tadabburkalamullah | Unsorted

Telegram-канал tadabburkalamullah - Tadabbur Kalamullah

13574

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

Subscribe to a channel

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 24 Ramadhan 1445H☆

لَیۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَیۡرࣱ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرࣲ

"Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3]

#Kita dah berpuasa selama 24 hari. Malam ini malam ke 25 Ramadhan. Malam yang Nabi saw agak tinggi kesungguhan baginda dalam menghidupkan malam dengan qiam yang panjang.

#Diriwayatkan daripada Sayidina Nu’man bin Basyir r.a: “Kami melaksanakan qiamullail (tarawih) bersama Rasulullah saw pada malam 23 bulan Ramadhan sampai sepertiga malam. Kemudian kami solat lagi bersama baginda saw pada malam 25 Ramadhan (berakhir) sampai separuh malam. Kemudian baginda memimpin lagi pada malam 27 Ramadhan sampai kami menyangka tidak akan sempat untuk sahur” (HR an-Nasa’i, Ahmad dan al-Hakim)

#Hadis ini menunjukkan kesungguhan baginda saw dan para sahabat memanfaatkan 10 malam terakhir terutama di malam-malam ganjil dengan ibadah malam yang panjang.

#Terdapat pandangan ulamak jika malam 25 Ramadhan itu berbetulan malam Jumaat, maka sangat diharapkan berlakunya lailatul qadar.

#Berkata Abu al-Muzaffar Ibn Hubairah rahimahullah:

وإن وقع في ليلة من أوتار العشر ليلة جمعة ، فهي أرجى من غيرها

"Sekiranya malam Jumaat itu jatuh pada salah satu malam ganjil dari 10 akhir Ramadhan, maka malam tersebut lebih diharapkan berlakunya lailatul qadar berbanding malam-malam yang lain" (Lihat: Lata’if al-Ma’arif)

#Kisah ibadah para sahabat dan ulamak terdahulu dalam menghidupkan bulan Ramadhan dengan qiamullail sangat luar biasa semangat juang mereka demi meraih ganjaran lailatulqadar dan keredhaan Ilahi.

#Bahkan, diceritakan oleh Imam  Abu Nu’aim dari Abu Ishaq al-Fazari bahawa terdapat ulamak di kalangan tabiin yang dikenali dengan panggilan Ibrahim bin Adham, yang tidak tidur di malam hari untuk melaksanakan solat. Namun, hal ini tidak menjadi penghalang untuk beliau melakukan kerja sebagai petani di siang hari.

♡Ayuh, ambillah teladan daripada kisah-kisah ini sebagai penyuntik semangat untuk kita terus melaksanakan solat malam yang terbaik di bulan Ramadhan tahun ini yang hanya berbaki beberapa malam sahaja lagi😭😭😭♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 22 Ramadhan 1445H☆

لَیۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَیۡرࣱ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرࣲ

"Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3]

#Menurut Syeikh Ali bin Ubaidillah: "Dinamakan malam al-Qadar kerana diturunkan pada malam tersebut kitab yang mempunyai kemuliaan di samping rahmat dan malaikat juga turun pada malam tersebut".

#Kemuliaan apa lagi yang lebih agung dari suatu malam yang menjadi permulaan turunnya cahaya dan petunjuk kepada seluruh manusia setelah berlalunya beberapa abad kaum Quraisy yang berada dalam kesesatan menyembah berhala.

#Tidak ada lagi keagungan yang lebih tinggi dari suatu malam yang menjadi saat bersinarnya cahaya pengetahuan Ilahi ke hati Rasulullah saw sebagai bukti rahmat kepada hamba-hambaNya.

#Berkata Imam Ad-Dahhaq: "Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan".

#Berkata pula Imam Mujahid: "Ia merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut".

#Sebahagian para ulamak telah menyebut dalam kitab masing-masing berkenaan dengan sebahagian tanda dan alamat yang mungkin dapat dilihat oleh sebahagian hamba Allah yang diizinkannya pada setiap tahun daripada bulan Ramadhan, antaranya ialah:

1. Berkata Sayidina Ubadah bin al-Somit r.a: "Sesungguhnya malam tersebut bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam tersebut dan tidak terlalu panas dan tiadalah tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya hingga ke waktu pagi. Dan daripada tandanya bahawa matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut.

2. Daripada Sayidina Ubay bin Kaab r.a menyatakan daripada Nabi saw sabdanya: "Sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak mempunyai cahaya dan kepanasan".

3. Riwayat daripada Sayidina Ibn Mas’ud: "Sesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam qadar" (Lihat: Umdah al-Qari)

#Antara doa terbaik untuk dibaca pada malam lailatulqadar ialah yang diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah r.ha, bahawa beliau bertanya Nabi saw: “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar maka apa yang sepatutnya aku ucapkan. Nabi saw bersabda:

اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي

"Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku" (HR at-Tirmizi, Ibn Majah dan Ahmad)

#Imam an-Nawawi berkata bahawa ashab kami (ulamak Syafieyyah) mengatakan disunatkan memperbanyakkan membaca doa ini pada malam al-Qadar. Begitu juga, disunatkan membaca al-Quran, zikir-zikir dan doa-doa yang disunatkan pada tempat-tempat yang mulia. (Lihat: al-Azkar)

♡Banyakkan beramal di 10 malam terakhir Ramadhan. Moga kita bertemu malam al-Qadar. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 20 Ramadhan 1445H☆

لَیۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَیۡرࣱ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرࣲ

"Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3]

#Rasulullah saw memberi beberapa isyarat kepada kita berkaitan malam al-Qadar ini. Antaranya, Baginda saw menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil dalam bulan Ramadhan.

#Sayidina Jabir bin Samurah r.a berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:

الْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ وِتْرًا

"Carilah malam al-Qadar pada sepuluh malam terakhir pada malam yang ganjil" (HR Ahmad)

#Dalam menentukan malam al-Qadar ini, antara pendapat yang paling kuat mengikut para ulamak bahawa malam itu berlaku pada malam 27 Ramadhan.

#Hujah mereka amat banyak, antaranya:

1. Mengikut Sayidina Abu Ka’ab r.a katanya: "Demi Allah sesungguhnya Ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam al-Qadar berada dalam bulan Ramadhan dan jatuh pada malam ke-27. Akan tetapi, beliau enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya".

2. Daripada riwayat Sayidina Muawiyah r.a: "Bahawa Nabi saw telah bersabda bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27".

3. Riwayat ini disokong oleh Sayidina Ibn Abbas r.a yang mengatakan bahawa surah al-Qadar mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu adalah dhamir (هِيَ) yang kembalinya kepada Lailatul Qadar.

4. Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Sayidina Ibn Umar r.a: "Sesiapa yang mencari malam al-Qadar, hendaklah dia mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam al-Qadar pada malam yang ke-27".

#Namun begitu, Imam as-Syafie berpendapat malam al-Qadar berlaku pada malam ke-21 Ramadhan berdalilkan hadis riwayat Sayidina Ibn Mas'ud. Terdapat juga pandangan Imam as-Syafie dan Imam Malik mengatakan berlaku pada malam 23 Ramadhan berdasarkan hadis daripada Sayidina Abdullah bin Unais r.a.

#Terdapat juga pendapat lain yang mengatakan berlaku pada malam ke 24 atau malam-malam terakhir Ramadhan.

#Ketahuilah bahawa Allah swt merahsiakan malam al-Qadar supaya ia menjadi pendorong kepada orang ramai untuk mencarinya. Disamping, supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam menunaikan ibadah demi untuk mencari malam tersebut seperti disembunyikan masa yang diperkenan doa pada hari Jumaat dan juga disembunyikan namanya yang agung daripada segala nama-nama yang Dia miliki.

♡Selamat beramal dan memburu lailatulqadar. Malam ni malam ke 21 Ramadhan, merupakan malam yang diharapkan lailatulqadar disisi Imam as-Syafi‘i. Jom qiam!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 18 Ramadhan 1445H☆

شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِیۤ أُنزِلَ فِیهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدࣰى لِّلنَّاسِ وَبَیِّنَـٰتࣲ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah" [Surah Al-Baqarah 185]

#Sesungguhnya kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan bukan lagi satu rahsia. Allah swt telah memilih daripada bulan mulia ini satu detik paling bersejarah dalam kehidupan umat sejagat, iaitu detik turunnya Kitab Suci yang paling agung yakni al-Quran al-Karim sebagaimana terakam dalam ayat diatas.

#Perkara ini juga telah dijelaskan oleh Imam Ibn Kathir dengan menukilkan riwayat Abu Jaafar al-Baqi:

كَانَ ابْتِدَاءُ الْوَحْيِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وسلَّم يوم الِاثْنَيْنِ، لِسَبْعَ عَشْرَةَ لَيْلَةً خَلَتْ مِنْ رَمَضَانَ

"Permulaan wahyu bagi Rasulullah SAW pada hari Isnin bersamaan malam 17 dari bulan Ramadan" (Lihat: al-Bidayah wan Nihayah)

#Diriwayatkan daripada Sayidina Abdullah bin Abbas r.huma:

أُنْزِلَ الْقُرْآنُ جُمْلَةً وَاحِدَةً إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ، ثُمَّ أُنْزِلَ بَعْدَ ذَلِكَ بِعِشْرِينَ سَنَةً

"Al-Quran diturunkan ke langit dunia sekaligus pada malam al-Qadar. Kemudian diturunkan selepas itu selama 20 tahun. (Lihat: Al-Mustadrak. Kata Imam az-Zahabi, hadis ini sahih)

#Dan diturunkan kalam yang mulia ini pada malam yang tersangat berkat. Firman Allah swt:

إِنَّاۤ أَنزَلۡنَـٰهُ فِی لَیۡلَةࣲ مُّبَـٰرَكَةٍۚ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِینَ

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab)" [Surah ad-Dukhan 3]

#Malam yang berkat itu ialah malam al-Qadr. Firman Allah swt:

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul Qadar" [Surah al-Qadr 1]

#Kitab yang diturunkan khusus ini adalah untuk memimpin tangan manusia ke jalan yang benar, mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang.

ٱللَّهُ وَلِیُّ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ یُخۡرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِۖ

"Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman)" [Surah al-Baqarah 257]

#Bayangkan sekiranya kitab mulia ini tidak diturunkan! Pastinya kita tidak akan mengenal erti kehidupan, dari mana kita datang, ke mana kita akan pergi dan untuk apa kita hidup di dunia yang sementara ini?

#Lantaran itu, mereka yang tidak mengambil manfaat daripada kalam Allah yang mulia ini adalah golongan yang paling malang dan paling rugi.

♡Jadikanlah al-Quran pegangan dan panduan dalam kehidupan. Moga kita sentiasa beroleh petunjuk daripadaNya melalui kalamNya yang diturunkan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 17 Ramadhan 1445H☆

شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِیۤ أُنزِلَ فِیهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدࣰى لِّلنَّاسِ وَبَیِّنَـٰتࣲ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah" [Surah Al-Baqarah 185]

#Allah swt menjelaskan bahawa bulan Ramadhan bulan turunnya al-Quran untuk menjadi petunjuk kepada semua manusia dengan memaparkan dalil-dalil yang nyata dan menerangkan mana yang hak dan mana yang batil.

#Kedatangan Ramadhan sepatutnya bukan sahaja mengingatkan kita tentang kewajipan berpuasa sahaja, tetapi sewajarnya kita menyedari bahawa ia adalah bulan al-Quran untuk kita meraikan kemuliaannya dan keagungannya.

#Maka sepatutnya kita melipatgandakan usaha untuk membaca, mempelajari dan menekuni al-Quran. Perbanyakkan membaca al-Quran dan mempelajari ilmu tafsir sebagai salah satu cara kita mentadabbur ayat-ayatnya. Gunakan juga peluang ini untuk kita mengkhatam satu al-Quran.

