مَنِ اعتمدَ على الناسِ ذَلَّ،
ومن اعتمدَ على نفسِه مَلَّ،
ومن اعتمدَ على مالِه قَلَّ،
ومن اعتمدَ على علمِه ضَلَّ،
ومَنِ اعتمدَ على اللهِ لا ذَلَّ، ولا قَلَّ، ولا ضَلَّ، ولا مَلَّ.
حافظ یاسین الله الباكستاني
“Barang siapa bergantung kepada manusia, dia akan hina.
Barang siapa bergantung kepada dirinya sendiri, dia akan letih.
Barang siapa bergantung kepada hartanya, hartanya akan berkurang.
Barang siapa bergantung kepada ilmunya, dia akan sesat.
Dan barang siapa bergantung kepada Allah, dia tidak akan hina, tidak akan kurang, tidak akan sesat, dan tidak akan letih.”
— Hafiz Yasin Allah al-Bakistani
Kalam Hikmah ini mengajak agar bertawakkal sepenuhnya hanya kepada Allah Ta‘ala, kerana hanya dengan-Nya ada perlindungan dari kehinaan, kekurangan, kesesatan, dan keletihan jiwa. Ia juga mencerminkan makna “حسبنا الله ونعم الوكيل” — cukuplah Allah sebagai Pelindung dan Wakil bagi kita.
ABi
Tanda Taubat yang Bersungguh-Sungguh: Sempurnakanlah Solatmu
Taubat bukan sekadar ungkapan penyesalan di lidah. Ia memerlukan bukti melalui amal. Di antara tanda paling jelas seseorang benar-benar ingin kembali kepada Allah Ta‘ala ialah kesungguhan memperbaiki solatnya — bukan sekadar mendirikan solat, tetapi menyempurnakannya dalam bentuk zahir dan batin.
Firman Allah Ta‘ala:
وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِذِكْرِىٓ
“Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.”
(Surah Ṭāhā: 14)
1. Solat Berjemaah Lima Waktu
وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱرْكَعُوا۟ مَعَ ٱلرَّٰكِعِينَ
“Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan rukuklah bersama orang-orang yang rukuk.”
(Surah al-Baqarah: 43)
Rasulullah ﷺ bersabda:
صَلَاةُ الجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلَاةِ الفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً
“Solat berjemaah itu lebih utama daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat.”
(HR. al-Bukhārī dan Muslim)
Imam Ibn Qayyim rahimahullah berkata:
“Solat berjemaah itu adalah syiar Islam yang terbesar, dan tidak ada yang meninggalkannya melainkan orang yang jelas nifaknya atau malas yang besar.”
(al-Salāh wa Ḥukm Tārikihā, Ibn Qayyim)
2. Menjaga Solat Sunat Qabliyah dan Ba’diyah
Rasulullah ﷺ bersabda:
مَنْ صَلَّى فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً تَطَوُّعًا، بُنِيَ لَهُ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ
“Sesiapa yang solat dalam sehari semalam 12 rakaat solat sunat (rawatib), dibangunkan untuknya sebuah rumah di dalam syurga.”
(HR. Muslim)
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال:
قال رسول الله ﷺ:
“إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ العَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ صَلَاتُهُ، فَإِنْ صَلَحَتْ صَلُحَ سَائِرُ عَمَلِهِ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَسَدَ سَائِرُ عَمَلِهِ، فَإِنِ انْتَقَصَ مِنْ فَرِيضَتِهِ شَيْءٌ، قَالَ الرَّبُّ: انْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِي مِنْ تَطَوُّعٍ؟ فَيُكَمَّلُ بِهَا مَا انْتَقَصَ مِنَ الْفَرِيضَةِ، ثُمَّ يَكُونُ سَائِرُ عَمَلِهِ عَلَى ذَلِكَ.”
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesungguhnya amalan pertama yang akan dihisab ke atas seorang hamba pada Hari Kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka seluruh amalnya menjadi baik; dan jika solatnya rosak, maka seluruh amalnya juga menjadi rosak.
Jika terdapat kekurangan dalam solat fardunya, Allah berfirman: ‘Lihatlah, adakah hamba-Ku mempunyai solat sunat?’ Maka solat sunat itu akan digunakan untuk menyempurnakan kekurangan dalam solat fardunya. Kemudian, seluruh amalnya akan dihisab dengan cara yang sama.”
Riwayat Abu Dawud (no. 864), al-Nasa’i (no. 465), dan al-Tirmidhi (no. 413).
3. Berzikir dan Berdoa Selepas Solat
Firman Allah Ta‘ala:
فَإِذَا قَضَيْتُمُ ٱلصَّلَوٰةَ فَٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ قِيَـٰمًۭا وَقُعُودًۭا وَعَلَىٰ جُنُوبِكُمْ
“Apabila kamu telah selesai solat, maka ingatlah Allah ketika berdiri, duduk dan berbaring.”
(Surah an-Nisā’: 103)
Rasulullah ﷺ bersabda:
مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلاثًا وَثَلَاثِينَ، وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلاثًا وَثَلَاثِينَ، وَكَبَّرَ اللَّهَ ثَلاثًا وَثَلَاثِينَ، وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ: لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ… غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ
“Barangsiapa berzikir (tasbih, tahmid, takbir) 33 kali selepas solat dan menyempurnakan 100 dengan tahlil, diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”
(HR. Muslim)
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ قَالَ: قِيلَ لِرَسُولِ اللهِ ﷺ أَيُّ الدُّعَاءِ أَسْمَعُ؟ قَالَ:
«جَوْفُ اللَّيْلِ الْآخِرِ، وَدُبُرَ الصَّلَوَاتِ الْمَكْتُوبَاتِ»
Abu Umamah berkata: Telah ditanya kepada Rasulullah ﷺ: “Doa yang bagaimana paling didengari (oleh Allah Ta‘ala)?”
Baginda menjawab:
“Pada sepertiga malam terakhir, dan selepas solat-solat fardu yang diwajibkan.”
Riwayat al-Tirmidhi (3499)
4. Solat Di Awal Waktu
Firman Allah Ta‘ala:
إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ كَانَتْ عَلَى ٱلْمُؤْمِنِينَ كِتَـٰبًۭا مَّوْقُوتًۭا
“Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.”
(Surah an-Nisā’: 103)
Apabila Rasulullah ﷺ ditanya tentang amalan paling afdhal:
قَالَ: الصَّلَاةُ عَلَى وَقْتِهَا
“Baginda menjawab: Solat pada waktunya.”
(HR. al-Bukhārī dan Muslim)
5. Khusyu’ Dalam Solat
Allah Ta‘ala Mencintai Taubatmu – Usah Berputus Asa
Kadangkala kita rasa terlalu jauh. Terlalu banyak dosa. Terlalu kotor untuk kembali. Kita tunduk dalam gelap dosa sendiri, lalu kita pun bisik dalam hati:
"Adakah Allah Ta‘ala masih mahu aku kembali?"
Ketahuilah, bahawa pertanyaan itu sendiri adalah cahaya. Dan selama cahaya itu masih berkelip dalam jiwamu, pintu Allah Ta‘ala masih terbuka untukmu. Hadis berikut ini bukan sekadar kata-kata — ia adalah seruan dari langit buat jiwa yang sedang luka kerana dosanya sendiri.
Allah Ta‘ala: Al-Ghafūr yang Maha Mengampuni dan Menutupi
Salah satu nama Allah Ta‘ala yang agung ialah ٱلْغَفُورُ – Al-Ghafūr, Maha Pengampun. Allah Ta‘ala tidak hanya mengampunkan sekali, tetapi berkali-kali, sebanyak mana pun hamba-Nya kembali dengan taubat yang ikhlas.
إِنَّ رَبَّكَ وَٰسِعُ ٱلْمَغْفِرَةِ
"Sesungguhnya Tuhanmu luas keampunan-Nya."
(Surah An-Najm: 32)
Allah Ta‘ala juga adalah As-Sattār – Tuhan yang menutup aib hamba-hamba-Nya. Dia tidak mendedahkan dosa hamba yang bertaubat, bahkan menutupi dan melupuskan dari rekod amalannya.
Sabda Nabi ﷺ:
«كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ»
"Semua umatku akan diampuni kecuali mereka yang terang-terangan berbuat dosa."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Orang yang berdosa dan bertaubat dalam sembunyi akan dilindungi Allah Ta‘ala, bahkan dicintai-Nya.
Seruan dari Tuhanmu
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ يَقُولُ:
«وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لَوْ لَمْ تُذْنِبُوا، لَذَهَبَ اللَّهُ بِكُمْ، وَلَجَاءَ بِقَوْمٍ يُذْنِبُونَ، فَيَسْتَغْفِرُونَ اللَّهَ، فَيَغْفِرُ لَهُمْ»
"Demi Tuhan yang jiwaku di tangan-Nya, jika kamu tidak berdosa, nescaya Allah Ta‘ala akan melenyapkan kamu dan akan mendatangkan kaum yang berdosa, lalu mereka memohon ampun kepada Allah Ta‘ala, maka Allah Ta‘ala akan mengampunkan mereka."
(Riwayat Muslim, no. 2749)
Mengapa Allah Ta‘ala Sebut Ini?
Kerana Allah Ta‘ala bukan Tuhan bagi orang yang maksum sahaja. Dia adalah Tuhan bagi yang berdosa, tetapi mahu kembali. Dia bukan hanya milik para nabi — Dia juga Tuhan bagi kamu, wahai hamba yang berlumur dosa, yang malamnya menangis, dan siangnya menyesal.
Apa Maksud Hadis Ini?
1. Allah Ta‘ala tidak membenci pendosa yang bertaubat. Bahkan, Dia mencintainya.
2. Dosa bukan noktah — tetapi permulaan taubat yang menyelamatkan.
3. Jika kamu tidak berdosa, kamu tidak akan tahu manisnya menangis di hadapan-Nya. Kamu tidak akan kenal rahmat-Nya, jika kamu tidak pernah rasa perlunya diampun.
Pintu Itu Sentiasa Terbuka
قُلْ يَا عِبَادِيَ ٱلَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ ٱللَّهِ
"Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah Ta‘ala."
(Surah Az-Zumar: 53)
Justeru, Usah Tunggu Esok
Jangan tunggu hingga hatimu membatu. Jangan tunggu hingga nafasmu di hujung. Hari ini, bahkan sekarang, kembalilah kepadaNya.
وَاللَّهُ يُرِيدُ أَن يَتُوبَ عَلَيْكُم
"Dan Allah Ta‘ala mahu menerima taubat kamu."
(Surah an-Nisa’: 27)
Kerana sesungguhnya, Allah Ta‘ala tidak mahu kamu binasa. Dia mahu kamu kembali. Dia mahu kamu menangis di hadapan-Nya. Kerana itulah tangisan yang paling disukai oleh para penduduk langit. Sesungguhnya para malaikat yang memikul ‘Arasy Allah Ta‘ala tidak pernah berhenti memohon keampunan untuk hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertaubat.
وَيَسْتَغْفِرُونَ لِلَّذِينَ آمَنُوا۟ رَبَّنَا ٱغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا
“Dan mereka memohon keampunan untuk orang-orang yang beriman: 'Wahai Tuhan kami, ampunilah orang-orang yang bertaubat…'"
(Surah Ghafir: 7)
Itulah kasih sayang Allah Ta‘ala yang bukan sahaja membuka pintu taubat, bahkan menggerakkan langit dan para malaikat untuk mendoakanmu — jika kamu mahu kembali.
ABi
Allah Ta‘ala berfirman:
﴿أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ﴾
“Ketahuilah, dengan
mengingati Allah hati menjadi tenang.”
(Surah Ar-Ra’d, 13:28)
ABi
ILMU BUKAN UNTUK SOMBONG, ILMU ITU MELAHIRKAN KETUNDUKAN
Ilmu itu cahaya. Tapi jika hati kita gelap oleh ujub dan takabbur, cahaya itu hanya menzahirkan keangkuhan, bukan petunjuk.
Sedarilah, semakin dalam seorang hamba menuntut ilmu, semakin ia akan sedar betapa luasnya lautan ilmu Allah yang belum disentuh. Semakin ia merasa kecil, hina dan lemah.
