penjelasanbidaahaswj | Unsorted

Telegram-канал penjelasanbidaahaswj - Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

1542

Group perbincangan isu khilafiyah / bid'ah di link ini: https://t.me/mso_bidaah Link senarai group/channel MSO yang lain : https://t.me/madrasahsunnionline_MSO/557

Subscribe to a channel

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

via Tahu, Faham & Amal https://ift.tt/394Xymn

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

via Tahu, Faham & Amal https://ift.tt/3fijkHh

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

​​https://youtu.be/fHJGY2_lEwY

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

CABUT RUMPUT ATAS KUBUR

SOALAN :

Apakah hukumnya mencabut rumput di atas kubur?

JAWAPAN :

Sebelum masuk kepada perbahasan hendaklah diketahui bahawa maksud rumput di atas kubur yang dibahaskan oleh ulamak ialah segala yang tumbuh di atas tempat yang di tanam mayat di bawahnya yang dinamakan sebagai kubur.

Ada pun kawasan yang tidak ada ditanam dibawahnya mayat seperti jalan yang ada dikeliling kubur dan tanah lapang yang ada di dalam sempadan tanah perkuburan itu bukan termasuk kubur yang dibahaskan dalam masalah ini.

Hukum mencabut rumput dan pokok yang tumbuh di atas kubur ini berlaku khilaf dikalangan ulamak mazhab padanya.

PENDAPAT ULAMAK MAZHAB SYAFIE

Haram Cabut Tumbuhan Di Atas Kubur.

Tersebut pada kitab Fathul Mu’in :

ويحرم أخذ شيء منهما ما لم ييبسا لما في أخذ الأولى من تفويت حظ الميت المأثور عنه صلى الله عليه وسلم

Artinya : “Dan haram mengambil (cabut) suatu dari keduanya (yaitu pelepah kurma atau pokok yang ditanam diatas kubur) selama ia belum kering (mati) kerana mengambil (umpama pelepah kurma yang ditanam d atas kubur) itu menghilangkan hak mayat yang datang kisahnya dari hadith Nabi saw.”

Yang dimaksudkan haram di sini ialah jika yang mencabut rumput yang ada di atas kubur itu ialah bukan pemiliknya (waris atau penjaganya). Ada pun pemiliknya maka tidak haram mencabutnya.

HARUS PEMILIKNYA MENCABUT TUMBUHAN ATAS KUBUR

Tersebut pada "kitab Hasyiah Al-Qalyubi :

وَلَا يَجُوزُ لِغَيْرِ مَالِكِهِ أَخْذُهُ مَا دَامَ رَطْبًا لِتَعَلُّقِ حَقِّ الْمَيِّتِ بِهِ، وَإِذَا جَفَّ جَازَ لِكُلِّ أَحَدٍ أَخْذُهُ

Artinya : _“Dan tidak harus mencabut tumbuhan di atas kubur oleh selain pemiliknya selama tumbuhan itu masih hidup kerana bergantung hak mayat dengannya. Dan apabila tumbuhan itu telah mati nescaya harus bagi sesiapa sahaja mencabutnya.”_

Maka difahami dari perkataan Syeikh Qalyubi ini bahawa kalau pemilik kubur yang mencabutnya maka tidaklah haram.

Dan tersebut pada
kitab An-Nihayah bagi Syeikh Ramli :

ويمتنع على غير مالكه أخذه من على القبر قبل يبسه

Artinya : _“Dan tertegah atas selain pemiliknya mencabut tumbuhan di atas kubur sebelum tumbuhan itu mati.”_

Dan tersebut pada
kitab Hasyiah Syarwani ala At-Tuhfah :

وَ (قَوْلُهُ وَيَحْرُمُ أَخْذُ ذَلِكَ) أَيْ عَلَى غَيْرِ مَالِكِهِ

Artinya : _“Dan maksud perkataan Syeikh Ibnu Hajar haram mencabut tumbuhan atas kubur itu ialah atas yang bukan pemiliknya."_

Dan tersebut pada
kitab Al-Iqna’ bagi Syeikh Khatib As-Syarbini" :

وَلَا يَجُوزُ لِلْغَيْرِ أَخْذُهُ مِنْ عَلَى الْقَبْرِ قَبْلَ يُبْسِه

Artinya : “Dan tidak harus bagi selain pemilik kubur mencabut tumbuhan atas kubur itu jika ia belum kering (mati).”

PEMILIK DIHARAMKAN MENCABUT TUMBUHAN ATAS KUBUR

Dan maksud pemilik atau waris empunya kubur boleh mencabut tumbuhan atau rumput di atas kubur itu ialah selama masih ada tinggal sebahagiannya.

Ada pun mencabut semuanya hingga tidak ada satu pun yang tumbuh di atas kubur itu hukumnya tetap haram.

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Jangan terlalu mengagungkan bangsa Yahudi, sehinggakan apa yg berlaku di dunia kini dianggap terhasil daripada perancangan Yahudi. Jika begitu, cerdik sungguh la puak2 ni sampai depa atuq dunia ikut telunjuk depa.

Bangsa Yahudi adalah bangsa yg dihinakan oleh Allah سبحانه وتعالى di dalam al-Quran. Mereka tiada nilai apa2. Jika mereka cerdik, mereka mesti beriman kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. Tetapi disebabkan mereka tak cerdik, mereka tidak beriman kpd Nabi akhir zaman. Di kala Allah menjanjikan pahala yg berganda kpd mereka apabila masuk Islam, mereka tidak masuk Islam juga. Sebahagian kecil sahaja masuk Islam.

Oleh itu, orang yg terpesona dgn teori konspirasi ni sebenarnya mereka terlaku mengagungkan Yahudi. Seakan-akan Yahudi lah perancang segala-galanya, berjaya menguasai dunia, sehinggakan mereka melupakan Allah, Tuhan semesta alam.

Kita sbg umat Islam, berpegang teguhlah kepada ajaran yg dibawa oleh Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dan diteruskan oleh para ulama. Umat Islam dahulu jatuh, disebabkan mereka menjauhkan ajaran Islam dan berpecah belah. Umat Islam tidak akan kembali kuat, jika mereka sendiri tidak merasai keizzahan bersama Islam. Umat Islam yg kuat adalah umat Islam yg bersatu, mempunyai kefahaman agama yg mendalam, menghayati aqidah, syariat dan akhlak dgn baik, serta banyak memohon pertolongan kepada Allah سبحانه وتعالى. Insya-Allah, umat Islam akan sentiasa menang, jika mereka benar2 kembali kpd Islam dgn pemahaman yg benar yg dipandu oleh ulama, pewaris ilmu para Nabi.

Wallahu'alam.

Dr. Mohd Murshidi Mohd Nor
Majlis Akademi Islami

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Umat Islam di WP boleh memuat turun Majalah al-Bayan “Pengambilan Vaksin COVID-19: Hukum dan Permasalahan” melalui QR code yang disediakan di masjid dan surau Jumaat seluruh Wilayah Persekutuan bermula hari ini.

Anda juga boleh muat turun di https://mira.gov.my/wp-content/uploads/2021/01/AL-BAYAN_SIRI-7.pdf

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Isu Nabi Khidir a.s, samada Baginda masih hidup hingga kini atau sudah wafat...
yang nak disentuh di sini ialah soal manhaj SAHAJA, yakni manhaj dalam membincangkan isu ini dan isu-isu seumpamanya.

1. Isu ini ialah isu khilafiyyah. Majoriti ulama mengatakan Nabi Khidir a.s masih hidup hingga kini.
Dari itu, isu ini perlu dilayan seperti masalah-masalah khilafiyyah yang lain.
Bila bercakap tentang masalah khilafiyyah, kita sebenarnya sedang bercakap soal 'rajih' dan 'marjuh'. Yakni mana pendapat yang rajih (kuat) dan mana pendapat yang marjuh (tidak kuat).
Dalam masalah khilafiyyah, kita tidak bercakap tentang hak dan batil, atau mitos dan fakta. Yang kita perkatakan ialah soal rajih dan marjuh saja.
Inilah manhaj yang sepatutnya diikuti ketika membincangkan isu-isu khilafiyah seperti isu hidup atau wafatnya Nabi Khidir a.s ini.

2. Masalah khilafiyyah hendaklah ditampilkan kepada masyarakat sebagai masalah khilafiyyah.
Tidak wajar masalah khilafiyyah dihidangkan kepada khalayak seolah-olah ia masalah yang disepakati para ulama.
Memahamkan masyarakat awam bahawa satu-satu masalah yang sebenarnya khilafiyyah, adalah masalah yang disepakati para ulama, kesannya sangat negatif.
Jadi, manhaj kedua dalam perbahasan isu-isu khilafiyyah ialah menampilkannya dalam sifatnya yang sebenar, iaitu ia adalah masalah khilafiyyah.

3. Berkenaan Nabi Khidir a.s masih hidup sehingga kini merupakan pendapat majoriti ulama, ia dinyatakan Imam Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim :

جمهور العلماء على أنه حي موجود بين أظهرنا، وذلك متفق عليه عند الصوفية وأهل الصلاح والمعرفة...وقال الشيخ ابو عمر بن الصلاح : هو حي عند جماهير العلماء والصالحين والعامة معهم في ذلك. قال : وإنما شذ بإنكاره بعض المحدثين.

"Majoriti ulama berpendapat Baginda masih hidup, masih wujud di kalangan kita. Hal ini disepakati di sisi golongan sufi, orang-orang soleh dan ahli makrifat...
Berkata Syaikh Abu Umar Ibn as-Solah (Ibnus Solah) : Baginda masih hidup di sisi majoriti ulama dan orang-orang soleh, dan orang-orang awam bersama mereka [majoriti ulama] dalam hal ini.
Beliau (Ibnus Solah) berkata : hanya sesetengah ahli hadis yang 'ganjil' [dalam soal ini] disebabkan mengingkarinya (hidupnya Nabi Khidir a.s)".


Ulama lain yang mengatakan Nabi Khidir a.s masih hidup merupakan pendapat majoriti ulama, ialah Imam Ibn Kathir dalam an-Nihayah Wal Bidayah, Imam al-Qastalani, Imam al-Alusi dan ramai lagi.

Ada juga segelintir ulama yang mengatakan Nabi Khidir telah wafat merupakan pendapat jumhur, iaitu Imam Abu Hayyan al-Andalusi dan Syaikh Wahbah Zuhayli.
Yang sahih ialah seperti yang dinyatakan Imam Nawawi, Imam Ibn Kathir, Imam Ibnus Solah dan lain-lain.

4. Melalui catatan di atas, nyata pendapat bahawa Nabi Khidir a.s masih hidup bukanlah satu mitos. Ia juga bukan kepercayaan Syiah yang menyerap masuk ke dalam pemikiran Ahli Sunnah.
Ia sebaliknya pendapat majoriti ulama. Antaranya Khalifah Umar Ibn Abdul Aziz seperti yang dinyatakan al-Hafiz Ibn Hajar dalam al-Isobah dan al-Qastalani dalam Irsyadul Sari.

5. Tulisan ini tidak mengulas dalil-dalil kedua-dua pihak (yang mengatakan Nabi Khidir masih hidup dan yang mengatakan sebaliknya). Ini kerana yang ditumpu dalam hantaran ini HANYAlah meluruskan manhaj perbahasan isu-isu khilafiyyah. Selain tiada manfaat (pada pandangan penulis) isu seperti ini dibincangkan.

Wallahu a'lam.

Ustaz Shamsul Muda

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

7. Contoh Muzakarah MKI memutuskan vaksin BioThrax dan RotaTeg yang mempunyai unsur haram sebagai tidak dibenarkan kerana situasi semasa dianggap tidak darurat, terdapat bahan alternatif yang lain dan tiada data sokongan kuat membuktikan rakyat perlu kepada kedua vaksin ini.

8. Selain itu, konsep Istihalah dan Istihlak boleh diaplikasi dalam fatwa tentang vaksin. Istihalah ialah proses semulajadi yang memberikan kesan perubahan hukum kerana berubahnya zat. Iaitu bahan yang haram berubah struktur kimia dan ciri fizikalnya kepada unsur dan sifat lain. Maka hukumnya adalah halal dan suci. Ini pandangan mazhab Hanafi dan dipersetujui oleh Sheikh Yusuf Al-Qaradawi dan Sheikh Wahbah Al-Zuhaili.

9. Konsep Istihlak pula bahan haram yang sedikit bercampur dengan bahan yang suci berlipat kali ganda sehingga menghilangkan sifat dan ciri-ciri asal yang terkandung dalam bahan tersebut. Bahan tersebut telah rosak sifat dan ciri asalnya, walaupun ia masih kekal seperti mencampurkan setitis arak ke dalam air. Istihlak mempunyai kesan hukum sama seperti Istihalah.

10. Muzakarah MKI tidak menyebut dengan jelas tentang Istihalah dan Istihlak dalam fatwa yang dikeluarkan tentang vaksin. Kedua konsep ini boleh diperhatikan semasa pembuatan vaksin. Unsur haram berasal daripada babi dan sebagainya di dalam vaksin itu berubah daripada struktur kimia dan sifat kepada benda baru atau 'new thing'.

11. Di dalam pembuatan vaksin juga berlaku penyaringan, penyucian dan pemurnian berulang kali sehingga bahan asal itu tidak dapat dikesan pada peringkat akhir vaksin. Dengan kata lain, unsur asal haram tidak lagi menjadi kandungan bagi vaksin. Ini antara justifikasi Jawatankuasa Fatwa Singapura yang memutuskan Vaksin Rotavirus adalah halal dan suci.

12. Kerajaan Malaysia akan mengimport vaksin COVID-19 daripada Pfizer. Vaksin ini diperbuat daripada mRNA dan tidak terlibat dengan unsur haram. Terdapat syarikat tempatan akan mengimport vaksin COVID-19 daripada Annui Zhifie dari China dan akan melakukan proses mendapat pensijilan halal daripada JAKIM. Keadaan ini melegakan semua pihak. Maka tidak timbul dakwaan vaksin COVID-19 diperbuat daripada unsur haram.

