dakwahida | Unsorted

Telegram-канал dakwahida - 🍁Coretanida🍁

408

꧁Dakwah kerana Allah❤️꧂ 🌷July 2020🌷 • • •﷽ • • • dakwah bukan untuk mencari populariti tapi dakwah la kerana Allah agar kau mendapat keredhaan si DIA ☺️ Channel : @Dakwahida Join Now! Instagram : @TheDakwah_Ida Follow Now! ʀᴏᴀᴅ ᴛᴏ 2K 🙏🙇

Subscribe to a channel

🍁Coretanida🍁

HIDUP adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan...

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki...

Bersyukur atas keluarga yang kita miliki...

Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki...

Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki...

Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki...

Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara...

Jauhilah sifat sombong dengan apa yang kita miliki...

Ianya bukan milik kita, ianya milik Allah yang Maha Esa...

Читать полностью…

🍁Coretanida🍁

Selamat Hari Raya Aidil Adha🤲🥰

Читать полностью…

🍁Coretanida🍁

RITUAL TANPA SPIRITUAL
Seorang ketua sami tinggal di dalam sebuah kuil besar bersama seekor kucing kesayangannya. Kedua-duanya sangat akrab. Ke mana sahaja ketua sami itu pergi, kucing itu akan ikut bersama.
Namun keadaan ini menimbulkan sedikit masalah, terutamanya ketika ketua sami menyembah berhala ditengah-tengah kuil itu. Konsentrasinya akan terganggu apabila kucing kesayangannya menggesel-gesel dan mengelus-ngelus disisinya.
Setelah berfikir panjang mencari jalan penyelesaian , akhirnya ketua sami mendapat satu idea. Setiap kali dia melakukan penyembahan dia akan mengikat kucing tersebut di sebatang tiang di tepi kuil.
Begitulah hari demi hari, minggu demi minggu dan bulan demi bulan, ketua sami akan mengikat kucingnya ditiang yang sama. Perlakuan ketua sami itu diperhatikan oleh pengikut-pengikutnya.
Beberapa tahun berlalu, ketua sami meninggal dunia. Ketua sami yang baru dilantik. Namun begitu, setiap kali ketua sami yang baru hendak mengetuai penyembahan, dia akan mengikat kucing yang sama pada tiang yang sama juga. Tidak lama selepas itu, kucing itu pun mati. Ironisnya, ketua sami yang baru tadi mencari kucing yang baru sebagai pengganti untuk diikat ditiang yang sama setiap kali upacara penyembahan berhala diadakan.
Begitulah rutin itu berlaku, tahun demi tahun, ketua sami dan kucing datang dan pergi silih berganti. Akhirnya terciptalah ritual dalam agama tersebut , setiap kali ketua sami akan mengetuai penyembahan berhala, dicari terlebih dahulu seekor kucing akan ditambat pada tiang itu.

Pengajaran
Sering berlaku dalam ajaran agama (termasuk Islam) amalan ritual dengan nilai spiritual telah terlindung oleh sikap taklid secara membuta tuli. Penganut di belakang kerap menjadi ’pak turut’ tanpa mengerti sebab dan tujuan amalan tersebut. Tanpa disedari agama bertukar menjadi budaya dan syariat dianggap adat.

Sumber : buku ANGGUK GELENG

Читать полностью…

🍁Coretanida🍁

tips pasal huraian dalil tu saya dapat daripada ustaz ni

Читать полностью…

🍁Coretanida🍁

🔴ASASI UPM

•Kepada adik² lepasan SPM yang tidak tahu nak ambik apa. Saya sarankan untuk ambik Asasi sains Pertanian (AsPer) di @uputramalaysia.

🟥Kebaikan AsPer di sini anda akan dijamin mengambil ijazah di UPM juga. Tiada risiko untuk kena buang seperti asasi yang lain. (Ini adalah bebenang)

🟧Nama Pertanian di belakang asasi ini bukan bermakna anda akan mengambil pertanian pada peringkat ijazah, nak ambil jurutera dan perubatan pun tiada masalah.

Boleh masuk kemana mana ijazah yang ditawarkan di UPM.

🟨Pada peringkat asasi anda akan belajar satu subjek pertanian dan ianya merupakan subjek yang digemari pelajar. Sebelum era pandemik kami akan ke ladang untuk belajar secara langsung.

Memang seronok dapat belajar benda baharu semasa di landang. Setiap minggu lain tempat.

🟩Pelajar yang baru mendaftar akan ditempatkan di kolej kediaman didalam UPM.

