infosemasaofficial | Unsorted

Telegram-канал infosemasaofficial - INFO SEMASA OFFICIAL

691250

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Subscribe to a channel

INFO SEMASA OFFICIAL

Kenyataan Media Ketua Polis Daerah Dang Wangi berkenaan Kejadian Pergaduhan Sehingga Mengakibatkan Kecederaan.

Sumber ➡️ POLIS KL

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

8.54am♦️SKVE@E26: Awas ⚠️ Kemalangan di KM38.4 Arah Barat dari Telok Panglima Garang ke Pulau Indah. Lorong kecemasan terhalang. Trafik lancar dilokasi. Fokus pada pemanduan.

Lembaga Lebuhraya Malaysia
Astro Radio Traffic

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

NOSTALGIA 1953.
Foto dari tahun 1953 dimana kelihatan bas 2 tingkat GTC atau General Transport Company sedang melalui Ampang Road.

"No jam" komen penulis ini kerana era tersebut memang KL tak jam kerana kenderaan tak banyak lagi.

Kelihatan juga kawasan keliling yg penuh dgn pokok kerana ketika itu 70% dipenuhi dgn pokok dan suhu pun agak sejuk terutama berhampiran Bukit Nenas.

Kredit pemilik asal.

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

*JANGAN SAMPAI JATUH MISKIN DENGAN TRADING FOREX!*

Di TP Hunter, kami sudah lama menahan rasa kecewa melihat industri forex yang semakin rosak, terutamanya dengan kemunculan IB yang tumbuh dengan cepat, seperti cendawan selepas hujan. Baru sebulan dua trading, tapi sudah berani klaim pengalaman 4-5 tahun. Lebih lagi yang suka gunakan Full Margin tanpa berfikir panjang. Apa sebenarnya tujuan mereka?

Jika anda benar-benar berani, sertai LIVETRADE bersama TP Hunter setiap siang dan malam. Kami bukan sahaja menyediakan platform untuk trade, tetapi juga pendidikan yang lengkap tentang analisis fundamental dan teknikal. Kami bukan jenis yang hanya bersembang kosong tentang trading, hari ini profit, esok beli Lamborghini!

Di bawah ini, kami sediakan link untuk sertai LIVETRADE, dan jika anda ingin belajar lebih banyak, boleh join setiap malam secara percuma. Jangan lepaskan peluang ini!


Masuk channel untuk trade bersama kami.Sesi live trade kami seperti di bawah:
*Setiap Hari jam 10-12 pagi & 10-12 malam*
*Isnin-Jumaat*

Sila follow TIKTOK kami di TP Hunter by MFM untuk maklumat lanjut

/channel/TPHunter_byMFM

/channel/TPHunter_byMFM

/channel/TPHunter_byMFM

#NeverTradeAlone
#ForexMalaysia
#TraderMalaysia

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Wujud pula spesis parking kat laluan keluar masuk. Ni sedara siapa ni?
fullHD leh tgk reviews ratings https://s.shopee.com.my/2AyV1ga37w

sumber tiktok
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

08:31am
Roundabout sada baling Kedah

#kedah
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Polis buru lelaki cuba 'curi-curi' rakam bawah kain

KUALA LANGAT - Polis buru seorang lelaki berkaitan kes rakam dan gangguan seksual di sebuah pasar raya di Jenjarom di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, laporan kes itu diterima pihaknya pada jam 10.36 pagi, 9 Disember lalu oleh mangsa yang juga wanita warga tempatan.

Menurutnyanya, mangsa melaporkan bahawa telah menyedari dirakam oleh seorang lelaki tempatan dan pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian mendapati suspek telah mengangkat kainnya dan cuba merakam dari bawah.

"Ekoran itu kita telah membuka siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

"Usaha mengesan suspek masih giat dilakukan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, orang awam yang mempunyai maklumat kejadian boleh tampil di balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222.

Tambahnya, polis juga menasihatkan agar masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.

Sebelum itu, satu rakaman video berdurasi 25 saat tular di media sosial Facebook mengenai insiden terbabit.

