petuadankesihatan | Unsorted

Telegram-канал petuadankesihatan - °P€tua Daπ Kesihataπ°

11633

🎉SELAMAT DATANG SEMUA.. Pelbagai ‌✓Tips, ✓Petua, ✓Kesihatan, ✓Diet, ✓Senaman, ✓Kecantikn, Info2 menarik Di kongsikan kpd anda semua. Jemput join= https://t.me/joinchat/AAAAAEWHGOSu0377BoKYUA DROPSHIP DIPERLUKAN🎉 📝💖 Since: 13.04.2016

Subscribe to a channel

°P€tua Daπ Kesihataπ°

*_ASSALAMUALAIKUM WBT

*🌾 MUTIARA PAGI 🌾

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Hiduplah mengikut kadar kemampuan, jangan melayan keinginan untuk mendapat pujian manusia.

Orang yang baik tidak meremehkan dosa walaupun kecil, dan tidak sombong apabila mempunyai amalan baik yang banyak.

*_”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.

_Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Senaman mudah untuk suri rumah atau warga mas. Boleh buat di rumah.
@PetuaDankesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

KHASIAT MINYAK BUNGA MATAHARI
🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻
@PetuaDankesihatan


1. Menurunkan Kolestrol Jahat

Membantu menurunkan kolestrol yang menyebabkan penyakit jantung dan stroke.

Manfaat omega-3 dan 6 ini sangat penting dalam mengatasi masalah kolestrol tinggi (LDL).

Kandngan omega-3 dan 6 juga bisa diperoleh dari ikan salmon, tuna, kacang almond, dan kacang-kacangan lainnya.

Kandungan omega-3 berfungsi untuk menurunkan kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik (HDL). Fungsi HDL adalah melindungi kesehatan organ jantung dan lainnya.


2. Membantu Mencegah Kanser

Vitamin E yang terkandung di dalam minyak bunga matahari adalah antioksidan yang memiliki fungsi vital dalam menangkal serangan radikal bebas ke tubuh.


3. Untuk Kesihatan dan Kecantikan Kulit.

vitamin E dalam minyak bunga matahari iaitu melindungi sinaran UV / matahari yang berbahaya bagi kulit.

Kandungan vitamin C bermanfaat untuk mencegah kerosakan pada sel-sel kulit yang sensitif akibat sinaran ultraviolet.

kandungan beta karoten di dalam minyak bunga matahari berfungsi dalam menghalang dan mengawal radikal bebas yang masuk menyerang ke dalam tubuh, agar mencegah terjadinya kerosakan pada kulit. Ia juga mencegah masalah "sunburn" dan mencegah kanser kulit akibat serangan radikal bebas.

Secara tak langsung khasiat minyak bunga matahari mampu mencerahkan kulit.


4. Untuk Rambut dan Kulit Kepala.

nutrisi penting berupa vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin E, Asid organik, asid folat, mineral penting berupa kalsium, kalium dan zat besi.

Kandungan di dalam minyak bunga matahari berperanan sebagai emolien pada kulit kepala, untuk menjaga kelembapan rambut.


5. Mengatasi Jerawat.

Kandungan vitamin A, C, D, dan E, serta asid organik esensial berfungsi untuk membantu menghilangkan jerawat, juga membuat wajah lebih cerah. Caranya, cuma sapu ke bahagian yang diperlukan.


6. Menenangkan Saraf Dan Otot Tubuh.

magnesium berfungsi untuk menjaga keseimbangan zat kalsium di dalam tubuh. Dengan kadar zat kalsium yang tepat di dalam tubuh, memberikan manfaat untuk ketenangan saraf dan otot tubuh.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

KULAT BERTEMU ROTI 🍞
@PetuaDankesihatan


_Sebelum mengambil keputusan untuk membuang roti yang sudah luput atau masih ragu² untuk memakannya, marilah bersama-sama meneliti bagaimana mikroorganisma ini membentuk._

📝 *Kerosakan roti berlaku bukanlah berpunca daripada sesudah tarikh luput semata-mata tetapi boleh berlaku apabila berlakunya :*

▪ *Kerosakan kulat :*

Berlaku selepas proses roti dibakar dimana permukaan roti terdedah kepada spora atau penyimpanan terdedah kepada kelembapan dan suhu yang sesuai.

