petuadankesihatan | Unsorted

Telegram-канал petuadankesihatan - °P€tua Daπ Kesihataπ°

11633

🎉SELAMAT DATANG SEMUA.. Pelbagai ‌✓Tips, ✓Petua, ✓Kesihatan, ✓Diet, ✓Senaman, ✓Kecantikn, Info2 menarik Di kongsikan kpd anda semua. Jemput join= https://t.me/joinchat/AAAAAEWHGOSu0377BoKYUA DROPSHIP DIPERLUKAN🎉 📝💖 Since: 13.04.2016

Subscribe to a channel

°P€tua Daπ Kesihataπ°

8 KEHEBATAN BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Berapa gelas air kosong yang telah anda minum hari ini? Pastikan anda mengambil 6-8 gelas air kosong sehari untuk kekal terhidrat dan segar sepanjang hari.

T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

🄽🄴🅇🅃 🅄🄿🄳🄰🅃🄴 🄸🅃🄴🄼

PROMOSI ‼️
ITEM K͎I͎D͎S͎ S͎E͎H͎E͎L͎A͎I͎ R͎M͎1💥

/channel/CdBundleMurah

☀︎︎❀☀︎︎❀☀︎︎❀☀︎︎❀☀︎︎❀☀︎︎

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

EGO MEROSAKKAN KEHIDUPAN

Dalam hubungan kalau ada masalah bincang. Jangan buat kepala sendiri, agungkan ego sendiri. Jangan buat orang lain macam takde perasaan. Kita suruh orang lain jaga perasaan kita, tetapi kita tidak pandai menjaga perasaan orang lain. Jika perasaan kita terguris dan terluka, apakah kita tidak fikir orang lain tidak terluka dengan tindakan kita.

Setiap orang mempunyai ego, tetapi segalanya bergantung bagaimana kita cuba mengawalnya. Mungkin ada dapat mengawalnya dengan baik, tetapi ada juga tidak mampu mengawal ego hingga merosakkan kehidupan. Paling teruk apabila sikap ego membuatkan kita kehilangan orang yang disayangi iaitu orang paling dekat disisi iaitu pasangan.

Suka nampak salah orang, sedangkan salah sendiri tak sedar! Biar siapa pun kita, setinggi mana pun kedudukan kita, sehebat mana pun kelulusan kita, kita tetap seorang insan yang tidak akan pernah sempurna. Selama ini mungkin pasangan bersabar, tetapi lama-kelamaan mereka mula menjauhkan diri kerana hati mereka terluka. Jelas sekali ego memberi kesan negatif kepada hubungan.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Khasiat buah kering dan kekacang.

UNTUK memastikan keseimbangan di dalam makanan, anda harus memasukkan buah-buahan kering dan kekacang dalam diet makanan anda.

Ia mungkin membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan dan mengurangkan risiko penyakit merbahaya apabila dimakan secara berterusan.

Kaya dengan vitamin, protein, mineral dan serat membuatkan ia boleh dijadikan snek berkhasiat.


Kebanyakan pakar kesihatan dan makanan mengesyorkan buah kurma, kismis, buah tin, kacang badam (almond), walnut, pistachio dan buah kering aprikot untuk kekal sihat.


Antara khasiat yang terkandung di dalam buah kering dan kacang ini adalah seperti berikut;


Buah tamar (kurma):

Buah kurma sememangnya diketahui antara buah yang mempunyai nutrisi yang seimbang kepada manusia. Vitamin, mineral dan gula semula jadi ini membekalkan tenaga yang lebih kepada kita selain melegakan sembelit dan merawat penyakit anaemia.


Buah Tin (Fig):

kebaikan buah tin datang daripada kehadiran mineral, vitamin dan serat yang biasa ditemui di dalam buah-buahan. Ia juga mempunyai vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, kalsium, zat besi, fosforus, mangan, sodium, potassium dan klorin.

