dakwahpsychology | Unsorted

Telegram-канал dakwahpsychology - Dakwah Psychology

5647

"Kami pengsaiko Hati Jahiliah untuk pulang ke Jannah" - 21 | 11 | 2015 . . any inquiry / suggestion /counsel ; DakwahPsychology@gmail.com

Subscribe to a channel

Dakwah Psychology

Bersyukurlah atas apa sahaja kurniaan Allah kepada mu. Ibu-bapa, pasangan hidup, anak-anak, profesion dan lain-lain. Itulah syarat untuk ketenangan.

Jangan mengharap yang lain. Katakan pada hati, "inilah yang layak untuk ku. Allah Maha Tahu." Terimalah dengan hati terbuka dan jangan membandingkan dengan orang lain. Itu mengundang derita.
_______

Telegram | InstaGram | Twitter

💌 /channel/DakwahPsychology
💌 @DakwahPsychology
💌 @DakwahPsikologi

Читать полностью…

Dakwah Psychology

Semakin jauh hubungan suami isteri dengan Allah, maka jarak kamu antara suami isteri juga menjadi jauh. Semakin dekat hubungan suami isteri itu dengan Allah, maka jarak kamu antara suami isteri juga menjadi semakin dekat. Peliharalah hubungan kamu dengan Allah, tidak kira kamu sudah bernikah atau masih bujang.

(Dipetik daripada facebook Pencinta Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid)

_______

Telegram | InstaGram | Twitter

💌 /channel/DakwahPsychology
💌 @DakwahPsychology
💌 @DakwahPsikologi

Читать полностью…

Dakwah Psychology

Janganlah engkau bersedih terhadap apa yang telah terlepas daripada gengganmanmu.

Bisa jadi, jika engkau terus memilikinya, kesedihanmu itu akan menjadi lebih parah.

Maka, yakinlah bahawa segala apa yang terbaik untukmu itu ialah apa yang dikehendaki oleh Allah.

____________

Telegram | InstaGram | Twitter

💌 /channel/DakwahPsychology
💌 @DakwahPsychology
💌 @DakwahPsikologi

Читать полностью…

Dakwah Psychology

Jahat atau baik kita, solat jangan DITINGGALKAN.

Solat bukan kerana kita baik. Tapi kerana ia adalah salah satu perintah ALLAH.

Solat kita adalah lambang kehidupan kita.

Solatlah, kerana ALLAH menjanjikan rezeki, rahmat, kebahagiaan dan keberkatan hidup.

Muhasabah Diri

___________

Telegram | InstaGram | Twitter

💌 /channel/DakwahPsychology
💌 @DakwahPsychology
💌 @DakwahPsikologi

Читать полностью…

Dakwah Psychology

Ada yang diuji ketika mendaki. Ada yang diuji ketika di puncak. Di puncak udaranya nyaman, tapi melekakan.

Di bawah penuh lelah, perlu ketabahan. Inilah dunia dekat dan seketika. Di sini bukan syurga jauh tetapi selamanya.

-Pahrol Mohamad Juoi-

____________

Telegram | InstaGram | Twitter

💌 /channel/DakwahPsychology
💌 @DakwahPsychology
💌 @DakwahPsikologi

Читать полностью…

Dakwah Psychology

Yang mencari laptop secondhand boleh follow channel dekat atas ni 😊🌸

Читать полностью…

Dakwah Psychology

Ucapkanlah 'Jazakallahu khairan' ketika mana kamu dibantu orang.

Daripada Usamah bin Zaid radhiyallahu 'anhuma, Nabi SAW bersabda, "Barangsiapa yang telah mendapat kebaikan dari seseorang, lalu dia berkata kepada orang ter, "Jazakallahu Khairan" bererti dia telah sampai kepada darjat memujinya (yakni telah berterima kasih kepadanya dengan memujinya)."

; HR At Tirmidzi, An Nasa'i dan Ibnu Hibban

_______

Telegram | InstaGram | Twitter

💌 /channel/DakwahPsychology
💌 @DakwahPsychology
💌 @DakwahPsikologi

Читать полностью…

Dakwah Psychology

Tidak semua orang bertuah,
tidak semua orang memiliki apa yang dikehendaki,

Mungkin apa yang menjadi milik kita, tak secantik atau seindah milik orang lain,

Namun sekiranya kita bersyukur & tahu menghargai, percayalah itu adalah anugerah yang terindah buat kita.

