nadiralnuri | Unsorted

Telegram-канал nadiralnuri - Nadir Al-Nuri

241417

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Subscribe to a channel

Nadir Al-Nuri

Lega tak terkata kerana baru-baru ini semua fitnah dan andaian yang kedengaran tentang penduduk bumi barakah ini terpadam sekelip mata.

Usai solat Subuh berjemaah di Masjid Abbarah, Halab berdekatan penginapan kami, ketua delegasi memutuskan untuk membuat halaqah di masjid sama. Kalau zaman Bashar, orang yang berkumpul seperti itu di masjid, jawabnya ke bawah tanahlah. Tapi zaman itu hanya kekal sebagai kenangan lembaran hitam Syria.

Kami mula membuat bulatan tetapi dikejutkan dengan kehadiran beberapa orang jemaah tempatan yang duduk sama. Lagi terkejut, mereka meminta kami menyampaikan tazkirah. Ah sudah.

Mujur Ustaz Nazmi Karim ada, menyelamatkan keadaan, memperkenalkan delegasi, membaca beberapa hadis dan memberi peringatan. Kemudian giliran kami pula meminta nasihat daripada mereka.

Seorang lelaki bernama Abu Ahmad cepat-cepat bersetuju dan berkata, kamu dengar potongan video ini, saya terdengarnya semalam, lalu dipasang video di telefonnya.

Saya sangkakan dia akan memasang video ucapan Ahmad Shara’ atau ucapan masyayikh Syria yang telah kembali ke negaranya, menggambarkan kegembiraan mereka dengan pembebasan negara tetapi rupanya tidak.

Yang dimainkan ialah video ucapan Syeikh Raed Solah, pemimpin pejuang di Tebing Barat, P! Syeikh Raed dalam ucapan pada tahun 2022 itu membuat andaian bahawa dua tahun lagi akan berlaku perubahan demi perubahan yang akan menguntungkan pembebasan.

Ternyata yang berlaku ialah kemenangan di G apabila kehebatan pejuang diangkat, dan pembebasan bumi Syria sendiri yang akan menjadi kunci pembebasan Al-Aqsa.

Abu Ahmad menyebutkan keazaman dan keyakinan bahawa kemenangan di negaranya akan membantu kemenangan di P kelak.

Selepas itu, di mana-mana kami bertanya, kecil atau besar, mereka meyakinkan kami bahawa berikan kami masa, pembebasan P adalah di tangan kami. Lihat sahaja anak ini yang merupakan anak pengiring kami, dia terjumpa bendera P, dengan penuh teruja dia berkata ini bendera P, lalu diusung ke mana sahaja! Meleset pandangan mulut-mulut yang mengatakan Syria telah melupakan P.

Usah bimbang, usah gelojoh, perjuangan Syria dan Palestin berpisah tiada!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Kepulangan penduduk G berbondong-bondong ke utara G semula membuktikan bahawa pelan menghalau rakyat meninggalkan tanah air mereka GAGAL. Pelan mereka mengambil sebahagian utara G GAGAL. Keinginan mereka mematahkan semangat penduduk GAGAL.

Allahuakbar!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Bila tawanan dibebaskan bersorak dan gembira macam menang Olimpik, maknanya mereka melalui hari-hari yang menggembirakan di dalam tahanan.

Dalam perjalanan pun mereka yang diajar Bahasa Arab mengucapkan terima kasih kepada pejuang kerana menjaga mereka daripada letupan roket, terima kasih kerana cukup makan minum.

Inilah keizzahan Islam at it's finest, dalam peperangan dan dalam gencatan mereka membuktikan bahawa mereka masih gagah perkasa, Allahuakbar!

غزة العزة!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

🇵🇸 🇵🇸 MISI WINTER #MALAYSIAAID2SYRIA | 23-25 Januari 2025

📍 Lokasi penerima manfaat di Syria:
- Mukhayyam Yarmouk
- Kafr Susah
- Joubar

Alhamdulillah, untuk hari ketiga kali ini kami akan mengagihkan bantuan di ibu negara Dimashq.