▪ *Kerosakan yis :*

Berlaku selepas proses roti dibakar apabila yis yang bermasalah, pichia butonii atau dikenali sebagai Chalk Mold _(kelihatan tompokan putih atau krim)_ dijumpai di bahagian pemotongan, penyejukan roti, saluran penyampai _(conveyor belt)_ dan rak².

▪ *Kerosakan bakteria :*

Berlaku semasa proses roti dibakar apabila spora bakteria bernama bacillus sp menghinggapi tepung dan yis. Ia mempunyai ketahanan haba _(heat-resistant)_ dan jika suhu roti yang dibakar tidak mencecah paras maksima 97 ke 101 darjah celcius di bahagian dalamnya, spora ini akan masih hidup dan membiak. Kesannya dapat dilihat antara 12-24 jam selepas roti dibakar; luaran kerak roti rapuh, intinya disentuh agak melekit dan apabila ditarik membentuk tali serta berbau fruity.

*RUJUKAN*

_Mould spoilage of bread and its biopreservation_
﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

@PetuaDankesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

MASALAH MUKA BERJERAWAT? BACA NI
@PetuaDankesihatan


Cuba check dekat mana jerawat² tu selalunya naik. Selalunya masalah jerawat ni berpunca dari pemakanan yang kita makan dari pagi sampai ke malam.

Kalau kita TAK JAGA pemakanan banyak makan makanan yang TINGGI GARAM, BERMINYAK, FAST FOOD, atau PROSES FOOD.

Segala produk kecantikan untuk muka memang tak akan berkesan kalau menjadi pun efeknya hanya sedikit sahaja.

Betul TAK NAK muka berjerawat? Ubah dulu cara pemakanan yang lebih sihat start from now.

InsyaAllah lepas ni dah tak lagi membazir beli produk mahal2 atau gi facial mahal2 lagi dah.

ubah tabiat pemakanan muka jadi lebih bersih, MasyaAllah tabarakAllah.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

*Tips KESIHATAN
@PetuaDankesihatan


▫Brp jam sekali kita kena buang air kecil❓ saya kadang² separuh hari tak terasa nak buang air kecil. adakah ia boleh memudaratkan kesihatan kita❓

▪ *Jawapan :*

🔻 Kita kena buang air kerap untuk *flush bacteria* dalam pundi kencing kita selain dari untuk mengetahui kita cukup air dalam badan atau tidak, Jika kita jarang kencing ini bermakna penghasilan air kencing adalah sangat sedikit dan ini menunjukkan perfusion ke buah pinggang juga sangat sedikit, ini *tidak baik untuk buah pinggang*. Jadi untuk mudah cuba lihat warna air kencing, jika pekat macam air teh bererti kita tidak cukup minum air, dan kena minum lebih banyak air

🔹3.0 L sehari pun okay untuk kita yang bekerja di dalam bangunan. Untuk mudah lihat warna air kencing kita, jika jernih macam air paip bererti
Kita cukup minum.

🔹Air yang cukup adalah sangat penting untuk kesihatan kita. Ia mengawal keseimbangan mineral, suhu, tekanan darah dan pelbagai lagi proses kimia yang berlaku dalam tubuh kita.

_sumber Majalah Kesihatan_
﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

PETUA Asli Untuk Anda Cerahkan Kulit — Cuma Guna Beras Kisar dan Teh Pekat 🍃
@PetuaDankesihatan


🔲. *PETUA 1*
Ambil dua camca beras kemudian kisar sampai halus. Campurkan juga satu camca madu lebah dengan sedikit teh pekat. Gaul semua bahan tadi sehingga menjadi krim. Selepas itu sapukan pada kulit wajah dan biarkan ia kering. Kemudian, bersihkan kulit wajah dengan air. Amalkan selalu dan insya-Allah kulit kelihatan lebih cerah.

🔲. *PETUA 2*
Ambil sebiji telur ayam kemudian pukul bersama satu setengah cawan minyak kelapa dan satu camca madu lebah. Kacau semua bahan sehingga sebati lalu simpan di dalam peti sejuk selama sejam. Selepas itu oleskan ramuan tadi pada wajah selama 30 minit lalu bersihkan dengan air.

🔲. *PETUA 3*
Ambil sebiji timun lalu parut isinya. Kemudian, campurkan dengan setengah biji limau nipis bersama sedikit bedak sejuk. Jadikan ia sebagai masker dan sapu pada muka setiap malam. Insya-Allah jika diamalkan selalu, kulit lebih cerah malah kesan jerawat juga beransur hilang.