_____________

Telegram | InstaGram | Twitter

💌 /channel/DakwahPsychology
💌 @DakwahPsychology
💌 @DakwahPsikologi

Читать полностью…

Dakwah Psychology

AL QURAN MEMBERI SYAFAAT BUAT PEMBACANYA
.
Bacalah Al-Quran walaupun 10 ayat sehari. Al-Quran itu pembantu di hari Qiamat. Kata Nabi sallallahu 'alaihi wasallam.
.
اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ
.
Aqra-ul qur'an fainnahu yakti yaumal qiamati shafi'an li ashabihi.
.
Maksudnya:.
Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya dihari Qiamat nanti ia akan datang untuk memberi syafaat buat ashabnya (pemiliknya-yakni pembaca dan pengamalnya).
[Riwayat Muslim no. 804]
.
Kenapa sekurang-kurangnya 10 ayat sehari? Kerana mengambil makna umum dalam hadith lain Nabi mengatakan siapa membaca sepuluh ayat, dia tidaklah dianggap Al-Ghafilin (orang yang lalai).
.
Mari luangkan sedikit masa kita untuk baca Al-Quran. Tak mampu 10 ayat, 1 ayat pun tak mengapa. Itu lebih baik dari tak baca langsung.
.
Moga Al-Quran jadi pembantu kita di hari Qiamat nanti. Kalau kita abaikan Al-Quran, diakhirat nanti saat kita susah, Al-Quran juga abaikan kita. Na'uzubillahi min zalik.
.
@DakwahPsychology
#dakwahpsychology #dakwahislam #dakwahmalaysia #dakwahanakmuda #dakwah #malaysia #brunei #indonesia #instagrammalaysia #instagram #iglawak #lawak #lawakmalaysia

Читать полностью…

Dakwah Psychology

Menghadapi Ujian Daripada Allah Dengan Redha dan Tenang.
.
Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.
.
Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah.
.
Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.
.
Hadapi setiap ujian yang mendatang dengan tenang...
.
Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

____________

Telegram | InstaGram | Twitter

💌 /channel/DakwahPsychology
💌 @DakwahPsychology
💌 @DakwahPsikologi

Читать полностью…

Dakwah Psychology

Keep Fighting for Islam ❤️
@DakwahPsychology

Читать полностью…

Dakwah Psychology

Ikhtilat

Pergaulan antara lelaki & perempuan mesti dijaga bukan hanya di Alam Nyata malah di Alam Maya juga.

Tips untuk menjaga ikhtilat di alam maya :

1. Tidak berhubung dengan berlainan jantina pada waktu malam . Limit kalau nak bincang perkara yg sangat penting sahaja jangan lebih pukul 10 malam. Lebih dari waktu itu tidak digalakkan. Ia bertujuan untuk menjaga batas pergaulan dan mengelakkan fitnah. Syaitan ni ada banyak cara untuk tarik kita untuk buat dosa. Cth : daripada chat biasa² akan mula chat sampai ke 2-3 pagi smpai borak perkara yang lagha. Ada yang sampai Voice/Video Call lama² sampai ke subuh. Akhirnya akan mula la timbul rasa suka dan akhirnya bercouple. Ni la salah satu punca kita terjebak dengan perkara seperti ini. Kalau boleh elakkan la berhubung dengan yang berlainan jantina pada waktu malam. Waktu siang pun tak dikecualikan juga, ikhtilat memang kena dijaga . Hanya chat bincang perkara yang penting sahaja bukan perkara yang lagha.
_______

Telegram | InstaGram | Twitter

💌 /channel/DakwahPsychology
💌 @DakwahPsychology
💌 @DakwahPsikologi

Читать полностью…

Dakwah Psychology

Tak semua yang bertudung labuh itu arif dalam bab agama, tahu semua hukum agama dan fasih bertutur perkara agama. Bahkan yang berniqab sekalipun, Tak semua.
Cuba ubah cara pemikiran kita.

Cumanya, mereka sedar bahawa menutup aurat itu adalah kewajipan.
Bukan sebab "dia alim dan aku tak alim".

Pakaian yang kita pakai sekarang tak akan menentukan kita alim atau tidak. Semua itu Allah sahaja yang tahu. Yang pasti Kita sudah tentu melaksanakan perintah Allah untuk menutup aurat dengan sempurna.
Alhamdulillah ucap tahniah pada diri.

_______

Telegram | InstaGram | Twitter

💌 /channel/DakwahPsychology
💌 @DakwahPsychology
💌 @DakwahPsikologi

Читать полностью…

Dakwah Psychology

bila-bila nak tengok isteri tayang aset kat orang lain. Buka sana sini macam anak dara tak ada mak bapak.

