nadiralnuri | Unsorted

Telegram-канал nadiralnuri - Nadir Al-Nuri

241417

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Subscribe to a channel

Nadir Al-Nuri

Saya yakin masih ramai yang belum melihat video ini.

Ia jawapan kenapa penduduk P tidak boleh dikalahkan sehingga saat ini. Rancangan penjajah, bunuh sekumpulan manusia dan jadikan kehidupan yang berbaki ibarat neraka supaya keluar dengan sukarela.
Tetapi perancangan mereka gagal kerana rakyat teguh dan terus bangkit tanpa mahu mengalah.

Sekolah ini baru sahaja siap dibina di Al-Mawasi, Khan Yunus. Ya di waktu bom dan roket masih meledak di atas kepala mereka. Ia merupakan sekolah terbesar di G buat masa ini dengan kapasiti 3000 orang pelajar. Dan ia hasil sumbangan kalian semua melalui CGM.
Kalian faham tak apa yang kami maksudkan bila kami sebut, sumbangan kalian tak semata-mata menyelamatkan nyawa, tetapi juga memastikan kaki mereka dipasak kemas di bumi milik mereka, untuk terus bertahan dan bertahan sehingga genosid dihentikan.

Ini sumbangan kalian, memberikan mereka harapan. Ini jawapan kalian untuk dicatatkan dalam sejarah kemanusiaan.

Kalian boleh terus menyumbang ke https://emergency4gaza.com/kecemasan atau sumbang ke akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta G Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: kecemasan.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Pelbagai andaian, teka-teki dan propaganda tentang apa yang sedang berlaku di Syria ketika ini. Kita juga sedang dilambakkan dengan bermacam-macam maklumat.

Ayuh kita perhalusi bersama konflik Syria ini bersama Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff (Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya).

Pergolakan Syria: Dimensi Politik, Agama dan Kemanusiaan
Tarikh: 26 Dis 2024 (Khamis)
Masa: 10 pagi - 1:30 ptg
Tempat: Dewan Utama, PPAS @ Daerah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi

Yuran Komitmen: RM20 per individu
Pautan pendaftaran: bit.ly/advsyria

Makanan tengah hari disediakan.
Tempat adalah terhad.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Salam Subuh buat para pencinta Palestin 🇵🇸

Jemput tonton Podcast Garis Krisis | Lupakah Kita Kepada Gaza Selepas Syria Merdeka?
--
Penderitaan rakyat Palestin di Gaza tidak akan dilupakan sekalipun tumpuan masyarakat dunia, termasuk di media, kini beralih kepada Syria yang baru bebas dari cengkaman rejim Bashar Assad sejak 8 Disember lalu.

Sebaliknya, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata semua pihak perlu faham Syria akan berdepan cabaran lebih besar untuk bangkit semula.

Baca akhbar penuh di sini.

#IsraelBacul #TaufanalAqsa

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

https://www.facebook.com/share/v/abtusq17KTLYp2dh/

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Orang kata anak lelaki ni akainya panjang. Tapi nak bagi akai panjang belah betul ni satu hal juga.

"Baba, esok tak nak pergi tadika, boring saya tak faham."
"Baba, esok saya cuti, kepala saya sakit."
"Baba saya tak nak makan, cuba rasa badan saya panas."

Tapi sekali-sekala dia tunjuk juga bijaknya sampai kita nak marah pun kesian.

Bila jumpa datuknya dia kata, atuk Qamar 1, saya Qamar 2.
"Baba, kenapa nak suruh belajar Bahasa Melayu, jangan susah-susah, saya orang P."
Dan ketika kakaknya Haura' minta hadiah birthday nak musafir ke Turkiye, dia berulang-ulang berkata, saya hanya nak balik ke G.

Aduhai Qamar. Semoga menjadi manusia yang memanusiakan manusia kelak.

