Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim
☆Tadabbur Kalamullah 24 Rejab 1446H☆
ٱللَّهُ لَاۤ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَیُّ ٱلۡقَیُّومُۚ لَا تَأۡخُذُهُۥ سِنَةࣱ وَلَا نَوۡمࣱۚ لَّهُۥ مَا فِی ٱلسَّمَـٰوَ ٰتِ وَمَا فِی ٱلۡأَرۡضِۗ مَن ذَا ٱلَّذِی یَشۡفَعُ عِندَهُۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦۚ یَعۡلَمُ مَا بَیۡنَ أَیۡدِیهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡۖ وَلَا یُحِیطُونَ بِشَیۡءࣲ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَاۤءَۚ وَسِعَ كُرۡسِیُّهُ ٱلسَّمَـٰوَ ٰتِ وَٱلۡأَرۡضَۖ وَلَا یَـُٔودُهُۥ حِفۡظُهُمَاۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِیُّ ٱلۡعَظِیمُ
"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)" [Surah al-Baqarah 255]
#Antara amalan pendinding rumah yang sangat baik bagi mengekang dan menghalang gangguan syaitan ialah dengan memperbanyakkan bacaan ayatul Kursi.
#Berkata Imam Yahya bin Ma’in rahimahullah:
كُنْتُ إِذَا دَخَلْتُ مَنْزِلِي بِاللَّيْلِ، قَرَأْتُ آيَةَ الكُرْسِيِّ عَلَى دَارِي وَعِيَالِيَ خَمْسَ مَرَّاتٍ، فَبَيْنَا أَنَا أَقْرَأُ، إِذَا شَيْءٌ يُكَلِّمُنِي: كَمْ تَقرَأُ هَذَا؟ كَأَنْ لَيْسَ إِنْسَانٌ يُحسِنُ يَقْرَأُ غَيْرَكَ؟
"Aku setiap kali masuk ke dalam rumahku pada waktu malam, aku akan membaca ayatul Kursi buat rumah serta keluargaku sebanyak lima kali. Ketika aku sedang membacanya, ada sesuatu yang bercakap denganku: “Berapa banyak kamu ingin membacanya? Seolah-olah tidak ada orang lain pula yang tahu membacanya selain kamu?"
فَقُلْتُ: أَرَى هَذَا يَسُوءكَ؟ وَاللهِ لأَزِيدَنَّكَ.
فَصِرْتُ أَقرَؤُهَا فِي اللَّيْلَةِ خَمْسِيْنَ، سِتِّيْنَ مَرَّةً.
Lalu aku berkata:" Nampaknya perbuatan ini menyakiti kamu. Demi Allah, aku akan tambah lagi bacaannya untuk kamu". Maka aku pun membacanya sebanyak 50 ke 60 kali dalam satu malam. (Lihat: Siyar A’lam Al-Nubala’)
#Berkata pula Imam an-Nawawi rahimahullah: "Ada riwayat yang menyebutkan bahawa sesiapa yang membaca ayat kursi sebelum dia keluar dari rumahnya, dia tidak akan ditimpa oleh sesuatu yang tidak disukainya sehingga dia pulang (semula ke rumahnya)" (Lihat: Al-Azkar)
#Imam Ibn Taimiyyah rahimahullah berkata:" Tidak terkira ramainya orang yang telah mengamalkan (bacaan ayatul Kursi), bahawa ayat ini memberi kesan dalam menghalang syaitan serta membatalkan segala bentuk dan keadaan mereka.
#Katanya lagi: "Sesungguhnya ayat kursi mempunyai kesan yang besar dalam menghalang syaitan dari diri manusia, dari orang yang diserang penyakit, serta dari golongan yang para syaitan membantu mereka seperti orang-orang zalim, dan seumpamanya" (Lihat: Majmu’ Al-Fatawa)
♡Jom amalkan bacaan ayat kursi pada setiap masa dan ketika♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
*Terkini Kutipan Tabung Jumaat Geng Talaqqi*
▶️Kutipan terkini Tabung Pembinaan Pondok Menunggu Murid Asli SK RPS Banun (Diperlukan rm10K)
Jumlah Terkumpul: *RM5274.54*
Diperlukan lagi: *RM4,725.46*
*(Diperlukan sekitar 157 orang sahaja yang menyumbang rm30 untuk menyelesaikan misi ini)*
*Klik dan sumbang:*
https://toyyibpay.com/WAQAF-BINA-PONDOK-MENUNGGU
============
*Jazakumullahu khairan kathira.. Moga para penyumbang dimurahkan rezeki dan beroleh syurgaNya. Aamiiin
=========
*TERUSKAN MENYUMBANG DAN BANTU KAMI SEBARKAN INFO INI*
Ust Naim
Presiden Geng Talaqqi
0196023803
*ANDA HULUR, KAMI SALUR*
☆Tadabbur Kalamullah 21 Rejab 1446H☆
رَّضِیَ ٱللَّهُ عَنۡهُمۡ وَرَضُوا۟ عَنۡهُۚ ذَ ٰلِكَ لِمَنۡ خَشِیَ رَبَّهُۥ
"Allah redha akan mereka dan merekapun redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya" [Surah al-Bayyinah 8]
#Al-Muhasibi, seorang tokoh sufi terawal di Basrah, menyatakan bahawa keadaan seseorang yang berada dalam sifat redha ialah ketika hatinya merasa bahagia sewaktu menerima takdir yang mendukacitakan.
#Redha merupakan salah satu buah dari rasa kecintaan manusia kepada Allah swt. Malahan, redha juga merupakan darjat yang tertinggi dalam kalangan orang-orang muqarrabin (yang mendekatkan diri dengan Allah swt).
#Manusia yang mempunyai sifat redha adalah manusia yang sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat serta pemberian daripada Allah swt, juga merasa nikmat dengan ujian atau musibah yang menimpanya. Di samping itu juga, mereka juga mendapat ketenangan dalam menyelesaikan setiap urusan dalam hidupnya.
#Para salaf dahulu, mereka melihat ujian dari Tuhan sebagai suatu kenikmatan. Boleh jadi dengan ujian dosa diampunkan, darjat ditinggikan, dikurniakan kemuliaan, dan syurga sebagai ganjaran.
#Dikisahkan mengenai seorang wanita solehah bernama Mu’adzah Al-‘Adawiyyah rahimahallah. Beliau merupakan seorang tabi'in yang sangat kuat beribadah. Beliau mengambil ilmu dari beberapa orang sahabat Rasulullah saw, antaranya Sayidina Ali bin Abi Talib r.a dan juga Sayidatina A’isyah r.ha.
Suatu hari, beliau diuji. Suami beliau yang bernama Silah bin Ashyam dan juga anak lelaki beliau kedua-duanya mati syahid di medan jihad. Tidak lama selepas itu, ramai orang perempuan hadir menziarahi Mu’adzah di rumahnya dengan tujuan untuk mengucapkan takziah.
Yang menakjubkan, Mu’adzah memaklumkan kepada semua yang hadir dengan katanya:
مَرْحَباً بِكُنَّ إِنْ كُنْتُنَّ جِئْتُنَّ لِلْهَنَاءِ، وَإِنْ كُنْتُنَّ جِئْتُنَّ لِغَيْرِ ذَلِكَ، فَارْجِعْنَ
"Selamat datang buat kamu semua, sekiranya kamu datang untuk mengucapkan TAHNIAH (kerana suami dan anak lelaki beliau direzekikan mati SYAHID). Namun, sekiranya kamu semua datang dengan tujuan selain itu, silalah pulang" (Lihat: Siyar A’lam Al-Nubala')
#Demikian cara mereka insan-insan yang bertaqwa lagi redha dengan ujian Allah menenangkan diri dengan mengenangkan kenikmatan, kebaikan, dan ganjaran berbanding membesar-besarkan ujian, kehilangan dan pemergian.
♡Redha bagi sesetengah individu mungkin senang untuk dituturkan di bibir, tapi belum tentu itu yang benar-benar melekat di jiwa. Maka, berusahalah untuk melahirkan sifat redha dalam diri. Betapa nikmatnya hidup apabila Allah menghalalkan redhaNya kepada seseorang♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 19 Rejab 1446H☆
قُلۡ یَـٰعِبَادِیَ ٱلَّذِینَ أَسۡرَفُوا۟ عَلَىٰۤ أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُوا۟ مِن رَّحۡمَةِ ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ یَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِیعًاۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِیمُ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Surah az-Zumar: 53]
#Allah swt mengatakan 'janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah' memberi maksud Allah swt memberi kita harapan bahawa tidaklah Allah terus melupakan hambaNya walaupun bergelumang dengan dosa. Allah swt masih lagi memberi peluang kepada kita untuk diampuni walau berapa banyak dosa yang kita lakukan.
#Hal ini kerana Allah swt amat sayang dan kasih kepada hambaNya. Sifat rahmah Allah swt amatlah besar sekali.
#Di dalam al-Quran perkataan rahmah dan pecahannya disebut sebanyak 300 kali. Ini menunjukkan betapa besarnya makna yang terkandung di dalam perkataan ini. Manakala, berdasarkan kamus bahasa Melayu perkataan rahmat bermaksud belas kasihan, kurnia, berkat, bahagia, kelebihan, hikmah, faedah dan kegunaan. Maksud yang sangat luas ini menggambarkan betapa besar dan banyaknya kelebihan sifat ini kepada hamba-hambaNya.
ٱلَّذِینَ یَحۡمِلُونَ ٱلۡعَرۡشَ وَمَنۡ حَوۡلَهُۥ یُسَبِّحُونَ بِحَمۡدِ رَبِّهِمۡ وَیُؤۡمِنُونَ بِهِۦ وَیَسۡتَغۡفِرُونَ لِلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ۖ رَبَّنَا وَسِعۡتَ كُلَّ شَیۡءࣲ رَّحۡمَةࣰ وَعِلۡمࣰا فَٱغۡفِرۡ لِلَّذِینَ تَابُوا۟ وَٱتَّبَعُوا۟ سَبِیلَكَ وَقِهِمۡ عَذَابَ ٱلۡجَحِیمِ
"Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya; dan beriman kepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu): "Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka" [Surah Ghāfir 7]
#Oleh itu, sentiasalah kita meminta ampun kepada Allah swt, sentiasa muhasabah diri, sentiasa menangisi kesalahan lalu dan sentiasa bertaubat padaNya. Sebelum kita tidur setiap malam, mintalah ampun kepada Allah swt di atas segala dosa kita, termasuklah dosa syirik yang mungkin kita telah lakukan tanpa kita sedar.
#Berkata Abu Hamid Al-Khulqani: Aku pernah bertanya kepada Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah: "Apa pendapatmu tentang alunan-alunan qasidah?". Beliau berkata: "Contohnya yang bagaimana?".
Aku katakan: Seperti qasidah yang menyebutkan :
إِذَا مَا قَالَ لِي رَبِّي … أَمَا اسْتَحْيَيْتَ تَعْصِيْنِي
وَتُخْفِيْ الذَّنْبَ مِنْ غَيْرِي … وَبِالعِصْيَانِ تَأْتِيْنِي
"Apabila Tuhanku berkata kepadaku, apakah kamu tidak malu bermaksiat kepadaKu.
Kamu sembunyikan dosa dari selainKu,
Namun dengan maksiat kamu mendatangiKu..."
Kemudian Imam Ahmad berkata kepadaku: "Ulang semula untuk aku". Maka aku pun mengulanginya buat dirinya. Imam Ahmad seraya berdiri dan masuk ke dalam rumahnya, lalu beliau menutup pintu. Kemudian, aku mendengar tangisan beliau dari dalam rumah sambil beliau mengulang-ulang qasidah tersebut : "Apabila Tuhanku berkata kepadaku, apakah kamu tidak malu bermaksiat kepada-Ku….." (Lihat: Zail Tabaqat Al-Hanabilah, Ibn Rajab Al-Hanbali dan Talbis Iblis, Ibn Al-Jauzi)
#Lihatlah, walaupun mereka sudah bergelar imam besar, Imam mazhab, namun mereka sentiasa mengingati Allah, takutkan azabNya, memohon keampunan padaNya dan gementar hati menenangkan dosa yang dilakukan.
♡Sifat rahmah Allah ke atas makhlukNya tersangat banyak dan luas. Maka, mohonlah keampunan padaNya dan jangan sesekali berputus asa daripada rahmatNya♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 18 Rejab 1446H☆
قُلۡ یَـٰعِبَادِیَ ٱلَّذِینَ أَسۡرَفُوا۟ عَلَىٰۤ أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُوا۟ مِن رَّحۡمَةِ ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ یَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِیعًاۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِیمُ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Surah az-Zumar: 53]
#Ayat ini ditujukan bagi orang yang pernah berbuat dosa dan orang yang pernah membuat dosa yang banyak sebelum ini. Ini adalah sebagai pengumuman dari Allah swt sebagai rahmat dan galakan kepada tauhid.
#Ulamak tafsir menyebut ini adalah ayat yang paling memberi harapan kepada manusia dalam al-Quran. Jika ada orang yang dalam kesedihan dan berputus asa dalam hidupnya, maka hayati dan renungilah ayat ini sedalam-dalamnya dengan penuh kesungguhan dalam memahaminya.
#Ayat ini juga mengatakan bahawa kita masih lagi ada peluang untuk mendapat keampunan dari Allah swt. Maknanya, ada peluang untuk bertaubat lagi walaupun kita sudah berbuat dosa maksiat, walaupun kita sudah melakukan perbuatan syirik. Walau bagaimana banyak pun dosa kita, Allah swt akan mengampunkan dosa kita.
#Antara amalan yang dapat menghapuskan dosa ialah berselawat ke atas baginda nabi saw.
Al-Imam as-Syafi’e rahimahullah pernah dilihat oleh Abdullah bin ‘Abd Al-Hakam di dalam mimpinya. Lalu beliau bertanya kepada Imam as-Syafi’e: Apa yang telah Allah lakukan kepadamu?
Imam as-Syafi’e menjawab:
رحمني وَغفر لي وزفني إِلَى الْجنَّة كَمَا يزف بالعروس ونثر عَليّ كَمَا ينثر على الْعَرُوس
"Allah telah merahmati dan mengampuniku, membawaku menuju ke syurga dan menaburkan kepadaku taburan sebagaimana yang diperlakukan kepada pengantin.
Ibn ‘Abd Al-Hakam bertanya lagi: Bagaimana kamu boleh mencapai tahap sebegini?
Lalu ada suara yang berkata: "Dia akan memberitahumu (yang dia memperoleh kedudukan tersebut) disebabkan selawat ke atas Nabi saw yang terdapat di dalam kitab Al-Risalah.
Aku bertanya: Selawat bagaimanakah yang dimaksudkan?
Beliau berkata :
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ عَدَدَ مَا ذَكَرَهُ الذَّاكِرُونَ وَعَدَدَ مَا غَفَلَ عَن ذِكْرِه الغَافِلُونَ
Kemudian kata Ibn ‘Abd Al-Hakam: Sebaik sahaja aku bangun pada waktu pagi, aku terus melihat kepada kitab Al-Risalah dan aku mendapati ia adalah benar sebagaimana yang aku lihat di dalam mimpi. (Lihat: Jala’ Al-Afham, Ibn Qayyim Al-Jauziyyah. Tahqiq Syaikh Syu’aib Al-Arna’ut)
#Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyyah menukilkan:
Muhammad bin Abi Sulaiman berkata: Aku melihat bapaku di dalam mimpi. Lalu aku bertanya kepadanya: Wahai ayahku, apa yang telah Allah lakukan kepadamu? Beliau menjawab: Allah telah mengampunkan aku. Aku bertanya: Disebabkan amalan apa? Beliau menjawab:
بكتابتي الصَّلَاة على النَّبِي ﷺ
"Dengan aku menulis selawat ke atas Nabi saw"
Sebahagian ahli hadis berkata: Aku mempunyai seorang jiran. Suatu hari dia meninggal dunia dan dilihat di dalam mimpi. Ditanyakan kepadanya: Apa yang telah Allah lakukan kepadamu? Dia menjawab: Allah telah mengampunkan aku. Ditanya kepadanya: Disebabkan amalan apa? Beliau menjawab:
كنت إِذا كتبت ذكر رَسُول الله ﷺ فِي الحَدِيث كتبت ﷺ
"Aku setiap kali menulis sebutan Rasulullah ﷺ di dalam hadis, maka aku akan mencatat ﷺ (Lihat: Jala’ Afham, Ibn Al-Qayyim)
♡Jom banyakkan berselawat ke atas baginda saw. Moga segala dosa kita diampuniNya. Aamiiin♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 17 Rejab 1446H☆
وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا
"Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia" [Surah al-An’am 70]
#Ayat di atas jelas menunjukkan kepada larangan untuk mempermainkan agama dan membuat sesuatu lawak yang mempunyai kaitan dengan ajaran Islam. Hal ini bertujuan untuk menjaga kehormatan agama Islam itu sendiri sepertimana yang telah digariskan dalam maqasid Islam yang dharuriyyat iaitu menjaga agama.
#Allah swt berfirman lagi berkaitan hal ini:
الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَهْوًا وَلَعِبًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْياَ
"Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan Yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang Yang telah terpedaya Dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya)" [Surah al-A’raf 51]
#Sikap berlawak jenaka adalah fitrah kehidupan manusia yang diciptakan sebagai masyarakat sosial. Islam tidak melarang aktiviti ini selama mana tujuannya adalah kebaikan yang diiktiraf Syarak dan tidak melanggar etika-etika yang telah ditetapkan.
#Masalah yang berlaku pada hari ini adalah apabila wujudnya lawak jenaka yang tidak berkualiti, yakni yang memiliki pengajaran dan nilai-nilai baik. Begitu juga lawak yang menghina agama, menghina Rasulullah saw, mempermainkan syariat, mengenakan orang lain sehingga mengaibkannya, menfitnah, menipu, dilakukan tanpa keizinan dan mencemarkan maruah dirinya dan kenalannya, sehingga menyebabkan masalah tekanan dan kemurungan, sekalipun pelakunya menyebutnya sebagai gurauan.
#Berkata Imam al-Ghazali rahimahullah: "Justeru, perlu diketahui bahawa sisi jenaka Rasulullah saw tidak berlaku melainkan dalam bentuk kebenaran, tidak menyakitkan hati, dan tidak juga melampaui batas".
#Juga dilarang menipu dalam berlawak jenaka. Daripada Bahz bin Hakim (bin Muawiyah bin Haidah al-Qusyairi) berkata: Ayahku menceritakan kepadaku, daripada datukku, yang berkata: Aku mendengar Nabi saw bersabda:
وَيْلٌ لِلَّذِي يُحَدِّثُ بِالحَدِيثِ لِيُضْحِكَ بِهِ القَوْمَ فَيَكْذِبُ، وَيْلٌ لَهُ وَيْلٌ لَهُ
"Celakalah bagi orang yang bercakap suatu percakapan agar orang ramai tertawa dengan pembohongan. Celakalah baginya! Celakalah baginya!" (HR at-Tirmizi)
#Selain itu, janganlah melampaui batas sehingga meninggalkan tanggungjawab dan kewajipan yang difardhukan.
#Dr Yusuf al-Qaradhawi menyebut: "Maka tidak salah bagi seorang Muslim untuk bergurau senda dengan sesuatu yang dapat menenangkan hatinya, tidak salah baginya menghiburkan dirinya dan rakan-rakannya dengan sesuatu hiburan yang ringan. Akan tetapi janganlah sampai menjadi kebiasaan pada setiap masa ingin bergurau sahaja kerana akhirnya ianya akan menghalangnya daripada melakukan perkara-perkara yang wajib sehingga dia bergurau pada waktu yang sepatutnya dia bersungguh-sungguh. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan:
اعطِ الكَلَامَ مِنَ المَزْحِ بِقَدْرِ مَا يُعْطَي الطَّعَامُ مِنَ المِلْحِ
"Berikanlah bicaramu itu dengan sedikit gurauan, sekadar diberikan pada makanan itu garamnya yang cukup".
♡Jangan sesekali berlawak jenaka hingga menghina Islam, syiarnya dan ajarannya. Besar dosa dan salahnya. Bahkan kita dilarang bersama-sama mereka yang menghina Islam samada dalam keadaan bergurau atau tidak. Awas, jangan sampai azab menimpamu!!♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 15 Rejab 1446H☆
وَٱلسَّـٰبِقُونَ ٱلۡأَوَّلُونَ مِنَ ٱلۡمُهَـٰجِرِینَ وَٱلۡأَنصَارِ وَٱلَّذِینَ ٱتَّبَعُوهُم بِإِحۡسَـٰنࣲ رَّضِیَ ٱللَّهُ عَنۡهُمۡ وَرَضُوا۟ عَنۡهُ وَأَعَدَّ لَهُمۡ جَنَّـٰتࣲ تَجۡرِی تَحۡتَهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِینَ فِیهَاۤ أَبَدࣰاۚ ذَ ٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِیمُ
"Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar" [Surah at-Tawbah 100]
#Golongan terawal masuk Islam disebut assabiqunal awwalun. Orang-orang yang termasuk dalam assabiqunal awwalun tersebut adalah sahabat-sahabat Nabi Muhammad saw, yang sejak awal sudah berjuang untuk menyebar dan mempertahankan Islam. Bagi mereka, Allah swt telah memberikan keistimewaan iaitu jaminan akan masuk syurga.
#Rasulullah saw merupakan insan yang terpuji dan paling mulia di antara makhluk-makhluk Allah swt yang ada di atas muka bumi ini. Setiap orang yang beriman pasti bercita-cita untuk berada bersama dengan Nabi saw sebagaimana yang dirasai oleh para sahabat Nabi saw.
#Sebagai umat Nabi Muhammad saw, walaupun kita tidak tergolong dalam kalangan assabiqunal awwalun, namun kita juga diberi keistimewaan dapat masuk syurga lebih awal daripada umat-umat nabi yang lain.
#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, bahawa beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:
نَحْنُ الآخِرُونَ السَّابِقُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا، ثُمَّ هَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِى فُرِضَ عَلَيْهِمْ فَاخْتَلَفُوا فِيهِ، فَهَدَانَا اللَّهُ، فَالنَّاسُ لَنَا فِيهِ تَبَعٌ، الْيَهُودُ غَدًا وَالنَّصَارَى بَعْدَ غَدٍ
"Kita adalah umat yang terakhir (lahir ke dunia) dan umat yang terdahulu (menikmati kelebihan, ganjaran dan masuk syurga) pada hari kiamat walaupun mereka (umat terdahulu) diberikan kitab (syariat samawi) sebelum kita. Hari Jumaat ialah hari yang telah difardhukan atas mereka (untuk mendampingkan diri kepada Allah) tetapi mereka telah mempertikaikannya. Lalu Allah memberi petunjuk kepada kita sedangkan mereka menerima hari-hari berikutnya, iaitu Yahudi pada hari sabtu dan Nasrani pula pada hari Ahad" (HR al-Bukhari dan Muslim)
#Hadis ini menunjukkan bahawa umat Nabi Muhammadlah yang akan memasuki syurga terdahulu daripada umat lain.
#Ia dikuatkan dengan sebuah hadis lagi, Rasulullah saw bersabda:
إِنَّ الْجَنَّةَ حُرِّمَتْ عَلَى الأَنْبِيَاءِ كُلِّهِمْ حَتَّى أَدْخُلَهَا ، وَحُرِّمَتْ عَلَى الأُمَمِ حَتَّى تَدْخُلَهَا أُمَّتِي
"Sesungguhnya, syurga diharamkan ke atas para nabi semuanya sehingga aku memasukinya. Begitu juga diharamkan ke atas umat-umat terdahulu syurga sehingga umat aku memasuki terlebih dahulu" (HR at-Tabarani)
#Kita adalah umat yang terakhir dibangkitkan di dunia sedangkan kita adalah umat yang terdahulu pada hari Kiamat yang diputuskan hukuman sebelum yang lain. Tafsiran ulama’ berkenaan dengan lafaz ‘yang terakhir’ (الآخِرُونَ) adalah dengan maksud masa dan wujudnya di dunia. Manakala ‘yang terdahulu' (السَّابِقُونَ) adalah dengan maksud kurniaan dan masuk syurga. Justeru, umat ini akan memasuki syurga sebelum semua umat yang lain.
♡Gandakan amal soleh dan berusahalah mendekatkan diri kita kepada Allah swt yang akhirnya melayakkan kita menghuni syurga Allah swt sebagaimana yang ditawarkan. Banyakkan bersyukur dan pastikan lidah sentiasa basah memuji Allah atas kurniakan ini♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 13 Rejab 1446H☆
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ عَلَیۡكُمۡ أَنفُسَكُمۡۖ لَا یَضُرُّكُم مَّن ضَلَّ إِذَا ٱهۡتَدَیۡتُمۡۚ إِلَى ٱللَّهِ مَرۡجِعُكُمۡ جَمِیعࣰا فَیُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Ia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan" [Surah al-Māʾidah 105]
#Seorang sahabat Nabi saw yang bernama Sayidina Tha’labah al-Khusyani r.a pernah bertanya kepada Nabi saw, apakah maksud di sebalik ayat:
"Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu…" (Surah al-Maidah 105)
#Maka baginda Nabi saw menjawab dengan jawapan yang panjang sebagai tafsiran kepada ayat di atas:
بَلِ ائْتَمِرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَتَنَاهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ حَتَّى إِذَا رَأَيْتَ شُحًّا مُطَاعًا وَهَوًى مُتَّبَعًا وَدُنْيَا مُؤْثَرَةً وَإِعْجَابَ كُلِّ ذِي رَأْىٍ بِرَأْيِهِ فَعَلَيْكَ يَعْنِي بِنَفْسِكَ وَدَعْ عَنْكَ الْعَوَامَّ فَإِنَّ مِنْ وَرَائِكُمْ أَيَّامَ الصَّبْرِ الصَّبْرُ فِيهِ مِثْلُ قَبْضٍ عَلَى الْجَمْرِ لِلْعَامِلِ فِيهِمْ مِثْلُ أَجْرِ خَمْسِينَ رَجُلاً يَعْمَلُونَ مِثْلَ عَمَلِهِ
"Teruskanlah olehmu untuk selalu menyeru kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran. Sehinggalah kamu akan melihat sifat kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan kehidupan dunia yang diutamakan. Serta orang akan merasa terpesona dengan pandangan masing-masing. Maka (ketika itu) kamu perlu bergaul hanya dengan orang-orang yang searah denganmu sahaja dan jauhilah orang-orang kebanyakan. Maka sesungguhnya setelah zamanmu akan datang zaman penuh ujian, orang-orang yang berpegang teguh dengan agama seperti menggenggam bara api. Ketahuilah saat itu orang yang terus berusaha berpegang dengan agamanya akan beroleh pahala umpama 50 orang yang turut melakukan amalnya yang sama" (HR at-Tirmizi, Abu Daud, Ibnu Majah dan al-Hakim.