Untuk makluman, antara bantuan yang telah diagihkan hari ini adalah set bantuan baju sejuk, pek makanan kering dan set hygiene kit untuk penduduk-penduduk yang memerlukan di Dimashq.

Kami juga telah mengagihkan 900 unit kotak makanan asas untuk pelarian-pelarian Palestin yang telah menetap di sini sejak tahun 1957.

Selain Cinta Gaza Malaysia, misi ‘MalaysiaAid2Syria’ diketuai oleh Muslim Care Malaysia dan disertai oleh Muslim Volunteer Malaysia (MVM) dan Harmoni Prihatin Malaysia (HPM).

Teruskan ikuti perkembangan dan laporan kami dari semasa ke semasa di media sosial CGM. Mohon doa kalian agar semua urusan dipermudahkan 🕊️

Kalian boleh salurkan ke https://swiy.co/myaid4syria atau akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: syamhur

#MalaysiaAid2Syria
#Heroes4Hope

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Di depan pintu gerbang Mukhayyam Yarmouk di Dimashq, saya berjumpa pemuda P yang sedang mencari rezeki menjual kopi dan mee segera.

Kami bercerita; dia berasal dari Tiberia tetapi tidak pernah menjejakkan kaki ke sana. Ayahnya pun sama, mereka semua tidak dibenarkan untuk masuk ke bumi asal yang telah pun dijajah. Datuknya berhijrah dari P sejak 1950 lagi.

Apabila saya memberitahu yang saya telah tinggal di G selama 10 tahun, dia terkejut dan melaung, beruntungnya kamu! Aku teringin sekali mencium tanah G dan menghirup angin Tiberia! Datuk aku dulu seorang nelayan di sana dan sehingga akhir nafas menceritakan pengalamannya menangkap ikan di Tiberias.

Sebelum kami berpisah dia memaut tanganku. Katanya,

"Kalau kau masuk semula ke P dan akan kembali ke Syria, aku hanya nak minta satu perkara dari engkau. Ambilkan sedikit tanah dari bumi G dan hadiahkan kepada aku di sini."

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Bumi Homs yang sempat kami jejaki sebelum bergerak ke Dimashq semalam. Pagi ini ada tiga destinasi agihan bantuan termasuk di Kem Yarmouk tempat 1.2 juta orang tinggal, 160,000 daripadanya adalah pelarian P yang tinggal di sana sebelum perang. Kini hanya 18,000 orang P berbaki.

Kalian nak dengar cerita tentang Dimashq tak?

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

☘️🇵🇸 Nak dapatkan Sampul Raya PERCUMA tak?

Korang hanya perlu bayar kos penghantaran je untuk dapatkan 20 keping sampul raya.

Tak cukup? Jangan risau, kita ada tiga desain eksklusif bertemakan P direka khas dari tim media kami. Mungkin awal lagi nak beli baju raya, tapi tak terlalu awal untuk dapatkan sampul raya khas dari Cinta Gaza Malaysia. Tunggu apa lagi?

Jom dapatkan sekarang, stok terhad!

Klik - https://swiy.co/sampulraya

#SampulRayaCGM
#Heroes4Hope

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

🇵🇸 🇵🇸 Kalau dulu kita tunggu loceng berbunyi untuk kita semua berpusu-pusu masuk ke kelas masing-masing, tapi untuk mereka yang dah lebih setahun tak dapat ke sekolah, buka pintu pagar sekolah semua dah berlari masuk. Hasil daripada sumbangan kalian, mereka dapat teruskan pembelajaran mereka pada tahun ini di Khan Younis.

Bulan ni, kami dalam proses membina sebuah lagi sekolah tapi bukan di Khan Younis tapi di Bandar Gaza. Masih ramai lagi pelajar ingin kembali ke sekolah walaupun dalam suasana genosid yang masih lagi berlangsung. 

Demi melahirkan generasi akan datang yang bersedia untuk memimpin negara ke arah yang lebih baik, kami melancarkan kempen #Education4Humanity.

Inisiatif ini takkan terhenti di Gaza semata, malah Indonesia, Syria, Lubnan dan juga Malaysia. Sepertimana, kita menghantar anak-anak kita ke sekolah untuk masa depan yang lebih cerah, begitu juga harapan para ibubapa di sana.