Kebanyakkan pelajar asasi akan tinggal di Kolej13 dan selebihnya akan ditempatkan di kolej lain.


🟦Subjek biologi, fizik, math dan kimia juga akan dimasukkan didalam subjek sepanjang setahun pengajaran.

Memang kita akan belajar secara umum sebelum masuk ke peringkat ijazah. Tu yang best, easy peasy. Gambar acah semestinya perlu.

🟪UPM ditempatkan ditengah bandar dan terdapat banyak pusat membeli belah berdekatan. Contohnya IOI city mall, The mines, Alamanda dan banyak lagi. Kenderaan awam juga tiada masalah disini

Tahun ini stesen MRT UPM akan siap dan tempatnya dibelakang KAE tempat pelajar asasi.

⬛️AsPer dulu ada 3 sem tetapi berita terkini ada 2 sem. Betulkan kalau silap. Yang paling best setiap sem akan ada elaun yang akan dibiayai oleh kerajaan. Dapat elaun memang berjimba lah semua

⬜️Kepada yang ingin mendaftar usah membawa cangkul 😂. Wet shoe sahaja sudah mencukupi. Banyak akan dipelajari semasa di ladang.

Pensyarah-pensyarah asasi sangat baik. Mereka akan membantu pelajar yang tidak faham asalkan korang jenis bertanya lah.


🟫Pergerakan didalam kampus adalah dengan menaiki bas. Jalan hari-hari boleh je tapi memang kuruslah. Kawasan UPM ni memang agak luas semput nak jalan.

Pelajar asasi tidak boleh bawa kenderaan ya. Pelajar ijazah tahun pertama sahaja boleh.

Kini saya sudah di tahun akhir peringkat ijazah. Banyak kenangan semasa asasi yang tidak dapt dilupakan dan masih segar walaupun telah lama berlalu.

AsPer juga akan membantu anda memilih dari segi kerjaya. Anda ada satu tahun untuk memikirkannya sebelum memilih ambik ijazah.

Banyak lagi benda yang belum diceritakan. Boleh bertanya jika mahu.

Pandemik pastinya sudah mengubah cara pelajar kini belajar di asasi. Goodluck mengisi UPU. Pastikan fikir masak² dan buat istikharah.


👁‍🗨twitter: @\DIJeffry

❁ཻུ۪۪⸙‌.@jawapanbukutekst5kssm

Читать полностью…

🍁Coretanida🍁

Pendapat STPM or Matrik?

https://vt.tiktok.com/ZSLjspmw7/

Читать полностью…

🍁Coretanida🍁

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

Читать полностью…

🍁Coretanida🍁

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Al-Quran Syafaat dan Barakah

عَنْ زَيْدٍ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا سَلَّامٍ يَقُولُ حَدَّثَنِي أَبُو أُمَامَةَ الْبَاهِلِيُّ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ اقْرَءُوا الزَّهْرَاوَيْنِ الْبَقَرَةَ وَسُورَةَ آلِ عِمْرَانَ فَإِنَّهُمَا تَأْتِيَانِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا غَيَايَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ تُحَاجَّانِ عَنْ أَصْحَابِهِمَا اقْرَءُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ وَلَا تَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَةُ

Daripada Zaid bahawa ia mendengar Abu Sallam berkata, telah menceritakan kepadaku Abu Umamah Al Bahili ia berkata; Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Bacalah Al-Quran, kerana ia akan datang memberi syafaat kepada para pembacanya pada hari kiamat nanti. Bacalah Zahrawain, iaini surah Al-Baqarah dan Ali Imran, kerana keduanya akan datang pada hari kiamat nanti, seperti dua tumpuk awan menaungi pembacanya, atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam formasi hendak membela pembacanya. Bacalah Al-Baqarah, kerana dengan membacanya akan memperoleh barakah, dan dengan tidak membacanya akan menyebabkan penyesalan, dan pembacanya tidak dapat dikalahkan oleh tukang-tukang sihir." (HR Muslim No: 1910) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Al-Quran akan menjadi penolong (pemberi syafaat) kepada pembacanya pada hari akhirat nanti.

2.  Al-Munawi menjelaskan  bahawa apa yang dimaksudkan oleh Nabi bukanlah Al-Quran itu datang dalam bentuk lelaki, burung, awan dan sebagainya, akan tetapi yang dimaksudkan adalah pahala yang layak diberikan kepada mereka yang membaca dan beramal dengannya. Pahala-pahala itu nantinya akan datang dalam bentuk lelaki yang menjadi hujah di hadapan Allah. Ia juga menjadi seperti awan yang menaungi para pembacanya dari kepanasan di hari akhirat.

