market_demon | Cryptocurrency

Telegram-канал market_demon - Market Demon

15711

Macro Global An Eye For The Market Since 2016 Twitter : Twitter.com/Market_Demon

Subscribe to a channel

Market Demon

🕯Taper Tantrum 2013: Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

📈Apa itu “Taper Tantrum”?
Taper tantrum berlaku pada tahun 2013 apabila Fed mengumumkan rancangan untuk mengurangkan program pembelian bon (quantitative easing).

Pasaran kewangan global tergugat kerana pelabur panik dan menjual aset secara besar-besaran.

Kenapa Pengumuman Ini Jadi Masalah?
Fed umumkan bahawa mereka akan mula “tapering” atau mengurangkan pembelian bon yang sebelum ini digunakan untuk merangsang ekonomi selepas krisis kewangan 2008.

Ini bermaksud kadar faedah berpotensi meningkat sekaligus menyebabkan pelabur lari dari pasaran negara membangun (emerging markets).

💥Pasaran Panik: Apa yang Berlaku?

➡️Lonjakan Kadar Faedah US
Hasil bon (Bond Yield) 10 tahun US Meningkat dari 1.6% ke 3% dalam masa beberapa bulan.

➡️ Kejatuhan Pasaran Negara Membangun
Mata wang negara seperti India, Turki, dan Brazil merosot teruk kerana pelabur asing menarik keluar dana mereka.

➡️Pasaran Saham Turun
Indeks utama di seluruh dunia mengalami kejatuhan kerana ketidakpastian ini.

☄️Mengapa Negara Membangun Terjejas?
Negara membangun sering bergantung kepada pelaburan asing untuk menampung defisit akaun semasa mereka.

Apabila pelabur mula menarik dana keluar, mata wang mereka melemah dan inflasi melonjak, memaksa bank pusat untuk menaikkan kadar faedah.

🌐Apa Implikasi Kepada Dunia Hari Ini?
“Taper tantrum” 2013 adalah amaran tentang bagaimana perubahan dasar Fed boleh mencetuskan kejutan global.

Kini, dengan kadar faedah global tinggi, banyak negara sedang berdepan risiko yang sama jika Fed atau bank pusat lain membuat langkah mengejut.

⚠️Kesan & Implikasi

➡️Ekonomi Global Senaitif
Negara dengan defisit besar perlu berhati-hati dengan dasar Fed.

➡️Pasaran Kewangan Lebih Sensitif
Perubahan kecil dalam dasar bank pusat boleh mencetuskan gelombang panik.

➡️Pengajaran untuk Pelabur
Diversifikasi aset penting untuk mengurangkan risiko daripada ketidaktentuan dasar monetari.

Читать полностью…

Market Demon

🇺🇸Ekonomi US Meningkat: Pertumbuhan Q3 Lebih Tinggi Dari Jangkaan

☄️Pertumbuhan Ekonomi Mengatasi Jangkaan
Ekonomi US mencatat pertumbuhan tahunan sebanyak 3.1% pada suku ketiga, melebihi ramalan sebanyak 2.8%.

Angka ini juga lebih tinggi berbanding suku terdahulu iaitu 3.0%.

Hal ini membuktikan ekonomi kekal kukuh walaupun berdepan kebimbangan kemelesetan.

☄️Perbelanjaan Pengguna Jadi Pemacu Utama
Perbelanjaan pengguna meningkat sebanyak 3.7% berbanding tahun lalu, jauh mengatasi pertumbuhan 2.8% pada Q2.

Data ini menunjukkan pengguna masih berbelanja dengan aktif, sekaligus membantu pertumbuhan ekonomi.

☄️Harga Stabil Tetapi Meningkat
Indeks Harga GDP naik 1.9%, sejajar dengan jangkaan, manakala Core PCE Prices meningkat 2.2%, sedikit lebih tinggi daripada ramalan 2.1%.

