tadabburkalamullah | Unsorted

Telegram-канал tadabburkalamullah - Tadabbur Kalamullah

13574

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

Subscribe to a channel

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 24 Zulhijjah 1445H☆

قَالَ اجْعَلْنِي عَلَىٰ خَزَائِنِ الْأَرْضِ ۖ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ

Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya" [Surah Yusuf 55]

#Sambung lagi bicara tentang isu berkaitan keghairahan untuk memegang jawatan dan kuasa.

#Jika dilihat kepada sejarah salafussoleh yang terdahulu, jawatan bukanlah sesuatu yang paling penting bagi mereka. Lihatlah kepada sejarah pedang Allah (saifullah) iaitu Sayidina Khalid al-Walid r.a yang dinaikkan pangkat menjadi panglima perang pada zaman Khalifah Abu Bakar as-Siddiq r.a. Beliau terlibat dan memimpin banyak peperangan pada zaman Khalifah Abu Bakar seperti perang memerangi Musailamah al-Kazzab, peperangan Yarmuk, perang memerangi Rom Timur (Byzantine) dan empayar Parsi, dan berjaya menawan Iraq serta berjaya dalam siri-siri peperangan di Syam.

#Setelah Sayidina Umar r.a dilantik menjadi Khalifah, beliau memecat Sayidina Khalid al-Walid dari jawatan tersebut dan menggantikannya dengan Sayidina Abu ‘Ubaidah r.a. Namun, Sayidina Khalid al-Walid tetap berjuang seperti biasa walaupun sebagai seorang tentera biasa, malah tetap taat dan patuh kepada arahan Sayidina Abu ‘Ubaidah r.a sebagai panglima perang baharu dan arahan Khalifah Umar bin al-Khattab.

#Di zaman kini, berlaku kepelikan apabila manusia yang jahil, penipu dan tidak layak untuk memegang jawatan tetapi mereka berusaha bermati-matian untuk mendapat kuasa dan jawatan sehingga sampai sanggup berbohong, berbalah, bertengkar, bergaduh dan berbunuhan.

#Diingatkan, agar jangan sesekali memberi jawatan atau kuasa kepada orang yang gila kuasa. Hal ini kerana kecintaan mereka terhadap kuasa akan mengaburi mereka dari kebaikan. Adalah dibimbangi kepentingan diri sendiri lebih mereka utamakan dari kesusahan rakyat. Amat sukar mencari pemimpin yang bangkit mengutamakan rakyat dari diri sendiri dizaman kini.

#Al-Imam Abu Ayyub al-Sakhtiyani berpesan bahawa mereka yang cintakan kemasyhuran dan kepimpinan adalah mereka yang sukar dipercayai. Kata beliau:

ما صدق عبد قط فأحب الشهرة

"Tiada yang benar langsung buat si hamba yang mencintai kemasyhuran".

#Berkata juga Imam Fudail ibn Iyyad memberi pesanan:

ما من أحد أحب الرئاسة إلا حسد وبغى، وتتبع عيوب الناس، وكره أن يُذكر أحد بخير

"Tidak ada seorang lelaki yang gilakan kuasa kepimpinan melainkan dia akan terjebak dengan hasad dan kejahatan, suka mencari keaiban manusia dan dia benci untuk menyebut kebaikan orang lain".

#Usah dilantik atau diberikan kuasa kepada mereka yang gila kuasa sehingga sampai meminta-minta walaupun dirinya tidak mampu dan tidak berbakat.

#Diriwayatkan dua orang lelaki pernah bertemu Rasulullah saw lalu meminta daripada Baginda supaya diberikan kuasa sebagai pemimpin. Rasulullah saw menegur mereka dengan berkata:

إِنَّا لاَ نُوَلِّي هَذَا مَنْ سَأَلَهُ، وَلاَ مَنْ حَرَصَ عَلَيْهِ

"Kami tidak memberikan urusan kepimpinan ini kepada siapa yang memintanya, kami juga tidak berikan kepimpinan buat mereka yang terlalu bersungguh mendapatkannya" (HR al-Bukhari)

♡Sifat gilakan kuasa menyebabkan seseorang akan menjadi hasad dengki, pentingkan diri, kejam bahkan suka mencari keaiban manusia lain. Jadilah pemimpin yang baik, bertaqwa dan adil. Moga sentiasa dibimbing dengan petunjuk Allah swt. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 22 Zulhijjah 1445H☆

قَالَ اجْعَلْنِي عَلَىٰ خَزَائِنِ الْأَرْضِ ۖ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ

Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya" [Surah Yusuf 55]

#Berkata Imam Al-Qurtubi dalam tafsirnya menerangkan ciri-ciri individu yang layak meminta jawatan berdasarkan ayat al-Quran di atas. Seseorang yang menepati kriteria untuk memegang sesuatu jawatan tidak dipilih berdasarkan keturunannya dan juga kecantikannya, akan tetapi dinilai berdasarkan kekuatannya dalam kepimpinan dan mempunyai ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan bidang yang diminta. (Lihat: Tafsir al-Jami’ li-Ahkam al-Quran)

#Jawatan adalah amanah dan bebanan. Ia bukannya satu keuntungan atau kemuliaan. Jawatan tidak sepatutnya dimohon atau diminta kecuali bagi orang yang benar-benar layak iaitu mereka yang benar-benar memiliki kepakaran dalam selok belok kepimpinan dan memiliki ilmu yang banyak berkaitan jawatan yang dimohon. Jika tidak memenuhi kriteria, hanya sekadar kaki sembang dan pencipta formula tetapi tiada kepakaran dan ilmu maka jangan sesekali meminta jawatan atau menerima jawatan. Ini lebih kepada menuju kerosakan dan kepincangan bahkan menjadi penyesalan di mahsyar kelak. 

#Nabi saw bersabda berkenaan bahaya meminta jawatan:

إنَّكُمْ سَتَحْرِصُونَ عَلَى الإمَارَةِ، وَسَتَكُونُ نَدَامَةً يَوْمَ القِيامَةِ، فَنِعْمَ المُرْضِعَةُ وبِئْسَتِ الفاطِمَةُ

"Kamu semua akan sukakan kepada jawatan, tetapi ia boleh menjadi penyesalan ketika hari akhirat kelak, kerana pada permulaannya terdapat nikmat, namun pengakhirannya ia menjadi pengikat yang jahat" (HR al-Bukhari)

#Imam Ash-Shan’ani dalam syarah Bulugh al-Maram mengatakan bahawa hadis ini memberi peringatan kepada sesiapa yang mempunyai jawatan atau kekuasaan tidak akan terselamat daripada neraka, kecuali mereka yang mengetahui akan kebenaran (haq) dan beramal dengannya. Mengetahui saja tidak mencukupi, kerana amalan selepas itu juga merupakan tiang-tiang kebenaran (haq). Dan barangsiapa yang tidak beramal dengan kebenaran, maka neraka merupakan tempat yang layak baginya. 

#Terdapat manusia yang berpendapat bahawa memegang sesuatu jawatan itu sebagai satu wasilah untuk meraih keuntungan (ghanimah), memperolehi pelbagai faedah yang menggiurkan. Lantaran itu, mereka akan berusaha bermati-matian walau dengan apa cara sekalipun, tanpa mengambil kira halal atau haram untuk mendapatkan jawatan. Yang penting, jawatan mesti diraih. Makin tinggi jawatan, makin luaslah peluang untuk mendapat ghanimah (keuntungan dan kekayaan).
Dan apabila jawatan telah disandang, amat sukar untuk dilepaskan. Berat atau ringan, cemerlang atau kecundang, bukan menjadi perhitungan. Yang penting jawatan mesti dipertahankan demi menjamin ghanimah berterusan mengalir ke dalam genggaman. Mereka langsung tidak memikirkan soal jawab dan soal siasat di Mahsyar kelak yang bakal menjadi penyesalan yang membawa kepada penderitaan dan kesengsaraan.

♡Insafilah diri, jawatan bukan satu kemuliaan dan keistimewaan tetapi suatu tanggungan yang membebankan malah boleh menjadi satu penyesalan. Bagi yang memegang jawatan maka tunaikan seamanah dan seadil mungkin agar tidak merosakkan masa depan di akhirat♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 21 Zulhijjah 1445H☆

فَإِن طِبْنَ لَكُمْ عَن شَيْءٍ مِّنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَّرِيئًا

"Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya" [Surah an-Nisa' 4]

#Syeikh Muhammad Zuhaili menyatakan: "Sekiranya seseorang isteri itu memberi (hibah) kepada suaminya sebahagian daripada maharnya maka harus bagi suaminya itu mengambilnya. Dan ia merupakan pemberian yang baik selagi mana ia meredhainya".

#Amalan memberi hibah, hadiah ataupun sedekah merupakan satu amalan yang digalakkan dalam Islam. Firman Allah swt:

لَّيْسَ الْبِرَّ أَن تُوَلُّواْ وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَالْمَلآئِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى الْمَالَ عَلَى حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّآئِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ

"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, – kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi" [Surah al-Baqarah 177]

#Sedekah sebenarnya mempunyai maksud yang cukup luas dalam Islam. Secara mudahnya, ia boleh didefinisikan sebagai pemberian oleh seseorang kepada orang lain yang memerlukan dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt sama ada pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, sanak-saudara, mahupun untuk kepentingan fi sabilillah.

#Yakinilah bahawa harta orang yang suka bersedekah tidak akan berkurang. Hadis daripada  Sayidina Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:

ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا

"Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya" (HR Muslim)

#Namun, perlu diingatkan bahawa janganlah diambil semula sesuatu yang telah dihadiahkan atau disedekahkan. Ulamak bersepakat bahawa tidak boleh mengambil kembali barang yang disedekahnya jika telah diterima oleh orang lain atau kaum keluarga.

#Ini berdasarkan nas Sayidina Umar bin al-Khattab r.a yang berkata:

مَنْ وَهَبَ هِبَةً لِصِلَةِ رَحِمٍ، أَوْ عَلَى وَجْهِ صَدَقَةٍ، فَإِنَّهُ لاَ يَرْجِعُ فِيهَا

"Siapa yang membuat hibahan kerana silaturrahim atau sebagai sedekah maka janganlah dia ambil kembali" (Riwayat Imam Malik dan al-Baihaqi)

♡Umat Islam tidak kira kaya atau miskin digalakkan bersedekah mengikut kemampuannya. Bagaimanapun, orang miskin yang bermurah hati hendak bersedekah, bersedekahlah ala kadar, asalkan tidak menyusahkan diri sendiri dan orang yang menjadi tanggungannya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 19 Zulhijjah 1445H☆

هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ

"Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka" [Surah al-Baqarah 187]

#Ayat ini menceritakan mengenai hal ehwal perkahwinan iaitu tentang hubungan intim suami dan isteri.

#Syeikh Dr. Mustafa al-Khin di dalam kitab beliau telah menyatakan beberapa hikmah perkahwinan, antaranya:

1. Memenuhi keperluan fitrah manusia
2. Mengembangkan masyarakat Islam dengan keturunan
3. Mewujudkan ketenangan jiwa dan ketenteraman rohani
4. Memelihara akhlak daripada kerosakan dan keruntuhannya.
5. Memelihara generasi manusia yang sejahtera
6. Mengembangkan kekeluargaan dan mengeratkan semangat kerjasama (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji)

#Apabila berlaku akad nikah antara suami dan isteri, antara peranan kedua-duanya adalah untuk menjadi pakaian antara satu sama lain.

#Sayidina Ibn Abbas r.huma menyatakan bahawa maksud yang dikehendaki dari ayat di atas adalah 'mereka adalah ketenangan bagi kalian dan kalian pun adalah ketenangan bagi mereka'. Manakala dalam Tafsir at-Tabari menyatakan bahawa maksud ayat ini adalah berkumpulnya dua jasad menjadi satu, iaitu 'bersetubuh'. (Lihat: Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ay al-Quran)

#Ketahuilah bahawa setiap pasangan memiliki kehendak dalam melayani naluri intim pasangan masing-masing dan perlu dilaksanakan oleh kedua-dua belah pihak. Tetapi bagi wanita, hendaklah melayan kehendak suaminya bilamana diajak. Hal ini berdasarkan hadis Nabi saw:

إِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَأَبَتْ فَبَاتَ غَضْبَانَ عَلَيْهَا لَعَنَتْهَا المَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ

"Apabila seorang suami mengajak isterinya ke katil (dengan tujuan untuk bersama), lalu isteri itu menolaknya, dan suami itu pun tidur dalam keadaan marah terhadap isterinya, maka para malaikat akan melaknatnya (isteri) sehinggalah dia bangun (daripada tidurnya) pada waktu pagi" (HR al-Bukhari)

#Imam an-Nawawi rahimahullah menyatakan bahawa hadis ini menjadi dalil bahawa haramnya seorang isteri itu menolak ajakan suaminya tanpa keuzuran yang syarak dan haid juga bukanlah satu keuzuran yang boleh menghalang ajakan suami kerana suami mempunyai hak untuk istimta’ (berseronok) dengan apa yang terdapat di atas kain (selain daripada faraj). Hadis ini juga bermaksud laknat daripada malaikat akan berterusan sehingga hilangnya maksiat dengan terbitnya fajar dan dengan suami itu merasa memadai atau dengan taubat si isteri apabila menerima ajakan suami tersebut untuk bersama. (Lihat: Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim)

#Penuhilah kehendak seksual pasangan dan layanlah pasangan dengan sebaiknya serta lindungilah pasangan. Suami isteri merupakan pasangan yang saling melindungi di antara satu sama lain dan saling perlu memerlukan.

