islamicwords | Unsorted

Telegram-канал islamicwords - Islamic words 🌱

4213

Because in the end, we realised that all we ever needed was الله 🌈 Since August 2k16

Subscribe to a channel

Islamic words 🌱

" Jangan mengawasi orang lain, jangan mengintai geraknya, jangan membuka aibnya, jangan menyelidikinya, sibuklah dengan diri kalian, perbaiki aib mu, kerana kamu akan ditanya (Allah) tentang dirimu bukan tentang orang lain. "

( Sayyidina Ali bin Abi Thalib r.a )

@tarbiah

Читать полностью…

Islamic words 🌱

When you give someone charity be thankful to them. You may be fixing their Dunya, but they are fixing your Akhirah.

If you don't have anything to give in charity. Smile. Because a smile is also an act of charity. Alhamdulillah, It's beauty of Islam.

Читать полностью…

Islamic words 🌱

A thread from Thaqifiman 👇🏻


Waktu saya duduk didalam pengajian tauhid bersama syeikh ahmad azhary hafizahullah taala.

Seorang pelajar bertanya kepada beliau,

Mengapa umat islam perlu menghadap kaabah ketika solat ?

Bagaimana jika seorang atheis katakan bahawa kita sedang menyembah kaabah?


Syeikh maklum bahawa kita semua ada dalil al-quran yang kukuh untuk menjadikan hujah. Tetapi apabila ia adalah untuk atheis maka ayat al quran bukan la sesuatu yang akan diterima oleh golongan tersebut.

Maka beliau datangkan satu contoh yang boleh difikirkan logik oleh semua golongan.

Tidak kira beragama ataupun atheis.


Syeikh berkata:
"Kamu ingin mengeluarkan duit , maka kamu pergi ke bank.

Setelah sampai di bank kamu menghadap mesin atm dan keluarkan kad lalu mengeluarkan duit. "

"Adakah kamu akan mampu mengeluarkan duit sekiranya kamu membelakangkan mesin atm tersebut ?

Sudah pasti tidak.

Kamu perlu menghadap mesin itu barulah perkara yang kamu inginkan itu terhasil".


Begitu juga dengan solat.
Allah memerintahkan umat islam untuk menghadap kiblat yang satu iaitu kaabah supaya solat dapat ditunaikan dan dihasilkan.

Jawapan yang baik untuk kita jadikan hujjah apabila kita berhadapan dengan golongan atheis suatu masa nanti 😇


@islamicwords

Читать полностью…

Islamic words 🌱

Dari Habib Mundzir bin Fuad Al-Musawa katanya:

"Jika engkau dalam kesedihan, ingatlah bahawa kesedihanmu itu tidaklah abadi.

Dan jika engkau dalam kenikmatan, maka lekaslah sedar bahawa kenikmatanmu itu tidaklah kekal."


@islamicwords

Читать полностью…

Islamic words 🌱

Take your time to heal from whatever it is that has hurt you or caused you grief..

It won’t happen overnight. It’s a process which requires a lot of patience. Seek your strength from the Almighty. Let Him be your Guide and Protector because only He can make you whole again😊


Mufti Menk💫

Читать полностью…

Islamic words 🌱

لقد ذهب وقت اللعب والكسل

وها قد اتى وقت الجد والعزيمة

Telah pergi waktu bermain-main dan bermalas-malasan

Dan inilah dia telah sampai waktu brsungguh-sungguh dan azam

#peringatanbersama
#UHS

@islamicwords

Читать полностью…

Islamic words 🌱

SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apakah boleh kita ucapkan taqabbalallah selepas imam selesai berdoa kerana biasa kita dengar imam-imam di masjid dan surau mengucapkannya dan apakah maksudnya?

JAWAPAN: Maksud ucapan تقبل الله atau تقبل الله منا ومنكم ialah semoga Allah menerima daripada kami dan daripada kamu semua.

Ia adalah suatu lafaz yang mengandungi makna doa yang membawa maksud mengharap yakni selepas berdoa kita sangat mengharapkan agar Allah menerima segala amal dan doa kita.

Berkata Imam Nawawi:

اَنَّ اْلمُصَا فحَة بَعْدَ الصَّلاة وَدُعَاء المُسْلِمِ لآخِيْهِ اْلمُسْلِمِ بِأنْ يَّتقبَلَ الله مِنهُ صَلاتهُ بِقوْلِهِ (تقبَّلَ الله) لاَ يَخفى مَا فِيْهِمَا مِنْ خَيْرٍ كَبِيْرٍ وَزِيَادَةِ تَعَارُفٍ وَتألُفٍ وَسَبَب لِرِبَطِ القلوْبِ وَاِظهَار للْوَحْدَةِ وَالترَابُطِ بَيْنَ اْلمُسْلِمِينْ.

