layartemirbookstore | Unsorted

Telegram-канал layartemirbookstore - Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

3955

Layar Temir Bookstore menyediakan bahan-bahan bacaan bergenre Tauhid Tasawuf, Kitab Turath, Kitab Sufistik, Kitab Ahlu Sunnah Waljamaah, Buku Perubatan Islam, Buku Sejarah dan bahan ilmiah. Selain mengadakan wacana Ilmu, bedah kitab, dan program ilmiah.

Subscribe to a channel

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

SULLAM AL-MUBTADI Fi Makrifah Tariqah Al-Muhtadi
Tangga Bagi Orang Yang Memulai Belajar
-Syeikh Daud Al Fathani

Kitab ini adalah merupakan sebuah kitab kecil yang diberi nama Sullam al-Mubtadi Fi Makrifah Tariqah al-Muhtadi iaitu Tangga Bagi Orang Yang Memulai Belajar iaitu karangan Al-Alim Al-‘Allamah Amin Al-Khair Al-Fahamah Maulana Wa Qudwatuna AI-Syeikh Daud Bin Al-Marhum Al-Syeikh Abdullah A1-Fathani.

Kitab ini membicarakan tentang ilmu Usuliddin atas jalan ahli Sunnah wa al-Jama’ah dan juga berkenaan hukum Fiqah. Untuk mengetahui lebih mendalam lagi, maka sebuah kitab besar akan diterbitkan iaitu syarah bagi kitab ini yang diberi nama kitab Kifayah al-Muhtadi iaitu karangan Muhammad Nur bin Muhammad bin Isma’il al-Fathani.Kitab ini amat sinonim dan masyhur di kalangan para pelajar pondok di mana kita ketahui sistem sekolah pondok ini amat popular dan telah ramai melahirkan para ilmuan dalam bidang agama dan juga bidang lain yang berkarisma dan menyumbangkan sumbangan yang besar kepada bangsa dan agama.

Kitab ini pada asalnya adalah ditulis dalam tulisan Jawi dan bagi memudahkan para pembaca, maka buku ini diterbitkan semula dalam tulisan rumi tanpa mengubah perkataan asalnya. Kitab ini amat digalakkan kepada pembaca supaya mempelajarinya melalui para guru yang berpengalaman dalam bidang pengajian pondok supaya ilmu yang kita perolehi lebih mantap dan diberkati.

0.2kg
RM18.00
_______

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 010-308 1832 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/60103081832/SullamAlMubtadi

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

HIDAYATUS SIBYAN FI MA'RIFATIL ISLAM WAL IMAN
Petunjuk Bagi Yang Baru Belajar Mengenal Islam & Iman
-Abu Abdullah Husain Nasir Al-Banjari

Hidayatus-Sibyan adalah merupakan sebuah kitab lama yang banyak diajar di pondok-pondok bagi mereka yang baru memasuki alam pondok. Dan ianya banyak membicarakan masalah i’ktiqad dan ibadat bagi golongan yang baru mengenal apa itu Islam dan Iman, yang juga membicarakan tentang cara mengambil wudhu’, sembahyang dan segala rukunnya, puasa zakat dan juga haji umrah secara ringkas.

Dan ianya adalah merupakan himpunan-himpunan daripada kalam ulama’yang terpercaya bagi maksud untuk memberi faham secara ringkas dan jelas apa itu Islam dan Iman dan segala
ibadat yang lain. Dan semoga ianya dapat memberi manfa’at bagi mereka di dunia dan di akhirat. Dan kitab ini telah selesai penulisannya oleh pengarang pada hari Isnin, 18hb. Muharram 1330 Hijrah bersamaan 08hb. Januari 1912 Masihi.

0.2kg
RM12.00
_______

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 010-308 1832 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/60103081832/HidayatusSibyan

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

Kitab Syarah Bakurah al-Amani ini masih dicetak dan dijual pasaran kitab Jawi dan sehingga kini masih diajar di masjid-masjid dan pondok-pondok sebagai teks pengajian utama dalam ilmu akidah. Manakala matan asal Bakurah al-Amani, sekadar dari pengamatan saya, sudah tiada yang dicetak secara berasingan dari syarahnya.

Kini, kitab Syarah Bakurah al-Amani ini sudah ada yang dicetakkan dan diterbitkan dengan tulisan Rumi tanpa sebarang pindaan daripada teks asal, agar kebanyakan generasi. sekarang ini yang kurang mahir dalam tulisan jawi mudah bagi mereka mengikuti setiap patah perkataaan yang terdapat di dalam teks asalnya. Usaha ini telah dilakukan oleh Ustazah Noraine Abu dan diterbitkan oleh Al-Hidayah House Publishers Sdn Bhd. Isi kandungan buku ini merangkumi 50 halaman. Semoga bermanfaat.

RM5.50
___

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 010-308 1832 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/60103081832/BakurahAlAmani

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

kredit: http://abusyahmin.blogspot.com/2014/03/bakurah-al-amani.html

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

🌟 Molana Tariq Jamil's Bayan in Malaysia! 🇲🇾

🗓 Date: 14th July 2025
🕋 Time: After Maghrib
📍 Venue:
25, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya

💬 A soulful evening of inspiration, Imaan, and reflection with Molana Tariq Jamil 🤲✨

🗣 Live translation in Malay 🇲🇾
✅ Registration is FREE!

📲 Register now:
👉 https://form.jotform.com/251912100401437

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

Sollu 'alan Nabi

*MALAM INI*

🌙 MAJLIS SELAWAT & TAHLIL LELUHUR 🌙
Menghayati Perjuangan Syaikh Jumadil Kubra Mengembangkan Islam di Nusantara

✨ Istimewa bersama:
Baba Long Idris & Bonda Tunsuzana

📍 Platform: Zoom
📅 Tarikh: 6 Julai 2025 (Ahad)
🕘 Masa: 9.00 malam

💫 Terlalu banyak sumbangan tokoh Dunia Melayu ini iaitu Syaikh Jumadil Kubra yang berjasa dalam mengislamkan seluruh bumi nusantara melalui perkahwinan dan dakwah sehingga Umat Islam yang teramai didunia datangnya daripada masyarakat Nusantara. Sungguh, kita orang melayu pada hari ini terhutang budi dengan tokoh ini yang daripada hasil dakwahnya dan anak cucu keturunannya lah yang telah menyatukan Nusantara dengan islam.

