🎉SELAMAT DATANG SEMUA.. Pelbagai ✓Tips, ✓Petua, ✓Kesihatan, ✓Diet, ✓Senaman, ✓Kecantikn, Info2 menarik Di kongsikan kpd anda semua. https://t.me/+RYcY5K7TfvsGgphQ t.me/CdBundleMurah t.me/Resepidanpetua 📝💖 Since: 13.04.2016
@petuadankesihatan
.
.
PETUA UNTUK MENJADI WANITA CANTIK
1. Amalkan bangun pagi dan mandi sebelum masuk Azan Subuh.
2. Sebaik bangun tidur, sebelum menggosok gigi, minumlah 1 gelas air putih bersuhu bilik. Kulum air tegukan pertama di dalam mulut untuk seketika dan bacakan dalam hati Selawat Nabi 3 x, barulah disusuli dengan menghabiskan segelas air tersebut
3. Sewaktu membasuh muka di awal pagi atau setiap kali membasuh muka,tadah air ditapak tangan sambil bacakan Selawat Nabi 3x, hembuskan pada air dan usapkan air tersebut ke wajah bermula dari dagu menaik ke atas hingga ke dahi, ulang usapan ini sebanyak 3 x. Jangan basuh muka bermula dari dahi turun ke dagu kerana ini menyebabkan muka cepat berkedut.
4. Selepas solat Subuh, bacalah Surah Yusuf, kemudian teguk sebanyak 3 kali sahaja air suam, InsyaAllah ia membuatkan wajah awet muda dari usia sebenar.
5. Selepas solat Isya', amalkan baca Al-Fatihah 1 x, Ayatul Qursi 1 x dan surah Al-Waqiah dari ayat 35 hingga 38 sebanyak 7 x, ditiupkan pada segelas air dan niatkan
"Ya ALLAH perindahkanlah tubuh dan rohku dan perbaikilah hubungan dengan suamiku"
6. Surah Al-Waqiah ayat 35-38 juga elok dibaca di dalam hati sebanyak 3 x sebelum jirusan pertama air ke badan sewaktu mandi
7. Jangan makan bersulam air, sebaiknya minum air kosong 1 gelas 30 minit sebelum makan, dan 30 minit selepas makan.
8. Amalkan membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.
9. Perbanyakkan Selawat Nabi, sentiasa sedekah senyuman, perbanyakkan solat Tahajud
Amalkan hari-hari....in sha ALLAH kelihatan 'cantik'.
Cantik bagaimana?
Cantik 'hati', cantik jiwa, roh, wajah dan perasaan.
Alhamdulillah. ❤️
Kredit : Elida Tarihoran
5 sebab Kenapa perut cepat membuncit...
T.me/PetuaDanKesihatan
Jantung 🫀 merupakan organ penting yang berfungsi mengepam darah ke seluruh tubuh. Pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat, obesiti serta hipertensi merupakan faktor risiko yang menyumbang kepada penyakit jantung.
Dengan amalan yang betul 👍🏻 dan pemilihan makanan yang baik, kita boleh menjaga kesihatan jantung dengan lebih efektif dan menjalani kehidupan yang lebih sihat.
Katarak ialah suatu keadaan dimana kanta mata yang jernih menjadi keruh. Ini boleh diumpamakan seperti tingkap yang sebahagiannya diselaputi kotoran.
Katarak terjadi akibat daripada proses penuaan, kecederaan mata, penyakit-penyakit tertentu atau pengambilan sesetengah jenis ubat. Ia juga adalah punca utama kebutaan yang boleh dipulihkan.
Sekiranya anda mengalami sebarang gejala tersebut, anda perlu mendapatkan penilaian doktor mata yang profesional untuk diagnosis yang tepat dan perancangan rawatan yang sesuai.
Muterence Sneaker Women's Sport Shoes Kasut Casual Outdoor Wanita Men's Sneakers Shoe Travel ks17137
Specifications:
Material: combined materials
Dimensions:
36 = 23 cm
37 = 23.5 cm
38 = 24 cm
39 = 24.5 cm
40 = 25 cm
41 = 25.5 cm
Height: 3 cm (Approx)
HARGA RM 20
Postage rm8sm/ rm12ss
PM @Cikdaa811
MAKE UP RAYA TAKDE LAGI
😰😰😰
Jangan risau, sis boleh hantarkan!
Kita ada semua item,
💝 Lipstick letops
💝 2 way cake powder foundation
💝 Eyebrow & eyeliner
💝 Glowtogo series
Yang penting ✅halal ✅mesra wudhuk ✅ level international ✅harga marhaen ✅takde bahan spoilkan kulit
Nak order cepat kat sini ada BANYAAKKK giler free gift shopee.com.my/haus_cosmeticsmy
@petuadankesihatan
.