🔲. *PETUA 4*
Ambil satu camca kacang dan enam biji badam lalu rendam semalaman di dalam bekas berisi air panas. Keesokan hari, tumbuk bahan tersebut sehingga halus. Kemudian, oleskan bahan tadi pada kulit wajah dan biarkan selama setengah jam. Sesudah itu bersihkan wajah dengan air.

🔲. *PETUA 5*
Ambil setengah biji lobak lalu potong kepada beberapa bahagian. Kisar lobak bersama limau nipis dan kuning telur. Pastikan semua bahan sebati dan sapukan pada kulit wajah. Biarkan selama setengah jam dan bersihkan muka dengan air. Hasilnya wajah berseri dan cerah semula jadi.

🔲 *PETUA 6*
Campurkan dua setengah camca air bersih dengan setengah cawan susu tepung. Kemudian, gaul semua bahan sehingga sebati lalu sapukan pada muka. Biarkan selama 10 minit selepas itu cuci muka dengan air. Lakukan rutin ini dua atau tiga kali seminggu untuk mendapatkan kulit yang cerah.

🔲 *PETUA 7*
Inginkan kulit cerah dan lembut dalam masa sama? Cuba ini, kisar kulit telur sehingga halus lalu campurkan sedikit air suam bersama bedak sejuk. Kemudian, oleskan pada wajah dengan bahan tadi dan dalam masa sama urut perlahan kulit wajah. Biarkan ia keringlalu bersihkan dengan air.

🔲 *PETUA 8*
Ambil empat hingga lima helai pucuk jambu batu muda dan bilas bersih. Tumbuk sehingga lumat dan campurkan sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan ramuan tadi pada muka selama lima minit lalu bersihkan muka dengan air. Insya- Allah kulit wajah lebih cerah dan lembut.
﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

*ℂ𝕒𝕣𝕒 𝕣𝕒𝕟𝕘𝕦𝕡𝕜𝕒𝕟 𝕤𝕖𝕞𝕦𝕝𝕒 𝕜𝕖𝕣𝕖𝕡𝕖𝕜, 𝕓𝕚𝕤𝕜𝕦𝕥, 𝕜𝕖𝕣𝕠𝕡𝕠𝕜 𝕪𝕒𝕟𝕘 𝕕𝕒𝕙 𝕝𝕖𝕞𝕒𝕦 🍪🍩
@PetuaDankesihatan


𝕾𝖚𝖒𝖇𝖊𝖗 : 𝕾𝖎𝖓𝖆𝖗 𝕻𝖑𝖚𝖘

*KEREPEK* banyak lagi, makan sikit² tapi bila buka balik nak makan lagi dah lemau.Ada cara untuk rangupkan kembali kerepek yang lemau atau masuk angin ini.

Apa pun, makanan begini biasanya masih elok selagi tak berbau pelik. Jadi, kalau nak elak membazir cuba lima tips ini untuk merangupkan semula makanan yang lemau.

*1. Panaskan dalam ketuhar*

Tip yang pertama mudah saja. Cuma perlu sediakan alas atau tray dan masukkan semula makanan selama 3-5 minit dengan suhu 180 darjah celcius. Pastikan biskut tadi dijarakkan sedikit atau ditabur rata-rata.Tunggu sejuk dan anda boleh menikmatinya macam biasa.

Selalunya orang buat cara ini untuk rangupkan biskut. Ia akan jadi rangup di luar dan lembut di dalam. Boleh juga guna untuk kerepek atau popcorn asalkan kena adjust sikit suhunya supaya tak hangus.


*2. Guna microwave*

Bagi yang tak ada ketuhar, boleh juga guna microwave. Caranya lebih kurang sama, cuma anda perlu letakkan sehelai tisu sebagai alasnya. Tisu ni fungsinya nak menyerap kelembapan supaya makanan jadi garing semula.
Selepas itu microwave pada suhu Medium atau High selama 40 saat.

Masa keluarkan dari microwave itu awalnya akan nampak lembut, tapi bila sudah sejuk sikit ia akan kembali rangup!

*3. Masukkan di dalam periuk nasi*

Cara seterusnya, hanya menggunakan periuk nasi. Mula-mula pastikan bahagian dalam periuk itu kering. Kemudian masukkan apa-apa jenis kudapan kering ke dalam periuk tersebut. Yang jenis basah tak bolehlah ya. Kemudian tekan butang ‘warm’ dan biarkan selama 1 jam dan cuba rasa apabila sudah sejuk sedikit. Kalau masih lemau boleh tambahkan lagi setengah jam hingga betul-betul rangup.