Berdasarkan rakaman, suspek berjalan menuju ke arah wanita sebelum mencangkung dipercayai untuk mengambil gambar dari bawah kain dipakai wanita terbabit.

Selepas disedari wanita terbabit, lelaki berkenaan berpura-pura seolah hendak mengambil serta membelek kotak di lokasi itu.

MUHAMMAD AFHAM RAMLI
16 Disember 2024 11:29pm

Artikel ➡️ Sinar Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

(1980) Licik dan berkuasa! Itulah kereta peronda Polis Alfa Romeo Alfetta jenis sedan dikuasakan dengan enjin 2.0 liter petrol yang menghasilkan 130ps. Pada zaman itu, ia adalah sebuah kereta yang licik dan berkuasa serta satu-satunya jenama kereta Itali yang digunakan oleh Unit Peronda Polis Diraja Malaysia. Ia mula digunakan pada awal tahun 1980 dan ditamatkan perkhidmatan selepas PDRM bertukar kepada jenama tempatan Proton Saga pada tahun 1986.

Jenama Alfa Romeo ini hanya tinggal kenangan sahaja di Malaysia apabila Sime Darby Auto Italia (SDAI) memberhentikan penjualannya pada tahun 2013. Sebelum itu, Alfa Romeo dijual secara rasmi Kumpulan City Group pada tahun 70an, kemudian Milan Auto pada tahun 90an.

#FoIMPAK
#AlfaRomeo
#KeretaPerondaPolis

Sumber: WAP Car

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

SELANGOR 16/12/2024

Kemalangan melibatkan motosikal dan kereta dekat depan Central Mart, Saujana Utama, Sungai Buloh siang tadi.

Mangsa motosikal cedera parah dalam kejadian tersebut.

Sumber ➡️ media sosial

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Netflix Murah By Moksin Store 🔥

Netflix 4K HDR ✅
DISNEY HOTSTAR 4K ✅
PRIME VIDEO 4K✅
YOUTUBE PREMIUM ✅
SOOKATV 1080 FULLHD  ✅

Anda peminat movie ?
Anda peminat sukan ?
Boleh cuba pakej yang tuan / puan minat di moksin store . Semua account original bukan account generate ataupun hack account , setiap pembelian dapat percuma 1 pakej mengikut pakej yang tuan / pun berminat . Account FULL warranty sekiranya berlaku masalah Ganti account baru ataupun Refund separuh harga mengikut perjanjian . Boleh pakai di handfone / tv / pc dan console syaratnya wajib pakai 1 device tidak boleh pakai double device .

✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR :
NETFLIX PRIVATE 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO 🔥

✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR : COMBO 5 BULAN RM60 NETFLIX , DISNEY HOTSTAR DAN FREE PRIME VIDEO + YOUTUBE MUSIC 🔥

✅PAKEJ DISNEY HOSTAR 4K :

✅DISNEY HOTSTAR PRIVATE 3 BULAN RM35 FREE PRIME VIDEO 🔥

✅DISNEY HOTSTAR PRIVATE 5 BULAN RM45 FREE PRIME VIDEO 🔥

PRIME VIDEO PAKEJ :
PRIME VIDEO 5 BULAN RM28 ✅

✅SOOKA TV PREMIUM 1080HD
SOOKA TV 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO 🔥

SOOKA TV 5 BULAN RM60 FREE PRIME VIDEO DAN YOUTUBE MUSIC 🔥

Waktu bekerja :

Jam : 8 pagi - 12 malam
Isnin sampai ahad kecuali hari jumaat cuti

Semua original account dan tiada trial jikalau berminat boleh tekan link whatsap di bawah ... 20 orang yang terawal sahaja dapat set combo !

Whatsapp 🔥
https://wa.me/601160974951

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

SINGAPURA 16/12/2024.

Kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal rakyat Malaysia di Lebuhraya Seletar Expressway (SLE) menghala ke susur keluar Lebuhraya Bukit Timah Expressway (BKE).

Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.

Sumber ➡️ Farizatul Firdaus

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Lepas 10 das tembakan untuk cuba senjata

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Polis Thailand menahan dua lelaki warga Thailand yang disyaki melepaskan tembakan ke arah pos kawalan pasukan keselamatan di sempadan negara di Padang Besar, Perlis.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, kedua-dua suspek berusia 21 dan 28 tahun terbabit ditahan di Songkhla, Thailand, pada Jumaat lalu.

