Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Suspek samun bersenjata ditahan tak sampai 4 jam laporan dibuat
Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR
15 Disember 2024, 6:57 pm
Antara barangan suspek yang dirampas pihak polis di Taiping, semalam. - Foto IHSAN POLIS DIRAJA MALAYSIA
TAIPING – Seorang lelaki berusia 20 tahun yang disyaki menyamun menggunakan senjata sebuah farmasi di sini, semalam ditahan pihak berkuasa tidak sampai empat jam selepas polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, pada pukul 10.27 malam, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang perempuan mengenai kejadian samun tersebut yang bersenjatakan pisau.
“Mangsa dalam kes ini merupakan seorang perempuan Melayu berumur 28 tahun yang bekerja sebagai pembantu farmasi semasa kejadian. Dia telah diacu pisau dan dipaksa mengeluarkan wang tunai di dalam mesin kaunter.
“Akibat ketakutan dan bimbang keselamatan diri, mangsa telah menyerahkan sejumlah wang tunai kepada suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping telah menjalankan risikan dan mendapat maklumat terhadap suspek.
“Hasil tindakan pantas, suspek seorang lelaki India berumur 20 tahun telah berjaya ditangkap dalam tempoh kurang empat jam selepas laporan polis diterima bersama sebilah pisau dan wang tunai hasil samun yang masih belum sempat digunakan.
“Semakan rekod ke atas suspek mendapati, dia mempunyai dua rekod jenayah samun lampau. Kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang mana boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan juga denda atau sebar,” katanya.
Mohamad Nasir berkata, suspek diarah menjalani perintah penahanan reman selama enam hari bermula hari ini sehingga 20 Disember depan oleh Majistret Taiping. – KOSMO! ONLINE
#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial
NEGERI SEMBILAN 16/12/2024.
Kemalangan di Bukit Putus pagi ini.
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
Sumber ➡️ N9RADAR
#infosemasa
@infosemasaofficial
Assalam,
Tengahari tadi adik ipar saya dilanggar lari oleh kereta Mercs berplat nombor AMG 1936 di SPE Highway dan sekarang adik ipar saya di kecemasan HKL.
Kami dapat makluman yang kereta Merc AMG 1936 ni terbakar di Tol Wangsa Maju selepas hit and run adik ipar saya. served him right mafaka!
Kalau ada sesiapa info owner AMG 1936 mohon DM atau PM saya ya. Laporan polis juga telah dibuat. Saja nak kenal siapa owner yang pussy hit and run ni.
https://www.facebook.com/share/p/1AuXuSzxnF/?mibextid=oFDknk
#infosemasa
@infosemasaofficial
Penunggang motosikal maut dilanggar lari
IPOH - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kenderaan dipercayai kereta dalam kejadian di Jalan Kuala Kangsar berhampiran Taman Klebang Jaya di sini pada Ahad.
Kejadian sekitar jam 3.30 pagi itu mengorbankan mangsa berusia 33 tahun akibat kecederaan parah di kepala dan leher.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan terlibat dipercayai hilang kawalan.
"Kenderaan tersebut telah memasuki laluan bertentangan lalu merempuh mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125 ZR dari arah Klebang menuju bandar Ipoh.
"Akibat kemalangan itu, mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.
Polis meminta orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Edwin Tang di talian 016-5506863 atau hadir ke balai polis berhampiran.
NOOR AINON MOHAMED
15 Disember 2024 03:38pm
Kredit ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Rakaman kamera papan pemuka kemalangan melibatkan kereta terbabas ke dalam sungai di Jambatan Sungai Durian, Kuala Krai.
Artikel berkaitan ⬇️
/channel/infosemasaofficial/250311?single
#infosemasa
@infosemasaofficial
Rakaman kamera litar tertutup kemalangan basikal.
Video ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
📢 TAWARAN HEBAT UNTUK PEMINAT NETFLIX! 🎉
Hi semua ahli Info Semasa! 🌟 Saya bawakan tawaran TERBAIK untuk anda – Netflix Private Profile yang 100% sah, halal, dan original! Bukan akaun hack atau crack, ini akaun rasmi dengan harga mampu milik!
