tadabburkalamullah | Unsorted

Telegram-канал tadabburkalamullah - Tadabbur Kalamullah

13574

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

Subscribe to a channel

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 6 Syawal 1445H☆

وَلَقَدۡ یَسَّرۡنَا ٱلۡقُرۡءَانَ لِلذِّكۡرِ فَهَلۡ مِن مُّدَّكِرࣲ

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?" [Surah al-Qamar 17]

#Pendidikan al-Quran mempunyai keutamaan tersendiri dan seharusnya kita jadikan agenda pertama untuk mendidik anak-anak.

#Tetapi seperkara yang wajib kita sedari semasa proses mendidik anak-anak agar jiwa mereka jinak dengan al-Quran ialah kita sendiri sebagai ibu bapa mesti terlebih dahulu memberikan contoh teladan kepada mereka.

#Berkata Syeikh Mustafa al-Himsi menerusi Kitabnya, Dalil Falihin Fi Hifz al-Quran al-Karim wa Tahfazihi: "Dan tidak syak lagi, sesungguhnya qudwah (contoh teladan) memainkan peranan yang besar dalam membimbing anak-anak dalam membudayakan bacaan al-Quran. Mana mungkin kamu mahu anak kamu menghafaz surah-surah al-Quran, sedangkan kamu tidak membaca dan menghafaznya?".

#Berkata Sayidina Abdullah bin Abbas r.huma: "Sesiapa yang membaca al-Quran sebelum umurnya baligh, maka akan dikurniakan kebijaksanaan pada usia kecilnya".

#Diriwayatkan bahawa sejak kecil lagi, Imam an-Nawawi rajin menuntut ilmu, menghafaz al-Quran dan seumpamanya. Seorang wali Allah, Syeikh Yasin bin Yusuf al-Murrakusyi berkata:

Aku melihat beliau (an-Nawawi) ketika umurnya 10 tahun di Nawa. Kanak-kanak lain memaksa beliau untuk bermain bersama-sama. Namun beliau lari daripada mereka dan menangis dengan paksaan mereka. Sebaliknya, beliau membaca al-Quran ketika itu. Maka timbul di hatiku perasaan kasihkannya. Bapanya menyuruhnya menjaga kedai. Namun Aktiviti jual beli itu tetap tidak melalaikan dirinya daripada membaca al-Quran.

Kata Syeikh Yasin lagi: “Aku kemudian pergi berjumpa dengan guru al-Qurannya dan berpesan supaya mengambil berat hal dirinya dan aku menyebut, ‘Sesungguhnya dia akan menjadi orang yang paling alim dan zuhud pada zamannya, serta akan memberi manfaat kepada ramai manusia.’ Maka gurunya bertanya, ‘Adakah tuan ahli nujum?’ Aku menjawab, ‘Tidak, sebaliknya ia adalah ilham daripada Allah.”

Perkara tersebut kemudian diceritakan kepada bapanya, lalu bapanya memberi perhatian yang tinggi terhadap pelajaran dan hafazannya sehingga beliau berjaya khatam al-Quran sebelum usia baligh. Firasat Syeikh Yasin itu akhirnya benar-benar menjadi kenyataan. (Lihat: Imam al-Nawawi oleh Syeikh ‘Abd al-Ghani al-Daqqar)

♡Bersamalah kita menguatkan diri untuk mendidik dan menjadikan anak kita sentiasa hidup bermesra dengan al-Quran. Meskipun, kita mungkin tidak berupaya melahirkan seorang anak yang hafiz, namun sekurangnya anak-anak kita tidak berasa asing dengan Kitab Allah, al-Quran al-karim♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 4 Syawal 1445H☆

وَلِتُكۡمِلُوا۟ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ

"Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur" [Surah al-Baqarah 185]

#Sambutan hari raya Aidilfitri yang diraikan setahun sekali adalah perayaan yang disyariatkan oleh Islam.

#Hari raya dinamakan dengan aid (عيد) kerana  hari raya datang dengan kegembiraan pada setiap tahun. Setelah sebulan berpuasa bersabar menahan lapar dan dahaga maka pada hari raya umat Islam dianjurkan untuk bergembira mengikut kerangka syariat sebagai tanda syukur atas nikmat berhari raya.

#Dalam sebuah hadis, diriwayatkan bahawa ketika mana Nabi saw sampai di Madinah, Nabi saw mendapati penduduk Madinah memiliki 2 hari yang mereka bergembira padanya lalu Nabi saw bertanya: "Apakah dua hari ini?. Lalu jawab mereka:" Ia adalah hari untuk kami bergembira", nabi saw bersabda:

إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ

"Sesungguhnya Allah telah mengantikan dua hari tersebut dengan yang lebih baik iaitu hari raya Aidilfitri dan Aidiladha" (HR Abu Daud)

#Hari raya merupakan hadiah istimewa setelah sebulan umat Islam menjalani ibadah puasa dengan penuh kesungguhan, serta disusuli dengan meningkatkan amal ibadah dan amalan kebaikan semata-mata mengharapkan rahmat dan keampunan Allah swt. Oleh yang demikian, Aidilfitri perlu diraikan dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran supaya rahmat dan redha Allah swt sentiasa menaungi kehidupan kita.

#Aidilfitri diraikan sebagai tanda kemenangan umat Islam melawan hawa nafsu dengan menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa, serta sebagai tanda kejayaan kita dalam usaha mencapai ketinggian iman dan takwa kepada Allah swt.

#Oleh itu, jadikanlah sambutan Aidilfitri sebagai matlamat kita dalam memulakan langkah baharu untuk menjalani kehidupan yang lebih baik menurut aturan syariat demi meraih keredhaan Allah swt. Kita juga diingatkan agar tidak melampaui batas syariat sehingga menyebabkan segala ganjaran kebaikan yang telah dilakukan dalam bulan Ramadhan menjadi sia-sia.

ثُمَّ جَعَلۡنَـٰكَ عَلَىٰ شَرِیعَةࣲ مِّنَ ٱلۡأَمۡرِ فَٱتَّبِعۡهَا وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَاۤءَ ٱلَّذِینَ لَا یَعۡلَمُونَ

"Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar)" [Surah al-Jāthiyah 18]

♡Semoga Hari Raya Aidilfitri tahun ini disambut dengan penuh kesyukuran dan ketaqwaan menjadi lebih bermakna dan mempereratkan hubungan kita dengan Allah swt serta sesama manusia♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 2 Syawal 1445H☆

وَلِتُكۡمِلُوا۟ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ

"Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur" [Surah al-Baqarah 185]

#Setiap kali kita sambut hari raya, antara perkara yang diperintahkan Allah swt kepada kita ialah melaungkan takbir bagi membesarkan Allah swt.

#Ucapan takbir iaitu Allahuakbar (Allah Maha Besar) adalah ucapan mulia bagi membesarkan Allah swt. Apabila takbir diucapkan, kita wajib menyedari dan mengetahui bahawa Allah swt itu lebih besar dan lebih agung berbanding segala sesuatu yang lain selain daripadaNya. Malah, segala sesuatu yang lain itu tidak layak untuk dibesarkan atau ditinggikan, apatah lagi ditakutkan.

#Apabila kita bertakbir bererti kita membesarkan Allah swt dan mengecilkan yang lain daripadaNya. Oleh itu, ucapan ini disyariatkan dalam azan dan iqamah yang dilaksanakan lima kali sehari. Begitu juga ketika kita melakukan takbiratul ihram dan takbir intiqal dalam setiap ibadah solat.

#Laungan takbir ini disyariatkan dalam takbir Aidilfitri dan juga ketika sambutan hari raya Aidiladha, dua perayaan dan hari kegembiraan bagi umat Islam. Semuanya bagi membesarkan dan mentakzimkan Allah swt, Tuhan semesta alam yang mencipta dan mengurus tadbir segala makhluk yang dijadikan. Tiada yang lebih besar selain daripadaNya.

#Laungan takbir tidak hanya terbatas pada semua perkara yang disebutkan di atas. Malah, Nabi saw juga pernah melaungkan takbir ketika hendak melancarkan peperangan. Ini berlaku ketika perang Khaibar pada tahun ketujuh Hijrah ketika baginda hendak menyerang kaum Yahudi Khaibar yang melakukan pengkhianatan.

#Baginda saw bersabda: "Allahuakbar. Hancurlah Khaibar. Sesungguhnya apabila kami turun di kawasan sesuatu kaum, maka sudah tentu buruklah hari orang yang telah diberikan amaran itu." Baginda saw mengulanginya sebanyak tiga kali. (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Diriwayatkan juga bahawa baginda saw pernah melaungkan takbir ketika gembira dengan kemenangan yang diraih serta kedatangan ahli Yaman.

#Berkata Sayidina Ibn Abbas r.a, sewaktu baginda Nabi saw berada di Madinah, baginda pernah bersabda: "Allahuakbar. Allahuakbar. Telah datang pertolongan Allah. Telah datang pembukaan. Telah datang ahli Yaman, iaitu satu kaum yang bersih hati mereka lagi mudah ketaatan mereka. Iman itu bersifat Yaman. Fiqah itu bersifat Yaman. Hikmah itu bersifat Yaman" (HR Ibn Hibban dalam Sahihnya) 

*Maksudnya, diumpamakan iman, fiqah dan hikmah sedemikian adalah disebabkan sifat bersih hati dan mudah taat yang ada pada ahli Yaman terbabit.

#Bersambung...

♡Besarkanlah Allah swt dihari kebesaran ini serta banyakkan bersyukur padaNya atas nikmat iman dan Islam yang kita kecapi♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI*

Taqabbalallahu Minna Wa Minkum...

مِنَ الْعَائِدِيْن وَالْفَائِزِيْن‎
كل عام وأنتم بخير

.. Mohon Maaf Zahir dan Batin..

*USTAZ MUHAMAD NAIM HJ HASHIM - TADABBUR KALAMULLAH*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 28 Ramadhan 1445H☆

لَیۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَیۡرࣱ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرࣲ

"Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan" [Surah Al-Qadr 3]

#Harini puasa hari ke 28. Malam ni tarawih malam ke 29. Malam ganjil di 10 terakhir Ramadhan. Malam yang dijanjikan lailatul Qadar.

#Disebut dalam Lathaif al-Maarif: "Terdapat dalam kalangan ulamak seperti Abu Qilabah dan satu golongan yang berpendapat, lailatul qadar itu beredar antara malam-malam 10 yang terakhir itu. Diriwayatkan daripadanya bahawa ia beredar secara khusus pada malam ganjil. Di antara mereka yang berpendapat bahawa perpindahan itu pada malam 10 yang terakhir ialah Imam al-Muzani dan Ibn Khuzaimah. Begitu juga Ibn ‘Abd al-Bar menukilkannya daripada Malik dan Thauri".

#Hal ini juga berdasarkan hadis Sayidina Muawiyah r.a bahawa Nabi saw bersabda:
 
اِلْتَمِسُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ آخِرِ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانِ

"Carilah malam al-Qadar pada akhir malam Ramadhan". (Riwayat Ibn Nasr)

#Imam Ibnu Kathir membentangkan perbahasan panjang dengan pelbagai jalur riwayat hadis bahawa Lailatul qadar boleh berlaku pada malam ganjil 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadhan.

