petuadankesihatan | Unsorted

Telegram-канал petuadankesihatan - °P€tua Daπ Kesihataπ°

11633

🎉SELAMAT DATANG SEMUA.. Pelbagai ‌✓Tips, ✓Petua, ✓Kesihatan, ✓Diet, ✓Senaman, ✓Kecantikn, Info2 menarik Di kongsikan kpd anda semua. Jemput join= https://t.me/joinchat/AAAAAEWHGOSu0377BoKYUA DROPSHIP DIPERLUKAN🎉 📝💖 Since: 13.04.2016

Subscribe to a channel

°P€tua Daπ Kesihataπ°

ANAK ANDA TIDAK MAKAN SAYUR DAN BUAH?

Memandangkan statistik prevalens LEBIH BERAT BADAN dan OBESITI di Malaysia sudah melebihi 50% daripada keseluruhan populasi dewasa (NHMS 2019), justeru adalah sangat penting untuk kita sebagai ibu bapa memupuk amalan pemakanan yang sihat bermula daripada rumah.

Pengambilan sayur dan buah merupakan salah satu cara untuk mengurangkan jumlah kalori makanan yang diambil, di samping meningkatkan nutrien yang diperlukan dalam pertumbuhan dan perkembangan anak-anak.

Yang paling penting, ibu bapa juga perlu menjadi ROLE MODEL kepada anak-anak dalam mengamalkan pemakanan yang sihat dalam kehidupan harian ya! Jom ikuti tip yang dikongsikan untuk memastikan anak anda mengambil sayur dan buah.

T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

ADA APA DALAM KUIH RAYA?

Kuih raya ni boleh membuatkan kita makan tak boleh berhenti. Seakan ketagih dibuatnya. Tahu-tahu dah licin sebalang kuih raya tanpa kita sedari.

Jadi, kesedaran dan keazaman yang tinggi diperlukan supaya kita tak makan secara berlebihan semasa musim perayaan ini. Ingat, kebanyakan biskut dan kuih raya tinggi kandungan kalori. Jadi, jangan pelik jika berat badan kita yang dah turun semasa bulan Ramadan haritu naik mendadak semula.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

APA ITU FOOD COMA DI HARI RAYA?

"Food coma" atau keletihan selepas makan berlebihan adalah fenomena yang sering berlaku semasa Hari Raya.

Pasti ramai yang takkan melepaskan peluang untuk mencuba semua makanan yang dihidangkan di Hari Raya. Maklumlah, hanya setahun sekali dapat menikmati pelbagai jenis juadah raya yang enak dan lazat seperti kuih-muih tradisional, ketupat, rendang, lemang, dan lain-lain.

Namun, apabila makan terlalu banyak, mulalah rasa mengantuk dan keletihan oleh sebab terlalu kenyang. Tak seronoklah nak beraya bersama saudara-mara dan rakan taulan kalau asyik mengantuk dan keletihan sahaja.

Oleh itu, elakkan "food coma" semasa Hari Raya dengan bersederhana ketika makan. Lebihkan hidangan yang lebih sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan hadkan juadah yang tinggi kalori. Jangan lupa untuk minum air yang mencukupi dan ambil masa untuk bergerak selepas makan.

T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

ITEM FREE PROMO‼️
Jemput masuk

/channel/CdBundleMurah

https://chat.whatsapp.com/4howCY4lsNy6ZfjSdbyfbN

☀︎︎❀☀︎︎❀☀︎︎❀☀︎︎❀☀︎︎❀☀︎︎

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Baju lawo, mekap tak cantik pun tak function!

Nak function kena pandai matching mekap dengan baju barulah cantik ootd awak tu.