✨ Hanya RM10/Profile! Ya, RM10 je untuk pengalaman Netflix Premium tanpa gangguan!
Apa yang anda akan dapat?👇
✅ 1 Profile untuk 1 User – Eksklusif untuk anda, privasi terjamin!
✅ Private Profile + PIN Sendiri 📌 – Boleh tetapkan PIN untuk profil anda.
✅ Akses Semua Peranti – TV, Telefon, PC, PS, iPhone, Android – semuanya boleh guna!
✅ Plan Premium 4K UltraHD – Nikmati tontonan berkualiti tinggi, seperti di panggung wayang.
✅ 10,000++ Filem & 1,000++ Drama – Pilihan hiburan tanpa had! 🎬
✅ 1 Akaun, 2 Login – Boleh login di 2 peranti, tapi tonton hanya di 1 peranti pada satu masa.
✅ No Screen Limit Issue – Bebas tonton tanpa sekatan skrin.
✅ Fast Setup 💨 – Akaun disiapkan dalam masa singkat, ready to go!
✅ Sangat Stabil – Akaun original, tiada masalah, hanya keseronokan menonton.
✅ Full Warranty 💯 – Jaminan penuh untuk kepuasan hati anda.
💥 Kenapa bayar lebih kalau boleh dapat dengan harga hanya RM10?
👉🏻 Akaun sah & original.
👉🏻 Tonton dengan tenang tanpa sekatan atau masalah.
🏠 Ada Masalah dengan Netflix Household? Tak Perlu Risau!
Jika anda mengalami masalah dengan Netflix Household, anda boleh akses kod secara terus di website kami 24 jam. Tak perlu tunggu, sistem automatik kami berfungsi sepanjang masa!
🌟 Jadi Reseller Juga! 🌟
Jika anda berminat untuk menjadi reseller, boleh join dengan harga serendah RM10 dan dapatkan panduannya sepenuhnya! Semua yang anda perlukan untuk mulakan bisnes, saya akan guide dari A to Z.
📩 PM SEKARANG untuk lock tawaran ni dan dapatkan panduan reseller. Jangan tunggu lama-lama, tawaran terhad! 🚀
📌 Hanya RM10/Profile – PROMOSI TERHAD! Jangan lepaskan peluang ini!
Hubungi Kami Sekarang!
📱 WhatsApp: https://shorturl.at/nWv8s
📱 Telegram: @vexorcorner
Mereka tidak akan ditimpa sebarang fitnah selamanya, lantas mereka akan menakluki Konstantinopel." (Riwayat Muslim)
Hadis ini jelas menyatakan A'maq atau Dabiq merupakan tempat pertempuran besar (al-malhamah al-kubra) antara tentera Islam dengan tentera kafir. Dalam sebuah riwayat sahih menyebutkan, golongan kafir tersebut akan mengerahkan 80 pasukan tentera yang setiap satu pasukan terdiri daripada 10,000 perajurit, sebagaimana disebut dalam riwayat Ahmad. Manakala dalam riwayat al-Bukhari disebut 12,000 perajurit. Ini bererti jumlah kekuatan mereka cukup besar antara 800,000 hingga 960,000 orang! Semoga Allah SWT memberikan kekuatan buat umat Islam bagi menghadapi segala bala dan fitnah akhir zaman yang begitu dahsyat.
Penulis Ketua Unit Hadis di Institut Kajian Hadis & Akidah (Inhad), Universiti Islam Selangor (UIS)
Dr Mohd Khafidz Soroni
Disiarkan pada: Disember 15, 2024 @ 7:00am
Kredit ➡️ Harian Metro
#infosemasaofficial
@infosemasaofficial
Pemandu terselamat, kereta terbakar di lebuhraya SPE
15 Disember 2024, 7:21pm
KUALA LUMPUR: Serang pemandu terselamat apabila kereta Mercedes Benz 450 yan dipandu terbakar di Kilometer 18 Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) dekat Plaza Tol Wangsa Maju di sini, hari ini.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kejadian 1.38 tengah hari.
Komander Operasi Nor Saiful Ibrahim berkata, sebuah jentera dengan kekuatan tujuh pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan.
“Setibanya pasukan di lokasi kejadian mendapati kebakaran membabitkan sebuah kereta.
