penjelasanbidaahaswj | Unsorted

Telegram-канал penjelasanbidaahaswj - Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

1543

Group perbincangan isu khilafiyah / bid'ah di link ini: https://t.me/mso_bidaah Link senarai group/channel MSO yang lain : https://t.me/madrasahsunnionline_MSO/557

Subscribe to a channel

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

#PengumumanMSO

Channel Penjelasan Bidaah/Khilafiyah telah mencecah lebih 2000 ahli. Terima kasih atas sokongan anda. Untuk mencari nota-nota yang lepas boleh klik simbol kanta 🔍 dan taip keyword yang anda ingin cari.

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

MAZHAB SYAFIE BERDALIL

1. Sekalipun, kita tidak ketemukan dalil dalam kitab fiqh Imam Syafie namun, para ulama terkemudian berkhidmat untuk mazhab Syafie.

2. Buktinya asas utama kitab mazhab Syafie ialah:
👉🏼 Al Umm
👉🏼 Al Imla'
👉🏼 Mukhtasar Al Buwaithi (w.231H)
👉🏼 Mukhtasar Al Muzani (w.264H)

3. Kemudian Imam Al Haramain (478H) mengumpul Qaul Al- Jadid (fatwa baharu) Imam Syafie daripada keempat-empat kitab tersebut di dalam satu kitab yang dinamakan:
👉🏼 Nihayah Al-Matlab 14 jilid tebal

4. Kitab Nihayah Al- Matlab oleh Imam Al-Haramain telah diringkaskan oleh anak murid beliau iaitu Imam Al Ghazali (505H) yang menghasilkan:
👉🏼 Al Basith (ringkasan pertama)
👉🏼 Al Wasith (ringkasan kedua)
👉🏼 Al Wajiz (ringkasan ketiga)

5. Dari kitab Al-Wajiz oleh Imam Al Ghazali ini maka Imam Ar-Rafie mensyarahkannya dengan dinamakan:
👉🏼 Syarh Al-Kabir (Fath Al Aziz fil Syarh Al Wajiz sebanyak 14 jilid)
👉🏼 kitab ini mengemukakan dalil Al-Quran & Hadis bagi kebanyakan permasalahan fiqh
👉🏼 dibincangkan mengenai khilaf 4 mazhab
👉🏼 perbandingan hujjah dan istidlal

6. Oleh kerana banyak hadis yang dikemukakan maka Imam Ibnu Al Mulaqqin (guru Imam Al-Asqalani) telah berkhidmat untuk takhrij hadis maka terhasillah kitab:
👉🏼 Badrul Al Munir fi Takhrij Ahadith Asy-Syarh Al-Kabir (7 jilid).
👉🏼 kitab ini disusun semata-mata untuk takhrij hadis yang dikemukakan dalam kitab fiqh tersebut.

7. Sebelum itu lagi, Imam Al-Baihaqi (w.458H) telah menyusun kitab:
👉🏼 As-Sunan Al-Kubra sebanyak 11 jilid tebal.
👉🏼 kitab ini adalah himpunan segala hadis yang menjadi dalil bagi mazhab Syafie.

8. Imam Al-Baihaqi juga menyusun kitab:
👉🏼 As-Sunan Al-Kabir 24 jilid
👉🏼 Al-Ma’rifah fi As-Sunan wa Al-Atsar 7 jilid
👉🏼 Al-Khilafiyat nushush Asy-Syafi’i
👉🏼 Manaqib Asy-Syafi’i 2 jilid

9. Maka tidak hairanlah Imam Al-Haramain Al-Juwaini memuji Imam Al-Baihaqi dengan katanya:

ما من شافعي الا والشافعي عليه منة الا ابو بكر البيهقي، فان له منة على الشافعي في نصرة مذهبه
"Tiada seorang daripada pengikut mazhab Syafie melainkan mereka terhutang budi dengan Imam Asy-Syafie kecuali Imam Al Baihaqi kerana beliau mempunyai jasa kepada Imam Asy-Syafie kerana membela mazhabnya."

10. Ulama terdahulu seperti Imam Al-Buwaithi dan Al-Muzani yang merupakan anak murid Imam Asy-Syafie. Satu level dengan Imam Ahmad. Namun, mereka lebih memilih untuk mengikut mazhab Syafie.
Imam Al-Baihaqi, Imam As-Suyuthi, Imam Al-Asqalani, Imam An-Nawawi dikatakan mencapai tahap mujtahid namun tetap taqlid kepada mazhab Syafie.

"Orang kita zaman sekarang, bertaqlid kepada mazhab Syafie bagaikan hina"

Disediakan oleh: Hafiz Al Za'farani (HAZA)

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Imam Syafie TAK SURUH bapa zina kawini anak zina! Imam nak tunjukkan beratnya isu berbinkan anak zina!!!

Penetapan minimum 6 bulan adalah kerana berpandukan ayat suci al-Quran yang menyebut minimum 30 bulan utk mengandung (6 bulan) dan maksimum menyusukan anak 2 tahun (24 bulan). Maka cukuplah 30 bulan.

Adakah ia bertentangan hadis berkaitan al-walad lil firash? Jawapannya tidak sebab kaedah tersebut menjelaskan, kalau dah ada perkahwinan dan kelahiran lebih 6 bulan, tiada siapa yg boleh mencabar status anak kecuali si suami sahaja.

Beratnya isu ini bila jumhur ulama besar 4 mazhab, berpegang pandangan ini. Rentetan, menunjukkan ketegasan anak zina tak boleh dinasabkan dgn bapa, sehingga mereka berpandangan, tiadanya hubungan maka anak masih lagi ada aurat dgn si bapa sehingga boleh mengawini si anak zina.

Fatwa mazhab Syafie sebegitu, bukan nak suruh bapa kawini anak zina, tetapi nak menunjukkan besarnya isu mengbinkan anak zina.

Allahu al-musta'an.

Oleh Prof Asmadi Mohamed Naim

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Kenapa Fatwa Tetapkan 6 Bulan Untuk Isu Nasab Anak Luar Nikah?

Pihak awam bercakap tentang polemik isu nasab anak luar Nikah. Ramai yg bertanya kenapa mesti lahir tidak kurang dari 6 Bulan kelahiran?

Berikut penjelasan Ustaz Alyasak Bin Berhan, Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Daerah Tampin, kepada menara.my

baca selanjutnya di sini : 👉🏼 Penjelasan Ustaz Alyasak

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

JUJUR MEMBERI PANDANGAN DAN MENGAKU SAYA BUKAN BERMAZHAB SYAFIE

Para ustaz kena jujur... kalau bukan bermazhab, mengaku bahawa saya memang bukan bermazhab Syafie atau mazhab lain. Semua pandangan saya bukan mazhab Syafie..

Yang susahnya, melakukan 'tadlis' pada masyarakat mengatakan saya pun bermazhab Syafie... tapi keluar pandangan bukan mazhab Syafie.

Lepas tu pulangkan pada masyarakat nak menerima kita atau tidak.

Kita berdepan dengan suasana TIDAK JUJUR. Mengaku mazhab Syafie, tapi mengeluarkan pandangan bukan mazhab syafie tp dinisbahkan pada mazhab syafie.

Saya sendiripun bila mengajar, kalau bukan mazhab syafie, terang mengatakan dlm kes ni taklid mazhab lain. Terpulang mereka mahu ikut atau tidak.

Berlaku jujurlah!

Allahu al-musta'an.

dari Prof Asmadi Mohamed Naim

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

37 Masalah Populer karangan Ustaz Abdul Somad (Indonesia).

Buku ini menampilkan jawapan kepada beberapa masalah khilafiah yang sering dibangkitkan seperti masalah bid'ah, menyimpan janggut, membaca talqin, membaca al-Quran di kubur, menyambut Maulidul Rasul dan lain-lain.

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Bagaimana dengan pelajar-pelajar disiplin falsafah, sejarah, bahasa Melayu, kejuruteraan, perubatan, ekonomi ataupun hanya bersekolah sehingga tahun enam?. Memaksa mereka ini untuk meneliti sendiri nas-nas hukum terutama hadis Nabi SAW dan amalan para sahabat, tanpa merujuk kepada pakar hukum Islam merupakan satu taklif yang membebankan. Islam bukanlah agama yang menyusahkan umatnya sehingga semua orang wajib menjadi ustaz, agamawan, pakar syariah ataupun pakar sunnah, sehingga banyak bidang ilmu pembangunan duniawi dikuasai oleh orang-orang bukan Islam. Taklid atau ittiba’ mazhab merupakan kaedah terbaik untuk mengimbangi keperluan duniawi dan ukhrawi. Solusi dalam kedua-dua keperluan ini ialah merujuk kepada ahl al-zikr (ulama/mujtahidin) seperti dalam ayat 43 surah al-Nahl.

