22 DISEMBER 2024 1224HRS BBP RAUB Khidmat Khas Menangkap Ular Sawa bertempat di kawasan kebun PPRT Tranum dilaksanakan Pasukan Amanah.
Ular sawa anggaran panjang 3 meter berjaya ditangkap menggunakan penjerut dan seterusnya dilepaskan kembali di habitat yang selamat.
Sumber Bbp Raub
#infosemasa
@infosemasaofficial
Dua ditahan, ganja lebih 8 kg dirampas
Batu Pahat: Polis menahan dua lelaki serta merampas lebih lapan kilogram (kg) ganja dalam serbuan dua stor di Taman Melor, di sini, semalam.
Suspek berusia 39 dan 53 tahun itu ditahan dalam serbuan jam 11.50 pagi oleh pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata sejumlah 7,460 gram (g) ketulan mampat ganja dan 49 paket lutsinar yang mengandungi ganja seberat 748.32 g dirampas.
Katanya, kesemua nilaian rampasan bernilai lebih RM25,000.
"Siasatan awal mendapati, suspek menjadikan sebuah stor untuk menyimpan ganja serta membungkus sebelum diedarkan ke pasaran.
"Sindiket pengedaran ganja ini dikesan memulakan operasi sejak September lalu dengan mensasarkan pelanggan yang dikenalinya," katanya dalam kenyataan.
Shahrulanuar berkata, polis turut menyita lima motosikal serta wang tunai RM1,231.
Katanya, jumlah keseluruhan rampasan dadah dan juga sitaan dalam serbuan ini adalah RM43,088.
"Kesemua suspek sudah direman bermula hari ini sehingga 28 Disember bagi membantu siasatan.
"Ujian saringan air kencing mendapati salah seorang suspek positif dadah manakala seorang lagi negatif.
"Semakan polis juga mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod lampau.
"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa kepada hukuman mati," katanya.
Disiarkan pada: Disember 22, 2024 @ 3:59pm
Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my
Kredit ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
INFO KEMALANGAN (E2 - LEBUHRAYA UTARA SELATAN)
1.12pm🔸: LUS@E2⚠Maklumat awal berlaku kemalangan di KM 76.1 arah Selatan dari Ayer Hitam ke Machap. Trafik perlahan.
Berhati-hati memandu, cegah kemalangan.
#LLM
#infosemasa
@infosemasaofficial
Sukarelawan Pengurusan Jenazah yg juga jurumandi dan Pemandu Van Jenazah Percuma Team Amal Warisan Ustaz Mohd Shafik Bin Abdullah, yang banyak membantu menguruskan jenazah bersama kami meninggal dunia dalam kemalangan di Semeling awal tadi..
Arwah seorang yg sangat baik, aktif dalam kerja2 amal dan suka membantu org..
Jenazah akan dikebumikan lepas solat zohor di Tanah Perkuburan Islam Kg Pengkalan Bujang Merbok...
Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah..
Takziah buat seluruh keluarga arwah
#TeamHangCangkulMadad
#SahabatVanJenazahPercumaMalaysia
Kredit ➡️ Dikwan
#infosemasa
@infosemasaofficial
Hi para traders dan juga newbie yang nak cuba untuk EA AI ni,ni adalah EA AI yang profitable yang aku dh run lebih dr 5 bulan,so far sgt senang untuk dapatkam return 20-100% per month drpd modal,so ni result performance EA saya
https://www.mql5.com/en/signals/2274695
Kelebihan menggunakan EA AI ni bukan sahaja ianya mudah untuk profit,tapi korang x perlu buat apa2 semua nya auto dr A sampai Z,keja korang hanya monitor sahaja,
Jom dapatkak dgn serandah 100 usd lifetime untuk konsisten jana income every month,sgt2 recomended untuk siapa2 yang nk buat copytrade dan juga income tambahan,
Contact sy di sini https://wa.link/7eukg8
Bagaimana dan ke mana orang kuat Bashar al-Assad melarikan diri?
Damsyik: Serangan pemberontak awal bulan ini adalah di luar jangkaan puak pemerintah Syria.
Presiden Bashar al-Assad melarikan diri ke Rusia pada 8 Disember, meninggalkan ramai sekutunya hingga sebahagian daripada mereka mencari perlindungan di negara jiran.
Menurut dua sumber, presiden digulingkan itu melarikan diri ke Moscow melalui lapangan terbang tentera Rusia di Hmeimim di pantai Syria, dengan hanya ditemani oleh segelintir orang kanannya.
Antaranya, sekutu rapat Bashar iaitu Setiausaha Agung Hal Ehwal Presiden Mansour Azzam dan penasihat ekonomi, Yassar Ibrahim, yang menyelia empayar kewangan Assad, serta isteri Bashar iaitu Asma.
"Dia pergi bersama setiausaha dan bendaharinya," kata orang dalam yang enggan namanya didedahkan.
Adik Bashar, Maher al-Assad, komander elit Divisyen Keempat yang ditugaskan untuk mempertahankan Damsyik, tidak tahu mengenai rancangan abangnya.