“Kebakaran berlaku di bahagian enjin dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya 2.15 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kereta berkenaan musnah 100 peratus namun tiada mangsa terbabit.
Punca kebakaran masih dalam siasatan.
Artikel Buletin Tv3
#infosemasa
@infosemasaofficial
Detik cemas kereta terjunam sungai, lelaki diselamatkan orang awam
Kuala Krai: Berpantang maut sebelum ajal. Itu yang berlaku kepada seorang lelaki yang diselamatkan orang awam selepas kereta yang dipandunya terjunam ke dalam Sungai Durian, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan insiden itu pada jam 6.23 petang.
Katanya, ketika kejadian itu berlaku, difahamkan mangsa yang berusia 28 tahun memandu kereta Proton Exora dari arah Kota Bharu ke Kuala Krai.
"Setibanya di lokasi, kenderaan yang dipandu mangsa hilang kawalan sebelum terbabas lalu terjunam ke dalam sungai.
"Bagaimanapun, mangsa berjaya dikeluarkan penduduk setempat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai untuk pemeriksaan lanjut," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Durian, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Juniman Junoh berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 6.17 petang.
Disiarkan pada: Disember 15, 2024 @ 8:58pm
Hazira Ahmad Zaidi
am@hmetro.com.my
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
SIAPA NAK KAHWIN, TAG PASANGAN!!
Untung kan jadikan emas sebagai mas kahwin?
Makin lama simpan, makin tinggi nilai emas kita. Bila jual, berganda ganda untungnya.
Tapi ramai takut nak simpan emas sebab rasa emas mahal.
Tapi tahu tak, dengan akaun GAP Public Gold, tak perlu ada ribu ribu baru boleh beli emas..
RM100 pun da boleh beli emas.
Kelebihan kalau simpan emas melalui akaun GAP ni :
📌 Simpanan emas patuh syariah.
📌 Tiada komitmen bulanan, beli bila bila kita nak.
📌 Bila simpanan gram emas kita cukup, boleh keluarkan emas fizikal dari 1gram sampai 1kg bila bila masa.
📌 Kalau takut emas hilang, Public Gold akan simpankan secara percuma, takde upah atau caj simpanan.
Mudah kan?
Sekarang, siapa nak kahwin, yang dah bertahun kerja takde simpanan atau siapa yang nak gandakan simpanan, semua dah boleh menabung emas!
Nak mulakan simpanan emas?
Boleh whatsapp Puan Ciwa
http://www.wasap.my/60179034036/infosemasa
Kalau nak faham lebih jelas, baca story highlight dekat IG dia
https://www.instagram.com/ciwa_mua/
Ataupun follow telegram dia /channel/elmuemas
Lebih daripada 30 rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak terkorban dalam serangan udara Israel ke atas sebuah blok kediaman di kem pelarian Nuseirat.
Israel mendakwa serangan tersebut menyasarkan seorang anggota kanan Jihad Islam dan menuduh kumpulan itu menggunakan perisai manusia.
Sumber: Al Jazeera
#infosemasa
"Syuhada' yang sedang tidur"
Pembantaian rejim Zionis Israel mengakibatkan sejumlah wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa pengeboman beberapa buah rumah di bandar Gaza dalam beberapa jam terakhir ini, membunuh lebih daripada 13 orang yang syahid.
Sumber: Shehab Agency
Terj: Cinta Gaza Malaysia
#IsraelBacul #TaufanalAqsa
#infosemasa
Briged Al-Qassam, memuat naik video yang mendokumentasikan detik pejuangnya menyerang trak tentera musuh yang membawa sejumlah tentera Israel di barat kem pelarian Jabaliya di utara Semenanjung Gaza pada 9 Disember.
Briged Al-Qassam berkata dalam video itu bahawa mereka telah menyasarkan trak dan jentera tentera yang dipenuhi dengan tentera Israel berhampiran persimpangan komunikasi di barat Jabaliya.
Sumber: The Palestine Chronicles
Terj: Cinta Gaza Malaysia
#IsraelBacul #TaufanalAqsa
#infosemasa
Dua gadis Gaza kehilangan nyawa mereka dalam serangan udara rejim Zionis yang menyasarkan sebuah rumah di Jalan Al-Nafaq di Bandar Gaza.