#Keenam
Dalam persidangan Majmak Fiqh Islam kali ke-10 yang berlangsung di Mekah pada tahun 1987, suatu resolusi merumuskan khilaf antara mazhab bukanlah suatu percanggahan dalam Islam dan membenarkan umat Islam mengikut mana-mana mazhab tanpa sekatan dalam pelbagai urusan ibadat, muamalat, kekeluargaan, kehakiman dan jenayah, yang berpandukan sumber hukum syarak. Resolusi tersebut turut menyangkal pihak yang bersikap anti mazhab dan mereka yang sering mencerca mazhab-mazhab fiqh dan para Imamnya dengan menganggap perbuatan tersebut sebagai keji dan menyesatkan umat Islam (Al-Qaradhawi, 1991, hlm 81-83).

Berdasarkan huraian di atas, beberapa asas penting tentang mengenai kepengikutan mazhab dapat dirumus seperti berikut :

i. Mazhab merupakan sebuah institusi Fiqh (School of Thought) yang mempermudahkan umat Islam untuk memahami syariah dengan lebih jelas dan sempurna.

ii. Bagi masyarakat awam, 'ittiba’ al-mazahib' menyediakan ruang kemudahan untuk mengamalkan rutin hukum Islam seharian tanpa diserabuti persoalan khilaf yang komplikated.

iii. Keharusan mengikut mana-mana mazhab adalah terbuka dan tidak terikat secara rigid dengan suatu mazhab tertentu. Umat Islam boleh bertukar mazhab a.k.a pandangan fuqaha’ kepada fatwa mazhab lain yang lebih kuat, releven dan bermanfaat.

iv. Ikhtilaf pendapat tidak seharusnya membawa perpecahan dalam masyarakat.

#Ketujuh
Mengenai ikhtilaf yang menimbulkan banyak mazhab pula, Abdul Karim Zaydan (1993) menyimpulkan sekiranya ikhtilaf dalam kalangan para Sahabat pun mendatangkan kesan lebih besar kepada orang lain, apatah lagi bukan sahabat. Ikhtilaf para mujtahid tidak sewajarnya dilihat memecah-belahkan agama Islam. Sebaliknya merupakan sumbangan para fuqaha’ kepada masyarakat walaupun berlaku di sana fanatisme atau pemujaan (تقديس) terhadap individu sehingga kata-kata mereka mengatasi al-Qur'an dan Sunnah.

Sedikit tambahan lagi, apabila disebut mazhab Al-Syafi’i (sebagai contoh), ia mencakupi rumusan pemikiran imam Al-Syafi’i termasuk doktrin dan juga metodologi ijtihad beliau dalam pengkajian al-Qur'an dan Sunnah, dan aliran pemikiran fiqh yang berkembang pada zamannya. Istilah mazhab Al-Syafi’i turut meliputi segala penulisan dan pandangan hukum yang dihasilkan para murid dan pengikut Imam al-Syafi’i, berlandaskan manhaj ilmiah beliau (Izz al-Din al-Tamimi,1990). Orang yang tidak melazimi mazhab ini tidak akan faham 'nature' perbezaan pandangan antara Imam Syafie dengan fuqaha Syafi’iyyah terkemudian lalu menghukumkan kita telah melanggar pandangan Imam mazhab sendiri.

Akhir sekali, saya ingin merumuskan pentingnya kita beriltizam dengan sesebuah mazhab seperti mazhab Syafi’i di Malaysia dan begitu juga mazhab lain seperti berikut:

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Taqlid Sesebuah Mazhab Tidak Menyalahi Falsafah “Mengikut Sunnah” Nabi SAW

Huraian ini dibuat terhadap soalan yang diajukan pada saya mengenai pendirian beliau bahawa lebih baik kita (#baca: dia) mengikut sunnah Nabi SAW dan meninggalkan amalan orang Melayu yang tidak pernah ada pada zaman Baginda. Katanya jika amalan itu boleh dibuat sekalipun, ia tetap tidak afdhal. Maka lebih selamat adalah mengikuti Nabi SAW. Mohon pandangan saya!

Jika dibaca pendiriannya itu memang kelihatan ringkas dan “betul”, tetapi adakah kefahamannya tentang ittiba’ perkara yang dinamakan Sunnah itu Sahih seperti yang difahami oleh semua fuqaha mutaqaddimin (khususnya sebelum kemunculan #Ibn #Taymiyyah 661H)?. Rumusan pendirian seperti itu telah melompat daripada beberapa asas penting yang telah disepakati oleh fuqaha yang hampir keseluruhannya bertaqlid mazhab muktabar. Untuk menjelaskan kembali asas-asas itu bukan suatu yang mudah kerana kita terpaksa kembali menyelongkar lembaran yang telah lama tertutup, kerana perbahasannya #telah #selesai.

Maka sebab itu, saya katakan semua orang yang mahu memahami hukum Islam secara lebih mendalam perlu mempelajari semua disiplin syariah side-by-side secara teratur. Kefahaman hukum yang holistik tidak akan sempurna jika mendalami disiplin hadis semata-mata. Hukum Islam bukan bersumberkan hadis semata-mata. Terdapat banyak lagi adillatul ahkam (dalil-dalil hukum) seperti Qiyas (meliputi istihsan), Maslahah Mursalah, Sadd al-Zara’ik, Uruf dan lain-lain yang dirumuskan fuqaha di samping hadis. Itu belum lagi melihat sejajaran hukum dengan Maqasid Syariah (umum dan khusus) dan impak perubahan zaman/tempat/sosiobudaya yang menuntut kajian terhadap illah (rasional) hukum diteliti semula. Fiqh al-Sunnah penting seperti pentingnya Fiqh al-Kitab, Fiqh al-Maqasid, Fiqh al-Waaqi’, Fiqh al-Awlawiyyat, Fiqh al-Ikhtilaf dan satu lagi Fiqh al-Nafs.

Kita mulakan dengan beberapa asas berikut :

#Pertama
Hukum syarak semua bersumberkan al-Qur'an dan Sunnah yang mana teks kedua-duanya ada yang bersifat qat’iy dan zanniyy dari segi dilalahnya (petunjuk makna). Al-Qur'an semuanya qat’iyy dari segi kesabitannya sebagai wahyu Allah, begitu juga Sunnah (hadis) yang mutawatir. Namun, banyak dilalah kedua-duanya bersifat zanniy kecuali pada tempat yang dijelaskan sendiri oleh Allah/Rasulullah mengenai bentuk dan kaifiyyat pelaksanaannya. Oleh kerana tiada dokumentasi video dan rakaman terhadap amalan pada zaman Rasulullah melainkan perkhabaran (riwayat) oleh para Sahabat yang tersebar di merata tempat, maka ketepatan dilalah dalam riwayat itu terpaksa dihukum zanniyy kerana banyak faktor. Apatah lagi every single part of petunjuknya tidak mampu diyakini 100% oleh setiap orang dalam generasi terkemudian.

Dalam bahasa mudah, hadisnya Sahih tetapi adakah kefahaman terhadap makna hadis itu Sahih? Di sinilah para fuqaha mengkaji dan menganalisis apakah makna yang hampir tepat pada ayat al-Qur'an dan hadis untuk mengistinbat hukum. Tidak pernah ada fuqaha berani berkata pendapatnyalah tepat dengan Sunnah atau Sunnah itu adalah pendapatnya. Daripada usaha penggalian makna dalam Sunnah inilah lahirnya perbezaan pendapat dalam kalangan mujtahidin yang kemudiannya melahirkan mazhab.

#Kedua
Senario khilaf dalam penggalian makna itu hanya melibatkan pakar hukum atau mujtahidin yang diiktiraf keilmuan mereka. Satu persoalan, bagaimanakah orang awam dapat mengetahui makna dalam al-Qur'an dan Sunnah? Semua ulama bersepakat (ijmak) bahawa orang awam perlu merujuk kepada orang yang lebih berpengetahuan seperti mujtahidin dan ulama. Sebagaimana diperintahkan Allah sendiri dalam surah al-Nahl ayat 43:
وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًا نُّوحِي إِلَيْهِمْ ۚ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ 43

Maksudnya:
”Dan Kami tidak mengutuskan sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan (jika kamu tidak mengetahui).