#Hadis ini lengkap menceritakan cara dan kaedah untuk menghadapi gejala zaman fitnah:
1. Bermula dengan dakwah sebagai benteng iman umat Islam. Jika ia tidak dilangsungkan dengan kadar yang cukup, maka akan berleluasalah penyakit-penyakit jiwa yang akan merosakkan agama.
2. Dalam keadaan yang serba rosak itu, Nabi saw menyuruh agar kita bijak memilih lingkungan yang baik. Sekali gus usah mudah terpengaruh dengan arus semasa yang tabiatnya merosakkan.
3. Ketika kejahilan dilestarikan dan dibanggakan, kekeliruan semakin melata, maka Nabi saw menyarankan untuk istiqamah dengan agama walau sesukar mana sekalipun walaupun terpaksa menggenggam bara api. Kuncinya adalah sabar dan istiqamah.
4. Baginda saw mengkhabarkan janji yang baik iaitu esiapa yang tetap dengan agama ketika zaman tersebut, maka amalannya akan digandakan seumpama 50 orang. Terdapat riwayat yang lain, Nabi mengkhabarkan gandaan itu bersamaan pahala 50 orang para Sahabat baginda saw.
#Hayatilah pesanan penting daripada as-Syahid Imam Syed Qutb rahimahullah: "Sesungguhnya menjadi satu kemestian supaya wujud barisan hadapan yang berazam mencapai cita-cita ini (Islam), terus mara di jalan ini, mara terus menghancurkan jahiliyyah yang bermaharajalela di serata pelosok bumi. Mara terus dalam usaha mengasingkan jiwa. Di samping terus mengadakan hubungan jasadiyyah di sudut yang lain"
♡Dalamilah ilmu yang mendekatkan kita kepada Allah swt agar iman kita kekal kukuh walau berhadapan dengan apa jua cabaran fitnah dunia yang semakin dahsyat ini. Moga Allah sentiasa mencurahkan hidayah, petunjuk dan taufiqnya agar kita sentiasa diatas jalan kebenaran dan ketaatan. Aamiiin♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 11 Rejab 1446H☆
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul" [Surah al-Baqarah 186]
#Allah swt sangat suka hamba-hambaNya berdoa kepadaNya sebagaimana yang disebut di dalam nas-nas Ilahi.
#Doa merupakan satu anugerah yang sangat istimewa dikurniakan oleh Allah swt kepada kita sebagai hambaNya.
#Menurut Imam al-Khattabi, makna doa adalah permohonan hamba kepada Tuhannya dengan mengharapkan pertolonganNya dan juga bantuan daripadaNya. (Lihat: Sya’n al-Du’a)
#Daripada Abi Tsabit, ada yang berkata Abi Sa’eid, ada yang berkata Abi al-Walid Sahl bin Hunaif, Ahli Badar r.a. bahawa Nabi saw bersabda:
"Sesiapa yang memohon kepada Allah akan syahadah (mati syahid di jalanNya) dengan benar, Allah akan sampaikannya ke tingkat syuhada’ sekalipun dia mati di atas tilam nya" (HR Muslim)
#Setiap Muslim mesti mempunyai cita-cita yang tinggi, iaitu mati syahid. Maka kita mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang dicita-citakan dengan memohon pertolongan daripada Allah swt. Tanpa pertolonganNya tidak ada apa yang mampu kita capai.
#Oleh itu, jangan ragu-ragu untuk berdoa dan jangan hadkan doa dalam batas tertentu, sebaliknya mintalah apa sahaja yang kita mahu kerana kita meminta dari Yang Maha Berkuasa, Maha Kaya, Maha Memberi. Tidak suatu pun yang dapat menghalang kuasa dan kehendakNya jika Dia mahu memberikan apa yang kita minta. Jika Dia tidak kabulkan doa kita di dunia, Dia simpan pahala untuk kita di akhirat.
#Peluang untuk mencapai syahadah adalah dengan menggabungkan diri ke dalam gerabak dakwah dan jihad. Itulah bukti kebenaran doa kita "untuk mati syahid. Dan Allah hanya akan sampaikan kita ke tingkat syudaha’ jika kita memohon dengan benar.
اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا بِسُوءِ الخَاتِمَة
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan pengakhiran yang baik) dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan pengakhiran yang buruk".
♡Sentiasalah berdoa agar kita dikurniakan kehidupan yang baik dan mati yang indah. Aamiin♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
*SEDEKAH JUMAAT: WAQAF PEMBINAAN SURAU RUMAH ANAK YATIM DAN WARGA EMAS JARIAH QASEH KG GUAR NENAS, KEDAH*
*Klik dan sumbang:*
https://toyyibpay.com/WAQAF-PEMBINAAN-SURAU-JQ
Assalamualaikum wbt para penyumbang budiman....
Sebelum ini, Geng Talaqqi dah buka kutipan kali pertama untuk projek pembinaan Surau Rumah Anak Yatim Dan Warga Emas Jariah Qaseh.
*KITA BERJAYA KUMPUL RM11,116.80*
Jumlah ini belum mencukupi untuk pembinaan Surau Jariah Qaseh. Keseluruhan dana diperlukan RM150 ribu untuk pemasangan Bumbung, Tiles dan Wayering. Maka hari ini sekali lagi kita membuka peluang kepada semua dermawan untuk menambahkan saham akhirat untuk projek waqaf pembinaan Surau Jariah Qaseh.
*DIPERLUKAN LAGI: RM138,883.20*
*(Kita memerlukan hanya 2778 orang penyumbang sahaja yang menyumbang seorang rm50, InsyaAllah selesai projek ini)*
============
Surau Rumah Anak Yatim dan Warga Emas Jariah Qaseh ini dirancang pembinaannya di atas tanah bersebelahan rumah Anak Yatim dan rumah Warga Emas Jariah Qaseh yang diuruskan sepenuhnya oleh Kak Natipah Abu di Kg Guar Nenas, Gurun Kedah.
Sebelum ini, pihak Geng Talaqqi pernah membuka tabung sedekah Jumaat untuk pembinaan rumah anak yatim Jariah Qaseh, alhamdulillah sudah selesai. Kemudian Geng Talaqqi membuka tabung Jumaat untuk pembinaan Tangki Air Jariah Qaseh 5000 liter, alhamdulillah selesai dan sedang berjalan pahalanya kepada para penyumbang.
Kini Geng Talaqqi membuka ruang dan peluang keemasan untuk kita melabur dalam saham terbesar Mahsyar kita iaitu infaq Waqaf Pembinaan Surau Jariah Qaseh.
*DANA KESELURUHAN DIPERLUKAN: RM150 RIBU*
(Untuk Bumbung, Tiles dan Wayering)
Untuk makluman semua penyumbang, projek pembinaan surau ini telah berjalan hampir separuh dan sekarang agak slow disebabkan dana masih belum mencukupi. RM150 ribu sudah dibelanjakan untuk fasa yang pertama. InsyaAllah jika berjaya kumpul fasa yang kedua ini sebanyak rm150 ribu lagi, maka akan di siapkan bumbung, tiles dan pendawaian elektrik keseluruhan surau.
Pembinaan Surau ini adalah untuk kemudahan anak-anak Yatim dan Warga emas yang tinggal disitu mendirikan solat berjemaah, solat sunat dua hari raya, mendengar kuliah agama, mempelajari al-Quran, menyambut hari kebesaran Islam dan pelbagai aktiviti kerohanian boleh dilaksanakan melibatkan juga pihak luar dan penduduk sekitar.
Dengan ini, Geng Talaqqi membuka infaq/wakaf untuk meneruskan kerja-kerja pembinaan bagi menyiapkan surau ini. Moga ianya menjadi wakaf yang berpanjangan pahalanya untuk semua penyumbang.
Semoga 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗮𝗺𝗮𝗹 𝗷𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 serta berpanjangan pahalanya 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗹𝗶𝗿 hingga ribuan 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗯𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗹𝗶𝗿 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 ke 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗸𝗶𝗮𝗺𝗮𝘁! Aamiiin
Jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada para penyumbang. Semoga diberkati rezeki dan beroleh syurgaNya yang tertinggi dan teristimewa. Aamiin.
...................
Kepada yang berhajat untuk infaq/wakaf atas nama sendiri atau wakaf atas nama ibu ayah, *ANDA BOLEH DISALURKAN KE LINK TOYYIB PAY:*
https://toyyibpay.com/WAQAF-PEMBINAAN-SURAU-JQ
*Atau terus ke akaun:*
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: WAQAF PEMBINAAN SURAU JARIAH QASEH
*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*
📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/WaqafPembinaanSurauJariahQaseh
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/WaqafPembinaanSurauJariahQaseh
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/WaqafPembinaanSurauJariahQaseh
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/WaqafPembinaanSurauJariahQaseh
*ANDA HULUR, KAMI SALUR*
☆Tadabbur Kalamullah 9 Rejab 1446H☆
يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas" "[Surah al-A’raf 31]
#Syeikh al-Sa‘di menyatakan di dalam tafsirnya, apa yang dimaksudkan ayat di atas adalah perintah menutup aurat ketika solat. Oleh itu, menutup aurat apa yang terdapat pada perhiasan di badan. Selain itu, merangkumi apa yang terkandung di dalam ayat ini adalah memakai pakaian yang baik dan bersih, arahan menutup aurat dan penggunaan perhiasan untuk kecantikan. (Lihat: Taisir al-Karim al-Rahman)
#Cincin adalah perhiasan bagi lelaki namun bukanlah semua jenis cincin itu boleh dijadikan perhiasan buat lelaki. Dibolehkan bagi lelaki untuk memakai cincin yang diperbuat daripada perak bahkan di dalam mazhab al-Syafi’e ianya disunatkan. Begitu juga dibolehkan untuk lelaki memakai cincin daripada batu permata, zamrud, zabarjad dan `aqiq. Adapun memakai cincin emas bagi lelaki, ianya adalah haram dan ini berdasarkan hadis Nabi saw. Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a:
أنَّهُ نَهَى عَنْ خَاتَمِ الذَّهَبِ
"Sesungguhnya Nabi SAW melarang (lelaki) dari memakai cincin emas" (HR Muslim)
#Adakah terdapat berat yang khusus untuk memakai cincin?
Para ulamak Syafieyah mengatakan bahawa berat cincin bergantung kepada adat atau uruf setempat. Jika melebihi daripada adat tempat tersebut maka ianya dianggap membazir.
#Adakah harus bagi kita memakai lebih daripada satu cincin perak di tangan bagi lelaki?
Para ulamak Syafieyah berpandangan bahawa dibenarkan untuk memakai 2 bentuk cincin perak dalam satu masa. Ini seperti yang disebutkan oleh al-Imam Jalaluddin al-Suyuti rahimahullah. Makruh hukumnya memakai lebih daripada 2 bentuk cincin. Al-Imam Isnawi rahimahullah juga berpandangan sedemikian dan kata al-Imam Khawarizmi di dalam al-Kafi: Makruh memakai kedua-dua cincin tersebut pada satu jari.
#Bagaimanakah bentuk cincin Rasulullah saw?
1. Cincin Baginda saw ada dua jenis. Ada yang diukir perkataan "Muhammad Rasulullah" dan ada yang diletakkan batu.
2. Jenis batunya menjadi perbahasan para ulamak, sebahagian mengatakan bahawa ianya adalah jenis aqiq dan al-Imam Jalaluddin as-Suyuthi mengatakan bahawa beliau melihat di dalam kitab Mufradat fi al-Tibb karangan Ibn al-Baithar bahawa jenis batu tersebut adalah zabarjad.
#Dijari manakah sunnah memakai cincin?
1. Para ulamak Syafieyah mengatakan bahawa harus untuk dipakai cincin pada jari kelingking kanan atau kiri sekalipun. Tetapi pandangan yang masyhur ialah memakainya pada jari kelingking kanan kerana ianya merupakan tempat untuk berhias. Manakala memakai cincin pada jari manis adalah dibenarkan. Jari tengah, telunjuk dan ibu jari adalah dilarang bagi kaum lelaki untuk meletakkan cincin padanya.
