🛑 3 Peringkat Gencatan Senjata Gaza
Fasa Pertama
◾️Tentera Israel akan berundur sehingga 700 meter (2,297 kaki) di dalam Gaza.
◾️Israel akan membebaskan kira-kira 2,000 orang tahanan Palestin, termasuk 250 orang yang menjalani hukuman penjara seumur hidup.
◾️HAMAS akan membebaskan 33 orang tawanan Israel.
◾️Israel akan membenarkan mangsa yang mengalami kecederaan di Gaza untuk mendapatkan rawatan perubatan.
◾️Israel akan membuka Lintasan Rafah dengan Mesir selama 7 hari selepas fasa pertama bermula.
◾️Tentera Israel akan mula berundur dari Koridor Philadelphia yang terletak di sempadan Gaza - Mesir, sebelum berundur sepenuhnya pada fasa seterusnya.
Fasa Kedua
◾️Jika Israel memenuhi syarat, HAMAS akan membebaskan semua tawanan yang masih hidup, kebanyakannya terdiri daripada tentera lelaki. Sebagai jaminan, Israel perlu membebaskan lebih ramai rakyat Palestin yang ditahan di dalam penjara Israel.
◾️Berdasarkan dokumen semasa, tentera Israel akan memulakan pengunduran sepenuhnya dari Gaza.
Fasa Ketiga
◾️Sekiranya syarat fasa kedua dipenuhi, fasa ketiga adalah diteruskan dengan pemulangan mayat tawanan Israel. Sebagai jaminan, rancangan pembinaan semula Gaza untuk 3 hingga 5 tahun akan dijalankan di bawah pengawasan pihak antarabangsa.
◾️Ketika ini, masih tiada kata sepakat siapakah yang akan mentadbir Gaza sepanjang gencatan senjata berlangsung. Amerika Syarikat (AS) telah mendesak agar Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk menubuhkan kerajaan baharu di Gaza.
Sumber: Al Jazeera
#GencatanSenjata
PENGUMUMAN RASMI PERJANJIAN GENCATAN SENJATA DICAPAI
Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani:
“Qatar, Mesir, dan Amerika Syarikat dengan sukacitanya mengumumkan pencapaian perjanjian mengenai Gaza.
Dengan persetujuan kedua-dua pihak yang berunding, usaha akan diteruskan malam ini untuk melengkapkan aspek pelaksanaan perjanjian.
Pelaksanaan perjanjian akan bermula pada hari Ahad, 19 Januari.
Menurut perjanjian tersebut, HAMAS akan membebaskan 33 tawanan sebagai pertukaran dengan pembebasan tahanan Palestin.
Sumber: Al Jazeera
Terj: Cinta Gaza Malaysia
🛑 Sumber kepada Al Jazeera Dedahkan Butiran Perjanjian
▫️Pernyataan dari perantara, iaitu Qatar, Mesir, dan Amerika Syarikat, akan menentukan kesinambungan fasa-fasa perjanjian gencatan senjata.
▫️Pelaksanaan gencatan senjata di Gaza dijangka bermula dalam dua atau tiga hari selepas pengumuman tandatangan perjanjian.
▫️Protokol bantuan kemanusiaan yang berkaitan dengan fasa pertama perjanjian akan merangkumi penghantaran 600 trak bantuan setiap hari.
▫️Fasa pertama perjanjian gencatan senjata di Gaza akan berlangsung selama 42 hari.
▫️Menurut perjanjian, pelarian dari selatan Gaza akan kembali ke kawasan utara tanpa sebarang halangan.
▫️Fasa pertama perjanjian gencatan senjata dijadualkan bermula pada hari Ahad akan datang.
Sumber: Al Jazeera
Terj: Cinta Gaza Malaysia
#GencatanSenjata
Kami mahu gencatan senjata segera!
Ayuh kongsi!