#Hayatilah hadis ini:

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا، قِيْلَ لَهَا أُدْخُلِي الْجَنَّةَ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ

"Jika wanita mengerjakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya, mentaati suaminya, maka dikatakan kepadanya (pada hari Kiamat): ‘Masuklah ke dalam Syurga dari pintu mana pun yang kamu mahu" (HR Ahmad, Ibn Hibban dan al-Bazzar)

♡Wahai suami isteri, hiduplah bersama pasangan anda dengan penuh kasih sayang dan penuh kemesraan. Tunaikan peranan anda dengan menjadi pakaian antara satu sama lain♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 17 Zulhijjah 1445H☆

وَقِفُوهُمۡۖ إِنَّهُم مَّسۡـُٔولُونَ

"Dan hentikanlah mereka (menunggu), kerana sesungguhnya mereka akan disoal" [Surah aṣ-Ṣāffāt 24]

#Allah swt memerintah malaikat, tahanlah mereka di tempat pemberhentian, sesungguhnya mereka akan ditanya tentang kebohongan dan dosa yang telah mereka lakukan di dunia.

#Setiap kelakuan dan perbuatan manusia semasa didunia akan dihisab, disoal dan ditanya tentang apa yang dilakukan didunia. Setiap dosa dan kesalahan akan dihitung dan dibalas dengan azab dan kesakitan yang luar biasa sengsaranya.

#Setiap dosa manusia di dunia tidak akan terlepas daripada perhitungan yang adil di akhirat kelak. Tidak akan ada manusia yang mampu untuk memanipulasi rekod amalannya kerana setiap perhitungan yang dilakukan Allah swt adalah sangatlah terperinci.

وَنَضَعُ ٱلۡمَوَ ٰ⁠زِینَ ٱلۡقِسۡطَ لِیَوۡمِ ٱلۡقِیَـٰمَةِ فَلَا تُظۡلَمُ نَفۡسࣱ شَیۡـࣰٔاۖ وَإِن كَانَ مِثۡقَالَ حَبَّةࣲ مِّنۡ خَرۡدَلٍ أَتَیۡنَا بِهَاۗ وَكَفَىٰ بِنَا حَـٰسِبِینَ

"Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun; dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung); dan cukuplah Kami sebagai Penghitung" [Surah Al-Anbiyāʾ 47]

#Ingatlah setiap amalan manusia sama ada amalan yang kecil atau besar semuanya akan ditahan lalu di hisab dan di tanya oleh Allah swt di hari akhirat nanti. Termasuk setiap anggota manusia sama ada mata, telinga, hidung, kaki, tangan, mulut, kepala, rambut dan kulit manusia akan di tanya satu persatu dan akan menjadi saksi .

#Anggota manusia tidak akan berbohong dan mereka akan berkata benar. Satu persatu mereka akan menjawab dan menjadi saksi di atas perbuatan manusia.

#Jika manusia melakukan amal soleh, taat kepada semua perintah Allah dan menjauhi laranganNya maka akan berbahagialah dia setelah melalui mizan dan mahkamah Allah swt. Tetapi sebaliknya jika manusia hidup di dunia penuh maksiat dan dosa, hari-hari membuat fitnah, mengumpat, menzalimi orang lain, tinggalkan solat, merampas hak orang lain, menipu dalam mengejar kekuasaan dan harta dunia, awas mereka akan hidup menderita berpanjangan.

♡Lakukanlah amal terbaik disepanjang hidup. Pastikan kita berjaya melepaskan diri daripada tahanan mahsyar dan mampu menjawab setiap permasalahan dan berjaya ke syurga♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 15 Zulhijjah 1445H☆

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ

"Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah daripada kalangan hamba-hambaNya hanyalah para ulamak (orang yang berilmu)" [Surah Fatir 28]

#Orang alim atau ulamak yang tidak mempunyai perasaan takut kepada Allah swt bukanlah orang alim yang sebenarnya. Lebih-lebih lagi, orang alim yang keinginannya untuk mendapatkan kemewahan dunia, kemegahan dan bersikap takbur dengan ilmunya.

#Sebaik-baik orang alim ialah keilmuan yang dimilikinya menjelmakan perasaan takut kepada Allah swt. Iaitu, takut yang disertai perasaan membesarkan Allah dan menumbuhkan amal.

#Abu Muhammad r.a pernah ditanya: "Wahai Abu Muhammad! Siapakah ulamak?" Jawabnya: "Orang-orang yang mengutamakan akhirat daripada dunia dan mengutamakan Allah daripada diri mereka sendiri".

#Al-Wasiti r.a berkata: "Manusia yang paling pengasih ialah ulamak, kerana perasaan takut mereka kepada Allah dan kebimbangan mereka terhadap apa yang diajar oleh Allah swt".

#Para ulamak mempunyai banyak kelebihan di sisi Allah swt tatkala dia beramal dengan ilmunya dan sentiasa mematuhi titah perintah Allah swt. Begitu juga, menyampaikan ilmu dengan penuh jujur dan amanah. Syeikh Abdul Aziz al-Badri berkata:

"Tanpa ulamak, manusia menjadi jahil. Mereka akan disambar oleh syaitan yang terdiri dari jin dan manusia dari segenap penjuru dan diselubungi oleh kesesatan dan hawa nafsu dari segala jurusan. Oleh kerana itu, ulama adalah rahmat kurnia Allah swt kepada penghuni bumi ini. Penjadi pelita yang bersinar di dalam gelap gelita bertindak sebagai penyuluh dan petunjuk. Merekalah jurubicara Allah di muka bumi" (Lihat: Islam Di Antara Ulamak dan Pemerintah)

#Rasulullah saw bersabda:

صِنْفَانِ مِنَ النَّاسِ إِذَا صَلَحَا صَلَحَ النَّاسُ، وَإِذَا فَسَدَا فَسَد النَّاسُ : الْعُلَمَاءُ وَالأُمَرَاءُ

"Dua golongan dari manusia apabila kedua-duanya itu baik maka baiklah manusia dan apabila kedua-duanya rosak, rosaklah manusia iaitu ulamak dan pemerintah" (Riwayat Abu Na‘im di dalam Hilyah al-Awliya’)

♡Jadilah ulamak yang bertaqwa dan sentiasa menyampaikan kebenaran dengan penuh kejujuran♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 14 Zulhijjah 1445H☆

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ

"Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah daripada kalangan hamba-hambaNya hanyalah para ulamak (orang yang berilmu)" [Surah Fatir 28]

#Ulamak adalah pewaris tugas dan peranan sekalian nabi dan rasul dalam menyampaikan amanah Islam kepada seluruh umat manusia. Di tangan ulamaklah penentu kepada maju mundurnya sesebuah negara, terang gelapnya sesebuah bangsa, baik buruknya sesuatu umat di bumi ini.

#Jika ulamak berperanan sebagaimana berperanannya nabi dan rasul, akan baiklah umat berkenaan. Sebaliknya, jika ulamak itu tidak berfungsi dan berperanan jelik, nescaya akan buruk dan binasalah umat berkenaan.

#Oleh itu, setiap kita orang awam hendaklah merujuk terlebih dahulu kepada para ulamak dalam sebarang persoalan hidup sama ada persoalan duniawi mahupun ukhrawi.

#Hal ini kerana orang awam, orang kebanyakan tidak berkeahlian untuk berijtihad atau mengeluarkan hukum hakam agama. Mereka perlu mengikut apa yang dibawa oleh para ulamak dan imam-imam mazhab. Orang awam tidak mempunyai kelayakan untuk memahami nas apatah lagi mengeluarkan hukum.

#Ini jelas memahamkan kita bahawa perlunya masyarakat awam mengikut hukum dan pandangan para ulamak atau ikutan mazhab setempat dalam amal ibadah mahupun perkara yang lain. Bahkan wajib orang awam merujuk kepada golongan yang lebih arif tentang hal ehwal agama. Firman Allah swt:

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

"Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui" [Surah an-Nahl 43]

#Imam Ahmad bin Hanbal pernah ditanya oleh seorang lelaki berkenaan syarat untuk menjadi mujtahid (orang yang memiliki keahlian dalam mengeluarkan hukum). Dalam fiqh Muhammad bin ‘Abdullah bin al-Munadi menyebut:

سَمِعْت رَجُلًا يَسْأَلُ أَحْمَدَ: إذَا حَفِظَ الرَّجُلُ مِائَةَ أَلْفِ حَدِيثٍ ‌يَكُونُ ‌فَقِيهًا؟ قَالَ: لَا، قَالَ: فَمِائَتَيْ أَلْفٍ؟ قَالَ: لَا، قَالَ: فَثَلَاثَ مِائَةِ أَلْفٍ؟ قَالَ: لَا، قَالَ: فَأَرْبَعَ مِائَةِ أَلْفٍ، قَالَ بِيَدِهِ هَكَذَا، وَحَرَّكَ يَدَهُ

"Aku mendengar seorang lelaki bertanya kepada Imam Ahmad bin Hanbal: Jika seorang lelaki itu menghafaz 100 ribu hadis adakah dia dikira faqih?. Imam Ahmad menjawab: Tidak. Dia bertanya lagi: Kalau 200 ribu hadis? Jawabnya lagi: Tidak. Dia bertanya lagi: Kalau 300 ribu hadis? Imam Ahmad menjawab: Tidak. Lelaki itu pun bertanya lagi: Kalau 400 ratus ribu hadis? Imam Ahmad pun menjawab: Dengan menggerakkan tangannya (tanda bersetuju bahawa orang tersebut layak berijtihad dan berfatwa)".

#Antara perkara yang menyedihkan kebelakangan ini, wujudnya masyarakat awam yang mencela dan merendahkan sosok tubuh para ulamak, juga imam-imam mazhab dan golongan ilmuan sedangkan keilmuan dan sumbangan mereka begitu besar dalam warisan keilmuan Islam.

#Syariat Islam bersifat menyeluruh sehingga meliputi perihal adab dan akhlak dalam kehidupan manusia. Antara perkara yang ditekankan adalah sifat menghormati antara satu sama lain merupakan salah satu sifat bagi orang beriman, lebih-lebih lagi, menghormati dan memelihara adab apabila berinteraksi dengan golongan yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dari sudut keilmuan serta keagamaan.

♡Ikutilah para alim ulamak. Ambillah khazanah ilmu daripada mereka sebanyak-banyaknya dan beradablah dengan mereka sekalipun terdapat perbezaan pendapat serta pandangan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 12 Zulhijjah 1445H☆

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

"Maka dirikanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan berkorbanlah (sebagai bersyukur)" [Surah al-Kawthar 2]

#Maksud ‘berkorbanlah’ di dalam ayat di atas mengikut pendapat yang paling sahih ialah mengorbankan atau menyembelih binatang-binatang korban. Hal ini sepertimana yang disebut di dalam tafsir Imam Ibn Kathir:" "Yang benar bahawa yang dimaksudkan dengan al-Nahr adalah menyembelih korban, iaitu menyembelih unta dan sejenisnya" (Lihat: Tafsir al-Quran al-‘Azim)

#Bagi peserta korban, adalah disunatkan untuk memakan sebahagian daripada daging korban sunat yang dilakukan.

فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ

"Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin" [Surah al-Hajj 28]

#Terdapat juga hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina Jabir r.a, bahawa Baginda saw telah melakukan korban dan memakan daging korban.