2. Bagi wanita tiada tempat yang khusus diletakkan. Terpulang kepada mereka untuk memakai cincin dimana sahaja anggota. Samada di kesemua jari tangan atau jari kaki sekalipun. Ini kerana itu adalah perhiasan bagi mereka.
♡Jom amalkan sunnah memakai cincin di jari kanan atau kiri. Moga beroleh ganjaran mengikuti sunnah Nabi saw♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 7 Rejab 1446H☆
حَتَّىٰ إِذَا جَاءُوهَا وَفُتِحَتْ أَبْوَابُهَا
“Sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka..” [Surah az-Zumar 73]
#Imam Ibn Kathir rahimahullah berkata: "Tatkala telah sampai di syurga, maka dibukalah semua pintu syurga bagi mereka sebagai bentuk penghormatan dan pengagungan. Para malaikat penjaga syurga menyambut kedatangan mereka dengan berita gembira, salam dan pujian".
#Berkata Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili rahimahullah: "Yakni, hingga mereka sampai ke pintu-pintu syurga yang berjumlah lapan, setelah melewati jambatan al-Sirat dan dibersihkan daripada dosa-dosa dunia, pintu-pintu syurga telah terbuka menyambut kedatangan para penghuninya dengan penuh kehangatan".
#Pintu syurga ada lapan, iaitu:
1. Pintu Solat
2. Pintu Jihad
3. Pintu Sedekah
4. Pintu al-Rayyan (puasa)
5. Pintu Taubat
6. Pintu Orang yang Menahan Marah
7. Pintu Orang yang Redha
8. Pintu Kanan, yang akan dilalui oleh orang yang tidak dihisab, yang akan terus memasuki syurga.
#Sabda Rasulullah saw:
عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رضى الله عنه عَنِ النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: فِى الْجَنَّةِ ثَمَانِيَةُ أَبْوَابٍ، فِيهَا بَابٌ يُسَمَّى الرَّيَّانَ لاَ يَدْخُلُهُ إِلاَّ الصَّائِمُونَ
Dari Sayidina Sahl bin Sa’ad r.a, Nabi saw bersabda: "Syurga memiliki lapan buah pintu. Di antara pintu tersebut ada yang dinamakan pintu ar-Rayyan yang hanya dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa" (HR al-Bukhari)
#Dari Sayidina Ubadah bin as-Shamit r.a, bahawa Nabi saw bersabda:
مَن قالَ: أشْهَدُ أنْ لا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وحْدَهُ لا شَرِيكَ له، وأنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ ورَسولُهُ، وأنَّ عِيسَى عبدُ اللهِ، وابنُ أمَتِهِ، وكَلِمَتُهُ ألْقاها إلى مَرْيَمَ ورُوحٌ منه، وأنَّ الجَنَّةَ حَقٌّ، وأنَّ النَّارَ حَقٌّ، أدْخَلَهُ اللَّهُ مِن أيِّ أبْوابِ الجَنَّةِ الثَّمانِيَةِ شاءَ
"Barangsiapa yang mengucapkan: Aku bersaksi bahawa tidak ada sembahan yang berhak disembah kecuali Allah semata, tidak ada sekutu baginya, dan bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba Allah dan utusanNya, dan bersaksi bahawa Isa adalah hamba Allah dan anak dari umatNya, dan ia adalah kalimat Allah yang diberikan kepada Maryam dan ruh dariNya, dan bersaksi bahawa syurga itu benar ada dan neraka itu benar ada, maka Allah akan masukkan ia ke syurga dari lapan pintu syurga yang mana sahaja" (HR Muslim)
#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, dalam hadis tentang syafaat Nabi saw dikatakan:
يَا مُحَمَّدُ أَدْخِلِ الْجَنَّةَ مِنْ أُمَّتِكَ مَنْ لاَ حِسَابَ عَلَيْهِ مِنَ الْبَابِ الأَيْمَنِ مِنْ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ وَهُمْ شُرَكَاءُ النَّاسِ فِيمَا سِوَى ذَلِكَ مِنَ الأَبْوَابِ
"Wahai Muhammad, suruhlah umatmu (iaitu) orang-orang yang tidak dihisab untuk masuk ke dalam surga melalui pintu Al-Ayman (pintu kanan) yang merupakan di antara pintu-pintu syurga. Sedangkan pintu-pintu yang lain adalah pintu syurga bagi semua orang" (HR al-Bukhari dan Muslim)
#Nabi saw juga menyebut tentang saiz keluasan pintu syurga. Daripada Sayidina ‘Utbah bin Ghazwan r.a berkata:
ذُكِرَ لَنَا أَنَّ مَا بَيْنَ مِصْرَاعَيْنِ مِنْ مَصَارِيعِ الجَنَّةِ مَسِيْرَةُ أَرْبَعِينَ سَنَةً، وَلَيَأْتِيَنَّ عَلَيْهَا يَوْمٌ وَهُوَ كَظِيْظٌ مِنَ الزِّحَامِ
"Disebutkan kepada kami bahawa jarak di antara dua daun pintu dari daun-daun pintu syurga adalah seperti perjalanan empat puluh tahun, dan sungguh akan datang kepadanya satu hari nanti dan ia penuh kerana bersesakan" (HR. Muslim)
#Sabda Nabi saw lagi: "Sesungguhnya di antara dua sisi daripada sisi-sisi pintu-pintu syurga itu adalah sepertimana jaraknya di antara Mekah dengan Hajar (sebuah bandar di Bahrain), atau sepertimana di antara Mekah dengan Busra (sebuah bandar di Syam)" (Muttafaq Alaih)
*Jarak di antara Mekah dan Bahrain adalah sekitar 1,200km. Jarak di antara Mekah dan Busra juga lebih kurang sama.
♡Berusahalah dan beramallah bersungguh-sungguh demi memperolehi keredhaan Allah agar berjaya memasuki syurgaNya♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 5 Rejab 1446H☆
أَفَلَا یَتَدَبَّرُونَ ٱلۡقُرۡءَانَۚ
"Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran?" [Surah an-Nisāʾ 82]
#Antara cara dan kaedah ketika membaca al-Quran iaitu seseorang itu hendaklah bersikap khusyu’ dan merenungkan maknanya.
#Oleh itu, kita dituntut untuk melakukan tadabbur (merenungkan maknanya) terhadap ayat-ayat yang terdapat di dalam al-Quran. Begitu banyak nas yang menggalakkan perbuatan tadabbur al-Quran antaranya seperti yang dinyatakan dalam ayat diatas dan juga dalam ayat yang lain.
كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ
"(Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan ia kepada mu (wahai Muhammad) yang penuh dengan keberkatan, supaya mereka mentadabbur ayat-ayatnya" [Surah Shad 29]
#Antara cara yang disebutkan oleh para ulamak untuk menambahkan tadabbur ke atas ayat-ayat yang dibaca adalah dengan cara membacanya secara berulangkali sambil menghayati serta merenungkan maksudnya.
#Diriwayatkan oleh Sayidina Abu Zar Al-Ghifari r.a berkata:
قَامَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم بِآيَةٍ حَتَّى أَصْبَحَ يُرَدِّدُهَا
"Rasulullah saw pernah berdiri di dalam solat dengan membaca satu ayat yang baginda mengulang-ulangnya sehingga pagi. Ayat tersebut ialah:
إِنْ تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ وَإِنْ تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
" Sekiranya Kau (wahai Allah) mengazab mereka maka sesungguhnya mereka itu adalah hamba-hambaMu dan sekiranya Kau mengampuni mereka maka sesungguhnya Kau adalah Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" (HR Ibn Majah)
#Imam an-Nawawi rahimahullah menjadikan hadis ini sebagai sandaran dalam mengeluarkan pendapat beliau bahawa adalah disunatkan untuk seseorang itu mengulangi bacaan ayat-ayat Al-Quran dengan tujuan untuk tadabbur. (Lihat: Al-Tibyan fi Adab Hamalat Al-Quran)
#Demikian juga Imam an-Nawawi menukilkan beberapa riwayat yang menunjukkan bahawa mengulang-ulang bacaan ayat di dalam solat ini juga turut diamalkan oleh para salafussoleh di dalam solat mereka. Antaranya adalah sahabat Nabi saw yang bernama Sayidina Tamim Al-Dari r.a yang mengulang-ulang bacaan ayat ke- 21 dari Surah Al-Jaatsiyah di dalam solat beliau. Begitu juga Sayidatina Asma’ binti Abu Bakar Al-Siddiq yang mengulang-ulang ayat ke- 27 dari Surah Al-Thur di dalam solat. Demikian Sayidina Abdullah Ibn Mas’ud r.a mengulangi bacaan ayat ke- 114 dari Surah Taha dan ramai lagi dari kalangan salaf yang melakukannya. (Rujuk: Al-Tibyan fi Adab Hamalat Al-Quran)
#Selain itu, Imam Said bin Jubair mengulang-ulang ayat Surah al-Baqarah ayat 281,
Surah al-Mu’min ayat 70-71 dan
Surah al-Infithar ayat 6.
#Begitu juga Imam ad-Dhahak rahimahullah apabila membaca firman Allah swt dalam Surah sebagai berikut dia az-Zumar ayat 16, beliau mengulang-ulang sehingga waktu sahur.
لَهُم مِّن فَوۡقِهِمۡ ظُلَلࣱ مِّنَ ٱلنَّارِ وَمِن تَحۡتِهِمۡ ظُلَلࣱۚ ذَ ٰلِكَ یُخَوِّفُ ٱللَّهُ بِهِۦ عِبَادَهُۥۚ یَـٰعِبَادِ فَٱتَّقُونِ
"Bagi mereka (yang kafir disediakan lapisan-lapisan dari api menyerkup di atas mereka, dan lapisan-lapisan (dari api) di bawah mereka; dengan (azab) yang demikian, Allah menakutkan hamba-hambaNya: "Oleh itu, bertaqwalah kepadaKu wahai hamba-hambaKu!" [Surah az-Zumar 16]
♡Membaca ayat al-Quran secara berulangkali di dalam solat adalah dibolehkan. Bahkan ia disunatkan sekiranya dilakukan dengan tujuan untuk lebih menghayati dan memaknai bacaan ayat tersebut di dalam solat. Jom ulang ayat al-Quran dengan memerhatikan maknanya!!♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
*SEDEKAH JUMAAT: RUANG DAPUR DIPENUHI AIR SETIAP KALI HUJAN TURUN*
Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/BAIKI-RUMAH-PAKCIK-SALLEH
Assalamualaikum wbt....
Sebelum ni, Geng Talaqqi dah buka kutipan kali pertama untuk misi baiki rumah Pakcik Saleh yang rosak dan bocor yang agak teruk. Kita berjaya kumpul RM7039.35.
Jumlah ini belum mencukupi untuk membaiki rumah warga emas yang uzur ini. Keseluruhan diperlukan sekitar rm20 ribu.
*DIPERLUKAN LAGI SEKITAR RM12,960.65*
Rumah uzur ini milik pasangan warga emas, Pakcik Saleh 85 tahun dan isterinya 78 tahun di Kg Gong Keding, Pasir Puteh, Kelantan terpaksa berhadapan suasana sayu dan gelisah setiap kali guruh berdentum di langit. Ini kerana setiap kali turunnya hujan, ruang dapur rumah mereka akan digenangi air kerana bumbung rumah mereka tersangat uzur dan reput.
Kawasan dapur tersangat uzur terutama bahagian atap rumah dan banyak bahagian bocor serta struktur rangka kayu yang reput. Bahagian dapur ini perlu di baiki hampir keseluruhan bumbung dan kayunya perlu ditukar.
Untuk makluman semua penyumbang, pasangan warga emas ini tinggal bersama anak lelaki mereka yang tiada kerja tetap dan menjaga kedua pasangan ini. Menguruskan makan minum serta ubat untuk ibunya yang uzur kerana mengidap kencing manis dan penyakit tua (banyak lupa).
Jom sama-sama kita menyumbang sorang sikit untuk kita siapkan bumbung rumah Pakcik Saleh agar kehidupannya sekeluarga lebih selesa dan tiada lagi kebocoran. Semoga dengan bantuan kita, Allah mempermudahkan urusannya dan Allah akan mempermudahkan urusan kita didunia dan di akhirat. InsyaAllah. Jazakumullahu khairan kathira. Moga dimurahkan rezeki dan beroleh syurgaNya. Aamiiin.