Terdapat lima gram serat dalam setiap tiga hidangan buah tin. Ketinggian kandungan seratnya membantu terutama pada bahagian usus iaitu mengelakkan masalah sembelit dan juga cirit-birit. Kandungan serat ini juga membantu mengurangkan berat badan. Justeru, ia selalu dicadangkan kepada mereka yang mengalami obesiti.


Kismis (Raisin):

Kajian mendapati resveratrol mampu melindungi tubuh daripada kanser kulit, kolon dan prostat selain membantu menjaga kesihatan jantung, melindungi dari masalah kemerosotan fungsi saraf, strok, Alzheimer dan jangkitan kulat atau virus. Khasiatnya adalah mengelak sembelit, menyihatkan mata, baik untuk jantung, memperkuatkan tulang dan menurunkan berat badan.


Aprikot: Aprikot sendiri adalah buah yang memiliki aroma manis lembut dan menggiurkan. Aprikot mengandung vitamin A, vitamin C, vitamin E, vitamin K, kalium, tembaga, mangan, magnesium, fosfor, dan niasin.


Kacang Badam (Almond):

Biasanya dimakan sebagai snek yang berkhasiat. Kacang badam mengandungi antioksidan yang tinggi dan tiada kolesterol. Dipercayai melegakan sembelit, masalah respiratori, dan jantung selain memberi khasiat kepada kulit, gigi dan rambut.


Pistachio:

Kacang ini dapat membantu mengurangkan kolesterol di dalam badan. Pistachio adalah kacang yang padat dengan nutrisi yang berkhasiat. Ia mampu meningkatkan imunisasi dan diabetes.


Gajus (Cashew Nut):

Kacang gajus antara kacang yang mengandungi vitamin E dan B6 yang tinggi. Vitamin E sangat diperlukan dalam badan untuk mengurangkan sel-sel rosak. Manakala, vitamin B6 pula penting untung metabolisme, hati, dan pembuatan sel darah merah di dalam badan.
T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

JIKA SAYA MENGALAMI MASALAH LACTOSE INTOLERANCE, ADAKAH SAYA TAK BOLEH AMBIL SUSU LANGSUNG?

Ada yang pernah mengalami sakit perut atau perut berasa tidak selesa selepas anda minum susu atau ambil makanan berasaskan tenusu? Ketahuilah anda mungkin mengalami masalah yang dipanggil lactose intolerance.

Lactose intolerance atau intoleransi laktosa adalah satu keadaan di mana kekurangan enzim laktase yang memecahkan memecahkan laktosa, iaitu sejenis karbohidrat yang terdapat dalam susu dan produk tenusu. Akibatnya, laktosa di dalam usus anda tidak dicerna dan menyebabkan anda mengalami simptom seperti sakit perut, kembung, cirit-birit dan sebagainya.

Jika anda mengalami masalah ini, bukanlah bermakna anda tidak boleh minum susu atau sebarang produk tenusu langsung. Sebenarnya, masalah lactose intolerance ini boleh diatasi dan simptomnya juga boleh dikawal.

Apa yang anda boleh lakukan:
1. Ambil susu atau produk tenusu dalam kuantiti yang sedikit secara beransur-ansur.
2. Tingkatkan kekerapan pengambilan susu atau produk tenusu dengan kuantiti yang sedikit. Ia dapat meningkatkan tahap toleransi anda terhadap laktosa
3. Pilih produk tenusu yang rendah kandungan laktosa terlebih dahulu seperti keju dan yogurt asli rendah lemak.
4. Ambil susu yang mempunyai kandungan laktosa yang rendah atau bebas laktosa.

Sekiranya anda masih mengalami simptom yang teruk selepas pengambilan produk tenusu secara beransur, bolehlah dapatkan kalsium daripada sumber makanan yang lain. Selamat mencuba!
T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

*BELIMBING BULUH*

Tolong sebarkan mesej ini kepada semua orang terdekat dan yang tersayang.

