Layar Temir Bookstore menyediakan bahan-bahan bacaan bergenre Tauhid Tasawuf, Kitab Turath, Kitab Sufistik, Kitab Ahlu Sunnah Waljamaah, Buku Perubatan Islam, Buku Sejarah dan bahan ilmiah. Selain mengadakan wacana Ilmu, bedah kitab, dan program ilmiah.
KITAB AL MUHIMMAH & AL MAWA'IZH AL-BADI'AH
-Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani
-Syeikh Abdul Rauf Al Fansuri
Kitab Muhimmah adalah merupakan sebuah kitab lama yang telah dikarang oleh Syeikh Abdullah Ibnu ‘Abdur Rahim Fathani. Dan ianya banyak membicarakan tentang kelebihan dan kepujian terhadap perbuatan seorang isteri yang telah menunaikan tanggungjawabnya terhadap suaminya dan juga memberi peringatan yang sebaliknya apabila mereka derhaka. Manakala terdapat sebuah lagi kitab yang bernama Al-Mawa’izd Al-Badi’ah membicarakan tentang peringatan-peringatan yang indah buat seorang Muslim yang dikarang oleh Maulana As- Syeikh ‘Abdur Rauf Fanshuri Acheh.
RM15
_______
untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 010-308 1832 🌹
tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/60103081832/AlMuhimmah
Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore
STOK TERHAD
Kitab Fadhail 'Amal (Fadilat Amal) merupakan hasil karangan Sheikh Maulana Zakariya Syehkul Hadis.
.
Ia adalah himpunan hadis-hadis. .
Ruang lingkup perbicaraannya merangkumi tujuh bahagian iaitu: .
a. Kisah-Kisah Para Sahabat .
b. Fadhilat Al-Qur'an .
c. Fadhilat Solat .
d. Fadhilat Zikir .
e. Fadhilat Tabligh .
f. Kemunduran Umat Dan Penyelesaiannya .
g. Fadhilat Ramadhan
RM45
_______
untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 010-308 1832 🌹
tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/60103081832/FadilatAmal
Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore
Sollu 'alan Nabiy
🌙 MAJLIS SELAWAT & TAHLIL LELUHUR 🌙
Menghayati Perjuangan Syaikh Jumadil Kubra Mengembangkan Islam di Nusantara
✨ Istimewa bersama:
Baba Long Idris & Bonda Tunsuzana
📍 Platform: Zoom
📅 Tarikh: 6 Julai 2025 (Ahad)
🕘 Masa: 9.00 malam
💫 Terlalu banyak sumbangan tokoh Dunia Melayu ini iaitu Syaikh Jumadil Kubra yang berjasa dalam mengislamkan seluruh bumi nusantara melalui perkahwinan dan dakwah sehingga Umat Islam yang teramai didunia datangnya daripada masyarakat Nusantara. Sungguh, kita orang melayu pada hari ini terhutang budi dengan tokoh ini yang daripada hasil dakwahnya dan anak cucu keturunannya lah yang telah menyatukan Nusantara dengan islam.
🍃Seluruh jajaran susur galur Auliya dan Kesultanan Nusantara datang dari sulbi beliau yang melahirkan Wali Songo, Wali 7 Tanah Melayu, Ulama-Ulama Melayu di Haramain, Kesultanan-Kesultanan Melayu Islam. Jika sebegitu besar sumbangannya, pasti pada diri kita ini terkandung sedikit sebanyak jasa beliau dari keturunan darahnya, ilmunya, kerohanian dan khidmat.��✨Bagi menghargai dan mengumpulkan Kekeluargaan besar inilah kita sama-sama mengadakan Tahlil bagi seluruh Leluhur dan Keturunannya yang banyak jasanya kepada kita semua Menghubungkan warisan, memperkukuh jiwa
Link Zoom:
https://us06web.zoom.us/j/86331658394?pwd=oaSVSamUywkQPS5xZs8Syhe2c4CSV1.1
Link Onpay:
https://adamyouthglobal.onpay.my/order/form/majlis_selawat_tahlil
Maybank
Adam Youth Global
564874520421
Ref: TahlilSJK
“Barang siapa pada zaman mutaakhir ini cuba untuk membuang hadits-hadits dhoif secara mutlak, dan mula membuang daripada riwayat-riwayat Imam at-Tirmizi, an-Nasa’i, dan Ibnu Majah (di dalam kitab-kitab Sunan mereka) akan hadits-hadits dhoif, begitu juga membuang riwayat-riwayat Imam al-Bukhari di dalam kitab ini, maka dia telah melencong daripada kebenaran serta jalan Imam-Imam para salaf terdahulu ridhwanullah ‘alaihim ajma’iin”.
