notataufiqrazif | Unsorted

Telegram-канал notataufiqrazif - Nota Parenting Taufiq Razif

191222

Nota Eksklusif Tentang Parenting dan Kekeluargaan

Subscribe to a channel

Nota Parenting Taufiq Razif

🫤 Anak macam jauh hati je? 🫤

Ni ilmu penting ni. Tolong baca sampai habis

Nak ikat hati anak jangan ikat dengan :

❌ fizikal semata
❌ emosi semata

Ikatlah hati anak dengan :

✅ Rohani kita juga

Macam mana nak ikat hati anak dengan rohani kita?

🤲 Selalu doakan anak kita
🤲 Sebut nama dia dalam doa kita
🤲 Bayangkan wajah anak kita tu dalam doa kita

Yang penting, sayang dia bukan cuma untuk dunia mereka tapi sayang tu sampai akhirat sana juga

insyaAllah kita dengan anak kita akan ada "bonding hati" yang sangat kuat.

Belajar sesuatu?

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😮‍💨 Anak macam tak cukup kasih sayang? 😮‍💨

Kadang pelik juga. Dah peluk cium dan buat macam macam tapi anak macam masih kurang kasih sayang

Sebab apa?

Ada anak ni dia TAKKAN rasa puas selagi mana dia tak rasa dia 1 benda ini 👇

✅ Dia nak rasa dia LEBIH DISAYANGI oleh mak ayah dibandingkan adik-beradik yang lain

Anak macam ni kita kena :

☑️ ajarkan dia erti syukur
☑️ ambil masa 'dating' berdua dengan dia
☑️ buat dia rasa dia paling special di hati kita. Tapi jangan pilih kasih (favouritism) pula di depan anak yang lain

Kalau tak buat semua ni ditakuti rasa tak disayangi tu akan develop menjadi iri hati & dengki pada adik-beradiknya yang lain 😢

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😈 Anak saling dengki? 😈

Tak ramai mak ayah perasan bila DENGKI mula berakar umbi dalam jiwa anak anaknya

Ni saya nak cerita sikit proses terjadinya DENGKI dalam diri anak-anak (mak ayah kena tahu‼️)

Fasa PERTAMA : IRI HATI

- Anak mula iri hati dengan adik-beradik
- lagi lagi bila yang lain dapat perhatian lebih sikit
- atau yang lain dapat hadiah atau benda yang dia tak dapat
- fasa ni masih okay jika diuruskan dengan baik sejak dari awal

Fasa KEDUA : HASAD

- anak mula ada perasaan negatif pada adik-beradik sendiri
- cuma dia tak zahirkan, dia simpan je dalam hati
- fasa ni dah agak tak okay. Kena cepat uruskan dengan baik

Fasa KETIGA : DENGKI

- kesakitan dalam diri anak dah mula meluap
- dia mula zahirkan dendam & dengki melalui PERBUATAN!
- di sini banyak pertengkaran, perbalahan dan tarik muka berlaku 😢

Dah tahu ni terus ajar anak anak cara nak urus iri hati sejak dari awal ya. Boleh?

Bagi ♥️ sikit kalau nak belajar lebih mendalam lagi

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🫨 Iri Hati Sesama Adik-Beradik? 🫨

Ya, iri hati sesama adik beradik ni memang benar-benar ada‼️

Biasanya ia diistilah dalam ilmu parenting sebagai..

1. Sibling Rivalry
2. Sibling Jealousy
3. Sibling Envy


Rivalry - lebih kepada persaingan yang negatif 😠

Jealousy - Perasaan cemburu dengan adik-beradik disebabkan perhatian yang tak seimbang 😤

Envy - lebih kepada perasaan ingin dapat apa yang adik-beradik lain dapat 😮‍💨

Kesian kalau tak ajar anak anak untuk uruskan sifat hasad & iri hati ni

Takutnya melarat & pendam sampai umur dewasa‼️

Sebab tu pentingnya ajar anak untuk :

♥️ Urus sifat iri hati
♥️ Kenal & halau sifat hasad & dengki

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

sekarang baru nak subuh. Ni saya belanja suasana di kawasan perkarangan Masjidil Haram. Nak masuk dalam tapi dah penuh

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🫤 Rasa diri LOSER? 🫤

Kadang mak mak ni rasa dirinya LOSER sebab :

👉 Stuck & terperangkap di takuk yang lama

Sebab tu walaupun surirumah sepenuh masa sekalipun tetap kena buat Daily-Self Improvement contohnya :

🌿 Baca buku setiap pagi
🌿 Tambah hafalan Al-Quran
🌿 Mengaji agama secara online
🌿 Menulis & buat konten baik² di medsos

dan banyak lagi. Yang penting kena tetap GROW & IMPROVE setiap hari. Deal? 🤝

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥵 Anak strong-willed? 🥵

Mak ayah semua kena tahu 3 tanda utama anak strong-willed

1. Susah dengar cakap

2. Kemahuan dia sangat kuat. Susah nak ubah dah kalau dia nak sesuatu

3. Dia susah nak mengalah kalau dia nak capai sesuatu

Jangan risau, anak yang ada karakter introvert & ada sense of leadership yang tinggi memang kebanyakan agak Strong-Willed

Anak strong-willed ni perlukan 5R dari kita :

R1 - Respect their opinions
R2 - Reasoning kena lebih banyak daripada arahan semata
R3 - Remain consistent. Jangan banyak ubah ubah sangat rules
R4 - Redirect energy. Kena halakan kemahuan dia yang kuat tu pada sukan dll.
R5 - Recognize their strength. Jangan berhenti gali potensi dia

Best tak kalau saya share lebih banyak ilmu macam ni? Kalau best bagi 👍 sikit

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🤷 Risau dengan perangai anak remaja? 🤷

Ya, fasa remaja ni adalah fasa yang mencabar.

Anak remaja kita kena berhadapan dengan isu :

- Body image
- Peer pressure
- Academic pressure
- Identity formation
- Visual Stimulation

Dan macam macam lagi. Sebab tu mak ayah kena buat 1 benda ni walau apa pun terjadi pada anak remaja :

🙅 Elakkan communication breakdown 🙅

Walau apa pun terjadi jangan sampai :

🙅 tak bersembang dengan dia
🙅 tak bertegur sapa
🙅 buat hal masing-masing
🙅 anggap anak dah tak perlukan kita

Lepasni boleh ke cuba jadi kawan pada anak remaja masing-masing?

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🧐 Anak ROSAK ke bila kita bagi kasih sayang? 🧐

Anak TAKKAN rosak dengan banyaknya kasih sayang yang kita berikan pada dia

TAPI..🤔

Dia boleh rosak bila kita..

💥 Bagi semua yang dia nak lagi lagi bila dia TANTRUM

💥 Kita lebih pilih untuk penuhi hati dia dengan hadiah dan mainan padahal dia perlukan QUALITY TIME & PERHATIAN kita

💥 Kita hanya nak bersama dia bila dia behave semata sedangkan dia juga nak kita ada ketika dia bergelut dengan emosi yang lain

Belajar sesuatu yang mahal tak harini? 🫰

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥹 Solo Mother walau masih bersuami? 🥹

Ya, zaman sekarang ni sangat ramai ibu ibu yang seolah solo mother walau masih punya suami

🤬 Suami tak menafkahi
🤬 Suami lupa diri
🤬 Suami abaikan anak isteri

Dan paling teruk anak-anak kehilangan Father Figure dalam hidup mereka walaupun masih punya bapa. Kesannya :

😤 Anak jadi liar
😤 Anak hilang hormat
😤 Anak ada kemarahan terpendam

Kesian anak-anak kan? Wahai bapa. Kembali pada anak isterimu.

Kerana mereka adalah tanggungjawab dunia akhiratmu 🥲

p/s : Tolong ajar anak urus kemarahan dalam diri mereka dengan Buku Digital Ali & Sang Marah ini ya 👉 https://rahsiadidik.com/

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🤬 Anak tak boleh kawal emosi? 🤬

Di Barat sebenarnya generasi pemarah ni dah jadi kronik, kebanyakannya akibat :

😢 Tak ada father figure
😢 Tak ada moral compass
😢 Parenting kacau bilau
😢 Keluarga berpecah belah

dan banyak lagi penyebabnya.

Di Malaysia pun generasi pemarah ni dah mula tumbuh tapi tak ramai yang sedar lagi

Jadi tolong :

🌟 Tambah ilmu parenting
🌟 Ajar anak kawal emosi
🌟 Ajar anak kawal baran
🌟 Ajar anak ilmu agama yang baik

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥵 Anak kurang ajar? 🥵

Anak kadang jadi kurang ajar & tak ada common sense yang baik bila :

Dia tak melalui proses Ta'dib (ajarkan dia akhlak & adab)

Ada juga yang dah ajar anak adab & akhlak tapi lupa nak ajar satu benda PALING PENTING dalam ta'dib anak iaitu :

👉 Ajar anak beradab dengan Penciptanya iaitu Allah

Ajarlah anak kita untuk :

✅ Minta pada Allah
✅ Tak syirik pada Allah
✅ Berterima kasih pada Allah

Penting sangat ilmu ni. Nanti ajaklah pasangan join belajar sekali dengan bagi link untuk dia join Telegram kita dengan bagi link ni 👇

t.me/notaTaufiqRazif

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥺 Anak sulung suka marah adik-adik? 🥺

Ya, anak sulung ni memang Natural-Born leader

Iaitu dia ada sifat tegas dan sifat kepimpinan yang agak tinggi

Cuma kadang dia boleh jadi bengis & agresif bila dia rasa adik-adik dia :

- ancaman pada dia
- rampas kasih sayang ibu
- rampas perhatian ibu ayah


Sebab tu kena adil pada anak dari segi :

🌟 Pujian
🌟 Eye-contact
🌟 Belaian & peluk cium

Belajar sesuatu berharga tak? 🫰

p/s : Lupa nak bagitahu saya baru restock 1000 buku Rahsia Didik Anak Sulung. Memang restock je terus menderu kena borong. Cepat dapatkan di sini sebelum habis 👇

https://vt.tiktok.com/ZSjujQFbU/

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥺 Anak remaja macam tak puas hati? 🥺

Kadang dalam kita sibuk mendidik & mengasuh anak anak yang lain kita TERLUPA anak remaja kita pun nak juga rasa :

- diperhati
- disayangi
- diperlukan
- dicintai

Kadang kita dah korban macam-macam pun anak still tak boleh rasa dia disayangi sebab kita lupa nak zahirkan kasih sayang kita melalui perkataan (words of affirmations) contohnya :

❤️ "Ya, mama sayang sangat Along. Jangan sedih sedih lagi tau"

❤️ "Siapa cakap tak sayang. Awak tu special sangat dalam hati Mama"

Boleh ke buat gini harini pada anak remaja kita? Kalau boleh bagi ❤️ sikit

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🤲 Doa ibubapa sangat makbul pada anak anaknya sendiri 🤲

Ya Allah jadikan anak anak kami anak yang baik 🤲

Baik budi pekertinya
Baik hatinya
Baik jiwanya
Baik otaknya
Baik kesihatannya
Baik akademiknya
Baik perangai & sikapnya

Makbulkan doa kami Ya Allah 🤲

p/s : Boleh dapatkan ebook 20 Solusi Ubah Anak Jadi Baik yang ditulis oleh sahabat saya, Ustaz Firdaus Mokhtar

Dapatkan di sini : https://thesolusi.onpay.my/order/form/anakjadibaik/74

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥲 Spoiled child? 🥲

3 tanda Spoiled Child yang mak ayah kena hati-hati :

i. Jadi biadap bila tak dapat apa dia nak
ii. Rasa dia layak dapat semua dia nak
iii. Mudah dengki & iri hati dengan adik beradik yang lain

Ada 5 perkara yang boleh rosakkan anak hingga dia jadi Spoiled Child tanpa kita sedar :

1. Bagi semua dia minta
2. Tak pernah tolak langsung permintaan dia
3. Takut sangat bila anak sedih tak dapat apa dia nak
4. Tak ajar anak untuk berdepan dengan rejection
5. Tak ajar anak untuk bersyukur dengan apa yang dia ada

Anak yang tak mampu bersyukur ni mudah jadi anak yang spoiled, dengki dan iri hati dengan orang di sekelilingnya 😈

Didik anak untuk urus perasaan iri hati dengan ajar dia untuk bersyukur tau

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🫨 Penyakit anak yang tak ramai mak ayah tahu 🫨

Sakit pada fizikal anak ni kita boleh nampak, contohnya :

💥 kudis
💥 luka luka
💥 demam💥 dll

Tapi sakit pada kejiwaan anak ni tak ramai mak ayah ADA ILMU nya sebab sakit ini TAK KELIHATAN di mata kasar kita

contohnya :

🔥 panas baran
🔥 terlalu materialistik
🔥 depressed & anxious
🔥 dengki & dendam pada adik beradik sendiri
🔥 dll

Sebab tu lah saya nak mak ayah belajar juga ilmu untuk rawat penyakit yang tak kelihatan ni sebab impaknya lebih besar pada anak kita

Nanti slowly kita belajar lebih mendalam ok. Stay tuned tau 👌

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥴Anak asyik gaduh je?🥴

Ada anak-anak ni memang kadangkala sangat suka bersaing (competitive) 💢

Biasanya terjadi pada anak sulung dan kedua. Dan boleh jadi juga pada semua anak sebenarnya.

Sebab tu ada satu cara mak ayah kena buat untuk kurangkan persaingan & pergaduhan antara adik beradik (sibling rivalry)

👉 Neutralise negative assumptions

Ya, bantu anak kita untuk saling memahami & bersangka baik

Contohnya :

🙋‍♀️ " Abang long awak tu sayang je awak. Dia marah sebab dia nak protect awak sebenarnya"

🙋‍♂️ "Kak Cik tu sebenarnya sayang sangat kat angah. Dia ada bagitahu Ummi dia sayang angah cuma dia tak reti nak cakap"

p/s : Nampak kan apa nak buat lepasni? Kalau nampak dah apa nak buat klik icon '👍'

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥲 Anak suka jeles? 🥲

Saya baru sampai Malaysia ni. Jadi harini saya baru free sikit nak menulis

Bab anak jeles ni normal je tapi akan jadi tak ok bila dah jadi HASAD & IRI HATI

Apa itu Hasad & Iri Hati ni?

Tak boleh tengok orang lain dapat nikmat dan nak nikmat tu hilang daripada diri orang tu‼️

Ini yang bahaya. Sebab ianya buatkan hati anak kita jadi sakit dari dalam.

Lagi lagi kalau hasad & iri hati sesama adik beradik sendiri 😢

Sebab tu kita kena ajar anak kita :

🤗 Cara kenal sifat iri hati
🤗 Cara halau sifat iri hati

Belajar sesuatu?

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

Maaf tak dapat nak post sangat di sini beberapa hari ni sebab saya sekarang berada di Masjidil Haram.