فَنَحَرَ ثَلَاثًا وَسِتَّينَ بَدَنَةً بِيَدِهِ ثُمَّ أَعْطَى عَلِيًّا فَنَحَرَ مَا غَبَرَ وَأَشْرَكَهُ فِي هَدْيِهِ ثُمَّ أَمَرَ مِنْ كُلِّ بَدَنة بِبَضْعَةٍ فَجَعَلَتْ فِي قِدرٍ فَطَبَخَتْ فَأَكَلَا مِن لَحْمِهَا وَشُرْبَا مِن مَرْقِهَا

“Baginda saw menyembelih 63 ekor unta dengan tangannya, kemudian Baginda saw memberikan kepada Ali untuk menyembelih haiwan yang berbaki. Lalu Baginda saw menyuruh supaya bagi setiap satu unta itu dibahagikan kepada beberapa orang. Kemudian dimasukkan ke dalam periuk lalu dimasak. Setelah itu mereka berdua makan dagingnya dan minum kuahnya" (HR Muslim)

#Al-Sheikh Muhammad Bin Ahmad al-Syathiri di dalam kitab Syarh al-Yaqut al-Nafis, mengatakan bahawa:

وَالأَفْضَلُ فِي الضَحِيَّةِ المَسْنُونَةِ : أَن يَتَصَدَّقَ بِأَكْثَرِهَا وَيَبْقَى لَهُ قَلِيلًا للبَرَكَةِ

"Adapun yang afdhal bagi pembahagian sembelihan korban yang sunat ialah dengan memberi sedekah sebahagian besar daripadanya dan meninggalkan sedikit untuk dimakan sebagai mengambil berkat daripadanya".

#Namun, bagaimana pula dengan sisa tulang yang telah selesai dimakan. Adakah perlu di buang atau ditanam??

Sisa tulang dari daging korban yang telah dimasak tidak mempunyai keistimewaan khusus. Ia sebenarnya hanya seperti tulang-tulang dan sisa-sisa lain. Oleh itu, tidak menjadi kewajipan untuk menanam atau melakukan apa-apa tindakan khusus terhadap tulang tersebut selain daripada apa yang biasanya dilakukan terhadap sisa-sisa lain. Namun, adalah lebih baik jika sisa tulang tersebut ditanam sekiranya tidak dimanfaatkan, bagi menjaga kebersihan disamping ada yang berpandangan bahawa tulang adalah makanan bagi makhluk jin.

#Sisa tulang daging korban boleh juga dibuang ke dalam tong sampah, serta boleh juga diberi kepada haiwan dan binatang yang berkeliaran. Namun menanamnya ke dalam tanah adalah lebih utama jika boleh.

#Tulang-tulang korban jika diberi kepada haiwan dan binatang yang berkeliaran termasuk di dalam keumuman sabda Nabi saw:

في كل كبد رطبة أجر

"Pada setiap haiwan yang bernyawa itu (berbuat baik kepadanya) ada pahala" (HR al-Bukhari dan Muslim)

♡Selamat menunaikan ibadah korban, semoga segala amal korban kita diterima disisi Allah sebagai suatu amal ketaatan yang diredhaiNya. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 10 Zulhijjah 1445H☆

رَّبَّنَاۤ إِنِّیۤ أَسۡكَنتُ مِن ذُرِّیَّتِی بِوَادٍ غَیۡرِ ذِی زَرۡعٍ عِندَ بَیۡتِكَ ٱلۡمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِیُقِیمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ فَٱجۡعَلۡ أَفۡـِٔدَةࣰ مِّنَ ٱلنَّاسِ تَهۡوِیۤ إِلَیۡهِمۡ وَٱرۡزُقۡهُم مِّنَ ٱلثَّمَرَ ٰ⁠تِ لَعَلَّهُمۡ یَشۡكُرُونَ

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur" [Surah Ibrāhīm 37]

#Saat ini, umat Islam di seluruh penjuru dunia berasak-asak memenuhi bumi Mekah al-Mukarramah bagi menunaikan ibadah haji. Ia sebagai tanda Allah swt memakbulkan doa kekasihNya, Nabi Ibrahim Alaihissalam sebagaimana yang telah dirakam dalam ayat diatas.

#Pada masa yang sama terdapat arahan Allah swt mengarahkan Nabi Ibrahim Alaihissalam membuat perisytiharan ibadah haji. Jaminan daripada Allah ialah manusia pasti datang meskipun berjalan kaki dan menunggang unta yang kurus.

وَأَذِّن فِی ٱلنَّاسِ بِٱلۡحَجِّ یَأۡتُوكَ رِجَالࣰا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرࣲ یَأۡتِینَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِیقࣲ

"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh"  [Surah al-Ḥajj 27]

#Dan janji Allah swt ini terus terlaksana di mana hati-hati manusia sentiasa terpaut kepada Baitillahil Haram. Ratusan ribu bahkan jutaan umat Islam datang berbondong-bondong dari segenap ceruk yang jauh menuju ke Kaabah yang mulia, menunaikan ibadah yang mulia, menghirup udara di sisinya, menimba berbagai-bagai pelajaran mengenai kehidupan di sepanjang mereka mengerjakan haji.

#Dalam riwayat Ibnu Abbas, Mujahid dan Ikrimah melaporkan Nabi Ibrahim bertanya bagaimanakah suaranya akan sampai kepada manusia? Allah menjawab; tugasanmu ialah menyeru dan Kami yang menyampaikannya.

#Demikiankah janji Allah. Manusia hanya perlu melaksanakan perintahNya. Jaminan selanjutnya adalah milik Allah. Namun, berapa ramai yang bersedia untuk yakin?

#Seruan haji sampai kepada manusia sejak zaman Nabi Ibrahim Alaihissalam bersambung ke zaman Nabi Muhammad saw sehingga ke hari ini tanpa putus-putus.

#Sehingga kini bumi Mekah tidak pernah sunyi daripada manusia. Tiada yang menarik melainkan Kaabah. Mekah adalah bumi panas gersang tanpa tumbuhan. Tanpa air melainkan Zamzam. 

#Nabi Ibrahim Alaihissalam hanya melaksanakan perintah mengisytiharkan ibadah haji. Kehadiran manusia adalah jaminan daripada Allah kerana Dia yang membuka hati manusia.

#Demikianlah yang perlu kita yakini dalam apa jua pekerjaan. Tugasan kita hanyalah melaksanakan perintah Allah. Hasilnya terserahlah kepada Allah swt.

#Bagi pendakwah, tugasannya ialah menyampaikan seruan lalu hasilnya sama ada manusia menerima atau menolak terserahlah kepada Allah. Namun, Allah pasti membuka hati sesiapa yang dikehendakiNya.

♡SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI DAN KORBAN. SALAM AIDILADHA 1445H♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 8 Zulhijjah 1445H☆

وَلِلَّـهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا

"Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya" [Surah Aali Imran 97]

#Syeikh al-Maraghi ketika menafsirkan ayat di atas, menerangkan bahawa ibadah haji ini diwajibkan kepada setiap orang Muslim yang mukallaf yang berkemampuan. Hal ini kerana, perintah haji merupakan satu penghormatan besar kepada Baitullah bermula dari zaman Nabi Ibrahim Alaihissalam sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad saw. Justeru, pelaksanaan ibadah haji dan umrah mampu menjadi mercu tanda dan bukti pengabdian setiap hamba kepada Penciptanya (Lihat: Tafsir al-Maraghi)

#Kita saat ini berada dalam bulan haji, bulan Zulhijjah. Umum mengetahui akan kelebihan 10 hari terawal ini, yang mana ia merupakan di antara hari-hari yang paling disukai serta dicintai oleh Allah swt bagi orang yang melakukan amal soleh padanya.

#Hari ini 8 Zulhijjah, dinamakan hari Tarwiyyah. Apa itu hari Tarwiyyah?

#Makna Tarwiyah sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Ibn Qudamah di dalam kitabnya mempunyai dua sebab penamaan hari tersebut dengan hari Tarwiyah:

1. Para jemaah haji setelah berihram akan menuju ke Mina untuk bermalam. Ini kerana, pada keesokan harinya, mereka akan menuju ke Arafah. Ketika di Mina, para jemaah ini mempersiapkan air sebagai bekalan untuk dibawa ketika berwukuf di Arafah. Mempersiapkan air ini diistilahkan dengan Yatarowwaun (يتروون).
 
2. Dinamakan juga dengan 'Tarwiyah' adalah disebabkan pada malam tersebut, Nabi Ibrahim Alaihissalam telah bermimpi buat kali yang pertama daripada Allah swt agar menyembelih anaknya Nabi Ismail Alaihissalam. Seharian Baginda berfikir dan tertanya-tanya kepada dirinya, apakah perintah itu datangnya daripada Allah swt atau daripada syaitan. Tertanya-tanya itu juga diistilahkan dengan Yurowwi (يروي) dan itu adalah di antara sebab 8 Zulhijjah dinamakan dengan hari Tarwiyyah. (Lihat: al-Mughni)

#Fahamlah kita bahawa hari Tarwiyah ini mempunyai dua maksud menurut Imam Ibn Qudamah iaitu hari di mana para jemaah haji mempersiapkan bekalan air sebelum menuju ke Arafah dan yang kedua adalah hari di mana Nabi Ibrahim mendapat wahyu daripada Allah swt untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail. Mimpi tersebut telah membuatkan Nabi Ibrahim tertanya-tanya pada dirinya.

#Apa kelebihan beramal di hari Tarwiyyah?

#Dikatakan bahawa Rasululah saw telah bersabda,

صَوْمُ يَوْمِ التَّرْوِيَةِ كَفَّارَةُ سَنَةٍ، وَصَوْمُ يَوْمِ عَرفَةَ كَفَّارَةُ سَنَتَيْنِ

"Puasa pada hari Tarwiyah akan menghapuskan (dosa) selama setahun dan puasa pada hari Arafah pula akan menghapuskan (dosa) selama dua tahun" (HR ad-Dailami. Imam al-Suyuthi dan Imam al-Busiri mengatakan hadis ini dhaif. Imam Ibn Jauzi mengatakan hadis ini palsu)

♡Boleh berpuasa dan boleh juga tidak berpuasa di hari Tarwiyyah kerana tidak ada kenyataan kelebihan yang khusus atau amalan yang khusus untuk dilakukan pada hari tersebut berdasarkan kepada hadis-hadis yang sahih. Namun 10 hari terawal Zulhijjah merupakan hari yang paling disukai Allah bagi sesiapa yang melakukan amal soleh dan amal ketaatan. Selamat beramal♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT: WAQAF KARPET BARU SURAU TENGAH, KG BATU 30,ULU YAM LAMA, HULU SELANGOR*

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/WAQAF-KARPET-SURAU-KG-TENGAH

Assalamualaikum wbt para penyumbang budiman sekelian.

Pihak Surau Tengah Kg Batu 30 dalam proses naik taraf surau mereka demi memberi keselesaan kepada para jemaah terutama ketika menunaikan dolat berjemaah serta pelaksanaan aktiviti kerohanian didalam dewan solat utama.

Antara penambahbaikan yang akan dilaksanakan untuk keselesaan para jemaah ialah menukar karpet lama yang agak dhoif dan agak kurang selesa. Maka karpet lama tersebut perlu diganti dengan pemasangan karpet baru yang lebih selesa dan kondusif.

*KOS YANG DIPERLUKAN RM16 RIBU*

Pihak pengurusan surau memohon jasa baik Geng Talaqqi untuk membuka tabung waqaf katpet bagi membantu pemasangan karpet baru untuk keselesaan para jemaah.

*Bersempena berada dihari yang penuh barakah serta menjanjikan ganjaran pahala yang luar biasa lumayan, maka Geng Talaqqi membuka ruang dan peluang untuk kita semua merebut pahala lumayan infaq waqaf karpet Surau Tengah Kg Batu 30 seluas 1000 kaki persegi.*

Jom kita sama-sama membantu menyumbang untuk penyediaan karpet baru agar lebih selesa untuk kegunaan para ahli jemaah Surau Tengah.

Jazakumullahu khairan kathira. Semoga dimurahkan rezeki dan diselamatkan kita daripada azab neraka. Aamiiin.

