sekadarmonolog | Unsorted

Telegram-канал sekadarmonolog - Sekadar Monolog

1446

Teruskan menghukum, jika sudah sempurna. 🕊 http://sekadarmonolog.wordpress.com 🕊 @zulaikhahzawawi

Subscribe to a channel

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Salah satu kemenanganku adalah,
Memiliki seseorang yang begitu sabar menghadapi diriku,
Kerana terkadang aku sendiri juga tidak mampu,
Menghadapi diriku sendiri.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Akhirnya,
Beban yang lama aku pikul,
Telah gugur satu persatu,
Beban yang dulu paling takut untuk aku hadap,
Kini tidak lagi menunggu di hadapan.

Hari ini,
Aku memilih lega,
Tidak lagi penat dengan marah,
Tidak lagi hidup dengan benci,
Tidak lagi lelah dengan diri sendiri.

Dan untuk pertama kalinya,
Hati ini terasa benar-benar ringan.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Dan pada akhirnya,
Menemukanmu telah mengubah aku,
Menjadi seorang wanita yang tidak lagi gila,
Dengan perasaannya sendiri.

Dan jika dahulu aku terlalu sibuk,
Mencari kepastian daripada orang yang aku cinta,
Kini aku hanya mahu menikmati cinta,
Tanpa perlu berperang dengan fikiranku sendiri.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Dan pada akhirnya,
Ada cerita yang tidak perlu dicerita,
Ada bising kepala yang harus dibiarkan sahaja,
Ada cerita yang perlu ditelan dan dihadam sahaja,
Ada luka yang harus dibiar sembuh bersama berlalunya masa.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Yang paling menyedihkan bukanlah ketika semuanya telah hancur,
Tetapi ketika kita masih cuba untuk terlihat baik-baik sahaja.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Terima kasih kerana,
Sentiasa sudi mendengar,
Sentiasa memahami dan bersabar,
Sebelum menegur,
Sebelum membentuk.

Terima kasih untuk kelembutanmu,
Dalam menghadapi diriku yang selalu keras.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Hari ini hari jadi Mama,
Dan setiap kali sampai pada satu-satu momen penting dalam hidup,
Aku selalu terfikir alangkah indahnya,
Kalau Mama masih ada untuk aku lalui semuanya bersama.

Terlalu banyak yang aku ingin ceritakan dan kongsikan dengan Mama,
Tapi yang mampu aku lakukan cuma terus melangkah,
Sambil berharap suatu hari nanti Mama tahu,
Betapa aku rindukan Mama dalam setiap bahagia yang aku lalui.

Al-Fatihah buat Mama 🤍

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Barangkali,
Khabar-khabar baik itu sedang dalam perjalanan.

Bersangka baiklah dengan Tuhan.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Terima kasih Tuhan,
Untuk doa-doaku yang telah Kau kabulkan,
Dan doa-doaku yang masih Kau pegang.

Terima kasih Tuhan,
Untuk takdirku yang telah Kau tetapkan,
Dan takdirku yang masih Kau simpan.

Dan aku percaya,
Cepat atau lambat,
Semuanya akan terjadi dengan izin-Mu Tuhan.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Jangan minta yang kecil,
Kepada Dia Yang Maha Besar.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Tak semua orang,
Mampu menjadi tempat,
Untuk kita bercerita.

Kadang mereka juga lelah,
Untuk selalu menjadi pendengar,
Dan kita perlu diam sejenak.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Sebelum ini juga pernah hancur kan?
Dan akhirnya tetap bertahan kan?

Jadi untuk kali ini,
Tenang dan mulailah sekali lagi,
Kita pasti mampu laluinya lagi.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Jika lelaki benar-benar mencintai,
Jangankan hartanya,
Dunianya juga akan dikorbankan buat kamu.

Jika lelaki itu tidak berusaha apapun buat kamu,
Itu tandanya dia tidak benar-benar mencintai kamu,
Dia hanya kesepian dan kebetulan ada kamu.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Menjadi baik pun akhirnya membuatkan kita penat.

Dan selalu orang-orang berpesan,
Buat baik berpada-pada.

Dan kini baru aku faham maksud pesan mereka itu.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Tidak semua orang,
Layak untuk mendapat peluang bahkan peluang kedua,
Kerana kita bukan makhluk yang dipertanggungjawabkan,
Untuk memberi peluang kepada semua orang.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

“Tuhan menciptakan penyesalan,
Agar kita sedar bahawa,
Tidak semua hal boleh diulang kembali.”

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Terima kasih kerana hadir,
Bukan untuk menyelamatkan aku daripada diriku,
Tetapi untuk membuat aku sedar bahawa,
Aku juga layak dicintai
tanpa perlu sentiasa takut.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Aku tidak meminta kehidupan tanpa ujian,
Aku cuma meminta dalam ujian itu,
Jangan biarkan aku kehilangan diri sendiri,
Bahkan kehilangan orang lain.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Pada akhirnya,
Hubungan terpanjang yang akan kamu jalani adalah,
Hubunganmu dengan dirimu sendiri.

Maka,
Rawatlah ia dengan baik,
Agar kamu terus tenang dan bahagia.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Terima kasih untuk diri sendiri,
Kerana setelah menempuh laut yang berperang,
Akhirnya hari ini berjaya,
Menyimpan semula ributnya sendiri.

Terima kasih untuk diri sendiri,
Kerana telah belajar bahawa,
Tidak semua ombak harus dilawan,
Namun hanya cukup dibiarkan,
Ia menyentuh kaki kemudian berlalu pergi.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Dunia tidak pernah berjanji untuk memberi kita rasa cukup.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Kadang,
Risiko berdoa meminta yang terbaik adalah,
Kamu akan kehilangan sesuatu,
Yang menurut kamu baik.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Dan pada akhirnya,
Kamu yang sering aku ceritakan,
Di setiap helaian naskah hidupku,
Akhirnya kini berada di halaman naskah,
Yang mana kita disatukan dalam ijab dan qabul.

Dan sehingga hari ini,
Aku sangat bersyukur dan bahagia,
Kerana Tuhan telah kabulkan salah satu doa dan permintaanku.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Dan pada akhirnya,
Aku hanya membutuhkan,
Seseorang yang mencintai diriku seadanya,
Dan mampu menerima segala karakter diriku,
Tanpa berniat untuk mengubah aku menjadi seperti yang dia mahukan,
Tanpa berniat untuk mengubah aku menjadi seperti yang dia impikan.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Nyatanya hidup tetap akan terus berjalan,
Tanpa bertanya kita sanggup atau tidak.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Untuk semua hal yang membuatku takut,
Semoga Tuhan selalu menenangkan hatiku.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Lawan.
Kita berdua akan meraih hari kemenangan,
Suatu hari nanti,
Setelah berjuang sekian lama.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Barangkali,
Hidup adalah jalan untuk terus maaf-memaafkan.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Yang bermakna bukanlah apa yang kita fikirkan,
Yang bermakna adalah apa yang bermula kita lakukan.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Perhubungan bukan hanya tentang mencintai antara satu sama lain,
Kadang ada marah,
Kadang ada senang,
Kadang ada diam,
Kadang ada bising,
Kadang ada kesalahan,
Kadang ada pembetulan.

Yang membuatkan kita saling menguatkan,
Membuatkan kita saling memaklumi,
Sehingga akhirnya kita sedar bahawa,
Sudah berapa kali saling memaafkan,
Dan saat itulah kita tahu bahawa,
Kita adalah satu perbezaan yang dipasangkan.

Читать полностью…
Subscribe to a channel