Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Kengkawan, ingat yer tiada ubat khusus dalam merawat demam denggi ni. Jadi, kita kena lindungi diri sendiri dan ahli keluarga kita daripada gigitan nyamuk Aedes.
Jadi, jom lah kita hapuskan tempat-tempat berpotensi menjadi pembiakan Aedes. Mudah jer cuma 10 minit seminggu.
Cuti sekolah ni ajaklah anak-anak untuk sama-sama bersihkan persekitaran rumah di dalam dan di luar rumah. Didik anak-anak bahaya demam denggi sejak mereka masih kecil.
#TiadaAedesTiadaDenggi
#CariDanMusnah
#10minitseminggu
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
❌ ELAKKAN PENCEMARAN SILANG PADA MAKANAN ANDA.
KERACUNAN MAKANAN DAPAT DIELAKKAN JIKA CARA MENGENDALIKAN MAKANAN DIAMALKAN DENGAN BETUL✅
Sumber: BKKM, KKM
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 4 Mac 2023 (ME 9/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
- Kumulatif kes baharu: 5,043,626;
- Kumulatif kes sembuh: 4,997,806 kes;
- Purata kes aktif : 8,851 kes;
- Kumulatif kes kematian: 36,965 kes; dan
- Kumulatif kluster: 7,172 kluster (kluster aktif: 2 kluster).
Perbandingan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 antara ME 8/2023 dan ME 9/2023:
- Bilangan kes baharu meningkat sebanyak 5.2 peratus (1,367 kes kepada 1,438 kes);
- Bilangan kes sembuh menurun sebanyak8.8 peratus (1,497 kes kepada 1,365 kes); dan
- Bilangan kes kematian meningkat sebanyak 300.0 peratus (2 kes kepada 8 kes).
Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2023/03/08/kenyataan-media-kpk-7-mac-2023-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-ke-9-tahun-2023-26-februari-4-mac-2023/
Panduan Penjagaan Semasa Banjir
👉 Makan makanan yang telah dimasak
👉 Basuh tangan sebelum dan selepas ke tandas
👉 Buang sampah di tempat yang disediakan
👉 Minum air yang telah dimasak atau air minuman berbotol
👉 Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan
Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.
#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kepada petugas dan sukarelawan bantuan banjir, pakai peralatan perlindungan diri yang bersesuaian.
Pastikan tiada luka yang terdedah. Cuci tangan dengan air bersih dan sabun atau pensanitasi tangan.
Mandi dan bersihkan badan menggunakan sabun dan pakai pakaian bersih sebelum pulang.
Bersihkan peralatan perlindungan diri dan cuci pakaian menggunakan air bersih dan sabun.
Segera dapatkan rawatan jika demam, batuk, sakit sendi dan cirit-birit.
Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.
#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pada pagi ini, satu kunjungan hormat oleh Pasukan Projek ARCH (Project for Strengthening the ASEAN Regional Capacity on Disaster Health Management) telah diadakan sempena lawatan kerja mereka ke Kementerian Kesihatan berhubung kepada penganjuran Regional Collaboration Drill (RCD) 2023 yang akan diadakan di Malaysia pada bulan September nanti.
Projek ARCH ini telah bermula sejak tahun 2016 dan dikelolakan oleh National Institute of Emergency Medicine, Thailand dan Japan International Cooperation Agency (JICA), Jepun dengan pembabitan semua negara anggota ASEAN.
Matlamat utama projek ini adalah pembangunan kapasiti khususnya di dalam kesiapsiagaan dan respons kesihatan dalam menghadapi sebarang bencana di negara-negara anggota ASEAN dan membolehkan rantau ini berhadapan dengan situasi berkenaan bersesuaian dengan slogan ‘One ASEAN, One Response’.
Penganjuran RCD 2023 ini adalah salah satu aktiviti utama di dalam projek ini bagi membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia menyemak dan menilai semua strategi, garis panduan dan prosedur yang telah dihasilkan dalam pengurusan kesihatan bencana dari aspek keberkesanan dan keupayaan praktikalnya untuk memberikan tindak balas yang cepat dan berkesan dalam menghadapi sebarang bencana yang berlaku.