Pilih mekap raya terpaling function kat sini

1. https://shope.ee/20YQUvV4RP
2. https://shope.ee/4VFixq0NHf
3. https://shope.ee/7zpddAap1b

💝 FREE POSTAGE
💝 FREE AKSESORI
💝 VOUCHER RM14

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

CIPTAKAN BAHAGIAMU SENDIRI

Kita sangka orang yang kita sayang happy dengan kita, tapi di belakang kita dia lagi happy dengan orang lain. Dulu rapat, sekarang kalau selisih pun buat tak kenal. Manusia cepat berubah hati. Jumpa yang lebih baik bagi dia, dia tinggalkan kita. Orang kalau dah tak suka kita, dia akan terus, terus dan terus mencari salah kita. Berbeza dengan orang yang nak berkawan kita. Dia akan terima. Bila orang dah tak suka kita, kita rasa perlu jauhkan diri. Bukan untuk dibenci tapi supaya kita tak terlalu fikir apa dia kata.

Buat baik orang mengata. So? Kita nak buat apa?.. Buat rilek sudahhhh.. Tak perlu susahkan otak fikir cara untuk jauhkan diri daripada orang yang dah tak hargai kita. Cukup dengan diamkan diri. Mendiamkan diri adalah pilihan terbaik untuk tidak menyakitkan hati orang lain. Biarlah orang sakitkan hati kita, pandai-pandailah kita pujuk diri sendiri. Hidup ini sangat singkat. Berhentilah daripada jadi manusia yang pembenci. Yang lepas, biarkan. Apa yang dah kita lalui kita buat pengajaran.

Buat hati yang sedang terluka. Hati yang selalu merasa dicampakkan. Hati yang putus asa dan putus harapan. Hati yang sesungguhnya rindu belaian. Apa yang kau harapkan pada manusia? Jika yang kau cari itu sandaran. Dinding rumah kita juga mampu jadi sandaran. Jika yang kau cari itu kehangatan. Selimut kita juga mampu menghangatkan. Namun jika yang kau cari itu kebahagiaan, manusia mudah sekali mengecewakan.

Begini kawan, ada sebuah pesan nasihat dari salah seorang sahabat Nabi Saw. Semoga ianya menjadi penawar sepi “Aku sudah pernah merasakan semua kepahitan dalam hidup, dan yang paling pahit ialah berharap kepada manusia” - Ali bin Abi Thalib. Untuk awak yang hati yang sedang dilanda sepi. Entah kerana dikhianati atau memang sedang ingin sendiri. Jangan sekalipun menggantungkan bahagia pada manusia. Ciptakanlah bahagiamu sendiri. Bahagia itu adanya di hati. Bukan pada janji-janji. Bahagia itu mudah sekali. Bahagia itu dekat sekali. Taatlah pada perintah Tuhan. Syukuri segala ketentuan. Itulah kunci kebahagiaan.
T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

LANGIT JUGA TAK SELALU GELAP

Dipinggirkan sebab tak berjaya. Disisihkan sebab tak bergaya. Dihina sebab tak berharta. Zaman sekarang bercinta orang tak pandang setia dan jujur. Ada duit, ada rupa.. kira jalan tu. Tak payah nak sedih-sedih ditinggalkan manusia, kau pun selalu tinggalkan Pencipta. Okey.. deep?.

Kita tak boleh paksa orang sayangkan kita, apatah lagi nak halang orang benci kita. Yang penting respect each other. Tak semua dalam Dunia ini akan menjadi seperti apa yang kau harapkan. Apa yang kita nak tak semestinya kita miliki. Apa yang milik kita tak selamanya milik kita. Itu sebab kau perlu turunkan harapan yang tinggi. Just go on with the flow of life.

Move on sebenarnya bukan melupakan benda yang dah terjadi, tapi menjadikan kenangan itu satu pengalaman dan pengajaran. Kalau kau boleh lupa, itu bukan move on.. itu nyanyuk hehe.. Hari ini, jangan lupa pesan pada diri "Wahai diri, aku harap kau bahagia hari ini. Walaupun apa yang jadi, kita terus bangkit".

