mutiarailmuallah | Unsorted

Telegram-канал mutiarailmuallah - EZMY #MutiaraIlmuIlahi

700

REZEKI TAK DISANGKA-SANGKA Siapa yang memegang hati manusia? Siapa yang pegang REZEKI kita? Semestinya Allah SWT https://aboutme.style/evaaisyah 🤍

Subscribe to a channel

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Assalammualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Selamat Pagi korang 🌹

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

👇👇

https://tinyurl.com/thepowerTahajjud

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

> THE POWER OF SOLAT TAHAJJUD 🥹Self-reminder

> Cuba jadikan solat Tahajjud sebagai amalan harian. Bangunlah walaupun seketika sebelum azan Subuh, dan rasailah sendiri keindahan bermunajat kepada Allah.

> Saat dunia masih lena, kita diberi peluang untuk mengadu, memohon, dan menyerahkan segala urusan kepada-Nya.

> Insya-Allah, hati akan terasa lebih tenang. Setenang-tenangnya — meskipun kehidupan sedang diuji dengan pelbagai badai.

> Antara bacaan surah yang boleh diamalkan:
> 🌷 Rakaat pertama: Surah Al-Fatihah, diikuti Surah Al-Kafirun atau Ayat Kursi.
> 🌷 Rakaat kedua: Surah Al-Fatihah, diikuti Surah Al-Ikhlas.

> Bacalah mengikut kemampuan dan keselesaan. Tidak perlu memaksa diri, yang penting ikhlas dan istiqamah.

> Semoga Allah mengurniakan ketenangan jiwa, mengampuni dosa-dosa kita, dan menerima segala amal ibadah kita.
> Aamiin Allahumma Aamiin
> Aamiin Ya Rabbal 'Alamin. 🤲🏻

> (Nota: Bacaan surah ini adalah pilihan/keharusan, bukannya syarat susunan khusus yang diwajibkan dalam solat Tahajjud).

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Semoga pesanan ini menjadi peringatan buat kita semua untuk menghargai usia yang masih Allah pinjamkan.

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Assalammualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Selamat Pagi korang 🌹 Salam Jumaat Penghulu Segala Hari 🕊

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

JANGAN TINGGALKAN AMALAN INI SELEPAS SUBUH!

Ustazah Fatimah Az Zahra berkongsi satu amalan zikir yang boleh kita istiqamahkan setiap pagi.

Baca 10 kali, dan jika mampu, 100 kali:

لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Hanya luangkan sekitar 10–15 minit selepas Subuh.

Jangan kata tiada masa untuk berzikir, sedangkan kita mengharapkan perlindungan dan pertolongan Allah sepanjang hari.

Mulakan sedikit demi sedikit. Yang penting, istiqamah.

🎙️ Petikan perkongsian Datuk Dr Ustazah Fatimah Az Zahra.

Semoga bermanfaat.

#ZikirPagi #AmalanSelepasSubuh #Istiqamah #PeringatanDiri #DakwahSunnahRasulullah

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Assalammualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Selamat Pagi korang

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Assalammualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Selamat pagi korang 🌹

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Jangan pernah takut miskin selama kita masih bertuhankan Allah Yang Maha Kaya. 

Tugas kita hanya berusaha dan berikhtiar; urusan mencukupi, serahkan bulat-bulat kepada-Nya. Rezeki itu milik Dia, tidak akan pernah salah alamat. 

Firman Allah SWT:

‎وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا

"Dan tidak ada satu makhluk pun yang bergerak di bumi ini melainkan dijamin Allah rezekinya." (Surah Hud: 6)

/channel/mutiarailmuallah/17777

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Bawak rasa susah, maka akan jadi susah. Bawak rasa payah maka akan jadi payah. Bawak rasa bimbang dan risau dengan rezeki Allah tanda hilang kebergantungan.
.
ORANG BISNES,
tawakal mesti tinggi.
Usaha mesti bertubi-tubi
Ilmu mesti sentiasa dipelajari
Iman mesti kuat menyakini
Mindset mesti selari
Tindakan mesti buat sampai JADI!
.
Begitulah kena kuatnya orang bisness. Perkataan, maksud atau istilah BERPUTUS ASA tidak ada dalam hidup orang bisness yang big why nya kuat, jelas matlamat bisness dan hala tujunya yang mahu dicapai.
.
Buat bisness adalah untuk memberi manfaat kepada ramai orang. Bantu selesaikan masalah ramai orang.
.
Selagi orang bisness jelas, ramai lagi mereka yang mesti dibantu dengan produk atau servis masing-masing. Selagi itulah kita masih diperlukan.
.
Apatah lagi telah terbukti kita sudahpun membantu berpuluh ribu orang mendapat manfaat.
.
Ramai lagi perlu dibantu diluar sana.

Ayuh!
kuatkan semangat,
Pasakkan niat,
Capai Matlamat,
Berjaya dunia dan akhirat.
Dengan banyakkan memberi manfaat.
.
Nora Yusof
#PenulisFTR
#FTRExclusive
#UtamakanKeberkatan
/channel/mutiarailmuallah/15850

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

“Kita sibuk mengejar banyaknya wirid… sampai terlupa untuk menghadirkan hati.” 🤍

Kita mungkin banyak berwirid, tapi adakah hati kita benar-benar hadir?

Ustazah Isfadiah berkongsi tentang seseorang yang berdepan masalah besar dan sudah beberapa kali urusannya ditolak.

Dia kemudian dinasihatkan berselawat 100 kali sehari.

Selawatnya sangat ringkas:

“As-solatu wassalamu ‘alaika ya Rasulullah.”

Dia teruskan selama beberapa hari dengan bersungguh-sungguh dan cuba menghadirkan hati.

Pada hari ketujuh, urusannya yang sebelum itu berkali-kali ditolak tiba-tiba dipanggil semula dan dipermudahkan.

Yang menarik daripada perkongsian ini bukan sekadar kisah “100 kali selawat”.

Tetapi tentang kekhusyukan hati.

Kadang-kadang kita mengejar banyaknya bacaan, panjangnya doa dan banyaknya angka…

Sedangkan yang Allah mahu kita belajar mungkin adalah hadirnya hati ketika kita mengingati-Nya.

Semoga bila kita berzikir dan berselawat, bukan hanya lidah yang mengucapkan…

tetapi hati juga benar-benar berharap kepada Allah. 🤍

Petikan perkongsian Ustazah Isfadiah. Semoga bermanfaat.

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Assalammualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Selamat Pagi korang 🌹

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Benarlah wanita bila dah jadi ibu.. dialah yang paling last sekali tido walaupun penat. Sebab nak pastikan anak-anak semua tido dan selesa. Moga Allah kurniakan syurga buat ibu-ibu dan isteri solehah yang sabar semua.
.
Berat sungguh tugasan ni.
.
Berat lagi tugasan lelaki yang tak jaga keluarga betul-betul sebab...segala dosa anak isteri dia tanggung sekiranya tak tutup aurat, tak sempurnakan nafkah dan menzalimi ahli keluarga.
.
Akan ditanya dihadapan Allah kelak. Mampukah kalian menjawab?
.
Kita sebagai isteri, senjata kita adalah doa dan dakwah. Doalah terusan. Dan dakwahlah habis-habisan. Moga Allah kurniakan hidayah. Utamakan Allah dalam pergantungan hidup. Kerana Allahlah yang menguji kita dengan perangai aneh-aneh pasangan kita untuk kita mendapat pahala sabar yang besar.
.
Kena upgrade ilmu sentiasa. Ilmu agama, ilmu mengenali karakter pasangan dan ilmu komunikasi. Barulah kita tahu uniknya pasangan kita.
.
Ada 3 jenis ilmu ni inshaaAllah terang hidup kita.
.
Nak mendapatkan dunia mestilah dengan ilmu. Nak mendapatkan akhirat mestilah dengan ilmu. Dan nak mendapatkan kedua-duanya mestilah dengan ilmu.
.
Tanpa ilmu rosaklah kehidupan kita. Hanya ilmu saja yang akan suluh dan terangi hidup kita. Berhenti mencari salah tapi mulakan memperbaiki kelemahan dan pengetahuan diri dengan mengenali uniknya ciptaan tuhan.
.
Kita akan jumpa keagungan dan kebesarannya yang tanpa batas. InshaaAllah.
.
Luar Biasa.
Nora Yusof
#PenulisFTR

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Berat ujian kita, berat lagi ujian orang lain.

Mereka susah.
Mereka miskin.
Mereka urusan selalu sulit.

Bukan bermakna mereka banyak melakukan dosa.
Tapi sebab mereka Allah pilih. Yang Allah sangat sayang.

Para ulama, para nabi, para anbiya ujian hebat lagi berat. Mereka mulia disisi tuhan. Hati mereka penuh nikmat keimanan.

Jangan kita tengok mereka susah, urusan sulit, bermakna mereka jauh dari tuhan. Tapi sebenarnya merekalah yang paling DEKAT.
.

Usah nilai orang lain dari senang atau susahnya mereka. Tapi bersangka baiklah selalu supaya kita benar-benar termasuk dalam kalangan yang beriman. Rendahkan hati. Rasakan orang lain lebih mulia dari kita. Tawadduk. InshaaAllah.
.

Nora Yusof.
#PenulisFTR
#BacaBacaSENTAP

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Kadang-kadang kita fikir berbuat baik itu hanya kepada manusia.

Sedangkan dalam Islam, berbuat ihsan juga kepada haiwan dan alam sekitar. 🌿🐈

Memberi air kepada haiwan yang kehausan pun boleh menjadi satu bentuk kebaikan yang bernilai di sisi Allah.

Semoga kita sentiasa peka dengan peluang-peluang kecil untuk berbuat baik dalam kehidupan seharian.

Kenali Islam melalui keindahan ajarannya. 🤍

#MuhasabahDiri #IslamItuIndah #BerbuatBaik #Ihsan #DakwahSunnahRasullulah

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

PELUK DIRI SENDIRI… KADANG-KADANG KITA JUGA PERLU DIPUJUK. ❤️

Ada waktunya kita terlalu sibuk menjadi kuat untuk orang lain, sampai terlupa bahawa diri sendiri juga sedang keletihan.

Kita tersenyum walaupun hati sedang bersedih. Kita berkata tidak mengapa, sedangkan ada luka yang masih belum sembuh. Kita memilih untuk diam kerana tidak semua yang kita rasa mampu kita ceritakan.

Namun, duhai hati…

Tidak mengapa jika hari ini kamu terasa lemah. Tidak mengapa jika air mata mengalir tanpa mampu ditahan. Kamu tidak perlu berpura-pura kuat setiap masa.

Peluklah dirimu sendiri. Berikan ruang untuk berehat. Jangan terlalu menyalahkan diri atas perkara yang tidak mampu kamu kawal.

Ingatlah, walaupun manusia tidak mengetahui segala yang kamu pendam, Allah Maha Mengetahui.

Saat terasa tiada siapa yang memahami, sujudlah dan mengadulah kepada-Nya. Ceritakan segala yang terbuku di hati. Tidak ada satu pun air mata dan rintihanmu yang tersembunyi daripada pengetahuan Allah.

Kita mungkin tidak sekuat yang disangka, tetapi dengan pertolongan Allah, kita masih mampu meneruskan perjalanan ini.

Jangan menyerah hanya kerana hari ini terasa berat. Berehatlah jika perlu, tetapi jangan berhenti berharap kepada rahmat Allah.

Semoga Allah memeluk hati kita dengan ketenangan, menguatkan jiwa yang rapuh dan menggantikan setiap kesedihan dengan sesuatu yang lebih baik.

Aamiin ya Rabbal 'alamin. 🤲🏻

Self-reminder — EvaYusop 🌹

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Assalammualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Selamat Pagi korang 🌹

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Assalammualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Selamat Pagi korang 🌹

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Assalammualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Selamat Pagi 🌹

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Tidak semua luka dapat dilihat dan tidak semua yang tersenyum sedang baik-baik sahaja.

Buat mereka yang sedang berjuang dalam diam, semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan hati, kekuatan jiwa dan jalan keluar daripada setiap kesulitan.

Semoga Allah menggantikan segala keresahan dengan ketenangan. Aamiin. 🤲🏻

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Kadang-kadang kita sangka masalah kita cuma sebab duit tak cukup…

Tapi bila kita mula muhasabah, rupanya ada banyak perkara dalam hidup yang perlu kita betulkan. 🤍

Saya terbaca satu perkongsian daripada seorang peniaga berusia 55 tahun.

Bertahun-tahun hidupnya bergelut dengan hutang. Nak bayar sewa kedai pun terpaksa berhutang.

Kemudian Allah lorongkan beliau kepada satu bahan bacaan yang membuatkan beliau mula belajar tentang rezeki, doa, amalan dan kembali meletakkan Allah di hadapan dalam segala urusan.

Beliau mula buat tugasan, tulis impian, jaga amalan dan cuba istiqamah.

Dan lihatlah bagaimana Allah susun satu persatu…
Daripada hidup yang sentiasa tertekan dengan hutang, akhirnya beliau berkongsi tentang rasa lega apabila dapat mula melangsaikan hutang dan mempunyai simpanan hampir RM30,000.

Bila baca kisah macam ni, saya jadi terfikir…
Sebenarnya bukan buku yang memberi rezeki.

Bukan formula yang memberi rezeki.

Bukan amalan yang memberi rezeki.


Allah yang memberi. 🤲🏻
Kadang-kadang Allah gunakan satu ilmu, satu teguran atau satu bahan bacaan sebagai asbab untuk mengetuk hati kita.
Yang penting bukan sekadar apa yang kita baca…

Tetapi apa yang berubah dalam diri selepas kita membacanya.