Teruskan menyumbang, sumbangan kalian menjadi harapan untuk mereka dapat kembali ke sekolah.

Kalian boleh salurkan ke https://cintagaza.my/education2025 atau akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: sekolah

#IlmuKunciPembebasan
#Education4Humanity
#Heroes4Hope

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

🇵🇸🇵🇸 MISI WINTER #MALAYSIAAID2SYRIA

📍 Halab, Syria | 22 Januari 2025

Alhamdulillah, hari ini hari ketiga kami di Syria dan kami masih berada di Halab, Aleppo untuk memfokuskan pengagihan barang bantuan di sini.

Untuk makluman, antara bantuan yang telah diagihkan hari ini adalah 375 kotak makanan asas dan set bantuan baju sejuk yang akan memberi manfaat kepada 375 buah keluarga untuk persediaan bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.

Selain Cinta Gaza Malaysia, misi ‘MalaysiaAid2Syria’ diketuai oleh Muslim Care Malaysia dan disertai oleh Muslim Volunteer Malaysia (MVM) dan Harmoni Prihatin Malaysia (HPM).

Teruskan ikuti perkembangan dan laporan kami dari semasa ke semasa di media sosial CGM. Mohon doa kalian agar semua urusan dipermudahkan 🕊️

Kalian boleh salurkan ke https://swiy.co/myaid4syria atau akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: syamhur

#MalaysiaAid2Syria
#Heroes4Hope

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

🛑🇵🇸 BANTUAN TIN DAGING #KORBAN4UMMAH BERJAYA TEMBUS GAZA!

Alhamdulillah! Setelah berbulan-bulan menunggu bantuan ini masuk ke dalam Gaza, akhirnya bantuan tin daging berjaya tembus pada hari kedua gencatan senjata di Gaza 🕊️

Kalian masih ingat lagi tak projek tin sedekah daging #Korban4Ummah yang kami jalankan pada Hari Raya Haji tahun lepas? Alhamdulillah, sudah lama kami tunggu dan akhirnya berjaya masuk ke Gaza.

Untuk makluman, projek ini merupakan kerjasama dengan MyAqsa Defenders dan MAPIM. Tin daging #Korban4Ummah ini juga dapat disimpan sehingga 2 tahun.

Terima kasih kepada semua penyumbang #Korban4Ummah 2024! Insha Allah semoga selepas ini lebih banyak projek atau bantuan kita cuba tembus masuk ke dalam Gaza. Kepada Allah kita berserah!

JOM tonton video penuh!

#Heroes4Hope

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Video yang lebih jelas menunjukkan tawanan wanita diserahkan kepada Palang Merah di Gaza.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Hari ketiga Abdur Rahman syahid, kenalan kami masih tak putus berhubung menceritakan pengalaman yang dilalui bersamanya.

Cerita akhir yang sampai kepada kami, Abdur Rahman syahid ketika sedang berpuasa. Wallahua'lam tamat puasa hari putih 3 hari, dia menyambung puasa sunat hari Khamis.

Cumanya di tangan tak ada satu sen pun untuk membeli makanan berbuka.

Lalu disuruh seorang pemuda (yang menceritakan kisah ini kepada kami) untuk ke rumahnya yang dibom sejak awal perang. Cari basikal anak aku di bawah runtuhan, tolong jualkan sebagai besi buruk, berapa yang kita dapat kita akan guna untuk berbuka.

Basikal yang rosak ditemui, dijual dan duit sekitar RM100 diperolehi, cukup untuk beberapa orang kenyang sehari.

Tetapi takdir Allah, pagi itu dia dijemput berbuka di sisiNya. Ketika jenazahnya diusung, badannya yang susut membuktikan yang dia seperti pimpinan lain, jarang sekali mengisi perut.

Semoga engkau tenang dan kenyang di sana, bersama sahabat-sahabatmu yang telah terlebih dahulu mendahuluimu.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Abdur Rahman bersama anak sulungnya Husam.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Darah mereka terus tumpah.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Anak-anak ini bersorak, bertakbir dan sujud syukur bukan kerana mendapat hadiah atau mainan.