🍃Seluruh jajaran susur galur Auliya dan Kesultanan Nusantara datang dari sulbi beliau yang melahirkan Wali Songo, Wali 7 Tanah Melayu, Ulama-Ulama Melayu di Haramain, Kesultanan-Kesultanan Melayu Islam. Jika sebegitu besar sumbangannya, pasti pada diri kita ini terkandung sedikit sebanyak jasa beliau dari keturunan darahnya, ilmunya, kerohanian dan khidmat. ✨Bagi menghargai dan mengumpulkan Kekeluargaan besar inilah kita sama-sama mengadakan Tahlil bagi seluruh Leluhur dan Keturunannya yang banyak jasanya kepada kita semua Menghubungkan warisan, memperkukuh jiwa

Link Zoom:
https://us06web.zoom.us/j/86331658394?pwd=oaSVSamUywkQPS5xZs8Syhe2c4CSV1.1

Link Onpay:
https://adamyouthglobal.onpay.my/order/form/majlis_selawat_tahlil

Maybank
Adam Youth Global
564874520421
Ref: TahlilSJK

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

BERSAMA ULAMA' MAKKAH AL-MUKARRAMAH di Pondok Gajah Mati

Al-Musnid Fadhilatus Syaikh Zakariyya bin Ahmad al-Tholib al-Makki
( murid Musnidul Asr al-Muhaddith Syaikh Muhammad Yasin al-Fadani al-Makky )

Majlis :
- Syarahan Kitab Al Arba'un Al Siddiqiyyah
( boleh download kitab di sini secara percuma :
https://drive.google.com/file/d/1wPC_rTybmCgUrZ_ofCzegsgNiwJcMuf1/view?usp=drivesdk )
- Pengijazahan Hadith Musalsal Berkuda
- Pengijazahan Hadith Musalsal Potong Kuku Yaum Khamis.

Tarikh : Khamis, 3 Julai 2025
Masa : 9:00 pagi sehingga 6 petang.
Tempat : Pondok Gajah Mati, Pendang, Kedah
Lokasi : https://maps.app.goo.gl/r5SSw9Lsaafdyudv6?g_st=com.google.maps.preview.copy

MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

FADILAT SEDEKAH

Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi

Kitab Fadilat Sedekah ini mengupas bagaimana setiap orang beriman dapat mengenal dan memahami nilai sebenar membelanjakan diri dan harta ke jalan Allah.

Dalam kitab fadilat sedekah setebal 780ms ini ada 7 bab utama iaitu;

Bab 1-fadilat menginfak harta di jalan Allah
Bab 2-celaan bakhil
Bab 3-silaturrahim
Bab 4-penekanan untuk membayar zakat dan fadilatnya
Bab 5-amaran tidak menunaikan zakat
Bab6-galakkan terhadap zuhud, qanaah dan tidak meminta-minta kepada makhluk
Bab 7-kisah orang-orang zuhud & dermawan

Penterjemah: Lajnah Penterjemahan Madrasah Miftahul Ulum
Format: Kulit Tebal
Halaman: 785
ISBN: 9789671117729
berat: 1.4kg
harga: RM45

_______

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 010-308 1832 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/60103081832/FadilatSedekah

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

40 HADIS PENAWAR HATI
-Sheikh Fahmi Zam Zam

Hati kita adalah tempat pandangan Allah S.W.T.Ia merupakan tapak semaian iman, wadah fitrah, akal dan hikmah.

Hati kita pula adalah raja bagi seluruh anggota badan.Apabila hati itu baik akan baiklah seluruh anggota badan dan apabila hati itu rosak maka akan rosaklah seluruh anggota badan.

Oleh kerana itu, banyak sekali nasihat dan tunjuk yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah S.W.T kepada ummatnya sebagai "Penawar" yang sangat mujarab bagi merawat dan menjaga kesihatan hati.

Apa yang diharapkan,semoga himpunan "Empat Puluh Hadis Penawar Hati" ini dapat membantu kita dalam usahah ke arah melahirkan hati yang sihat, bersih dan sejahtera.Maka dengan itu, kehadirannya akan diterima disisi Allah pada hari kiamat nanti.

RM10
____
___

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 010-308 1832 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/60103081832/PenawarHati

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

ADAB AL MUFRAD JILID 1 & 2
-Al Imam Bukhari RH

SINOPSIS:

AL-ADAB AL-MUFRAD (Jilid pertama) menghimpunkan hadits-hadits Rasulullah dan atsar para Sahabat berkenaan adab dan akhlak Islam yang mesti ada pada setiap umat Islam.

Antara tajuk yang terdapat dalam jilid pertama ini:
✔️Adab dengan ibu bapa
✔️Keutamaan dan kelebihan silaturahim
✔️Adab terhadap jiran
✔️Akhlak sesama Muslim

AL-ADAB AL-MUFRAD (Jilid Kedua) menghimpunkan 300 hadis berkaitan adab dan
akhlak yang mesti dihayati setiap Muslim dan diamalkan dalam kehidupan.
Antara perkara yang disebutkan dalam jilid kedua ini:
-Mengadu domba
-Menyebarkan keburukan/ keaiban orang
-Memulaukan seseorang
-Permusuhan/ dendam
-Pembaziran pada harta
-Menziarahi orang sakit
dan banyak lagi

Imam al-Bukhari telah mendatangkan di dalam kitabnya iaitu al-Jaami’ as-Soheh (iaitu Sahih Bukhari) bagi tajuk al-Adab, dan beliau mengkhususnya sebagai satu bab di samping bab-bab lain.

Akan tetapi, oleh kerana ketatnya syarat yang beliau letakkan (untuk memasukkan hadits) di dalam kitab Soheh Bukhari maka tidak banyak hadits dan atsar Sahabat yang berkaitan dengan adab dan zuhud yang beliau keluarkan (iaitu riwayatkan) di dalamnya. Ini kerana hadits-hadits (yang beliau hafal) tersebut tidak bertepatan dengan syarat-syarat yang beliau gunakan di dalam Sahih Bukhari.