Terima kasih Tuan Muhammad Syahmi Afiq ketikkan gambar.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Yang paling menakjubkan setiap kali saya bermusafir ialah bila melihat budaya orang orang lain, bagaimana persepsi mereka terhadap kehidupan, betapa bezanya konsep nilai kepada mereka bila dibanding-beza dengan kita.

Lagi-lagi bila masuk ke kawasan pedalaman yang agak jauh daripada ‘kemajuan’.

Kadang-kadang kita rasa bahawa hidup cukup sempurna bila ada elektrik 24 jam, air yang tak putus setiap kali pili dibuka, kedai ‘hipster’ tempat boleh menghirup kopi bersama kawan dan keluarga.

Tetapi jauh di pelosok dunia, ada orang yang seperti selalu disebut Hakim (team CGM) ‘bahagia cara mereka.’ Boleh dinyalakan api di tengah malam ketika suhu mencecah tahap beku, bekerja untuk keluarga cukup makan tanpa perlu runsing memikirkan simpanan esok, menghirup kopi tanpa jenama sambil berkongsi cerita dengan yang anak isteri kerana tidak sibuk dengan internet dan isu dunia – hidup mereka ringkas tetapi cukup bermakna.

Entahlah kalau kita, boleh ke wujud seperti mereka, bersatu dengan alam, hidup dengan apa yang ada, ‘bahagia dengan cara mereka.’ Entahlah.

Jom ikut kami berjumpa dengan saudara-saudara Islam kita di Tajikistan. Isi link untuk dimasukkan ke waiting list swiy.co/tglobalheroes. Nak sumbang untuk saudara kita di sana? Tekan link ini swiy.co/jomsumbang

Cepat!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Abu Dhia', syahid sekejap tadi untuk pergi bertemu cucunya di syurga, 'soul of his soul'.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Dalam mana-mana buku terkait geopolitik, antara dua faktor besar yang menentukan perkembangan ekonomi sesebuah negara ialah akses kepada pelabuhan laut dan bentuk muka bumi.

Sedihnya Tajikistan berdepan kesusahan dalam kedua-dua faktor penentu ini.

Pertamanya ia merupakan sebuah negara ‘landlocked’, tidak mempunyai akses kepada pelabuhan yang merupakan laluan perdagangan paling murah dan efisien dan keduanya 93% daripada Tajikistan adalah gunung-ganang yang merencatkan sistem pengangkutan dan keperluan menyampaikan tenaga elektrik kepada semua kawasan.

Sebab itu mereka bergantung kuat kepada hubungan dengan negara jiran seperti Uzbekistan dan Kyrgystan selain kepada Rusia dan China untuk menggalakkan perdagangan.

Mudah-mudahan usaha kita memperkenalkan lagi Tajikistan kepada rakyat Malaysia dan Nusantara akan menggalakkan lagi sektor pelancongan negara ini dan menjadikannya sumber ekonomi lebih besar untuk mereka, inshaAllah.

Jomlah ziarah Tajikistan bersama Humanitarian Tours CGM. Melancong macam biasa tapi WAJIB laksanakan bersama projek kemanusiaan di negara terbabit dan WAJIB mencari dana sebagai saham pelaksanaan projek.

Semuanya kita akan ajarkan kepada kalian, klik sahaja dulu https://swiy.co/tglobalheroes untuk masuk ke waiting list ya!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Alhamdulillah kelmarin selesai akikah yang kita laksanakan di Kampung Lohuti, Khovaling di sebelah timur Dushanbe. Seram juga nak sampai, jalan bergunung-ganang dan bersalji.

Orang kampung bersemangat turun nak bantu sembelih walaupun cuaca sekitar -10°C. Makanan dimasak dan diagihkan kepada penduduk seramai sekitar 250 orang dan 30 pekerja yang sedang membangunkan masjid dekat ni.

Lembu pun pakai baju tebal, sejuk sangat!

Ini hari terakhir kami di Tajikistan. Hari ni kami akan menziarahi anak-anak yatim di sekitar Dushanbe. Kami akan buka juga tajaan kepada semua tetapi untuk hari Jumaat yang berkat ini, kalian boleh cukupkan dulu sumbangan untuk generator yang kita bagi ke hospital semalam. Jom!

Link ni ya untuk sumbang https://swiy.co/jomsumbang

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

NYAWA YAZID@BREFFA DALAM PERTARUHAN 7 HARI KANSER LIDAH - PROJEK USRATUNA KANSER
.
.
#BANTUBREFFA 7 HARI UNTUK KUMPUL DANA PEMBEDAHAN
.
Bayangkan lidah membengkak dalam masa 3 bulan; tidak dapat bercakap dan makan.
.
Inilah yang sedang dilalui Yazid @ Breffa. Kanser lidah tahap 4 adalah ujian getir yang menghancurkan tubuh dan harapan.
.
Breffa kini berlawan dengan masa. Setiap hari yang berlalu, peluangnya untuk meneruskan kehidupan semakin tipis. Rawatan yang mampu menyelamatkan nyawanya menelan kos RM150,000 —kos yang beliau tidak mampu tanggung sendirian.
.
DIA PERLUKAN SEDEKAH KITA SEKARANG
.
Breffa tidak meminta banyak. Hanya sedikit bantuan daripada kita untuk meneruskan hidup, untuk kembali tersenyum, dan untuk meneruskan kerjaya umrahnya.
.
Sumbangan Anda, Walaupun Sedikit, Adalah Harapan Besar Buat Breffa.
Mari kita bersama-sama, dalam tempoh 7 hari ini, menghulurkan apa sahaja yang termampu.
.
Layari pautan di profile ini untuk memberi sinar harapan: bit.ly/bantubreffa
.
Pertubuhan Jiwa Amal Malaysia (JIWA)
.
Ambank Islamic Berhad
8881 0591 36636
Ref: BREFFA
.
Email : donate@jiwaamal.org.my
Call / WhatsApp:
(Sedekah) 019-3770361 (Syed)
.
Dia Perlukan Kita – Sekarang.
Hanya dengan kasih sayang dan keprihatinan kita, Breffa dapat kembali bangkit. Mari lakukan sesuatu, sebelum terlambat.
.
JADIKAN DIRI ANDA HEBAT AMAL HEBAT JIWA
.
.
#ngojiwaamal #hebatamalhebatjiwa #gooddeedgoodsoul #jiwajumaat #projekusratuna #jiwausratuna #BantuBreffa

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

2 bahagian berbaki untuk akikah di Tajikistan, cepat! RM700 satu bahagian, kami akan sembelih dan masak sendiri sekejap lagi.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Raya haji yang lepas, rakan NGO kami memilih melaksanakan projek korban di daerah bernama Khovaling kerana lokasinya di pedalaman selain jarang-jarang sekali daging korban sampai kepada penduduk kampung di sini.

Kami akan menziarahi lagi kampung ini untuk melaksakan akikah, merewang memasak bersama orang kampung sambil memperkenalkan Malaysia kepada mereka. Seronok bila bawa nama negara kita sebab rata-rata orang luar pernah dengar cuma jarang sekali mereka dapat berjumpa dengan rakyat kita yang cantik-cantik dan kacak-kacak belaka.

Kami membuka peluang kepada 7 orang untuk melakukan akikah di sini, nilai satu bahagian ialah RM700. Kami sendiri akan laksanakan dan berikan gambar dan video kepada kalian.

Jom sertai akikah untuk anak kalian atau diri sendiri, semoga anak-anak kalian membesar menjadi pendakwah hebat di seantero dunia kerana ibubapanya berakikah di Tajikistan dengan tujuan berdakwah kepada penduduk yang tak senasib dengan kita.

Cepat, kita buka untuk 7 orang saja ya! Link untuk sertai di sini https://swiy.co/akikahtajikistan, kongsikan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga lain ya.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Banyak lagi kan usaha kita kena buat 😔

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

https://www.facebook.com/share/p/8g4iL4Gc1QS5JYmN/

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Saya rasa ramai yang tahu bahawa saya pernah berkelana menuntut ilmu di bumi Syam walaupun satu tahun setengah tak melayakkan saya untuk mengaku penghuninya.

Saya pernah menjejak hampir keseluruhan bumi tersebut. Menuntut di Damsyik, beruzlah ke Halab, mencari wali dan ulama' di Hama dan paling seronok merentas keseluruhannya dari utara ke selatan apabila masuk dari selatan Turkiye untuk kembali ke Damsyik di bawah ledakan roket Apache dan tembakan tentera Assad sebelum sampai dan dievakuasi bersama pelajar Malaysia lainnya.

Seusai di Malaysia saya bertindak di bawah Persatuan Pelajar Malaysia Syria menjelajah seluruh Malaysia memberi penerangan dan mengumpul dana untuk rakyat yang menjadi mangsa kerakusan di bawah jenama Roadtour : Dari Syam Kepada Alam. Puluhan ribu ringgit yang pada tahun 2012 dirasakan sudah banyak diserahkan kepada ulama'-ulama' Syria yang datang ke Malaysia.

Kajian dan usaha mencari bahan ketika itu menjadikan saya agak 'updated' berkaitan isu Syria, justeru seperti sahabat lain terkejut dengan berita kemenangan sempurna dan sepantas kilat pejuang mujahidin di sana pada 8hb Disember, Ahad lepas.

Walaupun agak skeptikal pada mulanya, tetapi sehari dua ini menampakkan bahawa kemenangan tersebut adalah autentik. Pastinya ada percaturan kuasa-kuasa yang belum nyata, ada punca dan akibat yang belum dapat dibaca tetapi biarlah ia menjadi bicara esok.

Untuk hari ini, marilah kita sama-sama menyambut sebuah kemenangan bersama-sama, mudah-mudahan ia menjadi punca pembebasan negara jiran pula.

Tahniah Syam, seluruh penduduk, pejuang dan pencintanya! Wahai Syam yang dirindui, aku akan menjejakmu semula dalam masa terdekat, inshaAllah.

الشعب كان يريد اسقاط النظام
فانظر النظام قد سقط يا مجرم
فدورك قادم

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Jarang kami dapat berkumpul lapan beradik macam ni. Sebelum ni ada yang menuntut ilmu ke Jordan, England. Sekarang yang masih berkelana di luar hanya di G dan Indonesia.

Kali ini alhamdulillah kami dapat berkumpul menyambut perkahwinan sepupu kami Ikmal di Penang, tahniah kepada kedua mempelai.

Tetapi ini bukan kisah pertemuan beberapa hari tapi perpisahan abadi.

Ahad itu sedang kami sibuk melayan tetamu, tiba-tiba anak saya Busyra datang meminta kunci kereta, matanya merah dan bengkak. Dia berlalu ke kereta dan tak keluar sehingga habis majlis.

Saya terpinga-pinga tetapi tak lama kemudian Haura' datang menarik baju dan membisik, Baba, Busyra menangis. Saya lantas mencari kelibat isteri untuk bertanya lanjut. Kata isteri, kawan paling rapat Busyra di universiti baru sahaja mati syahid. Kawannya beberapa hari lepas berborak dengannya mengatakan bahawa dia merasakan nyawanya berada di penghujung, tup tup Ahad itu dia dibom, terkorban.

Teman,

Dunia ini pendek, hargai setiap detik bersama yang dikasihi.
Nyawa boleh ditarik bila-bila masa, tak semestinya dibom justeru bersedia menghadapi mati bila-bila.
Bersederhana dalam kegembiraan kerana sentiasa ada yang sedang menderita.

Kalau kita letih, mereka letih berjuta kali ganda.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

🛑🇵🇸Ayuh tonton Kisah Dari Gaza!

Adik Maria ini baru berumur 5 tahun tapi sangatlah petah berkata-kata dan lancar menghafal ayat al-Quran.