Kementerian Kesihatan Malaysia berharap dengan penganjuran RCD 2023 di Kuala Lumpur tahun ini ianya juga dapat mengeratkan jalinan kerjasama dan kolaborasi dengan negara anggota ASEAN lain khususnya di dalam bidang pengurusan kesihatan bencana.
Di samping itu, sesi perkongsian pengetahuan dan pengalaman yang akan diperolehi melalui acara ini dapat memantapkan lagi petugas-petugas kesihatan dan perubatan di rantau ini bagi menghadapi sebarang bencana sama ada di dalam atau di luar negara.
-Ketua Pengarah Kesihatan-
Tiga kes Covid-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir di Johor – Dr Zaliha
https://malaysiagazette.com/2023/03/04/tiga-kes-covid-19-dikesan-dalam-kalangan-mangsa-banjir-di-johor-dr-zaliha/
Patuhi nasihat pihak berkuasa❗
📞 Hubungi jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan untuk mendapatkan bantuan kecemasan ketika menghadapi musim banjir.
Waspada Banjir.
Bahaya bermain dengan air banjir !
Pantau dan nasihat anak-anak agar terlindung daripada penyakit bawaan air.
Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.
#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Lewat petang 02/03/2023, memantau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Jawa, Segamat. Pasukan kami membawa sama barangan bantuan, keperluan wanita, dan keperluan kanak-kanak.
Kampung Jawa merupakan antara kawasan yang terjejas teruk akibat banjir. Semoga semua mangsa tabah dengan ujian ini.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha membantu mangsa banjir ini, termasuk pasukan penyelamat, anggota masyarakat setempat, para sukarelawan dan semua yang berkenaan.
#DemiSekijang
Sumber: https://www.facebook.com/105057232411843/posts/pfbid0rkzDZDVoJhjmGNXccYSSBxEcCLNttHfRPbxANKcLpsoH8v6T2Z6FrMbme3o2MJCZl/?mibextid=Nif5oz
Hai semua...Ada cadangan untuk pergi melancong ke musim cuti sekolah ni? Nak Gie mana tu? sebelum tu kami nak kongsikan Panduan Makanan Selamat Semasa Melancong Ke Luar Negara, bukan apa mudah mudahan percutian anda nanti akan menjadi baik - baik dan lancar sahaja. Jom kita baca sama - sama.
Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama.
Sumber: BKKM, JKN Johor
Semakin hari semakin meningkat kes kematian akibat demam denggi. Siapa lah esok yang menjadi korban denggi? Aedes tidak mengira siapa mangsanya sama ada bayi, kanak-kanak atau warga emas. Apa yang penting bagi Aedes adalah memastikan zuriatnya terus berkembang dan membiak. Kengkawan nak banteras Aedes mudah je cuma ambil masa 10minit seminggu kita hapuskan tempat2 pembiakannya di persekitaran rumah kita dalam dan luar. Ayuh kengkawan kita perang Aedes habis-habisan
#TiadaAedesTiadaDenggi
#CaridanMusnah
#10minitseminggu
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Baru-baru ini, pemain badminton Malaysia, Chan Peng Soon, telah mendapatkan vaksinasi flu tahunannya untuk melindungi diri dan keluarganya daripada dijangkiti flu. Mari cegahi jangkitan flu bersama!
Untuk info lanjut, layari: https://actoflove.ifl.my/
Sumber: Immunise4Life
Tahukah anda semua pengendali makanan termasuk pengusaha bazar Ramadan wajib mendapatkan suntikan vaksin tifoid?
Ketahui mengapa pencegahan penyakit tifoid adalah penting.
Mari kita mencegah penularan penyakit tifoid semasa bulan Ramadan yang mulia.
Sumber: Immunise4Life
🦟Denggi adalah antara pembunuh senyap yang mampu mengancam nyawa sekiranya tidak diambil tindakan drastik, khasnya bagi rawatan kepada individu yang bergejala.
🕦Awasi waktu puncak gigitan nyamuk Aedes ketika menjalankan kegiatan di luar bersama keluarga khasnya antara 6:00 pagi hingga 8:00 pagi dan 6:00 petang hingga 8:00 malam.
🛟Pada November 2022, Monsun Timur Laut (MLT) yang membawa hujan lebat telah melanda negara serta dijangka tamat pada Mac 2023. Situasi ini melibatkan seluruh negara terutamanya negari-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia, barat Sarawak dan utara Sabah.
❗Oleh itu, setiap lapisan masyarakat perlu berganding bahu dan bertindak proaktif dalam usaha membantu mengurangkan kejadian kes demam denggi.
‼️Antara langkah lain yang boleh diambil adalah:
🦟Penggunaan repelan nyamuk bagi mengelakkan gigitan nyamuk sewaktu aktiviti di luar premis.
Cegah Leptospirosis semasa banjir.
Seseorang individu boleh dijangkiti leptospirosis dengan cara kontak langsung dengan air tercemar atau mengambil makanan dan minuman tercemar.
Antara langkah pencegahan yang boleh diambil adalah seperti jangan main air atau lopak air semasa dan selepas banjir, uruskan sampah dan bersihkan persekitaran rumah untuk mengelak daripada menjadi tempat pembiakan tikus dan pakai peralatan perlindungan diri semasa melakukan kerja-kerja pembersihan.
Segera dapatkan rawatan jika anda mempunyai simptom Leptospirosis.
Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.
#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Denggi membunuh!
Layari idengue.mysa.gov.my untuk maklumat kes denggi terkini dan kawasan wabak aktif denggi.
#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Amalkan 10 langkah pencegahan‼️
💪 Tindakan anda dapat membantu mengelakkan diri dan keluarga tersayang daripada penyakit seperti demam kepialu (Tifoid), Taun (Kolera), Hepatitis A, disenteri dan keracunan makanan.
🌊 Air banjir boleh menjadi punca penyakit dan kemalangan jiwa.
❌ Oleh itu, jangan biarkan anak-anak bermain dengan air banjir
❤️ Semoga kita semua orang di Malaysia diberikan keselamatan dan kesihatan yang baik terutamanya bagi mereka yang sedang menghadapi musibah banjir sekarang.
Johor dijangka terima hujan luar biasa sehingga akhir Mac akibat peralihan monsun
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/johor-dijangka-terima-hujan-luar-biasa-sehingga-akhir-mac-akibat-peralihan-monsun-409116?fbclid=IwAR3Gjj25ZKQ5UaB9DSmx2ZuesuoalNH3r43iuqb7cBcVQMHBGnYMwadXKTs
PELEPASAN AIR EMPANGAN SELIAAN JPS DI JOHOR
1. Berikutan hujan lebat berterusan di kawasan tadahan melibatkan beberapa empangan di Johor, JPS telah membuat pelepasan empangan mengikut tatacara SOP operasi empangan.
2. Limpahan air empangan melalui struktur alur limpah akan berlaku apabila aras takungan empangan melepasi aras tertinggi. Limpahan air ini merupakan mekanisme yang direkabentuk untuk menjaga integriti dan keutuhan empangan.
3. Buat masa ini sebanyak 15 buah pam bergerak sedang beroperasi di kawasan-kawasan kritikal di Batu Pahat, Pontian dan Tangkak. 10 buah pam bergerak dengan kapasiti 10cusec lengkap dengan genset telah tersedia untuk dihantar ke Johor sebagai pam tambahan. Operasi pam bergerak ini merupakan tambahan kepada sistem saliran dan pam sedia ada bagi mempercepatkan aliran air banjir untuk mengurangkan kedalaman banjir.
4. Orang awam dimohon untuk sentiasa bersiapsiaga dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana di Daerah dan Negeri
Elak penyakit bawaan air dan makanan semasa banjir.
Jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran.
Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit-birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan.
Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.
#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Elak tekanan semasa musim banjir
➡️ Beri masa untuk menyesuaikan diri dengan perkara yang telah berlaku
➡️ Kongsi perasaan dengan orang yang boleh dipercayai
➡️ Amalkan cara hidup sihat untuk mengisi masa lapang
➡️ Dapatkan bantuan daripada kumpulan sokongan atau pakar yang terlatih
➡️ Tambah baik rutin harian
➡️ Buat keputuan yang rasional
Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.