RM44.00 (1 Set)
____
untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 010-308 1832🌹
tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/6010-3081832/SetAdabAlMufrad
Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore
MAKLUMAN NOMBOR TELEFON BERTUKAR
No baharu admin Layar Temir Bookstore telah bertukar kepada 010 308 1832 dan boleh dihubungi melalui Whatsapp
http://www.wasap.my/60103081832
atau
Telegram: @layartemir
JEMPUTAN MAJLIS BACAAN KITAB
As salamualaikum wbt,
Saidina Nabi Muhammad ﷺ bersabda:
من مات ولم يغز ولم يحدث به نفسه مات على شعبة من نفاق
"Barangsiapa yang meninggal dunia sedangkan tidak pernah ikut berperang (jihad), dan tidak pernah pula bercita-cita dalam dirinya untuk itu, maka ia mati atas salah satu cabang kemunafikan." (Riwayat imam Muslim, Abu Daud, an-Nasaie)
Di dalam hadis yang lain baginda ﷺ bersabda:
جاهدوا المشركين بأموالكم، وأنفسكم، وألسنتكم
"Perangilah kaum musyrikin dengan harta kamu, dengan jiwa kamu dan lidah kamu." (Riwayat imam Abu Daud)
Dengan itu, sukacita Institut Ulama al-Juwaini menjemput Tuan/Puan bagi menghadiri majlis bacaan kitab seperti berikut:
Kitab: Nasihatul Muslimin wa Tazkiratul Mukminin fi Fadhail al Jihad wa Karamat al Mujahidin
Karangan: Syeikh Abdul Somad al-Falimbani
Penyampai: Ustaz Zaid Zainurrashid
Tempat: Institut Ulama al-Juwaini, Bangi Sentral
Tarikh Siri 1: 29 April 2025
Masa: 11.00am-12.30pm
Semua dijemput hadir, penyertaan adalah percuma.
Pendaftaran:
https://forms.gle/iuJP4NWTRUrfyVFv8
ADAB AL MUFRAD JILID 1 & 2
-Al Imam Bukhari RH
SINOPSIS:
AL-ADAB AL-MUFRAD (Jilid pertama) menghimpunkan hadits-hadits Rasulullah dan atsar para Sahabat berkenaan adab dan akhlak Islam yang mesti ada pada setiap umat Islam.
Antara tajuk yang terdapat dalam jilid pertama ini:
✔️Adab dengan ibu bapa
✔️Keutamaan dan kelebihan silaturahim
✔️Adab terhadap jiran
✔️Akhlak sesama Muslim
AL-ADAB AL-MUFRAD (Jilid Kedua) menghimpunkan 300 hadis berkaitan adab dan
akhlak yang mesti dihayati setiap Muslim dan diamalkan dalam kehidupan.
Antara perkara yang disebutkan dalam jilid kedua ini:
-Mengadu domba
-Menyebarkan keburukan/ keaiban orang
-Memulaukan seseorang
-Permusuhan/ dendam
-Pembaziran pada harta
-Menziarahi orang sakit
dan banyak lagi
Imam al-Bukhari telah mendatangkan di dalam kitabnya iaitu al-Jaami’ as-Soheh (iaitu Sahih Bukhari) bagi tajuk al-Adab, dan beliau mengkhususnya sebagai satu bab di samping bab-bab lain.
Akan tetapi, oleh kerana ketatnya syarat yang beliau letakkan (untuk memasukkan hadits) di dalam kitab Soheh Bukhari maka tidak banyak hadits dan atsar Sahabat yang berkaitan dengan adab dan zuhud yang beliau keluarkan (iaitu riwayatkan) di dalamnya. Ini kerana hadits-hadits (yang beliau hafal) tersebut tidak bertepatan dengan syarat-syarat yang beliau gunakan di dalam Sahih Bukhari.
Oleh kerana hadits-hadits dan atsar-atsar tersebut sangat diperlukan oleh seorang muslim di dalam urusan kehidupannya, maka beliau berpandangan perlunya mengasingkan bagi tajuk ‘Adab’ menjadi sebuah kitab yang terasing (daripada Sahih Bukhari) yang diperluaskan di dalamnya periwayatan hadits-hadits.
Maka beliau menghasilkan kitab ini bagi tajuk tersebut dan beliau tidak mensyaratkan di dalamnya (hanya) riwayat yang soheh (sahaja) bahkan beliau telah mengeluarkan (iaitu meriwayatkan) di dalamnya hadits-hadits yang soheh, hasan dengan semua pembahagian-pembahagiannya, dan banyak hadits yang dhoif juga”.
Penghasilan buku ini bagi tajuk ‘Adab’ serta tidak disyaratkan di dalamnya (hanya) riwayat yang soheh dan hasan (sahaja) merupakan sempurnanya kefahaman (fiqh) Imam al-Bukhari rahimahullahu Taala, dan merupakan kesungguhan beliau untuk menyebarkan adab-adab Islam, yang mana kebaikan tidak akan wujud melainkan bagi orang yang beradab dengannya dan barangsiapa yang berpaling darinya (iaitu meninggalkannya) maka dia diharamkan akan seluruh kebaikan.
Hasil usaha (iaitu penghasilan kitab ini) oleh Imam al-Bukhari juga adalah sebagai mengikuti thoriq (cara) guru-gurunya dan guru-guru kepada guru-gurunya yang mereka ini tidak meletakkan syarat (hanya) riwayat-riwayat yang soheh atau hasan sahaja di dalam kitab-kitab serta periwayatan-periwayatan mereka pada tajuk adab dan zuhud serta seumpama dengannya, bahkan mereka mengeluarkan (iaitu meriwayatkan) banyak hadits yang dhoif di dalamnya sepertimana dapat dilihat di dalam kitab Az-Zuhd karangan Imam Ahmad, kitab Az-Zuhd wa ar-Raqaiq karangan Imam ‘Abdullah bin al-Mubarak rahimahumallahu Taala dan banyak lagi kitab selain mereka berdua.
