkan amal baik supaya diberi pertolongan untuk melakukan ibadah disepanjang Ramadhan dan selepasnya♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 29 Rejab 1446H☆
وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۖ وَیُعَلِّمُكُمُ ٱللَّهُۗ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَیۡءٍ عَلِیمࣱ
"Dan hendaklah kalian bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan memberikan ilmu kepada kalian. Dan Allah Maha Mengetahui setiap perkara" [Surah al-Baqarah 282]
#Sambung bicara berkaitan orang bertakwa dipermudahkan mereka menguasai ilmu pengetahuan dan tergolong dalam kalangan hamba Allah yang mulia serta baik.
#Antara tanda jujurnya seorang ulamak yang bertakwa dengan ilmunya ialah dia senang dan tenang menerima teguran yang benar.
#Dikisahkan suatu hari, seorang ulamak besar bernama Al-Imam Ibn Abi Zi’ib yang merupakan guru kepada Imam Ibnu al-Mubārak, Imam Yahya Al-Qattan, dan lain-lain. Beliau masuk ke dalam Masjid Nabi saw dan terus duduk tanpa melakukan solat sunat tahiyyatul masjid.
Lalu beliau ditegur oleh Al-Ghazi bin Qays, yang mana Al-Ghazi ketika itu tidak mengenali Imam Ibn Abi Zi’ib. Kata Al-Ghāzi:
قُم يا هذا فاركَعْ رَكْعتينِ، فإنَّ جُلُوسكَ دُون أن تُحيِّي المسجِد بركعتينِ جهلٌ
"Bangunlah kamu wahai si fulan dan dirikanlah solat dua rakaat. Duduknya kamu tanpa mendirikan solat tahiyyatul masjid merupakan suatu kejahilan.
Sebaik ditegur, Imam Ibn Abi Al-Zi’ib pun bangun dan mendirikan solat dua rakaat. Setelah selesai solat, beliau pun duduk dan bersandar di tiang masjid. Tiba-tiba, berkerumun orang ramai menyerbu dan mengelilingi beliau. Melihat keadaan itu, Al-Ghazi merasa serba salah, malu, dan menyesal. Dia bertanya kepada orang sekeliling: “Siapakah lelaki ini?”. Orang tersebut menjawab: “Inilah Imam Ibn Abi Zi’ib, tokoh besar fekah dan orang kehormat di Madinah”. Al-Ghazi lantas bangun seraya memohon maaf kepada Imam Ibn Abi Zi’ib.
Lalu kata Imam Ibn Abī Zi’ib rahimahullah:
يا أخِي، لا عليكَ، أمَرْتنا بخيرٍ فأطعناكَ
"Wahai saudaraku, tidak mengapa. Kamu suruh kami buat kebaikan lalu kami pun mematuhi suruhanmu" (Lihat: Al-Tamhid, Ibn ‘Abd Al-Barr Al-Andalusi)
#Inilah insan bertakwa dan berilmu yang sebenar, iaitu memiliki jiwa besar, dan merupakan suatu bentuk kejujuran dengan ilmunya.
♡Contohilah mereka. Jadilah manusia berjiwa besar. Zaman kita hari ini, ahli ilmu sukar ditegur dan cepat melenting serta sukar menerima pandangan orang lain. Sukar berlapang dada dan mereka merasakan hanya mereka sahaja yang benar. Insafilah!!♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 28 Rejab 1446H☆
وَاتَّقُوا اللَّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللَّهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
"Dan hendaklah kalian bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan memberikan ilmu kepada kalian. Dan Allah Maha Mengetahui setiap perkara" [Surah al-Baqarah 282]
#Takwa meliputi melakukan ibadat dan meninggalkan maksiat dan itulah faktor penguat dan mengikat ilmu. Manakala maksiat, ia menghalang dan menghilangkan ilmu.