#Al-Quran adalah petunjuk untuk ‘semua manusia’ (هُدًى لِلنَّاس) maka ianya menjadi tanggungjawab kita untuk menyampaikan isi kandungan dan pengajaran al-Quran kepada semua manusia, samada Muslim atau kafir. Hendaklah kita berdakwah kepada semua manusia dan menyampaikan ayat-ayat Allah ini kepada mereka. Inilah medan atau saluran dakwah yang patut digunakan.

#Gunakan formula atau method yang ada dalam al-Quran iaitu al-Furqan yang bermaksud membezakan mana yang haq dan mana yang batil. Justeru, umat Islam wajib mendalami selok belok ilmu dan hukum hakam al-Quran agar mengetahui mana yang salah dan mana yang benar. Dengan kefahaman yang penuh penghayatan, diharapkan kita dapat menggunakan formula itu untuk menilai samada amalan kita, keluarga kita dan masyarakat sekitar kita itu betul atau salah.

#Hayati firman Allah swt ini:

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِیۤ أَنزَلَ عَلَىٰ عَبۡدِهِ ٱلۡكِتَـٰبَ وَلَمۡ یَجۡعَل لَّهُۥ عِوَجَاۜ

"Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong)"

قَیِّمࣰا لِّیُنذِرَ بَأۡسࣰا شَدِیدࣰا مِّن لَّدُنۡهُ وَیُبَشِّرَ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ ٱلَّذِینَ یَعۡمَلُونَ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أَنَّ لَهُمۡ أَجۡرًا حَسَنࣰا

" (Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik"

مَّـٰكِثِینَ فِیهِ أَبَدࣰا

"Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya" [Surah al-Kahf 1-3]

♡Al-Quran merupakan kalamullah yang mulia, menjadi cahaya petunjuk kepada seluruh umat manusia. Sesiapa yang berpegang dan mengamalkan isi kandungannya, ia akan berada di atas jalan kebenaran dan dalam naungan rahmat Allah swt selamanya. SALAM NUZUL AL-QURAN 1445H♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 15 Ramadhan 1445H☆

قُمِ ٱلَّیۡلَ إِلَّا قَلِیلࣰا

"Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat)" [Surah al-Muzzammil 2]

#Sambung bicara berkaitan solat malam khususnya solat witir. Rasulullah saw bersabda:

يَا أَهْلَ الْقُرْآنِ أَوْتِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ وِتْرٌ يُحِبُّ الْوِتْرَ

"Wahai orang yang beramal dengan al-Quran! Hendaklah kamu melakukan solat Witir, sesungguhnya Allah itu bersifat witir dan dia menyukainya" (HR Abu Daud)

#Imam an-Nawawi rahimahumullah menyebutkan: "Solat witir adalah sunat di sisi ulamak dalam kalangan mazhab Syafi‘i tanpa khilaf. Bilangan rakaatnya yang paling sedikit ialah sebanyak satu rakaat. Manakala tahap kesempurnaannya yang paling rendah adalah dengan melakukannya sebanyak tiga rakaat, dan tahap yang lebih sempurna daripada itu pula adalah dengan mendirikannya sebanyak lima rakaat, kemudian dengan mendirikannya sebanyak tujuh rakaat, kemudian dengan mendirikannya sebanyak sembilan rakaat, kemudian dengan mendirikannya sebanyak sebelas rakaat. Inilah bilangan rakaatnya yang paling banyak menurut pendapat masyhur dalam mazhab Syafi‘i dan pendapat yang diputuskan oleh pengarang al-Muhazzab serta ramai ulamak dalam kalangan mazhab Syafi‘i. Namun, terdapat pendapat dalam kalangan ulamak mazhab Syafi‘i yang berpendapat bahawa bilangan maksimum rakaat witir adalah sebanyak tiga rakaat. Pendapat ini telah dinukilkan oleh sebahagian ulamak dari Khurasan" (Lihat al-Majmu‘ Syarh al-Muhazzab)

#Di dalam bulan Ramadhan digalakkan solat witir berjemaah dan terdapat bacaan Qunut dalam solat witir.

#Berkata Imam an-Nawawi: "Menurut mazhab Syafi‘i, sunnahnya adalah untuk berqunut pada rakaat terakhir solat witir pada separuh akhir bulan Ramadhan yakni pada hari ke-16. Inilah pendapat yang masyhur dalam mazhab dan dinaskan berkenaannya oleh Imam as-Syafi‘i. Terdapat dalam kalangan ulamak yang berpendapat, disunatkan untuk berqunut pada keseluruhan bulan Ramadhan, dan ini merupakan mazhab Malik. Selain itu, terdapat juga dalam kalangan ulamak yang berpendapat disunatkan untuk berqunut dalam solat witir sepanjang tahun yakni tidak dikhususkan hanya bulan Ramadhan".

#Dalam perbahasan yang lain, Imam an-Nawawi menegaskan sekali lagi bahawa pendapat yang menyatakan disunatkan berqunut pada separuh akhir bulan Ramadhan secara khusus adalah pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafi‘i. (Lihat: al-Majmu‘ Syarh al-Muhazzab)

#Selain itu, perbuatan berqunut pada separuh akhir Ramadhan ini juga termasuk dalam usaha untuk mendapatkan lailatul qadar. Diriwayatkan oleh Abdullah bin Unais r.a, bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah saw berkenaan lailatul qadar. Maka, Baginda saw menjawab:

رَأَيْتُهَا فَأُنْسِيتُهَا، فَتَحَرَّهَا فِي النِّصْفِ الْآخِرِ

"Aku melihatnya (lailatul qadar) dan terlupa akannya. Maka carilah lailatul qadar pada separuh yang terakhir dalam bulan Ramadhan" (HR at-Tabarani)

#Oleh sebab itulah, Sayidina Ubai bin Ka‘ab berqunut dalam solat witir pada malam-malam separuh akhir Ramadhan kerana mengharapkan lailatul qadar padanya (Lihat: Lathaif al-Ma'arif)

♡Malam ini bermula bacaan doa qunut dalam solat witir. Salam Pertengahan Ramadhan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 13 Ramadhan 1445H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"  [Surah al-Baqarah 183]

#Dah 13 hari kita berpuasa dalam suasana panas yang agak terik membahang. Puasa penuh cabaran dan tahap kehausan semakin tinggi. Ada tempat yang cuaca agak sejuk, dingin dan mendung. Puasa sama tapi pahala berbeza disebab tahap bebanan yang ditanggung.

#Ketahuilah bahawa setiap orang yang beribadah tidak sama nilainya di sisi Allah, walaupun mungkin sama pada jenis dan bilangannya. Seseorang  yang bersolat tarawih bersama para jemaah yang ramai tidaklah semestinya setiap mereka mendapat ganjaran pahala yang sama. Ini kerana di antara mereka sudah pasti ada perbezaan pada kadar khusyuk, ikhlas dan kesusahan yang dialami dalam menunaikan ibadah itu.

#Imam ‘Izzuddin Abdissalam dalam kitab Qawa’id al-Ahkam membahaskan isu ini. Beliau menjelaskan perbezaan pahala dua amalan yang serupa itu bukanlah perbezaan pahala amalan itu sendiri, sebaliknya tambahan pahala itu diperolehi disebabkan kesusahan yang ditanggung. Contohnya, seseorang yang mandi wajib pada musim sejuk dan seorang yang mandi wajib pada musim panas. Dari segi mandi, keduanya mendapat pahala yang sama disebabkan sifat mandi itu dari sudut syarat, rukun dan sunnahnya itu sama. Namun yang mandi pada musim sejuk mendapat pahala lebih disebabkan beban yang lebih berat yang terpaksa ditanggung. Bukannya perbezaan pahala itu pada mandi tersebut, tetapi kepada beban sampingan yang terpaksa ditanggung.

#Begitulah juga mengenai mereka yang pergi ke masjid, menunaikan haji, berdakwah, berjihad dan seumpamanya. Pahala diberikan bukan kerana perbezaan tujuan, tetapi kerana bebanan tahap bebanan dan kesabaran yang terpaksa ditempuh.

#Demikianlah ibadah puasa, walaupun dari segi puasa, tujuannya sama. Syarat, rukun dan sunnahnya yang dilaksanakan itu sama. Namun, pahala berbeza bukan disebabkan perbezaan pahala puasa, tetapi perbezaan bebanan yang ditanggung oleh seseorang yang melaksanakan tanggungjawab tersebut. Orang yang berpuasa dalam suasana cuaca yang panas membahang tidak sama ganjaran pahala dengan orang yang berpuasa dalam suasana sejuk. Begitu juga mereka yang berpuasa dalam suasana bekerja berat dalam suasana panas terik. Puasa dalam keadaan ornag disekeliling tidak berpuasa dan dinegara yang agak mencabar untuk berpuasa dan seumpamanya.

#Maka, kita hendaklah tahu bahawa setiap kesusahan yang ditanggung oleh pengamal ibadah itu, ada hitungan pahala di sisi Allah swt yang lebih dan berbeza dengan orang lain.

♡Tunaikanlah setiap kewajipan yang diperintahkan dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Yakinilah bahawa ganjaran pahala itu diberi oleh Allah mengikut kadar kesusahan, kepayahan dan cabaran yang dilalui disepanjang ibadah itu dilaksanakan. Selamat berpuasa di musim panas saat ini. Bertabahlah!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 11 Ramadhan 1445H☆

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah"
[Surah al-Baqarah 185]

#Bulan Ramadhan adalah bulan al-Quran. Satu-satunya bulan yang disebut dalam al-Quran melalui firmanNya. Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran menjadi petunjuk bagi sekelian manusia.

#Dalam sebulan Ramadhan ini jugalah Baginda saw bertadarus al-Quran dengan Malaikat Jibril Alaihissalam.

#Diriwayatkan daripada Sayidina Ibn ‘Abbas r.huma bahawa beliau berkata:

كانَ رَسولُ اللَّهِ ﷺ أجْوَدَ النّاسِ، وكانَ أجْوَدُ ما يَكونُ في رَمَضانَ حِينَ يَلْقاهُ جِبْرِيلُ، وكانَ جِبْرِيلُ يَلْقاهُ في كُلِّ لَيْلَةٍ مِن رَمَضانَ، فيُدارِسُهُ القُرْآنَ، فَلَرَسولُ اللَّهِ ﷺ حِينَ يَلْقاهُ جِبْرِيلُ أجْوَدُ بالخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ المُرْسَلَةِ

"Rasulullah saw adalah manusia yang paling pemurah (banyak bersedekah) terutama di bulan Ramadhan ketika malaikat Jibril Alaihissalam menemuinya. Jibril Alaihissalam datang kepada Baginda saw setiap malam di bulan Ramadhan, lalu mereka saling bertadarus al-Quran. Sesungguhnya Rasulullah saw orang yang paling pemurah dengan kebaikan (kepada orang yang memerlukan) bahkan (sifat pemurah baginda) lebih laju daripada tiupan angin" (HR al-Bukhari)

#Maka, digalakkan kita untuk mengkhatamkan al-Quran di bulan Ramadhan namun tidaklah sampai menjadi satu kewajiban. Hal ini sepertimana disebutkan oleh Syeikh Nawawi al-Jawi di dalam Nihayat al-Zain fi Irsyad al-Mubtadiin bahawa:

وَالتَّاسِع ختم الْقُرْآن فِي جَمِيع رَمَضَان

"(Sunat puasa) ke-9: Mengkhatamkan al-Quran di keseluruhan bulan Ramadhan".