☄️Kesan & Implikasi
Walaupun kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi masih ada, prestasi ini menunjukkan ekonomi US kekal di landasan yang positif.

Perbelanjaan pengguna yang kuat menjadi pemacu utama, menandakan keyakinan ekonomi masih kukuh.

Namun, kenaikan harga yang sederhana mungkin memberi cabaran kepada dasar monetari akan datang.

Читать полностью…

Market Demon

🇬🇧 Traders add to BoE easing bets, see 58 bps of cuts next year

Читать полностью…

Market Demon

Bank Of England Hold Rates At 4.75%; In Line With Consensus
- MPC Vote 6-3 To Hold; Expected At 8-1

Читать полностью…

Market Demon

Their quarter-end rebalancing model using the same framework indicates mixed dollar selling signals, with a strong sign on EUR/USD, a moderate sign on USD/JPY and GBP/USD, and a weak sign on others.

Overall, the combined signal shows no strong dollar directional bias at the end of December.

Читать полностью…

Market Demon

US Jobless Claims (9:30PM MYT)

📊 Ringkasan Data Terkini

Initial Claims:

🔽 Dijangka pada 230K minggu ini (sebelum ini: 240K).

🕯 Kekal dalam julat 200K-260K sejak 2022, mencerminkan kestabilan pasaran buruh.

Continuing Claims:

🔼 Dijangka meningkat sedikit kepada 1890K (sebelum ini: 1886K).

📈 Masih berada di paras tertinggi kitaran (cycle highs), menunjukkan bahawa pekerja mengambil masa lebih lama untuk mendapatkan pekerjaan baharu.

📊 Signifikan US Jobless Claim

Pasaran Buruh Stabil: Julat yang stabil untuk Initial Claims menunjukkan tiada tekanan besar ke atas pemberhentian kerja, walaupun ekonomi mungkin menghadapi cabaran.

📉 Permintaan Buruh Menurun Sedikit: Continuing Claims yang tinggi boleh menjadi petunjuk bahawa pasaran pekerjaan semakin mencabar, menandakan permintaan untuk tenaga kerja mungkin berkurang.

🎯 Pasaran Kewangan: Pelabur akan memantau data ini untuk menilai kekuatan ekonomi, terutamanya dalam konteks dasar monetari oleh Federal Reserve. Data lebih baik daripada jangkaan mungkin menguatkan matawang USD.

Читать полностью…

Market Demon

🇩🇪 Deutsche Bank, Germany’s largest lender, is reportedly developing its own layer-2 (L2) blockchain on Ethereum, per Cointelegraph.

The L2 solution, part of Project Dama 2, looks to improve transaction efficiency and secure regulatory safeguards, integrating directly with Ethereum, according to Bloomberg.

Читать полностью…

Market Demon

Bitcoin jatuh ke paras $100,000 selepas Fed memberi isyarat dasar lebih hawkish menjelang 2025.

Apa Maksudnya?
Polisi hawkish biasanya bermaksud Fed akan mengetatkan kewangan dengan berhenti pemotongan kadar faedah atau mengurangkan aliran tunai dalam pasaran. Ini menyebabkan aset berisiko seperti Bitcoin menjadi kurang menarik, kerana pelabur lebih cenderung memilih pelaburan selamat seperti bon.

📊Kesan Pada Pasaran

🪙Crypto: Penurunan harga ini boleh jadi peluang bagi sesetengah pelabur untuk membeli (buy the dip).

💰Aset Lain: Pelabur mungkin alihkan perhatian ke aset dengan risiko lebih rendah.

📈Pandangan Jangka Panjang: Bitcoin masih dilihat sebagai aset simpanan nilai (store of value), jadi sentimen boleh berubah bergantung kepada perkembangan ekonomi global.

Ini mungkin peluang untuk mereka yang yakin pada prospek Bitcoin.

