Laporan trafik semasa (20/12/24 | 9.50am)
#jbtu LEBUHRAYA PLUS: Jangkakan kelewatan 40 minit dari Kulai ke Simpang Renggam disebabkan ada kenderaan terbakar di lorong kecemasan KM43.
📹 Renjer Joe
𝗗𝗨𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 𝗛𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗧𝗜𝗞𝗔 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗡𝗖𝗜𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗜𝗞𝗜 𝗝𝗘𝗧𝗦𝗞𝗜 𝗗𝗜𝗧𝗘𝗠𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧
.
𝗣𝗘𝗟𝗔𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗟𝗔𝗡𝗚, 𝟭𝟵 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 – Dua lelaki warga tempatan yang keluar memancing menaiki jetski berdepan detik-detik cemas apabila mereka didapati hilang di kedudukan 14 batu nautika barat Pulau Pintu Gedong pada Selasa, 17 Disember lalu.
Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor telah menerima aduan daripada anak salah seorang mangsa yang memaklumkan insiden kehilangan bapa beliau, Shahrul Hisham bin Mohd Tahir, 50 tahun bersama Micheal Januarius, 68 tahun ketika keluar memancing dengan menaiki jetski pada Selasa.
Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) pada jam 2.00 pagi semalam dan Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) telah ditubuhkan di jeti Royal Youth Club Selangor yang turut melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Pasukan Polis Marin (PPM).
Pada sekitar jam 3.45 petang semalam, Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor menerima maklumat daripada Jabatan Laut Wilayah Tengah (JLWT) memaklumkan, sebuah kapal tanker (Aurora Tankers) telah menemukan dua mangsa tersebut bersama sebuah
jetski dalam keadaan terbalik pada kedudukan 19.8 batu nautika dari barat Pulau Pintu Gedong dan telah menyelamat kedua-dua mangsa tersebut.
Kedua-dua mangsa telah dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah dengan bot Polis Marin (PA 49) dan telah selamat tiba pada jam 8.35 malam semalam.
Salah seorang mangsa memaklumkan kepada anggota penyelamat, insiden tersebut berlaku apabila jetski yang dinaiki mereka mengalami kerosakan enjin akibat tali sauh yang tersangkut di bahagian 'impeller'.
Maritim Malaysia menasihatkan komuniti maritim agar sentiasa berhati-hati ketika berada di laut dengan mengambil langkah-langkah keselamatan.
Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera.
.
#MalaysiaCoastGuard #MaritimeNation #MaritimMalaysia #MMEA #APMM #MCG #CoastGuard #MDNCoastGuard Kementerian Dalam Negeri (KDN) Saifuddin Nasution Ismail #MalaysiaMadani #KeselamatanTanggungjawabBersama #MaritimPerkasaMelestarikanMadani
#infosemasa
KEMALANGAN DEPAN GEM PERAI SAPA KENAI MOTO NI HUBUNGI WARIS DIA
#penangKiniGroup
#infosemasa
5:46hrs Status terkini, lorong kiri masih terhalang. Trafik masih perlahan @llmtrafik
4:12hrs Awas! Kemalangan Km 52.1 arah Selatan dari Simpang Renggam ke Sedenak. Lorong kiri terhalang. Trafik perlahan. Pandu berhati-hati. Harap maklum.
#llmtrafik
#infosemasa
@infosemasaofficial
INFAQ JUMAAT RM10
Amjad Quran Centre membuka peluang bagi siapa sahaja yg ingin membuat sumbangan seikhlas hati.
Sumbangan ini akan dimanfaatkan untuk memenuhi keperluan dalam AQC bg kemudahan pelajar & pengajar.
Dalam masa yg sama dapat kami manfaatkan sumbangan tersebut untuk mengembangkan AQC supaya ramai lagi masyarakat (kanak²-warga emas) berpeluang mempelajari ilmu Al-Quran..