#Disunatkan juga untuk kita mengkhatamkan al-Quran dalam solat sunat tarawih iaitu dengan dibaca satu juzuk pada setiap malam yang dibahagikan kepada 20 rakaat. (Lihat: I’anah al-Talibin ‘ala Alfaz Fath al-Mu’in)

#Selain itu juga, amalan memperbanyakkan bacaan dan mengkhatamkan al-Quran di bulan Ramadhan juga merupakan amalan kebiasaan para sahabat, tabi’in dan ulamak salaf.

1. Seorang tabiin iaitu al-Aswad Ibn Yazid mengkhatamkan al-Quran pada setiap dua malam pada bulan Ramadhan.

2. Imam Qatadah mengkhatamkan al-Quran dalam masa tujuh hari, apabila tiba bulan Ramadhan beliau mengkhatamkan dalam masa tiga hari dan apabila tiba sepuluh terakhir Ramadhan, beliau mengkhatamkannya pada setiap malam.

3. Imam Mujahid mengkhatamkan al-Quran sebanyak sekali pada setiap malam di bulan Ramadhan.

4. Imam as-Syafie mengkhatamkan al-Quran sebanyak 60 kali dalam bulan Ramadhan.

♡Jom baca al-Quran hingga khatam dalam bulan Ramadhan.
Jika kita tidak khatam di bulan Ramadhan dalam keadaan mampu, maka tidaklah dikira berdosa, namun sesungguhnya kita telah terlepas banyak kebaikan dan kelebihan. Jom baca Quran!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 10 Ramadhan 1445H☆

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah"
[Surah al-Baqarah 185]

#Sudah 10 hari Ramadhan meninggalkan kita. Hari-hari yang berlalu tidak akan kembali lagi. Jika 10 hari berlalu itu padat diisi dengan amal soleh, sedekah, solat malam dan bacaan al-Quran, nescaya berlalunya dengan keuntungan berganda tanpa sebarang kerugian. Namun jika sebaliknya, berlalu kosong tanpa amal soleh, tanpa sedekah, tanpa kebajikan, tanpa qiyam di malam hari kerana kesibukan dan kelalaian dunia, bahkan diisi pula dengan maksiat, maka 10 hari itu bakal menjadi penyesalan yang panjang dan malang.

#Firman Allah swt:

وَإِذَا ٱلۡقُبُورُ بُعۡثِرَتۡ

"Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan"

عَلِمَتۡ نَفۡسࣱ مَّا قَدَّمَتۡ وَأَخَّرَتۡ

"(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya"

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلۡإِنسَـٰنُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ ٱلۡكَرِیمِ

"Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah?" [Surah al-Infiṭār 4-6]

#Firman Allah swt lagi:

حَتَّىٰۤ إِذَا جَاۤءَ أَحَدَهُمُ ٱلۡمَوۡتُ قَالَ رَبِّ ٱرۡجِعُونِ

"Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia)"

لَعَلِّیۤ أَعۡمَلُ صَـٰلِحࣰا فِیمَا تَرَكۡتُۚ كَلَّاۤۚ إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَاۤىِٕلُهَاۖ وَمِن وَرَاۤىِٕهِم بَرۡزَخٌ إِلَىٰ یَوۡمِ یُبۡعَثُونَ 

"Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)" [Surah al-Muʾminūn 99-100]

#Nabi saw juga mengingatkan dalam sabdanya:

رَغِمَ أَنْفُ عَبْدٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانُ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ

"Sungguh sangat rugi seseorang yang ia masuk ke dalam bulan Ramadhan namun tidak diampuni dosanya..." (HR at-Tirmizi)

♡Pastikan baki 20 hari lagi di bulan Ramadhan dipenuhi dengan gandaan amal soleh dan perkara-perkara ketaatan. Moga kita tidak menyesal!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 8 Ramadhan 1445H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"  [Surah al-Baqarah 183]

#Dalam keadaan kita diwajibkan berpuasa, pada masa yang sama juga, kita dituntut untuk memperbanyakkan sedekah dan sentiasa menyantuni orang susah yang memerlukan seperti menjamu mereka berbuka puasa.

#Diriwayatkan daripada Sayidina Salman al-Farisi r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ عِتْقُ رَقَبَةٍ وَمَغْفِرَةٌ لِذُنُوبِهِ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَيْسَ كُلُّنَا يَجِدُ مَا يُفَطِّرُ الصَّائِمَ قَالَ يُعْطِي اللَّهُ هَذَا الثَّوَابَ مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا عَلَى مَذْقَةِ لَبَنٍ أَوْ تَمْرَةٍ أَوْ شَرْبَةِ مَاءٍ

"Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka dia mendapat ganjaran dibebaskan dari api neraka dan keampunan ke atas dosa-dosanya. Lalu ditanyakan kepada Rasulullah saw: "Wahai Rasulullah, bukanlah kesemua kami ini mampu untuk memberikan sesuatu untuk orang berpuasa berbuka". Maka Rasulullah saw menjawab: "Allah memberikan pahala ini kepada sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa dengan susu yang dicampur dengan air, sebiji kurma, atau air minuman" (Riwayat Ibn Khuzaimah)

#Diriwayatkan bahawa Ibnu Shihab al-Zuhri,

كان ابن شهاب الزهري إذا دخل رمضان قال: فإنما هو تلاوة القرآن، وإطعام الطعام.

"Apabila tiba sahaja Ramadhan dia akan berkata: Ianya adalah bulan membaca al-Quran dan memberi orang makan" (Lihat: Lataif al-Maarif oleh Imam Ibn Rejab)

#Daripada Abdul Rahman bin Yazid bin Jabir berkata: "Maula perempuan Sayidina Abu Umamah r.a menceritakan kepadaku: Abu Umamah adalah orang yang suka bersedekah dan suka mengumpulkan sesuatu dan kemudian disedekahkannya. Dia tidak pernah menolak seorang pun yang meminta sesuatu kepadanya, walaupun dia hanya mampu untuk memberi hanya seulas bawang merah atau sebiji buah kurma atau sesuap makanan. Pada suatu hari datang seorang meminta kepadanya padahal ketika itu dia hanya mempunyai wang sebanyak 3 dinar. Orang itu tetap meminta juga, maka Abu Umamah pun memberikannya 1 dinar. Kemudian datang orang lain dan meminta bantuan daripadanya. Abu Umamah memberinya 1 dinar. Datang lagi seorang pengemis, Abu Umamah memberinya 1 dinar juga. (Lihat: Siyar A’lam Nubala)

#Bagi orang yang dijamu makan, maka berdoalah untuk orang yang menjamu berbuka puasa itu. Ini sebagai tanda ingatan dan terima kasih kita kepada orang yang menjamu kita berbuka puasa, kita juga disunatkan untuk mendoakan mereka yang menjamu kita berbuka puasa dengan doa yang Nabi saw pernah ajar.

#Menurut Anas bin Malik r.a, Nabi pernah datang ke rumah Sayidina Sa’ad bin ‘Ubadah r.a. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda saw lalu makan dan membaca:

أَفْطَرَ عِنْدَكُمُ الصَّائِمُونَ، وَأَكَلَ طَعَامَكُمُ الأَبْرَارُ، وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ الْمَلاَئِكَةُ
 
"Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat" (HR Abu Daud, Ahmad dan an-Nasa’ie)

♡Contohilah mereka yang pemurah, suka berderma dan menjamu orang makan. Moga kita menjadi seorang yang dermawan. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 6 Ramadhan 1445H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"  [Surah al-Baqarah 183]

#Bulan Ramadhan bulan ibadah. Hampir semua masjid dan surau dipenuhi oleh umat Islam samada hadir untuk menunaikan solat fardhu berjemaah ataupun solat sunat tarawih berjemaah. Ada juga yang hadir untuk beriktikaf di masjid surau, bertadarus, menuntut ilmu dan juga berqiyamullail.

#Hal ini menunjukkan tanda keimanan pada diri seseorang apabila dia rajin ke masjid atau surau. Firman Allah swt:

إِنَّمَا یَعۡمُرُ مَسَـٰجِدَ ٱللَّهِ مَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡیَوۡمِ ٱلۡـَٔاخِرِ وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَى ٱلزَّكَوٰةَ وَلَمۡ یَخۡشَ إِلَّا ٱللَّهَۖ فَعَسَىٰۤ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ أَن یَكُونُوا۟ مِنَ ٱلۡمُهۡتَدِینَ

"Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk" [Surah at-Tawbah 18]

#Nabi saw bersabda:

وكلُّ خطوَةٍ تخطوها إلى الصلاةِ صدَقَةٌ

"Dan pada setiap langkah untuk menuju solat (berjemaah di masjid) adalah sedekah" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Daripada Sayidina Abu Umamah al-Bahili r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

مَنْ خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ مُتَطَهِّرًاً إِلَى ‌صَلَاةٍ ‌مَكْتُوبَةٍ فَأَجْرُهُ كَأَجْرِ الْحَاجِّ الْمُحْرِمِ، وَمَنْ خَرَجَ إِلَى تَسْبِيحِ الضُّحَى لَا يَنْصِبُهُ إِلَّا إِيَّاهُ فَأَجْرُهُ كَأَجْرِ الْمُعْتَمِرِ

"Sesiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci (berwudhu’) untuk menunaikan solat fardhu (dimasjid), maka ganjaran pahalanya seperti ganjaran orang yang melakukan haji dan berihram. Dan sesiapa yang keluar rumah untuk menunaikan solat sunat Dhuha (dimasjid), tiada perkara lain yang menyibukkan dirinya kecuali solat tersebut, maka ganjaran pahalanya seperti ganjaran orang yang melakukan umrah" (HR Abu Dawud dan Ahmad. Syeikh Syu‘aib al-Arna’ut berkata sanad hadith ini Sahih)

#Dalam riwayat yang lain daripada Sayidina Abi Umamah r.a, bahawa Nabi saw bersabda:

مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ لَا يُرِيدُ إِلَّا أَنْ يَتَعَلَّمَ خَيْرًا أَوْ يَعْلَمَهُ، كَانَ لَهُ كَأَجْرِ حَاجٍّ تَامًّا حِجَّتُهُ

"Barangsiapa yang pergi ke masjid dengan tujuan untuk mempelajari sesuatu kebaikan atau mengajarkannya, maka baginya pahala seperti orang yang menunaikan haji dengan sempurna.” (HR at-Thabarani. Hadis sahih)

♡Istiqamahlah menunaikan solat fardhu 5 waktu, solat tarawih, menuntut ilmu, beriktikaf, qiyam di masjid surau disepanjang bulan Ramadhan dan selepas Ramadhan kerana ganjaran yang dijanjikan Allah dan RasulNya tersangatlah luar biasa lumayannya. Jom imarahkan masjid surau!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 4 Ramadhan 1445H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"  [Surah al-Baqarah 183]

#Allah swt mensyariatkan kewajipan berpuasa pada tahun kedua hijrah ketika Nabi, para sahabat dan kaum Muslimin 2 tahun berada di Madinah. Pensyariatan puasa dirakamkan Allah swt dalam Surah al-Baqarah bermula ayat 183 hingga 187.

#Ayat yang mewajibkan kita berpuasa itu mengandungi beberapa perkara penting. Antaranya, puasa termasuk syariat yang tidak dimansuhkan bermula sejak zaman nabi terdahulu kerana kebaikan dan faedahnya begitu besar bagi manusia.
 
#Ia mendorong manusia sentiasa bersemangat melakukannya serta berlumba-lumba dengan generasi sebelum mereka dalam menyempurnakan amalan baik.

#Selain itu, puasa adalah aset terbesar bagi memperoleh ketakwaan. Takwa menjadi benteng pertahanan ampuh bagi seseorang daripada melakukan perbuatan maksiat.

