petuadankesihatan | Unsorted

Telegram-канал petuadankesihatan - °P€tua Daπ Kesihataπ°

9759

🎉SELAMAT DATANG SEMUA.. Pelbagai ‌✓Tips, ✓Petua, ✓Kesihatan, ✓Diet, ✓Senaman, ✓Kecantikn, Info2 menarik Di kongsikan kpd anda semua. https://t.me/+RYcY5K7TfvsGgphQ t.me/CdBundleMurah t.me/Resepidanpetua 📝💖 Since: 13.04.2016

Subscribe to a channel

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Kadang-kadang kita terlalu sibuk cuba jadi “available” untuk semua orang. Angkat telefon walaupun penat, balas mesej walaupun hati kosong, hadirkan diri walaupun sebenarnya kita sendiri sedang rapuh.

Lama-lama kita jadi letih, bukan sebab orang lain semata-mata, tapi sebab kita lupa yang diri sendiri pun perlukan ruang.

Berhenti jadi available untuk semua orang bukan bermaksud kita jadi sombong atau pentingkan diri, tapi lebih kepada kita belajar untuk jaga sempadan (boundaries).

Bila kita letak sempadan, kita sebenarnya sedang melindungi tenaga, emosi, dan mental kita daripada habis digunakan oleh orang lain tanpa kita sedar.

Cuba bayangkan kalau telefon kita tak pernah dicas - macam mana nak terus hidupkan aplikasi? Sama juga dengan diri kita.

Kalau kita asyik “on” untuk orang lain, tapi tak pernah “charge” diri sendiri, akhirnya kita yang akan kosong.

Jadi, tak salah untuk kata:

“Maaf, saya tak dapat hari ni.”
“Boleh kita bincang lain kali?”
“Saya perlukan masa untuk diri saya dulu.”

Itu bukan kelemahan, tapi kekuatan kerana kita tahu apa yang kita perlukan.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

🌿 HERBA UNTUK GASTRIK (MAAG)

Boleh Redakan Mual & Selamat untuk Perut

✅ Rempah yang Sesuai untuk Gastrik

Halia 👉 Menenangkan pencernaan, anti-mual, asalkan tidak terlalu pekat.

Kayu Manis (sedikit sahaja) 👉 Menstabilkan gula darah, bantu atasi mual ringan.

Kapulaga 👉 Aroma segar, bantu rasa lega pada perut.

Kunyit 👉 Baik untuk keradangan perut, boleh jadi pelindung lapisan perut.

⚠️ Rempah yang Perlu Diberi Perhatian (Jika Sensitif)

Cengkih 👉 Rasa hangat & pedas, boleh sebabkan iritasi perut.

Lengkuas & Serai 👉 Jika terlalu pekat, kadang boleh buat perut perih.

Lada / Merica 👉 Boleh memicu asid perut naik.

Cili (walaupun lebih kepada perasa) 👉 Jelas boleh naikkan asid perut.
T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Mitrose Sneaker Women's Shoes Sneaker Shoe Woman Casual Sneakers Outdoor Travel ks20712

Product Informations:
- Product Code: ks20712
- Material: Combined Materials

Size & Feet Length:
(If you have larger feet, select a size that is one size bigger)

• Size 36 = Feet Length 23 CM
• Size 37 = Feet Length 23.5 CM
• Size 38 = Feet Length 24 CM
• Size 39 = Feet Length 24.5 CM
• Size 40 = Feet Length 25 CM

Heel Height: 3.5 CM (Approx.)

HARGA RM 18
postage rm8sm /rm12ss
PM @Cikdaa811

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Dulu ada cc cream sekarang kami upgrade kepada cozuma natural skin tint !! Yang bestnya jauh lebih murah tapi kualiti lebih best

Nak tahu kenapa ? Sebab 3 in 1 functions
Act as
✅ Cc cream / Moisturizer
✅ Foundation
✅ Sunblock with SPF 45 lagi

Best ke best !! Sebab kan pengguna² cozuma cc cream lama dah rindu.. up je pada diorg, hampir 20 botol masuk order. Korang masuk order, sebelum raya dpt ok. Sebab ni pre-order dulu. Tapi mcm biasa lah. Siapa beli dulu, dia dapat lah dulu

Bestnya !!!!!! X yah lah nak mekap tebal² kan

Nak order #cozumanaturalskintint
Pm k
1 PC rm83 beli 2 special rm150 sahaja

#cozumanaturalskintint
www.wasap.my/60196199246/ccream

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

T.me/PetuadanKesihatan
Buah pinggang kita cuma sebesar penumbuk, tapi tugasnya sangat besar. Setiap hari ia tapis lebih 200 liter darah untuk buang toksin & kawal keseimbangan cecair badan.