#Almarhum Buya Hamka menyebut tidak kurang 45 sumber hadis tentang bila terjadinya malam lailatul qadar seperti dicatatkan Ibnu Hajar dalam karya Fathul Bari Syarah Sahih al-Bukhari. Ia bermaksud tiada penentuan tarikh khusus dan jelas berlaku malam tersebut.

#Ini memahamkan kita bahawa walaupun malam al-Qadar disebut-sebut jatuh pada satu daripada 10 malam terakhir Ramadhan setiap tahun, waktu sebenar malam ganjil itu tidak ditetapkan. Dengan itu, umat Islam digalakkan terus-menerus beribadah dalam tempoh 10 hari agar sempat bertemu dengan malam agung tersebut termasuklah pada malam ini, malam ganjil ke 29.

#Dr Wahbah az-Zuhaili berhujah bahawa Allah menyembunyikan ketepatan malam tersebut sebagai galakan kepada umat Islam mengerjakan ketaatan, tidak lalai, tidak malas dan lebih bersungguh-sungguh beribadah.

♡Jom teruskan ibadah pada malam ini, moga beroleh lailatulqadar. Doakan banyak-banyak semoga Allah memanjangkan umur kita, agar dapat bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan dan beroleh lagi ganjaran lailatul qadar. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 26 Ramadhan 1445H☆

لَیۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَیۡرࣱ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرࣲ

"Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3]

#Malam ni malam 27 Ramadhan. Malam yang dibicarakan oleh para ulamak mengenai berlakunya lailatulqadar.

#Pendapat yang terkuat mengikut para ulamak bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam 27 Ramadhan. Hujah mereka amat banyak, antaranya:

1. Mengikut Abu Ka’ab katanya: "Demi Allah sesungguhnya Sayidina Ibn Mas’ud r.a telah meyakinkan bahawa malam Lailatulqadar jatuh dalam bulan Ramadhan, manakala Lailatulqadar pula jatuh pada malam ke-27. Akan tetapi, dia enggan memberitahu kepada kami malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya".

2. Daripada riwayat Sayidina Muawiyah: "Bahawa Nabi saw telah bersabda bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam ke-27".

Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah al-Qadar mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir (هي) yang kembalinya kepada Lailatulqadar. 

3. Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibn Umar r.huma: "Sesiapa yang mencari Lailatulqadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu Lailatulqadar pada malam yang ke-27".

4. Imam at-Thauri menukilkannya daripada ahli Kufah dan berkata, kami berpendapat ia ialah malam ke-27. Di antara ulamak yang bersetuju dengan pendapat ini ialah Sayidina Ubai bin Ka‘ab dan beliau bersumpah dengan pendapat ini daripada Zir bin Hubaisy dan ‘Abdah bin Abu Lubabah.

Diriwayatkan daripada Qanan bin Abdullah, katanya: “Aku bertanya kepada Zir berkenaan lailatul qadar?” Beliau menjawab: "Sayidina Umar, Sayidina Huzaifah dan kebanyakan sahabat Nabi saw tidak ragu-ragu bahawa lailatul qadar berlaku pada malam ke-27. Diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah dan ini merupakan pendapat Imam Ahmad dan Ishaq.

#Imam Ibn Rajab al-Hanbali menyatakan bahawa sebahagian ulamaknmazhab Syafi‘i menaqalkan riwayat daripada Ibn ‘Abbas r.huma, katanya: "Menghidupkan malam Lailatul Qadar akan terhasil apabila seseorang mendirikan solat Isyak secara berjemaah dan berazam untuk melakukan solat Subuh juga secara berjemaah".

#Imam Malik merekodkan dalam al-Muwatta’ bahawa Imam Ibn al-Musayyib berkata: "Sesiapa yang bertemu dengan Lailatul Qadar bermaksud (yang mendirikan solat) secara berjemaah (pada malam tersebut), maka dia akan memperoleh kebaikan malam itu".

#Begitu jugalah yang dikatakan oleh Imam al-Syafi‘i dalam qaul qadimnya: "Sesiapa yang mendirikan solat Isya’ dan Subuh pada malam Lailatul Qadar, maka dia akan memperoleh kebaikannya".

♡Semoga Allah swt kurniakan kita bertemu malam al-Qadar. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 24 Ramadhan 1445H☆

لَیۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَیۡرࣱ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرࣲ

"Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3]

#Kita dah berpuasa selama 24 hari. Malam ini malam ke 25 Ramadhan. Malam yang Nabi saw agak tinggi kesungguhan baginda dalam menghidupkan malam dengan qiam yang panjang.

#Diriwayatkan daripada Sayidina Nu’man bin Basyir r.a: “Kami melaksanakan qiamullail (tarawih) bersama Rasulullah saw pada malam 23 bulan Ramadhan sampai sepertiga malam. Kemudian kami solat lagi bersama baginda saw pada malam 25 Ramadhan (berakhir) sampai separuh malam. Kemudian baginda memimpin lagi pada malam 27 Ramadhan sampai kami menyangka tidak akan sempat untuk sahur” (HR an-Nasa’i, Ahmad dan al-Hakim)

#Hadis ini menunjukkan kesungguhan baginda saw dan para sahabat memanfaatkan 10 malam terakhir terutama di malam-malam ganjil dengan ibadah malam yang panjang.

#Terdapat pandangan ulamak jika malam 25 Ramadhan itu berbetulan malam Jumaat, maka sangat diharapkan berlakunya lailatul qadar.

#Berkata Abu al-Muzaffar Ibn Hubairah rahimahullah:

وإن وقع في ليلة من أوتار العشر ليلة جمعة ، فهي أرجى من غيرها

"Sekiranya malam Jumaat itu jatuh pada salah satu malam ganjil dari 10 akhir Ramadhan, maka malam tersebut lebih diharapkan berlakunya lailatul qadar berbanding malam-malam yang lain" (Lihat: Lata’if al-Ma’arif)

#Kisah ibadah para sahabat dan ulamak terdahulu dalam menghidupkan bulan Ramadhan dengan qiamullail sangat luar biasa semangat juang mereka demi meraih ganjaran lailatulqadar dan keredhaan Ilahi.

#Bahkan, diceritakan oleh Imam  Abu Nu’aim dari Abu Ishaq al-Fazari bahawa terdapat ulamak di kalangan tabiin yang dikenali dengan panggilan Ibrahim bin Adham, yang tidak tidur di malam hari untuk melaksanakan solat. Namun, hal ini tidak menjadi penghalang untuk beliau melakukan kerja sebagai petani di siang hari.

♡Ayuh, ambillah teladan daripada kisah-kisah ini sebagai penyuntik semangat untuk kita terus melaksanakan solat malam yang terbaik di bulan Ramadhan tahun ini yang hanya berbaki beberapa malam sahaja lagi😭😭😭♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 22 Ramadhan 1445H☆

لَیۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَیۡرࣱ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرࣲ

"Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3]

#Menurut Syeikh Ali bin Ubaidillah: "Dinamakan malam al-Qadar kerana diturunkan pada malam tersebut kitab yang mempunyai kemuliaan di samping rahmat dan malaikat juga turun pada malam tersebut".

#Kemuliaan apa lagi yang lebih agung dari suatu malam yang menjadi permulaan turunnya cahaya dan petunjuk kepada seluruh manusia setelah berlalunya beberapa abad kaum Quraisy yang berada dalam kesesatan menyembah berhala.

#Tidak ada lagi keagungan yang lebih tinggi dari suatu malam yang menjadi saat bersinarnya cahaya pengetahuan Ilahi ke hati Rasulullah saw sebagai bukti rahmat kepada hamba-hambaNya.

#Berkata Imam Ad-Dahhaq: "Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan".

#Berkata pula Imam Mujahid: "Ia merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut".

#Sebahagian para ulamak telah menyebut dalam kitab masing-masing berkenaan dengan sebahagian tanda dan alamat yang mungkin dapat dilihat oleh sebahagian hamba Allah yang diizinkannya pada setiap tahun daripada bulan Ramadhan, antaranya ialah:

1. Berkata Sayidina Ubadah bin al-Somit r.a: "Sesungguhnya malam tersebut bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam tersebut dan tidak terlalu panas dan tiadalah tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya hingga ke waktu pagi. Dan daripada tandanya bahawa matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut.

2. Daripada Sayidina Ubay bin Kaab r.a menyatakan daripada Nabi saw sabdanya: "Sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak mempunyai cahaya dan kepanasan".

3. Riwayat daripada Sayidina Ibn Mas’ud: "Sesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam qadar" (Lihat: Umdah al-Qari)

#Antara doa terbaik untuk dibaca pada malam lailatulqadar ialah yang diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah r.ha, bahawa beliau bertanya Nabi saw: “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar maka apa yang sepatutnya aku ucapkan. Nabi saw bersabda:

اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي

"Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku" (HR at-Tirmizi, Ibn Majah dan Ahmad)

#Imam an-Nawawi berkata bahawa ashab kami (ulamak Syafieyyah) mengatakan disunatkan memperbanyakkan membaca doa ini pada malam al-Qadar. Begitu juga, disunatkan membaca al-Quran, zikir-zikir dan doa-doa yang disunatkan pada tempat-tempat yang mulia. (Lihat: al-Azkar)

♡Banyakkan beramal di 10 malam terakhir Ramadhan. Moga kita bertemu malam al-Qadar. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 20 Ramadhan 1445H☆

لَیۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَیۡرࣱ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرࣲ

"Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3]

#Rasulullah saw memberi beberapa isyarat kepada kita berkaitan malam al-Qadar ini. Antaranya, Baginda saw menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil dalam bulan Ramadhan.

#Sayidina Jabir bin Samurah r.a berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:

الْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ وِتْرًا

"Carilah malam al-Qadar pada sepuluh malam terakhir pada malam yang ganjil" (HR Ahmad)

#Dalam menentukan malam al-Qadar ini, antara pendapat yang paling kuat mengikut para ulamak bahawa malam itu berlaku pada malam 27 Ramadhan.

#Hujah mereka amat banyak, antaranya:

1. Mengikut Sayidina Abu Ka’ab r.a katanya: "Demi Allah sesungguhnya Ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam al-Qadar berada dalam bulan Ramadhan dan jatuh pada malam ke-27. Akan tetapi, beliau enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya".

2. Daripada riwayat Sayidina Muawiyah r.a: "Bahawa Nabi saw telah bersabda bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27".

3. Riwayat ini disokong oleh Sayidina Ibn Abbas r.a yang mengatakan bahawa surah al-Qadar mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu adalah dhamir (هِيَ) yang kembalinya kepada Lailatul Qadar.

4. Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Sayidina Ibn Umar r.a: "Sesiapa yang mencari malam al-Qadar, hendaklah dia mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam al-Qadar pada malam yang ke-27".