Batuk teruk ? Cuba buat amalan ini
Sumber-Mahadi Abdullah
Kajian terhadap haiwan mendapati ekstrak terung piput boleh mengurangkan kerosakan pada hati dan buah pinggang.
Kesimpulan
Walaupun terung pipit bersaiz kecil, namun ia mempunyai banyak khasiat. Bukan sahaja buah, malah daunnya juga mempunyai khasiat yang tersendiri.
Oleh itu, tidak salah jika anda menjadikan terung ini sebagai amalan dalam pemakanan, tidak kira sebagai ulam atau sayur kerana ia mempunyai 1001 manfaat!
BERHENTI ⛔ dan fikir, berapa banyak gula yang telah anda ambil dari minuman ☕🧃 atau makanan 🍪🍜 setiap hari❓
⚠️ Tanpa disedari kita sering mengambil gula berlebihan setiap hari. Pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula secara kerap akan menyebabkan pengambilan kalori berlebihan dan meningkatkan risiko penyakit diabetes.
Jom ambil tahu‼️
👵👴Pelbagai faktor yang mempengaruhi pilihan kehidupan di usia emas dalam menentukan kesejahteraan hidup mereka.
❤️Berikan sokongan dan dukungan kepada ibu bapa anda agar usia tua mereka dipenuhi dengan kasih sayang dan perhatian tidak berbelah bahagi daripada insan yang tersayang.
T.me/PetuaDanKesihatan
@petuadankesihatan
.
Tips penjagaan buah pinggang #buahpinggang
Sumber-Mahadi Abdullah
“Ramai orang bawa kereta auto, tapi tak semua faham fungsi gear ni…”
Kalau korang guna kereta auto, gambar ni WAJIB faham! Jangan main tukar gear ikut suka je. Setiap huruf dan nombor tu ada peranan penting:
P (Parking) – Untuk parking. Kunci gear, kereta tak boleh gerak.
R (Reverse) – Undur. Pastikan kereta betul-betul berhenti sebelum masuk gear ni.
N (Neutral) – Free gear. Sesuai masa towing, atau nak panaskan enjin tanpa gerakkan kereta.
D / D4 (Drive) – Untuk pemanduan biasa.
D3 – Hadkan gear sampai gear 3 saja. Guna kalau nak engine braking atau masa turun bukit.
2 – Gear rendah. Sesuai masa jalan berbukit ringan atau trafik jem.
1 / L – Gear paling rendah. Untuk naik bukit curam atau masa perlu kuasa tinggi pada kelajuan rendah.
Shift Lock / Hold pula berguna kalau gear lock dan tak boleh alih dari P. Biasanya masa bateri kereta kong.
Jangan ambil mudah! Faham fungsi ni boleh elakkan kerosakan gearbox & bantu bawa kereta lebih selamat.
Kredit: RS Borneo Trading
T.me/PetuaDanKesihatan
_ASSALAMUALAIKUM WBT_
🌾 MUTIARA PAGI 🌾
Mensia-siakan waktu adalah mensia-siakan kehidupan. Kita tidak mungkin bahagia dalam kehidupan yang kita sia-siakan.
Jangan tangisi kegagalan, tetapi tersenyumlah kerana setiap kegagalan mengajar agar berusaha dengan lebih baik lagi.
*_”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”_*
_Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin._
Petua orang kampung
Kenal tak pokok ni..
Namanya pokok pandan. Bagi orang kampung setiap rumah ada je tanaman ni.
Selain kegunaannya sebagai penambah aroma kepada makanan dan penggunaan lain nya.. pokok ini banyak juga khasiat kepada kesihatan.
Sekadar petua saja bukan gerenti jadi.. sapa suka cuba boleh je dan tak suka abaikan.
Antaranya :
*Menurunkan darah tinggi*
Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira kira setengah gelas saja. Minum airnya.
*Mengubati lemah saraf*
Ambil 3 daun pandan.. cuci bersih kemudian dipotong potong. Rebus dengan 3 gelas air hingga tersisa 2 gelas saja. Setelah suam.. minum ramuan tersebut dua kali sehari tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.
*Mengatasi lemah syahwat*
Selain digunakan sebagai ubat lemah saraf.. daun pandan juga berkhasiat untuk mengubati lemah syahwat pada lelaki. Ambil sehiris halia.. sekeping kulit kayu manis.. beberapa biji halba.. tiga daun pandan.. cuci bersih dan potong kecil kecil. Rebus dengan empat gelas air hingga tersisa dua gelas. Minum ramuan tersebut dua kali sehari.. tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.