Читать полностью…

Market Demon

🇯🇵 Rumusan Mesyuarat Dasar Monetari Bank of Japan (BOJ) pada 19 Disember 2024

Bank of Japan (BOJ) telah menyelesaikan mesyuarat dasar monetari dua harinya pada 19 Disember 2024 dengan keputusan untuk mengekalkan kadar faedah jangka pendek pada 0.25%. Keputusan ini selaras dengan jangkaan pasaran yang menandakan mesyuarat ketiga berturut-turut tanpa sebarang perubahan kadar.

😌 Konteks Ekonomi dan Rasional

Beberapa faktor utama mempengaruhi keputusan BOJ untuk mengekalkan kadar faedah:

1️⃣ Ketidaktentuan Ekonomi Global
Kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi global dan ketidaktentuan dasar ekonomi AS di bawah Presiden yang baru dilantik, Donald Trump, telah mendorong BOJ untuk mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati.

2️⃣ Petunjuk Ekonomi Domestik
Ekonomi Jepun menunjukkan pertumbuhan sederhana dengan peningkatan tahunan sebanyak 1.2% pada suku terakhir. Namun, cabaran seperti penurunan perbelanjaan isi rumah dan pengeluaran kilang yang mendatar menunjukkan pemulihan yang rapuh yang memerlukan penilaian lebih teliti sebelum perubahan dasar dibuat.

3️⃣ Inflasi dan Pertumbuhan Gaji
Walaupun inflasi kekal melebihi sasaran 2% BOJ selama lebih dua tahun, dengan pertumbuhan gaji tahunan sekitar 2.5% hingga 3%, pembuat dasar ingin melihat hasil rundingan gaji musim bunga 2025 (Shunto) dan data ekonomi sebelum membuat perubahan kadar.

🔮 Pandangan Masa Depan
Walaupun kadar dikekalkan, BOJ memberi isyarat bahawa mereka sedang bersedia untuk kenaikan kadar pada awal 2025. Gabenor Kazuo Ueda menekankan kepentingan data ekonomi akan datang, terutamanya hasil rundingan gaji 2025, dalam membimbing keputusan dasar seterusnya. Penganalisis menjangkakan BOJ mungkin menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas menjelang akhir Mac 2025 jika penunjuk ekonomi kekal positif.

💴 Implikasi Pasaran

🔤 Pasaran Mata Wang
Yen Jepun mengalami turun naik menjelang keputusan dasar BOJ. Keputusan untuk mengekalkan kadar mungkin menyebabkan penyusutan jangka pendek. Namun, isyarat jelas tentang kenaikan kadar pada masa depan dapat menguatkan Yen apabila pelabur menyesuaikan jangkaan mereka.

🔤 Pasaran Ekuiti
Saham Jepun mungkin bertindak balas positif terhadap kesinambungan dasar monetari BOJ. Namun, prospek kenaikan kadar pada masa depan mungkin akan membuat para pelabur mengambil langkah yang lebih berhati-hati terutamanya dalam sektor yang sensitif dengan kadar faedah.

✍️ Kesimpulan
Keputusan BOJ untuk mengekalkan kadar faedah mencerminkan pendekatan yang berhati-hati dalam menghadapi cabaran ekonomi domestik dan global. Dengan memberi isyarat kemungkinan kenaikan kadar pada awal 2025, BOJ berusaha untuk mengimbangi keperluan kestabilan ekonomi dengan komitmennya untuk mencapai inflasi dan pertumbuhan gaji yang mampan. Peserta pasaran dan pembuat dasar akan memantau data ekonomi dan rundingan gaji akan datang dengan teliti untuk menilai masa dan skala pelarasan dasar monetari seterusnya.

Читать полностью…

Market Demon

DXY hits 2 year high after Fed delivers rate cut

Читать полностью…

Market Demon

🇺🇸 BREAKING: Selling new gas cars in California will be banned in 2035

Читать полностью…

Market Demon

🇬🇧 Traders no longer fully price two BOE rate cuts next year.

🇬🇧 Traders reduce BOE rate-cut bets; see 50 bps of easing in 2025.

Читать полностью…

Market Demon

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1338446/merokok-tempat-larangan-menteri-luar-mohon-maaf-sedia-bayar-kompaun

Читать полностью…

Market Demon

BREAKING: Biden calls for a ban on congressional stock trading by politicians.

Читать полностью…

Market Demon

🇺🇸Retail Sales US Meningkat: Petunjuk Ekonomi Terus Stabil?

☄️Data Lebih Baik Dari Jangkaan

➡️Retail Sales untuk November dijangka naik 0.5%, lebih tinggi berbanding 0.4% bulan sebelumnya.

➡️Ex-Autos m/m dijangka 0.4%, naik ketara berbanding 0.1% sebelumnya.

➡️Fokus utama pada Control Group m/m yang dijangka 0.4%, pulih daripada -0.1% sebelum ini.

☄️Apa Sebab Rakyat Terus Berbelanja?

➡️Gaji sebenar (real wage) terus meningkat dan beri kuasa beli kepada pengguna.

➡️Pasaran buruh yang kukuh menyokong pendapatan isi rumah.

➡️Keyakinan pengguna (Consumer Sentiment) semakin baik, menandakan keadaan kewangan lebih stabil.

☄️Kesan & Implikasi

Data jualan runcit yang lebih tinggi daripada jangkaan menunjukkan perbelanjaan pengguna masih kuat.

Ini merupakan tanda positif dimana ekonomi US kekal stabil walaupun terdapat risiko kenaikkan kadar faedah yang tinggi.

ika trend ini berterusan, ia boleh menyokong pertumbuhan GDP tetapi mungkin memberi tekanan tambahan kepada Federal Reserve untuk mengekalkan kadar faedah lebih lama.

📣Hari ini merupakan hari terakhir untuk sertai bonus 100% dari XM

📌Mari rebut peluang ini dengan klik link dibawah untuk mendaftar

✔️XM 100% BONUS✔️

Читать полностью…

Market Demon

🇺🇸Ahli Fed Mohamed A El Erian: Data Ekonomi US Terbaru “Menyekat” Harapan Penurunan Bond Yields

Data terbaru menunjukkan pertumbuhan GDP suku ketiga melonjak 3.1%, jauh mengatasi jangkaan penganalisis yang hanya ramal 2.8%.

☄️Pengangguran Menurun Dramatik
Initial jobless claims jatuh 22,000 kepada 220,000. Angka ini lebih rendah daripada jangkaan 230,000 oleh konsensus pasaran.

Data ini mencerminkan pasaran kerja yang masih ketat, memberi tekanan kepada inflasi upah.

☄️Impak Besar pada Bond Yields
Bond yields mencatat lonjakan terbesar sejak “Taper Tantrum” 2013.

Dengan data ekonomi yang lebih kukuh, harapan untuk melihat penurunan segera dalam bond yields semakin pudar.

Pelabur kini menilai sama ada Federal Reserve akan terus mengekalkan dasar ketat lebih lama.

Читать полностью…

Market Demon

🇬🇧 British Pound (GBP) slides after BoE 🔽

Читать полностью…

Market Demon

🇬🇧 BoE MPC vote split

UNCH: 6 (prior - 1)🔻
CUT: 3 (prior - 8)🔻
HIKE: 0 (prior - 0)🔻

Читать полностью…

Market Demon

🇬🇧 Just half an hour remains on the clock until the Bank of England (BoE) reveals its final policy decision of 2024

Читать полностью…

Market Demon

Barclays have released the signals from their month and quarter-end FX rebalancing models and they are relatively USD neutral.

Читать полностью…

Market Demon

BOJ Gov Ueda:

🇯🇵 Japan's economy is recovering moderately, although some weak moves are seen.

🇯🇵 Uncertainties surrounding Japan's economy and prices remain high.

🇯🇵 Recent economic indicators show the economy moving mostly in line with our forecast.