Saya doakan semua mak mak yang ada di sini diberikan rezeki oleh Allah untuk ke sini dalam masa terdekat

Amiin 🤲

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥴 Anak Moody? 🥴

Jangan risau jika ada anak yang mudah berubah emosinya & selalu Moody

Boleh jadi dia sedang membentuk Emotional Intellect yang tinggi

Cuma anak yang Moody ni perlukan 5E ini dari kita :

E1 - Emphatize emosi yang dia rasakan contohnya :

"Mama faham awak tengah marah"

E2 - Encourage expression - Galakkan dia luahkan emosi dia melalui perbualan, lukisan dll

E3 - Establish Routine - kadang moody anak ni datang daripada rutin yang selalu berubah-ubah

E4 - Empower with Choices - kadang kena bagi mereka buat pilihan sendiri

E5 - Engage in Play - kadang kena banyak bergurau senda dengan mereka. Jangan terlalu serius ok? 😬

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😍 Nak jadikan keluarga lebih harmoni tak? 😍

Suami paling kena tahu ilmu ni sebenarnya.

Antara rahsia keluarga harmoni yang tak ramai praktikkan adalah :

👉 Family meeting

Faham kadang kita nak buat semuanya sendiri tapi dengan berbincang & bermusyawarah dengan pasangan ianya akan buatkan si dia rasa dirinya :

🥹 rasa dirinya berharga
🥹 rasa dirinya penting
🥹 rasa dirinya dihormati

Contoh Family Meeting yang saya maksudkan adalah :

🤝 Berbincang secara agak formal
🤝 "Sayang jom meeting kejap. Jom kita bincang pasal anak-anak jap"
🤝 Saling minta pandangan pasangan
🤝 Hargai pandangan & idea pasangan

Mahal tau ilmu ni sebab bermusyawarah ni adalah salah satu Sunnah Baginda Nabi SAW yang tak ramai perasan 🫰

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😅 Pening bila anak selalu BERGADUH? 😅

Anak selalu bergaduh ni sebenarnya menunjukkan mereka ada STRONG PERSONALITY yang cuba untuk hidup bersama

Cuma mereka ni perlukan PERHATIAN yang cukup je supaya dalaman mereka rasa CONTENTED (rasa cukup, damai dan tenang)

Itulah kenapa anak anak ni perlukan :

👉 Individul Attention

💥 Cari masa bersembang berdua
💥 Cari masa dating berdua
💥 Fokus satu persatu anak kita seolah olah ada waktu giliran

So dah tahu la kan nak buat apa lepasni? 🫰

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😒 Taknak anak yang tak reti bersyukur? 😒

Anak ni bila kita tak ajar dia untuk bersyukur dia akan mudah :

⛔ Merungut
⛔ Banding-bandingkan
⛔ Nak lebih lagi
⛔ Selalu rasa tak cukup
⛔ Tak pandai hargai penat lelah orang lain

Sebab tu lah saya sendiri jadikan rutin anak anak untuk sebut 3 perkataan ni :

i. "Terima kasih Allah"
ii. "Terima kasih Ummi"
iii. "Terima kasih Abi"


Dan saya pun akan selalu sebut perkataan terima kasih ni pada anak anak bila dia dah tolong saya buat sesuatu

Jom mulai harini jadikan perkataan ni sebagai Family Culture kita semua boleh? 😉👌

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😡 Ni 6 sumber KEMARAHAN TERPENDAM anak yang tak ramai tahu 😡

1. Pilih kasih (Favouritism)
2. Anak selalu dalam Survival Mode sebab selalu dimarahi
3. Tak diajar cara nak bertenang
4. Tak diajar cara betul untuk salurkan kemarahan
5. Banyak sangat hukuman (Authoritarian Parenting)
6. Takut/tak sampai hati nak tegur anak (Permissive Parenting)

Jangan risau.

Esok saya lancarkan buku digital Ali & Sang Marah pukul 9 pagi, terus beli dan bagi anak baca ya

p/s : Saya nak bagi hadiah RM60 pada 3 pembeli terpantas besok. Jadi standby siap siap pukul 9 pagi

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😰 Anak remaja TERTEKAN? 😰

Tak ramai mak ayah tahu ramai anak remaja sekarang mudah tertekan dalam diam

Kebanyakannya disebabkan oleh :

👉 Peer Pressure (tekanan dari rakan sebaya)

Peer pressure ni menyakitkan bagi anak remaja‼️

Kita takkan faham kesakitan tu sebab kita tak berada di zaman mereka.