Mereka bersyukur kerana mendapat peluang berkemungkinan akan kekal hidup.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

"Kami membersihkan rumah kerana saudara kami dari selatan akan datang dan mereka akan memerlukan tempat untuk tinggal."

Rumah dah tak ada dinding pun masih fikirkan orang lain.

Hidup mulia, mati syahid.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Namanya bumi Syam kan. Sama hebat, sama berkat dengan bumi Palestin.

Korang teringin tak nak ziarah bumi Syria ni?

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Video penuh hari ketiga kalian boleh tonton di sini untuk lagi feel!

Video bantuan: https://youtu.be/Ss05Ju8-4Ns?si=0mFeRTVvN383BCsV

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Jom membantu Syria, gerbang pembebasan Baitul Maqdis. Kalian boleh salurkan sumbangan ke https://swiy.co/myaid4syria atau akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: syamhur

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

🛑🇵🇸 Briged al-Qassam dan Saraya al-Quds bersiap sedia di lapangan bagi proses penyerahan tawanan Israel di Bandar Gaza.

Ikuti lintas langsung di:

https://www.youtube.com/watch?v=bNyUyrR0PHo

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Sabar dan kuatnya iman hanya terbukti apabila kita yang berdepan ujian.

Untuk menasihati orang lain bersabar dan bertabah, memang cukup mudah.

Dalam rombongan kami ke Syria, ada yang diuji dengan kematian anak kembar empat, selepas beberapa tahun isterinya pula mati ketika di perantauan menuntut ilmu.

Ada juga yang anaknya kembali kepada Pemilik asal, kepada Pencipta selepas memberi bahagia selama tiga tahun, mautnya secara mengejut dengan sakit seminggu yang datang tiba-tiba.

Yang pasti mereka di G semuanya telah teruji tetapi hebatnya mereka berdepan dengan ujian, redha dan pasrah mereka di level berbeza.

Saya ingat ketika isteri rebah ke tanah apabila mendapat khabar pemergian adiknya yang paling disayangi minggu lepas, anak saya Naeem merangkul ibunya dan mengulang-ulang perkataan yang berdesing di telinga saya sehingga saat ini,

طريقنا يما، طريقنا هذا!

Ini jalan kita, emak! Ini jalan kita!

Memang itulah jalan mereka, jalan pengorbanan, jalan jihad, jalan perjuangan sehingga rumah habis musnah, masa depan punah, anak isteri menjadi arwah, sehinggalah Al-Aqsa bebas daripada penjajah.

هي طريقنا هي طريقنا!

Ini jalan kami!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Betullah kedua-dua bumi Syria dan P adalah bumi yang satu, bumi Syam.

Bagi saya yang membezakan keduanya ialah P mengajar saya erti jihad badan dan ketahanan, sedangkan Syria mengajar saya makna jihad hati dan kerohanian.

Selain itu keduanya tak banyak berbeza.

Menelusuri jalan-jalan Kota Syam seolah menjejak lorong-lorong Bandar G. Tetapi yang lebih menginsafkan ialah keadaan bumi ini pasca 13 tahun berada dalam situasi perang saudara.

Nak menyebutkannya sebagai perang saudara pun tidak tepat kerana kemusnahan yang berlaku banyak disebabkan oleh serangan Rusia, Iran dan konco-konco mereka.

Sebaik sampai di Dimashq pada hari pertama itu, kami makan tengahari dan terus bergerak ke Halab.

Melalui pinggiran Dimashq, melalui kawasan Ghoutah kami terkejut dengan skala kemusnahan yang berlaku. Tak tumpah seperti G pasca peperangan tetapi entah kenapa di Ghoutah ini rangka dan struktur bangunannya masih ada, tidak seperti G yang ditinggalkan ibarat padang jarak padang tekukur.

Barangkali kerana senjata yang digunakan di sini adalah senjata kimia gas Sarin sehingga selepas bertahun-tahun ia masih belum boleh dimasuki semula oleh penghuninya.

Di kawasan Ghoutah inilah yang terkenal berlakunya pengepungan selama 5 tahun sehingga penduduknya termasuk memakan anjing dan merebus rumput untuk mengisi perut.

