Alhamdulillah selesai agihan arang batu kepada penduduk di sini.
Walaupun tinggal hanya 15km dari ibu negara Dushanbe tetapi pada musim sejuk elektrik terputus di kawasan mereka menyebabkan arang terpaksa dijadikan alternatif untuk memanaskan badan. Kita menghadiahkan 500kg untuk setiap keluarga yang boleh bertahan sehingga 3 bulan.
Seronoknya di sini apabila ibu-ibunya seperti orang tua di Palestin, mulut mereka sangat ringan meluncurkan doa untuk penderma. Terkumat-kamit walaupun kami tak faham tapi diaminkan saja. Rahmat, mudar jan.
Pasti ada bahagian doa ibu ini untuk kalian juga. Jom sama-sama kita membantu membaiki hidup mereka. Klik saja link ini untuk menderma. Semoga Allah memberkati kalian yang sebar dan sumbang!
https://swiy.co/jomsumbang
https://swiy.co/jomsumbang
https://swiy.co/jomsumbang
Alhamdulillah, setelah berehat selama dua jam kami keluar mengharung salji semula untuk mula menyampaikan bantuan kepada penduduk.
Petang ini kami menyampaikan bantuan berupa pemanas elektrik kepada 50 buah keluarga yang memerlukan di Dushanbe. Nanti kami akan menyampaikan bantuan arang batu pula kepada penduduk di kawasan pedalaman. Mereka memerlukan arang batu untuk memanaskan tubuh kerana pada musim sejuk, elektrik di kawasan mereka akan terputus.
Seronok betul bila mereka menerima kita tapi kasihan, mereka datang dari jauh untuk dapatkan pemanas dengan nilai sekitar RM350 ini. Terasa sangat yang perjuangan kita di sini bukan semata-mata bantuan kemanusiaan tapi kita merintis jalan dakwah.
Jom bantu kami membantu mereka dengan apa yang termampu boleh? Sumbangkan sedikit di https://swiy.co/jomsumbang sebagai saham dakwah antarabangsa kita, inshaAllah.
Tolong kongsikan boleh?
Masa kami ke Sri Lanka sebelum ni saya sebut kepada team, Tuan Khairul Hakimin Muhammad nampak macam penat betul. Mukanya nampak letih dan hilang seri, sampai saya pun sedih kalau-kalau dia rasa macam kena paksa ikut kami.
Tapi lama-lama bila mula bekerja dia ceria semula, menyanyi bersama teamnya Ikhwan dan bergurau bersama Harith yang susah nak didengari suaranya. Kalau mereka gelak tu sampai orang hotel datang tengok kalau ada yang kerasukan.
Di salah sebuah malam yang indah, kami geng lelaki mengambil keputusan untuk berenang di kolam renang tempat kami menginap dan malam tersebut, banyak sangat yang kami cerita bersama. Cuma kami dah berjanji ‘what happens in Sri Lanka stays in Sri Lanka’ jadi tak boleh nak bocorkan kepada kalian.
Kali ini kami ke Tajikistan bersama, KHM nampak lebih bertenaga. Saya mencuri pandang beliau yang terlena di kerusi tak empuk kapal terbang dan seolah-olah dapat merasai apa yang sedang dilalui olehnya. Kebetulan pula baru habis tengok cerita Lucky Baskhar, aduh terasa sangat kepenatan yang sedang ditarungi olehnya, demi keluarga.
Tak mudah kan bagi seorang ayah yang pernah boleh memenuhi segala kehendak anak, tiba-tiba kena mengatakan kepadanya tidak kerana poket tidak berisi. Anak masih bayi tetapi kena meninggalkannya berhari-hari demi mencari rezeki. Berusaha sekuat hati tetapi di hujung bulan masih takut-takut dipanggil ke muka pengadilan kerana ada hutang yang tak dapat dilangsaikan.
Tetapi KHM kuat.
Mungkin dia antara orang paling kuat yang pernah saya kenal, walaupun saya tahu dia kerap menangis bersendirian. Mungkin juga dia orang paling kuat berusaha walaupun terjelepuk kepenatan berkejaran ke sini sana.