Sumber: Quds News Network
Terj: Cinta Gaza Malaysia
#IsraelBacul #TaufanalAqsa
#infosemasa
Penunggang motosikal maut dilanggar lari
IPOH - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kenderaan dipercayai kereta dalam kejadian di Jalan Kuala Kangsar berhampiran Taman Klebang Jaya di sini pada Ahad.
Kejadian sekitar jam 3.30 pagi itu mengorbankan mangsa berusia 33 tahun akibat kecederaan parah di kepala dan leher.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan terlibat dipercayai hilang kawalan.
"Kenderaan tersebut telah memasuki laluan bertentangan lalu merempuh mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125 ZR dari arah Klebang menuju bandar Ipoh.
"Akibat kemalangan itu, mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.
Polis meminta orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Edwin Tang di talian 016-5506863 atau hadir ke balai polis berhampiran.
NOOR AINON MOHAMED
15 Disember 2024 03:38pm
- Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA SERTA SALAM MALAYSIA MADANI
JENIS INSIDEN: KEMALANGAN JALAN RAYA
TARIKH/MASA PANGGILAN: 15.12.2024
JAM 20:03:00
ALAMAT: JLN MERSING KOTA TINGGI, BERHAMPIRAN SIMPANG MASUK LADANG ARAMI JAYA
JARAK KE TEMPAT KEJADIAN (KM): 52 KM
MASA OPERASI TAMAT : 21:45:00
MANGSA: 5 ORANG
KEANGGOTAAN: BBP MERSING
KOMANDER OPERASI: PBK II ZAINUDDIN BIN AHMAD
CATATAN:
SETIBANYA PASUKAN KELUARAN OPERASI (PKO) DI TEMPAT KEJADIAN DIDAPATI BENAR BERLAKU KEMALANGAN JALAN RAYA MELIBATKAN 2 BUAH KENDERAAN IAITU SEBUAH KERETA JENIS TOYOTA VIOS DAN SEBUAH KERETA JENIS PROTON PERSONA. SEORANG MANGSA PEMANDU KERETA JENIS TOYOTA VIOS MENGALAMI KECEDERAAN TELAH DIKELUARKAN OLEH ORANG AWAM DAN DIBAWA KE HOSPITAL DENGAN MENAIKI AMBULANS KKM. TERDAPAT 2 ORANG MANGSA CEDERA DI DALAM KERETA JENIS PROTON PERSONA DIKELUARKAN OLEH ORANG AWAM DAN DIBAWA KE HOSPITAL MENAIKI AMBULAN KKM SEBELUM PKO TIBA MANAKALA 2 MANGSA DISAHKAN TELAH MENINGGAL DUNIA DI TEMPAT KEJADIAN OLEH PIHAK KKM DAN SERAHKAN KEPADA PIHAK POLIS UNTUK TINDAKAN SELANJUTNYA. PKO BERTINDAK MEMBERSIHKAN KESAN KEMALANGAN DENGAN MENGGUNAKAN 1 ALIRAN SALUR BANTU MULA DAN AIR TANGKI PAM JENTERA, SETERUNSYA JENTERA BERSAMA ANGGOTA LAPOR BERTOLAK BALIK KE BALAI.
MAKLUMAT MANGSA:
PROTON PERSONA
- 1 WARGA EMAS LELAKI - MENINGGAL DUNIA
- 1 WARGA EMAS PEREMPUAN - MENINGGAL DUNIA
- 1 LELAKI DEWASA - CEDERA
- 1 KANAK KANAK PEREMPUAN - CEDERA
TOYOTA VIOS
-1 LELAKI DEWASA- CEDERA
MAKLUMAT KEANGGOTAAN DAN LOGISTIK
JUMLAH ANGGOTA: 12 ANGGOTA
JENTERA: FRT-1, NAVARA-1
SEKIAN, TERIMA KASIH
Kredit ➡️ BBP MERSING
#infosemasa
@infosemasaofficial
Netflix Murah By Moksin Store 🔥
Netflix 4K HDR ✅
DISNEY HOTSTAR 4K ✅
PRIME VIDEO 4K✅
YOUTUBE PREMIUM ✅
SOOKATV 1080 FULLHD ✅
Anda peminat movie ?