#Namun begitu, Imam as-Syafie berpendapat malam al-Qadar berlaku pada malam ke-21 Ramadhan berdalilkan hadis riwayat Sayidina Ibn Mas'ud. Terdapat juga pandangan Imam as-Syafie dan Imam Malik mengatakan berlaku pada malam 23 Ramadhan berdasarkan hadis daripada Sayidina Abdullah bin Unais r.a.

#Terdapat juga pendapat lain yang mengatakan berlaku pada malam ke 24 atau malam-malam terakhir Ramadhan.

#Ketahuilah bahawa Allah swt merahsiakan malam al-Qadar supaya ia menjadi pendorong kepada orang ramai untuk mencarinya. Disamping, supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam menunaikan ibadah demi untuk mencari malam tersebut seperti disembunyikan masa yang diperkenan doa pada hari Jumaat dan juga disembunyikan namanya yang agung daripada segala nama-nama yang Dia miliki.

♡Selamat beramal dan memburu lailatulqadar. Malam ni malam ke 21 Ramadhan, merupakan malam yang diharapkan lailatulqadar disisi Imam as-Syafi‘i. Jom qiam!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 18 Ramadhan 1445H☆

شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِیۤ أُنزِلَ فِیهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدࣰى لِّلنَّاسِ وَبَیِّنَـٰتࣲ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah" [Surah Al-Baqarah 185]

#Sesungguhnya kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan bukan lagi satu rahsia. Allah swt telah memilih daripada bulan mulia ini satu detik paling bersejarah dalam kehidupan umat sejagat, iaitu detik turunnya Kitab Suci yang paling agung yakni al-Quran al-Karim sebagaimana terakam dalam ayat diatas.

#Perkara ini juga telah dijelaskan oleh Imam Ibn Kathir dengan menukilkan riwayat Abu Jaafar al-Baqi:

كَانَ ابْتِدَاءُ الْوَحْيِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وسلَّم يوم الِاثْنَيْنِ، لِسَبْعَ عَشْرَةَ لَيْلَةً خَلَتْ مِنْ رَمَضَانَ

"Permulaan wahyu bagi Rasulullah SAW pada hari Isnin bersamaan malam 17 dari bulan Ramadan" (Lihat: al-Bidayah wan Nihayah)

#Diriwayatkan daripada Sayidina Abdullah bin Abbas r.huma:

أُنْزِلَ الْقُرْآنُ جُمْلَةً وَاحِدَةً إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ، ثُمَّ أُنْزِلَ بَعْدَ ذَلِكَ بِعِشْرِينَ سَنَةً

"Al-Quran diturunkan ke langit dunia sekaligus pada malam al-Qadar. Kemudian diturunkan selepas itu selama 20 tahun. (Lihat: Al-Mustadrak. Kata Imam az-Zahabi, hadis ini sahih)

#Dan diturunkan kalam yang mulia ini pada malam yang tersangat berkat. Firman Allah swt:

إِنَّاۤ أَنزَلۡنَـٰهُ فِی لَیۡلَةࣲ مُّبَـٰرَكَةٍۚ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِینَ

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab)" [Surah ad-Dukhan 3]

#Malam yang berkat itu ialah malam al-Qadr. Firman Allah swt:

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul Qadar" [Surah al-Qadr 1]

#Kitab yang diturunkan khusus ini adalah untuk memimpin tangan manusia ke jalan yang benar, mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang.

ٱللَّهُ وَلِیُّ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ یُخۡرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِۖ

"Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman)" [Surah al-Baqarah 257]

#Bayangkan sekiranya kitab mulia ini tidak diturunkan! Pastinya kita tidak akan mengenal erti kehidupan, dari mana kita datang, ke mana kita akan pergi dan untuk apa kita hidup di dunia yang sementara ini?

#Lantaran itu, mereka yang tidak mengambil manfaat daripada kalam Allah yang mulia ini adalah golongan yang paling malang dan paling rugi.

♡Jadikanlah al-Quran pegangan dan panduan dalam kehidupan. Moga kita sentiasa beroleh petunjuk daripadaNya melalui kalamNya yang diturunkan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 17 Ramadhan 1445H☆

شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِیۤ أُنزِلَ فِیهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدࣰى لِّلنَّاسِ وَبَیِّنَـٰتࣲ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah" [Surah Al-Baqarah 185]

#Allah swt menjelaskan bahawa bulan Ramadhan bulan turunnya al-Quran untuk menjadi petunjuk kepada semua manusia dengan memaparkan dalil-dalil yang nyata dan menerangkan mana yang hak dan mana yang batil.

#Kedatangan Ramadhan sepatutnya bukan sahaja mengingatkan kita tentang kewajipan berpuasa sahaja, tetapi sewajarnya kita menyedari bahawa ia adalah bulan al-Quran untuk kita meraikan kemuliaannya dan keagungannya.

#Maka sepatutnya kita melipatgandakan usaha untuk membaca, mempelajari dan menekuni al-Quran. Perbanyakkan membaca al-Quran dan mempelajari ilmu tafsir sebagai salah satu cara kita mentadabbur ayat-ayatnya. Gunakan juga peluang ini untuk kita mengkhatam satu al-Quran.

#Al-Quran adalah petunjuk untuk ‘semua manusia’ (هُدًى لِلنَّاس) maka ianya menjadi tanggungjawab kita untuk menyampaikan isi kandungan dan pengajaran al-Quran kepada semua manusia, samada Muslim atau kafir. Hendaklah kita berdakwah kepada semua manusia dan menyampaikan ayat-ayat Allah ini kepada mereka. Inilah medan atau saluran dakwah yang patut digunakan.

#Gunakan formula atau method yang ada dalam al-Quran iaitu al-Furqan yang bermaksud membezakan mana yang haq dan mana yang batil. Justeru, umat Islam wajib mendalami selok belok ilmu dan hukum hakam al-Quran agar mengetahui mana yang salah dan mana yang benar. Dengan kefahaman yang penuh penghayatan, diharapkan kita dapat menggunakan formula itu untuk menilai samada amalan kita, keluarga kita dan masyarakat sekitar kita itu betul atau salah.

#Hayati firman Allah swt ini:

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِیۤ أَنزَلَ عَلَىٰ عَبۡدِهِ ٱلۡكِتَـٰبَ وَلَمۡ یَجۡعَل لَّهُۥ عِوَجَاۜ

"Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong)"

قَیِّمࣰا لِّیُنذِرَ بَأۡسࣰا شَدِیدࣰا مِّن لَّدُنۡهُ وَیُبَشِّرَ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ ٱلَّذِینَ یَعۡمَلُونَ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أَنَّ لَهُمۡ أَجۡرًا حَسَنࣰا

" (Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik"

مَّـٰكِثِینَ فِیهِ أَبَدࣰا

"Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya" [Surah al-Kahf 1-3]

♡Al-Quran merupakan kalamullah yang mulia, menjadi cahaya petunjuk kepada seluruh umat manusia. Sesiapa yang berpegang dan mengamalkan isi kandungannya, ia akan berada di atas jalan kebenaran dan dalam naungan rahmat Allah swt selamanya. SALAM NUZUL AL-QURAN 1445H♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 15 Ramadhan 1445H☆

قُمِ ٱلَّیۡلَ إِلَّا قَلِیلࣰا

"Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat)" [Surah al-Muzzammil 2]

#Sambung bicara berkaitan solat malam khususnya solat witir. Rasulullah saw bersabda:

يَا أَهْلَ الْقُرْآنِ أَوْتِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ وِتْرٌ يُحِبُّ الْوِتْرَ

"Wahai orang yang beramal dengan al-Quran! Hendaklah kamu melakukan solat Witir, sesungguhnya Allah itu bersifat witir dan dia menyukainya" (HR Abu Daud)

#Imam an-Nawawi rahimahumullah menyebutkan: "Solat witir adalah sunat di sisi ulamak dalam kalangan mazhab Syafi‘i tanpa khilaf. Bilangan rakaatnya yang paling sedikit ialah sebanyak satu rakaat. Manakala tahap kesempurnaannya yang paling rendah adalah dengan melakukannya sebanyak tiga rakaat, dan tahap yang lebih sempurna daripada itu pula adalah dengan mendirikannya sebanyak lima rakaat, kemudian dengan mendirikannya sebanyak tujuh rakaat, kemudian dengan mendirikannya sebanyak sembilan rakaat, kemudian dengan mendirikannya sebanyak sebelas rakaat. Inilah bilangan rakaatnya yang paling banyak menurut pendapat masyhur dalam mazhab Syafi‘i dan pendapat yang diputuskan oleh pengarang al-Muhazzab serta ramai ulamak dalam kalangan mazhab Syafi‘i. Namun, terdapat pendapat dalam kalangan ulamak mazhab Syafi‘i yang berpendapat bahawa bilangan maksimum rakaat witir adalah sebanyak tiga rakaat. Pendapat ini telah dinukilkan oleh sebahagian ulamak dari Khurasan" (Lihat al-Majmu‘ Syarh al-Muhazzab)

#Di dalam bulan Ramadhan digalakkan solat witir berjemaah dan terdapat bacaan Qunut dalam solat witir.

#Berkata Imam an-Nawawi: "Menurut mazhab Syafi‘i, sunnahnya adalah untuk berqunut pada rakaat terakhir solat witir pada separuh akhir bulan Ramadhan yakni pada hari ke-16. Inilah pendapat yang masyhur dalam mazhab dan dinaskan berkenaannya oleh Imam as-Syafi‘i. Terdapat dalam kalangan ulamak yang berpendapat, disunatkan untuk berqunut pada keseluruhan bulan Ramadhan, dan ini merupakan mazhab Malik. Selain itu, terdapat juga dalam kalangan ulamak yang berpendapat disunatkan untuk berqunut dalam solat witir sepanjang tahun yakni tidak dikhususkan hanya bulan Ramadhan".

#Dalam perbahasan yang lain, Imam an-Nawawi menegaskan sekali lagi bahawa pendapat yang menyatakan disunatkan berqunut pada separuh akhir bulan Ramadhan secara khusus adalah pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafi‘i. (Lihat: al-Majmu‘ Syarh al-Muhazzab)

#Selain itu, perbuatan berqunut pada separuh akhir Ramadhan ini juga termasuk dalam usaha untuk mendapatkan lailatul qadar. Diriwayatkan oleh Abdullah bin Unais r.a, bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah saw berkenaan lailatul qadar. Maka, Baginda saw menjawab:

رَأَيْتُهَا فَأُنْسِيتُهَا، فَتَحَرَّهَا فِي النِّصْفِ الْآخِرِ

"Aku melihatnya (lailatul qadar) dan terlupa akannya. Maka carilah lailatul qadar pada separuh yang terakhir dalam bulan Ramadhan" (HR at-Tabarani)

#Oleh sebab itulah, Sayidina Ubai bin Ka‘ab berqunut dalam solat witir pada malam-malam separuh akhir Ramadhan kerana mengharapkan lailatul qadar padanya (Lihat: Lathaif al-Ma'arif)

♡Malam ini bermula bacaan doa qunut dalam solat witir. Salam Pertengahan Ramadhan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 13 Ramadhan 1445H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"  [Surah al-Baqarah 183]

#Dah 13 hari kita berpuasa dalam suasana panas yang agak terik membahang. Puasa penuh cabaran dan tahap kehausan semakin tinggi. Ada tempat yang cuaca agak sejuk, dingin dan mendung. Puasa sama tapi pahala berbeza disebab tahap bebanan yang ditanggung.