Langit tidak selalu cerah, tetapi langit juga tidak selalu gelap. Itu antara perumpamaan manusia. Tak selamanya kita lemah dan kalah. Suatu saat kita akan berjaya dan menang. Paling penting teruskan usaha. Orang yang sabar tak akan pernah rugi. Kesakitan yang di alami akan diganti dengan bahagia yang tak pernah terlintas dihati. Sabar.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

JOM CUBA RESIPI AIR SIHAT DI HARI RAYA!

Pasti tidak lengkap menikmati hidangan raya tanpa minuman yang menyegarkan, lebih-lebih lagi ketika cuaca panas. Jom cuba resipi air limau pudina dan timun yang dapat membantu anda menghilangkan rasa dahaga dan membantu anda untuk kekal hidrasi semasa berhari raya.

Bukan sahaja menyegarkan, malah rendah kalori, kurang gula dan membekalkan vitamin C. Bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya pun memang mudah dan senang. Sesuai sangat jika nak dihidangkan kepada tetamu-tetamu yang bertandang ke rumah di hari raya nanti.

Nota: Resipi air boleh diolah mengikut citarasa sendiri, tapi lebih baik jika tak terlalu manis ya 😉

Selamat mencuba!
T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Assalamualaikum,..
selamat hari raya semua..,🎉🎆

Malam ni admin open ucapan raya! Sampai pg esok, yg nak bg ucapan raya Pm admin sekarang terus je hantar ucapan anda . ..

@cikdaa811

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Banyak banyakkan Berdoa. Dan Dekatkan lah Diri Kita Dengan Allah SWT.
Semoga Rumahtangga Kita Di Berkati Allah SWT dan Berbahagia Hingga Ke Akhir Hayat.
Kunci kebahagiaan Adalah Sabar Ikhlas dan Sentiasa Bertolak Ansur dalam apa Jua perkara. Buangkan Rasa ego dan jangan membanding bandingkan pasangan Kita Dengan orang lain. Terima lah Buruk Baik pasangan Kita Itu Seadanya kerana perkahwinan Itu sebenarnya Menyatukan Dua Insan Yang Serba Kekurangan dan Tak Sempurna.

Semoga Kita Semua Di Rahmati Allah Taala.
Aamin Ya Robbal Alaaminn...
❤️🌹❤️
T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

#foryoupage
cikda811" rel="nofollow">http://tiktok.com/@cikda811
T.me/PetuaDankesihatan
Video 60

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Tubuh badan bayi bawah 6 bulan tidak sama seperti orang dewasa dan masih lagi di dalam fasa kearah kematangan. Pemberian air kosong kepada bayi di bawah 6 bulan boleh menyebabkan masalah hyponatremia iaitu keadaan di mana kepekatan garam di dalam badan menjadi rendah dan mengakibatkan organ di dalam tubuh gagal berfungsi. Justeru itu, pemberian susu ibu adalah yang sebaiknya kerana ia bukan sahaja mengandungi air malah nutrien penting untuk tumbesaran bayi. Biar tempoh penyusuan tidak lama tetapi galak diberikan kepada bayi agar dapat menstimulasikan kuantiti susu yang dihasilkan.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

BAHAYA KOLESTEROL TINGGI!

Apakah bacaan kolesterol dalam darah anda? Kolesterol tinggi boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan boleh mengancam nyawa. Tahap kolesterol tinggi dalam darah biasanya tidak mempunyai simptom namun ia boleh meningkatkan risiko penyakit seperti serangan jantung dan strok.

Selain gaya hidup yang kurang aktif, masalah kolesterol tinggi juga boleh berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak sihat. Jadi, lihat semula tabiat pengambilan makanan harian dan gaya hidup anda dan ubah kepada yang lebih sihat.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

🦷Berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), prosedur rawatan pergigian tidak akan membatalkan puasa dengan syarat pesakit tidak menelan sebarang bahan secara sengaja ketika rawatan dijalankan.