===============
*Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Toyyip Pay:*
https://toyyibpay.com/BAIKI-RUMAH-PAKCIK-SALLEH
*Atau terus ke akaun:*
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Baiki Rumah Pakcik Saleh
SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:
📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/BaikiRumahPakcikSaleh
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/BaikiRumahPakcikSaleh
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/BaikiRumahPakcikSaleh
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/BaikiRumahPakcikSaleh
*ANDA HULUR, KAMI SALUR*
☆Tadabbur Kalamullah 2 Rejab 1446H☆
وَٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَنُدۡخِلَنَّهُمۡ فِی ٱلصَّـٰلِحِینَ
"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, sudah tentu Kami akan masukkan mereka dalam kumpulan orang-orang yang soleh (dengan mendapat sebaik-baik balasan)" [Surah al-ʿAnkabūt 9]
#Antara amal soleh yang sangat dituntut untuk dilaksanakan dalam bulan Rejab ialah memperbanyakkan berpuasa dalam bulan Rejab. Hal ini telah dibincangkan dalam tulisan semalam.
#Selain galakan puasa, bulan Rejab juga merupakan bulan untuk umat Islam memperbaiki diri dengan meninggalkan dosa dan kelalaian serta banyakkan bertaubat. Dengan taubat dan meninggalkan dosa, akan menambahkan kekuatan dan keringanan untuk beribadah di bulan Sya'ban dan Ramadhan.
#Kita mesti membersihkan diri dan hati kita sebelum kita memulakan sebarang amalan iaitu dengan membanyakkan istighfar, memohon keampunan kepada Allah swt, bertaubat, berhenti dari berbuat dosa, memperbanyakkan puasa sunat, bersedekah, membaca al-Quran, berzikir, solat sunat dan yang lain-lainnya.
#Zun Nun al-Misri, seorang ulamak sufi telah menyebutkan: "Rejab adalah bulan meninggalkan kesalahan-kesalahan, Syaaban bulan untuk melaksanakan ketaatan dan Ramadhan untuk mencari karamah (kemuliaan daripada Allah swt). Orang yang tidak meninggalkan dosa di bulan Rejab dan tidak melakukan ketaatan di bulan Syaaban dan tidak menunggu-nunggu bertemu bulan Ramadhan maka dia akan termasuk orang-orang yang lalai. Dia juga menyatakan Rejab, bulan menanam benih. Syaaban, bulan untuk menyirami. Ramadhan bulan untuk menuai hasilnya, Semua orang akan menuai apa yang dia lakukan. Dia akan mendapat balasan atas apa yang dia lakukan. Barang siapa yang tidak menanam sesuatu, waktu menanam atau menanam sekadar asal menanam, maka dia akan menyesal dan akan merasakan akibat buruk dari perbuatannya yang buruk itu"
#Jadi, kalau di bulan Rejab, kita menanam dosa dan keburukan, dan tidak berhenti melakukannya, maka di bulan Ramadhan kita akan tetap melakukannya. Jadi bulan Rejab ini adalah kuncinya bulan kebaikan dan keberkatan. Untuk memasuki bulan Syaaban dan Ramadhan, kuncinya di bulan Rejab. Jadi bagaimana kalau kita tidak membuka kunci di bulan Rejab ini dengan amalan kebaikan, apa yang akan jadi dengan bulan Syaaban dan Ramadhan?.
#Jadi, bulan Rejab ini, bulan yang sesuai untuk melakukan semua amalan kebaikan. Apa sahaja kebaikan yang hendak dilakukan di bulan Ramadhan, mulakannya di sini. Bersegera dan jangan menunda-nunda kerana perbuatan menunda-nunda itu, tipu daya iblis, agar akhirnya, orang Islam yang beriman, rugi dan menyesal.
وَسَارِعُوۤا۟ إِلَىٰ مَغۡفِرَةࣲ مِّن رَّبِّكُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَـٰوَ ٰتُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِینَ
"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa"
[Surah Āli-ʿImrān: 133]
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
♡Ingat! Melakukan sesuatu dosa di bulan Rejab, balasannya berganda!!.. Awas, jangan mengkhianati diri sendiri dengan melakukan dosa dan maksiat. Tinggalkan segala jenis dosa, bertaubat nasuha dan jangan mengulanginya lagi. Jom banyakkan amal soleh di sepanjang bulan Rejab!!♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 23 Rejab 1446H☆
وَلَا تَهِنُوا۟ وَلَا تَحۡزَنُوا۟ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِینَ
"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman" [Surah Āli-ʿImrān 139]
#Para ulamak, mereka tidak berduka kerana ujian, musibah, sakit atau dipenjara secara zalim. Tidaklah sesekali mereka bersedih kerana semua itu. Sebaliknya, mereka hanya berduka disebabkan banyak ibadah yang terhalang kerana ujian yang diberikan kepada mereka.
#Diriwayatkan berkaitan kisah seorang ulamak yang dipenjara secara zalim disebabkan isu ‘khalqul Quran' (dipaksa mengaku al-Quran adalah makhluk. Jika tidak mengaku akan diseksa) ialah tokoh mazhab Al-Syafi’e iaitu Imam Abu Ya’qub al-Buwaithi rahimahullah.
#Berkata Imam as-Saji rahimahullah: "Imam al-Buwaithi semasa berada di dalam penjara, beliau akan mandi pada setiap hari Jumaat, memakai wangian, membasuh pakaiannya, kemudian beliau keluar menuju ke pintu penjara sebaik mendengar azan. Lalu pengawal penjara berkata: "Kembalilah kamu, semoga Allah merahmati kamu". Kata Imam al-Buwaithi: "Wahai Allah, sesungguhnya aku telah menyahut seruanmu, namun mereka menghalangku".
#Suatu hari seorang ulamak besar hadis iaitu Imam Muhammad bin Yahya az-Zuhli membacakan surat yang ditulis oleh Imam al-Buwaithi kepadanya di hadapan murid-muridnya. Dalam surat tersebut Imam al-Buwaithi mengatakan:
والذي أَسأَلك أَن تعرض حالى على إِخْوَاننَا أهل الحَدِيث لَعَلَّ الله يخلصني بدعائهم فإنى فى الْحَدِيد وَقد عجزت عَن أَدَاء الْفَرَائِض من الطَّهَارَة وَالصَّلَاة
"Yang aku minta kepadamu adalah, supaya engkau dapat menceritakan keadaan diriku kepada saudara-saudara kita dari kalangan ahli hadis. Mudah-mudahan Allah swt membebaskan aku (dari penjara) disebabkan doa mereka. Sesungguhnya aku dalam tirai besi, aku terhalang dari melaksanakan perkara-perkara fardhu seperti bersuci dan juga solat". Lalu orang ramai pun berteriak menangis seraya mendoakan beliau.
#Kata Imam Tajuddin as-Subki rahimahullah:
انْظُر إِلَى هَذَا الحبر لم يكن أسفه إِلَّا على أَدَاء الْفَرَائِض وَلم يتأثر بالقيد وَلَا بالسجن فرضي الله عَنهُ وجزاه عَن صبره خيرا
"Lihatlah ulamak besar ini. Beliau tidak berdukacita melainkan kerana dirinya terhalang dari melaksanakan ibadat fardhu. Beliau tidak terkesan dengan diikat, tidak pula kerana terpenjara. Semoga Allah swt meredhainya, dan mengurniakan kebaikan ke atas kesabarannya. (Lihat: Tabaqat as-Syafi’eyyah al-Kubra)
♡Kita pada hari ini langsung tidak sedih dan berduka tatkala meninggalkan perintahNya, leka daripada mengingatiNya dan lalai daripada melaksanakan ketaatan kepadanya, sedangkan kita dalam keadaan bebas, aman, selesa dan merdeka. Insafilah!!♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 22 Rejab 1446H☆
يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ
"Allah meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu, dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dalam kalangan kamu) beberapa darjat" [Surah al-Mujadalah 11]
#Sayidina Abdullah Ibn Mas’ud r.a menyebut bahawa Allah swt telah memuji ulamak di dalam ayat ini iaitu Allah swt mengangkat orang-orang beriman yang diberi ilmu di atas orang-orang beriman yang tidak diberikan ilmu dengan beberapa darjat. (Lihat: al-Jami’ li Ahkam al-Quran)
#Untuk menguasai ilmu memerlukan kesungguhan dan sepenuh perhatian dalam mempelajarinya.
#Berkata Imam Yahya bin Abu Kathir rahimahullah:
مِيرَاثُ الْعِلْمِ خَيْرٌ مِنْ مِيرَاثِ الذَّهَبِ، وَالنَّفْسُ الصَّالِحَةُ خَيْرٌ مِنَ اللُّؤْلُؤِ، وَلا يُسْتَطَاعُ الْعِلْمُ بِرَاحَةِ الجَسَدِ
"Warisan ilmu itu lebih baik daripada warisan emas, jiwa yang solehah lebih baik daripada mutiara, dan tidaklah mampu diperolehi suatu ilmu itu dengan kerehatan tubuh badan" (Lihat: al-Dibaj ‘ala Muslim, al-Kamil dan Hilyah al-Auliya')
#Penuntut ilmu yang sejati ialah mereka yang menumpukan sepenuh perhatian kepada penyampaian ilmu yang disampaikan oleh guru.
#Dikisahkan seorang ulamak bernama Yahya bin Yahya al-Laitsi, yang merupakan salah seorang perawi kitab Muwatta’ dari Imam Malik bin Anas, pernah melakukan kembara dari bumi Andalus (Sepanyol) menuju kepada Imam Malik yang berada di Madinah.
Ketika Yahya sedang duduk dalam majlis ilmu yang disampaikan oleh Imam Malik, tiba-tiba seorang lelaki menjerit: "Ada seekor gajah datang"!
Maka semua yang berada dalam majlis tersebut keluar untuk melihat gajah tersebut, kecuali Yahya seorang sahaja.
Imam Malik pun bertanya kepada Yahya:
ما لك لم تخرج وليس الفيل في بلادك
"Mengapa kamu tidak keluar, bukankah gajah tidak terdapat di negara kamu"
Jawab Yahya Al-Laitsi rahimahullah:
إنّما جئت من الأندلس لأنظر إليك، وأتعلّم من هديك وعلمك، ولم أكن لأنظر إلى الفيل
"Tujuan aku datang dari Andalus tidak lain tidak bukan hanyalah untuk bertemu denganmu, dan supaya aku dapat belajar dari petunjuk dan juga ilmumu. Aku tidak datang ke sini untuk melihat gajah".
Imam Malik berasa kagum dengan kenyataan tersebut, seraya berkata:
هذا عاقل الأندلس
“Ini merupakan 'Aaqil Al-Andalus (orang cerdik dari Andalus)". (Lihat: Nafh Al-Thib, Ahmad Al-Maqqari Al-Tilmisani)
♡Sebagai ahli ilmu, maka jangan biarkan dunia menyibukkan kita dari tujuan utama. Selamat menuntut ilmu dengan penuh kesungguhan dan sepenuh tumpuan♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 20 Rejab 1446H☆
وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولࣱ
"Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul..." [Surah Āli-ʿImrān 144]
#Nabi Muhammad saw merupakan insan yang paling mulia di antara semua makhluk dan dipilih sebagai Nabi dan Rasul utusanNya. Kerana itu juga Nabi Muhammad saw diberikan pelbagai keistimewaan didunia berbanding insan yang lain bahkan dikurniakan juga kelebihan di Akhirat kelak.
#Nama baginda sahaja pun dah istimewa dan luar biasa. Nama Muhammad pun satu kelebihan. Imam Ibn ‘Asakir telah menyebutkan di dalam kitabnya daripada riwayat Ibn ‘Abbas R.A bahawa:
"Apabila Nabi saw dilahirkan, Abdul Muttalib telah melakukan akikah ke atas baginda dengan menyembelih kibasy dan menamakannya Muhammad. Ditanyakan kepadanya: “Wahai Abul Harith apakah yang menyebabkan engkau memberinya nama Muhammad dan bukan dengan nama nenek moyangnya?” Jawabnya: “Aku ingin agar Allah swt memujinya di langit dan juga manusia memujinya di bumi" (Lihat: Tarikh Dimashq)
#Ada beberapa kelebihan yang telah disebutkan oleh para ulamak berkenaan nama Muhammad. Berkata Imam Malik bin Anas rahimahullah:
سمعتُ أهل مكّة يقولون: ما من أهل بيتٍ فيهم اسم محمّد إِلَّا رُزِقُوا، أو رُزقَ خيرًا
"Aku pernah mendengar penduduk Mekah berkata: Tidak ada mana-mana penghuni sebuah rumah yang terdapat dalam kalangan mereka seseorang yang bernama Muhammad, melainkan akan diberikan rezeki kepada mereka, atau direzekikan kebaikan kepada mereka. (Lihat: Al-Masalik fi Syarh Muwatta Malik, Ibn Al-‘Arabi)
#Dalam mengulas kata-kata ini, Imam Ibn Rushd Al-Jadd berkata: "Ada kemungkinan mereka mengetahui hal tersebut disebabkan banyaknya pengalaman tentangnya. Atau terdapat di sisi mereka atsar yang diriwayatkan berkenaan hal tersebut".