13. Muzakarah MKI pasti akan mengeluarkan fatwa tentang vaksin COVID-19 sebagaimana berlaku pada vaksin-vaksin yang terdahulu. Berdasarkan fatwa-fatwa terdahulu, kita memahami bahawa Muzakarah MKI tidak semborono mengeluarkan fatwa. Mereka akan melakukan kajian mendalam dengan memastikan kesucian bahan, keperluan masyarakat dan tidak membahayakan orang ramai.

14. Dengan itu, kita sebagai rakyat negara ini tidak perlu bimbang dengan pelbagai dakwaan tentang terdapat unsur haram dalam vaksin. Muzakarah MKI telah mengeluarkan pelbagai fatwa tentang perkara ini daripada aspek hukum dengan jelas sekali.

15. Fatwa berkaitan vaksin yang dikeluarkan oleh Muzakarah MKI sebagai pihak yang berautoriti dalam fatwa di negara ini adalah yang terbaik untuk diikuti demi kemaslahatan kita bersama.

Dr. Abdél Rahmanov
9 Dis 2020

"Pasangan Bercinta & Vaksin"
https://bit.ly/3lZ75ic

"Pandangan Dr. Haron Din tentang Vaksin"
https://bit.ly/3qCVEjZ

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Hiasan kaligrafi di masjid

Ada yang menyatakan bahwa salah satu ciri dari “masjid sunah” itu tidak ada hiasan kaligrafinya. Maka, mafhum mukhalafahnya (konsekwensi logisnya),masjid yang ada hiasan kaligrafinya tidak termasuk masjid sunah atau dengan ungkapan lain termasuk masjid bid’ah.

Perlu diketahui, bahwa masjid Nabawi itu hampir di setiap sudut ruangannya ada kaligrafinya. Masjid Haram (Ka’bah) di kelambu penutupnya juga ada kaligrafinya. Lalu ketika ditanya, apakah dengan kaidah di atas berarti kedua masjid ini bukan termasuk masjid sunah ? Apakah kedua masjid ini termasuk masjid bid’ah ? Hanya terdiam, tidak mampu menjawab sepatah katapun.

Mungkin dia bingung. Mau menjawab masjid bid’ah, takut, karena faktanya tidak ada ulama yang membid’ahkan kedua masjid tersebut. Mau menjawab tidak, malu, karena bertentangan dengan kaidah atau pernyataan yang dia buat sendiri. Jadi, untuk melayani hal-hal konyol dan bodoh seperti ini, terkadang cukup dengan uji konsistensi saja (pakai logika). Tidak perlu pemaparan ilmiyyah yang tinggi-tinggi.

Imam Abu Bakar bin Abi Syaibah rh dalam Al-Mushannaf (1/399) no (4587) dalam Bab : Menulis sebagian ayat Al-Qur’an dan selainnya di (dinding) masjid, telah meriwayatkan dari Atha’ bin Abi Rabah rh (beliau ini termasuk rujukan fatwa di zamannya di negeri Mekkah dan pernah berjumpa dengan dua ratus sahabat) :

أنه سُئِلَ عن المسجد يُكتَبُ في قبلته مِن القرآن، فلم يَرَ به بأسًا

“Beliau ditanya tentang masjid yang ditulis di (dinding) arah kiblatnya dari sebagian (ayat) Qur’an. Maka beliau memandang hal itu tidak mengapa (boleh).”

Apakah kiranya imam Atha’ bin Abi Rabah juga akan divonis sebagai ahli bid’ah karena membolehkan hiasan kaligrafi di dinding masjid ?

Saya pribadi punya pembahasan ilmiyyah dalam masalah ini sekitar tiga halaman folio yang masuk dalam buku yang sedang saya susun yang berjudul “Hukum-Hukum Seputar Masjid”. Sengaja tidak saya publish di medsos agar nantinya rekan-rekan bisa membaca sendiri dengan lebih detail di buku tersebut. Adapun nukilan di atas, serpihannya saja sekedar untuk keperluan uji konsistensi.

Sehingga saya tahu persis rincian masalahnya, perbedaan pendapat ulama mazhab di dalamnya, dalil-dalil dari masing-masing mazhab, terkhusus mazhab yang empat (Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hanbali), serta bagaimana mereka memperlakukan dalil-dalil dalam masalah ini.

Ini sekedar status singkat yang mencerminkan keprihatinan akan adanya oknum-oknum yang masih saja menjadikan masalah khilafiyyah sebagai tolok ukur akan keahlussunahan seseorang (baca manhaj). Dimana mereka bisa bebas sesuka hatinya untuk membid’ahkan atau menyesatkan siapa saja yang tidak sependapat dengan mereka. Wallahul musta’an.

Ustaz Abdullah Al-Jirani

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

​​Seminar Online Isu-Isu Semasa Ahli Sunnah Wal Jamaah (Tabarruk Athar Nabi)

Pembentangan :-

1. Tabarruk Disisi Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah - Ustaz Zainul Islam (Master Usuluddin Universiti Abdul Malik Saadi, Maghribi)

2. Analisis Riwayat-Riwayat Tabarruk oleh Para Sahabat Nabi & Ulama Salaf - Kiyai Nur Hidayat (Panel Modul Dewan Pakar ASWJ Johor)

3. Status & Falsafah Logo Capal Nabi - Dr. Khafidz Soroni (Ketua Tanfidziah Nahdatul Ulama' Malaysia (NA'AM)

24 November 2020 (Selasa)
8.45 Malam
Via Zoom
Pendaftaran Diwajibkan


Yuran : Tidak Ditetapkan (Bayar Mengikut Kemampuan)

Daftar Segera. Hubungi Azmi +60162702270

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Dia - D tu huruf kecil ke besar?

Ni perkara serius, tapi ambe tergelak juga tengok video ni..

Ayat ni, kalau kita, mudah sangat nak faham. Ini lah ayat penegasan rukun iman ke-6 kita. Tuhan yang bersifat Qudrah melakukan sekelian perkara, mentadbir sekalian makhlukNya, pada setiap masa - Taalluq sifat QudrahNya.

يَسْأَلُهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِي شَأْنٍ

Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Dia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya).

Ustaz ni pula sampai keliru huruf D tu sepatutnya huruf kecil 😁 yang merujuk kepada hamba.

Tu lah, jauhi mereka ini, kasi lepas fardhu Ain akidah masing² ikut acuan Sifat 20, insyaAllah selamat.