🪥Secara asasnya, segala bentuk penjagaan dan rawatan gigi dan mulut boleh dilakukan meskipun seseorang itu berpuasa.

👨🏻‍⚕️Pengamal pergigian juga harus mengambil langkah berhati-hati supaya pesakit tidak tertelan sebarang bahan atau ubatan sepanjang prosedur rawatan dijalankan.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

1443 3 IN 1 PU SLING BAG KULIT Leather casual

Product Informations:
Materials: leather

HARGA RM22
Postage rm9sm/ rm12ss
PM @Cikdaa811

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

MAKANAN TINGGI KALSIUM UNTUK TULANG YANG SIHAT

Tulang yang sihat adalah tulang yang menyimpan kalsium yang mencukupi. Tulang merupakan tisu hidup yang sentiasa mengalami proses 'turnover' untuk simpanan dan pengeluaran ion-ion kalsium bagi keperluan proses badan kita setiap hari.

Rata-rata ramai yang tahu susu tinggi kalsium kan? Sebenarnya ada banyak lagi makanan lain yang tinggi kandungan kalsium. Selain susu dan produk tenusu, brokoli, tempe dan ikan bilis juga tinggi dengan kandungan kalsium. Bagi individu yang mengalami alahan atau alergi terhadap susu atau loya dengan bau susu, anda bolehlah mengambil makanan tinggi kalsium yang lain selain dari susu.

Pengambilan makanan tinggi sumber kalsium amat penting untuk kesihatan tulang dan mencegah osteoporosis. Keperluan kalsium harian untuk orang dewasa antara kumpulan umur 19 hingga 64 tahun ialah 1000 mg sehari.

Sayangi tulang dan hargai kesihatan anda dengan mengamalkan pemakanan yang sihat.

Sumber:
RNI 2017
T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

HIDUP TENANG MATI PUN SENANG

"Kau kalau tak boleh tenguk orang senang, kau pergi Neraka. Kat Neraka banyak orang menderita, pergilah!. Di atas muka bumi ni, kau seorang saja boleh senang, orang lain kena susah? Jenis yang tak boleh tengok orang lain hidup senang dan tenang. Serba tak kena. Ada saja yang nak dikacaunya. Ada saja idea jahatnya.

Kawan-kawan, jangan kita jadi orang yang busuk hati. Jadilah orang baik-baik yang suka dengan kebaikan. Seronok bila tengok orang lain bahagia. Sedih dan simpati bila tengok orang lain susah dan menderita. Perbanyakkan istighfar dan bertaubat. Minta ALLAH bimbing kita supaya jadi orang yang baik. Hidup tenang-tenang saja. Nanti nak mati pun senang. Sebab ALLAH akan seru hanya jiwa yang tenang untuk balik mengadapNya dalam keadaan redha dan diredhai.

Kadangkala kita dibenci bukan kerana keburukan kita, bukan juga kerana kekurangan kita. Tapi adakalanya orang yang membenci kita kerana karangan cerita dari mulut orang yang telah membenci kita. Tetap waspada kerana masih ada disekitar kita manusia bermuka dua. Memang rambut kita sama hitam, tapi hati lain-lain. Ada orang jenis tidak boleh tengok orang lain hidup senang. Kalau nampak orang lain lebih sikit daripadanya, mulalah hati geram tak puas hati.

Mereka rasa terancam setiap kali melihat keistimewaan dan kelebihan dinikmati orang lain. Dalam benaknya, penuh dengan firasat jahat. Sentiasa mencongak strategi dan mencari jalan bagaimana untuk menjatuhkan orang yang lebih daripadanya. Ketahuilah hasad dengki adalah sifat paling tercela di sisi agama. Bahananya sangat dahsyat kerana ALLAH Swt membalasnya bukan sahaja di akhirat kelak, tetapi di dunia lagi pelakunya akan merasai balasannya.
T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

MANUSIA MEMANG BEGITU

Belajar dari daun kering. Ketika ia kering manusia meresahkannya kerana dedaun kering menjadi sampah yang di tiup angin. Sedangkan manusia lupa bahawa ALLAH pernah menjadikan dia penghasil oksigen ketika dulu berada di tangkainya.

