islamtalk | Unsorted

Telegram-канал islamtalk - Islamic Talk 💡

2003

Semua orang melakukan kesilapan. Tapi kesilapan itu mestilah diperbaiki bukan diulang kembali. 💖

Subscribe to a channel

Islamic Talk 💡

🌸 Kebaikan Berselawat ke atas Nabi ﷺ
Selawat bukan sekadar amalan di bibir, tetapi tanda cinta dan penghormatan kita kepada Rasulullah ﷺ.
Antara kebaikannya:
🤍 Mendapat rahmat daripada Allah
Nabi ﷺ bersabda: “Barang siapa berselawat kepadaku sekali, Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali.” — Riwayat Muslim.
🌿 Menghapuskan dosa dan mengangkat darjat
Selawat termasuk amalan yang sangat besar pahalanya.
🕊️ Menenangkan hati
Membaca selawat dengan penuh penghayatan dapat menjadi zikir yang menenangkan jiwa.
🌹 Mendapat syafaat Rasulullah ﷺ
Memperbanyakkan selawat merupakan antara amalan yang dianjurkan untuk mendekatkan diri kepada Rasulullah ﷺ.
✨ Mendapat keberkatan dalam kehidupan
Selawat boleh diamalkan pada bila-bila masa—ketika lapang, sedih, sebelum tidur atau selepas solat.
Amalan mudah:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ
Allahumma salli ‘ala Muhammad
“Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas Nabi Muhammad.”
🌷 Jangan tunggu hati tenang untuk berselawat. Berselawatlah, semoga Allah menenangkan hati kita.

#ukhuwahfillah

Читать полностью…

Islamic Talk 💡

🍂 Jika tak letak Allah di hati. Jangan tanya kenapa tiada ketenangan dalam diri..

🍂 Ya Allah terangi hati-hati kami dgn Nur cahaya petunjuk-Mu, sebagaimana Engkau telah menerangi bumi ini dgn cahaya mentari-Mu..Aamiin.

🌸 Allahumma Solli A'ala Sayyidina Muhammad Wa'ala Ali Sayyidina Muhammad 🌸


#cnp
#jomselawat
#SelfReminder
#prayforpalestine
#tarbiahiman

Читать полностью…

Islamic Talk 💡

Nak, sebelum masuk 2026 ni, belajarlah untuk hormat diri sendiri:

1. Berhentilah mengejar mereka yang tidak pernah peduli tentang diri kita.

Harga diri bermula apabila kita memilih siapa yang layak berada dalam circle kita.

2. Jangan minta perhatian, bantuan atau perlukan pengiktirafan orang lain.

Nilai diri bukan ditentukan oleh manusia, tetapi oleh hati yang yakin pada Allah.

3. Bercakaplah bila perlu.

Kadang-kadang diam itu lebih mendewasakan dan lebih tinggi hikmahnya.

4. Tegurlah ketidakadilan atau penghinaan dengan cara baik, tetapi tegas.

Diri kita layak diperlakukan dengan penuh hormat.

5. Jangan terlalu bergantung pada sumber orang lain jika mereka tidak berkongsi dengan kita.

Belajarlah berdikari, kerana maruah itu lahir daripada kemampuan menjaga diri.

6. Fokus pada diri dan kebahagiaan kita sendiri.

Bila hati tenang, segala usaha jadi lebih jelas.

7. Jauhkan diri daripada gosip dan percakapan kosong.

Ia memakan masa, jiwa dan pahala kita secara perlahan.

8. Fikir sebelum berkata-kata.

Kata-kata kita adalah cermin nilai diri dan akhlak kita.

9. Jaga penampilan; berpakaianlah sebagaimana kita mahu dihormati.

Penampilan bukan untuk menunjuk, tetapi tanda syukur atas segala nikmat dari Maha Esa.

Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Hormati diri sendiri, baru orang akan hormati kita.

#tarbiyahiman
#reminder
#prayforpalestine

Читать полностью…

Islamic Talk 💡

Diusia 40 masih suka berselfie?

Masih suka tunjukkan kecantikan?

Masih bermekap tebal keluar rumah?

Masih dahagakan pujian manusia?

Entah kenapa tiba2 semua itu hilang kan..