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

BEBERAPA DALIL TENTANG PAHA LELAKI ADALAH AURAT

Aurat lelaki sesama lelaki menurut Imam syafie' rahimahullahu taala adalah kawasan antara pusat dan lutut. Antara dalilnya hadis:
عورة الرجل ما بين سرته الي ركبته ...(رواه الدارقطني والبيهقي عن ابي ايوب وورد مٽله عن ابي سعيد في مسند الحارٽ بن اسامة, وعن عبد الله بن جعفر عند الحاكم رضي الله عنهم)
maksudnya : "Aurat lelaki ialah sesuatu antara pusatnya ke lututnya."
Maksud keterangan had aurat dalam hadis ialah wajib menutupnya dan tidak boleh dilihat kepadanya. Dalam hadis yang lain berbunyi:
لا تبرز فخذك , ولا تنظر الي فخذ حي ولا ميت (رواه ابو داود وابن ماجه عن علي)
Maksudnya : "Jangan kamu memperlihatkan pahamu dan jangan melihat kepada paha orang yang masih hidup maupun telah mati." Seterusnya hadis berikut :
عن محمد بن جحش قال : مر رسول الله صلي الله عليه وسلم علي معمر , وفخذاه مكشوفتان ,فقال : يا معمر غط فخذيك فان الفخذين عورة( رواه اخمد ورواه البخاري في تاريخه.)
Maksudnya "Baginda saw melalui disisi ma'mar sedangkan kedua2 paha ma'mar terbuka lantas baginda bersabda :Wahai Ma'mar! Tutuplah kedua pahamu, sesungguhnya kedua paha itu adalah aurat."
وقال النبي صلي الله عليه وسلم مٽل ذلك او قريبا منه لرحل اخر كما (رواه عن ابن عباس الترمذي واحمد.)
Imam Tirmizi dan Ahmad meriwayatkan seumpama sedemikian tentang sabda baginda saw kepada lelaki yg lain.
وحدٽ لجرهد الاسلمي كما رواه مالك واحمد وابو داود والترمذي وقال حسن.وذكره البخاري في صحيحه معلقا
.Imam Malik, Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan hadis lain seumpama itu dan Imam Tirmizi menyatakan kedudukannya Hasan.
Berkenaan dgn dakwaan golongan yang menyatakan aurat hanya kemaluan depan dan belakang sahaja (القبل والدبر فقط) maka ulama kita jelaskan seperti berikut :
قال اصحابنا : ان ستر الفخذ ثبت بامر النبي صلي الله عليه وسلم. اما كشفه فعن طريق حكاية الحال .والاستدلال بالقول مقدم علي الاستدلال بالفعل كما ان القائلين بالاول (العورة ما بين السرة والركبة) اكثر من القاالين بالثاني
Golongan yg berpendapat aurat lelaki antara pusat dengan lutut menolak pendapat golongan yg kedua yg menyatakan aurat lelaki hanya kemaluan depan dan belakang dengan alasan bahawa menutup paha thabit dengan perintah nabi saw..Sementara baginda mendedahkan paha sabit secara hikayat hal ( perbuatan yg diceritakan) . Pengambilan dalil dari sabdaan baginda saw adalah diutamakan keatas dalil secara perbuatan baginda saw. Disamping itu para ulama' yang berpendapat bahawa aurat lelaki ialah batasan antara pusat dengan lutut jauh lebih ramai berbanding dengan golongan yg berpendapat sebaliknya.
wallahu a'lam

-Tuan Guru Syaikh Aminuddin-
Ahli Jawatankuasa Fatwa Kedah
https://www.facebook.com/pg/Tuan-Guru-Syeikh-Aminuddin-Bin-Abdul-Rahim-1623846274591844/

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Berbicaralah Tentang Perkara Yang Difahami oleh Masyarakat
.......
"Sesungguhnya kita amat hairan dengan sikap sebahagian agamawan yang bersikap “berlapang dada” dalam memilih pandangan-pandangan shaz

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

-MENJAWAB FITNAH UST SALMAN ALI isu JUDI-

Saya berharap Al Fadhil Ustaz Salman Ali kembali mentela'ah Bab Judi , Mula pada Ta'rif/Definisi Judi itu sendiri yakni : ما تردد بين غرم وغنم "Barang yg berpapah pergi mari di antara untung & rugi" atau كل لعب يكون فيه ربح لفريق وخسارة لأخر فهو من الميسر المحرم
"Setiap permainan yg adalah padanya mendapat keuntungan bagi satu pihak dan kehilangan/kerugian pada pihak yg lain adalah ia dari termasuk Judi yg di haram".

agar tidak ternampak ketidak pandaian kita dengan sesuatu Bab hingga tersalah menghukum dari kerana kurang mentelitinya kita pada Ta'rif sesuatu Bab.

Al Mujtahid Imam Shafie رضى الله عنه menambah قيد/qaid pada ta'rif/Definisi itu dgn katanya :
وان كان بدفع مال و عوضه مجهول
"Dan Jika adalah ia membayar dgn harta sebagai pertaruhan"

صورة القمار كما قال الحافظ ابن حجر: " أن يخرخ كل من المقامرين سبقا فمن غلب أخذ السبقين"

Gambaran judi mengikut Al-Hafiz ibn Hajar ialah:
"Kedua dua pihak mengeluarkan pertaruhan,maka sesiapa yg menang maka dia mengambil kedua dua pertaruhan tersebut"

Justeru dhabitnya judi itu dapat diambil dari perkataan Al-Hafiz Ibn Hajar,salah seorang dari keduanya غانما أو غارما (untung atau rugi)

Begitu baru nyata di hukumkan berjudi .

Jika dilihat perdebatan mengandungi unsur judi apakah علة illah atau alasan bagi yg demikian,ini kerana pihak yg menang tidak mengambil apa apa habuan dalam perdebatan tersebut,yg dikatakan judi jika ia ambil dan mendapat habuan seperti kata Abu baqa Alhanafi dalam mentakrifkan makna القمار katanya"أن يأخذ غالبا شيئا من المغلوب "

"Pemenang akan mengambil sesuatu daripada yg tewas"

Jika menang tanpa mengambil apa jua habuan dikatakan sebagai judi maka perkataan tersebut jauh tersasar,kerana sebab dan syarat sesuatu pertaruhan itu termasuk dalam judi ialah :

1.melaburkan sejumlah wang atau apa sahaja pemilikan

2.pemenang mendapat habuan,yg tewas mendapat kerugian atas harta yg di pertaruhkan

Adapun تمليك المال بالمخاطرة ada yg di benarkan hatta Al Hafiz ibnu Taymiyyah dalam fatawanya ada bincang bab musabaqah yg dibenarkan sekiranya خلو من تقمير "Sunyi dari pertaruhan"

Bila sebut tamlik/تمليك maka bukan dengan makna "lepas" atau di "Pecat" atau di "bunuh" dan sebagainya.

Sapa yg kalah kena lepas jawatan dan satu pihak lg tak dapat keuntungan apa pun dan tak menguntungkan dua pihak (dari sudut الغنم), maka ini bukan judi.

Contohnya seperti sultan yg kalah perang kena turun takhta .

Bahkan pernah berlaku di zaman Salaf seorang Imam Muktazilah Ghaylan Al Qadari Al Muktazili yg berdebat dengan Al Imam Auza'ie , Imam Muktazilah tersebut berkata "Jika aku kalah berdebat dgn Auza'ie maka bunuh lah aku & jika Auza'ie kalah berdebat dgn aku maka Bunuh lah Auza'ie" dan ternyata Imam Auza'ie menerima syarat tersebut dan berakhirnya dgn di hukum bunuh ke atas Ghaylan Al Qadari Al Muktazili Imam Muktazilah tersebut .

Jadi kesimpulannya nak kata judi kena perhalusi sikit khususnya dari sudut illah/علة sebab judi itu maklum ia diharamkan, Jadi hal ini ialah boleh di katogerikan sebagai DEBAT LETAK SYARAT sahaja bukan lah ia JUDI ,

السبب وصف ظاهر منضبة معرف للحكم

Sebab pengharaman sesuatu dan keharusan sesuatu mesti bersifat (zhohir),puas hati dengan menang perdebatan bukan sifat yg zhohir,ia sifat hati, manusia tidak boleh menilai hati.

Jadi di harapkan Ustaz Salman Ali menarik balik Fitnah & tuduhan JUDI nya terhadap Syeikh Nuruddin Al Banjari حفظه الله تعالى dan Ustaz Zamihan حفظه الله تعالى

Wallahu a'lam

PU Faiz
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1568116313218701&id=100000610413345

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

BUANG MASA AKU AJE...

Pakcik nak buat komen umum dan terakhir ttg isu debat sdg hangat diPERDEBATkan tu. Tak kuasa nak komen semua komen yg masuk tu. Tapi ginilah...debat dalam ertikata munazarah tu benda ilmiah. Bukan mcm bertekak di kedai kopi. Maknanya ia mesti didokong oleh budaya ilmu. Budaya berdebat secara ilmiah ini budaya masyarakat yg bertamadun, bukan yg tak reti bahasa.

Maka pakcik merasa hairan bila Rozaimie mempersoalkan siapa yg layak jadi hakim, dan apa jaminan hakim itu tak berat sebelah. Maksudnya dia memang tak yakin ada sesiapa yg akan faham dan mampu menilai hujah dan dalil? Kalau begitu, apabila dia mengajak Syeikh Nuruddin berdebat, dan mahu dibuat secara terbuka, apa niatnya? Adakah org awam itu lebih layak utk menilai perkataan dan hujah pihak yg berdebat itu? Adakah org awam itu lebih adil dalam menilai?