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اِنْ تَنْصُرُوا اللّٰهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ اَقْدَامَكُمْ
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
(QS Muhammad: 7)
Sumbangan boleh disalurkan di sini:
Maybank
555069128470
Amjad Quran Centre
Ref : Infaq AQC
Jazakumullah kheir 💐
Penunggang basikal dirempuh kereta api ketika rakam ‘content’ TikTok
BANGKOK – Seorang lelaki berusia 51 tahun di wilayah Ratchaburi maut digilis kereta api selepas meletakkan basikalnya di tengah landasan untuk merakam video kandungan TikTok, lapor laman berita Thaiger semalam.
Mayat Wiroj ditemui di tengah landasan dengan keadaan putus tangan dan kaki. Dia mengalami kecederaan serius di kepala yang mendedahkan tengkoraknya.
Basikal miliknya pula ditemukan dalam keadaan rosak di sekitar 200 meter dari lokasi mayat ditemui.
Dalam kejadian di Jambatan Kereta Api Chulalongkorn pagi semalam, polis berkata, mangsa tiba di kawasan landasan seorang diri dengan menunggang basikal.
Dia sering menghasilkan kandungan video online mengenai aktiviti berbasikal untuk dimuat naik di akaun Facebook dan TikTok.
Pemeriksaan polis mendapati, mangsa tiba di jambatan itu pada pukul 7.30 pagi (waktu tempatan).
Dia kemudian meletakkan basikal di tengah landasan untuk merakam video.
Pegawai mengesyaki bahawa mangsa mungkin tidak mendengar bunyi hon kereta api yang datang dari arah belakang, seterusnya mengakibatkan rempuhan.
Oleh KOSMO!
19 Disember 2024, 9:30 pm
Artikel ➡️ Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial
Bayang hitam di langit muncul ketika senja
JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia menunjukkan penampakan misteri bayang hitam menyerupai susuk badan manusia di langit ketika waktu senja, lapor laman berita Tribunnews semalam.
Imej itu dirakam seorang lelaki ketika dia menyaksikan matahari terbenam di sebuah pantai di Kolaka, wilayah Sulawesi Tenggara.
Dalam video itu, satu bayang hitam yang kelihatan seperti manusia sedang berdiri, dilihat berada di hadapan matahari yang sedang terbenam.
Ia bagaimanapun tidak bergerak, namun perakam menggerakkan kamera telefon bimbitnya bagi membuktikan ia bukan objek di hadapan peranti tersebut.
Video itu menjadi tular di media sosial dengan ramai pengguna meneka bahawa ia adalah satelit.
Seorang seorang ahli astronomi di Indonesia, Marufin Sudibyo berkata, bayangan hitam itu berkemungkinan besar adalah fenomena cahaya senja atau sinaran krepuskular (crepuscular rays).
Ini kerana bentuk bayang hitam itu kabur, tetapi boleh dilihat secara kasar dan terdiri daripada dua bahagian
Fenomena itu menyebabkan sebahagian cahaya Matahari terhalang dan mewujudkan zon bayangan (kawasan ‘dimmer’). – Agensi
Oleh KOSMO
19 Disember 2024, 9:00 pm
Artikel ➡️ Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial
Jet ski terbalik, dua pemancing hanyut lebih 30 jam
PELABUHAN KLANG - Dua pemancing menempuh detik cemas apabila hanyut lebih 30 jam setelah jet ski dinaiki terbalik sebelum diselamatkan sebuah kapal tangki dalam kejadian di perairan Pulau Pintu Gedong di sini pada Rabu.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, dua mangsa terlibat dikenali Shahrul Hisham Mohd Tahir, 50, dan Micheal Januarius, 68.
Beliau berkata, aduan sebelum itu dibuat seorang individu berkaitan kehilangan bapanya yang keluar memancing bersama rakan dengan menaiki jet ski Selasa lalu.
"Susulan itu, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) jam 2 pagi dalam usaha mencari dua mangsa berkenaan.
"Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) juga ditubuhkan di Jeti Royal Youth Club Selangor melibatkan agensi lain antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Pasukan Polis Marin (PPM)," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Katanya, Pusat Operasi Maritim Selangor kemudiannya menerima maklumat daripada Jabatan Laut Wilayah Tengah pada jam 3.45 petang berkaitan penemuan dua mangsa terbabit.
"Semakan mendapati sebuah kapal membawa minyak menemukan dua mangsa bersama sebuah jet ski dalam keadaan terbalik pada kedudukan 19.8 batu nautika dari barat Pulau Pintu Gedong.
"Dua mangsa diselamatkan sebelum dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah dan selamat tiba pada jam 8.35 malam," katanya.
Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku apabila jet ski yang dinaiki mengalami kerosakan.
"Semakan awal mendapati tali sauh tersangkut di bahagian komponen enjin mengakibatkan berlaku kerosakan pada jet ski yang dinaiki kedua-dua mangsa itu.
"Maritim Malaysia menasihatkan komuniti maritim agar sentiasa berhati-hati ketika berada di laut dengan mengambil langkah-langkah keselamatan," katanya.
Ujarnya, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau talian kecemasan 999 untuk sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut.
MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
19 Disember 2024 08:21pm
Kredit ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
NEGERI SEMBILAN 19/12/2024.
Kemalangan melibatkan penunggang motosikal di Oakland Seremban siang tadi.
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
*TAWARAN PINJAMAN KWSP*
-Anda berumur 53/54/55/59/60tahun.
-Dah tak bekerja atau masih bekerja
-Mempunyai simpanan dalam akaun *KWSP* anda.
-Ade masalah dengan 𝑩𝑳𝑨𝑪𝑲𝑳𝑰𝑺𝑻 pastu ade sangkut 𝑨𝑲𝑷𝑲 dialukan.
-Menetap die Semenanjung Malaysia.
*TAHNIAH ANDA YG KAMI CARI*
Untuk mohon *pinjaman kwsp*
Yang berkonsepkan *pinjam hari ini bayar masa umur 55@60 tahun nanti* 😍
*Jangan Risau*
Bukan cagar KWSP anda ya!
💯 Selamat.
*Bayaran tanggungjawab sendiri*
Bagaimana untuk mohon anda hanya perlu klick link dibawah
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
Duk lane tu mcm apak dia punya tak tau
tgk order ke tekan phone. VJQ1676
#infosemasa
@infosemasaofficial
Selasa, 17 Dis 2024
11:23 AM MYT
Kejadian di Taiwan
Padah leka 'berselfie' di tepi landasan, wanita Taiwan patah kaki dirempuh kereta api.
#infosemasa
@infosemasaofficial
SIAPA NAK KAHWIN, TAG PASANGAN!!
Untung kan jadikan emas sebagai mas kahwin?
Makin lama simpan, makin tinggi nilai emas kita. Bila jual, berganda ganda untungnya.
Tapi ramai takut nak simpan emas sebab rasa emas mahal.
Tapi tahu tak, dengan akaun GAP Public Gold, tak perlu ada ribu ribu baru boleh beli emas..
RM100 pun da boleh beli emas.
Kelebihan kalau simpan emas melalui akaun GAP ni :
📌 Simpanan emas patuh syariah.
📌 Tiada komitmen bulanan, beli bila bila kita nak.
📌 Bila simpanan gram emas kita cukup, boleh keluarkan emas fizikal dari 1gram sampai 1kg bila bila masa.
📌 Kalau takut emas hilang, Public Gold akan simpankan secara percuma, takde upah atau caj simpanan.
Mudah kan?
Sekarang, siapa nak kahwin, yang dah bertahun kerja takde simpanan atau siapa yang nak gandakan simpanan, semua dah boleh menabung emas!
Nak mulakan simpanan emas?