🇯🇵 The decision to keep rates was mainly based on the assessment of wage trends, uncertainties of overseas economies, and the next U.S. administration's policies.

🇯🇵 Trump's fiscal, trade, and immigration policies have an impact on international financial markets.

🇯🇵 The January policy decision will be 'holistic' with data available at that point.

Читать полностью…

Market Demon

🇺🇸 Morgan Stanley expects two 25 bps Fed rate cuts in 2025 (from the 3 prior forecast)

Читать полностью…

Market Demon

BoJ maintains rate at 0.25%

Читать полностью…

Market Demon

🇬🇧 Bank of England

Selepas keputusan kadar faedah oleh Federal Reserve, tumpuan kini beralih kepada Bank of England (BoE).

Minggu lepas, ekonomi UK menerima 3 berita buruk :

Penurunan GDP
Pertumbuhan gaji meningkat
Inflasi melebihi unjuran BoE

Data terkini menyukarkan BoE dalam menentukan dasar. Pasaran telah price in jangkaan rate cut tahun depan.

Dalam mesyuarat hari ini, BoE dijangka mengekalkan kadar, dengan kemungkinan pemotongan 25 bps pada February 2025.

Banyak perkara boleh berubah antara sekarang dan masa akan datang. Sebarang petunjuk dovish boleh membawa kepada rate cut yang lebih pantas atau pemotongan bersaiz besar.

Walau bagaimanapun, ECB dijangka memotong kadar lebih cepat berbanding BoE.

Jika BoE kedengaran lebih dovish daripada Fed, ia boleh menjadi bad news untuk GBP dan good news untuk pasaran bond UK.

Читать полностью…

Market Demon

Fed potong 25 bps (hawkish cut).
Beri bayangan hanya 50 bps pemotongan next year.

Unjuran inflasi dinaikkan dari 2.1% kepada 2.5%.

Reaksi USD?
Strong

Читать полностью…

Market Demon

🕯Keyakinan Pelabur Mencapai Rekod Tertinggi, Menjangkakan Risiko Kejatuhan Pasaran di Bawah 10%

📈Keyakinan Pelabur Meningkat
Mengikut data terbaru, semakin ramai pelabur percaya bahawa kemungkinan “market crash” dalam tempoh enam bulan akan datang adalah di bawah 10%.

Carta menunjukkan kadar keyakinan ini melonjak ke paras tertinggi sejak data mula direkodkan.

📈Paras Tertinggi Sejak Tahun 2009
Sejak 2009, pandangan pelabur mengenai risiko kejatuhan pasaran sering turun naik.

Bagaimanapun pada tahun 2024, lebih 40% pelabur beranggapan risiko kejatuhan pasaran adalah rendah. Ini merupakan angka tertinggi pernah dicatat.

📈Apa Maksudnya?
Keyakinan sebegini boleh mencerminkan optimisme melampau dalam pasaran saham.

Kebiasanya, apabila terlalu ramai pelabur yakin pasaran akan kekal stabil, ia boleh menjadi tanda “overconfidence”

Hal ini berpotensi mencetuskan kejutan jika pasaran tidak bergerak seperti dijangka.

Читать полностью…

Market Demon

🇺🇸 Menjelang FOMC: Fed Bakal Turunkan Kadar Faedah Buat Kali Ketiga

Fed dijangka akan melaksanakan potongan kadar faedah sebanyak 0.25%. Ini menjadikan julat sasaran fed funds rate kepada 4.25% hingga 4.5%. Ini adalah potongan ketiga berturut-turut selepas langkah yang sama diambil pada September dan November tahun ini yang bertujuan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi di tengah-tengah inflasi yang berterusan dan ketidaktentuan ekonomi global.

Kenapa Potongan Ini Dilakukan?
Walaupun pasaran buruh masih kukuh dan pertumbuhan ekonomi lebih baik daripada jangkaan, inflasi masih melebihi sasaran 2% yang ditetapkan oleh Fed. Oleh itu, bank pusat meneruskan dasar melonggarkan kadar faedah untuk mencipta keadaan ekonomi yang lebih stabil.