#IsraelCuak #TaufanalAqsa #GencatanSenjata
KUTIPAN DERMA KILAT UNTUK AIMAN ZIN 💪🏻
----
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sumbangan untuk meringankan beban Aiman Zin, Mantan CEO MyAqsa Defenders yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan di Hospital Sungai Buloh akibat penyakit tulang belakang yang dihadapi beliau. Sehubungan itu pihak MyAqsa Defenders mencadangkan untuk membuat kutipan derma dalam usaha untuk menyokong dan menampung kos rawatan dan pemulihan beliau.
Dengan rendah hati, kami memohon bantuan dan keprihatinan anda untuk meringankan beban beliau. Sumbangan boleh disalurkan dengan mudah melalui imbasan QR kod yang disediakan di dalam poster atau maklumat bank berikut :
💳 Akaun Bank: 562263591477 (Maybank)
👤 Nama Akaun: Pertubuhan Pembela Al-Aqsa Malaysia
📝 Rujukan: Derma Kilat
Semoga sumbangan anda, walau sekecil mana, menjadi asbab keberkatan dan kebaikan buat Aiman Zin serta anda sekeluarga. Jika tidak dapat menyumbang secara kewangan, kami amat menghargai doa anda untuk kesembuhan beliau.
Doa menghadapi penyakit:
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ البَاسَ، اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمً
“Ya Allah, hilangkanlah penyakit. Sembuhkanlah, Engkaulah penyembuh. Tidak ada penawar Mu, penawar yang menghabiskan sakit dan penyakit.”
----
Terima kasih atas sokongan dan kemurahan hati anda.
Salam hormat,
Ahli Sekretariat MyAqsa Defenders
𝓦𝓮 𝓪𝓻𝓮 𝓱𝓲𝓻𝓲𝓷𝓰 — Join MyAqsa Defenders (MyAD)!
Are you passionate about justice and human rights for Palestine? MyAqsa Defenders (MyAD) is hiring youth who want to make a difference!
We have opportunities in:
📝 Project management
📝 Content creator
📝 Admin support
📝 Finance
Help us run global campaigns like #IsraelCuak and amplify Palestine’s voice locally and globally.
📍 Office: Bandar Baru Bangi
📧 Send your resume to: resume@myaqsadefenders.org
Join us now!
Pelakon Amerika James Woods, yang terkenal kerana menyokong pembunuhan beramai-ramai di Gaza, disiarkan secara langsung di TV selepas rumah mewahnya di Los Angeles terbakar.
Sebelum itu, James Woods telah menerbitkan satu ciapan di laman medianya mengenai pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza:
"Tiada gencatan senjata. Tiada kompromi. Tiada Pengampunan"
🇵🇸 🇵🇸 Kalau dulu kita tunggu loceng berbunyi untuk kita semua berpusu-pusu masuk ke kelas masing-masing, tapi untuk mereka yang dah lebih setahun tak dapat ke sekolah, buka pintu pagar sekolah semua dah berlari masuk. Hasil daripada sumbangan kalian, mereka dapat teruskan pembelajaran mereka pada tahun ini di Khan Younis.
Bulan ni, kami dalam proses membina sebuah lagi sekolah tapi bukan di Khan Younis tapi di Bandar Gaza. Masih ramai lagi pelajar ingin kembali ke sekolah walaupun dalam suasana genosid yang masih lagi berlangsung.
Demi melahirkan generasi akan datang yang bersedia untuk memimpin negara ke arah yang lebih baik, kami melancarkan kempen #Education4Humanity.
Inisiatif ini takkan terhenti di Gaza semata, malah Indonesia, Syria, Lubnan dan juga Malaysia. Sepertimana, kita menghantar anak-anak kita ke sekolah untuk masa depan yang lebih cerah, begitu juga harapan para ibubapa di sana.
Teruskan menyumbang, sumbangan kalian menjadi harapan untuk mereka dapat kembali ke sekolah.
Kalian boleh salurkan ke https://cintagaza.my/education2025 atau akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: sekolah
#IlmuKunciPembebasan
#Education4Humanity
#Heroes4Hope
🛑🇵🇸 Ramai yang tertanya-tanya apa perancangan Cinta Gaza Malaysia pada tahun 2025?
Sebelum itu, kami kongsikan hasil sumbangan yang berjaya dikumpulkan mengikut kempen sepanjang tahun 2024.