#Berkata Ali bin Khasyram al-Marwazi rahimahullah:
"Aku memerhatikan Waki’ bin Al-Jarrah. Aku tidak pernah sekalipun melihat di tangannya ada kitab. Beliau hanya menghafal (ilmu yang didengarinya). Lalu aku bertanyakan kepadanya tentang ubat bagi hafalan. Beliau menjawab :
ترك المعاصي، ما جربتُ مثله للحفظ
"Ubatnya ialah dengan meninggalkan maksiat. Aku tidak pernah mengamalkan cara selainnya untuk menghafal" (Lihat: Tahzib Al-Tahzib, Ibn Hajar al-Asqalani)
#Ali bin Khasyram berkata lagi: "Aku mengadu kepada Waki’ akan kekurangan dalam menghafal. Beliau menjawab:
استعن على الحفظِ بقلةِ الذنوب
"Bantulah hafalan dengan dosa-dosa yang sedikit" (Lihat: Syu’abul Iman, al-Baihaqi)
#Begitu juga Imam as-Syafi’e rahimahullah pernah menceritakan:
شكوتُ إلى وكيع سوء حفظي ، فأرشدني إلى ترك المعاصي ، وأخبرني بأن العلم نور ، ونور الله لا يهدى لعاصي
"Aku mengadu kepada Waki’ akan lemahnya hafalanku. Lalu beliau membimbingku untuk meninggalkan maksiat. Beliau memberitahu kepadaku bahawa ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak diberikan kepada pelaku maksiat" (Lihat: Diwan Al-Syafi’e)
#Imam al-Ghazali rahimahullah menukilkan daripada Abu Sulaiman Al-Darani berkata:
لا يفوت أحدًا صلاة جماعة إلا بذنب يذنبه
"Tidaklah seseorang itu terlepas solat berjemaah melainkan kerana dosa yang dia lakukan" (Lihat: Ihya’ Ulumuddin)
♡Taqwa mendekatkan seseorang kepada Allah swt, meringankan tubuh badan dalam melaksanakan ibadah, menajamkan hafalan dan ingatan, menjadikan seseorang takut pada Allah swt, sensitif dengan dosa dan lazat dalam menuntut ilmu. Namun ingatlah, penghalang daripada segala kebaikan dan ilmu ialah dosa dan maksiat♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 26 Rejab 1446H☆
وَقَالُوا۟ لَوۡلَاۤ أُنزِلَ عَلَیۡهِ ءَایَـٰتࣱ مِّن رَّبِّهِۦۚ قُلۡ إِنَّمَا ٱلۡـَٔایَـٰتُ عِندَ ٱللَّهِ وَإِنَّمَاۤ أَنَا۠ نَذِیرࣱ مُّبِینٌ
Dan mereka berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) mukjizat-mukjizat dari Tuhannya?" Jawablah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya (urusan menurunkan) mukjizat-mukjizat itu adalah tertentu bagi Allah, dan aku hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata" [Surah al-ʿAnkabūt 50]
#Musyrikin Mekah mempersoalkan kenapa Nabi Muhammad saw tidak diberikan mukjizat dan perkara yang sama juga ditanya oleh Ahli Kitab. Mereka mempersoalkan kenapa baginda saw tidak mendapat mukjizat seperti diberikan kepada rasul-rasul yang terdahulu? Antaranya mereka tahu Nabi Musa Alaihissalam diberikan tongkat boleh jadi ular dan membelah laut serta tangan baginda boleh bercahaya. Maka di mana mukjizat Nabi Muhammad saw?
#Golongan musyrikin bukannya tidak tahu mukjizat Nabi Muhammad saw dan bukannya baginda tidak menunjukkan mukjizat tetapi yang mereka persoalkan adalah mukjizat tertentu yang mereka minta. Dan permintaan mereka itu memang pelik-pelik belaka. Ini ada disebut dalam surah-surah yang lain. Antaranya mereka minta Nabi jadikan tanah Mekah itu subur dan berubah jadi padang rumput dari padang pasir. Kononnya jik baginda saw boleh tunaikan permintaan pelik mereka, barulah mereka akan beriman.
#Al-Quran merupakan mukjizat agung yang dikurniakan Allah swt kepada baginda saw. Selain itu, Baginda Nabi saw juga memiliki pelbagai mukjizat lain, antaranya terbelahnya rembulan, air mengalir dari celah jari Nabi saw, air dan makanan menjadi banyak dengan barakah Nabi saw, makanan yang bertasbih, pelepah kurma yang merintih atau menangis, pokok yang mengucapkan salam dan berjalan kepada Nabi saw serta mengakui akan kenabian baginda saw dan banyak lagi.
#Dikisahkan ada seorang sahabat Nabi saw yang bernama Sayidina Utbah bin Farqad Al-Sulami r.a. Beliau mempunyai empat orang isteri. Salah seorang isterinya iaitu ‘Ummu ‘Asim pernah berkata:
"Kami isteri-isteri Utbah seramai empat orang, tiada seorang pun dalam kalangan kami melainkan dia bersungguh-sungguh memakai wangian agar menjadi isteri yang paling wangi berbanding yang lain. Sedangkan Utbah, beliau tidak pun memakai minyak wangi kecuali minyak yang beliau gunakan untuk menyapu janggutnya sahaja. Meskipun begitu, beliaulah yang paling wangi dalam kalangan kami. Setiap kali beliau keluar bertemu orang ramai, mereka berkata: Kami tidak pernah menghidu bau yang lebih wangi berbanding bau daripada Utbah.