Profesor Dato’ Dr Abdul Wahab ibnu Samri dari Hospital Umum Tentera Darat Makasar mengesahkan bahawa, jika setiap orang yang mendapat maklumat ini dan kemudian menyebarkannya kepada sekurang-kurangnya 10 orang lain, sekurang-kurangnya satu nyawa dapat diselamatkan.

Saya telah melaksanakan tugas saya. Saya harap anda juga akan melaksanakan tugas anda.
Terima kasih.

Belimbing buluh dalam air panas dapat membantu anda. Tidak kira betapa sibuknya anda, anda perlu membaca ini, dan kemudian menyebarkannya kepada rakan dan orang lain.

Belimbing buluh boleh membunuh sel barah.

Potong 2-3 keping nipis belimbing buluh dan masukkan ke dalam gelas, tuangkan air panas, air akan menjadi beralkali. Minum setiap hari sekurang-kurangnya sekali. Bagi sesiapa sahaja, ia akan berguna.

Belimbing buluh akan mengeluarkan bahan anti-barah. Ini adalah perkembangan baru dalam dunia perubatan semula jadi, yang berguna dalam merawat barah.

Ekstrak belimbing buluh air panas akan mempengaruhi sista dan tumor. Sudah terbukti, ia dapat membantu menyembuhkan pelbagai jenis barah.

Menggunakan belimbing buluh dalam merawat barah, ia hanya akan membunuh sel-sel tumor yang ganas. Ia tidak akan mempengaruhi sel yang sihat.

Selain itu, asid amino dan polifenol oksidase dalam belimbing buluh dapat menyeimbangkan tekanan darah tinggi, peredaran darah, mengurangkan pembekuan darah dan dapat mencegah terjadinya trombosis urat dalam.

Setelah anda membaca ini, hantarkan kepada keluarga dan rakan-rakan. Mesti menjaga kesihatan anda..

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Menghaluskan Kulit Muka
T.me/PetuaDanKesihatan

Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

Hilangkan Pecah-pecah Di Tumit Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam.

Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Apa yang anda perlu makan sebelum bersenam?
T.me/PetuaDanKesihatan

Persediaan adalah kunci kepada kejayaan. Makan sebelum senaman akan membantu tubuh mendapatkan sumber tenaga mencukupi. Otot badan dapat berfungsi dengan semaksimum mungkin ketika aktiviti fizikal dijalankan.

Jom kita amalkan pemakanan yang sihat sebelum senaman.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Tahukah anda apa beza di antara bijirin penuh dan bijirin biasa?

Bijirin penuh mengandungi seluruh isirong (bran, germa dan endosperma) manakala bijirin putih pula adalah bijirin yang telah diproses (bran dan germa diasingkan, yang tinggal hanya endosperma). Antara contoh makanan bijirin penuh termasuklah beras perang, tepung gandum bijirin penuh, oat dan roti bijirin penuh. Manakala contoh makanan bijirin biasa adalah beras putih, tepung gandum putih dan roti putih.

Berbanding bijirin putih, bijirin penuh adalah lebih baik kerana kandungan nutriennya yang lebih tinggi. Bijirin penuh juga mampu memberikan rasa kenyang yang lebih lama serta mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah. Indeks glisemik yang rendah akan melambatkan kenaikan aras glukosa darah. Oleh yang demikian, ia memberi manfaat terhadap pesakit diabetes dan individu yang ingin mengawal berat badan.

Selain itu, salah satu komponen penting dalam bijirin penuh ialah serat. Serat dapat membantu melancarkan pergerakan bahan kumuh di dalam usus. Ini akan memudahkan proses pembuangan air besar dan seterusnya mengelakkan sembelit. Pengambilan bijirin penuh juga dapat mengawal paras kolesterol dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit seperti penyakit jantung dan kanser usus.

Jadi pastikan sekurang-kurangnya separuh daripada pengambilan bijirin harian anda adalah berasaskan bijirin penuh.