Saya yakin perjalanan beliau masih jauh tetapi hujungnya kelak sangat-sangat cerah. Kalau kalian dengar CVnya dalam kolam renang di Sri Lanka itu, fuhhhh, baru kalian akan tahu apa yang pernah dan sedang dicapai olehnya. Betullah orang kata ‘influencer’ boleh menggetarkan dunia.
Tahniah juga kepada pasukan KHM yang kekal setia sehingga ke saat ini walau puas dilambung badai. Kalian memang orang yang bijak kerana pandai membezakan kaca dan permata, apabila habis digilap pastinya tuah kalian akan kelihatan juga.
Teruskan perjuangan sahabat, kami bangga menjadi mukasurat dalam lembaran hikayat tuan yang menunggu masa untuk ke persada semula, ameen!
Nadir Al-Nuri
Selepas 16 jam transit di Tashkent.
Ayah ini membaca Al-Quran dan mengucapkan syukur apabila mendapat khabar tentang kesyahidan anaknya. Ajaib, memang ajaib kesabaran mereka.
Tetapi inilah perihal mukmin yang sebenar sebagaimana disebutkan Baginda Rasulullah S.A.W,
عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
Maksudnya: “Amat menakjubkan urusan orang yang beriman kerana setiap urusannya adalah baik, dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada orang beriman.
Jika dia mendapat sesuatu yang menyenangkan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”
Hadis Riwayat Muslim
Ajaib, memang ajaib.
Tak lama lagi tempahan beg kuffiyeh ni akan ditutup tau 😭
Saya saja test letak charm dkt situ, tengok eh macam ngam lah pulak ✨
Jom wahai wanita anggun semua, dapatkan charm & canvas beg keffiyeh ni sementara tengah sale.
Klik link tempahan sekarang : https://2lenpalestin.com/collections/all
Alhamdulillah trak bomba koalisi MyAqsa Defenders sumbangan rakyat Malaysia kita masih beraksi. Gambar semalam dari lokasi pembunuhan besar-besaran di kawasan Mawasi, Khan Yunus yang mengorbankan 20 orang syuhada'.
Dalam bangga, ada duka yang tak dapat dibendung 😔 Tolong doakan mereka teman-teman.
Dia bukan bagi pesan kepada anaknya sebab anaknya nak ke asrama.
"Semua yang berada di dalam penjara adalah saudara kamu, musuh kamu hanyalah warden yang membuka dan mengunci pintu."
Dia berpesan sebab anaknya akan menyerah diri untuk menjalani hukuman penjara oleh penjajah. Anaknya ditangkap pada usia 12 tahun kemudian menjalani 'house arrest' selama empat bulan sebelum diarahkan melapor diri masuk ke penjara.
Nasihat budak 14 tahun, macam mana nak 'survive' dalam penjara. Gila tak gila penjajah ni, mereka yang hidup di Tebing Barat boleh ditangkap seawal usia 12 tahun kerana hidup di bawah undang-undang tentera.
Ini kisah Ayham Al-Salaymeh, ingat nama hero kecil ini dan ceritakan kepada anak-anak kita!
HEBAHAN PENGUMPULAN BARANG-BARANG SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR
🔸Tarikh/Hari: 3-8 Disember 2024 (Selasa-Ahad)
🔸Tempat: Stor HQ Cinta Gaza Malaysia, Bangi (Level G, sebelah restoran Mee Champa)
🔸Masa operasi: 9.00 pagi - 6.00 petang
Barang Keperluan Semasa
1. Air mineral
2. Makanan ready-to-eat
3. Lampin pakai buang (bayi)
4. Susu formula (bayi)
5. Lampin pakai buang (dewasa)
6. Tuala wanita
Barang Keperluan Pasca Banjir
1. Tilam (Toto)
2. Selimut
3. Dapur gas
4. Periuk nasi
5. Barangan asas (beras, tepung, minyak masak, sardin)
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
03-89124588 (Pejabat CGM)
016-7463589 (Hafizah)
010-252 5331 (Najihah)
016-4636354 (Nurul Hidayah)
#CGM4Malaysia
Adik Shihabuddin naik ke pentas. Pagi itu memang ucapan dia yang ditunggu-tunggu, dia hero majlis pembukaan program.