Telah meriwayatkan oleh Al-Khatib al-Baghdadi di dalam kitabnya Al-Kifayah dengan sanad beliau (yang bersambung) daripada Imam Ahmad ibn Hanbal rahimahullah Taala, bahawa beliau telah berkata:
“Apabila kami meriwayatkan daripada Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam dalam perkara halal, haram, sunnah-sunnah dan hukum-hakam maka kami ketatkan syarat pada sanad-sanadnya, dan apabila kami meriwayatkan daripada Nabi SAW pada perkara Fadhoil al-A’mal (iaitu kelebihan-kelebihan sesuatu amalan), perkara yang tidak meletakkan sesuatu hukum dan tidak mengangkatnya maka kami permudahkan (syarat-syarat penerimaan) pada sanad-sanadnya”
JALAN ORANG BIJAK (Adab Berinteraksi Dengan Allah Dan Sesama)
-IMAM GHAZALI
“Sungguh, segala perbuatan bergantung niatnya.”
Demikian sebuah bunyi hadis terkenal. Niat adalah persoalan hati; lurus atau menyimpang suatu niat tergantung pada
kemampuan si pelaku dalam mengendalikan hati. Maka, salah satu modal penting untuk
beramal adalah mengetahui cara menguasai hati dan mengenali segala hal yang dapat menyimpangkannya.
Namun, niat yang lurus saja belum cukup. Kesesuaian pelaksanaan sebuah amal dengan tuntunan agama juga menentukan sah-tidak sah amal tersebut.
Buku ini menyoroti kedua aspek amal tersebut. Di samping memberikan panduan agar
niat tetap berada pada landasannya, Imam al-Ghazali juga menghuraikan secara terperinci berbagai adab yang harus diperhatikan dan diamalkan dalam berbagai aktiviti kehidupan
sehari-hari, baik dalam beribadah kepada Allah mahupun dalam berinteraksi dengan sesama manusia. Pada banyak tempat, Sang Hujjatul Islam ini menyertakan doa-doa yang penting dibaca.
Penulis: Imam al-Ghazali
Terbit: Februari 2016
Jumlah Halaman: 332
Kertas : Bookpaper
Ukuran: 13 x 19 cm
Harga: RM58.00
___
untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹
tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/JalanOrangBijakBaru
Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore
KHULASAH MADAD AN-NABAWI (Hard Cover)
-Al Habib Umar Al Hafiz
.
.
Buku ini berisi wirid-wirid harian yang disusun oleh al-'Allamah al-Imam al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz Bin Syekh Abu Bakar bin Salim (Tarim, Hadhramaut) yang dinukil dari wirid-wirid yang disusun oleh para tokoh ulama' dan auliya', yang mana semuanya berdasarkan dengan al-Qur'an dan al-Hadits.
Di dalamnya juga dilengkapi dengan MAULID DHIYA'UL LAMI', dan bacaan-bacaan lainnya. Semoga dengan hadirnya buku ini, kita semua semakin dekat kepada Allah swt, Baginda Nabi Muhammad saw serta para auliya' dan shalihin.
Isi di dalamnya antara lain: zikir siang dan malam, zikir sebelum solat fajar, zikir setelah solat, Dzikir setelah solat subuh, zikir setelah solat Dhuhur, zikir setelah solat Asar, zikir setelah solat Maghrib, zikir setelah solat Isya', zikir malam Jum'at dan hari Jum'at, Dzikir waktu Asar pada hari Jum'at, Berbagai macam selawat Nabi SAW, do'a-do'a penting dan dibahagian akhir,
Harga: RM34
___
untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054
tekan link dibawah untuk whatsapp:
http://www.wasap.my/601125330054/khulasahMadadHArdCover
Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
/channel/layarTemirBookstore
FUTUHAT MAKIYYAH JILID 6
-Ibnu Arabi
Kitab al-futuhat al-Makkiyyah merupakan ringkasan kepada hasil karya Syeikh Ibn al-'Arabi seorang tokoh Sufi yang amat popular dengan keilmuannya yang luar biasa.
Kitab "Futuhat al-Makkiyah" ini merupakan sebuah ensiklopedia ilmu keislaman yang amat luas cakupan dan pembicaraannya dalam konteks ilmu tauhid. Syeikh Ibn al-'Arabi telah membincangkan dengan panjang lebar tentang al-Quran dan Hadis serta episod-episod dalam hayat Nabi Besar Muhammad saw.
Semoga kitab ini menjadi cetusan dan pendorong untuk menceburi, memahami, menghayati dan mengenali dengan sebenar-benarnya tentang perjalanan ahli Sufi ini dengan lebih dekat lagi dan lebih telus ke arah mengenali Allah swt dan RasulNya agar tidak tersesat dengan pelbagai fahaman yang bercanggah dengan Ahli Sunnah wal Jama'ah.
RM76
___________
untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹
tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/FutuhatMakiyyahJilid6
Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore
HILYAT AL-ABDAL (Perhiasan Para Wali Pemilik Pengganti)
-IBNU ARABI
Kitab Hilyat al-Abdal ditulis dalam tempoh Shaykh Ibn Arabi berada di Mekah pada 12 Rabiulawwal 599H sebelum bermusafir ke Baghdad pada 601H. Kitab ini disiapkan penulisnya setelah memohon petunjuk (istikharah) daripada Allah bersangkutan dengan permintaan dua sahabat beliau semasa menziarahi maqam 'Abdullah Ibn Abbas sepupu Rasulullah di Taif. Mereka meminta agar menulis sesuatu yang dapat memberi manfaat mengenai jalan akhirat. Hilyat al-Abdal berbentuk risalah berhubung dengan empat perhiasan rohaniah yang mewariskan empat tunggak makrifah, empat hal rohaniah dan empat maqamat kepada murid dan muhaqqiq yang menguasainya.
