infosemasaofficial | Unsorted

Telegram-канал infosemasaofficial - INFO SEMASA OFFICIAL

691250

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Subscribe to a channel

INFO SEMASA OFFICIAL

🎁 Dapat Follower TikTok PERCUMA! 🎁

Jom Sign In ke website kami untuk cuba FREE TRIAL!

Tak perlu risau kena hack atau kena banned! ✅

100% selamat dan mudah! 💯

Cuma perlu letak username TikTok je! 🔗

Password? Tak perlu! 🔒

Cuba sekarang dan tengok sendiri! 🚀

👉 Klik link ni: https://supplierfollower.socpanel.com

#TikTok #FollowersPercuma #MudahJe

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Peniaga melopong modal main saham RM544,200 ‘hangus’

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM
19 Disember 2024, 6:49 pm

KULAI – Gara-gara gelap mata bagi meraih keuntungan sehingga 120 peratus dalam masa tiga hari sahaja, seorang peniaga rugi RM544,200 akibat pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 45 tahun mula terjerat apabila tertarik melihat iklan pelaburan di sebuah akaun Facebook.

Katanya, mangsa tersebut dihubungi seorang wanita untuk masuk dalam satu kumpulan WhatsApp saham pelaburan sebelum diminta memuat turun satu aplikasi.

Tambahnya, suspek mendakwa wang keuntungan akan dimasukkan ke dalam akaun milik mangsa yang didaftarkan menerusi aplikasi berkenaan

“Mangsa kemudian berminat untuk menyertai pelaburan saham tersebut yang menjanjikan keuntungan sehingga 120 peratus dalam tempoh tiga hari.

“Tertarik dengan keuntungan yang dijanjikan, mangsa membuat tujuh transaksi pembayaran berjumlah RM544,200 ke dalam empat akaun bank tempatan bermula 25 November hingga 12 Disember lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seng Lee berkata, mangsa telah membuat semakan menerusi akaun miliknya dalam aplikasi tersebut dan mendapati keuntungan yang diperoleh berjumlah RM9,396,194.

bagaimanapun, katanya, apabila wanita tersebut cuba membuat pengeluaran wang dalam aplikasi itu, akaun miliknya itu sudah disekat. – KOSMO! ONLINE

#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Sebutir peluru dikeluarkan daripada bahagian belakang badan seorang kanak-kanak berumur 7 tahun dan menyebabkan kanak-kanak itu menderita Paraplegia, lumpuh separuh badan. Peluru itu adalah daripada tembakan daripada dron Isr4el.

Sumber: Quds News Network
Aman Palestin

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Follow up dia abang & akak memang padu saya dah follow dari tahun 2019 sampai sekarang very recommended👍🏻👇🏻‼️

/channel/AIZZATxSIGNAL

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Waktu pengoperasian pejabat pengeluar pasport Jabatan Imigresen (JIM) di seluruh negara dilanjutkan selama tiga jam hingga 8 malam sempena cuti persekolahan bermula Sabtu ini hingga 28 Dis.

JIM dalam hantaran menerusi laman Facebook rasmi memaklumkan waktu pengoperasian di semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu adalah bermula 8 pagi hingga 8 malam pada 23 hingga 26 Dis.

Berita penuh di https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2375268

#BernamaNews
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

12. Hutan yang bising dengan bunyi unggas lebih baik di waktu malam daripada hutan yang sunyi sepi. Bila hutan sepi, mesti ada sesuatu yang tak kena. - orang asli.

Ok, masuk bab amalan buka khemah (Rule dan sistemnya la, bukan amalan yang spritual).

1. Cari kanopi yang masih hijau. Bila dah tentukan nak pacak khemah, dongak ke atas cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yang masih hijau jadi, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat rendah.

2. Ketinggian dari paras air. Bila dah tentukan mana bahagian yang lapang nak dipasang khemah, tentukan ketinggian khemah sekurang-kurangnya 4 kaki dari aras air sungai, kalau landai jangan buat khemah disitu, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok² rendah dan renek maca. pokok senduduk dll..tu tandanya air selalu naik kat kawasan tu. Cari kat kawasan yang pokoknya besar².