Kami melambai pergi Ghoutah dengan mata sayu, berjanji akan kembali menyantuni saki-baki mereka yang masih bertahan di sana.

Jom membantu Syria, gerbang pembebasan Baitul Maqdis. Kalian boleh salurkan ke https://swiy.co/myaid4syria atau akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: syamhur

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Kalian boleh lihat gambar-gambar yang lain di sini https://www.facebook.com/share/p/15LMiNpyzm/

#MalaysiaAid2Syria

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

☘️ MISI WINTER #MALAYSIAAID2SYRIA

📍 Syria | 21 Januari 2025

Alhamdulillah, hari ini hari kedua kami di Syria dan kami terus bergerak mengagihkan barang bantuan di kawasan Halab, Aleppo.

Untuk makluman, antara bantuan yang telah diagihkan hari ini adalah pek kebersihan yang akan memberi manfaat kepada 200 buah keluarga dan 350 set bantuan baju sejuk.

Kami sempat menyantuni dan bertanya khabar rakyat Syria di sini. Tidak ketinggalan kami juga sempat melawat bangunan-bangunan yang lama dan hancur di Citadel of Aleppo.

Selain Cinta Gaza Malaysia, misi ‘MalaysiaAid2Syria’ diketuai oleh Muslim Care Malaysia dan disertai oleh Muslim Volunteer Malaysia (MVM) dan Harmoni Prihatin Malaysia (HPM).

Teruskan ikuti perkembangan dan laporan kami dari semasa ke semasa di media sosial CGM. Mohon doa kalian agar semua urusan dipermudahkan 🕊️

Kalian boleh salurkan ke https://swiy.co/bantuansyria atau akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: syria.

#MalaysiaAid2Syria
#Heroes4Hope

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah!

Selepas 13 tahun dapat menjejakkan kembali kaki ke bumi Syam. Perasaannya seperti bertemu kekasih pertama, kekasih lama yang telah lama ditinggalkan.

Ikuti cerita kami dari dalam seminggu dua ini inshaAllah.

p/s : Ramai rakyat Malaysia dah masuk ke Syria sebelum kami tapi ia bukan fokus post, ia tulisan pihak media, fastabiqul khairat.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

يا ليتنا في غزة

Kalaulah kami dapat berada di G pada saat ini, berkongsi keseronokan penduduknya meraikan tamatnya genosid.

Menyantuni anak-anak yatim yang hidup mereka berubah 360°. Melihat pejuang berarak untuk membuktikan kepada penjajah bahawa kami masih ada.

Dan yang paling penting pastinya berjumpa semula Seneen anakanda yang tercinta bersama cucu Lujain, suaminya Yusuf, serta Tata dan ahli keluarga yang lain.

Abdur Rahman, Marah, Nur, Reem dan Rasha. Itulah mahar yang dibayar pada perang kali ini.

Terlalu banyak yang telah mereka korbankan dan pada saat inilah setelah semua trauma berlalu, ketika luka-luka mula dipulihkan, air mata mereka akan mengalir deras tanpa henti, merasai hakikat kehilangan dan kemusnahan yang ada di hadapan mata.

يا ليتنا في غزة.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

🇵🇸 🇵🇸 Kalau dulu kita tunggu loceng berbunyi untuk kita semua berpusu-pusu masuk ke kelas masing-masing, tapi untuk mereka yang dah lebih setahun tak dapat ke sekolah, buka pintu pagar sekolah semua dah berlari masuk. Hasil daripada sumbangan kalian, mereka dapat teruskan pembelajaran mereka pada tahun ini di Khan Younis.

Bulan ni, kami dalam proses membina sebuah lagi sekolah tapi bukan di Khan Younis tapi di Bandar Gaza. Masih ramai lagi pelajar ingin kembali ke sekolah walaupun dalam suasana genosid yang masih lagi berlangsung. 

Demi melahirkan generasi akan datang yang bersedia untuk memimpin negara ke arah yang lebih baik, kami melancarkan kempen #Education4Humanity.

Inisiatif ini takkan terhenti di Gaza semata, malah Indonesia, Syria, Lubnan dan juga Malaysia. Sepertimana, kita menghantar anak-anak kita ke sekolah untuk masa depan yang lebih cerah, begitu juga harapan para ibubapa di sana.