*4. Panggang atas api perlahan*

Mungkin ramai dah biasa guna cara ini terutamanya untuk biskut raya yang sudah jadi lemau. Caranya panggang semula atas api dengan non-stick pan atau pemanggang ajaib. Gunakan api paling rendah dan panaskan selama lebih kurang 5-10 minit.

*5. Guna air fryer*

Selalunya kita takut nak goreng semula kerepek atau keropok sebab nanti terlalu berminyak. Takut juga kalau terlebih kolesterol pula. Jadi bolehlah guna air fryer untuk kes-kes seperti ini.

Boleh ‘gorengkan’ dalam 2-3 minit dengan suhu 180-200 darjah celsius, tunggu sehingga sejuk. Cara ini juga boleh digunakan untuk popcorn yang asyik lemau walaupun baru dibeli.

Bagi yang nak cuba teknik-teknik ini, seeloknya ambil bahagian yang nak dimakan saja untuk dirangupkan semula. Sebab selalunya kalau dah sejuk balik, ia mungkin akan jadi lemau atau keras semula.

﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Kenapa Kita Selalu Jumpa Lipan🐉dalam Rumah
@PetuaDankesihatan


📝Lipan atau dalam bahasa Inggerisnya *Centipede* memang diakui sangat berbisa walaupun racunnya belum boleh dikategorikan tahap membunuh buat manusia .Tapi di ingatkan bagi kanak² bawah 5 tahun atau warga emas yang disengat lipan, segeralah bertemu doktor.

▫️Dengan berbekalkan *‘Forcipules’* ; 2 kaki depan yang bentuknya seakan penyepit, lipan akan menyuntik bisanya ke badan mangsa sekiranya rasa terancam.

▫️Mengikut satu kajian, *lipan hanya akan merayap ke tempat yang ada sumber makanan untuknya.* Contoh² makanan lipan adalah anai-anai , lipas , lalat dan labah².Elakkan kehadiran lipan dengan memastikan rumah anda bersih dan bebas dari perosak di atas terutamanya dalam bilik air dan kawasan lembap.

﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

@PetuaDankesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

*PETUA HILANGKAN SAKIT DAN LENGUH² PINGGANG
==========================================
@PetuaDankesihatan


Inilah petua yang boleh korang cuba.
Orang kalau sebut sahaja daun durian belanda tentu dalam fikiran korang hanya untuk merawat penyakit barah saje tapi sebenarnya ia baik untuk mereka yang bermasalah Sakit pinggang.

▪ Bahan bahan
==========
30 helai daun Duria belanda
Batu tungku ( batu sungai )

▪ cara cara
=======
1. Susunkan daun daun durian belanda letak diatas kain lama yang dah tak digunakan.

2. Bakar batu tungku , bile dah panas letak di atas kain yang telah dialaskan dengan daun durian belanda tadi.

3. Tungku di tempat yang sakit tu, memang akan rasa lega sangat bile kite tuam tuamkan dekat pinggang.

Buatlah 2x sehari inshaaAllah urat yang sakit tu akan pulih selepas terkena wap panas dari daun durian belanda.

❗ *Petua ni orang mengandung🤰🏻dilarang buat.*
﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

*CIKGU INI DEDAH 10 TIP HAFAL SIFIR YANG PALING MUDAH*

1. *CARI TEMPAT YANG TENANG DAN TIDAK BISING*

Suasana persekitaran mempengaruhi hafalan kita. Tempat yang riuh rendah dan bising pasti mengganggu tumpuan.

2. *BACA DENGAN KUAT DAN BERULANG-ULANG*

Bacaan itu paling kurang mesti telinga kita mendengarnya.

3. *HAFAL SEPARUH-SEPARUH DAHULU*

Jangan hafal terus kesemuanya. Agak sukar dan lambat untuk kita ingat dan mudah bercelaru nanti. Contohnya sifir 4. Hafal dulu 1x4 = 4 hingga 5x4 = 20 bagi betul-betul ingat sebelum sambung pula 6x4 hingga 9x4.

4. *BACA DAN HAFAL DALAM HATI*

Setelah baca dengan kuat berulang kali, seterusnya baca dalam hati berulang-ulang kali. Ulang dan ulang. Kalau boleh pejam mata lagi bagus. Khusyuk gitew.