Maksudnya: “Bahawasanya berjabat tangan selepas solat dan berdoa kepada saudara seagamanya dengan bahawa agar Allah menerima darinya akan solatnya dengan ucapannya تقبَّلَ الله itu tiada sunyi pada keduanya dari kebaikkan yang banyak dan mendekatkan lagi serta menambah mesra antara keduanya dan menambatkan bagi hati dan menunjukkan persamaan dan hubungan sesama Muslim." [Kitab Mirqatul Mafatih]

Kesimpulannya ucapan تقبل الله atau تقبل الله منا ومنكم adalah harus diucapkan selesai dari imam membaca doa sebagaimana dalam soalan.

Dan harus juga mengucapkan تقبل الله setiap kali mahu memulai atau selesai melakukan kerja amal ibadah dan kebajikan kerana mengharap Allah menerimanya.

Wallahua’lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@islamicwords

Читать полностью…

Islamic words 🌱

Prayer:

Almighty. At times, I feel I can’t carry on; it’s hard to keep going with such anxious thoughts running through my mind. Grant me peace and a calm heart. Let me surrender my worries, fears and anxieties to you. Grant me guidance and keep me going. Remind me I’m not alone!

Mufti Menk 💫

Читать полностью…

Islamic words 🌱

[SAAT JIWA BERBISIK]

Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata :

كل من حدثته نفسُه بذنبٍ فكرهه ونفاه عن نفسه وتركه لله ؛ إزداد صلاحاً وبِراً وتقوى

"Setiap orang yang jiwanya membisikkan kepadanya untuk berbuat dosa namun kemudian dia membencinya dan berusaha membuang bisikan tersebut dari dirinya lantas meninggalkannya kerana Allah, niscaya akan bertambah kebaikan dan ketakwaannya."

📚 Majmu' Fatawa 10/767

Читать полностью…

Islamic words 🌱

SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apabila meninggal dunia kanak-kanak adakah sunat dibacakan talqin ke atasnya selepas dari menanamnya?

JAWAPAN: Hukum membaca talqin selepas ditanam akan mayat hanya disunatkan ke atas jenazah yang sudah dewasa iaitu orang yang sudah mencapai usia mukallaf.

Arti mukallaf ialah seorang yang sudah memikul segala hukum syarak seperti menunaikan segala kewajipan dan meninggalkan segala larangan agama.

Diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib r.a. Rasulullah SAW bersabda:

رُفِعَ القَلَمُ عَنْ ثَلَاثَةٍ: عَنِ النَّائِمِ حَتَّى يَسْتَيْقِظَ، وَعَنِ الصَّبِيِّ حَتَّى يَشِبَّ، وَعَنِ المَعْتُوهِ حَتَّى يَعْقِلَ

Maksudnya: “Tiga golongan tidak ditulis mengerjakan dosa dan pahala yaitu orang sedang tidur sampai ia terjaga dan kanak-kanak sampai ia baligh dan orang tidak siuman sampai ia siuman.” [Hadis Riwayat Tirmizi dan Ahmad]

Oleh kerana itu tidak sunat ditalqinkan kanak-kanak yang mati kerana kanak-kanak adalah belum dinamakan mukallaf.

Berkata Syeikh Ibnu Hajar:

ويستحب تلقين بالغ عاقل أو مجنون سبق له تكليف

Maksudnya: “Dan disunatkan talqin jenazah yang telah aqil baligh atau orang yang gila yang sudah sempat menjadi mukallaf.” [Kitab At-Tuhfah 'ala Minhaj]

Berkata Syeikh Syarwani:

(قوله بالغ عاقل إلخ) فلا يسن تلقين طفل ولو مراهقا ومجنون لم يتقدمه تكليف لعدم افتتانهما

Maksudnya: “Perkataan yang telah aqil baligh” itu maksudnya tidak disunatkan talqin akan kanak-kanak dan sekalipun sudah hampir baligh dan orang gila yang tidak pernah menjadi mukallaf kerana ketiadaan difitnah akan keduanya (di alam barzakh).” [Kitab Hasyiah Syarwani]

Kesimpulannya talqin selepas ditanam hanya disunatkan ke atas mayat yang sudah baligh manakala kanak-kanak dan orang yang tidak beraqal tidak disunatkan membaca talqin atasnya.

Wallahua’lam

Kredit: @salamuniteforislam

@Islamicwords

Читать полностью…

Islamic words 🌱

Almighty.

Forgive the glance of our eyes, the foul language of our words, the forgetfulness of our minds & the slip of our tongues. Protect us from shame & failure, from Your punishment, anger, wrath & Hellfire. Grant us Your Mercy & the best of both worlds. Aameen!

Mufti Menk ❤️

Читать полностью…

Islamic words 🌱

عينان لا تمسَّهما النارُ أبدًا : عينٌ بكت من خشيةِ اللهِ ، و عينٌ باتت تحرسُ في سبيلِ اللهِ

"Dua mata yang tidak akan tersentuh api neraka selama-lamanya. Mata yang menangis karena takut kepada Allah dan mata yang terjaga di jalan Allah".

Читать полностью…

Islamic words 🌱

Sometimes Allah doesn't just open closed doors, he also opens doors, which have never exist. Rely on Allah & HE will give you, what you need.

@islamicwords

Читать полностью…

Islamic words 🌱

SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Saya menghadapi dilema antara ibu kandung dengan ibu mertua saya. Selalu terjadi ibu kandung saya menyuruh saya melakukan suatu perkara tetapi dalam masa yang sama ibu mertua pula melarang saya melakukannya. Sudah banyak kali hal ini terjadi kepada diri saya.

JAWAPAN: Dalam hal ketaatan hendaklah diutamakan ibu kandung dahulu kemudian bapa kemudian barulah keluarga yang dekat kemudian keluarga yang jauh.

Diriwayatkan dari Miqdad bin Ma’di Kariba r.a. dari Nabi SAW bersabda:

إنَّ اللَّهَ يوصيكم بأمَّهاتِكم ثلاثًا إنَّ اللَّهَ يوصيكم بآبائِكم إنَّ اللَّهَ يوصيكم بالأقربِ فالأقرب

Maksudnya: ''Sungguhnya Allah berpesan kepada kamu sekelian dengan segala ibu kamu sebanyak tiga kali. Dan sungguhnya Allah berpesan kepada kamu sekelian dengan segala bapa kamu kemudian keluarga yang hampir dan kemudian keluarga yang hampir.” [Hadis Riwayat Abu Daud]

Dan berkata Imam Nawawi: Telah berkata ashab kami:

يستحب أن تقدم الأم في البر ثم الأب ثم الأولاد ثم الأجداد والجدات ثم الأخوة والأخوات ثم سائر المحارم من ذوي الأرحام كالأعمام والعمات والأخوال والخالات ويقدم الأقرب فالأقرب ويقدم من أدلى بأبوين على من أدلى بأحدهما ثم بذي بذي الرحم غير المحرم كابن العم وبنته وأولاد الأخوال والخالات وغيرهم ثم بالمصاهرة

Maksudnya: “Didulukan akan ibu pada membuat kebajikan kemudian bapa kemudian anak-anak kemudian datuk dan nenek kemudian adik beradik kemudian sekelian mahram seperti bapa saudara dan ibu saudara dari kedua belah pihak. Dan didulukan yang dekat kemudian yang lebih dekat dan kemudian orang yang ada hubungan dengan keduanya kemudian yang ada hubungan dengan salah seorangnya kemudian sanak saudara yang jauh yang bukan mahram seperti sepupu lelaki dan sepupu perempuan kemudian amak-anak kepada bapa saudara dan ibu saudara dari ibu yang lain dan lain dari mereka itu kemudian mertua.” [Kitab Syarah Sahih Muslim]

Kesimpulannnya hendaklah puan mendahulukan taat kepada ibu kandung berbanding ibu mertua. Dalam masa yang sama hendaklah muliakan dan hormat kepada ibu mertua kerana ia adalah ibu kepada suami puan.

Wallahua’lam

Kredit: @salamuniteforislam

@islamicwords

Читать полностью…

Islamic words 🌱

I just realised marriage is one of the most powerful forms of da'wah & the longest form of ibadah. How u treat ur spouse can be ur "silent" Da'wah, and how u serve ur spouse can be an ongoing Ibadah. This is why Rasulullah SAW said, “Whoever marries has achieved 1/2 of his Deen.”

Aida Azlin 🌷

Читать полностью…

Islamic words 🌱

Hidup tak sentiasa indah, tak sentiasa seperti apa yang di mahukan, tapi Allah lebih mengetahui semua yang berlaku. Pecaya Allah. Let He do what best for you.

Semoga aku, kau sentiasa tabah menghadapi semua liku liku kehidupan ini. InshaAllah. Aamiin.

Читать полностью…

Islamic words 🌱

Hari Jumaat penuh berkat!

Moga Allah Swt ampunkan dosa dan kesalahan kita semua,

Dilapangkan pintu rezeki seluas luas nya buat kita,

Semoga kita dapat menikmati Husnul Khatimah.

Bahagiakan insan, nescaya akan dimuliakan Tuhan.


[ PU Amin ]


@islamicwords

Читать полностью…

Islamic words 🌱

Jika Allah mengabulkan doaku..
Maka aku berbahagia!

Tetapi..

Jika Allah tidak mengabulkan doaku..
Maka aku lebih berbahagia!


Kerana yang pertama adalah pilihanku,

Sedangkan yang kedua adalah PILIHAN-NYA.
❤️

[Ali bin Abi Thalib]


@islamicwords

Читать полностью…

Islamic words 🌱

Do'a Hari Ini 🥀

اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي فِي عَيْنِيْ صَغِيرًا،
وَفُي أَعْيُنِ النَّاسِ كَبِيرًا،

اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي صَبُوْرًا شَكُورًا،
اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي خَيْرًا مِمَّا يَظُنُّونَ.

Allahummaj 'alni fi 'aini soghiro,
Wa fi a'yunin naasi kabiro,
Allahummaj 'alni soburon shakuro,
Allahummaj 'alni khoiron mimma yazunnun.

Ertinya:
"Ya Allah, jadikan aku pada pandanganku kecil saja, namun biarlah di sisi manusia boleh menjadi tauladan yang baik,

Ya Allah, jadikanlah aku seorang yang penyabar dan sangat bersyukur,
Ya Allah, jadikanlah aku lebih baik dari apa yang mereka sangkakan."


@islamicwords

Читать полностью…

Islamic words 🌱

If Allah can turn night into day, then surely Allah can turn the darkness of your life into happiness and prosperity. Trust in Allah! ✨❤️

Читать полностью…

Islamic words 🌱

Tiga perkara perlu dirahsiakan daripada orang:

1. Harta (kerana setiap nikmat adanya hasad)

2. Keluarga (terdedah kepada penyakit ʿain)

3. Umur (menjauhi nilaian manusia: Jika muda, anda diperkecilkan. Jika tua, anda mungkin diperbodohkan)

Source:
Twitter @ghasaq__

Читать полностью…

Islamic words 🌱

Keutamaan Orang BERSELAWAT 🌱

عن عبد الله بن مسعود قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إن أَوْلَى النَّاسِ بِي يَوْمَ القِيامَةِ أكثرُ الناسِ عَلَيَّ صَلاةً.

Daripada Abdullah Bin Mas'ud berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang paling 'Aula' (Utama) bersamaku di hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.

(HR At-Tabrani No.9679) Hadis Sohih

#SalamJumaat ✨
@islamicwords

Читать полностью…

Islamic words 🌱

If ONLY we remember how short this life is, and how soon we will be a memory for all, we'd be more forgiving, and less likely to hold grudges 🥀

Dr. Bilal Philips.

Читать полностью…

Islamic words 🌱

If today you are facing hard times, Have faith and pray for a better tomorrow. Miracles do happen when you seek guidance from Allah.
#Drbilalphilips
@islamicwords

Читать полностью…

Islamic words 🌱

SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Saya ingin bertanyakan soalan tentang masjid. Bolehkah letakkan gambar-gambar imam dan bilal dan ahli jawatankuasa masjid di dinding masjid sebab ada yang mengatakan haram?

JAWAPAN: Sebarang gambar tidak boleh diletakkan di dinding sebelah dalam masjid yakni pada ruang yang digunakan untuk solat. Hukumnya adalah makruh kerana mengganggu penglihatan orang yang bersolat di dalamnya.

Tetapi jika diletakkan diluar masjid atau ruang yang bukan disediakan untuk solat seperti gambar ahli jawatankuasa dan imam yang bertugas seperti carta organisasi atau gambar yang ada pada iklan ceramah sebagai pemberitahuan maka hukumnya diharuskan dengan tujuan pengenalan untuk kemudahan orang awam berurusan.

Berkata Imam Nawawi:

حائط المسجد من داخله وخارجه له حكم المسجدفي وجوب صيانته وتعظيم حرماته

Maksudnya: “Dinding masjid adalah sama hukumnya dengan masjid samada sebelah dalam atau sebelah luarnya yang wajib dipelihara akan kemuliaannya dan membesarkan kehurmatannya.” [Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab]

Tersebut pada kitab Bughyatul Murtassyidin:

ويكره تعليق الاوراق المنقوش فيها صورة الحرمين وما فيهما من المشاعرة المسماة بالعمر في ا لمسجد للتشويش علي المصلين وغيرهم وبكراهة الصلاة الي ما يلهي لانه يخل بالخشوع وقد صرحوا بكراهة نقش المسجد وهذا منه

Maksudnya: “Dan dimakruhkan menggantung gambar yang dipahat pada pada masjid yang ada padanya gambaran dua tanah haram dan apa yang terkandung ungkapan dan perkataan-perkataan di dalam masjid kerana mengganggu atas orang yang solat dan lain dari mereka itu dengan sebab makruh solat mengadap suatu yang melalaikan kerana ia mencederakan khusyuk. Dan sungguhnya telah menjelaskan oleh ulamak dengan makruhnya membuat tulisan pada masjid dan meletakkan gambar ini setengah daripadanya.”

Wallahua’lam

Kredit: @salamuniteforislam

@islamicwords

Читать полностью…

Islamic words 🌱

SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Saya ingin tahu adakah sah dalam masa sembelih binatang kalau kita sembelih sampai pututs kepala?

JAWAPAN: Disunatkan ketika menyembelih haiwan supaya menjaga adab-adab sembelih yang antaranya tidak menyembelih haiwan sehingga putus kepalanya kerana yang demikian itu adalah berlebih-lebihan dan kurang manis dipandang.

Rasulullah SAW bersabda:

وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ

Maksudnya: “Dan apabila kamu hendak menyembelih maka elokkanlah cara kamu menyembelih.” [Hadis Riwayat Muslim]

Sembelih sampai putus kepala haiwan itu makruh hukumnya tetapi para ulama memutuskan bahawa sembelihan itu adalah sah dan halal dimakan.

Telah menyebut olih Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar:

أنَّ جَزَّارَا لِأَنَس ذَبَحَ دَجَاجَةً فاضطَرَبَتْ فذبحهَا مِنْ قَفَاهَا فأطَارَ رَأسها فأرادُوا طرحَها فأمَرهُمْ أنس بأكلها

Maksudnya: “Bahawasanya seorang tukang sembelih bagi Anas bin Malik r.a. telah menyembelih seekor ayam lalu ayam itu menggelepar. Lalu disembelih pada tengkuknya dan terpelanting kepalanya. Mereka ingin membuang ayam itu kemudian Anas menyuruh mereka memakannya.” [Fathul Baari Syarah Sahih Bukhari]

Imam Ibnu Qudamah menyebut:

فإن أحمد سئل عن رجل ذبح دجاجة فأبان رأسها، قال: يأكلها. قيل له: والذي بان منها أيضا؟ قال: نعم.

Maksudnya: “Sungguhnya Imam Ahmad ditanya berkenaan seorang yang menyembelih ayam sampai putus kepalanya. Jawab Imam Ahmad: Harus memakannya. Ditanya akan Imam Ahmad : Bahagian yang terpisah itu? Jawab Imam Ahmad: Ya, Boleh.” [Mughni Ibnu Qudamah]

Berkata Imam Al-Muzani telah berkata Imam Syafie:

فَإِذَا ذَبَحَهَا فَقَطَعَ رَأْسَهَا فَهِيَ ذَكِيَّةٌ

Maksudnya: “Maka jika seorang itu menyembelih sampai putus kepalanya maka ialah sembelihan yang halal.” [Kitab Mukhtasar Muzani]

Kesimpulannya makruh sengaja menyembelih haiwan sampai putus kepalanya melainkan jika tidak sengaja.

Sembelih yang memutuskan kepala adalah sah dan halal dimakan.

Wallahua’lam

Kredit: @salamuniteforislam

@islamicwords

Читать полностью…

Islamic words 🌱

Four things DEFINE you.

You patience when you have nothing, Your attitude when you have everything, Your faith when you are being tested and Your response when you are being wrongly accused.

- Firdaus Wong 💫

Читать полностью…

Islamic words 🌱

SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Saya pernah mendengar orang-orang tua apabila mereka balik dari berjalan dibaca akan ayat Kursi ketika masuk ke dalam rumah.

Bolehkah kita amalkan membaca ayat Kursi sebelum masuk rumah atau ia hanya amalan orang-orang tua?

JAWAPAN: Amalan membaca ayat Kursi ketika masuk ke dalam rumah ini ialah dari amalan sahabat Nabi SAW.

Meriwayatkan oleh Abu Ya’la katanya:

حَدَّثَنَا حُسَيْنُ بْنُ عَلِيٍّ ، عَنْ زَائِدَةَ ، عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ رُفَيْعٍ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُبَيْدِ بْنِ عُمَيْرٍ قَالَ : كَانَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَوْفٍ إِذَا دَخَلَ مَنْزِلَهُ قَرَأَ فِي زَوَايَاهُ آيَةَ الْكُرْسِيِّ

Maksudnya: “Telah menceritakan kepada kami olih Husain bin Ali dari Zaidah dari Abdul Azizi bin Rufai’ dari Abdullah bin ‘Ubaid bin ‘Umair berkata:

Adalah Abdul Rahman bin ‘Auf r.a. apabila masuk ke rumahnya dia membaca ayat Kursi pada penjuru-penjuru rumahnya.” [Hadis Riwayat Abu Ya’la]

Oleh itu harus kita amalkan membaca ayat Kursi ketika masuk ke dalam rumah bahkan sebarang mana ayat daripada Al-Quran yang mahu kita baca adalah diperbolehkan kerana semua ayat dalam Quran boleh dibaca tanpa ada sebarang halangan melainkan datang nas yang melarang membacanya pada waktu atau tempat tertentu.

Wallahua’lam

Kredit: @salamuniteforislam

@islamicwords

Читать полностью…

Islamic words 🌱

SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Pengantin perempuan tidak rapat hubungannya dengan bapa kandungnya kerana ibu bapanya telah berpisah dan pengantin perempuan itu tidak duduk bersama bapa kandungnya itu.

Bolehkah dia bernikah menggunakan adik-beradiknya sebagai wali?

Bagaimana pula kalau semua wali yang ada tidak mahu menjadi wali kerana pelbagai alasan?

JAWAPAN: Wali adalah salah satu dari rukun nikah yang lima maka tidak sah nikah jika tidak menggunakan wali.

Wali itu ada urutan tertib mengikut susunannya iaitu wajib didahulukan wali bapa kandung kemudian jika tidak ada maka datuk sebelah bapa kemudian adik-beradik kemudian anak saudara sebelah adik beradik lelaki kemudian bapa saudara sebelah bapa dan seterusnya.

Maka berbalik kepada soalan pernikahan menggunakan adik-beradik sebagai wali sedangkan bapa kandungnya ada maka nikah tersebut tidak sah jika tidak mendapat izin dari bapanya kerana tidak mengikut tertib.

Berkata Imam Ibnu Qudamah:

إذا زوجها الولي الأبعد، مع حضور الولي الأقرب، فأجابته إلى تزويجها من غير إذنه، لم يصح

Maksudnya: “Apabila wali yang jauh menikahkan perempuan itu pada hal ada wali yang dekat dan perempuan itu menerima wali yang jauh itu untuk mengahwinkannya sedangkan wali yang dekat tidak memberi izin maka tidak sah nikah tersebut. Inilah pendapat Imam Syafie.” [Kitab Al-Mughni]

Dan untuk soalan kedua iaitu semua wali yang ada tidak mahu menjadi wali pernikahannya maka pengantin perempuan boleh menggunakan wali hakim seperti juru nikah yang disediakan oleh pihak pemerintah.

Tersebut pada kitab Al-Fiqh ‘ala Mazahib Al-Arba’ah:

والحاكم يزوجها بإذنها ورضاها بعد أن يثبت عنده خلوها من الموانع وأن لا ولي لها أو لها ولي منعها من الزواج أو غاب عنها غيبة بعيد

Maksudnya: “Dan wali hakim akan menikahkannya dengan izin dan redhanya selepas sabit tidak ada halangan dan tidak wujud wali atau wali ada tetapi enggan menikahkannya atau wali berada ditempat yang jauh.”

Wallahua’lam

Kredit: @salamuniteforislam

@islamicwords

Читать полностью…

Islamic words 🌱

Jangan sesekali memilih melakukan sesuatu kerana ianya mudah tetapi didiklah diri untuk melakukan sesuatu kerana ianya adalah perkara yang betul untuk dilakukan.

Buat apa yang betul walaupun sukar & jangan buat sesuatu yang salah kerana ianya mudah.

Читать полностью…
Subscribe to a channel