T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Biasakan diri bersyukur meskipun apa yang kita dapatkan hanya dapat sedikit.

Hakikatnya matahari masih terbit, hidung masih mampu mengeluarkan nafas, mata masih mampu berkedip, tangan masih mampu menyentuh, kaki masih mampu melangkah, mulut masih mampu berbicara dan masih mampu merasakan makanan yang sedap-sedap di mulut.

Bersyukurlah supaya dunia ini terasa luas. Bersyukurlah supaya rezeki Allah yang banyak mudah kelihatan dan bersyukurlah supaya semua kesedihan digantikan dengan perasaan berterima kasih kepada Tuhan!

Alhamdulillah


👇🌸 JOIN SINI 🌸👇
/channel/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Biasakan diri bersyukur meskipun apa yang kita dapatkan hanya dapat sedikit.

Hakikatnya matahari masih terbit, hidung masih mampu mengeluarkan nafas, mata masih mampu berkedip, tangan masih mampu menyentuh, kaki masih mampu melangkah, mulut masih mampu berbicara dan masih mampu merasakan makanan yang sedap-sedap di mulut.

Bersyukurlah supaya dunia ini terasa luas. Bersyukurlah supaya rezeki Allah yang banyak mudah kelihatan dan bersyukurlah supaya semua kesedihan digantikan dengan perasaan berterima kasih kepada Tuhan!

Alhamdulillah

👇🌸 JOIN SINI 🌸👇
/channel/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

🄽🄴🅇🅃 🅄🄿🄳🄰🅃🄴 🄸🅃🄴🄼

PROMOSI ‼️
K͎I͎D͎S͎ S͎E͎H͎E͎L͎A͎I͎ R͎M͎1💥

/channel/CdBundleMurah

☀︎︎❀☀︎︎❀☀︎︎❀☀︎︎❀☀︎︎❀☀︎︎

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

T.me/PetuaDanKesihatan

Pucuk ubi mudah tumbuh di mana-mana sahaja terutamanya di kawasan kampung tanpa memerlukan penjagaan yang rapi dan ia mengandungi banyak khasiat yang bermanfaat untuk kesihatan.

Masyarakat kita 🇲🇾 sering menjadikan pucuk ubi sebagai ulam-ulaman dan digunakan dalam perubatan tradisional.

Jom‼️kenali kebaikan pucuk ubi 👍🏻👍🏻👍🏻

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

MINUM AIR KOSONG SEBELUM MAKAN-RAHSIA CEGAH OBESITI

Umum mengetahui nilai kalori air kosong adalah 0 kalori dan pengambilannya membawa banyak kebaikan kepada tubuh badan seperti mengekalkan dehidrasi. Namun, tahukah anda, pengambilan air kosong juga boleh membantu menurunkan berat badan? Dengan hanya minum air kosong sebelum waktu makan utama ia sangat berkesan.

Bagaimana ini berlaku?
1. Apabila perut kita lapar dan kita hirup air kosong terlebih dahulu, otak akan mendapat signal perut telah diisi. Ini membantu kita untuk kurangkan porsi makanan apabila menjamah makanan selepas minum air kosong.
2. Dengan menggantikan air manis dengan air kosong, pengambilan kalori harian kita juga berkurang. Berat badan dapat diturunkan dengan bergaya, apabila kita mengamalkan minum air kosong setiap sebelum waktu makan, dengan syarat kita mengamalkan konsep Pinggan Sihat.

Jadi, apa tunggu lagi? Jom tukar sekarang! Amalkan segelas air kosong sebelum waktu makan utama. Untuk mendapatkan berat badan yang unggul , ingat formula ini: Air kosong + Senaman + Suku Suku Separuh.