Penterjemah: Rohaimi Rastam
ISBN: 9789671805718
Tahun: 2022
Bahasa: Melayu
Bil Muka surat: 157
Berat: 325g
harga: RM35
__
untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹
tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/HilyatAlAbdal
Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore
TERJEMAH AL-HIKAM AL-HADDADIYAH
-Imam Abdullah Al Haddad
Kitab ini adalah terjemahan syarah kitab "Al-Hikam al-Haddadiyah" yang ditulis oleh Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad. Penulis syarahnya adalah Muhammad Hayat As-Sindi.
Kitab ini berisi hikmah-hikmah berharga yang perlu bagi setiap orang muslim yang ingin mendekatkan diri kepada Allah dan meningkatkan ketakwaannya. Untuk tujuan itu patutlah setiap muslim berusaha mengamalkannya sesuai kemampuannya.
Selain kitab Al-Hikam ini mash ada banyak lagi kitab karangan Al-Habib Abdullah Al-Haddad yang disebutkan dalam biografi ringkas beliau di kitab ini. Akhirnya saya harap kitab ini bisa bermanfaat bagi para pembacanya.
Wa billahi at-taufiq wal hidayah.
RM25.00
__
untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹
tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/TerjemahAlHikamAbdullahAlHaddad
Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore
POHON KEJADIAN (Syajaratul Insaniyah Fil Isyhadil 'Aini)
-Syaikhul Akbar Ibnu Arabi
Ibnu Arabi suatu sosok Sufi yang tak perlu diperkenalkan lagi, beliau adalah Shaikhul Akbar Umat Islam. Ilmunya ibarat aur terjun yang mengalir selama-lamanya. Kitab ini merupakan sebuah ilmu yang menceritakan tentang kejadian alam semesta bermula daripada pancaran pertama iaitu Al Hakikah Al Muhammadiyyah yang dalam kefaham Ibnu Arabi seperti Pohon Kejadian
Beliau mempunyai spiritual yang luas dan malah nyaris tak terhingga. Bahkan, kononnya kitab-kitab karya para sufi yang lain hanyalah ibarat catatan-catatan kaki bagi karya-karya beliau. Beliau menuliskan begitu banyak pengalaman-pengalaman rohaninya ke dalam berbagai macam pemahaman yang seringkali terasa rumit untuk sepenuhnya dicerna oleh para pembaca kitab-kitabnya.
Ilmu-ilmu beliau diperoleh secara langsung atau dipanggil ladunni dari Allah Ta'ala.
Barangkali pemahaman kita akan tersekat bilamana menyusuri rimba ilmu rohani di dalam buku ini. Tapi kita juga tidak boleh putus asa untuk mendapatkan kebeningan dan kedalaman telaga yang bersemayam di dalamnya. Dengan cahaya petunjuk melalui syafa'at Sang Nabi Saw dan barakah Sang Wali sendiri, sangat dimungkinkan bagi kita untuk memahami sekaligus mengalami percikan-percikan ilmul rohani yang tentunya perlu diperolehi melalui para Murysid yang Haq yang mewarisi telaga Nur Muhammad
RM50.00
______________
untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹
tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/PohonKejadian
Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore
KASYFUL ASRAR PEMBUKAAN SEGALA RAHSIA
- As Syeikh Muhammad Shalleh Bin 'Abdullah Minangkabau
Kitab ‘KASYFU AL-ASRAR’ ini adalah merupakan kupasan dalam bentuk soal-jawab yang menjurus ke arah ‘ilmu kebatinan (Ilmu Tasawwuf), di samping ‘amalan dan tuntutan syari’at. Kitab ini telah banyak kali diulang cetaknya dan banyak digunakan di pondok-pondok. Dan sesungguhnya kitab asalnya ialah dalam tulisan jawi, tetapi memandangkan kebanyakan generasi sekarang ini yang kurang mahir dalam tulisan jawi, maka untuk membantu mereka yang amat berminat mendalami ‘ilmu agama, maka Ustazah Noraine Abu telah cuba menyalinnya dari tulisan jawi ke tulisan rumi dengan tanpa ada pindaan daripada teks asal, agar mudah bagi mereka untuk mengikuti setiap perkataan yang terdapat dalam teks asal.
RM8
0.2 kg
____
untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹
tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/KasyfulAsrarPembukaanSegalaRahsiaHidayah
Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore
(Terbitan Baru) |PENGANTAR USUL FIQH
- Dr. Ab. Latif Muda
Ilmu usul al-Fiqh adalah panduan utama ulama untuk berijtihad dan berfatwa. Secara umum, ia ada kaitan dengan semua ilmu syariat dan secara khusus berkait rapat dengan ilmu Fiqh. Perbahasan utama ilmu Usul al-Fiqh ialah tentang kaedah-kaedah umum yang digunakan oleh ulama untuk mengeluarkan hukum daripada nas Al-Quran dan al-Sunnah. Membahaskan tentang dalil dalil syarak dan kaedah yang dibuat untuk menunjukkan sesuatu hukum berkaitan dengan perbuatan mukallaf.
