Ramai tidak sedar dalam Al Quran ada menyentuh tentang usia 40an
حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ (١٥) الاحقاف
Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa: “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.”
Al Ahqaf: 15
وفى تفسير ابن كثير: وهذا فيه إرشاد لمن بلغ الأربعين أن يجدد التوبة والإنابة إلى الله - عز وجل - ويعزم عليها.
Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah 'Azza wa Jalla dengan bersungguh-sungguh.
Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya.
Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Doa yang menggambarkan jiwa yang bersyukur dalam menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal, yang telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah Ta'ala.
Dalam ayat yang lain.....
أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ (٣٧)
Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan?
Al Fathir: 37
عن مجاهد قال : سمعت ابن عباس يقول : العمر الذي أعذر الله إلى ابن آدم : ( أولم نعمركم ما يتذكر فيه من تذكر ) أربعون سنة .
Mujahid berkata, aku mendengar daripada Ibnu Abbas berkata :
" Usia yang Allah beri peringatan kepada anak Adam dengan
( أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ ) ialah 40 tahun.
عن مسروق أنه كان يقول : إذا بلغ أحدكم أربعين سنة ، فليأخذ حذره من الله عز وجل .
Masruq berkata :
" Apabila seorang kamu berumur 40 tahun, maka ambillah peringatan daripada Allah Azza wa Jalla ".
Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi SAW seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:
عن ابن عباس قال أنزل على رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو ابن أربعين فأقام بمكة ثلاث عشرة وبالمدينة عشرا وتوفي وهو ابن ثلاث وستين قال أبو عيسى هذا حديث حسن صحيح
“Diturunkan wahyu Rasulullah SAW pada usianya 40 tahun, lalu baginda tinggal di Makkah 13 tahun dan di Madinah 10 tahun, dan wafat pada usianya 63 tahun".
HR Tirmizi
Ibnu Abbas RA dalam suatu riwayat berkata:
من أتى عليه أربعون سنة ولم يغلب خيره شره فليتجهز إلى النار
“Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dapat mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”
Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir.
( قيل للشافعي - رحمه الله - : ما لَكَ تُكثر من إمساك العصا وأنت لست بضعيف ؟ قال : لأتذكر أني مسافر )
Justeru...apa yang perlu dilakukan menjelang usia 40 tahun...
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan kekuatan ruhiyyah
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah dan perjuangan.
Sedikit tazkirah... Khas utk kita yg ke arah, di alam, di hujung dan telah melewati 40an.
AAMIINKAN DOA BERKAH INI 🤲
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ أَبَدًا
(Ya hayyu ya qoyyum bi rahmatika astaghiits, wa ash-lihlii sya’nii kullahu wa laa takilnii ilaa nafsii thorfata ‘ainin abadan)
Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Maha Berdiri Sendiri tidak butuh segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku minta pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku sekali pun sekejap mata mendapat pertolongan dari-Mu selamanya
Video By : Adi Hidayat Official (Youtube)
TOLONG AAMIIN KAN DOA BERKAH INI 🤲
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ أَبَدًا
(Ya hayyu ya qoyyum bi rahmatika astaghiits, wa ash-lihlii sya’nii kullahu wa laa takilnii ilaa nafsii thorfata ‘ainin abadan)
Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Maha Berdiri Sendiri tidak butuh segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku minta pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku sekali pun sekejap mata mendapat pertolongan dari-Mu selamanya
Video By : Adi Hidayat Official (Youtube)
Bismillahirrahmannirrahim
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu sebaik-baik permohonan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik amalan, sebaik-baik ganjaran, sebaik-baik kehidupan, sebaik-baik kematian, dan teguhkanlah pendirianku, beratkanlah timbangan amal baikku, mantapkanlah keimananku, tinggikanlah martabatku, terimalah solatku, ampunilah kesalahanku, dan aku memohon kepada- Mu derjat yang tinggi dalam syurga, perkenankanlah doa kami ya Allah.
آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
FREE 3 SERIES TADABBUR 3 QUL
Al-Ikhlas,
Al-Falaq,
An-Nas.
These 3 surahs are short surahs and we frequently read them in our solah.
We even memorised them since little right ?
But how much we have understood and feel the messages behind these surahs ?
Thats why EQG brings to you ; 3 FREE series of Tadabbur 3 Qul.
Yes they are free !
We will learn from 3 Quranic scholars ;
🍃Al-Ikhlas : "I Am Helpless, Help Me Ya Rabb"
By Dr Hafiz Salleh
🍃Al-Falaq : "I am Scared, Help Me Ya Rabb"
By Ustaz Fazrul Ismail
🍃An-Nas : "I Am Confused, Help Me Ya Rabb"
By Ustaz Shamsul Hakim
Claim your FREE seat here :
Register Free Tadabbur 3 Qul (Click Here)
8 Faedah Berselawat
1. Dapat pahala ikut perintah Allah SWT
2. Tunaikan hak Nabi SAW
3. Dapat balasan selawat 10x
4. Diangkat 10 darjat di Syurga dan di padam 10 dosa
5. Pengubat duka dan kesedihan
6. Berhak dapat syafaat Nabi SAW
7. Paling dekat dengan Nabi SAW di akhirat
8. Nabi SAW jawab selawat dan salam kita
الَلَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
[DOA DAHSYAT SEBELUM TIDUR]
اللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ، فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى، وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيْلِ وَالْفُرْقَانِ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ، أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ. اللَّهُمَّ أَنْتَ الأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُوْنَكَ شَيْءٌ. اِقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ وَأَغْنِنَا مِنَ الْفَقْرِ.
(HR. Muslim 4/2084)
Hafalkanlah doa ini, tulislah, sebarkanlah, dan ulangilah. Kami memohon kepada Allah dengan rahmat dan kemurahan-Nya untuk menerima dari kami dan dari kalian. Semoga Allah melimpahkan salawat dan salam serta berkah kepada Nabi kita Muhammad SAW
Antara 100 perintah Allah Taala
1. Jangan berkata kasar.
(QS 3 – Ali Imran : 159)
2. Tahanlah marah.
(QS 3 – Ali Imran : 134)
3. Berbaiklah kepada orang lain.
(QS 4 – An Nisaa’ : 36)
4. Jangan sombong dan congkak.
(QS 7 – Al A’raaf : 13)
5. Maafkanlah kesalahan orang lain.
(QS 7 – Al A’raaf : 199)
6. Berbicaralah dengan nada halus dan bersopan.
(QS 20 – Thaahaa : 44)
7. Rendahkanlah suaramu.
(QS 31 – Luqman : 19)
8. Jangan mengejek orang lain.
(QS 49 – Al Hujuraat : 11)
9. Berbaktilah pada orang tua (ibu bapak).
(QS 17 – Al Israa’ : 23)
10. Jangan mengeluarkan kata yang tidak menghormati orang tua ( ibu bapak).
(QS 17 – Al Israa’ : 23)
11. Jangan memasuki kamar pribadi ibu bapak tanpa izin.
(QS 24 – An Nuur : 58)
12. Catatlah hutang-hutangmu.
(QS 2 – Al Baqarah : 282)
13. Jangan mengikuti orang secara membabi buta.
(QS 2 – Al Baqarah : 170)