#Ketahuilah bahawa setiap orang yang beribadah tidak sama nilainya di sisi Allah, walaupun mungkin sama pada jenis dan bilangannya. Seseorang  yang bersolat tarawih bersama para jemaah yang ramai tidaklah semestinya setiap mereka mendapat ganjaran pahala yang sama. Ini kerana di antara mereka sudah pasti ada perbezaan pada kadar khusyuk, ikhlas dan kesusahan yang dialami dalam menunaikan ibadah itu.

#Imam ‘Izzuddin Abdissalam dalam kitab Qawa’id al-Ahkam membahaskan isu ini. Beliau menjelaskan perbezaan pahala dua amalan yang serupa itu bukanlah perbezaan pahala amalan itu sendiri, sebaliknya tambahan pahala itu diperolehi disebabkan kesusahan yang ditanggung. Contohnya, seseorang yang mandi wajib pada musim sejuk dan seorang yang mandi wajib pada musim panas. Dari segi mandi, keduanya mendapat pahala yang sama disebabkan sifat mandi itu dari sudut syarat, rukun dan sunnahnya itu sama. Namun yang mandi pada musim sejuk mendapat pahala lebih disebabkan beban yang lebih berat yang terpaksa ditanggung. Bukannya perbezaan pahala itu pada mandi tersebut, tetapi kepada beban sampingan yang terpaksa ditanggung.

#Begitulah juga mengenai mereka yang pergi ke masjid, menunaikan haji, berdakwah, berjihad dan seumpamanya. Pahala diberikan bukan kerana perbezaan tujuan, tetapi kerana bebanan tahap bebanan dan kesabaran yang terpaksa ditempuh.

#Demikianlah ibadah puasa, walaupun dari segi puasa, tujuannya sama. Syarat, rukun dan sunnahnya yang dilaksanakan itu sama. Namun, pahala berbeza bukan disebabkan perbezaan pahala puasa, tetapi perbezaan bebanan yang ditanggung oleh seseorang yang melaksanakan tanggungjawab tersebut. Orang yang berpuasa dalam suasana cuaca yang panas membahang tidak sama ganjaran pahala dengan orang yang berpuasa dalam suasana sejuk. Begitu juga mereka yang berpuasa dalam suasana bekerja berat dalam suasana panas terik. Puasa dalam keadaan ornag disekeliling tidak berpuasa dan dinegara yang agak mencabar untuk berpuasa dan seumpamanya.

#Maka, kita hendaklah tahu bahawa setiap kesusahan yang ditanggung oleh pengamal ibadah itu, ada hitungan pahala di sisi Allah swt yang lebih dan berbeza dengan orang lain.

♡Tunaikanlah setiap kewajipan yang diperintahkan dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Yakinilah bahawa ganjaran pahala itu diberi oleh Allah mengikut kadar kesusahan, kepayahan dan cabaran yang dilalui disepanjang ibadah itu dilaksanakan. Selamat berpuasa di musim panas saat ini. Bertabahlah!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 11 Ramadhan 1445H☆

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah"
[Surah al-Baqarah 185]

#Bulan Ramadhan adalah bulan al-Quran. Satu-satunya bulan yang disebut dalam al-Quran melalui firmanNya. Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran menjadi petunjuk bagi sekelian manusia.

#Dalam sebulan Ramadhan ini jugalah Baginda saw bertadarus al-Quran dengan Malaikat Jibril Alaihissalam.

#Diriwayatkan daripada Sayidina Ibn ‘Abbas r.huma bahawa beliau berkata:

كانَ رَسولُ اللَّهِ ﷺ أجْوَدَ النّاسِ، وكانَ أجْوَدُ ما يَكونُ في رَمَضانَ حِينَ يَلْقاهُ جِبْرِيلُ، وكانَ جِبْرِيلُ يَلْقاهُ في كُلِّ لَيْلَةٍ مِن رَمَضانَ، فيُدارِسُهُ القُرْآنَ، فَلَرَسولُ اللَّهِ ﷺ حِينَ يَلْقاهُ جِبْرِيلُ أجْوَدُ بالخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ المُرْسَلَةِ

"Rasulullah saw adalah manusia yang paling pemurah (banyak bersedekah) terutama di bulan Ramadhan ketika malaikat Jibril Alaihissalam menemuinya. Jibril Alaihissalam datang kepada Baginda saw setiap malam di bulan Ramadhan, lalu mereka saling bertadarus al-Quran. Sesungguhnya Rasulullah saw orang yang paling pemurah dengan kebaikan (kepada orang yang memerlukan) bahkan (sifat pemurah baginda) lebih laju daripada tiupan angin" (HR al-Bukhari)

#Maka, digalakkan kita untuk mengkhatamkan al-Quran di bulan Ramadhan namun tidaklah sampai menjadi satu kewajiban. Hal ini sepertimana disebutkan oleh Syeikh Nawawi al-Jawi di dalam Nihayat al-Zain fi Irsyad al-Mubtadiin bahawa:

وَالتَّاسِع ختم الْقُرْآن فِي جَمِيع رَمَضَان

"(Sunat puasa) ke-9: Mengkhatamkan al-Quran di keseluruhan bulan Ramadhan".

#Disunatkan juga untuk kita mengkhatamkan al-Quran dalam solat sunat tarawih iaitu dengan dibaca satu juzuk pada setiap malam yang dibahagikan kepada 20 rakaat. (Lihat: I’anah al-Talibin ‘ala Alfaz Fath al-Mu’in)

#Selain itu juga, amalan memperbanyakkan bacaan dan mengkhatamkan al-Quran di bulan Ramadhan juga merupakan amalan kebiasaan para sahabat, tabi’in dan ulamak salaf.

1. Seorang tabiin iaitu al-Aswad Ibn Yazid mengkhatamkan al-Quran pada setiap dua malam pada bulan Ramadhan.

2. Imam Qatadah mengkhatamkan al-Quran dalam masa tujuh hari, apabila tiba bulan Ramadhan beliau mengkhatamkan dalam masa tiga hari dan apabila tiba sepuluh terakhir Ramadhan, beliau mengkhatamkannya pada setiap malam.

3. Imam Mujahid mengkhatamkan al-Quran sebanyak sekali pada setiap malam di bulan Ramadhan.

4. Imam as-Syafie mengkhatamkan al-Quran sebanyak 60 kali dalam bulan Ramadhan.

♡Jom baca al-Quran hingga khatam dalam bulan Ramadhan.
Jika kita tidak khatam di bulan Ramadhan dalam keadaan mampu, maka tidaklah dikira berdosa, namun sesungguhnya kita telah terlepas banyak kebaikan dan kelebihan. Jom baca Quran!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 10 Ramadhan 1445H☆

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah"
[Surah al-Baqarah 185]

#Sudah 10 hari Ramadhan meninggalkan kita. Hari-hari yang berlalu tidak akan kembali lagi. Jika 10 hari berlalu itu padat diisi dengan amal soleh, sedekah, solat malam dan bacaan al-Quran, nescaya berlalunya dengan keuntungan berganda tanpa sebarang kerugian. Namun jika sebaliknya, berlalu kosong tanpa amal soleh, tanpa sedekah, tanpa kebajikan, tanpa qiyam di malam hari kerana kesibukan dan kelalaian dunia, bahkan diisi pula dengan maksiat, maka 10 hari itu bakal menjadi penyesalan yang panjang dan malang.

#Firman Allah swt:

وَإِذَا ٱلۡقُبُورُ بُعۡثِرَتۡ

"Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan"

عَلِمَتۡ نَفۡسࣱ مَّا قَدَّمَتۡ وَأَخَّرَتۡ

"(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya"

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلۡإِنسَـٰنُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ ٱلۡكَرِیمِ

"Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah?" [Surah al-Infiṭār 4-6]

#Firman Allah swt lagi:

حَتَّىٰۤ إِذَا جَاۤءَ أَحَدَهُمُ ٱلۡمَوۡتُ قَالَ رَبِّ ٱرۡجِعُونِ

"Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia)"

لَعَلِّیۤ أَعۡمَلُ صَـٰلِحࣰا فِیمَا تَرَكۡتُۚ كَلَّاۤۚ إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَاۤىِٕلُهَاۖ وَمِن وَرَاۤىِٕهِم بَرۡزَخٌ إِلَىٰ یَوۡمِ یُبۡعَثُونَ 

"Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)" [Surah al-Muʾminūn 99-100]

#Nabi saw juga mengingatkan dalam sabdanya:

رَغِمَ أَنْفُ عَبْدٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانُ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ

"Sungguh sangat rugi seseorang yang ia masuk ke dalam bulan Ramadhan namun tidak diampuni dosanya..." (HR at-Tirmizi)

♡Pastikan baki 20 hari lagi di bulan Ramadhan dipenuhi dengan gandaan amal soleh dan perkara-perkara ketaatan. Moga kita tidak menyesal!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 5 Syawal 1445H☆

وَلِتُكۡمِلُوا۟ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ

"Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur" [Surah al-Baqarah 185]

#Masyarakat kita selalu ungkapkan bahawa Aidilfitri disambut selama sebulan disepanjang Syawal. Perkara itu benar dari segi adat, tetapi tidka dari segi syariat. Ini kerana hari raya Aidilfitri menurut syariat hanya disambut sehari sahaja.

#Pada sehari Aidilfitri itulah, kita disyariatkan untuk membesarkan Allah dengan melaungkan takbir, tahmid dan tasbih, menunaikan solat sunat Hari Raya berjemaah di masjid atau dataran lapang sambil mendengar Khutbah Hari Raya, bersalam-salaman dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga, kaum kerabat, jiran tetangga, guru-guru serta sahabat handai, kunjung-mengunjung, mengucapkan selamat dan doa untuk kebaikan semua yang masih hidup.

#Namun, norma masyarakat kita yang ingin meneruskan tradisi Aidilfitri di sepanjang bulan Syawal serta ingin kukuhkan dan kekalkan perpaduan, persaudaraan serta semangat kemasyarakatan menyebabkan definisi tersebut diterima pakai oleh umum. Hakikatnya, dari segi syariat, Aidilfitri disambut hanya sehari sahaja.

#Nabi saw bersabda:

مَن أحَبَّ أنْ يُبْسَطَ له في رِزْقِهِ، ويُنْسَأَ له في أثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

"Siapa yang suka untuk diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menyambung silaturrahim" (HR al-Bukhari)

#Pun begitu, tiada ada sebarang halangan bagi sesiapa yang meneruskan tradisi rumah terbuka serta kunjung-mengunjung sepanjang bulan Syawal asalkan tidak melampau dan melanggari batasan syariat sehingga membawa kepada pembaziran, bermewah-mewah, bermegah-megah, dipenuhi hiburan dan pergaulan bebas dan seumpamanya.

