Anggota polis dikhuatiri lemas ketika mandi di tali air
22 Disember 2024, 7:06pm
PASIR SALAK: Seorang anggota polis dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi-manda di tali air di Changkat Lada, Kampung Gajah, di sini, hari ini.
Mangsa lelaki berusia 39 tahun yang bertugas di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Melaka dikatakan keletihan dan cuba ke tebing, bagaimanapun dia dihanyutkan arus deras.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, seramai 12 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan 2.47 petang.
“Berdasarkan maklumat diperoleh, mangsa dilaporkan dihanyutkan arus deras ketika melakukan aktiviti mandi-manda bersama rakannya di tali air yang berkedalaman empat meter.
“Operasi mencari giat dilakukan dengan anggota bomba membuat pencarian menyusuri tebing di sepanjang tali air,” katanya
Menurutnya, operasi berkenaan turut dibantu pasukan penyelamat di air (PPDA) dari BBP Teluk Intan.
Artikel Buletin Tv3
#infosemasa
@infosemasaofficial
INFO KEMALANGAN (E1 : LEBUHRAYA UTARA SELATAN-PLUS)
7.15pm🔸PLUS@E1 : ⚠ AWAS! Kemalangan di KM 366.5 arah Selatan dari Sungkai ke Slim River. Lorong kiri terhalang. Trafik perlahan.
Sila awasi jarak selamat kenderaan anda.
#LLM
#infosemasa
@infosemasaofficial
Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh Jambatan Tunku Abdul Rahman
SEBERANG PERAI – Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh di Sungai Perai dari Jambatan Tunku Abdul Rahman, Jalan Chain Ferry, Butterworth, di sini pagi tadi.
Lelaki tempatan berusia 60-an itu dikatakan kali terakhir dilihat memakai kemeja-T belang putih dan berseluar pendek, kira-kira pukul 9.34 pagi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth, Khairul Nizam Abu Hassan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian berlaku pada pukul 10.08 pagi dan kemudiannya ke lokasi dengan kekuatan jentera seramai 10 orang.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan sehingga petang ini dengan menggunakan kaedah pencarian ‘surface searching’ menggunakan ‘grappling iron’ disebabkan arus sungai yang deras dan surut.
“Kami menggunakan dua buah bot penyelamat dibantu Pasukan Polis Marin dan juga Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya kepada Kosmo! di sini, tadi.
Mana-mana individu yang mempunyai masalah kemurungan atau menghadapi tekanan boleh menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) di 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999. –
ARTIKEL KOSMO! ONLINE
#infosemasa
@infosemasaofficial
𝗔𝗦𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠𝗨𝗔𝗟𝗔𝗜𝗞𝗨𝗠, 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔, 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗢𝗠𝗕𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔, 𝗕𝗘𝗥𝗣𝗥𝗘𝗦𝗧𝗔𝗦𝗜 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜, 𝗖𝗘𝗣𝗔𝗧 & 𝗠𝗘𝗦𝗥𝗔.
𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑰𝒏𝒔𝒑𝒊𝒓𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏 & 𝑬𝒙𝒄𝒆𝒍𝒍𝒆𝒏𝒄𝒆
𝗧𝗔𝗥𝗜𝗞𝗛 : 22 DISEMBER 2024
𝗠𝗔𝗦𝗔 : 1628 HINGGA SELESAI
𝗣𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 : ALPHA
AKTIVITI:
- LIF TERHENTI DI FLAT PDC BAYAN BARU
𝗦𝗲𝗸𝗶𝗮𝗻, 𝗧𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗞𝗮𝘀𝗶𝗵.
“𝙏𝙤𝙜𝙚𝙩𝙝𝙚𝙧 𝙒𝙚 𝙎𝙖𝙫𝙚 𝙇𝙞𝙫𝙚𝙨”
Bahagian Operasi JBPM Penang
#BBPBayanBaru
#ExcellentEveryDay
#infosemasa
@infosemasaofficial
Helikopter terhempas di hospital, empat maut
Mugla, Turkiye: Sebuah helikopter terhempas dekat hospital di wilayah Mugla, barat daya Turkiye, mengorbankan empat orang, menurut Gabenor wilayah itu, Idris Akbiyik.
Dua juruterbang, seorang doktor dan seorang petugas kesihatan maut apabila helikopter yang dinaiki terhempas di bangunan Hospital Latihan dan Penyelidikan di daerah Mentese, Mugla, lapor Agensi Anadolu.
Pasukan bomba, petugas kesihatan, polis serta Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD) dikerahkan ke lokasi kejadian.
Akbiyik berkata punca nahas sedang disiasat.
Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan mengesahkan bahawa tiada kerosakan di dalam hospital berkenaan.
Disiarkan pada: Disember 22, 2024 @ 6:46pm
Bernama-AA
Artikel ➡️ BERNAMA
#infosemasa
@infosemasaofficial
SABAH 22/12/2024
Kemalangan maut membabitkan pemandu kereta di Jalan Iramanis Kota Kinabalu, malam ini.
Kredit ➡️ INFO X
#infosemasa
@infosemasaofficial
Indonesia umum pembubaran Jemaah Islamiyah di Solo
Jakarta: Badan Nasional Antikeganasan (BNPT) Indonesia dan Pasukan Khusus 88 Antipengganas (Densus 88) Polis mengadakan deklarasi pembubaran Jemaah Islamiyah (JI) di Solo, Jawa Tengah pada Sabtu (21 Disember).
Acara itu menandakan aktiviti ke-45 dan terakhir dalam siri program serupa yang diadakan di seluruh negara, kata Pesuruhjaya Jeneral Polis BNPT, Eddy Hartono dalam satu kenyataan.
Bekas anggota JI turut mengangkat Sumpah Taat Setia kepada perpaduan Indonesia sebagai sebahagian daripada usaha mengukuhkan prinsip teras negara seperti Pancasila, demokrasi, dan hak asasi manusia.
Eddy menekankan kepentingan sokongan berterusan kepada bekas anggota JI, termasuk bimbingan, latihan dan aktiviti seperti wawasan kebangsaan dan keusahawanan.
"Ini akan membolehkan mereka hidup aman dan harmoni dalam masyarakat kita yang berbilang budaya," katanya semasa acara yang diadakan di Dewan Konvensyen, Terminal Tirtonadi.
Ketua Polis Indonesia, Jeneral Listyo Sigit Prabowo mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam menerima bekas anggota JI, sambil menegaskan kepentingan pendekatan lembut dalam program seumpama itu.
Deklarasi itu turut disambut baik oleh bekas anggota JI, Siswanto yang menyeru semua tindakan ekstremis dihentikan.
Siswanto menjelaskan bahawa proses ini, yang bermula dengan deklarasi pertama pada 30 Jun 2024, kini mencapai aktiviti ke-45, dan berharap ia menjadi langkah terakhir ke arah integrasi penuh dengan negara dan masyarakat, sekali gus menghapuskan ekstremisme.
"Kami juga berharap mereka yang masih di luar sana akan segera menyedari keperluan untuk bergabung dengan kami," katanya.
JI, yang ditubuhkan pada awal 1990-an dengan matlamat mewujudkan 'negara Islam' di Asia Tenggara, terkenal kerana terbabit dalam insiden pengeboman maut di Bali pada 12 Oktober 2002.
Disiarkan pada: Disember 22, 2024 @ 3:55pm
Kredit ➡️ BERNAMA
#infosemasa
@infosemasaofficial
Movie title:SQUID GAME SEASON 2
Meletopppp!!!👍🔥🔥🔥
100/100
gempakk sioottt
Dah Tak Lama Dah Nak Keluar‼️‼️
DENGAR CERITA NETFLIX DAH MAHAL SEKARANG‼️ KAMI AD OFFER PALING TERBAIK DI MARKET‼️
Pemenang Squid Game musim pertama, Seong Gi Hun, awalnya akan meninggalkan Korea Selatan dan berangkat ke Amerika Serikat. Namun, keberangkatannya ia batalkan setelah mendapatkan pesan ancaman yang mengatakan bahwa seseorang akan terus mencarinya.
Tanpa berpikir panjang, ia langsung membatalkan keberangkatannya tersebut. Gi Hun dengan ekspresi geramnya pun bertekad untuk mengungkapkan ke publik tentang betapa gilanya permainan itu.
Dengan demikian, ia kembali mengikuti permainan mematikan itu di musim kedua bersama ratusan orang lainnya yang sedang frustasi karena mengalami kesulitan finansial. Ketika memasuki arena permainan, 456 pemain disambut oleh penjaga berseragam pink yang bertopeng.
Berminat nk langgan NETFLIX, PRIME VIDEO , IPTV dan DISNEY HOTSTAR‼️
( IG DAN TIKTOK FOLLOWER JUGA ADA )💥💥contact admin
✅ akaun original
✅ private pin
❌no hack
💯Trusted‼️‼️
BANTERAS HACK ID, KAMI BAGI ORIGINAL ID💯‼️
Join telegram group 👇🏻
Dengan REAL TESTIMONI💥💥
/channel/netflixmurahmalaysiarm8
Cepat 💨 pm admin untk dptkan offer Untuk Layan Movie🔥🔥🔥
https://wa.link/m2oz8v
JOHOR 22/12/2024.
Kemalangan atas Jambatan Permas Jaya ke Bakar Batu, Johor Bahru petang tadi.
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
NAK SUAMI HADIAHKAN EMAS? TAG SUAMI!!
Untung kan bila ada emas?
Beli harga RM13,000. Kalau jual sekarang, nilainya dah hampir RM38,000.
Tak perlu buat apa apa, cuma peram sahaja tiba tiba untung RM25,000!
Tapi ramai takut nak simpan emas sebab rasa emas mahal.
Tapi tahu tak, dengan akaun GAP Public Gold, tak perlu ada ribu ribu baru boleh beli emas..
RM100 pun da boleh beli emas.
Kelebihan kalau simpan emas melalui akaun GAP ni :
📌 Simpanan emas patuh syariah.
📌 Tiada komitmen bulanan, beli bila bila kita nak.
📌 Bila simpanan gram emas kita cukup, boleh keluarkan emas fizikal dari 1gram sampai 1kg bila bila masa.
📌 Kalau takut emas hilang, Public Gold akan simpankan secara percuma, takde upah atau caj simpanan.
Mudah kan?
Sekarang, tak kisah kerja apa, yang dah bertahun kerja takde simpanan atau siapa yang nak gandakan simpanan, semua dah boleh menabung emas!
Nak mulakan simpanan emas?
Boleh whatsapp Puan Ciwa
http://www.wasap.my/60179034036/infosemasa
Kalau nak faham lebih jelas, baca story highlight dekat IG dia
https://www.instagram.com/ciwa_mua/
Ataupun follow telegram dia /channel/elmuemas
SERVICE NAIKKAN FOLLOWERS , VIEW & LIKE DI TIKTOK 🫶🏻
3k view + 300 like
— rm 10 sahaja
20k view + 500 like
— rm 15 sahaja
50k view + 1k like
— rm 20 sahaja
80k view + 2k like
— rm 35 sahaja
250k view + 5k like
— rm 100 sahaja
800k view + 8k like
— rm 150 sahaja
FOLLOWERS 👇🏻
500 followers rm 25
1000 followers rm 30
2000 followers rm 55
3000 followers rm 80
5000 followers rm 100
10k followers rm 200
feedback @boostsocmedmurah
feedback @boostsocmedmurah
https://wa.me/60182242808?text=nakbeliservicetiktok
*Anggota polis dikhuatiri lemas mandi ban Changkat Lada, sempat 'reunion' main bola sepak*
SATU insiden mendebarkan menimpa penduduk sekitar Parit Besar, Teluk Intan, Perak apabila seorang anggota polis dikhuatiri lemas setelah bermandi-manda di sebuah tali air sekitar kawasan berkenaan.
Berdasarkan maklumat orang ramai yang diterima, mangsa sebelum itu bersama rakan-rakannya terlibat dalam satu acara perjumpaan semula (reunion) dengan mereka mengadakan pertandingan bola sepak sosial.
Selepas pasukannya tersingkir, mangsa menuju ke arah pintu gerbang Felcra Changkat Lada, Kampung Gajah, Perak untuk bermandi-manda, namun tidak dapat dipastikan sama ada dia pergi seorang diri atau beramai-ramai.
Namun, insiden menimpa apabila dia dilaporkan tidak timbul ke permukaan air selepas terjun ke dalam parit berkenaan dengan rakaman orang ramai memaparkan kedudukan air tinggi namun aliran tidak begitu deras.
Video pendek itu turut memaparkan pihak polis dan bomba sudah berada di lokasi kejadian dengan penduduk sekitar juga sudah mengerumuni kawasan tersebut dengan harapan dapat menemukan mangsa.
Sementara itu, difahamkan mangsa yang berkhidmat sebagai anggota polis di Melaka pulang ke kampung halamannya di Changkat Lada untuk bercuti.
Setakat ini, masih tiada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung kes berkenaan, namun ia sudah menerima perhatian pengguna media sosial yang mengharapkan mangsa dapat ditemui segera. —
Artikel Majoriti
#infosemasa
@infosemasaofficial
Mangsa kemalangan maut di Jalan Song-Temalat disahkan sebagai Ronny Badu
SONG: Identiti mangsa kemalangan maut di Jalan Song-Temalat awal pagi tadi telah disahkan sebagai Ronny Badu, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang beralamat di Rumah Serit, Sungai Setapang, Takan, Song.
Pemangku Sementara Ketua Polis Daerah Song Asisten Komisioner Polis (ASP) Bali Jelian berkata, identiti mangsa dikenal pasti oleh ahli keluarganya berdasarkan motosikal yang ditemui di lokasi kejadian.
"Kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi apabila motosikal yang ditunggangi mangsa bertembung dengan sebuah lori yang dalam perjalanan dari Kapit ke Sibu.
"Mangsa, yang datang dari arah bertentangan menuju ke Song, dipercayai memasuki laluan lori akibat jalan yang licin disebabkan hujan," katanya ketika dihubungi.
Menurut Bali, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Sementara itu, pemandu lori, seorang lelaki berusia 25 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Polis sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Oleh Andy Sabang
Artikel ➡️ Utusan Borneo Online
#infosemasa
@infosemasaofficial
Warga asing patah kaki ketika cuba selamatkan diri dari kebakaran
Mary Victoria Dass
am@hmetro.com.my
Kulai: Dua warga asing cedera apabila tiga unit rumah kedai di Pekan Senai, dekat sini, terbakar, hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor berkata, seorang mangsa patah kaki ketika menyelamatkan diri manakala seorang lagi belum diketahui jenis kecederaan.
Katanya, kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai bagi mendapatkan rawatan.
Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 9.38 pagi.
Seramai 42 anggota diketuai dikerah ke lokasi kejadian
"Kebakaran menyebabkan tiga unit kedai itu musnah 90 peratus, manakala dua mangsa cedera.
"Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Disiarkan pada: Disember 22, 2024 @ 3:43pm
Artikel Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
Lanskap baru Dataran Keningau yang hampir siap.
Sikit masa saja lagi boleh sudah pusing2 sana jalan
kaki, jogging, bersenam, aktiviti riadah & berehat santai 😁
#keningauCity
#infosemasa
@infosemasaofficial
Sesak lebih lima kilometer dari Ipoh ke Terowong Menora akibat kemalangan
Bernama
22/12/2024 22:45 MYT
IPOH: Kemalangan melibatkan sebuah lori tangki dan tiga buah kenderaan di Kilometer (KM) 264.4 (arah utara) Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dari Ipoh ke Terowong Menora menyebabkan aliran trafik sesak lebih lima kilometer hari ini.
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerusi hantaran di laman sosial X menggunakan akaun @plustrafik memaklumkan kemalangan pada 5.52 petang itu menyebabkan kesemua lorong menghala ke utara terhalang dan aliran trafik tidak bergerak.
PLUS turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya mematuhi arahan pengawal atau papan tanda trafik di lokasi, selain menggunakan laluan alternatif.
Pastikan semua langkah berjaga-jaga diambil dan semoga selamat sampai ke destinasi," menurut kenyataan itu.
Menurut PLUS, aliran trafik terhenti sepanjang 6.5 km akibat kerja-kerja pengalihan yang dijalankan setakat 7.20 malam.
Bagaimanapun, PLUS memaklumkan insiden berkenaan berjaya diselesaikan pada 7.35 malam dengan semua lorong telah dibuka manakala aliran trafik masih perlahan.
--
ARTIKEL BERNAMA
#infosemasa
@infosemasaofficial
Mayat lelaki tanpa pengenalan diri ditemukan di Kuala Kangsar
22 Disember 2024, 10:39pm
IPOH: Mayat seorang lelaki tanpa pengenalan diri ditemukan orang awam di Sungai Kampung Punti, Padang Ampang dekat Kuala Kangsar hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Heisham Harun berkata pemeriksaan terhadap tubuh badan mangsa didapati tidak menunjukkan kesan kecederaan lain secara fizikal, yang boleh menjerumuskan kepada unsur-unsur jenayah.
Beliau berkata laporan polis berkenaan insiden itu diterima kira-kira 11 pagi tadi.
“Mayat lelaki itu telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan, malam ini.
Heisham berkata pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kes itu boleh menghubungi Ketua Polis Balai Kuala Kangsar Insp Wan Mohd Zakirudin Arifin di talian 013-3669469 atau 05-7762222. –
ARTIKEL BERNAMA
#infosemasa
@infosemasaofficial
Isteri maut, suami dan dua anak cedera
KOTA KINABALU: Seorang wanita maut manakala suami dan dua anaknya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di Iramanis, Jalan Lintas, di sini, malam ini.
Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa Sarimah Januil, 58, penumpang hadapan kereta jenis Honda Accord meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak keluar kira-kira 50 meter dari kereta dipandu suaminya.
Suami mangsa berusia 61 tahun dan dua anak lelaki mereka berusia 15 dan 23 tahun turut cedera.
Difahamkan, kereta Honda Accord dipercayai bergesel dengan sebuah kereta jenis Perodua Azla sebelum terbabas lalu terjatuh ke dalam parit.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Agustavia Joe Guasi berkata, kemalangan membabitkan dua kereta jenis Honda Accord dan Perodua Alza.
“Terdapat empat mangsa di dalam Honda Accord, tiga mangsa cedera manakala seorang mangsa disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, tiga lagi mangsa yang cedera dihantar ke hospital menggunakan ambulans dan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan lanjut.
“Dua mangsa di dalam kereta Perodua Alza tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Selepas memastikan tiada lagi bahaya lain, operasi ditamatkan pada jam 10.15 malam,” katanya. – Info X
December 22, 2024
Kredit ➡️ INFO X
#infosemasa
@infosemasaofficial
Hilmi merantau jauh dari Kelantan ke Penang demi mencari sesuap nasi buat isteri dan 5 orang anak kecil. Anak yang sulung pun baru 9 tahun. Yang paling kecik, baru umur 2 tahun.
Mula-mulanya kat Penang dia dapat kerja sebagai driver lori. Gaji boleh tahan, dia pun jenis yang rajin bekerja.
Bila keadaan dah lebih baik, Hilmi ingat nak pindah ke rumah sewa yang lebih selesa. Tapi nasib badan - dia kena scam dengan tuan rumah, sewa deposit semua dah bayaq tapi akhirnya dia kena halau.
Maka dari situ mulalah kisah derita keluarga muda ini. Mereka 7 sekeluarga tinggal dalam kereta usangnya. Bumbung ada, cermin tingkap takda, malah cermin belakang pun dah pecah. Nak baiki tak mampu jadi tutup dengan plastik putih dililit pelekat.
Oleh sebab hidup berkelana dalam kereta usang, Hilmi akhirnya terpaksa melepaskan kerja sebagai driver lori. Takkan nak biarkan isteri dan anak tinggal dalam kereta tak bercermin ketika dia bawa lori berjauhan.
Tapi Hilmi tak berputus asa. Kereta usang yang jadi rumah tu, kereta itu juga dibawa kesana kesini buat Lalamove. Bila hantar barang, satu famili terpaksa pi bersama. Kais pagi makan pagi.
Oleh sebab dihimpit keadaan, dua orang anak yang bersekolah terpaksa berhenti.
Selepas saya dapat aduan tentang keadaan Hilmi sekeluarga, saya terus turun ke lokasi mereka berada.
Sayu melihat Hilmi dan isteri bersama 5 orang anak kecil duduk beralaskan kain rentang buruk di tepi kereta. Namun ketika had yang dewasa melengung memikir nasib kehidupan, anak-anak pula sedang bermain-main seakan tiada kerisauan. Itulah putih suci jiwa anak-anak kecil. Menitis air mata saya bila memandang mereka, terkenang anak saya sendiri.
"Kami belum makan lagi Pak Cik", luah anak-anak kecil.
"Takpa, jom kita pi makan. Pak Cik belanja ayam goreng".
Mak depa bagitau, selalu kalau nak makan ayam goreng, nasik order 3 pinggang, ayam 2 ketui, pastu kongsi 7 orang.
Hari ini Pak Cik belanja seorang satu ketui. Lepas makan, kita balik ke rumah baru.
"Rumah baru?"
"Ya rumah baru. Malam ini anak-anak tak perlu tidur dalam kereta."
Di rumah baru, saya rasa begitu gembira melihat anak-anak tersenyum riang. Sofa, katil, dapur, peti ais semua saya belikan. Beli yang simple simple je tapi tak sangka anak-anak begitu gembira bila nampak ada peta ais. Isteri Hilmi kata rumah lama mereka pun tak ada peti ais.
Saya juga dapatkan kerja baru untuk Hilmi di sebuah syarikat lori. Lepas ni, Hilmi akan ada gaji tetap bolehlah jaga famili dengan lebih baik.
Hilmi fokus bina semula kehidupan. Sewa rumah saya tanggung setahun, biar Hilmi dan isteri usah bimbang bab ni.
Anak-anak saya uruskan balik ke sekolah.
Nak ucapkan terima kasih juga kepada pegawai PPD, Tuan Shuhada Ibrahim serta Tuan Liang Chee Kin dan guru PK HEM SK Taman Impian Puan Rubiah Hassan yang hadir sendiri ke rumah baru menjenguk anak-anak. Surat masuk sekolah sekali depa bawa. Terima kasih Cikgu, Steven serahkan Syukur dan adiknya Rizqi kepada Cikgu.
Saya juga hulurkan sedikit bantuan tunai kepada Hilmi, malam ni beli lauk sikit, makan baik sikit kat rumah baru.
Bila saya serahkan kunci Hilmi pula menitiskan air mata.
Usah bersedih Hilmi, kini masanya untuk membina semula kehidupan.
Malam ni saya gembira mengetahui Hilmi dan isteri Yani, anak-anak mereka Syukur, 9 tahun, Rizqi 7 tahun, Amin 4 tahun, Rahmat 3 tahun, Aisyah 2 tahun tidak lagi hidup berbumbungkan langit beralaskan kain usang di tepi jalan.
Tak kisahlah Hilmi ni dari Kelantan ke apa (saya tau pasti akan ada yang marah kat saya, pasti akan ada yang tegur dan kritik, pasti akan ada yang kata macam-macam), tapi bila ada orang susah mai kat saya, saya tetap akan bantu, tak kira kaum dan agama.
Jalan Teruih.
Kredit ➡️ Steven Sim Chee Keong 沈志强
#infosemasa
@infosemasofficial
Mangsa bot hanyut dijangka tiba di Malaysia awal pagi esok
Georgetown: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kini dalam perjalanan dari Indonesia bagi membawa pulang dua lelaki yang ditemukan selamat di perairan negara itu.
Muhammad Ikmal Hakimi Ismail, 22, bersama rakannya Nor Hasrul Abdullah, 25, sebelum ini dilaporkan hilang selepas bot yang mereka naiki hanyut di perairan Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau, di sini, kira-kira 11.30 malam, Selasa lalu.
Pengarah Maritim Pulau Pinang Kepten Maritim Razali Kasim berkata, sejurus menerima maklumat terkini, kapal KM Burau diarahkan serta-merta ke koordinat di sempadan perairan bagi tujuan pengambilan mangsa.
"Kedua-dua mangsa ditemukan dalam keadaan selamat dan stabil serta dalam perjalanan pulang dari Indonesia ke Malaysia, hari ini.
"Perjalanan menjangkau hampir 60 batu nautika itu akan mengambil masa bagi tiba di perairan Malaysia dengan mengambil kira faktor cuaca di laut," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Mengulas lanjut, Razali berkata, mangsa sempat berkomunikasi dan memaklumkan kepada anggota penguat kuasa bahawa mereka dalam keadaan baik dan selamat.
"Mereka dijangka tiba di perairan Malaysia awal pagi esok dengan menaiki kapal APMM," katanya.
Hari ini, Harian Metro melaporkan penemuan dua lelaki itu selepas menerima maklumat daripada polis kira-kira 10 pagi tadi.
Disiarkan pada: Disember 22, 2024 @ 7:13pm
Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
Netflix Murah By MOKSIN STORE 🔥
ARAHAN : SEBELUM BELI BACA IKLAN SAMPAI HABIS DAHULU
Netflix 4K HDR ✅
DISNEY HOTSTAR 4K ✅
PRIME VIDEO 4K✅
YOUTUBE PREMIUM ✅
SOOKATV 1080 FULLHD ✅
Anda peminat movie ?
Anda peminat sukan ?
Anda ingin jimat dan murah ?
Boleh cuba pakej yang TUAN/ PUAN minat di MOKSIN STORE . Semua account original bukan account generate ataupun hack account . Semua pakej menggunakan original APP yang ada playstore atau appstore TV HANDFONE PC / LAPTOP , setiap pembelian dapat percuma 1 pakej mengikut pakej yang TUAN /PUAN berminat . Account FULL WARRANTY sekiranya berlaku masalah Ganti account baru ataupun Refund separuh harga mengikut perjanjian . Boleh pakai di handfone / tv / pc dan console syaratnya wajib pakai 1 device tidak boleh pakai double device untuk mengelakkan issue limitscreen .
Netflix Murah By Moksin Store 🔥
✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR :
NETFLIX PRIVATE 1 BULAN RM28 YOUTUBE PREMIUM 🔥
✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR :
NETFLIX PRIVATE 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO 🔥
✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR : COMBO 5 BULAN RM60 NETFLIX , DISNEY HOTSTAR DAN FREE PRIME VIDEO + YOUTUBE VIDEO DAN YOUTUBE MUSIC🔥
✅PAKEJ DISNEY HOSTAR 4K :
✅DISNEY HOTSTAR PRIVATE 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO DAN YOUTUBE MUSIC 🔥
✅DISNEY HOTSTAR PRIVATE 5 BULAN RM50 FREE PRIME VIDEO DAN YOUTUBE MUSIC🔥
PRIME VIDEO PAKEJ :
PRIME VIDEO 5 BULAN RM30 FREE YOUTUBE MUSIC✅
✅SOOKA TV PREMIUM 1080HD
SOOKA TV 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO 🔥
SOOKA TV 5 BULAN RM60 FREE PRIME VIDEO DAN YOUTUBE MUSIC 🔥
✅YOUTUBE VIDEO FREE YT MUSIC PREMIUM PAKEJ
YOUTUBE VIDEO PREMIUM 3 BULAN RM30 FREE YOUTUBE MUSIC
YOUTUBE VIDEO PREMIUM 5 BULAN RM45 FREE YOUTUBE MUSIC
Waktu bekerja :
Jam : 10 PAGI - 12 MALAM
Isnin sampai ahad kecuali hari JUMAAT cuti
Semua original account dan tiada trial jikalau berminat boleh tekan link whatsap di bawah ... 30 orang yang terawal sahaja dapat set combo !
KALAU ADA LAMBAT REPLY MOHON JANGAN SPAM CHAT ATAU CALL
Whatsapp 🔥
https://wa.me/601160974951
SMARTWATCH 2024 ✅🔥
😎Harga Free Postage mana nak dapat seller macam ni kan 😭
✅BOLEH CONNECT BLUETOOTH
♻️Korang yang suka Hiking dan keje Outdoor Memang sesuai jam ni Tahan Lasak 👍🏻
🔰 Anything Order PM @mirxrul
www.wasap.my/60183606671/NakOrder
JOM PAKAT RAMAI JOIN 👇
telegram.me/supergshock
JOHOR 22/12/2024.
Kemalangan di Lebuhraya Plus Km 16.5 arah utara dari Skudai ke Senai sekitar jam 2 petang tadi.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
Tahun 2024 hampir melabuhkan tirainya..
Semoga tahun 2025 lebih baik untuk kita semua 😉
-Admin Sharel-
Apabila anda berhenti memberitahu rakan-rakan anda setiap butir-butir hidup anda, musuh anda akan kebuluran untuk mendapatkan maklumat.
Tiada khabar angin untuk pergi ke sana sini.
Jangan malu dengan pilihan anda.
Bukan semua orang yang awak anggap, atau panggil kawan awak, sebenarnya kawan awak..
Sesetengah orang berpura-pura bersama anda hanya untuk memberi makan kepada musuh anda.
Berhati-hati dengan siapa yang anda panggil kawan kerana salah satu musuh yang paling menakutkan di dunia adalah mereka yang berpura-pura berkawan.
Privasi adalah kuasa, apa yang orang tidak tahu, mereka tidak boleh merosakkan.
#pesanpadadiri
Kredit: Niazz
🎁 Dapat Follower TikTok PERCUMA! 🎁
Jom Sign In ke website kami untuk cuba FREE TRIAL!
Tak perlu risau kena hack atau kena banned! ✅
100% selamat dan mudah! 💯
Cuma perlu letak username TikTok je! 🔗
Password? Tak perlu! 🔒
Cuba sekarang dan tengok sendiri! 🚀
👉 Klik link ni: https://supplierfollower.socpanel.com
#TikTok #FollowersPercuma #MudahJe
INFO KEMALANGAN (E1 : LEBUHRAYA UTARA SELATAN-PLUS)
6.02pm🔸PLUS@E1 : ⚠ AWAS! Kemalangan di KM 264.0 arah Utara dari Ipoh (U) ke Terowong Menora. Lorong kiri dan lorong kanan terhalang. Trafik perlahan.
Sila awasi jarak selamat kenderaan anda.
Sumber LLM
#infosemasa
@infosemasaofficial
Follow up dia abang & akak memang padu saya dah follow dari tahun 2019 sampai sekarang very recommended👍🏻👇🏻‼️
/channel/AIZZATxSIGNAL
Kenderaan 4WD musnah terbakar
KUCHING: Sebuah Kenderaan pacuan empat roda musnah dalam kebakaran di Lorong 8G1 Moyan Jaya 2, di sini, hari ini.
Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.08 pagi.
Bertindak atas laporan, sepasukan anggota dengan kekuatan 10 orang dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dikejarkan ke lokasi yang terletak 18 kilometer dari balai.
”Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang diparkir di luar rumah dan terbakar 80 peratus di bahagian hadapan.
”Pihak bomba kemudian melakukan pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula sumber air dari jentera untuk mengawal dan memadam kebakaran tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Insiden itu bagaimanapun katanya tidak melibatkan sebarang kecederaan mangsa manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian kini masih dalam siasatan.
Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 7.05 pagi setelah pasukan bomba memastikan tiada lagi punca api dan keadaan sekitar kembali selamat.
Kredit ➡️ UTUSAN SARAWAK
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kemalangan jalan pan borneo dekat jakar, Sarikei
#sarawak
#infosemasa
@infosemasaofficial