14. Berikanlah lanjutan waktu bila orang yang berhutang kepadamu dalam kesempitan.
(QS 2 – Al Baqarah : 280)
15. Jangan makan riba’/membungakan uang
(QS 2 – Al Baqarah : 275)
16. Jangan melakukan korupsi)
(QS 2 – Al Baqarah : 188)
17. Jangan ingkar atau melanggar janji
(QS 2 – Al Baqarah : 177)
18. Jagalah kepercayaan orang lain kepadamu
(QS 2 – Al Baqarah : 283)
19. Jangan campur adukan kebenaran dengan kebohongan
(QS 2 – Al Baqarah : 42)
20. Berlakulah adil terhadap semua orang
(QS 4 – An Nisaa’ : 58)
21. Tegakkanlah keadilan dengan tegas
(QS 4 – An Nisaa’ : 135)
22. Harta yang meninggal harus dibagikan kepada anggota keluarga
(QS 4 – An Nisaa’ : 7)
23. Wanita memiliki hak waris
(QS 4 – An Nisaa’ : 7)
24. Jangan memakan harta anak yatim
(QS 4 – An Nisaa’ : 10)
25. Lindungi anak yatim
(QS 2 – Al Baqarah : 220)
26. Jangan memboroskan harta dengan sewenang-wenangnya
(QS 4 – An Nisaa’ : 29)
27. Damaikanlah orang yang berselisih
(QS 49 – Al Hujuraat : 9)
28. Hindari perasangka buruk
(QS 49 – Al Hujuraat : 12)
29. Jangan memfitnah orang
(QS 2 – Al Baqarah : 283)
30. Jangan memfitnah orang
(QS 49 – Al Hujuraat : 12)
31. Gunakan harta untuk kegiatan sosial(QS 57 – Al Hadid : 7)
32. Biasakan memberi makan orang miskin
(QS 107 – Al Maa’uun : 3)
33. Bantulah orang fakir yang berada di jalan Allah
(QS 2 – Al Baqarah : 273)
34. Jangan menghabiskan uang untuk bermegah-megah
(QS 17 – Al Israa’ : 29)
35. Jangan menyebut-nyebut tentang sedekahmu
(QS 2 – Al Baqarah : 264)
36. Hormatilah tamu anda
(QS51AdzDzaariyaat26)
37. Perintahkan kebajikan setelah kita melakukannya sendiri
(QS 2 – Al Baqarah : 44)
38. Jangan berbuat kerusakan di muka bumi
(QS 2 – Al Baqarah : 60)
39. Jangan menghalangi orang datang ke masjid
(QS 2 – Al Baqarah : 114)
40. Perangilah mereka yang memerangi mu
(QS 2 – Al Baqarah : 190)
41. Jagalah etika perang
(QS 2 – Al Baqarah : 191)
42. Jangan lari dari peperangan
(QS 8 – Al Anfaal : 15)
43. Tidak ada paksaan untuk memasuki agama (Islam)
(QS 2 – Al Baqarah : 256)
44. Berimanlah kepada para Nabi
(QS 2 – Al Baqarah : 285)
45. Jangan melakukan hubungan intim di saat haid
(QS 2 – Al Baqarah : 222)
46. Susuilah anak-anakmu selama dua tahun penuh
(QS 2 – Al Baqarah : 233)
47. Jauhilah hubungan intim di luar nikah
(QS 17 – Al Israa’ : 32)
48. Pilihlah pemimpin yg pantas. Pilihlah pemimpin berdasarkan ilmu dan jasanya
(QS 2 – Al Baqarah : 247)
49. Jangan membebani orang di luar kesanggupannya
(QS 2 – Al Baqarah : 286)
50. Jangan mau dipecah belah
(QS 3 – Ali Imran : 103)
51. Renungkanlah keajaiban dan penciptaan alam semesta ini
(QS 3 – Ali Imran 3 :191)
52. Lelaki maupun wanita mendapat balasan yang sama sesuai perbuatannya
(QS 3 – Ali Imran : 195)
53. Jangan menikahi mereka yang sedarah denganmu
(QS 4 – An Nisaa’ : 23)
54. Keluarga harus di-imami oleh seorang lelaki
(QS 4 – An Nisaa’ : 34)
55. Jangan pelit
(QS 4 – An Nisaa’ : 37)
56. Jangan iri hati
(QS 4 – An Nisaa’ : 54)
57. Jangan saling membunuh
(QS 4 – An Nisaa’ : 92)