#Al-Imam Al-Bajuri rahimahullah berkata: "Disunatkan untuk memberi nama dengan nama Muhammad sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah saw. Hendaklah memuliakan mereka yang namanya Muhammad sebagai tanda mengagungkan Rasulullah saw" (Lihat: Hasyiah Al-Bajuri)
#Antara contoh memuliakan mereka yang bernama Muhammad, disebutkan oleh Al-Sayyid Al-Kattani ketika menterjemahkan biografi Ali bin Ahmad bin Abdul Sadiq beliau berkata: "Beliau pada suatu hari membeli seorang hamba. Setelah beliau berjalan bersama hambanya itu, beliau bertanyakan tentang namanya. Hambanya menjawab: Namaku Muhammad. ‘Ali berkata kepadanya: Pergilah kamu ke mana sahaja yang kamu mahu (dibebaskan). Orang seumpamaku tidak layak untuk memiliki Muhammad" (Lihat: Fihris Al-Faharis)
♡Nama Muhammad pun sudah hebat, mulia dan istimewa. Apatah lagi nabi Muhammad saw adalah seorang Rasul bahkan manusia teragung lagi mulia dunia akhirat. Jom selawat ke atas nabi saw!!♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
Bismillah
Jom sahabat2 disini join Channel Tadabbur Kalamullah dkt Wasap
Boleh klik link ni utk join
https://whatsapp.com/channel/0029Vb30YXu6mYPSftfvWg1C
*SEDEKAH JUMAAT: WAKAF PEMBINAAN PONDOK MENUNGGU MURID ASLI SK RPS BANUN, GERIK, PERAK*
Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/WAQAF-BINA-PONDOK-MENUNGGU
Assalamualaikum wbt semua penyumbang yang dermawan..
Pihak PIBG SK RPS Banun, Gerik memohon bantuan kepada Geng Talaqqi untuk membantu pihak sekolah membina sebuah pondok menunggu buat murid-murid asrama yang menunggu bot untuk pulang ke kampung.
*KOS YANG DIPERLUKAN SEKITAR RM10 RIBU*
Untuk makluman semua penyumbang, murid-murid asrama SK RPS Banun akan pulang ke kampung masing-masing setiap kali cuti persekolahan. Setiap kali ingin pulang ke kampung, mereka perlu menunggu bot di Jeti Tasik Banding tanpa ada tempat untuk berteduh daripada panas dan hujan. Situasi ini bukan sahaja tidak selesa tetapi juga tidak selamat untuk mereka.
Pihak PIBG SK RPS Banun mencadangkan untuk di bina sebuah pondok menunggu untuk dijadikan tempat berteduh untuk mereka terutama setiap kali cuti sekolah dan juga di waktu yang lain.
Jom bersama kami menyuburkan rezeki dengan menyumbang sedikit dari harta kita untuk projek yang menjanjikan ganjaran pahala yang besar ini. Jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada semua penyumbang.
==========
Sumbangan waqaf/infaq boleh disalurkan ke akaun toyyib pay:
https://toyyibpay.com/WAQAF-BINA-PONDOK-MENUNGGU
Atau terus ke akaun:
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Pondok Menunggu Murid Asli
SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:
📲Ust naim: http://www.wasap.my/60196023803/PondokMenungguMuridAsli
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/PondokMenungguMuridAsli
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/PondokMenungguMuridAsli
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/PondokMenungguMuridAsli
*ANDA HULUR, KAMI SALUR*
☆Tadabbur Kalamullah 16 Rejab 1446H☆
فَلۡیَضۡحَكُوا۟ قَلِیلࣰا وَلۡیَبۡكُوا۟ كَثِیرࣰا جَزَاۤءَۢ بِمَا كَانُوا۟ یَكۡسِبُونَ
"Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan" [Surah at-Tawbah 82]
#Dalam ayat ini, Allah swt hendak memberitahu bahawa gelak ketawa mereka (orang-orang munafik) sekarang di dunia ini sebenarnya sedikit sahaja sebenarnya kerana berapa lama sangat mereka boleh bersuka-suka di dunia atau mengejek-ngejek orang beriman? Hakikatnya dunia ini kehidupan yang sekejap sahaja. Maka sebenarnya yang akan terjadi adalah mereka akan menangis dengan amat banyak sekali di neraka dan tiada lagi gelak ketawa. Ini kerana kederhakaan dan kedegilan mereka dalam mentaati Allah swt.
#Islam sebagai panduan hidup manusia tidak pernah melarang manusia untuk berhibur, bergelak ketawa dan berjenaka. Hiburan dan jenaka itu adalah fitrah tabiat manusia dan tanpanya kehidupan akan menjadi hambar, sedih dan kurang bermotivasi untuk hidup menjalankan tanggungjawab masing-masing.
#Berkata Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya al-Halal wa al-Haram:
"Justeru, Islam tidak mewajibkan manusia agar semua perkataan yang diucapkan sehari-hari sebagai zikir, semua renungannya sebagai berfikir, semua pendengarannya hanyalah al-Quran al-Karim dan semua masa lapangnya mesti berada di dalam masjid. Bahkan Islam mengiktiraf kewujudan manusia itu dengan fitrah dan tabiatnya yang tersendiri sebagaimana yang diciptakan Allah swt buat mereka. Allah swt menciptakan manusia supaya mereka senang, ketawa dan bermain-main sebagaimana diciptakan bagi manusia itu keinginan untuk makan dan minum.."
#Walaupun kita tidaklah dilarang daripada bergelak ketawa, akan tetapi janganlah keterlaluan. Apa-apa perkara pun dalam dunia, janganlah berlebihan kerana ia boleh membawa kepada keburukan. Sebagaimana tidur dan makan berlebihan akan mendatangkan mudarat kepada kita.
#Ada sebuah kisah mencuit hati sebagaimana disebut dalam kitab Tabaqat Al-Syafi’eyyah Al-Kubra. Berkata Imam as-Subki rahimahullah:
"Tulisan as-Syaikh Safiyyuddin Al-Hindi adalah sangat-sangat buruk. Diceritakan bahawa beliau berkata:" Aku pernah terjumpa di pasar buku, sebuah kitab dengan tulisan yang aku sangkakan bahawa ia lebih buruk dari tulisanku. Lalu aku pun meninggikan harga kitab tersebut dan aku pun membelinya. Ini dengan tujuan untuk aku membantah mereka yang mendakwa bahawa tulisanku adalah seburuk-buruk tulisan. Sebaik sahaja aku sampai ke rumahku, aku mendapati bahawa tulisan tersebut rupanya adalah tulisan aku yang lama dahulu".
#Ada lagi kisah jenaka para ulamak kita. Imam Waki' bin Al-Jarrah menceritakan: "Suatu hari, aku menunaikan solat di Masjid Kufah. Di situ terdapatnya Imam Abu Hanifah sedang solat dan di sebelahnya Imam Ibn Al-Mubarak yang juga sedang solat. Ibn Al-Mubarak mengangkat dua tangan beliau setiap kali hendak rukuk dan ketika bangun dari rukuk. Manakala Imam Abu Hanifah tidak mengangkat dua tangannya. Sebaik sahaja mereka selesai solat, Imam Abu Hanifah berkata kepada Ibn Al-Mubarak: "Wahai Abu Abdul Rahman, aku tengok kamu banyak angkat dua tangan. Apakah kamu hendak terbang?". Imam Ibn Al-Mubarak menjawab: "Wahai Abu Hanifah. Aku juga telah melihat kamu mengangkat dua tangan apabila kamu memulakan solat (iaitu ketika takbiratul ihram), apakah kamu juga hendak terbang?". Lalu Imam Abu Hanifah pun terdiam" (Lihat: Sunan Al-Kubra)
#Imam Waki’ bin Al-Jarrah berkata: "Imam Abu Hanifah berkata kepada Imam Ibn Al-Mubarak: "Kamu angkat dua tangan kamu pada setiap kali takbir, seolah-olah kamu hendak terbang". Ibn Al-Mubarak membalas: Sekiranya kamu terbang pada takbir pertama, maka aku terbang pada takbir selainnya" (Lihat: Al-Sunnah, Abdullah bin Ahmad)
♡Islam membenarkan jenaka dan gelak ketawa yang berilmu, menghiburkan dan tidak keterlaluan. Jangan sesekali menjadi seperti orang munafik yang gelak tawa mereka membawa azab dan penderitaan♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 14 Rejab 1446H☆
مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِۗ أَلَاۤ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِیبࣱ
"Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)" [Surah al-Baqarah 214]
#Ayat ini memberikan peringatan kepada seluruh umat Islam bahawa walaupun kita diuji dengan kesulitan, kesusahan, kepayahan, halangan, kesakitan dan pelbagai cabaran, maka ketahuilah pertolongan Allah akan sentiasa hadir dan dekat bagi mereka yang bersabar dan beriman.
#Bersabar dalam penderitaan dan kesenangan menjadikan seseorang selalu dekat kepada Allah dan menjaga diri daripada segala perkara yang dapat menimbulkan kemurkaan Allah. Orang ini berhak mendapat kasih sayang Allah, sehingga menjadi hamba yang dekat dengan Allah. Pertolongan Allah pun akan sangat turun kepada hamba-hambaNya yang bersabar. Justeru, dengan bersabarlah para salafussoleh merasai kenikmatan dalam hidup.
#Berkata Sayidina Umar bin Khattab r.a: "Kami mendapatkan kebaikan hidup kami dengan bersabar".
#Berkata Sayidina Ali bin Abi Talib r.a: "Ketahuilah bahawa kedudukan sabar bagi iman adalah seperti kedudukan kepala bagi tubuh. Jika kepala terputus, maka matilah badan". Kemudian beliau meninggikan suaranya: "Ketahuilah bahawa tidak beriman orang yang tidak bersabar".
#Sayidina Umar bin Abdul Aziz r.a berkata: "Allah tidak memberi suatu kenikmatan kepada hambaNya, kemudian dia mencabutnya daripada orang itu dan menggantinya dengan sabar, maka penggantinya itu lebih baik daripada apa yang dicabut daripadanya". Itulah pertolongan Allah.
#Ayat ini juga mengingatkan kita untuk tidak berputus asa, walaupun keadaan kelihatan sangat mencabar. Yakinlah akan pertolongan, perlindungan dan bantuan Allah swt.
#Setiap ujian dalam hidup seperti kesusahan, masalah, atau tekanan adalah sebahagian daripada takdir dan ujian dari Allah swt kepada hambaNya. Ia adalah peluang untuk meningkatkan iman dan kebergantungan kita kepadaNya.
#Allah menjanjikan bahawa pertolonganNya dekat dengan mereka yang menghadapi kesusahan dengan kesabaran dan keimanan. Mesej ini sangat menguatkan hati orang-orang yang beriman, kerana mereka tahu bahawa segala sesuatu yang berlaku adalah di bawah kawalan Allah, dan tidak ada kesusahan yang tidak disertai dengan jalan keluar.
#Jom hayati kisah ringkas dibawah ini sebagai bukti pertolongan Allah sentiasa dekat dengan orang beriman :
Dikisahkan dalam peperangan Badar, Sayidina 'Ukkasyah bin Mihson r.a telah diuji dengan ujian yang baik iaitu pedang yang berada ditangannya telah patah. Maka Nabi saw memberinya sebatang pelepah daripada pohon tamar atau sebatang ranting. Kemudian dengan bantuan dan izin Allah swt, batang tamar yang berada di tangannya telah telah bertukar menjadi pedang, dan beliau telah berperang dengan menggunakan pedang (ranting tamar) tersebut. (Lihat: Siyar A‘lam al-Nubala’)
♡Fahamlah kita bahawa ayat ini membawa mesej harapan. Tidak kira betapa sukarnya cabaran yang kita hadapi, pertolongan Allah akan tiba pada waktu yang tepat. Maka sentiasalah berusaha, berdoa, dan tidak berputus asa kerana pertolongan Allah adalah pasti♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 12 Rejab 1446H☆
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ عَلَیۡكُمۡ أَنفُسَكُمۡۖ لَا یَضُرُّكُم مَّن ضَلَّ إِذَا ٱهۡتَدَیۡتُمۡۚ إِلَى ٱللَّهِ مَرۡجِعُكُمۡ جَمِیعࣰا فَیُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Ia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan" [Surah al-Māʾidah 105]
#Imam Ibnu Kathir menafsirkan bahawa Allah menyuruh orang-orang beriman agar sentiasa memperbaiki diri mereka dengan terus melangsungkan kebaikan semampu mungkin. Ayat ini juga bermaksud jati diri orang-orang beriman itu tidak akan boleh dipengaruhi oleh kerosakan golongan-golongan yang rosak.
#Hal ini kerana kita hidup di akhir zaman yang penuh dengan ujian dan fitnah sehingga sebahagian daripada manusia musnah iman dan Islamnya.
#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw dengan tegas memperingatkan kita terutama umat akhir zaman:
بَادِرُوا بِالأَعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا أَوْ يُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا يَبِيعُ دِينَهُ بِعَرَضٍ مِنَ الدُّنْيَا
"Hendaklah kamu bersegera melakukan amalan-amalan sebelum datangnya fitnah-fitnah ibarat kepingan-kepingan malam yang gelap gelita. Hal ini menjadikan seseorang lelaki beriman pada waktu pagi dan kufur pada waktu petang, atau beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi. Ini kerana dia menjual agamanya dengan sedikit mata benda dunia" (HR Muslim)
#Al-Imam al-Suyuti berkata: "Hadis ini menggesa supaya melakukan amalan yang soleh dengan bersegera sebelum berlaku keuzuran kepada kita dan kesibukan disebabkan berlakunya banyak fitnah yang melalaikan dan betimpa-timpa sebagaimana bertimpanya kegelapan malam tanpa sebarang cahaya bulan. Dan Rasulullah saw mensifatkannya sejenis daripada ujian, bala daripada fitnah tersebut sehingga membawa seseorang itu di waktu petang beriman, kemudian pada waktu pagi boleh menjadi kufur atau sebaliknya" (Lihat: al-Dibaj ‘ala Muslim)
#Kita perlu menyedari pada saat ini, zaman ini pelbagai fitnah sedang berlaku, antaranya ialah:
1. Majoriti manusia kehilangan pedoman. Al-Quran dan Sunnah tidak dijadikan sebagai sumber rujukan hidup dalam erti kata yang sebenar.
2. Kekeliruan berlaku dengan cukup rancak menyebabkan kehidupan manusia menjadi songsang. Kebenaran dianggap batil dan perkara batil dianggap benar.
3. Jalan untuk melangsungkan agenda-agenda yang baik semakin disempitkan, disalahertikan, malah disekat. Kebaikan dan kejujuran sukar mendapat tempat jika dibandingkan dengan penipuan dan pengkhianatan.
4. Kezaliman, penindasan, krisis, dan peperangan demi peperangan meletus sehingga menyukarkan beribadah dan berdakwah.
5. Kejahilan hati dan ilmu dianggap biasa, menyebabkan kejahilan cara fikir mengambil alih kaedah penilaian manusia dalam sesuatu perkara.
6. Pertimbangan untung rugi dunia lebih diutamakan dan diangkat sebagai penentu, berbanding penilaian akhirat.
♡Jagalah diri jangan sampai kita terperangkap dalam kesesatan dan kederhakaan. Istiqamahlah atas kebenaran walaupun hanya tinggal kita seorang♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
RALAT:
Nabi Ibrahim - Kitab Zabur❎
Nabi Daud - Kitab Zabur✅
☆Tadabbur Kalamullah 10 Rejab 1446H☆
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ أُولَٰئِكَ هُمْ شَرُّ الْبَرِيَّةِ
"Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekallah mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk" [Surah al-Bayyinah 6]
#Allah swt memaklumkan dalam ayat ini, golongan Yahudi, Nasrani dan Musyrikin yang tetap tidak mahu meninggalkan fahaman sesat dan syirik mereka, tidak mahu menerima bayyinah yang sampai kepada mereka, mereka akan dimasukkan ke dalam neraka Jahannam.
#Syeikh al-Maraghi berkata: "Al-Bayyinah itu adalah Nabi Muhammad saw yang membacakan lembaran-lembaran al-Quran kepada mereka, yang bersih dari campur tangan manusia, bersih daripada kesesatan, bersih daripada pemalsuan dan memancarkan cahaya kebenaran. Selain itu, al-Quran juga mengandungi kebenaran sebagaimana yang terdapat dalam kitab para Nabi yang sebelumnya seperti kitab Nabi Musa Alaihissalam (Taurat), Nabi Isa Alaihissalam (Injil) dan Nabi Ibrahim Alaihissalam (Zabur).
#Pendapat lain berkenaan al-Bayyinah atau bukti yang nyata ialah:
1. Rasulullah saw. Inilah pendapat kebanyakan ulamak.
2. Al-Quran. Inilah pendapat Abu al-‘Aliyah.
3. Apa yang terdapat dalam kitab mereka berkenaan kenabian. Inilah pendapat al-Mawardi.
#Allah swt menekankan yang mereka akan kekal di dalam neraka Jahannam berterusan selama-lamanya. Mereka tidak ada peluang langsung untuk keluar daripada neraka sampai bila-bila. Mereka tidak akan mati, maka memang akan kekal terus di sana.
وَٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ وَكَذَّبُوا۟ بِـَٔایَـٰتِنَاۤ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِ خَـٰلِدِینَ فِیهَاۖ وَبِئۡسَ ٱلۡمَصِیرُ
"Dan orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli neraka, kekalah mereka di dalamnya; dan itulah seburuk-buruk tempat kembali" [Surah at-Taghābun 10]
#Mereka yang degil dan sombong menolak kebenaran dan keterangan yang jelas mengenai wahyu adalah makhluk yang paling teruk dan jahat. Ini kerana telah sampai petunjuk kepada mereka, tetapi mereka tolak dan tentang sedahsyat-dahsyatnya. Maka selayaknya mereka menjadi penghuni neraka Jahannam.
إِنَّ شَرَّ ٱلدَّوَاۤبِّ عِندَ ٱللَّهِ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ فَهُمۡ لَا یُؤۡمِنُونَ
"Sesungguhnya sejahat-jahat (makhluk) yang melata di sisi (hukum dan ketetapan) Allah ialah orang-orang yang kafir (yang degil dengan kekufurannya). Sebab itu mereka tidak (mahu) beriman" [Surah al-Anfāl 55]
#Maka jika kita orang Islam pun degil, masih menolak ajaran daripada wahyu setelah sampai keterangan kepada kita, maka itu pun tergolong dalam kalangan makhluk Allah yang jahat dan melampaui batas.
♡Ketahuilah bahawa menolak kebenaran wahyu adalah seburuk-buruk dan sejahat-jahat perkara yang dilakukan oleh manusia. Insafilah. Jangan sesekali kufur pada Allah dan jangan sesekali menempah tiket ke neraka Jahannam♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 8 Rejab 1446H☆
وَٱلطُّورِ
"Demi Bukit Tursina" [Surah aṭ-Ṭūr 1]
وَطُورِ سِینِینَ
"Dan Bukit Tursina" [Surah at-Tīn 2]
#Antara kelebihan bukit Tur Saina’ atau Tur Sina ialah Allah swt telah bersumpah di dalam al-Quran mengenainya.
#Bukit Tur Saina’ juga disebut Tur Sina ini terletak di Madyan, yang dahulu adalah sebahagian dari daerah Syam, dan kini termasuk dalam Semenanjung Sinai, Mesir.
#Bukit Tur Sina adalah antara bukit-bukit yang diberi keistimewaan dalam disiplin Islam, selain dari bukit Nur di Makkah dan bukit Uhud di Madinah. Bukit ini berketinggian 2240 meter.
#Bukit Tur Sina adalah tempat Nabi Musa Alaihissalam bermunajat dan bercakap-cakap dengan Allah swt (Rujuk Surah al-A’raf 143)
#Terdapat beberapa khabar yang diriwayatkan tentang kelebihannya. Ada diriwayatkan bahawa Dajjal tidak dapat memasuki empat buah masjid, iaitu Masjid al-Haram, Masjid Madinah, Masjid Tur Sina dan Masjid al-Aqsa (HR Nu’aim bin Hammad dalam al-Fitan).
#Selain itu, di atas puncak bukit Tur Sina memang ada dibina sebuah masjid kecil di situ dan kekal sehingga kini. Namun, hadis yang sahih menyebut negeri yang tidak akan dapat dimasuki oleh Dajjal ialah Mekah dan Madinah sahaja (HR al-Bukhari dan Muslim).
#Juga diriwayatkan bahawa manusia di akhir zaman mempunyai tiga buah benteng, iaitu; benteng mereka dari peperangan besar ialah di Antakiyah, Dimasyq. Benteng mereka dari Dajjal ialah Baitul Maqdis, dan benteng mereka dari Ya’juj dan Ma’juj ialah Tur Sina (HR Abu Nu’aim dalam al-Hilyah dan Ibn ’Asakir dari al-Husain bin ’Ali r.a)
#Terdapat satu-satunya hadis yang sabit tentang kelebihan bukit Tur Sina ialah Nabi saw pernah bersolat di sana. Dimaklumkan bahawa antara kelebihan sesuatu tempat itu ialah Nabi saw pernah bersolat di situ. Tempat-tempat sedemikian adalah tempat-tempat yang harus diharapkan keberkatan darinya. Hadis tersebut adalah sebahagian daripada riwayat mengenai peristiwa Isra’ dan Mi’raj baginda saw.
#Daripada Sayidina Anas bin Malik r.a, sabda Rasulullah saw: "Aku diberikan seekor binatang yang tingginya lebih dari keldai dan kurang dari baghal. Langkahnya adalah sejauh mata memandang. Lalu aku menunggangnya dan bersamaku Jibril Alaihissalam. Lantas aku pun bergerak. Setelah itu, Jibril berkata: Turun, dan bersolatlah. Maka aku pun melaksanakannya. Lalu dia berkata: Adakah kamu tahu di mana kamu bersolat? Kamu telah bersolat di Taybah, dan kepadanya nanti tempat berhijrah.
Kemudian setelah itu, Jibril berkata lagi: Turun, dan bersolatlah. Maka aku pun bersolat. Lalu dia berkata: Adakah kamu tahu di mana kamu bersolat? Kamu telah bersolat di Tur Saina’/Tur Sina, di mana Allah ’azza wajalla telah berbicara dengan Nabi Musa Alaihissalam.
Kemudian setelah itu, Jibril berkata lagi: Turun, dan bersolatlah. Maka aku pun bersolat. Lalu dia berkata: Adakah kamu tahu di mana kamu bersolat? Kamu telah bersolat di Baitul Lahm, di mana tempat Nabi Isa Alaihissalam dilahirkan.
Kemudian aku memasuki Baitul Maqdis. Lalu dihimpunkan untukku para Anbiya' (Nabi-nabi). Lantas Jibril pun mengedepankanku sehingga aku mengimamkan mereka bersolat. Kemudian aku diangkatkan ke langit dunia.." (HR an-Nasaie, at-Tabrani dan Imam at-Tobari)
♡Sesiapa yang berpeluang untuk mendaki Bukit Tur Sina, maka janganlah melepaskan peluang berkenaan. Namun, perjalanannya bukanlah perjalanan yang selesa. Dari kaki bukit menuju ke puncaknya pula mengambil masa sekitar 2-3 jam. Selamat mendaki!!♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 6 Rejab 1446H☆
إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَّوْقُوتًا
"Sesungguhnya solat itu merupakan kewajipan berwaktu ke atas orang-orang yang beriman" [Surah an-Nisa’ 103]
#Imam Muhammad Bin Jarir at-Thabari rahimahullah menafsirkan ayat ini dengan katanya: "Solat itu adalah merupakan suatu kefardhuan ke atas orang-orang yang beriman, yang telah ditetapkan untuk mereka itu waktu yang wajib melakukannya (solat)" (Lihat: Al-Jaami’ Al-Bayan ‘An Ta’wil Aayi Al-Quran, Al-Thabari)
#Imam Ibn Kathir rahimahullah ketika menafsirkan ayat ini beliau menukilkan kata-kata Saidina Abdullah Ibn Mas'ud r.a yang menyebut: "Sesungguhnya solat itu mempunyai waktunya sama seperti haji" (Lihat: Tafsir al-Quran al-Azhim, Ibn Kathir)
#Namun bagi seseorang yang meninggalkan solat, maka sudah tiada ketetapan waktu lagi. Solat itu boleh diqada pada bila-bila masa sahaja.
#Pada masa yang sama, diingatkan bahawa menunaikan solat-solat yang pernah ditinggalkan merupakan suatu kefarduan dan hutang kepada Allah swt yang wajib dilangsaikan. Sayidina Anas bin Malik r. a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ نَسِيَ صَلاةً فَلْيُصَلِّ إِذَا ذَكَرَهَا، لا كَفَّارَةَ لَهَا إِلَّا ذَلِكَ : وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي
“Sesiapa yang terlupa dan tertinggal solat, maka hendaklah dia melaksanakan solat tersebut sejurus sahaja mengingatinya. Tiada penebus selain itu. Allah swt berfirman: ““Dan dirikanlah solat untuk mengingatiKu"
(Surah Taha 14) (HR al-Bukhari dan Muslim)
#Imam al-Muzani menukilkan nas Imam al-Syafi’i yang berdalilkan hadis di atas ini, Imam al-Syafi’i berkata: "Seseorang yang meninggalkan solat, hendaklah dia mengqadha’ solat tersebut pada mana-mana waktu, tiada waktu larangan untuk melaksanakan solat qadha’ berdasarkan hadis di atas ini" (Lihat: Mukhtasar al-Muzani)
#Selain itu, para ulamak juga mengatakan, jika seseorang itu melaksanakan solat qadha’ di pertengahan malam, maka ia tetap akan mendapat pahala qiyamullail iaitu menghidupkan malam dengan ibadah, menurut mazhab al-Syafi’i.