3.  Sesiapa yang mengamalkan membaca surah Al-Baqarah dan Ali Imran, pada hari kiamat nanti akan mendapat naungan kedua surah ini dengan izin Allah.

4.  Orang yang melazimi membaca surah al-Baqarah, ia akan memperoleh barakah

5.  Orang yang tidak membaca al-Quran, ia akan menyesal

6.  Orang yang melazimi membaca surah al-Baqarah, tidak akan dapat dikalahkan oleh tukang-tukang sihir

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

10hb Jun 2023
21hb Zulkaedah 1444H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Читать полностью…

🍁Coretanida🍁

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞


@TheDakwahJourney🌵

Читать полностью…

🍁Coretanida🍁

PROGRAM BACAAN YASIIN

PAUTAN GOOGLE MEET:
meet.google.com/dsb-miyg-bqr

Читать полностью…

🍁Coretanida🍁

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jadilah Orang Yang Diredai Allah Bukan Dibenci
 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ يَرْضَى لَكُمْ ثَلَاثًا وَيَسْخَطُ لَكُمْ ثَلَاثًا يَرْضَى لَكُمْ أَنْ تَعْبُدُوهُ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَأَنْ تَعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَأَنْ تُنَاصِحُوا مَنْ وَلَّاهُ اللَّهُ أَمْرَكُمْ وَيَسْخَطُ لَكُمْ قِيلَ وَقَالَ وَإِضَاعَةَ الْمَالِ وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ

Daripada Abu Hurairah RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah meredai kalian dalam tiga perkara dan benci kepada kalian dalam tiga perkara. Allah meredai kalian jika kalian beribadah kepada-Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu, jika kalian berpegang teguh kepada agamanya  dan tidak berpecah belah dan, jika kalian saling nasihat menasihati  kepada orang yang diserahkan kepadanya urusanmu.  Dan Allah membenci kalian dari sikap percaya kepada khabar yang tidak tentu sumbernya, banyak bertanya (tentang perkara yang tidak perlu) dan memboroskan harta". (HR Ahmad No: 8444) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Allah meredai seseorang apabila ia melakukan tiga perkara:

a.  Beribadah kepada  Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu

b.  Berpegang teguh kepada agama-Nya  dan tidak berpecah belah

c.  Saling nasihat menasihati  dalam melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah.

2.  Allah membenci seseorang apabila ia memiliki tiga perkara:

a.  Percaya kepada khabar, maklumat atau info yang tidak tentu sumbernya sama ada dalam bentuk pertuturan mahupun tulisan.

b.  Banyak bertanya (tentang perkara yang tidak perlu) sehingga menyusahkan orang lain untuk beramal

c.  Membazir atau boros dalam membelanjakan harta

Berusahalah menjadi hamba yang diredai bukan dibenci.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

05hb Jun 2023
16hb Zulkaedah 1444H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Читать полностью…

🍁Coretanida🍁

🔴TIMUR TENGAH

Result SPM dah nak keluar?? 😱
Tapi still tak tahu nak sambung mana??
Haaa...Jom join kami!!

Kalini kami bawakan 4 speaker dari negara yang berbezaaa😱. Menarik ke menarikkkk???😱😱🤯🥳

Apa tunggu lagii??!!
Jom join program Across the Globe!!! 🌍🌏

Dan paling best program ni Percuma untuk 50 peserta terawal je !

Jangan Lepaskan Peluang
Daftar cepat!

https://forms.gle/aPpavcRMFnVevPmK7

Segala persoalan dan pertanyaan boleh tanya admin
+962776069809
Sis Hafshah (Admin)

★‣ @upu_online

Читать полностью…

🍁Coretanida🍁

🔴 WEBINAR MODERN CLASSROOM TEACH WITH TECH: PERKONGSIAN KEMAHIRAN WORD, POWERPOINT, EXCEL (BAHAGIAN 2)

Cikgu² adalah dipelawa untuk sertai webinar yang akan dijalankan mengikut ketetapan berikut:

Jangan lupa janji temu kita ya.
📆 30 Mei 2023 (Selasa)
⏰ 1:30-3:30 petang
🎞 YouTube Channel AR Edutech
https://www.youtube.com/live/77vf0rKHFsE?feature=share

💡 Anjuran ⏩ Microsoft Education Malaysia
➡️ Kerjasama ⏩ AR Edutech Sdn. Bhd. dan SSTP JPN Selangor

✅ Seluruh warga pendidik adalah dijemput untuk turut serta!
✅ E-certificate disediakan
✅ 2 jam kredit SPLKPM

🔵 HIMPUNAN INFO SPLKPM
/channel/SPLKPM2021

Читать полностью…

🍁Coretanida🍁

🔴 COPING SKILLS: TEROKAI DIRI

Butiran program adalah seperti berikut:
📆 29 Mei 2023 | Isnin
⏰ 10.00 pagi
💡 PUAN NOR ASIDA BINTI SHAFII, KETUA PENOLONG PENGARAH (PSIKOLOGI DAN KAUNSELING) JABATAN KESIHATAN NEGERI KELANTAN

💬 Saksikan siaran langsung di laman Facebook PPWN Kelantan
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid022ag9s97jPfJ8B3vxnKaSq3Ed6BBcibD9ceqRxruu2Frjp29Gz3DNgqqtV57b2AMRl&id=100009037822753&mibextid=Nif5oz

✅ E-sijil disediakan! (melalui link borang maklum balas yang akan dikongsikan di ruangan komen semasa live)

🔵 HIMPUNAN INFO SPLKPM
/channel/SPLKPM2021

Читать полностью…

🍁Coretanida🍁

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Satu Rumah Satu Ibadah Korban

عَنْ مِخْنَفِ بْنِ سُلَيْمٍ كُنَّا وَقُوفًا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِعَرَفَةَ فَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ عَلَى كُلِّ أَهْلِ بَيْتٍ فِي كُلِّ عَامٍ أُضْحِيَّة

Daripada Mikhnaf bin Sulaim, kami berwukuf di Arafah bersama Rasulullah SAW dan aku mendengar baginda bersabda: Wahai sekalian manusia, sesungguhnya keatas setiap ahli sebuah rumah, satu ibadah korban pada setiap setahun" (HR Ibnu Majah No: 3116) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.Kita telah memasukki bulan Zulkaedah. Kita ada lebih kurang sebulan lagi untuk menyambut kedatangan Hari Raya Eidul Adha di mana antara amalan yang dituntut kepada Muslim adalah ibadah Kurban.

2.Berdasarkan hadis di atas, sebahagian ulamak beranggapan, Ibadah korban adalah sunat kifayah bagi setiap rumah (suatu sunat yang amat dituntut). Dalam mazhab Syafie ibadat korban ini sunat Muakkad.

3.Bagi Imam Abu Hanifah dan ulamak bermazhab Hanafi telah menetapkan bahawa menyembelih korban adalah wajib sekali setahun bagi orang bermukim dan berkemampuan daripada penduduk tempatan

4.Ibadat korban ini adalah sebahagian dari syiar agama sebagai memperingati pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan Ismail. Melaksanakan ibadat ini akan membangkitkan kesedaran untuk sentiasa membelanjakan harta dan berkorban semata-mata meninggikan syiar agama Allah

5.Jika kita mampu membayar bil handset RM 40.00 hingga RM 100.00 sebulan, sanggup membayar bil astro RM 60.00 bulanan, membeli surat khabar dan majalah tidak kurang RM 50.00 sebulan – sewajarnya kita juga mampu menyimpan RM 70.00 hingga 80.00 sebulan untuk membeli satu bahagian daripada korban pada setiap Hari Raya Korban.

6.Rebut peluang untuk dua kali pembayaran ibadah Korban bersama program i-Qurban anjuran Yayasan Ikram Malaysia.

Hanya RM780 untuk satu bahagian (atau RM390 x 2 pembayaran). Kami juga menyediakan pakej Infaq Aidiladha untuk anda sumbangkan bahan masakan bagi mereka yang kurang berkemampuan pada hari raya Aidiladha.

Daftar segera di pautan:
https://bit.ly/iQurban23
https://bit.ly/iQurban23
https://bit.ly/iQurban23

atau pembayaran terus di akaun bank

𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗜𝗞𝗥𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔
Maybank
𝟱𝟲𝟮𝟭 𝟰𝟮𝟰𝟬 𝟰𝟰𝟬𝟮
Rujukan: iqurban
  
Ayuh yang masih belum menempah bahagian untuk korban. Masih ada kesempatan untuk turut menyertainya. Jika kita terlepas peluang untuk berkorban pada tahun ini, tak pasti tahun depan kita ada lagi atau tidak.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

28hb Mei 2023
08hb Zulkaedah 1444H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Читать полностью…

🍁Coretanida🍁

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ🇵🇸

Читать полностью…

🍁Coretanida🍁

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Contohi Akhlak Rasulullah

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: خَدَمْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ سِنِينَ وَاللهِ مَا قَالَ لِي: أُفًّا قَطُّ وَلَا قَالَ لِي لِشَيْءٍ: لِمَ فَعَلْتَ كَذَا وَهَلَّا فَعَلْتَ كَذَا

Daripada Anas bin Malik RA berkata : Aku telah berkhidmat kepada Rasulullah SAW selama 10 tahun, Demi Allah, Baginda SAW tidak pernah berkata kepadaku “ Uff ” dan tidak pernah berkata kepadaku kerana sesuatu : Kenapa awak buat begini ? Kenapa awak tidak buat begini ?  (HR Muslim No : 2309) Status: Hadis Sahih.

Pengajaran :

1.  Rasulullah SAW memiliki akhlak yang sangat terpuji. Tutur katanya sangat lembut dan penuh hikmah kepada sesiapa sahaja walaupun terhadap hamba.

2.  Kalimah Uff adalah ucapan atau suara yang menunjukkan rasa tidak hormat dan menyakitkan hati. Mungkin bagi kita adalah kata-kata seperti: “ah !! , Ish !! Hoi !! Hey!! Bodo!! dan sebagainya.

3.  Tutur kata merupakan antara penyebab utama seseorang itu mendapat dosa kerana terlalu mudah untuk menyebut perkataan yang tidak baik atau diterjemah dalam bentuk tulisan di media sosial. Menjaga tutur kata juga adalah tanda orang yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat.

4.  Rasulullah SAW tidak pernah berkata perkataan kasar kepada sahabat hatta kepada pekerja seperti perkataan “Uff ”. Baginda juga tidak  memarahi orang yang berkhidmat dengannya.

5.  Marilah kita membuktikan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan menjadikan Rasul sebagai contoh terbaik dalam kehidupan kita. Antaranya menjaga tutur kata dengan tidak mengeluarkan kata-kata yang buruk termasuk dalam penulisan. Firman Allah:

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِي رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٞ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأٓخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرٗا ٢١

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) (al-Ahzab: 21).

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

28hb Sept  2023
12hb Rabiul Awal 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Читать полностью…

🍁Coretanida🍁

10 khasiat Al-Quran

#alquran
#khasiatalquran

@quotephotovideo 💚💚💚

Читать полностью…

🍁Coretanida🍁

...Assalamualaikum, Selamat Pagi...
Motivasi pagi bersama Cikgu Muiez

Читать полностью…

🍁Coretanida🍁

By Sera Najwa
(final year student of medical school)


❗️MEDIC EXPERIENCE ❗️

SPM
Nak jadi Dr result memang kena gempak, bukan nak tunjuk budak medic ni pandai, tapi mostly memang nak jadi doktor SPM kena cemerlang. STRAIGHT A's dari course Science stream (physics, bio, chemistry, addmath, math paling penting kena ada). Yang tak ambil pure science jangan bermimpi di siang hari untuk jadi Doktor sebab memang tak layak. Realiti walaupun pahit. Jadi, kalau nak jadi doktor sila ceburkan diri dalam science stream. Kalau tak dapat science stream that's mean bukan rezeki awak untuk jadi Doktor. Sadly this is how Malaysian system works.

LALUAN
Masuk 'asasi' senang. Doktor memang mostly ambil foundation (asasi). Lepas tu baru ambil Ijazah Kedoktoran. Tapi, ada beberapa laluan lain untuk Doktor juga :

1. Asasi Perubatan (UKM, UPM, UMS, UNIMAS, UM etc)
2. Matrikulasi
3. Diploma
(sangat jarang untuk seorang student lepasan diploma masuk Medic. Selalu memang Dr akan guna jalan pintas seperti matrik/Asasi. Tapi, ianya tak mustahil.)
4. STPM
5. Course Medic oversea (belajar luar negara apply menerusi official website universiti tu sendiri)
# ni general laluan for course medic tapi selalunya daripada asasi
6. Asasi Swasta

BEFORE MASUK MEDIC DEGREE
Dulu tak ada interview, tapi sekarang memang kebanyakan University tempatan akan buat interview untuk kemasukan ke bidang medic. Dia akan interview awak dulu before beri awak masuk. Kalau lulus, alhamdulillah. Kalau gagal, InsyaAllah rezeki di tempat lain. Muet perlu Band 3 at least sebab bi band 3 tu dah kira OK. Sambil tu boleh search tentang biasiswa JPA/PETRONAS dan banyak lagi.

