notataufiqrazif | Unsorted

Telegram-канал notataufiqrazif - Nota Parenting Taufiq Razif

191222

Nota Eksklusif Tentang Parenting dan Kekeluargaan

Subscribe to a channel

Nota Parenting Taufiq Razif

Eh saya terlupa‼️

Mungkin ada mak ayah tertanya-tanya macam mana nak buat Deep eye-contact dengan anak

Caranya macam ni :

1. Tenangkan diri dulu
2. Letak handphone dan segala benda yang mengganggu
3. Hadirkan kasih sayang dalam hati walau apa pun perangai anak (unconditional love) 🫰
4. Pandang ke anak mata anak
5. Tengok apa warna anak mata anak kita dan rasakan cinta dan kasih sayang mereka
6. Cuba dengar apa anak kita cakap sambil tatap matanya 🥹

Ok dah tahu ni terus buat ya. Boleh?

Kalau boleh bagi ❤️ sikit


#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😩 Anak asyik sakit-sakit tanpa sebab? 😩

Kadang kita kena periksa satu perkara ini juga iaitu :

👉 Parental Stress

Ya, ibubapa yang dalam tekanan yang besar boleh efek kesihatan anak anak juga

Lagi-lagi jika ianya dilampiaskan & disalurkan pada anak anak

Mungkin dah sampai masa mak ayah semua fokus 3S ini :

i. Spirituality
ii. Self-care
iii. Social-support

Belajar sesuatu yang penting?

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🧐 Nak anak SEMANGAT belajar? 🧐

Ilmu ni tak ramai tahu.

Untunglah keluarga besar Telegram kita di sini 🤭

Okay, untuk anak jadi semangat belajar, kita kena naikkan INTRINSIC MOTIVATION anak‼️

Anak kuat Intrinsic Motivation ni akan semangat belajar tanpa perlu disuruh-suruh 🫰

Salah satu cara terbaik untuk naikkan intrinsic motivation anak adalah :

👉 Buat bedtime story atau bersembang dengan anak tentang tokoh, saintis, innovators & public figure hebat sepanjang zaman. Contohnya :

Medical : Ibnu Sina
Matematik : Al-Khawarizmi
Fizik : Al-Haitam
Geografi : Abu Al-Rayhan

Dan boleh juga cerita tentang tokoh-tokoh & saintis moden sekarang. Cubalah cerita pada anak nanti 🫰

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

Penting‼️

🧐 3 Tanda kita kena kurangkan Screentime anak kita 🧐

Perhatikan anak kita ada tak 3M ni :

M1 - Makin kurang fokus
M2 - Makin lewat tidur
M3- Makin mudah meragam

Kalau ada 3M ni terus kena cari jalan untuk kurangkan screentime tak kisahlah TV, laptop atau handphone

Boleh ke tak ni? Kalau boleh bagi ❤️ sikit

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🤐 Anak remaja makin pendiam? 🤐

Kadang bila anak remaja makin pendiam dan makin jauh hati ni kita tak perlu pun tarik perhatian mereka dengan :

❌ bebel
❌ cari salah diorang
❌ suruh itu ini

Ada satu benda yang kita boleh buat dengan anak remaja kita ni iaitu :

👉 Togetherness

Contohnya :

💞 Makan BERSAMA
💞 Lepak BERSAMA
💞 Main game BERSAMA
💞 Makan angin BERSAMA
💞 Keluar BERSAMA

It's okay kalau anak remaja agak sukar nak bercakap asalkan kehangatan kasih sayang kita tu dia rasai melalui aktiviti bersama ( togetherness)

Itu yang akan jadi core & significant memories pada anak remaja kita 🫰

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

❤️‍🔥 Terbakar hati dengan kenakalan anakmu? ❤️‍🔥

Wahai ibu, tegurlah anakmu, marahlah jika perlu..

Tetapi jangan sampai ia merosakkan ikatan hati (attachment) antara dia dan kamu ❤️

Walau semarah mana pun si ibu pada anaknya jangan sampai anak :

🥴 rasa jauh hati
🥴 rasa dibenci
🥴 rasa tak dipeduli

Anak perlukan kehangatan cinta dan kasih sayangmu wahai ibu.

Ketatkanlah kembali bonding yang makin longgar, rawatlah kembali tautan hati yang makin pudar

Semuanya masih belum terlambat ❤️

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🤬 Janganlah lepaskan semua emosimu 🤬

Wahai ibu, wahai bapa

Ada ketikanya kita kena belajar Ilmu Ketap Bibir

Tak semua perlu kita ucapkan pada anak kita

Tanpa kita sedar ucapan kita boleh jadi :

🥶 Self image anak kita
🥶 Bentuk peribadi anak kita
🥶 Menjadi doa yang diangkat ke langit

Faham, kadang kita geram. Kadang kita marah.

Tapi belajarlah untuk hanya melepaskan yang baik baik sahaja untuk anak. Contohnya :

"Ishhh bertuah betul anak aku ni!"

"Geramnya! Mak doakan kau jadi anak soleh!"

Belajar sesuatu? 🫰

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😎 Apa tanggungjawab bapa yang tak ramai tahu? 😎

Tak ramai yang tahu antara tanggungjawab seorang bapa yang merupakan ketua keluarga adalah :

👉 Pastikan setiap anak itu BELAJAR & KUASAI ilmu Fardhu 'Ain

Kalau tak mampu ajar sendiri?

📚 Hantar ke sekolah
📚 Upah guru agama
📚 Bantu anak skor KAFA
📚 Bawa ke masjid untuk belajar melalui kuliah agama

Dah tahu ni terus bagitahu suami masing masing tau

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😮‍💨 Anak jadi membatu & diam sangat bila dimarah? 😮‍💨

Anak jadi membatu dan diam seribu bahasa bila dimarah :

👉 Bila kita selalu aktifkan Frozen State anak kita

Contohnya macam mana?

🗣️ Kita selalu jerkah dia
🗣️ Kita selalu takutkan dia
🗣️ Kita suka prank dia
🗣️ Kita marah melampau bila anak tunjuk emosi dia contohnya kita makin tengking bila anak menangis

Jadi hati-hati ya. Jangan selalu sangat buat semua ni. Kita takut Frozen State anak jadi parut dan susah nak dihilangkan

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🙋 Ada anak darjah 1-5? 🙋

Mak ayah yang ada anak darjah 1 hingga 5 kena tonton video ni kejap. Lagi-lagi nak nak exam UPKK/KAFA tu

Dan dapatkan bahan rujukan untuk anak masing-masing di sini ya 👇

https://pesanabi.onpay.my/order/form/videosilibuskafa/88

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🤕 Anak-anak kita dalam Survival Mode? 🤕

Kadang kita tak sedar anak kita berada dalam Survival Mode selama ni.

🫨 Mudah triggered
😡 Selalu marah adik²
☹️ Selalu sedih & moody
😶‍🌫️ Dia tak jadi diri sendiri
🥳 Jadi people-pleaser
😶 Banyak pendam & pendiam
dan banyak lagi

Lagi kita tak sedar yang anak jadi begitu kebanyakannya disebabkan oleh kita sendiri juga sedang berada dalam Survival Mode 🚨🚨🚨

Ya Allah jadikan kami ibubapa yang pandai kawal emosi kami dalam mendidik anak anak 🤲

Jadikan juga anak anak kami anak yang pandai mengawal emosi marahnya Ya Allah 🤲

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🤾 Nak otak anak berkembang lebih baik bila bersama kita? 🤾

Mak mak kena tahu

Otak anak kecil ni sensitif dengan 2 benda :

1. Suasana hati
2. Suasana rumah

Sebab tu mak mak kena sediakan buat anak anak :

👉 Low-conflict Home

Rumah yang low-conflict adalah rumah yang :

🏡 Harmoni
🏡 Tenang
🏡 Kurang jerit-jerit
🏡 Kurang tengkingan
🏡 Kurang pergaduhan
🏡 Kurang marah-marah

