cprckkm | Unsorted

Telegram-канал cprckkm - CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

558344

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Subscribe to a channel

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Kanser paru-paru adalah yang kedua tertinggi di Malaysia dan dalam kalangan lelaki. Segera berjumpa doktor dan jalani pemeriksaan sekiranya mengalami.
Pengesanan awal ini mampu mengurangkan keterukan penyakit dan kematian akibat kanser.

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Sudahkan anda mengambil dos penggalak vaksin COVID19?
Tempah slot janji temu vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan berdekatan dengan anda untuk memastikan perlindungan terbaik melawan COVID-19.
Sila ikuti langkah-langkah dibawah untuk mendapatkan notifikasi dari MySejahtera
________
Have you taken the COVID-19 vaccine booster dose?
Book your slot for the COVID-19 vaccine at your nearest Klinik Kesihatan for better protection against COVID-19.
Please follow the steps below to turn on notifications from MySejahtera
#MySejahtera#AplikasiKesihatanAwam#BersamahentikanwabakCOVID19#perangiCOVID19

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Kes positif COVID-19 perlu menjalani pengasingan atau isolasi selama lima (5) hari dari tarikh bermula gejala. Kes juga dinasihati untuk mengambil langkah-langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka ketika keluar dari rumah, elak berada di tempat yang sesak, dan elak melawat kumpulan berisiko tinggi sehingga hari ke-10.
Selain itu, kontak rapat kepada kes COVID-19 digalakkan untuk melakukan kuarantin kendiri sekiranya mempunyai gejala seperti demam, batuk dan selesema, melakukan ujian pengesanan COVID-19 RTK (Ag) kendiri serta mengamalkan langkah-langkah pencegahan kesihatan awam untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan.

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjangkakan Monsun Timur Laut bermula pada bulan November 2023 - Mac 2024.

Sehubungan itu, pelbagai jenis bekas yang terdiri daripada bahan buangan, sampah bekas makanan/minuman dan barang lusuh berpotensi menakung air.

Oleh itu, semua lapisan masyarakat perlu bersama-sama menjaga kebersihan persekitaran bagi menghindari Demam Denggi.

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐋𝐔𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐋𝐀𝐌𝐁𝐀𝐓

Antara tempat yang paling berbahaya ketika banjir adalah di kawasan talian elektrik telah jatuh.

Orang ramai yang berada di kawasan yang terjejas akibat banjir dinasihatkan agar tidak menghampiri talian TNB yang jatuh atau mana- mana pepasangan elektrik yang rosak.

Untuk sebarang isu berkaitan tiang elektrik sila hubungi TNB Careline 15454 untuk melapor.

𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐚𝐩𝐚 𝐣𝐮𝐚 𝐬𝐢𝐭𝐮𝐚𝐬𝐢, 𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐥𝐚𝐤 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐣𝐢𝐰𝐚.

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil perhatian serius terhadap suatu hantaran facebook yang mendakwa kementerian ini telah pun menandatangani "perjanjian vaksin", yang kononnya memaksa rakyat di negara ini untuk mengambil vaksin.

KKM ingin menegaskan bahawa tangkap layar ini merupakan kandungan yang memberi persepsi negatif kepada kementerian, yang mana dakwaan tersebut adalah tidak benar.

Sebenarnya foto tersebut memaparkan, YB Dr. Zaliha Mustafa yang mewakili negara dalam pembaharuan WHO Global Service Centre (GSC), Host Country Agreement (HCA) pada 31 Januari 2023, menerusi hubungan kerjasama negara dalam sektor kesihatan demi pembangunan modal insan dan meningkatkan daya saing agar lebih kompetitif dalam kalangan ahli anggota WHO, bukan seperti yang didakwa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam posting berkenaan.

Sehubungan itu, KKM menyeru kepada orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan sesetengah pihak yang ingin menimbulkan kegusaran awam berkaitan KKM.

