1628
Ibnul Jauzy رحمه الله menuturkan: من أحبَّ أن لا يَنقَطع عمله بعد موته فلينشر العلم "Barang siapa yang ingin amalnya tidak terputus setelah wafatnya, maka hendaklah ia menyebarkan ilmu." (At Tadzkirah hal.55) ___ Since : 29|06|2019
Ask your soul one question tonight: until when?
Until when will you stay like this?
Until death surprises you,
and you meet Allah with the same sins, the same negligence,
the same distraction from the Hereafter?
Most people never ask it.
The world keeps them busy until the grave.
Ask it while your heart can still wake up.
إلى متى يا نفس؟
Al-‘Allāmah Ibnu ‘Utsaimin رحمه الله berkata:
“Sewajarnya seseorang itu menunaikan solat witir dan menganjurkan ahli keluarganya agar turut menunaikan solat witir, kerana solat witir merupakan sunnah muakkadah (sunnah yang sangat dituntut).”
> (Syarḥ Bulūgh al-Marām, hlm. 236)
“Seorang hamba akan terus melatih dirinya untuk bersabar sehingga kesabaran itu menjadi sebahagian daripada tabiatnya. Begitu juga, dia terus melatih dirinya agar bersikap penyantun, tenang, berwibawa, tenteram dan teguh pendirian, sehingga semua sifat tersebut menjadi akhlak yang sebati dalam dirinya, sebagaimana tabiat yang telah berakar umbi.”
— Ibnul Qayyim rahimahullah, ‘Uddah as-Sabirin, hlm. 33.
Hakikat Kehidupan yang Baik
Syaikh As-Si‘di rahimahullah berkata:
“Janganlah engkau menyangka bahawa kehidupan yang baik itu hanya berkisar pada keinginan yang sentiasa tercapai, harta yang melimpah, atau rumah yang megah.
Sesungguhnya, kehidupan yang baik ialah ketenteraman dan ketenangan hati serta jiwa, berasa cukup dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah, berbahagia dengan mengingati Allah, dan memiliki akhlak yang mulia.”
(📚 Al-Fawākih asy-Syahiyyah)
Hasan al-Basri rahimahullah berkata:
“Jika engkau ingin melihat bagaimana dunia akan terus berjalan setelah pemergianmu, maka lihatlah bagaimana dunia tetap berjalan setelah pemergian orang lain.”
📚 Qishr al-Amal, hlm. 8.
🍃 Suatu hari nanti, nama kita mungkin hanya menjadi cerita singkat di celah-celah perbualan. Tempat yang kita tinggalkan akan diduduki oleh orang lain, dan dunia akan kembali sibuk seperti biasa.
Melihat pemergian mereka yang telah mendahului kita merupakan cermin paling jujur untuk menggambarkan masa depan kita sendiri.
🥀 Matahari tetap terbit, gelak tawa manusia masih kedengaran, dan segala urusan kehidupan terus berjalan tanpa kita.
Akhirnya, yang tinggal daripada diri kita hanyalah jejak amal yang pernah kita tinggalkan.
UkhtunnaSylvia.—
Abu Qatadah dan Abu Ad-Dahma’ radhiyallahu ‘anhuma pernah melakukan perjalanan bersama menuju Baitullah. Di tengah perjalanan, mereka bertemu dengan seorang lelaki dari pedalaman.
Lelaki itu bercerita:
> “Rasulullah ﷺ pernah memegang tanganku dan mengajarkanku sesuatu daripada apa yang Allah ajarkan kepada baginda. Yang masih aku ingat, baginda bersabda:
إِنَّكَ لَنْ تَدَعَ شَيْئًا اتِّقَاءَ اللَّهِ إِلَّا أَعْطَاكَ اللَّهُ خَيْرًا مِنْهُ
‘Sesungguhnya, tidaklah kamu meninggalkan sesuatu kerana takut kepada Allah, melainkan Allah akan memberikan kepadamu sesuatu yang lebih baik daripadanya.’”
(HR. Ahmad)
“Ada hari-hari yang datang dengan pertanyaan, dan ada hari-hari yang hadir membawa jawapan.”
Ungkapan ini menggambarkan bahawa dalam kehidupan, ada waktunya kita berdepan dengan persoalan, ujian dan kesulitan yang tidak kita fahami. Namun, akan tiba masanya Allah memperlihatkan jawapan, hikmah dan sebab di sebalik setiap perkara yang telah kita lalui.
Bersabar, berdoa, bertawakal disaat menerima ujian yang kita tidak tahu mengapa begini dan mengapa begitu. Ada perkara yang hanya akan kita fahami setelah kita melaluinya. Ada luka yang akhirnya menjadi jalan kepada kekuatan, ada air mata yang menjadi saksi bahawa kita pernah bertahan sedaya upaya.
_
Berkata Syaikh Sulaimān Ar-Ruḥailī حفظه الله:
“Selawat seorang mukmin kepada Nabi salallahu alaihi wasallam akan sampai kepada Baginda, pada bila-bila masa dan dari mana-mana tempat sekalipun. Namun, hari Jumaat mempunyai keutamaan yang tersendiri.
Pada hari-hari selain Jumaat, selawat tersebut disampaikan kepada Baginda salallahu alaihi wasallam melalui para malaikat yang berkeliling di muka bumi.
Adapun pada hari Jumaat, selawat seorang mukmin kepada Nabi salallahu alaihi wasallam diperlihatkan secara langsung kepada Baginda.
Dan telah diketahui bahawa sesuatu yang diperlihatkan secara langsung tentu lebih utama dan lebih mulia daripada sesuatu yang hanya disampaikan.
📚 Syarah Kitāb At-Tauḥīd (68)
Menjauhkan daripada neraka dan melaksanakan wasiat Rasulullah sallallahu alaihi wasallam—
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa melakukan puasa satu hari di jalan Allah (dalam melakukan ketaatan pada Allah / jihad ), maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh perjalanan 70 tahun”
(HR Bukhari)
.....
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu beliau berkata :
“Kekasihku (Muhammad) shallallahu ‘alaihi wasallam mewasiatkan kepadaku tiga perkara: puasa tiga hari setiap bulan (ayyamul bidh), shalat Dhuha dua rakaat dan shalat witir sebelum tidur”
(HR. Al Bukhari dan Muslim)
Diriwayatkan daripada Ali radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:
“Wahai para pembawa ilmu, beramallah dengan ilmu kalian. Sesungguhnya seorang yang alim ialah orang yang mengamalkan apa yang telah dipelajarinya, sehingga amalannya selaras dengan ilmunya.
Akan tiba suatu masa, beberapa kaum membawa ilmu ini, namun ilmu tersebut tidak melewati kerongkong mereka. Ilmu yang mereka pelajari bercanggah dengan amalan mereka. Niat mereka juga berbeza daripada amalan zahir mereka.
Mereka duduk dalam majlis-majlis dan beberapa halaqah, lalu sebahagian mereka berbangga diri terhadap sebahagian yang lain. Bahkan seseorang daripada mereka akan marah kepada rakan majlisnya apabila rakannya itu duduk di majlis yang lain dan meninggalkan majlisnya.
Mereka itulah orang-orang yang amalannya dalam majlis-majlis mereka tidak akan diangkat kepada Allah Ta‘ala.”
— Majmu‘ Rasa’il al-Hafizh Ibnu Rajab, hlm. 85.
Mungkin kita tidak mampu mendapatkan kembali waktu yang telah berlalu, tetapi kita masih mampu berhenti daripada mensia-siakan waktu yang masih tersisa.
🍃 Hasan al-Bashri رحمه الله berkata:
> يا ابن آدم، إنما أنت أيام، فإذا ذهب يوم ذهب بعضك
“Wahai anak Adam, sesungguhnya engkau hanyalah kumpulan hari. Apabila satu hari berlalu, maka sebahagian daripada dirimu juga telah berlalu.”
Maka, janganlah biarkan kesedihan terhadap masa lalu menjadi alasan untuk mensia-siakan masa yang masih ada.
Apa yang telah berlalu tidak akan kembali. Namun, waktu yang sedang berada di tanganmu masih merupakan kesempatan daripada Allah.
Manfaatkanlah ia sebelum ia juga berlalu, lalu berubah menjadi sesuatu yang kelak hanya mampu engkau katakan:
“Alangkah baiknya jika dahulu aku tidak mensia-siakannya.”
🌧
“Barangkali keadaanmu seperti kegelapan yang dialami oleh Nabi Yunus عليه السلام. Tidak ada jalan keluar daripadanya kecuali dengan memperbanyak istighfar, bertasbih kepada Allah, serta memperbanyak amal soleh yang tersembunyi.”
—
Nasihat seorang ulama tentang kunci dalam menuntut ilmu agama
إِنَّ اللَّهَ يَهَبُ العِلْمَ عَلَى قَدْرِ الإِخْلَاصِ وَالهِمَّةِ
“Sesungguhnya Allah menganugerahkan ilmu kepada seseorang sesuai dengan kadar keikhlasan dan kesungguhan yang dimilikinya.”
— Al-‘Allamah Muqbil al-Wadi‘i رحمه الله
Rihlat Da‘wiyyah, hlm. 112.
Untuk mendapatkan kemudahan daripada Allah dalam menuntut ilmu:
Keikhlasan — Meluruskan niat belajar semata-mata kerana Allah سبحانه وتعالى.
Tekad yang kuat (himmah) — Bersungguh-sungguh, berusaha dengan tekun dan tidak mudah berputus asa ketika menghadapi kesukaran dalam menuntut ilmu.
Ibnul Qayyim rahimahullah berkata:
"Apabila engkau berdoa dan hajatmu benar-benar mendesak hatimu, maka jadikanlah seluruh doamu memohon agar Allah mengampunimu (Istigfar). Kerana apabila Allah telah mengampunimu, nescaya segala hajatmu akan dikabulkan, meskipun engkau tidak memintanya secara khusus."
📚 Minhajul Qashidin (1/3431)
Allah Ta'ala berfirman:
"Maka larilah menuju Allah." (Surah Adz-Dzariyat: 50)
Orang yang benar-benar dikurniakan taufik ialah orang yang apabila ditimpa pelbagai kesulitan, atau perjalanan hidupnya terasa gelap, atau dunia terasa sempit baginya walaupun sebenarnya luas, maka perkara pertama yang terlintas di hatinya ialah "berlari" menuju Allah.
🌧اللهم اجعلنا من الموفقين
Jika dipermudahkan, maka itu adalah nikmat.
Jika disulitkan, maka itu adalah hikmah.
Jika ditunda, maka itu adalah kebaikan.
Jika tidak diberikan, maka itu adalah rahmat.
Bagaimanapun jalan berubah, kelembutan Allah tidak akan pernah berubah.
Maka tenanglah. Selagi segala urusan berada dalam genggaman Allah, maka segala yang datang kepadamu adalah kebaikan.
Segala puji bagi Allah, selalu dan untuk selama-lamanya. 🤍
“Dan hendaklah seorang hamba menyedari bahawa Allah-lah yang menciptakan segala sebab dan memudahkan segala urusan. Maka, janganlah sesekali engkau berasa kagum terhadap dirimu sendiri, kepandaianmu dan kecerdasanmu. Sesungguhnya, sikap seperti itulah yang akan membinasakanmu!”
— Imam As-Sa‘di رحمه الله, Ar-Riyadh An-Nadhirah, hlm. 184.