Faham tak mudah bila suasana tegang dah jadi 'family culture' tapi insyaAllah semuanya boleh diubah sedikit demi sedikit asalkan terus belajar dan praktikkan🫰

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😤 Anak lelaki baran? 😤

Anak lelaki ni tinggi hormon testosterone

Kalau tak dididik dengan baik, sifat marah yang biasa boleh bertukar menjadi BARAN & AGRESIF

Sebab tu dari awal usia lagi kena didik anak kita :

🔥 Cara bertenang
🔥 Cara kenal tanda² marah nak datang
🔥 Cara nak regulate emosi marah

Saya ada tulis buku cerita digital bertajuk Ali & Sang Marah untuk anak kita.

Jadi tinggal nak bagi anak kita baca je cerita tu supaya anak dapat semua ilmu yang saya sebut di atas.

Cuba bagi ❤️ sikit kalau rasa nak bagi anak baca buku cerita digital tu

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😤 Susahnya nak ubah anak? 😤

Tak ramai mak ayah tahu ada 1 tool yang paling hebat untuk :

i. Didik anak
ii. Ubah anak

Apakah tool itu? 🤔

Tool itu adalah Storytelling! Yup, bercerita!

Nak anak jadi lebih bersabar? Kena bercerita‼️

Nak anak jadi kurang marah-marah? Kena bercerita‼️

Anak yang dididik dengan cerita ni :

🏃 Senang ingat & faham
🏃 Senang masuk ke hatinya
🏃 Senang berubah

Jadi jom didik anak kita dengan banyakkan bercerita pada dia lagi lagi bedtime stories. Boleh?

Kalau boleh bagi ❤️ sikit


#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😎 Anak lelaki perlu ayahnya tak? 😎

Anak lelaki perlu sangat RASA 5 hal ini tentang ayahnya :

✊ RASA dilindungi
✊ RASA disayangi
✊ RASA diperhati
✊ RASA berfungsi
✊ RASA disanjungi

Anak lelaki lain sikit dengan anak perempuan.

Anak lelaki memang kadang boleh kita keras & tegas sikit berbanding anak perempuan

Nanti kita belajar bab anak perempuan pula okay? 🫰

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🧐 Anak tak puas? 🧐

Kadang kita dah bagi macam-macam tapi anak masih buat macam macam perangai

Seolah-olah dia TAK PUAS‼️

Kita pun jadi bengang dengan si anak 😡

Rupanya kita lupa buat 1 perkara ni, iaitu :

👉 Deep eye-contact

Ya, kadang dengan deep eye-contact je mampu puaskan kehausan & kelaparan anak pada perhatian & kasih sayang kita ❤️

Ajar la ilmu ni pada pasangan kita sekali

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😩Taknak anak memberontak?😩

Memang akan ada fasa dalam hidup anak remaja ni dia akan bersikap sedikit rebellious

Sebab tu lah bila anak dah masuk fasa remaja ni kita kena :

👉 Bagi sedikit Autonomy pada anak kita

Antaranya :

❌ Jangan terlalu Perfectionist
❌ Jangan terlalu kongkong dia
❌ Jangan ugut-ugut dia dah
✅ Cuba dengar suara hati dia
✅ Ajar dia buat keputusan sendiri
✅ Guide anak remaja buat keputusan hidup dia

Jangan lepaskan 100% juga sebab kita masih bertanggungjawab didik anak kita sampai bila-bila cuma bersederhanalah dalam mendidik mereka 😊👌

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

Merisaukan‼️

Mak mak semua kena perhati anak ada tak 3 tanda REDFLAG ni bila anak main handphone :

🚩 Main hp dalam bilik
🚩 Letak password
🚩 Chatting keterlaluan

Bila ada je 3 🚩 ni terus limitkan atau tarik terus kemudahan smartphone pada anak

Zaman sekarang exposure anak anak kecil pada benda yang merosakkan diri dia sangat tinggi

Memang di luar jangkaan kita yang generasi lama ni 😩

Jadi boleh tak kita janji pada diri untuk terus protect & guide anak kita untuk dia lepasi ujian akhir zaman ini? 🙋

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥺 Anak remaja macam degil? 🥺

Semalam ada sorang bapa ni suruh saya nasihat anak remaja lelakinya

Saya bagitahu umur remaja macam tu kadang :

❌ Tak jalan dah kalau bebel pun

🫰 Umur remaja begitu, anak remaja lelaki perlukan INSPIRASI dari orang sekelilingnya

Siapa?

❤️‍🔥 Kawan setaman
❤️‍🔥 Jiran
❤️‍🔥 Pakciknya
❤️‍🔥 Kawan ayahnya
❤️‍🔥 Lelaki di sekelilingnya

Jadi apa nak buat?

Tugas kita lah cari kejiranan & circle yang baik untuk anak kita membesar

Belajar sesuatu kan?

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

💥Anak lelaki makin remaja?💥

Akan ada fasa hidup anak lelaki kita yang mana dia akan mula mencari-mencari Role & Identity dia dalam hidup

Itulah kenapa kena ajarkan anak lelaki kita :

👉 Ilmu tentang Jati Diri (self-identity)

Anak kita kena tahu 4 perkara ni :

✔️ Siapa diri dia
✔️ Apa misi & visi hidup dia
✔️ Apa peranan (role) dia dalam keluarga
✔️ Apa tanggungjawab dia

Bila dia tak kenal diri & tahu tanggungjawab diri maka di situ bermulanya kerosakan anak lelaki

Anak lelaki ni memang fitrahnya ada naluri untuk melindungi & bertanggungjawab dengan orang di bawah jagaannya
#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😔 Maniskan wajahmu wahai ibu 😔

Kadang tekanan membuat mimik wajahmu masam mencuka dan bengis pada anak-anakmu

Ketahuilah wahai ibu..mimik wajahmu itu merupakan :

🌿 Sumber ketenangan anakmu
🌿 Sumber kebahagiaan anak, pasangan dan seluruh keluargamu

Kadang ada emosi negatif di dalam diri anak-anakmu

Mencair & leburlah segala emosi negatif itu tatkala melihat senyum dan tawamu ❤️

Sungguh anak-anakmu perlukan wajah manismu lebih dari yang engkau tahu 🫰

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥹 Jangan terlalu sorok deritamu wahai ibu 🥹

Kadang anak kita perlu lihat betapa kita "struggle" membesarkan mereka

Dari situ anak kita akan belajar tentang :

🤾 Grit - kemampuan untuk bangkit walaupun jatuh beratus kali

🤾 Real word preparation - latih anak untuk berdepan dengan dunia yang sebenar

Perjalanan dalam parenting ni panjang dan sunyi‼️

Kadang kita perlu juga anak-anak kita memahami & empati pada kita untuk kita teruskan perjalanan kita ini 🫰

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥵 Anak mudah marah bila kita marah? 🥵

Anak akan jadi mudah marah bila :

👉 Kita tak buat mutual agreement dengan anak kita

Contoh mutual agreement dengan anak 👇

🚥 Anak tahu rules dalam rumah
🚥 Kita bagi penjelasan dahulu
🚥 Anak setuju dan dimaklumkan dulu dengan denda & hukuman yang bakal diterima jika langgar rules tersebut

Yang penting adalah kefahaman & persetujuan bersama, barulah anak anak tenang & faham bila didisiplinkan 🥰

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😘 7 Tanda anak mula pandai kawal emosi marah dia 😘

Ni 7 tanda anak dah mula pandai emosi marah dia :

1. Dah tak pukul² dah
2. Dah kurang jerit² tinggi suara
3. Dengan tenang dia bagitahu yang dia sedang marah
4. Dia boleh rasa kawan² makin suka berkawan dengan dia
5. Dia tahu cara nak salurkan emosi marah dia
6. Dia dah kurang bergaduh dengan adik beradik
7. Suasana rumah jadi makin harmoni

Ini semua perubahan yang insyaAllah kita boleh lihat berlaku pada anak kita bila dia belajar cara untuk jinakkan emosi marah dia daripada buku digital Ali & Sang Marah.

