buletininfo1malaysia | Unsorted

Telegram-канал buletininfo1malaysia - Buletin Info 1 Malaysia

3369

Selamat Datang ke Buletin Info 1 Malaysia Channel ini akan berkongsi info tentang... 🔍🚓🚑🚒INFO ROADBLOCK 1 MALAYSIA & KEMALANGAN DALAM DAN LUAR NEGARA TERKINI

Subscribe to a channel

Buletin Info 1 Malaysia

Roadblock Jpj depan ikbn Kijal hale cukai🚩
KemamanSite
TER-29Jul-0930am

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Kanak-kanak Cedera Dipukul Lelaki OKU di PPR Perling

Johor Bahru, 28 Julai 2025 – Seorang kanak-kanak dilaporkan cedera di bahagian kepala selepas dipercayai dipukul oleh seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) di sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dekat Perling pada jam 3.15 petang tadi.

Suspek telah berjaya diberkas oleh pihak polis tidak lama selepas kejadian berlaku.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut berhubung motif kejadian atau keadaan semasa mangsa.
Kes masih dalam siasatan.

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

#Repost @sabah.info
Semoga ada keadilan buat adik Zara Qairina 🥺

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

[HEBAHAN]

Assalamualaikum/Selamat Sejahtera,

Lori 10tan sykrt kami telah dicuri pada lewat malam 28/7.

Lori di parking di pejabat kami (puchong)

Lokasi terakhir GPS dikesan lori melalui Jambatan Teluk Intan Hilir Perak sebelum GPS lori tersebut dicabut.
Lori seperti akan menghala ke Utara.

Minta bantuan orang ramai, mana-mana2 yg ternampak lori 10tan (Panjang lori 30 kaki),mohon hubungi kami di 0129418599

Jasa baik kalian amat dihargai.

#lorihilang
#menghalautara
#sebarkan
@buletininfo1malaysia

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

😪 *Kuala Lumpur 28 Jul: "Saya sangat tidak gembira." Itu luahan tegas jurulatih Selangor FC, Katsuhito Kinoshi selepas pasukannya sekadar mencatat keputusan seri 0-0 dalam aksi persahabatan menentang Asia Warriors FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), petang semalam.*
*Kinoshi jelas kecewa dengan corak permainan longlai yang dipamerkan anak buahnya meskipun mereka hanya berhadapan dengan barisan pemain 'pencen'.*
*Asia Warriors hanya membariskan beberapa bintang pencen bola sepak Asia termasuk bekas tonggak Singapura, Baihakki Khaizan di posisi pertahanan serta Keisuke Honda selaku ketua pasukan.*

🤑 *Kuala Lumpur 28 Jul: Dua anak muda namun memiliki jalan berbeza. Tapi kini, perbandingan nilai pasaran Arif Aiman Hanapi dan Luqman Hakim kembali jadi bualan panas penyokong bola sepak tempatan untuk membuktikan siapa sebenarnya 'permata' bola sepak Malaysia.*
*Selain kehadiran tiga kelab baharu dalam kancah Liga Super musim 2025/2026, turut menjadi tumpuan adalah pertemuan dua pemain muda terbabit yang sudah pasti dinantikan penyokong bola sepak tanah air.*
*Arif, pemain sayap lincah yang terus menjadi nadi Harimau Selatan, kini dinobatkan antara pemain tempatan termahal dengan nilai pasaran mencecah €1.2 juta (RM5.9 juta) menurut Transfermarkt.*
*Prestasinya bukan calang-calang. Di Sepanyol, dia bukan saja diturunkan sebagai tonggak utama JDT dalam siri pra musim, malah diberi kepercayaan menyandang lilitan kapten.*

💪🏼 *Kuala Lumpur 28 Jul: Detik hitam yang hampir memusnahkan kariernya kini menjadi pembakar semangat buat Faisal Halim bangkit lebih garang untuk musim 2025/2026.*
*Bukan lagi sekadar pulih, tidak juga hanya kembali berlatih semata-mata, namun inilah masanya untuk Faisal Halim 'meletup' semula di padang.*
*Pemain sensasi Selangor FC itu mengakui musim ini adalah pentas untuk membuktikan dirinya masih lagi antara pemain paling berbisa di Malaysia biarpun pernah terlantar akibat insiden simbahan asid yang menggemparkan negara.*
*"Saya tidak mahu terus dikenang sebagai mangsa. Saya mahu dikenang sebagai pejuang yang bangkit semula. Ini bukan fasa pemulihan lagi, ini masa untuk beraksi," katanya.*

🦜 *Alor Setar 28 Jul: Kehangatan saingan Liga A1 Semi-Pro semakin terasa bahangnya khususnya di Kedah apabila pendatang baharu, Kedah FA mengumumkan dua tonggak importnya bagi menghadapi cabaran yang memulakan aksinya pada 2 Ogos ini.*
*Menurut kenyataan dari media Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), pemain import dari Ghana, Yakubu Abubakar dan seorang lagi pemain dari Nigeria iaitu Adam Azeez Arisekola kini sah menyarung jersi Kedah FA pada musim ini.*
*Turut difahamkan Kedah FA juga kini dalam proses untuk mendapatkan pemain import ketiga di mana nama pemain berkenaan bakal menyusul dalam tempoh terdekat selepas urusan membawa masuk pemain berkenaan selesai.*

🦌 *Kota Bharu 28 Jul: Presiden Kelantan Red Warriors (KRW), Nik Hafiz Naim Nik Hassan menafikan pembabitan Kelantan FC dalam kelab berkenaan sebagaimana dimaklumkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).*
*Nik Hafiz berkata, keseluruhan kelab adalah ditubuhkan dengan syarikat, pengurusan, pejabat, pemain malah logo yang berlainan dengan pasukan yang dimiliki Norizam Tukiman atau Zamsaham.*
*Katanya, perkara itu membuktikan kedua kelab adalah mewakili dua entiti yang berbeza.*
*"Cuma kita bawa nama (Red Warriors) dan warna merah,putih yang sama (dengan Kelantan FC) sebab bendera kita (Kelantan) merah putih," katanya ketika dihubungi.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*Adik-beradik Marquez itu pernah menjadi rakan sepasukan musim lalu di Gresini Ducati dan sebelum itu secara singkat di Honda.*
*Namun, kerjasama mereka berakhir apabila Marc Marquez berpindah ke pasukan utama Ducati, bergandingan dengan Pecco Bagnaia musim ini.*
*Bersama jentera terkini Ducati, GP25, Marc mendominasi saingan dan kini berada di landasan untuk merebut kejuaraan dunia kesembilan.

🏎️ *Spa-Francorchamps 28 Jul: Bos McLaren, Andrea Stella berkata, dua rakan sepasukan Oscar Piastri dan Lando Norris sedang berlumba seperti juara dan gelaran Formula Satu (F1) mungkin akan ditentukan oleh perbezaan tipis serta kehebatan individu.*
*Kedua-duanya dipisahkan 16 mata dalam persaingan dua penjuru dengan Piastri dari Australia mendahului kemenangan satu-dua keenam McLaren musim ini di Grand Prix (GP) Belgium, semalam, dan meraih kemenangan keenamnya dalam kempen kali ini.*
*Max Verstappen dari Red Bull berada di tempat ketiga keseluruhan, tetapi ketinggalan 81 mata dan harapannya untuk merangkul gelaran kelima berturut-turut semakin pudar.*

🏁 *Spa-Francorchamps 28 Jul: Oscar Piastri berkata dia menukar kekecewaan menjadi motivasi untuk berjaya selepas mencatat kemenangan keenam musim ini dalam Grand Prix (GP) Belgium yang ditangguhkan seketika akibat hujan, semalam.*
*Pelumba Australia berusia 24 tahun itu berasa kecewa dengan prestasinya pada Sabtu lalu apabila ditewaskan oleh pencabar kejuaraan yang juga rakan sepasukan di McLaren, Lando Norris pada sesi kelayakan.*
*Namun, dia bangkit dan membalasnya dengan aksi mengagumkan, mempamerkan pemanduan berani seawal pusingan pertama selepas perlumbaan dimulakan semula di belakang kereta keselamatan di trek yang masih lembap.*