*Wakaf karpet ruang solat mampu mengalirkan pahala pada sesiapa yang berniat untuk kebajikan, yakni hanya kerana mencari keredhaan Allah. InsyaAllah setiap hari dan setiap waktu para jemaah akan menggunakan karpet yang kita wakafkan ini.. Pahala terus mengalir dalam akaun kita setiap hari meskipun kita berada jauh ratusan kilometer dari surau tersebut. Allahuakbar!!*

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya sedekah orang Muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri" (Riwayat at-Thabrani)

*JOM REBUT PELUANG KEEMASAN INI. SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN TOYYIP PAY:*

https://toyyibpay.com/WAQAF-KARPET-SURAU-KG-TENGAH

*Atau terus ke akaun:*

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Waqaf Karpet Surau Tengah

*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*

📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/WaqafKarpetSurauTengah

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/WaqaKarpetSurauTengah

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/WaqafKarpetSurauTengah

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/WaqafKarpetSurauTengah

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 5 Zulhijjah 1445H☆

وَتُوبُوۤا۟ إِلَى ٱللَّهِ جَمِیعًا أَیُّهَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

"Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya" [Surah an-Nūr 31]

#Di dalam ayat ini, Allah swt menyeru hamba-hambaNya yang beriman supaya bertaubat.
Seruan supaya bertaubat secara tidak langsung mengandungi beberapa maksud:

1. Semua orang yang beriman tidak terlepas daripada dosa kecuali para nabi dan rasul yang maksum.

2. Apabila Allah swt menyeru supaya bertaubat, ini bermakna Allah menawarkan keampunan untuk hambaNya kerana tidak ada erti jika di suruh taubat tetapi bila hambaNya bertaubat Dia tidak mengampunkan mereka. Ini diperkukuhkan lagi dengan ungkapan terakhir di penghujung ayat: 'supaya kamu berjaya'.

3. Semua kita inginkan kejayaan. Maka dalam ayat di atas, Allah swt membuka satu jalan kepada untuk menuju kejayaan, iaitu dengan jalan taubat. Perlu difahami bahawa maksud kejayaan di sisi Allah tidak sama dengan kejayaan yang manusia faham. Sebahagian manusia mungkin memahami maksud kejayaan itu sekadar apa yang dicapai di dunia semata-mata. Tetapi di sisi Allah, maksud kejayaan yang sebenar ialah selamat daripada azab api neraka dan berjaya melangkah ke syurga.

4. Alangkah jauh beza sifat Maha Pengampun Allah dengan manusia. Allah menyeru hambaNya yang berdosa agar bertaubat kerana Dia mahu mengampunkan mereka. Sedangkan kita manusia, apabila orang buat salah pada kita, usahkan hendak panggil, malah kadang-kadang orang itu sudah datang untuk minta maaf pun sukar untuk dimaafkan.

وَجَزَ ٰ⁠ۤؤُا۟ سَیِّئَةࣲ سَیِّئَةࣱ مِّثۡلُهَاۖ فَمَنۡ عَفَا وَأَصۡلَحَ فَأَجۡرُهُۥ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّهُۥ لَا یُحِبُّ ٱلظَّـٰلِمِینَ

"Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim" [Surah ash-Shūrā 40]

♡Semoga kita semua termasuk dalam golongan hambaNya yang bertaubat dan menghayati sifat suka memaafkan sesama insan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 3 Zulhijjah 1445H☆

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

"Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan" [Surah al-A’raf 96]

#Berkata Prof. Dr. Hamka: "Keimanan dan takwa kepada Allah membukakan pintu rezeki".

#Jom hayati kisah dibawah ini untuk keinsafan semua:

Seorang raja pergi berburu bersama dengan hulubalangnya. Tiba-tiba dia tenampak seekor binatang buruan. Dia mengekori binatang itu sehingga terpisah dari hulubalangnya. Dengan tidak semena-mena hujan turun dengan lebatnya. Dia kehilangan arah dan terputus hubungan. Dia berjalan sendirian. Tidak tahu ke mana hendak dituju. Tiba-tiba dia terpandang sebuah khemah. Dia berjalan ke arah khemah tersebut. Di muka pintu tercegat seorang perempuan tua. Dia mempersilakan raja masuk ke dalam khemah. Siang berinsut pergi dan malam mula melabuhkan tirainya. Seorang gadis remaja pulang membawa seekor lembu yang dibelanya di padang rumput di siang hari. Lembu itu dibawa masuk bersamanya ke dalam khemah. Perempuan tua menghampiri lembu. Di tangannya sebuah balang. Dia memerah susu sehingga penuh balang yang dipegangnya. Raja memerhatikan apa yang dilakukan oleh perempuan tua dengan puterinya. Dia terfikir, sepatutnya bagi setiap ekor lembu dikenakan cukai sebab ia mengeluarkan susu yang banyak. Di pertengahan malam, perempuan tua berkata anaknya: "Wahai anakku, bangun dan perahkan susu untukku!"

Si anak bangun melaksanakan apa yang diperintahkan ibunya. Namun lembunya tidak mengeluarkan susu walaupun setitik. Dia memanggil ibunya: "Wahai ibu, sesungguhnya raja telah menyimpan niat yang tidak baik terhadap kita!" Ibunya bertanya: "Bagaimana engkau tahu wahai anakku?" Si anak menjawab: "Tengoklah lembu kita ini, ia tidak mengeluarkan susu walau setitik pun." Ibu berkata: "Tunggulah sekejap." Raja yang mendengar percakapan kedua beranak itu sangat hairan. Dia tertanya-tanya di dalam hati, dari mana gadis itu mengetahui niat di hatiku? Kalau begitu, aku tidak akan lakukan apa yang aku fikirkan tadi!"

Selepas menunggu seketika seperti yang disuruh ibunya, dia mendengar ibunya berkata: "Anakku, cuba engkau perah semula susu lembu itu!" Si anak lantas mendapatkan lembunya dan memerah susunya. Dia dapati lembunya mengeluarkan susu sepenuh balang seperti kebiasaannya. Lalu dia memberitahu ibunya: "Wahai ibu, niat buruk yang berlegar di dalam hati raja telah lesap. Lembu kita sudah mengeluarkan susu dengan banyaknya!". Keesokan harinya para hulubalang yang mencari raja menemuinya di khemah itu. Dia menitahkan hulubalang membawa kedua-dua beranak itu ke istana dan melayani mereka dengan sebaik-baiknya. Di suatu kesempatan dia bertanya kepada kedua beranak itu, bagaimana mereka tahu ada niat tidak baik dan kemudian niat itu telah padam?. Perempuan tua berkata: "Kami telah ditinggal di situ sejak sekian tahun lamanya. Sepanjang yang patik alami, jika kami diperintah dengan adil, negeri kami akan subur, rezeki kami lapang dan hidup kami senang. Sebaliknya jika diperintah dengan zalim, kehidupan kami jadi sempit, hasil pendapatan kami pun merosot" (Lihat: Zaadul Murabbin)

#Teringat suasana hari ini. Pemimpin baru melakar niat, Allah terus tarik nikmat. Di  zaman kita sekarang bukan niat, malah rakyat sudah dijerat dengan berbagai cukai yang berat, ditarik subsidi bahan api, kenaikan pelbagai tarif dan kehidupan dipenuhi hiburan dunia. Mungkinkah segala kesulitan yang kita hadapi dan hilangnya keluasan rezeki berpunca daripada ketidakadilan pemerintah serta kezaliman mereka?

♡Sama-samalah kita fikirkan dan insafilah diri♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 1 Zulhijjah 1445H☆

وَٱلۡفَجۡرِ * وَلَیَالٍ عَشۡرࣲ

"Demi waktu fajar. Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah)" [Surah Al-Fajr 1-2]

#Allah bersumpah demi waktu fajar. Iaitu waktu subuh sebelum terbitnya matahari. Waktunya tidak panjang, hanya antara sejam lebih dan tempohnya  mengikut musim.

#Apakah pula maksud { وَٱلْفَجْرِ} waktu fajar ini:

i- Kata Ibnu Abbas { وَٱلْفَجْرِ} ini ialah waktu fajar pagi sebelum keluarnya matahari. Keluarnya cahaya merah di ufuk timur setiap hari sebelum terbitnya matahari iaitu waktu subuh.

ii- Fajar pada hari haji yang besar (Haji Akbar); iaitu hari Raya Korban. Kerana semua orang berkumpul di masjid masing-masing untuk menyembelih korban.

iii- Ada ulamak kata, fajar itu iaitu fajar pada hari 1hb -10hb Zulhijjah (10 awal Zulhijjah), sebagaimana dalam ayat kedua. Majoriti ulamak setuju dengan pendapat ini!

#Menjelang bulan Zulhijjah, elok kita saling ingat memperingati bahawa 10 hari terawal daripada Zulhijjah merupakan hari terbaik di dunia, hari paling afdhal di sisi Allah 'Azza wa Jalla.

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ؟ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ.

"Tiada hari-hari yang amalan soleh paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini - Baginda mengatakan 10 hari terawal Zulhijjah. Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah, juga tidak dapat menandinginya? Baginda bersabda: "Walaupun jihad di jalan Allah, tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali" (HR al-Bukhari)

#Daripada Sayidina Jabir bin Abdullah r.a dia berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda: "Hari yang paling afdal di dunia ialah hari-hari 10, iaitu 10 hari (yang pertama) bulan Zulhijjah" (HR al-Bazzar. Menurut al-Haitsami rawi-rawinya tsiqah)

#Sebagai persediaan, sama-sama kita rancang amalan-amalan yang boleh dipertingkatkan demi meraih kelebihan yang Allah sediakan:

1. Solat – fadhu dan sunat
2. Puasa sunat mulai 1 hingga 9 Zulhijjah. Jika tidak dapat semua, cuba sedaya upaya untuk lakukan pada 9 Zulhijjah kerana fadhilatnya dihapuskan dosa dua tahun
3. Tilawah al-Quran sebanyak mungkin, sedaya upaya cuba habiskan satu juzuk sehari.
4. Selawat ke atas Nabi saw sebanyak yang mungkin.
5. Istighfar sebanyak yang mampu, paling kurang 100 kali sehari
6. Zikir 
لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير
 
100 kali pagi dan 100 kali petang
7.   Membaca sekurang-kurangnya satu tajuk sehari dengan tujuan menambah ilmu
8. Berdakwah dengan menyampaikan sekurang-kurangnya satu ayat sehari
9. Bersedekah dengan ikhlas mengikut kemampuan
10. Menghubung silaturrahim
11. Merapatkan hubungan dengan jiran
12. Melawat orang sakit
13. Bertakbir mulai subuh pada hari ke 9, iaitu hari Arafah hingga  asar hari ke 13, iaitu hari akhir Tasyriq
14. Solat sunat hari raya pada hari ke 10
15. Berkorban bagi yang mampu pada hari ke 10, 11, 12, 13hb.
16. Dan banyak lagi.

♡Selamat beramal, moga-moga Allah terima segala amalan kita dan hapuskan dosa-dosa kita♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT: INFAQ PENGURUSAN DAN PRASARANA MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN MIFTAAHUN NAJAH, CHEMOR, PERAK*

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/INFAQ-MAAHAD-MIFTAAHUN-NAJAH

Assalamualaikum wbt semua...

*MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN MIFTAAHUN NAJAH, CHEMOR, PERAK* beralamat No. 25 Jalan Sri Klebang 1,Bandar Baru Sri Klebang, Chemor, Perak merupakan sebuah maahad yang ditubuhkan untuk membantu masyarakat dalam usaha mengembangkan ilmu agama khususnya melahirkan huffaz yang mahir dalam ilmu akhirat disamping ilmu keduniaan.

Saat ini, Maahad Tahfiz Miftaahun Najah beroperasi disebuah bangunan rumah kedai 2 tingkat di Chemor Perak. (Dah ada tanah yang diwakafkan untuk membina bangunan kekal, namun belum ada kemampuan kewangan yang kukuh).

*DIPERLUKAN DANA UNTUK OPERASI, PENYELENGGARAAN DAN PENGURUSAN: RM15,000*

Pendetailan kelengkapan dan prasarana yang akan dilengkapkan:

1. Kelengkapan bilik guru
2. Pemasangan Karpet
3. Kelengkapan pejabat
4. Kipas Dinding
5. Kipas berdiri
6. Katil dan Tilam
7. Baik pulih partition
8. Baik pulih ruang rehat
9. Rak buku
10. Langsir
11. Sewa bulanan
12. Bil Utiliti
13. Lain-lain

Pihak Geng Talaqqi merayu kepada para penyumbang dan seluruh umat Islam yang bermurah hati untuk mewaqaf, berinfaq atau menderma bagi pengoperasian Maahad Miftaahun Najah ini sebagai saham terbesar akhirat kita.

Jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada semua penyumbang.. Semoga diberkati dan dimurahkan rezeki, sihat walafiat dan beroleh ganjaran syurgaNya... Aamiiin..

Firman Allah swt:

إِنَّ ٱلۡمُصَّدِّقِینَ وَٱلۡمُصَّدِّقَـٰتِ وَأَقۡرَضُوا۟ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنࣰا یُضَـٰعَفُ لَهُمۡ وَلَهُمۡ أَجۡرࣱ كَرِیمࣱ

"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia" [Surah al-Hadid 18]
...........................
*SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN TOYYIB PAY:*

https://toyyibpay.com/INFAQ-MAAHAD-MIFTAAHUN-NAJAH

*Atau terus ke akaun:*

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Infaq Maahad Miftaahun Najah
.....................
*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*

📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/InfaqMaahadMiftaahunNajah

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/InfaqMaahadMiftaahunNajah

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/InfaqMaahadMiftaahunNajah

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/InfaqMaahadMiftaahunNajah

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 23 Zulhijjah 1445H☆

قَالَ اجْعَلْنِي عَلَىٰ خَزَائِنِ الْأَرْضِ ۖ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ

Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya" [Surah Yusuf 55]

#Sambung bicara tentang isu berkaitan keghairahan untuk memegang jawatan dan kuasa.

#Sebahagian manusia beranggapan jawatan itu adalah ghanimah. Ghanimah digunakan merujuk harta yang diperolehi hasil daripada kemenangan dalam peperangan menentang orang-orang kafir. Perkataan ini juga bermaksud faedah, keuntungan, berhasil mendapat sesuatu kebaikan. Sebahagian manusia menganggap jawatan sebagai kemasyhuran (tasyrif).

#Sesungguhnya jawatan adalah amanah dan tanggungjawab yang berat yang perlu dipikul. Ia bukanlah semata-mata ghanimah (keuntungan) ataupun kemasyhuran (tasyrif) seperti yang dilihat oleh kebanyakan orang, bahkan ia adalah suatu beban tanggungjawab (taklif) yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin.

#Ini sebagaimana kata-kata pepatah Arab yang masyhur: "Sesiapa yang bertambah kemasyhurannya, maka bertambahlah pula beban tanggungjawabnya".

#Kerana itulah Rasulullah saw mengingatkan mereka yang melihat hanya semata-mata kepada jawatan dan pangkat bahawa jawatan dan pangkat itu tidak lebih daripada amanah yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak, sebagaimana hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

Daripada Sayidina Abu Zar al-Ghifari, beliau berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah saw: "Wahai Rasulullah, kenapa tidak engkau meletakkan aku di mana-mana jawatan?".
Kemudian Baginda memukul bahuku dengan tangannya dan kemudiannya Baginda bersabda: "Wahai Abu Zar, sesungguhnya kamu adalah seorang yang lemah (dalam memegang memikul tugas dan jawatan). Sesungguhnya jawatan itu adalah amanah, dan sesungguhnya ia adalah menjadi punca kehinaan dan penyesalan pada hari kiamat, kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan menunaikan tuntutan jawatan yang dipertanggungjawabkan ke atasnya itu".

#Begitu juga dengan kata-kata Khalifah Umar Bin Abdul Aziz ketika beliau dilantik menjadi Khalifah: "Aku bukanlah orang yang menjatuhkan hukum, tetapi aku adalah pelaksana (kepada tugas dan amanah yang diberikan kepadaku), dan aku bukanlah orang yang pertama memulakan perkara ini (dilantik menjadi pemimpin), tetapi aku adalah orang yang mengikuti (menyambung perjuangan orang-orang terdahulu). Ketahuilah bahawa aku bukanlah orang yang terbaik di kalangan kamu, tetapi aku adalah salah daripada kamu (yang sama seperti kamu), kecuali sesungguhnya Allah telah menjadikan beban tanggungjawabku lebih berat berbanding kamu semua".

#Orang yang beriman, berilmu dan bertaqwa menganggap jawatan sebagai Gharimah. Gharimah bermaksud hutang, denda, tanggungan yang membebankan. Orang yang berpendapat jawatan sebagai satu gharimah akan mengelakkan diri dari mengambilnya, lebih-lebih lagi apabila dia menginsafi akan kelemahan diri serta ketidak upayaannya untuk memikul amanah yang dipertanggungjawabkan.

#Apabila jawatan dianggap Gharimah maka tidaklah berlaku perebutan jawatan, tiada yang ghairah meminta jawatan, tiada yang khianat dengan amanah, tiada yang menipu dan berbohong untuk dapatkan jawatan dan tiada yang auta setelah  memegang jawatan kerana mereka tahu jawatan adalah suatu bebanan yang menyusahkan hisab di mahsyar kelak kecuali orang yang benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya.

♡Jawatan adalah satu gharimah. Bukan ghanimah♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT: PENOREH GETAH MENJAGA MERTUA LUMPUH, ISTERI KEMALANGAN DAN ANAK OKU RAYU BANTUAN*

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/TABUNG-DERITA-PENOREH-GETAH

Husin bin Cik Rus, seorang penoreh getah di daerah Baling. Memiliki 7 orang anak. 2 sudah berkeluarga. 5 masih dibawah tanggungannya. Seorang anaknya OKU.

Pada masa yang sama beliau menjaga bapa mertuanya yang lumpuh. Diuji pula baru-baru ni isterinya kemalangan dan patah kedua-dua kaki.

Beliau perlu kuat untuk menjaga mertuanya yang lumpuh, isteri yang kemalangan serta anak oku. Mertua dan isterinya perlu diangkat untuk sebarang pergerakan untuk ke tandas dan sebagainya.

Setiap pagi beliau menguruskan anak-anak menghantar mereka ke sekolah dan menyediakan segala keperluan. Selesai semuanya, hampir jam 9 pagi barulah beliau pergi menoreh getah.

Begitulah rutin hariannya, menguruskan mertua, isteri dan anak-anak disamping perlu mencari nafkah untuk meneruskan kehidupan dan juga untuk menampung kos pembelajaran anak-anak. Kehidupan semakin terasa berat kerana hanya dia seorang sahaja yang bekerja saat ini dan pergerakannya agak terhad menyebabkan tidak dapat melakukan beberapa kerja yang lain.

*Geng Talaqqi sangat berharap agar ada yang sudi membantu meringankan bebanannya untuk menampung kos hidup dan kos ulang alik rawatan. Satu perkara lagi, rumah yang diduduki sekarang hanya ada 2 bilik. Anaknya ramai dan semakin membesar. Beliau menyatakan hasrat ingin menambah 1 lagi bilik untuk keselesaan dan privacy anak-anaknya. Jom sama-sama kita bantu!!*

Mereka tiada harta yang banyak. Tiada tanah berekar-ekar. Tiada kenderaan mewah. Tiada simpanan kewangan yang banyak. Mereka sangat mengharapkan bantuan kita semua. 😭😭😭. Harini mereka diuji dan mereka sedang harungi walau dalam keadaan deraian airmata😭😭. Bayangkanlah jika ujian ini kena pada kita..😭(moga dijauhi)..

*Di hari Jumaat yang mulia, yang penuh barakah ini, marilah sama-sama kita membantu keluarga En. Husin dengan menghulurkan sumbangan bagi meringankan bebanan yang ditanggung mereka sekeluarga. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.😭😭*

Jazakumullahu khairan kathira. Semoga beroleh ganjaran syurgaNya dan moga setiap sen yang disumbangkan menjadi penghalang daripada azab nerakaNya. Aamiiin
.....................
*SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN TOYYIB PAY:*

https://toyyibpay.com/TABUNG-DERITA-PENOREH-GETAH

*ATAU TERUS KE AKAUN:*

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: TABUNG DERITA PENOREH GETAH
.....................
*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*

📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/TabungDeritaPenorehGetah

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/TabungDeritaPenorehGetah

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/TabungDeritaPenorehGetah

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/TabungDeritaPenorehGetah

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 20 Zulhijjah 1445H☆

هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ

"Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka" [Surah al-Baqarah 187]

#Peranan suami isteri ialah menjadi pakaian pada pasangan masing-masing. Sentiasa melayani kehendak pasangan masing-masing terutama berkaitan seksual.

#Pun begitu, ada masanya Syarak tidak membenarkan suami bersama dengan isterinya yang dikenali sebagai uzur syar’ie. Waktunya larangan tersebut antaranya:

1. Disebabkan haid. Firrman Allah swt:

وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطْهُرْنَ

“Dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci" [Surah al-Baqarah 222]

#Menurut Ibn al-‘Arabi, larangan mendekati membawa maksud tidak dibenarkan untuk mencampuri isteri. (Lihat: Ahkam al-Quran)

#Berkata Syeikh al-Maraghi berkata: Apabila perempuan telah mandi (suci daripada haid), maka datangilah mereka pada tempat yang dikehendaki yang telah diberitahu oleh Sunnatullah untuk memeliharanya, iaitu tempat keturunan (peranakan)" (Lihat: Tafsir al-Maraghi)

2. Qiyas kepada haid juga, iaitu nifas.

Darah nifas ialah darah yang keluar selepas bersalin. Tempoh minimum nifas ialah sekelip mata (لحظة). Kadang-kadang ia berterusan hingga beberapa hari dan biasanya hingga 40 hari. Manakala tempoh maksimumnya pula ialah 60 hari. Berdasarkan kajian Imam al-Syafie, darah yang keluar melebihi tempoh tersebut adalah darah penyakit. (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji)
 
3. Disebabkan sakit, sehingga tidak mampu dari segi kudrat badan fizikalnya untuk melayan suaminya.
 
4. Boleh membawa mudarat. Hal ini dengan maksud, jika sabit bahawa dengan sebab persetubuhan boleh membawa kemudaratan dan kesakitan bagi perempuan, maka harus baginya untuk tidak menyahut ajakan suaminya.
 
5. Si isteri sedang melaksanakan kewajiban Syarak, seperti sedang solat fardhu, atau puasa fardhu, maka berhak baginya untuk tidak melayan suaminya. Tetapi, berilah alasan dengan penuh kasih sayang dan penghormatan pada suaminya.

♡Semoga rumah tangga yang dibina setiap pasangan layak mendapat Baiti Jannati (rumahku syurgaku)♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 18 Zulhijjah 1445H☆

فِي بُيُوتٍ أَذِنَ اللَّـهُ أَن تُرْفَعَ وَيُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ يُسَبِّحُ لَهُ فِيهَا بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ

"(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang" [Surah an-Nur 36]

#Imam Ibn Kathir menyebutkan bahawa Allah swt memerintahkan untuk memuliakan masjid dengan menyucikannya daripada segala kotoran, perkara yang sia-sia, perkataan atau perbuatan yang tidak berkait dengannya. Ini juga adalah pendapat Ibn Abbas, ‘Ikrimah, al-Dhahhak, dan ramai lagi dalam kalangan ulamak tafsir.

#Selain berfungsi sebagai tempat ibadah, kemuliaan masjid juga terletak pada fungsinya sebagai pusat perkembangan ilmu. Masjid perlu menjadi pusat pengajian dan perkembangan ilmu berkaitan duniawi dan ukhrawi.

#Sejak zaman Rasulullah saw dan seterusnya dizaman para sahabat dan para tabi’in masjid telah menjadi pusat pengembangan ilmu-ilmu Islam kepada seluruh ummat. Bermula dari Madinah sehinggalah ke Andalusia, masjid-masjid di kota tersebut telah berkembang sebagai pusat-pusat pengajian sehingga menjadi universiti-universiti yang terbilang diwaktu itu dan sepatutnya dicontohi dizaman kini.

#Sabda Rasulullah saw tentang kelebihan berada dalam majlis ilmu di Masjid Nabawi. Rasulullah saw bersabda:

مَنْ جَاءَ مَسْجِدِي هَذَا، لَمْ يَأْتِهِ إِلَّا لِخَيْرٍ يَتَعَلَّمُهُ أَوْ يُعَلِّمُهُ، فَهُوَ بِمَنْزِلَةِ الْمُجَاهِدِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، وَمَنْ جَاءَ لِغَيْرِ ذَلِكَ فَهُوَ بِمَنْزِلَةِ الرَّجُلِ يَنْظُرُ إِلَى مَتَاعِ غَيْرِهِ

"Barangsiapa yang mendatangi masjidku ini, tidaklah dia datang melainkan kerana sesuatu kebaikan yang dia pelajari atau mengajarkannya, maka dia seperti orang yang berjihad di jalan Allah. Dan barangsiapa yang mendatanginya disebabkan selain daripada itu, maka dia seperti seseorang yang melihat barang milik orang lain" (HR Ibnu Majah)

#Bilamana Nabi saw sebut ‘barangsiapa yang mendatangi masjidku ini’ maksudnya Masjid Nabawi semata-mata sebab pada masa itu hanya masjid an-Nabawi tempat belajar ilmu.

#Syeikh Muhammad bin Abdul Hadi as-Sindi umpamakan masjid seperti pasar ilmu. Siapa yang pergi masjid seumpama membeli ilmu dengan belajar dan mengajar. (Lihat: Hasyiah al-Sindi ‘ala Sunan Ibn Majah)

#Maka, muliakanlah masjid dengan amal ibadah, zikrullah, majlis ilmu dan juga perkara-perkara yang mengingati akhirat. Janganlah mencemari kemuliaan masjid dengan berbual-bual kosong perihal dunia dan perkara-perkara lagha di dalam masjid.

#Hukum berbual di dalam masjid adalah harus selagimana tidak mengganggu orang lain yang sedang beribadah di dalam masjid tersebut. Diingatkan juga bahawa perbualan tersebut hendaklah dalam ruang lingkup perkara-perkara yang diharuskan dan tidak berlebih-lebihan serta bukan dalam perkara-perkara yang diharamkan seperti mengumpat, mencarut, mengadu domba dan sebagainya. Sabda Rasulullah saw:

يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ يَتَحَلَّقُونَ فِي مَسَاجِدِهِمْ وَلَيْسَ هِمَّتُهُمْ إِلاَّ الدُّنْيَا لَيْسَ لِلَّهِ فِيهِمْ حَاجَةٌ فَلاَ تُجَالِسُوهُمْ

"Akan datang satu masa di mana manusia akan berkumpul di dalam masjid, sedangkan tiadalah keinginan mereka (pada waktu itu) kecuali hanya dunia semata-mata. Allah tidak memerlukan kepada apa yang mereka lakukan dan janganlah kamu duduk bersama mereka" (HR al-Hakim)

♡Muliakanlah masjid dengan amal ibadah dan jadikanlah masjid sebagai pusat perkembangan ilmu. Meriahkan masjid dengan pelbagai aktiviti yang dapat mendekatkan diri kepada Allah swt♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 16 Zulhijjah 1445H☆

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya" [Surah al-Baqarah 82]
 
#Syeikh al-Maraghi di dalam tafsirnya menyatakan bahawa ayat ini menunjukkan orang-orang yang membenarkan Allah dan rasulNya, beriman dengan hari akhirat, melakukan amal soleh, menunaikan kewajipan, meninggalkan segala maksiat adalah orang-orang yang layak untuk memasuki syurga sebagai ganjaran di atas ketaatannya, pergantungannya serta keikhlasannya kepada Allah di waktu sembunyi dan terang-terangan. Ini juga merupakan dalil bahawa iman yang sahih bersama amal soleh merupakan syarat untuk masuk ke dalam syurga. (Lihat: Tafsir al-Maraghi)

#Sebagai umat Islam kita sememangnya dituntut untuk berusaha mendapatkan syurga Allah swt di akhirat kelak. Bahkan terdapat beberapa nas dari al-Quran dan juga hadis nabi saw yang menganjurkan hal tersebut. Firman Allah swt:

وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

"Bersegeralah kamu ke arah (mendapatkan) pengampunan dari Tuhan kamu dan (bersegeralah) mendapatkan syurga yang luasnya melebihi langit-langit dan juga bumi yang disediakan buat golongan yang bertakwa" [Surah Aali Imran 133]

#Tanda-tanda yang menunjukkan manusia itu dalam kalangan mereka yang bertakwa dan bakal menghuni syurga ialah mereka rajin bertaubat kepada Allah swt. Walau apa juga kesilapan dan dosa dilakukan, janganlah berputus asa dan jemu memohon keampunan daripadaNya.

#Sikap malas bertaubat membuktikan manusia malas untuk masuk syurga kerana sesungguhnya agama menggalakkan manusia meraih ganjaran dengan apa cara sekalipun. Antara usaha itu ialah bertaubat kerana manusia tidak lepas daripada melakukan kesilapan dan juga sentiasa menggandakan amal soleh.

#Melazimkan diri bertamu ke rumah Allah swt dan menghidupkan majlis ilmu adalah tanda manusia bakal meraih ganjaran syurga. Mereka yang sentiasa berada di majlis ilmu adalah dalam kalangan orang yang akan dipermudahkan jalan menuju ke syurga.

#Begitu juga, orang yang sentiasa membantu orang lain juga dijanjikan syurga, terutama apabila bantuan diberikan tidak mengharapkan pujian dan balasan, maka Allah swt akan membantu mempermudahkan segala urusannya ke syurga.

#Ingatlah, kesilapan mereka yang bersungguh menyintai dunia dan mengikut hawa nafsu hanya akan memusnahkan impian mereka untuk beroleh ganjaran syurga di akhirat kelak.

♡Burulah syurga dengan iman yang lurus dan amal soleh yang ikhlas♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT: INFAQ MISI SANTUNI ASNAF GUA MUSANG DAN KUALA KRAI, KELANTAN*

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/SANTUNI-ASNAF-GUA-MUSANG

Assalamualaikum wbt para penyumbang yang budiman..

InsyaAllah, sukarelawan GENG TALAQQI akan turun padang menyantuni asnaf di kalangan fakir miskin, ibu tunggal, warga emas terlantar, dan golongan memerlukan sekitar Gua Musang dan Kuala Krai dalam Misi Kembara Dakwah dan Kebajikan Asnaf Geng Talaqqi pada 22 dan 23 Jun 2024.

*DIPERLUKAN SEKITAR RM10 RIBU*

InsyaAllah akan disampaikan sumbangan berupa Sekampit Beras, Seekor Ayam dan Sepapan Telur di samping keperluan-keperluan yang lain.

InsyaAllah akan diadakan juga lawatan kebajikan ke Masjid Madrasah Gua Musang, penyampaian Food Basket, Kuliah Maghrib dan sebagainya.

Jom berkebajikan bersama kami. Moga setiap sen yang dihulurkan diganti oleh Allah swt dengan kebaikan yang melimpah rumah dan syurgaNya yang tertinggi. Aamiiin

*SEDEKAH BUKANLAH sesuatu yang akan MERUGIKAN kita semua, ianya merupakan satu bentuk PENGORBANAN daripada kita untuk beroleh KEMULIAAN disisi ALLAH SWT dan KEBERKATAN pada REZEKI*

Jazakumullahu khairan kathira kepada semua penyumbang. Semoga Allah mengganjari tuan/puan semua dengan sebaik-baiknya ganjaran. Aamiiin
=============
*Sumbangan boleh disalurkan ke akaun toyyib pay:*

https://toyyibpay.com/SANTUNI-ASNAF-GUA-MUSANG

*Atau terus ke akaun:*

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Santuni Asnaf Gua Musang

*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*

📲Ust naim: http://www.wasap.my/60196023803/SantuniAsnafGuaMusang

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/SantuniAsnafGuaMusang

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/SantuniAsnafGuaMusang

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/SantuniAsnafGuaMusang

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 13 Zulhijjah 1445H☆

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ

"Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah daripada kalangan hamba-hambaNya hanyalah para ulamak (orang yang berilmu)" [Surah Fatir 28]

#Ulamak ialah orang yang pakar dalam pengetahuan agama.

#Imam Abu Hayyan dalam kitab tafsirnya al-Bahr al-Muhit menjelaskan bahawa ulamak ialah mereka yang mengetahui tentang sifat-sifat Allah swt dan mengesakanNya serta beriman dengan segala yang harus, wajib dan mustahil bagiNya, lalu mereka memuliakan dan mengagungkanNya sebagaimana yang selayaknya. Sesiapa yang bertambah ilmunya, maka akan bertambahlah takutnya kepada Allah swt".

#Menurut Ibn Jinni, ulamak ialah seseorang yang menceburi dan berkecimpung dengan ilmu dalam tempoh yang lama sehingga ia menjadi seperti darah dagingnya dan istilah ini tidak diberikan kepada orang yang baru ingin belajar kerana mereka ini hanya digelar dengan penuntut ilmu dan bukannya ulamak.

#Memuliakan para ulamak itu sangatlah dituntut kerana mereka adalah pewaris para Nabi. Daripada Sayidina Abi Darda’ r.a, bahawa Nabi saw bersabda:
 
وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ

"Dan ulamak itu adalah pewaris para nabi" (HR Abu Daud)

#Jangan sesekali menghina, mencela dan memburukkan para ulamak. Menghina para ulamak termasuk dalam dosa besar.

#Imam Ibn Hajar al-Haitami menyenaraikan dosa menghina ulamak sebagai salah satu daripada 70 dosa besar:

وَقَدْ جَزَمَ الرَّافِعِيُّ بِأَنَّ الْوَقِيعَةَ فِي أَهْلِ الْعِلْمِ وَحَمَلَةِ الْقُرْآنِ مِنْ الْكَبَائِرِ

“Imam ar-Rafi'i menegaskan bahawa menghina orang yang berilmu dan orang yang menghafaz al-Quran merupakan dosa besar".

#Berkata Imam Ahmad Bin Hanbal rahimahullah:

الوقيعة في أهل العلم ولا سيما أكابرهم من كبائر الذنوب

“Menghina orang yang berilmu terutama ulamak besar adalah termasuk dalam dosa besar"

#Berkata Imam at-Tahawi rahimahullah:

وَعُلَمَاءُ السَّلَفِ مِنَ السَّابِقِينَ وَمَنْ بَعْدَهُمْ مِنَ التَّابِعِينَ أَهْلِ الْخَيْرِ وَالْأَثَرِ وَأَهْلِ الْفِقْهِ وَالنَّظَرِ لَا يُذْكَرُونَ إِلَّا بِالْجَمِيلِ، وَمَنْ ذَكَرَهُمْ بِسُوءٍ فهو على غير السبيل

“Para ulamak salaf terdahulu (para sahabat) dan yang sesudah mereka daripada kalangan tabi’in yang mereka selalu menjunjung kebaikan, ahli hadis, ahli fiqh dan aqidah, mereka tidak disebutkan melainkan dengan kebaikan dan sesiapa yang menyebut mereka dengan keburukan, maka dia bukan berada pada jalan orang yang beriman".

#Berkata Imam Ibnu Asakir rahimahullah: "Sesiapa yang menghina para ulamak, Allah swt akan mengujinya sebelum mati dengan dimatikan hatinya".

♡Muliakanlah para alim ulamak kerana Allah dan RasulNya memuliakan mereka. Jangan sesekali menghina dan mencela mereka kerana mereka langsung tidak wajar dan tidak layak dihina♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 11 Zulhijjah 1445H☆

وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ

"Dan bacakanlah ke atas mereka itu berkenaan berita dua anak Nabi Adam dengan kebenaran, ketika mana keduanya melaksanakan ibadah korban, lalu diterima korban salah seorangnya dan tidak diterima korban yang satu lagi. (Qabil) berkata: Nescaya aku akan membunuh kamu. Sesungguhnya Allah hanya menerima dari kalangan orang yang bertakwa" [Surah al-Maidah 27]

#Berdasarkan ayat di atas, jelas menunjukkan bahawa perbuatan korban ada dinyatakan di dalam al-Quran. Sekiranya kita melihat kepada tafsiran para ulamak terhadap ayat ini, ia sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Hafiz Ibn Kathir rahimahullah daripada Abdullah bin ‘Amru bin Al-‘Ash r.a beliau berkata: "Sesungguhnya dua anak Adam yang melaksanakan korban lalu diterima korban salah seorang dari mereka dan tidak diterima korban dari yang satu lagi. Salah seorangnya (Qabil) adalah merupakan pemilik kebun dan yang satu lagi merupakan pemilik kambing. Keduanya diperintahkan untuk melakukan korban. Pemilik kambing mempersembahkan kambing paling bernilai, paling gemuk, dan yang terbaik yang dimilikinya. Manakala pemilik kebun mempersembahkan hasil tanamannya yang paling buruk dan tidak elok. Lalu Allah S.W.T menerima korban pemilik kambing dan tidak menerima korban pemilik kebun tersebut. (Lihat: Tafsir al-Quran al-Azhim)

#Hari raya hari bahagia, riang gembira. Hari Raya Qurban merupakan hari kemenangan dan kegembiraan. Allah limpahkan perasaan itu di dalam hati hamba-hambaNya yang beriman, yang sabar, tabah dan berterusan dalam perjuangan.

#Hari Raya Korban adalah hari di mana kita belajar makna penebusan dan pengorbanan. Maka alangkah bahagianya mereka yang menghulur dan memberi, yang berbelanja dan berkorban, yang mengharap ganjaran dan keredhaan Tuhan. Mereka itulah orang yang paling layak untuk bergembira. Mereka itulah yang paling besar ganjarannya.

#Allah swt takdirkan sebahagian kita bergembira pada hari raya dengan bertemu orang-orang tersayang dari kalangan ahli dunia, iaitu kaum kerabat serta sahabat-sahabat. Sebahagian yang lain terutama di bumi Palestin, Allah anugerahkan mereka kegembiraan terpilih sebagai syuhada' yang mulia dan terpilih. Itulah nilai pengorbanan demi mendapat sesuatu yang membahagiakan.

