Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Perbuatan merokok bukan sahaja memudaratkan kesihatan perokok tetapi juga orang sekeliling terutamanya kanak-kanak.
Apabila seseorang merokok, kesan-kesan sisa tembakau masih melekat pada baju, kulit dan rambut.
Sehubungan itu, orang sekeliling terutamanya kanak-kanak tidak boleh dianggap bebas daripada bahaya rokok apabila perokok merokok di luar bangunan.
Oleh itu, orang ramai terutamanya kanak-kanak hendaklah menjauhi perokok agar dapat mengurangkan risiko kesihatan yang berpunca daripada sisa asap basi seperti masalah saluran pernafasan, serangan asma, perkembangan otak terencat dan jangkitan paru-paru.
Tip Keselamatan Makanan
Hari Keselamatan Makanan Sedunia
#TIP 1 :
PEMBELIAN BAHAN MENTAH YANG BERSIH DAN SELAMAT
✅ Segar
❌ Tidak berkulat atau berulat
#KeselamatanMakananTanggungjawabBersama
#tipskeselamatanmakanan
#foodsafetytips
Nyamuk Aedes aktif pada waktu awal pagi dan lewat petang.
Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.
#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #GotongRoyongMegaOnePointZero #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Tip Keselamatan Makanan
Hari Keselamatan Makanan Sedunia
#TIP 4
Tahukah anda kita tidak dapat menilai tahap keselamatan makanan dengan sekadar memeriksa dan menghidu.
#WorldFoodSafety2023
#tipskeselamatanmakanan
#KeselamatanMakananTanggungjawabBersama
Kepentingan Pengambilan Vaksin untuk Jemaah Haji
https://fb.watch/k-Vf77m--D/
Ia kecil.. tapi boleh membunuh!
Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.
#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #GotongRoyongMegaOnePointZero #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hari ini, 7 Jun merupakan Hari Keselamatan Makanan Sedunia yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya keselamatan makanan.
Mengangkat tema "Food Standard Save Lives," sambutan pada tahun ini menunjukkan betapa pentingnya peranan standard makanan bagi memastikan keselamatan dan kualiti makanan serta pentingnya komitmen pihak yang menghasilkan atau mengendalikan makanan tersebut mematuhi keperluan perundangan yang ditetapkan.
Aplikasi standard dalam penghasilan makanan adalah amat penting bagi memastikan makanan yang sampai kepada pengguna adalah bebas daripada sebarang pencemaran baik dari segi pencemaran fizikal, biologi mahupun kimia; yakni SELAMAT.
Sebagai agensi kerajaan yang bertanggungjawab ke atas keselamatan makanan, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan komited dalam memastikan kawalan keselamatan makanan yang berterusan di negara ini.
Sentiasa ingat, KESELAMATAN MAKANAN TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA.
Ayuh, bersama-samalah kita berganding bahu dan bekerjasama bagi memastikan penghasilan makanan yang selamat bermula dari ladang hingga ke meja pengguna. Dan, sebagai pengguna, cakna dan celik dan sentiasa pastikan makanan yang diambil adalah selamat untuk dimakan.
Selamat Menyambut Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2023.
#DrZaliha #DrZ
#KKM #MalaysiaMADANI
Link berita:
https://fb.watch/k-KBB3DYI0/?mibextid=Nif5oz
Menerusi penubuhan Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR), satu projek rintis melibatkan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Klinik Kesihatan Bandar Botanik di Klang telah dilaksanakan bagi mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital berkenaan.
Di bawah inisiatif ini, pesakit bergejala ringan dan bukan kes kecemasan akan dirujuk ke Klinik Kesihatan Bandar Botanik yang dilanjutkan waktu operasi. Projek rintis STAR ini telah menunjukkan keberkesanan dengan purata penurunan bulanan kedatangan pesakit ke zon hijau di HTAR dalam tempoh 3 bulan adalah sebanyak 30.6%.
Link berita:
https://fb.watch/k-KyiNeljR/?mibextid=Nif5oz
#DrZaliha #DrZ #KKM #MalaysiaMADANI
Kenyataan Media
Kementerian Kesihatan Malaysia
7 Jun 2023 - Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia
Batuk kokol adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Bordetella Pertussis. Bakteria ini menjangkiti mulut, hidung dan tekak dan tersebar melalui udara ketika pesakit bersin atau batuk.
Individu bergejala perlu mengamalkan etika batuk dan bersin dengan betul bagi mencegah penularan penyakit kepada individu lain.
Dapatkan rawatan segera jika mengalami gejala Pertussis.
*Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2023. Klik https://rb.gy/6wjhe untuk edisi penuh.
#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2023
Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Puan Ruhana binti Abdul Latif, ketua Penolong Pengarah dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM.
#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah memberikan taklimat berkenaan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 untuk para pengamal media selepas mengadakan taklimat bersama Ahli-ahli Parlimen pada sesi pagi di Dewan Bankuet, Parlimen.
Taklimat yang diadakan ini adalah untuk memaklumkan kepada pengamal media mengenai intipati RUU yang akan melalui Bacaan Pertama di Parlimen pada 12 Jun 2023 (Isnin).
Seramai hampir 40 orang pengamal media yang telah hadir pada sesi taklimat ini bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai RUU melalui pembentangan dan sesi soal jawab yang diadakan.
Berita lanjut:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid028AALPVxV8opE9zdMD2LtMmERhNzo91dYQj4XvC1Z73bzBr6EhEQu6zHvNKU1zkQ4l&id=100064560379224&mibextid=Nif5oz
Mulai 4 Jun hingga 4 September 2023, lima lagi klinik kesihatan akan dilanjutkan operasi bagi memperluas projek rintis mengurangkan kesesakan pesakit di Jabatan Kecemasan hospital kerajaan.
Klinik yang terlibat adalah
🏥 Klinik Kesihatan Mahmoodiah, Johor Bahru
🏥 Klinik Kesihatan Ampang
🏥 Klinik Kesihatan Kuala Lumpur
🏥 Klinik Kesihatan Taman Ehsan, Kepong
🏥 Klinik Kesihatan Greentown, Ipoh
KKM amat menggalakkan pesakit yang tidak mengalami sakit kritikal untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan. Pendekatan ini dapat membantu doktor dan anggota kesihatan dalam memberikan rawatan segera kepada pesakit kritikal di Jabatan Kecemasan hospital kerajaan.
#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2 hari lagi, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan mengajak semua agar terus prihatin dengan keselamatan makanan agar sentiasa terhindar daripada keracunan makanan dengan mematuhi 5 kunci keselamatan makanan ini!
#WorldFoodSafety2023
#tipskeselamatanmakanan
#KeselamatanMakananTanggungjawabBersama
Berikut merupakan senarai hospital di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan berhenti merokok melalui perubahan tingkah laku.
Dapatkan bantuan berhenti merokok demi keluarga tersayang.
* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2023. Klik https://rb.gy/6wjhe untuk edisi penuh.
#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Cara yang paling berkesan untuk mencegah penyakit pneumokokal adalah dengan pengambilan imunisasi pneumokokal.
Pengambilan imunisasi pneumokokal boleh mengelakkan komplikasi seperti meningitis, gangguan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan kematian.
#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Sempena Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2023.
Kementerian Kesihatan Malaysia menggariskan usaha mendidik orang awam untuk menyedari bahawa kita berhak bersuaran untuk udara yang bebas dari asap rokok.
Ayuh sertai kempen ini Suarakan Hak Anda, Speakout!
Pelbagai acara dan pertandingan akan diadakan.
Scan Qr untuk mendaftar dan dapatkan hadiah lumayan.
#kekalaktiflupakanrokok
#BuskingSihatTanpaAsapRokok
#utamakanmakananbukanrokokdemikesihatan
Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
👍Pemilihan makanan yang bersih dan selamat perlu dititikberatkan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti penyakit bawaan air dan makanan, khususnya keracunan makanan.
🧑🍳Punca utama keracunan makanan adalah apabila seseorang individu memakan makanan atau meminum minuman yang telah tercemar dengan bahan pencemar seperti kuman, serpihan kaca, logam dan sebagainya akibat amalan pengendalian makanan yang kurang bersih dan tidak selamat.
✅💪Pengguna dinasihatkan untuk perhati dan pilih sebelum membeli makanan atau minuman. Sekiranya pengguna mempunyai kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq
Tip Keselamatan Makanan
Hari Keselamatan Makanan Sedunia
#TIP 3
Adakah anda tahu selamat untuk makan makanan yang jatuh atas lantai kurang dari 5 saat?
#WorldFoodSafety2023
#tipskeselamatanmakanan
#KeselamatanMakananTanggungjawabBersama
Tip Keselamatan Makanan
Hari Keselamatan Makanan Sedunia
#TIP 2
Tahukah anda bahawa makanan beku tidak selamat untuk mencairkan ia di ruangan suhu bilik ?