👇👇👇

Video

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

https://youtu.be/_qTYWRp31tA

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Bid'ah-Bid'ah Hasanah Yang Dilakukan Ulama Salaf dan Kholaf

1. Bid’ah Hasanah imam Abu Hanifah : Sholat 300 rokaat tiap malam.

Al-‘Aththar dalam kitab at-Tadzkirah mengatakan :

ﻛﺎﻥ ﺍﺑﻮ ﺣﻨﺒﻔﺔ ﻳﺼﻠﻲ ﻓﻲ ﻛﻞ ﻟﻴﻠﺔ ﺛﻼﺛﻤﺎﺋﺔ ﺭﻛﻌﺔ ﻓﻤﺮ ﻳﻮﻣﺎ ﻋﻠﻰ ﺟﻤﻊ ﻣﻦ ﺍﻟﺼﺒﻴﺎﻥ ﻓﻘﺎﻝ ﺑﻌﻀﻬﻢ ﻟﺒﻌﺾ : ﻫﺬﺍ ﻳﺼﻠﻲ ﻓﻲ ﻛﻞ ﻟﻴﻠﺔ ﺍﻟﻒ ﺭﻛﻌﺔ ﻭﻻ ﻳﻨﺎﻡ ﺑﺎﻟﻠﻴﻞ . ﻓﻘﺎﻝ ﺍﺑﻮ ﺣﻨﻴﻔﺔ : ﻧﻮﻳﺖ ﺍﻥ ﺍﺻﻠﻲ ﻓﻲ ﻛﻞ ﻟﻴﻠﺔ ﺍﻟﻒ ﺭﻛﻌﺔ ﻭﺍﻥ ﻻ ﺍﻧﺎﻡ ﺑﺎﻟﻠﻴﻞ

“ Abu Hanifah konon melakukan sholat 300 roka’at tiap malam. Suatu hari ia berjalan melewati sekelompok anak kecil, maka seorang dari mereka berkata kepada temannya : “ Inilah orang yang melakukan sholat tiap malam 1000 roka’at dan tidak pernah tidur tiap malam “. (Iqamah al-Hujjah, al-Kanawi : 80)

2. Bid’ah Hasanah Imam Malik : Sholat 800 roka’at tiap hari.

ﻗَﺎﻝَ ﺃَﺑُﻮْ ﻣُﺼْﻌَﺐٍ ﻭَﺃَﺣْﻤَﺪُ ﺑْﻦُ ﺇِﺳْﻤَﺎﻋِﻴْﻞَ ﻣَﻜَﺚَ ﻣَﺎﻟِﻚُ ﺑْﻦُ ﺃَﻧَﺲٍ ﺳِﺘِّﻴْﻦَ ﺳَﻨَﺔً ﻳَﺼُﻮْﻡُ ﻳَﻮْﻣًﺎ ﻭَﻳُﻔْﻄِﺮُ ﻳَﻮْﻣًﺎ ﻭَﻛَﺎﻥَ ﻳُﺼَﻠِّﻲ ﻓِﻲ ﻛُﻞِّ ﻳَﻮْﻡٍ ﺛَﻤَﺎﻧَﻤِﺎﺋَﺔٍ ﺭَﻛْﻌَﺔً
“Abu Mush’ab dan Ahmad bin Ismail berkata: Malik bin Anas berpuasa sehari dan berbuka sehari selama 60 tahun dan ia salat setiap hari 800 rakaat ” (Thabaqat al-Hanabilah, Ibnu Abi Ya’la, 1/61///0)

3. Bid’ah Hasanah Imam asy-Syafi’i : Melafazkan Niat.

ﺃﺧﺒﺮﻧﺎ ﺍﺑﻦ ﺧﺰﻳﻤﺔ ، ﺛﻨﺎ ﺍﻟﺮﺑﻴﻊ ﻗﺎﻝ : ‏« ﻛﺎﻥ ﺍﻟﺸﺎﻓﻌﻲ ﺇﺫﺍ ﺃﺭﺍﺩ ﺃﻥ ﻳﺪﺧﻞ ﻓﻲ ﺍﻟﺼﻼﺓ ﻗﺎﻝ : ﺑﺴﻢ ﺍﻟﻠﻪ ، ﻣﻮﺟﻬﺎ ﻟﺒﻴﺖ ﺍﻟﻠﻪ ﻣﺆﺩﻳﺎ ﻟﻔﺮﺽ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﺰ ﻭﺟﻞ ﺍﻟﻠﻪ ﺃﻛﺒﺮ »

"Mengabarkan kepadaku Ibnu Khuzaimah, mengabarkan kepadaku Ar-Rabi', ia berkata :” Imam Syafi'i ketika akan masuk dalam Shalat beliau mengucapkan : “Bismillah Aku menghadap ke Baitullah, menunaikkan kewajiban kepada Allah. Allahu Akbar.” (Al-Mu’jam, Ibnu Al-Muqri : 317)

4. Bid’ah Hasanah Mus’ab bin Tsabit bin Abdillah bin Zubair : Sholat 1000 roka’at tiap hari.

ﻣُﺼْﻌَﺐُ ﺑْﻦُ ﺛَﺎﺑِﺖِ ﺑْﻦِ ﻋَﺒْﺪِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺑْﻦِ ﺍﻟﺰُّﺑَﻴْﺮِ ﻭَﻛَﺎﻥَ ﻣُﺼْﻌَﺐ ﻳُﺼَﻠِّﻲ ﻓِﻲ ﺍﻟْﻴَﻮْﻡِ ﻭَﺍﻟَّﻠْﻴَﻠَﺔِ ﺃَﻟْﻒَ ﺭَﻛْﻌَﺔٍ ﻭَﻳَﺼُﻮْﻡُ ﺍﻟﺪَّﻫْﺮَ
“Mush’ab bin Tsabit bin Abdillah bin Zubair, ia salat dalam sehari semalam 1000 rakaat ” (Shifat ash-Shafwah, Ibnu Jauzi, 2/197 dan al-Ishabah, al-Hafidz Ibnu Hajar, 2/326)

5. Ali Zainal Abdin : Sholat 1000 roka’at tiap hari.

ﺫُﻭْ ﺍﻟﺜَّﻔَﻨَﺎﺕِ ﻋَﻠِﻲُّ ﺑْﻦُ ﺍﻟْﺤُﺴَﻴْﻦِ ﺑْﻦِ ﻋَﻠِﻲ ﺑْﻦِ ﺃَﺑِﻲ ﻃَﺎﻟِﺐٍ ﺯَﻳْﻦُ ﺍﻟْﻌَﺎﺑِﺪِﻳْﻦَ ﺳُﻤِّﻲَ ﺑِﺬَﻟِﻚَ ﻷَﻧَّﻪُ ﻛَﺎﻥَ ﻳُﺼَﻠِّﻰ ﻛُﻞَّ ﻳَﻮْﻡٍ ﺃَﻟْﻒَ ﺭَﻛْﻌَﺔٍ ﻓَﺼَﺎﺭَ ﻓِﻲ ﺭُﻛْﺒَﺘَﻴْﻪِ ﻣِﺜْﻞُ ﺛَﻔَﻨَﺎﺕِ ﺍﻟْﺒَﻌِﻴْﺮِ
“Ali bin Husain bin Ali bin Abi Thalib, hiasan ahli ibadah, disebut demikian karena ia salat dalam sehari semalam sebanyak 1000 rakaat, sehingga di lututnya terdapat benjolan seperti unta” (Tahdzib al-Asma’, al-Hafidz al-Mizzi, 35/41)

6. Abu Qilabah : Sholat 400 roka’at tiap hari.

ﻭَﻗَﺎﻝَ ﺃَﺣْﻤَﺪُ ﺑْﻦُ ﻛَﺎﻣِﻞٍ ﺍﻟْﻘَﺎﺿِﻲ : ﺣُﻜِﻲَ ﺃَﻥَّ ﺃَﺑَﺎ ﻗِﻼَﺑَﺔَ ﻛَﺎﻥَ ﻳُﺼَﻠِّﻲ ﻓِﻲ ﺍﻟْﻴَﻮْﻡِ ﻭَﺍﻟﻠَّﻴْﻠَﺔِ ﺃَﺭْﺑَﻌَﻤِﺎﺋَﺔٍ ﺭَﻛْﻌَﺔً
“Qadli Ahmad bin Kamil berkata: Diceritakan bahwa Abu Qilabah salat dalam sehari semalam sebanyak 400 rakaat ” (Tadzkirah al-Huffadz, al-Hafidz adz-Dzahabi, 2/120)

7. Sebagian ulama salaf mengganti sholat Tahiyyatul Masjid dengan ucapan

ﺳﺒﺤﺎﻥ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﺍﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ ﻭﻻﺍﻟﻪ ﺍﻻ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﺍﻟﻠﻪ ﺍﻛﺒﺮ
Dibaca sebanyak empat kali di saat mereka tidak sempat melakukan sholat tahiyyatul masjid. Sebagaimana telah dinaqal oleh imam Nawawi dalam kitab al-Adzkarnya mukasurat: 32.

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

https://youtu.be/SwYqCK78yII

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Insyallah mereka semua mati syahid

Pada saya jawapan "mereka semua mati syahid" yang diucapkan oleh Mudir Madrasah Tahfiz Ittifaqiyah ini ketika merujuk kepada tragedi yang menimpa Madrasahnya adalah tepat pada masa dan konteksnya.

Ucapan ini bukan ucapan "bangsat" atau jawapan untuk "melepaskan diri" tetapi ucapan beliau ini tepat dari segi kaedah psikologi iaitu bertujuan untuk mengurangkan kesedihan di hati para waris yang anak-anak mereka terkorban dalam tragedi ini.

Cuba kita bayangkan jika Mudir madrasah tersebut mengatakan bahawa tragedi ini adalah disebabkan kecuaian dari pihak madrasah atau beliau cuba menyalahkan mana-mana pihak, pastinya perkara ini akan lebih melukakan hati dan perasaan para waris. Seolah-olah para waris akan merasakan bahawa mereka telah tersalah memasukan anak-anak mereka ke madrasah tahfiz ini. Bagi saya, kenyataan sebegini pasti menambahkan lagi kedukaan dan kesedihan di hati mereka.

Ada ramai yang mengkritik ucapan ini tetapi bagi saya mungkin mereka telah memahami kenyataan Mudir madrasah ini di luar konteks sebenarnya daripada maksud yang beliau cuba sampaikan.

Untuk mudah faham, saya bagi 2 analogi mudah ini iaitu situasi tatkala menziarahi orang sakit.

1. Ketika kita menziarahi orang sakit, kaedah psikologi bahkan dalam Islām juga, kita dianjurkan untuk cuba mengurangkan kesedihan pesakit iaitu dengan kita mengembirakan hatinya. Apabila kita menziarahi pesakit, kita katakan kepada pesakit itu "bersabarlah di atas ujian Allāh ini", "sakit ini, Allāh akan mengampuni dosa-dosa kecil", "Allāh mengangkat darajat" dan "Allāh turunkan rahmat-Nya". Kita gembirakan pesakit supaya pesakit tidak terlalu memikir akan kesakitannya. Insyallāh dengan kaedah psikologi ini, kesakitan yang ditanggungnya pasti akan terubat sedikit setelah mendengar kata-kata gembira dan pengharapan dari orang yang datang menziarahinya.

2. Manakala sebaliknya jika kita menziarahi orang sakit dan kita katakan padanya, "ini mesti dosa tuan banyak sangat, sebab itu Allāh timpakan kesakitan pada tuan" atau kita katakan sebegini, " mesti tuan pernah berbuat maksiat, sebab itu Allāh bagi musibah (penyakit) sebegini kepada tuan".

Cuba kita bandingkan kedua-dua analogi ini, analogi yang mana satukah wajar kita implementasikan tatkala kita menziarahi orang sakit. Secara pasti kita semua akan memilih analogi yang 1 iaitu dengan kita cuba mengembirakan pesakit yang kita ziarahi dengan memberikan kata-kata gembira dan harapan kepada mereka.

Cuba bayangkan jika kita memilih analogi 2, pesakit yang kita ziarahi pasti akan berasa sedih, merasakan seolah-olah tiada lagi pengharapan baginya dan pesakit itu tidak lagi merasai apa-apa dari kesakitannya sedangkan kesakitannya itu sebenarnya adalah ujian dari Allāh. Bahkan yang lebih ditakuti ialah pesakit menjadi kufur kepada Allāh dengan bertindak menyalahkan takdir, seolah-olah tidak dapat menerima kesakitannya itu terjadi kepadanya.

Jadi apa yang saya cuba nak sampaikan di sini ialah kenyataan "mati syahid" yang diucapkan oleh Mudir madrasah tahfiz ini ialah satu kaedah psikologi yang dianjurkan dalam Islām iaitu memberi khabar gembira dan pengharapan kepada mereka-mereka yang terkena musibah.

Para waris yang terkena musibah ini, mereka sangat memerlukan motivasi atau kata-kata semangat dari kita semua dan apabila mereka mendengar jawapan dari Mudir Madrasah Tahfiz ini secara tidak langsung akan terubat sedikit kesedihan mereka.

Secara asasnya, kenyataan Mudir Madrasah ini adalah tepat pada masa dan konteksnya dan bukannya kenyataan yang "bangang" atau "berlepas diri". Kepada mereka-mereka yang mengkritik kenyataan Mudir madrasah ini, korang rasa kritikan korang itu boleh mengubat kesedihan Para waris kah?

Sekarang orang tengah bersedih, kata-kata berunsurkan motivasi dan semangat sangatlah diperlukan. Kata-kata tunding menunding atau menyalahkan orang lain "hold" dulu. Semua orang tengah bersedih.

Sumber dari ustaz Fuad Kamal

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

via Tahu, Faham & Amal https://ift.tt/3w0Wud4

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

https://youtu.be/Ex_5aNxYWVU

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Berkata Syeikh Al-Bujairimi :

وَحَاصِلُهُ أَنَّهُ إنْ كَانَ الشَّيْءُ الْأَخْضَرُ قَلِيلًا كَخُوصَةٍ أَوْ خُوصَتَيْنِ مَثَلًا لَا يَجُوزُ لَهُ أَخْذُهُ وَهُوَ أَخْضَرُ لِأَنَّهُ صَارَ حَقًّا لِلْمَيِّتِ فَحُرِّمَ أَخْذُهُ، أَمَّا إذَا كَانَ كَثِيرًا فَإِنَّهُ يَجُوزُ الْأَخْذُ مِنْهُ

Artinya : “Dan kesimpulannya jika adalah sedikit yang tumbuh di atas kubur itu seperti beberapa helai sahaja nescaya tidak harus bagi pemiliknya mencabutnya ketika masih hidup kerana ia menjadi hak mayat maka haram mengambilnya. Ada pun jika banyak yang tumbuh hidup maka sungguhnya harus bagi pemiliknya mengambil sebahagian daripadanya.” (Hasyiah Bujairimi)

Maksudnya jika banyak tumbuh rumput atau pokok di atas kubur itu maka pemiliknya hanya boleh mencabut sebahagian sahaja bukannya kesemuanya. Dan jika hanya sedikit yang tumbuh maka tidak boleh mengambilnya kerana akan hilang kesemua yang ada.

MAZHAB HANAFI MEMAKRUHKAN CABUT RUMPUT ATAS KUBUR

Berkata Syeikh Al-Khadimi Al-Hanafi :

: ومنها قلع الشوك والحشيش الرطبين على القبر، فإنه مكروه، فإن النباتات ما دامت رطبة تسبح الله، فحينئذ ينتفع الميت ويستأنس بتسبيحها

Artinya : “Dan setengah dari yang dilarang itu ialah mencabut pokok dan rumput yang masih hidup keduanya yang tumbuh di atas kubur maka sungguhnya hukumnya adalah makruh. Dari kerana bahawsanya segala yang tumbuh itu selama ia hidup ia bertasbih akan Allah maka pada ketika itu akan memberi guna kepada mayat dan menumpang rahmat dari tasbihnya itu.” (Kitab Bariqah Mahmudiyyah)

KESIMPULAN

Haram atas bukan pemilik atau waris penghuni kubur mencabut atau mengambil tumbuhan yang hidup di atas kubur orang lain daripada rumput atau pokok-pokok.

Harus ke atas pemiliknya mengambil atau mencabut rumput dan pokok yang tumbuh di atas kubur dengan syarat ditinggalkan hidup sebahagiannya. Jika dicabut semuanya sekali maka hukumnya adalah haram.

Harus memotong atau membuang pokok-pokok dan rumput yang bukan di atas kubur yang tumbuh di sekeling kubur kerana memudahkan orang lalu dan ziarah atau supaya tidak tinggal haiwan yang berbisa padanya.

wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

https://youtu.be/FCYLUn-Pg8g

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

https://youtu.be/af3v23Z_mDY

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/01/665271/pendapat-majoriti-ulama-muktabar-ahli-tasawuf

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

​​Bayan Linnas - Penjelasan Isu Semasa
Bersama Sahibus Samahah Dr. Luqman bin Hj. Abdullah (Mufti Wilayah Persekutuan)

Bermula 24 Disember 2020 | 9 Jamadilawal 1442H
Setiap Khamis dan Jumaat
Pada 7:25 malam

Hanya di TVAlhijrah

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

"Vaksin daripada Unsur Haram"

Isu yang selalu menjadi kemusykilan orang ramai ialah dakwaan vaksin dihasilkan daripada unsur haram seperti babi. Sedangkan kita sedia maklum bahawa Islam melarang kita menggunakan benda yang haram.

1. Sebenarnya isu ini adalah 'settled issue' atau isu lama yang telah diselesaikan sejak begitu lama di kalangan ulama berkaitan unsur haram di dalam vaksin. Banyak fatwa tempatan dan antarabangsa yang telah dikeluarkan tentang vaksin yang boleh kita rujuk.

2. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (Muzakarah MKI) sejak tahun 1988 telah mengeluarkan pelbagai fatwa tentang vaksin. Fatwa yang dikeluarkan tentang imunisasi Hepatitis B, Campak, Tibi, Batuk Kokol, Difteria, Tetanus, Polio, Rubela, Meningococcal Meningitis, Vaksin BioThrax, Vaksin RotaTeq, Vaksin Human Papilloma Virus dan Vaksin Meningitis Menveo.

3. Kaedah asal ialah vaksin jika dihasilkan daripada benda suci dan tidak memudaratkan manusia maka ia tiada isu syariah. Ia harus digunakan sebagai langkah pencegahan daripada penyakit yang berjangkit atau wabak yang boleh membawa kepada risiko kematian.

4. Jika vaksin itu mempunyai unsur haram maka ia terbahagi kepada dua kategori. Pertama, jika ada vaksin lain yang suci maka tidak boleh digunakan vaksin yang ada unsur haram. Perkara ini menjadi asas dalam fatwa-fatwa Muzakarah MKI tentang vaksin.

5. Contoh Muzakarah MKI memutuskan hukum menggunakan pelalian Meningococcal Meningitis Mencevax yang diambil daripada sumber lembu adalah harus. Manakala Meningococcal Miningitis Momumune yang mengandungi unsur bovine (lembu), porsin (babi) dan avian (itik) adalah haram.

6. Kedua, jika tiada vaksin alternatif yang suci tetapi keadaan bersifat darurat bagi menyelamatkan nyawa maka vaksin yang ada unsur haram dibenarkan kerana menjaga nyawa atau 'hifz al-nafs' adalah di antara objektif syariah. Ini bermakna sesuatu vaksin itu tidak semudah itu untuk diharuskan tanpa justifikasi yang kuat.

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Isu penjarakan fizikal semasa solat berjemaah di masjid dan surau menjadi polemik yang menimbulkan ketegangan dalam kalangan umat Islam di Malaysia.

Melihat akan perkara ini, Unit al-Bahth al-Ilmi (Penyelidikan Ilmiah) Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengambil langkah untuk menjelaskan secara terperinci hujah-hujah yang mendokong keperluan penjarakan fizikal ketika solat berjemaah di masjid dan di surau.

Diharapkan, penerbitan Majalah al-Bayan siri ke-6 ini dapat merungkai dan menyelesaikan isu yang dibicarakan, seterusnya memberi gambaran jelas berkenaan hasrat dan pendirian Kerajaan serta Pihak Berkuasa Agama Negeri dalam memutuskan pelaksanaan Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) ini.

Klik https://mira.gov.my/muat-turun/al-bayan/ untuk muat turun.

Selamat membaca!

YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

CAPAL RASUULILLAAH ﷺ SELAIN SOAL HUKUM DAN AMALAN... IANYA JUGA ADALAH CERMINAN HATI DAN KEJERNIHAN FIKIRAN

Bayan Linnas - Mufti Wilayah

ﷺ .

Kesilapan yang berlaku ialah apabila neraca ilmiah dalam isu tabarruk sebagaimana yang dihuraikan di atas telah dinafikan sedari awal lalu terus menghukum tabarruk dengan lakaran capal Nabi adalah syirik dan sebagainya dan akhirnya telah melahirkan pula sikap-sikap sinis terhadap apa-apa yang di kaitkan dengan Rasulullah ﷺ. Tanpa disedari diri Rasulullah ﷺ yang dicintai telah dijadikan subjek gurauan dan sendaan.