Saya sendiri pun ambil masa membentuk isteri.

Dan saya akui takkan mampu buat semua ini seorang diri. Untungnya saya sendiri dibentuk sebagai suami di RPWP. Lalu memudahkan saya melentur kembali isteri kepada aturan yang betul. Kerana adanya apitan dan gumpalan jemaah. Kita takkan mampu mengubah diri seorang diri. Kerana kekuatan itu datang secara kolektif. Isteri meminjam semangat suami. Suami dipinjamkan ilmu dan kekuatan melalui kefahaman dari jemaah.

Sebab itu suami kena solat berjemaah di Masjid. Lebih banyak pahala dan ganjarannya. Ada falsafah dan mesej besar di sebalik perintah mengimarahkan Masjid yang kita kena tahu.

Di sana ada imam dan makmum yang akan membantu suami memberi ilmu dan nasihat. Jadi pergi Masjid bukan nak solat dan hanya sembang politik sahaja. Masjid sebenar membicarakan isu qariah. Segala masalah anak cucu cicit kita semuanya dibincangkan di Masjid. Sebab itu kita dipanggil anak qariah. Khutbah Jumaat sepatutnya menyelesaikan isu tempatan. Memberi solusi kepada jemaah di dalam mukim kita. Itulah fungsi Masjid yang sudah hilang dari amalannya yang sebenar, peranan sebagai tempat rujukan. Jika berlaku masalah rumahtangga dalam sesebuah keluarga, sepatutnya rujuklah Imam dulu. Yang nikahkan kitakan Imam. Di situlah adanya WALI dan SAKSI yang sentiasa menyaksikan perjalanan perkahwinan kita. Masalah kita hari ini saksinya BERBAYAR, Imamnya BERUPAH. Lalu peranan Wali dan Saksi dalam rukun nikah hanyalah bersifat ritual. Masjid pula hanya jadi tempat solat. Sekarang bila dah ditutup masjid kerana Covid19, dengan peranan dan fungsinya pun hilang sekali. Kerana ia hanya menjadi tempat untuk kita melakukan ibadah ritual semata-mata. Hakikat pembinaan umat melalui institusi masjid sudah tidak difahami. Sebab itulah perkahwinan itu simbolik membina masjid.

Ok sikit saja lagi. Kalau boleh baca sampai sini korang memang hebat. Teruskan membaca sampai habis.

Suami-suami sekalian,

Allah bagi isteri untuk kita sebagai suami merasa satu nikmat bagaimana hendak mendidik, membentuk, membina dan mentadbir seorang wanita menjadi seorang MUSLIMAH SOLEHAH. Dari dia kita dapat merasa kasih sayang seorang isteri yang lahir hasil dari didikan kita sebagai suami.

Baik atau buruk hasilnya, redholah. Itulah batas kita sebagai seorang suami selama ini. Bagaimana mereka membalas didikan kita, bergantung kepada bagaimana kita telah membentuk mereka mengikut acuan ilmu yang kita miliki.

Hakikatnya kita adalah pakaian untuk isteri. Mereka juga adalah pakaian untuk kita dalam membina sebuah institusi keluarga dan syurga di dunia. Kita saling memerlukan. Saling melengkapi.

Kita sebagai suami jangan hanya sibuk kumpul keburukan isteri, carilah sebanyaknya kebaikan isteri. Hargailah kebaikan mereka. Kita sendiri kena cari segala kelemahan dan kekurangan kita, lalu islahkan. Dari situ kita kena perbanyakkan istigfar. Minta petunjuk dan cari pedoman untuk baiki segala kerosakan kita dalam membentuk isteri. Ingatlah, tiada siapa yang sempurna. Baik kita mahupun isteri.

Kenangilah jasa mereka. Antara kebaikan isteri yang tak boleh dijual beli adalah melahirkan zuriat kita. Bayangkan 9 bulan 10 hari mereka mengusung anak kita dalam perut. Jalan pun dah macam penguin. Nak pula waktu bersalin. Bukannya senang. Kalau terpaksa keluar ikut tingkap lagilah satu ujian besar. Hanya mereka sahaja yang mampu terima dan berkorban demi kita dan anak yang dikandung.

Jadi bersyukurlah. Kita masih ada seorang isteri yang SETIA.