وَفَوْقَ كُلِّ ذِي عِلْمٍ عَلِيمٌ
“Dan di atas setiap yang berilmu itu, ada (lagi) Yang Maha Mengetahui.”
(Surah Yusuf: 76)
Ayat ini datang selepas Allah menceritakan tentang kepintaran Nabi Yusuf `alayhis-salām. Namun Allah mengingatkan: setinggi mana pun ilmu, jangan lupa – ada yang lebih tinggi darimu. Dan yang tertinggi itu adalah Allah.
Rasulullah ﷺ , insan paling alim dan paling dekat dengan wahyu, tetap diperintahkan untuk merendah diri dan terus belajar:
وَقُلْ رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا
“Dan katakanlah: Wahai Tuhanku, tambahkanlah aku ilmu.”
(Surah Ṭāhā: 114)
Jika Rasul ﷺ pun tidak merasa cukup dengan ilmunya, siapa kita untuk merasa sudah tahu semua?
ZAMAN INI, ILMU SEMAKIN MELUAS, TAPI TAWADHU’ SEMAKIN MENIPIS.
Benarlah sabda Nabi ﷺ tentang akhir zaman:
يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ عُبَّادٌ جُهَّالٌ، وَعُلَمَاءُ فُجَّارٌ
“Akan muncul di akhir zaman: ahli ibadah yang jahil dan ulama yang fasiq.”
(Riwayat Ibn ‘Asākir dan al-Bayhaqī)
Ilmu ada. Buku-buku penuh. Wacana makin ramai. access info dari internet hebat, Tapi…
• Semakin banyak ilmu, semakin kurang tawadhu’.
• Semakin luas ilmu, semakin keras lidah dan sombong terhadap orang lain.
• Bahkan ada yang menghina ilmuwan lain, memperkecilkan peribadi mereka, hanya kerana tidak bersetuju dalam satu sudut pandangan.
Ini bukan sifat penuntut ilmu yang jujur. Ini tanda penyakit hati yang belum sembuh.
⸻
Rasulullah ﷺ bersabda dengan ancaman yang sangat berat:
مَنْ طَلَبَ الْعِلْمَ لِيُبَاهِيَ بِهِ الْعُلَمَاءَ، أَوْ لِيُجَارِيَ بِهِ السُّفَهَاءَ، أَوْ يَصْرِفَ وُجُوهَ النَّاسِ إِلَيْهِ، أَدْخَلَهُ اللَّهُ النَّارَ
“Sesiapa yang menuntut ilmu untuk berbangga dengan para ulama, atau untuk berdebat dengan orang bodoh, atau untuk menarik perhatian manusia kepadanya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam neraka.”
(Hadis sahih riwayat Ibn Mājah, no. 253)
Dan dalam riwayat lain:
من ازداد علما ولم يزدد هدى، لم يزدد من الله إلا بُعدا
“Sesiapa yang bertambah ilmunya namun tidak bertambah petunjuknya, maka dia tidak bertambah melainkan semakin jauh dari Allah.”
(Riwayat al-Dāramī)
ILMU ITU AMANAH, BUKAN TROFI.
Ilmu yang benar akan:
• Menambah rasa takut kepada Allah,
• Menjadikan kita lembut, bukan keras,
• Meningkatkan adab terhadap orang lain, bukan menghina.
إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ
“Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah di kalangan hamba-Nya adalah para ulama.”
(Surah Fāṭir: 28)
Justeru, wahai jiwa yang menuntut ilmu…
Jika ilmu menjadikanmu memandang rendah pada saudaramu, muhasabahlah.
Jika ilmumu membuatkan engkau suka membuka aib dan menjatuhkan ilmuwan lain, bertaubatlah.
Jika ilmumu tidak membuatkan engkau semakin tawadhu’ dan takut kepada Allah, ketahuilah, itu bukan ilmu yang diberkati.
Tunduklah. Rendahkanlah hati.
Ilmu yang benar tidak menjadikan seseorang berbangga diri, tetapi menangis insaf kerana sedar betapa banyak yang belum diketahui.
ABi
Empat Fokus Asas Tarbiyyah Diri: Ruh, Hati, Aqal dan Nafsu
Tarbiyyah dalam Islam bukan sekadar pengisian ilmu atau latihan fizikal. Tarbiyyah yang sebenar menyentuh dan membentuk empat unsur utama dalam diri manusia: Ruh, Hati (qalb), Aqal, dan Nafsu. Keempat-empat ini perlu dibina, disucikan dan dipimpin menuju tujuan penciptaan manusia: untuk mengenal Allah, mencintai-Nya, dan mentaati-Nya dengan sepenuh jiwa raga.
1. Ruh: Kembali Kepada Pengenalan dan Penyaksian Ketuhanan
Ruh adalah asal kejadian manusia yang paling suci. Ia ditiup oleh Allah Subḥānahu wa Ta‘ālā ke dalam jasad insan:
﴿ثُمَّ سَوَّاهُ وَنَفَخَ فِيهِ مِن رُّوحِهِ﴾
“Kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan ke dalam (tubuh)nya daripada ruh-Nya.”
(Surah al-Sajdah: 9)
Ruh manusia secara fitrahnya mengenal Allah. Bahkan sebelum manusia dilahirkan ke dunia, ruh-ruh telah berjanji setia dengan Tuhan mereka:
﴿أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ شَهِدْنَا﴾
“Bukankah Aku ini Tuhan kamu? Mereka menjawab: Bahkan! Kami bersaksi.”
(Surah al-A‘rāf: 172)
Namun apabila ruh dibalut dengan jasad dan dikelilingi oleh dunia, ia mula lupa. Justeru, tarbiyyah ruh adalah usaha mengembalikan kesedaran ketuhanan dalam diri, menghidupkan rasa muraqabah (merasa diawasi Allah), dan membina hubungan yang hidup dengan-Nya melalui zikir, tadabbur, dan ibadah yang khusyuk.
2. Hati: Disucikan Menjadi Qalbun Salīm
Hati adalah pusat perasaan, niat, dan keinginan manusia. Jika hati baik, baiklah seluruh jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah segalanya.
Rasulullah ﷺ bersabda:
«أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً، إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ»
“Ketahuilah, dalam tubuh ada seketul daging. Jika ia baik, baiklah seluruh tubuh. Jika ia rosak, rosaklah seluruh tubuh. Ketahuilah, itulah hati.”
(Hadith riwayat al-Bukhārī, no. 52; Muslim, no. 1599)
Tarbiyyah hati bermatlamatkan melahirkan hati yang bersih dan sejahtera – qalbun salīm – hati yang bebas dari syirik, riya’, hasad, takabbur, ujub, cinta dunia, dan cinta maksiat. Hati ini yang akan selamat di sisi Allah:
﴿يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ • إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ﴾
“Hari yang padanya harta dan anak-anak tidak berguna, kecuali mereka yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera (qalbun salīm).”
(Surah al-Shu‘arā’: 88–89)
Penyucian hati dilakukan melalui mujahadah, taubat, muhasabah, zikir, penghayatan al-Qur’an, dan majlis ilmu yang ikhlas.
3. Aqal: Dipandu Ilmu untuk Membezakan Haq dan Batil
Aqal adalah anugerah besar Allah yang membezakan manusia daripada haiwan. Namun aqal sahaja tanpa cahaya wahyu tidak dapat memimpin manusia ke jalan kebenaran. Tarbiyyah aqal adalah melalui ilmu yang benar, iaitu ilmu yang bersumber daripada al-Qur’an dan Sunnah.
Allah Ta‘ālā berfirman:
﴿قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ﴾
“Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?”
(Surah al-Zumar: 9)
Dengan ilmu, aqal mampu membezakan antara haq dan batil, antara kebenaran dan tipu daya, antara jalan petunjuk dan jalan syaitan. Aqal yang ditarbiyyah juga mampu membina kefahaman yang mendalam, kesedaran terhadap realiti, dan kebijaksanaan dalam bertindak.
Tanpa ilmu, aqal akan tunduk kepada hawa nafsu dan syubhat.
4. Nafsu: Dibentuk Menjadi Nafsu Muthma’innah
Nafsu pada asalnya adalah sumber dorongan dalam diri manusia. Ia tidak jahat pada dasarnya, tetapi perlu ditundukkan dan dibimbing dengan tarbiyyah. Nafsu yang liar menjadi musuh dalam diri yang mengheret kepada kejahatan.
Allah ta’ala berfirman tentang sifat nafsu:
﴿إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ﴾
“Sesungguhnya nafsu itu sangat mendorong kepada kejahatan.”
(Surah Yūsuf: 53)
Namun, dengan tarbiyyah yang berterusan, nafsu boleh naik ke tahap yang tenang dan tunduk – nafsu muthma’innah – yang reda kepada ketentuan Allah dan sentiasa patuh kepada-Nya.
﴿يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ • ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً﴾
Sikap ini akhirnya melahirkan budaya fitnah, permusuhan, dan perpecahan dalam masyarakat.
Kesimpulan
Islam tidak menolak kepedulian terhadap masyarakat, tetapi ia harus dilakukan dengan niat yang benar dan cara yang betul. Sikap “jaga tepi kain orang” menjadi suatu keperluan apabila ia berkaitan dengan tanggungjawab sosial, amar makruf nahi mungkar, serta membantu orang dalam kesusahan. Namun, jika ia melibatkan pengintipan, penyebaran aib, atau mencampuri urusan orang lain tanpa hak, maka ia adalah perbuatan yang ditegah.
Justeru, setiap Muslim perlu menilai dengan bijaksana—bilakah dia perlu peduli dan bilakah dia perlu menjaga batas agar tidak melampaui hak orang lain.
ABi
إِنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضِرَةٌ، وَإِنَّ اللَّهَ مُسْتَخْلِفُكُمْ فِيهَا، فَيَنْظُرُ كَيْفَ تَعْمَلُونَ
“Sesungguhnya dunia ini manis dan hijau (menggoda), dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu sebagai khalifah di dalamnya, lalu Dia melihat bagaimana kamu beramal.”
(Riwayat Muslim, no. 2742)
Kemewahan yang kita miliki hanyalah ujian dari Allah. Ia menguji apakah manusia bersyukur dan menggunakan kekayaan untuk melakukan ketaatan dengannya atau hanya berbangga dan memperagakannya untuk dipandang tinggi oleh manusia.
Justeru, janganlah kita terpedaya dengan gemerlapnya dunia, kerana yang lebih berharga adalah kerendahan jiwa sebagai seorang hamba Allah ta’ala dan amalan yang diterima di sisi Allah ta’ala sebagai bekalan akhirat.
ABi
Rasulullah ﷺ bersabda: أَكْثِرُوا ذِكْرَ هَاذِمِ اللَّذَّاتِ: الْمَوْتَ "Perbanyaklah mengingat pemutus segala kenikmatan, iaitu kematian." (Hadis riwayat At-Tirmidzi, no. 2307) Ingatlah bahawa setiap jiwa pasti akan menemui ajalnya. Bersedia dengan hati yang bersih dan amalan yang ikhlas.
Hidup di dunia yang sementara ini hanya sekali, dan ia terlalu singkat untuk disia-siakan.
ABi
Dunia: Penjara bagi Mukmin, Syurga bagi Kafir
Rasulullah ﷺ telah menggambarkan hakikat kehidupan dunia bagi seorang mukmin sebagai sebuah ujian dan penjara, sementara bagi orang kafir, dunia adalah tempat keseronokan yang sementara. Hal ini kerana seorang mukmin hidup dengan batasan syariat, menahan nafsu dari perkara yang diharamkan, serta bersabar menghadapi ujian kehidupan. Sebagai balasan atas kesabaran dan ketaatan mereka, Allah ﷻ menyediakan bagi mereka kehidupan yang kekal penuh kenikmatan di akhirat kelak.
Dunia adalah penjara bagi orang beriman.