Namun, realitinya di Malaysia amat membimbangkan.
📊 Kira-kira 3.8 juta rakyat Malaysia menghidap penyakit buah pinggang kronik (CKD).

Dan yang lebih mengejutkan, 80–85% kes ini berpunca daripada diabetes atau hipertensi — dua penyakit yang berkait rapat dengan gaya hidup kita.

Jaga kesihatan dari sekarang: kawal gula/garam & tekanan darah, minum air secukupnya, elakkan pengambilan ubat tahan sakit dengan kerap, serta buat pemeriksaan kesihatan berkala.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

🌿 Fakta Menarik Tentang Bawang Putih Mentah
---
T.me/PetuadanKesihatan

1. Manfaat Utama

Membantu menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

Menguatkan sistem imun, melawan bakteria & virus.

Menyokong kesihatan jantung dan pembuluh darah.

Bersifat antioksidan, mencegah keradangan & penuaan awal.

Membantu mengawal gula dalam darah.

Mengurangkan risiko penyakit kronik (jantung, kanser tertentu, strok).

2. Cara Penggunaan

Makan seulas bawang putih mentah setiap hari.

Kupas kulit, ketuk/penyek sedikit supaya bahan aktif (allicin) keluar.

Boleh ditelan terus seperti pil, atau dicincang halus dan dicampur dalam madu/air suam.

Sebaiknya diambil pada waktu pagi sebelum sarapan untuk kesan maksimum.

3. Tips Penting

Elakkan makan terlalu banyak sekaligus (boleh sebabkan pedih perut & bau mulut kuat).

Jika ada masalah perut sensitif, cuba ambil bersama madu atau air.

Konsisten dalam jangka panjang untuk kesan terbaik.
---

👉 Kesimpulan: Satu ulas bawang putih mentah setiap hari mungkin nampak kecil, tetapi manfaatnya besar—bukan sekadar “menjauhkan doktor,” bahkan boleh menjadi ikhtiar menjaga kesihatan sepanjang hayat.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

1 dari 3 rakyat Malaysia mempunyai tekanan darah tinggi tanpa mereka sedar.

Pernah rasa jantung degup laju walaupun tak buat apa-apa? Itu tanda tubuh beri amaran – tekanan darah anda sedang meningkat. Kalau dibiarkan, bukan sekadar nombor di mesin meningkat, jantung, buah pinggang, dan otak pun boleh terjejas.

Ada beberapa benda jangan buat kalau tak nak tekanan darah naik: tidur lewat, stres berpanjangan, makanan tinggi garam atau proses, kafein berlebihan dan paling bahaya, rokok.

Racun dalam rokok buat darah jadi pekat, saluran darah rosak, risiko hipertensi dan penyakit jantung meningkat, punca utama yang ramai pandang ringan.

Paling penting, jangan skip ubat darah tinggi. Walau rasa sihat, ubat bantu kawal tekanan darah dan lindungi organ penting anda.

Jangan risau, perubahan kecil setiap hari seperti bergerak aktif, makan sayur & buah, tidur cukup, elak makanan masin, kawal stres terbukti boleh bantu tekanan darah terkawal.

Jaga gaya hidup anda sebelum tekanan darah mula menjejaskan kesihatan & rutin harian anda.
T.me/PetuadanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Dekat dunia ni, sebaik apapun seseorang, mesti ada yang tak suka.
Sama juga, seikhlas apapun kebaikan yang kita beri, mesti ada yang tak menghargainya 😞

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Pengambilan sumber antioksidan membantu mengurangkan risiko kanser.
Antioksidan membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh molekul yang dikenali sebagai radikal bebas yang merosakkan sel-sel dan menyumbang kepada pembentukan sel kanser.

Oleh itu, tingkatkan pengambilan sumber antioksidan khususnya 3 sajian sayur dan 2 sajian buah setiap hari serta amalkan gaya hidup yang aktif dalam usaha mencapai kesihatan yang optimum untuk mencegah kanser dan pelbagai penyakit tidak berjangkit yang lain.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

“Saya tidur 4 jam je, tak memudaratkan kesihatan ke?”

Secara saintifik, tidur manusia ada beberapa fasa: light sleep, deep sleep dan REM sleep.

👉 Deep sleep penting untuk pemulihan fizikal – otot, sistem imun & hormon.
👉 REM sleep pula penting untuk otak – memori, emosi & fokus.

Masalah bila tidur kurang daripada 7 jam ialah tubuh tak cukup masa untuk lengkapkan semua fasa ini. Sebab itu kita mudah rasa letih, emosi tak stabil dan fokus merosot.