#WorldFoodSafety2023
#tipskeselamatanmakanan
#KeselamatanMakananTanggungjawabBersama
🍚🍜🍲Hari Keselamatan Makanan Sedunia disambut pada 7 Jun 2023. Tema sambutan pada tahun ini ialah "Food Standards Save Lives".
Sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia ini, KKM ingin menyeru agar orang ramai dapat terus cakna dan menitik beratkan keselamatan makanan agar sentiasa terhindar daripada keracunan makanan; mendapat akses kepada makanan yang selamat dan berkualiti; serta mengamalkan pengendalian makanan yang bersih dan selamat.
Oleh itu, jadilah sebahagian daripada yang mempunyai peranan dalam memupuk kesedaran terhadap keselamatan makanan sebagai tanggungjawab bersama.
Tobacco Endgame merupakan satu sasaran yang telah ditetapkan oleh Pakar Kesihatan NCD global untuk mencapai peratusan merokok kurang daripada 5% (<5%).
Bagi mencapai sasaran tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mencadangkan satu peruntukan baharu di bawah Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam iaitu peruntukan Generasi Penamat Rokok iaitu satu bentuk perlindungan kepada Generasi yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya daripada bahaya sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik atau vape.
Oleh itu, #GenerasiPenamatRokok disarankan untuk tidak terlibat dengan sebarang akitiviti yang melibatkan produk merokok termasuk rokok elektronik atau vape.
#SayaSokongGenerasiPenamatRokok
Penyakit Pneumokokal lebih cenderung menjangkiti kanak-kanak dan boleh dicegah dengan pengambilan vaksin pneumokokal.
Antara komplikasi penyakit pneumokokal adalah seperti radang paru-paru dan radang selaput otak.
#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hari ini Jun 7, 2023 merupakan Hari Keselamatan Makanan Sedunia.
Tahun ini, Hari Keselamatan Makanan Sedunia mengangkat tema Food Standard Save Lives yang menunjukkan betapa pentingnya standard bagi sesuatu produk makanan ditetapkan bagi memastikan makanan yang di ambil adalah selamat untuk di makan.
Sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2023 semua pihak turut memainkan peranan aktif dalam menjaga keselamatan makanan. Mulakan dengan PERHATI dan PILIH dari membeli bahan makanan yang berkualiti sehingga penyediaan dan penyimpanannya. Kepada peniaga atau pengendali makanan, adalah diharapkan amalan pengendalian makanan serta aspek kebersihan sentiasa diberi perhatian. Bagi pengguna sentiasa amalkan LIHAT, HIDU dan RASA sebelum makan.
Keselamatan makanan merupakan tanggungjawab bersama. Oleh itu, mari kita bersama-sama menjaga keselamatan makanan dan menyumbang kepada pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara madani.
Selamat menyambut Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2023!!
Kepentingan Pengambilan Vaksin untuk Jemaah Haji
Saksikan menerusi FB Live TV Alhijrah esok pada pukul 3.00 petang bersama Dr. Azah binti Abdul Samad, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Seksyen 7, Shah Alam.
#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Telur nyamuk hanya mengambil masa 7 hari untuk bertukar menjadi nyamuk dewasa.
Aedes membunuh! Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.
#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #GotongRoyongMegaOnePointZero #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
YB Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa telah hadir memberi taklimat berkenaan Rang Undang-Undang Baharu Bagi Kawalan Produk Merokok untuk Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.
Seramai 42 Ahli Dewan Rakyat dan 15 Ahli Dewan Negara telah menghadiri sesi taklimat ini.
Pelbagai pandangan dan pendapat telah dikongsikan oleh mereka yang hadir pada hari ini berhubung Rang Undang-Undang baharu yang bakal dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi.
Berita lanjut:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0S6iVnWLCEW1TC45nHgUFbvYEK9oaMPTkutRr6XMKTMbJfsvESD3zVYK8yvbzVhTHl&id=100064560379224&mibextid=Nif5oz
Tip Keselamatan Makanan
Hari Keselamatan Makanan Sedunia
#TIP 1
Buah-buahan dan sayuran wajib dicuci dahulu sebelum dikupas untuk menghilangkan kotoran atau bahan tercemar.
1 hari lagi !!
#WorldFoodSafety2023
#tipskeselamatanmakanan
#KeselamatanMakananTanggungjawabBersama
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia
Pemakluman Status Kes Kanak-kanak Berumur 2 Tahun Berkemungkinan Mengalami Keracunan Nikotin Dalam Rokok Elektronik
Semua ini boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Jom kitar semula!
#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #GotongRoyongMegaOnePointZero #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku