Masih belum ada varian baharu selain daripada Omicron, apa yang kita kesan ialah mutasi subtype Omicron.” - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Noor Hisham Abdullah
Читать полностью…Pemberian vaksin COVID-19 secara walk-in dan tanpa janji temu boleh mula dilakukan di Klinik Kesihatan Kerjaan dan Hospital Kerajaan mulai 9 Januari 2023.
Keutamaan diberi kepada golongan berisiko tinggi.
Layari https://covid-19.moh.gov.my untuk dapatkan senarai penuh Klinik Kesihatan dan hospital Kerajaan yang menyediakan perkhidmatan ini.
Lindung Diri, Lindung Semua.
#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Peningkatan Kes COVID-19 : Perlukah Saya Merasa Bimbang?
Jom sertai TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang esok bersama Dr. Tan Seok Hong dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM
#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🩺 Pemberian vaksin COVID-19 secara jumpa terus (walk-in) dan tanpa perlu janji temu boleh mula dilakukan di Klinik Kesihatan dan hospital kerajaan bermula 9 Januari 2023.
✅Keutamaan adalah kepada mereka yang berisiko tinggi, mempunyai komorbiditi dan warga emas. Vaksin terbukti mampu melindungi kita daripada komplikasi serius jangkitan COVID-19.
📌Layari https://covid-19.moh.gov.my/makluman/senarai-pusat-pemberian-vaksin-ppv-di-malaysia?fbclid=IwAR1qcxKH2k-afOvmVUH6sl4Wy7wiJzJviyVHFGO-8p6FSA_I25ljGtZ4zrs untuk mendapatkan senarai penuh Klinik Kesihatan dan Hospital yang menyediakan perkhidmatan ini.
Kenyataan Media KPK 9 Januari 2023 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi 1 (1-7 Januari 2023)
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 7 Januari 2023 (ME 1/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
- Kumulatif kes baharu: 5,029,908;
- Kumulatif kes sembuh: 4,981,975 kes;
- Kumulatif kes kematian: 36,874 kes; dan
- Kumulatif kluster: 7,167 kluster (kluster aktif: 9 kluster).
Perbandingan antara ME 52/2022 dan ME 1/2023:
- Bilangan kes sembuh pada ME 1/2023 menurun sebanyak35.6 peratus (5,869 kes kepada 3,781 kes);
- Bilangan kes baharu pada ME 1/2023 menurun sebanyak 14.2 peratus (3,767 kes kepada 3,231 kes);
- Bilangan kes tempatan menurun sebanyak 14.0 peratus (3,735 kes kepada 3,213 kes); dan
- Bilangan kes import menurun sebanyak 43.8 peratus (32 kes kepada 18 kes).
- Bilangan kes kematian pada ME 1/2023 menurun sebanyak4.5 peratus (22 kes kepada 21 kes); dan
Purata kes aktif setiap hari bagi ME 1/2023 menurun sebanyak 10.8 peratus (12,647 kes kepada 11,278 kes)
Kenyataan penuh di : https://kpkesihatan.com/2023/01/09/kenyataan-media-kpk-9-januari-2023-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-1-1-7-januari-2023/
Cara mengelak jangkitan COVID-19
✅ Tingkatkan aktiviti pencegahan dan kepatuhan kepada tindakan kesihatan awam
✅ Dapatkan dos penggalak COVID-19
✅ Elakkan 3S, amalkan 3W serta lakukan TRIIS
✅ Budayakan cara hidup sihat
Bersama-sama kita putuskan rangkaian COVID-19
#ANMS #KekalSihat #COVID19 #sihatmilikku
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Mengapa sijil vaksinasi saya tidak dipaparkan di MySejahtera?
Periksa halaman profil anda. Jika belum ada tanda verikasi ‘SAH’, segera sahkan dengan mengikuti langkah-langkah ini.
#mysejahtera
#gerbangkesejahteraandigitalanda
Sumber: MySejahtera
Kenyataan Media KPK 5 Januari 2023 – Keputusan Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Kali Ke-380 Berkenaan Pendaftaran Vaksin COVID-19
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-380 yang bersidang pada hari ini, 5 Januari 2023 telah memberi kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin COVID-19 iaitu Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection (nombor pendaftaran MAL22016037AZ; pengilang Pfizer Manufacturing Belgium NV, Belgium dan BioNTech Manufacturing GmbH, Germany) sebagai dos penggalak (booster dose) kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun sekurang-kurangnya selepas enam (6) bulan daripada penerimaan dos primer vaksin Comirnaty.