UNTUK MEDIC OVERSEA
Medic belajar oversea tak semudah yang disangka. Kadang dapat biasiswa pun bukan fully 100% kita akan ditanggung. Sekiranya kita gagal atau kena repeat paper pun berkemungkinan biasiswa tu dah tak valid lagi dan akan jadi pinjaman. My friend ambil biasiswa tapi dia gagal pada tahun tertentu dan perlu repeat year end up kena bayar RM80,000. Trust me, belajar medic di oversea mental kena kuat lebih lebih lagi di kalangan orang biasa. Kalau parents kaya senang untuk awak. Ramai yang ambil medic di luar negara end up berhenti belajar sebab burnout dan stress plus overload dengan study. Realitinya sangat ramai. Luar negara tak seperti Malaysia, tak seperti negara sendiri. Tapi kalau awak mampu, mindset kena kuat. Sebolehnya pilih negara yang menggunakan bahasa English sebagai bahasa utama so that ia akan memudahkan urusan kita nanti.

SUBJECT
Banyak sangat subjek (tak boleh list). First and second year dekat uni belajar teori aje dulu. Then baru masuk clinical year, means banyak praktikal. 2 tahun pre-clinical year, 3 tahun clinical year. Dan, kita akan praktikal dekat ward. Belajar untuk doktor ni macam biasalah tentang blood pressure, injections, etc. Study environment in medicine as usual as people said, sangat tough. Tak ada masa free sangat pun. Kelas panjang (8 am - 5 pm). Cuti sem sekejap dalam 2-3 minggu aje. Course lain cuti sem berbulan sampai 3 bulan, medic students hanya 2/3 minggu aje. Exam akan selalu ada 2 minggu or 3 minggu sekali. Exam memang banyak. Medic khas untuk orang yang rajin. Kalau malas, memang fail awal.

LANGUAGE
We use fully english for all modules and subject.

LEPAS HABIS DEGREE
Habis study, kalau dalam Malaysia, kita akan intern/ jadi houseman officer. Akan buat praktikal di 6 disiplin utama dalam Perubatan (ada pembahagian dan nanti awak akan tahu kalau awak ambil medic). Kalau dulu lepas 2 tahun baru jadi pegawai perubatan penuh (MO) dan boleh pilih kepakaran kita. Sekarang tak sure macam mana sebab sistem berubah-ubah. Dulu ada dua cara untuk jadi Doktor pakar. First mohon program Master klinikal di ipta. Second, join peperiksan yg dibuat oleh kolej Diraja UK (MRCP/MRCOG yang diiktiraf kerajaan secara persendirian). Tempoh jadi pakar ialah dalam 6-7 tahun after grad. Sistem kerajaan Malaysia sekarang dah rumit sikit.
cc: @withathenarose

★‣ @upu_online ✅

Читать полностью…

🍁Coretanida🍁

Hasbunallahu wa ni'mal wakil💕

Читать полностью…

🍁Coretanida🍁

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ💓

Читать полностью…

🍁Coretanida🍁

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Mukmin Yang Terpelihara

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمْ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمْ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمْ الْمَلَائِكَةُ وَذَكَرَهُمْ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW telah bersabda: 'Barang siapa membebaskan seorang mukmin dari suatu kesulitan dunia, maka Allah akan membebaskannya dari suatu kesulitan pada hari kiamat. Barang siapa memberi kemudahan kepada orang yang berada dalam kesulitan, maka Allah akan memberikan kemudahan di dunia dan akhirat. Barang siapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan selalu menolong hamba-Nya selama hamba tersebut menolong saudaranya sesama muslim. Barang siapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan ke syurga baginya. Tidaklah sekelompok orang berkumpul di suatu masjid (rumah Allah) untuk membaca Al-Quran, melainkan mereka akan diliputi ketenangan, rahmat, dan dikelilingi para malaikat, serta Allah akan menyebut-nyebut mereka pada malaikat-malaikat yang berada di sisi-Nya. Barang siapa yang ketinggalan amalnya (kurang), maka keturunannya tidak akan dapat meninggikannya (menambah amalnya).' (HR Muslim No: 2699) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Mukmin yang membebaskan mukmin lain dari suatu kesulitan di dunia, nescaya Allah akan membebaskannya dari suatu kesulitan pada hari kiamat.