TAPI, kalau kerja OT terpaksa tidur singkat (contohnya hanya 4 jam), ada cara untuk maksimumkan kualiti tidur:

✅ Terus tidur tanpa skrin – cahaya biru telefon/TV menekan hormon melatonin yang penting untuk signal tidur.
✅ Pastikan bilik gelap & sejuk – kajian menunjukkan bilik gelap/suhu rendah bantu otak lebih cepat masuk deep sleep.
✅ Elak kafein & makan berat – kafein boleh kekal 6–8 jam dalam darah, manakala makanan berat buat badan sibuk hadam.
✅ Rutin tenang sebelum tidur – mandi air suam atau teknik relaksasi turunkan denyutan jantung & bantu tubuh “shutdown” lebih cepat.

Tapi ingat, tidur 4 jam hanya solusi sementara. Badan tetap perlukan rehat penuh. Kalau jadual kerja tak menentu, cuba ambil power nap 20–30 minit di siang hari untuk bantu otak & badan recharge.

Utamakan tidur & kesihatan anda.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

T.me/PetuaDanKesihatan

Ramai ingat gula berlebihan cuma beri kesan kepada diabetes. Hakikatnya, kesan gula jauh lebih beracun daripada yang kita sangka.

Setiap kali kita suap makanan atau minuman manis berlebihan, tubuh sedang bekerja lebih keras untuk selamatkan kita.

👉 Jantung & salur darah
Hati terpaksa proses gula yang banyak, lalu menghasilkan lebih trigliserida dan kolesterol jahat (LDL). Lama kelamaan, salur darah mula sempit dan keras. Inilah jalan perlahan yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.

👉 Mulut & gigi
Gula adalah makanan utama bakteria. Sebab itu gigi mudah rosak dan berlubang walaupun kita rajin gosok gigi.

👉 Kulit & penuaan
Gula berlebihan bergabung dengan protein tubuh dalam proses yang dipanggil glycation. Hasilnya, kedut muncul lebih awal, kulit nampak kusam dan badan cepat tua sebelum waktunya.

👉 Otak & ingatan
Gula yang terlalu tinggi boleh ganggu fungsi insulin dalam otak. Kita jadi susah fokus, selalu rasa kabur (brain fog), dan yang lebih menakutkan, risiko nyanyuk datang lebih awal daripada usia sepatutnya.

Yang paling merisaukan, semua ini tidak berlaku serta-merta. Ia datang perlahan, senyap, tanpa tanda jelas. Kita mungkin rasa sihat sekarang, tetapi sebenarnya sedang membina penyakit kronik sedikit demi sedikit setiap kali kita berkata:

“Tak apa, bukan selalu minum atau makan manis.”

Kesihatan kita esok dibentuk dari pilihan kecil hari ini.

Jadi, pilihlah yang beri lebih nilai untuk tubuh, bukan sekadar untuk lidah.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Apa itu migrain?

Migrain adalah salah satu penyebab sakit kepala. Ia juga dikenali sebagai ‘Vascular Headache’ yang akan menyerang secara berulang.

Migrain boleh dikawal dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengelakkan perkara yang anda kenal pasti sebagai pencetus migrain anda. Ikuti tip untuk hilangkan migrain bagi membantu ada mengawal dan mencegah diri anda dari diserang migrain.

#KKMPrihatin

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

PENDARAHAN OTAK

Antara faktor risiko terbesar untuk seseorang terkena pendarahan di dalam otak tanpa apa-apa hentakan pada kepala adalah...

Darah tinggi

Sebab itu darah tinggi dipanggil pembunuh senyap (silent killer). Sebab waktu tekanan darah meningkat lebih dari normal, kita tak rasa apa pun. Tapi ia merosakkan salur darah dan merisikokan salur darah itu pecah. Bila berlaku, masa tu baru ada tanda-tanda. Dan waktu itu, mungkin dah terlambat.

1 dari 3 rakyat Malaysia ada darah tinggi.

Malah, separuh dari mereka ni, tak sedar pun mereka ada darah tinggi.

Cuba pergi check tekanan darah dekat farmasi. Kalay lebih 140/90, besar kemungkinan anda ada darah tinggi lah tu. Jumpa doktor. Buat saringan kerosakan organ lain. Dapatkan rawatan.

5 tips untuk kawal tekanan darah dari saya.

1. Kurangkan penggunaan garam dan perasa tambahan dalam masakan. Tak kisah lah garam bukit ke, Himalaya ke, MSG ke, sos cili, tomato, ikan ke, kurangkan. Ganti dengan rempah ratus.