Soal berdebat takkan timbul kalau tidak ada dua pihak yg mempunyai dua pandangan yg berlawanan dalam satu perkara. P kata A, dan Q kata bukan A. Macam P kata A wujud dan Q kata A tak wujud. Mustahil dua2 betul. Dan mustahil dua2 salah. Hanya seorg yg betul dan seorg lagi salah. Munazarah diadakan secara bersemuka bagi mendengar hujah dan dalil utk dinilai dan dikritik. Hakim adalah ahli dlm apa yg dibahaskan. Kalau mmg tak ada ahli yg layak utk menilai baiklah tak payah berdebat. Simpan sahajalah pendapat itu sampai mati. Maknanya Rozaimie tu dah tahu takkan ada keputusan sbb tak ada sesiapa yg layak utk memutuskan. Tapi dia nak org awam yg tak reti apa menyaksikan perdebatan itu yg dia namakan diskusi...apa bezanya dengan berdebat depan lembu dan kerbau? Buat phd dulu defend depan lembu ke? Munazarah tu macam thesis defence tulah. Pertahankan apa yg kita kata dlm kajian tu. Panel penilai akan menentukan sah atau tidak dapatan itu. Itulah hakim. Kalau dia kata fail boleh balik kampung tanam jagung.

Pakcik dah kata...munazarah...munazarah...munazarah....dan pakcik dah jelaskan tujuan dan aturannya. Bukan pakcik yg reka, tapi itu disiplin ilmu yg sudah ada sejak sekian lama. Masalahnya kalau ngaji hadith sepatah dua dah rasa tahu semua perkara pakcik nak cakap apa lagi?

Ustaz Md Asham b Ahmad
Senior Felo IKIM
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=858086481020424&id=100004572397298

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Menyoal Doa Iftitah "inni Wajjahtu ..."

Kita tidak pernah mengusik, menyalahkan apalagi membidahkan amalan dan tata cara ibadah saudara Muslim kita yang lain. Paling-paling cuma 'ngelirik', kok beda, begitu saja. Karena Kyai-kyai kita di pesantren memang tidak mengajarkan berbuat jelek kepada orang lain.

Kali ini yang dipersoalkan adalah doa Iftitah dalam shalat. Dalam riwayat Muslim doa Iftitah ini tidak menyebut kalimat "inni Wajjahtu", namun langsung Wajjahtu Wajhiya dst. Yaitu:
وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Sedangkan riwayat yang menyatakan "inni Wajjahtu" terdapat dalam riwayat Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad bin Hanbal dan sebagainya. Itupun bukan dalam tata cara shalat, namun tata cara menyembelih hewan qurban:
ﻋﻦ ﺟﺎﺑﺮ ﺑﻦ ﻋﺒﺪ اﻟﻠﻪ، ﻗﺎﻝ: ﺿﺤﻰ ﺭﺳﻮﻝ اﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻳﻮﻡ ﻋﻴﺪ، ﺑﻜﺒﺸﻴﻦ ﻓﻘﺎﻝ: ﺣﻴﻦ ﻭﺟﻬﻬﻤﺎ ﺇﻧﻲ ﻭﺟﻬﺖ ﻭﺟﻬﻲ ﻟﻠﺬﻱ ﻓﻄﺮ اﻟﺴﻤﻮاﺕ ﻭاﻷﺭﺽ ﺣﻨﻴﻔﺎ، ﻭﻣﺎ ﺃﻧﺎ ﻣﻦ اﻟﻤﺸﺮﻛﻴﻦ ....

Bolehkah shalat kita dalam Iftitah menambah kalimat "inni" ? Jawabannya Boleh! Berdasarkan hadis:
ﻭﻋﻦ ﺃﺑﻲ ﺭاﻓﻊ ﻗﺎﻝ: ﻭﻗﻊ ﺇﻟﻲ ﻛﺘﺎﺏ ﻓﻴﻪ اﺳﺘﻔﺘﺎﺡ ﺭﺳﻮﻝ اﻟﻠﻪ - ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ - ﻛﺎﻥ ﺇﺫا ﻛﺒﺮ ﻗﺎﻝ: " ﺇﻧﻲ ﻭﺟﻬﺖ ﻭﺟﻬﻲ ﻟﻠﺬﻱ ﻓﻄﺮ اﻟﺴﻤﺎﻭاﺕ ﻭاﻷﺭﺽ ﺣﻨﻴﻔﺎ ﻭﻣﺎ ﺃﻧﺎ ﻣﻦ اﻟﻤﺸﺮﻛﻴﻦ ...
Dari Abu Rafi' ia berkata: Telah sampai padaku sebuah surat yang berisi Iftitah Rasulullah shalallahu alaihi wasallam, bahwa jika Nabi bertakbir maka beliau berdoa: Inni Wajjahtu ....

Al-Hafidz Nuruddin Al Haitsami berkata:
ﺭﻭاﻩ اﻟﻄﺒﺮاﻧﻲ ﻓﻲ اﻟﻜﺒﻴﺮ ﻭﻓﻴﻪ ﻣﺤﻤﺪ ﺑﻦ ﺇﺳﺤﺎﻕ ﻭﻫﻮ ﺛﻘﺔ ﻭﻟﻜﻨﻪ ﻣﺪﻟﺲ ﻭﻗﺪ ﻋﻨﻌﻨﻪ ﻭﺑﻘﻴﺔ ﺭﺟﺎﻟﻪ ﻣﻮﺛﻘﻮﻥ
Diriwayatkan oleh Thabrani. Di dalamnya terdapat Muhammad bin Ishaq, ia terpercaya, namun ia perawi mudallis (menyamarkan) dan ia menyampaikan dengan redaksi 'an'anah. Para perawi lainnya dinilai terpercaya. (Majma' Az-Zawaid)

Jika masih menyanggah dengan dalih riwayat Muhammad bin Ishaq adalah hadis Munkar karena bertentangan dengan perawi yang lebih tsiqah, maka jawabannya adalah boleh menambahkan bacaan di dalam shalat selama bacaan itu bersumber dari Al Qur'an atau hadis. Terlebih lagi kalimat "inni Wajjahtu..." terdapat dalam surat Al-an'am 79 sebagai doa Nabi Ibrahim alaihis salam. Mana dasarnya? Yaitu Ibnu Umar menambahkan beberapa bacaan dalam Tahiyat:
ﻋﻦ اﺑﻦ ﻋﻤﺮ، ﻋﻦ ﺭﺳﻮﻝ اﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻓﻲ اﻟﺘﺸﻬﺪ: "اﻟﺘﺤﻴﺎﺕ ﻟﻠﻪ اﻟﺼﻠﻮاﺕ اﻟﻄﻴﺒﺎﺕ، اﻟﺴﻼﻡ ﻋﻠﻴﻚ ﺃﻳﻬﺎ اﻟﻨﺒﻲ ﻭﺭﺣﻤﺔ اﻟﻠﻪ ﻭﺑﺮﻛﺎﺗﻪ - ﻗﺎﻝ: ﻗﺎﻝ اﺑﻦ ﻋﻤﺮ: ﺯﺩﺕ ﻓﻴﻬﺎ: ﻭﺑﺮﻛﺎﺗﻪ - اﻟﺴﻼﻡ ﻋﻠﻴﻨﺎ ﻭﻋﻠﻰ ﻋﺒﺎﺩ اﻟﻠﻪ اﻟﺼﺎﻟﺤﻴﻦ، ﺃﺷﻬﺪ ﺃﻥ ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ اﻟﻠﻪ - ﻗﺎﻝ اﺑﻦ ﻋﻤﺮ: ﺯﺩﺕ ﻓﻴﻬﺎ: ﻭﺣﺪﻩ ﻻ ﺷﺮﻳﻚ ﻟﻪ - ﻭﺃﺷﻬﺪ ﺃﻥ ﻣﺤﻤﺪا ﻋﺒﺪﻩ ﻭﺭﺳﻮﻟﻪ"

Bacaan Syahadat di dalam Tahiyat ditambah oleh Ibnu Umar: Wahdahu la syarika lahu (HR Abu Dawud. Ulama salafi Wahabi juga menilai sahih)

Ma'ruf Khozin
https://www.facebook.com/muhammad.makruf.16/posts/1758212954206686
anggota Aswaja Center PWNU Jatim

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

ة “ini adalah penjelasan mengenai akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah” :

*وَتَعَالَى -أي الله- عَنِ الْحُدُوْدِ وَالْغَايَاتِ، وَالْأَرْكَانِ وَالْأَعْضَاءِ وَالْأَدَوَاتِ. لَا تَحْوِيْهِ الجِّهَاتُ السِّتُّ كَسَائِرِ الْمُبْتَدَعَاتِ*

_“Maha Suci (Allah) daripada bersifat dengan saiz ukuran, penghujung-penghujung, sisi-sisi, anggota-anggota besar dan anggota-anggota kecil. Dan Dia tidak diliputi oleh arah yang enam seperti sekalian makhluk-Nya”._

Makna تعالى : Maha Suci Allah.