🌐 Petunjuk Ekonomi
Data terkini menunjukkan peningkatan 0.7% dalam jualan runcit AS pada November, lebih tinggi daripada jangkaan ahli ekonomi. Pertumbuhan ini didorong oleh pembelian kenderaan dan barangan dalam talian yang mencerminkan keyakinan pengguna yang terus kukuh.

😐 Jangkaan Masa Depan
Pada tahun 2025, Fed dijangka mengambil pendekatan lebih berhati-hati terhadap perubahan kadar faedah. Walaupun potongan semasa menyokong momentum ekonomi, pembuat dasar memberi isyarat bahawa pemotongan kadar akan berkurangan tahun depan untuk menyeimbangkan keperluan mengawal inflasi sambil mengekalkan pertumbuhan ekonomi.

😏 Implikasi Kepada Pengguna dan Perniagaan
Penurunan kadar faedah dijangka mengurangkan kos pinjaman untuk pengguna dan perniagaan yang mungkin akan menggalakkan pelaburan dan perbelanjaan. Namun, inflasi yang masih tinggi mungkin mengehadkan manfaat ini dan ia memerlukan perancangan yang teliti oleh peminjam dan pelabur.

✍️ Kesimpulan
Keputusan Fed untuk meneruskan potongan kadar faedah buat kali ketiga ini menunjukkan komitmennya dalam menangani cabaran ekonomi semasa. Dengan menyesuaikan dasar monetari mengikut tekanan inflasi dan ketidaktentuan global, Fed berharap dapat mewujudkan persekitaran ekonomi yang stabil dan kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang berterusan.

Читать полностью…

Market Demon

"PERKHAWINAN" DUA GERGASI AUTOMOTIF

Honda dan Nissan akan memulakan perbincangan mengenai kemungkinan penggabungan untuk bersaing dengan pengeluar EV global yang lebih besar, lapor Nikkei. Rancangan ini melibatkan operasi di bawah satu syarikat induk, dengan Nissan sebagai pemegang saham utama, yang berpotensi mewujudkan salah satu kumpulan automotif terbesar di dunia.

Pengeluar kereta kedua dan ketiga terbesar Jepun ini mencatatkan jualan gabungan sebanyak 7.4 juta pada 2023, tetapi berdepan persaingan yang semakin sengit daripada pesaing China seperti BYD dan Li Auto. Kedua-dua syarikat ini telah menjalin hubungan yang lebih kuat dalam beberapa bulan kebelakangan ini sebelum memutuskan untuk bergabung bagi membangunkan teknologi EV.

"Seperti yang diumumkan pada Mac tahun ini, Honda dan Nissan sedang meneroka pelbagai kemungkinan untuk kerjasama masa depan, dengan memanfaatkan kekuatan masing-masing," kata kedua-dua syarikat tersebut. Mereka menambah bahawa sebarang perkembangan akan dimaklumkan kepada pihak berkepentingan pada masa yang sesuai.

Perang harga EV yang dimulakan oleh Tesla dan pengeluar automotif China BYD telah meningkatkan tekanan terhadap syarikat-syarikat yang mengalami kerugian pada kenderaan generasi seterusnya. Hal ini telah mendorong Honda dan Nissan untuk mencari langkah-langkah penjimatan kos dan mempercepatkan pembangunan kenderaan.

Читать полностью…

Market Demon

🇺🇸US Core Retail Sales m/m

Actual: 0.2%
Forecast: 0.4%
Previous: 0.1%

🇺🇸US Retail Sales m/m

Actual: 0.7%
Forecast: 0.6%
Previous: 0.4%

Читать полностью…

Market Demon

We're looking for the Fed to indicate more caution over future path of rate cuts.

So 25 basis points is a done deal this week, but the key question is, obviously, what happens next year

— MUFG

Читать полностью…
Subscribe to a channel