Shihabuddin menceritakan bagaimana dia adalah ahli keluarga tunggal yang hidup di dalam keluarganya. Ayahnya, adik-beradiknya mati syahid. Di hospital, tiba-tiba dia dimaklumkan bahawa ibunya yang cedera memanggilnya. Dia dipeluk erat oleh sang ibu, diberi kata semangat sebelum ibunya menghembuskan nafas terakhir.
Shihab berkata, malam itu dia memahami makna segala beban dunia diletakkan di bahunya.
Suara tangisan yang cuba disembunyikan dengan bunyi batuk semakin jelas di sebelah saya. Saya mencuri pandang sahabat dari Yaman yang belum sempat saya kenal.
Tetapi isteri saya mengambil langkah lebih berani, bertanya kepadanya.
“Tadi kamu menyebutkan bahawa kamu dari Sana’a, tetapi terpaksa berpindah ke Ma’rib. Adakah kamu melalui apa yang kami lalui, adakah ia seteruk apa yang berlaku di G?”
Tidak! Dia menjawab tegas.
Tidak ada sesiapa yang melalui keadaan lebih teruk daripada saudara-saudara kami di G. Kami diserang di Sana’a, berhijrah beberapa kali dan sampai di Ma’rib. Tetapi di kem pelarian Ma’rib apabila kami membuka kutipan sumbangan untuk G, kami dapat mengumpulkan 50 ribu dollar untuk kalian. Kalian yang lebih berhak ke atas harta kami, kalian sedang mempertahankan Aqsa kami.
Allah tersentak dan malu sendiri saya apabila mendengar jawapan beliau. Dia benar-benar memahami perjuangan. Dia betul-betul menjiwai pengorbanan. Patutlah apabila dibom Us dan Uk mereka masih keluar berdemonstrasi dengan jumlah jutaan orang dan berkata teruskan mengebom kami, kami akan terus menyokong P.
Sedangkan saya sendiri apabila teruji sedikit dengan harta, masa dan penat-lelah terasa mahu berehat dan berhenti seketika. Patutlah Rasulullah S.A.W mengangkat martabat orang-orang Yaman.
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَتَاكُمْ أَهْلَ اْليَمَن هُمْ أَرَقُّ أَفْئِدَةً وَأَلْيَنُ قُلُوْبًا اَلْإِيْمَانُ يَمَانٌ وَالْحِكْمَةُ يَمَانِيَّةٌ
“ Datang kepada kalian penduduk Yaman, mereka lebih ramah perasaannya dan lebih lembut hatinya, iman adalah pada penduduk Yaman, dan hikmah kemuliaan ada pada penduduk Yaman .” ( Shahih Al Bukhari )
Semoga kita menjadi sehebat mereka.
Lama juga kami bincang nak letak tulisan apa di bawah PLSTN ni. Sebab sweater ni jenamanya Legasi kan.
Akhirnya kami putuskan untuk letak Land Of The Martyrs.
Apa yang akan menjadi legasi lebih daripada nyawa yang telah dikorbankan demi agama dan watan. Kita nak sampai tahap mereka susah. Tapi nak ikut, ambil semangat boleh, nak bagi semangat kepada suami dan anak lelaki lagi mudah.
Dapatkan sweater Legasi ini di sini 2lenpalestin.com, tak lama lagi kami akan tamatkan jualan penutup Khatam ini. Cepat!
Terlalu banyak yang perlu kita syukuri. Moga Allah menjadikan kita hambaNya yang sentiasa mengucapkan alhamdulillah.
Tunjukkan kepada anak-anak kalian, macam mana nasib kawan-kawan mereka di G ni.
Dekat 10 minit juga posing nak dapat gambar elok. Akhirnya ini je hasilnya.
Last-last orang rumah kata 'saya tengok semua elok, nak buat macam mana.'
