penjelasanbidaahaswj | Unsorted

Telegram-канал penjelasanbidaahaswj - Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

1543

Group perbincangan isu khilafiyah / bid'ah di link ini: https://t.me/mso_bidaah Link senarai group/channel MSO yang lain : https://t.me/madrasahsunnionline_MSO/557

Subscribe to a channel

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Didalam kitab مغني المحتاج :

(ﻓﺎﻷﺻﺢ ﺃﻧﻪ ﻳﻮاﻓﻘﻬﻢ) ﻭﺟﻮﺑﺎ (ﻓﻲ اﻟﺼﻮﻡ ﺁﺧﺮا) ﻭﺇﻥ ﻛﺎﻥ ﻗﺪ ﺃﺗﻢ ﺛﻼﺛﻴﻦ؛ ﻷﻧﻪ ﺑﺎﻻﻧﺘﻘﺎﻝ ﺇﻟﻰ ﺑﻠﺪﻫﻢ ﺻﺎﺭ ﻭاﺣﺪا ﻣﻦﻫﻢ ﻓﻴﻠﺰﻣﻪ ﺣﻜﻤﻬﻢ. ﻭﺭﻭﻱ ﺃﻥ اﺑﻦ ﻋﺒﺎﺱ ﺃﻣﺮ ﻛﺮﻳﺒﺎ ﺑﺬﻟﻚ.

" Pandangan al-Ashah bahawa wajib dia bersama mereka (orang ramai) pada puasa penghujung walaupun dia telah menyempurnakan 30 hari, kerana sesungguhnya dengan sebab berpindah kepada negeri mereka jadilah dia seumpama mereka, maka hukum mereka itu wajib atasnya juga. Dan diriwayat bahawa Ibnu Abbas memerintahkan kepada Kuraib perkara tersebut"
.
.
KESIMPULAN

Rakyat Malaysia yang berada di Negara yang berpuasa Ramadhan bermula hari Sabtu apabila mereka pulang ke Malaysia pada penghujung Ramadhan maka wajib atas mereka berpuasa dan berhari raya bersama dengan penduduk Malaysia walaupun dia akan berpuasa selama 31 hari.
.
.
والله أعلم بالصواب

Oleh:
Ustaz Abu Usamah Mohd Hanapiah bin Hj Hussin

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

via Tahu, Faham & Amal https://ift.tt/xDIanjF

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

via Tahu, Faham & Amal https://ift.tt/pOvtn9b

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

via Tahu, Faham & Amal https://ift.tt/aI7pf3d

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Sebagai contoh, jika seseorang menganjurkan program yang bernama "Majlis Sambutan Nuzul Qur'an" atau sebuah acara bernama "Karnival Ekspo Sunnah" selama 3 hari 3 malam, dengan niat untuk menghidupkan sunnah dengan cara menarik orang ramai hadir kedalamnya untuk turut serta dalam acara yang disusun dengan pelbagai pengisian ceramah, forum, pameran, nasyid, riadah, acara kesenian dan jualan gerai.

Maka, walaupun majlis atau Karnival seperti itu tidak dijumpai didalam mana-mana hadis akan fadilat pahala melakukan yang seumpama itu, namun mengikut kepada usul fiqh yang dibincangkan diatas, penganjur akan tetap mendapat pahala ibadah diatas usahanya itu apabila ia dilakukan tidak bertentangan dengan syara'.

Oleh itu, tidak wajar sama sekali seseorang menggelar penganjuran majlis atau Karnival yang seperti itu sebagai haram, sesat atau bid'ah dolalah hanya kerana Nabi ﷺ tidak pernah melakukan yang seumpama itu.

Bahkan penganjuran majlis atau Karnival yang sedemikian disisi fuqaha' adalah termasuk dalam pengertian Sunnah iaitu "melakukannya dapat pahala dan meninggalkannya tidak mendapat apa-apa". Dan jika usaha itu diteruskan oleh orang-orang setelahnya, semua pahala akan didapati oleh penganjur yang mula-mula melakukannya. Sesuai dengan hadith sahih yang berikut ini:
"Barangsiapa yang menciptakan suatu sunnah kebaikan yang baru dalam Islam dan turut diamalkan setelahnya, maka akan ditulis kepadanya seumpama pahala orang yang mengamalkan dan tidak sedikit pun akan kurang pahala mereka itu".
(Riwayat Muslim)

Sebagai penutup, tidak sewajarnya menghalang seseorang untuk melakukan kebaikan hanya beralasan Nabi ﷺ tidak pernah buat kerana jalan kebaikan itu terbentang luas selagi ia tidak bertentangan dengan syariat Islam. Amalan membaca Yasin pada malam Nisfu Sya'ban dengan harapan agar Allah memenuhi hajat dan apa yang diniatkan adalah termasuk dalam perintah Allah untuk bersangka baik kepada-Nya sesuai dengan Hadith Qudsi, Allah Tabaraka wa Ta'ala berfirman:

"Aku adalah di atas persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku"
(Sahih Muslim)

Oleh itu, seseorang yang menyangka bahawa Allah tidak menunaikan hajatnya dengan bacaan Yasin pada malam Nisfu Sya'ban, hendaklah dia tidak menghalang orang lain untuk merebut peluang dan bersangka baik kepada Allah menerusi amalan tersebut.

Disediakan oleh: Ustaz Iqbal Zain al-jauhari

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Kekeliruan Tentang Bertemu Nabi SAW Secara Jaga - Yaqazah

Oleh : Dr Mohd Khafidz bin Soroni

نحمد الله العظيم، ونصلّي ونسلّم على رسوله الكريم؛

Perkara khilaf seumpama ini, jika tidak disertai dengan nada ‘keras’, tidak perlu untuk diperpanjang-panjangkan lagi. Namun, jika sudah menggunakan nada ‘keras’ seperti; “membuka pintu kefasadan yang besar”, “membawa kecelaruan dalam amalan agama”, “memusnahkan rujukan penting umat Islam”, “perlu dibendung kerana membawa kemusnahan kepada masyarakat Islam” dan “menjauhkan mereka dari ajaran Nabi s.a.w.”, maka menurut hemat saya kekeliruan-kekeliruan seumpama ini wajar diperjelaskan. _Saya tidak mahu menyebut siapa dan dari mana sumber kekeliruan ini kerana pada saya ia tidak perlu_

1. Kekeliruan:
Seseorang tidak boleh bertemu secara sedar (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w. kerana seseorang yang mati tidak lagi boleh bertemu dengan orang yang hidup secara sedar.

Jawapan:
Benar, dalam hal keadaan biasa seseorang tidak boleh bertemu secara sedar atau jaga (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w. Tetapi, sebagai suatu karamah seseorang yang soleh boleh bertemu secara sedar atau jaga (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w. Hukumnya adalah harus dan mungkin, tidak mustahil. Malah secara praktis ia memang berlaku kepada sebahagian wali-wali Allah Taala dan orang-orang yang soleh. Maka tidak harus bagi kita menuduh mereka berbohong atau berdusta dalam dakwaan berkenaan. Melainkan jika kita mempunyai bukti kukuh tentang pembohongan atau pendustaan tersebut.

Antara mereka ialah; Syeikh ‘Abdul Qadir al-Jailani, Syeikh Abu al-Hasan al-Syazili, Imam Abu al-‘Abbas al-Qurtubi, Syeikhul-Akbar Muhyiddin Ibn al-‘Arabi, Syeikh Khalifah bin Musa, Syeikh Abu al-‘Abbas al Mursi (w. 686H), Syeikh Abu ‘Abdillah al-Qurasyi, Syeikh Kamaluddin al-Adfawi, Syeikh ‘Ali al-Wafa’i, Syeikh ‘Abd al-Rahim al-Qinawi, Syeikh Abu Madyan al-Maghribi, al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti, Syeikh ‘Ali al-Khawwas, Syeikh Ibrahim al-Matbuli, Imam Abu al-‘Abbas al-Qastallani, Syeikh Abu al-Su‘ud ibn Abi al-‘Asya’ir, Syeikh Ibrahim al-Dusuqi, Sayyid Nuruddin al-Iji, Syeikh Ahmad al-Zawawi, Syeikh Mahmud al-Kurdi, Syeikh Ahmad bin Thabit al-Maghribi, Imam al-Sya‘rani, Syeikh Abu al-Mawahib al-Syazili, Syeikh Nuruddin al-Syuni, al-Habib ‘Umar bin ‘Abdul Rahman al-‘Attas (penyusun Ratibul ‘Attas), Sayyidi ‘Abd al-‘Aziz al-Dabbagh, Syeikh Muhammad bin Abi al-Hasan al-Bakri, Sayyidi Ahmad bin Idris, Syeikh Ahmad al-Tijani dan lain-lain.

Antara dalilnya adalah zahir hadis berikut yang menunjukkan seseorang yang soleh boleh bertemu secara sedar atau jaga (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w., tetapi dengan syarat mestilah pernah bertemu dahulu secara mimpi (ru’ya) dengan baginda s.a.w. Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
« من رآني في المنام فسيراني في اليقظة، ولا يتمثل الشيطان بي»
“Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi, maka dia akan melihatku secara yaqazah (di dalam keadaan jaga), kerana syaitan tidak boleh menyerupaiku”. [Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad. Lafaznya dari al-Bukhari]

Antara ulama yang mengatakan atau mengiktiraf kemungkinan boleh bertemu secara sedar atau jaga (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w. ialah:

Sila baca selanjutnya di blog 👉 Dr. Khafidz Soroni

Bacaan Tambahan - jawapan Untuk Dr Firanda berkaitan yaqazah :
👇👇
sawanih.blogspot.my/2014/07/jawapan-ringkas-terhadap-tulisan.html?m=1

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

YAQAZAH TIDAK SESAT

Menurut kajian Dr Sayyed Abdul Hamid al-Mahdaly, sebilangan ulama telah dikenalpasti sebagai pernah diriwayatkan bahawa mereka telah melihat Rasulullah (s.a.w.) secara yaqazah.

Di antaranya mereka ialah :
(a) Imam Sheikh ‘Abdul Qadir al-Jailani (561H).
(b) Al-Imam Ibn al-‘Araby al-Faqih al-Maliki (543H).
(c) Imam ‘Izzuddin bin ‘Abd al-Salam (660H).
(d) Imam Ibn al-Mulaqqan al-Syafi‘i (804H).
(e) Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqallani (852H).
(f) Imam Jalaluddin al-Suyuthi (911H).
(g) Imam ‘Abd al-Wahhab al-Sya‘rany (973H).
(h) Sheikh Yusuf al-Nabhani (1350H).

Terdahulu, telah disebutkan hadith sahih yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari:
قــال أبو هريرة : سمعت النبى صلى الله عليه وسلم يقـول : )) من رآنـى فـى المنـــام فسيرانـي في اليقظــة، ولا يتمثل الشيطــان بـي ((
Maksudnya:
Abu Hurairah (r.a.) berkata: Aku telah mendengar Nabi (s.a.w.) bersabda: Barangsiapa yang telah melihatku dalam mimpi, nescaya dia akan melihatku dalam keadaan jaga, dan syaitan itu tidak dapat menyamar menyerupaiku (dalam bentuk dan rupa parasku).
Imam al-Bukhari (r.h.) berkata: Imam Ibn Sirin (r.h.) pernah berkata : Ianya boleh berlaku bilamana dia melihat dalam bentuk rupa paras Nabi (s.a.w.) yang sebenarnya. Pendapat ini telah diperkuatkan oleh Imam al-Suyuthi (r.a.) berdasarkan kepada bukti-bukti yang cukup mantap. Tetapi dalam hal yang lain, beliau tidak lupa menukilkan kata-kata Imam ‘Izzuddin Abdul Salam (r.a.) yang menukilkannya daripada Imam Ibn al-Hajj (r.a.) dalam kitabnya al-Madkhal:
رؤية النبى صلى الله عليه وآله وسلم فى اليقظة باب ضيق، وقل من يقع له ذلــك إلا من كان على صفة عزيز وجودها فى هذا الزمان، بل عدمت غالبا، مع أنا لا ننكر من يقع لـه هذا من الأكابر الذين حفظهم الله فى ظواهرهم وبواطنهــم.
Maksudnya:
Melihat Nabi (s.a.w.) dalam keadaan jaga adalah satu bab terpencil (yang boleh berlaku) dan ia tidak terjadi kecuali kepada orang-orang yang mempunyai sifat-sifat yang sangat sukar didapati pada zaman ini, malah sifat-sifat tersebut hampir tiada (pada zaman ini). Namun kami tidak mengingkari peristiwa ini yang dialami oleh tokoh-tokoh besar (para wali besar) yang mana Allah (s.w.t.) sentiasa menjaga tindak-tanduk mereka, baik yang zahir mahupun yang batin.

Pendapat ini telah dikemaskinikan oleh al-Habib al-Sayyid al-Gharbany dalam bukunya yang berjudul : نفـس الرحمـن فيمـا لأحبـاب الله مـن علـو الشــأن .
Di sudut yang lain, kita dapat melihat Imam al-Suyuthi (r.h.) dalam pembahasannya mengenai hal ini menekankan bahawa penglihatan ini bukanlah melalui mata kepala yang biasa berlaku di antara kita satu sama lain, tetapi ia melalui pancaran sinar hati yang cukup murni dan jernih yang luar biasa, di mana hakikat ini tidak akan dicapai dan dirasakan kecuali oleh orang yang mengalaminya. Tentunya hal ini bukanlah sebagaimana yang telah digambarkan oleh orang-orang yang pandai bersandiwara untuk menarik perhatian orang ramai bagi menjayakan kepentingan peribadi mereka.

TAJUK BUKU: YAQAZAH DALAM PEMIKIRAN ULAMA SUFI
PENYUSUN:
Dr. Hj. Sulaiman Bin Ibrahim El-Baruhiy
PENERBIT: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan
TAHUN TERBIT: 2015
HARGA: RM12.00
BIL. HALAMAN: 124 muka surat

SINOPSIS:

Mimpi Melihat Nabi (SAW)

Persoalan melihat Nabi (SAW) dalam mimpi atau melihat Nabi secara sedar (yaqazah) adalah suatu perkara yang telah banyak diperkatakan oleh sebilangan ulama sejak lama dahulu hingga kini dan ia sering mengundang polemik yang hampir tiada noktahnya hingga hari ini. Ia selalu dikaitkan dengan ahli bidang tasauwuf. Hal ini mungkin kerana golongan yang paling ramai berbicara tentang perkara ini adalah ulama daripada golongan tersebut. Namun, hakikatnya ia bukan tasauwuf secara tulus 100%, kerana ia juga menyangkut persoalan akidah dan tauhid. Sebenarnya ada 2 perkara berbeza di sini iaitu:
• Melihat Nabi (SAW) di dalam tidur, iaitu secara mimpi.
• Melihat Nabi (SAW) sesudah Baginda wafat secara sedar (yaqazah), iaitu bukan secara mimpi.

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

​​Dan penting untuk masyarakat faham bila mana seseorang itu dipanggil ustaz. Bukanlah bermaksud dia dapat mengetahui seluruh hal Agama, memahaminya dengan baik serta tiada halangan untuk mengamalkannya. Bahkan menganggap seolah-olah maksum.

Sedangkan mereka juga sama seperti kita semua di bidang yang lain. Yakni mahir dalam sesuatu perkara. Cuma yang terbaik dan dituntut kepada diri kita sendiri dan kepada semua orang adalah menjadi golongan yang sentiasa mempelajari ilmu agama serta mengamalkan dan menyampaikannya. InsyaAllah.

Dalam satu kaedah Usul Fiqh ada menyatakan:

الحمل من صفة السامع،
والاستعمال من صفة المتكلم،
والوضع قبلهما.

“Menanggap itu adalah dari sifat pendengar. Penggunaan makna bagi suatu lafaz adalah dari sifat pembicara, dan wadha’ (penetapan asal makna) bahasa adalah sebelum kedua-duanya.”

Wallahu Ta’ala A’la wa A’lam.

Al-Fadhil Ustaz Azam Azhary

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

​​KEMULIAAN 10 AWAL ZULHIJJAH

Allah SWT berfirman dlm ayat 1-2 Surah Al Fajr

1. Demi Waktu Fajar
2. Dan Demi 10 malam yang dimuliakan dgn kelebihan ( 10 awal zulhijjah )


Ulamak memperincikan - Kelebihan 10malam akhir Ramadhan kerana adanya kelebihan 1 malam ALQADR manakala kelebihan 10 pagi awal Zulhijjah kerana ada 1 hari ARAFAH..

SUNAT PUASA 1 HINGGA 9 ZULHIJJAH DAN BESAR PAHALANYA

Isteri Nabi saw meriwayatkan:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ تِسْعَ ذِي الْحِجَّةِ

Baginda Nabi saw berpuasa pada 1 -9 zulhijjah .
(Hr Abu Daud sahih.)