3. Tentukan laluan / denai didalam radius kawasan 20 meter dari khemah. Jangan buat khemah didalam laluan denai, sebab laluan denai bukan untuk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain juga. Kang seladang tumpang tidur.

4. Bersihkan lantai tapak perkhemahan daripada daun dan pokok² renek (potong je pokok² kecik ni, nanti dia tumbuh balik). Pakai je ranting² pokok, sapu sampai nampak tanah dan tiada daun, so, risiko terkena sengat lipan, kala jengking dll tu kurang sikit.

5. Dah ready, baru tabur karbaid warna kuning tu.

6. Kalau pakai khemah jenis igloo atau T-shape, pasang khemah secara menghadap / berhadapan dan unggun api kat tengah.

7. Dalam nyalaan unggun api tu, standby beberapa batang kayu panjang. Sebolehnya, sesuai dengan jumlah orang yang pergi camping tu. Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa lagi capai la kayu yang ada api ni sebagai senjata, parang dan pisau binatang tak takut. Api? confirm depa lari.

8. Kalau ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau juga kot² ada binatang datang (beruang terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami suka buat pagar dengan tali tangsi disambung dengan loceng, terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi.

Kredit: Segamat Outdoor World

#NegerisembilanKiNi
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

💝mur mur muroh time musim sales
https://s.shopee.com.my/1LPRfeRbNI

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

LAPORAN TERKINI KEJADIAN BENCANA DI SELURUH NEGARA

(pada jam 4:00 PM, 19 Disember 2024)

Sumber: NDCC, NADMA

Untuk maklumat lanjut, layari https://portalbencana.nadma.gov.my/ms/laporan

#PekaAmaran
#PatuhArahan
#taatsetia
#MalaysiaMADANI
#MalaysiaMadaniSiagaBencana
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🔥SEPASANG RM50.00🔥

✅Siap Kotak
✅Siap Freegift
✅Copy Gred 5A
✅Boleh Bayar Time Cod

Join Group Telegram Saya👇

/channel/KasutRM60JB

NAK TENGOK FEEDBACK ? 👇

/channel/+shisrKwAQwNkZDNl

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Puas hati guna air fryer ni 🥰 Saiz besar setakat masak ayam seekor memang takde hal 👍 Mana lagi nak dapat saiz mega harga bawah 100 🥹

Harga promo kat sini
👉https://s.shopee.com.my/50IjxR9ePJ

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

‘Dia masuk bilik air saya, saya pula disalahkan’

KLUANG, JOHOR – “Saya minta kurangkan wang jaminan kerana masih mentah dan mata kanan lebam kerana ditumbuk oleh wanita itu. Dia yang masuk bilik air saya, saya pula yang disalahkan.”

Demikian luahan balas Mohamad Sopor Nasir, 34, apabila ditanya Hakim Mujib Saroji ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kluang hari ini.

Mengikut Pertuduhan, Mohamad Sopor didakwa telah menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul seorang wanita di dalam tandas awam wanita di Laman Kreatif Kampung Melayu, di sini pada pukul 5.20 petang 17 Disember 2024.

Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Suniza Nan Yan yang mengendalikan pendakwaan kemudiannya menawarkan wang jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan memohon 12 Januari 2025 sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mahkamah kemudiannya menetapkan wang jaminan dikekalkan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan 2 Januari sebagai tarikh sebutan semula kes.

Selasa lalu, Kosmo! melaporkan seorang lelaki ditahan orang ramai sebelum diserahkan kepada pihak polis selepas dipercayai mencabul seorang wanita didalam tandas awam wanita di Laman Kreatif Kampung Melayu, Kluang pada pukul 5.20 petang.

Sumber: KOSMO! ONLINE
Oleh: ADNAN IBRAHIM
19 Disember 2024

#Kosmo
#everyone
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza

Laporan statistik harian berkenaan jumlah penduduk yang syahid dan cedera akibat serangan berterusan Israel ke atas semenanjung Gaza, hari ke-439.