Lihat?.. manusia memang begitu, hanya melihat celah keburukan namun lupa akan kebaikannya. Kebaikan kita suatu hari nanti akan dilupakan, tapi percayalah setiap kebaikan yang kita lakukan hari ini akan kita tuai di masa akan datang.

Orang layan kita dengan baik, Alhamdulillah. Orang layan kita dengan buruk terima seadanya. Orang rasa dia perlukan kita, dia cari kita. Dia rasa nak buang kita, itu hak dia. Kalau orang susah minta tolong, selagi boleh kita tolong. Kalau orang dah senang lupakan kita, kita pasrah je. Begitulah resam dunia, disebabkan kesilapan kecil saja kita dicemuh. Lupa semua kebaikan kita yang lalu. Takpe, biarlah.. kita redha je.

Seseorang tu tak layan dan terima kita, sebab dia tak tahu menghargai kita. Mengalah tak bererti kalah. Takut tak bererti pengecut. Jangan angkuh sesama manusia. Kaya ke, berpengaruh ke, itu jawatan kat Dunia sahaja. Kena ingat kita semua sama. Jangan sia-siakan hidup kita untuk membenci orang lain. Tapi pergunakan hidup untuk mengasihi yang lain. Biar kita jadi yang menginspirasi bukan yang mencaci.

Hidup ini ibarat daun-daun pepohon yang menghijau. Tiba masanya akan bertukar kekuningan menunggu saat gugur ke bumi. Dan akan diganti dengan dedaunan yang lain. Itulah kitaran alam, hingga tiba saat itu tika gugurnya tidak berguna lagi untuk menyesal. Hanya amalan yang dibawa, bertemu yang Maha Esa. Tiada yang abadi melainkan zat yang Maha Agung.
T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Memory Cotton Car Neck Headrest Pillow Auto Seat Head Support neck

Parameters:
Material: memory cotton
Size: waist support: 39 * 6* 29cm/15.4 * 2.4 * 11.4in
Headrest: 29 * 10 * 24cm/11.4 * 3.9 * 9.4in
Color: 5 colors available

Please note: the product is a single head restraint or a single lumbar support. If you need a set, please buy it separately. Thank you

HARGA RM 32
Postage rm9sm/ rm12ss
PM @Cikdaa811

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

💞 ADA YANG NAK PROMOTE @ IKLAN BISNES ANDA ? BOLEH PM SY SEKARANG !! 🎊

-PROMOTE OPEN JAM 8-9mlm sahaja
-ikut noted yang di beri 
-Admin promote ke 5 group
-Admin open promote bila ada permintaan sahaja

'Jom kembangkan bisnes anda'...
🤲Semoga anda semua dimurahkan rezeki dan permudahkan segala urusan, aminn..

T.me/PetuaDankesihatan
PM🧕 ( @Cikdaa811 )TQ🤝

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

JANGAN LUPA AIR KOSONG DI HARI RAYA

Di musim perayaan ini, pilihlah air kosong berbanding air manis.

Air kosong bukan sahaja tidak mempunyai kalori malah membantu anda untuk segar terutamanya ketika cuaca panas. Saranan pengambilan air kosong adalah 6 hingga 8 gelas sehari, pastikan anda minum secukupnya ya!

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

3 TIP MAKAN KUIH RAYA

Kuih dan muih beraneka macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

Setelah sebulan berpuasa ramai yang bertambah kacak, cantik dan sihat selepas kehilangan berat badan semasa berpuasa. Oleh itu, ambillah kuih raya dan juadah raya yang lain secara berhemah supaya tidak sia-sia usaha anda menurunkan berat badan di bulan puasa.