Ummu ‘Asim berkata lagi :
فَقُلْتُ لَهُ يَوْمًا إِنَّا لَنَجْتَهِدُ فِي الطِّيبِ، وَلَأَنْتَ أَطْيَبُ مِنَّا رِيحًا، فَمِمَّ ذَاكَ؟ فَقَالَ: أَخَذَنِي الشَّرَا عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ ﷺ، فَأَتَيْتُهُ فَشَكَوْتُ ذَلِكَ إِلَيْهِ، فَأَمَرَنِي أَنْ أَتَجَرَّدَ، فَتَجَرَّدْتُ، وَقَعَدْتُ بَيْنَ يَدَيْهِ، وَأَلْقَيْتُ ثَوْبِي عَلَى فَرْجِي، فَنَفَثَ فِي يَدِهِ عَلَى ظَهْرِي وَبَطْنِي، فَعَقَبَ بِي هَذَا الطِّيبُ مِنْ يَوْمَئِذِ
"Suatu hari, aku pun bertanya kepada ‘Utbah:" Kami ini bersungguh-sungguh memakai wangian, namun engkau jauh lebih wangi berbanding kami semua. Apakah sebabnya?".
Sayidina Utbah r.a menjawab:" Aku pernah terkena penyakit kulit pada zaman Rasulullah saw. Lalu aku pun bertemu baginda dan mengadu kepadanya akan hal tersebut. Baginda menyuruh aku untuk menanggalkan pakaianku, dan aku pun menanggalkannya. Kemudian aku duduk di hadapan baginda. Aku menutup seluruh auratku dengan pakaianku. Rasulullah saw kemudiannya meniup pada tangan baginda dan meletakkannya pada dada dan perutku. Semenjak hari tersebut, kekallah bau wangi ini pada diriku (sehingga ke hari ini)" (HR at-Tabarani, al-Mu’jam as-Saghir)
♡Jom banyakkan berselawat serta mendalami ilmu berkaitan Rasulullah saw. Moga bertambah mendalam cinta dan rindu kita kepada Rasulullah saw♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
*SEDEKAH JUMAAT: WAQAF KARPET SURAU AL-FIRDAUS SMK BANDAR SUNGAI BUAYA, RAWANG, SELANGOR*
Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/WAQAF-KARPET-SURAU-AL-FIRDAUS
Assalamualaikum wbt para penyumbang budiman sekelian.
Pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya (SMKBSB) Rawang dalam proses menggantikan karpet surau sekolah yang agak lusuh dan nipis demi memberi keselesaan kepada para jemaah di kalangan para pelajar dan warga sekolah terutama ketika menunaikan solat berjemaah serta pelaksanaan aktiviti kerohanian didalam dewan solat utama disamping menambahkan keceriaan dalam pengimarahan surau tersebut.
Karpet surau ini agak lama digunakan sehingga terlalu nipis serta lusuh dan perlu diganti dengan pemasangan karpet baru yang lebih selesa dan kondusif. Keluasan karpet sekitar 2240 kaki persegi.
*KOS YANG DIPERLUKAN SEKITAR RM26,880*
Pihak pengurusan surau SMKBSB memohon jasa baik Geng Talaqqi untuk membuka tabung waqaf karpet bagi membantu keselesaan para jemaah dalam beribadah.
*Bersempena berada dihari yang penuh barakah, didalam bulan Rejab yang menjanjikan ganjaran pahala yang berganda dan luar biasa lumayan, maka Geng Talaqqi membuka ruang dan peluang untuk kita semua merebut pahala lumayan infaq waqaf karpet Surau Al-Firdaus SMKBSB.
Jazakumullahu khairan kathira. Semoga semua penyumbang dimurahkan rezeki dan diselamatkan daripada azab neraka. Aamiiin.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya sedekah orang Muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri" (Riwayat at-Thabrani)
*JOM REBUT PELUANG KEEMASAN INI. SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN TOYYIP PAY:*
https://toyyibpay.com/WAQAF-KARPET-SURAU-AL-FIRDAUS
*Atau terus ke akaun:*
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Karpet Surau SMKBSB
*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*
📲Ust Naim:
http://www.wasap.my/60196023803/KarpetSurauSMKBSB
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/KarpetSurauSMKBSB
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/KarpetSurauSMKBSB
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/KarpetSurauSMKBSB
*ANDA HULUR, KAMI SALUR*