Dengan depa ni memang tak boleh menang. Kita siap baring atas lantai, buat 11 kali push up, panjat pokok nak bagi gambar depa cantik, depa senang je bagi 'dah kamu macam mana pun saya nampak elok', tak boleh cakap apa.
Sebenarnya yang buat elok tu Hoodie Saladin tu. Dari depan tulis P dalam tulisan Arab, dari belakang peta P. Sulam lagi tu. Pehhh.
Kalau tak percaya cuba belikan untuk suami bergaya di pejabat, ayah pakai ke surau, adik pakai ke kelas di universiti. Klik je 2lenpalestin.com, sweater pun ada tau, bermacam-macam warna.
Ni jualan Khatam, penutupan, lepas ni tak jumpa dah desain sweater dan hoodie ni.
Saya hadiahkan untuk kalian pada hari Jumaat yang penuh berkat ini bacaan ayat Al-Quran dari Imam Masjid Aya Sofia, Istanbul.
Perhatikan makna ayat yang dibacakan. Kita diangkat sebagai sebaik umat dengan syarat, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Jangan lupa banyakkan selawat, sedekah dan Al-Kahfi pada hari ini.
Penerbangan ketiga dalam bulan ini, negara ketiga.
Terima kasih anak-anak, Che dan Abi yang hantar, terima kasih Puan yang peluk Reem sampai menangis di Guardian dan bayarkan barang kami, terima kasih semua musafirin yang tegur dan terima kasih Puan di Kaunter C37 yang lepaskan saya dengan pesan,
"Selamat berjuang Encik Nadir."
Hilang penat lelah dan rasa nak terjelupuk di katil saja berehat sehari dua. InshaAllah kami buat yang terbaik mewakili Malaysia untuk membincangkan masa depan G pasca perang kali ini.
Bangga juga pakai sweater Legacy ni di tengah-tengah Bandar Ella, Sri Lanka.
Ella ni tempat ramai pelancong dari Barat, bukan macam Nuwara Eliya yang menjadi tumpuan pelancong Arab dan Muslim.
Jadi sambil berjalan sambil membawa imej P. Orang pandang ada yang tengok pelik, ada yang tunjuk thumbs up. Saya, tetap terus bangga, mendabik dada.
Entah kenapa saya memang jenis minat sweater dan hoodie. Sebab tu bila team maklumkan sambutan kurang hangat, pelik juga. Ramai belum tengok kot.
Nanti korang klik cepat di 2lenpalestin.com sebab kita tengah buat jualan Khatam dah, penutup dah ni untuk dua-dua produk ni. Cepat, tak lama promosi dibuka!
2lenpalestin.com
Raya haji yang lepas, rakan NGO kami memilih melaksanakan projek korban di daerah bernama Khovaling kerana lokasinya di pedalaman selain jarang-jarang sekali daging korban sampai kepada penduduk kampung di sini.
Kami akan menziarahi lagi kampung ini untuk melaksakan akikah, merewang memasak bersama orang kampung sambil memperkenalkan Malaysia kepada mereka. Seronok bila bawa nama negara kita sebab rata-rata orang luar pernah dengar cuma jarang sekali mereka dapat berjumpa dengan rakyat kita yang cantik-cantik dan kacak-kacak belaka.
Kami membuka peluang kepada 7 orang untuk melakukan akikah di sini, nilai satu bahagian ialah RM700. Kami sendiri akan laksanakan dan berikan gambar dan video kepada kalian.
Jom sertai akikah untuk anak kalian atau diri sendiri, semoga anak-anak kalian membesar menjadi pendakwah hebat di seantero dunia kerana ibubapanya berakikah di Tajikistan dengan tujuan berdakwah kepada penduduk yang tak senasib dengan kita.
Cepat, kita buka untuk 7 orang saja ya! Link untuk sertai di sini https://swiy.co/akikahtajikistan, kongsikan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga lain ya.
Alhamdulillah sampai juga.
Ini kali kedua kami menziarahi bumi ini. Kali pertama semasa pelaksanaan projek korban pada raya Eidul Adha yang lepas.