Emergency4Gaza
Tajaan 2,000 Anak Yatim Selama 1 Tahun - RM 6,061,863.72
Wakaf Baik Pulih Masjid & Projek Wakaf - RM 5,083,454.40
Baik Pulih Universiti - RM 5,149,133.34
Bantuan Kesihatan & Perubatan - RM 6,235,142.65
Back To School - RM 3,651,195.18
Ramadan4Ummah - RM 10,785,944.91
Korban4Ummah - RM 1,091,512.55
WinterAid4Humanity - RM 3,587,525.19
Jumlah sumbangan 2024: RM 41,645,771.94
Alhamdulillah! Sebanyak RM 41,645,771.94 berjaya dikumpulkan sepanjang tahun 2024 untuk kami salurkan kepada mereka yang memerlukan di bumi Palestin.
Kami mulakan tahun 2025 dengan menghantar pasukan CGM untuk menjalankan misi bantuan musim sejuk di Palestin, Lubnan, Turki, Syria dan Tajikistan. Kami juga akan meneruskan kempen-kempen sedia ada pada tahun ini.
Teruskan menyumbang! In shaa Allah sumbangan kita menjadi asbab ke syurga bersama-sama mereka. Amiin.
#Heroes4Hope
🛑🇵🇸🇲🇾 Kalian sungguh hebat rakyat Malaysia!
Asbab sumbangan kalian, kita mampu menyediakan ruang pembelajaran yang kondusif dan kemudahan seperti laptop dan internet bagi kegunaan para pelajar universiti di Gaza.
Tujuan projek ini untuk memfokuskan pembelajaran atas talian bagi pelajar universiti di Gaza. Dengan bantuan ini, mereka mampu untuk menyambung pengajian yang telah lama tertangguh akibat genosid.
Untuk fasa awal, projek ini disokong oleh Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi Palestin dan pelajar akan menyambung pembelajaran atas talian di universiti di Tebing Barat dan negara Arab yang lain.
Pelaksanaan projek ini akan berjalan selama 3 semester yang membenarkan pelajar untuk mendaftar maksimum 9 jam akademik.
Projek ini memberi manfaat kepada seramai 300 pelajar universiti di Bandar Gaza. Semoga projek ini dapat merapatkan lagi jurang pendidikan yang telah lama ditinggalkan akibat genosid yang berlaku.
Alhamdulillah, tiada yang sia-sia dan tiada yang mustahil jika kita sentiasa berusaha dan bertawakal. Teruskan menyokong penduduk Gaza! 🕊
#Heroes4Hope
Tengah malam semalam, sekitar jam 1 pagi tiba-tiba isteri meminta saya 'topup' aplikasi untuk membuat panggilan antarabangsa, katanya dia perlu menelefon ibunya sekarang juga.
Saya akur kemudian mendengar perbualannya, rupa-rupanya dia nak bercakap dengan emak saudaranya, mengucapkan takziah dan tahniah. Minggu lepas sepupu si isteri, Raed berada di sebelah sebuah kereta yang tiba-tiba dibom penjajah. Dia terkena serpihan bom sehingga terlantar di atas katil dan tidak dapat bergerak.
Keadaannya bertambah buruk, organ-organnya mula berhenti berfungsi dan semalam kami dimaklumkan bahawa Raed telah pun syahid. Tak sampai dua bulan lepas, adiknya bernama Muhammad juga telah syahid bermakna dua orang anak telah terkorban di dalam selang waktu dua bulan.
Sebab itu pertukaran tahun kali ini tak dapat saya rasai. Hakikatnya di sana tidak ada apa-apa pun yang berubah. Saya hanya mampu membelek gambar-gambar lama, melepaskan kerinduan kepada bau bumi itu, kerinduan mengusap kepala anak-anak di sana dan belajar dari penduduknya yang hidup mereka sentiasa disulami jihad.
Ya, semua yang kalian nampak di dalam video ini termasuk pejabat kita di sana, sudah menjadi abu. Kebetulan antara video lama yang saya jumpa ialah video pasukan polis di G sedang berlari di awal pagi.