Semua perangai kita masa umur 20,30 tahun

dulu hilang begitu sahaja

Tiba-tiba HP kita dipenuhi gambar anak bukan

lagi gambar selfie diri sendiri,ada tapi xbanyak,

Kalau bukan gambar anak gambar makanan

atau resepi yang kita screenshot

konon nak masak ,

Tiba-tiba kita dah tak kisah

berwajah polos keluar rumah

Tiba-tiba kita dah tak heran

orang panggil kita makcik sekalipun ,

Kita dah tak kisah pasal usia kita,

Kita dah tak sibuk nak jaga muka,

Dia entah kenapa hilang tiba-tiba ,

Kita cuma tiba-tiba nak masuk kelas agama itu

ini Nak belajar mengaji,

Nak belajar fardhu ain, tauhid Nak belajar

semula semua ilmu agama yang kita dah

pernah belajar masa kecil dulu..

Entah kenapa kan tiba-tiba rasa

nak belajar balik semua benda tu..

Alhamdulillah tanda Allah nak suruh

kita siapkan diri dan bersedia

Tanda Allah sayang kita tu..

Alhamdulillah..🌹🌹

Sumber : Jubah Hitam

#tarbiahiman
#tarbiahhati
#prayforpalestine

Читать полностью…

Islamic Talk 💡

Tiada siapa pun nak stay kekal mcm diri dia sekarang. Semua nak jadi makin baik dan makin baik. Nak kepada Allah. Nak makin dekat dengan Allah. Nak buat semua perintah Allah. Nak ikut ajaran dan sunnah Rasulullah.

Yang dah berkelubong litup pon, nak perbaiki akhlak dan peribadi. Yang free hair nak pakai tudung. Yang buka aurat nak tutup aurat. Yang x solat nak solat. Yang solat lewat2 nak solat awal waktu. Yang jarang selawat nak perbanyak selawat. Semua nak hijrah ke arah lebih baik.

Fitrah, ini fitrah manusia. Suka sangat kepada kebaikan walaupun diri masih kekurangan.

Niat dan keinginan dah ada kat situ. Selalu terbit menjelma dalam hati sanubari. Itu tanda panggilan daripada Allah. Dengan seberapa daya sambutlah. Peluang dan ruang bukan selalunya terbuka. Jangan biar berlalu sia-sia.

Jalan mujahadah ni sangatlah berat. Lebih berat drpd besi berjuta tan metrik. Mintalah Allah bantu. Kita kan ada Allah. Sentiasalah bersama Allah. Sentiasa bersama Rasulullah. Kita tak akan mampu menjalaninya sendiri.

Wallahualam.

صلوا على النبي ,
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد ﷺ

#tarbiahiman
#freegaza
#frrepalestine
#prayforrafah
#cnp

Читать полностью…

Islamic Talk 💡

Assalamualaikkum dan Salam Sejahtera.
Dear respondents,

Hi, we are final year students of Bachelor of Entrepreneurship (Commerce) students with honours from University Malaysia Kelantan (UMK). We are currently doing a research survey about the factor affecting University Malaysia Kelantan’s number of graduates unemployed. This survey will take only 5 to 10 minutes. Your answer will be kept strictly confidental and used solely for academic purposes. We greatly appreciate your time, kind cooperation given, and good feedback in answering this questionnaire. Thank you.

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf6VPEpBIJoVQQRKng_lC9BnmJVOBzml6cLvMREsYdGrqG7vw/viewform?usp=sf_link

Thank you for taking the time to answer this survey.

Читать полностью…

Islamic Talk 💡

Mungkin ada yang lupa, semua perempuan adalah pejuang. Berjuang menjadi terbaik daripada kisah silam sendiri.

1. Ada yang berjuang memperelok akhlaknya, imannya dan juga rasa malu dalam dirinya. Hari-hari dia mencari ilmu untuk dijadikan panduan dalam hidup dia. Sungguh-sungguh dia mencari dan beramal.

2. Ada yang berjuang menjadi terbaik disisi orang tersayang. Setiap pagi dia berazam menjadi sesempurna mungkin pada mata yang dia sayang, ada ketika dia juga tercundang, sebab dia juga manusia yang ada kekurangan.

3. Ada yang sedang berjuang menjadi wanita yang digariskan Islam. Tutur katanya sopan, bicaranya kurang. Dia tak kejar apa itu FYP tapi yang dia kejar itu kedudukan dia disisi Ilahi.

4. Ada yang sedang berjuang memujuk hati yang dilukai. Putus cinta itu tak sakit wak, yang sakit itu putus tapi masih cinta. Erm.

Akhirnya kita akan faham,semua wanita adalah pejuang, jangan diremehkan ataupun direndahkan. Didiklah dia dengan agama, kerana dia akan terdidik dengan kelembutan.

Juga berjuang dengan 'cerita sendiri'.

#tarbiahiman
#copypaste

Читать полностью…

Islamic Talk 💡

KELEBIHAN SURAH AL MULK

1. Ada suatu surah dalam Al Quran yang terdiri dari tiga puluh ayat dan dapat memberi syafa’at bagi yang membacanya, sehingga dia diampuni, yaitu: surah Al Mulk. (HR. Tirmidzi, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

2. Surah Al Mulk adalah penghalang dan penyelamat yang menyelamatkan pembacanya dari seksa kubur. (HR. Tirmidzi)

3. Dahulu Nabi tidak tidur malam sebelum baginda SAW membaca surah As Sajdah dan surah Al Mulk. (HR. Tirmidzi)

4. Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, maka Allah akan menghalanginya dari seksa kubur. Para sahabat di masa Rasulullah SAW menamakan surat tersebut “Al Mani’ah” (penghalang dari siksa kubur). (HR. An Nasai)

#tarbiahiman
#share

Читать полностью…

Islamic Talk 💡

Moga tenang di sana anak2 syurga ❤️

Читать полностью…

Islamic Talk 💡

#Semoga bermanfaat semua ❤️
#Kdit kpd penulis asal.

@tarbiyahiman

Читать полностью…

Islamic Talk 💡

“Kami juga ingin hidup seperti kanak-kanak lain… Kami hanya nampak kemusnahan, kami hanya nampak anggota badan ditimpa bawah runtuhan”

Ini antara mesej yang mahu disampaikan oleh seorang kanak-kanak Palestin kepada seluruh dunia.

Benarlah, mereka ini terlampau muda untuk mengalami trauma. Mereka tidak sama seperti kanak-kanak sebaya mereka. Semoga Allah sentiasa melindungi kanak-kanak di sana yang sentiasa menjadi mangsa pembunuhan rejim Zionis.

Читать полностью…

Islamic Talk 💡

Jom sumbang hari ini! Tak kisah berapa pun amaunnya. Yang penting ada sumbangan kita kepada tanah Palestin dan rakyatnya.

Jom!

bit.ly/save-alquds
bit.ly/save-alquds
bit.ly/save-alquds

Sumbangan ke akaun Maybank Save Al-Quds
550511620621

#YourHelpTheirFuture

Читать полностью…

Islamic Talk 💡

Genocide! 2913 kanak-kanak dibom oleh rejim teroris Israel setakat 27 Oktober.

Sumber: Kementerian Kesihatan Gaza

#taufanalaqsa #israhellcuak

Читать полностью…

Islamic Talk 💡

Video yang menyentuh hati

Seorang bapa membacakan ayat suci Al-Quran surah Al-Fatihah demi menenangkan bayinya yang sedang dalam kesakitan disebabkan serangan rejim Zionis Laknatullah.

Allah… sayu rasa hati ni

#TerkiniPalestin

Читать полностью…

Islamic Talk 💡

Duhai anak Palestin
Kami berdosa pada mu
Kami hanya mampu berdoa
Kami hanya mampu membantu mu dari jauh
Wang,makanan dan pakaian.

Namun kami
tak mampu hilangkan kesejukan mu
tak mampu hilangkan kelaparan mu
tak mampu hilangkan kesedihan mu
tak mampu hilangkan kurungan mu
tak mampu membebaskan mu

Moga saatnya akan tiba
Kami yakin dgn janji Rasulullahﷺ


Ya الله Ampuni kami

•walid ibrahim Al malik

#taufanalaqsa #israelcuak

Читать полностью…

Islamic Talk 💡

Bersyukur kalau ada orang menasihati kita tentang agama…

Itu tanda Allah masih sayang.

Jangan cepat terasa,
jangan terus melawan kata…
kerana nasihat itu bukan untuk menjatuhkan,
tapi untuk menyelamatkan.

Hakikatnya, manusia itu hanya asbab.
Yang menggerakkan hati untuk menegur, itu Allah.

Kalau Allah nak biarkan kita,
Dia takkan hantar siapa-siapa pun untuk menegur.

Sebab itu orang beriman,
bila ditegur dia tunduk… bukan memberontak.

Dia sedar,
mungkin itu cara Allah tarik dia kembali.

Jangan nilai siapa yang menasihat,
tapi lihat apa yang dinasihat.

Kerana kebenaran tetap kebenaran,
walau datang dari sesiapa pun.

Semoga kita termasuk orang yang lembut hati bila ditegur…
bukan yang keras bila dinasihati. 🤍

#islamituindah #dakwahitucinta #sayangidiri #JagaAgama

#cnp
#share

Читать полностью…

Islamic Talk 💡

Kita cari difahami, kita cari disayangi,
hingga lupa Allah tak pernah pergi.

Bila manusia mengecewakan,
itu bukan tanda kita gagal,
itu tanda hati perlu kembali.

Tenang itu hadir bila kita serahkan rasa,
luka dan harapan… kepada Pencipta manusia.

Kerana yang memegang hati kita,
bukan manusia. Tapi Allah..

#Hamba #DoakanSaya #SelfReminder
#cnp
@tarbiahiman

Читать полностью…

Islamic Talk 💡

Kadang-kadang Allah datangkan sesuatu yang kita tidak suka, sedangkan di dalamnya ada kebaikan yang kita belum nampak.

Belajarlah untuk tenang.
Belajarlah untuk berkata dalam hati: “Khairan in shaa Allah.”

Kerana orang yang yakin pada Allah akan nampak harapan di sebalik ujian, akan nampak rahmat di sebalik kesedihan,
dan akan nampak jalan keluar di saat semua terasa buntu.

Apa pun yang berlaku hari ini, serahkan kepada Allah dan minta agar ia menjadi kebaikan.

Moga hati kita sentiasa dituntun ke arah yang terbaik. 🤲🏻✨

#dakwah #islam #katakata #reminder #dakwahsunnah #hikmah
#creditToDakwahSunah@tarbiyahIman

Читать полностью…

Islamic Talk 💡

1. Makin kita berumur, solat kita tak boleh lewat.

2. Makin kita berumur solat kita kena buat berjemaah.

3. Makin kita berumur solat kita kena lebih, solat sunat bertambah dan lebih banyak dari tahun yg sebelumnya.

4. Makin kita berumur, solat sunat Qabliyyah jangan tinggal.

5. Makin kita berumur solat sunat Qabliyyah dan Ba'diah zohor buat buat 4 rakaat.

5. Makin kita berumur, buat solat sunat witir sebelum tidur.

6. Makin kita berumur, solat sunat dhuha & tahajjud jangan tinggal.

7. Makin kita berumur, paling tidak khatam AL Quran 2 kali dalam setahun.

8. Makin kita berumur, ambil lah peluang puasa sunat seminggu sehari atau 2 hari.

9. Makin kita berumur, zikir kena banyak.

10. Makin kita berumur selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw kena banyak,
Makin kita berumur, akhlak kita kena jaga.

‎ اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

Kredit: Ust. Shamsuri Hj Ahmad

#Alhamdulillah
#prayforPalestin🍉
#cnp

Читать полностью…

Islamic Talk 💡

Nak dekat Raya ni marilah kita saling ingat mengingatkan:-

Siapakah yang bergelar *Bukan Mahram* yang kita *TIDAK BOLEH* bersalaman:

*A) Jika kita seorang Lelaki:-*

1. Isteri kepada adik beradik bapa
2. Isteri kepada adik beradik emak
3. Adik beradik perempuan bapa mertua
4. Adik beradik perempuan emak mertua
5. Anak perempuan adik beradik isteri
6. Kakak Ipar
7. Adik Ipar perempuan
8. Sepupu perempuan
9. Sepupu Ayah (perempuan)
10. Sepupu Emak (perempuan)

*B) Jika kita seorang Perempuan:-*

1. Suami kepada adik beradik bapa
2. Suami kepada adik beradik emak
3. Adik beradik lelaki bapa mertua
4. Adik beradik lelaki emak mertua
5. Anak lelaki adik beradik suami
6. Abang Ipar
7. Adik Ipar Lelaki
8. Sepupu Lelaki
9. Sepupu Ayah (lelaki)
10. Sepupu Emak (lelaki)

*Ada yang tidak tahu. Dan kadangkala kita terlupa. Nampak macam boleh tetapi sebenarnya TAK BOLEH.*

Jadi sekarang dah tahu...minta minta ler sampaikan pula pada saudara2 & sahabat2 kita.

@tarbiyahiman

Читать полностью…

Islamic Talk 💡

Azam tahun 2024 untuk menjadi wanita berbekal 🤎

Tahun 2023 bakal berakhir.
Alhamdulilah, macam2 yang berlaku dalam tahun 2023.

Action plan saya untuk tahun 2024 ni antara azam yang saya tak pernah terfikir untuk buat semua ni. Alhamdulilah semua ni dah start sekarang, tak perlu tunggu 2024 pun.

Kalau sebelum ni, azam nak kurus. Azam nak saving lebih banyak duit beli itu ini, azam melancong. Azam nak itu ini. Tapi sekarang azam2 seperti ini rupanya lebih jelas dan kita lebih tahu erti kehidupan.

The mindset shifted✅

Jom kita jadi wanita berbekal.
Baiki hubungan dengan Allah, insyaallah akan berlaku perubahan yang lain dalam kehidupan kita.

Ini lebih kepada self reminder. Saya hanya wanita akhir zaman yang bercita-cita untuk menjadi penghuni syurga.

#tarbiahiman

Читать полностью…

Islamic Talk 💡

Semoga bermanfaat 🕊

Читать полностью…

Islamic Talk 💡

Palestine tetap selamanya ❤️

Читать полностью…

Islamic Talk 💡

SALAM JUMAAT!
Letss comment " 🍉❤️"

Tembikai digunakan sebagai simbol 🍉perlawanan bagi Palestine, kerana sejak tahun 1967 bendera Palestin di larang oleh isra*I. maka digunakanlah tembikai sebagai simbol, Kerana perpaduan dari warna yang ada di buah tembikai seperti Bendera Palestina, Merah, Hijau, Putih, Hitam. dan emoji diqunakan untuk menghindari shadow ban sosmed (mungkin ini hanya Al but...It is truly visible how happy they are, and cry remembering the suffering they feel every day)

#freepalestine #stopgenocide #palestinewillbefree #savepalestine

Читать полностью…

Islamic Talk 💡

AKAUN INSTAGRAM UNTUK DIJUAL

Follower: 6.6K
90% Female 10% Male

Harga: RM300
- sesuai untuk business
- sesuai buat content

berminat whatsapp: www.wassap.my/601133636844/nakbeliakauninstagram

Читать полностью…

Islamic Talk 💡

Jika kalian tidak mampu untuk mengakhiri segala ketidakadilan yang berlaku, sekurang-kurangnya sebarkanlah kepada dunia tentang apa yang sedang berlaku.

Sumber: MEO

#IsraelCuak #TaufanalAqsa

Читать полностью…

Islamic Talk 💡

Teruskan berdoa utk saudara kita di sana.. Jgn lupakan mereka..

#taufanalaqsa #israhellcuak

Читать полностью…

Islamic Talk 💡

Nekad BOIKOT semaksima dan selama yang boleh. Yakin usaha ini pasti beri impak kepada kekuatan utama mereka. Saudara kita korban nyawa tiap saat disana, berdarah makin parah, kita hanya perlu korban rasa.

- Ustazah Asma' Harun

Читать полностью…

Islamic Talk 💡

Allahuakbar!! Semangat ini yg kita mahukan.. Berjuang di jalan Allah..

#taufanalaqsa #israelcuak

Читать полностью…

Islamic Talk 💡

Momen ketika seorang doktor menyedari salah seorang mayat yang tiba di hospital merupakan bapanya

Читать полностью…
Subscribe to a channel