Ikutilah 3 tip mudah ini untuk mengurangkan pengambilan kuih raya yang kebanyakannya diketahui memang tinggi kandungan kalori, lemak dan gula.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin!
T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

TIP MASAK SECARA SIHAT DI HARI RAYA

Ingatlah, musim perayaan bukan tiket untuk anda makan tanpa memikirkan kesihatan.

Sediakan dan masak juadah raya secara sihat tidak kiralah untuk ahli keluarga tersayang, rakan-rakan mahupun saudara mara. Pilihlah bahan-bahan yang lebih berkhasiat, kurangkan penggunaan gula, garam dan minyak berlebihan semasa memasak.

Selamat hari raya!

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Harap Ramadhan Tahun ini
Bukan LAST Untuk Kita Semua,
Dalam GURAU ada terkata,
Dalam BICARA terkasar bahasa,
Dalam TINDAKAN terguris rasa,
Dalam HIDUP tak ada yg tak buat dosa.. bertaubatlah sentiasa,
Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema menggegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
Whatapps dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di *'Aidil Fitri.*

* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
• *˚Selamat★* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
•。★*Hari Raya*★。* • ˚。
° 。 ° ˛˚˛ * _Π_*。*˚
˚ ˛ •˛•˚ */__/~\。˚ ˚ ˛
˚ ˛ •˛• ˚ | 田田 |門| ˚

*SELAMAT HARI RAYA* *'AIDILFITRI*
*MAAF ZAHIR DAN BATIN*
Dari: Team @PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Jenis-Jenis Ujian Dalam Rumah Tangga...

1. Ujian Mertua

Tak semua orang memiliki mertua yang baik...ada yg terpaksa berhadapan dengan mertua yang selalu mencari salahnya, memandang kelemahannya dan mencanang kekurangannya...hal kecil diperbesarkan mertua kerana mertua tidak boleh menerima dia seadanya...untuk ujian ini, hanya ada 2 keadaan,

Pertama, isteri menceritakan layanan mertua kepada suami, suami juga nampak dan faham dengan situasi isteri, maka suami akan cuba menasihati ibunya untuk tidak berbuat sedemikian pada isterinya...jika orang tuanya masih meneruskan perbuatan itu, suami menjarakkan isteri dengan mertua untuk sementara waktu...

Kedua, suami menganggap isteri memperburukkan orang tuanya, suami taknak mendengar dan minta isteri jangan buat macam tu sedangkan apa yang dinyatakan isteri itu adalah perkara benar...isteri dipersalahkan suami, suami taknak faham dan memilih untuk menyebelahi orang tuanya 100%... Untuk keadaan ini, hanya kesabaran si isteri yabg menentukan berapa lama hubungan itu akan bertahan...

2. Ujian Ipar

Tak semua orang juga memiliki ipar yang baik...ada pasangan yang mempunyai ipar yang suka mencampuri urusan rumahtangga mereka...apa yg mereka lakukan, ke mana mereka pergi dan apa yang mereka beli, semuanya ipar ambik tahu dengan tujuan untuk menyampaikan perkara itu kepada seseorang...ipar kerap mencari salah pasangan adik-beradiknya kerana tidak serasi, tidak suka dan tidak puas hati kepadanya...ipar mengawal rumahtangga abangnya, kakaknya atau adiknya hanya kerana satu perasaan yang dipanggil dengki...

3. Ujian Kewangan

Setiap pasangan pasti akan menghadapi ujian kewangan ini dalam beberapa tahun pertama setelah mendirikan rumahtangga...dulu, gaji bulanan yang diperolehi hanya untuk perbelanjaan seorang, Tetapi kini berdua...apa yang suami makan, isteri makan...apa yang suami pakai, isteri pakai...segala galanya kena berkongsi...waktu ini, ada pasangan yang akan bergaduh sebab kewangan walaupun kedua duanya ada pendapatan...maka, perancangan sebelum dan selepas mendirikan rumahtangga sangat sangat penting bagi memastikan kewangan setiap pasangan itu teratur dan terurus...