KKM ingin memaklumkan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat ini masih memerlukan pemantauan dan penilaian berterusan terhadap maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa. Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi vaksin tersebut kekal positif. KKM sentiasa komited untuk mempertingkatkan akses rakyat kepada produk vaksin bagi tujuan pencegahan penularan COVID-19 di Malaysia, dengan memastikan ia dinilai dengan sewajarnya berdasarkan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN
5 JANUARI 2023
https://kpkesihatan.com/2023/01/05/kenyataan-media-kpk-5-januari-2023-keputusan-mesyuarat-pihak-berkuasa-kawalan-dadah-pbkd-kali-ke-380-berkenaan-pendaftaran-vaksin-covid-19/
Orang ramai boleh menghubungi talian hotline COVID-19 atau emel kepada CPRC sekiranya mempunyai pertanyaan berkenaan COVID-19. Kes positif COVID-19 juga boleh menghubungi talian virtual CAC helpline jika memerlukan bantuan atau khidmat nasihat.
Bermula 1 Januari 2023, waktu operasi saluran-saluran tersebut adalah seperti dikongsikan.
Dua subvarian Omicron COVID-19 iaitu BA.5.2 dan BF.7 telah dikesan di Malaysia sejak 16 Mac dan 21 Ogos 2022 lagi.
Sentiasa amalkan kawalan kesihatan kendiri secara berterusan.
▫️Elakkan 3S
▫️Amalkan 3W
▫️Lakukan TRIIS sekiranya bergejala
Kenyataan Media KPK 4 Januari 2023 – Makluman Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual
1. Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:
1. Flashhskinzz Night Cream
2. Rissa Skin Moisturiser
2. Susulan daripada itu, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL
3. Produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan. Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti berikut:
- Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
- Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
- Betamethasone 17-Valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.
PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI
4. Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
5. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM
6. Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
7. Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.
Sekian.
TAN SRI DATO’ SERI DR NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
4 Januari 2023
https://kpkesihatan.com/2023/01/04/kenyataan-media-kpk-4-januari-2023-makluman-produk-kosmetik-yang-dikesan-mengandungi-racun-berjadual/
YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja khas ke KLIA dan KLIA 2 hari ini.
Lawatan ini adalah bertujuan untuk meninjau kesiapsiagaan menerima ketibaan pengembara dari seluruh dunia susulan daripada perkembangan kejadian jangkitan COVID-19 di peringkat antarabangsa.
Sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapai peningkatan kes COVID-19 yang dilaporkan di beberapa negara termasuk negara China, pada masa ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan saringan demam kepada semua pengembara yang tiba dari luar negara di Pintu Masuk Antarabangsa. Mereka yang dikesan mengalami demam atau bergejala atau rujukan kendiri akan dirujuk kepada pihak kesihatan untuk pemeriksaan semula.
Berita penuh : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02Tbn6Twzz1JJsNMiquFA37cCfbaWFJB7MVphM8eNG5vKDJkeL9ADn4ocmJxfLr55Gl&id=100064560379224&mibextid=Nif5oz
Proses survelen air kumbahan dari pesawat melibatkan persampelan dan pengujian sistematik bagi air sisa yang tidak dirawat dan enap cemar pembetung.
Serpihan RNA virus SARS-CoV-2 terdapat dalam najis individu yang dijangkiti virus tanpa mengira status kesihatan (gejala, asimtomatik, pra-gejala, sembuh) dan boleh dikesan dalam air kumbahan.
Proses persampelan air kumbahan ini dijalankan oleh Pejabat Kesihatan (PK) KLIA dengan kerjasama pihak lapangan terbang KLIA sebelum air kumbahan ini dilepaskan ke lavatory truck ke aircraft waste disposal facilities (AWDF). Sampel-sampel ini kemudiannya dihantar ke MKAK bagi proses pengujian seperti dikongsikan.
Persampelan air kumbahan dari pesawat dijalankan sebanyak dua (2) kali seminggu.
Penilaian risiko ini dijalankan secara berterusan oleh KKM bagi mengenalpasti negara-negara yang berisiko sebagai survelan sokongan (Supplementary Surveillance) bagi COVID-19.
Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sejak Februari 2022, lebih 98% varian SARS-CoV-2 yang menular di dunia adalah jenis Omicron dan hasil mutasi terutama pada domain reseptor-pengikat (receptor binding domain-RBD) dalam kalangan VOC Omicron telah menghasilkan pelbagai jenis sub susur galur (sublineage).
Varian BA.5.2 dan varian BF.7 merangkumi lebih kurang 80% daripada varian yang menular di negara China turut telah dikesan di Malaysia.
Langkah-langkah kesihatan awam yang perlu diambil adalah masih sama seperti yang diambil untuk VOC-LUM sebelum ini.
Oleh itu, orang ramai adalah dinasihatkan agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
• Elakkan 3S;
• Amalkan 3W;
• Amalkan TRIIS;
• Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
• Individu yang belum menerima dos penggalak vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.
[TERKINI] #COVID19
🔹 KKM jangka tidak berlaku lonjakan kes COVID-19 susulan musim perayaan akan datang
🔹 Tiada varian baharu COVID-19 dikesan dalam negara
🔹 SOP sekarang kekal, KKM teliti tujuh indikator sebelum buat keputusan perketat SOP sedia ada
Sumber : Noor Hisham Abdullah
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Dikongsikan syor terkini oleh Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) berkenaan pemberian dos penggalak.
Individu yang telah lengkap menerima dos primer vaksin COVID-19 dan diikuti dengan dos penggalak telah terbukti mendapat perlindungan optima daripada jangkitan COVID-19 yang teruk dan kematian.
Namun disebabkan berlaku penurunan imuniti selepas tempoh yang tertentu (waning imunity), risiko kumpulan rentan untuk mendapat jangkitan yang teruk dan komplikasi penyakit COVID-19 adalah tinggi.
Oleh itu, pengambilan vaksin dos penggalak kedua adalah amat digalakkan, terutamanya bagi kumpulan ini.
Walk-in saja!
Anda boleh mendapatkan vaksinasi COVID-19 secara walk in di fasiliti kesihatan* berdekatan dengan anda.
Imbas kod QR ini untuk senarai fasiliti kesihatan yang membenarkan walk-in.
_______
Just walk in!
You can get COVID-19 vaccination by walk-in to the nearest health facility*.
Scan this QR code for the list of health facilities that allow walk-ins !
#mysejahtera
#gerbangkesejahteraandigitalanda
Sumber: MySejahtera
Kriteria kumpulan berisiko tinggi adalah seperti berikut:
- Warga emas berumur 60 tahun ke atas
- Mereka yang mempunyai komorbiditi dan penyakit kronik
- Individu lain yang berisiko mendapat gejala teruk dan komplikasi jangkitan COVID-19
Mereka yang menepati kriteria berikut boleh walk-in ke Klinik Kesihatan atau Hospital tanpa perlu membuat janji temu, bermula 9 Januari 2023.
Layari https://covid-19.moh.gov.my/makluman/senarai-pusat-pemberian-vaksin-ppv-di-malaysia untuk mendapatkan senarai penuh Klinik Kesihatan dan Hospital yang menyediakan perkhidmatan ini.
Tempah janji temu dos penggalak COVID-19 sekarang juga!
Pastikan profil COVID-19 anda mempunyai tanda verifikasi “SAH” sebelum anda dapat menempah janji temu. Kemas kini versi terbaharu aplikasi MySejahtera di gedung aplikasi telefon anda.
___________________
Book your second COVID-19 booster dose appointment now!
Make sure your COVID-19 profile has been verified before you can book an appointment. Update the latest version of MySejahtera app in your phone’s app store.
#mysejahtera
#gerbangkesejahteraandigitalanda
Shield Ourselves with Booster Dose
Tune in to Traxxfm tomorrow at 11.15 am with Dr. Tan Seok Hong from Disease Control Division, MOH.
#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Apa itu Paxlovid? Siapa akan diberikan Paxlovid? Keraguan anda kami jawab di sini.
#ANMS #KekalSihat #COVID19 #sihatmilikku
Berikut adalah langkah-langkah untuk janji temu perkhidmatan kesihatan primer diaplikasi MySejahtera.
Setakat ini jenis perkhidmatan yang disediakan adalah:
i) Rawatan Pesakit Luar
ii) Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (National Health
Screening Initiative)
iii) Saringan Kesihatan PeKa B40
iv) Pemeriksaan Kesihatan Pra-Pekerjaan/Pengajian
v) Saringan Pra-Perkahwinan
vi) Khidmat Berhenti Merokok
vii) Perkhidmatan Perancang Keluarga
viii) Prosedur
Soalan lazim berkenaan sistem janji temu ini boleh didapati di laman sesawang https://mysejahtera.moh.gov.my/ms/janji-temu/soalan-lazim.
“Gerbang kesejahteraan digital anda."