Beliau berkata, kejadian melepaskan tembakan berlaku pada 10.28 pagi Khamis lalu ketika dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalankan rondaan berhampiran pos kawalan keselamatan sempadan berkenaan.

"Anggota bertugas terdengar beberapa das tembakan dari arah Thailand dan melihat kelibat dua lelaki menaiki sebuah motosikal di kawasan negara jiran itu.

"Mereka kemudian segera memaklumkan kejadian kepada pasukan untuk bantuan sebelum suspek dilihat beredar.

"Kedua-dua anggota juga tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada Harian Metro.

Susulan insiden itu, Razarudin berkata, sepasukan polis menjalankan siasatan dan pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati dua suspek warga Thailand itu disyaki datang dari arah kebun getah dengan menaiki motosikal.

Beliau berkata, suspek memberhentikan motosikal sebelum mengeluarkan senjata jenis pistol automatik dan melepaskan kira-kira 10 das tembakan ke arah Malaysia.

Katanya, suspek kemudian dilihat mengutip kelongsong peluru sebelum beredar menggunakan laluan sama disyaki ke dalam kebun getah.

Menurut Razarudin, siasatan dijalankan disalurkan kepada Polis Thailand yang kemudian menahan kedua-dua suspek di sebuah premis di Songkhla, pada 10.40 pagi (waktu Malaysia), sehari selepas kejadian.

"Hasil soal siasat, suspek mendakwa meminjam senjata itu daripada seorang rakan.

"Mereka mengaku melepaskan tembakan ke arah Malaysia untuk mencuba senjata berkenaan.

"Senjata itu sudah dipulangkan semula kepada rakan selepas kejadian," katanya.

Katanya, Polis Thailand kini sedang giat mengesan rakan suspek yang juga pemilik senjata untuk siasatan lanjut.

Disiarkan pada: Disember 16, 2024 @ 10:16pm
Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kemalangan luar negara

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kemalangan di Nigeria

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Bukti lelaki itu simple...

Video tular di media sosial

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

SALAM JABATAN BOMBA BERPRESTASI TINGGI CEPAT DAN MESRA

*Nama Operasi* KEBAKARAN RUMAH
*Tarikh:* 16/12/2024
*Masa:* 06:52:16
*Balai Tindakan:* BBP KOTA TINGGI
*Alamat:* JALAN SS 6/11 TAMAN SERI SAUJANA KOTA TINGGI JOHOR

*Komander Operasi:* PBK I KUP MOHD RAFI BIN MOHD NOR.

*Keanggotaan:-*
JBPM
i. BBP Kota Tinggi: 8 ORG
ii. Pegawai zon2:-
Logistik :-
JBPM:-
FRT J1 -50
EMRS J2-06

*Maklumat Kejadian:*
SETIBANYA PASUKAN KELUARAN OPERASI DI TEMPAT KEJADIAN BENAR BERLAKU KEBAKARAN RUMAH TERES BERUKURAN 20 KAKI LEBAR X 70 KAKI PANJANG X 15 KAKI TINGGI.KEBAKARAN HANYA MELIBATKAN SEBUAH BILIK TIDUR BERUKURAN 10 KAKI PANJANG X 10 KAKI LEBAR X 15 KAKI TINGGI.API KETIKA ITU SEDANG MARAK MEMBAKAR DI DALAM BILIK TERSEBUT. KEBAKARAN 30% DARI KESELURUHAN RUMAH. KESEMUA PENGHUNI SELAMAT SEMASA KEJADIAN.

*TINDAKAN OPERASI*
KETUA OPERASI MEMBUAT SIZE UP DGN MENERAPKAN KONSEP RECEO MENGARAHKAN PKO MENGAWAL DAN MEMADAM KEBAKARAN MENGGUNAKAN 1 ALIRAN HOS 100 KAKI 1 NOZEL PAM JENTERA BOMBA BEKALAN AIR DARI PILI BOMBA BERHAMPIRAN. SETELAH API DAPAT DIPADAMKAN SEPENUHNYA DAN DIPASTIKAN KEADAAN SELAMAT PKO LAPOR OPERASI TAMAT DAN BALIK KE BALAI.