Pahalanya lebih dari pahala jihad:

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ ) ، قالوا يا رسول الله : ولا الجهاد في سبيل الله ؟ قال : ( وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ

"Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah-."Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?"Baginda bersabda,"Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali." (Sahih BUKHARI 969)

Dalam hadis doif disebut pahala puasa sgt besar:

يَعْدِلُ صِيَامُ كُلِّ يَوْمٍ مِنْهَا بِصِيَامِ سَنَةٍ وَقِيَامُ كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْهَا بِقِيَامِ لَيْلَةِ الْقَدْرِ

Puasa setiap harinya (1-9 zulhijjah) menyamai puasa setahun, dan qiamullail setiap malamnya menyamai qiamullail pada malam Al-Qadr."

[Riwayat al-Tirmizi (758), Ibnu Majah (1728)]

Dalam hadis juga menyebut amalan ketika 1-10 zulhijjah dilipat ganda 700:

وَالْعَمَلَ فِيهِنَّ يُضَاعَفُ سَبْعمِائَةِ ضِعْفٍ

Beramal pada 1-10 zulhijjah dilipat ganda 700.

(Hadis riwayat Baihaqi) - doif

Hadis2 doif boleh diguna utk kelebihan amalan setelah amalan ini ditetapkan dengan hadis sahih (Nabi puasa 1-9 zulhijjah) di atas.

BAGAIMANA DENGAN ADA HADIS KATA NABI SAW TIDAK BERPUASA HARI TERSEBUT

Imam Nawawi berkata:

, فَقَالَ الْعُلَمَاءُ : وَهُوَ مُتَأَوِّلٌ عَلَى أَنَّهَا لَمْ تَرَهُ ، وَلَمْ يَلْزَمْ مِنْهُ تَرْكُهُ فِي نَفْسِ الْأَمْرِ ; لِأَنَّهُ صلى الله عليه وسلم كَانَ يَكُونُ عِنْدَهَا فِي يَوْمٍ مِنْ تِسْعَةِ أَيَّامٍ

Ulama berkata: ditakwilkan bahawa Aisyah tidak melihatnya tidak semestinya Nabi tidak berpuasa kerana baginda hanya sehari sahaja dirumah aisyah dari 9 hari (Nabi saw menggilir 9 isterinya). (Syarah sahih Muslim)

Ustaz Shahrizan Daud At-Turubi

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

https://youtu.be/w7UgdEK6w4o

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

الحمدلله الذي بنعمته تتم الصالحات
Ustaz Zainul Asri juga telah menarik balik pendapat lamanya berkenaan vaksin dan menyeru agar orang ramai menyokong usaha kerajaan berkenaan vaksin.
Ini disebut sendiri beliau dalam sesi siaran langsung di FB pagi ini:

https://fb.watch/5TWvQ2VoPo/

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Insyallah mereka semua mati syahid

Pada saya jawapan "mereka semua mati syahid" yang diucapkan oleh Mudir Madrasah Tahfiz Ittifaqiyah ini ketika merujuk kepada tragedi yang menimpa Madrasahnya adalah tepat pada masa dan konteksnya.

Ucapan ini bukan ucapan "bangsat" atau jawapan untuk "melepaskan diri" tetapi ucapan beliau ini tepat dari segi kaedah psikologi iaitu bertujuan untuk mengurangkan kesedihan di hati para waris yang anak-anak mereka terkorban dalam tragedi ini.

Cuba kita bayangkan jika Mudir madrasah tersebut mengatakan bahawa tragedi ini adalah disebabkan kecuaian dari pihak madrasah atau beliau cuba menyalahkan mana-mana pihak, pastinya perkara ini akan lebih melukakan hati dan perasaan para waris. Seolah-olah para waris akan merasakan bahawa mereka telah tersalah memasukan anak-anak mereka ke madrasah tahfiz ini. Bagi saya, kenyataan sebegini pasti menambahkan lagi kedukaan dan kesedihan di hati mereka.

Ada ramai yang mengkritik ucapan ini tetapi bagi saya mungkin mereka telah memahami kenyataan Mudir madrasah ini di luar konteks sebenarnya daripada maksud yang beliau cuba sampaikan.

Untuk mudah faham, saya bagi 2 analogi mudah ini iaitu situasi tatkala menziarahi orang sakit.

1. Ketika kita menziarahi orang sakit, kaedah psikologi bahkan dalam Islām juga, kita dianjurkan untuk cuba mengurangkan kesedihan pesakit iaitu dengan kita mengembirakan hatinya. Apabila kita menziarahi pesakit, kita katakan kepada pesakit itu "bersabarlah di atas ujian Allāh ini", "sakit ini, Allāh akan mengampuni dosa-dosa kecil", "Allāh mengangkat darajat" dan "Allāh turunkan rahmat-Nya". Kita gembirakan pesakit supaya pesakit tidak terlalu memikir akan kesakitannya. Insyallāh dengan kaedah psikologi ini, kesakitan yang ditanggungnya pasti akan terubat sedikit setelah mendengar kata-kata gembira dan pengharapan dari orang yang datang menziarahinya.

2. Manakala sebaliknya jika kita menziarahi orang sakit dan kita katakan padanya, "ini mesti dosa tuan banyak sangat, sebab itu Allāh timpakan kesakitan pada tuan" atau kita katakan sebegini, " mesti tuan pernah berbuat maksiat, sebab itu Allāh bagi musibah (penyakit) sebegini kepada tuan".

Cuba kita bandingkan kedua-dua analogi ini, analogi yang mana satukah wajar kita implementasikan tatkala kita menziarahi orang sakit. Secara pasti kita semua akan memilih analogi yang 1 iaitu dengan kita cuba mengembirakan pesakit yang kita ziarahi dengan memberikan kata-kata gembira dan harapan kepada mereka.

Cuba bayangkan jika kita memilih analogi 2, pesakit yang kita ziarahi pasti akan berasa sedih, merasakan seolah-olah tiada lagi pengharapan baginya dan pesakit itu tidak lagi merasai apa-apa dari kesakitannya sedangkan kesakitannya itu sebenarnya adalah ujian dari Allāh. Bahkan yang lebih ditakuti ialah pesakit menjadi kufur kepada Allāh dengan bertindak menyalahkan takdir, seolah-olah tidak dapat menerima kesakitannya itu terjadi kepadanya.

Jadi apa yang saya cuba nak sampaikan di sini ialah kenyataan "mati syahid" yang diucapkan oleh Mudir madrasah tahfiz ini ialah satu kaedah psikologi yang dianjurkan dalam Islām iaitu memberi khabar gembira dan pengharapan kepada mereka-mereka yang terkena musibah.

Para waris yang terkena musibah ini, mereka sangat memerlukan motivasi atau kata-kata semangat dari kita semua dan apabila mereka mendengar jawapan dari Mudir Madrasah Tahfiz ini secara tidak langsung akan terubat sedikit kesedihan mereka.

Secara asasnya, kenyataan Mudir Madrasah ini adalah tepat pada masa dan konteksnya dan bukannya kenyataan yang "bangang" atau "berlepas diri". Kepada mereka-mereka yang mengkritik kenyataan Mudir madrasah ini, korang rasa kritikan korang itu boleh mengubat kesedihan Para waris kah?

Sekarang orang tengah bersedih, kata-kata berunsurkan motivasi dan semangat sangatlah diperlukan. Kata-kata tunding menunding atau menyalahkan orang lain "hold" dulu. Semua orang tengah bersedih.

Sumber dari ustaz Fuad Kamal

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Fatwa Al-Azhar: Hormat Bendera Bukan Syirik dan Bukan Bid’ah

تَحِيَّةُ الْعَلَمِ
يَقُوْلُ بَعْضُ النَّاسِ : إِنَّ تَحِيَّةَ الْعَلَمِ شِرْكٌ بِاللهِ ، فَلَا يُعَظَّمُ إِلا اللهُ وَحْدَهُ ، فَهَلْ هُنَا صَحِيْحٌ ؟

🔴Sebagian orang berkata bahwa hormat bendera adalah syirik, sebab tidak ada yang diagungkan kecuali Allah. Apakah hal itu benar?
الجواب
الْعَلَمُ رَمْزٌ لِلْوَطَنِ فىِ الْعَصْرِ الْحَدِيْثِ ، وَكَانَ عِنْدَ الْعَرَبِ رَمْزًا لِلْقَبِيْلَةِ وَالْجَمَاعَةِ، يَسِيْرُ خَلْفَهُ وَيُحَافِظُ عَلَيْهِ كُلُّ مَنْ يَنْتَسِبُ إِلَى الْقَبِيْلَةِ أَوِ الْجَمَاعَةِ ، وَكُلَّمَا كَانَ الْعَلَمُ مَرْفُوْعًا دَلَّ عَلَى عِزَّةِ أَهْلِهِ ، وَإِذَا انْتَكَسَ دَلَّ عَلَى ذُلِّهِمْ ، وَيُعْرَفُ عِنْدَ الْعَرَبِ بِاسْمِ الرَّايَةِ أَوِ اللِّوَاءِ .