Makna الحدود: Batasan atau saiz sama ada saiz yang besar atau kecil. Allah ta^ala tidak disifatkan dengan saiz sama ada saiz yang besar atau yang kecil.

Makna الغايات: Penghujung-penghujung. Ini sebahagian daripada sifat-sifat jisim. Allah ta^ala maha suci daripada sifat ini.

Makna الأركان: Sisi-sisi. Ini juga sebahagian daripada sifat-sifat makhluk.

Makna الأعضاء: Bahagian anggota yang besar seperti kepala, tangan dan kaki. Allah ta^ala maha suci daripada itu.

Makna الأدوات : Bahagian anggota yang kecil seperti lidah, dan geraham serta gigi-gigi yang lain.

Makna الجِّهَاتُ السِّتُّ: Arah yang enam iaitu atas, bawah, kiri, kanan, depan dan belakang.

Makna الْمُبْتَدَعَاتِ: Sekalian makhluk.

Rujukan: _Syarh al-^Aqidah al-Tohawiyyah_, al-Syaikh ^Abdul-Ghaniyy ibn Tolib al-Ghanimi al-Dimasyqi al-Maidani al-Hanafi (w. 1298 H), Darul-Fikr, Damsyik, 1413 H/ 1992 R, cet. 2, hlm. 73 - 75.

*Undang-Undang Negeri Kelantan Mesti Dipatuhi dan Dikuatkuasakan*

Dalam Enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) 1994 menyebutkan pada seksyen 37 (rujukan yang mesti diikuti) sebagaimana berikut:

_“(1) Semasa mengeluarkan fatwa di bawah seksyen 36, Majlis atau Jamaah hendaklah pada lazimnya mengikut qaul muktamad Mazhab Syafie._
_(2) Jika Majlis dan Jamaah Ulama’ berpendapat bahawa qaul yang muktamad dari mazhab Syafie boleh membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, majlis atau jamaah ulama’ bolehlah dengan keizinan Kebawah Duli yang Maha Mulia al Sultan mengikut qaul dari mana-mana mazahab [mazahib] Islam yang muktabar, kecuali dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan akidah, maka qaul Ahli Sunnah Wal Jamaah hendaklah diikut”_. Intaha.

Di dalam Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan menyebutkan tafsiran kepada Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah” sebagaimana berikut:

_"4.(1) "Ahlu’s Sunnah wal Jamaah" maknanya ialah mazhab Abu al-Hasan al Ash'ari dan Abu Mansoor al-Maturidi dan orang yang mengikut jejak langkah keduanya [al-Asya^irah dan al-Maturidiyyah]"._ Intaha.

Disediakan oleh:

*Kajian Ilmiah Asatizah Pondok (KIAP)*

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

bul-Ma^ālī ^Abdul-Mālik ibn ^AbdiLlāh al-Juwaini al-Syāfi^ī al-Asy^ari, _al-Irsyâd Ilâ Qawâthi’ al-Adillah_, hlm. 53

Dalam karya lain berjudul as-Syâmil Fî Ushuliddin, beliau menegaskan:

واعلموا أن مذهب أهل الحق: أن الرب سبحانه وتعالى يتقدس عن شغل حيز، ويتنزه عن الاختصاص بجهة. وذهبت المشبهة إلى أنه مختص بجهة فوق، ثم افترقت ءاراؤهم بعد الاتفاق منهم على إثبات الجهة، فصار غلاة المشبهة إلى أن الرب تعالى مماس للصفحة العليا من العرش وهو مماسه، وجوزوا عليه التحول والأنتقال وتبدل الجهات والحركات والسكنات، وقد حكينا جملا من فضائح مذهبهم فيما تقدم" اهـ.

_“Ketahuilah bahawa pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah menetapkan bahawa Allah taala maha suci dari berada pada tempat dan maha suci dari berada pada arah. Sementara kaum Musyabbihah berpendapat bahawa Allah berada di arah atas. Namun, puak Musyabbihah tersebut kemudiannya saling berselisih pendapat setelah mereka bersepakat bahawa Allah berada di arah atas. Di antara mereka ada yang sangat ekstrim atau melampau lalu berpendapat bahawa Allah taala bersentuhan dengan Arasy dari arah atasnya. Mereka juga mengharuskan bagi Allah taala berlaku perubahan, berpindah-randah, bertukar-tukar arah, bergerak dan diam. Sesungguhnya telah kita sebutkan beberapa pembongkaran bagi keyakinan mereka yang rosak pada penjelasan yang telah lalu”_intaha

Rujukan : Al-Syaikh Imāmul-Haramain Abul-Ma^ālī ^Abdul-Mālik ibn ^AbdiLlāh al-Juwaini al-Syāfi^ī al-Asy^ari,_as-Syamil Fi Ushuliddin_,Mansyaatul Maarif, Cet.1, Tahun 1969 R, Iskandariah-Mesir, hlm. 511

Bahkan beliau menyebutkan terdapat IJMAK tentang keyakinan umat Islam seluruhnya itu. Beliau menyebutkan dalam kitabnya_al-Irsyād_:

ومذهب أهل الحقّ قاطبة أنّ الله سبحانه وتعالى يتعالى عن التحيّز والتخصص بالجهات

_“Dan mazhab Ahlis-Sunnah Wal Jamaah seluruhnya bersepakat bahawa Allah subhanahu wa-ta^ala maha suci dari sifat mengambil lapang atau ruang dan disucikan dari sifat pengkhususan dengan arah-arah”_.Intaha.

Ini adalah nukilan *ijmak* daripada al-Imam al-Juwaini bahawa akidah Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah adalah *_Allah ada tanpa tempat_*.

Rujukan: Abul-Ma^ālī ^Abdul-Mālik ibn ^AbdiLlāh al-Juwaini, _al-Irsyād ilā Qawāti^il-Adillah fi Uşūlil-I^tiqād_, Mu’assasah al-Kutub al-Thaqāfiyyah, Beirut, hlm. 58.

Ijmak yang disebut oleh al-Imam al-Juwaini ini adalah bertepatan dengan ijmak yang dinyatakan oleh ulama muktabar yang lain juga, antaranya:

1. Seorang ahli tafsir terkenal al-Mufassir al-Syaikh Fakhrud-Dīn al-Rāzī (w. 606 H) dalam kitab tafsirnya _al-Tafsirul-Kabir_ (Dār Iĥyā' al-Turāth al-^Arabī, j. 1, hlm. 4400).
2. Al-Imām Abū Manşūr ^Abdul-Qāhir ibn Țāhir al-Baghdādī (w. 429 H) dalam kitabnya _al-Farq baynal-Firaq_ (Dārul-Ma^rifah, Beirut, hlm. 333)
3. Al-Syaikh Muĥammad Mayyārah al-Mālikī (w. 1072 H) menyebutnya di dalam kitabnya _al-Durruth-Thamīn wa Mauridul-Ma^īn_ yang merupakan syarah kepada _al-Mursyid al-Mu^īn ^ala al-Đarūrī Min ^Ulūmid-Dīn_ karangan al-Syaikh ^Abdul-Wāĥid ibn ^Āsyir al-Anṣāri al-Asy^arī al-Mālikī, (hlm. 30).
4. Syaikh Jāmi^ al-Azhar al-Syaikh Salīm al-Bisyrī (w. 1335 H) menyebut ijmak ini sebagaimana dinukilkan oleh al-^Allāmah al-Muĥaddith al-Syaikh al-Qaďā^i al-^Azami al-Syāfi^ī dalam kitabnya _Furqānul-Qur’ān_ (Dār Iĥyā' al-Turāth al-^Arabī, Beirut - Lubnan, hlm.74).
5. Al-Syaikh Yūsuf al-Dijwī al-Miṣrī (w. 1365 H) menyebut ijmak ini dalam majalah _al-Azhar_ (Muharam 1357 H, j. 9, juzuk 1, hlm. 17).
6. Al-^Allāmah al-Muĥaddith al-Syaikh al-Qaďā^i al-^Azami al-Syāfi^ī dalam kitabnya _Furqānul-Qur’ān_ (Dār Iĥyā' al-Turāth al-^Arabī, Beirut - Lubnan, hlm. 93).
7. Al-Muhaddith al-Syaikh Muĥammad ^Arabi al-Tabbān al-Mālikī al-Makkī menyebut ijmak ini dalam kitabnya _Barā’atul-Asy^ariyyīn min ^Aqā’idil-Mukhālifīn (j. 1, hlm. 11).

Keyakinan yang dipegang oleh al-Imam al-Juwaini ini itulah juga keyakinan keseluruhan ulama salafussoleh.