#Setiap umat Islam diseru untuk berusaha sedaya upaya mengambil kesempatan melaksanakan ibadah qurban ini yang hanya berlaku sekali dalam setahun dan mengambil iktibar untuk menjadi muslim yang soleh.

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ

"Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)" [Surah al-Kawthar 2]

♡Semoga amalan korban kita diterima disisi Allah swt. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 9 Zulhijjah 1445H☆

وَلِلَّـهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا

"Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya" [Surah Aali Imran 97]

#Habib Hasan bin Ahmad al-Kaff menyatakan, para ulamak telah bersepakat bahawa hukum mengerjakan ibadah haji adalah fardhu ain. Dalam erti kata lain, jika ia adalah hajjah al-Islam (haji kali pertama) dan memenuhi syarat-syarat wajib untuk mengerjakan haji, maka ia adalah fardhu ain ke atasnya. Syarat-syarat tersebut ialah Islam, mumayyiz, baligh, merdeka dan istita‘ah (berkemampuan. (Lihat: al-Taqrirat al-Sadidah)

#Saat ini kita berada di musim haji. Jutaan umat Islam telah berkumpul untuk menunaikan ibadah haji di bumi Mekah al-Mukarramah.

#Tanggal 9 Zulhijjah, merupakan hari Arafah. Apa itu hari Arafah dan apa kelebihannya?

1. Hari Arafah adalah hari raya buat umat Islam. Daripada Sayidina Uqbah bin Amir r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:
 
يَوْمُ عَرَفَةَ، وَيَوْمُ النَّحْرِ، وَأَيَّامُ التَّشْرِيقِ عِيدُنَا أَهْلَ الْإِسْلَامِ، وَهِيَ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ

"Hari Arafah, hari Korban serta hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari raya kita orang Islam dan ia adalah hari makan dan minum" (HR Abu Daud, at-Tirmizi dan al-Nasa’ie)

2. Hari Arafah adalah rukun daripada haji. Daripada Sayidina Abdulrahman bin Ya’mur r.a, bahawa Nabi saw bersabda:
 
الحَجُّ عَرَفَةُ

"Haji adalah Arafah" (HR at-Tirmizi)

3. Hari kebesaran untuk berdoa. Daripada Sayidina Abdullah bin ‘Amr r.a bahawa Nabi saw bersabda:

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

"Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah" (HR at-Tirmizi)

#Bersempena hari Arafah, umat Islam digalakkan berpuasa sunat pada hari tersebut dan dijanjikan ganjaran penghapusan dosa setahun sebelum dan setahun selepas.
 
#Daripada Sayidina Abi Qatadah r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda, apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah. Sabda Nabi saw:
 
يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

"Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang" (HR Muslim)

#Imam an-Nawawi berkata: "Puasa pada hari ‘Arafah, aku berharap kepada Allah agar menghapuskan (dengannya) dosa-dosa pada tahun lalu dan tahun yang akan datang, bermaksud menghapuskan dosa-dosa bagi orang yang berpuasa pada hari itu selama dua tahun. Mereka (para ulamak) berkata: Maksudnya adalah menghapus dosa-dosa kecil" (Lihat: Syarh an-Nawawi ‘ala Sahih Muslim)

♡Hari Arafah adalah satu hari yang istimewa dalam bulan Zulhijjah yang memiliki pelbagai kelebihan. Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah merebut peluang dan kesempatan ini untuk beramal soleh agar kita tidak termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 7 Zulhijjah 1445H☆

وَإِذَا أَرَدْنَا أَن نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا

"Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya" [Surah al-Isra’ 16]

#Berkata Imam -Syaukani rahimahullah: Firman Allah,
‘وَإِذَا أَرَدْنَا أَن نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا’
Yakni Kami akan perintahkan mereka untuk melakukan ketaatan dan kebaikan, namun mereka melakukan maksiat dan melakukan kejahatan. Terdapat pendapat yang menyebut bahawa, yang dimaksudkan dengan ‘أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا’ adalah, yakni Kami akan memperbanyakkan orang-orang yang melakukan kefasikan di negeri tersebut. Makna ‘مُتْرَفِيهَا’ adalah orang-orang yang mendapat kenikmatan, yang terlena dalam kenikmatan mereka. Mereka adalah orang yang bertindak dengan sewenang-wenangnya dan juga penguasa yang zalim serta orang-orang kaya yang fajir. (Lihat: Fathul Qadir)

#Bacalah kisah dan riwayat tentang umat-umat terdahulu sama ada daripada al-Quran atau hadis nabi menunjukkan apabila mereka samseng dan takabbur di muka bumi serta bertindak zalim menindas golongan miskin dan rakyat jelata. Maka, mereka berakhir dengan kehinaan dan kehancuran serta buruk akibatnya dengan azab Allah swt. 

#Juga antara penyebab turun azab kemusnahan dari Allah ialah kerana tidak adil dalam perlaksanaan hukuman, bukan kerana tidak jalankan hukuman.

#Sabda Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya telah dibinasakan umat sebelum kamu kerana apabila orang berkedudukan tinggi dalam kalangan mereka mencuri, mereka biarkan. Apabila orang lemah berkedudukan rendah dalam kalangan mereka mencuri, mereka laksanakan hudud (hukuman) ke atasnya" (HR al-Bukhari)

#Begitu juga, sebab azab pemusnahan dari Allah ialah bila kezaliman tidak dihalang.

#Imam Ahmad dan Ashab as-Sunan meriwayatkan bahawa Sayidina Abu Bakar r.a berkata: “Ketahuilah bahawa seandainya manusia itu apabila mereka melihat orang zalim melakukan kezaliman, mereka tidak memegang tangannya untuk menghalangnya, tidak lama Allah akan merangkumi mereka semua dengan siksaanNya".

#Allah swt tidak turunkan azab pemusnahan umum hanya dengan sebab kekufuran tetapi dengan sebab kejahatan dan kezaliman dengan makhluk.

#Berkata Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaili di dalam kitab Tafsir al-Munirnya: "Tidak diturunkan azab dengan mencabut akar umbi sesuatu kaum kerana kaum itu sekadar beriktiqad dengan aqidah syirik dan kufur sahaja, sebaliknya azab diturunkan apabila mereka melakukan kejahatan di dalam urusan sesama mereka serta melakukan kezaliman dan penindasan".

اللَّهُمَّ إنَّا نَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَاقِيَةَ فِي دِيْنِنَا وَدُنْيَانَا وَأَهْلِنَا وَمَالِنَا، اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِنَا وَآمِنْ رَوْعَاتِنَا ، اللَّهُمَّ احْفَظْنَا مِنْ بَيْنَ أَيْدِيْنَا وَمِنْ خَلْفِنَا وَعَنْ أَيْمَانِنَا وَعَنْ شَمَائِلَنَا وَمَنْ فَوْقِنَا ، وَنَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ نُغْتَالَ مِنْ تَحْتِنَا

"Ya Allah, sesungguhnya kami memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiyat) di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiyat) dalam agama, dunia, keluarga dan harta kami. Ya Allah, tutupilah aib kami dan berilah ketenteraman di hati kami. Ya Allah, jagalah kami dari depan, belakang, kanan, kiri, dan atas kami. Kami memohon perlindungan dengan keagungan-Mu agar tidak disambar dari bawah kami"

♡Oleh yang demikian, sesiapa yang melakukan kezaliman dan kederhakaan serta sesuatu yang menuju ke arah sebab-sebab kebinasaan nescaya Allah swt akan membinasakan mereka♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 6 Zulhijjah 1445H☆

وَدَخَلَ مَعَهُ ٱلسِّجۡنَ فَتَیَانِۖ قَالَ أَحَدُهُمَاۤ إِنِّیۤ أَرَىٰنِیۤ أَعۡصِرُ خَمۡرࣰاۖ وَقَالَ ٱلۡـَٔاخَرُ إِنِّیۤ أَرَىٰنِیۤ أَحۡمِلُ فَوۡقَ رَأۡسِی خُبۡزࣰا تَأۡكُلُ ٱلطَّیۡرُ مِنۡهُۖ نَبِّئۡنَا بِتَأۡوِیلِهِۦۤۖ إِنَّا نَرَىٰكَ مِنَ ٱلۡمُحۡسِنِینَ

Dan masuklah bersama-samanya ke penjara dua orang khadam raja. Salah seorang di antaranya (bertanya kepada Yusuf dengan) berkata: "Sesungguhnya aku bermimpi melihat diriku memerah anggur ". Dan berkata pula yang seorang lagi: "Sesungguhnya aku bermimpi melihat diriku menjunjung roti atas kepalaku, yang sebahagiannya dimakan oleh burung." (kemudian keduanya berkata): "Terangkanlah kepada kami akan takbirnya. Sesungguhnya kami memandangmu termasuk dalam kalangan orang yang baik"  [Surah Yūsuf 36]

#Jom kita renungi kisah Nabi Yusuf Alaihissalam yang diceritakan di dalam al-Quran. Siapa yang ceritakan kisah ini kepada kita? Itulah Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui segala-galanya. Ia bukan rekaan, bukan sesuatu yang diada-adakan. Ia suatu kisah kehidupan yang benar-benar berlaku. Diceritakan sebagai iktibar dan pengajaran sepanjang zaman.

#Nabi Yusuf Alaihissalam, abang-abangnya mahu membunuhnya semasa dia masih kecil, tetapi dia tidak mati. Mereka mahu melenyapkan semua kesan-kesannya, tetapi Allah angkat darjatnya. Kemudian dia dijual sebagai hamba, tetapi akhirnya dia menjadi orang yang berkuasa.

#Mereka ingin hapuskan kasih sayang dari hati ayah mereka terhadapnya, tetapi sebaliknya perasaan itu tambah mendalam. (Lihat: Surah Yūsuf 85)

#Oleh itu, jangan risau apa yang dirancang oleh manusia untuk menyakiti kita. Sesungguhnya kehendak Allah mengatasi segala-galanya.

#Lihat babak-babak yang dilalui seterusnya… Nabi Yusuf dimasukkan ke dalam penjara kerana kesalahan yang tidak pernah dilakukannya. Di dalam penjara, dia merupakan ‘banduan’ terbaik sebagaimana diperakui oleh penghuninya. (Lihat: Surah Yusuf ayat 36)

#Namun, banduan lain keluar dahulu daripadanya, dan dia (Nabi Yusuf) walaupun baik tetap meringkuk di dalam penjara beberapa tahun lamanya. Salah seorang temannya keluar untuk menjadi menjadi khadam, seorang lagi keluar untuk dibunuh, dan dia menunggu dan menunggu..

#Akhirnya dia keluar untuk menjadi seorang penguasa di Mesir, bertemu dengan kedua orang tuanya, keluarga yang terpisah bercantum semula. Alangkah bahagianya!

وَقَالَ ٱلۡمَلِكُ ٱئۡتُونِی بِهِۦۤ أَسۡتَخۡلِصۡهُ لِنَفۡسِیۖ فَلَمَّا كَلَّمَهُۥ قَالَ إِنَّكَ ٱلۡیَوۡمَ لَدَیۡنَا مَكِینٌ أَمِینࣱ

"Dan (setelah mendengar pengakuan perempuan-perempuan itu), raja berkata: "Bawalah Yusuf kepadaku, aku hendak menjadikan dia orang yang khas untuk aku bermesyuarat dengannya. Setelah (Yusuf dibawa mengadap, dan raja) berkata-kata dengannya (serta mengetahui kebijaksanaannya) berkatalah raja kepadanya: "Sesungguhnya engkau pada hari ini (wahai Yusuf), seorang yang berpangkat tinggi, lagi dipercayai di kalangan kami ".

قَالَ ٱجۡعَلۡنِی عَلَىٰ خَزَاۤىِٕنِ ٱلۡأَرۡضِۖ إِنِّی حَفِیظٌ عَلِیمࣱ

Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya" [Surah Yūsuf 54-55]

#Akhirnya dihimpunkan mereka dalam satu keluarga yang damai lagi bahagia.