Yang berminat nak anak baca buku digital Ali & Sang Marah tu bagi ❤️ sikit boleh? 🥰

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😰 Apa jadi bila kita selalu marah² anak? 😰

Nak tahu tak apa akan jadi pada anak bila kita marah² anak selalu dan tak cuba ubah perangai suka marah² kita tu?

Boleh jadi anak kita akan alami 4 jenis keadaan ini (4F trauma responses)

1. Fight
2. Flight
3. Freeze
4. Fawn


Panjang kalau saya nak hurai satu persatu ni. Cuma konklusinya anak boleh jadi terlampau pada 4P ini :

pendiam
penakut
people-pleaser
pemarah

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😮‍💨 Anak mudah melenting? 😮‍💨

Anak akan jadi mudah melenting & mudah marah-marah bila :

👉 Bila kita selalu aktifkan Fight State anak kita

Contohnya macam mana?

🗣️ Kita selalu sakat dia
🗣️ Kita selalu peranjatkan dia
🗣️ Kita suka tengok dia menangis
🗣️ Kita rasa comel bila berjaya buat dia marah

Jadi hati-hati ya. Jangan selalu sangat sakat anak. Kita takut Fight State anak jadi terlampau aktif dan susah nak diredam

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😡 Anak jerit bila bergaduh dengan adik-beradik? 😡

Kadang anak jadi terjerit & terpekik bila bergaduh bila dia :

❌ Tak tahu tanda² dia sedang marah
❌ Tak tahu cara nak regulate emosi dalam diri

Sebab tu kalau boleh ajar anak kita :

🌿 Kenal tanda² emosi marah tu nak datang
🌿 Buat deep breathing
🌿 Tahu reward bila dia berjaya tahan emosi marah
🌿 Jadikan berjaya tahan marah sebagai suatu achievement pada diri anak

Susah nak ajar semua ni satu persatu pada anak.

Sebab tu semua ni saya dah compile dan masukkan dalam buku digital
Ali & Sang Marah 📚

Nanti bagi je anak baca. insyaAllah dalam masa sehari je anak dah faham 🫰

#comingSoon
#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😍 Nak ubah perangai anak? 😍

Antara cara termudah & berkesan untuk ubah perangai buruk anak adalah :

👉 Bacakan pada anak kita Bedtime Story

📚 Malapkan lampu
📚 Anak bersiap untuk tidur
📚 Suhu bilik kena selesa
📚 Pilih cerita yang ada pengajaran & mesej untuk tanam perangai dan sikap baik pada anak kita

p/s : Isteri saya biasanya bacakan kisah Sirah Sahabat & Kisah Para Nabi pada anak anak sebelum tidur. Memang banyak sungguh kesan pada anak anak. Cubalah sendiri 😉

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🤔 Anak perempuan perlu ayahnya tak? 🤔

Anak perempuan pula perlu sangat RASA 6 hal ini daripada ayahnya :

💗 Rasa difahami
💗 Rasa didengari
💗 Rasa dicintai
💗 Rasa dilindungi
💗 Rasa diakui
💗 Rasa dibimbing

Anak perempuan ni banyak bermain dengan emosi & kasih sayang

Boleh tegas tetapi perlu dibuat dengan sangat berhikmah 🫰

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥲 Anak hilang Father Figure? 🥲

Kadang orang ingat bila bercerai hidup ni maka hilanglah Father Figure seorang anak

Salah tu‼️

Ex-husband masih boleh jadi Father Figure pada anaknya

Yang sedihnya bila 'cerai mati' bila kematian pasangan 🥲

Tapi jangan risau, ini 5 orang yang boleh jadi Father Figure buat anak anak :

1. Pakcik-pakciknya
2. Atuknya
3. Bapa tiri
4. Gurunya
5. Kaum kerabatnya

Nabi Muhammad SAW juga mengalami kematian ibu & ayah dan menjadi yatim piatu di awal usia 😭

Atuk & pakciknya lah yang menjadi Father Figure baginda.

Jadi jangan sedih sedih ya ibu ibu yang kematian pasangan. insyaAllah semuanya akan baik baik sahaja ❤️

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…
Subscribe to a channel