Anda akan menerima notis pemberitahuan sekiranya sesi janji temu anda terdapat perubahan masa ataupun tarikh.
Sila pastikan anda telah membenarkan fungsi notifikasi dalam talian untuk penetapan telefon pintar anda bagi aplikasi MySejahtera
#MySejahtera
#JanjiTemu
#gerbangkesejahteraandigitalanda
Sumber: MySejahtera
Pemberitahuan peringatan berkenaan maklumat janji temu yang telah ditempah di MySejahtera akan diberikan 24 jam sebelum sesi janji temu.
Sila pastikan anda telah membenarkan fungsi notifikasi dalam talian untuk penetapan telefon pintar anda bagi aplikasi MySejahtera
Tepati masa dan jangan lupa tarikh sesi janji temu anda!
#MySejahtera
#JanjiTemu
#gerbangkesejahteraandigitalanda
Sumber: MySejahtera
Vaksin COVID-19 : Elakkan Gejala Menjadi Teruk
Dengarkan di aifm esok pada pukul 9.00 pagi bersama Dr. Tam Jenn Zhueng dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM
#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
📌Selaras dengan Pelan Strategik Pendigitalan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2021 - 2025, pengukuhan terhadap sistem kesihatan awam berteraskan digital perlu diperkasakan bagi menyediakan perkhidmatan berkualiti.
✅Di atas inisiatif tersebut, fungsi Janji Temu menerusi MySejahtera telah dilancarkan dan boleh digunakan bermula 6 September 2022. Fungsi ini membolehkan pengguna aplikasi MySejahtera menempah janji temu bagi perkhidmatan di fasiliti kesihatan KKM.
❗Ikuti penjelasan lanjut mengenai fungsi tersebut dalam slot temu bual di RTM1, "Pendigitalan Sistem Kesihatan, Pertingkat Kecekapan Perkhidmatan" yang telah disiarkan pada 3 Januari 2023 untuk panduan bersama.
https://www.youtube.com/watch?v=YhkoUoD1RtM
Bagi varian BA.5.2, kemuncak penularan varian ini adalah sekitar bulan September-Oktober 2022, dan banyak ditemui di negara seperti Afrika Selatan, England, China dan Amerika Syarikat. Ia telah dikesan di Malaysia sejak 16 Mac 2022. Sehingga 31 Disember 2022, data terkini mendapati 4,152 kes telah dijangkiti dengan BA.5.2. Kini prevalen varian ini semakin menurun di seluruh dunia.
Bagi varian BF.7 pula, kemuncak penularan adalah pada Oktober 2022 dan ia banyak ditemui di negara seperti Belgium, England, Denmark dan juga China. Ianya telah dikesan di Malaysia sejak 21 Ogos 2022. Sehingga 31 Disember 2022, 3 kes telah dikesan dijangkiti dengan BF.7, iaitu seperti berikut:
- kes pertama dikesan pada 21.8.2022, merupakan kes jangkitan tempatan;
- kes kedua pada 6.9.2022, merupakan kes import jangkitan dari negara Turki; dan
- kes ketiga pada 7.10.2022), merupakan kes jangkitan tempatan.
KETUA PENGARAH KESIHATAN
Malaysia telah mula menjalankan survelan persekitaran COVID-19 menggunakan air kumbahan sejak Jun 2022. Ia bertujuan sebagai survelan sokongan (Supplementary Surveillance) bagi COVID-19 sejajar dengan Fasa Peralihan ke Endemik negara.
Sehingga 31 Disember 2022, Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) telah menerima sejumlah 330 sampel air kumbahan dengan 29 sampel (8.8%) dari PMA dan 301 (91.2%) sampel dari lokasi sentinel.
Seiring dengan keadaan semasa, KKM memperkukuhkan survelan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA)
Sampel air kumbahan dari pesawat yang datang dari negara China akan dihantar ke MKAK untuk ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) seterusnya dihantar untuk penjujukan genom sekiranya dikesan positif COVID-19.
Hal ini membolehkan KKM memantau kemasukan varian SARS-CoV-2 dari negara China sebagai salah satu langkah kawalan dalam menghadapi situasi semasa COVID-19.
📌Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memantau situasi semasa perkembangan kejadian jangkitan COVID-19 di peringkat antarabangsa, khususnya melalui sidang media terkini oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
💪 KKM komited untuk terus mempertingkatkan kesiapsiagaan dan respon bagi menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan kes dan kematian COVID-19 seperti yang pernah dialami semasa varian Delta melanda seluruh dunia, termasuk Malaysia.
#LindungDiriLindungSemua