▪️ Rejim Zionis melancarkan tiga operasi pembunuhan beramai-ramai ke atas penduduk di semenanjung Gaza. Serangan hari ini telah mengakibatkan 38 penduduk syahid manakala 203 mangsa cedera dirawat di hospital dalam tempoh 24 jam yang lalu.

▪️ Sebilangan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan bergelimpangan di jalanan. Tekanan semakin meningkat apabila ambulans dan anggota pertahanan awam tidak dapat sampai kepada mangsa. Mereka tidak dapat sampai ke hospital sehingga kini.

▪️Angka mangsa serangan Israel telah meningkat kepada 45,097 syuhada dan 107,244 mangsa yang cedera sejak 7 Oktober lalu.

18 Disember 2024
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

KEMALANGAN JALAN RAYA
18/12/2024
JAM: 08. 26PM

KEMALANGAN MELIBAT
MOTOR TERBABAS

LOKASI: CHAROK BEMBAN

RESPON: AMBULANCE Apm Daerah Baling
MEMBER INFO KEMALANGAN
PDRM

Info.
#volunteerteam
#infokemalangandibaling
#bantuselagimampu
#ppksBalingKupang

Sumber Info kemalangan di baling

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Assalamualaikum

Kami mencari lepasan SPM atau belia berumur 18 hingga 35 tahun yang berminat untuk mengikuti latihan kemahiran (TVET) bagi Program Sijil Teknologi Binaan Bangunan di Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP.

Bagi yang berminat, klik link di bawah dan isi maklumat yang dikehendaki dan pilih program Teknologi Binaan Bangunan.
https://forms.gle/quF4ShFZZkeY7eVq6

atau hubungi kami;
Tel : 0392830198

atau boleh wasap;

www.wasap.my/60107022559
www.wasap.my/60132241975

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

13 maut, bot laju tentera laut India rempuh feri penumpang

Mumbai: Sebuah bot laju tentera laut India yang menjalani ujian di laut di luar ibu kota kewangan Mumbai, hilang kawalan dan merempuh sebuah feri, mengorbankan 13 orang, kata tentera laut dan kerajaan, semalam.

Video yang disiarkan oleh akhbar India - nampaknya dirakam oleh beberapa penumpang di atas feri yang sesak itu - menunjukkan bot laju itu meredah perairan sebelum ia membelok tajam dan merempuh feri.

Gambar kemudian menunjukkan feri itu terbalik.

"Doktor mengisytiharkan 13 orang mati," kata Ketua Menteri negeri Maharashtra, Devendra Fadnavis kepada pemberita, sambil menambah lebih 100 orang diselamatkan.

"Saya memberikan penghormatan yang tulus kepada mereka yang maut dalam kemalangan ini," kata Fadnavis sambil menambah bahawa "kami berkongsi kesedihan keluarga mereka."

Feri itu membawa penumpang dari Gateway of India - monumen era kolonial di tepi pantai yang menjadi mercu tanda Mumbai - ke tempat pelancongan popular di Pulau Elephanta, yang terkenal dengan ukiran batunya.

"Sebuah kapal Tentera Laut yang menjalani ujian enjin hilang kawalan dan bertembung dengan sebuah feri penumpang," kata tentera laut India dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa ia kesal dengan "kehilangan tragis" nyawa.

Tentera laut berkata terdapat "kerosakan enjin".

Tiga belas orang maut termasuk seorang anggota tentera laut dan dua wakil pengeluar peralatan yang mengambil bahagian dalam ujian itu, kata tentera laut.

Dua orang yang parah dibawa ke hospital tentera laut.

"Usaha mencari dan menyelamat segera dilancarkan," kata tentera laut, dengan empat helikopter tentera laut dikerahkan, manakala 11 kapal tentera laut dan empat bot pengawal pantai atau polis turut membantu operasi berkenaan.

Disiarkan pada: Disember 19, 2024 @ 8:11am

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kemalanga jalan segamat labis..baru jadi.

#segamat
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

'Tak dapat rayalah lepas ni' - Tertuduh curi motosikal

Batu Pahat: "Tak dapat rayalah lepas ni," itu reaksi remaja lelaki apabila Mahkamah Majistret, di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan selepas mengaku bersalah memiliki motosikal curi, Isnin lalu.

Mohamad Aqmal Helizam, 19, yang sedang menjalani perintah bon berkelakuan baik dengan cagaran RM2,000 selama dua tahun bermula awal bulan lalu, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan curangnya menyimpan harta curi berupa motosikal Yamaha LC135 milik lelaki berusia 24 tahun di Taman Pantai, di sini, 2.30 pagi, 16 Disember lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, polis menerima laporan daripada pengadu pada 15 Disember berkenaan motosikal miliknya hilang.

Bertindak atas laporan, polis menemui motosikal itu bersama tertuduh di hadapan sebuah dewan serbaguna lalu menahan remaja itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahidah Mohd Sharip, manakala tertuduh diwakili peguam Kamarulariffin Nordin dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Mahkamah sama sebelum ini memerintahkan tertuduh menjalani perintah bon berkelakukan baik selepas mengaku bersalah memiliki motosikal curi milik lelaki warga emas.

Disiarkan pada: Disember 19, 2024 @ 4:19pm
Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my

Kredit ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Lelaki dibaham buaya di Kampung Sampun Tebun

ASAJAYA-- Seorang lelaki maut dibaham buaya di kawasan sawit di Kampung Sampun Tebun di sini petang tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Gindik Julau berusia dalam lingkungan 40-an.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 4.42 petang dan mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya ke lokasi.

"Komander operasi melaporkan sampai di lokasi kejadian terdapat seorang lelaki dewasa yang dilaporkan telah dibaham buaya.

"Mangsa dikatakan telah dijumpai oleh ahli keluarga pada jam 4.30 petang tadi dan pasukan masih menunggu pihak polis untuk tindakan seterusnya," katanya dalam kenyataan hari ini

tamat

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

hii assalamualaikum , ada tak yang dekat dalam ni nak dapat duit percuma 🤩? mudah sahaja steps nya

Hanya terbuka untuk 18 tahun keatas sahaja✅

hanya perlu download apps dan register✅

tidak perlu mengeluarkan modal✅

tidak memerlukan sebarang data peribadi anda, 100% selamat✅

bukan bisnes online❌
bukan skim cepat kaya❌
bukan MLM❌

yang berminat untuk tahu lebih lanjut boleh pm https://www.wasap.my/+601123834452/sayanaktaulebihlanjut

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

📍Pulau Mawar, Mersing, Johor

Pulau Mawar ni salah satu tarikan yang ada di Mersing. Dulu Pulau Mawar ni pantai yang open sahaja. Sekarang dah jadi pantai persendirian dan ada bayaran masuk dikenakan.

Yang bestnya, sejak jadi pantai persendirian ni, kawasan pantai ni lebih terjaga dan cantik. Ada banyak binaan-binaan menarik sekitar pantai yang boleh dijadikan port untuk OOTD.

Tarikan utama dekat sini adalah 'Heaven Gate' atau Gerbang Pulau Mawar. Nak kesini kau orang kena hiking sedikit. Treknya agak santai. Cuma di bahagian hujung sebelum sampai ke gerbang tu laluannya sedikit mencabar. Kalau ada anak dibawah usia 2 tahun tidak berapa sesuai untuk kesini.

Di Pulau Mawar ini, kalau untuk berkelah bayaran masuknya RM5 untuk 12 tahun ke atas. Kanak-kanak bawah 12 tahun masuk PERCUMA. Kalau nak camping pula, bayaran RM25 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.

Antara fasiliti yang ada ialah tandas, bilik mandi, sinki di kiri kanan tandas dan juga surau. Jadi untuk berkhemah tu memang dah ok sangat dah. Kat sini tiada plug point disediakan. Tapi kalau kau orang nak cas phone boleh cas di kaunter dengan bayaran RM3.

#JDtourism #JDJalanJalan #JalanJalanJohor #Mersing #PulauMawar #GerbangPulauMawar #porthealing
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

ANTARA ILMU HUTAN YANG PERLU DIKETAHUI

1. Lumut taik kera. Kalau kita jalan diwaktu malam, terutama di hutan padat dekat dengan air terjun atau sungai (macam kes saya kat Janda Baik), bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda bercahaya warna hijau ala² benda yang pendarcahaya. Benda yang bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tak nampak apa², bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dengan sedikit bantuan cahaya dari bulan bintang. Yang bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat, ikut je laluan ni diwaktu malam, insyaAllah tak langgar pokok.

2. Ular tedung. Kalau terserempak dengan ular masa dalam hutan, jangan buat gerakan mengejut stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah² bagi ular tu kembang penuh dengan ranting kayu dan berundur perlahan-lahan. - belajar dari orang asli.

3. Kera / lutong dan spesis yg sama. Spesis kera takkan lari bila kita libas dengan sebatang ranting kayu, in fact dia lebih lincah dari gerakan ranting kita. Untuk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang dan hayunkan kat kera tu baru dia lari (rasionalnya, ranting + daun yang kembang tu nampak lagi besar dari sebatang ranting) - belajar dari askar.

4. Harimau. kalau memancing dalam hutan, sedangkan dalam hutan tu bunyi penuh dengan unggas serangga, tiba² hutan tu jadi sunyi sepi, biasanya ada haiwan sedang mengendap terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi 'diam', kemudian disusuli dengan bau hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola la.. - belajar dari orang asli.

5. Beruang madu. Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yang kecil tu, sekerat pinggang dengan dada warna jingga), kalau terserempak, kita yang perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari. -belajar dari orang asli.

6. Kepala air. Kalau berkhemah di tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian / kawasan yang pokoknya besar. Tandakan satu batu yang besar, kalau tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu. - belajar dengan kaki pancing.

7. Tanda-tanda kepala air. Kalau hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dari dalam perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda² lain yang kita perlu tengok ialah kehadiran buih² putih kat tempat tak berbuih (kalau kat tempat air jatuh for sure ada buih) maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih2 halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dari arus atas. Lepas itu, akan ada daun hanyut, barulah ada perubahan warna air, dari jernih ke warna keruh. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air) sama kes kat Dam Chamang, Bentong. Saya dah kena. Tambahan lagi, kalau kepala air datang, bunyi air lebih kuat daripada biasa, dari kejauhan dah dengar.

8. Nak masak air. Jangan ambil air kat tepi sungai, ambil kat tengah sungai atau tempat yang mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, ambil yang tengah². - belajar dengan askar.

9. Binatang besar. Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya i.e harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dari jauh dengar bunyi kera buat bising tentu ada binatang besar tengah lalu. - belajar dengan orang asli.

10. Makan makanan yang dimasak i.e ikan bakar dll. Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah untuk datang bertandang. - ni belajar dengan kaki pancing lain.

11. Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang. Biasanya, bila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dalam pukul 5 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. - belajar dari pengalaman.

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kemalangan maut di Jambatan Pulau Pinang pagi tadi..
Kemalangan membabitkan dua buah motosikal. Seorang lelaki cina warga emas meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi penunggang lelaki melayu cedera agak parah.
Trafik sesak teruk di jambatan PP Perai hala ke Pulau..

#PenangKini
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

BAS RIDA.

RIDA adalah singkatan dari RURAL & INDUSTRIAL DEVELOPMENT AUTHORITY. Agensi kerajaan ini ditubuhkan olih Pemerintah British pada tahun 1953 iaitu sebelum negara mencapai kemerdekaan. Tujuan agensi ini adalah untuk memajukan industri kampung dalam kawasan2 pekan dan desa terpencil seluruh negara.

Selepas Merdeka agensi ini juga menyediakan perkhidmatan bas dikawasan2 kampong yg tiada kemudahan bas biasa.

Bila kerajaan melaksanakan tanah rancangan seperti Felda, RIDA juga turut serta menyediakan perkhidmatan bas ini di kawasan rancangan yg tiada perkhidmatan bas.

Bila RIDA ditukar nama pada MARA (Majlis Amanah Rakyat) pada tahun 1966 bas RIDA pun bertukar nama menjadi bas MARA.

Kebanyakan bas RIDA atau MARA bersaiz kecil sesuai dengan keperluan masa itu kerana penggunanya tidaklah ramai sangat.

Model popular yg digunakan ketika itu adalah jenis SEDDON, MERCEDES BENZ dan LEYLAND dan warna bas (livery) kebanyakan berwarna merah dan sejumlah kecil dalam warna biru.

Foto dibawah dgn plet TA 2076 adalah Kenderaan Bas RIDA Kuala Terengganu.

#SukaTengokBas

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pengetua sekolah didakwa amang seksual pelajar perempuan

MARANG – Seorang pengetua sebuah sekolah menengah terkenal di daerah ini dihadapkan atas dua pertuduhan berkomunikasi secara lucah dan amang seksual bukan fizikal terhadap seorang pelajar perempuannya pada lima bulan lalu di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Mohd. Tajudin Mokhtar, 59, membuat pengakuan tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zur Azureen Zainalkefli.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa berkomunikasi secara seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 16 tahun lima bulan.

Mohd. Tajudin didakwa mengikut Seksyen 11(1)(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa menunjukkan gambar-gambar perempuan seksi melalui telefon bimbit kepada mangsa tersebut di lokasi, masa dan tarikh sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15 (e) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan Mohd. Tajudin dibenarkan bebas dengan jaminan RM10,000 dengan dua penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Maisarah Abd. Razak manakala Mohd. Tajudin pula diwakili Abdul Haiyyi Salim. –

SUMBER KOSMO! ONLINE

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Hi para traders dan juga newbie yang nak cuba untuk EA AI ni,ni adalah EA AI yang profitable yang aku dh run lebih dr 5 bulan,so far sgt senang untuk dapatkam return 20-100% per month drpd modal,so ni result performance EA saya

https://www.mql5.com/en/signals/2274695

Kelebihan menggunakan EA AI ni bukan sahaja ianya mudah untuk profit,tapi korang x perlu buat apa2 semua nya auto dr A sampai Z,keja korang hanya monitor sahaja,
Jom dapatkak dgn serandah 100 usd lifetime untuk konsisten jana income every month,sgt2 recomended untuk siapa2 yang nk buat copytrade dan juga income tambahan,

Contact sy di sini https://wa.link/7eukg8

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Dengan aku sekali diam tidak bergerak’

PETALING JAYA – Kehadiran lebih 10 ekor gajah liar di Jalan Raya Timur Barat yang menghubungkan laluan Gerik ke Jeli baru-baru ini mengejutkan pengguna jalan raya ketika melalui kawasan tersebut.

Kemunculan kumpulan gajah dewasa bersama anak-anaknya itu sempat dirakam oleh beberapa pengguna dan turut dikongsikan di TikTok @dauss1997.

Mujur selamat, alhamdulillah,” tulisnya di ruang kapsyen video tersebut.

Menerusi rakaman yang dikongsikan, gelagat beberapa individu di dalam kenderaan terbabit turut mendapat perhatian ramai apabila kedengaran suara seorang wanita berulang kali meminta keluarganya duduk diam serta tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

“Duduk diam, diam…diam..diam. Jangan bergerak,” ulang wanita itu.

Dalam masa sama, dapat didengar suara seorang lelaki membaca doa bagi memastikan keadaan mereka selamat ketika sekumpulan gajah tersebut berada betul-betul di sebelah kereta.

Detik cemas tersebut bukan sahaja dirasai oleh keluarga terbabit, malah pengguna media sosial lain yang menonton rakaman itu turut tidak senang duduk .

“Dengan aku sekali diam. Jantung berdebar,” kata Ayu_Emas.

“Aku sekali diam dan tahan nafas tak bergerak,” ujar Almira Marzuki

Betul lah, aku yang tonton video pun terikut-ikut bila kakak tu kata diam, jangan bergerak. Cemas tu aku pun rasa, padahal tengok video sahaja pun, seram bila nampak gajah besar-besar lalu sebelah,” komen Syazie.

Sementara itu, ada juga pengguna yang bertanyakan apakah kesan sekiranya individu di dalam kenderaan terbabit bising atau mengeluarkan suara ketika gajah tersebut melintasi mereka.

“Kalau bising atau kita cakap seperti biasa dalam kereta apa kesannya? Serius nak tahu? Kalau kereta dah tutup tingkap, gajah-gajah itu masih boleh dengar ya? Adakah akan beri ancaman kepada haiwan tersebut?,” soal beberapa pengguna di ruangan komen.

Sebelum ini, pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dalam kenyataan menasihati pemandu serta pengguna yang melalui laluan ‘hotspot’ gajah liar melintas untuk tidak membuat provokasi sewaktu bertemu dengan haiwan tersebut.

Menurut Perhilitan, pengguna jalan raya juga diingatkan untuk tidak membunyikan hon kerana tindakan tersebut boleh mengundang risiko. – KOSMO! ONLINE

Oleh KOSMO!
19 Disember 2024, 10:56 am

#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

AIR KOPI PADU KIKIS LEMAK DEGIL SEMASA TIDO JER‼️🔥🔥


Bagus diambil jika
↘️ Perut Buncit
↘️ Berat Badan Berlebihan
↘️ Susah Kawal Selera Makan
↘️ Kolestrol Tinggi
↘️ Ada Masalah Sembelit

Sehari minum 1x sahaja. boleh buat sejuk @ panas.

❌ Tak perlu makan pil pelik-pelik
❌ Tak buat cirit birit & tak memulas
❌ Takde pantang pelik-pleik

Nak tau details ttg air padu ni klik link dibawah

www.wasap.my/60172766370/AirBkarLmak.ISO19.12

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

hi :-

harga new for netflix 1 month only 🤎

1 MONTH : RM25 SAHAJA

✅ USE YOUR OWN PROFILE
✅ CAN PIN PROFILE
✅ NO LIMIT SCREEN
✅ NO VPN
✅ FULL WARRANTY
✅ CAN ACCESS HOUSEHOLD SENDIRI
✅ APP PREMIUM ( DISNEY / PRIME AVAILABLE )
✅ SRS BUYER ONLY

berminat 👇🏻
www.wasap.my/601137585140/netflixpremiumm

feedback channel : /channel/+bS3vmoQH_OtlNGRl

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

pilot darat
dashcam ddpai: https://s.shopee.com.my/AUdgE3ZhCL

sumber tiktok
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

*JANGAN SAMPAI JATUH MISKIN DENGAN TRADING FOREX!*

Di TP Hunter, kami sudah lama menahan rasa kecewa melihat industri forex yang semakin rosak, terutamanya dengan kemunculan IB yang tumbuh dengan cepat, seperti cendawan selepas hujan. Baru sebulan dua trading, tapi sudah berani klaim pengalaman 4-5 tahun. Lebih lagi yang suka gunakan Full Margin tanpa berfikir panjang. Apa sebenarnya tujuan mereka?

Jika anda benar-benar berani, sertai LIVETRADE bersama TP Hunter setiap siang dan malam. Kami bukan sahaja menyediakan platform untuk trade, tetapi juga pendidikan yang lengkap tentang analisis fundamental dan teknikal. Kami bukan jenis yang hanya bersembang kosong tentang trading, hari ini profit, esok beli Lamborghini!

Di bawah ini, kami sediakan link untuk sertai LIVETRADE, dan jika anda ingin belajar lebih banyak, boleh join setiap malam secara percuma. Jangan lepaskan peluang ini!


Masuk channel untuk trade bersama kami.Sesi live trade kami seperti di bawah:
*Setiap Hari jam 10-12 pagi & 10-12 malam*
*Isnin-Jumaat*

Sila follow TIKTOK kami di TP Hunter by MFM untuk maklumat lanjut

/channel/TPHunter_byMFM

/channel/TPHunter_byMFM

/channel/TPHunter_byMFM

#NeverTradeAlone
#ForexMalaysia
#TraderMalaysia

Читать полностью…
Subscribe to a channel