notataufiqrazif | Unsorted

Telegram-канал notataufiqrazif - Nota Parenting Taufiq Razif

191222

Nota Eksklusif Tentang Parenting dan Kekeluargaan

Subscribe to a channel

Nota Parenting Taufiq Razif

🤬Anak makin biadap?🤬

Banyak dah kes anak jadi biadap & tak dapat kawal emosi sebab dia..

👉 Dia kehilangan Father Figure dalam hidup dia

Father figure ni kadang wujud tapi tak berfungsi bila :

❌ Tak bimbing anak
❌ Terlampau sibuk
❌ Tak tegur anak
❌ Tak bersembang
❌ Terlampau bengis
❌ Terlalu lepas tangan pada si ibu

Kepada para ayah & bapa semua, ketahuilah..anakmu perlukan dirimu

Lebih daripada yang kau tahu 🫰

Nota kaki : Forward pada pasangan masing-masing ya

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🤬 Anak taknak dengar CAKAP? 🤬

Kadang mak mak ni jadi geram sebab dah berpuluh kali CAKAP tapi anak tak gerak-gerak

Bila dah cakap banyak kali, ibu yang penyayang pun kadang jadi naik hantu 🧟

Bila dah jadi hijau kita juga yang sedih nanti kan? Menyesal pula marah marah anak 😢

Cuba sesekali tukar cara CAKAP kita kepada ayat MINTA

Cuba kurangkan guna ayat PERINTAH

Contoh :

PERINTAH : "Along, cepat pergi mandi sana!" Tengok dah pukul berapa ni

MINTA : "Along, tolong mandi boleh? Mama nak cepat ni

Banyak lagi mak mak boleh belajar ilmu BERCAKAP dengan anak ni dalam buku CAKAP yang ditulis oleh Puan Zuraida Shahime

Boleh dapatkan di sini. Cepat sebelum naik harga👇

https://whitecoat.onpay.my/order/form/CKP01/152

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🤩 Ajar anak DEGIL kita jadi PEMIMPIN? 🤩

Setiap anak ada kualiti & potensi terpendam yang tersendiri

Anak degil ni kadangkala bukan degil sebab nak melawan tapi 'degil' sebab :

👊 Ada cara fikir berbeza
👊 Ada kemahuan yg kuat
👊 Ada semangat yang tinggi

Kita boleh tengok yang biasa jadi pemimpin tak kisahlah pemimpin organisasi ke, tempat kerja ke atau pemimpin pada rakyat biasanya dia ada sifat DEGIL

Nanti lepasni kita belajar cara nak asah leadership pada anak 'degil'

on? Kalau on bagi ❤️ sikit

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🙋 Nak anak yang cerdas tak? 🙋

Rugi yang tak baca ilmu saya kongsi harini

Antara rahsia nak anak cerdas ni adalah :

👉 Selalu buat MENTAL STIMULATION pada anak anak

Ni 5 rutin yang kita boleh buat sebagai Mental Stimulation untuk anak kita :

1️⃣ Bedtime story dengan anak sambil bertanya soalan

2️⃣ Selalu main teka-teki dengan anak

3️⃣ Belikan boardgame untuk anak main dengan adik beradiknya

4️⃣ Tampal poster fakta menarik & kisah sirah di bilik tidur anak-anak

5️⃣ Selalu buat eksperimen & DIY dengan anak. Boleh tonton video Youtube "Berani Buat" dengan anak untuk suburkan minat anak

Dan banyak lagi sebenarnya. Cukup praktikkan 5 ni dulu ye ✋

Dan jangan terkejut anak kita jadi luarbiasa cerdas bila kita selalu amalkan Mental Stimulation ini pada diorang

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😩 Serabutnya jiwa 😩

Kadang keserabutan dalam diri kita boleh juga muncul daripada :

🚩 Physical space yang serabut & bersepah

Physical space ni termasuklah :

⏩ Bilik tidur
⏩ Tempat solat
⏩ Dapur
⏩ Ruang tamu
⏩ Bilik air

Apa yang DI LUAR boleh bagi kesan pada apa yang DI DALAM

Okay je kalau kadang kala rumah bersepah sebab tak larat nak kemas tetapi janganlah dijadikan habit. Boleh ibu ayah semua? 😉

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😩 Anak baran? 😣

Salah satu tanda anak yang TAK BAHAGIA adalah dia mudah melenting & susah kawal emosi bila dengan adik-beradiknya