#Perlu diingatkan, setelah selesai puasa Ramadhan, disamping menyambut hari raya Aidilfitri, dibulan Syawal ini juga kita dianjurkan untuk memburu pahala puasa setahun dengan berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal ini.

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ، كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْر

"Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diiringinya dengan puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal, maka ia adalah seperti berpuasa selama setahun" (HR Muslim)

#Teruskan istiqamah kita untuk melaksanakan segala perintah Allah swt di sepanjang tahun dengan sentiasa berpuasa sunat, hadir solat berjemaah fardhu di masjid surau, bangun qiamullail di malam hari, melazimi bacaan al-Quran dan kekal menjalinkan silaturrahim, persahabatan, persaudaraan dan perpaduan, moga sentiasa dalam rahmat dan keredhaan  Allah swt.

♡Semoga amal ibadah dan khidmat bakti terbaik kita di sepanjang Ramadhan diterima Allah swt. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 3 Syawal 1445H☆

وَلِتُكۡمِلُوا۟ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ

"Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur" [Surah al-Baqarah 185]

#Perayaan dalam Islam sepatutnya semakin mendekatkan diri kita kepada Allah swt dan seterusnya melahirkan rasa syukur.

#Berkata Imam Ibn Kathir menghuraikan ayat ini:

إذا قمتم بما أمركم الله من طاعته بأداء فرائضه، وترك محارمه، وحفظ حدوده، فلعلكم أن تكونوا من الشاكرين

"Bersyukur adalah apabila kalian melaksanakan semua perintah Allah dengan ketaatan dengan melaksanakan kewajiban-kewajibanNya, dan meninggalkan keharamanNya, dan menjaga hududNya (batasan syariat). Maka menjadilah orang yang bersyukur".

#Berkata al-Hasan dalam kitab Lathaif al-Maarif:

 قول الحسن من كتاب لطائف المعارف: كل يومٍ لا يُعصى الله فيه فهو عيد

"Setiap hari yang tidak ada sebarang maksiat terhadap Allah padanya, maka itulah Hari Raya"

 كل يوم يقطعه المؤمن في طاعة مولاه وذِكره وشُكره فهو له عيد

"Setiap hari yang dilalui seorang mukmin dalam keadaan mentaati Tuhannya, mengingati dan mensyukuriNya, maka itulah Hari Raya baginya"

#Ini menunjukkan bahawa hari raya adalah hari untuk membesarkan Allah dan hari bagi orang-orang yang taat. Hari untuk tunduk dan patuh kepada seluruh aturan yang telah ditetapkan Allah swt bukannya hari untuk bermaksiat, berhibur, mengenyangkan kehendak hawa nafsu atau membesarkan kenikmatan dunia.

#Berkata Imam Ibnu Rajab:

"Hari Raya (yang sebenar) itu bukanlah bagi orang yang berpakaian baru, tetapi Hari Raya itu adalah bagi orang yang ketaatannya bertambah maju. Hari Raya (yang sebenar) itu bukanlah bagi orang yang bergaya dengan berbagai pakaian dan kenderaan, tetapi Hari Raya itu adalah bagi orang yang dosa-dosanya mendapat keampunan".

#Oleh itu, nikmat berada di sepanjang bulan Ramadhan dan dengan kehadiran Aidilfitri perlu disyukuri. Bersyukur kepada Allah swt dengan cara mengagungkanNya dan membesarkanNya. Inilah antara perkara yang dituntut dalam Islam agar setiap umatnya menyedari hakikat bahawa mereka adalah hamba kepada Allah swt Yang Maha Esa.

#Mengagungkan Allah swt boleh diserlahkan dengan membasahkan lidah dengan puji-pujian terhadapNya. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar r.a menyatakan bahawa: "Sesungguhnya Rasulullah saw keluar pada dua  hari raya bersama al-Fadl bin 'Abbas, Abdullah bin 'Abbas, al-'Abbas, Ali, Ja'far, al-Hasan dan al-Husain, Usamah bin Zaid, Zaid bin Harithah dan Aiman bin Ummi Aiman dengan menguatkan suara mengucapkan tahlil dan takbir" (Hadis riwayat Ibn Khuzaimah)

♡Kedatangan Aidilfitri patut dihayati oleh setiap umat Islam dengan perasaan syukur, gembira dengan membesarkan Allah swt. Islam menjadikan Aidilfitri sebagai satu kurniaan untuk umatnya menzahirkan kegembiraan dan kesyukuran kerana diberi peluang melaksanakan ibadah sepanjang bulan Ramadhan. Tidak ada perasaan paling gembira yang sepatutnya dirasai oleh setiap umat Islam selain apabila diri telah menerima keampunan daripada Allah swt dan diterima segala amalnya. Allahuakbar!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 1 Syawal 1445H☆

وَلِتُكۡمِلُوا۟ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ

"Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur" [Surah al-Baqarah 185]

#Allah swt perintahkan kita puasa sebulan di bulan Ramadhan, membesarkanNya dan mensyukuri hidayah yang dikurniakan kepada kita. Alhamdulillah, selesai dan sempurna sudah puasa sebulan yang diperintahkanNya. Saat ini umat Islam sedang menyambut hari raya Aidilfitri. Hari kemenangan setelah sebulan berjuang melawan kehendak nafsu dan menundukkannya agar taat patuh pada perintahNya serta hari membesarkan Allah dengan gema laungan takbir.

#Di hari raya ini sewajarnya dijadikan masa untuk kita terus bersyukur dan beristiqamah menjadi hamba Allah yang soleh setelah sebulan kita bertungkus lumus berjuang melawan godaan hawa nafsu. Ingatlah bahawa hari raya bukannya waktu untuk kita kembali kepada sikap dan perangai lama yang kurang baik serta memenuhi segala kehendak nafsu samada nafsu makan atau nafsu berhibur.

#Sewajarnya kita jadikan bulan Ramadhan yang dilalui sebulan sebagai pendidik untuk kita 
terus menjadi hamba Allah yang Rabbani dan bukan semata-mata hamba Ramadhani yakni kenal Allah hanya di bulan Ramadhan sahaja.

كُنْ رَبَّانِيًا وَلَا تَكُنْ رَمَضَانِيًا

"Jadilah hamba Allah, bukan hamba Ramadhan"

#Firman Allah swt:

وَلَـٰكِن كُونُوا۟ رَبَّـٰنِیِّـۧنَ

"Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna)" [Surah Āli-ʿImran 79]

#Ini sesuai dengan matlamat berpuasa itu sendiri agar kita menjadi hamba Allah swt yang beriman dan bertakwa dengan sebenar-benarnya.

#Berkata Imam Ibnu Rajab rahimahullah dalam kitabnya Lata’if al-Ma‘arif: 

"Hari Raya adalah musim kegembiraan dan keceriaan, namun kegembiraan dan keceriaan orang mukmin di dunia ini hanyalah semata-mata demi Tuhan mereka, iaitu hanya apabila mereka berjaya 
menyempurnakan ketaatan terhadapNya dan memperolehi ganjaran amalan mereka, melalui kepercayaan penuh mereka terhadap janjiNya ke atas amalan tersebut, yang semata-mata dengan limpahan kurnia dan keampunanNya jua".

#Jadilah hamba Allah yang  sentiasa mengingati dan membesarkanNya bukan semata-mata hanya pada bulan Ramadhan atau di Hari Raya sahaja, tetapi ianya perlulah dilakukan secara berterusan pada setiap masa dan ketika.

#Marilah sama-sama kita mengambil semangat Ramadhan yang telah kita lalui sebagai tarbiyah untuk menambahkan lagi semangat kita sebagai hamba Allah swt yang sejati.

♡Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 29 Ramadhan 1445H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa" [Surah al-Baqarah 183]

#Saat ini, kita sudah berada di penghujung Ramadhan. Hari-hari terakhir yang sangat berat dirasai oleh orang beriman kerana terpaksa berpisah dengan bulan paling berkat dan paling istimewa daripada segala bulan yang lain.

#Bulan keberkatan, bulan kerahmatan, bulan keampunan sudah hampir menutup tirainya. Syaitan-syaitan hampir dilepaskan belenggunya, pintu neraka hampir dibuka kembali. Namun kita sebagai manusia, sangat teruja dengan kegembiraan syawal, sehingga hampir leka dengan kelebihan ramadhan yang masih bersisa ini.

#Demikianlah keadaan para ulamak salafussoleh, jika menjelang pemergian bulan Ramadhan, mereka merasa tersangat sedih dan duka. Mereka merasa sedih disebabkan kesempatan luar biasa itu tidak datang setiap hari atau setiap bulan. Mereka perlu berdoa keras supaya Allah memanjangkan usia mereka dan menyampaikan mereka kepada kesempatan emas tersebut. Dan mereka merasa sedih sebab belum tentu amalan yang mereka lakukan dengan bersungguh-sungguh di bulan Ramadhan, diterima oleh Allah swt sedangkan mereka sangat-sangat bersungguh melakukan ketaatan disepanjang Ramadhan.

#Semoga dengan pemergian Ramadhan pada kali ini, diharapkan memberi satu kekuatan dan latihan untuk kita terus istiqamah dalam melakukan amalan-amalan kebaikan. Oleh itu, sambutlah aidilfitri dengan kegembiraan yang berpada-pada, janganlah sampai menjadikan syawal sebagai hari balas dendam atas segala apa yang kita tahan selama sebulan ramadhan.

1. Kepada yang sentiasa hadir bertarawih di masjid surau sepanjang bulan ramadhan, teruskan usaha untuk berjemaah fardhu di luar bulan ramadhan setiap hari.

2. Kepada mereka yang berusaha berhenti merokok pada bulan ramadhan, teruskan usaha untuk berhenti terus daripada merokok.

3. Kepada yang selalu menahan diri dari mencarut pada bulan ramadhan, jagalah mulut dari perkataan-perkataan yang tidak berguna itu selepas ramadhan.

4. Kepada mereka yang istiqamah setiap malam bertarawih, berwitir dan berqiamullail di bulan ramadhan, teruskan dengan bangun pada setiap malam sepertimana mencari Lailatulqadar di bulan ramadhan.

5. Kepada mereka yang menahan diri dari berdating dengan bukan mahram di bulan Ramadhan, teruskan usaha itu untuk membina pertalian suci diantara dua hati yang bukan mahram dengan pernikahan yang halal.

6. Kepada mereka yang menahan nafsu daripada melakukan perkara-perkara yang menjurus kepada dosa semasa dibulan Ramadhan, maka jadikan Syawal dan bulan-bulan seterusnya sebagai permulaan kepada pengakhiran dosa.

7. Kepada mereka yang berusaha menutup aurat di bulan Ramadhan, teruskan usaha suci itu dibulan-bulan seterusnya agar ia menjadi kebiasaanmu kelak dengan selamanya menutup aurat.

#Dan begitulah selanjutnya, jadikanlah Ramadhan sebagai latihan untuk kita menjadi insan yang lebih berguna dan lebih bertaqwa.