#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Antara amalan kesihatan dan keselamatan diri semasa banjir
👉 Minum air yang telah dimasak atau air minuman berbotol
👉 Jaga kebersihan dan keselamatan makanan
👉 Larang kanak-kanak bermain air banjir
👉 Jangan merokok di pusat pemindahan
👉 Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan
Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.
#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jom selak e-majalah edisi Mac 2023 di https://bit.ly/3ma0SG1
YB Dr. Zaliha binti Mustafa mencatatkan sejarah sebagai Menteri Kesihatan pertama daripada kalangan wanita.
ANMS dan Malaysia Madani meletakkan peningkatan taraf kesihatan rakyat Malaysia sebagai keutamaan melalui pembudayaan hidup sihat demi kesejahteraan kesihatan. Inisiatif ‘Wellness Hub’ di seluruh negara dilihat mampu menyokong dalam merealisasikan pendekatan ini.
Pelbagai isu kesihatan turut dikongsi pada edisi kali ini seperti Virus Human Papilloma (HPV), Influenza, Perkhidmatan Berhenti Merokok, Risiko Kecantikan Segera dan Tip Pemakanan di Bulan Ramadan.
Jangan lupa untuk baca, share dan like majalah ini!
#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Dato' Jalaludin Hassan telah mengambil suntikan flu tahunannya untuk mengurangkan risiko komplikasi berkaitan flu dan kemasukan ke hospital. Anda bila lagi?
Untuk info lanjut, layari: https://actoflove.ifl.my/seniors/
Sumber: Immunise4Life
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 25 Februari 2023 (ME 8/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
Kumulatif kes baharu: 5,042,188;
Kumulatif kes sembuh: 4,996,441 kes;
Purata kes aktif : 8,898 kes;
Kumulatif kes kematian: 36,957 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,171 kluster (kluster aktif: 1 kluster).
Perbandingan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 antara ME 7/2023 dan ME 8/2023:
Bilangan kes baharu menurun sebanyak 8.6 peratus (1,495 kes kepada 1,367 kes);
Bilangan kes sembuh menurun sebanyak 16.1 peratus (1,784 kes kepada 1,497 kes); dan
Bilangan kes kematian menurun sebanyak 50.0 peratus (4 kes kepada 2 kes).
Kenyataan penuh di : https://kpkesihatan.com/2023/02/28/kenyataan-media-kpk-28-februari-2023-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-ke-8-tahun-2023-19-25-februari-2023/
𝑷𝒆𝒏𝒚𝒂𝒌𝒊𝒕 𝑱𝒂𝒓𝒂𝒏𝒈 𝑱𝒖𝒎𝒑𝒂: 𝑨𝒑𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝑷𝒆𝒓𝒍𝒖 𝑨𝒏𝒅𝒂 𝑻𝒂𝒉𝒖?
Kementerian Kesihatan Malaysia mentakrifkan penyakit ini sebagai yang dihidapi oleh kurang daripada 1 dalam 4,000 individu di dalam sesebuah komuniti yang mempunyai kekerapan berlaku yang rendah, serta boleh mengancam nyawa dan/ atau menyebabkan ketidakupayaan kronik.
Contoh Penyakit Jarang Jumpa termasuk:
1. Penyakit metabolik yang diwarisi seperti penyakit simpanan lisosom,
2. Penyakit neuromuscular seperti distrofi otot Duchenne dan distrofi spinal muscular,
3. Penyakit darah seperti hemofilia,
4. Penyakit tulang seperti penyakit tulang rapuh dan akondroplasia,
5. Penyakit orang dewasa seperti penyakit Huntington dan penyakit neuron motor.
Hari Penyakit Jarang Jumpa Sedunia disambut bagi meraikan pesakit serta orang yang hidup bersama Penyakit Jarang Jumpa dan keluarga mereka.
Bersama kita meningkatkan kesedaran mengenai Penyakit Jarang Jumpa ini.
#RareDiseaseDay
Segera lindungi diri & orang tersayang dengan dapatkan vaksin COVID-19 serta Dos Penggalak pertama & kedua.
Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth
#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku
Kredit: Santiana Ramli