🏍️ *Kuala Lumpur 28 Jul: Impian pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli untuk menaiki podium dalam Perlumbaan 2 tidak kesampaian apabila jenteranya mengalami masalah, sekali gus menghalang dirinya daripada mengutip mata maksimum pada pusingan keempat Kejuaraan Dunia FIM JuniorGP (JrGP) 2025 di Litar Aragon, Sepanyol, semalam.*
*Pelumba kelahiran Terengganu itu beraksi baik dalam Perlumbaan 1 dan hampir berada dalam kelompok pemenang selepas berjaya memintas beberapa pelumba lain, namun terpaksa akur menamatkan perlumbaan di tempat keempat apabila dibezakan kurang satu saat daripada kedudukan podium.*
*Justeru, dia yakin momentum itu dapat diteruskan dalam Perlumbaan 2 tetapi isu teknikal yang dialami motornya itu menyebabkan dia terpaksa menamatkan perlumbaan lebih awal.*

🏸 *Kuala Lumpur 28 Jul: Permainan pantas serta kepelbagaian taktikal pukulan yang ditampilkan oleh gandingan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri membuatkan beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik sering terperangkap sekali gus mengecewakan mereka di pentas final Terbuka China, semalam.*
*Bagi Wooi Yik, dia dan Aaron sudah mempunyai perancangan taktikal untuk digunakan dalam perlawanan akhir itu, namun ia tidak menjadi apabila lawan mereka beraksi dengan cemerlang selain berjaya mengawal permainan dengan lebih baik.*
*Katanya, permainan Fajar-Shohibul Fikri sukar diramalkan kerana mereka adalah pasangan baharu dan itu menyukarkan wakil negara untuk menganalisis gaya permainan mereka secara mendalam.*

🏸 *Kuala Lumpur 28 Jul: Bekas jurulatih skuad kebangsaan, Wong Tat Meng menegaskan Malaysia berisiko berdepan krisis dalam acara perseorangan jika tiada tindakan segera diambil terhadap kerapuhan dalam sistem pembangunan pemain remaja negara.*
*Amaran tegas itu disuarakan Tat Meng, 58, selepas beliau menyaksikan sendiri prestasi longlai skuad muda negara di Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) 2025 di Solo, Indonesia yang menutup tirainya, semalam.*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*Terdahulu, Dr Mahathir tiba bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada jam 1 tengah hari dan disambut Kim Yew, Tan Sri Mokhzani, Datuk Seri Mukhriz serta kenalan rapat.*
*Bertempat di hotel berkenaan, sambutan ulang tahun bertemakan 100 ke 100: Dari Abad ke Abad itu juga melancarkan projek Visi Nasional Malaysia 2057.*

👨🏻‍⚖️ *Putrajaya 28 Jul: Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abu Bakar Jais mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Presiden Mahkamah Rayuan hari ini.*
*Abu Bakar, 63, yang menggantikan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang bersara pada 3 Julai lalu, mengangkat sumpah di hadapan Hakim Mahkamah Rayuan kanan Datuk P. Ravinthran di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, di sini.*
*Turut mengangkat sumpah ialah Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Azizah Nawawi yang mencipta sejarah apabila menjadi wanita pertama dilantik sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, jawatan keempat tertinggi dalam Badan Kehakiman Malaysia.*
*Azizah, 63, berasal dari Sibu, Sarawak, yang menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Sebli yang bersara pada 24 Julai, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Hakim Dean Wayne Daly, hakim paling kanan di Sabah dan Sarawak.*

🔊 *Taipei 28 Jul: Penduduk Taiwan berdiri di tepi jalan sambil memegang beg plastik berisi sampah ketika sebuah trak sampah kuning yang memainkan muzik klasik melalui pembesar suara berhenti di hadapan mereka.*
*Selama beberapa dekad, alunan muzik Beethoven "Für Elise" atau "Maiden's Prayer" karya Tekla Badarzewska-Baranowska menjadi isyarat kepada isi rumah di Taiwan bahawa tiba masanya untuk membuang sampah.*
*Seperti rutin harian, penduduk keluar dari bangunan apartmen mereka membawa beg sampah yang telah diasingkan terlebih dahulu ketika trak sampah yang mengalunkan muzik itu menghampiri.*
*"Apabila kami dengar muzik ini, kami tahu sudah tiba masa untuk buang sampah. Ia sangat mudah," kata Lee Shu-ning, 78, kepada AFP sambil menunggu di luar blok pangsapurinya di Taipei.*

👑 *Kuala Lumpur 28 Jul: Legenda bola sepak dunia, Lionel Messi dan isterinya, Antonela Roccuzzo meraih perhatian warganet apabila mereka muncul pada skrin gergasi di konsert Coldplay berlangsung di Stadium Hard Rock, Miami, semalam.*
*Menurut laporan Free Press Journal, bintang Argentina berusia 38 tahun itu, turut membawa anak-anaknya ke konsert berkenaan, selepas aksi seri tanpa jaringan Inter Miami menentang FC Cincinnati.*
*Malah, Messi digantung satu perlawanan oleh Major League Soccer (MLS) kerana tidak menyertai perlawanan All-Star MLS awal minggu ini.*
*Menariknya, menerusi satu hantaran di X rasmi milik Coldplay Access, memaparkan pasangan mesra itu menikmati persembahan malam terakhir kumpulan berkenaan di Amerika Syarikat (AS) sempena jelajah "Music of the Spheres World Tour".*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*


*GOA_L ARENA SUKAN*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=


👣 *London 28 Jul: Chelsea bersetuju dengan perjanjian bernilai £43.7 juta (RM248 juta) untuk melepaskan pemain yang tidak lagi diperlukan, Joao Felix ke kelab Arab Saudi, Al-Nassr.*
*Felix sebelum ini menyertai Chelsea dari Atletico Madrid dengan yuran £38.4 juta (RM217.9 juta), namun kariernya merosot selepas dipinjamkan ke AC Milan dalam tempoh singkat yang mengecewakan pada Januari lalu.*
*Juara Piala Dunia Kelab itu sudah membelanjakan sebanyak £169 juta (RM959.3 juta) setakat musim panas ini, namun perlu mencatat keuntungan bagi mematuhi syarat kewangan UEFA dan mendaftarkan kesemua pemain baharu mereka untuk saingan Liga Juara-Juara.*
*Kelab lamanya, Benfica dikatakan berminat membawa Felix pulang, tetapi sedang menunggu Chelsea menurunkan harga permintaan mereka, sekali gus membolehkan kelab Arab Saudi, Al-Nassr masuk campur dan mendapatkan pemain itu.*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*"Kami bersedia untuk membantu rakyat Palestin dalam pembinaan negara, dengan hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang sebagai teras. Apabila tiba masanya, program untuk menyokong mangsa dan yang terselamat akan menjadi saluran penting ke arah kebertanggungjawaban dan pemulihan," kata Turk dalam satu kenyataan.*
*Beliau turut menggesa kerajaan dunia agar menekan Israel untuk menamatkan konflik di Gaza dan menghalang tindakan pengilhakan Tebing Barat yang diduduki.*
*Pada Khamis lepas, Presiden Perancis Emmanuel Macron berkata Perancis akan secara rasmi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara dalam mesyuarat Perhimpunan Agung PBB pada September ini.*

🇬🇷 *Athens 28 Jul: Kerajaan Greece merayu bantuan segera daripada Kesatuan Eropah (EU) bagi membantu memadam kebakaran yang sedang marak di beberapa kawasan di seluruh negara, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).*
*"Kami memohon enam pesawat pemadam kebakaran daripada Mekanisme Perlindungan Awam EU," kata jurucakap pasukan bomba, Vassilis Vathrakogiannis, kepada radio Greece pada Ahad.*
*Beliau memaklumkan yang dua pesawat dijangka tiba dari Itali pada sebelah petang.*
*Kebakaran tercetus di beberapa bahagian Greece akibat kemarau berpanjangan dan angin kencang.*

🇦🇺 *Canberra 28 Jul: Google memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sebarang langkah kerajaan Australia untuk menyertakan YouTube dalam larangan media sosial pertama di dunia untuk kanak-kanak di bawah umur 16 tahun, lapor Xinhua.*
*Dalam sepucuk surat kepada Menteri Komunikasi, Anika Wells, eksekutif dari pejabat Google dan YouTube Australia berkata, gergasi teknologi itu sedang "mempertimbangkan pilihan undang-undangnya" jika kerajaan persekutuan menarik balik keputusan awal untuk mengecualikan YouTube daripada larangan media sosial itu.*
*Surat itu, yang diterbitkan oleh akhbar News Corp Australia, menyatakan bahawa YouTube ialah sebuah platform penstriman video dan bukannya platform media sosial. Surat ini juga memberi isyarat mengenai cabaran undang-undang terhadap penyertaannya dalam larangan itu atas dasar perlembagaan.*

🇨🇳 *Beijing 28 Jul: Pihak berkuasa China sedang menyiasat Ketua Kuil Shaolin tempat 'kelahiran' kung fu berhubung dakwaan penyelewengan dan salah laku lain, menurut kenyataan daripada pihak kuil itu.*
*Ketua Kuil Shi Yongxin, yang dikenali sebagai "Sami CEO" kerana menubuhkan puluhan syarikat di luar negara, disyaki menyelewengkan dana projek dan aset kuil," menurut Kuil Shaolin dalam kenyataan di WeChat pada Ahad.*
*Menurut kenyataan itu, Shi telah "melanggar ajaran Buddha secara serius", termasuk dengan didakwa menjalinkan "hubungan tidak wajar" dengan beberapa wanita.*
*"Siasatan bersama sedang dijalankan oleh pelbagai jabatan," kata pihak kuil.*

🇰🇷 *Seoul 28 Jul: Korea Utara tidak berminat untuk meneruskan dialog dengan Korea Selatan, kata adik perempuan pemimpin Kim Jong Un yang berpengaruh, pada Isnin, sekali gus menolak usaha presiden baharu Seoul yang berhasrat untuk memperbaiki hubungan kedua-dua negara.*
*Sejak pemilihannya pada Jun lalu, Presiden Korea Selatan Lee Jae Myung telah mengubah pendekatan keras terhadap Korea Utara dan menghentikan siaran propaganda menggunakan pembesar suara di sepanjang sempadan – yang dimulakan sebagai tindak balas terhadap serangan belon berisi sampah dari Korea Utara.*
*Tidak lama selepas itu, Korea Utara juga menghentikan siaran propagandanya yang sebelum ini memancarkan bunyi pelik dan menyeramkan ke arah Selatan.*
*Namun, isyarat seperti itu tidak bermakna Seoul boleh mengharapkan pemulihan hubungan yang dingin, kata Kim Yo Jong dalam satu kenyataan dalam bahasa Inggeris yang disiarkan oleh Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) milik Korea Utara pada Isnin.*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*GOA_L* 2️⃣6️⃣ *Kuala Lumpur 28 Jul: Kegiatan warga asing menyalahgunakan identiti pasangan warga tempatan untuk mendapatkan lesen penjaja termasuk dalam sektor peruncitan masih berlaku dan tindakan seumpama itu amat dikesali. Justeru, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menyeru rakyat tempatan supaya tidak mudah menjual identiti mereka demi kepentingan warga asing, khususnya pendatang asing tanpa izin (Pati).*

*GOA_L* 2️⃣7️⃣ *Kuala Lumpur 28 Jul: Sebanyak 465 pencerobohan di tanah milik persekutuan daripada tahun 2015 sehingga Mei 2025 direkodkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG). Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang menjalankan tugas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkata, jumlah keluasan tanah yang dimiliki oleh kerajaan persekutuan pula adalah 215,406 hektar. Bagi kes pencerobohan di Pulau Pinang, Johari berkata, sebanyak 26 aduan pencerobohan tanah milik kerajaan persekutuan direkodkan membabitkan 18 lot tanah.*

*GOA_L* 2️⃣8️⃣ *Putrajaya 28 Jul: Penduduk di Putrajaya dan sekitarnya dinasihatkan tidak panik dan terkejut apabila terdengar tembakan meriam kerana ia adalah sebahagian daripada sesi raptai penuh istiadat perbarisan sambutan Hari Pahlawan di Dataran Pahlawan Negara, di sini, esok. Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, tembakan meriam itu akan dilaksanakan Angkatan Tentera Malaysia bermula jam 8 pagi.*

*GOA_L* 2️⃣9️⃣ *Kuala Lumpur 28 Jul: Beberapa bahan bukti berjaya dikesan polis bagi membantu siasatan kes pecah masuk kediaman dihuni cucu Tun Dr Mahathir Mohamad di Bukit Ledang, di sini, sehingga kerugian kira-kira RM1.8 juta. Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, setakat ini tiga keterangan sudah direkodkan termasuk cucu Dr Mahathir.*

*GOA_L* 3️⃣0️⃣ *Butterworth 28 Jul: Seorang ejen penapis air dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, minggu lalu. Tertuduh yang berusia 35 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*


*GOA_L LUAR NEGARA*
=+=+=+=+=+=+=+=+=


🇹🇷 *Istanbul 28 Jul: Pihak berkuasa tempatan di Gaza pada Ahad memaklumkan hanya 73 trak bantuan dibenarkan masuk ke wilayah itu dalam tempoh 24 jam lalu, di tengah-tengah krisis kebuluran yang semakin memburuk akibat sekatan berbulan-bulan Israel, lapor Anadolu Ajansi.*
*Dalam satu kenyataan, Pejabat Media Kerajaan Gaza memaklumkan krisis kemanusiaan kini berada pada tahap yang belum pernah berlaku sebelum ini, dengan sekurang-kurangnya 133 kematian akibat kebuluran termasuk 87 kanak-kanak sejak bermulanya perang genosid oleh Israel.*
*Pihak berkuasa menuduh Israel sengaja mencetuskan kekacauan dan kebuluran dalam wilayah itu.*
*"Kebuluran kini merebak pada kadar yang membimbangkan dan menjejaskan seluruh penduduk Gaza, termasuk 1.1 juta kanak-kanak," menurut kenyataan itu.*

🇹🇷 *Istanbul 28 Jul: Trak bantuan Mesir yang berbaris di kawasan berhampiran lintasan sempadan Rafah dijadual memasuki Gaza melalui lintasan Kerem Shalom yang dikawal Israel buat hari kedua berturut-turut, lapor Anadolu Ajansi memetik media tempatan pada Isnin.*
*Menurut Saluran Berita Al-Qahera, trak-trak terbabit membawa bekalan kemanusiaan penting dan sedang menunggu untuk meneruskan perjalanan ke Kerem Shalom, tempat barangan akan dipunggah untuk diagihkan di wilayah Palestin yang terkepung itu.*
*"Trak bantuan sarat dengan tepung gandum, komoditi paling kritikal yang kini kekurangan di Gaza serta peralatan membaik pulih infrastruktur," menurut laporan itu.*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

"Seramai 39 jemaah termasuk seorang mutawif yang terkandas di Jeddah dibantu dengan menyediakan tiket penerbangan berjumlah kira-kira RM71,000.*

*GOA_L* 8️⃣ *Rantau Panjang 28 Jul: Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok yang dilihat terbengkalai sejak dua tahun lalu, meresahkan lebih 30,000 penduduk di daerah ini. Rata-rata penduduk bimbang ia mungkin menjadi punca banjir lebih besar, malah sudah terbukti hampir 90 peratus kawasan penempatan itu dilanda banjir sebelum ini. Lebih menakutkan penduduk apabila benteng di tebing sungai sebelah Thailand sudah mula dibina dan siap hampir 70 peratus.*