🔵Jawab Syaikh Athiyah:

Bendera adalah simbol negara di masa sekarang. Bangsa Arab juga memiliki simbol suku dan kelompok. Setiap suku dan kelompok akan berjalan di belakang bendera dan menjaganya. Setiap bendera ditinggikan, maka menunjukkan ketinggian bangsanya. Jika bendera jatuh, maka akan menunjukkan kehinaannya. Bagi bangsa Arab, bendera dikenal dengan nama Rayah atau Liwa’.

وَفِى شَرْحِ الزَّرْقَانِى عَلَى الْمَوَاهِبِ اللَّدُنِّيَةِ كَلَامٌ كَثِيْرٌ عَنِ الْعَلَاقَةِ بَيْنَ الرَّايَةِ وَاللِّوَاءِ "ج 1 ص 390" وَذُكِرَ فِى غَزْوَةِ تَبُوْكَ أَنَّ حَامِلَ اللِّوَاءَ كَانَ زَيْدَ بْنَ حَارِثَةَ، وَلَمَّا قُتِلَ تَنَاوَلَهُ جَعْفَرُ بْنُ أَبِى طَالِبٍ وَقَاتَلَ حَتَّى قُتِلَ ، ثُمَّ تَنَاوَلَهُ عَبْدُ اللهِ بْنُ رَوَاحَةَ فَقَاتَلَ حَتَّى قُتِلَ ، فَأَخَذَ اللِّوَاءَ ثَابِتُ بْنُ أَقْرَمَ الْعَجْلاَنِى وَتَقَدَّمَ بِهِ إِلَى خَالِدِ بْنِ الْوَلِيْدِ وَسَلَّمَهُ إِيَّاهُ لِجُدَارَتِهِ كَمَا ذُكِرَ أَنَّ جَعْفَرًا لَمَّا قُطِعَتْ يَدُهُ الْيُمْنَى حَامِلَةُ اللِّوَاءُ أَخَذَهُ بِيَدِهِ الْيُسْرَى، فَلَمَّا قُطِعَتْ يَدَاهُ احْتَضَنَهُ بِعَضُدَيْهِ ثُمّ قُتِلَ ، ثُمَّ دَعَا رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَهُ أَنْ يُعَوِّضَهُ اللهُ بَدَلَ الْيَدَيْنِ جَنَاحَيْنِ فِى الْجَنَّةِ "ج ا ص 267 وما بعدها" .

Dijelaskan dalam kitab Syarah al-Zarqani atas kitab al-Mawahib al-Ladunniyah banyak pendapat antara hubungan Rayah dan Liwa’ di Juz 1/390. Disebutkan dalam perang Tabuk, bahwa pembawa bendera adalah Zaid bin Haritsah, ketika ia terbunuh maka bendera dipegang oleh Ja’far bin Abi Thalib, ia pun berperang hingga terbunuh. Bendera lalu dibawa oleh Abdullah bin Rawahah, ia pun berperang hingga ia terbunuh. Lalu bendera diraih oleh Tsabit bin Aqram al-Ajlani dan diserahkan kepada Khalid bin Walid, karena kehebatannya. Sebagaimana disebutkan ketika tangan kanan Ja’far yang memegang bendera terpotong, lalu ia pegang dengan tangan kiri, dan ketika tangan kirinya terpotong, maka Ja’far merangkul bendera dengan kedua pundaknya, lalu ia terbunuh. Kemudian Rasulullah berdoa agar Allah mengganti kedua tangan Ja’far dengan sayap di surga (Ibnu Katsir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah, Tarikh al-Islam al-Dzahabi dan Sirah Ibni Hisyam)

فَتَحِيَّةُ الْعَلَمِ بِالنَّشِيْدِ أَوِ الْإِشَارَةِ بِالْيَدِ فِى وَضْعِ مُعَيَّنٍ إِشْعَارٌ بِالْوَلَاءِ لِلْوَطَنِ وَالاْلِتْفِاَفِ حَوْلَ قِيَادَتِهِ وَالْحِرْصِ عَلَى حِمَايَتِهِ ، وَذَلِكَ لَا يَدْخُلُ فِى مَفْهُوْمِ الْعِبَادَةِ لَهُ ، فَلَيْسَ فِيْهَا صَلَاةٌ وَلَا ذِكْرٌ حَتَّى يُقَالَ : إِنَّهَا بِدْعَةٌ أوَ تَقَرُّبٌ إِلَى غَيْرِ اللهِ (فتاوى الأزهر – ج 10 / ص 221)

Dengan demikian, menghormat bendera dengan lagu (kebangsaan) atau pun dengan isyarat tangan yang diletakkan di anggota tubuh tertentu (misalnya kepada) adalah bentuk cinta negara, bersatu dalam kepemimpinannya dan komitmen menjaganya. Hal ini tidaklah masuk dalam kategori ibadah, karena di dalamnya tidak ada salat dan dzikir, sehingga dikatakan: “Ini bid’ah adatu mendekatkan diri kepada selain Allah” (Fatawa al-Azhar, 10/221. Mufti Syaikh Athiyah Shaqr)

Sumber : Ustaz Ma'ruf Khozin

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Berlebihan memuji Nabi SAW ??

📺 tonton di sini 👉🏼 video

Oleh Habib Ali Al Jufri

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Amalan Kirim Salam Kepada Nabi SAW

Soalan:

Salam. Ana nak tanya. Tentang amalan menyampaikan salam org lain apabila menziarahi maqam baginda saw? Adakah ia dibolehkan? Atau sunnah yg diharuskan?

Jawapan:

Asas kepada perbuatan mengirimkan salam melalui seseorang kepada orang lain itu tsabit dalam hadis Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Imam at-Tirmidzi rahmahullah :

عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " لَقِيتُ إِبْرَاهِيمَ لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِي ، فَقَالَ : يَا مُحَمَّدُ ، أَقْرِئْ أُمَّتَكَ مِنِّي السَّلامَ .

" Daripada Ibni Mas'uud Radhiyallahu 'Anhu berkata : Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam bersabda ; " Aku telah menemui Ibrahim 'alaihissalam pada malam aku disra'kan, lalu Baginda berkata ; " wahai Muhammad! Sampaikan salam dari ku buat umatmu" ( HR at-Tirmidzi : 3409 )

Setiap kali mendapat tahu ada seseorang yang akan ke tanah suci, ada dari kalangan kaum Muslimin yang berkirim salam kepada Rasulullah sallallaahu 'alaihi wassalam. Ia adalah perbuatan yang dibolehkan, Imam an-Nawawi rahimahullah dalam kitab al-Idhah fi manaasikil hajj wal umrah pada halaman 453 menyatakan:

"Kemudian, jika seseorang berpesan kepadanya (yakni berpesan kepada si penziarah) untuk menyampaikan salam kepada Junjungan Rasulullah SAW, maka disampaikannya dengan mengucapkan: "as-Salamu 'Alaika, ya RasulAllah min fulanibni fulan" (Salam kesejahteraan atasmu wahai Utusan Allah daripada si fulan anak si fulan ) atau "Fulanubnu fulan yusallim 'alaika, ya RasulAllah" (Si fulan anak si fulan mengucap salam kepadamu, wahai Utusan Allah) atau dengan ucapan lain yang seumpamanya."

Perbuatan mengirimkan salam ini juga pernah dilakukan oleh salafuna as-Soleh.

Qadhi Iyadh rahimahullah dalam kitabnya asy-Syifaa bi ta'riifi huquuqil Musthafa pada juzuk ke-2 halaman 85 menyatakan:-

"Daripada Yazid bin Abi Said al-Mahriy berkata: "Aku telah datang mengadap Khalifah 'Umar bin Abdul Aziz, ketika hendak pu
lang, beliau berkata kepadaku: "Aku mempunyai satu hajat daripadamu, apabila engkau datang ke Madinah dan menziarahi kubur Nabi Sallallahu 'alaihi wassalam, maka sampaikanlah kepada baginda salam daripadaku."


Dalam riwayat yang lain dinyatakan bahawa Khalifah Umar bin 'Abdul 'Aziz mengutus salamnya kepada Nabi SAW melalui surat yang beliau hantar dari Syam."

( Seorang ulama yang warak , alim dan adil seperti 'Umar bin 'Abdul 'Aziz juga mengamalkan kiriman salam, ini menunjukkan ia bukanlah satu perkara bidaah yang tercela-pen.)

Para ulama juga menyatakan perbuatan berkirim salam kepada baginda Sallallahu 'alaihi wassalam itu juga disusuli dengan doa agar beroleh syafaat baginda.