Bumi yang dikenali sebagai sebahagian Bumbung Dunia kerana wilayahnya merangkumi Banjaran Pamir yang merupakan salah satu banjaran tertinggi di dunia. Bumi ini juga dikenali sebagai salah sebuah negara laluan Pamir Highway yang menjadi bahagian utara Laluan Sutera suatu ketika dahulu.
Sedihnya hari ini Tajikistan dikenali sebagai negara paling miskin di Asia Tengah dibandingkan adik-beradik ‘tan’nya yang mungkin lebih dikenali seperti Uzbekistan dan Kazakhstan.
Dengan populasi sekitar 10 juta orang, 95% daripada penduduknya beragama Islam, walaupun mereka berdepan sedikit kesukaran dalam pengamalannya.
Ayuh kami membawa kalian melihat sendiri kecantikan bumi ini sebagai negara ketiga yang CGM tawarkan di dalam Humanitarian Tours kita. Kenapa melancong semata-mata, kalau pada masa sama boleh berkhidmat kepada saudara kita di seluruh dunia?
Tekan butang like kalau kalian nak saya bercerita lagi tentang bumi ini. Bagilah semangat sikit kan.
Negara keempat dan kelima, bismillah. Kosong je flight ni. Doakan semoga kami selamat sampai inshaAllah.
Читать полностью…Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza
Laporan statistik harian berkenaan jumlah penduduk yang syahid dan cedera akibat serangan berterusan Israel ke atas semenanjung Gaza, hari ke-425.
▪️ Rejim Zionis melancarkan tiga operasi pembunuhan beramai-ramai ke atas penduduk di semenanjung Gaza. Serangan hari ini telah mengakibatkan 30 penduduk syahid manakala 84 mangsa cedera dirawat di hospital dalam tempoh 24 jam yang lalu.
▪️ Sebilangan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan bergelimpangan di jalanan. Tekanan semakin meningkat apabila ambulans dan anggota pertahanan awam tidak dapat sampai kepada mangsa. Mereka tidak dapat sampai ke hospital sehingga kini.
▪️Angka mangsa serangan Israel telah meningkat kepada 44,532 syuhada dan 105,538 mangsa yang cedera sejak 7 Oktober lalu.
4 Disember 2024
Rindu pula budak-budak di rumah.
Ni masa kami menyinggah di BGM Burgerman untuk try hidangan di sana sebelum saya ke Istanbul. Tujuan asal anak-anak nak makan makanan Arab di Restoran Al-Khail sebelah BGM tu, memang murah, sedap dan kena dengan tekak Arab.
BGM pun alhamdulillah sedap, khususnya BGM Double Cheese Burger yang saya cuba. Pickled cucumber tu umppphhh bagi ada umppphh. Dagingnya pun rasa.
Ayam punya adunan kena RnD sikit lagi supaya tak keras bila digoreng. Saya pelanggan paling akhir, tiba-tiba nampak staf BGM dah mula mengemas tapi kami belum dapat apa yang dipesan.
Sampai di kaunter, rupanya pesanan kami terlepas. Tapi staf yang ada bijak, diberi 3 aiskrim percuma sebab lama kami menunggu. Terima kasih!
Yang belum cuba bolehlah menyinggah dan support. Ternampak juga kelibat Haji Nordinmat Bgm, beliau bagi salam tapi tak cam kot saya yang marhaen ni.
Korang perasan tak BGM tu bila terbalik nampak macam logo kedai lain yang tengah jatuh tu. Terus sukses!
🔻RINGKASAN PERKEMBANGAN TERKINI:
1. Pasukan rejim Israel mengebom Hospital Kamal Adwan di utara Gaza untuk kali kelima dalam beberapa minggu terdekat, selain mengepung sebuah sekolah di Beit Lahiya yang menempatkan ratusan penduduk yang kehilangan tempat tinggal.
2. Pegawai Kementerian Kesihatan di Gaza melaporkan bahawa serangan udara rejim penjajah telah mengorbankan seramai 36 orang dan mencederakan 96 lagi dalam tempoh 24 jam yang lalu.