5 tanda anak kita ada masalah BARAN :

1. Tangannya cepat memukul
2. Tak boleh diajak bergurau
3. Sangat mudah melenting
4. Selalu terjerit-jerit
5. Selalu bergaduh dengan adik-beradiknya

Anak yang TAK BAHAGIA ni 'reptilian brain' dia lebih aktif. Itulah kenapa dia susah kawal emosi & jadi baran walau dengan adik beradik sendiri 😢

Bahagiakanlah anak kita kita kerana itu kekuatan mereka untuk bahagiakan adik-beradiknya pula

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🤷 Tak tahu nak bagi anak ada Self-confidence yang tinggi? 🤷

Ramai orang amalkan Self-Affirmation untuk bagi tinggi Self-confidence contoh:

😰 I'm strong
😰 I'm great
😰 I'm the best


Saya tak berapa gemar sangat Self-Affirmation ni

Saya lagi suka kita bina Competence pada anak kita

"Competence breeds Confidence"

Untuk naikkan Competence anak buat 2 perkara ni :

i. Bagi dia masuk banyak pertandingan
ii. Ajar dia banyak kemahiran

Jangan pelik tiba-tiba anak kita jadi lebih Confident lepas buat 2 benda ni 💪

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🤷 Anak asyik moody & bermasam muka? 🤷

Ada satu teknik yang kita boleh buat untuk stabilkan mood & emosi anak sepanjang hari iaitu :

👉 Morning Hugs

✅ Peluk anak waktu dia bangun pagi
✅ Peluk anak sebelum dia berangkat ke sekolah

Pelukan yang penuh dengan "Oxytocin effect" ini akan bagi anak kita rasa kelegaan & rasa selamat sepanjang hari

Dah tahu terus apply pada anak kita ya ❤️

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥵 Anak remaja MUDAH ROSAK? 🥵

Anak remaja mudah rosak bila kita tak nasihat dia jauhi 6 kerosakan & maksiat TERSEMBUNYI ini :

1. Main game penuh karakter seksi

2. Bertepuk bertampar dengan lawan jenis

3. Berkapel & bermesra di alam chatting

4. Beri gambar seksi dan tak tutup aurat pada lawan jenis

5. Chatting & berwhatsapp yang menaikkan syahwat (sexting)

6. Bergurau double-meaning & lucah dengan kawan

Saya faham sangat susah nak sampaikan nasihat gini pada anak kan? Segan pun ada 😅

Sebab tu saya nak minta mak ayah semua daftarkan anak ke seminar online Anak Hebat Jauhi Maksiat oleh penceramah seksualiti terkenal, Tuan Akhi Fairuz.

Biar beliau yang sampaikan pada anak anak kita

Daftar di sini 👇
https://akhifairuz.onpay.my/order/form/botp-cs2024/67

Daftar segera ya sebelum ditutup. Dah daftar bagi ❤️ tau

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

Eh dah weekend‼️

Ni lah masa terbaik nak baiki balik bonding kita dengan anak selepas seminggu kita kesibukan

Ni 7 idea kita boleh buat untuk baiki bonding dengan anak :

1. Spend masa 15 minit untuk fokus 💯 % pada setiap anak

2. Ajak anak tolong kita masak sama sama

3. Ajak anak shopping bersama harini

4. Naik skuter letrik sambil pusing taman dengan anak

5. Cuci kereta dengan anak sama sama harini

6. Buat DIY project atau eksperimen dengan anak harini

7. Bacakan buku pada anak sambil suruh anak lakonkan apa yang kita baca

Yang penting ambil masa untuk bergelak ketawa & senyum gembira bersama anak harini.

On ke tak on ni? Kalau ON bagi ❤️ sikit

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

Eh! Ada kelas online yang best lah untuk mak mak semua. Kat bawah ni infonya 👇

"Ibu ayah selalu tak keletihan sebab anak-anak sukar nak dengar cakap? Nak tahu apa sebenarnya tips untuk mereka mudah mendengar kata?"

"Rupanya, ramai daripada kita pernah alami situasi ini. Arahan diberi, tetapi anak-anak buat-buat tak dengar. Keletihan semakin hari semakin bertambah, dan kesabaran semakin menipis."

Dengan Borak-borak Iman, ibu ayah boleh membina komunikasi yang betul & seronok dengan anak-anak hanya dalam 15 minit sehari. InshaAllah.