Mereka tak memerlukan azam baru kerana keazaman mereka membebaskan tanah air sudah menjadi sebahagian darah daging mereka. Kita yang memerlukan suntikan semangat, daya penolak dan lautan doa supaya tahun ini kita dapat memastikan apa yang paling penting untuk kemanusiaan perlu dicapai dengan apa cara sekali pun :
STOP THE GENOCIDE.
Haura' marah saya post gambar Qamar haritu tak post gambar dia. Dia kata, dia lagi masyhur.
Baru ni ke IOI tiba-tiba ada orang tegur dia, tanya awak Haura' ya? Lagilah kembang dia, dia kata tengok tak nampak Baba pun orang kenal saya.
Dalam budaya Yahudi ni dipanggil chutzpah, terlebih konfiden dan berani. Ia memang dibudayakan supaya mereka berani mendokong naratif sendiri walaupun salah.
Harap Haura' membesar dengan penuh keyakinan tapi untuk lawan Iz lah.
Muhasabah yang 'deep' pada hari Jumaat ni. Saya selalu cakap, kita sedang hidup dalam Nakbah 2.0 dan selepas 450 hari, 46 ribu syuhada' dan 2 juta orang berhijrah, kita masih belum mampu menghentikan genosid yang berterusan.
Kita perlukan jawapan di hadapan Allah tetapi sebelum itu, kita memerlukan jawapan di hadapan anak cucu kita..
Qatar membuat persiapan akhir untuk PM dan Menteri Luarnya mengumumkan gencatan senjata di G.
Читать полностью…Terjumpa syair kecil yang saya nukilkan pada tahun 2008 ketika masih berjuang bersama Persatuan Siswazah Sabah di Sabah. Gambar saya dan sahabat-sahabat paling berdedikasi merempit bersama untuk berdakwah di Tambunan ketika itu.
Hayatilah, Sebutir Pasir versi Nadir 2008 ☺️
Sebutir Pasir
Aku bermula sebutir pasir
Terdampar di pantai kehidupan
Ditiup angin berterbangan
Dihembus ke kiri ke kiri
Dihembus ke kanan ku ke kanan
Tika ini
Hidupku tidak pernah sepi dari noda dan dosa
Tidak pernah sepi dari leka dan alpa
Lemas dalam jurang-jurang durjana
Tersasar jauh dari hakikat hamba
Suatu hari
Aku disapa Sang Pengembara
Aku diangkut ke medan mulia
Dibelai dakwah
Diusap tarbiyyah
Diriku diadun dengan airmata takwa
Disebati dengan tanah dan lumpur perjuangan pusaka
Lalu aku semakin teguh
Ditiang oleh aqidah
Disimen oleh ukhuwwah
Diteduh oleh atap mahabbah
Disusun dan diatur menjadi bangunan teguh yang tak bisa roboh
Tegak dan kukuh
Masa terus berlalu
Bangunan kian usang disalut debu
Di tapak kukuh mula tampak retak dan rekah
Debu putus asa dan marah
Retak oleh tarbiyyah ruhiyyah
Rekah oleh lemahnya thaqafah
Duhai pasir
Kau kini bukan lagi sebutir
Kau tidak boleh mengalah
Disisimu akan ada teman-teman yang sama melangkah
Yang sama bercita menuju mardhatillah
Duhai pasir
Jika kau hendakkan istiqamah
Jangan kau turuti nafsu serakah
Jika kau mahu kekal di jalan ini
Jangan kau cari cinta duniawi
Jika kau dambakan damai abadi
Jangan kau bergantung pada kasih insani
Carilah Ilahi
(nurilhakim, 5 September 2008)
🛑 Poland telah menerima pakai resolusi yang menjanjikan bahawa Netanyahu boleh bebas pergi ke Poland untuk menyambut ulang tahun ke-80 pembebasan kem tahanan Auschwitz-Birkenau akhir bulan ini.
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap pada bulan November 2024 untuk Netanyahu dan bekas ketua pertahanannya, Yoav Gallant, atas jenayah perang dan jenayah kemanusiaan di Gaza.