3. Amerika Syarikat menggesa rejim Israel menyiasat dakwaan bahawa serangan udara mereka telah menyebabkan kematian pekerja bantuan di Gaza, termasuk seorang kakitangan organisasi Save the Children, yang menimbulkan kemarahan masyarakat antarabangsa.
4. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa “bekalan makanan kini berada di tahap paling rendah” di Gaza, sementara penduduk di utara yang dikepung melaporkan bahawa mereka hampir kehabisan semua bekalan asas.
5. Serangan udara rejim penjajah ke atas sebuah kereta berhampiran Damsyik, Syria, telah membunuh seorang tokoh kanan Hizbullah yang bertanggungjawab menjalin hubungan dengan tentera Syria.
6. Pasukan pengaman PBB melaporkan sedang memantau “pelanggaran” gencatan senjata rapuh yang dimediasi oleh Amerika Syarikat di Lubnan, selepas rejim Israel melancarkan beberapa serangan udara maut di selatan negara itu pada minggu ini.
Sumber: Al Jazeera
Terj: Cinta Gaza Malaysia
#IsraelBacul #TaufanalAqsa
Adegan beberapa hari lepas.
Anak itu tak berhenti menangis, dia meronta-ronta dari pangkuan ibunya sebab nak didokong si ayah.
Akhirnya si ibu mengalah sebab satu kapal terbang dah mula memandang. Seronok bukan kepalang si ayah, kali ini anak aku pilih aku, bukan kamu wahai ibu! Ayah-ayah semua biasa lalui perasaan ni kan?
Dia pun layan anak 5,6 minit, puas dan pass balik anak kepada ibu.
Begitulah sang ayah, unik dengan cara dia sendiri. Dalam diam nak dipilih oleh anak. Dalam garang penuh kasih sayang. Dalam tenang, gembira tak berpenghujung apabila dihargai diam-diam.
Hargai ayah kalian. Ucapkan terima kasih kepada suami di sisi. Hadiahkan mereka hoodie Saladin yang dibuka preorder ini buat kali terakhir.
Klik 2lenpalestin.com cepat, siapa paling cepat tekan dia paling sayang ayah dan suami! P/s : Saya pinjam gambar team nak bagi nampak cantiknya hoodie ni.
Alhamdulillah selesai mewakili Malaysia bersama beberapa NGO Malaysia lain di dalam Kemuncak Antarabangsa G : Sehari Selepas Perang yang membincangkan pelan tindakan komprehensif sebaik sahaja genosid tamat di G.
Jarang saya hadir ke konferens dan mendapat input yang cukup baik seperti ini. Mereka yang hadir adalah orang yang berpengalaman selama puluhan tahun membangunkan semula G berkali-kali pasca peperangan dengan pelan berbilion dollar. Tanpa perlu melakukan 1001 kajian baru, kita belajar daripada pengalaman mereka.
Nak dibangunkan Bandar Hijau dengan ribuan kontena? Berkesan tak diusahakan ‘air drop’ dari Jordan? Nak diuruskan pendidikan anak-anak G kelak di peringkat sekolah dan universiti?
Semua input telah mereka sediakan, selain info menarik yang pertama kali saya dengar seperti dalam tempoh setahun perang, lebih 1000 pelajar Masters baru mendaftar di dalam G di pelbagai universiti, selain 400 sekolah peringkat rendah dan menengah diusahakan oleh individu dengan duit sendiri di khemah-khemah untuk memastikan anak bangsa mereka tak ketinggalan dalam pendidikan!
Banyak lagi yang perlu dikongsikan apabila pulang ke tanah air kelak inshaAllah. Tak sabar nak balik untuk menyantuni mangsa banjir sebelum terbang semula ke destinasi selepasnya.
Oxford Union baru-baru ini mengundi untuk mengisytiharkan Israel sebagai negara apartheid yang bertanggungjawab terhadap genosid, dengan 278 undi menyokong dan 59 menentang.
Debat ini mencetuskan kontroversi antara penyokong hak Palestin dan kumpulan pro-Israel.