2.  Mukmin yang memberi kemudahan kepada orang yang berada dalam kesulitan semasa di dunia, nescaya Allah akan memberikan kemudahan kepadanya di dunia dan akhirat.

3.  Mukmin yang menutupi aib seorang muslim semasa di dunia, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.

4.  Allah akan menolong sesiapa yang menolong saudara muslim yang lain.

5.  Sesiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan ke syurga baginya.

6.  Orang yang berkumpul di masjid untuk membaca Al-Quran, Allah akan mengurniakan ketenangan, rahmat, dan dikelilingi para malaikat, serta Allah akan menyebut-nyebut mereka pada malaikat-malaikat yang berada di sisi-Nya.

7.  Barang siapa yang kurang amalnya semasa di dunia,  maka keturunannya tidak akan dapat menambah amalnya. (Amal kita seperti solat, puasa adalah tanggungjawab kita).

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

06hb Jun 2023
17hb Zulkaedah 1444H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Читать полностью…

🍁Coretanida🍁

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞


@TheDakwahJourney🌵

Читать полностью…

🍁Coretanida🍁

https://youtu.be/ljKLJ9kjijI

Читать полностью…

🍁Coretanida🍁

@quotephotovideo 🕊🕊🕊

Читать полностью…

🍁Coretanida🍁

🟠IPG

Terdapat beberapa kelebihan yang mungkin dimiliki oleh pelajar yang belajar di Institut Pendidikan Guru (IPG) di Malaysia, seperti:

1 Elaun dan Bantuan Kewangan: Pelajar IPG di Malaysia biasanya memperoleh elaun atau tunjangan tertentu semasa tempoh pengajian mereka. Elaun ini membantu dalam menampung kos kehidupan harian dan mengurangkan beban kewangan semasa pengajian.
2 Pinjaman Pendidikan: IPG di Malaysia umumnya tidak memerlukan pelajar untuk mengambil pinjaman pendidikan seperti yang biasanya diperlukan di universiti atau kolej lain. Ini dapat mengurangkan beban kewangan bagi pelajar dan keluarga mereka.

3 Kemudahan Mendapatkan Pekerjaan: Graduan IPG mempunyai peluang terus mendapatkan pekerjaan sebagai guru di sekolah-sekolah kerajaan atau swasta selepas tamat pengajian. Prospek pekerjaan terus ini dapat memberikan jaminan dan memudahkan peralihan ke dunia kerja selepas menyelesaikan pengajian.

4 Pengalaman Praktikal yang Intensif: IPG menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengikuti program praktikal yang intensif di sekolah-sekolah rakan kongsi. Ini membolehkan pelajar mendapatkan pengalaman sebenar dalam pengajaran dan mempersiapkan mereka untuk cabaran dalam bidang pendidikan.

5 Tumpuan Pada Pendidikan Guru: IPG khususnya menawarkan pendidikan yang memberi tumpuan kepada persediaan pelajar menjadi guru yang berkualiti. Kurikulum dan pengajaran di IPG direka khas untuk melengkapi pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi tuntutan menjadi pendidik.

★‣ @upu_online ✅

Читать полностью…

🍁Coretanida🍁

⛔⛔New English Vocabulary⛔⛔⛔


1.Amotivation – Having no motivation or purpose
John hasn’t looked for work in weeks. He’s very amotivated.
2. Angeliferous – A person with a beautiful, sweet or innocent face, like that of an angel
What a beautiful baby! She is totally angeliferous!
3. Angried – Someone who is troubled or upset as a result of being angry
I was so angried when they spilled ink on my rug.
4. Angsting – Someone who is worrying or agonizing over something is “angsting.”
Marsha is angsting because she can’t finish the report by the deadline.
5. Bare-bones – The basic or essential elements of something; basic, simple, minimal.
His new apartment is pretty bare-bones. He’ll need to get more furniture soon.
6. Beachside – The area beside a beach.
Should we have a picnic beachside on Saturday?
7. Blert – A person who is weak or useless, a cowardly person
I’m so looking for a new job where there aren’t any blerts.
8. Chewy – A piece of chewing gum
Would you like a chewy?
9. Chillax – a combination of “chill” and “relax” meaning to calm down, take it easy.
Let’s chillax at my place on Saturday and watch the game.
10. Comp – to give something free of charge as a favor
The restaurant comped our dinner because we had to wait so long for our food.
11. Cryptocurrency – Digital or virtual currency used on the internet and depending on cryptography for security.
He paid for his new computer with cryptocurrency.
12. Microfinance – financial services provided to poor individuals and groups in poor and developing areas
Malia founded a microfinance institution in Eritrea to provide jobs for women.
13. Nomophobia – Anxiety about not having access to a mobile phone or mobile phone services
I can’t find my phone and I’m feeling a little nomophobia here.
14. O – Used in writing to symbolize a hug, but only in combination with the letter x, which means a kiss.
Give my love to Andrew and Stacy! xoxo!
15. Shave ice – A frozen drink made with finely shaved ice and sweet syrup
Let’s get a shave ice on the way home from the baseball game.