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Paxlovid merupakan ubat antiviral yang boleh mengurangkan gejala COVID-19 dan mengelakkan penyakit daripada menjadi lebih teruk. Pesakit COVID-19 berisiko tinggi iaitu individu berusia 60 tahun dan ke atas, mempunyai daya tahan badan yang rendah, mempunyai apa-apa komorbid, obes, perokok atau bekas perokok, disarankan untuk mendapat rawatan Paxlovid. Paxlovid berkesan apabila diambil dalam tempoh masa lima (5) hari daripada hari gejala bermula. Sila dapatkan penilaian perubatan awal di fasiliti kesihatan berhampiran untuk menentukan kelayakan anda mengambil Paxlovid.

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Adakah anda tidak mempunyai akses kepada akaun MySejahtera anda yang lama, tetapi ingin mengekalkan data MySejahtera anda? Jangan risau! Ikuti langkah mudah ini untuk mendapatkan semula data MySejahtera anda!

Hubungi pihak MySejahtera sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau masalah.

#MySejahtera
#GerbangKesejahteraanKesihatanAnda
#AplikasiKesihatanAwam

Sumber : MySejahtera

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0CoFS8f9Uqosy1hqW9STfHxnvBTn5Fjv5BqpinwaiAZmrSs9PSzpbYRUePCGRVUt3l&id=100068159346549&mibextid=Nif5oz

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
4 DISEMBER 2023

-Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia Minggu Epidemiologi 47 (19 November - 25 November 2023)-

https://www.facebook.com/share/p/nwLsCV8dHPP8r27N/?mibextid=zLoPMf

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Kolera merupakan penyakit bawaan air dan makanan yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Vibrio Cholerae.

Kolera berjangkit melalui pengambilan makanan atau air yang tercemar terutamanya ketika musim banjir.

Perhatikan tanda-tanda/ gejala dan langkah pencegahan penyakit kolera.

Layari infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS #sihatmilikku

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

‼️KKM ingin mengingatkan orang ramai mengenai kepentingan mengamalkan langkah pencegahan COVID-19 bagi mengawal penularan jangkitan, terutamanya dalam komuniti.

✅Orang ramai adalah dinasihatkan untuk terus mengamalkan 𝐓𝐑𝐈𝐈𝐒 (𝐓𝐞𝐬𝐭, 𝐑𝐞𝐩𝐨𝐫𝐭, 𝐈𝐬𝐨𝐥𝐚𝐭𝐞, 𝐈𝐧𝐟𝐨𝐫𝐦 𝐚𝐧𝐝 𝐒𝐞𝐞𝐤) sebagai langkah pencegahan kesihatan awam demi kesejahteraan bersama

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

⚠️Orang ramai haruslah sentiasa mengambil langkah-langkah penjagaan kesihatan kendiri semasa musim banjir bagi mengelakkan kejadian penyakit bawaan air dan makanan seperti yang dikongsikan.

"𝐉𝐀𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀, 𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐋𝐔𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐋𝐄𝐖𝐀𝐓"

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Perkukuhkan kawalan kesihatan kendiri dengan melaksanakan TRIIS.

▶️ Test / Uji
▶️ Report / Lapor
▶️ Isolate / Asingkan
▶️ Inform / Maklumkan
▶️ Seek / Dapatkan

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

🍨🍦🍬Gula merujuk kepada bahan yang memberi rasa manis pada makanan atau minuman.

Pengambilan gula yang berlebihan boleh meningkatkan risiko obesiti seterusnya meningkatkan risiko penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung serta mendorong kepada pembentukan karies gigi.

Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengehadkan pengambilan makanan tinggi gula agar kekal sihat dengan menggantikannya dengan hidangan yang lebih sihat seperti buah-buahan.

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

❌JANGAN MAIN AIR BANJIR‼️

Air banjir boleh menjadi punca penyakit dan kemalangan jiwa. Oleh itu, jangan biarkan anak-anak anda bermain dengan air banjir.