Teruskan menyumbang, sumbangan kalian menjadi harapan untuk mereka dapat kembali ke sekolah.

Kalian boleh salurkan ke https://cintagaza.my/education2025 atau akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: sekolah

#IlmuKunciPembebasan
#Education4Humanity
#Heroes4Hope

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Dia seperti abang kandung yang menjadi tempat meminta nasihat. Dia dan abang sulungnya Mu'tasim.

Walaupun bergelar adik ipar, tetapi usianya yang sedikit dewasa menjadikan dia rujukan tatkala 1001 mehnah datang melanda di bumi yang penuh kesukaran.

Lagaknya tenang, suaranya jarang didengari, dia lebih suka berdiam diri dan mendengar sebelum memberikan pandangan. Kalau Mu'tasim orang diplomasi yang sentiasa berbicara dengan hati, dia komander perang yang bercakap dengan akal.

Sejak mengambil keputusan berkahwin dengan kakaknya, sehingga berbincang untuk menetap di mana malah sesekali dia memberikan pandangan tentang cara kami bekerja, Abdur Rahman bukan calang-calang manusia.

Tak hairan ibunya, mak mertua saya Tata selalu berkata, ini anak yang paling mirip dengan saya. Puasa sunatnya, diam tafakkurnya, hujah tajamnya yang apabila dibutirkan susah untuk ditentang dan dibidas.

Semasa ayahnya meninggal pun air matanya tidak tumpah, hanya dipendam. Dan cintanya kepada kanak-kanak khususnya Qamar yang selalu dilatih menjadi lelaki yang bersedia mempertahankan kedua-dua pertiwi.

Tetapi tak cukup setakat itu.

Abdur Rahman syahid di akhir peperangan, pagi tadi selepas Subuh waktu G usai menunaikan solat. Dia orang yang terpilih untuk bukan sahaja diberi syahid tetapi diberi kemenangan setelah gencatan senjata diiklankan.

Dia mendapat Syahadah dan Nasr.

Dia dikurniakan tempat di sisi Tuhan setelah 25 tahun berjuang mempertahankan tanah air milik ummah, sehinggalah ke hujung usia dia menjadi komander di Bandar G, mengetuai ribuan para pemuda dengan gagah tanpa lengah.

Abdur Rahman.

Engkau pergi seperti angin lalu, empat bangunan diledakkan penjajah dan menjadi debu berterbangan demi memastikan engkau terkorban.

Tetapi kesan pemergianmu seperti gunung berapi yang meledakkan jiwa-jiwa kami, menyemarakkan semangat kami untuk terus berjuang dan meyakinkan kami, bahawa hadiah terindah hanya untuk mereka yang layak mengatakan aku sudah betul-betul penat.

Dan engkau wahai Abdur Rahman, sudah tiba masa engkau berehat di sisi Tuhanmu yang engkau cari dan rindui. Tatkala penduduk bersorak kerana berakhirnya perang, kami menangisi engkau yang di usia 40 tahun kembali bertemu kekasih abadi.

Al-fatihah untukmu wahai komander para mujahidin.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Terima kasih Fattah Amin atas sumbangan baju sejuk untuk anak-anak kita di sana pada musim sejuk yang menggigit ini.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Alhamdulillah, terima kasih Fattah Amin kerana sudi memberi sumbangan baju sejuk baru kepada anak-anak kecil di Gaza. Dapatlah mereka pakai baju sejuk yang baru! 🕊️

Bantuan baju sejuk ini sangat penting kepada mereka pada waktu ini terutama sekali untuk anak-anak kecil yang tidak tahan dengan cuaca sejuk yang melampau.

Semoga bantuan ini dapat memberi sedikit kehangatan dalam menahan kesejukan pada musim dingin ini.

CGM sentiasa membuka peluang agar kalian terus menjadi HERO buat mereka di sana. Teruskan menyokong dan bantulah mereka dengan menyumbang ke https://cintagaza.my/education2025 atau akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: sekolah.

#Heroes4Hope

Читать полностью…
Subscribe to a channel