5. *PEJAM MATA ATAU TUTUP BUKU DAN CUBA BACA*

Contohnya sifir 4 tadi. Jika dah yakin dihafal dengan baik, cuba pejam mata dan baca tanpa lihat sifir sekurang-kurangnya tiga kali. Jika sangkut, boleh tengok dan ulang-ulang baca sifir yang sangkut itu.

Contohnya sangkut kat sifir 6x4. Maka hanya sifir 6x4 sahaja perlu diulang-ulang sampai ingat sebelum tutup mata/tutup buku dan cuba baca semula dari awal.

6. *TULIS SIFIR BESAR-BESAR DAN TAMPAL PADA TEMPAT YANG SENANG KITA LIHAT*

Bawah alas meja bacaan atau tampal saja pada dinding atau peti sejuk. Setiap kali sebelum buka peti sejuk, minta murid lihat sifir dan baca berulang-ulang kali. Benda yang selalu dibaca dan diulang-ulang, akan cepat ingat. Tak perlu letak semua sifir sekali gus pada peti ais/ dinding atau bawah alas meja. Cukup satu atau dua sifir sahaja dulu. Sebaik dah benar-benar kuasai dan hafal baru tukar nota sifir seterusnya pula.

7. *TERUS BUAT LATIHAN SEBAIK MULA INGAT SIFIR*

Contohnya dah hafal sifir 4, terus buat latih tubi soalan sifir 4 sahaja. Perbanyakkan soalan latih tubi ini. Hafalan yang terus disertai dengan latihan ingatannya akan berkekalan, InsyaAllah.

8. *CARI PASANGAN/KAWAN UNTUK SAMA-SAMA HAFAL*

Bila hafal secara berpasangan atau berkumpulan, semangat dan motivasi untuk menghafal itu lebih tinggi.

9. *BUAT JADUAL SEMAK HAFALAN SIFIR*

Jadual semak hafalan sifir sangat bagus untuk memantau hafalan anak-anak/murid-murid. Setiap sifir mesti ada due date. Satu minggu mesti selesai satu sifir. Jika mereka berjaya, tanda tangan. Jika mereka dapat hafal dan ingat awal dari dijadualkan, berilah ganjaran. Baru mereka seronok dan bertambah minat untuk belajar Matematik.

10. *SEDIAKAN ROTAN*

Fuh, tip ke 10 ini bakal jadi kontroversi ni. Hihi. Tip ni tip kuno, tapi masih sangat berkesan sampai hari ini. Letak rotan kat sebelah, tunggu dia baca dan hafal. InsyaAllah, setengah jam saja mereka pasti ingat. Walau baca dan hafal dalam linangan air mata, ilmu yang mereka dapat itu bermanfaat dan diguna selama masa.

*Yang ini adalah optional tau.* Jangan kata aku suruh buat. Ke balai aku nanti. Kau nak cuba, itu keputusan kau. Aku cuma cakap, tip kuno ini masih berkesan sebab aku dah guna kat anak aku. Hahaha

Sumber: Mohd Fadhli Salleh

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

12. Hutan yg bising dgn bunyi unggas lebih baik di waktu malam drpd hutan yg sunyi sepi. Bila hutan sepi, mesti ada apa2 yg tak kena. - orang asli.

Ok, masuk bab amalan bukak khemah (Rule and system dia la..bukan amalan yg spritual ni..).

1. Cari kanopi yg masih hijau. Bila dah tentukan nak khemah, dongak ke atas, cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yg masih hijau..so, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat rendah.

2. Ketinggian dr paras air. Bila dah tentukan mana bahagian yg lapang nak dibuat, tentukan ketinggian khemah sekurang2 4 kaki dr aras air sungai, kalau landai..jangan buat khemah kat situ, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok2 rendah dan renek mcm pokok senduduk dll..tu tandanya air selalu naik kat kawasan tu. Cari kat kawasan yg pokoknya besar2.

3. Tentukan laluan / denai didalam radius kawasan 20 meter dr khemah. Jangan buat khemah didalam laluan denai, sebab laluan denai bukan utk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain jugak. kang seladang tumpang tidur.

4. Bersihkan lantai tapak perkhemahan drpada daun dan pokok2 renek (potong je pokok2 kecik ni,kang dia tumbuh balik). Pakai je ranting pokok2, sapu sampai nampak tanah dan takdak daun, so, risiko terkena sengat lipan, kala jengking dll tu kurang skit.