Rasulullah ﷺ bersabda:
الدُّنْيَا سِجْنُ المُؤْمِنِ، وَجَنَّةُ الكَافِرِ
“Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”
— (HR. Muslim, no. 2956)
Imam An-Nawawi dalam syarahnya menjelaskan bahawa dunia ibarat penjara bagi seorang mukmin kerana di dalamnya dia terikat dengan perintah dan larangan Allah, menahan diri dari syahwat yang diharamkan, dan menjalani ujian yang menuntut kesabaran. Sebaliknya, bagi orang kafir, dunia adalah tempat dia menikmati keseronokan tanpa batas kerana di akhirat kelak hanya azab yang menantinya.
Balasan Syurga bagi Mukmin yang Sabar
Allah ﷻ berfirman dalam Al-Qur’an:
إِنَّ ٱلْمُتَّقِينَ فِى جَنَّٰتٍۢ وَنَعِيمٍۢ فَٰكِهِينَ بِمَآ ءَاتَىٰهُمْ رَبُّهُمْ وَوَقَىٰهُمْ رَبُّهُمْ عَذَابَ ٱلْجَحِيمِ كُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ هَنِيٓـًۭٔا بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada dalam taman-taman (syurga) dan kenikmatan. Mereka bersenang-lenang dengan apa yang diberikan oleh Tuhan mereka, dan Tuhan mereka memelihara mereka dari azab neraka Jahim. (Dikatakan kepada mereka:) Makan dan minumlah dengan penuh nikmat disebabkan amal yang telah kamu kerjakan.”
— (Surah At-Tur: 17-19)
Ayat ini menegaskan bahawa orang-orang yang bertakwa, yang menahan diri dari kelalaian dunia, akan diberikan kenikmatan yang hakiki di akhirat kelak sebagai balasan atas kesabaran dan amal soleh mereka.
Syurga: Tempat Nikmat Tanpa Had
Allah ﷻ juga berfirman:
وَفِيهَا مَا تَشْتَهِيهِ ٱلْأَنفُسُ وَتَلَذُّ ٱلْأَعْيُنُ وَأَنتُمْ فِيهَا خَٰلِدُونَ
“Dan di dalamnya (syurga) terdapat segala sesuatu yang diingini oleh jiwa dan yang sedap dipandang mata, dan kamu kekal di dalamnya.”
— (Surah Az-Zukhruf: 71)
Hadis lain juga menggambarkan bahawa di syurga, segala nikmat yang tidak pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga, dan terlintas dalam hati manusia akan diberikan kepada orang-orang yang beriman. Rasulullah ﷺ bersabda:
قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: أَعْدَدْتُ لِعِبَادِيَ الصَّالِحِينَ مَا لَا عَيْنٌ رَأَتْ وَلَا أُذُنٌ سَمِعَتْ وَلَا خَطَرَ عَلَى قَلْبِ بَشَرٍ
“Allah Azza wa Jalla berfirman: Aku telah menyediakan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh (di syurga) sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga, dan tidak pernah terlintas dalam hati manusia.”
— (HR. Al-Bukhari, no. 3244; Muslim, no. 2824)
Seorang mukmin harus memahami bahawa dunia bukanlah tempat kesenangan hakiki, tetapi tempat ujian. Dengan bersabar atas ujian dan menjaga ketaatan kepada Allah ﷻ, ganjaran syurga yang penuh kenikmatan akan menanti. Sebaliknya, bagi orang kafir yang hanya mengejar dunia tanpa peduli pada akhirat, mereka akan kehilangan segalanya di alam kekal nanti.
Justeru, bersabarlah dalam menghadapi kesukaran dunia kerana kesabaran hari ini akan membawa kepada kenikmatan yang tiada tandingannya di akhirat kelak.
ABi
Usia Nyawa Tidak Bertambah
Setiap hari yang berlalu, hakikatnya usia kita semakin berkurang. Setiap saat yang berlalu membawa kita lebih dekat kepada ajal. Manusia sering lalai dalam soal ini.
Allah Ta’ala telah berfirman:
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌۚ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمۡ لَا يَسۡتَأۡخِرُونَ سَاعَةٗ وَلَا يَسۡتَقۡدِمُونَ
"Dan bagi setiap umat ada ajal (batas waktu); maka apabila telah datang ajalnya, mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukannya." (Surah Al-A’raf: 34)
Kita tidak tahu bila waktu itu akan tiba, tetapi setiap hari adalah peluang untuk berbuat baik dan memperbaiki diri.
Rasulullah ﷺ bersabda:
بَادِرُوا بِالأَعْمَالِ سَبْعًا: هَلْ تَنْتَظِرُونَ إِلَّا فَقْرًا مُنْسِيًا، أَوْ غِنًى مُطْغِيًا، أَوْ مَرَضًا مُفْسِدًا، أَوْ هَرَمًا مُفَنِّدًا، أَوْ مَوْتًا مُجْهِزًا، أَوِ الدَّجَّالَ فَشَرُّ غَائِبٍ يُنْتَظَرُ، أَوِ السَّاعَةَ فَالسَّاعَةُ
أَدْهَى وَأَمَرُّ؟
"Segeralah beramal sebelum datang tujuh perkara: apakah kalian menunggu kefakiran yang melalaikan, atau kekayaan yang melampaui batas, atau sakit yang merosakkan, atau usia tua yang melemahkan, atau kematian yang tiba-tiba, atau Dajjal (fitnah terbesar yang dinantikan), atau hari kiamat yang lebih dahsyat dan lebih pahit?" (Hadis riwayat At-Tirmidzi, 2306)
Rasulullah ﷺ memberi amaran kepada kita agar tidak menunda amal soleh kerana ujian hidup seperti:
Kefakiran yang membuat seseorang sibuk sehingga lupa kepada Allah.
Kekayaan yang melampaui batas sehingga seseorang menjadi sombong.
Penyakit yang melemahkan tubuh sehingga tidak mampu beramal.
Tua yang mengurangkan kekuatan dan kewarasan.
Kematian yang datang tanpa tanda-tanda.
Fitnah Dajjal yang merupakan ujian besar bagi keimanan manusia.
Kiamat yang sangat dahsyat dan membawa penyesalan kepada mereka yang lalai.
Justeru, gunakanlah baki umur ini untuk:
Bertaubat atas dosa yang lalu. وَتُوبُوا إِلَى ٱللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ "Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung." (Surah An-Nur: 31)
Memperbaiki diri dan amal. Rasulullah ﷺ bersabda: خَيْرُكُمْ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ "Sebaik-baik kamu adalah yang panjang umurnya dan baik amalnya." (Hadis riwayat At-Tirmidzi, no. 2330)
Mempersiapkan bekal untuk akhirat. وَٱتَّقُواْ يَوۡمًا تُرۡجَعُونَ فِيهِ إِلَى ٱللَّهِ... "Dan bertakwalah kamu kepada hari di mana kamu akan dikembalikan kepada Allah..." (Surah Al-Baqarah: 281)
Menghargai masa dengan amalan kebaikan. وَٱلۡعَصۡرِ ١ إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَفِي خُسۡرٍ ٢ إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ... "Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh..." (Surah Al-Asr: 1-3) Setiap detik adalah peluang untuk berzikir, membaca Al-Quran, solat sunat, bersedekah, atau membantu orang lain.
Menuntut ilmu sebagai bekal akhirat. Rasulullah ﷺ bersabda: مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ "Barang siapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga." (Hadis riwayat Muslim, no. 2699) Ilmu yang bermanfaat akan membantu kita mengenali Allah dan menuntun jalan hidup kita.
Berbakti kepada ibu bapa dan keluarga. وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًا... "Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa..." (Surah Al-Isra’: 23) Membahagiakan ibu bapa dan menyatukan keluarga adalah antara amal soleh yang besar ganjarannya.
Meninggalkan perkara sia-sia. Rasulullah ﷺ bersabda: مِنْ حُسْنِ إِسْلَامِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ "Antara tanda kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya." (Hadis riwayat At-Tirmidzi, no. 2317) Hindari perkara-perkara yang membuang masa dan tidak mendatangkan manfaat untuk dunia dan akhirat.
Bersedia untuk kematian dengan memperbanyakkan istighfar.
Tadabbur Diri 40
Sibuk Dunia vs Sibuk Akhirat.
Sibuk di dunia oleh ahli dunia adalah dengan sebab melayan keinginan nafsu.
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ ﴿آل عمران: ١٤﴾
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (14)
(Ali ‘Imran: 14)
Juga disebabkan sibuk memperbanyakkan harta, pangkat dan kedudukan untuk diperaga dan dibanggakan.
أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ ﴿١﴾ حَتَّىٰ زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ ﴿٢﴾ ﴿التكاثر: ١-٢﴾
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), - (1) Sehingga kamu masuk kubur. (2)
(At Takaatsur: 1-2)
Juga disebabkan berusaha kuat untuk kekal berharta dan berkuasa.
وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ ﴿١﴾ الَّذِي جَمَعَ مَالًا وَعَدَّدَهُ ﴿٢﴾ يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُ أَخْلَدَهُ ﴿٣﴾ ﴿الهمزة: ١-٣﴾
Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, (1) Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; (2) Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)! (3)
(Al Humazah: 1-3)
Bahkan seringkali menjadikan alasan sibuk dengan harta dan anak bini untuk tidak beribadah dan beramal soleh.
شَغَلَتْنَا أَمْوَالُنَا وَأَهْلُونَا فَاسْتَغْفِرْ لَنَا يَقُولُونَ بِأَلْسِنَتِهِم مَّا لَيْسَ فِي قُلُوبِهِمْ.. ﴿الفتح: ١١﴾
"Kami telah dihalangi (disibukkan) oleh urusan menjaga keselamatan harta benda dan anak isteri kami; oleh itu, pohonkanlah ampun kepada Allah untuk kami". Mereka berkata dengan lidahnya apa yang tidak ada dalam hatinya.
(Al Fath: 11)
Juga sibuk dan hanyut dengan mainan kesenangan dunia yang menipu.
اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ ﴿الحديد: ٢٠﴾
Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. (20)
(Al Hadid: 20)
Sebaliknya sibuk di akhirat nanti bagi ahlul akhirat yakni di syurga, adalah bersibuk dan leka menikmati kesenangan syurga.
إِنَّ أَصْحَابَ الْجَنَّةِ الْيَوْمَ فِي شُغُلٍ فَاكِهُونَ ﴿يس: ٥٥﴾
Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan; (55)
(Yaa Siin: 55)
Mereka ahli syurga adalah mereka yang ketika dalam kehidupan di dunia bersibuk dengan keimanan dan amal soleh. Mereka berlumba dan bersegera untuk melakukan kebaikan dan amal soleh serta merebut keampunan dan keredhaan Allah ta’ala.
يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَأُولَـٰئِكَ مِنَ الصَّالِحِينَ ﴿آل عمران: ١١٤﴾
Tadabbur Diri 39
Mencorak hidup ibadah
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: “يَعْقِدُ الشَّيْطَانُ عَلَى قَافِيَةِ رَأْسِ أَحَدِكُمْ إِذَا هُوَ نَامَ ثَلَاثَ عُقَدٍ، يَضْرِبُ كُلَّ عُقْدَةٍ عَلَيْكَ لَيْلٌ طَوِيلٌ فَارْقُدْ. فَإِنِ اسْتَيْقَظَ فَذَكَرَ اللَّهَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ، فَإِنْ تَوَضَّأَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ، فَإِنْ صَلَّى انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ، فَأَصْبَحَ نَشِيطًا طَيِّبَ النَّفْسِ، وَإِلَّا أَصْبَحَ خَبِيثَ النَّفْسِ كَسْلَانَ.”
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Syaitan mengikat tengkuk kepala salah seorang daripada kalian ketika dia tidur dengan tiga ikatan. Setiap ikatan disertai dengan pukulan sambil berkata, ‘Malam masih panjang, tidurlah!’ Jika dia bangun lalu mengingati Allah, terlepaslah satu ikatan. Jika dia berwuduk, terlepaslah satu ikatan lagi. Jika dia solat, terlepaslah semua ikatan. Maka dia akan bangun pada waktu pagi dengan semangat dan jiwa yang baik. Jika tidak, dia akan bangun dengan jiwa yang buruk dan malas.”
(HR Bukhari, 76 dan 1142)
Mulakanlah tarbiyyah diri hari ini dengan adab rutin harian bagi seorang muslim:
1. Bangun sebelum subuh hari ini.
2. Yang mula-mula terlafaz di lidah atau hati ialah zikrullah.
3. Berdoa selepas bangun tidor.
4. Masuk dan keluar tandas dengan adab.
5. Masuk dengan kaki kiri dan berdoa, keluar dengan kaki kanan dan berdoa.
6. Memakai pakaian dengan niat menutup aurat dan bukan tujuan berbangga-bangga.
( Ringkasan nukilan dari kitab Bidayatul Hidayah oleh Imam Ghazali)
Beristighfarlah di waktu sahur!
Kerana ianya sifat seorang HAMBA yang beriman..
وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ ﴿١٥﴾ الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ﴿١٦﴾ الصَّابِرِينَ وَالصَّادِقِينَ وَالْقَانِتِينَ وَالْمُنفِقِينَ وَالْمُسْتَغْفِرِينَ بِالْأَسْحَارِ ﴿١٧﴾ ﴿آل عمران: ١٥-١٧﴾
Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (15) (Yaitu) orang-orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka," (16)(yaitu) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan yang memohon ampun di waktu sahur. (17)
(Ali ‘Imran: 15-17)
وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ ﴿الذاريات: ١٨﴾
Dan selalu memohonkan ampunan diwaktu pagi sebelum fajar. (18)
(Az Zariyat: 18)
Nabi ﷺ bersabda,
طُوبَى لِمَنْ وَجَدَ فِي صَحِيفَتِهِ اسْتِغْفَارًا
كَثِيرًا
“Sungguh beruntung seseorang yang mendapati pada catatan amalnya istighfar yang banyak.” (HR. Ibnu Majah).
Rasulullah ﷺ bersabda,
مَا أَصْبَحْتُ غَدَاةً قَطٌّ إِلاَّ اِسْتَغْفَرْتُ اللهَ
مِائَةَ مَرَّةٍ
“Tidaklah aku berada di pagi hari (antara terbit fajar hingga terbit matahari) kecuali aku beristighfar pada Allah sebanyak 100 kali.”
(HR. An Nasa’i)
Berusahalah untuk memelihara keutamaan Subuh dengan solat sunat subuh dan fardunya.
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، قَالَتْ: قَالَ النَّبِيُّ ﷺ:“رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا.”
Dari Aisyah r.a., beliau berkata: Nabi ﷺ bersabda:
“Dua rakaat sunat Subuh lebih baik daripada dunia dan segala isinya.”
(HR Muslim, 725)
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، قَالَتْ:
“لَمْ يَكُنِ النَّبِيُّ ﷺ عَلَى شَيْءٍ مِنَ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنْهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكْعَتَيِ الْفَجْرِ.”
Dari Aisyah r.a., beliau berkata:
“Tidak ada solat sunat yang lebih dijaga oleh Nabi ﷺ selain dua rakaat sunat Subuh.”
(HR Bukhari, 1169; Muslim, 724)
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ قَالَ: “لَا تَدَعُوا رَكْعَتَيْ الْفَجْرِ، وَإِنْ طَرَدَتْكُمُ الْخَيْلُ.”
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
“Jangan tinggalkan dua rakaat sunat Subuh walaupun kamu dikejar oleh pasukan berkuda.”
(HR Abu Dawud, 1258; Ahmad, 2/248)
Tadabbur Diri 38
Bila NAFSU sangat rakus terhadap DUNIA.
عَنْ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا ذِئْبَانِ جَائِعَانِ أُرْسِلَا فِيْ غَنَمٍ بِأَفْسَدَ لَهَا مِنْ حِرْصِ الْمَرْءِ عَلَى الْمَالِ وَالشَّرَفِ لِدِيْنِهِ
Dari Ka’ab bin Mâlik Radhiyallahu anhu ia berkata, “Rasûlullâh ﷺ bersabda,
“Dua serigala yang lapar yang dilepas di tengah kumpulan kambing, tidak lebih merosakkan dibanding dengan sifat rakus manusia terhadap harta dan kedudukan yang sangat merosak agamanya.”
(HR Tirmizi, 2376)
Kerakusan nafsu manusia terhadap dunia sering kali akan merosakkan pegangan dan amalan agamanya. Sebagai contoh kerakusan dan ketamakan manusia kepada harta dan kedudukan samaada sedar atau tidak, akan membawa kepada kezaliman, kebohongan dan perbuatan keji. Bahkan menghalalkan segala cara untuk mencapai tujuannya.
Manusia sangat mencintai harta dan akan terus sentiasa mencarinya, tidak merasa puas dengan yang sedikit, sangat tamak kepada harta dan panjang angan-angan.
Allâh Azza wa Jalla berfirman:
وَتُحِبُّونَ الْمَالَ حُبًّا جَمًّا
Dan kamu mencintai harta dengan kecintaan yang berlebihan.
(Al-Fajr: 20
وَإِنَّهُ لِحُبِّ الْخَيْرِ لَشَدِيدٌ
Dan sesungguhnya cintanya kepada harta benar-benar berlebihan.
(Al-‘Âdiyât: :8)
Sehinggakan ketika sudah berumur dan lanjut usia pun, hati orang tua merasa muda kerana dua hal, iaitu cinta dunia dan panjang angan-angan.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu bahwa Nabi ﷺ bersabda:
قَلْبُ الشَّيْخِ شَابٌّ عَلَىٰ حُبِّ اثْنَتَيْنِ : طُوْلُ الْـحَيَاةِ وَحُبُّ الْمَالِ
Hati orang yang tua sentiasa muda dalam mencintai dua perkara: hidup yang panjang dan cinta terhadap harta.
(HR Bukhâri, 6420 dan Muslim, 1046 /114)
Nabi ﷺ juga bersabda:
يَكْبَرُ ابْنُ آدَمَ وَيَكْبَرُ مَعَهُ اثْنَانِ: حُبُّ الْمَالِ وَطُولُ الْعُمُرِ
Anak Adam (manusia) semakin tua dan menjadi besar juga bersamanya dua hal: cinta harta dan panjang umur.
(HR Bukhâri,6421 dan Muslim, 1047)
Hikmah dari penyebutan dua hal tersebut iaitu bahawa yang paling dicintai oleh manusia adalah dirinya sendiri, ia ingin hidup kekal, maka kerana itulah ia mencintai panjang umur.
Nabi ﷺ bersabda:
اِقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَلَا يَزْدَادُ النَّاسُ عَلَى الدُّنْيَا إِلَّا حِرْصًا، وَلَا يَزْدَادُوْنَ مِنَ اللهِ إِلَّا بُعْدًا
Hari Kiamat semakin dekat, dan tidak bertambah (kemauan) manusia kepada dunia melainkan semakin rakus, dan tidak bertambah (kedekatan) mereka kepada Allâh melainkan semakin jauh.
(HR. Al-Hakim, IV/324)
Allâh Azza wa Jalla berfirman tentang manusia:
لَا يَسْأَمُ الْإِنْسَانُ مِنْ دُعَاءِ الْخَيْرِ وَإِنْ مَسَّهُ الشَّرُّ فَيَئُوسٌ قَنُوطٌ
Manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan jika ditimpa malapetaka, mereka berputus asa dan hilang harapannya.”
(Fush-shilat: 49)
Al-Baghawi rahimahullah berkata tentang ayat ini, “Manusia sentiasa meminta kebaikan kepada Rabb-nya, iaitu harta, kekayaan, dan kesehatan.”
(Tafsîr al-Baghawi)
Nabi ﷺ bersabda:
لَوْ أَنَّ لِابْنِ آدَمَ وَادِيًا مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ أَنْ يَكُونَ لَهُ وَادِيَانِ، وَلَنْ يَمْلَأَ فَاهُ إِلَّا التُّرَابُ، وَيَتُوبُ اللهُ عَلَى مَنْ تَابَ
Sungguh, seandainya anak Adam memiliki satu lembah dari emas, niscaya ia sangat ingin mempunyai dua lembah (emas). Dan tidak akan ada yang memenuhi mulutnya kecuali tanah.’ Kemudian Allâh mengampuni orang yang bertaubat.
(Muttafaq ‘alaih: HR Bukhâri, 6439 dan Muslim, 1048)
Dari ‘Abbas bin Sahl bin Sa’ad, ia berkata, “Saya pernah mendengar Ibnu Zubair dalam khutbahnya di atas mimbar di Mekah berkata:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ، إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُوْلُ: لَوْ أَنَّ ابْنَ آدَمَ أُعْطِيَ وَادِيًا مَلْأً مِنْ ذَهَبٍ، أَحَبَّ إِلَيْهِ ثَانِيًا، وَلَوْ أُعْطِيَ ثَانِيًا أَحَبَّ إِلَيْهِ ثَالِثًا، وَلَا يَسُدُّ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إِلَّا التُّرَابُ، وَيَتُوْبُ اللهُ عَلَى مَنْ تَابَ.
Tadabbur Diri 37
Kehidupan ahli syurga ketika hidup di dunia.
Dari Abu Hurairah RA, ia berkata,
سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم- عَنْ أَكْثَرِ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ الْجَنَّةَ فَقَالَ « تَقْوَى اللَّهِ وَحُسْنُ الْخُلُقِ ». وَسُئِلَ عَنْ أَكْثَرِ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ النَّارَ فَقَالَ « الْفَمُ وَالْفَرْجُ »
“Rasulullah ﷺ ditanya mengenai perkara yang banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga, Baginda menjawab, “Takwa kepada Allah dan berakhlak yang baik.” Baginda ditanya pula mengenai perkara yang banyak memasukkan orang dalam neraka, jawab Baginda, “Perkara yang disebabkan oleh mulut dan kemaluan.”
(HR. Tirmidzi, 2004 dan Ibnu Majah, 4246)
Nikmat kehidupan ahli syurga di akhirat. Di antara nikmat yang dirasai oleh ahli syurga:
1. Perasaan gembira, sudah tidak ada lagi rasa takut bimbang dan kesedihan.
فَرِحِينَ بِمَآ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضْلِهِۦ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِٱلَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا۟ بِهِم مِّنْ خَلْفِهِمْ أَلَّا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ ﴿١٧٠﴾
Mereka dalam keadaan gembira disebabkan karunia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahwa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
(Ali Imran : 170)
2. Tiada lagi apa-apa yang menyebabkan kesedihan, kepenatan dan kelesuan.
وَقَالُوا۟ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ ٱلَّذِىٓ أَذْهَبَ عَنَّا ٱلْحَزَنَ ۖ إِنَّ رَبَّنَا لَغَفُورٌ شَكُورٌ ﴿٣٤﴾ ٱلَّذِىٓ أَحَلَّنَا دَارَ ٱلْمُقَامَةِ مِن فَضْلِهِۦ لَا يَمَسُّنَا فِيهَا نَصَبٌ وَلَا يَمَسُّنَا فِيهَا لُغُوبٌ ﴿٣٥﴾
Dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan duka cita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami benar-benar Maha Pengampum lagi Maha Mensyukuri.(34) Yang menempatkan kami dalam tempat yang kekal (surga) dari karunia-Nya; didalamnya kami tiada merasa lelah dan tiada pula merasa lesu".(35)
(Fathir : 34 - 35)
Sudah tiada lagi dendam
وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِم مِّنْ غِلٍّ تَجْرِي مِن تَحْتِهِمُ الْأَنْهَارُ وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَـٰذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلَا أَنْ هَدَانَا اللَّهُ لَقَدْ جَاءَتْ رُسُلُ رَبِّنَا بِالْحَقِّ وَنُودُوا أَن تِلْكُمُ الْجَنَّةُ أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ﴿الأعراف: ٤٣﴾
Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (surga) ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran". Dan diserukan kepada mereka: "ltulah surga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan". (43)
Tiada lagi kelelahan dan kepenatan. Penat lelah untuk beribadat dan berjihad hanyalah ketika di dunia.