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Isu Bid’ah Yang Ramai Orang Tidak Faham

Oleh Ustaz Datuk Seri Abu Hasan Din Al-Hafiz

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Dr MAZA menyatakan Imam Syafie r.h.a. membenarkan bapa zina mengahwini anak zinanya. Katanya sbg membuktikn kerasnya pendapat Syafie tentang tiada nasab antara keduanya.

Tetapi benarkah Imam Syafie r.h.a. membenarkan seorang bapa boleh mengahwini anak hasil zinanya?

Sekiranya ya, apakah dalilnya dan adakah ulama mazhab yang lain bersepakat dgn fatwa ni?

FATWA IMAM SYAFIE R.H.A. : KAHWIN ANAK HASIL ZINA

Jumhur Ulama berpendapat seorang penzina tidak boleh mengahwini anak hasil zinanya.

Berkata Imam Syafie r.h.a.:

"Aku tidak menyukai (makruh dalam warak) baginya berkahwin dengan anak-anak perempuan yang dilahirkan hasil zinanya" Kitab al-Umm: 5/30

Sebahagian Ulama Syafie menjelaskan, Imam Syafie r.h.a. memberikan hukum makruh jika ada kemungkinan anak itu bukan hasil dari benih penzina tersebut. Tetapi jika telah dipastikan benihnya maka haram baginya berkahwin dengan anak itu. al-Hawi al-Kabir, al-Muhazzab & syarahnya, Mughni al-Muhtaj

Ini dikuatkan dengan kenyataan Imam Muzani r.h.a. yang merupakan anak murid Imam Syafie r.h.a. selepas membawa kata-kata beliau di atas:

"Dan beliau pernah mengingkari kata-kata orang yang membenarkan seorang penzina mengahwini anak hasil zinanya". Mukhtasar al-Muzani: 228

Kesimpulan: Imam Syafie tidak menyukai dan mengingkari pendapat yang membenarkan penzina mengahwini anak hasil zinanya.

Wallahu a'lam

Oleh Ustaz Mohd Shahrizal

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

ISU PENAMAAN “BIN/BINTI ABDULLAH” KEPADA ANAK TIDAK SAH TARAF OLEH MAHKAMAH RAYUAN - Mufti Wilayah

Kami (Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan) berpendapat bahawa hujah yang melarang dibinkan atau dibintikan anak tak sah taraf kepada ayah biologinya berdasarkan dalil kuat daripada nas al-Qur’an, hadith, amalan sahabat dan jumhur fuqaha.

Islam telah membatalkan apa yang diamalkan di zaman Jahiliyyah dengan menghubungkan anak-anak hasil daripada zina kepada nasab penzina.

Fahaman yang sebenar berkenaan dengan sabda Rasulullah SAW (الوَلَدُ لِلْفِرَاشِ وَلِلْعَاهِرِ الحَجَرُ) adalah dengan makna bahawa anak dinasabkan kepada bapa yang berada dalam perkahwinan yang sahih. Sedia maklum bahawa al-firash dengan maksud perempuan mengikut kebanyakan ulama’ dan dita’birkan dengan maksud dalam keadaan iftirasy. Adapun zina maka tidak harus menjadi penyebab untuk mensabitkan nasab. Sebaliknya, yang berhak kepada yang berzina adalah direjam dengan batu.

Begitu juga zahir hadith menunjukkan anak dihubungkan dengan bapa atau dibinkannya selepas sabit bersamanya bapa dan ibunya iaitu tidak sabit kecuali selepas berlakunya persetubuhan dalam perkahwinan yang sahih atau fasid. Inilah pendapat jumhur. Sedangkan riwayat Abu Hanifah bahawa sabit semata-mata dengan akad ini kerana semata-mata zhan sudah memadai. Pendapat ini ditolak kerana tertegah hasilnya dengan sebab akad berdasarkan zahir hadis. Bahkan mesti adanya imkan al-wat’i atau kelebihan bersetubuh.

Isu menutup malu dan aib bukanlah alasan yang kuat kerana syariat Islam jelas menunjukkan larangan membinkan atau membintikan kepada selain bapanya yang sah melalui perkahwinan. Ini kerana, banyak hukuman dalam Islam diperintahkan supaya dilaksanakan secara terbuka, termasuk dalam kes sebatan zina.

Jika yang dimaksudkan mendapat malu itu adalah si anak, maka mudarat menyembunyikan itu lebih besar. Ini kerana ia berkaitan dengan soal pembahagian faraid dan wali nikah bagi wanita.

Baca selanjutnya di : 👉🏼 muftiwp.gov.my - Penjelasan Lanjut

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Dalil al-Qur’an Bagi Ijmaʿ ʿUlamaʾ Tentang Tempoh Minimum Kehamilan Yang Sah adalah Enam (6) Bulan
Bertentangan dengan ijma' adalah merbahaya - Ustaz Abdullaah Jalil USIM

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

SUKA PINDAH SESUKA HATI

Diriwayatkan oleh al-Darimi dalam Sunan-nya bahawa 'Umar Ibn 'Abdil 'Aziz berkata:

"... ومن جعل دينه غرضا للخصومة كثر تنقله"

"... dan sesiapa yang menjadikan agamanya sebagai matlamat untuk berbalah maka banyaklah perpindahannya"

Menurut Syeikh Muhammad 'Awwamah حفظه الله Athar al-Hadis al-Syarif, halaman 115, maksud perpindahan di sini ialah berpindah dari satu mazhab ke mazhab lain".

Komentar saya: Maka sewajarnya orang yang suka buat kerja macam ni bermuhasabah diri.

Wallahu a'lam.

Oleh Ustaz Abdulrahman

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

1) Mazhab Fiqh menjadi institusi yang menyusun secara sistematik keseluruhan syariat Islam melalui hukum-hukum Fiqh sama ada yang disepakati semua fuqaha atau yang diijtihadkan oleh fuqaha Syafi’iyyah dalam soal ibadat, mualamat, munakahat dan sebagainya. Ia secara tidak langsung menghubungkan masyarakat dengan tuntutan al-Qur'an dan Sunnah dengan cara yang wajar atas alasan, bukan semua orang mampu memahami tuntutan kedua-dua sumber tersebut. Al-Qur'an dan Sunnah mempunyai pakar yang menguasai perbahasannya. Kepakaran turut berlaku dalam semua bidang ilmu sama ada Sains Sosial mahupun Sains Tulen. Dalam hal berikut, mereka yang bukan pakar perlu merujuk kepada Ahl al-Zikr (Al-Nahl : 43). Justeru, mazhab memanifestasikan konsep rujukan Ahl al-Zikr mengikut cara yang paling baik.

2) Mazhab turut memperlihatkan proses penyusunan hukum syarak dengan penggunaan pelbagai kaedah dan metodologi ijtihad oleh para fuqahanya untuk berijtihad. Proses yang sama turut dilalui pelbagai mazhab lain seperti mazhab Hanafi, Maliki, Hanbali dan sebagainya. Suatu hal yang menarik di sini ialah, teks al-Qur'an dan hadis tidak diamalkan secara literal dan semberono melainkan setelah dianalisis statusnya, diteliti dan dihubungkan dengan illah, hikmah dan Maqasid Syariah. Ia penting supaya tuntutan syarak tidak mendatangkan beban kepada mukallaf selain tidak menimbulkan kontradiksi suatu hukum furuk dengan prinsip umum Syariah. Penentuan hukum bukan sekadar bernoktah dengan semakan status kesahihan sesuatu hadis semata-mata. Analisis fuqaha turut bergantung kepada penguasaan bahasa Arab, pengambilkiraan sosiobudaya setempat yang baik dan perbezaan pendapat fuqaha lain.

3) Mendisiplinkan masyarakat awam dengan pengetahuan dan amalan berkaitan hukum syarak secara konsisten. Dengan itu, mereka yang bukan bertaraf mujtahid akan dapat mengetahui perkara-perkara yang menjadikan suatu hukum itu sah atau tidak sah, wajib atau sunat, haram atau makruh, dan wajar diikuti atau patut ditinggalkan. Dengan ikutan mazhab, para pengikut akan mengetahui fatwa dalam mazhabnya yang mungkin berbeza dengan mazhab lain. Ia memudahkan orang awam mengesani titik-titik perbezaan pendapat antara para fuqaha. Keharmonian berbeza pandangan dan sifat bertasamuh akan lebih terurus dalam konteks mazhab. Berbeza halnya tanpa mazhab. Ia akan merungkai konsistensi ilmu dan memporak-perandakan amalan apabila perkara sunat akan dianggap wajib dan yang halal dikatakan haram. Malah lebih teruk, jika hal-hal #khilafiyyah #turut #dihukumkan #bid’ah, sesat dan rekaan manusia yang kononnya bercanggah ajaran Islam.