#Sabda Nabi saw:

الصِّيَامُ جُنَّةٌ

"Puasa adalah perisai" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Menurut Imam an-Nawawi rahimahullah, puasa adalah perisai yang menegahnya daripada perkataan keji (يَرْفُثْ), melindunginya daripada dosa-dosa dan api neraka (Lihat: al-Minhaj).

#Hal ini turut dijelaskan dalam riwayat lain bahawa puasa adalah perisai yang melindungi daripada api neraka seumpama perisai yang melindungi seseorang dalam peperangan (Riwayat an-Nasaie dan Ibn Majah).

#Imam Ibn Rajab menjelaskan maksud hadis ini bahawa puasa melindungi orang berpuasa daripada pelbagai maksiat ketika di dunia, maka puasa juga akan melindunginya daripada azab neraka di akhirat. Sebaliknya puasa yang gagal melindunginya daripada maksiat di dunia, maka puasa juga tidak dapat melindunginya daripada azab neraka akhirat kelak (Lihat: Jami’ al-Ulum)

#Berpuasalah dengan penuh keimanan dan kesungguhan, agar ibadah puasa tersebut dapat menjadi benteng mencegah daripada nafsu syahwat, perbuatan keji dan gejala maksiat, menghalang bersetubuh siang hari, berzina, berkunjung ke tempat maksiat, memaki, mengumpat dan bercakap kotor.

♡Berpuasalah dengan penuh penghayatan dan mengharap ganjaran pahala daripada Allah swt dengan menjaga hukum hakam dan adab-adabnya, moga ibadah puasa dapat melindungi kita daripada azab neraka. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 2 Ramadhan 1445H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"  [Surah al-Baqarah 183]

#Alhamdulillah sudah 2 hari umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah puasa dan menghidupkan malam dengan solat tarawih. Semoga sentiasa dalam rahmat dan keredhaan Allah.

#Bulan Ramadhan memiliki banyak keistimewaan yang Allah swt dan NabiNya janjikan di bulan suci ini kepada seluruh umat Islam. Di antara keistimewaan bulan Ramadhan ialah:

#Pertama, bau mulut orang yang puasa di sisi Allah swt itu lebih harum daripada kasturi.

#Kedua, para malaikat mendoakan keampunan untuk orang yang berpuasa hingga tiba waktu berbuka.

#Ketiga, setiap hari di bulan Ramadan Allah swt memperindah syurgaNya, seraya mengatakan:

يوشك عبادي الصالحون أن يلقوا عنهم المئونة والأذى ثم يصير إليك

"Hamba-hambaku yang soleh hampir sahaja memikul beban berat dan kesusahan. Kemudian mereka menuju kepadamu wahai syurga"

#Keempat, syaitan-syaitan dibelenggu (diikat).

#Kelima, pintu-pintu syurga dibuka.

#Keenam, adanya malam lailatul qadr yang lebih baik daripada 1000 bulan. Siapa yang tidak beruntung bertemu dengan malam itu, sungguh dia telah terhalang dari kebaikan yang dahsyat.

#Ketujuh, orang-orang yang berpuasa akan mendapat ampunan di malam akhir Ramadhan.

#Kelapan, setiap malam Ramadhan, Allah swt membebaskan orang-orang yang akan masuk neraka.

#Mengingat akan keistimewaan Ramadhan yang demikian dahsyat serta luar biasa, bagaimana pula sikap kita dalam menyambut dan melayaninya?

#Apakah dengan pantas disambut dengan aktiviti yang bermanfaat atau dilayan dengan kelalaian serta aktiviti kemaksiatan?

#Atau kita tetap sibuk dengan perkara lagha dan bermalas-malasan dalam ibadah? Moga Allah sentiasa pelihara kita dalam ketaatan. Aamiiin.

♡Ramadhan bulan untuk kita borong pahala dan berusaha mencari keredhaan Allah, maka bersungguhlah dalam melayani Ramadhan dengan ketaatan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 30 Syaaban 1445H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"  [Surah al-Baqarah 183]

#InsyaAllah esok umat Islam akan mula berpuasa. Maka bermula malam ini, solat tarawih akan mula didirikan.

#Solat tarawih merupakan solat sunat yang dituntut bagi umat Islam untuk melaksanakannya pada bulan Ramadhan. Ganjaran melakukannya adalah sangat besar. Sabda Rasulullah saw:

‎مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

"Sesiapa yang melakukan qiyam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran serta keampunan, akan diampunkan buatnya dosa-dosa yang terdahulu" (HR al-Bukhari)

#Hadis ini menunjukkan bahawa perbuatan qiyam Ramadhan yang meliputi solat tarawih, pembacaan al-Quran, zikir dan doa, serta selainnya daripada ibadah yang dilakukan pada malam hari bulan Ramadhan, sekiranya ia dilakukan dengan penuh keimanan akan pensyariatannya serta mengharapkan ganjaran pahala dari Allah swt, nescaya pelakunya akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu.

#Berkata Imam an-Nawawi: "Qiyam Ramadhan adalah solat tarawih" (Lihat: Syarah Al-Nawawi ‘Ala Muslim)

#Diriwayatkan daripada Sayidatina A'isyah r.ha bahawa beliau berkata:

 ‎أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم صَلَّى ذَاتَ لَيْلَةٍ فِي الْمَسْجِدِ فَصَلَّى بِصَلاَتِهِ نَاسٌ، ثُمَّ صَلَّى مِنَ الْقَابِلَةِ فَكَثُرَ النَّاسُ، ثُمَّ اجْتَمَعُوا مِنَ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِ أَوِ الرَّابِعَةِ، فَلَمْ يَخْرُجْ إِلَيْهِمْ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، فَلَمَّا أَصْبَحَ قَالَ ‌‏ قَدْ رَأَيْتُ الَّذِي صَنَعْتُمْ وَلَمْ يَمْنَعْنِي مِنَ الْخُرُوجِ إِلَيْكُمْ إِلاَّ أَنِّي خَشِيتُ أَنْ تُفْرَضَ عَلَيْكُمْ ‏ وَذَلِكَ فِي رَمَضَانَ

"Sesungguhnya Rasulullah saw pada suatu malam sedang solat di dalam masjid. Maka orang ramai pun mengikut solat bersama baginda. Kemudian pada malam berikutnya, baginda solat sekali lagi dan jemaah yang mengikutnya semakin banyak. Pada malam yang ketiga atau keempat, orang ramai berkumpul menanti ketibaan Rasulullah saw sebaliknya baginda tidak keluar kepada mereka. Apabila masuk waktu subuh, baginda bersabda kepada para jemaah: "Sesungguhnya aku telah melihat apa yang kamu semua lakukan. Dan tidaklah yang menghalang aku dari keluar kepada kamu melainkan aku takut solat itu akan difardhukan ke atas kamu semua. Yang demikian itu berlaku pada bulan Ramadhan" (HR al-Bukhari)

#Solat tarawih boleh dilakukan secara berjemaah dan juga bersendirian. Namun afdhalnya berjemaah.

#Imam an-Nawawi berkata:

وَتَجُوزُ مُنْفَرِدًا وَجَمَاعَةً وَأَيُّهُمَا أَفْضَلُ فِيهِ وَجْهَانِ مَشْهُورَانِ كَمَا ذَكَرَ الْمُصَنِّفُ وَحَكَاهُمَا جَمَاعَةٌ قَوْلَيْنِ (الصَّحِيحُ) بِاتِّفَاقِ الْأَصْحَابِ أَنَّ الْجَمَاعَةَ أَفْضَلُ

"Dan dibolehkan (solat tarawih itu dilakukan) secara bersendirian dan juga secara berjemaah. Berkenaan yang manakah yang afdhal antara keduanya terdapat dua pendapat yang masyhur sebagaimana yang disebutkan oleh musannif dan diceritakan oleh majoriti (al-Syafi’eyyah), yang sahih secara sepakat oleh ashab, secara berjemaah itu adalah lebih afdhal" (Lihat: Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab)

♡Selamat menunaikan solat tarawih dan selamat berpuasa di bulan Ramadhan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 28 Syaaban 1445H☆

فَآمِنُوا بِاللَّـهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّـهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

"Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kalimah-kalimahNya (kitab-kitabNya) dan ikutilah dia (Rasulullah saw) supaya kamu beroleh hidayah petunjuk" [Surah al-‘Araf 158]

#Dalam ayat ini, Allah swt memerintahkan kita agar beriman dengan apa yang terkandung di dalam al-Quran dan juga beriman dengan setiap yang dibawa oleh Rasulullah saw samada dari sudut perkataan, perbuatan dan sebagainya.

#Saat ini kita berada di penghujung bulan Syaaban. Baginda saw ada berpesan agar kita tidak berpuasa sehari atau dua hari sebelum bertemu Ramadhan. Maka sewajarnya kita mengambil berat berkaitan perintah baginda saw sebagai tanda keimanan kita kepada baginda saw.

#Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi saw bersabda:
 
لَا تَقَدَّمُوا رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ وَلاَ يَوْمَيْنِ إِلاَّ رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا فَلْيَصُمْهُ

"Janganlah kalian mendahulukan Ramadhan dengan sehari berpuasa atau dua hari kecuali bagi sesiapa yang telah terbiasa berpuasa sebelumnya" (HR Muslim)
 
#Dalam lafaz yang lain:
 
لَا يَتَقَدَّمَنَّ أَحَدُكُمْ رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ أَوْ يَوْمَيْنِ ، إِلَّا أَنْ يَكُوْنَ رَجُلٌ كَانَ يَصُوْمُ صَوْمَهُ ، فَلْيَصُمْ ذَلِكَ الْيَوْمَ

"Janganlah seorang daripada kalian mendahului bulan Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari kecuali apabila seseorang itu sudah biasa berpuasa maka berpuasalah pada hari itu" (HR al-Bukhari)

#Dalam Syarah Bulughul Maram menyebutkan: "Tidak dibolehkan berpuasa awal sehari atau dua hari apabila tiba bulan Ramadhan melainkan jika seseorang itu sentiasa melakukan puasa dan secara kebetulan hari yang biasanya dia berpuasa itu bersamaan dengan hari akhir dalam bulan Syaaban. Contohnya seperti berpuasa hari Isnin pada setiap minggu dan hari Isnin jatuh pada hari terakhir dalam bulan Syaaban. Maka dalam masalah ini, dibolehkan untuk berpuasa samada sehari atau dua hari sebelum Ramadhan berdasarkan kebiasaan yang dilakukan".

#Hikmah disebalik larangan mendahulukan puasa satu atau dua hari sebelum Ramadhan ialah:
 
1. Jika berpuasa satu atau dua hari sebelum Ramadhan adalah dalam rangka berhati-hati, maka hal ini dilarang agar tidak menambah hari berpuasa dalam bulan Ramadhan.
 
2. Tujuannya juga adalah agar dapat dibezakan antara puasa wajib dan puasa sunat. Ini kerana, memisahkan antara amalan yang wajib dan sunat adalah sesuatu yang disyariatkan, berdasarkan arahan Nabi saw melarang seseorang itu menyambung solat yang wajib dengan solat sunat tanpa diselangi dengan salam atau zikir terlebih dahulu. (Lihat: Lathaif al-Ma’arif)

*Ini juga merupakan antara perkara yang disukai oleh Ibn Abbas dan juga disukai oleh golongan salaf iaitu memisahkan antara Syaaban dan Ramadhan dengan tidak berpuasa sehari atau dua hari. (Lihat: al-Istizkar)

#Maka dapat difahami bahawa tidak dibolehkan untuk kita berpuasa awal sehari atau dua hari sebelum bulan Ramadhan berdasarkan hadis di atas bagi sesiapa yang tidak menjadi kebiasaannya berpuasa.

♡Jom amalkan perintah Nabi saw berdasarkan apa yang telah disampaikan melalui hadisnya. Moga kita beroleh kebaikan yang banyak dan hidayah petunjuk disebabkan kita mengimani apa yang telah diperintahkan. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 23 Ramadhan 1445H☆

لَیۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَیۡرࣱ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرࣲ

"Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3]

#Malam ni masuk malam ke 24 Ramadhan. Fasa 10 malam terakhir. Malam-malam memburu lailatulqadar.

#Terdapat riwayat bahawa Nabi saw memerintahkan mencari lailatulqadar pada malam ke 24.

#Diriwayatkan daripada Sayidina Ibn Abbas r.a bahawa Baginda saw bersabda:
 
اِلْتَمِسُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي أَرْبَعٍ وَعِشْرِيْنَ

"Carilah malam Lailatulqadar pada malam 24 Ramadhan" (Riwayat Muhammad bin Nasr Ahmad daripada Bilal dan al-Tayalisi)

#Malam al-Qadar merupakan malam yang tersangat mulia. Betapa mulia dan agungnya malam al-Qadar sehingga melebihi daripada 1000 bulan. Maka, hendaklah kita lakukan amalan ibadah dengan bersungguh-sungguh tanpa sebarang pengabaian. Isikanlah dengan qiamullail, bacaan al-Quran, zikrullah, selawat, istighfar, munajat dan doa, terutama doa keampunan dan kerahmatan daripadaNya.

#Daripada Sayidatina Aisyah r.ha, katanya:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ ، أَحْيَا اللَّيْلَ ، وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ ، وَجَدَّ وَشَدَّ الْمِئْزَرَ
 
"Adalah Rasulullah saw apabila masuk pada sepuluh akhir (Ramadhan), Baginda saw akan menghidupkan malamnya (dengan ibadah), mengejutkan ahli keluarganya, dan memperketatkan kain sarungnya (menjauhi daripada melakukan hubungan seksual dengan isteri-isterinya)" (HR Muslim)

#Imam Sufyan al-Thauri rahimahullah berkata:

أحب إلي إذا دخل العشر الأواخر أن يتهجد بالليل و يجتهد فيه و ينهض أهله و ولده إلى الصلاة إن أطاقوا ذلك

" Apabila masuknya sepuluh akhir Ramadhan, aku lebih suka untuk melakukan tahajjud pada waktu malam dan bersungguh-sungguh melakukannya. Sufyan al-Thauri rahimahullah juga akan mengejutkan ahli keluarganya untuk mendirikan solat seandainya mereka mampu melakukannya" (Lihat: Lathaif al-Maarif)

#Imam az-Zahabi merekodkan Qiamullail Imam al-Bukhari, katanya:

"Sesungguhnya Muhammad Ibn Ismail (Imam Bukhari) akan mengkhatam al-Quran pada setiap hari dalam bulan Ramadhan. Dan beliau mendirikan solat malam selepas daripada solat tarawih dimana setiap 3 malam beliau mengkhatamkan satu al-Quran" (Lihat: Siyar A'lam an-Nubala')

#Berkata Imam Ibnu Rejab: "Ramai dalam kalangan salaf terdahulu mendirikan solat Subuh mereka menggunakan wudhuk solat Isyak selama puluhan tahun".

♡Semoga kita semua berjaya meraih ganjaran pahala luar biasa di malam Lailatulqadar. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 21 Ramadhan 1445H☆

لَیۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَیۡرࣱ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرࣲ

"Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3]

#Imam Ibn Qudamah rahimahullah berpendapat malam al-Qadar ialah malam yang mulia, diberkati, diagungkan dan mempunyai banyak kelebihan. (Lihat: al-Mughni)

#Menurut Imam Abu Bakar al-Warraq, dinamakan al-Qadar kerana siapa yang tidak mempunyai kemuliaan akan mendapat kemuliaan dengan melakukan ibadat pada malam tersebut.

#Berkata as-Syahid Sayid Qutub rahimahullah: "Terdapat ayat-ayat al-Quran yang menyebut peristiwa malam ini berkilauan memancarkan cahaya, ia melimpahkan cahaya yang tenang, indah dan mesra iaitu cahaya Allah yang gemilang di dalam al-QuranNya"

#Imam Ibn Kathir berkata: "Zahir ayat menunjukkan bahawa malam Qadar lebih afdal daripada malam Jumaat. Walaupun begitu, ada juga pendapat yang mengatakan malam Jumaat lebih afdal".

#Imam al-Qurtubi rahimahullah berkata: "Malam Qadar mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam Qadar".

#Malam al-Qadar itu merupakan perayaan bagi umat Islam di mana telah turunnya al-Quran dan merupakan malam kesyukuran, kebajikan dan kenikmatan. Malaikat menyertai manusia pada malam itu dan mereka mengetahui kelebihan malam tersebut dan betapa besarnya kelebihan manusia atas diri mereka. Seterusnya, Allah swt menjadikan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi.

تَنَزّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيْهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْـرٍ﴿٤﴾ سَلاَمٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

"Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin  TuhanNya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar" [Surah al-Qadr 4-5]

#Menurut Imam al-Qurtubi rahimahullah: "Mereka (malaikat) turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar".

♡Sepatutnya umat Islam menjadikan malam kemuliaan ini sebagai malam perayaan! Malam inilah permulaan turunnya perundangan samawi (langit), yang membimbing umat Islam ke arah yang baik. Jom hidupkan malam dengan ibadah!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 19 Ramadhan 1445H☆

لَیۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَیۡرࣱ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرࣲ

"Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3]

#Hari ini hari ke 19 umat Islam di Malaysia berpuasa. Malam ini masuklah malam ke 20. Ini bermakna kita bakal memasuki 10 malam terakhir Ramadhan. Malam yang dijanjikan dengan Lailatul Qadr iaitu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.

#Kita sangat dituntut untuk mencari malam al-Qadar dan bersungguh-sungguh dalam melakukan amalan ketaatan.

#Diriwayatkan daripada Sayidina Jabir bin Samurah r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:

الْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ وِتْرًا

"Carilah malam al-Qadar pada sepuluh malam terakhir pada malam yang ganjil" (HR Ahmad)

#Bahkan Nabi saw, sangat bersungguh-sungguh di 10 malam terakhir Ramadhan. Daripada Sayidatina Aisyah r.ha, beliau menceritakan:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ العَشْرُ الأوَاخِرُ مِنْ رَمَضَانَ أَيْقَظَ أَهْلَهُ وَشَدَّ المِئْزَرَ وَأَحْيَا اللَّيْلَ

"Adapun Rasulullah saw apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda saw membangunkan ahli rumahnya, mengikat kainnya (menjauhi isteri-isterinya) serta menghidupkan malam tersebut" (HR Ibn Hibban)

#Terdapat riwayat lain yang menunjukkan akan kesungguhan Baginda saw sebagaimana diceritakan oleh
Sayidatina Aisyah r.ha:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِيْ العَشْرِ الأَوَاخِرِ ، مَا لَا يَجْتَهِدُ فِيْ غَيْرِهِ

"Adalah Rasulullah saw berusaha sedaya upaya pada malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam yang lain" (HR Muslim)

#10 malam terakhir adalah malam-malam yang sangat kritikal, malam yang diharapkan satu daripadanya adalah Lailatul Qadar yang nilainya lebih baik daripada 1000 bulan.

#Maka untuk meraih kebaikan maksimum rancanglah ia dengan sebaik-baiknya. Kata orang, jika kita tidak merancang untuk berjaya bererti kita merancang untuk gagal.

#Antara amalan baik yang boleh dirancang untuk diisi pada malam-malam 10 terakhir ini:

1. Qiam, dengan mendirikan solat tarawih, solat witir, solat tahajud dan memperbanyakkan solat-solat sunat.

2. Iktikaf, dimasjid-masjid dan mana-mana rumah Allah.

3. Tilawah al-Quran, menggandakan bacaan al-Quran.

4. Berdakwah, mengajak kepada Islam, beriman kepada Allah dan melaksanakan suruhan serta menjauhi laranganNya.

5. Mengajak ahli keluarga bersama-sama menghidupkan 10 malam terakhir dengan amal ketaatan.

6. Taja iftar, Sekurang-kurangnya taja satu orang satu malam.

7. Membanyakkan doa keampunan dan doa-doa yang dihajati.

8. Membaca buku untuk menambah ilmu atau mendengar ceramah/tazkirah dan seumpamanya.

9. Bersedekah, walaupun dengan nilai yang kecil tapi istiqamah setiap malam.

10. Berzikir, selawat dan istighfar.

♡Ingat! Setiap apa yang kita rancang dan kita lakukan setiap malam pada 10 malam terakhir, satu daripadanya insyaaAllah akan berbetulan dengan malam istimewa itu. Maka untuk amalan kita pada malam itu: solat, tilawah, istighfar, doa, sedekah, dakwah dan lain-lain, ganjarannya lebih baik daripada beramal selama 1000 bulan! Aduhai, alangkah ruginya kalau ia terlepas♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT RAMADHAN: 1000 SET BAKUL RAMADHAN DAN AIDILFITRI UNTUK FAKIR MISKIN, IBU TUNGGAL DAN ANAK YATIM*

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/SEMARAK-KASIH-RAMADHAN-GT

Sayidina Ibnu 'Abbas r.a meriwayatkan bahawa:
"Rasulullah saw adalah orang yang paling dermawan. Baginda lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan saat baginda bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan al-Quran. Dan sifat dermawan Rasulullah saw melebihi angin yang bertiup" (HR al-Bukhari)

Sempena bulan ramadhan yang berbaki sekitar hanya 12 hari sahaja lagi, kami Geng Talaqqi membuka peluang untuk semua penyumbang berinfaq bagi meringankan sedikit bebanan buat para asnaf di kalangan fakir miskin, ibu tunggal dan anak yatim yang memerlukan.

Kami sangat mengalu-alukan sumbangan daripada tuan/puan dalam membantu kelancaran kempen Semarak Kasih Ramadhan dalam menyediakan 1000 set bakul makanan.

Antara objektif kami adalah untuk membantu keluarga yang kurang berkemampuan yang tinggal di bandar-bandar dan juga luar bandar.

Selain daripada menggandakan pahala melalui puasa, solat malam, membaca al-quran dan amalan lain dibulan ramadhan, kita juga boleh gandakan pahala melalui amalan menginfakkan harta kita ke jalan Allah. 

*SASARAN YANG DIPERLUKAN SEKITAR RM60 RIBU* (1 SET RM60X1000)  

Kita tidak tahu adakah tahun ini merupakan Ramadhan terakhir untuk kita. Jadi jangan lepaskan peluang untuk kita manfaatkan ramadhan kali ini dengan sebaiknya. Semoga ramadhan kita semua lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Jazakumullahu khairan kathira. Terima kasih kepada semua penginfak yang bermurah hati dan kami berharap agar lebih ramai lagi yang turut menyumbang supaya program ini dapat diteruskan pada masa akan datang InsyaAllah..

Semoga Allah merahmati dan memberkati seluruh kehidupan para penyumbang. Aamiiin.
============
*Sumbangan boleh disalurkan ke Akaun Toyyib Pay:*

https://toyyibpay.com/SEMARAK-KASIH-RAMADHAN-GT

*Atau terus ke akaun:*

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: SEMARAK KASIH RAMADHAN GT

SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:

📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/SemarakKasihRamadhanGT

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/SemarakKasihRamadhanGT

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/SemarakKasihRamadhanGT

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/SemarakKasihRamadhanGT

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 16 Ramadhan 1445H☆

قُل لِّلۡمُؤۡمِنِینَ یَغُضُّوا۟ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِمۡ وَیَحۡفَظُوا۟ فُرُوجَهُمۡۚ ذَ ٰ⁠لِكَ أَزۡكَىٰ لَهُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِیرُۢ بِمَا یَصۡنَعُونَ

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan" [Surah an-Nur 30]

#Puasa bukan hanya sekadar menahan diri daripada makan dan minum. Namun perlu menahan diri daripada dosa dan maksiat.