♡Salam perpisahan dengan Ramadhan penuh kesedihan dan kesyahduan. Jika panjang umur, insya Allah bertemu lagi ditahun hadapan. Salam Aidilfitri 1445H♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 27 Ramadhan 1445H☆

وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ

“Dan demi sesungguhnya! Kami telah memudahkan al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?" [Surah al-Qamar 17]

#Berbaki hanya 2-3 hari sahaja lagi, Ramadhan akan meninggalkan kita. Jika direzekikan panjang umur, kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan. Jika tidak, maka ini adalah Ramadhan terakhir untuk kita. Persoalannya, adakah Ramadhan tahun ini lebih baik daripada yang sebelumnya?

#Jika belum cukup memuaskan hati, maka manfaatkanlah baki-baki Ramadhan yang ada ini untuk membuat pecutan terakhir sebelum sampai ke garis penamat.

#Antara pecutan yang boleh dilakukan ialah tingkatkan masa bersama al-Quran dan qiamullail di malam hari.

#Amalan memperbanyakkan bacaan  al-Quran dan mengkhatamkannya hampir setiap malam di 10 akhir Ramadhan dalam misi memburu Lailatulqadar merupakan adat kebiasaan para sahabat, tabi’in dan ulamak salaf terdahulu.

#Antara salafussoleh yang melazimi bacaan al-Quran pada bulan Ramadhan ialah:

1. Imam Malik rahimahullah memberi kecaknaan yang sungguh-sungguh untuk beramal ibadat di bulan Ramadhan, khususnya membaca al-Quran. 

2. Imam al-Zuhri tidak meriwayatkan hadis pada bulan Ramadhan tetapi menekuni untuk membaca al-Quran. 

3. Al-Imam al-Bukhari dikatakan khatam al-Quran pada bulan Ramadhan setiap hari sekali. 

4. Imam Ahmad khatam al-Quran setiap 3 hari sekali dan jika masuk kepada 10 akhir Ramadhan, beliau akan khatam al-Quran sehari sekali. 

5. Diriwayatkan daripada Ibrahim al-Nakha’ie, seorang tabi’in iaitu al-Aswad Ibn Yazid mengkhatamkan al-Quran pada setiap dua malam pada bulan Ramadhan.

6. Qatadah mengkhatamkan al-Quran dalam masa tujuh hari, apabila tiba bulan Ramadhan beliau mengkhatamkan dalam masa tiga hari dan apabila tiba sepuluh terakhir Ramadan, beliau mengkhatamkannya pada setiap malam.

7. Mujahid pula mengkhatamkan al-Quran sebanyak sekali pada setiap malam di bulan Ramadhan.

8. Imam as-Syafi’i pula mengkhatamkan al-Quran sebanyak 60 kali di dalam bulan Ramadhan sepertimana yang diceritakan oleh murid beliau, al-Rabi' Ibn Sulaiman sepertimana dinukilkan oleh al-Zahabi dalam kitabnya, Siyar A’lam al-Nubala’.

#Namun begitu, di fasa akhir Ramadhan ini timbul banyak cabaran kerana pada waktu ini, kebanyakan kita sibuk untuk melakukan persiapan hari raya, shopping dan sebagainya hingga lalai berdamping dengan al-Quran dan terabai solat malam, apatah lagi qiamullail, hilang tanpa jejak.

#Dinasihatkan agar kita semua, menyusun segala aktiviti bacaan al-Quran dan ibadah di akhir Ramadhan dengan baik agar pecutan di akhir Ramadhan membuahkan hasil yang lumayan bukannya penyesalan yang berpanjangan.

♡Pastikan semangat kita tidak luntur dan sentiasa kuat di fasa akhir ini kerana ramai yang bersungguh-sungguh di awal Ramadhan, namun kecundang di fasa akhir. Selagi belum sampai ke garisan penamat, pastikan jangan sekali-kali pernah terdetik untuk menyerah kalah. Teruskan mengejar Lailatul Qadar!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 25 Ramadhan 1445H☆

لَیۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَیۡرࣱ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرࣲ

"Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3]

#Sepanjang bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan dari awal hingga akhir, malah setiap detiknya mengandungi rahmat dan keberkatan yang besar, serta amal soleh yang dilakukan akan membawa kebaikan yang besar dan pahala yang lumayan kepada seseorang hamba. Oleh itu, hak untuk kita melakukan pelaburan di bulan ini amat-amat berbaloi.

#Sepanjang Ramadhan dijanjikan pembebasan dan keampunan, rahmat dan kebaikan, bulan yang di dalamnya dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka. Amalan baik dilipatgandakan, bulan yang dikabulkan doa, dinaikkan darjat, dan diampuni dosa-dosa serta terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

#Kedahsyatan bulan Ramadhan ini menyebabkan ia ditunggu-tunggu oleh orang yang beriman dan sangat dirayu-rayu agar diterima amalan yang dilakukan.

#Berkata Mu’alla bin Al-Fadl: "Mereka pernah berdoa kepada Allah swt selama enam bulan agar diizinkan sampai ke bulan Ramadhan, kemudian mereka berdoa kepadaNya selama enam bulan lagi agar menerimanya (amalan) dari mereka".

#Para salafussoleh sangat bersungguh dalam menghidupkan Ramadhan dengan ketaatan. Diriwayatkan ketika pemerintahan Sayidina Umar r.a, beliau pernah melantik Sayidina Ubai r.a menjadi imam tarawih dan beliau membaca dengan bacaan yang panjang sehingga ada sahabat yang mula memegang tongkat. Qiam ini selesai dilaksanakan sehingga terbit fajar.

#Kisah ini diceritakan oleh al-Sa’ib ibn Yazid:

أَمَرَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أُبَيَّ بْنَ كَعْبٍ وَتَمِيمًا الدَّارِيَّ أَنْ يَقُومَا لِلنَّاسِ بِإِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً، وَكَانَ الْقَارِئُ يَقْرَأُ بِالْمِئِينَ حَتَّى كُنَّا نَعْتَمِدُ عَلَى الْعِصِيِّ مِنْ طُولِ الْقِيَامِ، وَمَا كُنَّا نَنْصَرِفُ إِلَّا فِي فُرُوعِ الْفَجْرِ

"Sayidina Umar ibn al-Khattab telah memerintahkan Sayidina Ubai ibn Kaab dan Sayidina Tamim al-Dari untuk menjadi imam (mendirikan tarawih) sebanyak sebelas rakaat. Dan setiap mereka membaca ratusan ayat sehingga ada dalam kalangan kami yang mula bertongkat disebabkan panjangnya qiam mereka. Dan kami tidak beredar melainkan setelah beberapa ketika hampir waktu fajar (subuh). (Sunan al-Kubra li al-Baihaqi)

#Begitulah semangat juang para sahabat dan ulamak terdahulu menghidupkan bulan Ramadhan dari awalnya hingga ke garisan penamat dengan qiamullail dan amal soleh kerana memahami secara mendalam kelebihan dan keistimewaan bulan barakah ini, lebih-lebih lagi di 10 malam terakhir Ramadhan.

#Kerana itulah, para ulamak salafussoleh menjelang hari-hari terakhir berlalunya Ramadhan, begitu berat dan sedih mereka rasakan. Saat malam-malam terakhir Ramadhan, pada masa Rasulullah saw, Masjid Nabawi penuh sesak dengan manusia yang datang untuk beriktikaf. Dan di sela-sela iktikafnya, mereka terkadang menangis teresak-esak, karena Ramadhan akan segera berlalu meninggalkan mereka. Hati mereka sedih dan pilu.

#Berbeza dengan kita, yang gembira dan sibuk dengan kemeriahan menyambut raya, hingga meninggalkan qiam di hujung-hujung Ramadhan. Melupakan malam lailatulqadar dan kelebihannya. Insafilah!!

♡Semoga Allah menemukan kita dengan Lailatulqadar dalam keadaan kita sujud kepadaNya. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 23 Ramadhan 1445H☆

لَیۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَیۡرࣱ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرࣲ

"Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3]

#Malam ni masuk malam ke 24 Ramadhan. Fasa 10 malam terakhir. Malam-malam memburu lailatulqadar.

#Terdapat riwayat bahawa Nabi saw memerintahkan mencari lailatulqadar pada malam ke 24.

#Diriwayatkan daripada Sayidina Ibn Abbas r.a bahawa Baginda saw bersabda:
 
اِلْتَمِسُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي أَرْبَعٍ وَعِشْرِيْنَ

"Carilah malam Lailatulqadar pada malam 24 Ramadhan" (Riwayat Muhammad bin Nasr Ahmad daripada Bilal dan al-Tayalisi)

#Malam al-Qadar merupakan malam yang tersangat mulia. Betapa mulia dan agungnya malam al-Qadar sehingga melebihi daripada 1000 bulan. Maka, hendaklah kita lakukan amalan ibadah dengan bersungguh-sungguh tanpa sebarang pengabaian. Isikanlah dengan qiamullail, bacaan al-Quran, zikrullah, selawat, istighfar, munajat dan doa, terutama doa keampunan dan kerahmatan daripadaNya.

#Daripada Sayidatina Aisyah r.ha, katanya:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ ، أَحْيَا اللَّيْلَ ، وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ ، وَجَدَّ وَشَدَّ الْمِئْزَرَ
 
"Adalah Rasulullah saw apabila masuk pada sepuluh akhir (Ramadhan), Baginda saw akan menghidupkan malamnya (dengan ibadah), mengejutkan ahli keluarganya, dan memperketatkan kain sarungnya (menjauhi daripada melakukan hubungan seksual dengan isteri-isterinya)" (HR Muslim)

#Imam Sufyan al-Thauri rahimahullah berkata:

أحب إلي إذا دخل العشر الأواخر أن يتهجد بالليل و يجتهد فيه و ينهض أهله و ولده إلى الصلاة إن أطاقوا ذلك

" Apabila masuknya sepuluh akhir Ramadhan, aku lebih suka untuk melakukan tahajjud pada waktu malam dan bersungguh-sungguh melakukannya. Sufyan al-Thauri rahimahullah juga akan mengejutkan ahli keluarganya untuk mendirikan solat seandainya mereka mampu melakukannya" (Lihat: Lathaif al-Maarif)

#Imam az-Zahabi merekodkan Qiamullail Imam al-Bukhari, katanya:

"Sesungguhnya Muhammad Ibn Ismail (Imam Bukhari) akan mengkhatam al-Quran pada setiap hari dalam bulan Ramadhan. Dan beliau mendirikan solat malam selepas daripada solat tarawih dimana setiap 3 malam beliau mengkhatamkan satu al-Quran" (Lihat: Siyar A'lam an-Nubala')

#Berkata Imam Ibnu Rejab: "Ramai dalam kalangan salaf terdahulu mendirikan solat Subuh mereka menggunakan wudhuk solat Isyak selama puluhan tahun".

♡Semoga kita semua berjaya meraih ganjaran pahala luar biasa di malam Lailatulqadar. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 21 Ramadhan 1445H☆

لَیۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَیۡرࣱ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرࣲ

"Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3]

#Imam Ibn Qudamah rahimahullah berpendapat malam al-Qadar ialah malam yang mulia, diberkati, diagungkan dan mempunyai banyak kelebihan. (Lihat: al-Mughni)

#Menurut Imam Abu Bakar al-Warraq, dinamakan al-Qadar kerana siapa yang tidak mempunyai kemuliaan akan mendapat kemuliaan dengan melakukan ibadat pada malam tersebut.