SEKIAN TERIMA KASIH.

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

HIBAH GERENTI LULUS
Zurich Takaful ada Hibah Takaful untuk yang dah ada penyakit atau obesiti etc, boleh cover hingga umur 80 tahun.

Rebate sebulan untuk pembayaran yang Bagus dan Rebate 2 bulan untuk bayaran Tahunan

SEMUA boleh apply untuk coverage dari RM 50,000 ~ RM 300,000 termasuk :
✅ Yang diuji dgn critical illness (kanser, strok, jantung, kidney, dialysis etc)
✅ Yang dah ada kecacatan fizikal/mental dan OKU
(Major Depression, Celebral Palsy etc)
✅ Yang penyakit berangkai (darah tinggi, kencing manis, gout etc)
✅ Yang badan obes BMI lebih 35 dan ke atas
✅ Yang sudah Total Disabled (TPD) or bed ridden
✅ Yang wujud keadaan sejak lahir (Autisme, ADHD, Sindrom Down etc)
✅ Yang ada HIV, AIDS atau pengunaan dadah
✅ Yang kerja bahaya (bomba, ambulan, polis etc)

Coverage Kemalangan .
Terus cover dan 200% coverge dari perlindungan Asas.

TEMPOH MENUNGGU hanya 2 tahun sahaja bagi yang mempunyai penyakit kritikal.

*OKU boleh ambil*

*Bukan Medical Card ,Medical tak akan cover sakit sedia ada*

*Peluang Terakhir untuk ada plan Hibah yang coverage Tinggi*


Mempunyai pilihan plan Hibah + Saving jika sudah sakit.

Kalau sihat plan lain ya.

Sapa-sapa yang perlu atau kenal sapa-sapa yang sakit dan perlu HIBAH, better GRAB PELUANG ni...
At least ada SESUATU boleh kita bantu usahakan.

Norlia
www.wasap.my/601151517719/Alsham

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Penternak rugi RM300,000, sangkar ikan dihanyut arus deras Sungai Pahang

TEMERLOH, PAHANG - Penternak kerugian kira-kira RM300,000 selepas 40 sangkar ikan dan rumah rakit di Kampung Tanjung Batu di sini dihanyutkan arus deras Sungai Pahang pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, hampir 80,000 ikan pelbagai jenis antaranya patin, lampam, baung, kerai dan kelah dihanyutkan kira-kira 10 kilometer.

Salah seorang pemilik sangkar, Mohd Safi Derahman, 34 berkata, kejadian itu pertama kali dihadapi mereka sejak mengusahakan sangkar tersebut pada 2009.

Menurutnya, ketika kejadian terdapat tiga individu di kawasan sangkar itu dan keadaan kelam kabut sebelum beberapa tali yang diikat terputus dan sangkar dihanyutkan.

"Kejadian berlaku sekelip mata, mengejutkan dan terpaksa biarkan sebelum mengejar sangkar yang hanyut.

"Ini kejadian kali pertama berlaku sangkar hanyut dan arus sungai memang deras ketika itu walaupun dalam keadaan cuaca baik," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Jumaat.

Jelasnya, ikan-ikan yang terdapat dalam sangkar dihanyutkan itu kebanyakannya sudah matang dan sedia untuk dijual.

Ujar Mohd Safi, sangkar-sangkar itu kini berada di Kampung Lebak selepas berjaya diselamatkan oleh beberapa pengusaha lain di Kampung Pangsenam dan Kampung Lebak Seberang.

"Kami memang berterima kasih dan sangat menghargai bantuan berharga yang diberikan mereka, sangat bersyukur," jelasnya mengakui sedih dengan kejadian tersebut.

Tambahnya, buat masa ini, usaha mengalihkan ikan-ikan tersebut sedang giat dilakukan.

"Sangkar-sangkar ini pula akan dialihkan selepas air, arus surut dan akan mengambil lebih banyak langkah keselamatan serta berjaga-jaga untuk mengelakkan kejadian sama berulang selepas ini," katanya.