RM30
0.7kg
____
untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹
tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/PengantarUsulFiqhPustakaSalamBaru
Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore
BERSAMA ULAMA' MAKKAH AL-MUKARRAMAH di Pondok Gajah Mati
Al-Musnid Fadhilatus Syaikh Zakariyya bin Ahmad al-Tholib al-Makki
( murid Musnidul Asr al-Muhaddith Syaikh Muhammad Yasin al-Fadani al-Makky )
Majlis :
- Syarahan Kitab Al Arba'un Al Siddiqiyyah
( boleh download kitab di sini secara percuma :
https://drive.google.com/file/d/1wPC_rTybmCgUrZ_ofCzegsgNiwJcMuf1/view?usp=drivesdk )
- Pengijazahan Hadith Musalsal Berkuda
- Pengijazahan Hadith Musalsal Potong Kuku Yaum Khamis.
Tarikh : Khamis, 3 Julai 2025
Masa : 9:00 pagi sehingga 6 petang.
Tempat : Pondok Gajah Mati, Pendang, Kedah
Lokasi : https://maps.app.goo.gl/r5SSw9Lsaafdyudv6?g_st=com.google.maps.preview.copy
MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
FADILAT SEDEKAH
Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi
Kitab Fadilat Sedekah ini mengupas bagaimana setiap orang beriman dapat mengenal dan memahami nilai sebenar membelanjakan diri dan harta ke jalan Allah.
Dalam kitab fadilat sedekah setebal 780ms ini ada 7 bab utama iaitu;
Bab 1-fadilat menginfak harta di jalan Allah
Bab 2-celaan bakhil
Bab 3-silaturrahim
Bab 4-penekanan untuk membayar zakat dan fadilatnya
Bab 5-amaran tidak menunaikan zakat
Bab6-galakkan terhadap zuhud, qanaah dan tidak meminta-minta kepada makhluk
Bab 7-kisah orang-orang zuhud & dermawan
Penterjemah: Lajnah Penterjemahan Madrasah Miftahul Ulum
Format: Kulit Tebal
Halaman: 785
ISBN: 9789671117729
berat: 1.4kg
harga: RM45
_______
untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 010-308 1832 🌹
tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/60103081832/FadilatSedekah
Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore
40 HADIS PENAWAR HATI
-Sheikh Fahmi Zam Zam
Hati kita adalah tempat pandangan Allah S.W.T.Ia merupakan tapak semaian iman, wadah fitrah, akal dan hikmah.
Hati kita pula adalah raja bagi seluruh anggota badan.Apabila hati itu baik akan baiklah seluruh anggota badan dan apabila hati itu rosak maka akan rosaklah seluruh anggota badan.
Oleh kerana itu, banyak sekali nasihat dan tunjuk yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah S.W.T kepada ummatnya sebagai "Penawar" yang sangat mujarab bagi merawat dan menjaga kesihatan hati.
Apa yang diharapkan,semoga himpunan "Empat Puluh Hadis Penawar Hati" ini dapat membantu kita dalam usahah ke arah melahirkan hati yang sihat, bersih dan sejahtera.Maka dengan itu, kehadirannya akan diterima disisi Allah pada hari kiamat nanti.
RM10
_______
untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 010-308 1832 🌹
tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/60103081832/PenawarHati
Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore
ADAB AL MUFRAD JILID 1 & 2
-Al Imam Bukhari RH
SINOPSIS:
AL-ADAB AL-MUFRAD (Jilid pertama) menghimpunkan hadits-hadits Rasulullah dan atsar para Sahabat berkenaan adab dan akhlak Islam yang mesti ada pada setiap umat Islam.
Antara tajuk yang terdapat dalam jilid pertama ini:
✔️Adab dengan ibu bapa
✔️Keutamaan dan kelebihan silaturahim
✔️Adab terhadap jiran
✔️Akhlak sesama Muslim
AL-ADAB AL-MUFRAD (Jilid Kedua) menghimpunkan 300 hadis berkaitan adab dan
akhlak yang mesti dihayati setiap Muslim dan diamalkan dalam kehidupan.
Antara perkara yang disebutkan dalam jilid kedua ini:
-Mengadu domba
-Menyebarkan keburukan/ keaiban orang
-Memulaukan seseorang
-Permusuhan/ dendam
-Pembaziran pada harta
-Menziarahi orang sakit
dan banyak lagi
Imam al-Bukhari telah mendatangkan di dalam kitabnya iaitu al-Jaami’ as-Soheh (iaitu Sahih Bukhari) bagi tajuk al-Adab, dan beliau mengkhususnya sebagai satu bab di samping bab-bab lain.
Akan tetapi, oleh kerana ketatnya syarat yang beliau letakkan (untuk memasukkan hadits) di dalam kitab Soheh Bukhari maka tidak banyak hadits dan atsar Sahabat yang berkaitan dengan adab dan zuhud yang beliau keluarkan (iaitu riwayatkan) di dalamnya. Ini kerana hadits-hadits (yang beliau hafal) tersebut tidak bertepatan dengan syarat-syarat yang beliau gunakan di dalam Sahih Bukhari.
Oleh kerana hadits-hadits dan atsar-atsar tersebut sangat diperlukan oleh seorang muslim di dalam urusan kehidupannya, maka beliau berpandangan perlunya mengasingkan bagi tajuk ‘Adab’ menjadi sebuah kitab yang terasing (daripada Sahih Bukhari) yang diperluaskan di dalamnya periwayatan hadits-hadits.