Happy Learning🥰💞


{\__/}
( • - •)
/ >🖤 -

Читать полностью…

🍁Coretanida🍁

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Tuntutan Ibadat Korban Bagi Yang Mampu

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ وَجَدَ سَعَةً فَلَمْ يُضَحِّ فَلَا يَقْرَبَنَّ مُصَلَّانَا

Daripada Abi Hurairah RA, telah bersabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang ada kelapangan belanja tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri masjid kami. (Musnad Ahmad No: 7924) Status: Isnad Hasan

Pengajaran:

1.Ibadah korban sebagai tanda bersyukur di atas segala nikmat yang kita perolehi.

2.Orang yang berkemampuan tetapi tidak melaksanakan ibadah korban seolah-olahnya tidak layak mendatangi masjid untuk melaksanakan ibadat solat.

3.Dalam Mazhab Syafie, kelapangan belanja bermaksud seseorang yang mempunyai wang untuk membeli binatang korban, yang lebih daripada keperluannya dan keperluan mereka yang berada di bawah tanggungannya pada hari raya dan hari-hari tasyrik (10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah).

4.Dalam Mazhab Hanbali pula, kelapangan belanja ialah mereka yang dapat membeli harga korban walaupun secara meminjam atau berhutang, dan hutang itu mampu dijelaskan.

5.Imam Malik berkata: “Saya tidak suka terhadap seseorang yang mampu untuk menyembelih binatang (korban) lalu dia meninggalkannya (tidak melakukannya)”. (Lihat: الموطأ 2/38. Imam Malik. Syarah al-Muwatha: Tanwir al-Hawalik)

6.Berusaha melaksanakan ibadat korban agar ia menjadi penghapus kepada dosa-dosa kita dan memberi kelegaan khususnya kepada fakir miskin dan kegembiraan jiran tetangga.

7.Bagi mereka yang berkemampuan dan ada lebihan wang, afdhal  melaksanakan Ibadat Korban di mana kita tinggal.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

29hb Mei 2023
09hb Zulkaedah 1444H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Читать полностью…

🍁Coretanida🍁

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Umrah Menghapuskan Dosa Haji Mabrur Balasannya Syurga

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الْجَنَّة

Daripada Abi Hurairah RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Antara satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa antara keduanya dan haji yang mabrur tidak ada baginya ganjaran melainkan syurga” (Sahih Bukhari No: 1773) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Ibadat umrah yang dilakukan secara berulang menjadi penghapus dosa antara keduanya. Iaitu sesiapa yang melaksanakan ibadah umrah secara berulang kali, ia menjadi penghapus dosa-dosa kecil sepanjang tempoh jarak ibadah umrah tersebut.

2.Mereka yang diterima ibadah hajinya (haji mabrur) di sisi Allah, tidak ada sebaik-baik ganjaran yang akan diperolehi di sisi Allah melainkan syurga untuknya.

3.Setiap muslim mestilah berazam bersungguh-sungguh untuk menunaikan ibadah haji dan sentiasa berusaha sedaya mungkin dalam melaksanakan perintah Allah SWT tersebut. Hal ini jelas sepertimana firman Allah SWT:

وَلِلَّـهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا

“Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.” (Surah Ali-Imran: 97)

4.Menurut Syeikh al-Maraghi dalam menafsirkan ayat di atas, ia menerangkan bahawa ibadah haji ini diwajibkan kepada setiap orang muslim mukallaf yang berkemampuan. Perlaksanaan ibadah haji dan umrah mampu menjadi mercu tanda dan bukti pengabdian setiap hamba kepada Penciptanya. (Rujuk Tafsir al-Maraghi, 2/853)

Rebut peluang menjadikan ibadat haji dan umrah sebagai pembersih dosa-dosa dan mendapat keampunan serta ganjaran syurga.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

27hb Mei 2023
07hb Zulkaedah 1444H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Читать полностью…
Subscribe to a channel