Ibnul Qayyim رحمه الله berkata:
“Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah sangat bersungguh-sungguh dalam membantu memenuhi keperluan orang lain kerana beliau mengetahui bahawa setiap kali beliau membantu orang lain, Allah akan membantunya.”
📖 Raudhah al-Muhibbin (1/168)
Hidup ini…
Kamu perlu menjadi kuat dalam menjalaninya. Jangan takut, jangan menyerah, dan jangan menjalani hidup dalam keadaan kosong.
Apabila Allah menempatkan langkahmu di jalan yang Dia cintai, genggamlah ia dengan kuat. Jangan mudah goyah di tengah perjalanan. Setiap kali tanganmu mula terasa lelah, ingatlah kembali makna yang menjadi alasanmu untuk terus bertahan. Bersabarlah. Nantikanlah buah daripada perjuanganmu dan yakinlah.
Tidak mudah untuk terus berdisiplin. Tidak mudah untuk memaksa diri melakukan sesuatu setiap hari, setiap saat, dengan segala usaha dan kelelahan yang ada.
Tidak mudah untuk menunggu orang-orang di sekelilingmu, lalu akhirnya tidak menemukan seorang pun yang berjalan bersamamu.
Tidak mudah untuk menyembuhkan luka dengan terus berusaha, sedangkan rasa sakit itu masih menyimpan harapan.
Maka ingatkanlah dirimu pada setiap denyutan hati:
Syurga lebih berharga daripada sekadar berhenti. 🌱
“Setiap kali merasa tertinggal dengan teman seusia, tiba-tiba tersedar kembali bahawa beberapa teman seusia juga sudah ada yang ‘pulang.’
Hampir terlupa bahawa ini hanyalah dunia.—
Ibnu Mas‘ud radhiyallahu ‘anhu berkata:
‘Semua manusia di dunia ini hanyalah tetamu, sedangkan seluruh harta adalah pinjaman. Setiap tetamu pasti akan pergi, dan setiap pinjaman pasti akan dikembalikan kepada pemiliknya.’
—
Syaikh Al-Imam Ibnu ‘Utsaimin رحمه الله berkata:
”Aku memohon kepada Allah semoga Dia menolongku dan kalian semua untuk mengamalkan apa yang telah kita ketahui. Kerana sesungguhnya kita tahu banyak hal, namun kita sangat sedikit mengamalkannya.“
📚 Kitabul ‘Ilm (hlm. 86)
Ibn Bāz رحمه الله berkata tentang berselawat kepada Nabi salallahu alaihi wasallam:
“Sesungguhnya berselawat kepada Nabi salallahu alaihi wasallam merupakan sebab mendapat hidayah dan kehidupan bagi hati seorang hamba.”
—
Selain taufiq daripada Allah, ilmu itu adalah soal kejujuran dalam niat. Apabila niat seseorang jujur, maka Allah akan bukakan jalan-jalan ilmu untuknya. Sesibuk apa pun, sebuntu apa pun jalannya di mata manusia, tidak ada yang mustahil bagi Allah bila Allah menghendaki.
Maka sebelum menapaki jalan ilmu dan bersemangat di dalamnya, pelajarilah tentang hati dan niat yang benar di dalam belajar. Bila niat sudah jujur, maka segala kesulitan di dalamnya akan terasa nikmat dan mudah.
Berapa banyak masa yang telah berlalu sedangkan engkau membolak-balikkan pandanganmu di media sosial?
Dan apakah yang telah engkau peroleh daripadanya?
Dua pertanyaan ini hendaklah engkau ulangi kepada dirimu sendiri berkali-kali;
agar engkau dapat mengawal pandanganmu, membatasi kebebasannya, menjaga kekuatannya, serta memelihara kejernihan dan kemurniannya.
Maka, perhatikanlah perkara ini dengan baik. Janganlah engkau menjadikannya sekadar kata-kata yang berlalu begitu sahaja tanpa engkau amalkan.