Maka beliau menghasilkan kitab ini bagi tajuk tersebut dan beliau tidak mensyaratkan di dalamnya (hanya) riwayat yang soheh (sahaja) bahkan beliau telah mengeluarkan (iaitu meriwayatkan) di dalamnya hadits-hadits yang soheh, hasan dengan semua pembahagian-pembahagiannya, dan banyak hadits yang dhoif juga”.
Penghasilan buku ini bagi tajuk ‘Adab’ serta tidak disyaratkan di dalamnya (hanya) riwayat yang soheh dan hasan (sahaja) merupakan sempurnanya kefahaman (fiqh) Imam al-Bukhari rahimahullahu Taala, dan merupakan kesungguhan beliau untuk menyebarkan adab-adab Islam, yang mana kebaikan tidak akan wujud melainkan bagi orang yang beradab dengannya dan barangsiapa yang berpaling darinya (iaitu meninggalkannya) maka dia diharamkan akan seluruh kebaikan.
Hasil usaha (iaitu penghasilan kitab ini) oleh Imam al-Bukhari juga adalah sebagai mengikuti thoriq (cara) guru-gurunya dan guru-guru kepada guru-gurunya yang mereka ini tidak meletakkan syarat (hanya) riwayat-riwayat yang soheh atau hasan sahaja di dalam kitab-kitab serta periwayatan-periwayatan mereka pada tajuk adab dan zuhud serta seumpama dengannya, bahkan mereka mengeluarkan (iaitu meriwayatkan) banyak hadits yang dhoif di dalamnya sepertimana dapat dilihat di dalam kitab Az-Zuhd karangan Imam Ahmad, kitab Az-Zuhd wa ar-Raqaiq karangan Imam ‘Abdullah bin al-Mubarak rahimahumallahu Taala dan banyak lagi kitab selain mereka berdua.
Telah meriwayatkan oleh Al-Khatib al-Baghdadi di dalam kitabnya Al-Kifayah dengan sanad beliau (yang bersambung) daripada Imam Ahmad ibn Hanbal rahimahullah Taala, bahawa beliau telah berkata:
“Apabila kami meriwayatkan daripada Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam dalam perkara halal, haram, sunnah-sunnah dan hukum-hakam maka kami ketatkan syarat pada sanad-sanadnya, dan apabila kami meriwayatkan daripada Nabi SAW pada perkara Fadhoil al-A’mal (iaitu kelebihan-kelebihan sesuatu amalan), perkara yang tidak meletakkan sesuatu hukum dan tidak mengangkatnya maka kami permudahkan (syarat-syarat penerimaan) pada sanad-sanadnya”
HAYAT DAN WASIAT ABUL HASAN ASY-SYADZILI
-Kisah Perjalanan Hidup dan Pelajaran yang Menghidupkan Hati (terjemahkan Al Madrasah Asy Syadziliyah Wa Imamuha Abu Al Khasan Asy Syadziliyah)
Penulis: Dr Abdul Halim Mahmud
Beliau adalah pendiri di antara tarekat paling terkenal di dunia, termasuk di Nusantara, Tarekat Syadziliyah. Selain berbasis syariat yang terkenal, ajaran kerohaniannya dikenali sangat mendorong pengikutnya bekerja dan berusaha, sehingga banyak diikuti kalangan peniaga, pegawai pejabat, dan pegawai.
Dialah Syekh Abul Hasan asy-Syadzili. Memiliki jejak agung dalam mengajak manusia pada jalan hidayah. Jejaknya harum dan bersih, yang berpindah dari satu orang ke orang lain, dari masa ke masa, hingga zaman kita saat ini.
Buku ini menceritakan riwayat hidup Syekh al-Syadzili, ajaran tasawufnya, keilmuannya, murid-muridnya, dan perihal tarekat yang dirintisnya. Bahagian akhir dilampiri untaian wasiat-wasiat indah sang wali. Sederhana tetapi mengena, menyentuh relung pikiran dan sanubari kita.
Inilah perjalanan hidup orang soleh yang mempertingkat kehidupan kerohanian kita; yang mempersembahkan hidupnya untuk Sang Khalik dan segenap makhluk; yang sangat mencintai Allah dan Rasulullah dan dicintai segenap manusia.
RM46
____
untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹
tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/HayatDanWasiatAbulHasanSyadzili
Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore
“Barang siapa pada zaman mutaakhir ini cuba untuk membuang hadits-hadits dhoif secara mutlak, dan mula membuang daripada riwayat-riwayat Imam at-Tirmizi, an-Nasa’i, dan Ibnu Majah (di dalam kitab-kitab Sunan mereka) akan hadits-hadits dhoif, begitu juga membuang riwayat-riwayat Imam al-Bukhari di dalam kitab ini, maka dia telah melencong daripada kebenaran serta jalan Imam-Imam para salaf terdahulu ridhwanullah ‘alaihim ajma’iin”.
RM44.00 (1 Set)
____
untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹
tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/SetAdabAlMufrad
Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore
KITAB SIRRU ASRAR
.
.
👤Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani
-Terjemahan Oleh: KH Zezen Zaenal Abidin Zayadi Bazul Asyhab (Wakil Talkin TQN Muballigh PPS)
.
✅Disertai Kata Sambutan daripada Mursyid TQN | KHA Shohibul Wafa Tahul Ariffin (Abah Anom)
✅Pengantar dari penterjemah K.H Zezen Zaenal Abidin Zayadu Bazul Asyhab
.