2. Kurangkan makanan berproses dan makanan segera. Tak kira lah dia tulis pilihan lebih sihat ke apa.

3. Berhenti merokok dan vape. Nikotin dalam keduanya akan meningkatkan tekanan darah dan merosakkan salur darah.

4. Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Kalau boleh, cuba capai 10 000 langkah sehari.

5. Kalau anda dah kena makan ubat untuk darah tinggi, mohon patuh. Separuh dari penghidap darah tinggi tak patuh dengan ubat. Mereka hanya menyesal bila organ dah rosak. Jangan jadi seperti ini.

Jaga diri. Jaga kesihatan. Darah tinggi adalah pembunuh senyap.

Kredit : Dr Amirul Amzar
Pakar Perubatan Keluarga
Medical Mythbusters Malaysia, M3
T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Hati-hati dengan tempat tinggal syaitan.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Petua dulu-dulu untuk sakit tumit ✨👍
T.me/PetuaDanKesihatan

🌿1. Daun sireh + kapur makan
Layurkan daun sireh, sapukan kapur makan
nipis-nipis, kemudian tampal pada tumit dan
balut.
🍁Kekerapan: Sekali sehari, 30-60 minit.
📌Kebaikan: Panaskan urat tumit & lancarkan
darah -kurangkan bisa dan lenguh.

🌿2. Minyak bawang putih
Hiris 2 ulas bawang putih, panaskan dengan
minyak kelapa ataU zaitun. Bila suam, sapu
dan urut tumit.
📌Kebaikan: Bawang putih bantu anti-radang &
panaskan urat yang tegang.

🌿 3. Urutan minyak kelapa + halbanaiegaey
Goreng tanpa minyak 2 sudu halba, tumbuk
halus, campur dalam minyak kelapa panas.
Bila suam, urut tumit.
📌Kebaikan: Halba bantu kurangkan bengkak
dalaman & panaskan sendi/tulang tumit.

🌿4. Rendaman air garam kasar suam
Rendam kaki dalam air suam+2 sudu garam
kasar selama 20 minit.
🍁Kekerapan: Setiap malam sebelum tidur.
📌Kebaikan: Redakan sakit tumit & lancarkan
darah kaki.

🌿5. Limau nipis belah dua + kapur makan
Belah limau nipis, sapu kapur sedikit, dan
gosok perlahan-lahan di tumit.
📌Kebaikan: Tarik angin & bisa dalam urat
petua orang kampung bila "terlalu barnyak
angin dalam badan".

🌿 6. Air rebusan serai + halia + lengkuas
Rebus semua bahan, rendam kaki ketika air
masih suam.
📌Kebaikan: Sangat baik untuk buang angin
& legakan sakit kaki/tumit. Haruman juga
tenangkan badan.

🌿Petua tambahan orang lama:
Tidur alas bantal kecil bawah kaki (untuk
lancarkan darah).
Elak berdiri lama atas lantai sejuk.
Pakai stokin tebal jika tumit sakit waktu pagi.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

5 jenis sayuran penurun tekanan darah tinggi ✨🌿

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

So next time makan anggur, pilih ikut warna untuk kesihatan extra! 💜💚❤️

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

/channel/mixonlineshopviral

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

💞 ADA YANG NAK PROMOTE @ IKLAN BISNES ANDA ? BOLEH PM SY SEKARANG !! 🎊

-PROMOTE OPEN JAM 8-9mlm sahaja
-follow noted yang di beri nanti
-Admin promote ke 5 group/channel
-Admin open promote bila ada permintaan sahaja

'Jom kembangkan bisnes anda'...
🤲Semoga anda semua dimurahkan rezeki dan permudahkan segala urusan, aminn..

( Jom share link di bawah untuk sesiapa yang nak promote bisnes )
T.me/PetuaDankesihatan
PM🧕 ( @Cikdaa811 )TQ🤝

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Sering ikut keinginan makan gula boleh beri kesan pada kesihatan, antaranya:

✅ Berat badan naik – Kalori bertambah tanpa rasa kenyang.
✅ Risiko diabetes – Paras gula dalam darah naik mendadak.
✅ Masalah gigi – Gula tinggi sebabkan kerosakan gigi dan karies.
✅ Tenaga cepat turun – “Sugar rush” diikuti rasa letih.
✅ Gangguan mood – Paras gula tidak stabil, cepat marah atau rasa murung.
✅ Masalah kulit – Gula berlebihan boleh kaitkan dengan jerawat dan kulit kusam.

Jom selitkan makanan ini dalam diet harian anda untuk kawal keinginan manis, badan lebih bertenaga dan gula darah lebih stabil.
T.me/PetuadanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Tiada siapa yang mesti mati akibat kanser kecuali dari kecerobohan;
(1). Langkah pertama ialah mengawal @ kurangkan pengambilan gula dlm permakanan harian, tanpa gula di dalam badan anda, sel kanser akan mati dengan kematian semulajadi.
(2). Langkah kedua adalah untuk menggabungkan buah lemon dengan secawan air panas dan minum selama 1-3 bulan sebelum makanan dan kanser akan hilang, kata penyelidikan oleh Maryland College of Medicine, 1000 kali lebih baik daripada kemoterapi.
(3). Langkah ketiga adalah minum 3 sudu minyak kelapa organik, pagi dan malam dan kanser akan hilang, anda boleh memilih salah satu daripada dua terapi ini selepas mengelakkan gula. Kejahilan bukanlah alasan; Saya telah berkongsi maklumat ini selama lebih dari 5 tahun. Biarkan semua orang di sekeliling anda tahu. Tuhan memberkati.

Mendorong setiap orang yang menerima surat berita ini untuk meneruskannya kepada sepuluh orang yang lain, tentunya sekurang-kurangnya satu nyawa akan diselamatkan ... Saya telah melakukan bahagian saya, saya harap anda dapat membantu melakukan bahagian anda. terima kasih! ✍

Minum air lemon yang panas boleh mencegah kanser. Jangan tambah gula. Air lemon panas lebih bermanfaat daripada air lemon sejuk.

Kedua-dua buah ubi kuning ungu mempunyai sifat pencegahan kanser yang baik. ✍

01.✍ Sering kali makan malam lewat boleh meningkatkan peluang kanser perut

02. ✍ Jangan mengambil lebih dari 4 telur seminggu

03. ✍Eating backside ayam boleh menyebabkan kanser perut

04.✍ Jangan makan buah selepas makan. Buah-buahan perlu dimakan sebelum makan

05. ✍ Jangan ambil teh semasa haid.

06.✍ Kurangkan susu soya, jangan tambah gula atau telur untuk susu soya

07.✍ Jangan makan tomato dengan perut kosong

08.✍ Minum segelas air kosong setiap pagi sebelum makanan untuk mengelakkan batu pundi hempedu

09.✍ Tiada makanan 3 jam sebelum tidur

10.✍ Minum minuman keras atau elakkan, tiada sifat pemakanan tetapi boleh menyebabkan diabetes dan hipertensi

11. ✍ Jangan makan roti bakar apabila panas dari oven atau pembakar roti

12.✍ Jangan caj telefon bimbit anda atau mana-mana peranti di sebelah anda apabila anda sedang tidur

13.✍ Minum 10 gelas air sehari untuk mencegah kanser pundi kencing

14. ✍ Menambah lebih banyak air pada waktu siang, kurang pada waktu malam

15.✍ Jangan minum lebih daripada 2 cawan kopi sehari, boleh menyebabkan insomnia dan gastrik

16.✍ Makan makanan kurang berminyak. Ia mengambil masa 5-7 jam untuk mencerna mereka, menjadikan anda berasa letih

17.✍ Selepas 5 petang, makan kurang

18.✍ Enam jenis makanan yang membuat anda gembira: pisang, limau gedang, bayam, labu, pic.

19.✍ Tidur kurang dari 8 jam sehari boleh merosakkan fungsi otak kita. Mengambil istirahat petang selama setengah jam boleh memandang wajah kita muda.

20.miss Tomato yang dimasak mempunyai sifat penyembuhan yang lebih baik daripada tomato mentah.

Air lemon panas dapat mengekalkan kesihatan anda dan membuat anda hidup lebih lama!

Air lemon panas membunuh sel kanser ✍

Tambah air panas untuk 2-3 keping lemon. Buatlah minuman harian

Kepahitan dalam air lemon panas adalah bahan terbaik untuk membunuh sel-sel kanser

Air lemon sejuk hanya mempunyai vitamin C, tiada pencegahan kanser

Air lemon panas boleh mengawal pertumbuhan tumor kanser. ✍

Ujian klinikal telah membuktikan kerja air lemon panas. ✍

Jenis rawatan ekstrak Lemon hanya akan memusnahkan sel-sel malignan, ia tidak menjejaskan sel yang sihat

Seterusnya ... asid sitrik dan lemon polyphenol dalam jus lemon sampingan, boleh membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, ✍ pencegahan trombosis urat mendalam, meningkatkan peredaran darah, dan mengurangkan pembekuan darah.