Oleh kerana hadits-hadits dan atsar-atsar tersebut sangat diperlukan oleh seorang muslim di dalam urusan kehidupannya, maka beliau berpandangan perlunya mengasingkan bagi tajuk ‘Adab’ menjadi sebuah kitab yang terasing (daripada Sahih Bukhari) yang diperluaskan di dalamnya periwayatan hadits-hadits.
Maka beliau menghasilkan kitab ini bagi tajuk tersebut dan beliau tidak mensyaratkan di dalamnya (hanya) riwayat yang soheh (sahaja) bahkan beliau telah mengeluarkan (iaitu meriwayatkan) di dalamnya hadits-hadits yang soheh, hasan dengan semua pembahagian-pembahagiannya, dan banyak hadits yang dhoif juga”.
Penghasilan buku ini bagi tajuk ‘Adab’ serta tidak disyaratkan di dalamnya (hanya) riwayat yang soheh dan hasan (sahaja) merupakan sempurnanya kefahaman (fiqh) Imam al-Bukhari rahimahullahu Taala, dan merupakan kesungguhan beliau untuk menyebarkan adab-adab Islam, yang mana kebaikan tidak akan wujud melainkan bagi orang yang beradab dengannya dan barangsiapa yang berpaling darinya (iaitu meninggalkannya) maka dia diharamkan akan seluruh kebaikan.

Hasil usaha (iaitu penghasilan kitab ini) oleh Imam al-Bukhari juga adalah sebagai mengikuti thoriq (cara) guru-gurunya dan guru-guru kepada guru-gurunya yang mereka ini tidak meletakkan syarat (hanya) riwayat-riwayat yang soheh atau hasan sahaja di dalam kitab-kitab serta periwayatan-periwayatan mereka pada tajuk adab dan zuhud serta seumpama dengannya, bahkan mereka mengeluarkan (iaitu meriwayatkan) banyak hadits yang dhoif di dalamnya sepertimana dapat dilihat di dalam kitab Az-Zuhd karangan Imam Ahmad, kitab Az-Zuhd wa ar-Raqaiq karangan Imam ‘Abdullah bin al-Mubarak rahimahumallahu Taala dan banyak lagi kitab selain mereka berdua.

Telah meriwayatkan oleh Al-Khatib al-Baghdadi di dalam kitabnya Al-Kifayah dengan sanad beliau (yang bersambung) daripada Imam Ahmad ibn Hanbal rahimahullah Taala, bahawa beliau telah berkata:
“Apabila kami meriwayatkan daripada Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam dalam perkara halal, haram, sunnah-sunnah dan hukum-hakam maka kami ketatkan syarat pada sanad-sanadnya, dan apabila kami meriwayatkan daripada Nabi SAW pada perkara Fadhoil al-A’mal (iaitu kelebihan-kelebihan sesuatu amalan), perkara yang tidak meletakkan sesuatu hukum dan tidak mengangkatnya maka kami permudahkan (syarat-syarat penerimaan) pada sanad-sanadnya”

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

HAYAT DAN WASIAT ABUL HASAN ASY-SYADZILI
-Kisah Perjalanan Hidup dan Pelajaran yang Menghidupkan Hati (terjemahkan Al Madrasah Asy Syadziliyah Wa Imamuha Abu Al Khasan Asy Syadziliyah)

Penulis: Dr Abdul Halim Mahmud

Beliau adalah pendiri di antara tarekat paling terkenal di dunia, termasuk di Nusantara, Tarekat Syadziliyah. Selain berbasis syariat yang terkenal, ajaran kerohaniannya dikenali sangat mendorong pengikutnya bekerja dan berusaha, sehingga banyak diikuti kalangan peniaga, pegawai pejabat, dan pegawai.

Dialah Syekh Abul Hasan asy-Syadzili. Memiliki jejak agung dalam mengajak manusia pada jalan hidayah. Jejaknya harum dan bersih, yang berpindah dari satu orang ke orang lain, dari masa ke masa, hingga zaman kita saat ini.

Buku ini menceritakan riwayat hidup Syekh al-Syadzili, ajaran tasawufnya, keilmuannya, murid-muridnya, dan perihal tarekat yang dirintisnya. Bahagian akhir dilampiri untaian wasiat-wasiat indah sang wali. Sederhana tetapi mengena, menyentuh relung pikiran dan sanubari kita.

Inilah perjalanan hidup orang soleh yang mempertingkat kehidupan kerohanian kita; yang mempersembahkan hidupnya untuk Sang Khalik dan segenap makhluk; yang sangat mencintai Allah dan Rasulullah dan dicintai segenap manusia.

RM46

____

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/HayatDanWasiatAbulHasanSyadzili

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

“Barang siapa pada zaman mutaakhir ini cuba untuk membuang hadits-hadits dhoif secara mutlak, dan mula membuang daripada riwayat-riwayat Imam at-Tirmizi, an-Nasa’i, dan Ibnu Majah (di dalam kitab-kitab Sunan mereka) akan hadits-hadits dhoif, begitu juga membuang riwayat-riwayat Imam al-Bukhari di dalam kitab ini, maka dia telah melencong daripada kebenaran serta jalan Imam-Imam para salaf terdahulu ridhwanullah ‘alaihim ajma’iin”.

RM44.00 (1 Set)
____

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/SetAdabAlMufrad

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

KITAB SIRRU ASRAR
.
.
👤Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani
-Terjemahan Oleh: KH Zezen Zaenal Abidin Zayadi Bazul Asyhab (Wakil Talkin TQN Muballigh PPS)
.
✅Disertai Kata Sambutan daripada Mursyid TQN | KHA Shohibul Wafa Tahul Ariffin (Abah Anom)
✅Pengantar dari penterjemah K.H Zezen Zaenal Abidin Zayadu Bazul Asyhab
.
.
Kitab Sirru Asrar merupakan kitab agung yang dikarang oleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani dimana Sheikh menjelaskan tentang awal penciptaan makhluk. Tidak keterlaluan jika dikatakan kitab ini adalah antara kitab wajib dimiliki oleh penuntut salik yang berjalan kepada Allah.
.
Kitab Sirru Asrar juga merupakan kitab rujukan utama dalam tareqah-tareqah sufiyyah di seluruh dunia dalam menjelaskan hakikat sebenar diri manusia dan asal kejadian diri mereka yang suci.
.
Muqaddimah Menjelaskan Tentang Awal Penciptaan Makhluk
.
Fasal 1: Menjelaskan tentang kembalinya manusia ke tempat asalnya
Fasal 2: Menjelaskan tentang turunnya manusia ke alam yang paling rendah
Fasal 3: Menjelaskan tentang roh didalam jasad
Fasal 4: Menjelaskan tentang ilmu
Fasal 5: Menjelaskan tentang taubat dan talqin
Fasal 6: Menjelaskan tentang ahli tasawuf
Fasal 7: Menjelaskan tentang zikir
Fasal 8: Menjelaskan tentang syarat-syarat zikir
Fasal 9: Menjelaskan tentang makna melihat kepada Allah
Fasal 10: Menjelaskan tentang kegelapan dan cahaya sebagai penghalang
Fasal 11: Menjelaskan tentang bahagia dan celaka
Fasal 12: Menjelaskan tentang makna faqir didalam tasawuf
Fasal 13: Menjelaskan tentang bersuci syariat dan bersuci tareqat
Fasal 14: Menjelaskan tentang solat syariat dan solat tareqat
Fasal 15: Menjelaskan tentang bersuci makrifat dialam tajrid
Fasal 16: Menjelaskan tentang zakat syariat dan zakat tareqat
Fasal 17: Menjelaskan tentang puasa syariat dan tareqat
Fasal 18: Menjelaskan tentang haji syariat dan haji tareqat
Fasal 19: Menjelaskan tentang kasih sayang dan kebersihan hati
Fasal 20: Menjelaskan tentang khalwat dan 'Uzlah
Fasal 21: Menjelaskan tentang aurad disaat khalwat
Fasal 22: Menjelaskan tentang kejadian diwaktu tidur dan mengantuk
Fasal 23: Menjelaskan tentang tasawuf
Fasal 24: Penutup
.
RM25
__

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/SirrulAsrarThinkers

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

BEKAL AKHIRAT JILID 1 & 2
-Syeikh Ahmad Fahmi Zam Zam

Kitab bekal akhirat ini merupakan sebuah himpunan amalan oleh Syeikh Ahmad Fahmi Zam Zam, yang tiada asing lagi dalam masyarakat. Al Marhum merupakan Ulama yang banyak menjalankan dakwah dalam dan luar negara, banyak mengumpulkan sanad dan kitab-kitab serta amalan daripada berbagai sumber dan dada para ulama

Kitab yang kita sedang bicarakan ini sebuah kitab yang menghimpunkan surah-surah pilihan, zikir, hizib, selawat, doa, qasidah dan wirid yang datang daripada sumber yang sahih dan authentic. merugilah kita tidak bersegera mendapatkan limpahan dan kebaikan yang terlalu banyak daripada dada al marhum melalui sanad sanad beliau yang masyhur.

Harga
Jilid 1: RM6.00
Jilid 2: RM6.00
___

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/SetBekalAkhirat

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

FUTUHAT MAKIYYAH JILID 7
-Ibnu Arabi

Risalah ini menaqalkan tulisan Ibnu Arabi tentang syariat dan hakikat. Ibnu Arabi terkenal dengan seorang Sufi yang melihat Allah dengan mata hati dan penyaksian akan segala kelakuan Muhammad di Mekah dan Madinah adalah syariat kepada segala insan untuk mengabdikan diri kepada Allah. Kelakuan ibadah yang diturunkan kepada insan adalah semata mata kasih Allah kepada diri Ruhani Muhammad untuk sentiasa menyaksikan DiriNya yang Maha Dekat Yang Maha Hidup

RM80

___________

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/FutuhatMakiyyahJilid7

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

RISALAH JIWA SUCI (Risâlah Rûh Al-Quds fi Muhâsabah Al-Nafs)
-Ibnu Arabi

"Musuh yang paling dekat dan paling bengis terhadapmu adalah jiwamu sendiri (nafsu)."
-Ibn 'Arabi

Ibn 'Arabi (1165-1240), yang dikenali dengan gelar Muhyiddin (pembaharu Agama) dan Syaikh Akbar (Sang Mahaguru) merupakan seorang sufi, penyair, falsafi, dan penulis yang sangat terkenal dalam perkembangan tasawuf dan salah satu guru rohani terhebat di dunia.

Risâlah Rûh Al-Quds fi Muhâsabah Al-Nafs ini memaparkan penjernihan jiwa dari hasil perjalanan spiritual Ibn 'Arabi yang didapatkan melalui pengalaman mengembara. Dalam pengembaraan itu, Sang Syaikh berdialog dengan berbagai "sumber", baik Al-Qur'an, Nabi, sahabat, tabiin, mahupun tokoh sufi yang sempat dijumpainya secara nyata. Di antara ratusan buku tasawuf yang telah ditulis Ibn 'Arabi, Risâlah Rûh Al-Quds fi Muhâsabah Al-Nafs ini dianggap paling istimewa dan men-dapat banyak pujian kerana penjelasannya yang mudah dicerna dan difahami

RM77
___________

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/RisalahJiwaSuci

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

PENAWAR BAGI HATI
-Syeikh Abdul Qadir Al Mandili

Sesungguhnya buku Terjemahan Penawar Bagi Hati' ini suatu kitab yang amat terkenal di kalangan para pelajar yang mengikuti pengajian di pondokpondok, masjid, surau ataupun di pejabat, yang membicarakan segala sifat yang dipuji, seperti merendah diri dan sabar atau sifat yang dicela, seperti dengki dan membesar diri.

Dan sesungguhnya ianya berkaitan dengan Ilmu Tasawwuf, iaitu suatu ilmu yang membicarakan tentang sifat kelakuan diri kita, seperti mengosongkan hati daripada yang lain daripada Allah Ta'ala dan menghiasi diri kita dengan memandang kepada Tuhan sekalian alam.

Sekiranya kita dapat mendalami tentang Ilmu Tasawwuf itu, ianya akan dapat membersihkan segala anggota yang zahir, seperti; mata, telinga, lidah, perut, faraj, dua tangan, dan dua kaki kita daripada segala perbuatan yang keji supaya dapat menjurus kepada membersihkan hati daripada segala sifat kecelaan.

Sesungguhnya hendaklah kita ingat di dalam hati kita bahawasanya Allah telah memberi nikmat kepada kita beberapa nikmat yang tidak terhingga banyaknya, dan wajib bagi kita tidak memeliharanya, nescaya ianya akan jadi saksi semuanya di atas kita pada hari kiamat kelak.

RM14.00
_______

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 010-308 1832 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/60103081832/PenawarBagiHati

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

🌙 MAJLIS SELAWAT & TAHLIL LELUHUR 🌙
Menghayati Perjuangan Syaikh Jumadil Kubra Mengembangkan Islam di Nusantara

✨ Istimewa bersama:
🍃Ustaz Zawawi
🍃Syukri Insaf bin Muhammad (NGO Pencinta Sejarah Patani)

📍 Platform: Zoom
📅 Tarikh: 24 Julai 2025 (Khamis)
🕘 Masa: 9.00 malam

💫 Terlalu banyak sumbangan tokoh Dunia Melayu ini iaitu Syaikh Jumadil Kubra yang berjasa dalam mengislamkan seluruh bumi nusantara melalui perkahwinan dan dakwah sehingga Umat Islam yang teramai didunia datangnya daripada masyarakat Nusantara. Sungguh, kita orang melayu pada hari ini terhutang budi dengan tokoh ini yang daripada hasil dakwahnya dan anak cucu keturunannya lah yang telah menyatukan Nusantara dengan islam.

🍃Seluruh jajaran susur galur Auliya dan Kesultanan Nusantara datang dari sulbi beliau yang melahirkan Wali Songo, Wali 7 Tanah Melayu, Ulama-Ulama Melayu di Haramain, Kesultanan-Kesultanan Melayu Islam. Jika sebegitu besar sumbangannya, pasti pada diri kita ini terkandung sedikit sebanyak jasa beliau dari keturunan darahnya, ilmunya, kerohanian dan khidmat. ✨Bagi menghargai dan mengumpulkan Kekeluargaan besar inilah kita sama-sama mengadakan Tahlil bagi seluruh Leluhur dan Keturunannya yang banyak jasanya kepada kita semua Menghubungkan warisan, memperkukuh jiwa

Link Zoom:

https://us06web.zoom.us/j/83726208985?pwd=JYk3uRXASUpMQxgkOkJYQmZZNan5vz.1

Link Onpay:
https://adamyouthglobal.onpay.my/order/form/majlis_selawat_tahlil

Maybank
Adam Youth Global
564874520421
Ref: TahlilSJK

📞 hubungi:
👉🏽 A Anje : https://wa.me/60136923129
👉🏽 Kak dayang: https://wa.me/60103683538

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

BAKURAH AL-AMANI
-Syeikh Ismail Bin Abdul Qadir Al-Fathani

Kitab Bakurah al-Amani atau nama lengkapnya Bakurah al-Amani li Irsyad ‘Awam Ahl al-Fathani (باكورة الأماني لإرشاد عوام أهل الفطاني) merupakan kitab yang membincangkan bidang akidah (ilmu tauhid) yang terkenal di ‘Alam Melayu, khususnya negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan di Selatan Thailand (baca: Patani) sehingga kini. Kitab ini disusun oleh al-Alim al-‘Allamah Syaikh Wan Ismail bin Wan ‘Abdul Qadir bin Wan Musthafa, atau dikenali juga dengan nama Pak Da ‘El al-Fathani ( 1300H/1882M – 1965M).

Kitab ini merupakan sebuah kitab yang ringkas dan padat isinya, yang merangkumi lebih kurang 10 halaman sahaja. Kitab ini ditulis oleh Pak Da ‘El sewaktu menziarahi kenalan beliau Haji Muhammad Nur di Tobiak Kedah, atas permintaan murid-muridnya. Ia ditulis secara spontan, berdasarkan ingatan beliau sahaja. Tarikh kitab ini ditulis adalah pada tahun 1335H / 1917M, atau tepatnya pada hari Sabtu, 14 Rajab, 1335 bersamaan 15 Mei 1917. Kitab ini pernah dicetak oleh Mathba’ah al-Ikhwan, Singapura pada tahun 1918M.

Menurut ceritanya, sejarah penulisan kitab ini adalah dari permintaan muridnya yang bernama Haji Ahmad supaya Pak Da’El karangkan secara ringkas matan ilmu tauhid bagi memudahkan anaknya Mat Hasan yang masih memonduk agar membantunya dalam memahami ilmu tauhid. Maka permintaan itu diperkenankan oleh Pak Da ‘El dan terhasillah kitab yang terkenal ini.


Kandungan kitab Bakurah al-Amani

Antara intipati kandungan kitab ini termasuklah perbahasan tentang makna kalimah syahadah yang menggunakan konotasi “Allah jua Tuhan”; tentang wajib Syarak atau hukum taklifi pada istilah pantang, terjemahan seperti ma ya sa buh ‘ala tarqih wa yu ‘a qa bu ala tarqih; Perbahasan pergantungan hukum-hukum akal; perbahasan istihalah; perbahasan daur dan tasarsur; perbahasan mukhallafah secara spesifiknya perbahasan mengenai sifat wajib Allah bersalahan dengan sesuatu baharu; perbahasan tentang penciptaan makhluk (Nur Muhammad); perbahasan al-makulat al ‘asyarah; perbahasan usaha ikhtiar; perbahasan sifat salbiyyah; perbahasan sifat ma’ani ; perbahasan hayat dan sifat idro’; perbahasan muta’ala’ ilmu, sabitah atau syuun; perbahasan qun fa ya kun; perbahasan dzan dan waham; pembahagian bagi makna sifat – sifat ma’ani; dan perbahasan al-nubuwwah.


Syarah Bakurah al-Amani

Oleh kerana kitab ini sangat ringkas dan padat isinya sehingga sesetengah orang gagal memahami ‘ibaratnya, maka Pak Da ‘El telah diminta pula agar menulis syarah (huraian) bagi kitab ini. Beliau kemudiannya menulis syarahnya, yang diberi judul “ Tabshirah al-Adani bi Alhan Bakurah al-Amani (تبصرة الأداني بألحان باكورة الأماني). Kitab ini selesai ditulis pada 25 Muharram 1358H / 16 Mac 1936, sebagaimana yang dijelaskan oleh beliau sendiri dalam kitab tersebut;

“Maka tatkala kelihatan atasnya oleh setengah-setengah tolabah, membahas-bahas ia daripada tuturannya datanglah atasnya i’ktirad pada menyalahinya akan tuturan kitab-kitab Melayu yang dahulu-dahulu pada beberapa tempat maka hamba hurai baginya demikian tuturan yang menyalahi itu dan menyatakan kehendaknya dan wajah ubahnya maka terpaksalah atasnya membenarkan ubahan-ubahan yang tersebut dan jikalau menyalahikan mafhum kitab-kitab yang lain sekali pun maka kemudian daripada lalu bertahun –tahun memintak pulak bahawa hamba syarahkan risalah itu suatu menyatakan wajah tujuan tuturan yang tersebut maka memikir hamba beberapa lama maka nyata bagi hamba elok pintakan itu maka merebut-rebut hamba akan peluangan dengan menatahkan ‘ibarat risalah itu dengan macam-macam tafsir yng ditetapkan dia dengan sudahan yang jilah yang menjelaskan hati-hati yang empunya paham atas qadar pendapat hamba supaya panjang diambil guna dengan risalah itu dan merataimya dan hamba namakan ia “Tabshirah al-Adani bil Alhani Bakurah al-Amani” artinya menperlatas bagi ornag-orang ligat mendapati akan tengak tengakan dan siringan-siringan cakapan Bakurah al-Amani ”

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

AL DURR AL NAFIS MUTIARA YANG INDAH
-Syeikh Muhammad Nafis Al Banjari

Syeikh Muhammad Nafis Ibnu Idris Al-Banjari berasal dari Banjar Kalimantan Selatan. Menuntut ilmu di Mekah dan Madinah. Ramai ulama nusantara lain yang seangkatan dengannya ketika menuntut di Mekah dan Madinah. Beliau kemudiannya mengabdikan diri dengan menyampaikan dakwah dan mengjarkan ilmu kepada para penduduk yang dahaga cahaya ilmu.

Naskhah Al-Durr Al-Nafis ini meruupkan sebuah kitab yang membahaskan tentang ilmu tauhid. Kitab ini sering disyarahkan di sekolah-sekolah pondok, masjid, surau atau madrasah. Dalam usaha menghidupkan dan menyuburkan ilmu-ilmu agama yang telah ditulis oleh ulama terdahulu, kitab ini telah ditulis semula dengan tulisan rumi tanpa membuat pindaan terliadap teks asalnya. Ini bagi memberikan peluang dati ruang untuk mereka yang ingin mengikuti majlis pengajian ilmu ini tetapi kurang mahir dalam tulisan jawi, lebih-lebih lagi tulisan Jawi lama.

Alih Tulisan Jawi ke Rumi : Ust. Nozrine Abu
Muka Surat: 151
RM14

_______

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 010-308 1832 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/60103081832/DurunNafis

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

KITAB AL MUHIMMAH & AL MAWA'IZH AL-BADI'AH
-Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani
-Syeikh Abdul Rauf Al Fansuri

Kitab Muhimmah adalah merupakan sebuah kitab lama yang telah dikarang oleh Syeikh Abdullah Ibnu ‘Abdur Rahim Fathani. Dan ianya banyak membicarakan tentang kelebihan dan kepujian terhadap perbuatan seorang isteri yang telah menunaikan tanggungjawabnya terhadap suaminya dan juga memberi peringatan yang sebaliknya apabila mereka derhaka. Manakala terdapat sebuah lagi kitab yang bernama Al-Mawa’izd Al-Badi’ah membicarakan tentang peringatan-peringatan yang indah buat seorang Muslim yang dikarang oleh Maulana As- Syeikh ‘Abdur Rauf Fanshuri Acheh.

RM15

_______

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 010-308 1832 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/60103081832/AlMuhimmah

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

STOK TERHAD

Kitab Fadhail 'Amal (Fadilat Amal) merupakan hasil karangan Sheikh Maulana Zakariya Syehkul Hadis.
.
Ia adalah himpunan hadis-hadis. .
Ruang lingkup perbicaraannya merangkumi tujuh bahagian iaitu: .

a. Kisah-Kisah Para Sahabat .
b. Fadhilat Al-Qur'an .
c. Fadhilat Solat .
d. Fadhilat Zikir .
e. Fadhilat Tabligh .
f. Kemunduran Umat Dan Penyelesaiannya .
g. Fadhilat Ramadhan

RM45
_______

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 010-308 1832 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/60103081832/FadilatAmal

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

Sollu 'alan Nabiy

🌙 MAJLIS SELAWAT & TAHLIL LELUHUR 🌙
Menghayati Perjuangan Syaikh Jumadil Kubra Mengembangkan Islam di Nusantara

✨ Istimewa bersama:
Baba Long Idris & Bonda Tunsuzana

📍 Platform: Zoom
📅 Tarikh: 6 Julai 2025 (Ahad)
🕘 Masa: 9.00 malam

💫 Terlalu banyak sumbangan tokoh Dunia Melayu ini iaitu Syaikh Jumadil Kubra yang berjasa dalam mengislamkan seluruh bumi nusantara melalui perkahwinan dan dakwah sehingga Umat Islam yang teramai didunia datangnya daripada masyarakat Nusantara. Sungguh, kita orang melayu pada hari ini terhutang budi dengan tokoh ini yang daripada hasil dakwahnya dan anak cucu keturunannya lah yang telah menyatukan Nusantara dengan islam.

🍃Seluruh jajaran susur galur Auliya dan Kesultanan Nusantara datang dari sulbi beliau yang melahirkan Wali Songo, Wali 7 Tanah Melayu, Ulama-Ulama Melayu di Haramain, Kesultanan-Kesultanan Melayu Islam. Jika sebegitu besar sumbangannya, pasti pada diri kita ini terkandung sedikit sebanyak jasa beliau dari keturunan darahnya, ilmunya, kerohanian dan khidmat.��✨Bagi menghargai dan mengumpulkan Kekeluargaan besar inilah kita sama-sama mengadakan Tahlil bagi seluruh Leluhur dan Keturunannya yang banyak jasanya kepada kita semua Menghubungkan warisan, memperkukuh jiwa

Link Zoom:
https://us06web.zoom.us/j/86331658394?pwd=oaSVSamUywkQPS5xZs8Syhe2c4CSV1.1

Link Onpay:
https://adamyouthglobal.onpay.my/order/form/majlis_selawat_tahlil

Maybank
Adam Youth Global
564874520421
Ref: TahlilSJK

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

“Barang siapa pada zaman mutaakhir ini cuba untuk membuang hadits-hadits dhoif secara mutlak, dan mula membuang daripada riwayat-riwayat Imam at-Tirmizi, an-Nasa’i, dan Ibnu Majah (di dalam kitab-kitab Sunan mereka) akan hadits-hadits dhoif, begitu juga membuang riwayat-riwayat Imam al-Bukhari di dalam kitab ini, maka dia telah melencong daripada kebenaran serta jalan Imam-Imam para salaf terdahulu ridhwanullah ‘alaihim ajma’iin”.

RM44.00 (1 Set)
____

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 010-308 1832🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/6010-3081832/SetAdabAlMufrad

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

MAKLUMAN NOMBOR TELEFON BERTUKAR

No baharu admin Layar Temir Bookstore telah bertukar kepada 010 308 1832 dan boleh dihubungi melalui Whatsapp

http://www.wasap.my/60103081832

atau

Telegram: @layartemir

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

JEMPUTAN MAJLIS BACAAN KITAB

As salamualaikum wbt,

Saidina Nabi Muhammad ﷺ bersabda:

من مات ولم يغز ولم يحدث به نفسه مات على شعبة من نفاق

"Barangsiapa yang meninggal dunia sedangkan tidak pernah ikut berperang (jihad), dan tidak pernah pula bercita-cita dalam dirinya untuk itu, maka ia mati atas salah satu cabang kemunafikan." (Riwayat imam Muslim, Abu Daud, an-Nasaie)

Di dalam hadis yang lain baginda ﷺ bersabda:

جاهدوا المشركين بأموالكم، وأنفسكم، وألسنتكم

"Perangilah kaum musyrikin dengan harta kamu, dengan jiwa kamu dan lidah kamu." (Riwayat imam Abu Daud)

Dengan itu, sukacita Institut Ulama al-Juwaini menjemput Tuan/Puan bagi menghadiri majlis bacaan kitab seperti berikut:

Kitab: Nasihatul Muslimin wa Tazkiratul Mukminin fi Fadhail al Jihad wa Karamat al Mujahidin
Karangan: Syeikh Abdul Somad al-Falimbani
Penyampai: Ustaz Zaid Zainurrashid
Tempat: Institut Ulama al-Juwaini, Bangi Sentral
Tarikh Siri 1: 29 April 2025
Masa: 11.00am-12.30pm

Semua dijemput hadir, penyertaan adalah percuma.
Pendaftaran:
https://forms.gle/iuJP4NWTRUrfyVFv8

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

ADAB AL MUFRAD JILID 1 & 2
-Al Imam Bukhari RH

SINOPSIS:

AL-ADAB AL-MUFRAD (Jilid pertama) menghimpunkan hadits-hadits Rasulullah dan atsar para Sahabat berkenaan adab dan akhlak Islam yang mesti ada pada setiap umat Islam.

Antara tajuk yang terdapat dalam jilid pertama ini:
✔️Adab dengan ibu bapa
✔️Keutamaan dan kelebihan silaturahim
✔️Adab terhadap jiran
✔️Akhlak sesama Muslim

AL-ADAB AL-MUFRAD (Jilid Kedua) menghimpunkan 300 hadis berkaitan adab dan
akhlak yang mesti dihayati setiap Muslim dan diamalkan dalam kehidupan.
Antara perkara yang disebutkan dalam jilid kedua ini:
-Mengadu domba
-Menyebarkan keburukan/ keaiban orang
-Memulaukan seseorang
-Permusuhan/ dendam
-Pembaziran pada harta
-Menziarahi orang sakit
dan banyak lagi

Imam al-Bukhari telah mendatangkan di dalam kitabnya iaitu al-Jaami’ as-Soheh (iaitu Sahih Bukhari) bagi tajuk al-Adab, dan beliau mengkhususnya sebagai satu bab di samping bab-bab lain.

Akan tetapi, oleh kerana ketatnya syarat yang beliau letakkan (untuk memasukkan hadits) di dalam kitab Soheh Bukhari maka tidak banyak hadits dan atsar Sahabat yang berkaitan dengan adab dan zuhud yang beliau keluarkan (iaitu riwayatkan) di dalamnya. Ini kerana hadits-hadits (yang beliau hafal) tersebut tidak bertepatan dengan syarat-syarat yang beliau gunakan di dalam Sahih Bukhari.

Oleh kerana hadits-hadits dan atsar-atsar tersebut sangat diperlukan oleh seorang muslim di dalam urusan kehidupannya, maka beliau berpandangan perlunya mengasingkan bagi tajuk ‘Adab’ menjadi sebuah kitab yang terasing (daripada Sahih Bukhari) yang diperluaskan di dalamnya periwayatan hadits-hadits.
Maka beliau menghasilkan kitab ini bagi tajuk tersebut dan beliau tidak mensyaratkan di dalamnya (hanya) riwayat yang soheh (sahaja) bahkan beliau telah mengeluarkan (iaitu meriwayatkan) di dalamnya hadits-hadits yang soheh, hasan dengan semua pembahagian-pembahagiannya, dan banyak hadits yang dhoif juga”.
Penghasilan buku ini bagi tajuk ‘Adab’ serta tidak disyaratkan di dalamnya (hanya) riwayat yang soheh dan hasan (sahaja) merupakan sempurnanya kefahaman (fiqh) Imam al-Bukhari rahimahullahu Taala, dan merupakan kesungguhan beliau untuk menyebarkan adab-adab Islam, yang mana kebaikan tidak akan wujud melainkan bagi orang yang beradab dengannya dan barangsiapa yang berpaling darinya (iaitu meninggalkannya) maka dia diharamkan akan seluruh kebaikan.

Hasil usaha (iaitu penghasilan kitab ini) oleh Imam al-Bukhari juga adalah sebagai mengikuti thoriq (cara) guru-gurunya dan guru-guru kepada guru-gurunya yang mereka ini tidak meletakkan syarat (hanya) riwayat-riwayat yang soheh atau hasan sahaja di dalam kitab-kitab serta periwayatan-periwayatan mereka pada tajuk adab dan zuhud serta seumpama dengannya, bahkan mereka mengeluarkan (iaitu meriwayatkan) banyak hadits yang dhoif di dalamnya sepertimana dapat dilihat di dalam kitab Az-Zuhd karangan Imam Ahmad, kitab Az-Zuhd wa ar-Raqaiq karangan Imam ‘Abdullah bin al-Mubarak rahimahumallahu Taala dan banyak lagi kitab selain mereka berdua.

Telah meriwayatkan oleh Al-Khatib al-Baghdadi di dalam kitabnya Al-Kifayah dengan sanad beliau (yang bersambung) daripada Imam Ahmad ibn Hanbal rahimahullah Taala, bahawa beliau telah berkata:
“Apabila kami meriwayatkan daripada Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam dalam perkara halal, haram, sunnah-sunnah dan hukum-hakam maka kami ketatkan syarat pada sanad-sanadnya, dan apabila kami meriwayatkan daripada Nabi SAW pada perkara Fadhoil al-A’mal (iaitu kelebihan-kelebihan sesuatu amalan), perkara yang tidak meletakkan sesuatu hukum dan tidak mengangkatnya maka kami permudahkan (syarat-syarat penerimaan) pada sanad-sanadnya”

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

JALAN ORANG BIJAK (Adab Berinteraksi Dengan Allah Dan Sesama)
-IMAM GHAZALI

“Sungguh, segala perbuatan bergantung niatnya.”

Demikian sebuah bunyi hadis terkenal. Niat adalah persoalan hati; lurus atau menyimpang suatu niat tergantung pada
kemampuan si pelaku dalam mengendalikan hati. Maka, salah satu modal penting untuk
beramal adalah mengetahui cara menguasai hati dan mengenali segala hal yang dapat menyimpangkannya.

Namun, niat yang lurus saja belum cukup. Kesesuaian pelaksanaan sebuah amal dengan tuntunan agama juga menentukan sah-tidak sah amal tersebut.

Buku ini menyoroti kedua aspek amal tersebut. Di samping memberikan panduan agar
niat tetap berada pada landasannya, Imam al-Ghazali juga menghuraikan secara terperinci berbagai adab yang harus diperhatikan dan diamalkan dalam berbagai aktiviti kehidupan
sehari-hari, baik dalam beribadah kepada Allah mahupun dalam berinteraksi dengan sesama manusia. Pada banyak tempat, Sang Hujjatul Islam ini menyertakan doa-doa yang penting dibaca.

Penulis: Imam al-Ghazali
Terbit: Februari 2016
Jumlah Halaman: 332
Kertas : Bookpaper
Ukuran: 13 x 19 cm
Harga: RM58.00

___

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/JalanOrangBijakBaru

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

KHULASAH MADAD AN-NABAWI (Hard Cover)
-Al Habib Umar Al Hafiz
.
.
Buku ini berisi wirid-wirid harian yang disusun oleh al-'Allamah al-Imam al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz Bin Syekh Abu Bakar bin Salim (Tarim, Hadhramaut) yang dinukil dari wirid-wirid yang disusun oleh para tokoh ulama' dan auliya', yang mana semuanya berdasarkan dengan al-Qur'an dan al-Hadits.

Di dalamnya juga dilengkapi dengan MAULID DHIYA'UL LAMI', dan bacaan-bacaan lainnya. Semoga dengan hadirnya buku ini, kita semua semakin dekat kepada Allah swt, Baginda Nabi Muhammad saw serta para auliya' dan shalihin.

Isi di dalamnya antara lain: zikir siang dan malam, zikir sebelum solat fajar, zikir setelah solat, Dzikir setelah solat subuh, zikir setelah solat Dhuhur, zikir setelah solat Asar, zikir setelah solat Maghrib, zikir setelah solat Isya', zikir malam Jum'at dan hari Jum'at, Dzikir waktu Asar pada hari Jum'at, Berbagai macam selawat Nabi SAW, do'a-do'a penting dan dibahagian akhir,

Harga: RM34

___

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054

tekan link dibawah untuk whatsapp:
http://www.wasap.my/601125330054/khulasahMadadHArdCover

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

FUTUHAT MAKIYYAH JILID 6
-Ibnu Arabi

Kitab al-futuhat al-Makkiyyah merupakan ringkasan kepada hasil karya Syeikh Ibn al-'Arabi seorang tokoh Sufi yang amat popular dengan keilmuannya yang luar biasa.

Kitab "Futuhat al-Makkiyah" ini merupakan sebuah ensiklopedia ilmu keislaman yang amat luas cakupan dan pembicaraannya dalam konteks ilmu tauhid. Syeikh Ibn al-'Arabi telah membincangkan dengan panjang lebar tentang al-Quran dan Hadis serta episod-episod dalam hayat Nabi Besar Muhammad saw.

Semoga kitab ini menjadi cetusan dan pendorong untuk menceburi, memahami, menghayati dan mengenali dengan sebenar-benarnya tentang perjalanan ahli Sufi ini dengan lebih dekat lagi dan lebih telus ke arah mengenali Allah swt dan RasulNya agar tidak tersesat dengan pelbagai fahaman yang bercanggah dengan Ahli Sunnah wal Jama'ah.

RM76

___________

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/FutuhatMakiyyahJilid6

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

HILYAT AL-ABDAL (Perhiasan Para Wali Pemilik Pengganti)
-IBNU ARABI

Kitab Hilyat al-Abdal ditulis dalam tempoh Shaykh Ibn Arabi berada di Mekah pada 12 Rabiulawwal 599H sebelum bermusafir ke Baghdad pada 601H. Kitab ini disiapkan penulisnya setelah memohon petunjuk (istikharah) daripada Allah bersangkutan dengan permintaan dua sahabat beliau semasa menziarahi maqam 'Abdullah Ibn Abbas sepupu Rasulullah di Taif. Mereka meminta agar menulis sesuatu yang dapat memberi manfaat mengenai jalan akhirat. Hilyat al-Abdal berbentuk risalah berhubung dengan empat perhiasan rohaniah yang mewariskan empat tunggak makrifah, empat hal rohaniah dan empat maqamat kepada murid dan muhaqqiq yang menguasainya.

Penterjemah: Rohaimi Rastam
ISBN: 9789671805718
Tahun: 2022
Bahasa: Melayu
Bil Muka surat: 157
Berat: 325g
harga: RM35

__

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/HilyatAlAbdal

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…
Subscribe to a channel