Peer pressure anak remaja ni muncul bila..

😩 Tengok kawan bercuti
😩 Tengok kawan bergaya
😩 Tengok kawan ada hp baru
😩 Tengok kawan jadi terkenal
😩 Tengok kawan score exam

Dan bermacam lagi. Apa pun kena belajar Didik Anak Remaja ya mak ayah semua

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😩 Tak selamat dengan ayah? 😩

Salah satu penyebab Father Wound & rasa tak selamat dengan ayah sendiri adalah :

👉 Unpredictable Father ( roller coaster of emotions )

Contohnya :

🥵 Kadang penyayang tapi TIBA-TIBA je jadi bengis

🥵 Kadang lemah lembut tapi tiba-tiba je mencarut

🥵 Kadang baik hati tapi boleh tiba-tiba bertukar Abusive

Dan bermacam lagi turun naik emosi si ayah yang tak boleh dijangka oleh si anak 😭

Emosi yang tak konsisten dan berubah-ubah dalam masa yang singkat ni boleh buatkan anak trauma tau

Jadi tolong bagitahu si ayah ada masanya emosi kita boleh berubah tapi carilah cara untuk tetap konsisten menyayangi & mencintai anak tanpa syarat

Belajar sesuatu? 🫰

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥲 Anak asyik merajuk je dengan kita? 🥲

Memang kuat merajuk ni memang datang daripada personaliti dia sendiri yang agak sensitif

Tapi kadang tu perangai kuat merajuk ni datang bila dia rasa :

🫤 Tak disayangi
🫤 Tak diakui
🫤 Tak dilihat
🫤 Tak dicintai

Kadang dah buat macam macam tapi tak jadi apa juga mungkin sebab kita lupa nak zahirkan kasih sayang kita melalui :

- bagi kejutan
- bagi hadiah
- belikan dia cenderahati bila pergi bercuti
- dan apa sahaja yang membuatkan dia rasa kita ingat dia

Ya, memang ada anak macam ni lagi lagi bila Love Language dia adalah Receiving Gifts

Tapi janganlah melampau sangat layankan desires anak ya. Bersederhana itu paling utama ❤️

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😰 Anak sulung melawan bila disuruh? 😵

Apa nak buat?

❌ Makin suruh² dia
❌ Makin bengis depan dia
✅ Ubah SURUHAN menjadi PERTANYAAN

Contohnya kalau kita nak suruh anak sulung kita tu kemas bilik dia. Ni contoh pertanyaan kita boleh buat :

Along dah kemas bilik dah? Nanti takut ada tetamu nak datang
Along ok ke kalau kemas bilik harini? Mama nampak bilik Along bersepah sangat ni

Ni saya panggil sebagai Seni Memberi Arahan. Kita bagi arahan sebenarnya tapi anak tak rasa pun ianya arahan.

Dia rasa dihormati
Dia rasa disayangi


Itu yang paling penting 🥰

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🏃‍♂️Gali potensi anak? 🏃‍♂️

Rugi sebenarnya kalau mak ayah semua tak tahu potensi anak kita bukan terletak pada IQ semata

Ada banyak lagi potensi anak yang kita boleh gali sebenarnya

Yang ni mak ayah semua kena tahu :

IQ - Intelligence Quotient
EQ - Emotional Quotient
PQ - Physical Quotient
SQ - Spiritual Quotient

Yang merangkumi semuanya adalah SQ (Spiritual Quotient)

Contoh karakter & sifat anak dengan SQ yang tinggi :

🏃‍♂️ Kenal tujuan diciptakan
🏃‍♂️ Kenal potensi diri
🏃‍♂️ Tahu destinasi nak dituju
🏃‍♂️ Fokus selesaikan misi hidup
🏃‍♂️ Tak mudah mengalah

Tiada istilah anak yang bodoh. Yang ada hanyalah anak dengan kecerdasan yang berbeza

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…
Subscribe to a channel