58. Jangan membela ketidakjujuran atau kebohongan
(QS 4 – An Nisaa’ : 105)
59. Jangan bekerja-sama dalam dosa dan kekerasan
(QS 5 – Al Maa-idah : 2)
60. Bekerja samalah dalam kebenaran
(QS 5 – Al Maa-idah : 2)
61. Mayoritas bukanlah merupakan kriteria kebenaran
Niat Jamak Solat
Solat Zohor:
"Sahaja aku solat Fardhu Zohor 2 rakaat jamak takdim, qasar kerana Allah"
Solat Asar:
"Sahaja aku solat Fardhu Asar 2 rakaat jamak takdim, qasar kerana Allah"
Niat Puasa Enam Sahaja
Sahaja aku berpuasa sunat Syawal pada esok hari, kerana Allah Taala
Niat Puasa Qada (Ganti) dan Puasa Enam Syawal
Sahaja aku puasa ganti Ramadan yang wajib keatas diriku berserta puasa sunat Syawal pada esok hari, kerana Allah Taala
Nama Akaun: Surau Riyadhus Solihin
No. Akaun: 2124 5760 0176 77
Bank: RHB
Rujukan: Ramadhan
𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐮𝐥𝐢𝐝𝐮𝐫 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥
𝟏𝟐 𝐑𝐚𝐛𝐢𝐮𝐥𝐚𝐰𝐚𝐥 𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
𝑴𝒂𝒓𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒎𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒃𝒂𝒏𝒚𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒘𝒂𝒕 𝒌𝒆 𝒂𝒕𝒂𝒔 𝑩𝒂𝒈𝒊𝒏𝒅𝒂 𝑵𝒂𝒃𝒊 𝑴𝒖𝒉𝒂𝒎𝒎𝒂𝒅 𝑺.𝑨.𝑾.
Doa untuk anak-anak:
1. Ya Allah. Jadikan anak kami makin rajin solat dan tak tinggal solat walau berjauhan daripada kami.
2. Ya Allah. Jadikan anak kami cemerlang dalam semua peperiksaannya. Jadikan anak anak kami fokus belajar dan bersungguh menuntut ilmu.
3. Ya Allah. Jadikan anak kami anak yang ada karakter PENYABAR. Mampu menahan diri ketika marah, sukakan kedamaian dan berkasih sayang sesama adik beradik.
4. Ya Allah. Jadikan anak kami, anak yang ada karakter PEMIMPIN. Sangat bertanggungjawab, jujur dan amanah sifatnya.
5. Ya Allah. Jadikan anak kami anak yang ada karakter BERDIKARI. Mampu mengurus adik adiknya dan diri sendiri.
6. Ya Allah. Jadikan anak kami, anak yang BERDISIPLIN. Ada rutin yang teratur, pembersih dan pandai mengatur rutin hariannya sendiri.
7. Ya Allah. Jadikan kami ibu ayah yang sabar. Sabar dalam mendidik dan membesarkan anak anak kami.
8. Ya Allah. Jauhkan anak anak kami daripada pengaruh buruk rakan sebaya, gajet media sosial, game dan sebagainya.
9. Ya Allah. Bahagiakan diri kami supaya kami dapat bahagiakan anak anak kami dengan sepenuh jiwa raga. Berikan kami ketenangan dan kelapangan hati setiap masa.
10. Ya Allah. Jauhkan kami sekeluarga daripada azabMu dan masukkan kami sekeluarga ke dalam syurgaMu.
Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin 🤲
Subuh terlajak tidur,
Ingatlah bahawa ada tidur yg panjang di alam kubur. Bezanya tenang sejahtera atau azab sengsara.
Zuhur sibuk dengan kerja,
Ingatlah bahawa bekal kita di akhirat ialah amal ibadah bukannya harta benda.
Asar sibuk dengan kawan2 dan anak isteri,
Ingatlah bahawa perjalanan kita di mahsyar tersangatlah panjang dan nafsi-nafsi (sendiri²).
Maghrib sibuk layan drama tv,
Ingatlah bahawa kisah hidup kita akan ditayangkan di akhirat nanti.
Isyak lepak minum kedai kopi,
Ingatlah bahawa di neraka nanti minumannya ialah daripada nanah,darah dan air yg menggelegak panas tak terperi.
Tiba-tiba mati,
Ingatlah bahawa malaikat maut tidak menunggu taubat kita untuk memanggil kita pulang menghadap Ilahi.
Usahakan solat berjemaah 5 waktu di surau atau masjid bagi yg lelaki dan solat di awal waktu bagi yg perempuan.
Baiki diri dengan pergi ke taman2 syurga ( majlis2 ilmu ) sebagai jambatan untuk dijemput masuk ke syurga yg kekal abadi.
8 𝑲𝒆𝒃𝒂𝒊𝒌𝒂𝒏 𝑺𝒆𝒍𝒂𝒘𝒂𝒕 𝑱𝒊𝒃𝒓𝒊𝒍
1. 𝑴𝒆𝒏𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒔𝒚𝒂𝒇𝒂𝒂𝒕 𝑹𝒂𝒔𝒖𝒍𝒖𝒍𝒍𝒂𝒉 𝑺𝑨𝑾 𝒅𝒊 𝒂𝒌𝒉𝒊𝒓𝒂𝒕 𝒌𝒆𝒍𝒂𝒌.
2. 𝑴𝒆𝒏𝒋𝒂𝒅𝒊 𝒊𝒏𝒔𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒑𝒂𝒍𝒊𝒏𝒈 𝒅𝒆𝒌𝒂𝒕 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑹𝒂𝒔𝒖𝒍𝒖𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒉𝒂𝒓𝒊 𝒌𝒊𝒂𝒎𝒂𝒕.
3. 𝑫𝒊𝒂𝒎𝒑𝒖𝒏𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒐𝒔𝒂 𝒅𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒕 𝒅𝒂𝒓𝒋𝒂𝒕𝒏𝒚𝒂 𝒐𝒍𝒆𝒉 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉.
4. 𝑫𝒊𝒎𝒂𝒌𝒃𝒖𝒍𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒈𝒂𝒍𝒂 𝒅𝒐𝒂.
5. 𝑫𝒊𝒃𝒆𝒓𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒄𝒖𝒌𝒖𝒑𝒂𝒏 𝒉𝒊𝒅𝒖𝒑 𝒐𝒍𝒆𝒉 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉.
6. 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒂𝒍𝒂𝒔 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒘𝒂𝒕 𝒉𝒂𝒎𝒃𝒂-𝑵𝒚𝒂.
7. 𝑴𝒆𝒏𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒑𝒂𝒉𝒂𝒍𝒂.
8. 𝑴𝒆𝒏𝒆𝒏𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒓𝒕𝒂 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒉𝒊𝒍𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒏 𝒓𝒂𝒔𝒂 𝒓𝒊𝒔𝒂𝒖 𝒅𝒂𝒏 𝒅𝒖𝒌𝒂𝒄𝒊𝒕𝒂.
9 benda untuk mendapatkan hati yang bersih
1. Baca al-Quran
2. Mengurangkan makan
3. Mendirikan malam
4. Bermunajat Pada waktu malam
5. Mendampingi orang soleh
6. Diam daripada perkara yang tiada kaitan
7. Menjauhi ahli maksiat
8. Tidak melebih-lebih dalam urusan manusia
9. Makan benda yang halal
الَلَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Dengar di Radio IKIM. Ustaz Pahrol Mat Juoi kupas tentang LALAI. Mula² Ustaz kongsi tanda² lalai:
1. Kurang membaca Al Quran
2. Kurang berzikir
3. Lalai dlm solat, kurang ingat pada Allah:
- Tidak fokus
- Sering terlupa bilangan rakaat
- Melewatkan solat
- Kurang solat jemaah
4. Banyak membuang masa untuk hiburan, sukan & dimeja makan serta menonton tv.
5. Kurang @ malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.
6. Sentiasa sibuk dengan urusan dunia; mudah stress.
7. Cara hidupnya menyerupai musuh Islam.
8. Tak berhati² dengan perkara yang syubhah & haram.
9. Tangguh untuk bertaubat.
10. Malu untuk belajar agama.
11. Bangun fikir nak makan apa & apa aku nak buat hari ini.
Ada juga Ustaz sebut: Jarak antara hati kita dengan ketenangan, ibarat jarak kita dgn Al-Quran.
Pesan Ustaz: Beli Al Quran guna duit sendiri. Pilih ikut citarasa kita. Cakap dengan Al Quran tu, kita nak bersahabat dengan dia. (nak baca)
Kemudian, Ustaz cerita tentang akibat lalai:
1. Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca Quran.
2. Bunuh kebaikan yang kita buat, kita tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama.
3. Hilang fokus dalam hidup.
4. Mudah lesu & buntu, sentiasa rasa esok masih ada & suka tangguh beribadah & kerja soleh.
Sebab - sebab lalai:
1. Mengulang² dosa kecil sampai jadi kelaziman.
2. Berkawan dgn org² yang lalai.
3. Berada alam persekitaran 'rosak'. (Cth: pergaulan bebas dengan bukan muhrim, dedah aurat & buat maksiat), berada di situ bukan utk tujuan berdakwah.
4. Tidak berzikir.
5. Terjerat dalam perancangan² licik musuh Islam. (Cth: berlebihan dlm mendengar lagu, tonton filem yang melalaikan dan lain - lain.
Cara² mengatasi lalai:
1. Cari sahabat yang baik & soleh.
2. Hadiri majlis ilmu.
3. Bangun malam untuk solat tahajjud.
4. Banyakkan zikir & taubat.
5. Rajin baca al quran.
6. Bersangka baik pada org lain.
7. Pemaaf.
8. Ingat mati.
9. Kurangkan makan.
10. Amalkan sunnah Nabi saw.
11. Bersabar bersyukur & bertawakkal.
Na'uzubillahhi min zalik. Semoga tidak termasuk dalam golongan (lalai) ini.
Simpan untuk peringatan.
Terima kasih kepada saudara Ameer yang share di FB.
(QS 6 – Al An’aam : 116)
62. Berlaku adil
(QS 5 – Al Maa-idah:8)
63. Berikan hukuman untuk setiap kejahatan
(QS 5 – Al Maa-idah : 38)
64. Berjuanglah melawan perbuatan dosa dan melanggar hukum
(QS 5 – Al Maa-idah : 63)
65. Dilarang memakan binatang mati, darah dan daging babi
(QS 5 – Al Maa-idah : 3)
66. Hindari minum racun dan alkohol
(QS 5 – Al Maa-idah : 90)
67. Jangan berjudi
(QS 5 – Al Maa-idah : 90)
68. Jangan menghina keyakinan atau agama orang lain
(QS 6 – Al An’aam : 108)
69. Jangan mengurangi timbangan untuk menipu
(QS 6 – Al An’aam : 152)
70. Makan dan minumlah secukupnya
(QS 7 – Al A’raaf : 31)
71. Kenakanlah pakaian yang bagus di saat sholat
(QS 7 – Al A’raaf : 31)
72. Lindungi dan bantulah mereka yang meminta perlindungan
(QS 9 – At Taubah:6)
73. Jagalah kemurnian
(QS 9 – At Taubah : 108)
74. Jangan pernah putus asa akan pertolongan Allah
(QS 12 – Yusuf : 87)
75. Allah mengampuni orang yang berbuat dosa kerana kebodohannya
(QS 16 – An Nahl : 119)
76. Berserulah/ajaklah kepada jalan Allah dengan cara yang baik dan bijaksana
(QS 16 – An Nahl : 125)
77. Tidak ada seorangpun yang menanggung dosa orang lain
(QS 17 – Al Israa’ : 15)
78. Jangan membunuh anak-anakmu kerana takut akan kemiskinan
(QS 17 – Al Israa’ : 31)
79. Jangan mengikuti sesuatu yang kamu tidak memiliki pengetahuan tentangnya
(QS 17 – Al Israa’ : 36)
80. Jauhkan diri dari perkataan dan perbuatan yang tidak bermanafaat
(QS23–Al Mu’minuun:3)
81. Jangan memasuki rumah orang lain tanpa izin pemilik rumah
(QS 24 – An Nuur : 27)
82. Allah menjamin balasan kebaikan hanya kepada mereka yang percaya kepada Allah
(QS 24 – An Nuur : 55)
83. Berjalanlah di muka bumi dengan rendah hati
(QS 25 – Al Furqaan : 63)
84. Jangan melupakan kenikmatan dunia yang telah Allah berikan
(QS 28–Al Qashash : 77)
85. Jangan menyembah Tuhan selain Allah
(QS 28 – Al Qashash:88)
86. Jangan terlibat dalam homosexual
(QS29–Al ‘Ankabuut : 29)
87. Berbuat baik dan cegahlah perbuatan munkar
(QS 31 – Luqman : 17)
88. Janganlah berjalan di muka bumi dengan sombong
(QS 31 – Luqman : 18)
89. Wanita dilarang memamerkan diri
(QS 33 – Al Ahzab : 33)
90. Allah mengampuni semua dosa-dosa kita
(QS 39 – Az Zumar : 53)
91. Jangan berputus asa akan keampunan dari Allah
(QS 39 – Az Zumar : 53)
92. Balaslah kejahatan dengan kebaikan
(QS 41 – Fushshilat : 34)
93. Selesaikan persoalan dengan bermusyawarah
(QS 42–Asy Syuura : 38)
94. Orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa
(QS 49 – Al Hujuraat : 13)
95. Tidak ada dikenal biara dalam agama (Islam)
(QS 57 – Al Hadid : 27)
96. Allah akan meninggikan darjat mereka yang berilmu
(QS58–Al Mujaadilah11)
97. Perlakukan kaum bukan Islam dengan baik dan adil
(QS60-Al Mumtahanah:
98. Hindari diri dari sifat kikir
(QS64–AtTaghaabun:16)
99. Mohon keampunan kepada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
(QS73–AlMuzzammil;20)
100. Jangan menghardik orang yang meminta-minta
(QS 93–Adh Dhuhaa: 10)
Dari SMA Muhammadiyah
"𝐁𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐃𝐀𝐁 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐈𝐋𝐌𝐔. 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐈𝐋𝐌𝐔 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐀𝐃𝐀𝐁 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐒𝐎𝐌𝐁𝐎𝐍𝐆."
Читать полностью…BAGI SESIAPA YG BELUM MELAKSANAKAN 6 HARI PUASA SUNAT SYAWAL
Tarikh cadangan puasa 6 bagi tahun 2024 M/1445 H
22/4 (Hari Putih + Isnin) 13 Syawal
23/4. ( Hari Putih ) 14 Syawal
24/4. ( Hari Putih ) 15 Syawal
25/4. ( Khamis ) 16 Syawal
29/4 ( Isnin ) 20 Syawal
2/5 ( Khamis ) 23 Syawal
*Berhimpun 3 Fadhilat*
1. Puasa 6 Syawal
2. Puasa Isnin Khamis
3. Puasa Hari Putih
Niat puasa wajib sebelum fajar tapi utk puasa ganti/sunat dibolehkan sehingga tergelincir matahari (pukul 12 sebelum zohor).
Читать полностью…“Boleh ke niat puasa enam dan puasa ganti serentak?”🧐
Sebenarnya afdal seseorang itu menjadikan puasa ganti BERASINGAN dengan puasa enam pada bulan Syawal.
Namun begitu, menyatukan puasa ganti dengan puasa enam itu tetap diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya mengikut pendapat yang daif.
Rujukan:
Al-Kafi 1275 Bolehkah Niat Puasa Enam dan Puasa Ganti Secara Serentak? | Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
La Hawla Wala Quwwata Illa Billah
(لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ)
Maksud, Penggunaan & Kelebihan:
Maksud La Hawla Wala Quwwata Illa Billah adalah tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan (pertolongan) Allah.
Ucapan ini mengandungi konsep penting dalam Islam:
📌 Seorang hamba tidak boleh keluar daripada satu keadaan ke keadaan yang lain, dan dia tidak mempunyai kekuatan untuk melakukan ini kecuali dengan izin dan bantuan dari Allah.
📌 Tidak ada kekuatan untuk taat kecuali dengan Allah, dan tidak ada kekuatan untuk menghentikan berbuat dosa kecuali dengan Allah.
📌 Tidak ada kekuatan dalam menolak kejahatan, atau kekuatan dalam mencapai kebaikan kecuali melalui Allah.
Cara Penggunaan & Hadis Berkaitan
Ucapan La Hawla Wala Quwwata Illa Billah boleh diungkapkan pada bila-bila masa dalam pelbagai situasi sebagai cara untuk mencari perlindungan kepada Allah, mengakui kekuasaan-Nya, dan menyatakan bergantung kepada-Nya.
BILA YANG JUJUR TERSUNGKUR
Semalam ku dengar cerita gadis yang sakit. Sejak dulu mudah dan selalu sangat dijangkiti demam. Ada yang salah pada sistem imunisasi dalam tubuhnya. Yang sepatutnya pelindung menyerang dirinya sendiri.
Masih muda. Masih bernyala impian dan cita-cita. Cerdas dan bijak. Tetapi potensi itu terhalang kerana kesihatan. Di mana keadilan? Ketika orang baik terhenyak. Yang jahat melonjak di puncak?
Yang benar jujur, tersungkur. Yang pura-pura jujur pula tersohor?
Ku baca kitab Tajul 'Arus karya Ibnu Ataillah. Tentang pentingnya taubat, zikir, istighfar dan menyesal. Tentang kasih Allah untuk membersih hambaNya. Lalu dikurniakan kemahuan untuk mengubat hatinya dengan empat langkah itu.
Namun, mana mungkin minum ubat dengan diiringi minum racun. Justeru, sebelum ubat berkesan, racun itu dulu yang cepat mematikan.
Lalu Ibnu Ataillah RHM berpesan:
"Engkau memakan yang haram dan melihat sesuatu yang haram. Barangsiapa yang melakukan perlanggaran dan mengikut syahwat, hatinya akan menjadi gelap...."
Lalu bagaimana Allah terus mengasihi hambaNya yang lemah ini? Ibnu Ataillah RHM menulis lagi, "jika dia tidak bertaubat di saat sihat, boleh jadi dia diuji dengan berbagai penyakit dan ujian sehingga keluar dari dosa laksana pakaian saat dicuci..."
Dunia ini sementara. Begitulah juga, suka dan dukanya. Perang dan amannya. Semuanya sementara. Agar kita tidak terlalu. Kerana terlalu membuat kita melulu.
Dunia di sini adalah dunia yang melalaikan dari akhirat. Dunia seharusnya berada di tangan, bukan di hati. Ibnu Ataillah berkata lagi, "jika disatukan dengan cinta Allah dalam satu hati , tentu cinta dunia akan mengusai hati mu."
Justeru, menghadapi dunia dan manusia mesti sederhana. Benci, jangan terlalu. Sayang juga begitu. Hati dan akal mesti dititik sederhana.
Emosi mesti seimbang. Yakin bukan bererti menafikan kemungkin tersalah. Jika bersalah, jangan terlalu kecewa. Sebaliknya, bangkit semula melurus dan mentukuskan langkah.
Kita bukan sempurna. Kita hanya hamba.
Fb: Pahrol Mohamad Juoi
Bank: AMBANK
Penama: PERTUBUHAN ANAK YATIM DAN ASNAF AN NAAFI SELANGOR
No. Akaun: 8881057347345