Maulana Zakaria al-Kandahlawi rahimahullah dalam karya beliau yang diterjemahkan dengan jodol Fadhilat Haji pada halaman 204 – 205 menyebut:-

" ……., mungkin seorang lain yang telah menyuruh kamu untuk menyampaikan salamnya kepada Rasulullah SAW. Dengan demikian sampaikan salam secara demikian: (Salam ke atasmu ya Rasulullah, daripada orang ini bin orang ini yang memohon syafaatmu dengan Allah bagi pihaknya) Jika ini menjadi satu kesukaran untuk diucapkan di dalam bahasa Arab, maka lakukanlah di dalam bahasa Urdu atau di dalam bahasamu sendiri. "

Peringatan :

Kita dianjurkan memperbanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas baginda Sallallahu 'alaihi wassalam. Sesungguhnya setiap ucapan itu akan disampaikan kepada baginda oleh para malaikat Allah sebagaimana hadis :

إِنَّ لِلَّهِ مَلائِكَةً سَيَّاحِينِ فِي الأَرْضِ ، يُبَلِّغُونِي عَنْ أُمَّتِي السَّلامَ

"Sesungguhnya Allah mempunyai para malaikat yang ditugaskan berjalan ke serata pelusuk bumi untuk menyampaikan kepadaku salam umatku." ( HR. Ahmad : 1/144, Al-Nasaa'i : 1282 )

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Berbeza Tarikh Hari Raya

بسم الله. والحمد لله. والصلاة والسلام على رسول الله. أما بعد. اللهم هداية للصواب.
.
.
1. Perbezaan permulaan puasa antara suatu tempat dengan suatu tempat yang lain ia bukanlah perkara yang baharu berlaku, bahkan ia pernah berlaku di zaman sahabat.

عن كُرَيْب، أَنَّ أُمَّ الفَضْلِ بِنْتَ الحَارِثِ، بَعَثَتْهُ إِلَى مُعَاوِيَةَ بِالشَّامِ قَالَ: فَقَدِمْتُ الشَّامَ، فَقَضَيْتُ حَاجَتَهَا، وَاسْتُهِلَّ عَلَيَّ هِلَالُ رَمَضَانَ وَأَنَا بِالشَّامِ، فَرَأَيْنَا الهِلَالَ لَيْلَةَ الجُمُعَةِ، ثُمَّ قَدِمْتُ المَدِينَةَ فِي آخِرِ الشَّهْرِ، فَسَأَلَنِي ابْنُ عَبَّاسٍ، ثُمَّ ذَكَرَ الهِلَالَ، فَقَالَ: مَتَى رَأَيْتُمُ الهِلَالَ، فَقُلْتُ رَأَيْنَاهُ لَيْلَةَ الجُمُعَةِ، فَقَالَ: أَأَنْتَ رَأَيْتَهُ لَيْلَةَ الجُمُعَةِ؟ فَقُلْتُ: رَآهُ النَّاسُ، وَصَامُوا، وَصَامَ مُعَاوِيَةُ، قَالَ: لَكِنْ رَأَيْنَاهُ لَيْلَةَ السَّبْتِ، فَلَا نَزَالُ نَصُومُ حَتَّى نُكْمِلَ ثَلَاثِينَ يَوْمًا، أَوْ نَرَاهُ، فَقُلْتُ: أَلَا تَكْتَفِي بِرُؤْيَةِ مُعَاوِيَةَ وَصِيَامِهِ، قَالَ: لَا، هَكَذَا أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ ﷺ.

" Dari Kuraib bahawa Ummu Fadl binti Al-Haris telah mengutusnya menemui Mu’awiyah di Syam. Berkata Kuraib : Lalu aku datang ke Syam, dan aku selesaikan semua keperluannya. Ketika aku masih berada Syam anak bulan Ramadhan telah kelihatan. Kami melihat anak bulan pada malam Jumaat. Kemudian aku datang ke Madinah pada akhir bulan, lalu Abdullah bin Abbas bertanya ke padaku tentang beberapa hal, kemudian ia menyebutkan tentang anak bulan. ia bertanya : bilakah kamu melihat anak bulan?. Jawabku : Kami melihatnya pada malam Jumaat. Ia bertanya lagi : Engkau telah melihatnya sendiri? Jawabku : Ramai manusia yang telah melihatnya. mereka berpuasa dan Mu’awiyah juga berpuasa. Ia berkata : Tetapi kami melihatnya pada malam Sabtu, maka sentiasa kami berpuasa sehingga kami sempurnakan tiga puluh hari, atau sehingga kami melihat anak bulan Syawwal. Aku bertanya : Apakah tidak cukup bagimu penglihatan dan puasa Mu’awiyah? Jawabnya : Tidak, Begitulah Rasulullah ﷺ telah memerintahkan kepada kami”.

( HR Muslim )
.
.
2. Apa yang diwajibkan kepada setiap seorang adalah berpuasa bersama dengan orang ramai ditempat ia berada, begitu juga berhari raya bersama dengan orang ramai.

Rasulullah ﷺ bersabda :

الصَّوْمُ يَوْمَ تَصُومُونَ وَالْفِطْرُ يَوْمَ تُفْطِرُونَ وَالْأَضْحَى يَوْمَ تُضَحُّونَ

“ Puasa itu pada hari kamu (orang-orang ramai) berpuasa, Berhari raya fitri itu adalah ketika kamu (orang-orang ramai) berhari raya fitri, dan Raya Adha itu adalah hari ketika kemu ( orang-orang ramai ) berhari raya Adha.

(HR Tirmizi)
.
.
3. Berdasarkan kepada penjelasan diatas, seorang yang berada di Mekah pada awal Ramadhan wajib atasnya berpuasa bersama dengan penduduk Mekah walaupun Negara asalnya mula berpuasa keesokkannya. Bagitu juga seorang yang berada di Malaysia pada awal Ramadhan wajib atasnya berpuasa bersama dengan penduduk Malaysia walaupun Mekah berpuasa sehari sebelumnya.
.
Sama juga dengan hari raya. Seorang yang berada di Mekah pada penghujung Ramadhan hendaklah dia berhari raya bersama dengan penduduk Mekah walaupun negaranya belum lagi berhari raya. Begitu juga seorang yang berada di Malaysia pada penghujung Ramadhan hendaklah dia berhari raya bersama dengan penduduk Malaysia meskipun pada awal Ramadhan dia telah berpuasa awal sehari daripada Malaysia dan hari ke 30 puasa di Malaysia adalah adalah hari yang 31 baginya.

Hukum diatas ini sebenarnya adalah berdasarkan kepada pandangan Muktamad Mazhab Syafei.

Didalam kitab تحفة المحتاج ada menyebut:

(ﻓﺎﻷﺻﺢ ﺃﻧﻪ ﻳﻮاﻓﻘﻬﻢ ﻓﻲ اﻟﺼﻮﻡ ﺁﺧﺮا) ﻭﺇﻥ ﺃﺗﻢ ﺛﻼﺛﻴﻦ؛ ﻷﻧﻪ ﺑﺎﻻﻧﺘﻘﺎﻝ إليهم ﺻﺎﺭ ﻣﺜﻠﻬﻢ

" Pandangan al-Ashah bahawa dia mesti bersama mereka (orang ramai) pada puasa penghujung walaupun dia telah menyempurnakan 30 hari, kerana sesungguhnya dia dengan sebab berpindah kepada Mereka jadilah dia seumpama mereaka."

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

via Tahu, Faham & Amal https://ift.tt/Ph2KLpv

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

via Tahu, Faham & Amal https://ift.tt/p2xEw06

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

​​JANGAN SAMBUNG SOLAT!

Di kebanyakan masjid di negeri Perlis, oleh kerana tidak dibenarkan berselawat antara solat maka berlaku keadaan sambung 2 solat tanpa berkata2 atau bergerak keluar.

Ini jelas bercanggah dengan larangan Nabi صلى الله عليه وسلم dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim ;

عن أمير المؤمنين معاوية رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عن أن توصل صلاةٌ بصلاة حتى يتكلم أو يخرج

Dari Mu'awiyah r.a ; Sesungguhnya Nabi saw melarang menyambung satu solat dengan satu solat sehingga lah seseorang itu bercakap atau keluar (bergerak pindah).

Sebahagian ulamak menyatakan sebab larangan ini adalah untuk membezakan solat fardhu dan sunat dan untuk membanyakkan tempat sujud. Maka yang tidak boleh bersambung itu antara solat fardhu dan solat sunat. Namun Imam ibnu Taimiyyah mengatakan ada sebahagian ulamak mengatakan larangan itu mencakupi juga antara solat sunat dan solat sunat. Kata beliau;

ومن العلماء من ذهب إلى أن هذا الحكم عام فيشمل النافلة والنافلة فيفصل بينهما بكلامٍ أو خروج.