(Syaikh Soleh al-‘Ushaimi حفظه الله)
Sufyan ats-Tsauri رحمه الله berkata:
“Saat aku berkeinginan untuk menuntut ilmu, aku berdoa:
‘Ya Rabb, aku harus mempunyai penghasilan sebagai bekal untuk menuntut ilmu.’
Lalu aku melihat ilmu itu pergi dan menghilang dariku. Aku kembali berdoa:
‘Apakah keinginanku untuk menuntut ilmu itu terlalu besar? Aku memohon kepada Allah agar Dia, Yang Maha Pemberi rezeki, mencukupkan keperluanku.’
Maka datanglah pertolongan Allah melalui ibunya. Ibunya berkata:
‘Wahai Sufyan, anakku, belajarlah dan carilah ilmu. Aku yang akan menanggungmu dengan usaha yang aku lakukan.’
Ibunya terus memotivasi, memberi semangat dan menasihatinya agar bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu.
Antara nasihat ibunya:
‘Wahai anakku, jika engkau menulis 10 huruf, lihatlah! Apakah dalam dirimu bertambah rasa takut kepada Allah, kelembutan dan ketenangan? Jika engkau tidak mendapati hal itu, ketahuilah bahawa ilmu yang engkau catat barangkali tidak bermanfaat bagimu.’
Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam bersabda:
“Orang yang kuat bukanlah orang yang pandai bergulat, tetapi orang yang mampu mengawal dirinya ketika marah.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Apabila emosi sedang memuncak, ingatlah bahawa satu ucapan yang keluar kerana marah boleh meninggalkan penyesalan yang panjang.
—
Al-‘Allamah Muhammad Aman al-Jami رحمه الله berkata:
“Ilmu pada zaman ini telah masuk ke dalam rumahmu melalui rakaman dan radio. Pelbagai pembahasan ilmiah serta fatwa-fatwa Islam telah sampai kepadamu.
Maka sesiapa yang pada zaman ini masih lalai daripada menuntut ilmu—sama ada lelaki mahupun perempuan—maka dialah orang yang benar-benar lalai. Dia tidak lagi mempunyai sebarang alasan yang boleh diterima, di mana sahaja dia berada.
Bahkan seorang Muslim yang tinggal di luar negara-negara kaum Muslimin sekalipun, ilmu tetap dapat sampai kepadanya.”
📚 Syarh Asbāb Insyirāh Ash-Sadr karya Ibnul Qayyim, hlm. 52.
Berkata Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah:
"Apa jua ilmu yang membawa manfaat, maka manfaatnya akan terus kembali kepadamu walaupun setelah engkau meninggal dunia. Bahkan, jika engkau hanya mengajarkan kepada manusia satu sunnah sahaja daripada sunnah-sunnah rawatib, atau satu sunnah yang dilakukan atau dibaca dalam solat, kemudian manusia terus mengamalkannya selepas kewafatanmu, maka pahalanya akan terus mengalir kepadamu.
Maka, setiap ilmu yang bermanfaat, walaupun sedikit, akan tetap dicatat sebagai amal yang berterusan bagi seseorang setelah kematiannya."
— Fathu Dzil Jalāli wal Ikrām (10/287)
Rasulullah ﷺ bersabda:
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
"Menuntut ilmu itu wajib atas setiap muslim." (HR Ibnu Mājah: 224).
Menjauhkan daripada neraka dan melaksanakan wasiat Rasulullah sallallahu alaihi wasallam—
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa melakukan puasa satu hari di jalan Allah (dalam melakukan ketaatan pada Allah / jihad ), maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh perjalanan 70 tahun”
(HR Bukhari)
.....
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu beliau berkata :
“Kekasihku (Muhammad) shallallahu ‘alaihi wasallam mewasiatkan kepadaku tiga perkara: puasa tiga hari setiap bulan (ayyamul bidh), shalat Dhuha dua rakaat dan shalat witir sebelum tidur”
(HR. Al Bukhari dan Muslim)