Semoga kita semua sentiasa belajar untuk meletakkan Allah sebagai tempat bergantung yang pertama dan terakhir.

Moga kisah ini menjadi teguran lembut buat saya juga. 🌷
Kalau awak nak baca perkongsian penuh beliau, saya letakkan testimoni di bawah.

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Ibu ayah yang ada anak nak ambik peperiksaan
Srai, upkk, Psra dan Spm amalkan zikir ini kekuatannya dari Asmaul Husna....

(Rentetan perkongsian Ustazah Datuk Nurhafizah Musa, program di tg karang). kekuatan Asmaul Husna.

Bacalah zikir ini sepanjang anak sedang exam ya..

Allahumma 1x
Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid. 40x
Bicara hati
Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik. 1x

Allahumma 1x
Ya zohir 40x
Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda ankku kerana Kau Maha Menampakkan 1x

Allahumma 1x
Ya Fatah 40x
Ya Allah bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul. 1x

Allahumma 1x
Ya Baari'. 40x
Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu utk Kau uruskan sebaik2nya sepanjang dia exam ini Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya utk menjawab dgn pimpinanmu Ya Hadi.
Aku yaqin hanya kuasaMu shj Ya Allah.. aku tiada daya.. 1x.

Ulang dan ulang. Kalau anak exam 1 jam .. zikirlah. Bayangkan ank2 sedang menjawab dengan betul dan senyum. Pastikan anak2 ada dalam keadaan berwuduk masa nak pergi skolah. Kalau batal takpe.. mak ayah kena istighfar sepanjang exam ini juga ya..

Mudah2an perkongisan ini dirahmati Allah.

Dalam Al-Quran surah Al A' Raf.. ayat 180. Buka dan carilah apa Allah kata tentang Asmaul Husna...

Ini dari saya jangan lupa bersedekah niat atas nama anak dan baca Yasin semoga dipermudahkan dan bermafaat

salam sayang..=)

*buat semua calon SRAI, UPKK, PSRA dan SPM 2026 Semoga beroleh kejayaan cemerlang
.
Ps:share ramai2 ramai ya.

Saya share ,moga bermanfaat ❤️

#SampaikanWalau1Ayat
#DakwahSunnahRasullulah

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَحِيْم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

TAZKIRAH DARI HATI KE HATI USTAZAH DATUK DR.NORHAFIZAH MUSA

Setiap kesukaran, pasti ada kemudahan dan jalan yang ALLAH takdirkan untuk kita.

Tiada sesiapa yang mahu diri ditimpa musibah.

Kita juga sedaya upaya berusaha mengelakkan diri daripada rasa sedih dan berdukacita.

Ujian adalah lumrah di dalam kehidupan.la mungkin hadir di dalam pelbagai bentuk seperti kehilangan harta benda, kematian, kecelakaan, kemalangan, kemusnahan, kesakitan dan kesengsaraan yang mendatangkan perasaan tidak senang di dalam jiwa.

Sesiapa yang ditimpa sesuatu musibah perlu diingatkan supaya bersangka baik dengan ALLAH , memperbanyakkan doa,
berusaha berikhtiar, bertawakal dan bersabar.

Sekiranya kita selalu berdoa,
berusaha, berikhtiar, bertawakal dan bersabar, In Sya Allah, ALLAH akan memudahkan segala urusan kita.

Renung - renungkan.

Ingatan buat diri sendiri.

Semuga bermanfaat.

Bi Iznillah.Fi Amanillah.
Allahul Musta'an.Insya Allah.Aamiin.
🍕🍕🍕🍕🍕🍕🍕

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Assalammualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Selamat Pagi korang 🌹

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Assalammualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Selamat Pagi korang 🌹 Salam Jumaat Barokah ✨️

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Assalammualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Selamat Pagi korang 🌹

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Ada satu doa yang dikongsikan oleh ustaz, yang dikatakan diamalkan untuk memohon agar dipermudahkan mengingati dan mengucapkannya ketika saat-sakaratul

Bukan sekadar menghafal doa…
tetapi semoga Allah kurniakan kita hati yang sentiasa dekat dengan-Nya, sehingga di saat paling genting pun lidah masih mengingati Allah. ❤️

Semoga bermanfaat.
Semoga Allah kurniakan kita husnul khatimah. 🤲🏻

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Assalammualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Selamat Pagi korang 🌹

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Assalammualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Selamat Pagi korang 🌹

Читать полностью…

EZMY #MutiaraIlmuIlahi

Assalammualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Selamat Pagi korang 🌹Salam Jumaat Barokah 🕊️

Читать полностью…
Subscribe to a channel