Walaupun selepas 10-20 tahun ni, apalagi yang dah lebih 30 tahun bernikah. Isteri kita mungkin dah tak serupa Seniwati Saloma masa muda-muda dulu. Badan pun dah hilang rupa kerengga. Baju pula semua straight-cut. Kalau dia pakai jubah, tudung pun dah labuh, Alhamdulillah!

Tapi kalau dah tua-tua, keluar rumah pun asyik ulang pakai baju kelawar saja. Itu Masya Allah.

Kenalah cari jalan macam mana nak ubah. Jangan hanya tadah tangan harapkan Allah yang ubah dia.

Kitalah yang kena lompat bentuk dirinya,

Читать полностью…

Dakwah Psychology

Andai kamu rasa sepi pandanglah ke laut pasti kelihatan berlumba-lumba ombak menuju kearah mu dan menyentuh kaki mu.

Ingatlah bahawa kamu bukan keseorangan disini , Allah menyayangi kamu diatas musibah.

Takdir keatas mu bukan untuk memberi kesusahan kepada mu tetapi untuk membersihkan dirimu,
untuk memperindah hidup mu, untuk mengajar kamu apa erti sebuah kehidupan..

Ingatlah kamu bukan keseorangan.

Allah tetap bersama kamu selama mana kamu mengingati Nya.

________

Telegram | InstaGram | Twitter

💌 /channel/DakwahPsychology
💌 @DakwahPsychology
💌 @DakwahPsikologi

Читать полностью…

Dakwah Psychology

*HOT DEALS* 🔥🔥🔥

*NOVEMBER STUDENT PROMOTION* 🎉🛍

*HP STREAM PRO 11 G2 32GB SSD*

_Slim 11.6 inch HP Stream suitable for student, business and officework. Easy to keep and bring along during travel_

SPECIFICATION :

- Intel Celeron N2840 Processor
- 2GB DDR3L RAM
- 32GB SSD Storage
- Intel HD Graphics
- 11.6 inch Display
- Windows 10 Pro
- CD Player : No
- HDMI : Yes

Harga Asal : RM799
Harga Promo : RM689 sahaja

Читать полностью…

Dakwah Psychology

Golongan yang paling tinggi darjatnya adalah orang yang beriman dengan penuh yakin.

Apabila memperoleh nikmat, dia bersyukur dengan ucapan dan perbuatannya.

Apabila ditimpa malapetaka ataupun kesusahan, dia tetap bersabar.

Iman, ibadah, & akhlaknya tidak mudah terpengaruh. Sama ada waktu senang ataupun susah.

__________

Telegram | InstaGram | Twitter

💌 /channel/DakwahPsychology
💌 @DakwahPsychology
💌 @DakwahPsikologi

Читать полностью…

Dakwah Psychology

Marilah sama-sama kita hijrah kepada lebih baik.

Hijrah Hati - Ikhlaskan diri, jauhkan dari prasangka dan hasad dengki.

Hijrah Jiwa - Berjiwa besar sanggup berkorban tenaga, masa dan harta benda.

Hijrah Amal - Menjaga yang wajib, pertingkatkan yamg sunat, istiqamah dalam beramal.

Hijrah Minda - Berfikiran positif dengan apa jua dugaan dan cabaran yang melanda.

Jalan untuk hijrah kepada kebaikan tak pernah tertutup, hinggalah hati itu sudah benar-benar hitam dan dibutakan daripada kebenaran.

__________

Telegram | InstaGram | Twitter

💌 /channel/DakwahPsychology
💌 @DakwahPsychology
💌 @DakwahPsikologi

Читать полностью…

Dakwah Psychology

Hidup kita sebenarnya tak lama...

Sebab tu Islam ajar kita hargai seolah kita akan kehilangannya.

Hargai keluarga seolah kita akan berpisah..
Hargai usia seolah ini hari terakhir..
Hargai ramadan yg bakal tiba seolah ini peluang terakhir..

Ingatlah tentang sementaranya kita, kita akan lakukan hanya benda penting bagi kita.


_______

Telegram | InstaGram | Twitter

💌 /channel/DakwahPsychology
💌 @DakwahPsychology
💌 @DakwahPsikologi

Читать полностью…

Dakwah Psychology

@dakwahpsychology

Читать полностью…

Dakwah Psychology

👆👆👆

PRESTASI LAJU, BOLEH TOUCHSCREEN, BOLEH CONVERT JADI TABLET.

Microsoft surface pro 3
- 4GB ram untuk multitasking
- 120GB SSD. Laju 5x ganda daripada HDD
- Intel Atom X7 latest generation
- Intel HD Graphics
- 11.6 inch Screen
- Windows 10

Untuk student, cikgu, orang bisnes, traveller atau yang nak buat kerja pejabat dan minat jenis yang kecil, ringan dan bergaya boleh beli ni.