Jangan kita mengabaikan satu hakikat penting iaitu ramai fuqaha terkemudian selepas zaman imam-imam mazhab yang turut memiliki syarat-syarat mujtahid, masih memilih untuk ‘bernaung’ di bawah salah satu mazhab empat. Mereka tidak menonjolkan diri sebagai pengasas mazhab baharu atau mengangkat tahap kesarjanaan mereka di luar daripada lingkungan mazhab imam-imam besar. Mereka menjadi salah seorang pendokong yang mengembangkan mazhab yang diikuti, kepada masyarakat awam. Hatta Ibn Taymiyyah, Ibn Qayyim yg menjadi rujukan sahabat kita daripada aliran Salafiyyah pun masih bermazhab Hanbali.

Kepada anak-anak muda, silalah belajar dengan mendalam untuk lebih faham dan janganlah dengan sedikit pendedahan ilmu dalam bidang tertentu, membuatkan anda merasakan diri itu sudah setanding dengan para imam mujtahidin.

Yang benar,
Dr. Mohd Hapiz Mahaiyadin

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Dalam surah di atas, Allah megarahkan manusia merujuk kepada Ahl al-Zikr atau golongan pakar jika tidak tahu. Ini bermakna pengetahuan yang diperolehi daripada pakar, #tidak #akan #bernilai melainkan ia dimanfaatkan oleh orang yang bertanya. Itulah keadaan yang berlaku dalam amalan bertaklid kepada mana-mana mazhab Fiqh. Ayat ini menjadi hujah bagi kebanyakan ulama muktabar dalam mazhab empat bagi mengharuskan masyarakat awam bertaklid kepada ulama.

Juga ingin saya tegaskan bahawa tiadalah pengertian rujuk kepada Ahl al-Zikr itu melainkan bermaksud taqlid dan ittiba’. Kenapa disebut ittiba’? Kerana ia pada hakikatnya one type of taqlid. Tiada beza pun antara taqlid dan ittiba’ disebabkan motif keduanya ialah kepengikutan orang yang bukan mujtahid akan ijtihad orang lain yang menjadi mujtahid. Para ulama membahagikan manusia kepada dua kategori iaitu mujtahid dan muqallid. Istilah muttabi’ #hanya #dipopularkan oleh Sheikh al-Albani dan penyokong Salafiyyah. Walau bagaimanapun, muttabi’ walaupun bebas mazhab, tetap muqallid kepada makna dalam hadis yang diijtihadkan oleh guru-guru mereka {Al-Buthi, 2005}.

#Ketiga
Taqlid mazhab bukanlah suatu yang pelik dalam tradisi perkembangan hukum Islam. Ia tidak membawa pengertian yang hina atau menjadikan para muqallid sebagai kumpulan manusia yang menyeleweng. Para usuliyyun dan fuqaha pelbagai mazhab bersepakat (ijmak) secara dasarnya, keharusan taqlid bagi orang awam dalam mengamalkan hukum fiqh. Asas persepakatan tersebut merujuk kepada amalan para Sahabat yang merujuk atau mengikut pandangan beberapa Sahabat yang faqih hukum (mujtahid).

Ini kerana konsep taqlid juga adalah suatu yang daruri dalam erti kata semua manusia akan merujuk kepada pandangan ahli ilmu dalam pelbagai persoalan terutamanya hal ehwal agama. Majoriti ulama berpandangan orang awam wajar bertaklid dalam hukum furuk kepada para mujtahidin manakala bagi orang yang mencapai tahap mujtahid, tidak boleh bertaklid sama sekali {Al-Hafnawi, 1995}.

Antara hujah yang dikemukakan, tidak wajar memaksa orang awam berijtihad sendiri kerana ia menyalahi prinsip 'fas’alu ahla al-zikr' dalam al-Quran {Al-Nahl: 43}. Masyarakat awam pada zaman Sahabat dan Tabi’in juga merujuk kepada para fuqaha’ mereka dan tidak pernah terbukti para Sahabat dan Tabiin menyuruh mereka agar berijtihad sewaktu mengemukakan persoalan {Al-Hafnawi, hlm 211}. Hal ini juga telah dicatatkan oleh Ibn Khaldun {1988} seperti berikut :
إنّ الصّحابة كلّهم لم يكونوا أهل فتيا ولا كان الدّين يؤخذ عن جميعهم. وإنّما كان ذلك مختصّا بالحاملين للقرآن العارفين بناسخه ومنسوخه ومتشابهه ومحكمه وسائر دلالته بما تلقّوه من النّبيّ صلّى الله عليه وسلّم أو ممّن سمعه منهم ومن عليتهم. وكانوا يسمّون لذلك القرّاء أي الّذين يقرءون الكتاب لأنّ العرب كانوا أمّة أمّيّة، فاختصّ من كان منهم قارئا للكتاب بهذا الاسم لغرابته يومئذ. وبقي الأمر كذلك صدر الملّة

Dalam pengajian syariah, taklid seperti di atas berbeza dengan konsep taqlid yang dicela oleh para ulama khususnya dalam perkara yang batil, sesat dan menyeleweng dalam usul iktikad. Adapun taqlid sebagai amalan beriltizam dengan mazhab Hanafi, Maliki al-Syafi’i atau Hanbali adalah suatu yang baik malah turut didokong oleh ramai fuqaha dan muhaddiith terbilang.

#Keempat
Persepsi terhadap istilah taklid berbeza disebabkan jenis makna yang diberikan. Makna yang lebih 'cool' bagi taklid ialah seseorang muqallid mengikuti (ittiba’) fatwa-fatwa mazhab seseorang imam dan para ulamanya kerana percaya bahawa rumusan ijtihad mereka daripada sumber al-Quran dan Sunnah berdasarkan metodologi hukum yang dipercayai benar, yang mana dia (muqallid) tidak mampu mengetahuinya dengan sendiri {Al-Hafnawi, 1995}.

#Kelima
Tidak dinafikan seseorang boleh mengetahui sendiri hukum yang terkandung dalam al-Quran dan sunnah jika dia menguasai ilmu-ilmu alat seperti bahasa Arab, ulum al-Quran dan tafsir ayat-ayat hukum, ulum al-hadith dan sub-sub ilmunya, maqasid syariah dan sebagainya. Itu pun jika dia mendalami disiplin pengajian Syariah daripada peringkat asas hingga peringkat pakar.

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

MANHAJ MUKTABAR

Manhaj Muktabar Para Ulama', Pemerintah dan Masyarakat di Malaysia (al Ashairah Al Shafi'iyyah al Sufiyyah-al-Ghazaliyyah)
Bawalah manhaj ini dalam berdakwah dan menyampaikan ilmu di tanah air kita, insha Allah, kita tidak akan menimbulkan fitnah.

Untuk manhaj qiraat, manhaj lughah dan adab, manhaj ilmu hadith, dan ilmu ilmu lain pasti ada tokoh tokohnya dari tiga manhaj utama tadi atau yang tidak bertentangan dengannya.

Berkenaan pengambilan fatwa dari mazhab muktabar selain mazhab Shafie, maka ia dibuat dengan syarat syaratnya berdasarkan hajat dan keperluan, bukan tatabbu' rukhas dan jauh dari qawl qawl shazz insha Allah.

Dalam pengajian pengajian khusus, maka keluasan pandangan dan kedalaman huraian memang telah lama diamalkan dengan adab adabnya di tanah air kita ini. Kami di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, USIM telah lama mengajar pandangan empat mazhab muktabar fiqh dalam perbahasan muamalat serta resolusi resolusi kewangan Islam terbaru oleh badan badan berautoriti.

Kata ulama':
لكل مقام مقال، ولكل فن رجال
"Bagi setiap konteks, ada perkataan/ perbahasan yang sesuai; dan bagi setiap
disiplin itu, ada tokoh tokohnya."

Pesanan: Berhati-hatilah apabila ada agamawan yang menyesatkan atau memperlekehkan atau menghina atau mengkafirkan mana mana manhaj muktabar ASWJ yang menjadi amalan di tanah air kita.

Wallahu a'lam.