#Berkata Sayidina Jabir r.a: "Apabila anda berpuasa makan, hendaklah pendengaran, penglihatan dan lisan anda juga berpuasa daripada dusta dan dosa-dosa. Janganlah anda menyakiti pekerja anda, hendaklah anda bersikap merendah diri dan tenang pada hari anda berpuasa. Dan janganlah anda samakan hari berbuka anda dengan hari berpuasa anda".

#Berkata Sayidina Umar r.a: “Puasa itu bukan hanya menahan diri daripada minum dan makan tetapi juga daripada ucapan dusta, batil dan sia-sia".

#Untuk meningkatkan kualiti puasa, umat Islam perlulah menjaga tujuh anggota ini supaya tidak menjadi sumber laluan kekotoran jiwa yang tidak menghasilkan takwa.

#Dalam kitab Penawar Hati karangan Syeikh Abdul Qadir al-Mandili mengatakan: "Hati ini ibarat kolam yang bersih, terdapat tujuh saluran ke kolam itu. Jika saluran itu kotor, air dalam kolam itu akan kotor. Jika mahu dibersihkan, saluran itu perlu ditutup dahulu dan disalurkan air yang bersih. Demikianlah hati, saluran yang membawa kekotoran pada hati itu ada tujuh iaitu mata, telinga, lidah, tangan, kaki, perut dan kemaluan".

#Antara anggota manusia yang paling aktif adalah mata kerana saluran itu jika tidak ditutup, akan mendatangkan dosa dan akan memberi kesan titik hitam pada hati.

#Selain itu, di bulan Ramadhan, kita digalakkan membaca al-Quran kerana al-Quran itu apabila kita membacanya, ketujuh-tujuh saluran itu fokus membawa kesucian kepada jiwa.

#Mata melihat al-Quran, telinga mendengar bacaan al-Quran, lidah membaca al-Quran, tangan memegang al-Quran, badan mengadap kiblat dan semua saluran itu menjurus kepada penyucian jiwa, saluran-saluran itu dibersihkan dan kolam-kolam itu menjadi bersih dengan taubat dan istighfar.

#Diriwayatkan bahawa Sayidina Abu Hurairah dan sahabatnya apabila berpuasa mereka duduk di masjid dan mereka berkata: "Kami menyucikan puasa kami"

♡Jauhi maksiat dan tahanlah nafsu daripada perkara yang merosakkan pahala puasa dan juga membuahkan dosa♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 14 Ramadhan 1445H☆

قُمِ ٱلَّیۡلَ إِلَّا قَلِیلࣰا

"Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat)" [Surah al-Muzzammil 2]

#Allah swt meminta hamba-hambaNya bangun beribadah pada waktu malam melibatkan sebahagian daripadanya, bukanlah sepanjang malam. Sebagai seorang mukmin maka sahutlah seruan Allah untuk bangun menghidupkan malam terutama di bulan Ramadhan yang mulia ini.

#Antara solat malam yang boleh ditunaikan ialah solat tahajud dan juga solat witir.

#Solat sunat Tahajjud, solat ini dilaksanakan, selepas bangun dari tidur dan sebelum masuk waktu subuh. (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji)

#Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi saw bersabda:

وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ؛ صَلَاةُ اللَّيْلِ

"Sebaik-baik solat setelah solat fardhu ialah solat malam" (HR Muslim)

#Imam Ibnu Rajab berkata: "Waktu tahajud di malam hari adalah sebaik-baik waktu pelaksanaan solat sunat. Ketika itu hamba semakin dekat dengan Tuhannya. Waktu tersebut adalah saat dibukakannya pintu langit dan terkabulnya doa. Saat itu juga adalah waktu untuk mengemukakan pelbagai hajat kepada Allah swt" (Lihat: Lata’if al-Ma’arif)

#Selain solat tahajud, kita juga boleh tunaikan solat sunat witir.

#Daripada Sayidina Abu Ayyub r.a, katanya, Rasulullah saw bersabda:

الْوِتْرُ حَقٌّ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِخَمْسٍ فَلْيَفْعَلْ وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِثَلاَثٍ فَلْيَفْعَلْ وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِوَاحِدَةٍ فَلْيَفْعَلْ

"Solat Witir ialah syariat yang dituntut atas setiap orang Islam. Sesiapa hendak melakukannya 5 rakaat lakukanlah, sesiapa yang hendak melakukannya 3 rakaat lakukanlah, dan sesiapa hendak melakukannya 1 rakaat sahaja lakukanlah" (HR Abu Daud)

#Pengarang kitab Fiqh al-Manhaji menyebutkan: "Sekurang-kurang sempurna solat Witir ialah tiga rakaat, iaitu melakukannya secara dua rakaat bersambung dan satu rakaat lagi berasingan. Sementara yang paling sempurna adalah melakukannya sebanyak sebelas rakaat dengan mengucap salam selepas setiap dua rakaat dan diakhiri dengan satu rakaat".

#Menurut mazhab Syafi‘i, kita disunatkan untuk solat sunat witir secara berjemaah di dalam bulan Ramadhan.

#Sabda Nabi saw:

مَنْ خَافَ أَنْ لاَ يَقُومَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ فَلْيُوتِرْ أَوَّلَهُ وَمَنْ طَمِعَ أَنْ يَقُومَ آخِرَهُ فَلْيُوتِرْ آخِرَ اللَّيْلِ فَإِنَّ صَلاَةَ آخِرِ اللَّيْلِ مَشْهُودَةٌ وَذَلِكَ أَفْضَلُ

"Sesiapa yang takut tidak terbangun pada saat akhir malam, dia hendaklah mendirikan solat witir lebih awal, dan sesiapa yang bersungguh-sungguh untuk bangun pada akhir malam dia hendaklah mendirikan solat witir pada akhir malam. Sesungguhnya solat pada akhir malam disaksikan yakni dihadiri oleh malaikat dan itulah yang paling baik (afdhal)" (HR Muslim)

♡Selamat menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan solat malam, solat tahajud, solat tasbih, solat taubat, solat hajat, solat witir dan solat sunat yang lain. Jom solat!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 12 Ramadhan 1445H☆

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah"
[Surah al-Baqarah 185]

#Al-Quran selain untuk dibaca bagi menambahkan pahala, ia juga menjadi terapi kepada jiwa. Orang yang hidup dengan al-Quran akan tenang jiwanya. Hal ini kerana hidup mereka sentiasa ingat akan Allah swt.

الَّذِيْنَ ءَامَنُوا وَتَطْمَىِٕنُّ قُلُوْبُهُمْ بِذِكْرِ اللّٰهِ ۗ اَلَا بِذِكْرِ اللّٰهِ تَطْمَىِٕنُّ الْقُلُوْبُ

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan 'zikrullah' (mengingati Allah). Ketahuilah! Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia" [Surah ar-Ra’d 28]

#Sayidina Ibn ‘Abbas r.huma pernah ditanya: "Amalan apakah yang paling utama?” Beliau menjawab: ‘وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ’ (Dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya)".

#Dengan membaca al-Quran akan mendekatkan kita kepada Allah, mengingatkan kita kepadaNya dan memberi ketenangan yang sebenarnya.

#Selain itu, al-Quran adalah penyembuh, doa dan zikir yang paling mustajab. Firman Allah swt:

وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua [Surah al-Isra’ 82]

#Berkata Imam al-Baidawi berkenaan ayat ini: "Iaitu yang boleh menguatkan agama mereka dan juga memberi kebaikan seperti ubat penyembuh bagi orang yang sakit" (Lihat: Tafsir al-Baidawi)

#Al-Quran juga menjadi penawar penyakit-penyakit batin dan juga sebagai petunjuk hidayah. Allah swt berfirman lagi:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman" [Surah Yunus 57]

♡Berterapilah dengan al-Quran kerana ia adalah salah satu cara penyembuhan dan juga penyebab tenangnya hati seseorang♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT RAMADHAN: WAKAF KARPET SURAU AN-NUR, JALAN KEMBOJA, BUKIT SENTOSA, HULU SELANGOR*

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/KARPET-SURAU-ANNUR

Assalamualaikum wbt para penyumbang budiman sekelian.

Pihak Surau An-Nur, Jalan Kemboja 4C, Bukit Sentosa 3, Hulu Selangor sangat berharap agar karpet surau mereka dapat digantikan dengan karpet baru yang lebih selesa. Ini kerana keadaan karpet surau yang sedia ada agak dhoif, lusuh dan lama serta nipis. Saat sujud terasa seperti tiada karpet. Pihak surau an-Nur memohon jasa baik Geng Talaqqi untuk membantu mereka menukar karpet yang baru dan lebih selesa.

Bersempena berada dibulan Ramadhan yang penuh barakah serta menjanjikan ganjaran pahala yang luar biasa lumayan, maka Geng Talaqqi membuka ruang dan peluang untuk kita semua merebut pahala lumayan infaq dan wakaf karpet Surau an-Nur, seluas 1300 kaki persegi untuk keselesaan para jemaah surau ketika menunaikan solat, menjalankan program kerohanian yang lain, majlis khatam al-Quran, kuliah harian, ceramah bulanan, kelas al-Quran dan segala aktiviti keagamaan yang hampir setiap hari diadakan.

*KOS YANG DIPERLUKAN SEKITAR RM20 RIBU*

Jom kita sama-sama membantu menyumbang untuk penyediaan karpet baru agar lebih selesa untuk kegunaan para ahli jemaah Surau an-Nur.

Jazakumullahu khairan kathira. Semoga dimurahkan rezeki, beroleh ganjaran Lailatul Qadr dan diselamatkan kita daripada azab neraka. Aamiiin.

*Wakaf karpet ruang solat mampu mengalirkan pahala pada sesiapa yang berniat untuk kebajikan, yakni hanya kerana mencari keredhaan Allah. InsyaAllah setiap hari dan setiap waktu para jemaah akan menggunakan karpet yang kita wakafkan ini.. Pahala terus mengalir dalam akaun kita setiap hari meskipun kita berada jauh ratusan kilometer dari surau tersebut. Allahuakbar!!*

Firman Allah swt:

لَن تَنَالُوا۟ ٱلۡبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا۟ مِمَّا تُحِبُّونَۚ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِن شَیۡءࣲ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِیمࣱ

"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu mahu nafkahkan, sesungguhnya ALLAH mengetahuiNya" [Surah Aali Imran 92]

*JOM REBUT PELUANG KEEMASAN INI. SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN TOYYIP PAY:*

https://toyyibpay.com/KARPET-SURAU-ANNUR

*Atau terus ke akaun:*

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Karpet Surau an-Nur

*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*

📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/KarpetSurauAnNur

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/KarpetSurauAnNur

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/KarpetSurauAnNur

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/KarpetSurauAnNur

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 9 Ramadhan 1445H☆

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah"
[Surah al-Baqarah 185]

#Bulan Ramadhan bulan digalakkan kita memperbanyakkan membaca dan mentadabbur al-Quran. Hal ini kerana al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan.

#Berdasarkan ayat ini, Imam Ibn Kathir mentafsirkan bahawa Allah swt memuliakan bulan puasa (Ramadhan) berbanding bulan yang lain yang mana bulan tersebut terpilih sebagai bulan turunnya al-Quran berbanding bulan-bulan yang lain.