'Hukum ini umum meliputi juga antara solat sunat (nafilah) dengan solat sunat dan mesti dipisahkan kedua2 nya dengan bercakap atau keluar bergerak."

Jika masjid yang mengamalkan selawat antara terawih , maka mereka sudah beramal dgn hadis tersebut kerana berselawat itu seperti kalam (berkata2) antara bilal dan ahli jemaah dan itu sudah memadai.

Namun masjid yang tidak berselawat di kebanyakan negeri Perlis sudah pasti amalan sambung solat berlaku. Saya cadangkan utk masjid di Perlis yg tidak benarkan Selawat terawih, boleh sekurangnya imam atau bilal sebut ayat Al-Quran anjuran selawat;
إن الله و ملائكة يصلون على النبي ....

Kemudian jemaah menyahut dgn berselawat masing2.. (seperti ketika khutbah), kemudian baru bangkit solat seterusnya. Maka ia jadi seperti nasihat bilal kpd jemaah utk berselawat,dan ia sudah memadai bercakap.

Sekurangnya boleh ikut larangan Nabi saw dalam hadis tersebut dan itulah yang sepatutnya iaitu kita cuba beramal dengan semua hadis bukannya hadis tertentu sahaja.

Jika nak amalkan selawat yang biasa dibuat oleh Masjid2 negeri lain pun ok. WAllahu'alam.

Al-Fadhil Ustaz Mazrisyam bin Sharif

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

ADAKAH BOLEH MEMBUAT SESUATU AMALAN YANG NABI ﷺ TAK BUAT?

Setiap kali malam Nisfu Sya'aban menjelang tiba, ada saja suara-suara yang menghalang orang Islam untuk menghidupkan malam ini dengan ibadah seperti membaca Yasin 3 kali, bermunajat, dan lain-lain dengan tuduhan bid'ah yang sesat dan sebagainya.

Ya benar, tidak ada hadith yang menyatakan Nabi Muhammad ﷺ membaca Yasin 3 kali pada malam Nisfi Sya'ban. Namun adakah seseorang itu tidak boleh melakukannya hanya kerana Nabi ﷺ tidak melakukannya?

Persoalan diatas adalah sesuatu yang dibincangkan dalam bidang Usul Fiqh dan bukan dalam bidang yang lain. Perkara-perkara yang tidak dilakukan Nabi dipanggil oleh fuqaha dengan istilah al-Tarku (ُالتَّرْك).

Kaedah dalam Usul Fiqh menyebutkan bahwa:
الترك لا ينتج حُكماً
"al-Tarku tidak menatijahkan hukum (makruh atau haram)".

Dalam kaedah lain menyebutkan:
الترك لا يقتضي تحريمه
"al-Tarku tidak menunjukkan keharamannya".

Dari dua kaedah ini, fuqaha' menyimpulkan bahawa sesebuah amalan yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi sepanjang hidupnya, tidak boleh dijatuhkan hukum haram, makruh atau bid'ah dolalah keatasnya.

Jika TIDAK terdapat nas dari al-Qur'an dan hadis yang menyatakan keharamannya atau halalnya sesuatu perkara, maka hukumnya kekal harus yakni boleh dilakukan.

Maka sesiapa yang melarang sesuatu perbuatan dengan alasan Nabi ﷺ tidak melakukannya dan berpendapat itulah hukum yang benar dan tepat. Maka dia telah keliru dengan ketetapan para fuqaha'.

Fuqaha' mendapat kefahaman fiqh ini berdalilkan ayat al-Quran yg berikut:

"Dan apa sahaja perintah yang dibawa oleh Rasulullah ﷺ kepada kamu, maka terimalah serta amallah, dan apa jua yang DILARANGNYA untuk kamu lakukan, maka jauhilah ia".
(Surah al-Hasyr:7)

Ayat ini tidak menyebut "apa yang ditinggalkan" tapi "apa yang dilarang". Maka kefahaman fiqh diambil oleh fuqaha' untuk menyimpulkan bahawa apa yg tidak dilakukan Nabi, ianya adalah tidak haram.

Dalil dari hadis pula, Nabi ﷺ bersabda:
"Apabila aku menyuruh kamu melakukan sesuatu, maka lakukanlah apa yang kamu mampu dan apabila aku MELARANG kamu daripada melakukan sesuatu, maka jauhilah ia". (al-Bukhari)

Dalam hadis ini Nabi ﷺ tidak mengatakan "apabila aku tidak melakukan sesuatu, maka jauhilah ia". Ini menunjukkan tidak semestinya seseorang tidak boleh melakukan sesuatu yang tidak dilakukan Rasulullah ﷺ.

Oleh kerana perkara kebaikan (ibadah sunat) adalah terlalu banyak aneka ragamnya, maka Rasulullah ﷺ tidak melakukan semuanya. Hanyasanya Baginda menggariskan prinsip dalam melakukan kebaikan yang boleh mendatangkan pahala.

Iaitu selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat maka hukumnya boleh dilakukan, kerana apa sahaja bentuk kebaikan adalah termasuk dalam keumuman ayat al-Quran ini:
"Dan hendaklah kamu berbuat kebajikan, agar kamu beroleh kemenangan". (Surah al-Hajj:77)

Kesimpulannya ialah perkara-perkara yang tidak dilakukan Nabi ﷺ bukanlah merupakan sumber hukum, iaitu apa yang Nabi tidak lakukan, ia bukan kaedah penentuan hukum dan bukan hujah dalam syariat.

Oleh itu, tidak wajar jika ada orang yang mempersoalkan dengan pertanyaan-pertanyaan yang berbentuk persepsi seperti :

1) "kenapa nak buat, sedangkan Nabi tak buat?"
2) "kalau takde hadisnya, kenapa kita nak buat?"
3) "kalau benda tu bagus, dah tentu Nabi dan Sahabat dah buat".
4) "hadis sahih masih banyak lg, kenapa nk amal benda yang tak sahih".
5) "bukankah ajaran Nabi dah sempurna, kenapa nak ada tokok tambah"
6) "seolah-olah apa yang diajar Nabi tak mencukupi dan kurang sehingga nak mereka-reka amalan baru".

Persoalan-persoalan seperti ini tidak perlu timbul kerana kefahaman dalam praktik agama (al-Din) adalah diformulasi oleh para fuqaha, neraca penentuan hukum bukan sekadar dengan persepsi semata-mata atau terletak kepada wujud ataupun tidak hadisnya di dalam Kutub Sittah dan sama ada sudah beramal atau belum dengan hadis sahih secara keseluruhannya.

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

​​sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

Makluman:
Ini merupakan salah satu cara Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan bagi mendekati masyarakat di Malaysia dalam urusan jual beli buku-buku terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan (JMKNNS).

Sehubungan dengan itu bagi pembeli yang berminat untuk mendapatkan buku-buku terbitan JMKNNS, sila hadir ke Pustaka Hikmah (Kedai Buku JMKNNS) di aras 3, Menara MAINS untuk melihat seterusnya membeli buku-buku terbitan JMKNNS. Pembeli-pembeli sekitar Seremban digalakkan membeli di Pustaka Hikmah bagi mengurangkan kos pembelian (kos pos).

Bagi pembeli di luar Negeri Sembilan, sila isi borang pembelian secara atas talian di: https://forms.gle/urnQZRma396DjHjJ7

Senarai buku-buku terbitan @JMKNNS boleh dirujuk di laman web JMKNNS: https://www.muftins.gov.my/v1/buku-terbitan-2-2/

Sinopsis berkaitan buku-buku terbitan Jabatan, sila rujuk di:
http://www.muftins.gov.my/v1/falak-dan-sumber-maklumat/

Terima kasih.

#yaqazah
#kitajagakitaAllahjagakita
#Mufti #negerisembilan #pkp #DBP

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

​​Mengapa bulan Muharram dikaitkan dengan peristiwa hijrah sedangkan hijrah berlaku pada bulan Rabi'ul Awwal?

Al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani menukilkan daripada sebahagian ulama bahawa ketika para sahabat رضي الله عنه berbincang (pada zaman Khalifah Umar رضي الله عنه), bagamaimanakah kita hendak memulakan tarikh? Peristiwa apakah yang kita hendak jadikan sebagai titik permulaan bagi tarikh atau kalender kita?, maka terdapat beberapa cadangan:

1. Peristiwa kelahiran Nabi صلى الله عليه وآله وسلم.
2. Peristiwa Nabi صلى الله عليه وآله وسلم dilantik menjadi Nabi.
3. Peristiwa hijrah Nabi صلى الله عليه وآله وسلم.
4. Peristiwa kewafatan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم.