Menurut sumber tentera Syria, Maher meninggalkan anak buahnya, mengambil laluan berasingan dengan melarikan diri dengan helikopter ke Iraq sebelum pergi ke Rusia.
Sumber keselamatan Iraq memberitahu AFP bahawa Maher tiba di Iraq dengan pesawat pada 7 Disember lalu dan tinggal di sana selama lima hari.
Isteri Maher, Manal al-Jadaan dan anak lelakinya memasuki Lubnan untuk tempoh singkat, sebelum berlepas melalui lapangan terbang Beirut, kata Menteri Dalam Negeri Lubnan Bassam Mawlawi, tanpa mendedahkan destinasi terakhir mereka.
Seorang lagi pegawai kanan kerajaan Bashar, Ali Mamlouk iaitu bekas ketua bahagian keselamatan Syria melarikan diri ke Rusia melalui Iraq, kata sumber tentera Syria.
Anak lelaki Ali pula melarikan diri melalui Lubnan sebelum berlepas ke destinasi lain, menurut sumber keselamatan Lubnan.
Kementerian Dalam Negeri Iraq pada Isnin menafikan kehadiran sama ada Maher atau Ali, di Iraq.
Maher dan Bashar dikehendaki oleh Perancis kerana didakwa terbabit dalam jenayah perang berhubung serangan kimia di Syria pada Ogos 2013.
Mahkamah Perancis sudah menjatuhkan hukuman Ali dan Jamil Hassan, bekas ketua Perisikan Tentera Udara Syria, secara in-absentia (tanpa kehadiran tertuduh), dengan hukuman penjara seumur hidup kerana terbabit dalam jenayah kemanusiaan dan jenayah perang.
Disiarkan pada: Disember 22, 2024 @ 1:17pm
Kredit ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
JOHOR 22/12/2024
Kemalangan di Lebuhraya Pasir Gudang dekat susur keluar ke Perindustrian Tebrau hala Perling dari arah Taman Daya, pagi tadi.
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
'Rasanya lebih enak daripada ikan baung'
Jelebu: "Ikan kenerak amat sukar dipancing berikutan amat 'cerewet' soal makanan. Umpan seperti cacing atau dedak langsung tidak menarik minatnya," ujar kak pancing, Bahali Osman, 62, yang menetap di Kampung Sungai Buloh di sini.
Menurutnya, ikan jarang jumpa itu hanya berminat dengan umpan ulat lundi atau larva kumbang yang diperolehi di dalam tanah.
"Ikan Kenerak yang didakwa ada pertalian dengan spesies baung hanya boleh ditangkap dengan kaedah memancing, menjala atau tajur.
"Biasanya ikan kenerak adalah ikan bermusim dan mudah ditangkap antara bulan Oktober hingga Disember.
Ikan misai ini dipercayai datang dari Sungai Pahang sebelum berhijrah ke Ulu Sungai Triang untuk membiak.
"Baru-baru ini saya berjaya memancing ikan kenerak seberat lebih berat lima kilogram di sungai berkenaan," katanya.
Menurutnya, memancing ikan kenerak memerlukan tahap kesabaran yang tinggi malah tajur yang dipasang juga belum tentu akan dimakan ikan berkenaan.
"Kebiasaan pemancing akan menggunakan umpan ulat lundi yang boleh diperoleh dengan mudah di sepanjang sungai. Hanya ulat ini yang dipercayai dapat membuka selera ikan berkenaan," katanya.
Bahali berkata, biarpun dikategori sebagai ikan pemangsa, kenerak bukanlah spesies yang suka melawan sebaik memakan umpan.
"Sebaliknya ia menjadi agresif sebaik timbul di permukaan sungai. Justeru katanya, pemancing yang tidak mempunyai pengalaman 'bermain' dengan ikan ini akan pulang dengan kecewa.
"Pemancing perlu menggunakan peralatan memancing yang betul termasuk jenis tali dan mata kali sesuai," katanya.
Ujarnya pemancing juga perlu memahami kelemahan pada ikan berkenaan iaitu pada bahagian ekor sekaligus memudahkan pemancing untuk memegang ikan itu sebaik berjaya ditangkap.
Katanya, walaupun ikan kenerak dipancing ketika ini hanya bersaiz sederhana namun ia tetap mendapat permintaan tinggi dalam kalangan peminat ikan sungai.
"Ia mampu dijual pada harga RM25 hingga RM35 sekilogram dan harganya semakin mahal jika berjaya ditangkap di luar musim," katanya.
Seorang lagi kaki pancing, Syamsul Bahrin Sabudin, 51, berkata, ikan kenerak yang mempunyai berat sekitar dua kilogram dan ke bawah memiliki nilai harga lebih mahal berikutan sedap dimasak asam pedas atau gulai kari.
Katanya, ikan berkenaan juga mendapat tempahan dan permintaan tinggi dalam kalangan penduduk tempatan yang mendakwa rasanya lebih enak berbanding ikan baung.
"Tidak hairanlah setiap kali pemancing berjaya menangkap ikan ini, ia akan habis dijual sekelip mata tanpa perlu menunggu lama.