Anda peminat sukan ?
Boleh cuba pakej yang tuan / puan minat di moksin store . Semua account original bukan account generate ataupun hack account , setiap pembelian dapat percuma 1 pakej mengikut pakej yang tuan / pun berminat . Account FULL warranty sekiranya berlaku masalah Ganti account baru ataupun Refund separuh harga mengikut perjanjian . Boleh pakai di handfone / tv / pc dan console syaratnya wajib pakai 1 device tidak boleh pakai double device .
✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR :
NETFLIX PRIVATE 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO 🔥
✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR : COMBO 5 BULAN RM60 NETFLIX , DISNEY HOTSTAR DAN FREE PRIME VIDEO + YOUTUBE MUSIC 🔥
✅PAKEJ DISNEY HOSTAR 4K :
✅DISNEY HOTSTAR PRIVATE 3 BULAN RM35 FREE PRIME VIDEO 🔥
✅DISNEY HOTSTAR PRIVATE 5 BULAN RM45 FREE PRIME VIDEO 🔥
PRIME VIDEO PAKEJ :
PRIME VIDEO 5 BULAN RM28 ✅
✅SOOKA TV PREMIUM 1080HD
SOOKA TV 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO 🔥
SOOKA TV 5 BULAN RM60 FREE PRIME VIDEO DAN YOUTUBE MUSIC 🔥
Waktu bekerja :
Jam : 8 pagi - 12 malam
Isnin sampai ahad kecuali hari jumaat cuti
Semua original account dan tiada trial jikalau berminat boleh tekan link whatsap di bawah ... 20 orang yang terawal sahaja dapat set combo !
Whatsapp 🔥
https://wa.me/601160974951
JOHOR 15/12/2024
Kemalangan melibatkan 2 buah kereta di Jalan Sungai Ara ke Tenggaroh, Mersing malam ini.
Menurut sumber awam, 3 maut dalam kejadian tersebut.
Sumber ➡️ KHI
#infosemasa
@infosemasaofficial
*TAWARAN PINJAMAN KWSP*
-Anda berumur 53/54/55/59/60tahun.
-Dah tak bekerja atau masih bekerja
-Mempunyai simpanan dalam akaun *KWSP* anda.
-Ade masalah dengan 𝑩𝑳𝑨𝑪𝑲𝑳𝑰𝑺𝑻 pastu ade sangkut 𝑨𝑲𝑷𝑲 dialukan.
-Menetap die Semenanjung Malaysia.
*TAHNIAH ANDA YG KAMI CARI*
Untuk mohon *pinjaman kwsp*
Yang berkonsepkan *pinjam hari ini bayar masa umur 55@60 tahun nanti* 😍
*Jangan Risau*
Bukan cagar KWSP anda ya!
💯 Selamat.
*Bayaran tanggungjawab sendiri*
Bagaimana untuk mohon anda hanya perlu klick link dibawah
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
JOHOR 15/12/2024
Kemalangan di Sungai Ara ke simpang Tenggaroh, Mersing malam ini.
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kejadian rompakan dikatakan dengan bersenjatakan lastik di Kota Belud, Sabah.
Sumber ➡️ The Brotherhood of Sabah Sarawak
#infosemasa
@infosemasaofficial
Syria dan hadis berkaitan akhir zaman
Ramai tidak menyangka rejim keluarga Assad yang berkuasa selama lebih kurang 53 tahun (1971-2024) akhirnya tumbang pada 8 Disember 2024 lalu. Namun, penulis tidak akan mengupas siapa di belakang siapa dan kekompleksan percaturan politik yang berlaku di Timur Tengah. Ini kerana perbincangan mengenainya pasti akan sampai ke titik kabur kerana masing-masing ingin dilihat bijak mengatur strategi dan bermain persepsi. Yang pasti tidak kabur ialah khabar yang diberitakan oleh Rasulullah SAW kepada umat Islam. Musuh boleh merancang dan menyusun langkah, yang menentukan hanyalah Allah SWT jua.