4. Ujian Anak

Expectation yg ada dalam setiap pasangan, iaitu bila berkahwin, kita akan dapat zuriat...anak ini rezeki, dan bila rezeki, maka Allah s.w.t tidak berjanji bahawa kita akan dapat apa yg kita impikan itu dengan segera...Allah s.w.t nak kita usaha dan sabar...Allah s.w.t hanya akan bagi rezeki anak bilamana Dia merasakan pasangan itu sudah bersedia untuk menerima kehadiran anak itu disisi mereka...ujian terbesar tentang anak ini ialah pertanyaan yang tiada hentinya daripada mereka yang berada di sekeliling pasangan tersebut...pertanyaan ini yang akan membuatkan pasangan tertekan dan terbeban...

5. Ujian Kecurangan

Adakah kita dah mengenali pasangan sewaktu kita bercinta dgnnya? Adakah kita betul betul tahu luar dalam pasangan masa kita berkawan dengannnya? Kita hanya akan mengenali siapa pasangan kita, perangainya dan tabiat pasangan bilamana kita dah sebantal dan sekatil dengannya...dia mungkin ada mengenali orang lain sebelum berkahwin dengan kita, dia mungkin rapat denga rakan sepejabatnya atau dia mungkin ada bekas kekasih...dan kemungkinan dia masih berhubung dengan orang orang ini sangatlah tinggi...gejala kecurangan ini perlu dibendung di awal perkahwinan supaya ianya tidak berlarutan dan berterusan...

Akhir Kalam, ada Pasangan yang mampu menempuhi kesemua ujian ujian yang dinyatakan, ada yang Tak... Bagi Mereka yang berjaya, mugkin sekarang mereka dah Berbahagia...bagi yang tidak, mungkin sekarang mereka dah berpisah...hanya 2 pilihan itu sahaja yang ada untuk sesebuah rumahtangga Bila di Uji Allah s.w.t...

Semoga Semakin Cekal.. Tabah.. Kuat kan Bersabar Serta Berfikiran Positif Sentiasa.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Tak semua yang kita inginkan dan harapkan akan selalu terwujud, boleh jadi kita merasai kekecewaan terlebih dahulu sebelum merasai sesebuah kebahagiaan. Sentiasa belajar untuk berdamai dengan keadaan sekarang dan takdir yang Allah aturkan untuk kita.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

MAKANAN TERPROSES BOLEH MEMBAWA MUDARAT

Makanan terproses biasanya tinggi kandungan gula, garam, lemak tepu, dan bahan tambahan lain yang boleh membahayakan kesihatan jika diambil dengan kerap. Selain itu, makanan terproses juga tinggi kalori dan mempunyai kurang nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh.

Pengambilan makanan terproses secara kerap boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, diabetes, obesiti, dan pelbagai penyakit lain.

Jom hadkan pengambilan makanan terproses dan utamakan makanan segar untuk dijadikan hidangan di rumah.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Jika kesakitan itu membuat kita ingat pada Allah, itulah nikmat.

Jika kebahagiaan itu membuat kita lupa pada Allah, itulah musibah..

T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

ITEM FREE PROMO‼️
Jemput masuk

/channel/CdBundleMurah

https://chat.whatsapp.com/4howCY4lsNy6ZfjSdbyfbN

☀︎︎❀☀︎︎❀☀︎︎❀☀︎︎❀☀︎︎❀☀︎︎

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

1438 CANVAS BAG KOREA KULIT

Product Informations:
Materials: canvas

HARGA RM15
Postage rm9sm/ rm12ss
PM @Cikdaa811

Читать полностью…
Subscribe to a channel