Semoga anak-anak kita dapat mencontohi semangat adik Maria ini 🥰

#KisahDariGaza

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

👆Jom tonton bersama. Yang melupakan Gaza ketika berita Syria sedang hangat, bermakna terjatuh dalam perangkap buatan musuh yang melukis sempadan negara di mana sahaja yang mereka suka!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Seorang bayi perempuan syahid akibat kesejukan yang melampau di Khan Yunis, yang mana keluarganya telah dipindahkan dan kawasannya musnah akibat kekejaman Zionis.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

🛑🇵🇸 KENYATAAN MEDIA BERSAMA NGO-NGO MALAYSIA | MENYOKONG PEMBEBASAN SYRIA DAN USAHA PEMBANGUNAN SEMULA

Kami, mewakili pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia, dengan ini menyatakan sokongan penuh terhadap pembebasan Syria daripada cengkaman rejim Bashar al-Assad yang telah dicapai pada 8 Disember 2024 yang lalu. Peristiwa bersejarah ini bukan sahaja membawa harapan baru untuk rakyat Syria, malah menjadi langkah penting ke arah pembebasan Al-Aqsa dan Palestin secara keseluruhannya.

Dengan pembebasan ini, tanggungjawab yang lebih besar kini terletak di bahu kita semua untuk membangunkan semula Syria sebagai sebuah negara yang penting dalam perjuangan pembebasan Palestin. Pembangunan semula Syria bukan sekadar membina fizikal negara, tetapi juga memulihkan peranannya yang strategik dalam rantau ini.

Klik https://binasemulasyria.com/ untuk maklumat lanjut.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

With pride. Selepas beli 3 tahun lepas.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

🛑🇵🇸🇲🇾 Pembukaan Sekolah Cinta Gaza Terbesar di Semenanjung Gaza

Alhamdulillah! TAHNIAH rakyat Malaysia!

Menurut Kementerian Pendidikan di Gaza, Sekolah Cinta Gaza Malaysia yang dibina ini merupakan sekolah terbesar di Semenanjung Gaza yang dikhususkan untuk pendidikan.

Kapasiti sekolah ini boleh menampung seramai 3,000 pelajar daripada tadika sehingga sekolah menengah.

Sekolah sementara ini mempunyai 42 orang guru dan sekolah ini mempunyai 10 bilik darjah termasuk pejabat pengetua, ruang rehat guru, kafeteria dan 6 bilik air.

Mata pelajaran:
🔸Darjah 1 hingga 9: Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Sains.
🔸Gred 10: Mata pelajaran yang sama, dengan Sains digantikan dengan Fizik.
🔸Sekolah Menengah (Tawjihi):
Aliran Saintifik: Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Fizik, Kimia, Biologi.
🔸Aliran Sastera: Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Geografi, Sejarah.

Terima kasih banyak rakyat Malaysia yang dermawan! Semoga kita semua diberi rezeki yang meluas supaya dapat membantu lebih ramai lagi anak-anak Gaza yang memerlukan! 🕊️🍉

#Heroes4Hope #Emergency4Gaza

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Kami menziarahi Hospital Darvoz ini pada bulan Jun lepas.

Ketika itu kami meletakkan sasaran mencari projek lestari dan mapan di setiap negara yang dilawati untuk projek korban. Di Tajikistan, NGO Sabo Charity yang kami kerjasama mencadangkan pembaik-pulihan hospital ini yang telah berdiri sejak tahun 1960.

Takdir Allah setelah pulang ke tanahair, kami dimaklumkan bahawa sebuah NGO dari Jepun yang sebelum ini pernah ke sana dan berjanji membaiki hospital tetapi hilang dari radar beberapa ketika, muncul semula.

Maka selesai tanggungjawab yang besar, tinggal sahaja mereka meminta kita mencari dana membeli penjana kuasa (generator) supaya hospital boleh dihidupkan pada musim sejuk. Ya di sini pada musim sejuk, elektrik akan dicatu dan hospital pun tak dapat berfungsi.