5. Dah ready, baru tabur karbaid kaler kuning tu.

6. Kalau pakai khemah jenis igloo atau T shape, pasang khemah kat secara menghadap /berhadapan dan unggun api kat tengah.

7. Dlm nyalaan unggun api tu, standby dgn beberapa batang kayu panjang. Kalo boleh, sesuai dgn jumlah orang yg pergi camping tu. Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa lagi..capai la kayu yg ada api ni sebagai senjata, parang pisau..binatang tak takut. Api? confirm depa lari..

8. Kalo ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau gak kot2 binatang datang (beruang terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami suka buat pagar dgn tali tangsi disambing dgn loceng, terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi.

Kredit: Segamat Outdoor World

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

@PetuaDankesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

Janji Allah Itu Pasti.

MISTERI SURAH AL-FATIHAH

1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur. Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian. Melepas-kan rasa sakit dalaman

3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur. Kepada orang berpenyakit mental

4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit, sakit yang keterlaluan

5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit. Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu..

SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA

Aamiin 🤲
@PetuaDankesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

@PetuaDankesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

@PetuaDankesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

*TIPS MAHU KEKAL FOKUS ? IKUT1⃣1⃣ TIPS RINGKAS
@PetuaDankesihatan


▪Makan pada waktu yang betul. Glukos dalam badan membantu minda anda tajam.

▪Matikan telefon atau kurangkan penggunaan telefon. Kebanyakan aktiviti bersama telefon bukan perkara yang penting.

▪Gunakan kerusi yang baik. Sebab itu bos-bos anda mempunyai kerusi yang empuk.

▪Buat To-Do-List. Buat dengan ringkas dan habiskan.

▪Pakai ‘headphones’. Dengar lagu klasik atau tidak mendengar apa-apa.

▪Kosongkan meja. Meja yang kosong, membantu anda buat perkara satu demi satu.

▪Tutup semua gajet. Kalau tidak perlu, matikan.

▪Buat jadual harian dan ‘monitor’. Lihat berapa banyak masa digunakan dengan betul.

▪Hargai diri anda. Bila anda sudah siap lakukan satu perkara, beri ganjaran pada diri anda.

▪Gambarkan impian anda (dream board). Lihat setiap hari, bangun tidur dan bila nak tidur.

▪Dapatkan pembantu atau teman; kucing, isteri dan pembantu. Kerja anda akan lebih efektif diselesaikan, lagi-lagi hal yang remeh-temeh.

﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

*Boleh ke ibu menyusu diet untuk menurunkan berat badan ? 🤱🏽
@PetuaDankesihatan


_Boleh, Tapi ada beberapa syarat penting untuk mengekalkan kualiti susu untuk diberi kepada baby._

▪1. Mulakan selepas baby berumur 2-3 bulan supaya susu yang dibekalkan telah cukup khasiat sebelum mula berdiet.

▪2. Makan 1500kcal-1800kcal sehari (bergantung kepada berat badan ibu. Lagi berat, lagi tinggi kalori). Kurangkan makanan yang berminyak. Makan sikit-sikit tapi kerap untuk elakkan kelaparan. Berapa kerap? at least ada gap 2 jam.

▪3. Elakkan amalkan diet shortcut! - no atkins, no cabbage soup diet, no very low carbs diet. Ia boleh menjejaskan kualiti susu. Amalkan healthy diet yang lengkap semua kumpulan makanan (carbs, protein, fat) pada jumlah yang sederhana.

▪4. Turun berat perlahan-lahan. Paling bagus dalam 500g seminggu ataupun 2kg sebulan. Sikit tak pe asalkan anak cukup khasiat.

▪5. Menyusu sekerap mungkin. Anda burn 300-500kcal bila menyusukan bayi. Kalau tambah dengan aktiviti workout lain, akan lagi banyak kalori burn.

▪6. Kurangkan kalori secara berperingkat.. jangan dari 2500kcal terus ke 1500kcal. Mesti effect kualiti susu.

Diet yang extreme semasa menyusu adalah sangat-sangat tidak digalakkan kerana menjejaskan ibu dan anak.

_sumber : Majalah PA & Ma_

Lain-lain bergantung kepada individu..
﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

*🅃🄸🄿🅂 & 🄿🄴🅃🅄🄰
@PetuaDankesihatan


▪Tegangkan Payudara

Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. In Shaa Allah mujarab.


▪ Menghaluskan Kulit Muka

Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.


▪ Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin

Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.