Ustaz Abdullaah Jalil
USIM, Nilai, Negeri Sembilan

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Berbicaralah Tentang Perkara Yang Difahami oleh Masyarakat
.......
"Sesungguhnya kita amat hairan dengan sikap sebahagian agamawan yang bersikap “berlapang dada” dalam memilih pandangan-pandangan shazz di dalam agama dan menghidangkannya kepada masyarakat, dan dalam masa yang sama memilih sikap “tidak berlapang dada” apabila berdepan dengan perkara-perkara khilafiyyah dan amalan-amalan sunat tambahan yang diamalkan oleh masyarakat?!
Apakah sebenarnya manhaj dakwah mereka?!"

sumber - https://www.facebook.com/penuntutilmushariah/photos/a.1500735720193940.1073741828.1499687470298765/1915901912010650/?type=3&theater

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

https://youtu.be/n3HkyOtMtsE

Faedah hari Jumaat (siri 1 )

Oleh : Ust Lutfi (Miftahul Ulum Sri Petaling)

1- Dalam video diatas Dr Rozaimie bercakap berkaitan peha lelaki dan mentarjihkan pendapat yang mengatakan peha bukan aurat kerana hadisnya kuat dan pendapat Syafie yang mengatakannya aurat tidak kukuh

2- Ada kesilapan dalam menukilkan mazhab fekah (ia kerap berlaku dari beliau mungkin sebabnya ia dijawab secara sepontan@gopoh)

3- Mazhab Shafie pusat dan lutut bukan aurat walaupun ia wajib ditutup sebahagiannya atas qaedah ' ma la yatimmul wajibu illa bihi fahuwa wajib (perkara ini dapat diketahui dari kitab fekah Shafie yang paling kecil ( Dr Rozaime telah mengatakan sebaliknya)

4- Mazhab Hanafie lutut termasuk aurat . Ia boleh dirujuk dalam kitab ulama Hanafie antaranya dalam Lami' Darari syarah Bukhari (Dr Rozaimie telah mengatakan sebaliknya)

5- Mazhab Maliki menurut pendapat yang muktamadnya dan majoriti ulamanya ialah peha lelaki ialah aurat ( al-Muntaqa lil Baji 1/247)

6- Dr Rozaimie menyebut mazhab Bukhari peha bukan aurat
- Ada beberapa perkara tentang Imam Bukhari
- Beliau mengatakan terawikh 20 rakaat
- Beliau mengatakan disunatkan qunut subuh

7- Adapun dalam masalah peha lelaki memang Imam Bukhari dilihat cenderung bahwasanya ia bukan aurat ini yang disebut oleh Ibnu Hajar dalam Fath al-Bari namun Imam Badruddin Ain didalam Umdah al-Qari tidak bersetuju ini ialah mazhab Bukhari

8- Walaubagaimanapun Dr Rozaimi tidak menukilkan dari Imam Bukhari secara cermat dan warak

9- Imam Bukhari mengatakan riwayat Anas ( yang zahirnya menunjukkan peha tidak aurat lebih kuat sanadnya) dan riwayat Jarhad (yang menunjukkan wajib tutup aurat) lebih ihtiyat

10- Imam Bukhari mengatakan memakai riwayat Jarhad lebih selamat dan warak dalam agama supaya dapat keluar dari ikhtilaf ulama

11- Jadi mengapa Dr tidak mengamalkan qaul Bukhari ini

12- Kemudian beliau ada menyebut tentang pemain bola Saudi yang memakai seluar pendek (sejak bila amalan pemain bola jadi hujah)

13- Dalam carian di Youtube saya mendapati ulama besar Saudi seperti sheikh Soleh Fauzan, Sheikh Ibnu Usaimin mewajibkan tutup peha ketika main bola

https://youtu.be/zY8HwWpX51Y (Sheikh Soleh Fauzan )

https://youtu.be/zFkSYU7KcAE ( Sheikh Albani )

https://youtu.be/8zEe4la4778 ( Sheikh Ibnu Usaimin)

14- Adapun beliau mengatakan dalil mazhab Syafie tidak kukuh perlu kita ketahui bahawa melihat kepada mereka yang mengatakannya tidak aurat kita dapat ketahui lemahnya kumpulan itu

15- Mereka yang mengatakan tidak aurat ialah kaum zohiri yang khilafnya tidak muktabar - Dr Rozaimie gemar menggunakan pendapat zohiri contohnya dalam bab qada solat

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

P. Ramlee lebih pandai pasal erti judi!

Tengok cerita P .Ramlee tajuk "Nujum Pak Belalang". Dua raja bertaruh kerajaan masing-masing. Siapa kalah, tergadai kerajaannya. Ni menunjukkan P. Ramlee mengaji pasal judi, atau dia bertanya orang alim! Pertaruhkan harta masing-masing utk diberi pada pemenang, maka itulah judi.

Biasa dlm produk kewangan, disyaratkan kalu capai untung beberapa peratus, pengurus dpt habuan bonus. Ni bukan judi!

Dalam perkahwinan, kalau bubuh takliq tak bagi nafkah selama 4 bulan, jika wanita mengadu pada hakim, jatuhlah talaq khulu' dgn bayar rm10. Ni pun bukan judi.

Kalu dalam politik, kalu kuar parti, maka tertalak isteri. Ni pun bukan judi.

Kalau setakat buat syarat nak berhenti kerja secara takliq takleh jawab soalan debat, tu pun bukan judi!

Banyak yg kita boleh belajar drpd P. Ramlee. Semoga Allah SWT memberi keampunanan padanya dan kita semua. Pengajarannya JANGAN GILA DEBAT!

Allahu al-musta'an.

Prof Asmadi Mohamed Naim
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1413163992084654&id=100001732002898

@mso_muamalat

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Hakikat Bermazhab adalah hakikat mengikut Quran dan Sunnah.

Bagus pemerhatian di bawah ni:

Mereka berkata: kamu bermazhab kerana kamu seorang yg taksub!

Saya jawab: Tidak! saya bukan taksub. Saya berlindung dgn Allah drpd sifat taksub. Saya bermazhab hanyasanya kerana saya lihat bahwa mazhab-mazhab fiqh semuanya:

1) Musannadah (مسندة):
Mazhab-mazhab ini memiliki sanad sampai kepada Rasulullah saw. sehingga kesahihannya terjamin.

2) Mudallalah (مدللة):
Mazhab-mazhab ini memiliki landasan argumentasi/dalil. Dalil tersebut tidak hanya dalil disebutkan secara eksplisit saja, namun ada dalil yang implisit.

3) Muashshalah (مؤصلة):
Mazhab-mazhab ini memiliki metodologi berfikir yang terkodifikasikan dalam kitab-kitab usul fiqh, sehingga sangat tepat dan terukur dalam pengambilan dalil dari al-Quran dan Sunnah.

4) Makhdumah (مخدومة):
Mazhab-mazhab ini dikhidmah oleh ratusan bahwa ribuan ulama setelahnya, dari matan menjadi syarah dan dari syarah melahirkan hasyiah. Kemudian juga diberi taqrir dan tanbih, serta khidmah ilmiah lainnya. Ini juga memberikan jaminan akan kesahihan pemahaman keagamaan yang ada di dalam mazhab.

5) Muqa’adah (مقعدة):
Mazhab-mazhab ini memiliki kaedah-kaedah fiqh yang sangat rasional, seperti kitab “al-Asybah wan Nazoir” karya Imam Suyuti dalam mazhab Syafi'i, kitab “al-Asybah wan Nazoir” karya Ibnu Nujaim dalam Mazhab Hanafi, kitab “Ta’sisun Nazor” dalam Mazhab Maliki, dan kitab “Raudhatun Nadhir” dalam mazhab Hanbali.

6) Mumanhajah (ممنهجة):
Mazhab-mazhab ini memiliki manhaj berfikir yang jelas, detail dan tepat

7) Muttasiqah (متسقة):
Mazhab-mazhab ini memiliki tingkat amanah ilmiah yang sangat tinggi dalam menisbatkan sebuah pendapat kepada penuturnya, di dalamnya ada yang dikenal dengan qaul mukharraj dan ada juga yang disebut dengan qaul mansus.

8) Munfatihah (منفتحة):
Mazhab-mazhab ini memiliki cara berfikir yang elegan dan terbuka serta sangat toleran. Karena mempunyai kaedah-kaedah usul fiqh dan hal-hal yang bersifat kulli yang masih memungkikan generasi penerusnya untuk mengembangkannya sesuai dengan masalah-masalah kontemporari yang terjadi seiring perkembangan zaman.

Syeikh Amru Wardani
- Ahli Darul Ifta' Mesir
- Pengajar Usul Fiqh di Masjid al-Azhar.

sumber fb Ustaz Nik Bakri:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1376633172432200&id=100002565920147

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

"Wahabi, dimanakah mudharatnya."

Ceramah khas oleh Al Fadhil Ust Wadi Annuar

Mohon sebarkan bagi meluaskan lagi liputan media. Semoga setiap orang yang menyebarkan akan mendapat pahala baginya pada setiap orang yang menonton. Insyaallah

👉🏼 https://www.facebook.com/MasjidSharifahFatimah/videos/1925426650817596/

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Al-Imam al-Hafiz al-Faqih Abu Ja^far Ahmad ibn Salamah al-Tohawi al-Hanafi (w. 321 H) merupakan antara ulama salaf yang terkenal telah berkata dalam kitabnya _al-^Aqidah al-Tohawiyyah_ yang diterima pakai di seluruh dunia setelah diawalnya mengatakan هذا ذكر بيان عقيدة أهل السنة والجماع

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

_“Allah taala antara sifat-Nya adalah Qiyamuh Bi Nafsih; ertinya Allah tidak memerlukan kepada suatu apapun dari makhluk-Nya. Dia Maha Suci dari memerlukan kepada tempat untuk menyerap padanya dan maha suci daripada tempat untuk didiaminya”_intaha

Rujukan : Al-Syaikh Imāmul-Haramain A

Читать полностью…
Subscribe to a channel