#Berkata as-Syahid Sayid Qutub rahimahullah: "Terdapat ayat-ayat al-Quran yang menyebut peristiwa malam ini berkilauan memancarkan cahaya, ia melimpahkan cahaya yang tenang, indah dan mesra iaitu cahaya Allah yang gemilang di dalam al-QuranNya"

#Imam Ibn Kathir berkata: "Zahir ayat menunjukkan bahawa malam Qadar lebih afdal daripada malam Jumaat. Walaupun begitu, ada juga pendapat yang mengatakan malam Jumaat lebih afdal".

#Imam al-Qurtubi rahimahullah berkata: "Malam Qadar mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam Qadar".

#Malam al-Qadar itu merupakan perayaan bagi umat Islam di mana telah turunnya al-Quran dan merupakan malam kesyukuran, kebajikan dan kenikmatan. Malaikat menyertai manusia pada malam itu dan mereka mengetahui kelebihan malam tersebut dan betapa besarnya kelebihan manusia atas diri mereka. Seterusnya, Allah swt menjadikan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi.

تَنَزّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيْهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْـرٍ﴿٤﴾ سَلاَمٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

"Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin  TuhanNya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar" [Surah al-Qadr 4-5]

#Menurut Imam al-Qurtubi rahimahullah: "Mereka (malaikat) turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar".

♡Sepatutnya umat Islam menjadikan malam kemuliaan ini sebagai malam perayaan! Malam inilah permulaan turunnya perundangan samawi (langit), yang membimbing umat Islam ke arah yang baik. Jom hidupkan malam dengan ibadah!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 19 Ramadhan 1445H☆

لَیۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَیۡرࣱ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرࣲ

"Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3]

#Hari ini hari ke 19 umat Islam di Malaysia berpuasa. Malam ini masuklah malam ke 20. Ini bermakna kita bakal memasuki 10 malam terakhir Ramadhan. Malam yang dijanjikan dengan Lailatul Qadr iaitu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.

#Kita sangat dituntut untuk mencari malam al-Qadar dan bersungguh-sungguh dalam melakukan amalan ketaatan.

#Diriwayatkan daripada Sayidina Jabir bin Samurah r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:

الْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ وِتْرًا

"Carilah malam al-Qadar pada sepuluh malam terakhir pada malam yang ganjil" (HR Ahmad)

#Bahkan Nabi saw, sangat bersungguh-sungguh di 10 malam terakhir Ramadhan. Daripada Sayidatina Aisyah r.ha, beliau menceritakan:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ العَشْرُ الأوَاخِرُ مِنْ رَمَضَانَ أَيْقَظَ أَهْلَهُ وَشَدَّ المِئْزَرَ وَأَحْيَا اللَّيْلَ

"Adapun Rasulullah saw apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda saw membangunkan ahli rumahnya, mengikat kainnya (menjauhi isteri-isterinya) serta menghidupkan malam tersebut" (HR Ibn Hibban)

#Terdapat riwayat lain yang menunjukkan akan kesungguhan Baginda saw sebagaimana diceritakan oleh
Sayidatina Aisyah r.ha:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِيْ العَشْرِ الأَوَاخِرِ ، مَا لَا يَجْتَهِدُ فِيْ غَيْرِهِ

"Adalah Rasulullah saw berusaha sedaya upaya pada malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam yang lain" (HR Muslim)

#10 malam terakhir adalah malam-malam yang sangat kritikal, malam yang diharapkan satu daripadanya adalah Lailatul Qadar yang nilainya lebih baik daripada 1000 bulan.

#Maka untuk meraih kebaikan maksimum rancanglah ia dengan sebaik-baiknya. Kata orang, jika kita tidak merancang untuk berjaya bererti kita merancang untuk gagal.

#Antara amalan baik yang boleh dirancang untuk diisi pada malam-malam 10 terakhir ini:

1. Qiam, dengan mendirikan solat tarawih, solat witir, solat tahajud dan memperbanyakkan solat-solat sunat.

2. Iktikaf, dimasjid-masjid dan mana-mana rumah Allah.

3. Tilawah al-Quran, menggandakan bacaan al-Quran.

4. Berdakwah, mengajak kepada Islam, beriman kepada Allah dan melaksanakan suruhan serta menjauhi laranganNya.

5. Mengajak ahli keluarga bersama-sama menghidupkan 10 malam terakhir dengan amal ketaatan.

6. Taja iftar, Sekurang-kurangnya taja satu orang satu malam.

7. Membanyakkan doa keampunan dan doa-doa yang dihajati.

8. Membaca buku untuk menambah ilmu atau mendengar ceramah/tazkirah dan seumpamanya.

9. Bersedekah, walaupun dengan nilai yang kecil tapi istiqamah setiap malam.

10. Berzikir, selawat dan istighfar.

♡Ingat! Setiap apa yang kita rancang dan kita lakukan setiap malam pada 10 malam terakhir, satu daripadanya insyaaAllah akan berbetulan dengan malam istimewa itu. Maka untuk amalan kita pada malam itu: solat, tilawah, istighfar, doa, sedekah, dakwah dan lain-lain, ganjarannya lebih baik daripada beramal selama 1000 bulan! Aduhai, alangkah ruginya kalau ia terlepas♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT RAMADHAN: 1000 SET BAKUL RAMADHAN DAN AIDILFITRI UNTUK FAKIR MISKIN, IBU TUNGGAL DAN ANAK YATIM*

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/SEMARAK-KASIH-RAMADHAN-GT

Sayidina Ibnu 'Abbas r.a meriwayatkan bahawa:
"Rasulullah saw adalah orang yang paling dermawan. Baginda lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan saat baginda bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan al-Quran. Dan sifat dermawan Rasulullah saw melebihi angin yang bertiup" (HR al-Bukhari)

Sempena bulan ramadhan yang berbaki sekitar hanya 12 hari sahaja lagi, kami Geng Talaqqi membuka peluang untuk semua penyumbang berinfaq bagi meringankan sedikit bebanan buat para asnaf di kalangan fakir miskin, ibu tunggal dan anak yatim yang memerlukan.

Kami sangat mengalu-alukan sumbangan daripada tuan/puan dalam membantu kelancaran kempen Semarak Kasih Ramadhan dalam menyediakan 1000 set bakul makanan.

Antara objektif kami adalah untuk membantu keluarga yang kurang berkemampuan yang tinggal di bandar-bandar dan juga luar bandar.

Selain daripada menggandakan pahala melalui puasa, solat malam, membaca al-quran dan amalan lain dibulan ramadhan, kita juga boleh gandakan pahala melalui amalan menginfakkan harta kita ke jalan Allah. 

*SASARAN YANG DIPERLUKAN SEKITAR RM60 RIBU* (1 SET RM60X1000)  

Kita tidak tahu adakah tahun ini merupakan Ramadhan terakhir untuk kita. Jadi jangan lepaskan peluang untuk kita manfaatkan ramadhan kali ini dengan sebaiknya. Semoga ramadhan kita semua lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Jazakumullahu khairan kathira. Terima kasih kepada semua penginfak yang bermurah hati dan kami berharap agar lebih ramai lagi yang turut menyumbang supaya program ini dapat diteruskan pada masa akan datang InsyaAllah..

Semoga Allah merahmati dan memberkati seluruh kehidupan para penyumbang. Aamiiin.
============
*Sumbangan boleh disalurkan ke Akaun Toyyib Pay:*

https://toyyibpay.com/SEMARAK-KASIH-RAMADHAN-GT

*Atau terus ke akaun:*

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: SEMARAK KASIH RAMADHAN GT

SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:

📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/SemarakKasihRamadhanGT

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/SemarakKasihRamadhanGT

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/SemarakKasihRamadhanGT

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/SemarakKasihRamadhanGT

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 16 Ramadhan 1445H☆

قُل لِّلۡمُؤۡمِنِینَ یَغُضُّوا۟ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِمۡ وَیَحۡفَظُوا۟ فُرُوجَهُمۡۚ ذَ ٰ⁠لِكَ أَزۡكَىٰ لَهُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِیرُۢ بِمَا یَصۡنَعُونَ

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan" [Surah an-Nur 30]

#Puasa bukan hanya sekadar menahan diri daripada makan dan minum. Namun perlu menahan diri daripada dosa dan maksiat.

#Berkata Sayidina Jabir r.a: "Apabila anda berpuasa makan, hendaklah pendengaran, penglihatan dan lisan anda juga berpuasa daripada dusta dan dosa-dosa. Janganlah anda menyakiti pekerja anda, hendaklah anda bersikap merendah diri dan tenang pada hari anda berpuasa. Dan janganlah anda samakan hari berbuka anda dengan hari berpuasa anda".

#Berkata Sayidina Umar r.a: “Puasa itu bukan hanya menahan diri daripada minum dan makan tetapi juga daripada ucapan dusta, batil dan sia-sia".

#Untuk meningkatkan kualiti puasa, umat Islam perlulah menjaga tujuh anggota ini supaya tidak menjadi sumber laluan kekotoran jiwa yang tidak menghasilkan takwa.

#Dalam kitab Penawar Hati karangan Syeikh Abdul Qadir al-Mandili mengatakan: "Hati ini ibarat kolam yang bersih, terdapat tujuh saluran ke kolam itu. Jika saluran itu kotor, air dalam kolam itu akan kotor. Jika mahu dibersihkan, saluran itu perlu ditutup dahulu dan disalurkan air yang bersih. Demikianlah hati, saluran yang membawa kekotoran pada hati itu ada tujuh iaitu mata, telinga, lidah, tangan, kaki, perut dan kemaluan".

#Antara anggota manusia yang paling aktif adalah mata kerana saluran itu jika tidak ditutup, akan mendatangkan dosa dan akan memberi kesan titik hitam pada hati.

#Selain itu, di bulan Ramadhan, kita digalakkan membaca al-Quran kerana al-Quran itu apabila kita membacanya, ketujuh-tujuh saluran itu fokus membawa kesucian kepada jiwa.

#Mata melihat al-Quran, telinga mendengar bacaan al-Quran, lidah membaca al-Quran, tangan memegang al-Quran, badan mengadap kiblat dan semua saluran itu menjurus kepada penyucian jiwa, saluran-saluran itu dibersihkan dan kolam-kolam itu menjadi bersih dengan taubat dan istighfar.

#Diriwayatkan bahawa Sayidina Abu Hurairah dan sahabatnya apabila berpuasa mereka duduk di masjid dan mereka berkata: "Kami menyucikan puasa kami"

♡Jauhi maksiat dan tahanlah nafsu daripada perkara yang merosakkan pahala puasa dan juga membuahkan dosa♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 14 Ramadhan 1445H☆

قُمِ ٱلَّیۡلَ إِلَّا قَلِیلࣰا

"Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat)" [Surah al-Muzzammil 2]

#Allah swt meminta hamba-hambaNya bangun beribadah pada waktu malam melibatkan sebahagian daripadanya, bukanlah sepanjang malam. Sebagai seorang mukmin maka sahutlah seruan Allah untuk bangun menghidupkan malam terutama di bulan Ramadhan yang mulia ini.