Akhirnya mereka memilih cadangan ketiga. Cadangan pertama dan kedua sukar kerana terdapat percanggahan pendapat dalam menentukan tahun kejadiannya. Cadangan keempat juga tidak sesuai kerana mereka tak sampai hati hendak menjadikan kewafatan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم sebagai permulaan tarikh Islam Maka akhirnya mereka memilih untuk menjadikan tahun berlakunya peristiwa hijrah sebagai tahun pertama dalam kalender Islam.

Tapi mengapa mereka memilih bulan Muharram dan bukannya bulan Rabi'ul Awwal sebagai bulan pertama? Bukankah hijrah berlaku pada bulan Rabi'ul Awwal?

Jawapannya ialah kerana keazaman Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم untuk berhijrah itu sudah bermula sejak bulan Muharram. Hal ini kerana pada bulan Zulhijjah telah berlaku baiat. Maka selepas itu Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah berazam untuk berhijrah dan bulan pertama selepas peristiwa baiat tersebut ialah Muharram. Maka sesuailah bulan Muharram dijadikan sebagai permulaan. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar rahimahullah, inilah hujah yang paling kuat yang beliau temui dalam menjelaskan faktor kemunasabahan bulan Muharram dipilih sebagai bulan permulaan. Ibarat Ibn Hajar:

وَإِنَّمَا أَخَّرُوهُ مِنْ رَبِيعٍ الْأَوَّلِ إِلَى الْمُحَرَّمِ لِأَنَّ ابْتِدَاءَ الْعَزْمِ عَلَى الْهِجْرَةِ كَانَ فِي الْمُحَرَّمِ؛ إِذِ الْبَيْعَةُ وَقَعَتْ فِي أَثْنَاءِ ذِي الْحِجَّةِ وَهِيَ مُقَدِّمَةُ الْهِجْرَةِ، فَكَانَ أَوَّلُ هِلَالٍ اسْتَهَلَّ بَعْدَ الْبَيْعَةِ وَالْعَزْمِ عَلَى الْهِجْرَةِ هِلَالُ الْمُحَرَّمِ، فَنَاسَبَ أَنْ يُجْعَلَ مُبْتَدَأً. وَهَذَا أَقْوَى مَا وَقَفْتُ عَلَيْهِ مِنْ مُنَاسَبَةِ الِابْتِدَاءِ بِالْمُحَرَّمِ.

[Fath al-Bari, jilid 7, halaman 315, cetakan al-Maktabah al-Salafiyyah].

Jadi tak perlulah kita mempertikaikan dengan mengatakan: "Orang Melayu ni sibuk sambut Maal Hijrah dalam bulan Muharram. Hijrah bukan berlaku dalam Muharram pun!"

Semoga permulaan tahun baru hijri ini menjadi titik permulaan untuk kita berhijrah kepada kebaikan dengan taufiq dari Allah s.w.t.

Wallahu a'lam.
Abu Raihanah Abdul Rahman

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

MAKNA GELARAN “USTAZ”

Secara general, Ustaz bermaksud seorang guru, pengajar, atau orang yang berilmu. Jama’nya (kata ganda) adalah ‘Asatizah’. Masyarakat kita biasanya menggunakan panggilan ustaz ini sebagai gelaran hormat.

Kalimah ini bukan berasal daripada bahasa Arab. Sebahagian berpendapat ianya daripada bahasa Parsi, sebahagian berpandangan daripada bahasa Turki.

Menurut al-Imam al-Munāwī r.a dalam kamus peristilahan beliau “at-Tauqīf ‘alā Muhimmāt at-Ta’ārīf” :

‎الــأستاذ: الماهر بالشيء، وهي عجمية معربة لأن السين والذال البتة لا يجتمعان في كلمة عربية.

“Takrif al-Ustaz adalah gelaran bagi seorang yang mahir dalam sesuatu perkara. Dan ianya kalimah asing, bukan berasal dari kalimah arab, kerana huruf sin dan zhal tidak akan bertembung dalam satu perkataan arab.”

Menurut al-Imam Ibnu Dihyah dalam “al-Muthrib”:

‎الاستاذ كلمة ليست بعربية ولا توجد في الشعر الجاهلي، واصطلحت العامة إذا عظموا المحبوب أن يخاطبوه بالأستاذ وإنما أخذوا ذلك من الماهر بصنعته لأنه ربما كان تحت يده غلمان يؤدبهم فكأنه أستاذ في حسن الادب

“al-Ustaz adalah kalimah yang bukan dari bahasa Arab dan tiada dalam Syair Jahili. Orang awam memberi istilah tersebut untuk mengagungkan (memberi penghormatan) kepada orang yang dikasihi, mereka memanggil dengan gelaran Ustaz. Perkataan ini diambil daripada makna ‘Mahir dalam suatu perkara’ kerana kadangkala seorang itu tugasnya mendidik kanak-kanak, seolah-olah seorang yang mahir (ustaz) dalam mendidik (adab yang mulia).”

Ringkasnya menurut ulama leksikologis Bahasa Arab, gelaran “al-Ustaz” memberi lima maksud dan penggunaan:

1. Guru / pengajar dalam apa saja bidang ilmu secara umum

2. Gelaran akademik bagi pensyarah Universiti - Professor.

Ustaz Musyārik: Professor Madya
Ustaz Musā’id: Penolong Professor
al-Ustaz ad-Duktur: Professor Doktor

3. Gelaran penghormatan yang biasanya diberikan kepada golongan professional seperti seniman, sasterawan, peguam dan lain-lain.

4. Seorang yang mahir dalam sesuatu bidang dan mengajarkannya kepada orang lain.

5. Ahli muzik (musician)

(Sumber: Mu’jam al-Lughah al-Arabiyah al-Mu’āsirah, Ahmad Mukhtar Umar, kalimah no. 2881)

Ini menunjukkan bahawa makna disebalik gelaran ustaz itu luas dan ada tingkatannya. Seperti tingkatan Ulama’, Mufti, Tok Guru, Syeikh, Pak Kiyai dan sebagainya.

Tingkatan panggilan ustaz ini juga adalah mengikut adat dan budaya panggilan masyarakat kita. Makna Ustaz tidak sempit kepada hanya yang benar-benar menguasai ilmu agama dan bahasa arab sahaja.

Kebiasannya panggilan ustaz ini adalah panggilan hormat kepada mereka yang mengajar al-Quran dan ilmu agama.

Dalam adat panggilan masyarakat melayu, ada yang dipanggil ustaz dari sudut boleh mengajar iqra, membaca al quran. Ada yang dipanggil ustaz kerana boleh jadi imam, bilal, tukang mandi mayat, mutawwif. Ada yang dipanggil ustaz dari sudut pekerjaan sebagai guru kafa, guru jawi, guru khat, taranum.

Ada yang sebab banyak hafal ayat quran, hadis, pernah hafiz quran. Ada yang sebab banyak berdakwah, pakar motivasi, penulis buku nasihat tentang agama. Ada yang sebab selalu tulis, kongsi nasihat agama.

Dan ada yang dipanggil ustaz memang kerana kepakarannya menyeluruh tentang agama. Ada pula yang lebih kepada bidang masing-masing seperti al-Quran, fiqh, hadis, tasauf, kewangan islam, faraid, dan sebagainya lagi dan dalam masa yang sama bab lain hanya perkara asas sahaja diketahui.

Dan pelbagai lagilah senarai yang tidak dimasukkan diatas.

Semuanya perlu kita tahu agar dapat dibezakan maratib/tingkatan panggilan ustaz mengikut konteks penggunaan, agar tidak disalah fahami dan bersangka buruk apabila terjadi sesuatu isu, dan kita dapat fahami apabila disebut panggilan 'USTAZ' itu, ia merangkumi maksud yang pelbagai seperti diterangkan diatas. Juga ustazah.

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

https://www.sinarharian.com.my/article/147536/BERITA/Nasional/Buka-masjid-surau-pulihkan-kesihatan-mental-rakyat-Mufti

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Pada 5 Jun lalu (2021) Dr Suhazeli berforum dengan prof Dr. Ayman Al Akiti, pensyarah UIA dan Fello IKIM, menerangkan isu berkaitan dengan kewujudan ataupun tidak babi dalam vaksin AstraZeneca. Dr Ayman menjelaskan hasil dari webinar beliau dengan para ulama Indonesia yang menguasai kebanyakan pondok di sana. Vaksin AstraZeneca sudah pun bersih. Doktor pakar telah panjang lebar menerangkan bahawa bahan akhir sudah pun tidak mengandungi unsur yang terlarang itu. Lihat video penjelasan beliau

Baharulah mereka menerimanya dan semua anak-anak pesantren diberi vaksin tanpa banyak penolakan.