"Ikan ini menjadi sumber rezeki utama saya yang bergiat sebagai nelayan darat sepenuh masa. Menangkap ikan dan jualan ikan menjadi sumber pendapatan utama saya menyara keluarga," katanya.
Menurutnya, ikan kenerak paling besar pernah ditangkap penduduk tempatan di Sungai Triang di sini, adalah seberat 11 kilogram.
Sementara itu generasi baharu, Muhammad Fahmi Sidek, 22 berkata, tidak banyak maklumat berhubung spesies ikan tempatan itu yang amat sukar ditemui.
Disiarkan pada: Disember 22, 2024 @ 12:10pm
Abnor Hamizam Abd Manap
am@hmetro.com.my
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
Polis nafi rakaman dashcam hilang, pegawai penyiasat ambil untuk bukti
Jeli: Polis menafikan dakwaan rakaman kamera papan pemuka kereta (dashcam) peronda yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 10, Jalan Jeli-Dabong, di sini, malam Khamis lalu hilang sebaliknya sudah diambil oleh sudah diambil oleh pegawai penyiasat.
Ketua Polis Daerah Jeli Superintendan Saari Yaacob berkata, kad rakaman dari dashcam itu diambil untuk dijalankan siasatan bagi pembuktian di mahkamah.
"Tidak benar dakwaan rakaman dashcam hilang sebaliknya sudah diambil oleh pegawai penyiasat untuk pembuktian di mahkamah.
"Mana-mana kemalangan yang membabitkan kenderaan yang mempunyai dashcam memang akan terus diambil oleh pegawai penyiasat untuk siasatan dan pembuktian, bukannya hilang.
"Jika terbukti anggota peronda yang salah, pihak kami tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan tatatertib terhadapnya," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, remaja lelaki yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) parah akibat kemalangan selepas melanggar kereta peronda polis pada jam 9.20 malam 19 Disember lalu.
Kemalangan berlaku ketika kereta peronda yang dari arah Kuala Balah ke Jeli cuba mengelak anjing yang tiba-tiba melintas dan pada masa sama, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 datang dari arah belakang terus melanggar sisi kanan kereta peronda.
Kemalangan itu menyebabkan remaja lelaki yang berusia 17 tahun itu parah di beberapa anggota badan dan masih dirawat di Hospital Tanah Merah.
Mengulas lanjut Saari berkata, mengikut laporan yang diterima, motosikal yang ditunggangi remaja terbabit tidak mempunyai lampu dan mangsa juga tiada lesen memandu selain tidak memakai topi keledar.
"Saya akan ziarah remaja lelaki itu di hospital dan dimaklumkan dia sudah menjalani pembedahan tangan yang cedera dalam kemalangan itu kelmarin.
"Saya menggesa orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak benar sekali gus boleh mengganggu siasatan dan diminta mana-mana individu mempunyai maklumat sila tampil atau menghubungi kami untuk membantu siasatan," katanya.
Disiarkan pada: Disember 22, 2024 @ 12:56pm
Siti Rohana Idris
am@hmetro.com.my
Artikel ➡️ Harian Metro
Artikel berkaitan ⬇️
/channel/infosemasaofficial/251292
#infosemasa
@infosemasaofficial
Dua lelaki hilang di laut ditemukan selamat di Acheh
Balik Pulau: Dua rakan yang dilapor hilang selepas bot yang dinaiki hanyut di perairan Kuala Sungai Pinang, di sini, Selasa lalu, ditemukan selamat.
Penemuan Muhammad Ikmal Hakimi Ismail, 22, serta rakannya Nor Hasrul Abdullah, 25, itu disahkan oleh Ismail Ibrahim, 51, iaitu bapa seorang daripada mangsa.
Katanya, dia menerima maklumat berhubung penemuan anaknya yang juga berstatus orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran itu kira-kira jam 10 pagi.
"Terdahulu saya terima panggilan dari pihak polis berhubung penemuan sebelum dimaklumkan oleh pengerusi kariah masjid.
"Mereka dikatakan diselamatkan oleh nelayan di Acheh, Indonesia dan kini dalam keadaan selamat.
"Saya belum dapat berhubung dengan Hakimi namun menerusi gambar yang diterima, keadaannya dilihat baik-baik saja cuma kulitnya agak gelap," katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, hari ini.
Ismail berkata, dia mengucapkan terima kasih kepada semua agensi terbabit termasuk rakan nelayan yang membantu dalam operasi pencarian dan penyelamatan (SAR).
"Saya belum pasti bila mereka akan bawa kedua-duanya pulang dan masih menunggu maklumat daripada pihak berkuasa," katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sedang menguruskan bagi mengambil kedua-dua mangsa di sempadan.
"Bot APMM dijangka mengambil sedikit masa bagi tiba di sempadan.
"Kedua-dua mangsa dijangka tiba ke Batu Maung, di sini, kira-kira 3 pagi," katanya.
Sebelum ini Harian Metro melaporkan mengenai kehilangan dua lelaki berkenaan selepas bot yang dinaiki mereka hanyut di perairan Kuala Sungai Pinang, di sini, kira-kira jam 11.30 malam.
Operasi SAR yang masuk hari kelima dihentikan semalam selepas tidak menemukan sebarang petunjuk.
Disiarkan pada: Disember 22, 2024 @ 11:55am
Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my
Kredit ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
PERLIS 22/12/2024.
Kereta terbakar di atas view point Wang Kelian, pagi tadi.
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
𝙈𝙚𝙙𝙞𝙘𝙖𝙡 𝘾𝙖𝙧𝙙 + 𝙃𝙞𝙗𝙖𝙝 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙏𝙚𝙧𝙗𝙖𝙞𝙠 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝘼𝙣𝙖𝙠 𝙏𝙚𝙧𝙨𝙖𝙮𝙖𝙣𝙜 ❤️
Lindungi bayi anda dengan Kad Perubatan yang menawarkan perlindungan menyeluruh. Pelan ini direka khas untuk memberikan ketenangan fikiran kepada ibu bapa. Antara manfaat yang diperoleh:
✔️ 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 dengan kadar bilik dari RM 150 hingga RM 500 sehari
✔️ Elaun Wad Harian untuk hospital kerajaan & swasta
✔️ Tiada Caj 𝐃𝐞𝐝𝐮𝐜𝐭𝐢𝐛𝐥𝐞 & 𝐊𝐨-𝐓𝐚𝐤𝐚𝐟𝐮𝐥
✔️ 𝐑𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚𝐧 & 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 selepas 24 jam polisi aktif
✔️ 𝐇𝐚𝐝 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧𝐚𝐧 sehingga RM 2 Juta
✔️ Lebih 90 Panel Hospital Etiqa di seluruh Malaysia
✔️ Pemantauan Polisi melalui aplikasi Etiqa+
✔️ Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Kematian termasuk akibat kemalangan
Jangan tunggu lagi!
Hubungi kami untuk maklumat lanjut atau dapatkan QUOTATION harga secara percuma sekarang!
👉 www.wasap.my/601123094822/PelanBaby
Pemain dram ACAB rebah ketika konsert
Kuala Lumpur : Konsert kumpulan oi!, ACAB di Zepp Kuala Lumpur, di sini, malam ini terpaksa dihentikan seketika apabila pemain dramnya rebah dipercayai akibat serangan jantung.
Pemain dram dikenali sebagai Zul itu rebah ketika mereka sedang memainkan lagu ketiga iaitu kira-kira 30 minit selepas Konsert ACAB 30th Anniversary bermula.
Penyanyinya, Megat Hafiz Mohammad atau lebih dikenali sebagai Megat berkata, Zul dipercayai terkena serangan jantung dan sudah dibawa ke hospital dengan ambulans yang berada di lokasi konsert itu berlangsung.
Konsert disambung semula kira-kira 20 minit kemudian dan posisi dram digantikan dengan Irfan.
Konsert malam ini adalah yang terakhir diadakan ACAB sebelum mereka akan dibubarkan selepas konsert ini berakhir.
Disiarkan pada: Disember 21, 2024 @ 10:15pm
#HarianMetro
#infosemasa
@infosemasaofficial
30 rumah, 20 kenderaan rosak dibadai angin kencang
Oleh IVAN AMIRUL
22 Disember 2024, 10:17 am
SEMPORNA – Sebanyak 30 buah rumah penduduk di dua perkampungan atas air di daerah ini terjejas teruk ekoran angin kencang awal pagi tadi.
Kejadian pada pukul 4.30 pagi itu turut menyebabkan 20 buah kenderaan mengalami kerosakan, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Penolong Penguasa Bomba Madzlan Sarman berkata, setibanya anggota di lokasi, terdapat beberapa rumah di Kampung Selamat dan Seri Aman mengalami kerosakan dan ada kediaman yang roboh.
“Hasil pemeriksaan mendapati 20 buah rumah rosak dan ada yang roboh.
Lima buah kereta rosak. Sebahagian bumbung Masjid Kampung Selamat turut rosak akibat diterbangkan angin.
“Di Kampung Seri Aman pula, sebanyak 10 buah rumah dan 15 kenderaan rosak akibat angin kencang,” katanya dalam kenyataan hari ini.- KOSMO! ONLINE
#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial
Tayar 'terbang' hentam kereta, pemandu treler disaman
JERANTUT - Perjalanan pulang tiga beranak bersama seorang rakan ke rumah bertukar detik cemas apabila sebiji tayar dari treler tercabut lalu menghentam kereta yang dinaiki mereka di Kilometer (KM) 14 Jalan Jerantut-Maran-Kuantan berhampiran Jambatan Sungai Salan di sini pada Sabtu.
Kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu turut tular di laman sosial hasil rakaman kamera papan pemuka kenderaan lain yang melalui laluan tersebut.
Mangsa, pegawai pemantau harga, Mohamad Afiq Syahmi Mohd Ramlan, 28, yang memandu kereta Honda City berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama isteri, anak perempuan berusia dua tahun dan seorang rakan isterinya dalam perjalanan dari Bandar Jengka ke Jerantut.
Menurutnya, kejadian itu berlaku sekelip mata dan tidak sempat mengelak tayar yang melayang ke arah kenderaannya.
"Saya nampak 'tayar terbang' dan bergolek ke arah kereta. Saya cuba mengelak ke kiri jalan, namun tayar itu menghentam bahagian hadapan kereta sebelum melanggar pintu kanan hadapan dan belakang.
"Saya terus berhenti dan semua (penumpang) keluar dari kenderaan dan pergi ke kawasan selamat di tepi jalan," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Ujarnya, treler terbabit tidak berhenti, namun berjaya dikejar oleh pengguna jalan raya lain yang kemudian menahan pemandu kenderaan berat tersebut.
"Saya dimaklumkan pemandu treler itu tidak sedar tayar belakang sebelah kanan kenderaannya tercabut dan kemudiannya masing-masing membuat laporan polis hari yang sama," katanya.
Bersyukur dan lega kerana tiada kecederaan yang berlaku, Mohamad Afiq bagaimanapun mengakui masih trauma dengan kejadian terbabit.
"Masih ada rasa gigil dan takut untuk melalui laluan tersebut setakat ini," tambahnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian terbabit.
Menurutnya, hasil siasatan yang dijalankan, kejadian berlaku semasa pemandu treler berusia 38 tahun dari arah Jerantut menuju ke Maran.
"Apabila sampai di tempat kejadian, sebiji tayar bahagian belakang sebelah kanan treler telah tercabut, bergolek dan menghentam Honda City yang datang dari arah bertentangan.
"Kemalangan ini hanya menyebabkan kerosakan kepada kenderaan terlibat dan tidak melibatkan kecederaan," jelasnya.
Katanya, saman telah dikeluarkan kepada pemandu treler terbabit dan kes disiasat di bawah Kaedah 94 LN 170/59.
ROSILAWATI ROSEDI
22 Disember 2024 03:49pm.
Artikel ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
2 maut disambar buaya di Sarawak
Kuching: Dua insiden serangan buaya berlaku di negeri ini Khamis lalu yang menyaksikan kedua-dua mangsa ditemukan mati dibaham reptilia itu.
Seorang lelaki warga Indonesia yang dilaporkan hilang di Kuala Baram, Miri, Khamis lalu ditemukan dalam keadaan tidak sempurna hari ini.
Mayat mangsa yang hanya dikenali sebagai Salim, 49, ditemukan pada jam 11.15 pagi di lokasi kira-kira enam kilometer dari pos kawalan bomba (PKB).
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kehilangan mangsa pada jam 4.50 petang, Khamis lalu.
Beliau berkata, pemanggil memaklumkan mangsa dikhuatiri disambar buaya ketika sedang memancing berdekatan Jambatan ASEAN di Kuala Baram.
Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong yang bergegas ke lokasi menemui pancing dipercayai milik mangsa di tebing sungai berdekatan jambatan itu.
Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan sehinggalah mayat mangsa ditemui pada hari keempat pencarian, hari ini.
"Selain lima anggota bomba, SAR turut disertai lima anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), lima anggota Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UPKS), lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta tiga orang awam.
"Sebaik tiba di PKB, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,' katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, pada hari sama juga seorang lelaki maut selepas disambar reptilia itu di Kampung Sampun Tebun, Asajaya.
Mayat mangsa, Gindek Julau, 41, ditemui oleh abangnya tidak lama selepas dia dilaporkan disambar buaya di Sungai Sampun itu.
Disiarkan pada: Disember 22, 2024 @ 3:34pm
Mohd Roji Kawi
am@hmetro.com.my.
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
*Individual plan untuk anak sekolah*
*Harga anak Sekolah RM155*
“MEDICAL GURANTEE RENEWAL SEHINGGA 90 THN , UNTUK MEREKA YANG MENCARI TIADA DEDUCTIBLE DAN CASHLESS”
Satu satunya Medical yang Full Coverage yg masih ada di Malaysia, Sehingga 30 DEC 2024
Medical Card cashless tiada deductible dengan harga mampu milik.tak payah pening lagi.
*Plan Ini valid sampai 30 December 2024*
*Gurantee Renewal sehingga 90 Tahun*
🔥🔥 Medical Card Tiada Step Cost dengan Coverage yang sangat TINGGI
BOLEH APPLY SEKARANG!
.
Hong Leong MSIG Takaful tengah promosi sekarang.
Medical Card Mampu Milik serendah *RM155* untuk Pakej 3 in 1. ( anak sekolah)
Dewasa full Cover RM200++ mengikut umur.
Wahhh!! Berbaloinya.
.
KENAPA MEDICAL CARD NI SANGAT TERBAIK dan BERBALOI
===========================
✅ 142 Panel Hospital Swasta Seluruh Malaysia
Panel utama. Columbia,KPJ, Pantai, Glenegles , Dan semua Hospital terbaik Malaysia.
✅ ZERO Deductibel (*Tak perlu bayaran Tambahan* , *tiada tanggungan bersama*
✳️Pilihan Bilik 200,300 dan 500
✅ UNLIMITED Lifetime Limit
✅ Perlindungan sehingga RM1.12 JUTA setahun ke 1.18 Juta Setahun
✅ 'SHOW MEDICAL CARD' - Kemasukan & Keluar Wad Yang Pantas
✅ Pakej dengan Hibah basic atau tinggi sehingga 1 juta untuk orang tersayang
✅ Ada Cash value dan boleh dikelurkan dengan meniggal baki RM1k di dalam akaun Takaful.
✅ Elaun tunai Hospital kerjajaan.
✅ As per cahrge . Tak perlu tunggu 2 tahun dan boleh guna
✅ Customer Service 24 jam (Call Centre)
✅ Aplikasi 'HLMT 360' di telefon bimbit
✅ Ada Plan Individu, Pasangan & Keluarga dalam 1 harga
✅Syarikat Takaful yang mempunyai Hospital sendiri.
Hong Leong Group pemilik kepada Columbia Hospital dan Sime Darby Hospitaly
.
PM@WHATSAPP untuk dapatkan quotation yang berbaloi dan sesuai dengan kemampuan anda!
.
SIAPA CEPAT DIA DAPAT , Paling Murah utk full coverage
Cooling Period .
Accident sesudah polisi lulus
Sakit dari luar, virus demam , sakit perut atau berkaitan selepas 30 hari.
Penyakit Kritkal selepas 120 hari.
Penyakit seperti Buasir dan Gastrik 365 hari .
.
Info & khidmat nasihat PERCUMA:-
*Free Quotation*
*Harga Bebeza mengikut Umur dan perkerjaan*
*Untuk Family plan Harga berbeza mengikut jumlah dalam keluarga,anak2 bawah 17 tahun layak utk family plan dgn maksima 5 org anak,pemohon dan pasangan*
POLISI HIBAH SEHINGGA 4 JUTA Tiada Medical Limit , Tidak perlu Medical Chek Up .
Tidak cover sakit sedia ada dan penyakit dalam rawatan
Agent Diperlukan .
Perak, Kedah, Penang, N9 dan Pantai Timur
Leader diperlukan Sabah, Sarawak, KL dan Utara. ( indipendent)
FB : Farid Siraj.
Page :
Medical card Family Terbaik Farid Siraj
Farid Siraj EZ Empire
IG: Farid Siraj
Farid 0123755932
www.wasap.my/60123755932/medicaldec
Mangsa kemalangan maut di Jalan Song-Temalat disahkan sebagai Ronny Badu
SONG: Identiti mangsa kemalangan maut di Jalan Song-Temalat awal pagi tadi telah disahkan sebagai Ronny Badu, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang beralamat di Rumah Serit, Sungai Setapang, Takan, Song.
Pemangku Sementara Ketua Polis Daerah Song Asisten Komisioner Polis (ASP) Bali Jelian berkata, identiti mangsa dikenal pasti oleh ahli keluarganya berdasarkan motosikal yang ditemui di lokasi kejadian.
"Kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi apabila motosikal yang ditunggangi mangsa bertembung dengan sebuah lori yang dalam perjalanan dari Kapit ke Sibu.
"Mangsa, yang datang dari arah bertentangan menuju ke Song, dipercayai memasuki laluan lori akibat jalan yang licin disebabkan hujan," katanya ketika dihubungi.
Menurut Bali, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Sementara itu, pemandu lori, seorang lelaki berusia 25 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Polis sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Oleh Andy Sabang
Artikel ➡️ Utusan Borneo Online
#infosemasa
@infosemasaofficial
Dua lelaki hilang ketika pukat ikan di Pulau Pinang ditemui selamat di perairan Indonesia
Dewi Nur Harasha Alias
Disember 22, 2024 12:45 MYT
BALIK PULAU: Dua lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki mereka hanyut di perairan Kuala Sungai Pinang, Pulau Pinang Selasa lalu, ditemui selamat di perairan Acheh, Indonesia.
Muhammad Ikmal Hakimi Ismail, 22, dan rakannya Nor Hasrul Abdullah, 25, dikatakan diselamatkan oleh nelayan di Acheh.
Berita penemuan itu disahkan oleh Ismail Ibrahim, 51, bapa kepada Muhammad Ikmal Hakimi pada pagi Ahad.
Ismail berkata, dia menerima maklumat penemuan anaknya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) masalah pembelajaran itu kira-kira jam 10 pagi tadi.
"Saya terima panggilan dari pihak polis berhubung penemuan sebelum dimaklumkan oleh pengerusi kariah masjid.
"Mereka kini dalam keadaan selamat tetapi saya belum dapat berhubung dengan Hakimi namun menerusi gambar yang diterima, keadaannya dilihat baik-baik saja cuma kulitnya agak gelap," katanya.
Ismail mengucapkan terima kasih kepada semua agensi terbabit termasuk rakan nelayan yang membantu dalam operasi pencarian dan penyelamatan (SAR).
Sementara itu Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sedang menguruskan pengambilan balik kedua-dua mangsa di sempadan.
"Bot Maritim Malaysia dijangka mengambil sedikit masa untuk tiba di sempadan, ssterusnya membawa pulang kedua-dua mangsa, dan mereka dijangka tiba ke Jeti Batu Maung, pada awal pagi esok," katanya.
Media sebelum ini melaporkan mengenai kehilangan dua lelaki berkenaan selepas bot yang dinaiki mereka hanyut di perairan Kuala Sungai Pinang, kira-kira jam 11.30 malam Selasa.
Bagaimanapun, operasi SAR yang masuk hari kelima pada Sabtu dihentikan selepas tidak menemukan sebarang petunjuk.
#astroawani
#infosemasa
@infosemasaofficial
JOHOR 22/12/2024
Kemalangan lori di Lebuhraya Plus, Km 76.1 arah Selatan dari Ayer Hitam - Machap sekitar jam 1 petang tadi.
Sumber ➡️ PLUS
#infosemasa
@infosemasaofficial
Tempoh reman suspek kes bunuh Nurul Asikin dilanjutkan
Kuching: Tempoh reman terhadap lelaki yang dipercayai suspek utama dalam kes bunuh wanita yang mayatnya ditemukan reput di Tabuan Jaya, 15 Disember lalu dilanjutkan sehingga 29 Disember ini.
Lanjutan tempoh reman selama tujuh hari itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuching, Nursyaheeqa Nazwa Radzali, selepas tempoh reman asal suspek berusia 23 tahun itu tamat, hari ini.
Terdahulu, suspek tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuching jam 9 pagi, diiringi oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.
Suspek kemudian keluar dari mahkamah pada jam 11.10 pagi dan dibawa ke lokap IPD Kuching bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Pada 18 Disember lalu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata mengesahkan mayat reput yang ditemui di dalam longkang di Jalan Setia Raja, Tabuan Jaya, di sini adalah Nurul Asikin Lan, wanita berusia 28 tahun yang dilaporkan hilang pada 5 Disember lalu.
Pengesahan itu dibuat selepas polis menerima keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) berikutan keadaan mayat yang reput menyukarkan keluarga mangsa membuat pengecaman.
Terdahulu, pada 14 Disember polis menahan seorang lelaki yang dikenal pasti suspek utama kes pembunuhan itu dan dia kemudiannya menunjukkan lokasi mayat mangsa dibuang di dalam longkang berdekatan tempat pembuangan sampah di Jalan Setia Raja, Tabuan Jaya, di sini.
Dalam soal siasat yang dijalankan, suspek mengaku melakukan pembunuhan itu kerana mahu mengambil barang kemas mangsa untuk digadai.
Ia bagi menampung perbelanjaannya menyaksikan perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Kemboja pada kejohanan Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 di Phnom Penh, 8 Disember lalu.
Disiarkan pada: Disember 22, 2024 @ 12:15pm
Mohd Roji Kawi
am@hmetro.com.my
Artikel ➡️ Harian Metro
Artikel berkaitan ⬇️
/channel/infosemasaofficial/250956?single
#infosemasa
@infosemasaofficial
Lega keluarga selamat, kereta dihentam 'tayar terbang'
Jerantut: Sebuah keluarga terselamat daripada kemalangan apabila kereta mereka dihentam tayar yang tercabut dari sebuah treler di Jalan Jerantut-Maran, berhampiran Jambatan Sungai Salan di sini, kira-kira 6.30 petang semalam.
Mohamad Afiq Syahmi Mohd Ramlan, 28, yang memandu kereta Honda City itu berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama isteri, anak perempuan berusia dua tahun dan seorang rakan isterinya dalam perjalanan dari Bandar Jengka ke Jerantut.
"Saya nampak 'tayar terbang' dan bergolek ke arah kereta dan cuba mengelak ke kiri jalan, namun tayar itu menghentam bahagian hadapan kereta sebelum melanggar pintu kanan hadapan dan belakang.
"Saya terus berhenti dan semua (penumpang) keluar dari kenderaan dan pergi ke kawasan selamat di tepi jalan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Dia berkata, selepas kejadian itu, treler terbabit tidak berhenti, namun berjaya dikejar oleh pengguna jalan raya lain yang kemudian menahan pemandu treler terbabit.
"Saya dimaklumkan pemandu treler itu tidak sedar tayar belakang sebelah kanan kenderaannya tercabut. Kami berdua kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Jerantut," katanya.
Mohamad Afiq Syahmi bersyukur kerana tiada kecederaan berlaku dalam kejadian yang mencemaskan itu.
Disiarkan pada: Disember 22, 2024 @ 12:03pm
Amir Hamzah Nordin
am@hmetro.com.my
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
PERLIS 22/12/2024.
Seorang individu bertindak merosakkan beberapa pasukan bunga berhampiran Istana Arau, semalam.
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
Polis siasat resit makanan didakwa ada perkataan hina Islam
22 Disember 2024, 7:13am
JOHOR BAHRU: Polis Johor membuka kertas siasatan susulan gambar tular resit pembelian makanan segera yang didakwa mengandungi perkataan menghina Islam.
Ketuanya Datuk M Kumar berkata, resit bertarikh 19 dan 20 Disember itu membabitkan pembelian makanan di restoran makanan segera di Kluang, Batu Pahat dan Muar yang dipercayai dibuat individu sama.
Katanya, sebelum itu pihaknya menerima laporan berhubung kes itu yang membolehkan siasatan lanjut dijalankan, termasuk mengesan suspek.
“Tiga kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata, polis memandang serius sebarang perlakuan yang boleh mengganggu keharmonian, keselamatan dan menyentuh sensitiviti beragama di negara ini.
“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang ada terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya.
Artikel Buletin Tv3
#infosemasa
@infosemasaofficial
Johor
1049hrs - keadaan kebakaran rumah kedai di pekan senai hala kulai.
Aliran trafik sesak kedua-dua arah.
Rancang perjalanan anda.
Pandu cermat jiwa selamat.
#johor
#infosemasa
@infosemasaofficial
TikToker terkenal Khaby Lame tunai umrah. 'Terima kasih ALLAH kerana menjadi satu-satunya harapanku"
SIAPA tidak kenal dengan pempenaruh Khaby Lame. Personaliti yang terkenal dengan video mimik muka dan reaksi asal Senegal yag dibesarkan di Itali itu kini di Tanah Suci menunaikan ibadah umrah.
Menerusi hantaran terbaru dimuat Khaby Lame atau nama sebenarnya Khabane Lame yang lengkap memakai ihram sempat merakamkan foto di hadapan Kaabah di Makkah.
Menurut Khaby Lame, beliau bersyukur kepada ALLAH SWT kerana telah memberikan kekuatan kepada dirinya untuk terus berusaha dan mengejar impian hidup.
"Saya telah menghadapi banyak dugaan dalam hidup. Apabila segala-galanya kelihatan mustahil, iman terus menyokong.
"Terima kasih, ALLAH kerana menjadi satu-satunya harapan saya," kongsinya di Instagram.
Siapa sangka individu yang sering membuat warga maya terhibur ini merupakan seorang Muslim dan hafiz Al-Quran.
Menurut The Islamic Information, Khaby yang menetap di Itali sejak berumur setahun dihantar keluarga ke Dakar, Senegal bagi mendalami agama pada usia 14 tahun seterusnya menghafal al-Quran di sana.
Personaliti berusia 24 tahunitu juga aktif berkongsi kesengsaraan yang terpaksa dilalui rakyat P4lestin menerusi laman sosialnya.
Imbas kembali, Khabi benr-benar 'meletup' ketika pandemik Covid-19 yang melanda dunia.
Idea menghasilkan video dengan menggunakan mimik muka dan pergerakan badan tercetus ketika beliau terpaksa berhadapan kehilangan pekerjaan.
Kini Khaby memiliki 162.4 juta pengikut di TikTok dari seluruh dunia dan dikenali dengan panggilan 'Charlie Chaplin of TikTok'.
Oleh AZMA MOHD LAZIM
22 Dec 2024 08:37am
Artikel ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
18 polis Indonesia ditahan lakukan pemerasan terhadap rakyat Malaysia
JAKARTA - Polis Pusat Indonesia menahan 18 pegawai polis yang disyaki terlibat dalam kes pemerasan terhadap warga Malaysia yang menghadiri festival muzik Djakarta Warehouse Project (DWP) pada 15 Disember lalu.
Kesemua anggota yang terlibat terdiri daripada pelbagai unit anggota iaitu Polis Wilayah Metropolitan Jakarta, Polis Daerah Metropolitan Jakarta Pusat dan Balai Polis Metropolitan Kemayoran, lapor Detik.com.
Mereka kini telah ditahan oleh pasukan gabungan dari Divisyen Profesionalisme dan Pengawasan (Propam) Markas Besar Polis Republik Indonesia serta Direktorat Propam Polis Wilayah Metropolitan Jakarta.
Menurut laporan, semasa persembahan itu, seorang penonton warganegara Malaysia telah ditarik dan pasportnya dirampas oleh beberapa anggota polis.
"Ketika itulah, pemerasan berlaku apabila rakan mangsa terpaksa menyerahkan sejumlah wang untuk mendapatkan semula pasport yang dirampas,” kata Ketua Biro Penerangan Awam Divisyen Perhubungan Awam Polis Republik Indonesia, Brigedier Jeneral Polis Trunoyudo Wisnu Andiko, seperti yang dilaporkan oleh Tribunnews, pada Jumaat
Kes itu mencemarkan imej pasukan keselamatan Indonesia, lebih-lebih lagi kerana ia melibatkan warganegara asing yang merupakan pelancong.
Siasatan menyeluruh sedang dijalankan oleh Propam Polis Republik Indonesia bagi menentukan tindakan disiplin atau undang-undang yang wajar terhadap pelaku. - Agensi
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
22 Disember 2024 07:30am
Artikel ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
KHIDMAT KHAS KEMALANGAN JALAN RAYA
Tarikh:21/12/2024
Lokasi:Persimpangan Parit Puasa, Jalan Parit Sulong Batu Pahat
Bomba Channel
Bomba Channel Official
Bomba Channel HQ
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor
Bomba Zon 3 - Johor
MEDIA DIGITAL JOHOR
Mohd Jafni Md Shukor
#Bbp Batu Pahat
#infosemasa
@infosemasaofficial