*GOA_L* 9️⃣ *Kuantan 28 Jul: Seorang lelaki ditahan manakala dua rakannya sedang diburu kerana disyaki terbabit dengan kegiatan mencuri telur penyu di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu di Cherating, dekat sini, hari ini. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, suspek berusia 51 tahun, ditahan di sebuah rumah di Cherating, kira-kira jam 1 petang.*

*GOA_L* 🔟 *Gombak 28 Jul: Remaja yang dilaporkan hilang, Wong Yee Xuan, 14, ditemui dalam keadaan selamat di Batu Pahat, Johor, semalam. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, remaja perempuan itu ditemui oleh orang awam. "Hasil maklumat daripada orang awam, pada 9 malam semalam pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menemui remaja perempuan terbabit.*

*GOA_L* 1️⃣1️⃣ *Kuala Lumpur 28 Jul: Bekas jurujual kereta dipenjara 12 bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyimpan senjata berbahaya jenis kerambit di tempat awam, Disember tahun lalu. Tertuduh, Faizal Mohd Kamaruzzaman, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pilihan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid. Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap pada 2 Disember 2024.*

*GOA_L* 1️⃣2️⃣ *Kuala Lumpur 28 Jul: Aktivis politik, Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin ditahan polis di kediamannya hari ini berkaitan himpunan pada Sabtu lalu. Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali menerusi kenyataan memaklumkan Chegubard ditahan kira-kira jam 2.30 petang di kediamannya. Menurutnya, pihaknya menerima pengesahan bahawa terdapat laporan polis terhadap CheguBard berkaitan himpunan yang berlangsung pada Sabtu lalu.*


*GOA_L* 1️⃣3️⃣ *Kuala Lumpur 28 Jul: Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (Mata) mencadangkan diwujudkan satu sistem penarafan atau akreditasi agensi umrah yang diiktiraf kerajaan dan boleh diakses umum. Presidennya, Datuk Seri Dr Mohd Khalid Harun berkata hanya agensi yang mendapat penarafan tertentu sahaja dibenarkan memasarkan pakej umrah kepada orang awam.*

*GOA_L* 1️⃣4️⃣ *Kuala Terengganu 28 Jul: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu tahan tiga pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana disyaki menerima suapan kira-kira RM25,000 sebagai balasan memudahkan urusan permohonan pelan kelulusan bangunan. Majistret Yuhanis Mohd Roslan kemudiannya mengeluarkan perintah reman selama enam hari selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pagi hari ini.*

*GOA_L* 1️⃣5️⃣ *Alor Setar 28 Jul: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah mengambil langkah berjaga-jaga dengan memperkukuhkan lagi pintu sempadan negara susulan konflik Thailand-Kemboja. Ketua Polis Kedah Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pihaknya mengambil serius situasi yang berlaku di sempadan negara jiran kerana Kedah antara negeri utama yang bersempadan dengan Thailand.*

*GOA_L* 1️⃣6️⃣ *Kuala Lumpur 28 Jul: Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) tahun ini sebagai usaha membantu pekebun kecil yang terkesan akibat ketidaktentuan cuaca, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata sebanyak RM264.91 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program berkenaan, yang memberi manfaat kepada lebih 330,000 penerima di seluruh negara termasuk di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS).*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Kepong otw united Point JPJ block

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Tonton gempa bumi 5.4 yang menakutkan menggoncang bumi dengan ganas di bawah lebuh raya bandar pelabuhan utama

Hokkaido, Jepun dalam rakaman dari Ruptly
@buletininfo1malaysia

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Kemalangan maut yang tragis di persimpangan lampu isyarat dekat Econsave Jawi.

Seorang wanita melayu awal 40an meninggal dunia di lokasi kejadian setelah motosikal ditunggangi arwah terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori tanah.

Salam Takziah . Al Fatihah .
@buletininfo1malaysia

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Siapa angkat penyu mendarat untuk bertelur di Pantai Cherating?

Oleh KHAIRULMIZAN YAHYA
28 Julai 2025, 12:06 pm

KUANTAN – Tindakan sekumpulan lelaki mengangkat seekor penyu yang dipercayai sedang mendarat untuk bertelur di sebuah pantai tular di media sosial hingga mencetuskan kemarahan orang ramai.

Menerusi video berdurasi lebih dua minit yang dimuat naik di platform X kira-kira pukul 11.57 malam semalam, kelihatan tiga lelaki berada di kawasan berpasir sambil mengangkat reptilia tersebut walaupun ditegur beberapa pengunjung lain.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Pantai Cherating, di sini namun tiada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa setakat ini berhubung lokasi dan tarikh sebenar kejadian.

Tindakan mereka mengganggu haiwan dilindungi itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak berperikemanusiaan dan boleh menjejaskan usaha pemuliharaan penyu di negara ini.

Seorang pengguna X, @9773LoI menulis, “Harap bagi hukuman yang sangat intense, bukan setakat saman atau lokap satu ke dua tahun tahun. Isu macam ini patut diberi perhatian.”

Seorang lagi pengguna, @sirshibaninja pula menyeru pihak polis mengambil tindakan segera dengan komen ringkas, “Panggil @PDRMsia”.

Rata-rata pengguna turut menandai akaun rasmi pihak berkuasa dalam hantaran mereka, selain meminta maklumat individu terlibat diviralkan agar dikenakan tindakan.

Artikel : Kosmo Online
#kosmo
@buletininfo1malaysia

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*ISTERI TAK MAHU URUT, LAKI CARI PEREMPUAN LAIN URUT BATIN*

Dua lelaki warga tempatan berusia 34 dan 35 tahun ditahan di dalam satu operasi Penguatkuasa JAINJ dan Majlis Perbandaran Kulai Utara jam 12.35 malam di sebuah rumah kedai yang dijadikan tempat urut di Bandar Kulai.
Semua tukang urut di sini adalah wanita sahaja dan pelanggannya lelaki.

Dalam bilik pertama, lelaki ini ditangkap dalam keadaan tidak berbaju dan memakai seluar pendek bersama tukang urut warga asing berusia 30an dalam sebuah bilik.

Manakala bilik kedua, lelaki hanya memakai seluar pendek dan tidak berbaju bersama seorang wanita warga asing 30an iaitu tukang urut berpakaian seksi.

Dalam operasi ini, ditemui beberapa orang tukang urut lain sedang menunggu pelanggan dengan penuh kesabaran dan debaran. Tukang urut ini turut mengiklankan perkhidmatannya di dalam media sosial selain berurusan dengan pelanggan tetap.

Pusat urut ini menawarkan bayaran urut satu badan dengan bayaran 100 ringgit dan ada bayaran tambahan sekiranya mahu servis lain yang tak boleh cakap kuat-kuat.

Bayaran yang dikenakan adalah tunai sahaja dan tiada bayaran tempahan melalui online atau 'top up' di kedai serbaneka. Ini adalah untuk meyakinkan pelanggan supaya tidak tertipu dengan nombor telefon di 'blok' selepas membuat bayaran online.

Pelanggan yang keluar dari kedai urut ini dikatakan akan sedawa dan ringan badannya. Walau bagaimanapun, malang bagi 2 lelaki ini apabila baru 5-10 minit kena urut dengan tangan wanita, dikejutkan pula dengan operasi maksiat.

Apabila ditanya kenapa tak suruh isteri saja urut di rumah, lelaki pertama menjawab yang isterinya tak pandai urut dan tak mahu urut suami kalau suami mengadu lenguh.

Tangkapan penguatkuasa JAINJ ini boleh membawa hukuman denda sehingga 3 ribu ringgit atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Penguatkuasa JAINJ
@buletininfo1malaysia

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*KUALA KRAI,KELANTAN*
_*(29/07/2025) 09:30AM*_

_Roadblock *( T )* Berhampiran Wisma koya dalam Bandar K.krai(tempat biasa).check² balik rakan² info....📍_

_*#T🅰️K*_

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

KENYATAAN MEDIA TIMBALAN KETUA POLIS DAERAH KLANG SELATAN MENGENAI LAPORAN BERHUBUNG KEJADIAN MELEPASKAN TEMBAKAN

Pada 24/07/2025, Pusat Kawalan Daerah Klang Selatan, Selangor telah menerima makluman awal dari orang awam berhubung satu kes melepaskan tembakan dan menjumpai kelongsong peluru di Klang, Selangor.