Sumber: Sinar Harian
Oleh: ROSILAWATI ROSEDIROSILAWATI ROSEDI
14 Disember 2024
Video/Gambar: Media Sosial

#sinarharian
#everyone
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

21 tinggal sehelai sepinggang, 7 rumah terbakar

16 Disember 2024, 10:24pm

GEORGE TOWN: Tujuh rumah di Estet Hong Seng, Jalan Mount Erskine di sini, musnah dalam kebakaran kira-kira jam 6 petang tadi.

Kejadian itu menyebabkan 21 mangsa daripada tujuh keluarga tinggal sehelai sepinggang susulan kebakaran itu.

Komander Operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal Mohd Nazril Hisyam Napiah​ berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.40 petang.

Seramai 25 anggota ke lokasi sebaik panggilan diterima dengan dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran.

“Ketika hampir tiba di lokasi, didapati laluan masuk ke tempat kejadian agak sempit dan berikutan itu pergerakan jentera bomba menjadi perlahan.

“Pasukan penyelamat mengambil masa selama kurang 20 minit bagi mengawal api daripada merebak,” katanya ketika ditemui di lokasi.

Mengulas lanjut beliau berkata, api perlu dikawal dengan pantas berikutan kedudukan rumah yang dalam keadaan rapat antara satu sama lain.

“Kebakaran tidak membabitkan mangsa. Kesemua penghuni di rumah terbabit sempat menyelamatkan diri sebaik menyedari kebakaran,” katanya lagi.

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid yang turut berada di lokasi berkata kebakaran itu membabitkan 21 mangsa dan kini pihaknya sedang mengambil maklumat.

“Kebanyakan mangsa kini tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan barangan termasuk dokumen pengenalan diri.

“Pada masa ini, kami berusaha bagi menentukan bantuan kilat termasuk tempat tinggal sementara kepada mangsa,” katanya.

Artikel Buletin Tv3

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

𝐒𝐈𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍

‼️𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗛𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚‼️

𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 : 𝐎𝐇 𝐓𝐄𝐋𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐈 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓, 𝐑𝐈𝐁𝐔𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐇𝐀𝐑𝐄.𝐒𝐄𝐌𝐎𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐁𝐀𝐋𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍

"𝙋𝙤𝙡𝙞𝙨 𝙙𝙖𝙣 𝙈𝙖𝙨𝙮𝙖𝙧𝙖𝙠𝙖𝙩 𝘽𝙚𝙧𝙥𝙞𝙨𝙖𝙝 𝙏𝙞𝙖𝙙𝙖"

#IPDKuantan
#PolisDanMasyarakatBerpisahTiada
#PolisKuantanSediaDemiKesejahteraanBandarayaKuantan

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Mayat hampir reput ditemui dalam longkang, seorang lelaki ditahan

SHAH ALAM - Polis mengesahkan menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki terlibat dalam kes bunuh di Jalan Setia Raja, Kuching, Sarawak.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, lelaki berusia 23 tahun itu diberkas pada Sabtu.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, pihak polis menemukan mayat yang hampir reput di kawasan longkang Jalan Setia Raja.

"Proses mengenal pasti identiti mayat serta bedah siasat akan dilakukan bagi membantu siasatan.

"Permohonan reman ke atas suspek telah diperoleh selama tujuh hari sehingga Ahad," katanya dalam satu kenyataan.

Kata beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih kerana ia boleh mengganggu siasatan dijalankan.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

"Mereka juga boleh menghubungi pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di talian 082-24444 atau pegawai penyiasat kanan jenayah, Asisten Komisioner Tan Kian Kok di talian 010-5661576," ujarnya

MOHAMAD HISYAMUDDIN AYUB
16 Disember 2024 11:57pm

Artikel ➡️ Sinar Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

MAKLUMAN AWAM

Mulai 1 Januari 2025, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengenakan caj bayaran kepada bukan warganegara bagi penggunaan perkhidmatan bas GOKL di Laluan 05 (Jingga), Laluan 06 (Merah Jambu) dan Laluan 08 (Merah Manggis).

Laluan 05 (Jingga) melibatkan laluan Hab Titiwangsa ke MINDEF, Laluan 06 (Merah Jambu) melibatkan laluan Stesen LRT Universiti ke PPR Seri Pantai dan Laluan 08 (Merah Manggis) melibatkan laluan Stesen KTM/MRT Kampung Batu ke Chow Kit.

Bagi warganegara Malaysia, sila daftar menggunakan MyKad yang mempunyai sistem Touch 'n Go untuk menikmati perkhidmatan bas GOKL secara percuma.

Perkhidmatan bas GOKL kekal percuma untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dan tidak memerlukan sebarang pendaftaran.

#KLBandarUntukSemua
#klcityforall
#klberdayahuni
#liveableloveablekl
#cintaikl
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Warga emas maut dihempap pokok di Bentong

.

BENTONG – Seorang lelaki warga emas maut selepas dihempap pokok manggis di kebunnya di Batu 1, Jalan Tras di sini hari ini.

Mangsa, Lee Pik Chee, 67, yang beralamat di Taman Bukit Chamang di sini disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.23 petang sebelum sepasukan lapan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bentong bergegas ke tempat kejadian dengan menaiki dua buah jentera.

“Pasukan bomba menaiki kenderaan trak pikap ke lokasi kejadian berikutan tiada akses jentera bomba.
Kemudian pasukan berjalan kaki lebih kurang 1.5 kilometer ke lokasi mangsa berada.

“Sebaik tiba, anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa di bawah pokok dengan memotong bahagian pokok dengan gergaji berantai,” katanya di sini hari ini

Beliau berkata, mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Artikel KOSMO! ONLINE

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Warga emas nyaris lemas di Sungai Kelantan diselamatkan orang awam

HAZELEN LIANA KAMARUDINHAZELEN LIANA KAMARUDIN
16 Disember 2024 05:41pm

KOTA BHARU - Seorang warga emas dipercayai hampir lemas di Sungai Kelantan di sini berjaya diselamatkan orang awam yang berada berhampiran lokasi kejadian pada Isnin.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darulnaim, Pegawai Bomba Kanan II, Ramli Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pada jam 2.57 petang.

"Hasil siasatan awal dan juga maklumat orang ramai, wanita terbabit dianggarkan berusia sekitar 75 hingga 80 tahun serta berkemungkinan nyanyuk berdasarkan kepada kelakuannya.

"Semasa kejadian warga emas itu dipercayai telah melangkah pagar yang terdapat pada laluan pejalan kaki di tepi Sungai Kelantan, sebelum ditemukan terkapai-kapai di dalam sungai," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi.

Menurutnya, orang awam yang berada di kawasan tersebut telah membantu membawa wanita itu naik ke atas tebing dan dia berjaya diselamatkan.

Ujarnya, warga emas itu berada dalam keadaan tidak bermaya serta hanya mendiamkan diri.

Ramli memberitahu, semasa beliau serta anggota tiba di lokasi didapati suami wanita terbabit juga berada di lokasi kejadian.

"Kes ini kami telah serahkan kepada pihak polis dan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel Sinar Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Proton lancar e.MAS 7, tawar rebat RM4,000 untuk 3,000 pembeli pertama

Kredit ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

2 lelaki Thailand lepas tembakan berhampiran pagar sempadan ditahan

Padang Besar: Dua lelaki warga Thailand ditahan polis negara itu selepas melepaskan tembakan ke udara di Sadao, Thailand tidak jauh dari pagar keselamatan sempadan Malaysia-Thailand, di sini.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di kawasan berkenaan, kejadian dipercayai berlaku pada Khamis lalu.

Kedua-dua lelaki dalam lingkungan 20-an itu didapati melepaskan beberapa das tembakan berdekatan pagar keselamatan.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, kejadian berlaku di kawasan Thailand dan bukannya Malaysia.

Menurutnya, tembakan itu tidak menyasarkan pergerakan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara yang bertugas di sekitar laluan keselamatan sempadan itu.

"Berdasarkan maklumat diterima daripada polis Thailand, kedua-dua suspek itu dipercayai datang dari Danok, Thailand.