📍Kelas bersiri ini menggabungkan kajian al-Quran oleh pengkaji yang berkredibiliti serta panduan kekeluargaan daripada pakar yang dipercayai. InshaAllah.

🙏🏼Jangan tunggu lagi! Dapatkan harga early bird sekarang!

Oh, satu lagi. Ingat tau, gabungan panel-panel hebat ini hanya untuk kali ini sahaja. Menyesal nanti jika abaikan peluang ini.

📍Klik sekarang untuk sertai!

https://program.akademisinergi.com/order/form/bbicmfaq/daftarsini

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🙋 Nak keluarga kita tenang & bahagia? 🙋

Pastikan suasana rumah kita ada 3K ini :

K1. Kurangkan arahan
K2. Kurangkan kemarahan
K3. Kurangkan berdebat & bersengketa sesama ahli keluarga

Ya, anak-anak kita ni sejak dari awal lagi kena ajar dia untuk urus sengketa & kemarahan.

Jangan biarkan emosi marah tu tu terbiar tanpa diajar untuk diuruskan 🔥

insyaAllah rumah yang penuh tenang ni tempat terbaik untuk anak kita membesar 🌿

Kita nak anak kita membesar dalam suasana harmoni, tenang dan tak "activate survival mode" anak kita

Belajar sesuatu? ❤️

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🙋 Anak bongsu dah 7 tahun? 🙋

Ada satu perkara penting mak ayah semua kena buat iaitu :

👉 Kurangkan "Infantilize" anak bongsu kita

Contoh Infantilize anak bongsu yang sudah Mumayyiz & pandai urus diri :

❌ Butangkan baju dia
❌ Makan bersuap lagi
❌ Dukung dia ke mana²
❌ Mandikan dia A to Z
❌ Anggap dia baby lagi

Ya umur 7 tahun ke bawah kita kena banyak bagi "act of service" pada dia tapi bukannya bermaksud kita buat segalanya bagi pihak anak kita 👌

Ada masanya kita perlu ajar dia buat sendiri kerana di situlah nanti dia akan kembangkan kemahiran berdikari

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🙋 Anak dah mula masuk umur 7 tahun? 🙋

7 tahun adalah umur yang sangat istimewa

Umur 7 tahun adalah umur kebanyakan anak masuk ke fasa Mumayyiz :

✅ Telah berakal
✅ Mula berfikir logik
✅ Mula pandai bezakan baik buruk

Di masa umur 7 tahun ni lah anak dah wajib diajak untuk solat & puasa

Umur ni juga umur paling sesuai nak ajarkan dia untuk kawal emosi marahnya 💥

Siapa sini nak ajar anak cara untuk urus diri, ibadah & emosinya? Kalau nak, bagi lah ❤️ sikit

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😰 Apa jadi bila kita selalu marah² anak? 😰

Nak tahu tak apa akan jadi pada anak bila kita marah² anak selalu dan tak cuba ubah perangai suka marah² kita tu?

Boleh jadi anak kita akan alami 4 jenis keadaan ini (4F trauma responses)

1. Fight - anak PEMARAH
2. Flight - anak AVOIDANT
3. Freeze - anak PENDAM
4. Fawn
- anak PLEASER

Tapi jangan stress sangat ibu ibu. Memang ambil masa nak ubah diri ni lagi lagi kalau benda tu hasil daripada upbringing & childhood kita

Just enjoy the process okay 🤗

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🙅 Rasa bersalah pada anak? 🙅

Kalau nak perkembangan otak & minda anak hebat kena buang 3 jenis RASA BERSALAH ini :

1. RASA BERSALAH kalau anak bosan hingga kita..

⛔ sogok anak dengan TV
⛔ bagi anak main hp je
⛔ bagi anak tengok tiktok & youtube short

2. RASA BERSALAH tak bagi semua yang anak nak hingga kita..

⛔ Bagi semua dia nak
⛔ Tunduk pada anak
⛔ Jadi permissive parents

3. RASA BERSALAH bila tak protect anak setiap masa hingga kita..

⛔ Kurung anak dalam rumah
⛔ Tak bagi dia melasak
⛔ Nak dia depan mata kita je 24 jam sehari semalam

Dah tahu ni terus kurangkan rasa bersalah tu ya. Boleh tak ni mak mak semua?