Selamat Beramal!
T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

*DOA PAGI🌅*
بسم الله الرحمن الرحيم

أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ الْمُلْكُ لِلَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ. رَبِّ أَسْأَلُكَ خَيْرَ مَا فِيْ هَذَا الْيَوْمِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهُ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِيْ هَذَا الْيَوْمِ وَشَرِّ مَا بَعْدَهُ، رَبِّ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْكَسَلِ وَسُوْءِ الْكِبَرِ، رَبِّ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابٍ فِي النَّارِ وَعَذَابٍ فِي الْقَبْرِ

“Kami dan kuasa Allah berpagi hari. Segala puji bagi Allah. Tiada tuhan selain Allah yang Maha Esa, dan tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kuasa dan puji. Dia berkuasa atas segala sesuatu.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikan hari ini dan hari sesudahnya. Aku memohon perlindungan-Mu kejahatan hari ini dan hari sesudahnya.

Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu dari kemalasan dan kedaifan masa tua. Aku memohon perlindungan-Mu dari siksa api neraka dan siksa kubur.”

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

HATI MANUSIA MUDAH BERUBAH

Sematang apa pun seorang wanita, mereka semua sama. Akan sedih ketika tidak di hargai.  Akan sedih ketika seseorang yang di sayang berubah. Akan sedih ketika di bohongi, tak kira sekecil apa pun. Kerana mereka merasa dihargai walau dari hal kecil.

Ingin tenang? Rasa tenang akan tiba ketika engkau memutus rasa harap kepada makhluk. Berharap pada makhluk adalah patah hati yang disengaja. Hanya ALLAH sebaik-baik tempat berharap. Luaskan hatimu, sehingga apabila ada masalah besar yang masuk ke dalamnya, akan terlihat seperti butiran debu yang mudah di sapu.

Kita akan di uji dengan apa yang kita sayang sehingga kita terduduk tak berdaya. Lalu kita sedar bahawa tiada kebahagian melainkan melalui jalan sabar dan redha menerima ketetapan Tuhan.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

T.me/PetuaDanKesihatan

❗Selalu ambil warna buah dan sayuran yang sama?

💜Kami kongsikan buah dan sayuran berwarna UNGU.

Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, KKM menggalakkan orang ramai agar meningkatkan pengambilan buah dan sayuran berwarna ungu untuk memperoleh manfaatnya.

❗JOM! Pelbagaikan warna semula jadi dalam pengambilan diet harian kita.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

_Assalamualaikum wbt_

_☘️ MUTIARA PAGI ☘️_

Kebahagiaan bukan ketika kita memiliki kesempurnaan, namun kebahagiaan yang sebenarnya ketika kita dapat menerima kekurangan dengan tulus dan ikhlas.

*_”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”_*

_Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin._

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

_Assalamualaikum wbt_

_🦋 MUTIARA PAGI 🦋_

Mata terindah adalah mata yang selalu melihat kebaikan orang lain. Hati terindah adalah hati yang selalu berperasangka baik terhadap orang lain.

*_”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”_*

_Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin._

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

T.me/PetuaDanKesihatan

Makan pelbagai jenis makanan sihat membantu mengekalkan kesihatan anda dan melindungi anda daripada penyakit kronik. Pemakanan yang seimbang bermakna makan pelbagai jenis makanan daripada 5 kumpulan makanan setiap hari, dalam jumlah yang disyorkan. Makan makanan yang sihat tidak bermakna meninggalkan resipi kegemaran anda.

Beberapa pertukaran mudah dan sedikit perancangan boleh membantu anda membuat perubahan sepanjang hayat dan sihat pada diet anda. Kebanyakkan resipi kegemaran boleh diubah suai supaya ia mempunyai kandungan lemak yang lebih rendah.

Jom cuba dengan kaedah memasak yang menggunakan kuantiti minyak yang sedikit seperti di bawah.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

T.me/PetuaDanKesihatan

💋merah kan bibir

tumbuk kunyit dan sapukan di bibir


🍭Tegangkan Payudara

Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.