Oleh itu dinasihatkan agar dalam isu tabarruk ini hendaklah dalam ruang lingkup kasih dan cinta kepada Rasulullah ﷺ dan berasaskan prinsip-prinsip syarak dan dalam satu sudut lain tidak pula memandang sinis terhadap apa-apa perkara yang berkaitan dengan Rasulullah ﷺ dan sentiasa menjaga adab kita apabila berbicara berkaitan Baginda ﷺ. Pada masa yang sama menjadi kewajipan kepada kita untuk mempertahan dan membela Rasulullah ﷺ dalam segenap aspek dan keadaan.

Dr Luqman Haji Abdullah
Mufti Wilayah Persekutuan

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Kok tidak ada dalilnya ?

Ada yang tanya, kenapa kitab-kitab fiqh mazhab Syafi’i seperti Safinatun Najah, Taqrib, dan yang lainnya kok tidak ada dalilnya ? Jawab : Bukan tidak ada dalilnya,mas, tapi memang sengaja tidak disebutkan dalilnya karena kitab-kitab tersebut disusun untuk pemula. Dua ungkapan ini berbeda dari sisi makna dan konsekuensinya.

Kalau tidak ada dalilnya, artinya semua masalah fiqh yang disebutkan di dalamnya hanya berdasar hawa nafsu pengarangnya. Secara tidak langsung, ini tuduhan keji dan penghinaan kepada para ulama. Tapi kalau tidak disebutkan dalilnya, artinya dalilnya ada, namun sengaja tidak disebutkan karena beberapa pertimbangan. Ini merupakan bentuk husnuz zhan (baik sangka) dan pemulian kepada mereka.

Kalau kita buka kitab Safinatun Najah, maka kita hanya akan mendapatkan ringkasan - ringkasan permasalahan fiqh. Misalnya : macam-macam najis, tata cara wudhu, pembatal-pembatal wudhu, rukun-rukun shalat dan seterusnya tanpa disebutkan dalilnya. Hal ini sengaja dilakukan oleh penulisnya karena kitab ini disusun untuk pemula. Dengan demikian, diharapkan orang yang baru belajar dapat memahami permasalahan yang dipaparkan dengan mudah. Mereka tidak disibukkan dengan urusan dalil dan istidlal (pendalilan) karena memang bukan levelnya. Metode seperti ini sangat efektif dan telah teruji selama ratusan tahun.

Urusan dalil dan istidlal bukan merupakan perkara yang mudah dan sederhana sebagaimana dibayangkan oleh sebagian orang. Ini masalah yang sangat berat. Untuk memahaminya, membutuhkan berbagai piranti ilmu alat. Apalagi jika sudah masuk pembahasan ikhtilaf ulama dalam berbagai permasalahan. Hal-hal semacam ini jika disuguhkan kepada para pemula, akan menyulitkan mereka sehingga tujuan pokok memahami isi kitab akan terpalingkan. Apalagi masyarakat awam yang tujuan mereka belajar untuk segera diamalkan.

Kalau ingin mendapat suguhan dalil dan pernik-perniknya, bisa mempelajari kitab-kitab yang di atasnya, seperti kitab Tuhfatul Muhtaj atau yang setara dengannya. Di sini sudah mulai disebutkan dalil-dalilnya serta berbagai perkara yang berkaitan dengannya, seperti istidlal, istinbath, ilmu ushul fiqh, kaidah fiqhiyya, ikhtilaf (perbedaan pendapat) internal mazhab dan terkadang disingung pula ikhtilaf di luar mazhab dan lain sebagainya.

Ingin lebih tinggi lagi, bisa membaca kitab-kitab besar yang berjilid-jilid seperti Majmu’ Syarhul Muhadzdzab karya imam An-Nawawi. Insya Allah dijamin puas karena tidak hanya satu dua dalil yang didapatkan, tapi ‘hujan’ atau ‘banjir’ dalil di dalamnya (saking banyaknya dalil yang disebutkan). Bahkan untuk satu masalah saja, terkadang imam An-Nawawi menyebutkan beberapa dalil.

Metode ini tidak hanya kita dapati di mazhab Syafi’i, tapi juga di mazhab-mazhab fiqh yang lainnya, yaitu Hanafi, Maliki, dan Hanbali. ketika kita membuka kitab Umdatul Fiqh (mazhab Hanbali), maka kita tidak akan menemukan penyebutan dalil di sana. Yang ada hanya ringkasan-ringkasan sebagaimana dalam kitab-kitab fiqh mazhab Syafi’i karena kitab ini disusun untuk pemula.

Jadi, sebelum anda bertanya “mana dalilnya ?”, baiknya anda memahami dulu diagram tentang macam-macam dalil dan istidlal pada gambar terlampir. Jika sudah paham, bolehlah minta dalil. Selamat belajar dan salam literasi !

Ustadz Abdullah Al-Jirani

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

8. Bid’ah Hasanah Ibnu Mas’ud : Majlis setiap hari kamis.

Muhammad bin Abdul Wahhab an-Najdi (pendiri wahabi) mengatakan :

ﻭﺍﻟﻤﻘﺼﻮﺩ ﺑﻴﺎﻥ ﻣﺎ ﻧﺤﻦ ﻋﻠﻴﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺪﻳﻦ ﻭﺃﻧﻪ ﻋﺒﺎﺩﺓ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﺣﺪﻩ ﻻ ﺷﺮﻳﻚ ﻟﻪ ﻓﻴﻬﺎ ﺑﺨﻠﻊ ﺟﻤﻴﻊ ﺍﻟﺸﺮﻙ، ﻭﻣﺘﺎﺑﻌﺔ ﺍﻟﺮﺳﻮﻝ ﻓﻴﻬﺎ ﻧﺨﻠﻊ ﺟﻤﻴﻊ ﺍﻟﺒﺪﻉ ﺇﻻ ﺑﺪﻋﺔ ﻟﻬﺎ ﺃﺻﻞ ﻓﻲ ﺍﻟﺸﺮﻉ ﻛﺠﻤﻊ ﺍﻟﻤﺼﺤﻒ ﻓﻲ ﻛﺘﺎﺏ ﻭﺍﺣﺪ ﻭﺟﻤﻊ ﻋﻤﺮ ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ ﺍﻟﺼﺤﺎﺑﺔ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﺘﺮﺍﻭﻳﺢ ﺟﻤﺎﻋﺔ ﻭﺟﻤﻊ ﺍﺑﻦ ﻣﺴﻌﻮﺩ ﺃﺻﺤﺎﺑﻪ ﻋﻞ ﺍﻟﻘﺼﺺ ﻛﻞ ﺧﻤﻴﺲ ﻭﻧﺤﻮ ﺫﻟﻚ ﻓﻬﺬﺍ ﺣﺴﻦ ﻭﺍﻟﻠﻪ ﺃﻋﻠﻢ
“ Maksudnya adalah menjelaskan apa yang kami lakukan dari agama dan yang merupakan ibadah kepada Allah semata yang tidak ada sekutu bagi-Nya, di dalamnya melepas semua bentuk kesyirikan dan mengikuti Rasul di dalamnya, kami melepas semua bentuk bid’ah kecuali bid’ah yang memiliki asal dalam syare’at seperti mengumpulkan mushaf dalam satu kitab dan pengumpulan Umar radhiallahu ‘anhu kepada para sahabat atas sholat tarawih dengan berjama’ah, dan pengumpulan Ibnu Mas’ud kepada para sahabatnya atas majlis kisah-kisah setiap hari kamis dan semisalnya, semua ini adalah baik wa Allahu A’lam “ (Ar-Rasail asy-Syahsyiyyah, Muhammad bin Abdul Wahhab jilid 5 risalah yang keenam belas halaman : 103)