*Menurunkan bacaan gula*
Ambil akar yang terjuntai beberapa batang.. cuci bersih.. rebus dan buat minuman.. pagi segelas.. petang segelas.
*Mencuci kewanitaan*
Rebus daun pandan.. daun inai.. daun sirih.. buah manjakani dan sikit garam. Setelah suam buat cuci kewanitaan.
*Merawat gaot*
Ambil tujuh helai daun rebus dari air lima gelas hingga jadi dua gelas.. setelah suam bolehlah minum. Segelas pagi dan segelas petang. Buat setiap hari.
*Menghilangkan bau badan*
Blander daun pandan dengan limau.. gosok gosok pada badan.. ketiak dan kemudian sabun serta bilas.. buat beberapa kali.
*Matikan kuman dalam darah*
Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.
*Menurunkan Kolesterol*
Selain menurunkan tekanan darah tinggi.. mengamalkan minium air rebusan daun pandan akan menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.
*Mengatasi sembelit*
Rebus daun pandan dan minum airnya.
*Melembutkan daging*
Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.
*Buka selera makan*
Sehari 2 gelas minum air rebusan daun dapat membuka selera makan.
*Makanan tidak cepat basi*
Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.
*Merawat rambut*
Kisar 10 helai daun pandan yang segar dan campur dengan 100ml santan kelapa tua. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 30 minit. Basuh kepala dengan air atau syampu.
*Melicinkan kulit*
Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.
*Rawat resdung.. jeragat dan jerawat gajah*
Blander daun bersama buah limau.. kemudian sapu pada muka. Setelah itu dibilas bersih.. boleh juga bahan ini dicampur dengan bedak sejuk.. tampal tebal tebal bila dah kering gosok gosok dengan sapu tangan dan kemudian dibilas dengan air suam.
*Pewangi alami*
Ikat atau potong daun pandan kecil kecil ke dalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas semulajadi.
*Merawat susah tidur*
Ambil daun pandan.. jemur kering.. digunting kecil kecil.. masukkan dalam bantal... Maksudnya sebagai ganti kekabu atau kapas Masukkan juga jintan putih dan jintan manis.
*Pewarna asli*
Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman.
*Buang angin dalam badan*
Rebus 3 helai daun bersama dengan sehiris halia serta seketul gula batu.. diminum suam
*Mengecutkan rahim*
Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.
*Wallahualam*
T.me/PetuaDanKesihatan
@petuadankesihata
.
Boleh ikut petua ni ajarkan ank2 kita
TIPS & PETUA
::::::::::::::::::::
T.me/PetuaDanKesihatan
CARA MEMBUAT DAN MENYIMPAN CILI KISAR DAN BAWANG KISAR AGAR TAHAN LEBIH LAMA
Bila nak masak lauk pauk atau goreng mee, goreng bihun n goreng kue tiau tinggal cedok jer. Stok utk seminggu.
CARA MEMBUAT CILI KISAR :
Gunting cili kering lebih kurang 1 inci
Masukkan ke dlm tapis yang berlubang agak besar utk membuang biji cili
Kemudian masukkan ke dlm periuk dan rebus cili hingga mendidih.
Letakkan satu sudu besar garam dlm rebusan dan kacau sebentar.
Bila telah mendidih , tutup api. Basuh cili tersebut di bawah aliran air paip menggunakan tapis tadi untuk mengeluarkan saki baki biji cili
Masukkan cili yg sudah di basuh tadi ke dalam blender.
100 gm cili kering blender bersama dengan 3 biji bawang besar dan satu labu bawang putih ( 8 @ 9 ulas)
Blender menggunakan air tapis. Bila dah siap blender, masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti ais.
Boleh tahan hingga sebulan cili kisar tersebut.
CARA MEMBUAT BAWANG MERAH KISAR :
6 biji bawang besar, 10 biji bawang kecil
Kupas bawang, cuci, keringkan dan hiris kecil.
Blender bawang bersama minyak masak. Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang
Jika bilangan bawang penuh satu blender, gunakan minyak anggaran setengah blender.
Dah siap blender , masukkan ke dalam bekas.
Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dlm peti ais.
Boleh tahan seminggu @ 2 minggu bawang kisar tersebut.
CARA MEMBUAT BAWANG PUTIH KISAR :
5 labu bawang putih
Kupas bawang , cuci ,keringkan dan hiris kecil.