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🏋️ Boleh ke asah leadership pada anak degil? 🏋️

Sebelum ni saya dah bagitahu kan anak yang "degil" ni ada potensi yang tersendiri sebenarnya

Ada 5 cara mudah untuk asah leadership pada anak degil :

1. Bagi dia project
2. Bagi dia ruang & peluang
3. Yakin dia boleh 💪
4. Ajar dia untuk bekerjasama dalam kumpulan
5. Bagi dia authority sikit untuk organize sesuatu contohnya event camping keluarga ke

Nampak dah kan apa nak buat?

Sebab tu kita kena belajar pandang potensi anak melebihi kita pandang kelemahan mereka 😊



#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😡 Anak asyik merenggus marah? 😡

Bila anak asyik marah-marah, mungkin dah sampai masanya untuk mak ayah semua :

👉 Kurangkan gaya parenting Authoritarian

Contoh Authoritarian :

😤 Banyak sangat arahan
😤 Banyak sangat rules
😤 Banyak sangat NO
😤 Banyak sangat suruhan

Kadang anak kita perlukan sedikit kebebasan & tempat untuk mengadu masalah tanpa dibentak dan dimarah marah 🥰

Belajar sesuatu tak? 👋

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥵 Lesunya! 🥵

Kadang kelesuan dalam diri kita boleh juga muncul daripada :

👉 Diri kita yang tak tahu apa PURPOSE sebenar kita buat kerja rumah & urus anak

Bila tak tahu Purpose, kita akan mudah rasa :

🥵 annoyed
🥵 tak dihargai
🥵 sia-sia je semuanya

Carilah purpose yang betul insyaAllah perlahan-lahan kita akan enjoy dengan rutin seharian hidup kita ❤️

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥵 Anak tak disiplin? 🥵

Anak memang akan susah nak disiplin & kacau bilau rutin hidupnya :

👉 Bila tak ada HOUSE RULES dalam rumah

🙅 Jangan biarkan rumah tak ada peraturan langsung 🙅

Apa element nak kena ada dalam House Rules?

R - respect
R - responsibility
S - Safety


Saya bagi contoh Respect :

💥 ketuk pintu sebelum masuk

Contoh untuk responsibility :

💥 Cuci pinggan sendiri setiap kali lepas makan

Contoh untuk safety :

💥 Jangan bergurau ketika sedang handle air panas

Dah nampak kan betapa pentingnya House Rules ni untuk keluarga kan? 👌

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🙋 Ramai nak BAIKI BONDING dengan anak kan? 🙋

Kalau serius nak baiki bonding dengan anak mulai hari ni :

👉 Kena belajar untuk buat Reflective Listening bila bersembang dengan anak

Mudah je caranya :

👂Dengar dengan fokus
👂 Jangan banyak menyampuk bila anak bercakap
👂Ulang balik perkataan yang anak guna ketika meluah/bersembang

Contoh :

Anak : Saya sedih ni Mama
Mama : Adik sedih ya? cuba cerita kat Mama apa yang terjadi

Nampak tak si ibu ni ulang balik perkataan SEDIH yang anaknya luahkan? 🥰

Ni lah salah satu element penting dalam Reflective Listening 👂

Senang kan nak buat? 🥰

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥵 Anak remaja selalu memberontak? 🥵

Anak remaja terutama umur 13-18 tahun paling perlukan AYAH nya

Di umur ini dia paling perlukan :

👉 Connected Father

Apa ciri connected father?

🙆‍♂️ Selalu bercerita dgn anak
🙆‍♂️ Selalu bersukan bersama
🙆‍♂️ Tak terlampau sibuk
🙆‍♂️ Kurangkan tengok handphone bila bersembang dengan anak

Ketahuilah wahai ayah. Anakmu sangat perlukanmu melebihi keperluanmu kepadanya

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥵 Risau sangat anak nak masuk alam remaja? 🥵

Risau tu boleh tapi jangan sampai jadi ANXIETY 🙅

Kita kena tahu satu prinsip penting dalam parenting iaitu..