Seorang pelajar di Universiti Oxford menekankan realiti tragis, bertanya berapa banyak peluru yang diperlukan untuk membunuh sebuah keluarga, merujuk kepada kenyataan Netanyahu yang menyatakan Gaza sebagai bandar kejahatan, walaupun 50% daripada penduduk Gaza adalah kanak-kanak.
Alhamdulillah hasil sumbangan kalian, para pelajar universiti di G mempunyai tempat yang selesa untuk belajar. Ya, dewan cantik ini sedang berdiri di tengah G hasil pemberian kalian.
Alhamdulillah.
https://www.facebook.com/share/v/puELdU6tqjN3QDzF/
Kalian yang cari ruang menyumbang boleh memberi sedikit rezeki untuk projek kemanusiaan kita di Kemboja dan Sri Lanka.
Projek yang kita jalankan adalah projek pembangunan ekonomi yang mapan dan lestari, inshaAllah seperti sumbangan lembu tenusu, kambing dan membuka kedai supaya penduduk boleh menjana ekonomi mereka dan menyara keluarga masing-masing.
Klik https://swiy.co/jomsumbang segera!
*📢 Kelas Untuk NGO - PAKEJ KELAS COMBO BULAN DISEMBER 2024 📢*
__
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai webinar khas ini yang akan *memberikan panduan kepada NGO dalam memperkasakan lagi strategi NGO bagi menghadapi tahun 2025*
Butiran kelas adalah seperti berikut:
*Kelas 1*
*MARKET OUTLOOK 2025 - CABARAN SEKTOR KETIGA*
📅 *Tarikh:* 3 Disember 2024
⏰ *Masa:* 2:30 petang - 4:30 petang
💻 *Platform:* Google Meet
👨🏼💻 *Panel :* Dr Syahid Sowell (Founder Ittizan), Encik Aiman Zin (Fundraising Consultant), Encik Sazlie Ibrahim (Database Specialist)
*Fokus :*
* Apakah cabaran utama sektor NGO pada 2025?
* Kesan krisis ekonomi dan global?
* Strategi untuk menghadapi 2025?
* Sektor korporat berpotensi untuk 2025?
___
*Kelas 2*
*MEMPERKUKUH STRATEGI ZAKAT, WAQF DAN ENDOWMENT DALAM MENYOKONG MISI NGO*
📅 *Tarikh:* 4 Disember 2024
⏰ *Masa:* 10 pagi - 12 tengah hari
💻 *Platform:* Google Meet
👨🏼💻 *Panel :* Dr Syahid Sowell (Ketua Pegawai Strategi Cinta Gaza Malaysia)
*Fokus:*
* Peranan Zakat, Waqf & Endowment
* Teknik Pengurusan Dana Berasaskan Prinsip Islam
* Kolaborasi NGO & Institusi Kewangan Islam
* Integrasi Teknologi dalam Pengurusan Dana
*Daftar sekarang* dan *tingkatkan keupayaan pengurusan strategi NGO menjelang tahun 2025* 💪✨
*PERCUMA* untuk anda:
- Template Khas Pengurusan Fundraising untuk NGO
- *eBook Corporate Fundraising untuk NGO*
____
*Pautan pendaftaran* : https://myaqsadefenders.onpay.my/order/form/24
Anak-anak madrasah muslimat ni bertakbir apabila kami maklumkan yang kita hampir dapat sumbangan mencukupi untuk lengkapkan binaan bumbung baru sekolah mereka.
Malam sebelumnya apabila saya berucap dan bertakbir di hujungnya, mereka krik krik saja sampai ustaz yang tolong terjemah tergelak. "Mereka bukan orang G, tak biasa" kata ustaz.
Alhamdulillah kali ni mereka bertakbir. Sampailah hajat kami nak tiupkan roh semangat perjuangan P ke mana saja kami ziarahi. Kalau ikutkan, semalam ada sikit lagi diperlukan untuk siapkan bumbung kalau masih ada yang mencari ruang pahala, terima kasih, orkun.
Klik https://swiy.co/jomsumbang segera!