Sumber: Quds News Network
Terj: Cinta Gaza Malaysia
#IsraelBacul #TaufanalAqsa
Assalamualaikum & salam sejahtera ⛅
*PODCAST CINTA GAZA MALAYSIA | 2025*
Kalian dah dengar ke belum podcast Cinta Gaza Malaysia?
Dengarkan episod terkini podcast CGM bagi sesi 2025!
🆕 *Bersama Tuan Haziq* | #SemejaBersamaCGM: Jadikan Sedekah Tindakan _Spontaneous_
Spotify: https://shorturl.at/YGVuW
Youtube: https://youtu.be/Lyct_Pp4sF4
⚡🆕 *Bersama Tuan Amir* | #SemejaBersamaCGM: Demi Gaza Walaupun di Malaysia
Spotify: https://shorturl.at/YrTYj
Youtube: https://youtu.be/w0iHIMn3CNY
🆕 *Bersama Cik Nur'Afifah* | #BorakBuku: Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri
Spotify: https://shorturl.at/hPiwZ
Youtube: https://shorturl.at/7He5W
🆕 *Bersama Cik Lia Maryam* | #BorakBuku: Insyirah - Kelapangan Hati dan Minda
Spotify: https://shorturl.at/V40eZ
Youtube: https://tinyurl.com/yc5ykvue
#podcastCGM
#SemejaBersamaCGM
#BorakBukuCGM
Syarikat saya 2len Palestin tengah clearkan gudang, desain-desain yang ada ni tak buat dah lepas ni. Jemput cuci mata dan pilih mana yang berkenan ya!
You deserve to reward yourself (and your kesayangan) 😍 Klik 2lenpalestin.com cepat!
Sambil dimainkan lagu kanak-kanak 'jom tidur, jom tidur' tentera penjajah berkongsi video bagaimana mereka terus meletupkan rumah penduduk di selatan Lubnan walaupun gencatan senjata telah dilaksanakan.
Tentera paling bermoral di dunia, kata mereka.
Hari ini beruntung sampai ke sini, tempat dua benda yang saya suka, digabungkan.
Mengembara dan mengenal budaya orang lain. Mempelajari benda baru khususnya dalam bisnes untuk mengembangkan dana organisasi.
Waduh, sahabat-sahabat di Global Peace Mission cepat sangat, mereka dah buat dulu!
Tahniah kepada sahabat-sahabat di lapangan kemanusiaan yang berjaya melaksanakan kolaborasi membuka Restoran Uyghur Saray ini. Restoran yang cantik sampai diplomat pun tadi mengunjung dan cukup autentik sampai warga Uyghur sendiri ramai yang bertandang!
Apa yang kami dah cuba dan syorkan? Mee tarik, wajib. Chicken wings bakar, wajib. Gosh Naan, wajib. Mushroom beef dish, sedap. Tapi yang paling win, terkenang macam ada di G semula sampai nak nangis? Lamb kebab! Aduh, melt in the mouth sungguh. Saya ada kongsi juga sebahagian menu lain di bawah.
Lepas tu tutup dengan doghap (yoghurt masam). Lepas tu balik boleh tidur lena sampai terkenang-kenang sepanjang malam. Sambil menjamu keluarga dan kawan, membantu gerakerja kemanusiaan khususnya warga Uyghur.
Yang lalu-lalu di KL, kebetulan ada di kawasan Hospital Kuala Lumpur, KPJ Sentosa kena singgah. Search di maps pun akan jumpa.
Kalau dah sampai sana, kirim salam kepada sahabat saya Tuan Syahrir dan Tuan Salman. Selamat mencuba dan viralkan restoran ini jom!
Konsep rezeki ni macam ni.
Kita buat baik sebanyak mungkin, bagi semua orang senang hati dengan kita, bersangka baik dengan Allah kemudian serahkan kepadaNya untuk buka pintu rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka.
Kita buat dulu baru Allah bagi, walaupun kadang-kadang kita tak buat pun Allah dah bagi.