Blender bawang bersama minyak masak. Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang.
Jika bilangan bawang penuh satu blender, gunakan minyak anggaran setengah blender. Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas.
Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dlm peti ais.
Boleh tahan seminggu @ 2 minggu bawang kisar tersebut
💞 ADA YANG NAK PROMOTE @ IKLAN BISNES ANDA ? BOLEH PM SY SEKARANG !! 🎊
-PROMOTE OPEN JAM 8-9mlm sahaja
-follow noted yang di beri nanti
-Admin promote ke 5 group/channel
-Admin open promote bila ada permintaan sahaja
'Jom kembangkan bisnes anda'...
🤲Semoga anda semua dimurahkan rezeki dan permudahkan segala urusan, aminn..
( Jom share link di bawah untuk sesiapa yang nak promote bisnes )
T.me/PetuaDankesihatan
PM🧕 ( @Cikdaa811 )TQ🤝
@petuadankesihatan
.
3 jenis buah semakin makan semakin gemuk,
yang berusaha nak turunkan berat badan,
Kena elakkan.
Kalau yang tiada masalah berat badan; makan,
apa pun tidak apa.
Sumber-Mintien Ding
KHASIAT TERUNG PIPIT (PERUBATAN TRADISIONAL)
T.me/PetuaDanKesihatan
Untuk pengetahuan anda, terung pipit telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat pelbagai masalah kesihatan sejak sekian lama. Antaranya adalah:
Merawat kayap: Caranya adalah dengan mengambil daun terung pipit dan dilumatkan bersama daun cili. Kemudian, ia dijadikan ubat pupuk pada kulit yang mempunyai kayap.
Mencegah penyakit darah tinggi: Caranya adalah dengan mengamalkan memakan buah terung pipit yang dicelur sebagai ulam.
Mengubati cacing dalam perut kanak-kanak: Caranya adalah dengan merebus daunnya dan air rebusan tersebut digunakan sebagai mandian.
Merawat resdung: Caranya adalah dengan mengeringkan daun segar, kemudian digulung seperti rokok lalu dihisap dan asapnya dihembus melalui hidung.
Meransang tenaga batin: Caranya adalah dengan mengamalkan memakan buah terung piput sebagai ulam atau dicelur dan dicicah dengan sambal.
Merawat tumit kaki pecah: Caranya adalah dengan mengambil akar pokok terung pipit dan ditumbuk. Apabila airnya keluar, ambil air tersebut dan sapu pada tumit kaki yang pecah.
KHASIAT TERUNG PIPIT (KAJIAN MODEN)
Selain khasiatnya yang pelbagai dalam perubatan tradisional, kajian juga telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik untuk mengetahui khasiat terung pipit dari sudut sains perubatan.
Berikut merupakan beberapa khasiatnya:
1. Mencegah Tekanan Darah Tinggi
Berdasarkan kajian moden, terung pipit didapati dapat membantu mencegah tekanan darah tinggi atau hipertensi.
Difahamkan juga, ekstrak etanol dalam terung pipit boleh mengurangkan tekanan darah sistolik dan membalikkan perubahan metabolik yang disebabkan oleh fruktosa.
2. Menurunkan Paras Gula Dalam Darah
Memakan terung piput juga boleh membantu menurunkan paras gula dalam darah terutamanya buat mereka yang menghidap penyakit kencing manis.
Berdasarkan kajian terhadap haiwan yang menghidap diabetes, ekstrak metanol dalam terung pipit yang diberikan selama 30 hari berjaya menurunkan paras gula haiwan tersebut sehingga 42%.
3. Kaya Dengan Antioksidan
Antioksidan adalah sebatian yang boleh melindungi sel-sel sihat dalam badan dari tekanan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas.
Tekanan oksidatif ini sering dikaitkan dengan penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung, kencing manis, kanser atau Alzheimer.
4. Merawat Jangkitan Yis Pada Faraj Wanita
Jangkitan yis pada farah wanita biasanya disebabkan oleh kulat atau fungi spesis Candida albicansa. Turut dikenali sebagai vaginal candidiasis.
Gejala-gejalanya adalah kegatalan pada faraj, luka, sakit semasa hubungan kelamin, sakit ketika membuang air kecil dan keluar lelehan dari faraj yang tidak normal.
Terdapat kajian mendapati ekstrak etanol dalam terung pipit menunjukkan aktiviti-aktiviti antikulat terhadap kulat Candida albicansa.
5. Mengubati Ulser Perut
Ulser perut adalah luka terbuka yang terbentuk pada lapisan perut. Ia juga boleh berlaku di dalam usus yang berdekatan dengan perut.