#Imam al-Bujairimi menukilkan fatwa Imam al-Qalyubi: "Pahala qiyamullail tetap diperoleh sekalipun seseorang itu berada pada malam hari (untuk qiyamullail) dan melaksanakan solat fardu, sekalipun solat qadha’, atau solat yang diwajibkan kerana nazar, atau solat sunat yang mempunyai masa tertentu seperti solat sunat Isya’ dan solat witir" (Lihat: Hasyiah al-Bujairimi ‘ala Al-Khatib atau Tuhfah al-Habib ‘ala Syarh Al-Khatib)
♡Maka diingatkan agar mengutamakan perlaksanaan solat-solat qadha’ bagi solat yang diyakini tertinggal kerana ia merupakan hak Allah swt yang lebih utama untuk dilangsaikan. Laksanakanlah pada bila-bila masa sahaja termasuklah diwaktu tengah malam ketika bangun Qiamullail♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 4 Rejab 1446H☆
قَالَ هِيَ عَصَايَ أَتَوَكَّؤُاْ عَلَيۡهَا وَأَهُشُّ بِهَا عَلَىٰ غَنَمِي وَلِيَ فِيهَا مَـَٔارِبُ أُخۡرَىٰ
Nabi Musa berkata: "Ini adalah tongkatku. Aku bersandar padanya ketika berjalan dan aku memukul daun-daun supaya jatuh untuk dijadikan makan kambingku, dan ia berfaedah bagiku untuk keperluan-keperluan yang lain" [Surah Taha 18]
#Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan perkataan “مآرب” dengan hajat, keperluan atau manfaat. Imam al-Baghawi menyatakan yang dimaksudkan dengan maarib (مآرب) ini adalah apa yang digunakan padanya (tongkat) ketika bermusafir seperti membawa bekalan makanan, mengambil air dari perigi, membunuh ular, memerangi binatang buas, berteduh ketika berehat dan lain-lain lagi. (Lihat: Tafsir al-Baghawi)
#Imam al-Qurtubi mengatakan: "Antara faedah tongkat adalah mengingatkan diri akan mati dan berpindah ke alam akhirat. Sebahagian golongan zuhud kerap bertongkat dan mengatakan tujuannya adalah untuk sentiasa sedar bahawa dunia ini sekadar tempat persinggahan yang sementara dan bakal binasa. Tongkat merupakan alat seorang yang berkelana" (Lihat: al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an)
#Daripada Sayidina Abu Umamah r.a, beliau berkata:
خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَوَكِّئًا عَلَى عَصًا
"Rasulullah saw telah keluar menemui kami dalam keadaan berpegang pada tongkat" (HR Abu Daud. Imam Ibn Hajar al-Haithami mengatakan sanadnya Hasan)
#Sayidina Mu’az bin Jabal r.a meriwayatkan bahawa dikatakan Rasulullah saw bersabda:
إِنْ أَتَّخِذْ مِنْبَرًا فَقَدِ اتَّخَذَهُ أَبِي إِبْرَاهِيمُ، وَإِنْ أَتَّخِذِ الْعَصَا فَقَدِ اتَّخَذَهَا أَبِي إِبْرَاهِيمُ عَلَيْهِ السَّلَامُ
"Sungguh aku akan membuat mimbar kerana ia juga dibuat oleh bapaku Ibrahim Alaihissalam, dan sungguh aku akan memakai tongkat kerana ia juga dipakai oleh bapaku Ibrahim Alaihissalam" (HR at-Tabarani)
#Imam Hasan al-Basri berkata: "Pada bertongkat ada enam faedah:
1. Sunnah para Nabi,
2. Aksesori orang-orang soleh
3. Senjata melawan musuh
4. Alat pembantu orang-orang lemah
5. Mendatangkan kerisauan kepada orang-orang munafik
6. Penambah kepada amalan kebaikan. (Lihat: Tafsir al-Qurtubi)
#Imam Maimun bin Mahran berkata: "Bertongkat adalah sunnah para Nabi dan petanda bagi orang-orang Mukmin".
#Syeikh Mustafa al-Adawi berpendapat bahawa tongkat bukanlah untuk orang yang muda ataupun untuk orang yang sudah berumur tetapi ia adalah untuk orang–orang yang berhajat kepadanya maka gunalah ia ketika berhajat padanya dan kepada yang tidak berhajat kepadanya maka tinggalkanlah ia.
#Antara tokoh hebat yang bertongkat walaupun belum berusia tua, tidak memerlukan tongkat dan tidak lemah, antaranya adalah Imam as-Syafi’i sendiri. Ada seseorang pernah bertanya kepada Imam al-Syafi’i: "Mengapa tuan kerap bertongkat sedangkan tuan bukanlah seorang yang lemah?" Beliau menjawab: "Supaya aku sentiasa ingat dan sedar diri bahawa aku ini seorang musafir di dunia ini" (Lihat: Adab al-Syafi’i wa Manaqibuhu)
#Ini jelas menunjukkan peranan bertongkat boleh membantu untuk menimbulkan kesedaran mengingati hidup sementara di dunia khususnya ketika umur semakin meningkat dan menjelang senja.
♡Oleh itu, pemakaian tongkat bagi seseorang untuk membantu agar lebih mengingatkan tentang kematian dan negeri akhirat adalah dibenarkan dan sekiranya tidak membawa kepada perasaan riya’, sombong, bangga diri dan suka menjadi perbualan orang ramai maka ia adalah baik♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 3 Rejab 1446H☆
إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّهُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثۡنَا عَشَرَ شَهۡرࣰا فِی كِتَـٰبِ ٱللَّهِ یَوۡمَ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَ ٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ مِنۡهَاۤ أَرۡبَعَةٌ حُرُمࣱۚ ذَ ٰلِكَ ٱلدِّینُ ٱلۡقَیِّمُۚ فَلَا تَظۡلِمُوا۟ فِیهِنَّ أَنفُسَكُمۡۚ وَقَـٰتِلُوا۟ ٱلۡمُشۡرِكِینَ كَاۤفَّةࣰ كَمَا یُقَـٰتِلُونَكُمۡ كَاۤفَّةࣰۚ وَٱعۡلَمُوۤا۟ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلۡمُتَّقِینَ
"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa" [Surah At-Tawbah: 36]
#Empat bulan yang dihormati dan dimuliakan ialah Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Empat bulan ini dinamakan bulan-bulan haram. Bulan haram bermaksud bulan yang dihormati dan dimuliakan. Maka bulan Rejab adalah salah satu bulan haram yang dimuliakan di dalam Islam.
#Sayidina Abi Bakrah r.a meriwayatkan Nabi saw bersabda: "Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah swt menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram iaitu tiga daripadanya berturut-turut (Zulkaedah, Zulhijah dan Muharram) dan yang keempatnya adalah Rejab Mudhar yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya'ban" (HR al-Bukhari)
#Kenapa bulan-bulan ini dinamakan dengan nama berkenaan? Sebabnya ialah kerana pada bulan-bulan ini Allah swt mengharamkan peperangan di dalamnya. Orang-orang Arab pada zaman jahiliah lagi sangat membesarkan kedatangan bulan-bulan ini. Walaupun mereka meninggalkan ajaran Nabi Ibrahim, tetapi mereka tetap memuliakan kedatangan bulan-bulan haram. Peperangan yang berlaku di dalam bulan ini dipanggil sebagai perang Fijar. Fijar memberi maksud sesuatu yang jahat dan tidak baik.
#Sebelum berlaku perang Badar, Rasulullah saw menghantar satu sariyyah (perang yang tidak disertai oleh Rasulullah saw) ke Nakhlah. Sariyyah ini diketuai oleh Abdullah bin Jahsy r.a. Baginda saw hanya mengarahkan mereka mengintip pergerakan satu kafilah dagang Quraisy yang dalam perjalanan pulang dari Syam. Apabila bertemu kafilah dagang tersebut, sahabat bermesyuarat dan mengambil keputusan menyerang kafilah tersebut. Mereka membuat keputusan berkenaan kerana sekiranya mereka tidak menyerang, kafilah itu akan masuk ke kawasan Tanah Haram. Peristiwa ini terjadi pada hari terakhir bulan Rejab tahun kedua Hijrah.
#Dua orang Quraisy berjaya ditawan dan salah seorang daripada mereka iaitu Amru bin Al Hadrami telah berjaya dibunuh. Mereka merampas sejumlah harta ghanimah daripada kafilah tersebut. Orang-orang Quraisy memprotes tindakan umat Islam dan memburuk-burukkan imej agama Islam. Mereka menempelak ajaran Islam yang seolah-olah menceroboh bulan Rejab yang merupakan salah satu bulan yang diharamkan berperang di dalamnya. Mereka mempersoalkan adakah Islam yang kononnya mendakwa agama kesejahteraan telah menghalalkan peperangan dalam bulan haram?
#Lalu Allah swt menurunkan ayat dalam surah al-Baqarah ayat 217 menjawab protes golongan kafir dan membela tindakan sahabat nabi saw tersebut.
#Selepas itu Rasulullah saw membebaskan tawanan yang ditawan dan membayar diat terhadap kematian Amru bin Al Hadrami. Peristiwa ini menggambarkan betapa mulianya bulan-bulan haram pada mata orang Quraisy walaupun mereka sebenarnya lebih jahat kerana sebelum itu mereka tidak pernah mempedulikan kemuliaan Tanah Haram melalui tindakan yang disenaraikan oleh Allah swt melalui ayat di atas (Surah al-Baqarah 217).
♡Muliakanlah bulan Rejab dengan memperbanyakkan taubat dan amal soleh, disamping menjauhi pergaduhan, persengketaan dan peperangan♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 1 Rejab 1446H☆
وَٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَنُدۡخِلَنَّهُمۡ فِی ٱلصَّـٰلِحِینَ
"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, sudah tentu Kami akan masukkan mereka dalam kumpulan orang-orang yang soleh (dengan mendapat sebaik-baik balasan)" [Surah al-ʿAnkabūt 9]
#Sempena kemasukan bulan Rejab ini, marilah sama-sama kita mempertingkatkan amalan baik kita dan semoga Allah swt sentiasa memberi kita taufiq dan hidayahNya dalam setiap amalan yang kita lakukan agar ia diterima sebagai amal soleh yang melayakkan kita beroleh redhaNya.
#Berkata Syeikh Abu Bakar al-Warraq rahimahullah:
"Bulan Rejab adalah bulan untuk bercucuk tanam, bulan Sya’ban pula adalah bulan untuk menyiram tanaman dan bulan Ramadhan pula adalah bulan untuk memungut hasil" (Lihat: Lathaif al-Ma’arif)
#Daripada Uthman bin Hakim bahawa:
سَأَلْتُ سَعِيدَ بْنَ جُبَيْرٍ، عَنْ صَوْمِ رَجَبٍ وَنَحْنُ يَوْمَئِذٍ فِي رَجَبٍ فَقَالَ: سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، يَقُولُ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ لَا يُفْطِرُ، وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ لَا يَصُومُ
"Aku bertanya kepada Saʻid bin Jubair tentang puasa Rejab, apa pandanganmu? Beliau menjawab: Sayidina Ibn ‘Abbas memberitahu kami bahawa: Rasulullah saw biasa berpuasa sehingga kami menyangka Baginda saw tidak akan berbuka. Baginda saw juga terus berbuka sehingga kami menyangka Baginda saw tidak akan berpuasa" (HR Muslim)
#Riwayat ini merupakan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam karya sahihnya. Imam al-Baihaqi memasukkan hadis ini dalam karyanya Fada’il al-Auqat dan meletakkannya di bawah tajuk bab Fadl Syahr Rajab (Kelebihan Bulan Rejab).
#Melakukan ibadah puasa dan ibadah lain dalam bulan Rejab dan Sya’ban adalah dianjurkan berdasarkan kesepakatan tiga mazhab iaitu mazhab al-Hanafi, al-Maliki dan al-Syafi’e. (Lihat: al-Fiqh ala al-Mazahib al-Arbaʻah)
#Imam an-Nawawi menyebutkan bahawa antara puasa sunat adalah puasa pada bulan-bulan Haram iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab dan yang paling afdal antaranya adalah pada bulan Muharram. (Lihat: al-Majmuk Syarh al-Muhazzab)
*Ini menunjukkan bahawa bulan Rejab merupakan bulan yang mulia dan bulan yang disunatkan berpuasa padanya.
#Menurut Syeikh Abu Bakr al-Dimyati terdapat sebahagian orang mengatakan bahawa puasa Rejab adalah bid’ah, maka itu tidak benar. Bahkan ia adalah suatu sunnah yang diutamakan. (Lihat: Iʻanah al-Talibin ‘ala Halli Alfaz Fath al-Muʻin)
#Imam al-Syafi’i juga pernah menyatakan bahawa doa akan dikabulkan oleh Allah swt pada 5 malam iaitu malam Jumaat, malam Aidiladha dan Aidilfitri, malam pertama Rejab dan malam nisfu Syaaban. Kemudian, beliau menyebutkan bahawa ia bukan satu kefardhuan. (Lihat: al-Umm)
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
♡Jom perbanyakkan amal soleh disepanjang bulan Rejab, moga kita tergolong dalam kalangan hambaNya yang soleh. Aamiiin♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah