infosemasaofficial | Unsorted

Telegram-канал infosemasaofficial - INFO SEMASA OFFICIAL

691250

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Subscribe to a channel

INFO SEMASA OFFICIAL

Suasana pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Israel terhadap keluarga Tabatibi selepas mengebom sebuah rumah di kawasan kejiranan Al-Daraj di tengah Bandar Gaza.

Sumber: Quds News Network
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Rakaman visual menunjukkan penduduk Palestin sedang mencari perlindungan ketika tentera rejim Zionis melepaskan tembakan di kem al-Mawasi, sebuah kawasan yang ditetapkan sebagai zon selamat.

Sumber: Middle East Eye
Terj: Cinta Gaza Malaysia

#IsraelBacul #TaufanalAqsa
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Poster "Wanted" yang terpampang wajah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dilekatkan di merata tempat sekitar London, United Kingdom.

Sumber: Quds News Network
Terj: Cinta Gaza Malaysia

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Minggu berdarah untuk wartawan di semenanjung Gaza.

4 wartawan syahid terkorban dalam minggu ini akibat serangan rejim Zionis. Mereka adalah:

1. Ahmed al-Louh, jurukamera Al Jazeera
2. Muhammad al-Qarinawi, wartawan di Sanad News Agency
3. Muhammad Baalousha, koresponden TV al-Mashhad
4. Iman al-Shanti, penyiar di Radio al-Aqsa

Sumber: Shehab Agency
Terj: Cinta Gaza Malaysia

#IsraelBacul #TaufanalAqsa
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Tanpa elektrik, tanpa ubat-ubatan.

Keadaan di Hospital Kamal Adwan di utara Gaza dalam keadaan gelap gelita kerana terputus bekalan elektrik selepas pengeboman berulang oleh tentera rejim Zionis Israel.

Sumber: Shehab Agency
Terj: Cinta Gaza Malaysia

#IsraelBacul #TaufanalAqsa
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra

18/12/2024 (Rabu) BBP Bukit Jalil, Pasukan A diketuai PBK II (KUP) Mohamad Hanapi Bin Abdul Sani bersama anggota bertugas terima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya di alamat Plaza Tol Awan Besar, Lebuhraya Kesas, Shah Alam menghala Kuala Lumpur. Setibanya dilokasi kejadian didapati benar kemalangan melibatkan sebuah kereta dan terdapat seorang mangsa tersepit. Anggota telah berjaya mengeluarkan mangsa seterusnya dihantar ke HKL untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih diucapkan kepada semua anggota yang terlibat.

Kredit ➡️ BBP BUKIT JALIL

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Follow up dia abang & akak memang padu saya dah follow dari tahun 2019 sampai sekarang very recommended👍🏻👇🏻‼️

/channel/AIZZATxSIGNAL

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Tindakan memasuki simpang secara tiba-tiba bawa padah apabila seorang lelaki warga emas maut dilanggar sebuah kereta di Kilometer 56.5, Jalan Batu Pahat-Mersing, pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 9 pagi itu, Lau Yuen Heng, 78, yang memandu kereta Nissan Almera meninggal dunia di tempat kejadian apabila kereta dipandunya dilanggar pada bahagian kiri oleh Mohamad Hafiz Muhamad, 34, yang memandu Toyota Vios.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika warga emas berkenaan dalam perjalanan dari bandar Kluang menghala ke Taman Megah, manakala Mohamad Hafiz yang juga seorang guru dari Batu 3 ke bandar Kluang.

Ketika sampai di lokasi kejadian, warga emas berkenaan dikatakan secara tiba-tiba memasuki simpang kanan menghala ke Taman Megah.

Mohamad Hafiz yang datang dari arah hadapan tidak sempat mengelak serta memberhentikan kenderaannya lalu melanggar bahagian tepi sebelah kiri kereta mangsa.

Akibat perlanggaran itu, kereta warga emas berkenaan terbalik dan menyebabkannya mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mohamad Hafiz pula cedera ringan pada bahagian badan dan masih menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.

Artikel Johor Post

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

𝗩𝗘𝗦𝗘𝗟 𝗡𝗘𝗟𝗔𝗬𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗣𝗘𝗟𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗞𝗘𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛𝗔𝗡

.
𝗧𝗔𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚 𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚, 𝟭𝟴 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menahan sebuah vesel nelayan tempatan kelas B1 bersama empat nelayan warga asing termasuk tekong di kedudukan 6.2 batu nautika barat daya Tanjung Karang, Selangor pada sekitar jam 12.45 pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, vesel itu dikesan ketika sedang leka melakukan aktiviti perikanan oleh aset kapal peronda Maritim Malaysia ketika dalam rondaan OP EHSAN dan OP TIRIS 3.0 di lokasi itu.

Hasil pemeriksaan mendapati, vesel tersebut dikendalikan oleh seorang tekong bersama tiga kru warga Myanmar dalam linkungan umur 29 hingga 43 tahun.

Pemeriksaan lanjut turut mendapati, vesel terbabit menggunakan nelayan asing tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia selain kesemua kru gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran serta Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.

Kesemua nelayan ditahan, manakala vesel dan hasil tangkapan beserta peralatan menangkap ikan dirampas sebelum dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin, Pulau Indah untuk tindakan lanjut pegawai penyiasat Maritim Malaysia.

Maritim Malaysia akan terus memantau dan melakukan rondaan di sempadan perairan negara serta memandang serius terhadap kesalahan yang melibatkan aktiviti menangkap ikan di luar zon yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.

Sebarang aduan, maklumat mengenai kegiatan jenayah maritim serta insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor melalui talian 03-31760627 atau 999 untuk maklum balas segera.

.
.
#MalaysiaCoastGuard #MaritimeNation #MaritimMalaysia #MMEA #APMM #MCG #CoastGuard #MDNCoastGuard Kementerian Dalam Negeri (KDN) Saifuddin Nasution Ismail #MalaysiaMadani #KeselamatanTanggungjawabBersama #MaritimPerkasaMelestarikanMadani

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

FAQ BAGI BANTUAN WANG IHSAN (BWI)

Jom ketahui dan fahami soalan lazim berkaitan Bantuan Wang Ihsan yang sering ditanya oleh mangsa-mangsa yang terkesan dengan bencana. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut mengenai BWI, boleh dikemukakan melalui emel kwabbn@nadma.gov.my atau boleh rujuk di portal rasmi NADMA melalui pautan https://www.nadma.gov.my/bm/awam/bantuan/bantuan-wang-ihsan.

#taatsetia
#MalaysiaMADANI
#MalaysiaMadaniSiagaBencana
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Rogol remaja hingga lahir anak, tukang cuci dijel 12 tahun, 4 sebatan

Muar: "Saya mohon maaf, saya sudah insaf," demikian kata seorang tukang cuci kenderaan yang mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol remaja perempuan hingga melahirkan bayi, tahun lalu.

Ikhmal Rizza Abu Bakar, 30, berhadapan dua pertuduhan, membuat permohonan maaf yang disampaikan melalui peguamnya ketika rayuan dikemukakan selepas pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa merogol remaja berusia berusia 16 tahun di sebuah pusat komersial di Bukit Gambir, Tangkak, antara jam 2 dan 3 petang, Julai hingga Ogos tahun lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dengan penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan bagi setiap pertuduhan, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh mengenali mangsa yang juga pelajar melalui media sosial sebelum mengajaknya berjumpa di Bukit Gambir.

Sebaik tiba di lokasi, tertuduh memberi alasan untuk mengambil barang dalam bilik sewanya manakala mangsa menunggu di tangga bawah.

Bagaimanapun, tertuduh menarik tangan dan membawa mangsa masuk ke dalam bilik lalu mengunci pintunya.

Selepas kejadian pertama, tertuduh mengambil telefon mangsa. Beberapa hari kemudian, tertuduh meminta mangsa datang ke lokasi sama untuk mengambil telefon.

Mangsa tanpa berfikir panjang bergerak ke lokasi itu sebaliknya dia dirogol sekali lagi oleh tertuduh di tempat sama.

Susulan itu, mangsa disahkan hamil lapan bulan dan melahirkan bayi perempuan Mac lalu.

Malah, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap bayi dilahirkan sepadan dengan DNA tertuduh serta mangsa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir dan Diyana Najihah Muhamed Fauzi manakala tertuduh diwakili Amalia Marsita Hamdan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan dengan hukuman berjalan serentak bermula tarikh tertuduh ditahan 25 Ogos lalu.

Pada masa masa, mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani sesi kaunseling sepanjang dipenjara serta pengawasan polis dua tahun sebalik selesai hukuman selari dengan Seksyen 26 dan 27 AKKTSKK.

Disiarkan pada: Disember 18, 2024 @ 2:20pm
Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my

Kredit ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pemandu SUV Mercedes Benz tak mengaku pandu melulu, langgar lari

Kuala Lumpur: Pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Mercedes Benz GLE450 yang terbabit kemalangan sebelum kenderaannya terbakar di Kilometer 18.1 Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) berhampiran Plaza Tol Wangsa Maju, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, Sum Kah Fei, 34, mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Haneefa Ariffin.

Mengikut pertuduhan pertama, peniaga itu didakwa memandu secara melulu sehingga berlaku pelanggaran dengan sebuah motosikal sehingga menyebabkan Muhammad Nur Faiz Saini parah.

Kejadian berlaku di sekitar Lebuhraya SPE dari arah pusat bandar ke Plaza Tol Wangsa Maju, di sini, pada jam 12.35 tengah hari, Ahad lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000 serta hilang kelayakan memegang lesen memandu selama lima tahun, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa gagal menghentikan kenderaannya selepas terbabit kemalangan dengan motosikal ditunggang mangsa.

Kesalahan itu dilakukan di lokasi sama pada tarikh dan masa yang sama.

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 52(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dibaca bersama Seksyen 119(1)(a) akta sama yang boleh dihukum denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amir Hannif Ahjiman yang mengendalikan kes menawarkan jaminan RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Peguam Quek Kia Ping yang mewakili tertuduh merayu supaya jumlah jaminan dikurangkan berikutan anak guamnya itu sedang mengalami masalah perniagaan selain perlu menanggung keluarga.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Februari 2025 bagi serahan dokumen.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan pemandu Mercedes Benz GLE450 terselamat selepas kenderaannya musnah dalam kebakaran di KM 18 Lebuhraya SPE dekat Plaza Tol Wangsa Maju.

Susulan kejadian itu, tular satu hantaran dimuat naik seorang pengguna aplikasi sosial Instagram mendakwa adik iparnya parah selepas dikatakan dilanggar pemandu SUV terbakar terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa dilaporkan berkata, polis menahan pemandu kenderaan yang disyaki melanggar lari penunggang motosikal.

Beliau dipetik berkata, siasatan mendapati mangsa yang menunggang motosikal Honda Vario 160 dilanggar ketika bergerak lurus di laluannya sehingga mengakibatkan mangsa terjatuh di atas jalan raya.

Katanya, suspek melarikan diri dari lokasi kejadian sebelum kenderaannya terhenti dan terbakar.

Disiarkan pada: Disember 18, 2024 @ 1:16pm
Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

Artikel ➡️ Harian Metro

Artikel berkaitan ⬇️
/channel/infosemasaofficial/250313

/channel/infosemasaofficial/250342?single

/channel/infosemasaofficial/250407

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Halo gais semua !!!

Bawa 30 orang masuk group TNG telegram Baru percuma RM10

Jom bawa kawan masuk Group😘

Link telegram TNG
/channel/FreeShareTNG

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

💝💝senang la ada ni utk baby hangpa
https://s.shopee.com.my/1qLgOzGVHg

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

hii assalamualaikum , ada tak yang dekat dalam ni nak dapat duit percuma 🤩? mudah sahaja steps nya

Hanya terbuka untuk 18 tahun keatas sahaja✅

hanya perlu download apps dan register✅

tidak perlu mengeluarkan modal✅

tidak memerlukan sebarang data peribadi anda, 100% selamat✅

bukan bisnes online❌
bukan skim cepat kaya❌
bukan MLM❌

yang berminat untuk tahu lebih lanjut boleh pm https://www.wasap.my/+601123834452/sayanaktaulebihlanjut

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Adegan menyayat hati kanak-kanak Palestin yang kudung menggunakan kasut roda untuk bergerak di antara khemah pelarian di Gaza.

Sumber: Al-Jazeera
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Tim CGM di Gaza sempat merakam video ucapan daripada seorang kanak-kanak perempuan bernama Bessima.

Hebat sungguh adik Bessima fasih berbahasa Inggeris kerana mahu mesej ini sampai kepada seluruh dunia. Inilah luahan hati seorang kanak-kanak Gaza yang melalui lebih setahun genosid di Gaza.

Ayuh kongsikan kepada semua orang!

#IsraelBacul #TaufanalAqsa
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Dinding-dinding berlumuran darah para syuhada'!

Lebih daripada 8 orang dilaporkan syahid dalam serangan pembantaian yang dilakukan oleh tentera rejim Zionis setelah mengebom rumah keluarga al-Tabaatibi di Hayy al-Daraj, tengah bandar Gaza.

Sumber: Quds News Network
Terj: Cinta Gaza Malaysia

#IsraelBacul #TaufanalAqsa
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Reaksi seorang kanak-kanak lelaki di bandar Gaza yang terkepung tatkala dia merasa pisang buat kali pertama dalam hidupnya.

Sumber: Quds News Network
Terj: Cinta Gaza Malaysia

#IsraelBacul #TaufanalAqa
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Salah satu malam paling berdarah di Gaza.

Tentera rejim Zionis tidak henti mengebom sekolah, rumah dan tempat perlindungan penduduk Palestin di seluruh Semenanjung Gaza. Berpuluh-puluh orang awam termasuk kanak-kanak dibunuh.

Sumber: Eye On Palestine
Terj: Cinta Gaza Malaysia

#IsraelBacul #TaufanalAqsa
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

SELANGOR 18/12/2024.

Kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di lampu isyarat Seksyen 7 di persimpangan i-City Shah Alam.

Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.

Sumber ➡️ media sosial

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🥹yang xde dashcam bleh amik ni fullHD senang claim insurans or bukti jikalau apa2 berlaku siap camera blakang
https://s.shopee.com.my/9KRhiM0HNA

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Salam & selamat sejahtera❤️Saya Alina dari KOPERASI menawarkan pembiayaan peribadi🙂


✅Untuk kakitangan kerajaan,badan berkanun,kerajaan negeri dan GLC yg terpilih.
✅Komitmen luar payslip TIDAK diambil kira.
✅Senarai hitam,AKPK,CTOS,CCRIS,tunggakan SAA layak mohon.
✅Tiada bayaran pendahuluan❌❌
✅Penjamin tidak diperlukan.
✅Dilindungi takaful.
✅Fresh loan/Overlapping/penyatuan hutang.
✅Boleh menaikan peratus di payslip semula.
❌Swasta tidak boleh apply buat masa ini,sbb ini hanya untuk penjawat awam sahaja.


Kalau Cik/Puan/Encik/Tuan berminat atau nak tahu lebih lanjut boleh WhatsApp ni ye.

Utk semakan adalah percuma,kiraan kelayakkan boleh send saya payslip gaji terkini anda🙂

Alina
📲 http://www.wasap.my/60166026705

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🔥SEPASANG RM50.00🔥

✅Siap Kotak
✅Siap Freegift
✅Copy Gred 5A
✅Boleh Bayar Time Cod

Join Group Telegram Saya👇

/channel/KasutRM60JB

NAK TENGOK FEEDBACK ? 👇

/channel/+shisrKwAQwNkZDNl

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🥹mudah ada ni je screen besaq bleh bawa pi mana2
https://s.shopee.com.my/8AFkASSutq

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

tindakan polis trafik terbaik

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Hi para traders dan juga newbie yang nak cuba untuk EA AI ni,ni adalah EA AI yang profitable yang aku dh run lebih dr 5 bulan,so far sgt senang untuk dapatkam return 20-100% per month drpd modal,so ni result performance EA saya

https://www.mql5.com/en/signals/2274695

Kelebihan menggunakan EA AI ni bukan sahaja ianya mudah untuk profit,tapi korang x perlu buat apa2 semua nya auto dr A sampai Z,keja korang hanya monitor sahaja,
Jom dapatkak dgn serandah 100 usd lifetime untuk konsisten jana income every month,sgt2 recomended untuk siapa2 yang nk buat copytrade dan juga income tambahan,

Contact sy di sini https://wa.link/7eukg8

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Jam tangan cantik...

Min cuma minta tolong korang tekan link je.. x mintak korang beli pun 🙂

https://s.shopee.com.my/4AjaNbszFh

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Bas Bakti perjalanan JB-Kulai-Bandar Tenggara-Kluang,Bakti ada juga bas express yg tingkapnya macam tingkap kapal terbang.
Foto stesen bas Jln Trus JB tahun 90an.

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Wanita selamat daripada dir∅gol di tandas awam selepas cakar, gigit penjenayah

Kluang: Seorang wanita berusia 24 tahun terselamat daripada dir0gol di sebuah tandas awam di Laman Kampung Melayu, di sini, 5.20 petang semalam, selepas menggigit tangan serta mencakar wajah penjenayah.

Penjenayah pula dapat ditahan orang ramai di lokasi sebaik mangsa dapat menyelamatkan diri.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, suspek adalah penganggur berusia 34 tahun dan sebelum itu, bersembunyi dalam sebuah tandas yang pintunya tertutup.

"Semasa mangsa mahu masuk ke tandas, suspek keluar daripada persembunyian dan mengunci pintu tandas berkenaan.

Mangsa cuba dir0gol sebelum menggigit tangan dan mencakar muka suspek. Mangsa kemudiannya dapat melarikan diri," katanya pada kenyataan.

Menurutnya, polis tiba di lokasi tidak lama kemudian dengan suspek sudah ditahan orang ramai.

"Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini, di Mahkamah Majistret Kluang.

"Ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah namun dia memiliki enam rekod jenayah dan tiga dadah," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial berkaitan kejadian yang memaparkan orang ramai menahan lelaki terbabit sebelum ketibaan polis.

Disiarkan pada: Disember 18, 2024 @ 11:32am
Mohamad Fahd Rahmat
am@hmetro.com.my

#HarianMetro
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…
Subscribe to a channel