9. Bid’ah Hasanah imam Mujahid : Doa masuk rumah yang kosong.

Al-Hafidz Ibnu Katsir mengatakan :

ﺭﻭﻯ ﺍﻟﺜﻮﺭﻱ ﻋﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﻟﻜﺮﻳﻢ ﺍﻟﺠﺰﺭﻱ ﻋﻦ ﻣﺠﺎﻫﺪ : ﺍﺫﺍ ﺩﺧﻠﺖ ﺑﻴﺘﺎ ﻟﻴﺲ ﻓﻴﻪ ﺍﺣﺪ ﻓﻘﻞ : ﺑﺴﻢ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﺍﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ ﺍﻟﺴﻼﻡ ﻋﻠﻴﻨﺎ ﻭﻋﻠﻰ ﻋﺒﺎﺩ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﺼﺎﻟﺤﻴﻦ
“ Sufyan ast-Tsauri meriwayatkan dari Abdul Karim al-Jazri dari Mujahid, “ Jika kamu hendak masuk rumah yang kosong, maka ucapkanlah “ Bsimillah wal hamdu lillah, as-salaamu ‘alaina wa ‘ala ‘ibadillahish shaalihin “. (Tafsir Ibnu Katsir : 4/406)

10. Bid’ah Hasanah Ma’ruf al-Khurkhi

Melazimkan (Mewajibkan) dirinya sholat 100 roka’at setiap hari sabtu, pada setiap satu roka’at ia membaca surat al-Ikhlas 10 kali. (Thabaqat al-Hanabilah : 2/488)

11. Bid'ah Hasanah Khalid bin Mi’dan.

Al-Hafidz Ibn Rajab al-Hanbali mengatakan, “ Sesunggguhn ya Khalid bin Mi’dan membaca tasbih setiap harinya sebanyak 40.000 kali selain membaca al-Quran “. Lihat kitab Jami’ al-Ulum : 1/446

12. Bidaah Hasanah Bisyr bin Mufadhdhal.

Beliau melakukan sholat setiap harinya sebanyak 400 roka’at. Lihat kitab Tadzkirah al-Huffadz, adz-Dzahabi : 1/309

13. Bid'ah Hasanah Ya’qub bin Yusuf al-Muthawwa’i.

Wirid beliau setiap harinya membaca surat Qulhuwallahu Ahad (al-Ikhlash) sebanyak 31.000 kali atau terkadang 41.000 kali. Lihat sanad sahihnya dalam kitab al-Bidayah wa a n-Nihayah, Ibn Katsir : 11/84

14. Bid'ah Hasanah Ubaid bin Umair.

Beliau jika berada di pagi hari atau sore hari selalu mengucapkan doa berikut ini :

ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺍﻧﻲ ﺍﺳﺄﻟﻚ ﻋﻨﺪ ﺣﻀﺮﺓ ﺻﻼﺗﻚ ﻭﻗﻴﺎﻡ ﺩﻋﺎﺗﻚ ﺍﻥ ﺗﻐﻔﺮ ﻟﻲ ﻭﺗﺮﺣﻤﻨﻲ
“ Ya Allah sesungguhnya aku memohon ketika menghadap sholatmu dan tegakknya pendakwahmu untuk Engkau mengampuniku dan merahmatiku “. Lihat kitab Mushannaf Ibnu Abi Syaibah : 7/37

15. Bid'ah Hasanah Urwah bin Zubair.

Beliau ketika hendak makan selalu mengucapkan :

ﺳﺒﺤﺎﻧﻚ ﻣﺎ ﺍﺣﺴﻦ ﻣﺎ ﺗﺒﺘﻠﻴﻨﺎ ﺳﺒﺤﺎﻧﻚ ﻣﺎ ﺍﺣﺴﻦ ﻣﺎ ﺗﻌﻄﻴﻨﺎ ﺭﺑﻨﺎ ﻭﺭﺏ ﺁﺑﺎﺋﻨﺎ ﺍﻻﻭﻟﻴﻦ

“ Maha suci Engkau, alangkah baiknya apa yang telah Engkau uji pada kami, dan alangkah baiknya apa yang telah Engkau berikan p ada kami wahai Tuhan kami Tuhan para datuk kami yang awal “. Kemudian beliau mengucapkan bismillah dan meletakkan tangannya. Lihat kitab Muhsannaf Ibnu Abi Syaibah : 6/73

15. Bid'ah Hasanah Ma’ruf al-Kurkhi.

Dalam kitab Thabaqat al-Hanabilah disebutkan bahwasanya beliau melazimkan sholat setiap hari sabtu 100 roka’at, dan di setiap roka’atnya membaca surat al-Ikhlash 10 kali. Lihat kitab Thabaqat al-Hanabilah : 2/488

Dan sungguh sangat banyak lagi bid’ah hasanah yang dilakukan para ulama kita sejak masa salaf hingga saat ini.

Ust. Ibnu Abdillah Al-Katibiy

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Wahhabi Tanya Mana Dalil Solat Hormat Waktu

Dijawab oleh:
Dr Syed Shahridzan

https://youtu.be/KFCU5yu8J60

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

*MAJLIS PENGIJAZAHAN SELAWAT BARAKAT MAKIYYAH & AQIDAH AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH*

Bersama:
Maulana Zubair bin Maulana Musa Al-Ruhani Al-Bazi
(anak kepada penyusun kitab Barakat Makiyyah)

🗓 17 DIS 2017 (AHAD)

🕰 1.30 p.m - 5.00 p.m

🏢 Aswaja Learning Center, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Location:
https://waze.to/lr/hw282g7qqj
(Sebelah Restoran Cina Muslim Mohd Chan)

*Yuran RM10*

👉🏻 Tahun lepas kehadiran hampir 200 peserta, tahun ini kami had hanya *100 peserta*

📲 Peserta wajib daftar nama melalui www.wasap.my/60145317300/

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1997972643753428&id=1428326364051395

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Saidina Abu Bakr as-Shiddiq dan Saidina Umar Bin al-Khattab pernah bersyair ketika menyambut kedatangan Baginda Rasulullah. Itulah cara orang Arab mengungkapkan perasaan mereka. Rasulullah mengizinkan kerana memahami perasaan mereka.
Itulah kedudukan syair dan qasidah memuji Baginda.

[Rujukan: Mukhtasor Sirah an-Nabi - Imam Abd. Ghani al-Maqdisi]

اللهم صَلِّ على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلِّمْ

Disediakan oleh Ustaz Adlan Abd Aziz

Читать полностью…
Subscribe to a channel