Barangkali sebelum ini ada yang melihat sebahagian hadis eskatologi kelihatan seolah-olah tidak menepati realiti yang berlaku. Namun, yakinlah bahawa apa yang dikhabarkan pasti akan tiba juga saatnya satu persatu, sama ada cepat atau lambat. Siapa menduga, pada hari ini kita melihat Dimasyq (sebutan Melayu: Damsyik) melaung takbir bebas daripada cengkaman sebuah rejim zalim. Laungan kebebasan yang mungkin tidak pernah didengarnya sejak lebih lima dekad lampau. Namun, itu bukanlah penamatnya. Episod perjuangan umat Islam di wilayah bergolak ini kelihatan masih panjang dan berliku.
Semoga pengalaman pahit dan getir yang dilalui mengajar mereka untuk menjadi lebih bijak, kuat dan berhemah tinggi. Ini kerana terdapat hadis yang mengisyaratkan mengenai kehebatan daya tempur mereka. Daripada Abu Hurairah RA katanya, "Rasulullah SAW bersabda: Jika berlaku peperangan-peperangan yang besar, maka Allah akan membangkitkan satu kumpulan daripada golongan al-mawali (golongan yang berjanji taat setia), mereka adalah orang Arab yang paling baik kudanya dan yang paling bagus senjatanya. Dengan merekalah Allah akan mengukuhkan agama ini." Dalam riwayat lain disebut: "…golongan al-mawali (golongan yang berjanji taat setia) itu dari Dimasyq." (Riwayat Ibnu Majah, Nu'aym bin Hammad dan al-Hakim, katanya: Sahih mengikut syarat al-Bukhari)
Selain Dimasyq, ada beberapa tempat lagi di Syria yang disebutkan oleh Nabi SAW dalam berbagai hadis eskatologi. Beberapa tempat ini bakal menjadi pentas penting bagi peristiwa akhir zaman. Antaranya ialah Ghutah yang akan menjadi kubu kuat umat Islam. Daripada Abu Darda' RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya pangkalan (kubu) kaum muslimin saat terjadinya peperangan besar (al-malhamah) berada di Ghutah, suatu tempat berhampiran sebuah kota yang dipanggil Dimasyq, antara kota terbaik wilayah Syam." Dalam riwayat lain disebut: "…tempat tinggal terbaik kaum muslimin pada masa itu." (Riwayat Abu Dawud, Ahmad, at-Tabarani dan al-Hakim, katanya: Sahih sanadnya)
Diriwayatkan daripada Jubair bin Nufair katanya, "Seorang lelaki daripada sahabat Nabi Muhammad SAW menceritakan kepada kami, bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Syam akan dibukakan untuk kamu sekalian, maka jika kamu diberi kebebasan untuk memilih tempat tinggal di dalamnya, maka hendaklah kamu pilih sebuah kota yang dipanggil Dimasyq. Sesungguhnya ia adalah benteng kaum muslimin daripada peperangan- peperangan yang dahsyat, dan pangkalannya pula terletak di suatu tempat yang dipanggil al-Ghutah." (Riwayat Ahmad dengan sanad daif)
Antara kota lain Syria yang disebut dalam hadis ialah A'maq atau Dabiq, iaitu nama dua buah tempat berdekatan Aleppo. Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan terjadi hari kiamat sehinggalah bangsa Rom akan turun berhimpun di A'maq atau Dabiq. Lalu, keluar menghadapi mereka sekelompok tentera dari Madinah, antara sebaik-baik penduduk bumi ketika itu. Maka tatkala mereka berhadapan, bangsa Rom berkata: 'Biarkanlah kami memerangi orang-orang yang mengambil tawanan daripada kami!' Namun, kaum muslimin menjawab: 'Tidak, demi Allah, kami tak akan membiarkan kalian memerangi saudara-saudara kami.' Maka, terjadilah peperangan antara mereka. Lalu ada sepertiga yang kalah namun Allah tidak akan mengampuni dosa mereka untuk selamanya, dan sepertiga lagi terbunuh sebagai sebaik-baik para syuhada' di sisi Allah, serta sepertiga lagi akan memperolehi kemenangan.