لَا يَمَسُّهُمْ فِيهَا نَصَبٌ وَمَا هُم مِّنْهَا بِمُخْرَجِينَ ﴿الحجر: ٤٨﴾
Mereka tidak merasa lelah di dalamnya dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya. (48)
(Al Hijr: 48)
Tiada rasa pening dan mabuk
لَّا يُصَدَّعُونَ عَنْهَا وَلَا يُنزِفُونَ ﴿الواقعة: ١٩﴾
mereka tidak pening karenanya dan tidak pula mabuk, (19)
(Al Waqi’ah: 19)
Sudah tidak ada lagi perkataan dan ucapan yang sia-sia dan dosa.
لَا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًا وَلَا تَأْثِيمًا ﴿الواقعة: ٢٥﴾
Mereka tidak mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia dan tidak pula perkataan yang menimbulkan dosa, (25)
(Al Waqi’ah: 25)
لَّا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًا وَلَا كِذَّابًا ﴿النبإ: ٣٥﴾
Di dalamnya mereka tidak mendengar perkataan yang sia-sia dan tidak (pula) perkataan dusta. (35)
(An Naba’: 35)
Ahli-ahli syurga sentia sibuk dalam menikmati nikmat syurga yang tidak terhingga.
إِنَّ أَصْحَابَ الْجَنَّةِ الْيَوْمَ فِي شُغُلٍ فَاكِهُونَ ﴿يس: ٥٥﴾
Sesungguhnya penghuni surga pada hari itu bersenang-senang dalam kesibukan (mereka). (55)
Ahli syurga juga tidak akan lagi merasai mengantuk dan tidor kerana keletihan .
Firman Allah Ta‘ala:
قَدْ أَفْلَحَ ٱلْمُؤْمِنُونَ ٱلَّذِينَ هُمْ فِى صَلَاتِهِمْ خَـٰشِعُونَ
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solat mereka.”
(Surah al-Mu’minūn: 1–2)
Imam Ibn Kathīr rahimahullah menafsirkan:
“Khusyuk dalam solat ialah hadirnya hati dan tenangnya anggota dengan tunduk kepada Allah.”
(Tafsīr Ibn Kathīr, 5/456)
6. Ikhlaskan Hati Dalam Solat
Firman Allah Ta‘ala:
وَمَا أُمِرُوا۟ إِلَّا لِيَعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ
“Dan mereka tidak diperintahkan melainkan agar menyembah Allah dengan ikhlas kepada-Nya dalam agama.”
(Surah al-Bayyinah: 5)
Rasulullah ﷺ bersabda:
إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ
“Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat.”
(HR. al-Bukhārī dan Muslim)
حديث عمار بن ياسر رضي الله عنه:
إِنَّ الرَّجُلَ لَيَنْصَرِفُ، وَمَا كُتِبَ لَهُ إِلَّا عُشْرُ صَلَاتِهِ، تُسْعُهَا، ثُمُنُهَا، سُبْعُهَا، سُدُسُهَا، خُمُسُهَا، رُبُعُهَا، ثُلُثُهَا، نِصْفُهَا
“Seseorang itu selesai dari solatnya, namun tidak ditulis untuknya kecuali satu persepuluh daripada solatnya, atau satu persembilan, atau satu perlapan, atau satu pertujuh, atau satu perenam, atau satu perlima, atau satu perempat, atau satu pertiga, atau separuhnya (sahaja).”
Riwayat Abu Dawud (796)
Menunjukkan nilai solat bergantung kepada keikhlasan dan khusyuk.
7. Ingat Mati Dalam Solat
Sabda Rasulullah ﷺ:
اذْكُرِ الْمَوْتَ فِي صَلاَتِكَ، فَإِنَّ الرَّجُلَ إِذَا ذَكَرَ الْمَوْتَ فِي صَلاَتِهِ لَحَرِيٌّ أَنْ يُحْسِنَ صَلاَتَهُ
“Ingatlah kematian dalam solatmu, kerana apabila seseorang mengingati mati dalam solatnya, dia pasti akan membaguskan solatnya.”
(HR. al-Suyūtī dalam al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, hasan lighayrih)
Taubat sebenar bukan hanya di lisan, tetapi terzahir melalui perbaikan ibadah khususnya solat. Seseorang yang benar-benar kembali kepada Allah Ta‘ala akan:
• Bersungguh menjaga solat wajib secara berjemaah
• Menambah solat sunat sebagai bukti cinta
• Berzikir dan berdoa sebagai tanda rindu dan pergantungan kepada Allah
• Menjaga awal waktu dan menunaikannya dengan khusyu’ dan ikhlas
• Menjadikan kematian sebagai muhasabah dalam setiap sujud
Justeru, barangsiapa mendakwa telah bertaubat tetapi masih lalai dalam solatnya, maka belum sempurna taubatnya. Allah Ta‘ala telah menjadikan solat sebagai tiang agama — maka siapa yang benar-benar ingin kembali kepada-Nya, perbaikilah tiang itu terlebih dahulu.
وَٱسْتَعِينُوا۟ بِٱلصَّبْرِ وَٱلصَّلَوٰةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلْخَـٰشِعِينَ
“Mohonlah pertolongan (dari Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya solat itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusyuk.”
(Surah al-Baqarah: 45)
ABi
Keberkatan Waktu Hanya Hadir Bila Dirancang
Dalam Bidayatul Hidayah, Imam al-Ghazali mengingatkan bahawa masa adalah salah satu nikmat paling berharga yang sering disia-siakan. Namun, keberkatan waktu hanya akan terlihat jika ia dirancang dengan amal dan disiplin.
فإذا رتّبتَ أورادك ونظّمت أوقاتك رأيتَ بركة في وقتك.
"Jika engkau merancang pekerjaanmu dan menyusun waktumu, pasti engkau akan melihat keberkatan daripada setiap waktumu yang sangat berharga itu."
— Imam al-Ghazali, Bidayatul Hidayah
Firman Allah Ta‘ala:
"يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَالْتَنظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ"
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap diri melihat apa yang telah dia sediakan untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(Surah al-Hasyr: 18)
Masa yang Tidak Dirancang adalah Kehidupan yang Terbuang
1. Masa itu bergerak tanpa henti. Jika tidak dirancang, ia akan habis tanpa nilai.
2. Setiap saat adalah amanah. Nabi ﷺ bersabda:
"لا تزولُ قدما عبدٍ يومَ القيامةِ حتى يُسألَ عن أربعٍ… وعن عمرِه فيما أفناهُ"
“Tidak akan berganjak kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ditanya tentang empat perkara... dan tentang umurnya, bagaimana ia dihabiskan.”
(Hadis riwayat al-Tirmizi – hasan sahih)
3. Keberkatan masa bukan pada panjangnya, tetapi pada manfaatnya. Ramai orang hidup panjang tetapi kosong amal. Sebaliknya, ada yang hidup singkat tetapi padat dengan amal soleh.
Kata-Kata Ibn Qayyim rahimahullah:
"إِضَاعَةُ الْوَقْتِ أَشَدُّ مِنَ الْمَوْتِ؛ لِأَنَّ إِضَاعَةَ الْوَقْتِ تَقْطَعُكَ عَنِ اللَّهِ وَالدَّارِ الْآخِرَةِ، وَالْمَوْتُ يَقْطَعُكَ عَنِ الدُّنْيَا وَأَهْلِهَا."
“Membazirkan waktu itu lebih dahsyat daripada kematian; kerana membazirkan waktu memutuskanmu daripada Allah dan negeri akhirat, sedangkan kematian hanya memutuskanmu daripada dunia dan penghuninya.”
(Al-Fawa’id, Ibn Qayyim)
Apa Maksud Keberkatan Masa?
• Bila amal sedikit, tetapi memberi kesan besar.
• Bila waktu yang pendek mampu mencetuskan ilmu, zikir, dan taqarrub.
• Bila setiap jam memberi nilai di sisi Allah dan bukan hanya habis begitu sahaja.
Apa yang Perlu Dilakukan?
• Jadualkan waktu harian dengan amal soleh.
• Susun zikir, bacaan al-Qur’an, tadabbur, ilmu, dan ibadah dengan tertib.
• Tulis target harian yang ingin dicapai demi akhirat.
Orang mukmin yang cerdas tidak hidup secara rawak. Dia tahu masa itu tidak akan kembali, dan dia tahu setiap detik akan dihisab.
Kelekaan dan sikap tangguh adalah perangkap syaitan. Ia membuatkan seseorang merasa masih banyak masa, sedangkan hakikatnya, satu hari yang berlalu tidak akan kembali sampai kiamat.
Justeru…
Susun waktumu hari ini.
Rancang amalmu untuk hari esok.
Kerana masa yang tidak dirancang, adalah kehidupan yang sedang dibiarkan pergi sia-sia.
ABi
“Jiwa Manusia Akan Tetap Mencari Tuhan — Kerana Ia Dicipta Untuk Itu.”
Setiap manusia, meski pun dilimpahi kemewahan atau tenggelam dalam hiruk-pikuk dunia, akan sampai satu saat dalam hidup di mana dia terduduk dan berkata dalam hatinya:
“Aku penat… Aku takut… Aku sunyi… Siapa yang aku ada selain Engkau, ya Allah?”
Kerana jiwa manusia itu, sejak awal penciptaannya, memang dicipta untuk berpegang kepada satu “إِلٰه” – tempat ia kembali, bersandar, menyembah dan merintih.
Makna إله Dalam Bahasa Arab:
Dalam bahasa Arab klasik, lafaz “إِلٰه” membawa maksud:
• Tempat seseorang berlindung saat takut.
• Tempat jiwa berpaut saat resah.
• Tempat hati kembali saat kehilangan.
Maka dari akar ini datanglah lafaz yang paling agung:
اللّٰهُ – satu-satunya yang berhak menjadi “إِلٰه”.
Dalil al-Qur’an:
اللّٰهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ
“Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Hidup, lagi Maha Berdiri Sendiri.”
(Surah Al-Baqarah, 2:255)
فَفِرُّوا إِلَى اللّٰهِ إِنِّي لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌ مُّبِينٌ
“Maka larilah kamu kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan yang nyata daripada-Nya.”
(Surah Az-Zariyat, 51:50)
Hadis Nabawi:
قال رسول الله ﷺ:
“ما أصاب أحداً قط همٌّ ولا حَزَن، فقال: اللهم إني عبدُك، وابن عبدك، وابن أمتك… إلا أذهب الله همّه، وحَزَنَه، وأبدله مكانه فرجاً.”
(Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban – sahih)
“Tidaklah seseorang ditimpa kesedihan lalu dia berkata: ‘Ya Allah, aku adalah hamba-Mu…’ melainkan Allah akan hilangkan kesedihannya dan gantikan dengan ketenangan.”
Kalam Ulama:
Imam Ibn al-Qayyim rahimahullah berkata:
“في القلب شعث لا يلمه إلا الإقبال على الله، وفيه وحشة لا يزيلها إلا الأنس به، وفيه حزن لا يذهبه إلا السرور بمعرفته وصدق معاملته…”
“Dalam hati ada kegersangan yang tidak akan dipulihkan melainkan dengan kembali kepada Allah, dan ada kesunyian yang tidak akan hilang melainkan dengan keintiman bersamanya, dan ada kesedihan yang tidak akan lenyap melainkan dengan rasa gembira kerana mengenali-Nya dan membina hubungan yang jujur dengan-Nya.”
Kesimpulan:
Jika engkau tidak menjadikan Allah sebagai Ilāh, engkau tetap akan menjadikan sesuatu yang lain sebagai ilah dalam hidupmu:
• Dunia.
• Nafsu.
• Kuasa.
• Harta.
• Cinta manusia.
Namun kesemuanya akan mengecewakanmu. Kerana hanya Allah satu-satunya yang:
• Tidak pernah lalai,
• Tidak pernah meninggalkanmu,
• Dan tetap mengasihimu walau engkau sering melupakannya.
Justeru, kembalilah kepada Nya.
Kerana Dia satu-satunya إِلٰه yang dicari oleh jiwamu yang letih dan mengharap.
ABi
Dunia yang Menjauhkan Manusia dari Ibadah, Amal, dan Zikrullah
Hari ini, dunia telah memagut manusia dengan segala bentuk sibukan:
Dunia kerja, dunia harta, dunia bisnes, dunia sukan, dunia hiburan, dunia fesyen, dunia digital — setiap sudut kehidupan kini mempersembahkan “umpan” untuk melalaikan hati.
Dari pagi hingga malam, manusia berkejaran mengejar dunia yang tiada penghujung. Dunia itu sendiri tidak haram, tetapi apabila dunia ini mencengkam hati hingga membutakan manusia dari tujuan hidup yang sebenar, ia telah menjadi fitnah besar bagi jiwa.
Gejala yang nyata di hadapan mata:
Manusia mula jarang hadir ke masjid untuk solat berjemaah.
Manusia semakin asing dari majlis ilmu, dari duduk mendengar peringatan tentang Allah Ta‘ala dan hari akhirat.
Manusia tidak lagi mengamalkan zikir selepas solat, zikir pagi dan petang yang dahulu membentengi hati.
Mereka semakin berat membuka mushaf al-Qur’an, apatah lagi untuk merenung ayat-ayat Allah Ta‘ala.
Hari-hari berlalu, tetapi hubungan hati dengan Allah Ta‘ala menjadi semakin renggang.
Kesibukan dunia memadamkan rasa perlu kepada ilmu, melemahkan rasa perlu kepada zikir, menumpulkan rasa cinta kepada al-Qur’an.
Akibatnya sangat mengerikan:
Hati menjadi kosong.
Ruh menjadi layu.
Nafsu menjadi raja.
Perintah agama hanya tinggal formaliti tanpa ruh.
Kesenangan dunia menjadi candu.
Ilmu tidak lagi dicari untuk membimbing hati, tetapi hanya sekadar pengetahuan luaran.
Zikir tidak lagi menjadi kelazatan, tetapi menjadi beban yang ditinggalkan.
Solat tidak lagi menjadi tempat mengadu, tetapi hanya sekadar “menunaikan” kewajipan tanpa menghadirkan jiwa.
Allah Ta‘ala telah memperingatkan:
﴿فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَٱتَّبَعُوا۟ ٱلشَّهَوَٰتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا﴾
“Kemudian lahirlah selepas mereka generasi yang mensia-siakan solat dan menurut hawa nafsu, maka mereka kelak akan menemui kesesatan.”
(Surah Maryam, 19:59)
Apabila hati dibiarkan jauh dari Allah Ta‘ala, maka ia akan diisi oleh hawa nafsu dan syahwat.
Apabila jiwa tidak dipenuhi dengan cinta kepada Allah, maka ia akan mencari hiburan dunia untuk mengisi kekosongan itu — tetapi ia tetap tidak akan puas.
Sebab itu manusia hari ini, walaupun hidup dalam kelimpahan kemewahan, ramai yang merasa kosong, tertekan, tidak bahagia, tidak damai.
Beruntunglah mereka yang selamat:
Beruntunglah hamba-hamba yang dunia ini tidak mampu melalaikan mereka.
Mereka tetap menjaga solat berjemaah.
Mereka tetap hadir ke halaqah-halaqah ilmu.
Mereka tetap menghidupkan hati dengan zikir pagi dan petang, dengan al-Qur’an dan doa.
Mereka tidak tertipu oleh gemerlap dunia.
Mereka sentiasa ingat bahawa dunia ini hanya ladang untuk akhirat.
Allah Ta‘ala memuji golongan ini:
﴿رِجَالٌ لَّا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَن ذِكْرِ ٱللَّهِ وَإِقَامِ ٱلصَّلَوٰةِ وَإِيتَآءِ ٱلزَّكَوٰةِ ۙ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ ٱلْقُلُوبُ وَٱلۡأَبۡصَٰرُ﴾
”(Mereka itu) lelaki-lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli daripada mengingati Allah, mendirikan solat dan menunaikan zakat. Mereka takutkan hari yang padanya hati dan penglihatan menjadi gementar.”
(Surah An-Nur, 24:37)
Mereka tahu dunia ini hanya sementara. Mereka tahu bahawa setiap nafas yang dihirup membawa mereka lebih dekat kepada kubur.
Mereka sedar bahawa dunia ini adalah ujian, bukan tempat bersenang-lenang.
Mereka berusaha untuk mengisi hidup mereka dengan ilmu, amal, dan zikrullah, bukan sekadar kerja, hiburan, dan duniawi yang tidak bertepi.
Justeru, muhasabah ini untuk kita semua:
Adakah dunia hari ini telah melalaikan kita?
Adakah solat kita masih terjaga?
Adakah hati kita masih hidup dengan zikir?
Adakah kita masih rindu untuk membaca dan merenungi al-Qur’an?
Atau kita sudah menjadi hamba dunia — berputar dalam roda kerja, hiburan, belanja, dan melupakan akhirat?
Bangkitlah sebelum hati mati.
Bangkitlah sebelum Allah Ta‘ala menutup pintu hidayah.
Kembalilah kepada al-Qur’an, kepada solat, kepada zikrullah.
Carilah kekuatan dalam ilmu.
Carilah ketenangan dalam mengingati Allah Ta‘ala, bukan dalam hiburan dunia.
“Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan reda dan diredai.”
(Surah al-Fajr: 27–28)
Mujahadah, puasa, solat malam, dan kehidupan yang disiplin adalah antara jalan tarbiyyah nafsu yang berkesan.
Justeru, tarbiyyah diri yang sebenar adalah proses menyeluruh yang menyentuh seluruh dimensi manusia: ruh, hati, aqal dan nafsu. Keempat-empat ini saling berkait dan saling mempengaruhi. Bila ruh terhubung dengan Allah, hati menjadi tenang, aqal menjadi bijaksana, dan nafsu tunduk. Inilah insan rabbani yang menjadi tujuan dakwah dan tarbiyyah Islamiah.
اللَّهُمَّ آتِ نُفُوسَنَا تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَن زَكَّاهَا، أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلَاهَا
“Ya Allah, kurniakanlah kepada jiwa kami ketakwaannya dan sucikanlah ia, Engkaulah sebaik-baik yang menyucikannya, Engkau adalah Penjaganya dan Pelindungnya.”
(Hadith riwayat Muslim, no. 2722)
ABi
“Kalau benci pun janganlah sampai menghina, dan kalau suka jangan sampai memuja”
Islam mengajarkan agar kita sederhana dalam cinta dan benci, menjaga adab, tidak menghina, dan tidak memuja.
Allah ta’ala mengharamkan secara tegas dan terang amalan menghina dan memperendahkan orang lain.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰ أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ…
(سورة الحجرات: ١١)
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik daripada mereka (yang mengolok-olok).”
( Al Hujurat: 11)
Ayat ini melarang penghinaan atau merendahkan orang lain, meskipun tidak menyukainya.
Berlaku adillah walaupun terhadap orang yang dibenci:
وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ…
(سورة المائدة: ٨)
“Janganlah kebencianmu kepada sesuatu kaum mendorongmu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana itu lebih dekat kepada takwa.”
(Al Maidah: 8)
Bersederhanalah dalam cinta dan benci.
Nabi ﷺ bersabda,
أَحْبِبْ حَبِيبَكَ هَوْنًا مَا، عَسَى أَنْ يَكُونَ بَغِيضَكَ يَوْمًا مَا، وَأَبْغِضْ بَغِيضَكَ هَوْنًا مَا، عَسَى أَنْ يَكُونَ حَبِيبَكَ يَوْمًا مَا
(رواه الترمذي: ١٩٩٧)
Cintailah orang yang engkau cintai secara sederhana saja, kerana boleh jadi suatu hari nanti dia menjadi orang yang engkau benci. Dan bencilah orang yang engkau benci secara sederhana saja, kerana boleh jadi suatu hari nanti dia menjadi orang yang engkau cintai
Rasulullah ﷺ sendiri melarang ummatnya memuji-muji dirinya berlebihan.
لَا تُطْرُونِي كَمَا أَطْرَتِ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ، فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدٌ، فَقُولُوا: عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ
(رواه البخاري: ٣٤٤٥)
Janganlah kalian memuji aku secara berlebihan sebagaimana kaum Nasrani memuji Isa bin Maryam secara berlebihan. Aku hanyalah seorang hamba, maka katakanlah, Hamba Allah dan RasulNya
Imam Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumuddin menyebut
“الإفراط في الحب أو الكره يؤدي إلى نسيان الآداب والإنصاف، وهذه علامة ضعف النفس.”
“Berlebihan dalam mencintai atau membenci sering kali menyebabkan seseorang lupa menjaga adab dan keadilan, dan ini adalah tanda kelemahan jiwa.”
Justeru, berpadalah dalam cinta dan benci. Jadikanlah ukuran cinta dan benci itu kerana Allah ta’ala iaitu mendapat keredhaanNya.
مَنْ أَحَبَّ لِلَّهِ وَأَبْغَضَ لِلَّهِ وَأَعْطَى لِلَّهِ وَمَنَعَ لِلَّهِ فَقَدِ اسْتَكْمَلَ الإِيمَانَ
Sesiapa yang mencintai, membenci, memberi, dan menahan (tidak memberi) kerana Allah, maka dia telah menyempurnakan imannya.
(HR TIrmizi dan Abu Daud)
ABi
JAGA TEPI KAIN ORANG: ANTARA PRO DAN KONTRA MENURUT ISLAM
Dalam budaya Melayu, ungkapan “jaga tepi kain orang” sering digunakan sebagai kritikan terhadap mereka yang suka mencampuri urusan orang lain. Namun, secara realiti, sikap ini tetap wujud dalam masyarakat Melayu. Dari perspektif Islam, sikap ini boleh dilihat dari dua sudut—ada sisi positif yang dianjurkan dan ada sisi negatif yang dilarang.
Sisi Positif (Pro) Jaga Tepi Kain Orang dalam Islam
Dalam Islam, kepedulian terhadap orang lain adalah suatu nilai yang dituntut, khususnya dalam konteks amar makruf nahi mungkar (menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran). Allah berfirman dalam Al-Qur’an:
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ
“Dan orang-orang mukmin lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar…”
(Surah At-Taubah: 71)
Hadis Rasulullah ﷺ juga menegaskan kepentingan peduli terhadap sesama Muslim:
الدِّينُ النَّصِيحَةُ
“Agama itu adalah nasihat.”
(Riwayat Muslim, no. 55)
Kepedulian terhadap saudara seagama dalam hal-hal kebaikan seperti membantu orang dalam kesusahan, memberi nasihat jika melihat kemungkaran, dan menjaga kebajikan sesama Muslim adalah sesuatu yang dianjurkan. Jika seseorang melihat saudaranya dalam kesusahan, maka wajib baginya membantu, bukan bersikap individualistik. Rasulullah ﷺ bersabda:
مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ الْوَاحِدِ، إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ، تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى
“Perumpamaan orang-orang beriman dalam saling mencintai, mengasihi, dan menyayangi, adalah seperti satu tubuh; apabila satu anggotanya sakit, maka seluruh tubuh turut merasakannya dengan tidak dapat tidur dan mengalami demam.”
(Riwayat Muslim, no. 2586)
Justeru, dalam konteks ini, “jaga tepi kain orang” yang berbentuk kepedulian sosial adalah suatu kewajipan. Jika seorang Muslim melihat saudaranya dalam kesusahan, dia tidak boleh berpaling begitu sahaja.
Sisi Negatif (Kontra) Jaga Tepi Kain Orang dalam Islam
Sebaliknya, jika “jaga tepi kain orang” bermaksud sikap suka mencampuri urusan peribadi orang lain tanpa hak, mengintip, atau menyebarkan aib, maka ia bertentangan dengan ajaran Islam. Allah melarang sikap ini dalam firman-Nya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan, sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip (mencari-cari kesalahan orang) dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain…”
(Surah Al-Hujurat: 12)
Rasulullah ﷺ juga melarang perbuatan mengintip dan mencampuri urusan orang lain:
مِنْ حُسْنِ إِسْلَامِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ
“Di antara tanda baiknya Islam seseorang adalah dia meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya.”
(Riwayat Tirmizi, no. 2317, hasan sahih)
Sikap suka mengorek kisah peribadi orang lain, menyebarkan gosip, atau mencampuri hal rumah tangga orang tanpa keperluan bukan sahaja merosakkan hubungan sesama Muslim, malah menimbulkan dosa. Bahkan, Rasulullah ﷺ memberi peringatan keras tentang sikap suka mencari aib orang:
يَا مَعْشَرَ مَنْ آمَنَ بِلِسَانِهِ وَلَمْ يَدْخُلِ الْإِيمَانُ فِي قَلْبِهِ، لَا تَغْتَابُوا الْمُسْلِمِينَ، وَلَا تَتَّبِعُوا عَوْرَاتِهِمْ، فَإِنَّهُ مَنْ يَتَّبِعْ عَوْرَاتِهِمْ يَتَّبِعِ اللَّهُ عَوْرَتَهُ، وَمَنْ يَتَّبِعِ اللَّهُ عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ فِي بَيْتِهِ
“Wahai orang-orang yang beriman dengan lisannya tetapi belum masuk ke dalam hatinya! Janganlah kalian mengumpat kaum Muslimin dan jangan mencari-cari aib mereka. Sesungguhnya barang siapa mencari aib saudaranya, Allah akan membongkar aibnya, dan barang siapa yang dibongkar aibnya oleh Allah, maka Dia akan membuka (aibnya) walaupun di dalam rumahnya sendiri.”
(Riwayat Abu Dawud, no. 4880, hasan)
Apabila Qarun berbangga dan memperagakan kekayaan dan kemewahannya.
إِذْ قَالَ لَهُ قَوْمُهُ لَا تَفْرَحْ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفَرِحِينَ ﴿القصص: ٧٦﴾
”(Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya (Qarun): ‘Janganlah engkau terlalu gembira (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu bergembira (dengan harta secara berlebihan dan sombong).’”
Para mufassir telah menjelaskan bahawa ayat ini merujuk kepada Qarun, seorang yang diberi kekayaan melimpah ruah oleh Allah tetapi menjadi sombong dan angkuh.
Ibnu Kathir menyatakan bahawa perkataan لَا تَفْرَحْ bermaksud janganlah terlalu bergembira dengan harta dunia secara melampau sehingga menyebabkan kesombongan dan kelalaian daripada mengingati Allah. Kegembiraan yang dilarang di sini ialah kegembiraan yang membawa kepada keangkuhan dan kesenangan yang membuat seseorang lupa akan tanggungjawab kepada Allah dan masyarakat.
Imam Al-Tabari mentafsirkan bahawa kegembiraan yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah perasaan bangga dan takabbur dengan harta hingga meremehkan orang lain serta melupakan bahawa semua nikmat adalah daripada Allah.
Syaikh Abdurrahman As-Sa’di menyebut bahawa kegembiraan yang dimaksudkan ialah kebanggaan dan keseronokan yang melampau dengan dunia tanpa bersyukur kepada Allah atau menggunakannya untuk kebaikan.
Agama tidak melarang mendapatkan kekayaan berupa duit dan wang ringgit. Ianya harus jika melalui jalan yang halal.
Namun yang dilarang keras ialah menjadi hamba duit.
قال رسول الله ﷺ:
“تَعِسَ عَبْدُ الدِّينَارِ، وَعَبْدُ الدِّرْهَمِ، وَعَبْدُ الْخَمِيصَةِ، وَعَبْدُ الْخَمِيلَةِ، إِنْ أُعْطِيَ رَضِيَ، وَإِنْ لَمْ يُعْطَ سَخِطَ، تَعِسَ وَانْتَكَسَ، وَإِذَا شِيكَ فَلَا انْتَقَشَ”
“Celakalah hamba dinar, hamba dirham, hamba pakaian mewah (khamiṣah), dan hamba perhiasan (khamīlah)! Jika diberi, dia reda; tetapi jika tidak diberi, dia marah. Celakalah dia dan terjungkir-baliklah dia, dan jika ditusuk duri, semoga dia tidak dapat mencabutnya.”
Hadis ini diriwayatkan oleh:
Imam Al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari (no. 2886).
Kemewahan boleh menjadi fitnah hidup yang tidak tertanggung akibat buruknya.
FirmanNya lagi,
وَلَا تَفْرَحُوا بِمَا آتَاكُمْ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ ﴿الحديد: ٢٣﴾
dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri, (23)
( Surah Al Hadid: 23)
Justeru, usahlah engkau peragakan kekayaan dan kemewahanmu!
Dunia ini fana, sementara. Apa yang kita miliki hari ini, esok mungkin bukan lagi milik kita. Maka, janganlah kemewahan yang dianugerahkan Allah menjadi sebab untuk kita terpedaya, lalai, dan jatuh dalam penyakit hati seperti takabbur, ‘ujub, dan riya’.
Imam Al-Ghazali berkata:
“Jika engkau melihat seseorang memperagakan kemewahan dan membanggakan dunia, ketahuilah bahawa hatinya telah tertawan oleh syahwatnya. Tiada bahaya yang lebih besar kepada seorang hamba selain merasa aman dengan dunia dan lupa akan akhirat.”
(Ihya’ ‘Ulum al-Din, Jilid 3, hlm. 221)
Imam Sufyan al-Thawri berkata:
“Berhati-hatilah daripada memperlihatkan harta dan kemewahanmu kepada manusia, kerana boleh jadi di antara mereka ada yang sedang menahan lapar dan kesusahan. Engkau mungkin berbahagia dengan nikmatmu, tetapi mereka berduka dengan kepedihan mereka.”
Imam Fudhail bin ‘Iyadh pula berkata:
“Orang yang paling besar musibahnya ialah mereka yang Allah berikan nikmat dunia tetapi hatinya kosong daripada mengingati Allah. Mereka merasa kaya di dunia, tetapi fakir di akhirat.”
Imam Ibnu Qayyim al-Jawziyyah berkata:
“Kecintaan kepada dunia adalah akar segala maksiat. Tiada seorang pun yang lebih takut kepada dunia selain para Nabi dan orang-orang soleh. Mereka melihat dunia sebagai penjara, bukan taman hiburan.”
(Al-Fawa’id, hlm. 98)
Adakah kita memanfaatkan harta dan kemewahan sebagai alat untuk mendekatkan diri kepada Allah? Ataukah kita terperangkap dalam perangkap syaitan yang menjadikan dunia sebagai kebanggaan dan perhiasan yang melalaikan?
Rasulullah ﷺ bersabda:
Usia Nyawa Tidak Bertambah
Setiap hari yang berlalu, hakikatnya usia kita semakin berkurang. Setiap saat yang berlalu membawa kita lebih dekat kepada ajal. Manusia sering lalai dalam soal ini.
Allah Ta’ala telah berfirman:
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌۚ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمۡ لَا يَسۡتَأۡخِرُونَ سَاعَةٗ وَلَا يَسۡتَقۡدِمُونَ
"Dan bagi setiap umat ada ajal (batas waktu); maka apabila telah datang ajalnya, mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukannya." (Surah Al-A’raf: 34)
Kita tidak tahu bila waktu itu akan tiba, tetapi setiap hari adalah peluang untuk berbuat baik dan memperbaiki diri.
Rasulullah ﷺ bersabda:
بَادِرُوا بِالأَعْمَالِ سَبْعًا: هَلْ تَنْتَظِرُونَ إِلَّا فَقْرًا مُنْسِيًا، أَوْ غِنًى مُطْغِيًا، أَوْ مَرَضًا مُفْسِدًا، أَوْ هَرَمًا مُفَنِّدًا، أَوْ مَوْتًا مُجْهِزًا، أَوِ الدَّجَّالَ فَشَرُّ غَائِبٍ يُنْتَظَرُ، أَوِ السَّاعَةَ فَالسَّاعَةُ
أَدْهَى وَأَمَرُّ؟
"Segeralah beramal sebelum datang tujuh perkara: apakah kalian menunggu kefakiran yang melalaikan, atau kekayaan yang melampaui batas, atau sakit yang merosakkan, atau usia tua yang melemahkan, atau kematian yang tiba-tiba, atau Dajjal (fitnah terbesar yang dinantikan), atau hari kiamat yang lebih dahsyat dan lebih pahit?" (Hadis riwayat At-Tirmidzi, 2306)
Rasulullah ﷺ memberi amaran kepada kita agar tidak menunda amal soleh kerana ujian hidup seperti:
Kefakiran yang membuat seseorang sibuk sehingga lupa kepada Allah.
Kekayaan yang melampaui batas sehingga seseorang menjadi sombong.
Penyakit yang melemahkan tubuh sehingga tidak mampu beramal.
Tua yang mengurangkan kekuatan dan kewarasan.
Kematian yang datang tanpa tanda-tanda.
Fitnah Dajjal yang merupakan ujian besar bagi keimanan manusia.
Kiamat yang sangat dahsyat dan membawa penyesalan kepada mereka yang lalai.
Justeru, gunakanlah baki umur ini untuk:
Bertaubat atas dosa yang lalu. وَتُوبُوا إِلَى ٱللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ "Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung." (Surah An-Nur: 31)
Memperbaiki diri dan amal. Rasulullah ﷺ bersabda: خَيْرُكُمْ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ "Sebaik-baik kamu adalah yang panjang umurnya dan baik amalnya." (Hadis riwayat At-Tirmidzi, no. 2330)
Mempersiapkan bekal untuk akhirat. وَٱتَّقُواْ يَوۡمًا تُرۡجَعُونَ فِيهِ إِلَى ٱللَّهِ... "Dan bertakwalah kamu kepada hari di mana kamu akan dikembalikan kepada Allah..." (Surah Al-Baqarah: 281)
Menghargai masa dengan amalan kebaikan. وَٱلۡعَصۡرِ ١ إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَفِي خُسۡرٍ ٢ إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ... "Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh..." (Surah Al-Asr: 1-3) Setiap detik adalah peluang untuk berzikir, membaca Al-Quran, solat sunat, bersedekah, atau membantu orang lain.
Menuntut ilmu sebagai bekal akhirat. Rasulullah ﷺ bersabda: مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ "Barang siapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga." (Hadis riwayat Muslim, no. 2699) Ilmu yang bermanfaat akan membantu kita mengenali Allah dan menuntun jalan hidup kita.
Berbakti kepada ibu bapa dan keluarga. وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًا... "Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa..." (Surah Al-Isra’: 23) Membahagiakan ibu bapa dan menyatukan keluarga adalah antara amal soleh yang besar ganjarannya.
Meninggalkan perkara sia-sia. Rasulullah ﷺ bersabda: مِنْ حُسْنِ إِسْلَامِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ "Antara tanda kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya." (Hadis riwayat At-Tirmidzi, no. 2317) Hindari perkara-perkara yang membuang masa dan tidak mendatangkan manfaat untuk dunia dan akhirat.
Bersedia untuk kematian dengan memperbanyakkan istighfar.
Rasulullah ﷺ bersabda: أَكْثِرُوا ذِكْرَ هَاذِمِ اللَّذَّاتِ: الْمَوْتَ "Perbanyaklah mengingat pemutus segala kenikmatan, iaitu kematian." (Hadis riwayat At-Tirmidzi, no. 2307) Ingatlah bahawa setiap jiwa pasti akan menemui ajalnya. Bersedia dengan hati yang bersih dan amalan yang ikhlas.
Hidup di dunia yang sementara ini hanya sekali, dan ia terlalu singkat untuk disia-siakan.
ABi
Mereka beriman kepada Allah dan hari penghabisan, mereka menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar dan bersegera kepada (mengerjakan) pelbagai kebajikan; mereka itu termasuk orang-orang yang saleh. (114)
(Ali ‘Imran: 114)
Justeru, bersibuklah di dalam kehidupan duniamu dengan berlumba-lumba dan bersegera melakukan ketaatan dan akal soleh demi kesenangan dan kesibukan yang dijanjikan di syurga nanti.
سَابِقُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا كَعَرْضِ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ أُعِدَّتْ لِلَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ ﴿الحديد: ٢١﴾
Berlomba-lombalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan surga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai karunia yang besar. (21)
(Al Hadid: 21)
وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ ﴿آل عمران: ١٣٣﴾
Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (133)
(Ali ‘Imran: 133)
ABi
عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ:“مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ، فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ، وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ، فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ.”
Dari Uthman bin Affan r.a., beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesiapa yang solat Isyak berjemaah, maka seolah-olah dia telah beribadah separuh malam. Dan sesiapa yang solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah beribadah sepanjang malam.”
( HR Muslim, 656)
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ قَالَ: “وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَهُوَ فِي ذِمَّةِ اللَّهِ.”
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
“Dan sesiapa yang solat Subuh secara berjemaah, maka dia berada di bawah perlindungan Allah.”
(HR Muslim, 1492)
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: “بَشِّرِ الْمَشَّائِينَ فِي الظُّلَمِ إِلَى الْمَسَاجِدِ بِالنُّورِ التَّامِّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.”
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah ﷺ bersabda:
“Berilah berita gembira kepada orang-orang yang berjalan dalam kegelapan menuju masjid (untuk solat Subuh dan Isyak) bahawa mereka akan memperoleh cahaya yang sempurna pada Hari Kiamat.”
( HR Abu Dawud, 561; Tirmizi, 223)
Justeru, berusahalah dan bermujahadahlah dengan gigih dan serius untuk engkau berkekalan dengan rutin ini hingga ke sedutan dan hembusan nafas yang terakhir demi keselamatan hidup akhirat yang bakal dan pasti tiba.
ABi
“Wahai manusia! Sesungguhnya Nabi ﷺ bersabda, ‘Sungguh, seandainya anak Adam diberikan satu lembah yang penuh dengan emas, pasti dia akan ingin memiliki lembah yang kedua, dan jika seandainya dia sudah diberikan yang kedua, pasti dia ingin mempunyai yang ketiga. Tidak ada yang dapat menutup perut anak Adam kecuali tanah, dan Allâh Subhanahu wa Ta’ala menerima taubat bagi siapa saja yang bertaubat.”
(HR Bukhâri, 6438)
Tidak ada yang dapat mencegah keserakahan dan kerakusan nafsu manusia, dan angan-angannya kecuali kematian.
Allâh Azza wa Jalla berfirman:
أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ ﴿١﴾ حَتَّىٰ زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ ﴿٢﴾ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ ﴿٣﴾ ثُمَّ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ ﴿٤﴾ كَلَّا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ الْيَقِينِ ﴿٥﴾ لَتَرَوُنَّ الْجَحِيمَ ﴿٦﴾ ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ الْيَقِينِ﴿٧﴾ ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ
Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam kubur. Sekali-kali tidak! Kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu), kemudian sekali-kali tidak! Kelak kamu akan mengetahui. Sekali-kali tidak! Sekiranya kamu mengetahui dengan pasti, niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahim, kemudian kamu benar-benar akan melihatnya dengan mata kepala sendiri, kemudian kamu benar-benar akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan (yang megah di dunia itu).”
(At-Takâtsur: 1-8)
Rasûlullâh ﷺ juga bersabda :
يَقُوْلُ الْعَبْدُ : مَالِـيْ ، مَالِـيْ ، إِنَّمَا لَـهُ مِنْ مَالِهِ ثَلَاثٌ : مَا أَكَلَ فَأَفْنَى ، أَوْ لَبِسَ فَأَبْلَـى ، أَوْ أَعْطَى فَاقْتَنَى ، وَمَا سِوَى ذٰلِكَ فَهُوَ ذَاهِبٌ وَتَارِكُهُ لِلنَّاسِ.
“Seorang hamba berkata, ‘Hartaku! Hartaku! Sesungguhnya ia hanya memiliki tiga hal dari hartanya: apa yang telah ia makan lalu habis, atau apa yang ia pakai lalu usang, atau apa yang ia berikan lalu ia simpan untuk akhiratnya. Adapun selain itu, maka ia akan pergi dan ditinggalkannya untuk orang lain.”
(HR. Muslim, 2959)
Baginda ﷺ juga bersabda:
إِنَّ لِكُلِّ أُمَّةٍ فِتْنَةً وَفِتْنَةُ أُمَّتِيْ الْـمَـالُ
Setiap ummat memiliki fitnah (ujian), dan fitnah ummatku adalah harta.
(HR Tirmidzi, 2336)
Rasûlullâh ﷺ juga bersabda :
إِنَّمَا أَهْلَكَ مَـنْ كَـانَ قَبْلَكُمُ الدِّيْنَارُ وَالدِّرْهَمُ، وَهُمَا مُهْلِكَاكُمْ
Sesungguhnya dinar dan dirham telah membinasakan orang-orang sebelum kalian dan keduanya juga membinasakan kalian.
(HR. Al-Bazzar, 1612)
Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata:
مُـحِبُّ الدُّنْيَا لَا يَنْفَكُّ مِنْ ثَلَاثٍ: هَمٌّ لَازِمٌ، وَتَعَبٌ دَائِمٌ، وَحَسْرَةٌ لَا تَنْقَضِى
Pecinta dunia tidak akan terlepas dari tiga hal: (1) Kesedihan (kegelisahan) yang terus-menerus, (2) Kepenatan keletihan yang berlanjutan, dan (3) Penyesalan yang tidak pernah berhenti.
(Ighâtsatul Lahafân (I/87-88)
Justeru, berhati-hatilah dengan NAFSU mu sendiri.
ABi
فقد أخرج البزار والطبراني في الأوسط وابن مردويه والبيهقي في "البعث" بسند صحيح كما قال السيوطي
Diriwayatkan oleh Al Bazzar dan At Thabarani ( Al Aswath ), dan Ibnu Mardawih dan Al Baihaqi ( Al Ba'ts ):
عن جابر رضي الله عنه قال: قيل: يا رسول الله أينام أهل الجنة؟ قال: لا النوم أخو الموت، وأهل الجنة لا يموتون ولا ينامون.
Ditanyai ( oleh seseorang ) : " Wahai Rasul Allah adakah ahli syurga itu tidor? ". Rasulullah sal menjawab : " Tidak. Tidor itu saudara kematian, dan ahli syurga itu tidak akan mati dan tidak tidor ".
Ahli memilikki kesejahteraan hati.
ٱدْخُلُوهَا بِسَلَـٰمٍ ءَامِنِينَ ﴿٤٦﴾ وَنَزَعْنَا مَا فِى صُدُورِهِم مِّنْ غِلٍّ إِخْوَٰنًا عَلَىٰ سُرُرٍ مُّتَقَـٰبِلِينَ﴿٤٧﴾ لَا يَمَسُّهُمْ فِيهَا نَصَبٌ وَمَا هُم مِّنْهَا بِمُخْرَجِينَ ﴿٤٨﴾
(Dikatakan kepada mereka): "Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera lagi aman"
(46) Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas dipan-dipan.(47) Mereka tidak merasa lelah di dalamnya dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya.
(Al Hijr : 46-48)
Justeru, gunakanlah peluang dan kesempatan hidup yang masih berbaki untuk merebut tempat di syurga. Dan bersabrlah kerana yang dibalasi Allah ta’ala di akhirat nanti adalah terlebih baik dari apa yang telah dilakukan ketika di dunia.
وَلَا يُنفِقُونَ نَفَقَةً صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً وَلَا يَقْطَعُونَ وَادِيًا إِلَّا كُتِبَ لَهُمْ لِيَجْزِيَهُمُ اللَّهُ أَحْسَنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿التوبة: ١٢١﴾
Dan tidak pula mereka membelanjakan sesuatu perbelanjaan yang kecil, atau yang besar; dan tidak mereka melintas sesuatu lembah, melainkan ditulis pahala bagi mereka, supaya Allah membalas dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. (121)
(At Taubah: 121)
ABi
عن جَابِر بْنِ عَبْدِ اللَّه أَنَّ مُعَاذَ بْنَ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ كَانَ يُصَلِّي مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ يَأْتِي قَوْمَهُ فَيُصَلِّي بِهِمْ الصَّلَاةَ فَقَرَأَ بِهِمْ الْبَقَرَةَ قَالَ فَتَجَوَّزَ رَجُلٌ فَصَلَّى صَلَاةً خَفِيفَةً فَبَلَغَ ذَلِكَ مُعَاذًا فَقَالَ إِنَّهُ مُنَافِقٌ فَبَلَغَ ذَلِكَ الرَّجُلَ فَأَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا قَوْمٌ نَعْمَلُ بِأَيْدِينَا وَنَسْقِي بِنَوَاضِحِنَا وَإِنَّ مُعَاذًا صَلَّى بِنَا الْبَارِحَةَ فَقَرَأَ الْبَقَرَةَ فَتَجَوَّزْتُ فَزَعَمَ أَنِّي مُنَافِقٌ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا مُعَاذُ أَفَتَّانٌ أَنْتَ ثَلَاثًا اقْرَأْ وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا وَسَبِّحْ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى وَنَحْوَهَا
Dari Jabir bin Abdullah bahwa Mu'adz bin Jabal radliallahu 'anhu pernah shalat (dibelakang) Rasulullah ﷺ , kemudian dia kembali ke kaumnya untuk mengimami salat bersama mereka dengan membaca surat Al Baqarah, Jabir melanjutkan; Maka seorang laki-laki pun keluar (dari shaf) lalu ia salat dengan salat yang agak ringan, ternyata hal itu sampai kepada Mu'adz, ia pun berkata; “Sesungguhnya dia adalah seorang munafik”. Ketika ucapan Mu'adz sampai ke laki-laki tersebut, laki-laki itu langsung mendatangi Nabi ﷺ sambil berkata; “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami adalah kaum yang memiliki pekerjaan untuk menyiram ladang, sementara semalam Mu'adz salat mengimami kami dengan membaca surat Al Baqarah, hingga saya keluar dari shaf, lalu dia mengiraku seorang munafik.” Maka Nabi ﷺ bersabda: “Wahai Mu'adz, apakah kamu hendak membuat fitnah. “-Baginda mengucapkannya hingga tiga kali- bacalah (Was syamsi da wadluhaaha dan wasabbih bismirabbikal a'la ) atau yang serupa dengannya.
(HR Bukhari, 5641)
Berbeza bukan sehingga bermusuhan,
Berbeza pandangan adalah lumrah kehidupan manusia. Tiada siapa boleh mendakwa pandangannya paling benar, Kerana kunci kebenaran itu bukan di tangan manusia tetapi pada Allah Azza wa Jalla.
الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
﴿البقرة: ١٤٧﴾
Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu.
(Al Baqarah: 147)
Kebenaran bukan dikenali semata-mata hanya pada orang yang membawa terutama dalam soal kebijaksanaan dan pemikiran.
Alangkah indahnya kata-kata dari Saiyyida Ali karramallahu wajhah,
إن الحق لا يعرف بالرجال، اعرف الحق تعرف أهله.
“Sesungguhnya kebenaran itu tidak dikenali dengan sebab orang-orang yang membawanya. Kenalilah kebenaran (dari sumbernya), nescaya engkau akan kenal sipembawa kebenaran (yang sebenar).”
Imam Al Ghazali menyebut dalam Ihya’ Ulumiddin,
اعلم أن من عرف الحق بالرجال حار في متاهات الضلال فاعرف الحق تعرف أهله إن كنت سالكاً طريق الحق
"Ketahuilah bahawa siapa yang mengukur kebenaran dengan tokoh (yang membawa), ia akan tersesat dalam lembah kebingungan. Maka kenalilah kebenaran, pasti kamu akan tahu siapa pemiliknya, jika kamu benar-benar ingin meniti jalan kebenaran.”
Justeru, berpada-padalah dalam berbeza pandangan bahkan sewajibnya persaudaraan itu lebih utama dijaga dan dipelihara. Jadilah PENDAMAI…!
عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّهُ سَيَكُونُ بَعْدِي اخْتِلَافٌ أَوْ أَمْرٌ فَإِنْ اسْتَطَعْتَ أَنْ تَكُونَ السِّلْمَ فَافعَلْ
Dari Ali Bin Abu Thalib, dia berkata; Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sesungguhnya akan terjadi perpecahan atau perkara sepeninggalanku, jika kamu mampu untuk berlaku damai maka lakukanlah.”
(HR Ahmad,657)
ABi