"Sebelum itu, mereka berada di rumah sewa di kawasan berkenaan untuk bertemu seorang rakan.

"Rakan suspek menunjukkan beberapa pucuk pistol dan suspek kemudian ke pagar berhampiran sempadan Malaysia-Thailan ingin menguji senjata itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, jarak antara lokasi kejadian dengan pagar keselamatan sempadan Malaysia-Thailand sekitar satu kilometer.

"Suspek didapati melepaskan tembakan ke udara dan tidak menyasarkan sesiapa.

"Kita bekerjasama dengan rakan kita di Thailand dan mendapati suspek sudah ditahan serta pistol dirampas.

"Siasatan dijalankan oleh polis Thailand dan tindakan juga akan diambil di bawah undang-undang Thailand," katanya memaklumkan kejadian tidak membabitkan sebarang kecederaan.

"Saya ingin tegaskan bahawa keselamatan negara di kawasan sempadan Malaysia-Thailand terutama di kawasan Padang Besar masih terkawal dengan penugasan anggota kita serta PGA pada setiap masa," katanya.

Sebelum ini tular di media sosial kelibat dua lelaki dipercayai warga Thailand melepaskan tembakan berhampiran pagar sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar yang menimbulkan kegusaran orang ramai terhadap keselamatan anggota keselamatan negara yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand di Perlis.

Pada 24 November 2020, seorang anggota PGA Briged Utara yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand, Padang Besar, maut sementara rakannya parah selepas dipercayai ditembak oleh penyeludup yang berada di kawasan berkenaan.

Disiarkan pada: Disember 16, 2024 @ 9:28pm
Aizat Sharif
am@hmetro.com.my

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

*TAWARAN PINJAMAN KWSP*
-Anda berumur 53/54/55/59/60tahun.
-Dah tak bekerja atau masih bekerja
-Mempunyai simpanan dalam akaun *KWSP* anda.
-Ade masalah dengan 𝑩𝑳𝑨𝑪𝑲𝑳𝑰𝑺𝑻 pastu ade sangkut 𝑨𝑲𝑷𝑲 dialukan.
-Menetap die Semenanjung Malaysia.

*TAHNIAH ANDA YG KAMI CARI*
Untuk mohon *pinjaman kwsp*
Yang berkonsepkan *pinjam hari ini bayar masa umur 55@60 tahun nanti* 😍

*Jangan Risau*
Bukan cagar KWSP anda ya!
💯 Selamat.
*Bayaran tanggungjawab sendiri*

Bagaimana untuk mohon anda hanya perlu klick link dibawah

http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

📢 TAWARAN HEBAT UNTUK PEMINAT NETFLIX! 🎉

Hi semua ahli Info Semasa! 🌟 Saya bawakan tawaran TERBAIK untuk anda – Netflix Private Profile yang 100% sah, halal, dan original! Bukan akaun hack atau crack, ini akaun rasmi dengan harga mampu milik!

✨ Hanya RM10/Profile! Ya, RM10 je untuk pengalaman Netflix Premium tanpa gangguan!

Apa yang anda akan dapat?👇

✅ 1 Profile untuk 1 User – Eksklusif untuk anda, privasi terjamin!
✅ Private Profile + PIN Sendiri 📌 – Boleh tetapkan PIN untuk profil anda.
✅ Akses Semua Peranti – TV, Telefon, PC, PS, iPhone, Android – semuanya boleh guna!
✅ Plan Premium 4K UltraHD – Nikmati tontonan berkualiti tinggi, seperti di panggung wayang.
✅ 10,000++ Filem & 1,000++ Drama – Pilihan hiburan tanpa had! 🎬
✅ 1 Akaun, 2 Login – Boleh login di 2 peranti, tapi tonton hanya di 1 peranti pada satu masa.
✅ No Screen Limit Issue – Bebas tonton tanpa sekatan skrin.
✅ Fast Setup 💨 – Akaun disiapkan dalam masa singkat, ready to go!
✅ Sangat Stabil – Akaun original, tiada masalah, hanya keseronokan menonton.
✅ Full Warranty 💯 – Jaminan penuh untuk kepuasan hati anda.