Tengok pakcik ni. Dia tinggal di Khovaling, 5 jam dari Dushanbe, ibu negara Tajikistan.
Agak-agak dia pernah tak terbayang di usia lanjutnya akan ada dua orang adik-beradik artis dari Malaysia, seorang founder tudung dengan jualan ratus ribu helai sebulan dan seorang bapa viral kebangsaan akan datang ke kampung dia untuk masakkan spagheti arabiata dengan cara betul tanpa pakai susu tapi grate 3 jenis keju dalam putih telur kemudian dikacau dan dituang atas hasil akhir pakai kayu api?
Dengar macam mustahil, tapi untuk Allah tidak ada yang mustahil. YAKIN, BUAT, SERAH yang selebihnya dah bukan urusan kita, inshaAllah.
Jom Jumaat ni siapa nak sumbang sikit untuk bantuan kemanusiaan di Sri Lanka, Tajikistan dan Kemboja boleh klik di sini https://swiy.co/jomsumbang
Tolong share boleh? Dah yakin, tinggal buat dan berserah. Jom!
Ada sikit lagi ni hadiah untuk orang baik-baik yang selalu sokong kami. Siapa selalu cepat buka posting saya di telegram ni, ada lah rezeki inshaAllah untuk dapatkan kalendar 2025 ni. Cepat klik link!
https://swiy.co/kalendarpercuma
Sahabat saya Aiman ni memang orang lama dunia kemanusiaan. Terlanjur asyik uruskan ummat sampai terlupa kesihatan sendiri. Akhir sekali beliau mengusahakan MyAqsa Defenders sebagai CEO sebelum berhenti untuk terlibat dalam dunia konsultansi. Beliau tak pernah berhenti memberi khidmat percuma kepada NGO-NGO yang ada. Saya kongsikan usaha beliau mengumpul dana dengan menjual ebook penulisannya buat menampung kos rawatan. Kalau tak nak ebook pun hadiahkan saja apa termampu pun boleh. Semoga Allah membalas segala kebaikan tuan. Tulisan Tuan Sazlie dengan sedikit perubahan 👇
Sebelum ini saya kongsikan keadaan Aiman Khairul Azzam yang terpaksa dikejarkan ke hospital. Alhamdulillah ada beberapa kenalan & rakan-rakan NGO yang bantu meringankan beban kewangan. Sumbangan yang diberikan meringankan kos perubatan yang ditanggung.
Sekali lagi, semalam Aiman dimasukkan ke hospital yang sama selepas pemeriksaan berkala. Baru sekejap saya dan Aiman berprogram untuk NGO, sempat 2 program sahaja, dah dimasukkan semula ke hospital. Untuk penghujung 2024 sehingga Jan 2025 Aiman terpaksa rehat, di hospital atau di rumah, bergantung nasihat doktor.
Kali ini dia kena lalui pemeriksaan MRI & rawatan susulan lain. Terus terang, kosnya sekitar RM70,000. Saya tulis status ini memang untuk meminta pertolongan bagi pihak Aiman untuk meringankan beban kewangan dia. Saya rasa duitnya dah banyak habis untuk rawatan-rawatan sebelum ini.
Dia minta saya iklankan jualan ebook untuk menampung kos rawatannya. Jemput ramai-ramai beli & lebihkan sedikit untuk tampung kos rawatan dia.
*Ebook Khas untuk membantu Kos Perubatan*
Cara untuk membeli:
1) Transfer RM10 ke QRCode di poster atau ke akaun *Maybank 162414181612* (Muhammad Aiman bin Mohd Zin)
2) Isi butiran anda di pautan ini *https://bit.ly/ebookAiman* untuk penghantaran ebook secara email/WA
2 ebook terbaru:
1) Yahya Sinwar - Singa dari Gaza
2) Ismail Haniyeh - Pemburu Syahid
6 ebook tambahan:
1) Diari Khadam Ummah
2) Nota CEO
3) Demi AlAqsa
4) Intifada
5) 1001 Jihad untuk Palestin(1)
6) 1001 Jihad untuk Palestin(2)
Semoga ebook ini bermanfaat.
Terima Kasih.