“KESIAPSIAGAAN BENCANA TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Topik: Cara Untuk Menempah Slot Dos Penggalak Vaksinasi COVID-19 melalui Aplikasi MySejahtera
Tarikh: 20 Disember 2023

Twitter:
https://x.com/my_sejahtera/status/1737362650521379119?s=20

Facebook:
https://www.facebook.com/share/p/3cVMMEv8E5tqmZLZ/?mibextid=WC7FNe

Instagram:
https://www.instagram.com/p/C1EKd1BpYv9/?utm_source=ig_web_copy_link&igshid=MzRlODBiNWFlZA==

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggunakan Sistem Amaran Awal (Heightened Alert System, HAS) bagi tujuan pengukuhan kesiapsiagaan menghadapi situasi COVID-19 dalam negara. Tiga indikator digunakan iaitu Transmisi COVID-19, Pengendalian Kes dan Kapasiti Hospital untuk Respon.
Indikator pertama melihat kepada bilangan kes bagi setiap 100,000 penduduk. Indikator kedua menilai tahap keterukan kes iaitu kadar kematian kes. Manakala indikator ketiga dikira daripada kadar kemasukan ke hospital bagi setiap 100,000 penduduk.
Dengan HAS ini, KKM dapat membuat perancangan sumber-sumber yang diperlukan, mengikut tahap amaran tinggi, sederhana dan rendah.

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0KGPm2atwE1AyBHPugwneTJG7cykn2Js4gV8K2iT31e1kx8a7k6nKSp1JkErnRew1l&id=100063891752823&mibextid=Nif5oz

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Kes COVID-19 semakin meningkat kebelakangan ini. Sentiasa memakai pelitup muka terutamanya bagi yang bergejala atau apabila berada di tempat tertutup, sempit dan sesak terutamanya kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, individu komorbid, individu imuniti rendah dan ibu hamil.

Ikut Tip pemakaian penutup mulut dan hidung ini supaya pemakaiannya betul-betul melindungi anda.

Ingat ya! Jangan buang merata-rata. Pastikan ia dilupuskan dengan cara yang betul.

#ANMS #COVID19 #sihatmilikku

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Kini, bilangan kes demam denggi dalam jarak 200 meter serta status wabak satu kawasan dapat diakses melalui aplikasi iDengue atau pautan laman sesawang iDengue di https://idengue.mysa.gov.my/

Pelbagai informasi termasuk bahan pendidikan kesihatan berkenaan denggi juga terdapat dalam aplikasi dan laman sesawang iDengue.

Oleh itu, Setiap lapisan masyarakat perlu bertanggungjawab dan bertindak proaktif dalam usaha membantu mengurangkan kejadian kes demam denggi yang sedang meningkat.

"𝑨𝒎𝒃𝒊𝒍 𝒑𝒆𝒅𝒖𝒍𝒊! 𝒏𝒚𝒂𝒎𝒖𝒌 𝑨𝒆𝒅𝒆𝒔 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒆𝒏𝒂𝒍 𝒎𝒂𝒏𝒈𝒔𝒂"

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Paxlovid is an antiviral medication that can alleviate the symptoms of COVID-19 and prevent the disease from worsening. High risk COVID-19 patients, such as individuals aged 60 years old or over, immunocompromised, with any comorbidities, obese, current or ex-smokers, are recommended to take Paxlovid treatment. Paxlovid is effective when taken within five (5) days of onset of symptoms. Get a medical assessment early at a nearby health facility to determine your eligibility to take Paxlovid.

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan terdapat cubaan untuk menyebarkan maklumat palsu yang pernah dipalang palsu oleh kementerian ini pada 1 November 2022 yang lalu.

Justeru, orang ramai adalah dinasihatkan agar tidak berkongsi maklumat tersebut supaya tidak menimbulkan suasana panik serta menyeru agar masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan kenyataan yang tidak diketahui kesahihannya.