Tidak kira betapa sibuknya anda, sila dapatkan masa untuk membaca ini, kemudian beritahu orang lain untuk menyebarkan cinta! ✍

♦ Selepas membaca, berkongsi dengan orang lain untuk menyebarkan cinta! Untuk menjaga kesihatan mereka sendiri! ✍🤝
#HambaAllah
T.me/PetuadanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Dah tidur awal, bangun pun cukup jam… tapi badan tetap lemau. Fokus pun entah ke mana, mood asyik turun naik. Pernah rasa macam ni?

Hakikatnya, kajian dapati 60-70% wanita di Malaysia mengalami masalah kekurangan vitamin D.

Kekurangan vitamin D bukan sekadar tentang tulang rapuh. Bila paras vitamin ini rendah, ia boleh ganggu banyak sistem dalam badan. Tenaga cepat habis, otak jadi slow, emosi tak stabil, imun pun makin lemah.

Puncanya mudah: terlalu kurang terdedah pada cahaya matahari, gaya hidup lebih banyak indoor, dan pemakanan yang tidak cukup sumber vitamin D.

Vitamin D ibarat suis utama badan. Kalau ia rendah, hampir semua fungsi lain akan terkesan.
T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

TIPS REZEKI MELIMPAH

1. DHUHA
Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.

2. TAHAJJUD.
Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.

3. AL-QURAN.
Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat.

4. ZIKIR
Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.

5. SOLAT BERJEMAAH terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih.

6. SILATURRAHIM.
Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang.

7. BERSEDEKAH.
Sedekah punyai satu power yang luar biasa. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.

8. SOLAT AWAL WAKTU. Solatlah di awal waktu. Jika tgh susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas solat.

9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH.
Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10. TAWAKAL DAN USAHA. Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.

4 amalan surah setiap hari.

● Surah Yaasin - Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah - Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman - Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Lain-lain:

1. Minumlah air masak 3 liter sehari.
2. Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki.

BILA SEMUA AMALAN TELAH DIBUAT, SEGALANYA AKAN BERUBAH. INSYAA-ALLAH

T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Ramai pesakit diabetes kecewa bila bacaan gula masih tinggi… sedangkan mereka yakin mereka dah kawal makan.

Hakikatnya, ada beberapa kesilapan kecil tapi besar kesannya yang sering berlaku tanpa disedari:

🍭 Makanan gula tersembunyi (sos, dressing & sambal)
Ramai sangka kalau tak minum teh tarik atau makan kuih manis, gula akan terkawal. Tapi sebenarnya sos cili, kicap, mayonis atau sambal yang nampak ‘biasa’ itu ada gula tersembunyi. Contoh: sekali cedok sos cili boleh naikkan gula sama macam segelas air manis.

🥖 Kerap makan karbo ringkas (nasi putih, roti putih, biskut)
Nasi putih bila masuk badan akan cepat jadi glukosa. Sama juga roti putih atau biskut. Contohnya, bila makan nasi lemak dengan nasi putih & sambal manis – gula darah boleh naik mendadak dalam masa sejam.

⏰ Pola makan tak konsisten / skip meal
Ada yang tahan lapar sebab nak jaga diet. Tapi bila skip sarapan, lepas tu makan tengah hari terus nasi & lauk berat – gula darah akan naik mendadak sebab badan terkejut dengan kemasukan karbohidrat yang banyak sekali gus.

😴 Tidur tak cukup
Tidur malam cuma 3–4 jam? Badan akan jadi lebih ‘resistant’ pada insulin. Hasilnya, gula dalam darah tak dapat masuk ke dalam sel. Sebab itu ramai yang bangun pagi terus dapati bacaan gula masih tinggi.

😖 Kerap stres
Stres di tempat kerja atau masalah kewangan boleh buat hormon kortisol naik. Hormon ini akan naikkan gula dalam darah walaupun kita tak makan banyak. Sebab itu ada orang yang jaga makan tapi bila stres, bacaan gula tetap tinggi.

🪑 Duduk lama, kurang bergerak
Bila kita makan, gula sepatutnya digunakan otot untuk tenaga. Tapi kalau duduk depan TV atau kerja pejabat seharian tanpa bergerak, gula akan terkumpul dalam darah. Contohnya, makan tengah hari nasi campur tapi lepas tu duduk menghadap komputer 4–5 jam tanpa bergerak – gula susah nak turun.