.
Kitab Sirru Asrar merupakan kitab agung yang dikarang oleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani dimana Sheikh menjelaskan tentang awal penciptaan makhluk. Tidak keterlaluan jika dikatakan kitab ini adalah antara kitab wajib dimiliki oleh penuntut salik yang berjalan kepada Allah.
.
Kitab Sirru Asrar juga merupakan kitab rujukan utama dalam tareqah-tareqah sufiyyah di seluruh dunia dalam menjelaskan hakikat sebenar diri manusia dan asal kejadian diri mereka yang suci.
.
Muqaddimah Menjelaskan Tentang Awal Penciptaan Makhluk
.
Fasal 1: Menjelaskan tentang kembalinya manusia ke tempat asalnya
Fasal 2: Menjelaskan tentang turunnya manusia ke alam yang paling rendah
Fasal 3: Menjelaskan tentang roh didalam jasad
Fasal 4: Menjelaskan tentang ilmu
Fasal 5: Menjelaskan tentang taubat dan talqin
Fasal 6: Menjelaskan tentang ahli tasawuf
Fasal 7: Menjelaskan tentang zikir
Fasal 8: Menjelaskan tentang syarat-syarat zikir
Fasal 9: Menjelaskan tentang makna melihat kepada Allah
Fasal 10: Menjelaskan tentang kegelapan dan cahaya sebagai penghalang
Fasal 11: Menjelaskan tentang bahagia dan celaka
Fasal 12: Menjelaskan tentang makna faqir didalam tasawuf
Fasal 13: Menjelaskan tentang bersuci syariat dan bersuci tareqat
Fasal 14: Menjelaskan tentang solat syariat dan solat tareqat
Fasal 15: Menjelaskan tentang bersuci makrifat dialam tajrid
Fasal 16: Menjelaskan tentang zakat syariat dan zakat tareqat
Fasal 17: Menjelaskan tentang puasa syariat dan tareqat
Fasal 18: Menjelaskan tentang haji syariat dan haji tareqat
Fasal 19: Menjelaskan tentang kasih sayang dan kebersihan hati
Fasal 20: Menjelaskan tentang khalwat dan 'Uzlah
Fasal 21: Menjelaskan tentang aurad disaat khalwat
Fasal 22: Menjelaskan tentang kejadian diwaktu tidur dan mengantuk
Fasal 23: Menjelaskan tentang tasawuf
Fasal 24: Penutup
.
RM25
__
untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹
tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/SirrulAsrarThinkers
Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore
BEKAL AKHIRAT JILID 1 & 2
-Syeikh Ahmad Fahmi Zam Zam
Kitab bekal akhirat ini merupakan sebuah himpunan amalan oleh Syeikh Ahmad Fahmi Zam Zam, yang tiada asing lagi dalam masyarakat. Al Marhum merupakan Ulama yang banyak menjalankan dakwah dalam dan luar negara, banyak mengumpulkan sanad dan kitab-kitab serta amalan daripada berbagai sumber dan dada para ulama
Kitab yang kita sedang bicarakan ini sebuah kitab yang menghimpunkan surah-surah pilihan, zikir, hizib, selawat, doa, qasidah dan wirid yang datang daripada sumber yang sahih dan authentic. merugilah kita tidak bersegera mendapatkan limpahan dan kebaikan yang terlalu banyak daripada dada al marhum melalui sanad sanad beliau yang masyhur.
Harga
Jilid 1: RM6.00
Jilid 2: RM6.00
___
untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹
tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/SetBekalAkhirat
Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore
FUTUHAT MAKIYYAH JILID 7
-Ibnu Arabi
Risalah ini menaqalkan tulisan Ibnu Arabi tentang syariat dan hakikat. Ibnu Arabi terkenal dengan seorang Sufi yang melihat Allah dengan mata hati dan penyaksian akan segala kelakuan Muhammad di Mekah dan Madinah adalah syariat kepada segala insan untuk mengabdikan diri kepada Allah. Kelakuan ibadah yang diturunkan kepada insan adalah semata mata kasih Allah kepada diri Ruhani Muhammad untuk sentiasa menyaksikan DiriNya yang Maha Dekat Yang Maha Hidup
RM80
___________
untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹
tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/FutuhatMakiyyahJilid7
Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore
RISALAH JIWA SUCI (Risâlah Rûh Al-Quds fi Muhâsabah Al-Nafs)
-Ibnu Arabi
"Musuh yang paling dekat dan paling bengis terhadapmu adalah jiwamu sendiri (nafsu)."
-Ibn 'Arabi
Ibn 'Arabi (1165-1240), yang dikenali dengan gelar Muhyiddin (pembaharu Agama) dan Syaikh Akbar (Sang Mahaguru) merupakan seorang sufi, penyair, falsafi, dan penulis yang sangat terkenal dalam perkembangan tasawuf dan salah satu guru rohani terhebat di dunia.