#Telah dijelaskan lagi oleh Imam  Ibn Kathir dengan menukilkan riwayat Abu Jaafar al-Baqi:

كَانَ ابْتِدَاءُ الْوَحْيِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وسلَّم يوم الِاثْنَيْنِ، لِسَبْعَ عَشْرَةَ لَيْلَةً خَلَتْ مِنْ رَمَضَانَ

"Permulaan wahyu bagi Rasulullah SAW pada hari Isnin bersamaan malam 17 dari bulan Ramadan" (Lihat: al-Bidayah wa al-Nihayah)

#Sesiapa yang menghafal al-Quran, membaca al-Quran, mentadabbur al-Quran, menjadikan al-Quran sebagai panduan dan pedoman dalam kehidupan nescaya mereka beroleh kedudukan yang mulia disisi Allah dan sentiasa dalam rahmat Allah swt.

#Daripada Sayidatina Aisyah r.ha, Rasulullah saw bersabda:

مَثَلُ الَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَهُوَ حَافِظٌ لَهُ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَمَثَلُ الَّذِي يَقْرَأُ وَهُوَ يَتَعَاهَدُهُ وَهُوَ عَلَيْهِ شَدِيدٌ فَلَهُ أَجْرَانِ

“Perumpamaan orang membaca al-Quran sedangkan dia menghafalnya, maka ia akan bersama para Malaikat mulia. Sedangkan perumpamaan seorang yang membaca al-Quran dengan tekun, dan dia mengalami kesulitan atasnya, maka dia akan mendapat dua ganjaran pahala" (HR al-Bukhari)

#Daripada Sayidina Abu Mas’ud al-Badri, Sayidina ‘Uqbah Ibn Amru r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:

يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللَّهِ

"Yang layak menjadi imam di kalangan mereka adalah yang paling banyak hafazan dan bacaan kitab Allah" (HR Muslim, Abu Daud dan Ibn Majah)

#Daripada Sayidina Umar Ibn al-Khattab r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:

إِنَّ اللَّهَ يَرْفَعُ بِهَذَا الْكِتَابِ أَقْوَامًا وَيَضَعُ بِهِ آخَرِينَ

"Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al-Quran" (HR Muslim, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

♡Jom jadikan al-Quran sebagai bacaan harian kita, juga sebagai pedoman hidup kita. Apabila kita sentiasa menjadikannya sebagai panduan dan peraturan hidup, kita tidak akan sesat dan sentiasa mendapat bimbingan daripada Allah swt. Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 7 Ramadhan 1445H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"  [Surah al-Baqarah 183]

#Sedar tidak sedar dah 7 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan. Pantasnya masa berlalu. Maka kita mesti memastikan masa yang berlalu itu telah diisi dengan amal soleh dan amal kebajikan yang berbuahkan pahala dan keampunanNya.

#Sabda Nabi saw:

لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقْبَضَ العِلْمُ، وَتَكْثُرَ الزَّلاَزِلُ، وَيَتَقَارَبَ الزَّمَانُ، وَتَظْهَرَ الفِتَنُ، وَيَكْثُرَ الهَرْجُ

"Tidak akan berlakunya Kiamat sehingga diangkat ilmu, banyaknya berlaku gempa, masa berlalu dengan pantas, terzahirnya fitnah-fitnah dan banyaknya pembunuhan" (HR al-Bukhari)
 
#Dalam hadis yang lain daripada Sayidina Anas bin Malik r.a, bahawa Nabi saw bersabda:
 
لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَقَارَبَ الزَّمَانُ، فَتَكُونُ السَّنَةُ كَالشَّهْرِ، وَالشَّهْرُ كَالْجُمُعَةِ، وَتَكُونُ الْجُمُعَةُ كَالْيَوْمِ، وَيَكُونُ الْيَوْمُ كَالسَّاعَةِ، وَتَكُونُ السَّاعَةُ كَالضَّرَمَةِ بِالنَّارِ

Tidak akan berlaku Kiamat sehingga waktu terasa begitu pantas, maka setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seperti seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari, sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu sambaran api" (HR at-Tirmizi)
 
#Imam Ibn Hajar al-Asqalani menukilkan beberapa pandangan dalam memahami makna masa berlalu dengan pantas seperti pendeknya umur, pendeknya malam dan siang seperti yang disokong di dalam hadis lain yang menyatakan masa berlalu dengan pantas sehingga setahun dirasa seperti sebulan dan juga manusia berterusan berada di dalam kejahilan" (Lihat: Fathul Bari)

#Jika kita lalai untuk mengisi setiap detik dengan kebaikan maka kita telah mengalami kerugian yang tidak boleh di ambil kembali.

نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ

"Dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah nikmat kesihatan dan waktu lapang" (HR al-Bukhari)

#Berkata Imam Ibn al-Jauzi rahimahullah:

"Bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan yang lain, seperti kedudukan Nabi Yusuf Alaihissalam berbanding adik beradik baginda. Sepertimana Yusuf Alaihissalam adalah anak yang paling disayangi oleh bapanya Nabi Yaaqub Alaihissalam, demikianlah Ramadhan, adalah bulan yang paling dicintai oleh Tuhan Yang Maha Mengetahui Perkara Ghaib" (Lihat: Bustan al-'Arifin)

#Oleh itu, Ramadhan hanya seketika, jangan abaikannya. Ia datang dan berlalu pergi, jangan sia-siakannya.

#Jangan diperlakukan Ramadhan seperti perlakuan adik-beradik Nabi Yusuf kepada Nabi Yusuf Alaihissalam. Jangan matikan Ramadhan dengan tidak beramal di dalamnya, jangan buang Ramadhan ke dalam telaga dengan tidak mengendahkannya sebagaimana dibuangnya Nabi Yusuf ke dalam telaga oleh saudara-saudaranya.

♡Selamat beramal dengan penuh kesungguhan disepanjang Ramadhan yang mulia ini♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 5 Ramadhan 1445H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"  [Surah al-Baqarah 183]

#Allah swt menyebutkan dalam ayat di atas mengenai hikmah disyariatkan berpuasa iaitu agar kita menjadi hamba yang bertakwa. Hal ini kerana dalam ibadah puasa, kita mengerjakan perintah Allah dan menjauhi laranganNya, itulah sifat orang bertakwa.

#Takwa adalah melakukan ketaatan kepada Allah swt berdasarkan nur (cahaya) dari pada Allah swt. Orang yang bertakwa hanyalah mengharapkan rahmat dan meninggalkan maksiat kerana takut azab Allah swt.

#Yang dikatakan takwa dalam puasa adalah seorang muslim meninggalkan apa yang Allah swt haramkan saat itu iaitu makan, minum, hubungan intim sesama pasangan dan seumpamanya, padahal jiwa begitu terdorong dan teringin untuk menikmatinya. Apatah lagi saat ini, cuaca panas membahang, terasa sangat dahaga maka bertambah keinginan untuk menikmati minuman yang sejuk lagi sedap. Namun semua itu ditinggalkan karena ingin mendekatkan diri pada Allah dan mengharap pahala dariNya. Itulah yang disebut sebagai takwa.

#Begitu juga orang yang berpuasa melatih dirinya untuk semakin dekat pada Allah. Ia mengekang hawa nafsunya sedangkan dia boleh sahaja menikmati berbagai macam kenikmatan. Ia tinggalkan itu semua kerana ia tahu bahawa Allah sentiasa mengawasinya. Itulah yang dinamakan takwa.

وَكَانَ ٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَیۡءࣲ رَّقِیبࣰا

"Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengawasi tiap-tiap sesuatu" [Surah al-Aḥzab 52]

#Begitu pula puasa dapat mengekang perjalanan syaitan dalam saluran darah. Ini kerana syaitan itu merasuki manusia pada saluran darahnya. Ketika puasa, saluran syaitan tersebut menyempit. Maksiatnya pun akhirnya berkurang. Orang yang berpuasa pun semakin lazat dan terliur melakukan ketaatan, itulah umumnya yang terjadi. Ketahuilah, ketaatan itu termasuk takwa.

#Daripada Sayidatina Sofiyyah binti Huyay r.ha, Rasulullah saw bersabda:

إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنْ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ

Sesungguhnya syaitan itu bergerak di dalam diri anak-anak Adam melalui saluran darah (HR al-Bukhari)

#Begitu juga ketika puasa, orang yang kaya akan merasakan lapar sebagaimana yang dirasakan fakir miskin. Ini menyebabkan timbul keinsafan dan menyebabkan mereka berkeinginan untuk membantu orang yang susah dan memerlukan. Ini juga sebahagian daripada takwa.

♡Raihlah takwa disepanjang Ramadhan ini dengan benar-benar melakukan ketaatan demi mencari redhaNya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 3 Ramadhan 1445H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"  [Surah al-Baqarah 183]

#Alhamdulillah sudah 4 malam umat Islam di Malaysia menunaikan solat sunat tarawih. Masjid dan surau meriah dengan jemaah yang ramai. Solat tarawih macam solat Jumaat. Semoga istiqamah hingga akhir Ramadhan dan hingga akhir hayat.

#Solat tarawih merupakan qiamullail di dalam bulan Ramadhan dan dinamakan membangunkan malam atau qiamulllail. Oleh itu setiap amalan yang dilakukan pada setiap malam bulan Ramadhan khususnya solat sunat tarawih dianggap sebagai menghidupkan malam-malam dibulan Ramadhan.

#Waktu bermula untuk mendirikan solat sunat tarawih sama seperti solat sunat witir iaitu didirikan bermula selepas waktu Isyak dan berakhir sehingga sebelum terbit fajar (subuh).

#Berkaitan bilangan rakaat, terdapat 3 pandangan dalam kalangan ulamak berkenaan bilangan rakaat solat Tarawih: (Lihat: Fiqh al-Islami Wa Adillatuh)

1. 20 rakaat menurut pandangan Mazhab Hanafi, Shafie dan Hanbali. Hal ini berdasarkan athar Khalifah Umar al-Khattab yang memerintahkan solat Tarawih 20 rakaat secara berjemaah pada zamannya dan juga berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Malik yang menerangkan pelaksanaan solat Tarawih adalah sebanyak 23 rakaat termasuk witir.

2. 36 rakaat menurut pandangan dalam Mazhab Maliki. Hal ini berdasarkan pengamalan Ahlul Madinah. Pengamalan ini adalah kerana mereka memuliakannya atas penghijrahan Nabi Muhammad saw. Menurut keterangan yang lain, penduduk Madinah melihat penduduk Mekah bergembira dengan solat Tarawih mereka kerana setiap empat rakaat, mereka akan tawaf. Lalu penduduk Madinah menambah lagi 16 rakaat kepada 20 rakaat sebagai ganti mereka tidak dapat tawaf di Madinah, menjadikan solat mereka 36 rakaat. Oleh itu, perlaksanaan ini hanya dikhususkan untuk Ahlul Madinah sahaja.

3. 8 rakaat berserta 3 rakaat solat sunat Witir menurut pandangan sebahagian ulamak berdasarkan hadis Sayidatina A'isyah r.ha.

#Berdasarkan pendapat-pendapat yang dikemukakan, jelas menyatakan bahawa solat Tarawih menurut mazhab Shafie ialah sebanyak 20 rakaat beserta 3 rakaat Witir. Namun bagi mereka yang mengerjakan solat Tarawih sebanyak 8 rakaat juga mendapat pahala Tarawih.

#Ini dijelaskan dalam Syarh al-Muqaddimah al-Hadramiyyah:

‌ولو ‌اقتصر ‌على ‌بعض العشرين .. صح وأثيب عليه ثواب التراويح خلافاً لبعضهم

"Sekiranya dia mengerjakannya kurang daripada 20 rakaat, maka hukumnya sah serta diberi pahala Tarawih kepadanya, berbeza dengan pandangan sebahagian ulamak".