Boleh whatsapp Puan Ciwa
http://www.wasap.my/60179034036/infosemasa
Kalau nak faham lebih jelas, baca story highlight dekat IG dia
https://www.instagram.com/ciwa_mua/
Ataupun follow telegram dia /channel/elmuemas
NETFLIX PREMIUM ACCOUNT MURAH ❤🔥
SHARING : 1 PROFILE 2 USER 🔽
1 month - rm 10
2 month - rm 18
3 month - rm 25
5 month - rm 50
✅ full warranty
✅ UltraHD 4K
✅ login 1 device only
✅ support all device
feedback @netflixmurahabby
feedback @netflixmurahabby
purchase netflix dengan harga murah sekarang! 🫶🏻
https://wa.me/60182242808?text=NAKBELINETFLIX
*JANGAN SAMPAI JATUH MISKIN DENGAN TRADING FOREX!*
Di TP Hunter, kami sudah lama menahan rasa kecewa melihat industri forex yang semakin rosak, terutamanya dengan kemunculan IB yang tumbuh dengan cepat, seperti cendawan selepas hujan. Baru sebulan dua trading, tapi sudah berani klaim pengalaman 4-5 tahun. Lebih lagi yang suka gunakan Full Margin tanpa berfikir panjang. Apa sebenarnya tujuan mereka?
Jika anda benar-benar berani, sertai LIVETRADE bersama TP Hunter setiap siang dan malam. Kami bukan sahaja menyediakan platform untuk trade, tetapi juga pendidikan yang lengkap tentang analisis fundamental dan teknikal. Kami bukan jenis yang hanya bersembang kosong tentang trading, hari ini profit, esok beli Lamborghini!
Di bawah ini, kami sediakan link untuk sertai LIVETRADE, dan jika anda ingin belajar lebih banyak, boleh join setiap malam secara percuma. Jangan lepaskan peluang ini!
Masuk channel untuk trade bersama kami.Sesi live trade kami seperti di bawah:
*Setiap Hari jam 10-12 pagi & 10-12 malam*
*Isnin-Jumaat*
Sila follow TIKTOK kami di TP Hunter by MFM untuk maklumat lanjut
/channel/TPHunter_byMFM
/channel/TPHunter_byMFM
/channel/TPHunter_byMFM
#NeverTradeAlone
#ForexMalaysia
#TraderMalaysia
Kebakaran kenderaan di laluan Sri Damansara muka sg buloh
#SgBuloh
#infosemasa
@infosemasaofficial
2:40 pagi depan shell taman perling, kereta langgar bontot lori baru je berlaku
#jbinfo
#infosemasa
Selebriti miliki ganja: 'Polis minta saya ubah kenyataan dalam laporan' - Isteri
SHAH ALAM - Isteri kepada selebriti yang didakwa miliki ganja mendakwa dia dipaksa oleh salah seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya menukar kenyataan yang diberikan dalam laporan berhubung penangkapan suaminya.
Menurutnya, dia terpaksa membuat pendedahan tersebut kerana beranggapan tindakan yang dilakukan pihak berkuasa melanggar etika dalam sesebuah siasatan kes.
"Selepas suami ditangkap, saya dan anak dipanggil untuk berikan kenyataan (bukti) terhadap penemuan 'barang haram' tersebut. Saya ceritakan semuanya, perkara betul apa yang jadi ketika itu.
"Tetapi apa yang mengejutkan saya, pada keesokan harinya saya dipanggil semula dan diminta untuk menukar kenyataan yang saya sudah berikan sehari sebelum itu. Saya tidak akan dedahkan nama dia (anggota PDRM terlibat)," katanya ketika siaran langsung di Instagram pada malam Khamis.