🥜 KHASIAT Walnut:

Di sebalik kerang yang keras ini terdapat kacang walnut yang penuh dengan Omega-3, asid lemak, serat, anti-oksida, vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tumbesaran dan pengembangan otak. Selain itu, ia dipercayai mengurangkan risiko diserang penyakit strok dan sakit jantung. Walnut juga membantu kesuburan lelaki dan membantu mengawal berat badan. - taboola feed

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

UNTUK RAWATAN BUASIR

Assalamualaikum.. disini saya nak bagi tau..ada sesiapa yg tanam atau kenal pokok ni.. air rebusan pokok ni memang terbaik untuk merawat pesakit buahsir..ini pengalaman saya sendiri.. air dia rasa mcm air sayur bayam tak masuk garam..

Kredit: Muhamad Zaini

* nama pokok: pokok nanas kerang
* cara penyediaan: bersihkan pokok dan terus rebus tanpa campur apa-apa sampai air jadi warna ungu, minum airnya, insya Allah untuk merawat buasir.

T.me/PetuaDanKesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

🄽🄴🅇🅃 🅄🄿🄳🄰🅃🄴 🄸🅃🄴🄼

PROMOSI ‼️
ITEM K͎I͎D͎S͎ S͎E͎H͎E͎L͎A͎I͎ R͎M͎1💥

/channel/CdBundleMurah

☀︎︎❀☀︎︎❀☀︎︎❀☀︎︎❀☀︎︎❀☀︎︎

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

_Assalamualaikum wbt_

_🌾 MUTIARA PAGI 🌾_

Jika kita mengejar amalan, tandanya kita mengerti akan kematian. Bila kita mengejar kehidupan, itu tandanya kita tertinggal amalan. Apapun yang kita kejar, semua berlari menuju kematian. Jika kita diam sekalipun, kita tetap dikejar kematian. Kerana kematian itu pasti.

*_”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”_*

_Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin._

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

T.me/PetuaDanKesihatan

👁️👁️Kebanyakan rakyat di negara ini menatap skrin digital bagi tempoh yang panjang secara berterusan. Apabila seseorang melakukan kerja dekat dalam tempoh yang lama, ini akan menyebabkan berlakunya pengurangan kadar mata berkelip, seterusnya meningkatkan risiko seseorang mengalami mata kering.

💥❗Mata kering berlaku apabila kalenjar air mata tidak menghasilkan cecair yang cukup bagi melindungi dan melembapkannya mengakibatkan kerengsaan dan ketidakselesaan pada mata.

📌Sehubungan itu, orang ramai disarankan untuk mengamalkan penjagaan mata yang baik bagi memastikan penglihatan yang berkualiti.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin.
T.me/PetuaDanKesihatan

Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam.

Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga.

Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

T.me/PetuaDanKesihatan

Konsep pemakanan untuk bayi dan kanak-kanak kecil adalah berdasarkan konsep 3K iaitu:
KEKERAPAN, KUANTITI & KEPELBAGAIAN.

📌KEKERAPAN
Berikan anak makan 3-4 hidangan utama (kekerapan mengikut kumpulan umur yang bersesuaian) berserta 1-2 snek. Tingkatkan kekerapan pemberian makanan mengikut umur. Untuk bayi 6-8 bulan, perkenalkan hidangan utama seperti bubur dan apabila meningkat umur boleh mulakan dengan makanan seperti nasi. Ubah tekstur dan penyediaan makanan secara beransur-ansur mengikut pertumbuhan, perkembangan dan keupayaan mereka.
Snek yang berkhasiat adalah seperti buah-buahan, sayuran dan makanan jejari.

📌 KUANTITI
Tingkatkan kuantiti makanan anak mengikut perkembangan umur mereka. Berikan makanan yang mencukupi bagi memenuhi keperluan tenaga bayi dan kanak-kanak. Berikan susu 1-2 jam selepas makan utama.

📌KEPELBAGAIAN
Perkenalkan pelbagai jenis makanan kepada bayi dan kanak-kanak. Kepelbagaian makanan dapat membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi dan kanak-kanak yang optimum.