فَلَمَّا دَخَلُوا۟ عَلَىٰ یُوسُفَ ءَاوَىٰۤ إِلَیۡهِ أَبَوَیۡهِ وَقَالَ ٱدۡخُلُوا۟ مِصۡرَ إِن شَاۤءَ ٱللَّهُ ءَامِنِینَ

"Maka ketika mereka (Nabi Yaakub dan keluarganya) masuk (ke Mesir) menemui Yusuf, Yusuf segera menyambut serta memeluk kedua ibu bapanya, sambil berkata: "Masuklah kamu ke negeri Mesir, insya Allah kamu berada di dalam aman" [Surah Yūsuf 99]

♡Maka sesiapa yang terasa lambatnya penyelesaian tiba dalam ujian hidupnya, maka jadikan kisah Nabi Yusuf ini sebagai obor harapan yang sentiasa menyala♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 4 Zulhijjah 1445H☆

فَفِرُّوۤا۟ إِلَى ٱللَّهِۖ إِنِّی لَكُم مِّنۡهُ نَذِیرࣱ مُّبِینࣱ

"(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): "Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata"  [Surah adh-Dhāriyāt 50]

#Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyah menafsirkan perkataan ‘Fafirru’ di sini bermakna panggilan dari kejauhan. Allah memanggil hamba-hambaNya pulang. Kembalilah! Betapa indahnya panggilan khusus dari Allah swt buat hamba-hambaNya. Betapa luasnya pintu yang telah dibuka. Allah swt masih memberi peluang dan memanggil hamba-hambanya kembali insaf dan bertaubat.

#Jom hayati kisah yang penuh iktibar ini:

Beberapa ketika sebelum menjelang fajar, kelihatan seorang nelayan sedang duduk di tepi pantai. Dia ternampak satu kantung yang penuh berisi anak batu. Dia memungut kantung tersebut. Dia mengambil sebiji anak batu daripada kantung dan dicampakkannya ke dalam laut. Ketika anak batu jatuh mencecah air laut yang tenang, terjadi satu bunyi yang menyenangkan telinganya. Lalu dia mengulanginya lagi dan lagi.

Dia rasa seronok dan puas dengan aktiviti itu. Tanpa disedari matahari mula menyimbahkan cahayanya. Warna kantung serta isinya baru terlihat dengan jelas. Isi yang tadinya penuh tidak tinggal lagi kecuali satu biji sahaja. Di bawah sinar matahari yang baru memancar, nelayan itu mendapati bahawa apa yang terkandung di dalam kantung itu, yang telah dibalingnya satu demi untuk menikmati suara percikan air laut dihempas objek yang dibalingnya, bukan anak batu. Sebaliknya ia merupakan batu-batu permata yang berharga. Maka, apakah yang mampu dilakukan selain menjerit, meluahkan penyesalan yang tidak berkesudahan.

"Aduhai… sekiranya aku tahu ia permata yang berharga, pasti aku tidak membuangnya walaupun sebiji!!!"

#Fikirkanlah! Kantung berisi permata itu adalah usia kita yang kita buang sia-sia detik demi detik. Suara percikan air itu kesenangan dunia yang sementara. Kegelapan malam itu adalah kelalaian yang membungkus hati dan minda kita.  Sinaran matahari itu adalah saat kematian yang pasti, di mana apa yang telah terbuang tidak mungkin dapat diambil kembali lagi .

وَلَمَّا سُقِطَ فِیۤ أَیۡدِیهِمۡ وَرَأَوۡا۟ أَنَّهُمۡ قَدۡ ضَلُّوا۟ قَالُوا۟ لَىِٕن لَّمۡ یَرۡحَمۡنَا رَبُّنَا وَیَغۡفِرۡ لَنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِینَ

"Dan setelah mereka menyesal (akan apa yang mereka lakukan) dan mengetahui bahawa mereka telah sesat, berkatalah mereka: "Sesungguhnya jika Tuhan kami tidak memberi rahmat kepada kami dan mengampunkan kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi" [Surah al-Aʿrāf 149]

♡Oleh itu, mulai sekarang, sedarlah! Hargailah baki usia kita sebelum ia ditamatkan tanpa notis. Insafilah. Kembalilah ke sisiNya sebelum kita dipanggil untuk kembali kepadaNya selama-lamanya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 2 Zulhijjah 1445H☆

وَٱلۡفَجۡرِ * وَلَیَالٍ عَشۡرࣲ

"Demi waktu fajar. Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah)" [Surah al-Fajr 1-2]

#Kita telah sampai kepada awal Zulhijjah yang mana keistimewaannya amat hebat dan besar. Disebabkan kelebihan ini ramai di kalangan ulamak yang beramal menghidupkan hari-hari istimewa ini.

#Terdapat hadis yang diriwayatkan secara khusus berkenanan puasa, qiamullail, dan memperbayakkan zikir pada tempoh tersebut. Hal ini terdapat dalam hadis riwayat Sayidina Abu Hurairah r.a, hadis mursal Rasyid bin Sa'd, suatu riwayat daripada hadis al-Hasan, Ibnu Sirin dan Qatadah tentang ibadah puasa pada tempoh itu.
    
#Diriwayatkan dalam kitab al-Musnad dan Sunan, daripada Sayidatina Hafsah r.ha:

كَانَ لَا يَدَعُ صِيَامَ عاشوراءَ والعَشر وثلاثة أيام من كُلِّ شَهْرٍ

"Bahawa Nabi SAW tidak meninggalkan puasa pada hari Asyura, 10 hari (terawal Zulhijjah), dan tiga  hari setiap bulan" (Riwayat Ahmad dan an-Nasaie. Hadis daif)
 
#Diriwayatkan juga daripada salah seorang isteri Nabi saw:

أَﻥّ اﻟﻨَّﺒِﻲ ﺻَﻠّﻰ اﻟﻠﻪُ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻛَﺎﻥَ ﻻ ﻳَﺪَﻉٌ ﺻِﻴَﺎﻡَ ﺗﺴﻊِ ﺫِﻱ اﻟﺤِﺠّﺔِ

"Bahawa Nabi saw tidak meninggalkan puasa  9 Zulhijjah" (HR Abu Daud)
 
#Antara individu yang berpuasa selama 9 hari terawal Zulhijjah ialah Sayidina Abdullah bin Umar r.a.

#Berkenaan qiamullail pada 10 malam terawal Zulhijjah, ia sangat digalakkan. Kebiasaan Imam Sa'id Bin Jubair, apabila tiba 10 hari terawal Zuhijjah, beliau sangat bersungguh-sungguh beramal sehingga hampir-hampir tidak berdaya melakukannya.

#Diriwayatkan daripadanya lagi, katanya: "Janganlah kamu memadamkan pelita pada waktu malam selama 10 hari ini kerana ibadah sangat disukai untuk dilakukan saat itu".

#Adapun galakkan memperbanyakkan zikir, firman Allah swt ini menjadi dalilnya:

وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّـهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ

"Dan supaya menyebut nama allah pada hari-hari yang dimaklumi" [Surah al-Hajj 28]

#Hari-hari yang dimaklumi itu ialah 10 hari terawal Zulhijjah menurut jumhur ulamak.

#Diriwayatkan dalam Musnad Imam Ahmad daripada Ibnu Umar r.a, daripda Nabi saw, Baginda bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إلِيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ أَيَّامِ عَشْرِ ذِي الْحِجَّةِ أَوْ قَالَ : هَذِه الْأيَّامِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنَ التَّسْبِيح وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ وَالتَّهْلِيلِ

"Tiada hari-hari yang lebih agung dan disukai oleh Allah untuk beramal soleh selain 10 hari ini. Maka, perbanyakanlah tahlil, takbir, dan tahmid padaNya" (HR Ahmad)

♡Marilah kita beramal dan perbanyakkan amal kebajikan disepanjang bulan Zulhijjah ini. Semoga Allah mengurniakan kita kekuatan untuk sentiasa melakukan amal soleh untuk bekalan di akhirat kelak. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 29 Zulkaedah 1445H☆

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةࣱ فَأَصۡلِحُوا۟ بَیۡنَ أَخَوَیۡكُمۡۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat" [Surah al-Ḥujurāt 10]

#Islam menuntut umatnya agar sentiasa menjadi pendamai dalam sebarang situasi kehidupan.

#Setiap Muslim perlu memainkan peranan di dalam usaha penyatuan sebaliknya mengelakkan diri dari memarakkan api permusuhan sesama insan.

#Ajaran Islam menuntut manusia untuk mencari ruang kedamaian bukan persengketaan yang memecahbelahkan.

#Jom hayati kisah dibawah ini agar kita menjadi pendamai yang menyatukan, bukan batu api yang memusnahkan. Kisahnya:

Ada dua orang adik beradik tinggal berjiran. Masing-masing mempunyai rumah dan kebun sendiri. Rumah dan kebun mereka dipisahkan oleh sebatang anak sungai. Mereka menyayangi antara satu sama lain, hidup rukun dan damai sekian lama sehinggalah pada satu ketika berlaku perselisihan pendapat antara keduanya angkara isteri-isteri mereka.

Perselisihan antara keduanya semakin hari semakin parah sehingga membawa kepada putusnya silaturrahim dan tidak bertegur sapa.

Pada suatu hari, si abang hendak musafir selama sebulan. Sebelum berangkat, dia memanggil seorang kontraktor dan menyuruhnya membina tembok yang tinggi yang memisahkan antara kebunnya dengan kebun adiknya. Dia sangat benci dan tidak mahu  bertemu mata dengan adiknya.

Cukup sebulan, dia kembali dari permusafirannya. Dia membayangkan tembok yang dipesannya sudah siap. Sesampai di rumah, alangkah terperanjatnya dia. Kontraktor tidak membina tembok. Sebaliknya dia membina jambatan merentasi anak sungai menghubungkan antara dua tebing. Apabila menyedari abangnya telah kembali, si adik terus datang meniti jambatan yang dibina lantas memeluk abangnya seraya berkata:

"Terima kasih abang. Alangkah besarnya jiwamu! Dalam keadaan kita bersengketa, engkau membina jambatan untuk merapatkan kembali hubungan kita!”

#Sabda Nabi saw:

مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، وَيُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

"Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya serta dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung pertalian silaturrahim" (HR al-Bukhari dan Muslim

♡Jadilah pendamai yang menyatukan dan jangan sesekali menjadi batu api untuk mencetuskan pergaduhan dan persengketaan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 28 Zulkaedah 1445H☆

أَمَّنۡ هَـٰذَا ٱلَّذِی یَرۡزُقُكُمۡ إِنۡ أَمۡسَكَ رِزۡقَهُۥۚ بَل لَّجُّوا۟ فِی عُتُوࣲّ وَنُفُورٍ

"Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran)" [Surah al-Mulk 21]

#Jom hayati dan dalami kisah ini untuk kita memahami tentang rezeki dan keberkatannya.

Pada suatu masa dahulu terdapat seorang penjual susu. Dia menjual susu segar yang berkualiti. Ramai pelanggan yang gemar membeli susu yang dijualnya.

Pada suatu hari dia terfikir untuk mengaut keuntungan yang lebih banyak. Maka dia mencampurkan susunya dengan air. Dia ke pasar menjual susu seperti biasa. Pelanggan-pelanggannya membeli susunya tanpa syak wasangka. Dia sangat gembira dengan keuntungan yang diraihnya berlipat ganda.

Dalam perjalangan pulang dia berasa terlalu penat. Dia berhenti di bawah sepohon pokok yang besar di tepi sungai untuk berehat. Sedang dia bersandar merehatkan diri pada batang pokok tersebut, seekor kera turun dari pokok dan mengambil uncang yang berisi wang di dalamnya dan terus berlari membawa uncang itu naik ke atas pokok.

Dia menjerit-jerit meminta supaya dipulangkan uncangnya. Namun binatang itu tidak menghiraukan jeritannya. Ia membuka uncang lalu dibalingnya duit yang berada di dalamnya satu demi satu secara bergilir. Sekeping ke arah penjual susu, kemudian sekeping lagi ke dalam sungai sehinggalah wang dalam uncang habis. Tiada daya dan upaya si penjual yang malang kecuali mengutip kepingan-kepingan wang yang dibaling oleh kera kepadanya dari atas pokok.

Dia menghitung wang yang dikutipnya. Alangkah terperanjatnya!

Setelah dihitungnya, jumlahnya sama dengan yang diperolehi setiap hari dia menjual susu yang tidak dicampur air. Dia tertawa sendiri lantas berkata: “Yang berasal daripada susu kembali kepada susu, yang berasal daripada air kembali kepada air”!

Mulai saat itu dia berazam tidak akan mencampurkan susu jualannya dengan air selama-lamanya. 

#Dan kata-kata yang diucapkan secara spontan itu tadi akhirnya menjadi suatu ungkapan seperti kata-kata hikmah yang meniti di bibir ahli masyarakat.

♡Rezeki yang diberkati ditentukan Allah swt, begitulah sebaliknya. Namun, kita diperintahkan untuk mencari rezeki yang halal lagi barakah, maka jangan sesekali ghairah dengan rezeki yang haram dan yang bukan milik kita♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…
Subscribe to a channel