Sebelum ini media melaporkan, PDRM mengesahkan selebriti lelaki ditahan kerana disyaki memiliki ganja di rumahnya di Cyberjaya pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, selebriti itu dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Datok di Banting bagi mendapatkan perintah tahanan reman bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Selebriti itu kini direman selama lima hari bermula 15 hingga 19 Disember dan menurut laporan media, dia bakal berdepan bacaan pertuduhan di Mahkamah Sepang pada 20 Disember.
Mengulas lanjut, wanita berkenaan memaklumkan, ketika diminta berbuat demikian dirinya tidak berfikir panjang dan mematuhi arahan tersebut dengan anggapan demi kebaikan suaminya.
Namun katanya, selepas memikirkan semula tindakan tersebut adalah salah dan tidak sepatutnya berlaku, dia mengambil keputusan dengan menceritakan hal yang sebenarnya.
"Dia (anggota PDRM) beritahu saya untuk ubah kenyataan dalam laporan sedangkan laporan saya sangat mudah. Saya dalam keadaan (memikirkan) mungkin demi kebaikan suami, maka saya pun ikut apa yang dinasihatkan.
"Saya ikut walaupun cerita sebenarnya sekian-sekian. Kalau fikir balik ikut undang-undang, ia tidak sepatutnya berlaku. Saya rasa semua yang berada dalam 'live' saya pun tahu mengenai perkara ini," katanya.
Dalam pada itu, wanita tersebut turut mendakwa dia dan suami digesa ketika meminta sedikit waktu untuk menukar pakaian sebelum membenarkan pihak berkuasa melakukan pemeriksaan.
Tambahnya, hasil pemeriksaan kali pertama dalam rumahnya tidak menemukan sebarang bukti seperti laporan yang dilakukan.
"Saya faham itu kerja mereka dan mereka ada maklumkan akan masuk semula untuk tangkap gambar. Tetapi ada pemeriksaan kedua yang dilakukan, kali ini di bahagian stor simpanan.
"Selepas pemeriksaan kali kedua, anggota berjaya menemui barang terlarang tersebut tetapi ketika itu saya dan suami di ruang tamu. Tidak tahu apa yang jadi (di stor) ketika itu," jelasnya.
Tambahnya, pendedahan tersebut hanya untuk menjelaskan kepada orang ramai bahawa perkara itu tidak seperti yang disangka.
Pada masa sama, dia juga meminta orang ramai untuk mendoakan suaminya untuk mendapat keadilan bagi bacaan pertuduhan di Mahkamah Sepang pada Jumaat.
"Cuma bagi saya kes ini kes yang tak sepatutnya berlaku, ia tidak adil dan (rasa) dianiayai dan untuk suami saya ia sangat melampau. Saya sebagai isterinya saya mahu lawan untuk dia sebab saya tahu dia macam mana.
"Saya harap akan ada berita baik untuk esok bagi pihak suami dan keluarga kami. Saya akan terus kuat dan saya tahu suami pun sama. Saya tak boleh beri kenyataan lebih sebab takut timbul spekulasi lain," katanya.
Sinar Harian akan mendapatkan keterangan lanjut daripada PDRM berkenaan dakwaan tersebut.
NURATIKAH ATHILYA HASSAN
20 Disember 2024 07:18am
Kredit ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Ketua sindiket rakyat Malaysia, isteri ditahan kes gubah wang haram 5 bilion baht
Untuk berita terkini Sinar Harian, ikuti di Telegram dan TikTok kami
BANGKOK - Polis Thailand percaya mereka telah membanteras sindiket penipuan utama yang melakukan pengubahan wang haram lebih 5 bilion baht (100 baht = RM13.02) melalui rangkaian transaksi palsu, susulan penahanan seorang ketua kumpulan rakyat Malaysia dan isterinya yang merupakan warga Thailand.
Komander Bahagian Pencegahan Jenayah Ekonomi (ECD) di bawah Biro Siasatan Pusat (CIB), Pol. Mejar Jeneral Puttidej Bunkrapue berkata, pasangan itu adalah suspek utama yang dikaitkan dengan skim pengubahan wang haram berskala besar.
Beliau berkata, lelaki Malaysia berusia 38 tahun itu, yang dikehendaki di bawah waran yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah, ditahan di Pusat Pemeriksaan Imigresen Sadao di wilayah Songkhla ketika dia memasuki Thailand pada 16 Dis dan isterinya dari Thailand, yang juga terlibat dalam skim itu, ditangkap di lokasi berbeza pada 18 Dis.
"Kedua-dua suspek menghadapi tuduhan bersekongkol dalam pengubahan wang haram," kata Puttidej dalam satu kenyataan pada Khamis.
Puttidej berkata kedua-dua suspek mengaku semasa disoal siasat merekrut individu untuk menubuhkan entiti sah terutamanya untuk membuka akaun bank dan akaun ini kemudiannya dijual kepada pelanggan di beberapa negara ASEAN.
Sementara itu, Pol. Kolonel Theeraphas Yungyuen yang mengetuai siasatan berkata, operasi itu adalah rangkaian yang sangat terancang melibatkan warga Thailand dan asing.
"Sindiket itu mengubah wang lebih 5 bilion baht melalui lapisan transaksi penipuan yang kompleks," katanya, sambil menambah lebih 50 waran tangkap telah dikeluarkan kepada individu yang dikaitkan dengan kes itu sejak beberapa bulan lepas.
"Suspek yang ditangkap adalah dalang dalam skim yang canggih. Mereka didakwa mengatur proses pengubahan wang haram dengan memindahkan dana melalui pelbagai akaun bank sebelum menukar wang itu kepada mata wang kripto USDT. Penggunaan aset digital ini merumitkan usaha untuk mengesan dana," tambahnya.
Theeraphas berkata, tangkapan itu berikutan aduan daripada ramai mangsa yang diperdaya untuk melabur melalui aplikasi mudah alih palsu, termasuk "Nicshare" dan "ComonApps", yang aplikasi ini secara palsu menjanjikan pulangan tinggi daripada pelaburan pasaran saham.
Beliau berkata, CIB melancarkan Operation Ghost Company dan mendedahkan lebih 200 shell company (yang wujud secara sah, namun hanyalah di atas kertas) di seluruh Thailand, dengan kebanyakan entiti ini tidak beroperasi tetapi digunakan untuk membuka akaun bank keldai yang memudahkan pengubahan wang haram.
"CIB bertekad untuk menjejaki baki ahli rangkaian jenayah ini dan memastikan bahawa mereka yang bertanggungjawab menubuhkan shell company dan memudahkan pengubahan wang haram didakwa berlandaskan undang-undang," katanya.
-- BERNAMA
19 Disember 2024 03:34pm
Kredit ➡️ BERNAMA
#infosemasa
@infosemasaofficial
Assalamualaikum dan Salam JBPM Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra..
Tarikh : 19 Disember 2024 (Khamis)
Aktiviti/Kes : Kemalangan Jalanraya
Tempat. : Jalan Pan Borneo, Kg. Purak, qPapar
Pasukan Bertugas : Pasukan A
Mangsa tiada mengalami kecederaan dan dalam keadaan selamat.
Kredit ➡️ BBP PAPAR
#infosemasa
@infosemasaofficial
Netflix Murah By MOKSIN STORE 🔥
ARAHAN : SEBELUM BELI BACA IKLAN SAMPAI HABIS DAHULU
Netflix 4K HDR ✅
DISNEY HOTSTAR 4K ✅
PRIME VIDEO 4K✅
YOUTUBE PREMIUM ✅
SOOKATV 1080 FULLHD ✅
Anda peminat movie ?
Anda peminat sukan ?
Anda ingin jimat dan murah ?
Boleh cuba pakej yang TUAN/ PUAN minat di MOKSIN STORE . Semua account original bukan account generate ataupun hack account . Semua pakej menggunakan original APP yang ada playstore atau appstore TV HANDFONE PC / LAPTOP , setiap pembelian dapat percuma 1 pakej mengikut pakej yang TUAN /PUAN berminat . Account FULL WARRANTY sekiranya berlaku masalah Ganti account baru ataupun Refund separuh harga mengikut perjanjian . Boleh pakai di handfone / tv / pc dan console syaratnya wajib pakai 1 device tidak boleh pakai double device untuk mengelakkan issue limitscreen .
Netflix Murah By Moksin Store 🔥
✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR :
NETFLIX PRIVATE 1 BULAN RM28 YOUTUBE PREMIUM 🔥
✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR :
NETFLIX PRIVATE 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO 🔥
✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR : COMBO 5 BULAN RM60 NETFLIX , DISNEY HOTSTAR DAN FREE PRIME VIDEO + YOUTUBE VIDEO DAN YOUTUBE MUSIC🔥
✅PAKEJ DISNEY HOSTAR 4K :
✅DISNEY HOTSTAR PRIVATE 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO DAN YOUTUBE MUSIC 🔥
✅DISNEY HOTSTAR PRIVATE 5 BULAN RM50 FREE PRIME VIDEO DAN YOUTUBE MUSIC🔥
PRIME VIDEO PAKEJ :
PRIME VIDEO 5 BULAN RM30 FREE YOUTUBE MUSIC✅
✅SOOKA TV PREMIUM 1080HD
SOOKA TV 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO 🔥
SOOKA TV 5 BULAN RM60 FREE PRIME VIDEO DAN YOUTUBE MUSIC 🔥
✅YOUTUBE VIDEO FREE YT MUSIC PREMIUM PAKEJ
YOUTUBE VIDEO PREMIUM 3 BULAN RM30 FREE YOUTUBE MUSIC
YOUTUBE VIDEO PREMIUM 5 BULAN RM45 FREE YOUTUBE MUSIC
Waktu bekerja :
Jam : 10 PAGI - 12 MALAM
Isnin sampai ahad kecuali hari JUMAAT cuti
Semua original account dan tiada trial jikalau berminat boleh tekan link whatsap di bawah ... 30 orang yang terawal sahaja dapat set combo !
KALAU ADA LAMBAT REPLY MOHON JANGAN SPAM CHAT ATAU CALL
Whatsapp 🔥
https://wa.me/601160974951
Pasangan suami isteri mati bersama
INDONESIA 19 Disember - Pasangan suami isteri berusia 44 tahun dan 43 tahun ditemui mati tergantung dalam di dapur rumah sewa di Kabupaten Merangin, Jambi pada hari Rabu kelmarin.
Kejadian tersebut disedari jiran selepas terlihat kedua mereka tergantung sebelum menghubungi polis sekitar jam 5 petang, waktu Indonesia Barat.
Polis Polres Merangin berkata, pasukan polis yang tiba di tempat kejadian menemui surat yang dipercayai ditulis oleh si mati meminta mereka dikebumikan dalam satu liang lahad.
Surat tersebut ditemui di atas meja rumah mereka, katanya.
"Permohonan maaf kami untuk ibu ayah, kami ingin dikebumikan dalam satu liang lahad yang sama sebagai permintaan terakhir". Itulah ayat yang ditulis pada surat tersebut.
Siasatan polis pada mayat tidak menemui sebarang unsur jenayah, katanya.
Semakan terhadap mayat lelaki tidak menemui kesan kecederaan akibat kekerasan. Didapati terdapat najis pada dubur, lidah terjulur dan kesan lilitan bekas tali di leher.
Semakan terhadap mayat wanita juga tidak menemui sebarang kesan kecederaan akibat kekerasan melainkan kesan lilitan tali pada leher dan pecah pembuluh darah di kaki. - Info semasa
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di Taman Tuanku Jaafar, Seremban katanya.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
PULAU PINANG 19/12/2024
Kemalangan maut melibatkan motosikal di Jambatan P. Pinang KM 7.3 arah Barat dari Perai ke Pulau, pagi tadi.
Sumber ➡️ PLUS
#infosemasa
@infosemasaofficial
JOHOR 19/12/2024
Rumah terbakar di Kampung Selulun, Parit Jalil, Batu Pahat malam ini.
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
Polis selesai ambil keterangan Abdul Hadi - KPN
KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan telah merakam keterangan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' pada 20 Februari lepas.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kertas siasatan Ahli Parlimen Marang itu akan diselesaikan dalam kadar segera.
"Kemudian kertas siasatan kami akan lengkapkan dan esok kami akan hantar ke Pejabat Jabatan Peguam Negara (AGC)," katanya secara ringkas melalui nota suara ketika dihubungi Bernama melalui aplikasi WhatsApp pada Khamis.
Terdahulu, dua pegawai dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman hadir bagi merakam keterangan Abdul Hadi pada 2.19 petang di ibu pejabat parti berkenaan.
Tinjauan Bernama mendapati kedua-dua pegawai dilihat meninggalkan bangunan pada 3.18 petang setelah selesai merakam percakapan Ahli Parlimen Marang itu.
Sementara itu, Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman berkata Abdul Hadi telah mengutuskan sebuah Warkah Menjunjung Kasih kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, semalam.
Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai kandungan warkah itu, katanya ketika ditemui media selepas pihak polis selesai merakam keterangan Abdul Hadi, di sini hari ini. - Bernama
19 Disember 2024 08:59pm
Kredit ➡️ BERNAMA
#infosemasa
@infosemasaofficial
Lebih 20 nelayan sertai operasi mencari dua lelaki hilang di laut
BALIK PULAU - Lebih 20 nelayan berganding bahu bagi mencari dua lelaki yang dilaporkan hilang ketika keluar memukat ikan di perairan Keracut, Kuala Sungai Pinang di sini sejak Selasa lalu.
Mangsa, Nor Hasrul Abdullah, 25, dari Paya Kongsi dan rakannya, Muhamad Ikmal Hakimi Ismail, 22, dari Titi Teras dilaporkan hilang pada jam 7 malam selepas bot yang dinaiki mereka dikatakan mengalami kerosakan enjin.
Salah seorang nelayan, Bidin Rosli, 34, berkata, dia dan lebih 20 nelayan akan turut serta dalam operasi mencari kedua-dua lelaki berkenaan.
Menurutnya, kebiasaannya kedua-dua rakan baik itu akan turun ke laut bersama nelayan lain dan tidak pernah pergi berdua.
"Petang ini, saya dan lebih 20 nelayan akan turut sama menyertai operasi dengan menggunakan empat buah bot.
"Kami yakin, kedua-duanya masih selamat dan mereka hanya hanyut kerana bot mengalami masalah enjin," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Sebelum ini, dua lelaki dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki mereka hanyut di perairan Keracut, Kuala Sungai Pinang di sini pada malam Selasa.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, kedua-dua mangsa didapati menaiki sebuah bot berwarna biru dan merah yang tidak mempunyai nombor pendaftaran.
Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat telah digerakkan serta masih diteruskan sehingga kini dengan bantuan pelbagai agensi penyelamat.
Sazalee menambah, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut diminta menghubungi Bilik Gerakan Polis Barat Daya di talian 04-8664122 atau melaporkan di mana-mana balai polis berhampiran.
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
19 Disember 2024 05:30pm
Kredit ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
KEMALANGAN JALAN RAYA
19/12/2024
JAM: 06. 25PM
KEMALANGAN MELIBAT
KERETA SAMA KERETA
LOKASI: JLN KUALA KETIL SPG3 BATU 7
RESPON:
PDRM
Info.
#volunteerteam
#infokemalangandibaling
#bantuselagimampu
#ppksBalingKupang
#infosemasa
Sumber info kemalangan di baling