Maklumat yang palsu seumpama ini tidak memberi apa- apa kebaikan kepada kita semua memandangkan KKM sentiasa memaklumkan situasi semasa COVID-19, termasuk varian, menerusi Kenyataan Media Rasmi kementerian, dan boleh melayari KKMNOW untuk butiran data terkini bagi maklumat jangkitan semasa COVID-19.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0gmnTtvtDU3qdg2YPsvmiWCa9aqAQRxACDJus4n2NPXirv8eeuNg3TQS1UdV9GTnkl&id=100064560379224&mibextid=Nif5oz

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihati orang ramai supaya mendapatkan maklumat mengenai situasi COVID-19 di Malaysia, seperti bilangan kes baharu, bilangan kematian, bilangan kemasukan ke hospital, dan lain-lain daripada sumber yang sahih.
Layari portal KKMNOW di data.moh.gov.my dan laman sesawang serta media sosial rasmi KKM untuk kenyataan media dan berita mengenai COVID-19 yang benar.
Diharap orang ramai tidak mudah mempercayai mesej-mesej yang tular di media sosial yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan.

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Adakah HIV dan AIDS penyakit yang sama❓

Diagnosis bagi kedua-dua penyakit adalah berbeza tetapi saling berkait.

Kekeliruan masyarakat mengenai penyakit ini boleh menyebabkan usaha membendung jangkitan HIV/AIDS melalui aktiviti pencegahan, rawatan dan kawalan terjejas.

Bersempena dengan Hari AIDS Sedunia yang disambut pada hari ini, 2 Disember 2022, bersama tingkatkan kesedaran kita mengenai HIV/ AIDS.

#KomunitiPenerajuBersama

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/pfbid03bRjW8tJFkJkEpJGR8yFAMfianTXH7sXwJFaSr9ziVqMmPWkpy3yCrNzbDsEt4hdl?mibextid=YxdKMJ

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

📄Jom semak kelayakan dan klinik panel Skim Perubatan MADANI di:​
www.protecthealth.com.my/

Kesihatan Anda, Misi Kami​💪

#SkimPerubatanMADANI #MalaysiaMADANI

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Kebelakangan ini tular di aplikasi whatsapp berkenaan buah-buahan dalam tin keluaran negara Thailand.

Ambil maklum bahawa mesej whatsapp ini adalah Palsu! Mohon dapatkan pengesahan maklumat terlebih dahulu sebelum menyebarkannya.

Tak pasti jangan kongsi!

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

🚭Rokok elektronik atau vape mengandungi bahan yang boleh memudaratkan kesihatan seperti propalina glikol, gliserin sayuran, logam berat serta bahan perisa dan pewarna.

🚬Tabiat menghisap rokok elektronik atau vape akan menyebabkan ketagihan seterusnya memberi kesan jangka pendek dan panjang terhadap kesihatan.

Oleh itu, orang ramai perlulah menghindar tabiat menghisap rokok elektronik atau vape bagi mengelakkan penyakit paru-paru yang berpunca daripada bahan tersebut yang dikenali sebagai E-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (EVALI).

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini COVID-19 Di Malaysia


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02xCCvL67LRq4HHS9L3S4yoZ4rB55y6qhrj2Dp6NGcui8K2mU1Kf5KWuFGzZ8GGBujl&id=100064560379224&mibextid=Nif5oz

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius terhadap penyebaran maklumat palsu yang tular di aplikasi Whatsapp baru-baru ini berhubung suntikan vaksin ISR yang bakal disuntik secara paksa.

Pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat memandangkan KKM TIDAK PERNAH mengeluarkan sebarang arahan berkenaan suntikan secara paksaan kepada rakyat Malaysia dan vaksin ISR ini TIDAK WUJUD.

Justeru, orang ramai adalah diseru dan dinasihatkan untuk berhenti menyebarkan sebarang perkongsian maklumat palsu dan tidak sah yang boleh mendatangkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Kami menasihati semua pihak untuk berhati-hati dalam menyebarkan informasi dan sentiasa memastikan kebenarannya sebelum berkongsi dengan mana-mana individu.

#TidakPastiJanganKongsi

Читать полностью…
Subscribe to a channel