👉 Doa kita sebagai ibu & bapa lebih hebat daripada mana mana teknik & formula parenting

Ni satu doa yang kita boleh amalkan untuk minta Allah jaga anak remaja kita :

Untuk remaja lelaki

اللَّهُمّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ

Untuk remaja perempuan

اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهَا وَطَهِّرْ قَلْبَهَا وَحَصِّنْ فَرْجَهَ

Maksud kedua doa di atas adalah :

🤲 Ya Allah ampunkan dosanya, bersihkan hatinya dan peliharalah kemaluannya 🤲

Dah tahu ni terus amal tiap kali lepas solat, boleh? Kalau boleh bagi 👍 sikit

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🤫 Nak anak hebat dalam pelajaran tak? 🤫

Sini saya nak kongsi sikit petua untuk anak jadi hebat dalam pelajaran dia

💥 baiki rutin tidur anak (sleep-hygiene)
💥 baiki corak makan anak
💥 baiki jenis makanan anak
💥 baiki mindset anak
💥 baiki target & goalsetting anak
💥 baiki environment anak
💥 baiki emosi anak dengan didik dia :

✅ kawal rasa marah dia
✅ kawal rasa malas dia
✅ kawal impulsivity dia

Dah tahu terus buat ya 👌

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥹 Nak anak jadi Qurratu A'yun? 🥹

Mak mak semua selalu kan baca doa ni dalam solat? 👇

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

(Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyejuk mata, dan jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang-orang yang bertakwa)

Anak yang jadi penyejuk mata ni adalah anak yang apabila kita tengok dia :

🌿 rasa tenang je jiwa
🌿 hilang rasa marah kita
🌿 rasa lega sangat dalam dada

Sebab tu nak kena ajar dia urus emosi marah dia.

Ya Allah. Jadikan anak anak kami anak yang pandai mengurus emosi dan cerdas EQ nya 🤲

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

Jom doakan anak anak kita harini 🤲

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🤒 Anak selalu moody? 🤕

Anak yang berumur 6-8 tahun boleh jadi moody bila dia melalui fasa Adrenarche

Apa itu Adrenarche?

Ianya adalah fasa tubuh anak kita sedang mempersiapkan diri untuk akil baliqh

Masa tu anak jadi sangat moody!

😵 Mudah merajuk
😵 Mudah tersinggung
😵 Mudah marah

Apa mak ayah kena buat?

🤗 Sabar sekejap
🤗 Banyak bertenang
🤗 Banyakkan mendengar
🤗 Ajar anak urus amarah
🤗 Ajar anak bagitahu apa dia rasa

Best kan tahu ilmu mahal macam ni? Kalau tak tahu ilmu ni, mesti kita jadi mudah terasa hati dengan perangai moody anak kita kan? 😭

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥲 Anak ketagih? 🥲

Jangan silap faham dulu. Ketagihan atau addiction ni bukan sekadar dadah & rokok je

Banyak ketagihan yang orang zaman sekarang ada tapi dia tak sedar :

💥 Ketagih kerja
💥 Ketagih game
💥 Ketagih adrenaline
💥 Ketagih manis
💥 Ketagih pornography
💥 Ketagih pujian & perhatian

Apa ubat paling mujarab untuk bantu anak keluar daripada ketagihan ni semua?

Ada 3 ubat paling mujarab :

1. Doa mak ayah
2. Connection & Attachment
3. Tukar circle


Jadi..dah doakan anak kita belum harini?

Kalau boleh sebut nama anak satu persatu dan bayangkan wajah diorang masa doa tu. Boleh tak mak ayah semua?

Kalau boleh bagi ❤️ sikit

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🙋 Nak keluarga kita jadi lebih tenang tak? 🙋

Antara cara nak ada keluarga yang bahagia adalah :

👉 Ajarkan ahli keluarga CARA MARAH yang betul

❌ NO pukul-pukul
❌ NO tengking²
❌ NO maki hamun

✅ Cakap je kalau marah
✅ Guna ayat ini "saya marah awak ni sebab awak buat ____

insyaAllah harmoni keluarga bila cara marah ni dibetulkan

It's okay untuk marah tapi marahlah dengan cara yang betul & harmoni

#notaparentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

Khas untuk mak mak yang pentingkan pendidikan KAFA anak-anak
(darjah 1-5)

Sekarang dah ada cara mudah dah nak anak skor KAFA ni. Bagi je anak belajar Bahasa Arab, Sirah Nabi & Ibadah dalam bentuk video gini.

Lengkap A-Z & ramai dah anak skor KAFA lepas tengok video ni.

Murah sangat rm20/subjek je. Boleh dapatkan video tu di sini 👇

https://pesanabi.onpay.my/order/form/videosilibuskafa/kliksinisegera

Читать полностью…
Subscribe to a channel