✅ Sekiranya ingin menukar makanan, tukar makanan daripada kumpulan makanan yang sama:

1. 🍚Kumpulan nasi, bijirin lain, produk makanan berasaskan bijirin penuh & ubi-ubian (Contoh: nasi ditukar dengan mi/ bihun/ roti/ kentang/ jagung).
2. 🍗Kumpulan ikan, ayam, telur, daging & legum (Contoh: ayam ditukar dengan daging atau tauhu kacng soya ditukar dengan kacang pis).
3. 🥦Kumpulan sayur (Contoh: bayam ditukar dengan sawi/ lobak merah ditukar dengan labu kuning).
4. 🍎Kumpulan buah (Contoh: betik ditukar dengan buah naga).

🧈Lemak/ minyak perlu ditambah dalam makanan mereka. Unsalted butter atau minyak masak/ minyak sayuran boleh digunakan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk dan baca Rekod Kesihatan Kanak-kanak anak anda.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

T.me/PetuaDanKesihatan

🥦🥡🥩Walaupun sesetengah masyarakat beranggapan peti sejuk merupakan tempat yang selamat untuk menyimpan makanan, makanan yang disimpan dalam peti sejuk juga boleh rosak.

⚠️Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengamalkan tip penyimpanan makanan dalam peti sejuk yang betul.

Jom ikuti siri tip penyimpanan makanan dalam peti sejuk sebagai panduan anda

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

ADA MASA CARE & ADA MASA DON'T CARE

Ikut gerak hati. Rasa patut stay kau stay. Rasa perlu go away, kau go away. Ada masa care dan ada masa don't care. Tak payah nak mengorbankan diri sangat untuk membahagiakan semua orang. Kita perlu juga ada sikap buat bodoh dalam beberapa keadaan. Start to appreciate yourself.

Tak ada faedahnya berbuat kebaikan sampai orang mengambil kesempatan. Hidup ni kadang-kadang kena selfish jugak, jangan asyik kau je yang mengalah. Agak-agaklah nak buat baik, orang sekarang bukan boleh dibagi muka sangat. Kita perlu tegas dalam beberapa perkara. Kalau berlembut tak kena tempat, memang orang akan pijak kepala kita.

Orang yang kurang ajar memang patut di ajar. Orang yang rasa diri dia je betul, yang rasa diri dia suci bersih bagaikan malaikat tu lah yang membuat kita tak boleh duduk diam. Kadang-kadang kita kena lawan. Biar dia sedar dalam dunia ni semua orang ada buat salah dan silap. Orang yang dah melebih sangat, kau bangkit dan lawan kata-katanya sampai dia terdiam.

Kadang kadang jadi garang baru orang takut, jadi lembik orang pijak kepala kita macam lapik kaki “welcome”. Sabar tu sabarlah tapi takkan orang dah sampai pijak kepala kita pun nak diam, nanti diri sendiri yang merana. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Kita kena bersuara jugak, protect diri. Namun, kalau jumpa orang macam ni jalan penyelesaiannya menjauhkan diri darinya lebih baik.

Sabar dan tabah senjata utama kehidupan, itu pilihan terbaik!. Jika nak mundur dan nak jadi pelapik kaki, sendiri buatlah pilihan. Terus bangkit walaupun kekadang pahit membelengu diri. Setiap kesabaran ada hikmah disebaliknya. Walau apapun dugaan yang datang jangan mengalah. Teruskan ke depan, be strong.

Don't be to nice, orang pijak kepala. Cukup jadi baik, tak kacau hidup orang dan buat hal sendiri. Orang ajak lepak, pergi. Ajak berbual, berbual. But don't get too attached, don't be too clingy & don't too nice. Orang tak kisah pun. Mulai sekarang buang rasa kesian kat orang, sebab kena kesian kat diri sendiri dulu, baru fikir orang. Faham?. Tak payah jadi baik sangat, layan je orang macam mana orang layan kau.

Читать полностью…
Subscribe to a channel