#Turut dijelaskan di dalam al-Yaqut al-Nafis:

صلاة التراويح عشرون ركعة. أي أكثرها ذلك، فلو اقتصر على بعض العشرين صح وأثيب عليه ثواب التراويح، وقيل: لا

"Solat Tarawih ialah 20 rakaat. Yakni sebanyak-banyak Tarawih adalah bilangan tersebut. Namun jika dikerjakannya kurang daripada 20 rakaat, maka hukumnya tetap sah serta diberi pahala Tarawih kepadanya. Sebahagian ulamak berpendapat tidak diberi pahala Tarawih".

♡Hidupkanlah malam-malam Ramadhan dengan solat tarawih berdasarkan kemampuan masing-masing dan jauhi perbalahan dan pertengkaran♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 1 Ramadhan 1445H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"  [Surah al-Baqarah 183]

#Alhamdulillah hari ini seluruh umat Islam mula berpuasa. Ketahuilah bahawa ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah satu kefardhuan yang dituntut ke atas umat Islam yang memenuhi syarat.

#Perkataan “كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ” memberi maksud kewajipan puasa ke atas orang-orang yang beriman.

#Bagi sesiapa yang sengaja meninggalkan puasa tanpa sebarang sebab maka dia berdosa dan wajib qadha serta bertaubat atas perbuatan tersebut.

#Bagi yang tidak mampu berpuasa maka dibenarkan berbuka puasa atau tidak berpuasa dengan syarat yang perlu diganti semula atau membayar fidyah. Firman Allah swt:

أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ ۚ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ ۖ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ ۚ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ ۖ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ –

"(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui" [Surah al-Baqarah 184]

#Umat Islam wajib mendalami ilmu berkenaan puasa secara terperinci agar puasa kita menjadi ibadah yang diterima Allah swt bukan hanya setakat adat yang sia-sia. Kita tidak mahu ibadah yang penting ini hanya dilaksanakan dalam keadaan acuh tidak acuh setakat mengikut orang bukannya berdasarkan ilmu yang dipelajari.

#Oleh yang demikian, tidak boleh tidak orang yang berpuasa mesti menguasai ilmu hukum hakam berkaitan puasa bahkan perlu diperhalusi samada yang wajib, sunat dan adab-adabnya. Antara ilmu asas tentang puasa yang mesti dikuasai ialah:

1. Puasa itu wajib ke atas setiap muslim yang baligh, berakal dan mukim (bukan musafir), mampu (tidak sakit) dan suci dari haid dan nifas.

2. Disyaratkan dan diwajibkan berniat puasa fardhu setiap malam hari sepanjang ramadhan begitu juga puasa wajib yang lain seperti qadha dan kaffarah.

3. Mengetahui perkara-perkara yang merosakkan puasa iaitu jimak disiang hari, keluar mani dengan sengaja, makan dan minum dengan sengaja, muntah dengan sengaja, haid dan nifas serta memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka (mulut, hidung, telinga, kemaluan depan dan belakang).

#Bagi kaum wanita terutamanya, pelajarilah ilmu hukum-hakam puasa yang berkaitan dengan wanita seperti haid, nifas, istihadhah, ibu mengandung, bersalin, menyusu dan wanita tua serta bagaimana cara mengurus masa-masa haid dan nifas di sepanjang Ramadhan untuk mengumpul pahala sebagaimana orang yang berpuasa.

♡Jangan biarkan puasa kita setakat berlapar dahaga di dunia sahaja sedangkan di akhirat nanti kita hampa kerana tiadanya ganjaran atas apa yang dikerjakan. Jangan malu untuk belajar apatah lagi untuk bertanya agar kualiti puasa tahun ini lebih baik daripada sebelumnya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 29 Syaaban 1445H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"  [Surah al-Baqarah 183]

#Sebentar tadi telah diisytiharkan permulaan ibadah puasa bagi umat Islam di Malaysia bermula pada hari Selasa atau 1 Ramadhan 1445H bersamaan 12 Mac 2024.

#Ahlan wa sahlan ya Ramadhan (Selamat datang bulan Ramadhan). Kedatangan bulan Ramadhan setiap tahun sememangnya dinanti-nantikan oleh mereka yang beriman yang mengetahui kelebihan dan kemuliaan yang terdapat pada bulan ini.

#Orang-orang yang beriman tidak akan mensia-siakan kelebihan yang terdapat di dalam penghulu segala bulan ini walaupun sesaat. Mereka membuat pelbagai pengisian rohani yang dapat meningkatkan darjat keimanan mereka di sisi Allah swt. Janji-janji Allah swt yang sangat hebat melalui lisan RasulNya, nabi Muhammad saw, menyebabkan berlaku kerugian yang teramat sangat bagi mereka tidak merebut peluang keemasan di bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini.

#Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh rahmat yang tidak terdapat pada bulan-bulan lain. Apabila tibanya Ramadhan, Rasulullah saw menyampaikan berita gembira ini kepada para sahabat. Sabda Nabi saw:

أَتَاكُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ فَرَضَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ، تُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ السَّمَاءِ، وَتُغْلَقُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَحِيمِ، وَتُغَلُّ فِيهِ مَرَدَةُ الشَّيَاطِينِ. فَيْهِ لَيْلَةٌ أَبْوَابُ خَيْرٌ من ألف شهر. مَنْ حرمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حرم

"Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan yang merupakan bulan yang diberkati. Allah telah memfardhukan ke atas kamu untuk berpuasa di dalamnya. Pada bulan ini dibuka pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka, serta dirantai syaitan-syaitan yang jahat. Pada bulan ini terdapat padanya satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Sesiapa yang terhalang dari mendapatkan kebaikan malam itu, sesungguhnya dia telah terhalang (dari rahmat Allah)" (Sunan an-Nasa’ie)

#Imam Ibnu Rajab menjelaskan bahwa hadis ini menjadi isyarat bagi umat Islam agar menyambut bulan Ramadhan dengan penuh sukacita dan kegembiraan.

#Berkata Syeikh Mulla Ali al-Qari rahimahullah:" Hadis ini merupakan asas (dalil atau dasar) bagi ucapan tahniah yang menjadi budaya pada awal bulan-bulan yang diberkati" (Lihat: Mirqat al-Mafatiḥ)

#Maka, sebahagian ulamak mengatakan bahawa harus bagi kita untuk mengucapkan tahniah atas kedatangan Ramadhan, satu nikmat baharu yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Rezeki bertemu dengan Ramadhan adalah anugerah yang tidak ternilai.

#Disamping itu, Rasulullah saw juga memberi teladan kepada para umatnya agar berdoa di saat telah melihat hilal (anak bulan) Ramadhan.

#Imam an-Nawawi dalam kitab al-Majmu' menyebut hadis yang berisi doa Nabi saw saat menyambut bulan Ramadhan.

انَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَأَى الْهِلالَ قَالَ : " اللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالإِيمَانِ وَالسَّلامَةِ وَالإِسْلامِ رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ

Sesungguhnya Nabi saw ketika telah melihat hilal (Ramadhan), baginda berdoa:" Ya Allah jadikanlah hilal (bulan ini) bagi kami dengan membawa keberkatan, keimanan, keselamatan, dan keIslaman. Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah" (HR at-Tirmizi)

#Oleh kerana ganjaran begitu banyak menanti di bulan Ramadhan, menyebabkan kedatangannya dinanti-nanti oleh orang-orang yang soleh, maka janganlah kita lepaskan peluang keemasan di bulan Ramadhan yang bakal tiba yang belum pasti untuk kita nikmati pada tahun-tahun yang mendatang.

♡Jom susun jadual ibadat kita sebaik mungkin dan jangan dibiarkan ia berlalu begitu sahaja walaupun sesaat sepertimana telah berlaku pada tahun-tahun sebelumnya. Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 27 Syaaban 1445H☆

ٱلَّذِینَ قَالَ لَهُمُ ٱلنَّاسُ إِنَّ ٱلنَّاسَ قَدۡ جَمَعُوا۟ لَكُمۡ فَٱخۡشَوۡهُمۡ فَزَادَهُمۡ إِیمَـٰنࣰا وَقَالُوا۟ حَسۡبُنَا ٱللَّهُ وَنِعۡمَ ٱلۡوَكِیلُ

"Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)" [Surah Aali-ʿImran 173]

#Umat Islam perlu mengekalkan jati diri sebagai satu umat yang kuat dan gagah. Umat yang tidak gentar saat berdepan dengan musuh-musuh Allah swt. Umat yang sentiasa bergantung pada Allah swt.

#Rasulullah saw berjaya mendidik umat Islam generasi para sahabat menjadi satu umat yang berakhlak, bertamadun, kuat berpegang kepada agama, kuat, gagah dari segi mental dan fizikal sehingga mampu menumbangkan kerajaan Rom dan Parsi dan mampu memimpin tiga suku dunia.

#Al-Hafiz Abu Bakar Ibnu Murdawaih telah meriwayatkan melalui hadis Al-Musayyab Ibnu Syarik, dari Ibnu Aun, dari Nafi’, daripada Sayidina Ibnu Umar r.a. sehubungan dengan maksud firmanNya:

إِن یَكُن مِّنكُمۡ عِشۡرُونَ صَـٰبِرُونَ یَغۡلِبُوا۟ مِا۟ئَتَیۡنِۚ

"Jika ada 20 orang yang sabar di antara kamu nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh" (Surah al-Anfal 65). Bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan sahabat Nabi Muhammad saw.

#Dalam ayat diatas menyebutkan tatkala dimaklumkan kepada sahabat nabi tentang persiapan musuh untuk menyerang umat Islam, mereka langsung tidak gentar kerana mereka sentiasa bergantung pada Allah. Bahkan situasi itu menambahkan semangat dan iman mereka untuk berperang mempertahankan agama Allah swt.

#Ketika peperangan Yarmouk, Sayidina Khalid al-Walid r.a telah memberi taujihat:

أيها المسلمون، لا تسمحوا للضعف أن يَدُب فيكم، ولا للوَهْن أن يُسيطر عليكم، واعلموا أن المعونة تأتي من الله على قدْرِ النيَّة، وأن الأجر والثواب على قدر المشقة، وأن المسلم ينبغي له ألا يَكترِث بشيء مهما عَظُم ما دام الله في عونه

"Wahai kaum Muslimin, jangan biarkan kelemahan menghantui kalian, jangan biarkan penyakit cintakan dunia (al-wahn) menyelimuti kalian. Ketahuilah bahawa pertolongan Allah itu datang berdasarkan niat (keimanan kepadaNya), ganjaran dan pahala pula dikira menurut kesusahan yang kalian dihadapi. Orang Islam itu mestilah tidak terlalu mempedulikan sesuatu imbuhan lain selama Allah mengurniakan pertolonganNya" (Lihat: al-Islam wa al-Nasr)

#Pesan Rasulullah saw kepada Sayidina Ibn ‘Abbas r.huma:

 إذا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللَّهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ لَكَ وَلَوِ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَيْكَ

"Apabila kamu meminta, mintalah pada Allah, dan apabila kamu meminta pertolongan, mintalah dengan Allah. Ketahuilah, jika suatu kumpulan manusia berpakat untuk memberikan kebaikan kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikan apa-apa melainkan apa yang ditulis oleh Allah swt untukmu. Dan jika mereka berpakat untuk mengenakan keburukan kepadamu, mereka tidak akan mampu menimpakan apa-apa melainkan apa yang telah Allah tuliskan ke atasmu" (Jami’ Tirmizi)

♡Umat Islam mesti berjiwa besar saat berhadapan dengan musuh dan sentiasa mengharapkan pertolongan daripada Allah swt♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…
Subscribe to a channel