Antara gejala-gejalanya seperti sakit perut, sembelit, pedih hulu hati atau hilang selera makan.
Kajian turut mendapati bahawa ekstrak daun terung piput boleh mencegah pembetukan ulser perut. Ekstrak tersebut juga dipercayai dapat meningkatkan penghasilan mukosan dan mengurangkan perembesan asid gaster.
6. Bersifat Antibakteria
Selain itu, daun terung piput juga dipercayai mempunyai sifat antibakteria terhadap pelbagai varian bakteria Staphylococcus termasuklah yang mempunyai ketahanan terhadap antibiotik.
Jika tidak dirawat, bakteria-bakteria ini juga boleh menyebabkan pelbagai jangkitan seperti jangkitan pada kulit, saluran darah, sepsis dan termasuklah kematian.
7. Merawat Keracunan Kadmium
Keracunan kadmium sangat bahaya kerana boleh menyebabkan kerosakan pada organ-organ dalaman manusia seperti hati dan buah pinggang.
Mereka yang berisiko tinggi untuk keracunan kadmium ialah pekerja-pekerja industri pengilangan dan pembinaan. Hal itu kerana mereka mungkin terdedah semasa peleburan dan penapisan logam, pembuatan bateri, plastik, salutan dan panel solar.
Sesetengah ibu hamil menjadikan kopi sebagai minuman harian. Kopi mengandungi kafein yang merupakan sejenis bahan kimia perangsang.
☕Pengambilan kafein dalam jumlah yang terkawal dapat memberikan beberapa manfaat seperti meningkatkan daya ingatan dan melegakan keletihan.Walaubagaimanapun, pengambilan kafein dalam jumlah yang berlebihan oleh ibu hamil berisiko memudaratkan kesihatan ibu dan bayi.
❗Oleh itu, ibu mengandung perlu mengawal jumlah pengambilan kopi sebagai minuman harian demi menjamin kesihatan berterusan ibu dan bayi dalam kandungan.
T.me/PetuaDanKesihatan
@petuadankesihatan
.
Pencegahan stroke #stroke
Sumber-Mahadi Abdullah
🫧🧼Amalan mencuci tangan merupakan salah satu cara yang paling berkesan untuk mencegah penyebaran kuman yang boleh menyebabkan penyakit.
👋Tangan yang bersih boleh mengelakkan kuman daripada merebak daripada seseorang individu kepada individu yang lain dan dalam kalangan komuniti termasuk di dalam persekitaran rumah, tempat kerja dan sekolah.
Oleh itu, amalkan kebersihan tangan dengan kerap membasuh tangan menggunakan sabun dan air atau pensanitasi tangan (hand sanitizer).
@petuadankesihatan
.
.
1) PETUA..
Jika badan kebas dan kejang2 urat itu tanda awal nak kena angin ahmar.. Minum lah air kelapa biar lembut urat 3hari turut2 InsyaAllah tak jadi penyakit bahaya itu.
.
2) PETUA..
Jika mata macam nak pitam pagi2 amal kan makan buah masam2 itu tanda darah beku dalam kepala takut jadi ketumbuhan nya jadi buah masam2 dia cairkan darah.
.
3) PETUA..
Jika sakit rusuk tulang nya bisa. Jangan takut itu urat masuk angin makan lah bawang putih bakar InshaAllah baik lah.
.
4) PETUA..
Jika sakit di ulu hati mungkin gastrik mungkin paru2 dan mungkin urat jantung bengkak makan lah ubat gamat kering dengan sireh pinang InshaAllah baik jika 3 hari turut2 1X satu hari saja
.
5) PETUA..
Jika tarik nafas sakit itu urat nafas tegang pergi lah urut badan dan amal minum air buah pala rebus 3biji InshaAllah baik lah.
.
SEMOGA ANDA SIHAT SELALU
Gagap ialah keadaan di mana pertuturan menjadi tidak lancar, tersekat-sekat atau berulang-ulang. Masalah ini boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan juga orang dewasa.
Antara punca berlakunya gagap adalah faktor genetik, kerosakan saraf dan juga tekanan. Masalah gagap boleh dibantu melalui rawatan terapi pertuturan.
Sekiranya anda, anak atau ahli keluarga anda mengalami masalah ini, anda boleh mendapatkan rujukan dan janji temu untuk berjumpa dengan Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan-Bahasa) di hospital-hospital berhampiran.
T.me/PetuaDanKesihatan
cikdabundleshop" rel="nofollow">http://tiktok.com/@cikdabundleshop
Читать полностью…