Jangan ingat kawal makan saja sudah cukup. Tidur, stres, aktiviti fizikal – semua ini beri kesan besar pada bacaan gula. Jaga keseluruhan gaya hidup, bukan diet semata.
T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Halia ni antara bahan wajib yang sentiasa ada kat dapur, tapi kebanyakan orang guna untuk masak lauk-pauk je. Sebenarnya, banyak manfaat halia yang boleh bantu jaga kesihatan badan, tau? Sebab tu bapak-bapak kalau rasa tak sedap badan, mesti akan minum air halia. Kalau korang tak tahan rasa halia macam # akakadmin, boleh tambah pemanis, susu, atau lemon untuk seimbangkan rasa~

#Sedapedia #ManfaatHalia #Tips #Halia
T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Wajib Amalkan Timun Jika Ada Kondisi Ini 🥒

Timun kaya dengan air, serat, vitamin dan mineral yang memberi banyak manfaat untuk kesihatan. Beberapa masalah kesihatan berikut sangat terbantu jika anda jadikan timun sebagai makanan harian:

1. Hipertensi (Tekanan Darah Tinggi)
👉 Kandungan air ±96% dan kalium dalam timun membantu menyeimbangkan garam (natrium), sekaligus menstabilkan tekanan darah.

2. Kolesterol Tinggi
👉 Serat larut dalam timun berfungsi mengikat kolesterol jahat (LDL) di usus lalu membuangnya melalui najis.

3. Asam Urat / Gout
👉 Timun bersifat diuretik ringan, membantu melancarkan kencing dan mengurangkan penumpukan asid urik dalam tubuh.

4. Sembelit
👉 Kandungan air dan seratnya melembutkan najis serta memperbaiki sistem pencernaan.

5. Masalah Ginjal Ringan / Riwayat Batu Ginjal
👉 Sifat diuretik timun membantu membersihkan saluran kencing dan mencegah terbentuknya batu ginjal akibat dehidrasi.

6. Diabetes
👉 Timun rendah kalori, rendah indeks glisemik, serta ada sebatian yang bantu menurunkan kadar gula darah.

7. Asid Lambung / GERD
👉 Bersifat alkali yang boleh menetralkan asid berlebihan. (Tip: Kupas kulitnya jika mudah kembung).

8. Obesiti / Berat Badan Berlebihan
👉 Rendah kalori, tinggi air dan mengenyangkan — sesuai untuk diet sihat tanpa rasa lapar berlebihan.

📌 Kesimpulan: Timun bukan sekadar sayuran penyejuk, tetapi juga “ubat semula jadi” untuk banyak penyakit. Amalkan secara konsisten untuk kesihatan yang lebih baik.

#Health #HealthyLifestyle #CucumberBenefits

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

KHASIAT BAWANG PUTIH!!!?

Bawang putih bukan hanya penyedap rasa dalam masakan—ia juga menyimpan segudang manfaat untuk kesihatan tubuh.

Berikut adalah beberapa khasiat utama bawang putih yang telah terbukti secara saintifik:

*🌿 Khasiat Utama Bawang Putih*

- *Menurunkan kolesterol*

Kandungan allicin dalam bawang putih membantu menghambat pembentukan kolesterol jahat (LDL) di hati⁽¹⁾⁽²⁾.

- *Mengawal tekanan darah*

Allicin dan polisulfida dalam bawang putih membantu melebarkan pembuluh darah, sehingga tekanan darah menurun secara semula jadi

- *Mencegah penyakit jantung*

Dengan menurunkan kolesterol dan tekanan darah, bawang putih turut mengurangkan risiko penyakit jantung dan menyumbatan arteri⁽¹⁾⁽²⁾.

- *Meningkatkan fungsi otak*

Tekanan darah dan kolesterol yang terkawal membantu mencegah kerosakan pembuluh darah kecil di otak, yang berkaitan dengan Alzheimer dan demensia

- *Mencegah dan melawan kanser*

Kandungan sulfur organik dan flavanol seperti kaempferol dalam bawang putih berpotensi sebagai antikarsinogenik, membantu melawan pelbagai jenis kanser

- *Menstabilkan gula darah*

Bawang putih dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan kepekaan terhadap insulin, bermanfaat bagi penderita diabetes⁽³⁾.

- *Melawan infeksi dan meningkatkan imuniti*

Sifat antimikroba dan antioksidan dalam bawang putih membantu tubuh melawan bakteria, virus, dan parasit⁽³⁾.

- *Mengatasi masalah kulit dan rambut*

Digunakan secara tradisional untuk merawat jerawat, psoriasis, dan membantu pertumbuhan rambut⁽³⁾.

*🧄 Cara Konsumsi yang Disarankan*

- *Mentah lebih berkhasiat*

Nutrisi bawang putih lebih terjaga bila dimakan mentah, kerana pemanasan di atas 60°C boleh mengurangkan kandungan allicin
.
- *Dipotong, ditumbuk, atau dikunyah*

Ini membantu mengaktifkan allicin, senyawa utama yang memberi manfaat kesihata

Selamat beramal.
T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Berikut ialah senarai sayuran yang tidak perlu dikupas kulitnya beserta kebaikan kulit masing-masing:
T.me/PetuaDanKesihatan

---

🥒 1. Timun (Mentimun)

Kenapa tak perlu kupas:
Kulit mengandungi serat dan antioksidan yang tinggi.