Semalam kami menziarahi hospital ini semula untuk menyerahkan generator kepada pihak hospital. Seronok bukan kepalang doktor-doktor, jururawat dan staf bila mereka boleh memberi khidmat sepanjang masa.

Generator ini berharga sekitar RM90,000. Kita memerlukan sekitar RM50,000 lagi untuk mencukupkan bantuan generator ini. Jom bantu kami memberi nafas baru kepada hospital ini dengan berkongsi sedikit rezeki bersama mereka.

Kalian sumbangkan di link ini ya https://swiy.co/jomsumbang di penghujung hari Jumaat ini, semoga barakah.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Sahabat baik kami ni dalam dunia kemanusiaan, seorang yang sangat ramah dan ceria, semua orang suka. Tak boleh nak bayangkan kalau lidahnya diambil semula Allah dan dia tak boleh lagi bercakap, besarnya ujian.

Bantu apa yang boleh jom, moga Allah mudahkan ujian semua orang baik-baik.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Tengah musafir 4 jam nak sampai ke kampung di pergunungan Khovaling tempat kami nak buat akikah, orang rumah hantar gambar ni pula.

Nak suruh balik cepatlah tu. Yelah, Baba pun rindu dah ni, nak balik dah ni tak lama lagi.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

3 bahagian lagi berbaki untuk akikah anak atau diri sendiri, kami akan laksanakan hari ini. Satu bahagian RM700, pelaksanaan di Tajikistan.

Siapa belum akikahkan anak jom sertai, seronok nanti bagitahu anak ayah emak buatkan akikah di Tajikistan, sambil bagi makan orang susah sambil berdakwah di sana, seronok anak diakikahkan international gitu.

Akikah kami akan dilaksanakan dan Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Pija Minaz akan bantu masak untuk penduduk makan.

Semua gambar dan video akan diberikan kepada kalian, jom akikah sambil mengukir kenangan! Klik sini cepat ya, 3 bahagian saja berbaki https://swiy.co/akikahtajikistan

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗣𝗨𝗧𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗟𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥 𝗞𝗘-𝟳9

Merafak Sembah Menjunjung Kasih dan Setinggi-Tinggi Tahniah dan Ucapan Selamat Kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj .

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-79 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 11 Disember 2024.

Semoga Allah lanjutkan usia dan merahmati pemerintahan Tuanku.

Sembah Takzim daripada Nadir al-Nuri (Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia) dan Seluruh Warga Kerja CGM.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

👆Cantik bumi Tajikistan ni.

Tapi dalam kecantikan ada banyak kesusahan. Sebab itu kita hadir membawa program Humanitarian Tours (HT). HT ni berbeza dengan pakej pelancongan biasa, berbeza dengan misi kemanusiaan. Ia gabungan kedua-duanya.

Ya ia bermaksud peserta akan membayar kos pelancongan pada masa sama diajar dan disyaratkan mencari dana untuk projek bantuan yang akan kita laksanakan pula.

Kenapa semata-mata berjalan kalau pada masa sama boleh membantu insan dan mendekatkan diri pada Tuhan?

Kalau kalian berminat nak ikut next trip jom klik sini cepat, masuk dalam waiting list https://swiy.co/tglobalheroes

Kita tak bawa ramai satu-satu trip ni.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Sebahagian kenangan kami di Syria,

1. Bergambar bersama pelajar Ma'had Ad-Duwali dari puluhan negara yang menetap bersama di asrama.

2. Menyambut raya bersama pelajar Malaysia di Syria

3. Anak-anak Syeikh Soleh, masjidnya menjadi tempat kami beruzlah di Halab.

4. Ma'ahad Ad-Duwali tempat saya menuntut ilmu selama setahun setengah sebelum dievakuasi.

5. Saya dan Syeikh Akmal, Syeikh Muhajir dan Abu Nadim di Jami' Uthmaniyyah, Halab.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Macam ibu-ibu kita kan ❤️

Читать полностью…
Subscribe to a channel