Risâlah Rûh Al-Quds fi Muhâsabah Al-Nafs ini memaparkan penjernihan jiwa dari hasil perjalanan spiritual Ibn 'Arabi yang didapatkan melalui pengalaman mengembara. Dalam pengembaraan itu, Sang Syaikh berdialog dengan berbagai "sumber", baik Al-Qur'an, Nabi, sahabat, tabiin, mahupun tokoh sufi yang sempat dijumpainya secara nyata. Di antara ratusan buku tasawuf yang telah ditulis Ibn 'Arabi, Risâlah Rûh Al-Quds fi Muhâsabah Al-Nafs ini dianggap paling istimewa dan men-dapat banyak pujian kerana penjelasannya yang mudah dicerna dan difahami
RM77
___________
untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹
tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/RisalahJiwaSuci
Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore
WUJUD DAN WAKTU (PERBINCANGAN-PERBINCANGAN FALSAFAH TIMUR)
-Syekh Fakhruddin Ar-Razi
Buku ini merupakan terjemahan dari Al. Mabahits Al-Masyriqiyyah karya seorang parsi yang mendapatkan julukan Sultan Para Teolog, yaitu Fakhruddin ar-Razi. Hanya saja, kerana begitu luasnya pembahasan dalam karya tersebut, penterjemah hanya mengangkat dua tema, iaitu wujud dan waktu. Ketika menulis buku ini, dalam zamannya, Ar-Razi sangat terpengaruh oleh falsafah Peripatetik dan terpengaruh dengan Ibn Sina, walaupun di beberapa hal ia tidak setuju dengan Ibn Sina.
Buku ini ditulis Ar-Razi dengan gaya rumit, dan penuh dengan kalimat majmuk bertingkat. Di sana-sini, ilmu logika dilibatkan. terma yang dipakai adalah terminologi filsafat asal. Sehingga, untuk membacanya, diperlukan tenaga, fokus, dan kesabaran yang luar biasa.
Di dalam buku ini, Ar-Razi menyarikan pendapat banyak tokoh yang membentang dari Yunani, sebut saja Aristoteles dan Plato, sampai falsafah Arab, sebut saja Ibn Sina dan Al-Farabi, di samping juga mengkritik mereka, mengambil sikap, ataupun diam. Menurut Ibn Khaldun, buku ini memadukan antara filsafat dan ilmu kalam.
Sementara, menurut Muhammad Shalih az-Zarkan, buku ini berkisar falsafah asli.
RM48.00
__
untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹
tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/WujudDanWaktu
Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore
SALAM AIDILFITRI
Daripada kami di Warga Kerja Layar Temir Bookstore
JALA'UL KHATHIR (PETUNJUK MENJERNIHKAN FIKIRAN DAN HATI)
-Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani
Membaca Jalâ' al-Khâthir laksana duduk di majelis Syekh Abdul Qadir al-Jalani, menyimak beliau bertutur dengan jelas dan tegas tentang penyakit-penyakit moral-psikologis yang bisa menghalangi hubungan manusia dan Tuhannya, seperti hasad, kemunafikan, perseteruan, lemah iman, etika buruk, kezaliman, dan lain-lain
Syekh membedah penyakit itu dengan tajam menembus ke relung hati yang di dalamnya beliau melihat keberadaan "sesuatu yang selain Allah" dan memberikan kaedah bagaimana untuk mengubati hati dengan ilahi sesuai dengan Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya, seperti sabar, zuhud, malu, akhlak baik, mencintai Allah, rida, istiqamah, melawan nafsu, takut pada Allah (khauf) dan berharap kepada-Nya (raja).
Jala al-Khâthir menghimpun 34 nasihat Syekh al-Jailani di majlis pengajian di Madrasahnya setiap Jumaat pagi, Ahad pagi, dan Selasa petang.
Buku ini juga pelengkap al-Fathu ar-Rabbâni yang pengajiannya berakhir pada Selasa petang, 6 Rajab 545 H, yaitu ketika ia memulai buku ini pada Jumaat pagi, 9 Rajab 545 H, dan berakhir pada 20 Ramadhan 546 H.
Laksana taman hikmah, buku ini bisa Anda kunjungi bila masa saja dan di halaman mana saja. Selamat mereguk kearifan dari Sang Sultan Para Wali-selamat mengaji diri dan menjernihkan pikiran dan hati demi meraih kebahagiaan sejati.
RM90
___________
untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹
tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/JalaulKhathir
Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore
Sempena malam berkat, malam ganjil akhir ramadhan. Bersama kita masuk bahagian Waqaf Quran dan Kitab Senusantara
Tekan Link 👇🏻
https://nuranirelief.onpay.my/order/form/waqafqurankitab
Malam ke-21 ini sangat istimewa kerana menurut Imam al-Syafi‘i, ia adalah antara malam yang paling besar harapan berlakunya Lailatul Qadr, selain malam ke-23. Walaupun ramai ulama berpendapat malam ke-27 lebih berpotensi, Imam al-Syafi‘i berpandukan hadis sahih, bukan sekadar pendapat peribadi.
Dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari, Rasulullah SAW menyebut Baginda pernah melihat dirinya sujud dalam keadaan basah berlumpur pada pagi Lailatul Qadr, dan kejadian itu berlaku pada malam ke-21. Maka, Rasulullah SAW menyuruh kita mencari Lailatul Qadr dalam sepuluh malam terakhir, khususnya malam-malam ganjil.
Imam Ibn Kathir juga menyatakan bahawa Imam al-Syafi‘i menganggap hadis ini paling sahih tentang Lailatul Qadr.
Ada juga kisah ibu bapa Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari yang dikatakan melihat pokok-pokok sujud pada malam ke-21, lalu mereka berdoa dikurniakan anak yang soleh. Hasil doa itu, lahirlah seorang ulama besar Nusantara, yakni beliau
Ustaz Zaki Sapuan Al Hafiz