💥 Kenapa bayar lebih kalau boleh dapat dengan harga hanya RM10?
👉🏻 Akaun sah & original.
👉🏻 Tonton dengan tenang tanpa sekatan atau masalah.

🏠 Ada Masalah dengan Netflix Household? Tak Perlu Risau!
Jika anda mengalami masalah dengan Netflix Household, anda boleh akses kod secara terus di website kami 24 jam. Tak perlu tunggu, sistem automatik kami berfungsi sepanjang masa!

🌟 Jadi Reseller Juga! 🌟
Jika anda berminat untuk menjadi reseller, boleh join dengan harga serendah RM10 dan dapatkan panduannya sepenuhnya! Semua yang anda perlukan untuk mulakan bisnes, saya akan guide dari A to Z.

📩 PM SEKARANG untuk lock tawaran ni dan dapatkan panduan reseller. Jangan tunggu lama-lama, tawaran terhad! 🚀

📌 Hanya RM10/Profile – PROMOSI TERHAD! Jangan lepaskan peluang ini!

Hubungi Kami Sekarang!
📱 WhatsApp: https://shorturl.at/nWv8s
📱 Telegram: @vexorcorner

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

𝐊𝐄𝐌𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐔𝐓..!!!

𝐀𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓:𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈

𝐁𝐀𝐋𝐀𝐈 𝐁𝐎𝐌𝐁𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐆𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐄𝐓𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐓𝐎𝐍 𝐖𝐈𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐀𝐇 𝐌𝐎𝐓𝐎𝐑𝐒𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐌𝐎𝐃𝐄𝐍𝐀𝐒  𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐌𝐄𝐑𝐒𝟗𝟗𝟗.𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐋𝐏𝐇𝐀 𝐃𝐈𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀𝐈 𝐏𝐁𝐊 𝐈𝐈 𝐈𝐁𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝟖 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐆𝐄𝐆𝐀𝐒 𝐊𝐄 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐃𝐈𝐀𝐍.𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐌𝐏𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐑𝐄𝐓𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐂𝐄𝐃𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐈𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐎𝐌𝐁𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐈𝐇𝐀𝐊 𝐊𝐊𝐌 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐌𝐀𝐍𝐀𝐊𝐀𝐋𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐎𝐍𝐂𝐄𝐍𝐆 𝐌𝐎𝐓𝐎𝐑𝐒𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀𝐋 𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝐃𝐈𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐃𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐒𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐈𝐇𝐀𝐊 𝐊𝐊𝐌 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈.

𝐏/𝐒 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐔𝐂𝐀𝐏𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓,𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐓𝐈-𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐃𝐈 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐀𝐌𝐏𝐔 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐔𝐁𝐀𝐇𝐍𝐘𝐀.

#bombakotatinggi
#bombajohor
#bombamalaysia
#BombaTheBest
#MalaysiaMadani
#KPKT
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Penunggang maut motosikal rempuh kereta

KOTA TINGGI – Seorang penunggang meninggal dunia selepas motosikal ditunggang hilang kawalan dan bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 53 Jalan Johor Bahru-Mersing di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 2.45 petang itu mengakibatkan penunggang motosikal jenis Kriss Modenas, Saw Jut Maung yang berusia 22 tahun terkorban.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kemalangan berlaku apabila motosikal mangsa yang datang dari arah Johor Bahru telah hilang kawalan.

“Motosikal berkenaan kemudian masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar sebuah kereta Proton Persona secara berdepan yang dipandu individu berusia 40 tahun.

“Penunggang motosikal tersebut mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi manakala pemandu kereta tersebut pula tidak sebarang mengalami kecederaan.

Beliau memberitahu, kemalangan tersebut melibatkan warga tempatan dan warganegara asing.

Ujarnya, kes masih lagi dalam siasatan dan disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan penjara lima tahun dan denda RM2,000 hingga RM50,000 serta hilang kelayakan memegang lesen memandu tidak kurang lima tahun.

Yusof menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang di jalan raya dan sebarang maklumat bagi membantu sisatan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Zamiruddin Yaakob 011-39105277.- MalaysiaGazette

Oleh Zulhisham Isahak - 16 December 2024

Artikel ➡️ Malaysia Gazzette

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…
Subscribe to a channel