Kebaikan:
✔️ Membantu detoksifikasi (keluarkan racun dari tubuh)
✔️ Sumber silika yang baik untuk kesihatan kulit

---

🍆 2. Terung

Kenapa tak perlu kupas:
Kulit terung kaya dengan antocyanin (sebatian antioksidan).

Kebaikan:
✔️ Membantu melambatkan penuaan
✔️ Bagus untuk kesihatan jantung dan kulit awet muda

---

🥕 3. Lobak Merah (Wortel)

Kenapa tak perlu kupas:
Lapisan kulit mengandungi banyak zat antibakteri dan nutrien.

Kebaikan:
✔️ Meningkatkan imuniti badan
✔️ Menyokong kesihatan mata & kulit

---

🥔 4. Kentang

Kenapa tak perlu kupas:
Kulit mengandungi serat, vitamin B, dan zat besi.

Kebaikan:
✔️ Meningkatkan daya tahan tubuh
✔️ Baik untuk kesihatan usus

---

🌱 5. Lobak Putih

Kenapa tak perlu kupas:
Kulitnya kaya dengan magnesium, serat, dan vitamin B.

Kebaikan:
✔️ Menyokong fungsi saraf & otot
✔️ Baik untuk pencernaan

---

📌 Tips Tambahan:

Pastikan sayur dibasuh bersih (gunakan garam/air cuka) untuk menyingkirkan sisa racun perosak.

Jika kulit terlalu keras/tua, boleh dikikis nipis sahaja – bukan buang keseluruhan.

---

Kesimpulan:
Mengupas sayur secara berlebihan boleh menyebabkan kehilangan nutrien penting. Jika kulit masih elok dan segar, gunakan sekali untuk manfaat kesihatan yang lebih tinggi. 🌿

Semoga bermanfaat

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Kenapa Rasulullah SAW larang tampar muka?

Tahukah anda, pada muka manusia ada saraf halus yang sangat penting, dikenali sebagai saraf kranial ketujuh atau saraf muka? Saraf ni uruskan macam-macam — senyum, menangis, rasa makanan, menelan, dan ekspresi wajah kita.

📌 Yang menariknya, bentuk saraf ni seakan-akan tapak tangan, lengkap dengan ‘jari-jari’. Bayangkan kalau kena tampar tepat di situ!

Kesan tamparan pada muka bukan main-main. Ia boleh menyebabkan:

Lumpuh otot muka (Bell’s palsy).

Sukar untuk kunyah atau telan.

Hilang deria rasa dan bau.

Masalah mata berair dan pergerakan mata terganggu.

☝️ Sebab itulah Islam dah ajar lebih awal. Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Jika salah seorang daripada kamu memukul saudaranya, maka jauhilah muka."
— Riwayat Muslim

💡 Lihat betapa Islam mendahului zaman! Larangan ini wujud jauh sebelum perubatan moden faham betapa bahayanya tamparan ke muka.

Jadi ingat ya — jangan sesekali tampar muka sesiapa, lebih-lebih lagi kanak-kanak. Hargai wajah mereka, lindungi maruah dan kesihatan mereka.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

“Kenapa perut makin ke depan walaupun dah kawal makan?”

Tak semua buncit datang dari fast food atau makanan berlemak. Ada punca yang ramai tak sedar:

➡ Makan laju-laju – Bila makan terlalu cepat, otak tak sempat ‘tangkap’ yang kita dah kenyang. Akhirnya, terlebih makan tanpa sedar.

➡ Minuman manis yang nampak innocent – Satu gelas teh tarik boleh jadi lebih manis daripada sepinggan nasi goreng. Bayangkan kalau minum hari-hari?

➡ Stres tak pernah reda – Hormon stres (kortisol) buat badan simpan lemak di perut. Lagi lama stres, lagi susah lemak tu nak hilang.

➡ Tidur tak cukup – Bila kurang tidur, badan fikir kita ‘kebuluran’ dan simpan kalori macam kita baru makan banyak, walaupun sebenarnya tak.

➡ Perubahan hormon – PCOS, menopaus… semua ni boleh ubah cara badan simpan lemak tanpa kita sedar.

Ini bukan soal malas, ini soal ramai antara kita tak tahu. Bila kita tahu, kita boleh ubah.

Mulakan dengan perlahan-lahan: kunyah perlahan, pilih air kosong, jaga tidur dan kawal stres ya..
T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…
Subscribe to a channel