PDRM mengesahkan telah menerima satu laporan berkaitan kejadian melepaskan tembakan yang berlaku di Klang pada 24/07/2025 jam lebih kurang 11.15 malam.

Motif kejadian masih dalam siasatan dan PDRM tidak menolak sebarang kemungkinan. Pihak polis sedang giat mengesan suspek yang terlibat. Kes disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960 atas kesalahan pelepasan tembakan senjata api.

PDRM menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 bagi membantu siasatan.

Sekian, terima kasih.

(KAMALARIFFIN BIN AMAN SHAH) SUPT
TIMBALAN KETUA POLIS DAERAH KLANG SELATAN

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

#Repost @bawang.army
Jangan gaduh-gaduh kak, main sukan je pun 😮‍💨

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

PERAK 29/07/2025.

Kemalangan di Lebuhraya Plus km 278.1 dari Jelapang ke Simpang Pulai.

Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.

Sumber ➡️ Media sosial
@buletininfo1malaysia

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*Menurutnya, kegagalan pemain negara sama ada dalam acara perseorangan lelaki dan wanita untuk mara ke suku akhir sebagai isyarat jelas sesuatu perlu diperbaiki segera dalam sistem pembangunan pemain muda di Malaysia.*

🏉 *Kuala Terengganu 28 Jul: Kejohanan Ragbi Asia 7 Sebelah bakal menjadi aksi 'pemanas badan' buat pemain kebangsaan sebelum bertarung dalam saingan Sukan SEA di Bangkok pada Disember ini.*
*Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia, Amir Amri Mohamad berkata, dua siri kejohanan Asia itu bakal menjadi medan terbaik buat barisan kejurulatihan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pasukan.*
*"Kita sasarkan pingat emas dalam saingan Sukan SEA di Bangkok pada 14 dan 15 Disember ini.*

🎓 *Essen, Jerman 28 Jul: Kontinjen Malaysia berdepan detik suram di pentas Sukan Universiti Dunia (WUG) Rhine-Ruhr 2025 apabila gagal mencapai sasaran tujuh pingat yang ditetapkan, sekali gus mencatat pencapaian paling buruk sejak mula menyertai temasya itu pada 1985 di Kobe, Jepun.*
*Daripada keseluruhan 64 atlet yang bertanding, Malaysia hanya membawa pulang satu pingat perak menerusi perenang negara Khiew Hoe Yean dalam acara 400 meter gaya bebas lelaki dan satu gangsa menerusi pemain badminton perseorangan wanita Wong Ling Ching.*
*Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) Datuk Prof Madya Dr Mohd Hafiz Yusoff menyifatkan keputusan itu sebagai kurang bernasib baik, apabila beberapa acara yang disasarkan menyumbang pingat gagal diterjemahkan, antaranya badminton beregu campuran dan pasukan recurve wanita.*

😪 *Kuala Lumpur 28 Jul: Kegagalan untuk terus beraksi secara konsisten sepanjang perlawanan menyebabkan skuad sepak takraw terpaksa berputih mata melihat Thailand terus mendominasi acara regu berpasukan dalam perlawanan akhir Piala Raja Thai, semalam.*
*Ketua jurulatih sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun berkata, beliau melihat setiap pemain yang diturunkan sudah memberi persembahan yang sangat baik dan memberikan harapan untuk menghasilkan keputusan positif, tetapi sebaliknya terjadi.*
*"Kalau kita lihat dari segi prestasi semasa pemain, kita bermula agak konsisten daripada segi serangan, pertahanan dan kawalan. Namun apabila memasuki fasa pertengahan dan penghujung saingan, ia memberikan kekurangan kepada pasukan kita untuk terus menyerap tekanan dan juga membuat penyudah yang cemerlang. Secara peribadi, saya lihat kedua-dua regu pasukan kita bermain dengan agak baik dan mampu menyerap tekanan di peringkat awal ke pertengahan.*

🐯 *Kuala Lumpur 28 Jul: Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski melaungkan amaran awal bahawa skuad negara tidak hanya sekadar mahu layak ke Piala Asia, tetapi bercita-cita tinggi melakukannya dengan bergaya sebagai juara kumpulan di kejohanan terbabit.*
*Bagi pengendali dari Australia itu, kejayaan sebenar bukan hanya berada di pentas Piala Asia, tetapi mampu memberi saingan dan mencipta kejutan di kejohanan berprestij benua itu.*
*"Sasaran jangka pendek saya adalah untuk menang perlawanan seterusnya. Kita mahu layak ke Piala Asia, tapi bukan sekadar layak namun kita mahu jadi juara kumpulan.*
*"Bila kali terakhir Malaysia jadi juara kumpulan? Lebih sedekad lalu. Inilah masanya untuk kita ubah sejarah," katanya.*

🐯 *Kuala Lumpur 28 Jul: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan tiada layanan istimewa diberikan kepada skuad Harimau Malaya sehingga mengabaikan pasukan lain di bawah kendalian mereka.*
*Presiden FAM, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub berkata, semua pasukan di bawah naungan FAM termasuk skuad wanita dan pelapis diberi perhatian dan keutamaan yang sama rata.*
*Beliau menjelaskan perkara itu bagi menjawab dakwaan kononnya hanya skuad utama negara diberi tumpuan manakala skuad lain seperti Harimau Muda dipinggirkan.*
*"Saya boleh beri jaminan sebagai presiden, setiap lapisan pasukan tidak kira skuad B23 atau pasukan lain mendapat layanan yang sama rata," katanya.*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

✍🏻 *London 28 Jul: Juara Bundesliga, Bayern Munich bersetuju untuk menandatangani pemain sayap Liverpool, Luis Diaz menerusi perjanjian bernilai £65.5 juta (RM371.8 juta), menurut beberapa laporan.*
*Bayern sebelum ini mengemukakan tawaran awal bernilai £59 juta (RM334.9 juta) yang ditolak oleh juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu minggu lalu, namun bidaan dipertingkatkan, sekali gus akan menyaksikan pemain antarabangsa Colombia itu berhjirah ke Allianz Arena.*
*Diaz dilaporkan sudah diberi kebenaran untuk meninggalkan jelajah pramusim Liverpool di Asia bagi menjalani ujian perubatan bersama Bayern.*

🤑 *Singapura 28 Jul: Mikel Arteta memberi bayangan bahawa Arsenal masih belum selesai dalam jendela perpindahan musim panas ini, selepas kelab itu akhirnya mengesahkan pembelian penyerang Sweden, Viktor Gyokeres, dari Sporting CP dengan nilai £63.5 juta (RM360.1 juta).*
*Arsenal menamatkan spekulasi perpindahan selama dua bulan itu dan tidak menunggu lama untuk memperkenalkan Gyokeres kepada penyokong apabila dia diberi peluang tampil sebelum perlawanan pramusim menentang Newcastle.*
*Selain Gyokeres, barisan Arteta bagi musim 2025-26 turut diperkuatkan dengan Martin Zubimendi, Noni Madueke, Cristian Mosquera, Kepa Arrizabalaga dan Christian Norgaard.*

😇 *Singapura 28 Jul: Pemain Newcastle United kekal profesional dan tidak membiarkan spekulasi perpindahan Alexander Isak mengganggu fokus mereka menjelang musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL), kata pengendali pasukan, Eddie Howe.*
*Isak, yang meledak 23 gol liga musim lalu hanya dibezakan enam gol di belakang pemenang Kasut Emas dan bintang Liverpool, Mohamed Salah (29 gol) tidak disenaraikan dalam skuad pramusim Newcastle ke Asia.*
*Penyerang berusia 25 tahun itu, yang sudah 52 kali mewakili Sweden, menyertai Newcastle dari Real Sociedad pada 2022 dan setakat ini menjaringkan 62 gol dalam 109 penampilan dalam semua kejohanan.*
*Selepas kekalahan 2-3 kepada Arsenal di Singapura, semalam, Howe menyifatkan jelajah Asia kali ini sebagai rutin biasa buat pemainnya.*

🤩 *Kobe 28 Jul: Marcus Rashford membuat penampilan pertamanya bersama Barcelona ketika meraih 3-1 ke atas pasukan Liga J Jepun, Vissel Kobe pada aksi pramusim di Jepun, semalam, selepas dimasukkan sebagai pemain gantian.*
*Penyerang England itu menyertai juara Sepanyol secara pinjaman dari kelab zaman kanak-kanaknya, Manchester United minggu ini dan terus diturunkan pada separuh masa kedua menentang Kobe.*
*Barcelona pada awalnya membatalkan perlawanan itu pada Rabu lalu dengan alasan terdapat 'pelanggaran kontrak yang serius oleh penganjur', tanpa memperincikan butiran.*

🦁 *London 28 Jul: Skuad bola sepak wanita England pulang ke tanah air esok dengan sambutan sebagai wira negara selepas kejayaan menjulang trofi Euro 2025, dengan barisan menteri kerajaan bakal meraikan mereka dalam satu majlis khas.*
*Penyerang, Chloe Kelly muncul wira selepas menyempurnakan sepakan penalti penentu ketika England menewaskan Sepanyol 3-1 dalam penentuan penalti di Basel, malam tadi, sekali gus mempertahankan kejuaraan yang dimenangi di laman sendiri tiga tahun lalu.*
*"Tentera Singa Betina kita sememangnya juara sejati dan mereka membuktikannya sekali lagi malam tadi.
"Bukan sekadar membawa pulang trofi untuk England, malah mereka turut menjadi inspirasi buat generasi juara yang akan datang," kata Timbalan Perdana Menteri, Angela Rayner yang akan menganjurkan majlis sambutan itu di Downing Street.*

🏍️ *Madrid 28 Jul: Alex Marquez diingatkan bahawa peluang untuk kembali bergandingan dalam satu pasukan bersama abangnya kini amat tipis.*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

🇹🇭 *Bangkok 28 Jul: Sekurang-kurangnya enam orang maut selepas seorang lelaki melepaskan tembakan di sebuah pasar di ibu negara Thailand, Bangkok, pada Isnin, menurut kenyataan polis Thailand.*
*Jumlah korban termasuk penembak itu sendiri yang dipercayai membunuh diri, kata Timbalan Pesuruhjaya Biro Polis Metropolitan, Charin Gopatta, kepada Reuters.*
*"Polis sedang menyiasat identiti individu tersebut dan motif kejadian," menurut kenyataan polis Thailand.*
*Lima individu yang maut akibat tembakan itu merupakan pengawal keselamatan pasar berkenaan, tambah kenyataan itu.*

🇰🇭 *Phnom Penh 28 Jul: Perdana Menteri Kemboja Hun Manet akan mengetuai delegasi ke Malaysia pada Isnin bagi menghadiri rundingan damai dengan pengantaraan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.*
*Pengumuman itu dibuat Hun Manet menerusi hantaran di Facebook lewat malam Ahad.*
*"Saya akan mengetuai delegasi Kemboja ke mesyuarat khas di Kuala Lumpur yang dianjurkan Malaysia.*
*"Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim atas inisiatif dan usaha menyelaras penganjuran mesyuarat ini," katanya.*

🇰🇭 *Samraong, Kemboja 28 Jul: Pemimpin Thailand dan Kemboja dijadual bertemu dalam rundingan damai pada Isnin, ketika pertikaian wilayah lama di sempadan bersama kedua-dua negara itu berlarutan ke hari kelima pertempuran terbuka.*
*Sekurang-kurangnya 35 orang telah terbunuh dan lebih 200,000 penduduk dipindahkan sejak Khamis lalu susulan pertempuran membabitkan beberapa kawasan kuil purba yang dipertikaikan.*
*Sebagai usaha yang dimulakan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dijadual bertemu jam 3 petang waktu tempatan di Kuala Lumpur. China juga dijangka menghantar delegasi.*

🇸🇬 *Singapura 28 Jul: Agensi Air Nasional Singapura (PUB) akan melaksanakan tempoh henti sementara pembinaan bagi menilai semula dan memastikan keselamatan kerja-kerja pembinaan pembetungan di seluruh negara selepas kejadian lubang benam berhampiran satu daripada tapak projeknya pada Sabtu lalu.*
*Menurut PUB, pemeriksaan mendapati caisson ring pada sebuah aci yang sedang dibina di tapak projek itu gagal berfungsi sekitar 5.50 petang pada 26 Julai.*
*"Pada masa yang sama, lubang benam terbentuk di jalan bersebelahan.*
*"Punca kegagalan masih belum dikenal pasti. Lubang terbabit telah diisi "liquefied stabilised soil" bagi menstabilkan kawasan, sebelum kerja-kerja pemulihan dilaksanakan," menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook PUB pada malam Ahad.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*


*GOA_L MEDSOS, POPULAR*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+


🫱🏻‍🫲🏽 *Putrajaya 28 Jul: Thailand dan Kemboja mencapai kata sepakat melaksanakan gencatan senjata serta-merta tanpa syarat sebagai langkah penting ke arah meredakan ketegangan dan mengembalikan keamanan di kawasan sempadan.*
*Persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat khas antara Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak sebagai hos, Pengerusi ASEAN dan saksi kepada perbincangan bersejarah itu.*
*Pada sidang media bersama selepas mesyuarat itu, Anwar berkata, kedua-dua negara bersetuju melaksanakan beberapa langkah susulan.*

🎂 *Seri Kembangan 28 Jul: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi diraikan dalam sebuah majlis yang dianjurkan oleh pengasas Palace of The Golden Horses, Tan Sri Lee Kim Yew, di sini, hari ini.*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

🇹🇷 *Istanbul 28 Jul: Perkhidmatan Kesihatan Ghana pada Ahad mengesahkan kematian pertama berkaitan jangkitan Mpox di negara itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).*
*Menerusi hantaran di platform X, pihak berkuasa kesihatan Ghana memaklumkan sebanyak 23 kes baharu dikesan, menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 257 setakat 22 Julai.*
*Mpox merupakan penyakit virus zoonotik yang kali pertama dikenal pasti menjangkiti manusia pada 1970 di Republik Demokratik Congo.*
*Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 14 Ogos 2024 sekali lagi mengisytiharkan Mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Membimbangkan di Peringkat Antarabangsa susulan peningkatan mendadak kes dan kematian, khususnya melibatkan strain Clade I yang lebih teruk di Congo dan negara jirannya di Afrika.*

🇺🇸 *New York 28 Jul: Seorang wanita yang disyaki membunuh bayi kembar yang baru dilahirkan empat tahun lalu sebelum membuang mayat mereka di lorong dipenuhi tikus di Claremont, sebuah kawasan di Bronx ditahan polis pada Jumaat lapor Mirror. Co. UK.*
*Stephanie Castillo, 36, ditahan pihak polis selepas siasatan forensik dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan dia adalah ibu kepada bayi malang itu yang diberi nama Zeke dan Zane oleh anggota Jabatan Polis New York (NYPD).*
*Mayat kedua-dua bayi lelaki itu ditemui pada November 2020 dalam keadaan menyayat hati dengan seorang diletakkan di atas pad latihan haiwan peliharaan dengan kesan kecederaan di kepala dan tali pusat melilit leher manakala seorang lagi dibungkus dalam beg plastik hitam.*
*Kedua-duanya difahamkan berumur kurang daripada sehari ketika mereka meninggal dunia.*

🇺🇸 *New York 28 Jul: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio menggesa Kemboja dan Thailand supaya meredakan ketegangan dan bersetuju dengan gencatan senjata susulan pertikaian sempadan yang berlarutan.*
*Menurut jurucakap Jabatan Negara AS Tammy Bruce, Rubio telah menghubungi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Kemboja Prak Sokhonn bagi menekankan kepentingan gencatan senjata serta-merta.*
*"Setiausaha Rubio mengulangi hasrat Presiden (Donald) Trump untuk melihat keamanan tercapai serta kepentingan gencatan senjata segera.*
*"AS bersedia memudah cara perbincangan pada masa hadapan bagi menjamin keamanan dan kestabilan antara Thailand dan Kemboja," kata Bruce dalam kenyataan yang disiarkan di laman rasmi jabatan itu.*

🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 *London 28 Jul: Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad mencapai persetujuan perdagangan, sekali gus menamatkan ketidaktentuan yang berlarutan selama beberapa bulan, kata Presiden AS Donald Trump selepas pertemuan dengan Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen di Scotland, lapor Anadolu Ajansi.*
*"Saya rasa sangat baik kerana kita berjaya capai perjanjian hari ini, daripada terus bermain tarik tali," kata Trump kepada pemberita bersama von der Leyen selepas rundingan di pusat peranginan golf miliknya di Turnberry, Scotland.*
*Trump menyifatkan perjanjian itu sebagai "sangat baik" untuk kedua-dua pihak, yang menyaksikan kadar tarif AS ke atas barangan EU ditetapkan pada 15 peratus.*
*Sebelum ini, Washington mengugut untuk mengenakan tarif 30 peratus.*

🇷🇺 *Moscow 28 Jul: Rusia melancarkan penerbangan terus ke Korea Utara pada Ahad, lapor Xinhua.*
*Laluan udara baharu yang menghubungkan Moscow dengan Pyongyang, Korea Utara menyaksikan penerbangan sulung berlepas dari Lapangan Terbang Sheremetyevo pada petang Ahad.*
*Penerbangan itu dijadual mengambil masa sekitar lapan jam.*

🇷🇺 *Moscow 28 Jul: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersedia untuk menyokong rakyat Palestin dalam usaha pembinaan negara mereka, kata Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia Volker Turk, pada Ahad, lapor Sputnik/RIA Novosti.*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*GOA_L* 1️⃣7️⃣ *Kuala Lumpur 28 Jul: Seorang wanita ditahan selepas disyaki cuba menyeludup masuk empat produk kesihatan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengandungi racun berjadual di pintu masuk Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam, Kedah, semalam. Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam kenyataan memaklumkan, penahanan wanita berusia 52 tahun itu turut membawa kepada rampasan produk berkenaan bernilai RM4,460.*

*GOA_L* 1️⃣8️⃣ *Alor Setar 28 Jul: Dua syarikat pengendali e-hailing iaitu Maxim dan InDrive berdepan tindakan dibatalkan lesen, sekiranya gagal memastikan pemandunya mematuhi syarat operasi terutama membabitkan Permit Kenderaan E-Hailing (EVP). Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pihaknya memandang serius kesalahan dilakukan dua syarikat itu kerana membenarkan pemandu beroperasi tanpa EVP yang menjadi syarat penting dalam lesen pengendali.*

*GOA_L* 1️⃣9️⃣ *Kuala Lumpur 28 Jul: Dua lelaki Pakistan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan memiliki lebih 800 minyak wangi tiruan menggunakan cap dagangan berdaftar, tiga tahun lalu. Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh, Muhammad Ahsan, 36, dan Saghir Shaheen, 35, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan dalam bahasa Inggeris di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid.*

*GOA_L* 2️⃣0️⃣ *Kuala Lumpur 28 Jul: Jabatan Peguam Negara memfailkan Notis Rayuan bagi merayu terhadap hukuman yang dijatuhkan kepada pempengaruh permotoran dan adiknya iaitu Tengku Nizarudin Tengku Zainudin dan Tengku Abdul Aziz Tengku Zainudin. Menurut jabatan itu, pihaknya merujuk kepada keputusan Mahkamah Majistret Muar 1 pada 25 Julai lalu yang sudah menjatuhkan hukuman penjara sebulan dari tarikh sabitan 25 Julai serta denda sebanyak RM1,500.*

*GOA_L* 2️⃣1️⃣ *Kota Kinabalu 28 Jul: Polis masih menjalankan siasatan berhubung kematian pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Limauan, Papar, yang meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sekolah berkenaan. Mangsa, Zara Qairina Mahathir, 13, ditemui kira-kira jam 3 pagi, 16 Julai lalu, dalam keadaan parah di bangunan asrama sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), di sini, untuk rawatan lanjut. Namun, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 1 tengah hari, keesokan harinya.*

*GOA_L* 2️⃣2️⃣ *Alor Setar 28 Jul: Polis belum dimaklumkan lagi berhubung penganjuran 'Himpunan Rakyat Honggaq Kedah' yang akan diadakan di hadapan Pejabat Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman pada 24 Ogos depan. Terdahulu, melalui hebahan aplikasi TikTok memaklumkan, Perhimpunan Rakyat itu dijangka akan dilakukan oleh individu tertentu bagi mendesak penurunan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor.*

*GOA_L* 2️⃣3️⃣ *Kuala Lumpur 28 Jul: Sebanyak 1,766 aduan berhubung pengabaian dan penganiayaan haiwan disiasat Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dari tahun 2020 sehingga Jun 2025. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, berdasarkan jumlah itu, sebanyak 52 kes berjaya disabitkan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.*

*GOA_L* 2️⃣4️⃣ *Kuala Lumpur 28 Jul: Seramai 32 individu diambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes sindiket penyeludupan besi buruk dan e-waste di lima negeri. Sumber berkata, seorang lelaki bergelar Datuk Seri yang dikaitkan dengan sindiket penyeludupan itu antara diambil keterangan. "Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat ini," katanya.*

*GOA_L* 2️⃣5️⃣ *Kuala Lumpur 28 Jul: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menuju ke arah pengharaman sepenuhnya penggunaan dan penjualan rokok elektronik atau vape bagi mengekang isu itu secara lebih berkesan. Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bagaimanapun berkata, pelaksanaan pengharaman itu perlu dibuat secara teliti mengambil kira pelbagai aspek termasuk impak kepada perundangan, penguatkuasaan dan kesihatan awam.*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI*

*‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
‎ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA FOLLOWER GOA_L.*

*SELASA 29 JULAI 2025 MASIHI BERSAMAAN 4 SAFAR 1447 HIJRAH*

*LIVE FROM BANDAR SENTOSA KLANG*

*WAKTU SOLAT DAERAH KLANG/ KUALA LANGAT DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA*

*IMSAK* : *05:51am*
*SUBUH* : *06:01am*
*SYURUK* : *07:12am*
*ZOHOR* : *13:23pm*
*ASAR* : *16:45pm*
*MAGHRIB* : *19:30pm*
*ISYAK* : *20:43pm*

*artikel disiarkan pada tarikh 28jul*

*harianmetroonline*
*by:hanipiloiempire*
*since2011*

*GOA_L DALAM NEGARA*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+


*GOA_L* 1️⃣ *Putrajaya 28 Jul: Pemimpin Kemboja dan Thailand yakin persefahaman bersama dicapai menerusi mesyuarat khas dipengerusikan Malaysia hari ini berupaya membuka lembaran baharu kepada hubungan, keyakinan dan kerjasama lebih positif antara kedua-dua negara terbabit. Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, berkata perbincangan bersama itu bukan sahaja mencapai persetujuan untuk gencatan senjata, malah memberi peluang kepada rakyat di kedua-dua negara untuk membina semula hubungan dua negara.*

*GOA_L* 2️⃣ *Kuala Lumpur 28 Jul: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul akan mengulangi pendirian Malaysia terhadap penindasan berterusan terhadap rakyat Palestin ketika menghadiri Persidangan Speaker-Speaker Parlimen Sedunia Keenam, bermula hari ini hingga 31 Julai ini, di Palais des Nations, Geneva. Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat memaklumkan Johari dijadual menyampaikan ucapan dalam sesi Debat Umum bertemakan "Dunia yang Bergolak: Kerjasama Parlimen dan Multilateralisme demi Keamanan, Keadilan dan Kemakmuran untuk Semua" pada 29 Julai.*

*GOA_L* 3️⃣ *Kuala Lumpur 28 Jul: UMNO menegaskan dana berjumlah RM16 juta yang diterimanya daripada subsidiari syarikat pelaburan strategik, SRC International Sdn Bhd adalah derma dan sumbangan. Peguam UMNO, Mohamed Shahrul Fazli Kamarulzaman berhujah, parti itu adalah penerima dengan niat baik dan dana berkenaan dibelanjakan serta digunakan UMNO dalam aktiviti serta program yang bersifat tanggungjawab sosial korporat (CSR). Shahrul Fazli berkata, ia adalah sejajar dengan matlamat CSR SRC dan anak syarikatnya, iaitu Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB).*

*GOA_L* 4️⃣ *Kajang 28 Jul: Reman ke atas lapan lelaki disyaki memukul seorang peragut sehingga mati disambung lima hari bagi membantu siasatan lanjut. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, ia bagi melengkapkan kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. "Mahkamah membenarkan sambungan reman lima hari iaitu sehingga 2 Ogos," katanya dalam kenyataan hari ini.*

*GOA_L* 5️⃣ *Alor Gajah 28 Jul: Seorang lelaki maut dipercayai dipukul oleh orang awam malam tadi selepas didakwa melakukan gangguan seksual dengan menunjukkan kemaluan di tempat awam. Dalam kejadian jam 7.26 malam itu, mangsa berusia 51 tahun dan sudah berkahwin ditemui mati di hadapan sebuah tadika di Jasin Bestari, Jasin, dekat sini. Ketua Polis negeri, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung itu kejadian sekitar jam 9 malam.*

*GOA_L* 6️⃣ *Georgetown 28 Jul: Seramai 20 kanak-kanak termasuk seorang bayi perempuan berusia 15 hari diselamatkan dalam satu operasi khas bersepadu dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersama pihak polis, minggu lalu. Operasi dijalankan pada 21 Julai lalu di dua premis di Seberang Perai Tengah susulan maklumat risikan dan pemeriksaan oleh pihak berkuasa. Ia mendedahkan bahawa kanak-kanak berkenaan dipercayai hidup tanpa penjaga sah dan dinafikan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal yang selamat.*

*GOA_L* 7️⃣ *Kuala Lumpur 28 Jul: Seramai 39 jemaah termasuk mutawif yang masih terkandas di Jeddah, Arab Saudi, dijadualkan pulang ke Malaysia malam ini. Perkara itu disahkan Mohd Firdaus Mat Akhir atau dikenali sebagai Ustaz Firdaus Firabib yang membantu membelikan tiket penerbangan semua jemaah terbabit.

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Perak 5:35pm

Jpj tahan motor rambang, Klebang Putra muka tengok meru Jaga2 guys

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Remaja perempuan hilang di Kepong, ditemui di Batu Pahat

Oleh MOHD. FAHMI ISMAIL
28 Julai 2025, 1:12 pm

GOMBAK – Remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu selepas dihantar ke sekolah oleh datuknya di Taman Ehsan, Kepong telah ditemui selamat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, mangsa berjaya diselamatkan di Batu Pahat, Johor dan kini berada bersama ibu bapanya.

“Buat masa ini, mangsa sedang menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Batu Pahat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Noor Ariffin, siasatan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak Gombak kini menjurus kepada siasatan orang hilang.

Katanya, kes akan selesai apabila mangsa ditemui.

“Namun sekiranya pemeriksaan doktor dapati ada perkara sebaliknya berlaku maka siasatan akan dijalankan oleh pihak polis IPD Batu Pahat,” ujarnya.

Semalam, Kosmo! melaporkan remaja terbabit dipercayai melarikan diri bersama seorang lelaki selepas dihantar ke sekolah oleh datuknya kira-kira pukul 7 pagi. – KOSMO! ONLINE

#Kosmo
@buletininfo1malaysia

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Lelaki maut motosikal terbabas langgar besi pengadang jalan
NIK AMIRULMUMIN NIK MIN
28 Julai 2025 02:30pm

KUANTAN-Perjalanan seorang lelaki dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan berakhir tragedi apabila motosikal ditunggang terbabit kemalangan di Kilometer 217.4 Lebuhraya Pantai Timur 1(LPT1) di sini pada Isnin.

Dalam kemalangan kira-kira jam 7.45 pagi itu, mangsa, Lee Jun Jin, 20, beralamat di Klang, Selangor disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintenden Mohd Adli Mat Daud berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha R15 dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas melanggar besi penghadang jalan di lokasi kejadian.

Menurutnya, akibat kejadian mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat," katanya.

Mohd Adli berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk pemeriksaan ke atas motosikal oleh pihak PUSPAKOM.

"Usaha turut dijalankan untuk mengesan saksi kejadian bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sementara itu, beliau menasihatkan orang awam supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi peraturan jalan raya bagi memastikan keselamatan diri dan pengguna lain.

Ujarnya, sebarang maklumat berkaitan insiden itu boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat di talian rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan 09-5652222.

Artikel : Sinar Harian
@buletininfo1malaysia

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*Ustaz Firdaus Firabib bantu 39 jemaah terkandas di Jeddah*

Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

_JEMAAH bersama ahli keluarga sebelum berangkat ke Tanah Suci Makkah. FOTO Ihsan Jemaah_

Kuala Lumpur: Seramai 39 jemaah termasuk mutawif yang masih terkandas di Jeddah, Arab Saudi, dijadualkan pulang ke Malaysia malam ini.

Perkara itu disahkan Mohd Firdaus Mat Akhir atau dikenali sebagai Ustaz Firdaus Firabib yang membantu membelikan tiket penerbangan semua jemaah terbabit.

Pengurus Cawangan Utara Hyad Travel Malaysia Sdn Bhd itu berkata, mereka dijadualkan menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dari Jeddah pada jam 9 malam (waktu tempatan) dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 11.15 pagi esok.
"Seramai 39 jemaah termasuk seorang mutawif yang terkandas di Jeddah dibantu dengan menyediakan tiket penerbangan berjumlah kira-kira RM71,000.

"Kakitangan saya bertungkus-lumus sejak semalam bagi menguruskan perkara ini. Sebuah agensi pelancongan juga menawarkan khidmat membantu menyediakan tiket penerbangan itu," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Selain itu, Firdaus berkata, beliau turut mendahulukan RM4,000 bagi kos penginapan tambahan kesemua jemaah yang berada di Jeddah.

Bagaimanapun, katanya, jumlah sebenar yang diperlukan bagi kos makan dan pengangkutan ke lapangan terbang masih belum dapat dipastikan.
"Kita akan mengumumkan saluran sumbangan kepada orang ramai yang ingin membantu menampung kembali kos terbabit," katanya.

Terdahulu akhbar ini melaporkan, seramai 43 jemaah umrah terkandas di Jeddah, Arab Saudi, selepas agensi pelancongan dikatakan gagal menyediakan tiket penerbangan pulang ke Malaysia kepada semua jemaah terbabit.

Mutawif Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi atau dikenali PU Abu dilaporkan berkata, jemaah berusia antara 20 hingga 60 tahun terpaksa bermalam di sebuah apartmen berhampiran selepas tidak dapat menaiki penerbangan seperti dijadualkan.

Menurutnya, mereka yang menggunakan pakej umrah daripada sebuah agensi pelancongan tiba di tanah suci berkenaan pada 16 Julai lalu dan dijadualkan pulang ke Malaysia pada 26 Julai.

Namun, katanya, jemaah tidak dapat pulang kerana tiada tiket penerbangan dan terpaksa bermalam di Jeddah tanpa mengetahui nasib mereka seterusnya.

Disiarkan pada: Julai 28, 2025 @ 1:09pm

https://www.hmetro.com.my/utama/2025/07/1245700/ustaz-firdaus-firabib-bantu-39-jemaah-terkandas-di-jeddah

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

怡保老虎巷➡飞机场路
⚾高尔夫球场的🚥红綠灯
👮交警开设路障

TIGER LANE IPOH ➡ JLN LAPANGAN TERBANG
⚾TRAFFIC LIGHT 🚥GOLF CLUB
👮TRAFIK BIKIN BLOCK

Читать полностью…
Subscribe to a channel