#Antara solat malam yang boleh ditunaikan ialah solat tahajud dan juga solat witir.

#Solat sunat Tahajjud, solat ini dilaksanakan, selepas bangun dari tidur dan sebelum masuk waktu subuh. (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji)

#Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi saw bersabda:

وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ؛ صَلَاةُ اللَّيْلِ

"Sebaik-baik solat setelah solat fardhu ialah solat malam" (HR Muslim)

#Imam Ibnu Rajab berkata: "Waktu tahajud di malam hari adalah sebaik-baik waktu pelaksanaan solat sunat. Ketika itu hamba semakin dekat dengan Tuhannya. Waktu tersebut adalah saat dibukakannya pintu langit dan terkabulnya doa. Saat itu juga adalah waktu untuk mengemukakan pelbagai hajat kepada Allah swt" (Lihat: Lata’if al-Ma’arif)

#Selain solat tahajud, kita juga boleh tunaikan solat sunat witir.

#Daripada Sayidina Abu Ayyub r.a, katanya, Rasulullah saw bersabda:

الْوِتْرُ حَقٌّ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِخَمْسٍ فَلْيَفْعَلْ وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِثَلاَثٍ فَلْيَفْعَلْ وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِوَاحِدَةٍ فَلْيَفْعَلْ

"Solat Witir ialah syariat yang dituntut atas setiap orang Islam. Sesiapa hendak melakukannya 5 rakaat lakukanlah, sesiapa yang hendak melakukannya 3 rakaat lakukanlah, dan sesiapa hendak melakukannya 1 rakaat sahaja lakukanlah" (HR Abu Daud)

#Pengarang kitab Fiqh al-Manhaji menyebutkan: "Sekurang-kurang sempurna solat Witir ialah tiga rakaat, iaitu melakukannya secara dua rakaat bersambung dan satu rakaat lagi berasingan. Sementara yang paling sempurna adalah melakukannya sebanyak sebelas rakaat dengan mengucap salam selepas setiap dua rakaat dan diakhiri dengan satu rakaat".

#Menurut mazhab Syafi‘i, kita disunatkan untuk solat sunat witir secara berjemaah di dalam bulan Ramadhan.

#Sabda Nabi saw:

مَنْ خَافَ أَنْ لاَ يَقُومَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ فَلْيُوتِرْ أَوَّلَهُ وَمَنْ طَمِعَ أَنْ يَقُومَ آخِرَهُ فَلْيُوتِرْ آخِرَ اللَّيْلِ فَإِنَّ صَلاَةَ آخِرِ اللَّيْلِ مَشْهُودَةٌ وَذَلِكَ أَفْضَلُ

"Sesiapa yang takut tidak terbangun pada saat akhir malam, dia hendaklah mendirikan solat witir lebih awal, dan sesiapa yang bersungguh-sungguh untuk bangun pada akhir malam dia hendaklah mendirikan solat witir pada akhir malam. Sesungguhnya solat pada akhir malam disaksikan yakni dihadiri oleh malaikat dan itulah yang paling baik (afdhal)" (HR Muslim)

♡Selamat menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan solat malam, solat tahajud, solat tasbih, solat taubat, solat hajat, solat witir dan solat sunat yang lain. Jom solat!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 12 Ramadhan 1445H☆

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah"
[Surah al-Baqarah 185]

#Al-Quran selain untuk dibaca bagi menambahkan pahala, ia juga menjadi terapi kepada jiwa. Orang yang hidup dengan al-Quran akan tenang jiwanya. Hal ini kerana hidup mereka sentiasa ingat akan Allah swt.

الَّذِيْنَ ءَامَنُوا وَتَطْمَىِٕنُّ قُلُوْبُهُمْ بِذِكْرِ اللّٰهِ ۗ اَلَا بِذِكْرِ اللّٰهِ تَطْمَىِٕنُّ الْقُلُوْبُ

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan 'zikrullah' (mengingati Allah). Ketahuilah! Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia" [Surah ar-Ra’d 28]

#Sayidina Ibn ‘Abbas r.huma pernah ditanya: "Amalan apakah yang paling utama?” Beliau menjawab: ‘وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ’ (Dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya)".

#Dengan membaca al-Quran akan mendekatkan kita kepada Allah, mengingatkan kita kepadaNya dan memberi ketenangan yang sebenarnya.

#Selain itu, al-Quran adalah penyembuh, doa dan zikir yang paling mustajab. Firman Allah swt:

وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua [Surah al-Isra’ 82]

#Berkata Imam al-Baidawi berkenaan ayat ini: "Iaitu yang boleh menguatkan agama mereka dan juga memberi kebaikan seperti ubat penyembuh bagi orang yang sakit" (Lihat: Tafsir al-Baidawi)

#Al-Quran juga menjadi penawar penyakit-penyakit batin dan juga sebagai petunjuk hidayah. Allah swt berfirman lagi:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman" [Surah Yunus 57]

♡Berterapilah dengan al-Quran kerana ia adalah salah satu cara penyembuhan dan juga penyebab tenangnya hati seseorang♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT RAMADHAN: WAKAF KARPET SURAU AN-NUR, JALAN KEMBOJA, BUKIT SENTOSA, HULU SELANGOR*

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/KARPET-SURAU-ANNUR

Assalamualaikum wbt para penyumbang budiman sekelian.

Pihak Surau An-Nur, Jalan Kemboja 4C, Bukit Sentosa 3, Hulu Selangor sangat berharap agar karpet surau mereka dapat digantikan dengan karpet baru yang lebih selesa. Ini kerana keadaan karpet surau yang sedia ada agak dhoif, lusuh dan lama serta nipis. Saat sujud terasa seperti tiada karpet. Pihak surau an-Nur memohon jasa baik Geng Talaqqi untuk membantu mereka menukar karpet yang baru dan lebih selesa.

Bersempena berada dibulan Ramadhan yang penuh barakah serta menjanjikan ganjaran pahala yang luar biasa lumayan, maka Geng Talaqqi membuka ruang dan peluang untuk kita semua merebut pahala lumayan infaq dan wakaf karpet Surau an-Nur, seluas 1300 kaki persegi untuk keselesaan para jemaah surau ketika menunaikan solat, menjalankan program kerohanian yang lain, majlis khatam al-Quran, kuliah harian, ceramah bulanan, kelas al-Quran dan segala aktiviti keagamaan yang hampir setiap hari diadakan.

*KOS YANG DIPERLUKAN SEKITAR RM20 RIBU*

Jom kita sama-sama membantu menyumbang untuk penyediaan karpet baru agar lebih selesa untuk kegunaan para ahli jemaah Surau an-Nur.

Jazakumullahu khairan kathira. Semoga dimurahkan rezeki, beroleh ganjaran Lailatul Qadr dan diselamatkan kita daripada azab neraka. Aamiiin.

*Wakaf karpet ruang solat mampu mengalirkan pahala pada sesiapa yang berniat untuk kebajikan, yakni hanya kerana mencari keredhaan Allah. InsyaAllah setiap hari dan setiap waktu para jemaah akan menggunakan karpet yang kita wakafkan ini.. Pahala terus mengalir dalam akaun kita setiap hari meskipun kita berada jauh ratusan kilometer dari surau tersebut. Allahuakbar!!*

Firman Allah swt:

لَن تَنَالُوا۟ ٱلۡبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا۟ مِمَّا تُحِبُّونَۚ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِن شَیۡءࣲ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِیمࣱ

"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu mahu nafkahkan, sesungguhnya ALLAH mengetahuiNya" [Surah Aali Imran 92]

*JOM REBUT PELUANG KEEMASAN INI. SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN TOYYIP PAY:*

https://toyyibpay.com/KARPET-SURAU-ANNUR

*Atau terus ke akaun:*

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Karpet Surau an-Nur

*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*

📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/KarpetSurauAnNur

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/KarpetSurauAnNur

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/KarpetSurauAnNur

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/KarpetSurauAnNur

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 9 Ramadhan 1445H☆

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah"
[Surah al-Baqarah 185]

#Bulan Ramadhan bulan digalakkan kita memperbanyakkan membaca dan mentadabbur al-Quran. Hal ini kerana al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan.

#Berdasarkan ayat ini, Imam Ibn Kathir mentafsirkan bahawa Allah swt memuliakan bulan puasa (Ramadhan) berbanding bulan yang lain yang mana bulan tersebut terpilih sebagai bulan turunnya al-Quran berbanding bulan-bulan yang lain.

#Telah dijelaskan lagi oleh Imam  Ibn Kathir dengan menukilkan riwayat Abu Jaafar al-Baqi:

كَانَ ابْتِدَاءُ الْوَحْيِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وسلَّم يوم الِاثْنَيْنِ، لِسَبْعَ عَشْرَةَ لَيْلَةً خَلَتْ مِنْ رَمَضَانَ

"Permulaan wahyu bagi Rasulullah SAW pada hari Isnin bersamaan malam 17 dari bulan Ramadan" (Lihat: al-Bidayah wa al-Nihayah)

#Sesiapa yang menghafal al-Quran, membaca al-Quran, mentadabbur al-Quran, menjadikan al-Quran sebagai panduan dan pedoman dalam kehidupan nescaya mereka beroleh kedudukan yang mulia disisi Allah dan sentiasa dalam rahmat Allah swt.

#Daripada Sayidatina Aisyah r.ha, Rasulullah saw bersabda:

مَثَلُ الَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَهُوَ حَافِظٌ لَهُ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَمَثَلُ الَّذِي يَقْرَأُ وَهُوَ يَتَعَاهَدُهُ وَهُوَ عَلَيْهِ شَدِيدٌ فَلَهُ أَجْرَانِ

“Perumpamaan orang membaca al-Quran sedangkan dia menghafalnya, maka ia akan bersama para Malaikat mulia. Sedangkan perumpamaan seorang yang membaca al-Quran dengan tekun, dan dia mengalami kesulitan atasnya, maka dia akan mendapat dua ganjaran pahala" (HR al-Bukhari)

#Daripada Sayidina Abu Mas’ud al-Badri, Sayidina ‘Uqbah Ibn Amru r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:

يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللَّهِ

"Yang layak menjadi imam di kalangan mereka adalah yang paling banyak hafazan dan bacaan kitab Allah" (HR Muslim, Abu Daud dan Ibn Majah)

#Daripada Sayidina Umar Ibn al-Khattab r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:

إِنَّ اللَّهَ يَرْفَعُ بِهَذَا الْكِتَابِ أَقْوَامًا وَيَضَعُ بِهِ آخَرِينَ

"Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al-Quran" (HR Muslim, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

♡Jom jadikan al-Quran sebagai bacaan harian kita, juga sebagai pedoman hidup kita. Apabila kita sentiasa menjadikannya sebagai panduan dan peraturan hidup, kita tidak akan sesat dan sentiasa mendapat bimbingan daripada Allah swt. Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…
Subscribe to a channel