▪ Menghilangkan Bau Mulut

Tumbuk lumat 10 kuntum bunga cengkeh dan 3 ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya 3 hari sekali.


▪ Menghilangkan Lebam Mata

Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.


▪ Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung

Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.


▪ Mengelak Santau

Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melalui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.


▪ Meminimumkan Gangguan Semasa Tidur

Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepada Nya setelah kita yakin dengan segala kerja disiang hari itu adalah ibadat.


▪ Menghilangkan Sakit Kepala

Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.
﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

@PetuaDankesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

@PetuaDankesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

@PetuaDankesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

*PETUA HERBA Tradisional UNTUK KULIT Gatal Akibat ALERGI 🍁
@PetuaDankesihatan


Berbagai tanaman herba nyatanya dapat digunakan untuk mengatasi penyakit gatal² dengan cepat dan aman, misalnya :

✅ Timun
✅ Cuka Apel
✅ Sari Lemon
✅ Kulit Pisang

➡️ Ubat Tradisional Gatal Kulit Kerana Alergi

Ubat tradisional gatal kulit kerana alergi dapat dilakukan dengan tanaman tertentu, misal nya pathikan cina (petai cina) :

*Bahan bahan :*
- 10 lembar Daun Sirih
- 60 gr Petai Cina
- 600 cc Air Putih

*Cara membuat :*

▫️1. Rebus keduanya dengan air 600 cc.

▫️2. Oleskan air rebusan tersebut pada bahagian yang gatal² akibat alergi.

﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

🅃🄸🄿🅂🖥️
🄺🄾🄼🄿🅄🅃🄴🅁
@PetuaDankesihatan


◾ *1. Gangguan bekalan kuasa*

Jika anda selalu mengalami gangguan kuasa dan masalah voltan secara tiba², ia boleh menyebabkan kerosakan teknikal yang turut menyebabkan kerosakan perkakasan dan kehilangan data. Jangan ambil mudah jika ia selalu berlaku.

🔎 _Penyelesaian_
Gunakan Uninterruptible Power Supply (UPS) yang akan menyediakan aliran tenaga kuasa berterusan kepada komputer walaupun menghadapi gangguan kuasa secara tiba². Ia akan menyediakan anda masa yang mencukupi untuk menyimpan data dan menutup komputer.

◾ *2. Kepanasan*

Sering kali berlaku kes komputer/laptop tidak memiliki sistem penyejukan yang mencukupi yang mana tidak mampu menampung kerja² yang anda sedang lakukan. Apabila ia berlaku, komponen komputer/laptop tersebut mulai menjana haba berlebihan semasa beroperasi.

🔎 _Penyelesaian_
Untuk mengelakkan masalah ini berterusan, matikan komputer/laptop anda terlebih dahulu dan biarkan ia sebentar. Selain itu, periksa pada kipas bagi memastikan ia berfungsi dengan baik. Untuk laptop, jangan biarkan ia di atas lantai semasa bekerja sebaliknya dapatkan kipas tambahan sebagai sokongan penyejukan.

◾ *3. Bunyi bising/asing dan getaran*

Masalah ini hampir² pasti berkaitan perkakasan pada komputer anda. Bunyi yang bernada tinggi biasanya disebabkan oleh perkakasan elektronik. Walau apa pun alasannya, anda boleh cuba untuk melakukan pemeriksaan awal.

🔎 _Penyelesaian_
Buka casing komputer anda berhati-hati, untuk mengetahui penyebab masalah tersebut periksa sama ada ia datang daripada kipas atau wayar/skru yang longgar daripada kedudukan asal. Jika ia bukan berpunca daripada dua masalah tersebut, jangan usik komponen lain dan dapatkan bantuan juruteknik atau orang yang lebih pakar.

◾ *4. Komputer reboot sendiri*

Masalah komputer berulang kali reboot sendiri. Kes ini selalunya disebabkan oleh perkakasan komputer itu sendiri.

🔎 _Penyelesaian_
Periksa keadaan semasa bekalan kuasa yang anda gunakan, sama ada telah mengalami kerosakan atau pun masih dalam keadaan baik. Selain itu, mungkin kipas penyejuk anda telah kotor yang mana habuk yang terkumpul pada kipas akan mempercepatkan pemanasan yang mana akan menyebabkan komputer anda akan mati secara automatik.

◾ *5. Sambungan USB tidak berfungsi*

Kadang kala apabila anda cuba menyambung peranti seperti pencetak, scanner, kamera web dan lain-lain melalui USB ke komputer/laptop/notebook/dll, ia tidak berfungsi. Sebenarnya, sesetengah port hub USB, monitor atau peranti lain yang digunakan sebagai perantara tidak memberikan kuasa yang mencukupi untuk menyokong peranti tersebut. Ia memerlukan hub yang memiliki nilai kuasa tersendiri untuk berfungsi dengan baik.

🔎 _Penyelesaian_
Cuba untuk terus menyambung USB tersebut secara langsung ke salah satu port USB komputer anda tanpa sebarang perantara. Alatan kecil seperti pemacu USB, mouse dan lain² memiliki nilai kuasa sendiri tetapi elakkan menggunakan perantara bagi peranti yang memerlukan lebih kuasa.

﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

3 jenis karbo paling laju turunkan berat badan.
@PetuaDankesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

@PetuaDankesihatan

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

ANTARA ILMU HUTAN YANG PERLU DIKETAHUI
@PetuaDankesihatan

1. Lumut Taik Kera. Kalau kita jalan diwaktu malam, terutama di hutan padat dekat dgn air terjun atau sungai (mcm kes saya kat Janda Baik), bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda2 bercahaya warna hijau..ala2 benda yg pendarcahaya. Benda yg bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tak nampak apa2, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dgn skit bantuan cahaya dr bulan bintang. Yg bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat..ikut je laluan ni diwaktu malam, insyaAllah..tak langgar pokok.

2. Ular tedung. Kalau terserempak dgn ular masa dlm hutan, jangan buat gerakan mengejut..stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah2 bagi ular tu kembang penuh dgn ranting kayu dan berundur2 pelan2. - belajar dr orang asli.

3. Kera / lutong dan spesis yg sama. Spesis kera takkan lari bila kita libas dgn sebatang ranting kayu, in fact dia leih lincah dr gerakan ranting kita. Utk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang..dan hayunkan kat kera tu..baru lari (rasionalnya, ranting + daun yg kembang tu nampak lagi besar dr sebatang ranting) - belajar dr askar.

4. Harimau. kalau mancing dlm hutan, sedang dlm hutan tu bunyi penuh dgn unggas serangga, tetiba hutan tu jadik sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap..terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi 'diam', kemudian disusuli dgn bau hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola la.. - belajar dr orang asli.

5. Beruang madu. Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yg kecik tu, sekerat pinggan dgn dada kaler oren),kalau terserempak, kita yg perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari. - belajar dr orang asli.

6. Kepala air. Kalo khemah kat tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian /kawasan yg pokok2nya besar. Tandakan satu batu yg besar, kalo tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu..- belajar dgn kaki pancing.

7. Tanda-tanda kepala air. Kalo hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dr dlm perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda2 lain yg kita perlu tengok ialah kehadiran buih2 putih kat tempat tak berbuih (klu kat tempat air jatuh for sure ada buih)..maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih2 halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dr arus atas. pastu, akan ada daun basah hanyut, then barulah ada perubahan warna air, dr jernih ke warna oren, coklat dll. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air)..sama kes kat Dam Chamang, bentong..saya dah kena. Tambah skit, kalo kepala air datang, bunyi air lebih kuat dr biasa, dr kejauhan dah dengar.

8. Nak masak air. Jangan amik air kat tepi sungai, amik kat tengah sungai atau tempat yg mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi dll kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, amik yg tengah2. - belajar ngan askar.

9. Binatang besar. Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya i.e harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dr jauh dengar bunyi kera dl buat bising..tentu ada binatang besar tengah lalu. - belajar dgn orang asli.

10. Makan makanan yg dimasak i.e ikan bakar dll. Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah utk datang bertandang. - ni belajar ngan kaki pancing lain.

11. Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang. Biasanya, bila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dlm pukul 5.00 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. - belajar dr pengalaman.

Читать полностью…

°P€tua Daπ Kesihataπ°

🅃🄸🄿🅂 🄳🄾🄰🌬️🅂🄰🄽🅃🄰🅄
@PetuaDankesihatan


*Sebelum Makan Apa² Di Kedai Atau Dari Pemberian Orang, Bacalah Doa Penepis Santau :*


بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

_“Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama’ie wa huas sami’un alim”_


▪ Maksud ayat :

_Rasulullah SAW didengari berkata sesiapa yang berdoa , “Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui._

_(Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad)_
﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏

Читать полностью…
Subscribe to a channel