HARGA PROMOSI (batch2) : RM1270 SAHAJA!!!

Читать полностью…

Dakwah Psychology

Apabila hidayah mula menerangi hati yang gelap, janganlah dilepaskan lagi.

kerana jika dilepaskan akan gelaplah hati sekali lagi.
Dan gelap yang kedua ini, akan lebih gelap daripada yang pertama!

_____________

Telegram | InstaGram | Twitter

💌 /channel/DakwahPsychology
💌 @DakwahPsychology
💌 @DakwahPsikologi

-Ustaz Pahrol Mohamad Juoi-

Читать полностью…

Dakwah Psychology

Muhasabah umpama ubat yang pahit, tidak enak namun ianya adalah penawar yang mengubati 1001 penyakit.

Sungguhpun menilai diri bukan sesuatu yang menyeronokkan, tetapi orang yang sering bermuhasabah akan dapat membersihkan diri dari noda & dosa.

In shaa Allah.

___________

Telegram | InstaGram | Twitter

💌 /channel/DakwahPsychology
💌 @DakwahPsychology
💌 @DakwahPsikologi

Читать полностью…

Dakwah Psychology

Lafaz Azan & Iqamah 🌸

@DakwahPsychology

Читать полностью…

Dakwah Psychology

Goodluck for student who will come back to school next week ! Don't give up ! Allah always with us ! ❤️
@DakwahPsychology

Читать полностью…

Dakwah Psychology

Dear Hawa, Akhlak yang baik jauh lebih dipandang berbanding cantiknya muka 🤍. @DakwahPsychology .

Читать полностью…

Dakwah Psychology

Kalau kita suka kan seseorang itu, cukuplah kita hanya sukakannya sekadar biasa sahaja.

Usah menaruh harapan terlalu tinggi.
Takut nanti kekecewaan yang menyapa diri.
Usah terlalu sayang kerana semua bukan milik kita.
Semua makhluk di atas muka bumi ini semuanya milik Allah.

Maka, teruskan lah berdoa jika benar kita sukakannya minta pada Allah.
Minta Allah jagakan dia untuk kita.
Minta supaya ditetapkan hati kerana hati kita semua sering berbolak balik.

_______

Telegram | InstaGram | Twitter

💌 /channel/DakwahPsychology
💌 @DakwahPsychology
💌 @DakwahPsikologi

Читать полностью…

Dakwah Psychology

ajak kembali semula ke jalan yang lurus. Kata love you till jannah!

Masih belum terlambat gais. Pasti ada jalan. Yang penting kita sebagai suami kena mulakan dulu. Ada hikmah covid-19 ni para suami pakat duduk rumah. Siap kena jadi Imam dan khatib.

Itu semua aturan Allah. Untuk kita semua kembali kepada fitrah. Untuk BINA SEMULA MASJID KITA!

Tahniah kerana habis baca sampai di sini. Moga bermanfaat untuk kalian yang mahu mencari jalan islah.

Andai berguna untuk dikongsi bolehlah share. Dapat jadi amal jariah dan sedeqah. Juga sebagai panduan untuk kita mengajak kawan-kawan yang lain membina kembali keluarga sakinah dan syurga indah di rumah.

Bermula dari isteri yang solehah

Shauqi Hasan
Suami Khadijah

#share

_______

Telegram | InstaGram | Twitter

💌 /channel/DakwahPsychology
💌 @DakwahPsychology
💌 @DakwahPsikologi

Читать полностью…

Dakwah Psychology

Semoga terinspirasi buat lelaki yang bergelar suami dan bakal bergelar suami ✨

"Aku terima nikahnya Khadijah Abu Bakar dengan Mas Kahwin...”

10 tahun dahulu lafaz ini menghalalkan kami sebagai suami isteri yang sah. Terbinalah MASJID kami. Bersamanya satu amanah dipikul bahu kiri dan kanan saya bergelar seorang suami. Anugerah dari langit ini satu ujian dan dugaan untuk menyaksikan saya di syurga atau neraka nanti.

Hari ini saya bahagia. Melihat isteri bertudung labuh. Lebih ayu dan manis dari pertama kali bertentang mata. Setiap hari akan jatuh cinta. Bukan kerana rupa. Tapi kerana ketaatan dan kepatuhannya pada agama.