Wanita penghantar barang ditahan curi 'parcel'
Iskandar Puteri: Polis menahan seorang wanita penghantar barang kerana disyaki mencuri parcel (bungkusan) penduduk di sebuah apartmen di sini, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, laporan diterima daripada lelaki berusia 42 tahun pada 12.08 tengah malam, sebelum suspek wanita berusia 38 tahun itu ditahan di lokasi kejadian.
"Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau, dan ujian saringan awal air kencing menunjukkan negatif dadah.
"Polis turut merampas beberapa barang dipercayai hasil curi, termasuk dua botol micellar cleansing water, satu kotak tisu basah dan dua kotak losyen," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, suspek sudah direman lima hari bermula Khamis lalu hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Disiarkan pada: Disember 15, 2024 @ 7:51pm
Omar Ahmad
am@hmetro.com.my
Kredit ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Kuala Lumpur: Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya sudah mengenal pasti anggota berkenaan yang kini bertugas di dalam kawasan di ibu negara.
"Siasatan dimulakan walaupun polis tidak menerima laporan berhubung perkara itu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, tular satu hantaran menerusi media sosial Instagram oleh seorang wanita yang mendakwa seorang anggota polis menunjukkan isyarat lucah kepadanya, ketika wanita itu sedang mengambil gambar dalam satu protes mengenai hak asasi manusia di sini.
Wanita berkenaan turut mendakwa isyarat yang ditujukan kepadanya itu diulang beberapa kali oleh anggota polis terbabit bagi memastikan ia dapat dilihat.
Disiarkan pada: Disember 15, 2024 @ 7:56pm
Artikel ➡️ BERNAMA
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza
Laporan statistik harian berkenaan jumlah penduduk yang syahid dan cedera akibat serangan berterusan Israel ke atas semenanjung Gaza, hari ke-446.
▪️ Rejim Zionis melancarkan lima operasi pembunuhan beramai-ramai ke atas penduduk di semenanjung Gaza. Serangan hari ini telah mengakibatkan 46 penduduk syahid manakala 135 mangsa cedera dirawat di hospital dalam tempoh 24 jam yang lalu.
▪️ Sebilangan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan bergelimpangan di jalanan. Tekanan semakin meningkat apabila ambulans dan anggota pertahanan awam tidak dapat sampai kepada mangsa. Mereka tidak dapat sampai ke hospital sehingga kini.
▪️Angka mangsa serangan Israel telah meningkat kepada 44, 976 syuhada dan 106,759 mangsa yang cedera sejak 7 Oktober lalu.
15 Disember 2024
#infosemasa
Sementara seluruh dunia menikmati kehangatan, penduduk khemah di Gaza hidup dalam keadaan sejuk, beku, dan hujan yang menenggelamkan khemah dan harta benda mereka.
Sumber: Quds News Network
#infosemasa
SERVICE NAIKKAN FOLLOWERS , VIEW & LIKE DI TIKTOK 🫶🏻
3k view + 300 like
— rm 10 sahaja
20k view + 500 like
— rm 15 sahaja
50k view + 1k like
— rm 20 sahaja
80k view + 2k like
— rm 35 sahaja
250k view + 5k like
— rm 100 sahaja
800k view + 8k like
— rm 150 sahaja
FOLLOWERS 👇🏻
500 followers rm 25
1000 followers rm 30
2000 followers rm 55
3000 followers rm 80
5000 followers rm 100
10k followers rm 200
feedback @boostsocmedmurah
feedback @boostsocmedmurah
https://wa.me/60182242808?text=nakbeliservicetiktok
Seorang gadis Palestin meraung atas kehilangan bapa dan abangnya akibat pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera rejim Zionis yang menyasarkan Sekolah Majda Wesila, yang menempatkan penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di barat Kota Gaza.
Sumber: Eye On Palestine
Terj: Cinta Gaza Malaysia
#IsraelBacul #TaufanalAqsa
#infosemasa
Seramai 8 orang rakyat Palestin dilaporkan cedera parah akibat serangan udara rejim Zionis yang menyasarkan khemah orang awam di bandar Deir al-Balah, tengah Semenanjung Gaza.
Sumber: Quds News Network
Terj: Cinta Gaza Malaysia
#IsraelBacul #TaufanalAqsa
#infosemasa