Suhazeli Abdullah
6.6.2021
Kuala Berang

https://fb.watch/5-9gMmGIqx/

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

*MAJLIS PENGIJAZAHAN SELAWAT BARAKAT MAKIYYAH & AQIDAH AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH*

Bersama:
Maulana Zubair bin Maulana Musa Al-Ruhani Al-Bazi
(anak kepada penyusun kitab Barakat Makiyyah)

🗓 17 DIS 2017 (AHAD)

🕰 1.30 p.m - 5.00 p.m

🏢 Aswaja Learning Center, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Location:
https://waze.to/lr/hw282g7qqj
(Sebelah Restoran Cina Muslim Mohd Chan)

*Yuran RM10*

👉🏻 Tahun lepas kehadiran hampir 200 peserta, tahun ini kami had hanya *100 peserta*

📲 Peserta wajib daftar nama melalui www.wasap.my/60145317300/

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1997972643753428&id=1428326364051395

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Saidina Abu Bakr as-Shiddiq dan Saidina Umar Bin al-Khattab pernah bersyair ketika menyambut kedatangan Baginda Rasulullah. Itulah cara orang Arab mengungkapkan perasaan mereka. Rasulullah mengizinkan kerana memahami perasaan mereka.
Itulah kedudukan syair dan qasidah memuji Baginda.

[Rujukan: Mukhtasor Sirah an-Nabi - Imam Abd. Ghani al-Maqdisi]

اللهم صَلِّ على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلِّمْ

Disediakan oleh Ustaz Adlan Abd Aziz

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Menjawab "admin" page Rozaimi: Hadith Bilal Dalil Bidaah Hasanah

1⃣Berikut adalah jawapan ringkas ARG Johor terhadap pemahaman "admin" page Rozaimi terhadap hadith bilal di sini ARG membawakan ulasan ulama hadith muktabar terhadap hadith bilal ini bagi menjawab pemahaman "admin" page Rozaimi.

2⃣Shahabat Bilal adalah orang yang pertama kali shalat sunat setelah wudhu dengan itjihadnya dan kemudian di i'tiraf dan dibenarkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebagai amalan yang benar. Dalilnya adalah:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِبِلَالٍ عِنْدَ صَلَاةِ الْغَدَاةِ يَا بِلَالُ حَدِّثْنِي بِأَرْجَى عَمَلٍ عَمِلْتَهُ عِنْدَكَ فِي الْإِسْلَامِ مَنْفَعَةً فَإِنِّي سَمِعْتُ اللَّيْلَةَ خَشْفَ نَعْلَيْكَ بَيْنَ يَدَيَّ فِي الْجَنَّةِ قَالَ بِلَالٌ مَا عَمِلْتُ عَمَلًا فِي الْإِسْلَامِ أَرْجَى عِنْدِي مَنْفَعَةً مِنْ أَنِّي لَا أَتَطَهَّرُ طُهُورًا تَامًّا فِي سَاعَةٍ مِنْ لَيْلٍ وَلَا نَهَارٍ إِلَّا صَلَّيْتُ بِذَلِكَ الطُّهُورِ مَا كَتَبَ اللَّهُ لِي أَنْ أُصَلِّيَ

"Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkata kepada Bilal saat hendak shalat shubuh: "Wahai Bilal, ceritakan kepadaku amal yang kau kerjakan yang paling engkau harap manfaatnya dalam Islam? Karena sesungguhnya aku mendengar tadi malam suara sandalmu di hadapanku di syurga". Bilal menjawab: "Aku tidak mengerjakan suatu amal dalam Islam yang paling aku harapkan manfaatnya daripada satu amalku bahawa aku tidak bersuci dengan sempurna, sama ada malam atau siang, kecuali aku shalat dengan bersuci itu iaitu apa yang diperintahkan oleh Allah supaya aku mengerjakan shalat" (HR. Bukhari, Muslim dan lain-lain).

3⃣Al-Hafizh Ibn Hajar berkata:

ويستفاد منه جواز الاجتهاد في توقيت العبادة لأن بلالا توصل إلى ما ذكرنا بالاستنباط فصوبه النبي صلى الله عليه و سلم

"Dan daripada hadits dapat diambil satu faedah bolehnya ijtihad dalam menetapkan waktu ibadah, kerana Bilal mendapatkan kemulian sebagaimana yang aku sebutkan sebab dengan istinbath dan Rasulullaah shallallahu 'alaihi wasallam membenarkannya" (Fath al-Bari, juz III, mukasurat 34).

4⃣Sedangkan hadith Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam riwayat Uthman:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ لَا يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
"Rasulullah shallallahu 'alai wasallam bersabda: "Sesiapa yang wudhu seperti wudhuku ini, kemudian shalat dua rakaat dan didalam hatinya tidak membicarakan urusan duniawi, maka dosa-dosanya yang lalu diampuni" (HR. Bukhari).

Dan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَتَوَضَّأُ فَيُحْسِنُ وُضُوءَهُ ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ مُقْبِلٌ عَلَيْهِمَا بِقَلْبِهِ وَوَجْهِهِ إِلَّا وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ

"Tiada muslim yang wudhu dan mempercantik wudhunya kemudian dia shalat dua rakaat, hati dan wajahnya khusu' menghadap dalam shalat kecuali dia pasti akan mendapatkan syurga" (HR. Muslim)

5⃣Dua hadith di atas yang juga menjelaskan sunatnya shalat sunat selepas wudhu adalah datang selepas riwayat Bilal di atas. Hal ini dibuktikan dengan ucapan al-Hafizh Abu Syamah, bahawa Bila berijtihad membuat shalat setelah sunat wudhu dan ketika itu Rasulullah belum memerintahkan dan mengerjakan.

6⃣Al- Hafizh Abu Syamah berkata:

ومن هذا الباب اقراره صلى الله عليه و سلم بلالا رضى الله عنه على صلاته ركعتين بعد كل وضوء وان كان هو صلى الله عليه و سلم لم يشرع خصوصية ذلك بقول ولا فعل وذلك

"Dari bab ini adalah i'tiraf Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam terhadap shalat dua rakaat yang dikerjakan shahabat Bilal radhiyallahu 'anhu selepas wudhu, meskipun Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak mensyariatkan secara khusus melalui sabda dan perbuatan beliau" (al-Baith mukasurat 24).

7⃣Sekian jawapan ARG Johor kepada "admin" page Rozaimi yang majhul.

Disediakan Oleh:

Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah
Johor Bahru. Johor, ARG Johor

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Kesimpulan:

Tidak salah berkirim salam kepada baginda Sallallahu 'alaihi wassalam dan ia adalah perbuatan para solihin dan hukumnya adalah harus.

Dan tidak salah juga bagi mereka yang tidak mengamalkan berkirim salam ini kerana setiap yang dihukumkan harus itu boleh ditinggalkan. Bahkan dengan keyakinan yang penuh bahawa selawat dan salam kita sendiri pun sampai kepada baginda Sallallahu 'alaihi wassalam sebagaimana dalam hadis di atas.

Yang salah ialah sikap tidak terbuka dalam menanggapi amalan orang lain tanpa merujuk dulu pandangan ulama yang muktabar dan membuat rujukan sumber ilmu yang sebenar.

Ilmu Allah amat luas. Apakah hanya dengan merujuk beberapa kitab hadis kita boleh membuat tafsiran hukum sendiri dan mengenepikan pandangan dan amalan para solehin yang jelas keberkatan hidup dan ilmu mereka.

Semoga Allah memberi taufik dan hidayah buat kita semua.

Oleh Ustaz Mohd Hazri al-Bindany

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Diskusi di atas bukan untuk menetapkan haram/halal seorang penzina menikahi anak zinanya. Sangat jauh jika hendak dikaitkan dengan hukum meletak bin kepada anak zina. Objektif tulisan ini hanya untuk mengingatkan semua pihak agar berhati-hati dalam menisbahkan satu pendapat kepada seorang imam.

Berdasarkan perbincangan di atas, tepatkah kita mengatakan bahawa Imam al-Syafii mengharuskan seorang penzina menikahi anak zinanya? Menurut saya, ucapan ini mengandungi banyak kesilapan. Pertama, Imam al-Syafii memiliki dua qaul walaupun ulama Syafiiyah terkemudian mentarjih salah satunya sebagai qaul mu’tamad. Tarjih Syafi’iyyah berbeza dengan qaul al-Syafii. Kedua, salah satu qaul al-Syafii melarang dan satu qaul lagi mengatakan MAKRUH. Kita sedia maklum bahawa makruh adalah salah satu lafaz larangan walaupun tidak seberat lafaz haram. Justeru, ucapan yang mengatakan bahawa “Imam al-Syafii mengharuskan …” tidak tepat dan sangat mengelirukan.

Wallahu a’lam.

Oleh Ustaz Umar Muhammad Noor

Читать полностью…
Subscribe to a channel