Waktu saya kenal isteri saya dia tak pakai tudung labuh. Masa tu masih ingat lagi dia dengan fesyen tudung Wardina. Student UIA kan. Dan dia juga bukan dari aliran agama. Lepasan Sekolah Teknik Kajang kemudian masuk UIA sambung belajar akaun. Jadi bukanlah asalnya budak sekolah agama.

Walaupun saya student Pengajian Islam, tapi sangat ‘besar harapan’ saya nak beristerikan seorang Akauntan. (Adalah kisahnya, yang pergi umrah dengan saya saja yang tahu kisah ni). Jadi nak jadi cerita saya kalau boleh nak cari isteri biarlah yang boleh saya bentuk dari tangan sendiri. Kononnyalah waktu tu kita taknaklah cari coursemate sebab dia pun dah belajar ilmu agama juga. Tak 'thrill' lah jadi suami. Sebab semua universiti dah ajar bab agama. Silap-silap dia lagi cerdik dari kita. Ustazah UM semua hebat-hebat. Tapi itu dululah waktu masih berdarah muda. Pemikiran budak U yang baru nak UP.

Baik. Tang sini BAKAL SUAMI dan PARA LELAKI KENA FOKUS MEMBACA. Ini dah masuk tips suami nak membentuk isteri. Nak tag suami isteri memasing masa ni dah boleh buat.

Bicara rumahtangga adalah cerita sebuah aturan agama. Bagaimana Allah hendak didaulat sebagai RAJA SETIAP HARI. Suami hanyalah pengatur yang menjaga amanah Allah. ANAK DAN ISTERI pula adalah HARTA yang bila-bila masa boleh bertukar menjadi MUSUH dan fitnah kepada suami, jika tersalah aturannya. Bila tak ikut kehendak Allah dan Rasul ke nerakalah tempatnya. Kita mungkin rasa sekarang ni kita dah ikut segala suruhan agama sehabis baik. Jika betul apa yang kita buat, pasti hasilnya selari dengan ajaran Kitab dan Sunnah.

Masa ini, sebagai suami renung dalam-dalam. Pandang wajah isteri dan anak-anak. Dari atas ke bawah. Jangan tengok bab AKHLAK lagi. Perhatikan dulu PAKAIAN mereka. Kalau isteri kita, bagaimana mereka menutup aurat dari tudung hinggalah pakaian di dalam dan di luar rumah.

Tudung adalah perkara nombor satu yang wajib kita sebagai suami perhatikan. Tak dinafikan hari ni ada bermacam jenis fesyen. Yang penting, syariah compliance. Tutup yang wajib dan memelihara kehormatan isteri dan menjaga maruah suami. Itu dulu penilaian pertama.

Betul. Tudung labuh tak menjamin akhlak dia baik. Berapa banyak kes yang bertudung labuh hari ni ditangkap berzina. Terlibat dengan aktiviti tak senonoh. Itulah fitnah wanita. Walaupun yang menutup aurat sempurna.

Jadi suami sendirilah yang kena nilai dengan jujur. Sejauh mana kita telah didik isteri kita kepada pemakaian yang patuh syariat. Lalu menghidupkan syariat agama sepenuhnya dalam rumahtangga.

Suami pula jangan hanya tuding tanggungjawab ini hanya pada isteri.

Nak isteri solehah, kita dulu kena jadi soleh.

Nak isteri yang taat dan patuh, kita dulu kena jadi hamba Allah yang paling patuh.

Rumah kita takkan jadi syurga kalau hanya seorang yang berperanan menjadi bidadari. Suami WAJIB jadi imam yang berilmu, mampu menjadi WALI yang melindungi hak isteri dengan ilmu yang haq.

Tak mengapa kalau selama ini kita jahil. Yang penting ada kemahuan nak belajar. Jangan bimbang kalau tak reti baca al-quran, yang penting kita jangan tinggalkan kitab tu. Carilah semula guru. Belajar dan bertanya. Macam mana kita nak ubah diri jadi lebih baik.

Jangan pernah malu kalau kita tak tahu. Waktu inilah kita nak mulakan semula langkah yang betul. Baiki semula apa yang silap. Dulu kita berkahwin mungkin kerana nafsu, tapi sekarang bila kita dah ada amanah mungkin sel otak kita dah mula berhubung. Kita kena berubah. Tak kan sampai

Читать полностью…

Dakwah Psychology

Bagi yang belum berpuasa 6 boleh mula esok✨
@DakwahPsychology

Читать полностью…
Subscribe to a channel